Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Wahhabi dan Ramadan

Olih : Dr Abdullah Jalil

Fenomena tuduhan bid’ah terhadap Umat Islam di bulan Ramadan biasanya akan dilakukan oleh golongan Wahhabi melibatkan isu isu berikut:

1. Masalah melafazkan niat puasa.

2. Masalah waktu Imsak (mereka kata bid’ah)

3. Mereka membid’ahkan beberapa lafaz doa berbuka puasa.

4. Bilangan Solat Tarawih – Mereka membid’ahkan bilangan selain 8 rakaat. Bahkan sebahagian mereka mengatakan tidak ada Solat Tarawih, tetapi hanya Qiyam Ramadan.

5. Amalan borang Tahlil Arwah dengan hadiah atau upah (Mereka mendakwa ia seumpama amalan surat pengampunan dosa oleh gereja pada zaman gelap Eropah).

6. Zikir dan Selawat di antara rakaat Solat Tarawih (Ada di kalangan mereka yang sanggup menipu dan membuat fakta palsu kononnya ia hanya amalan masyarakat Melayu di Malaysia – ketika memberikan tazkirah di dalam masjid/ surau). Akhirnya penipuan ini terbongkar. Alhamdulillah

7. Solat Sunat Tasbih, apatah lagi jika dibuat secara berjemaah.

8. Qiyamullayl secara berjemaah.


Antara pandangan-pandangan shadzdz (pelik, janggal & ditinggalkan fuqaha’) dalam fiqh yang dipegang oleh sebahagian mereka:

1. Masalah istimna’ (onani): Bagi Al-Albani dan pengikutnya seperti Muhammad Ali Farkus, pandangan yang paling sahih di sisi mereka ialah ia tidak membatalkan puasa dan tidak mewajibkan qada’ – musibah.

Sebahagian video naratif mereka sudah mula disebarkan di media sosial , hati-hati.

21/03/2023 - Posted by | Ibadah, wahabi | ,

No comments yet.

Leave a comment