Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

DOSA SI FASIK VS TAKBUR SI ABID

Diceritakan, ada dua orang laki-laki dari kalangan Bani Israil yang bersaudara. Satunya rajin ibadah dan lainnya berbuat dosa. Lelaki yang rajin beribadah selalu berkata kepada saudaranya, “Hentikan perbuatan dosamu!”

Pada suatu hari, ia melihat saudaranya berbuat dosa dan ia berkata lagi. “Hentikan perbuatan dosamu!”

“Biarkan antara aku dan Tuhanku. Apakah kamu diutus untuk mengawasiku?” jawab lelaki yang berbuat dosa.

Si ahli ibadah menambahkan, “Demi Allah, Allah tidak akan mengampunimu.” Atau dalsm versi yang lain dia betkata, “Tuhan tidak akan memasukkanmu ke surga.”

Kemudian, Allah SWT mengutus malaikat kepada keduanya untuk mengambil roh keduanya hingga berkumpul di sisi-Nya.

Allah SWT berkata kepada orang yang berdosa itu, “Masuklah kamu ke surga berkat rahmat-Ku.”

Lalu, Allah SWT bertanya kepada lelaki yang abid, “Apakah kamu mampu menghalangi antara hamba-Ku dan rahmat-Ku?”

Dia menjawab, “Tidak, wahai Tuhanku.”

Allah SWT berfirman kepada siabid, (kepada para malaikat), “Bawalah dia masuk ke dalam neraka.”

Abu Hurairah RA berkomentar, “Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sungguh ia berkata dengan satu kalimat yang membinasakan dunia dan akhiratnya.”
(HR Abu Dawud)

Sementara itu, dalam riwayat Muslim disebutkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Ada seorang lelaki yang berkata, ‘Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si fulan.’

Allah berfirman, ‘Siapakah yang bersumpah atas nama-Ku bahwa Aku tidak mengampuni si fulan?’ Sesungguhnya Aku telah mengampuni dosanya dan Aku telah menghapuskan amalmu.

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

29/08/2023 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

TAHAP ILMU ORANG AWAM

TAHAP ILMU ORANG AWAM ITU TERBAGI  DUA:

Pertama : Awam karena belum banyak membaca dan belum banyak belajar disertai kercerdasan di bawah rata-rata.


Kedua : Awam karena belum banyak membaca dan belum banyak belajar tetapi memiliki kecerdasan di atas rata-rata.

Bagaimana boleh mengetahui perbezaan di antara keduanya ??

Yaitu dengan melihat daya nalar dan analisis di dalam memahami perkataan seseorang dengan logikanya.

Contohnya :
Ada seorang Ustaz bernama Fulan menceritakan keluasan ilmu Imam Syafi’iy. Tapi diakhirnya dia menyalahkan perkataan Imam Syafi’iy, lalu berkata : “ Imam Syafi’iy manusia biasa tidak ma’sum maka sudah tentu boleh melakukan kesilapan.”

Maka orang yang mendengarkan perkataan ustaz tersebut terbagi menjadi 2 kelompok. Sebahagian meninggalkan pendapat Imam Syafi’iy dan berpegang dengan pendapat ustaz Fulan. Kelompok ini adalah kalangan awam yang pertama yang memiliki kecerdasan di bawah rata-rata.

Sebagian lagi tetap berpegang kepada pendapat Imam Syafi’iy, tidak menghiraukan perkataan ustaz Fulan. Kelompok ini adalah kalangan awam yang kedua yang memiliki kecerdasan di atas rata-rata, sebab mereka berfikir dengan logikanya : Jika Imam Syafi’iy bolih silap sebab manusia biasa. Kesimpulannya adalah Ustaz Fulan kemungkinan salahnya jauh lebih besar dari Imam Syafi’iy, karena 2 alasan :


1. Sama sama manusia biasa
2. Keilmuan jauh di bawah Imam Syafi’iy.

Kelompok pertama yang mengikuti pendapat ustaz Fulan kurang menggunakan akalnya di dalam menganalisis suatu perkataan. Padahal sekalipun ustaz Fulan menuturkan banyak hadis akan tetapi jika ustaz Fulan melupakan suatu hadis yang seharusnya dijadikan landasan hukum atau melupakan kaedah usul fiqih yang seharusnya dijadikan alat istinbath hukum nescaya mereka tidak akan mengetahuinya.

Maka jalan yang ditempuh kelompok yang kedua adalah yang paling selamat, karena kecil sekali kemungkinan Imam Syafi’iy melupakan yang demikian.

Oleh karena itu menurut orang cerdas ahli logika : orang yang bolih dipercaya ketika menyalahkan pendapat Imam Syafi’iy hanyalah orang yang setaraf ahli ijtihad di dalam mazhab. Sebagaimana penjelasan Imam Nawawi ketika menjelaskan perkataan Imam Syafi’iy yang berkata : “ Jika ada perkataan ku yang menyalahi hadis sohih, maka tinggalkan lah perkataan ku dan ikuti hadis sohih.“ Lalu Imam Nawawi berkata :
ﻭﺇﻧﻤﺎ ﻫﺬا ﻓﻴﻤﻦ ﻟﻪ ﺭﺗﺒﺔ اﻻﺟﺘﻬﺎﺩ ﻓﻲ اﻟﻤﺬﻫﺐ ﻋﻠﻰ ﻣﺎ ﺗﻘﺪﻡ ﻣﻦ ﺻﻔﺘﻪ ﺃﻭ ﻗﺮﻳﺐ ﻣﻨﻪ
Pastinya hal ini hanya bagi orang yang memiliki kedudukan ahli ijtihad di dalam madzhab berdasarkan apa-apa yang telah mendahului penuturannya dari sifatnya atau yang mendekati kedudukan ahli ijtihad.
ﻭﺷﺮﻃﻪ ﺃﻥ ﻳﻐﻠﺐ ﻋﻠﻰ ﻇﻨﻪ ﺃﻥ اﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺭﺣﻤﻪ اﻟﻠﻪ ﻟﻢ ﻳﻘﻒ ﻋﻠﻰ ﻫﺬا اﻟﺤﺪﻳﺚ ﺃﻭ ﻟﻢ ﻳﻌﻠﻢ ﺻﺤﺘﻪ: ﻭﻫﺬا ﺇﻧﻤﺎ ﻳﻜﻮﻥ ﺑﻌﺪ ﻣﻄﺎﻟﻌﺔ ﻛﺘﺐ اﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﻛﻠﻬﺎ ﻭﻧﺤﻮﻫﺎ ﻣﻦ ﻛﺘﺐ ﺃﺻﺤﺎﺑﻪ اﻵﺧﺬﻳﻦ ﻋﻨﻪ ﻭﻣﺎ ﺃﺷﺒﻬﻬﺎ ﻭﻫﺬا ﺷﺮﻁ ﺻﻌﺐ ﻗﻞ ﻣﻦ ﻳﻨﺼﻒ ﺑﻪ
Dan Syaratnya adalah kuat dugaannya bahwa Imam Syafi’iy rahimahullah tidak tegak di atas hadis ini atau ia tidak mengetahui kesohihannya. Dan hal ini pastinya hanya bolih diketahui setelah mentela’ah kitab-kitab Imam Syafi’iy seluruhnya dan semisalnya dari kitab-kitab para sahabatnya yang mengambil dari Imam Syafi’iy dan kitab-kitab yang menyerupainya. Syarat ini sulit, sedikit orang yang mampu memenuhinya.(Kitab Al Majmu’ Syarah Al Muhadzab. Hal. 64. Juz 1).

Jelas sekali menurut Imam Nawawi orang yang bolih dipercaya ketika menyalahkan pendapat Imam Syafi’iy hanyalah ahli ijtihad.

Walhasil, jika mempercayai orang yang bukan ahli ijtihad menyalahkan pendapat Imam Syafi’iy, itu artinya kita kurang cerdas di dalam berfikir menggunakan akal sihat.

(FB Ustaz Abdurrachman Asy Syafi’iy)

27/08/2023 Posted by | Perbahasan Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Hadith tentang perbuatan Nabi SAW menyapu kepala dan muka selepas salam pada sembayang memang ada.

Hadith tentang perbuatan Nabi SAW menyapu kepala dan muka selepas salam pada sembayang memang ada. Imam At Thabrani dalam Al Ausath nya dan Imam Al Bazzar meriwayat kan hadith ini dengan jalan yang berbeza2.

Dalam kalangan perawi2 hadith, terdapat seorang perawi bernama Zaid Al Hawaari, dan menurut setengah Ahlul Hadith, Zaid Al Hawaari adalah TSIQAH, manakala perawi2 baki kesemua adalah tsiqah, maka Hadith ini adalah SAHIH atau HASAN.

setengah Ahlul Hadith pula mengata kan bahawa Zaid Al Hawaari perawi yang Dhaif manakala perawi2 lain kesemua nya adalah Tsiqah, maka jadi lah status hadith ini DHAIF, pun begitu tidak sampai terlalu Dhaif, dan bukan pula Maudhu’ ( rekaan ).

Oleh kerana itu, berlaku khilaf di kalangan Ulama’ Hadith pada menentu kan Hadith ini SAHIH atau DHAIF, yang mengata kan Zaid Al Hawaari perawi Tsiqah maka Hadith ini adalah SAHIH, manakala yang mengatakan Zaid Al Hawaari sebagai perawi Dhaif maka Hadith ini adalah Dhaif.

Jika di andai kan bahawa Hadith ini dhaif sekali pun, maka ia tetap boleh di amal kan kerana ia pada menyata kan Fadhail amal, bahkan Imam An Nawawi R.A telah memasuk kan Hadith ini di dalam kitab nya yang bernama Al Azkar pada bab yang ke 49. Manakala Imam As Syawkani R.A juga memasuk kan hadith ini dalam kitab nya Nail Al Authar m/s 100 jilid kedua.

Kesimpulan nya, kenyataan seperti di bawah ini jelas tidak berasas sama sekali dan ia merupakan pendustaan di atas nama ” sunnah “, sesiapa yang telah mempercayai dengan kenyataan ini maka hendak lah ia perbetul semula terhadap amalan menyapu kepala dan muka selepas salam, dan yang melaku kan pendustaan atas nama sunnah ini, hendak lah bersegera ia bertaubat kepada ALLAH, dan mengisytihar pula kepada umum bahawa ia telah tersalah.

USTAZ MOHD KHAFIZ SORONI

Sumber: UAI

26/08/2023 Posted by | Bicara Ulama, Fad hail Amal, Hadis, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Parti Ciptaan Manusia – Pandangan Mufti Pulau Pinang Disokong


1. Saya menyokong penuh kenyataan Mufti Pulau Pinang bahawa parti-parti termasuk yang berjenama Islam ialah platform dan wadah serta organisasi ciptaan manusia yang tidak suci dengan maksud ia disusun, diorganisasi dan diuruskan oleh manusia yang terdedah kepada betul, silap dan salah dalam tindakan dan keputusan meskipun berniat baik dan berhasrat mengikut panduan al-Quran dan al-Sunnah.

Samalah seperti individu muslim malah individu yang berilmu digelar tokoh Alim Ulama dalam Islam sekalipun yang mengikat dirinya dengan Syahadah dan beriltizam untuk mengikut al-Quran dan al-Sunnah tetap tidak suci malah terdedah pada kefahaman dan tafsiran serta dalam amalan dan kelakuannya dengan salah dan silap.

Begitu juga dengan parti-parti ini meskipun berjenama Islam tetap tidak suci. Berbeza dengan Islam itu sendiri sebagai agama yang wajib diimani oleh manusia malah satu-satunya agama yang benar yang wajib diikuti. Tiada agama yang benar melainkan Islam. Segala perintah dan larangan Islam dipatuhi berdasarkan hukum yang lima iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.

2. Apa yang menjadi isu ialah apabila PAS mewajibkan masyarakat Islam menyokong mereka dan mengharamkan pula menyokong lain daripada mereka dalam politik dan pilihanraya. Sedang tindak tanduk mereka sebagai manusia muslim dan parti politik meskipun menjadikan Islam sebagai rujukan sentiasa terdedah kepada silap dan salah dan terbuka untuk diperdebatkan dan diperselisihkan menurut neraca Islam.

Apa sahaja perkara yang baik yang hukumnya wajib tanpa khilaf maka wajib bagi umat Islam menyokongnya.

Apa sahaja perkara yang menjadi khilaf maka ia menjadi pilihan kepada umat Islam.

Manakala apa sahaja perkara baik bersifat sunat maka sunatlah menyokongnya.

Tidak wajar organisasi PAS disamakan dengan Islam sebagai Agama.

Malah tidak boleh dijadikan hukum yang general dan secara pukal kononnya sebagaimana wajib menyokong Islam maka wajib pula menyokong PAS sebagai pati berjenama Islam pada apa sahaja tindakan politik PAS. Tindakan PAS itu adalah satu tindakan melampau mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah.

Apatah lagi perkara berbentuk ijtihad yang diambil oleh PAS sebagai parti, boleh sahaja para Alim Ulama Islam berbeza hukum padanya.

3. Malah tindakan PAS yang menganggap dirinya sahaja suci dan betul, dan hanya partinya satu-satu yang memperjuangkan Islam dan menafikan keislaman kelompok lain adalah salah tidak wajar diikuti. Tindakan PAS itu memecahkan belahkan perpaduan Jamaah Muslimin yang sama-sama bersyahadah yang berwalak setia kepada Raja-raja Melayu yang menjadi Ulil Amri. Apatah lagi apabila diiringi dengan akhlak buruk mencemuh, mengecam, menghina dan mengutuk kelompok yang berbeza politik dengannya.

Begitu juga dalam pilihanraya, umat Islam mempunyai pilihan menyokong mana-mana parti berdasarkan keyakinan mereka terhadap apa inisaitif kebaikan yang ditawarkan apabila berkempen.

4. Adapun tindakan seorang ahli politik daripada PAS yang mempertikaikan pandangan Mufti Pulau Pinang tersebut dengan membangkitkan analogi institusi fatwa dalam negara dengan gerakan kepartian ia adalah analogi yang tersasar. Hal ini kerana parti adalah gerakan yang terdedah kepada betul, salah dan silap pada tindakan apatah lagi perkara ijtihad dan tidak mengikat mana-mana individu muslim.

Manakala institusi fatwa pula adalah institusi Islam yang ditauliahkan dan diberi mandat oleh Raja-raja Melayu selaku Ulil Amri dalam sebuah negara Islam Malaysia. Fungsinya ialah bagi memilih satu pendapat ijtihad daripada sekelian banyak ijtihad-ijtihad fiqhiyyah dalam Islam dalam sesuatu perkara semasa. Dan pemilihan fatwa itu mengikat rakyat sebuah negara atas dasar ialah adalah perintah Ulil Amri yang wajib ditaati pada polisi dan siasahnya. Hal ini seiring dengan firman Allah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

“Wahai orang-orang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan (taatlah) kepada Ulil Amri kalangan kamu”. (Surah al-Nisa’: 59)

Ulil Amri yang wajib ditaati itu ditafsirkan oleh Imam Ibnu Kathir sebagai pemerintah dan Alim Ulamak kerana pemerintah melaksanakan perintah Allah kepada manusia manakala Alim Ulamak menjelaskan perintah Allah kepada manusia.

Dalam konteks semasa, Alim Ulama itu diinstitusikan dalam bentuk jawatankuasa fatwa yang dilantik oleh Raja-raja Melayu selaku Ulil Amri bagi Malaysia bagi menjelaskan perintah Allah kepada rakyat.

Sekian.

Dr Khairuddin Takiri
25.8.2023

26/08/2023 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Islam Apa Yang PAS Perjuangkan?

Di Malaysia terdapat banyak kelompok Islam yang membawa obor perjuangan Islam atas nama dakwah. Antaranya Tabligh, Abim, Ikram, Isma dan Haluan. Dari sudut politik kepartian masing-masing menyokong parti yang pelbagai sama ada UMNO, Keadilan, Amanah atau PAS. Maka, adakah PAS ingin menidakkan perjuangan Islam pelbagai kelompok Islam ini kerana perbezaan warna politik kepartian?

Dari sudut politik Islam pula pelbagai parti mendokong cita-cita politik Islam dengan mencatatkannya dalam perlbagaan parti seperti UMNO dan Amanah. Adakah ingin mendakwa hanya PAS mendokong politik Islam dan menafikan cita-cita politik Islam parti lain?

Dalam masa PAS mendakwa memperjuangkan Islam, PAS telah menanam agenda perpecahan kalangan umat dengan meletakkan hanya kelompoknya memperjuangkan politik Islam dan mencemuh kelompok lain yang berbeza.

PAS membawa agenda memusuhi parti politik berbeza sehingga berlaku di peringkat ahli-ahli terputusnya hubungan rahim di kalangan ahli keluarga yang diwajibkan oleh Allah untuk disambung.

Persaudaraan Islam juga terputus dengan berlakunya fenomena benci-membenci, saling mencemuh, saling menyindir dan mengecam malah ada yang memaki hamun kerana berbeza platform parti. Tidakkah semua  itu diharamkan oleh Allah?

Tidakkah sebenar-benar perjuangan Islam ialah perjuangan yang menyatukan golongan bertelingkah, mendamaikan dua saudara dan mengikat hubungan rahim?

Adakah kita sebagai muslim meredhai fenomena kehilangan akhlak dan adab sebegini yang berlaku secara berleluasa di media sosial termasuk di kalangan jenerasi muda?

Pemimpin-pemimpin politik bertanggungjawab menegur dan mendidik ahli parti masing-masing dengan akhlak mulia seorang muslim dan warga Malaysia.

Dr Khairuddin Takiri

22/08/2023 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Renungan & Teladan | | Leave a comment

NAK IKUT ULAMA ATAU NABI S.A.W?

Masyarakat Nusantara yang ratanya berpegang dengan mazhab Syafii apabila pergi ke Arab Saudi untuk menunaikan haji atau umrah kebanyakan mereka kini mengetahui bahawa Arab Saudi berpegang dengan mazhab Hanbali. Lalu, tidak menjadi persoalan bagi mereka, kenapa orang sana tidak membuat qunut Subuh, tidak berzikir berjemaah, tidak buat itu dan tidak buat ini. Kita tidak mempersoalkan pegangan mazhab mereka.

Begitu juga saudara Islam kita dari India, Pakistan dan Bangladesh yang berpegang dengan mazhab Hanafi apabila datang ke Malaysia mereka juga tidak mempersoalkan kenapa orang Islam di sini berqunut Subuh, berzikir berjemaah, buat itu dan buat ini. Semua ini menunjukkan masing-masing menghormati mazhab tempatan negara yang mereka kunjungi. Demikianlah yang dituntut oleh adab Islam ketika berlaku ikhtilaf (perselisihan) pendapat dalam kalangan ulama.

Maka, adalah satu perkara yang memalukan jika ada pihak luar yang datang berkunjung konon sebagai pendakwah, namun tidak tahu menghormati pegangan mazhab tempatan ini. Lalu menghukum misalnya, amalan bertakbir untuk menaikkan semangat, menyambut Maulidur Rasul SAW sebagainya sebagai amalan bidaah yang sesat dan boleh membawa masuk ke dalam neraka. Lalu bertanya secara falasi: “Kamu nak ikut Nabi ke, nak ikut ‎ulama?”

Seolah-olah ulama tempatan di tempat itu selama ini tidak berperanan, buta atau jahil tentang hukum perkara berkenaan sehingga mendiamkan sahaja mengenai hukumnya. Lalu, ia datang konon sebagai satu-satunya sang pencerah yang patut diikuti serta paling arif tentang sunah dan bidaah.

Walhal perkara yang tidak dibuat oleh Nabi SAW belum memberi sebarang implikasi larangan secara langsung. Ini dapat difahami berdasarkan sifat kasihan belas baginda SAW kepada umatnya. Aisyah RA meriwayatkan: “Sekiranya Rasulullah SAW meninggalkan suatu amalan, padahal Baginda suka untuk beramal dengan amalan itu adalah kerana Baginda khuatir nanti orang akan ikut mengamalkannya sehingga akan diwajibkan pula (oleh Allah SWT) kepada mereka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, perkara yang belum jelas hukumnya perlu dipertimbangkan dengan teliti terlebih dahulu melalui kaedah fiqah yang muktabar. Bukan semestinya apabila kita meninggalkan perkara yang tidak dibuat oleh Nabi SAW, maka bermakna kita sudah meninggalkan perkara bidaah yang sesat. Ini bukan kaedah fiqah yang tepat. Jika begitu, dia perlu meninggalkan naik kereta atau kapal terbang, jangan bersolat di masjid yang berkarpet cantik dan berhawa dingin, jangan guna pembesar suara untuk berceramah atau berkhutbah, tidak boleh menggunakan telefon pintar, apatah lagi mempunyai akaun media sosial dan sebagainya kerana semua itu tidak pernah dibuat oleh Nabi SAW.

Sedangkan kaedah yang betul, perkara yang tidak dibuat oleh Nabi SAW dan semua perkara baharu yang datang kemudian perlu dibentangkan kepada neraca syarak sebagai pengukurnya. Maka, perkara sedemikian biasanya terdedah kepada lima hukum, sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram. Selanjutnya, menjadi tugas ulama untuk menentukan hukum yang mana satu bagi perkara itu dan sesuai dengan kehendak syarak. Umumnya, perkara yang tidak menyalahi syarak boleh diterima, manakala perkara yang menyalahi syarak perlulah ditolak.

Demikianlah tradisi disiplin fiqah di sisi majoriti ulama sejak zaman-berzaman. Tiada yang mengingkarinya melainkan ilmuwan yang sempit akal fikirannya sahaja. Ini kerana neraca syarak bukan al-Quran dan sunah sahaja, bahkan di sana ada ijmak serta qiyas yang disepakati pendalilannya oleh semua ulama. Ditambah lagi dengan dalil yang tidak disepakati. Misalnya, mazhab Hanafi turut menggunakan al-istihsan, al-‘urf dan syar’u man qablana. Mazhab Maliki menambah penggunaan al-masalih al-mursalah, al-istishab dan ‘amal ahl al-Madinah. Mazhab Syafii pula cenderung menggunakan al-istishab berbanding yang lain. Mazhab Hanbali pula menggunakan al-istihsan, al-istishab dan sadd az-zara’ie’.

Demikianlah antara neraca syarak lain di sisi empat mazhab fiqah yang muktabar bagi menilai perkara yang tidak berlaku pada zaman Nabi SAW mahupun sahabat RA. Oleh itu, mereka tidak berpendapat jika ada orang yang melakukan perkara yang tidak dibuat oleh Nabi SAW, secara langsung mereka terus menghukum orang itu melakukan perkara bidaah sesat. Ini jelas cara penilaian yang agak gopoh dan kurang cermat, bukan cara penilaian secara bijaksana dan teliti sebagaimana diamalkan oleh ulama fiqah sejak berzaman. Bagaimanapun, ikhtilaf pendapat dalam kalangan ulama antara yang menerima dan menolak tentu sahaja boleh terjadi. Sebab itu, masing-masing perlu mengimplimentasikan adab ikhtilaf dalam menghadapi perbezaan pendapat sedemikian.

Catatan:
Dr. Mohd Khafidz Soroni
(Penulis adalah Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Universiti Islam Selangor (UIS) dan Ketua Kluster Hadis, Majlis Akademik ISLAMI)

Disiarkan di Berita Harian pada: 20/ 8/ 2023 @ 7:00am

21/08/2023 Posted by | Bicara Ulama, Mutiara Kata, Perbahasan Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment