Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MENGENAL NAMA-NAMA WALIMAH

Berikut ini nama nama dan istilah dalam walimah yang dikenal dalam islam sesuai dengan penggunaannya, berdasarkan penjelasan dari para ulama dalam kitab kitab yang mereka tulis..

قَالَ الشَّافِعِيُّ ، رَحِمَهُ اللَّهُ : ” الْوَلِيمَةُ الَّتِي تُعْرَفُ : وَلِيمَةُ الْعُرْسِ ، وَكُلُّ دَعْوَةٍ عَلَى إِمْلَاكٍ أَوْ نِفَاسٍ أَوْ خِتَانٍ أَوْ حَادِثِ سُرُورٍ ، فَدُعِيَ إِلَيْهَا رَجُلٌ ، فَاسْمُ الْوَلِيمَةِ يَقَعُ عَلَيْهَا

Imam as-Syafi’i berkata “Walimah yang dikenal (dalam islam) adalah walimah ‘Urs dan setiap jamuan yang diadakan atas dasar mendapatkan sesuatu, persalinan, khitanan atau kebahagiaan yang baru diperoleh kemudian jamuan tersebut dijadikan undangan maka nama walimah layak disematkan padanya”.

[Al-Haawy fii Fiqh as-Syaafi’i IX/555]

ISTILAH-ISTILAH WALIMAH YANG DIKENAL DALAM ISLAM

ويقال لدعوة الختان إعذار ولدعوة الولادة عقيقة ولسلامة المرأة من الطلق خرس وقيل الخرس لطعام الولادة ولقدوم المسافر نقيعة ولإحداث البناء وكيرة ولما يتخذ للمصيبة وضيمة ولما يتخذ بلا سبب مأدبة

Jamuan khitanan disebut “ I’DZAAR ”, Jamuan kelahiran disebut “ AQIQAH “, jamuan terselamatkannya wanita dari jatuhnya talak disebut “ KHARS “ namun pendapat lain menyatakan khars adalah jamuan untuk kelahiran anak, Jamuan sampainya seseorang dari bepergian disebut “ NAQI’AH “, Jamuan seusai membangun rumah disebut “ WAKIIRAH “, jamuan selamat dari bencana disebut “ WADHIMAH “, dan jamuan yang diadakan tanpa alasan disebut “ MA’DABAH “. [Raudhah at-Thoolibiin III/64]

وَالْوَلَائِمُ سِتٌّ : وَلِيمَةُ الْعُرْسِ : وَهِيَ الْوَلِيمَةُ عَلَى اجْتِمَاعِ الزَّوْجَيْنِ . وَوَلِيمَةُ الْخُرْسِ : وَهِيَ الْوَلِيمَةُ عَلَى وِلَادَةِ الْوَلَدِ . وَوَلِيمَةُ الْإِعْذَارِ : وَهِيَ الْوَلِيمَةُ عَلَى الْخِتَانِ . وَوَلِيمَةُ الْوَكِيرَةِ : وَهِيَ الْوَلِيمَةُ عَلَى بِنَاءِ الدَّارِ . قَالَ الشَّاعِرُ : كُلُّ الطَّعَامِ تَشْتَهِي رَبِيعَةُ الْخُرْسُ وَالْإِعْذَارُ وَالْوَكِيرَهْ وَوَلِيمَةُ النَّقِيعَةِ : وَهِيَ وَلِيمَةُ الْقَادِمِ مِنْ سَفَرِهِ ، وَرُبَّمَا سَمُّوا النَّاقَةَ الَّتِي تُنْحَرُ لِلْقَادِمِ نَقِيعَةً ، قَالَ الشَّاعِرُ : إِنَّا لَنَضْرِبُ بِالسُّيُوفِ رُءُوسَهُمْ ضَرْبَ الْقُدَارِ نَقِيعَةَ الْقُدَّامِ وَوَلِيمَةُ الْمَأْدُبَةِ : هِيَ الْوَلِيمَةُ لِغَيْرِ سَبَبٍ . فَإِنَّ خُصَّ بِالْوَلِيمَةِ جَمِيعُ النَّاسِ سُمِّيَتْ جَفَلَى ، وَإِنْ خُصَّ بِهَا بَعْضُ النَّاسِ ، سُمِّيَتْ نَقَرَى

Jenis Walimah yang dikenal dalam Islam ada enam:

1. Walimah ‘Urs : Walimah yang diadakan atas dasar pertemuan dua insan dalam membentuk rumah tangga
2. Walimah Khurs : Walimah yang diadakan atas dasar lahirnya seorang anak
3. Walimah I’dzaar : Walimah yang diadakan atas dasar khitanan
4. Walimah Wakiirah : Walimah yang diadakan atas dasar membangun rumah
5. Walimah Naqii’ah : Walimah yang diadakan atas dasar kedatangan seseorang dari bepergian
6. Walimah Ma’dabah : Walimah yang diadakan atas dasar tanpa sebabBila undangan walimah tersebut mencakup semua lapisan masyarakat dinamakan ‘JAFLAA’, bila hanya sebatas kalangan tertentu saja dinamakan ‘NAQRAA’.

[Al-Haawy fii Fiqh as-Syafi’i IX/555)]

Sumber:

30/06/2019 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Allah Di Mana? Di Atas Langit atau Di Semua Tempat?

Oleg: Ustaz Mohd Khafidz Soroni

Soalan di atas, lazimnya ditanya oleh salah satu dari dua orang berikut, sama ada dia memang tak tahu dan inginkan jawapan, atau soalan perangkap ‘salafi’ (boleh baca salah pi) yang ingin menguji akidah ‘lawan’nya. Ini kerana mereka sudah meyakini bahawa Allah Taala itu tempatnya di atas langit.

Jika orang tersebut menjawab di atas langit, dia akan berpuashati, tetapi jika orang tersebut menjawab di semua tempat atau di mana-mana sahaja (seperti fahaman Muktazilah), maka dia akan memerli dan memperbodohkan begini: “Walaupun di tandas?!”.

Sebenarnya soalan pilihan; ‘di atas langit atau di semua tempat’ seperti di atas adalah soalan bidaah. Saya katakan ianya bidaah sayyi’ah (yang keji). Ini kerana ianya telah menimbulkan terlalu banyak perbalahan dan sengketa sehingga kini. Maka eloklah ditinggalkan sahaja pertanyaan bidaah tersebut.

Ini kerana jawapan yang pertama dan yang kedua adalah mustahil bagi Allah, selagi ia berhubung dengan tempat, sepertimana yang akan diterangkan nanti. Allah Taala tidak berada di tempat tertentu, sama ada atas, bawah, kiri, kanan, depan atau belakang. Ini tidak bermakna Allah Taala itu ‘ma’dum’ (معدوم) yakni ‘yang ditiadakan’ (seperti ejekan setengah ‘ salafi’ pembidaah yang jengkel), kerana Dia telah sedia ada wujud dengan zat-Nya. Begitu juga Allah Taala tidak berada di semua tempat.

Jawapan Yang Sahih

Namun, pertanyaan; ‘di mana Allah?’ bukanlah bidaah. Ini kerana Allah Taala telah mengetahui tabiat manusia yang pasti akan bertanya soalan seperti itu. Dan Allah Taala tidak mahu umat Nabi Muhammad SAW ini menjadi sepertimana orang Yahudi dan orang Kristian yang beriktikad bahawa Allah Taala itu di atas langit dengan zat-Nya, lalu diturunkan anak-Nya ‘Uzair menurut Yahudi, dan Jesus (‘Isa) menurut Kristian, ke atas muka bumi, لا حول ولا قوة إلا بالله.

Oleh kerana itu Allah Taala telah menurunkan jawapannya seperti berikut, firman-Nya dalam surah al-Baqarah:

Terjemahan: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku mudah-mudahan mereka menjadi baik serta betul”. (186)

Bagaimanapun jika mereka tidak berpuashati dengan jawapan dari kalam Allah ini, katakanlah: Allah wujud tanpa bertempat (الله موجود بلا مكان). Ini kerana Allah Taala tidak memerlukan tempat (dan langit adalah termasuk daripada tempat). Yang memerlukan tempat ialah makhluk. Dia-lah yang menciptakan tempat, maka tempat adalah termasuk daripada makhluk. Allah Taala tidak memerlukan apa-apa daripada makhluk-Nya dan tidak bergantung kepada mereka sedikitpun.

Komentar Hadith Jariyah

Adapun hadith jariyah (hamba perempuan) yang menunjukkan seolah-olah Allah Taala di langit, dijawab oleh para ulama Ahlus Sunnah wal-Jamaah seperti berikut;

1- Ianya bukan hadith mutawatir. Maksudnya hanya segelintir sahabat Nabi SAW sahaja yang meriwayatkannya, tidak ramai. Maka orang yang mati tanpa akidah ‘Allah di atas langit’ tidaklah berdosa. Justeru, usul akidah mesti disabitkan dengan hadith mutawatir.

2- Hadith tersebut tidak dimuatkan oleh ulama-ulama hadith yang meriwayatkannya di dalam bab akidah, kecuali golongan musyabbihah dan sebahagian ahli hadith yang terpengaruh dengan mereka dalam mazhab Hanbali.

3- Ini kerana cara ia difahami berhubung dengan situasi hadith itu diucapkan, di mana jariyah tersebut adalah orang biasa yang kurang berpelajaran, maka wajarlah Nabi SAW melayaninya menurut kemampuan akal fikirannya. Dalam riwayat berkenaan beliau menjawab: “Di langit”, kerana inilah kefahaman semua orang biasa, termasuk kaum Yahudi, Nasrani dan kaum musyrikin yang percaya kewujudan Tuhan dan kekuasaannya. Apa yang membezakan dengan mereka di sini ialah pengakuannya terhadap kerasulan Nabi SAW, lalu baginda menghukumkannya sebagai mukminah. Manakala dalam satu riwayat lain, beliau hanya menunjuk ke arah atas, manakala yang berkata ‘ke langit’ ialah perawi hadith yang menceritakan situasi berkenaan.

4- Maka para ulama menafsirkannya menurut kaedah; ‘merujukkan nas yang mutasyabihat (mengelirukan) kepada nas yang muhkamat (meyakinkan)’. Antara nas yang muhkamat di sini ialah ayat (ليس كمثله شيء), “Tiada suatu apapun yang menyerupai-Nya”. Jika Nabi SAW pernah bersabda; ‘Allah di langit’, pasti tidak timbul masalah, dan ianya tidak menjadi nas yang mengelirukan (mutasyabihat). Justeru, ulama menyatakan bahawa jawapan/isyarat jariyah tersebut adalah menunjukkan ketinggian kedudukan Allah (علو المكانة), dan bukannya ketinggian tempat Allah berada (علو المكان). Ini ditunjukkan dengan kalimah (في السماء), “di langit” dengan lafaz mufrad (tunggal) sahaja, bukan dengan lafaz (فوق السماء السابعة), “di atas langit ketujuh”, atau dengan lafaz plural (فوق السموات), “di atas semua langit”. Maka kalimah al-sama’ dalam adat Arab mengisyaratkan kepada alam ghaib yang tidak dapat diketahui hakikat sebenarnya.

5- Tambah mereka lagi; adat umat Islam menadah tangan ke langit ketika berdoa adalah kerana langit itu adalah kiblat bagi doa (tidak kira sama ada anda di Kutub Utara atau di Kutub Selatan maka kiblat semasa berdoa ialah langit), sepertimana kita bersembahyang menghadap Allah Taala, maka kiblatnya ialah ke Kaabah. Ini bukanlah bermakna Allah Taala berada di hadapan kita dengan zat-Nya, dan tidak ada di sebelah belakang.. Jika kita mengamati kedudukan bumi dari angkasa dan mengamati seluruh alam cakerawala ini, di samping menginsafi kekerdilan diri, pasti kita akan akur dengan ayat al-Quran di atas. سبحان الله..

6- Kefahaman akidah orang awam seperti yang saya sebut di atas juga, berlaku dalam beberapa perkara akidah yang lain, seperti soal perbuatan hamba (أفعال العباد), kefahaman tentang iradah (kehendak) manusia dan qadar Allah SWT. Jika tidak diberi penjelasan atau diajarkan ilmu yang sahih, mereka akan menyangka bahawa Allah SWT menjadikan manusia dan membiarkan mereka berusaha mengurus hidup mereka masing-masing dengan sendiri tanpa campurtangan daripada-Nya. Atau pun mereka percaya hidup mereka ini telah ditentukan semuanya oleh Allah SWT, maka tidak perlu berusaha untuk mengubah apa-apa yang telah ditetapkan dan berserah sahaja bulat-bulat.

7- Sebahagian ulama Ahlus Sunnah seperti Imam Muhammad Zahid al-Kawthari dan al-Hafiz ‘Abdullah al-Ghumari mengatakan bahawa hadith tersebut adalah syaz, iaitu hadith yang sahih sanadnya, tetapi matannya berlawanan dengan hadith-hadith sahih yang lain. Ini kerana kebanyakan dakwah Nabi SAW adalah dengan seruan supaya mengucap syahadah (لا إله إلا الله), bukannya bertanya ; “Di mana Allah?” (أين الله). Malah sebahagian jalan riwayat hadith berkenaan diriwayatkan dengan lafaz yang jelas : (أتشهدين أن لا إله إلا الله). Maka hadith syaz tidak dapat dijadikan hujah.

Wallahu a’lam.

Rujukan tambahan:

1- Fatwa al-Hai’ah al-‘Ammah – sini.
http://www.awqaf.ae/Fatwa.aspx?SectionID=9&RefID=4018

2- Risalah al-Burhan al-Sadiq.
http://cb.rayaheen.net/showthread.php?tid=25531

3- Fatwa Dar al-Ifta’ Mesir – sini.
http://dar-alifta.org.eg/AR/Default.aspx

http://sawanih.blogspot.my/2009/08/allah-di-mana-di-atas-atau-di-semua.html?m=1

28/06/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Imam-Imam Mahzab Ahli Sunnah Wal Jamaah

Imam-Imam Mahzab Ahli Sunnah Wal Jamaah terbahagi kepada tiga bahagian:

1- Golongan ulama yang beriman dan menyelidik tentang akidah dan menyatakan dalil akal dan naqal (Al-Quran dan Hadis) diatas landasan yang benar..
(ILMU TAUHID)..
Mereka adalah:
Imam Abu Hasan Al-Asy’ari, Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan lain-lain imam Ahli Sunnah Wal Jamaah..

2- Golongan ulama yang beramal dan menyelidik tentang hukum-hakam dan menghuraikannya berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah..
(ILMU FEKAH)..
Mereka adalah:
1- Imam Abu Hanifah – Pengasas Mazhab Hanafi..
2- Imam Malik – Pengasas Mazhab Malik..
3- Imam As-Syafi’i – Pengasas Mazhab Syafi’i..
4- Imam Ahmad Bin Hambal – Pengasas Mazhab Hambali..

3- Golongan ulama yang berakhlak mulia dan menyelidik tentang soal penyakit-penyakit hati, seperti ria’, hasad, ujub dan sebagainya, mereka adalah pakar rohani dan doktor mengubati penyakit-penyakit hati..
(ILMU TASAWUF)..
Mereka adalah:
Hujjatul Islam Syekih Abu Hamid Al-Ghazali, Syekih Junaid Al-Baghdadi dan lain-lain lagi..

Sumber: FB Ustaz Yunan A Samad

27/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

JAWAPAN PERTANYAAN SALAFI

Oleh: Kiyai Nur Hidayat Muhammad

Kebiasaan salafi sering bertanya, mengapa orang-orang bermazhab Syafi’i jarang mengadakan kajian kitab Syarhus-Sunnah karangan Imam al-Muzani, murid terdekat Imam as-Syafi’i?

Kemudian Salafi itu berkata,… orang-orang yang mengaku bermazhab Syafi’i tapi tidak mengikuti imam syafie karena mereka lebih memilih akidah Asy’ariyyah dan sufiyah yang meyakini “Allah wujud tanpa tempat dan arah” atau “Allah ada di mana-mana” berbanding akidah Ahlussunnah yang dibawa Imam al-Muzani dalam kitab tersebut, karena beliau tegas menetapkan “ketinggian Allah” dan meyakini “Allah bersemayam di atas arsy”.

Jawapannya begini…

1. Kitab Syarhus Sunnah penisbatan nya kepada Imam al-Muzani masih meragukan, karena dalam sanad riwayat kitabnya terdapat beberapa perawi yang majhul “tidak diketahui biografinya”, seperti Syamsuddin Abul Izz Yusuf al-Hakkari, Hasan bin Ali al-Yazuri, dan Ali bin Abdillah al-Halwani.

2. “Allah ada di mana-mana” bukanlah akidah Ahlussunnah.

Sama seperti “Allah bersemayam “bermakna menempati”di atas arsy-Nya” dan bukan akidah Ahlussunnah. Akidah Ahlussunnah adalah “Allah wujud tanpa tempat dan arah” atau “Allah tinggi derajat dan kedudukannya” atau “Allah tinggi “uluw derajat dan kekuasaannya” di atas arsy”.

3. Dari pembacaan saya atas kitab Syarhus Sunnah yang sangat ringkas tersebut, yang hanya ditulis dalam beberapa lembar saja, “ditelaah dan ditahqiq oleh Jamal Azzun”, tidak ditemukan kalimat yang pelik atau menyelisihi akidah Ahlussunnah Asy’ariyyah atau Maturidiyyah secara umum.

Hanya ada beberapa kalimat yang diperlukan penjelasan atau syarah:

PERTAMA:
Pada pasal pertama, Imam al-Muzani memulai dengan pembahasan:

العلو : العالي [عال] على عرشه

Kalimat ini bukan masalah dalam akidah Ahlussunnah Asy’ariyyah, karena uluw Allah memang terdapat nash-nya.

Dan Ahlussunnah telah bersepakat methode tafwidh “serahkan makna yang dikehendaki kepada Allah” dan ta’wil sebagai pilihan manhaj interaksi nya dengan mutasyabihat.

Ta’wilnya adalah uluw makanah “ketinggian derajat, kekuasan dan kedudukan Allah” bukan uluw jihah atas atau tempat “arah dan tempat atas”, karena Allah bersih dari tempat dan arah.

Allah bersih dari tempat adalah ijma’ ulama’:

واجمعوا على انه لايحويه مكان

“Ulama’ Ahlussunnah ijma’ bahwa Allah tidak diliputi tempat” (Al-Farq Bainal Firaq).

Allah bersih dari arah adalah akidah salaf:

ولاتحويه الجهات الست

“Allah tidak diliputi arah enam “termasuk atas” (Akidah Thahawiyah).

Dalam naskah “manuskrip” Syarhus Sunnah yang lain, kata muhaqqiqnya Jamal Azzun, terdapat tambahan berikut:

العالي (عال) على عرشه في مجده بذاته

Lafaz ini populer juga diucapkan oleh Imam Ibn Abi Zaid al-Qairuwani.

Tetapi Imam adz-Dzahabi dalam al-Uluw tegas memberikan kritik atas penambahan kalimat tersebut dan menganggap fudhul “tidak semestinya”, karena ijma’ ulama’ tentang tidak bolehnya menambah-nambah kan sifat yang datang dari Allah dan Rasul-Nya tanpa tambahan.

Selain itu juga, penambahan tersebut masih meragukan “masykuk fih”, karena dalam dua manuskrip yang lain tidak ditemukan.

KEDUA:

Pada pertengahan pembahasan, Imam al-Muzani menyebut:

بائن من خلقه

Ucapan ini memang datang dari sebagian ulama’ salaf “tabi’it tabi’in” dan maknanya adalah “Allah tidak masuk ke dalam alam dan alam tidak masuk pada Allah” (al-Asma was Shifat, al-Baihaqi).

Walaupun penisbatan kalimat “bain” kepada Allah ini sedikit kontroversial, tetapi pengertian nya tidak bersilang dengan akidah Ahlussunnah wal Jama’ah Asy’ariyyah.

4. Isu Imam al-Muzani menentang ilmu kalam.

Isu ini sebenarnya berada di luar topik pembahasan kitab Syarhus-Sunnah.

Ringkasnya, ilmu kalam ada dua,…
mamduh “terpuji” dan madzmum “tercela”.

Ketika disebutkan celaan ulama’ salaf terhadap ilmu kalam, maka maksudnya adalah ilmu kalam yang madzmum, karena catitan sejarah menyebutkan, ulama’-ulama’ salaf seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’i dan lain-lain juga menggunakan hujjah kalamiyyah.

Dan sudah banyak jawapan ulama’ Ahlussunnah tentang ini.

Wallahu A’lam.

(Sumber: FB Ustaz Yunan A Samad)

26/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Cara Berfikir Yang Salah!

1. Tak boleh cium tangan mak bapa bila berjumpa mereka, sebab tak wajib cium pun. Kalau selalu cium, nanti ada yg beranggapan ianya wajib! Maka, anak ini pun tak cium dah tangan mak bapaknya. Takut sesat, masuk neraka…

2. Tak boleh baca surah Yasin setiap Jumaat, nanti orang awam sangka ianya wajib. Maka, tinggalkan bacaan yasin. Takut sesat, masuk neraka.

3. Tak boleh menziarahi kubur secara sepakat hari dan waktu sesama adik-beradik (menjadualkan pergi bersama), nanti orang awam kata ianya wajib. Maka tak perlu ziarah kubur. Takut sesat dan masuk neraka.

4. Tak boleh buat qiamullail secara berjemaah dan berjadual, nanti orang awam kata wajib, jadi qiamullail lah sendiri-sendiri. Kalu tidak, pembuatnya jadi sesat dan masuk neraka.

Ini semua disebabkan masalah SALAH CARA FIKIR. Kenapa disempitkan rahmat Allah SWT sebegitu sekali. Meletakkan perkataan haram bid’ah di hujung lidah. Kalau orang awam salah faham, betulkan mereka tu, beritahu tak wajib. Bukan dengan meninggalkan amalan-amalan baik.

Kalau tak berjadual untuk sama-sama melakukan amalan menziarahi kubur mak ayah, macamana adik-beradik nak sepakat menziarahi bersama-sama. Dah ada yang berselfie, buang sajalah amalan berselfie, bukan dengan meninggalkan kebaikan menziarahi kubur.

Allahu al-musta’an.
Ustaz Asmadi Mohamed Naim

Sumber: FB Ustaz Human A Samad

25/06/2019 Posted by | Tazkirah, wahabi | Leave a comment

Apa kata Ulama’ sezamannya tentang Pengasas Wahabi Muhammad bin Abdul Wahab.

Ribuan ulama telah membantah kesesatan ajaran Ibnu Abdul Wahab, dari sejak dia masih hidup hingga ke saat ini. Di antara para ulama sezaman yang membantah Muhammad ibnu Abdul Wahab adalah :
.
1_SYAIKH SULAIMAN BIN ABDUL WAHAB at-Tamimi an-Najdi (w.1208 H)_Ia adalah saudara kandung dari Muhammad bin Abdul Wahab, pendiri kelompok Salafi Wahabi. Syaikh Sulaiman jauh lebih pandai dan lebih alim dari Muhammad bin Abdul Wahab. Dia seorang tokoh ulama fiqh Mazhab Hanbali yang juga menjawat sebagai Qadhi Najd. Dia termasuk PENENTANG yang KERAS terhadap kesesatan ADIKNYA itu.
.
2_ SYAIKH SULAIMAN BIN SUHAIM BIN AHMAD BIN SUHAIM al-Hanbali an-Najdi
(1181 – 1230 H)_seorang tokoh ulama fiqh Hanbali di Riyadh. Orang tuanya juga tokoh ulama terkemuka yang MENENTANG ajaran Muhammad ibnu Abdul Wahab. Mereka berasal dari kabilah Anzah. Satelah Salafi Wahabi menguasai daerah Riyadh, Ibnu Suhaim ini hijrah ke Zubair dan wafat di sana. Kerana perseteruannya dengan Muhammad bin Abdul Wahab, dia dianggap KAFIR oleh Salafi Wahabi dan digelari sebagai ‘al-Bahim’ (binatang). Begitulah akhlak pendiri Salafi Wahabi terhadap orang-orang yang tidak setuju dengan DAKWAHNYA.
.
3_Syaikh Muhammad ibnu Abdurrahman ibnu Afaliq al-Hanbali _Dia seorang ulama besar Ahsa dan tokoh ulama fiqh terkemuka. Memiliki banyak karya dalam bidang fiqh dan ilmu falak. Dialah yang MENASIHATI Utsman bin Muammar, Gabenor Uyainah, agar menjaga jarak dari Ibnu Abdul Wahab dan meninggalkan
nya. Ini menandakan kedalaman ilmu Ibnu Afaliq dalam berdialog dengan gabenor tersebut sehingga menerima alasan logik dan dalil-dalil yang dia ungkapkan. Kerana itu, Ibnu Abdul Wahab MENGKAFIRKANNYA dengan tuduhan KAFIR AKBAR, gara-gara menolak dakwahnya.
.
4_SYAIKH ABDULLAH IBNU ISA AL-MUWAYIS at -Tamimi ( w.1175 H)_Ulama Najd ini seorang faqih dari Huraimila, hijrah ke Syam untuk menuntut ilmu dari as-Safaraini. Dialah yang berhasil meyakinkan Ibnu Suhaim untuk berhenti memberi dukungan kepada Ibnu Abdul Wahab kerana belum mengenali hakikat dakwahnya yang sebenar nya, sehingga ia pun menarik dukungannya. Inilah yang membuat pengasas Wahabisma tersebut murka dan mengkafirkannya sekafir-kafirnya.
.
5_SYAIKH ABDULLAH IBNU AHMAD IBNU SUHAIM (w.1175 H)_seorang faqih dari daerah Majma’ah, Qasim. Tokoh ulama fiqh bermazhab Hanbali ini adalah qadhi (hakim agama) di Semenanjung Sudair. Ia MENENTANG dakwah Salafi Wahabi kerana sikap BERLEBIH-LEBIHAN mereka dalam MENGKAFIRKAN umat Islam.
.
6_SYAIKH MUHAMMAD BIN ABD AL-LATHIF_Ia adalah salah satu guru Ibnu Abdul Wahab yang berasal dari Ahsa. Ia termasuk PENENTANG KERAS ajaran muridnya yang di anggap SESAT.
.
7_SYAIKH MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN FAIRUZ al-Ahsai (w.1216 H)_Dia hijrah ke Bashrah setelah Salafi Wahabi menguasai daerah Ahsa pada masa Abdul Aziz bin Muhammad. Ayah dan datuknya adalah ulama Hanbali terkemuka. Dia adalah ulama yang sangat disegani dan dipandang oleh Sultan Turki Utsmani. Ibnu Fairuz adalah PENENTANG KERAS DAKWAH dan AJARAN Ibnu Abdul Wahab. Oleh kerana itu, dia dikafirkan sekafir-kafirnya dan dikatakan telah keluar dari agama Islam.
.
8_SYAIKH MUHAMMAD ALI SALUM (w.1246 H)_Dia melarikan diri ke Bashrah bersama gurunya Ibnu Fairuz, akibat keganasan yang dilakukan oleh Salafi Wahabi.
.
9_AL-ALLAMAH AL-QADHI UTSMAN BIN MANSHUR AN-NASHIRI (w.1282 H)_Ia adalah seorang Qadhi daerah Sudair dan Hail pada masa Turki Ibnu Abdullah Ibnu Faishal bin Turki. Dia berpendapat cukup KERAS tentang Salafi Wahabi dan mengatakan sebagai Khawarij Akhir Zaman.
.
10_SYAIKH MUHAMMAD SULAIMAN al-Kurdi _seorang mufti Syafi’iyyah di Madinah. Beliau adalah guru Ibnu Abdul Wahab yang juga mengecam keras dakwah muridnya itu dengan menulis buku berjudul “Masa’il wa Ajwibah wa Rudud ‘ala al-Khawarij ‘ dan kitab ‘ar-Radd ‘ala Muhammad ibni Abd al-Wahhab ‘.
.
11_SYAIKH MARBAD BIN AHMAD at-Tamimi (w.1171 H)_Dia adalah seorang Qadhi dan tokoh ulama besar negeri Nejd. Tewas di bunuh kelompok Salafi Wahabi di kota Raghbah.
.
12_AL-ALLAMAH MUHAMMAD BIN ABDULLAH_Ia adalah seorang mufti Mekah bermazhab Hanbali yang hidup tidak jauh dari masa Ibnu Abdul Wahab dan turut menyaksikan kesesatan dan tindakan-tindakan anarkis yang di lakukan oleh keturunan Ibnu Abdul Wahab. Dia mengungkapkan rasa keberatan dan penolakan
nya terhadap fahaman yang satu ini melalui bukunya yang berjudul as-Sahb al-Wabilah ‘ala Dhara’ih al-Hanbali.
.
Para tokoh ulama di atas hanyalah sebahagian kecil dari ulama terkemuka yang hidup sezaman dengan Ibnu Abdul Wahab yang membantah ajaran sesatnya. Masih ramai ulama dari berbagai mazhab dan negara yang mengkritik penyimpangan Muhammad ibnu Abdul Wahab ini yang tidak dapat dicantumkan di sini kerana terbatasan halaman.

Oleh kerana terlalu ramai ulama yang membantah dan ulama semua mazhab juga menentangnya, fahaman Ibnu Abdul Wahab ini telah dianggap sesat oleh mereka dan keluar dari ajaran Islam.

Sumber Aswaja

21/06/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment

FITNAH & SOLUSINYA

Setiap fitnah yang tersebar akan dapat dipadam jika ada ‘orang’ yang menarik diri daripada menyebarkannya…

Orang yang mengundur diri daripada fitnah itu sebenarnya telah menyelamatkan ramai yang lain hasil daripada tindakannya yang bijaksana.

Diriwayatkan Nabi salalahualaihiwassalam bersabda;

إِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ
Di kalangan manusia ada orang yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan penutup pintu keburukan. (HR Ibn Majah)

(Sumber: Ustaz Yunan A Samad)

16/06/2019 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

WAHHABI DAN SIFAT 20

(Olih: Ustaz Mohd Al Amin Daud Al Azhari)

1. Wahhabi mengatakan pada zaman Nabi tidak ada akidah sifat 20 yang telah disusun secara sistematik oleh Imam Abu Hassan al-Asya’ari dan Imam Abu Mansur Al-Maaturidi رضي الله عنهما.

2. Saya jawab. Jika itu alasan Wahhabi untuk menolak penyusunan sifat 20 maka wahhabi perlu juga menolak penyusunan ilmu usul fiqh dan ulum Al-Hadith kerana Imam Syafie adalah orang yang pertama menyusun keduanya. Wahhabi juga perlu menolak ulum Al-Quran, ilmu nahu, ilmu soraf, ilmu balaghah dan segala macam ilmu yang tidak pernah ada pada zaman Nabi.

3. Bahkan Wahhabi juga perlu menolak kitab-kitab hadith kerana ia disusun oleh ulama dan ia tidak ada pada zaman Nabi. Kitab sahih Bukhari disusun oleh Imam Bukhari dan beliau adalah ulama’. Penyusunan hadith Bukhari berdasarkan ijtihad beliau di dalam memilih hadith-hadith Nabi untuk dijadikan hujjah.

4. Jika Wahhabi mengatakan ilmu sifat 20 berdasarkan ilmu kalam maka saya jawab kepada mereka bahawa segala ilmu qawaid di dalam Islam termasuk ulum dan mustolah hadith juga disusun berdasarkan kepada thoriq al-Mutakallimin.

5. Mengapa Wahhabi sangat membenci pengajian sifat 20? Jawapannya kerana sesiapa yang mendalami dan menguasainya pasti akan menolak akidah mujassimah dan musyabbihah yang mereka cuba sebarkan kepada masyarakat seperti Allah mempunyai anggota tangan, kaki, dua mata, betis. Allah bertempat di langit, di arash, kedua kaki Allah di atas kursi, naik turun Allah ke langit dunia, Allah ketawa dan sebagainya daripada akidah yang tidak mentanzihkan (menyucikan) dan mentauhidkan (mengEsakan) Allah daripada sebarang penyerupaan dengan makhluk.

6. Kita perlu faham segala ilmu itu telah ada pada zaman Nabi صلى الله عليه وسلم namun penyusunan (تدوين العلم) berlaku kemudian selepas kurun para sahabat. Tidak ada di dalam kitab tidak bermakna ilmu itu tidak wujud kerana peringkat awal ilmu diambil daripada dada ke dada dan mulut ke mulut. Maka sebab inilah pentingnya sanad ilmu yang muttasil (berhubung) sehingga kepada Nabi صلى الله عليه وسلم.

7. Teringat ketikamana guru kami Syeikh Dr Usamah as-Sayyid Al-Azhari mengsyarahkan berkaitan dengan ilmu mantiq. Kata beliau ilmu mantiq bukan wujud pada zaman Aristotle (ارسطو) tetapi ia telah wujud semenjak wujudnya manusia. Kerana manusia berfikir. Tinggal lagi Aristotle hanya menyusun secara sistematik dan menulisnya.

8. Benarlah pemikiran Wahhabi akan menghancurkan Islam kerana sedikit demi sedikit mereka cuba menghapuskan peradaban ilmu yang telah dimiliki oleh Islam.

Inilah jarum Yahudi yang berusaha menghancurkan Islam daripada dalam kerana mereka sedar tamadun Islam terbina di atas ilmu dan para ulamanya.

14/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, wahabi | Leave a comment

Matikan Telefon Bimbit Ketika Solat

1. Tidak mengapa seseorang itu mematikan telefonnya ketika solat dengan syarat dia menjaga pergerakkannya. Ini kerana ringtone telefon amat mengganggu jemaah lain untuk khusyuk.

Rasulullah pernah menegur sahabat yang membaca al-Quran di dalam masjid dengan suara yang kuat kerana dikhuatiri mengganggu jemaah lain. Kisah ini diriwayatkan oleh Abu Daud yang menyebutkan:

اعتكف رسول الله صلى الله عليه وسلم في المسجد فسمعهم يجهرون بالقراءة فكشف الستر وقال : ألا إن كلكم مناج ربه فلا يؤذين بعضكم بعضا ولا يرفع بعضكم على بعض في القراءة – أو قال في الصلاة

“Suatu hari Rasulullah beriktikaf di dalam masjid dan Baginda mendengar ada sahabat yeng menguatkan bacaan (al-Quran) mereka. Rasulullah lalu menyelak tabir Baginda dan berkata:

Bukankah kamu semua sedang bermunajat kepada Allah? Janganlah ada sebahagian kamu menyakiti (mengganggu) yang lain. Jangan pula kamu tinggikan suara kamu di dalam bacaan (al-Quran kamu) (sebahagian riwayat menyatakan meninggikan suara ketika solat kamu).” (HR Abu Daud).

2. Bayangkan, andai sekiranya perbuatan meninggikan suara ketika membaca al-Quran pun dilarang oleh Rasulullah kerana mengganggu ibadah jemaah yang lain, apatah lagi ringtone dengan lagu yang merosakkan tumpuan orang lain dalam solat mereka.

3. Bagaimana pula pergerakan yang diharuskan ketika dalam solat untuk mematikan telefon? Seseorang itu diharuskan untuk melakukan pergerakan kecil atas tujuan yang dibenarkan oleh syarak. Beberapa hadith menunjukkan Rasulullah melakukan pergerakan kecil dalam solat atas keperluan yang diharuskan oleh syarak.

4. Sebagai contoh Baginda pernah mendokong cucu Baginda yang bernama Umamah ketika Nabi sedang solat. Perkara ini direkodkan di dalam Sahih al-Bukhari yang menyebutkan:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي وَهُوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا، وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا

“Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mendirikan solat sambil mendokong cucu Baginda bernama Umamah binti Zainab. Ketika Baginda ingin sujud, Baginda meletakkan Zainab dan ketika Baginda bangun, Baginda mengambil dan mendokongnya semula.” (HR al-Bukhari)

5. Rasulullah juga dilihat pernah memindahkan orang di dalam solat. Perkara ini diceritakan oleh Abdullah ibn Abbas yang menyebutkan:

قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ، فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ، فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ، فَأَخَذَ بِرَأْسِي، فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ

“Rasulullah pernah mendirikan solat pada satu malam lalu aku solat bersamanya. Aku berdiri disebelah kiri Rasulullah. Rasulullah lalu memegang kepalaku dan menarikku ke sebelah kanan Baginda.” (HR al-Bukhari)

6. Rasulullah pernah membuka pintu ketika mendirikan solat sunat. Perkara ini diceritakan oleh Aisyah yang menyebutkan:

اسْتَفْتَحْتُ الْبَابَ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي تَطَوُّعًا وَالْبَابُ عَلَى الْقِبْلَةِ فَمَشَى عَنْ يَمِينِهِ أَوْ عَنْ يَسَارِهِ، فَفَتَحَ الْبَابَ ثُمَّ رَجَعَ إِلَى مُصَلَّاهُ

“Aku cuba membuka pintu ketika Rasulullah sedang mendirikan solat sunat. Dan ketika itu pintu tersebut berada di arah Kiblat. Maka Rasulullah bergerak ke kanan atau ke kiri, lalu Baginda membuka pintu tersebut. Kemudian kembali ke tempat solatnya lalu meneruskan solat Baginda.” (HR al-Nasa’i)

7. Jika diperhatikan hadith di atas, pergerakan yang dilakukan oleh Rasulullah ketika solat tidak membatalkan solat Baginda. Menurut Mazhab Syafie, terdapat beberapa syarat yang mesti dijaga oleh seseorang bagi mengelakkan solatnya terbatal. Antaranya adalah tidak melakukan pergerakan yang banyak dan berturut-turut. Dan pergerakan tersebut diharuskan oleh syarak.

Sekiranya seseorang itu boleh menjaga segala keperluan ini, maka pergerakan kecilnya untuk mematikan telefon adalah sesuatu yang harus. Membiarkan telefon berbunyi sehingga mengganggu jemaah lain adalah lebih dilarang.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Masuk Neraka Kerana Kucing
==============
1. Dahulu lagi Rasulullah berpesan, ada seorang wanita yang masuk ke neraka kerana menyeksa kucing. Hari ini kita menyaksikan sendiri bagaimana perlakuan tersebut dirakamkan. Tindakan seorang lelaki yang menjerut dan menggantung kucing tersebut sehingga mati adalah insiden yang sangat sadis.

2. Hadith tersebut disampaikan kepada kita melalui bentuk penceritaan. Sabda Rasulullah:

دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا ، فَلَا هِيَ أَطْعَمَتْهَا ، وَلَا هِيَ أَرْسَلَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ ، حَتَّى مَاتَتْ هَزْلً

“Seorang wanita masuk ke neraka kerana seekor kucing yang diikatnya, dia tidak memberinya makan, tidak juga dia membebaskan kucing tersebut untuk mencari makan dibumi ini, sehinggalah kucing tersebut mati kelaparan.

3. Hadith ini mengingatkan kepada kita bagaimana satu perkara yang dianggap remeh oleh seseorang boleh mengheret dirinya ke neraka. Dengan sebab itu kita digesa untuk menjauhi segala kezaliman sekalipun dengan yang haiwan.

4. Hadith ini turut menggambarkan kepada kita manusia boleh menjadi lebih kejam dari binatang. Rasulullah menggunakan contoh seorang perempuan yang sifat semulajadinya sepatutnya lembut dan penyayang. Namun, ia boleh jadi keras dan zalim sekiranya tidak dipandu dengan syarak.

Moga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

14/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Bahaya Mendedahkan Dosa Sendiri

1. Rasulullah mencela mereka yang suka mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah sudah menyembunyikan keaiban maksiat yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Yang dimaksudkan dengan ‘mujaharah’ itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam tersebut.

Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang dia lakukan pada malam hari, namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.” (HR al-Bukhari)

2. Hari ini umat ditimpa penyakit. Mereka merasa bangga dengan dosa. Bahkan mereka menayangkan pula gambar-gambar tidak menutup aurat, atau merakamkan pula pengakuan maksiat yang dilakukan di media sosial. Sedangkan seorang mukmin itu sepatutnya tidak merasa selesa dengan dosanya. Sabda Rasulullah:

“إِذَا سَرَّتكَ حَسَنَتُكَ وَسَاءَتكَ سَيِّئَتُكَ فَأَنتَ مُؤمِنٌ”

“Sekiranya engkau merasa tenang dengan amal kebaikan dan merasa tidak selesa dengan kejahatan yang engkau lakukan, maka engkau adalah orang yang beriman.” (HR Ahmad)

3. Bahkan seorang mukmin itu amat malu dan takut dengan dosanya. Mukmin menganggap dosa mereka seperti gunung yang akan menimpanya. Sabda Rasulullah:

إِنَّ المُؤمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَن يَقَعَ عَلَيهِ، وَإِنَّ الفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنفِهِ

“Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti dia sedang duduk di bawah bukit dan bimbang bukit (dosa) itu itu akan menimpanya sedangkan orang yang fajir (fasiq) itu melihat dosanya hanya seperti lalat di atas hidungnya.” (HR al-Bukhari).

4. Hadith ini jelas menunjukkan bahawa seorang mukmin itu sepatutnya sangat malu untuk menayangkan perlakuan dosa mereka. Sabda Rasulullah:

والإثم ما حاك في نفسك وكرهت أن يطلع عليه الناس

“Dosa itu adalah apa yang tidak enak dihatimu dan engkau benci untuk menayangkannya di hadapan manusia.” (HR Muslim).

5. Hari ini sifat itu telah semakin pupus. Sehinggakan seorang muslim itu sudah tidak merasa malu lagi untuk berkongsi perlakuan dosa, malah menjadikannya atas kepentingan yang menghairankan.

Moga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

14/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | Leave a comment

TAK ADA DALIL TAK BOLEH BERAMAL?

Ada orang kata; Wajib tahu dalil baru boleh beramal, kalau takde dalil ertinya taqlid pada ulamak, ulamak bukan nabi sebab kita beramal mesti pastikan benda tu datang dari nabi. Benarkah kata mereka kita beramal kena bersumberkan al-Quran dan Hadith sahaja?

Tapi dalam masa yg sama mereka menuduh ikut ulamak-ulamak mazhab sebagai salah seolah-olah ulamak-ulamak mazhab tu mereka-reka hukum.

Baiklah. Mari kita tanya mereka 1001 soalan mengenai dalil amalan-amalan kita selama ini.

Soalan ke 1001:
Apa dalil (al-Quran atau al-Hadith) solat subuh 2 rakaat?

Apa dalil (al-Quran atau al-Hadith) waktu subuh masuk dengan terbit fajar sadiq?

Apa dalil (al-Quran atau al-Hadith) waktu subuh habis dengan terbit matahari?

Terbit sebahagian matahari ke atau terbit seluruh bulatan matahari dan nyatakan dalilnya (al-Quran atau al-Hadith)?

Apa dalil (al-Quran atau al-Hadith) boleh ikut taqwim waktu solat dan jam nak tahu subuh dah masuk ke tidak, bukan ke sepatutnya kena tengok fajar sadiq kat kaki langit?

Sila kemukakan dalil Quran dan Hadith sahaja…

Apa hukum orang yang solat fardhu subuh tapi tak tahu semua dalil Quran dan Hadith yang berkaitan tapi tahu melalui ulama je yang tak maksum? Tidak sahkah solat yg didirikannya?

(Sumber: FB Ustaz Yunan A Samad)

08/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

AMALAN FIQH BEBAS MAZHAB VS AMALAN FIQH BERMAZHAB

Amalan fiqh bebas mazhab dgn amalan fiqh bermazhab boleh diumpamakan seperti berikut:

FIQH BEBAS MAZHAB: Segala perkara hendak dibuatnya sendiri, maka lambat utk sampai ke destinasi..umpama seseorang itu dari Kedah hendak menuju ke Kuala Lumpur. Kenderaannya ingin dibuat sendiri kerana merasai dirinya layak utk buat kenderaan itu.

Jenis kenderaan itu pula ingin digabungkan semua jenama yg ada, Proton sikit, Honda sikit, Toyota sikit dan byk lagi..masa hendak gabung itu dia pilih pulak mana yg rajih kerana merasakan ia layak utk pilih mana2 pendapat yg dirasai paling tepat ikut sangkaannya.. agak2, boleh ke dia cipta kenderaan tu?

Dia ada ke kilang pembuatan utk mencipta kereta tu? Nampaknya, kereta idamannya tak akan siap, dan sudah tentu tidak akan sampai ke destinasi..lagi pun, ia masih dlm situasi memilih mana yg rajih..hmmm

FIQH BERMAZHAB: Amalan fiqh berdasarkan ilmu..telah merujuk tokoh2 yg pakar..lalu memilih satu mazhab utk diamalkan kerana satu2 mazhab itu mempunyai usul, kaedah, masa’il furu’iyyah yg telah lama diselesaikan..umpamanya, ia hendak menuju ke Kuala Lumpur dari Kedah, ia telah bersiap sedia dari awal lagi..ia bercadang utk bertolak jam 7 pagi, maka ia dapat lakukan pada masanya kerana kenderaan telah tersedia, jenama kenderaan telah pun dipilih, maka tak perlu ia fikirkan dari sudut jenis.

Mana yg lebih rajih utk ia mencipta kenderaan baru.. kenderaan sudah tersedia, guna sahaja kenderaan itu, lalu bertolak ke destinasi..tak perlu fikir mana yg lebih rajih kerana org pakar yg buat kenderaan itu telah pun memilih kaedah yg rajih utk siapkan kenderaan itu di kilang..serahkan sahaja kepakaran itu kpd mereka..maka ia dapat bertolak ke destinasi dgn selesa dan meyakinkan..

Berdasarkan perumpamaan amalan fiqh bebas mazhab dan amalan fiqh bermazhab seperti di atas, agak2nya siapa yg akan sampai ke destinasi terlebih dahulu ya? Anda telah pun mendapat jawapannya. Ini sekadar perumpamaan utk mudah faham..

Wallahua’lam

Sumber: FB Ustaz Yunan A Samad

08/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

APA Bahayanya Bila Hanya Belajar Hadis?

Dikatakan oleh almarhum Tuan Guru Hj Yahya Mat Saman rahimahullahu taala ( Tuan Guru Pakya Telok ) kepada anak muridnya, Syeikh Abdul Raof Nurin hafizahullahu taala, pernah berpesan oleh Waliyullah Tok Kenali rahimahullahu taala,

” Tidak boleh mengaji ilmu hadis terlebih dahulu sebelum 10 tahun mengaji ilmu2 lain. Lepastu baru mengaji ilmu hadis ”

Tuan guru alfaqir, pernah menerangkan perkara yg sama berdasarkan kalam almarhum tuan guru atas pesanan Waliyullah Tok Kenali…

“Apabila seseorang mengaji tentang hadis dan tafsir semata2 ( tanpa disulam ilmu fardhu ain iaitu tauhid,fekah,tasawuf ) mereka akan mudah merasa diri mereka alim..

Dan barangsiapa yg mengaji tafsir dan hadis semata2 hukumnya haram selagi mana tak lepas lagi ilmu fardhu ain keatas dirinya..bahkan seandainya dia seorg asatizah yg mengajar dan dlm kalangan pelajarnya ada yg masih belum lepas fardhu keatas dirinya pelajar dan belajar dgnnya, maka tidak menjadi pahala padanya asatizah malah akan menjadi dosa.”

Kebanyakkan org kita yg menjalani proses berhijrah, mereka tersilap langkah dengan menjadikan terjemahan hadis dan al quran sebagai panduan mereka, sehingga mereka menafsir dgn menggunakan aqal bahkan memahami secara literal semata² tanpa merujuk kepada apa yg ulama’ bicara serta tafsirkan.

Sedangkan, memperlajari ilmu hadis serta tafsir ini adalah sekadar fardhu kifayah, bahkan yg terlebih wajib itu adalah ilmu fardhu ain yakni ilmu tauhid, ilmu feqah, dan ilmu tasauf.

Memahami hadis bukan sekadar dgn memahami terjemahan, tetapi dgn perbahasan ulama, sekurang²nya mesti khatam Sunan Sittah..

Jadi tak hairanlah, ramai org sekarang yg kembali kepada agama, suka benar membicarakan hadis dan al quran, tapi tersasar jauh dari landasan kehendak atau murod hadis tersebut.

*kalau kita tengok di dlm kitab Pelita Penuntut karangan almarhum Al alim Syeikh Daud Al fathoni rahimahullahu taala, jua memberitahu, haram bagi barangsiapa yg mengaji tafsir dan hadis tanpa dipelajari ilmu fardhu ain terlebih dahulu.

Olih: FB Ustaz Yunan A Samad

08/06/2019 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

BILA BERAMAL HANYA TUNGGU DALIL AL QURAN DAN HADITH!

1. Ada orang berfahaman kalau mana-mana kitab karangan ulamak tak ada ayat al-Quran dan al-Hadith maka kitab itu tidak bermutu berbanding kitab-kitab hadith. Tidak bermutu ni kira tuduhan yang lembut lagi sebab ada tohmahan yang lebih keji ke atas para ulamak muktabar.

2. Eloknya orang begini kita tunjukkan kitab-kitab tajwid termasuk matan-matan asas ilmu tajwid yang dikarang oleh ulamak-ulamak muktabar dalam bidang tajwid.

3. Apakah kerana tiada atau minimanya ayat al-Quran atau al-Hadith dalam kitab-kitab tajwid bermakna ilmu tajwid ini rekaan ulamak? Tanpa ulamak tajwid dan murid-murid mereka, mampukah kita baca al-Quran dengan betul?

4. Demikianlah bila ulamak mengarang kitab-kitab aqidah, fiqh dan tasauf. Dalam kitab-kitab besar tebal berjilid-jilid memang ada disertakan ayat al-Quran dan al-Hadith tapi kalau dalam kitab-kitab kecil memada diletakkan dalam bentuk senarai.

5. Dan kalau nak mengaji kitab-kitab besar tebal berjilid-jilid yang menyertakan semua dalil tak larat pula kita nak belajar sebab siang kita kerja dan malam nak berehat dan hari cuti kita nak berlibur lepas tu orang yang tak lepas pun ilmu fardu ain inilah sebok nak tolak ulamak muktabar kononnya nak dalil baru nak beramal.

6. Sebagai contoh dalam kitab-kitab aqidah yang ringkas hanya diletakkan senarai 25 orang rasul yang wajib diketahui secara tafsil. Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishaq, Yaaqub dan seterusnya tetapi tidaklah disertakan ayat al-Quran mana yang menyebut nama-nama rasul itu. Apakah bila tiada disertakan dalil al-Quran bererti senarai 25 rasul itu rekaan ulamak?

7. Contoh lain kalau kitab-kitab fiqh yang besar-besar berjilid-jilid tebalnya memanglah ada disertakan dalil bagi setiap hukum yang dikeluarkan sama ada dari al-Quran, Al-Hadith, Ijmak, Qias dan sebagainya. Tapi kalau kitab fiqh ringkas yang ramai pun tak pernah mengaji memada disebut rukun wuduk ada 6, rukun solat ada 13, disenaraikan syarat-syarat wajib solat, syarat-syarat sah solat dan seterusnya.

8. Kalau nak dalil semua hukum fiqh pergilah mengaji kitab-kitab besar. Tahulah nanti dalil mengapa solat zohor 4 rakaat tapi solat subuh 2 rakaat, mengapa solat mula dengan takbir, apa dalil sunat baca surah lepas Al-Fatihah, apa dalil cara rukuk kena tunduk badan, apa dalil kencing batalkan wuduk, apa dalil azan mesti bahasa Arab, apa dalil mesti tutup aurat masa solat, apa dalil bacaan tahiyyat kita tu betul, apa dalil orang haid tak wajib solat, apa dalil boleh solat jamak, apa dalil disyariatkan solat taubat, apa dalil solat tarawih, apa dalil seterusnya. Ini baru solat. Belum bab puasa, zakat, haji, muamalat, munakahat, jinayat. Kalau belajar kitab-kitab fiqh yang besar-besar berjilid-jilid tebalnya nanti tahulah apa dalil tawaf, saie, melontar, apa dalil halal bersetubuh dengan isteri yang sah, apa dalil halal berniaga, apa dalil halal menyewa rumah, apa dalil halal makan durian, apa dalil halal makan ayam, apa dalil halal makan ikan yang dah mati tak sembelihpun, apa dalil halal makan burger daging lembu dan seterusnya.

9. Sebab ada pulak orang berfahaman kalau takde dalil tak boleh beramal. Jenuh gitu.

10. Ulamak muktabar ada yang mengarang kitab-kitab ringkas untuk bantu orang macam kita faham agama kadar fardu ain paling kurang itu pun ramai lagi yang tak belajar. Jadi mereka hanya masukkan perkara-perkara yang perlu dibuat dan ditinggalkan sebab kalau nak masuk dalil panjang pula jadi kitab tu.

11. Jadi siapa yang nak tahu dalil atas setiap hukum, pergilah terjun sepenuh masa belajar ilmu agama yang amat luas dan dalam. Dan kalau tak mampu menjadi penuntut ilmu agama sepenuh masa sebab kita ni bekerja siang, malam berehat hujung dan hari minggu berlibur, sokonglah penuntut-penuntut ilmu dan untuk kita belajarlah minima kadar yang fardu ain Tauhid-Fiqh-Tasauf.

(Sumber: FB Ustaz Yunan A Samad)

06/06/2019 Posted by | Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Pelampau Politik dan Penipuan Janji

1. Ketika ini terlalu banyak berita mungkir janji di media sosial. Isu penghapusan Tol, Lynas, janji PTPTN dan bermacam lagi menggambarkan sikap ekstrim ahli politik yang menggunakan segala isu bagi memukau rakyat untuk meraih sokongan.

2. Mereka ini adalah ektrimis politik, pelampau dalam berpolitik, menggunakan segala isu bagi mempersona dan meraih undi rakyat ini. Demi menjatuhkan musuh politik, akhirnya rakyat yang menjadi mangsa. Ya! rakyat yang menjadi mangsa. Rakyat masih menanggung kesusahan yang sama.

3. Benarlah firman Allah, memungkiri janji ini adalah sifat orang fasiq. al-Quran menyifatkan mereka yang tidak menunaikan janji ini tergolong dalam golongan orang-orang fasiq, yang seakan melakukan dosa besar. Firman Allah:

وَمَا وَجَدْنَا لِأَكْثَرِهِمْ مِنْ عَهْدٍ وَإِنْ وَجَدْنَا أَكْثَرَهُمْ لَفَاسِقِينَ

“Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasiq.”

4. Rasulullah ﷺ pula dalam sebuah hadith yang masyhur juga mengingatkan kita bahawa mereka yang tidak menepati janji adalah orang yang memiliki sifat munafiq.

5. Janji mestilah ditepati sekalipun dengan anak kecil. Abu Daud meriwayatkan kisah Abdullah ibn Amru yang sedang duduk bersama Rasulullah. Tiba-tiba ibunya memanggilnya dengan menjanjikan sesuatu pada anak kecil ini. Abdullah ibn Amru lantas pergi kepada ibunya setelah mendengar janji itu.

Melihatkan keadaan itu Rasulullah ﷺ memanggil ibu Abdullah dan bertanya kepadanya: Apakah yang engkau berikan pada anak kecil itu? Ibu Abdullah menjawab: Aku berikan kurma. Rasulullah ﷺ lalu bersabda: Sekiranya engkau tidak memberikan apa-apa buat anak kecil itu maka engkau telah dicatatkan dengan (dosa) penipuan.

6. Lihatlah betapa Rasulullah ﷺ sangat memelihara perihal menepati janji ini. Mengingkari janji telah digambarkan dengan pelbagai sifat keji di dalam al-Quran dan hadith. Mereka seakan mirip dengan sifat Iblis (janji Iblis sebelum perang Badr), fasiq dan munafiq dalam agama.

Berhati-hatilah sebelum memberikan janji. Jauhi mereka yang menjual janji dan harapan palsu.

Moga Allah merahmati kita semua.

Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

06/06/2019 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

Tanda Amalan Diterima Allah

1. Benar, tiada siapa yang mengetahui samada amalan mereka diterima Allah atau tidak. Namun sebahagian sarjana Muslim memberikan pandangan bahawa terdapat tanda-tanda amalan seseorang itu diterima. Antaranya ialah:

2. Pertama: Dia tidak kembali kepada maksiat. Ini adalah tanda yang paling utama. Seharusnya amalan seseorang menjauhkan diri mereka dari maksiat. Amalan tersebut menjadi sebati dalam dirinya, membentuk darah dagingnya sehingga menjadikan dirinya membenci maksiat.

al-Imam Ibn al-Qayyim berpesan di dalam kitab Madarij al-Salikin:

أما إذا تذكَّر الذنبَ ففرح وتلذَّذ فلم يُقبل، ولو مكث على ذلك أربعين سنة

“Adapun sekiranya seseorang itu (setelah melakukan ibadah) masih merasa seronok dengan dosa, ketahuilah bahawa ia adalah (tanda-tanda) amalan tidak diterima sekalipun dia melakukan amal kebajikan selama 40 tahun.” (Ibn al-Qayyim, Madarij al-Salikin)

Dengan sebab itu al-Imam al-Hasan al-Basri menegaskan:

فإذا قبل اللهُ العبدَ فإنه يُوفِّقه إلى الطاعة، ويَصْرفه عن المعصية

“Sekiranya Allah menerima amalan seseorang, maka dia akan membimbingnya untuk melakukan ketaatan yang seterusnya dan memalingkan hambaNya dari maksiat.”

3. Kedua: Amal kebaikannya seharusnya menghasilkan kebaikan yang lain. Dalam perihal ini al-Imam al-Hasan al-Basri berkata:

إنَّ مِن جزاءِ الحسَنةِ الحسَنة بَعْدَها، ومِن عقوبةِ السيئةِ السيئةُ بعدها

“Salah satu pulangan amal soleh adalah, ia menghasilkan amal soleh yang lain. Dan sekiranya dia melakukan kejahatan, kejahatan tersebut akan menghasilkan kejahatan yang seterusnya.

Malah al-Hasan mengingatkan kita bahawa: “Sekiranya kebaikanmu tidak memberikan pertambahan (amal), maka di situ pasti ada kekurangan (kesempurnaan amalan tersebut).

4. Ketiga, Istiqamah dengan Amal Soleh. al-Imam Ibn Kathir menyebut: Sesungguhnya telah menjadi fitrah manusia di mana Allah akan mencabut nyawa seseorang itu dengan amal yang dilakukan secara konsisten. Sekiranya seseorang konsisten melakukan kebaikan, maka dia akan mati dalam kebaikan. Sekiranya seseorang konsisten dengan kemungkaran, maka dibimbangi dia akan mati dengan perbuatan yang telah biasa dia lakukan.

Dengan sebab itu al-Bukhari merekodkan satu insiden yang menarik. Seorang sahabat telah meninggal ketika menunaikan haji. Ketika meninggal, dia masih berpakaian ihram. Lalu Rasulullah meminta para sahabat mengkafankan beliau dengan pakaian ibadah tersebut. Sabda Rasulullah:

كفِّنوه بثوبيه؛ فإنه يُبعَث يوم القيامة ملبِّيًا

Kafankan beliau dengan pakaiannya, sesungguhnya dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan bertalbiyyah (lafaz talbiah Haji yang memuji Allah).

Moga Allah menganugerahkan kita pengakhiran yang baik.

Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

06/06/2019 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

Bagaimana Istiqamah Selepas Ramadan?

1. Ramadan telah pun pergi meninggalkan kita. Apakah kita akan meninggalkan semua amalan ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadan ini? Kekuatan berpuasa 30 hari, tarawih 8 rakaat dan bacaan Quran yang banyak seharusnya diteruskan.

2. Beberapa hadith ini seharusnya menjadi pemangkin kepada kita untuk konsisten dalam melakukan amal ibadah seusai Ramadan.

Antaranya adalah:

3. Bagi bacaan al-Quran, Rasulullahﷺ mengingatkan kita bahawa kedudukan seseorang di akhirat kelak adalah bergantung kepada akhir ayat yang dibaca. Lagi banyak di baca, lagi tinggi kedudukan kita. Justeru, bacaan al-Quran mesti diteruskan setelah Ramadan. Sabda Rasulullahﷺ:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ ، كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا ) .

Sabda Rasulullahﷺ: ” Di akhirat kelak, ahli al-Quran akan dikatakan kepada mereka: “Bacalah (al-Qur`an) dan naiklah (ke syurga) serta tartilkanlah (bacaanmu) sebagaimana engkau membacanya secara tartil sewaktu di dunia. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) adalah berdasarkan akhir ayat yang engkau baca”.(HR. Tirmizi dan Abu Daud)

Hadith ini menggambarkan bahawa lagi banyak kita baca, lagi tinggi kedudukan kita di akhirat kelak. Teruskan konsisten membaca al-Quran selepas Ramadan.

4. Bagi amalan puasa pula, Rasulullahﷺ konsisten berpuasa 3 hari setelah Ramadan. 3 hari ini hanyalah 10% sahaja daripada jumlah puasa Ramadan kita sebanyak 30 hari. Perkara ini diceritakan oleh Aisyah dalam sebuah hadith:

عن مُعَاذَةُ الْعَدَوِيَّةُ، أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ؟ “، قَالَتْ: “نَعَمْ”، فَقُلْتُ لَهَا: “مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ كَانَ يَصُومُ “، قَالَتْ: لَمْ يَكُنْ يُبَالِي مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ يَصُومُ

Maksudnya: Muazah pernah bertanya kepada Aisyah: Apakah Rasulullah berpuasa tiga hari pada setiap bulan? Aisyah menjawab: “Ya.” Muazah kemudian bertanya: Rasulullah berpuasa pada hari apa (berkenaan 3 hari tadi)? Aisyah menjawab: Baginda tidak kisah dari hari apa pun.”

Ini bermakna, Bagindaﷺ akan meneruskan amalan berpuasa ini sebanyak 3 hari setiap bulan, tidak kira hari apa pun. Yang penting konsisten meneruskan amalan berpuasa yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini.

5. Manakala bagi amalan solat tarawih pula, kita boleh terus konsisten melakukannya dengan Solat Sunat Witir setelah Isya’. Saidina Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullahﷺ berpesan kepada beliau tentang tiga amalan yang tidak pernah beliau tinggalkan sepanjang beliau hidup iaitu: (1) Solat Witir, (2) Puasa tiga hari setiap bulan dan (3) Solat Duha (HR al-Bukhari). Kata Abu Hurairah:

فعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: ” أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ: صِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: Kekasih aku (Rasulullahﷺ) berpesan kepada aku tiga perkara (yang tidak aku tinggalkan sehingga aku mati) iaitu: Puasa tiga hari sebulan, Solat Duha dan Solat Witir sebelum tidur.

6. Salin hadith di atas, dan tampal ditempat yang mudah dilihat. Mudah-mudahan ia sentiasa menjadi peringatan buat kita untuk konsisten dan istiqamah melakukan amalan yang telah kita lakukan di dalam bulan Ramadan.

Moga Allah membimbing kita untuk istiqamah setelah Ramadan.

Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

06/06/2019 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

PERSAMAAN SYIAH DAN WAHHABI

Syiah dan Wahhabi sama-sama sesat dan berbahaya. Hanya saja Syiah lebih sesat dan Wahhabi lebih berbahaya.

Syiah dan Wahhabi sama-sama bukan Ahlussunnah wal Jamaah (Aswaja). Hanya saja Syiah lebih jauh dari Ahlussunah dan Wahhabi lebih dekat dengan Ahlussunnah.

Syiah dan Wahhabi sama-sama Mujassimah. Hanya saja Syiah lebih moderat dan Wahhabi lebih ekstrim (tajsim). Aqidah Mujassimah meyakini Allah bertempat, dan tempatnya di langit atau Arsy, padahal langit atau Arsy adalah makhluk Allah dan mustahil Allah memerlukan makhluk yang namanya tempat.

Syiah dan Wahhabi sama-sama suka. Hanya saja Syiah suka mewahhabikan orang dan Wahabi suka mensyiahkan orang.

Syiah dan Wahhabi sama-sama punya hobi. Hanya saja Syiah hobi merendahkan (mengkafirkan) Sahabat Nabi dan Wahhabi hobi merendahkan (mengkafirkan) kedua orang tua Nabi.

Syiah dan Wahhabi sama-sama minoriti. Hanya saja Syiah lebih banyak (sekitar 20%) dan Wahhabi lebih sedikit (kurang 1% dari total penduduk muslim).

Syiah dan Wahhabi sama-sama bertaqiyah. Hanya saja Syiah bertaqiyah sebagai pengikut Ahlul Bait dan Wahhabi bertaqiyah mengaku Ahlussunnah wal Jamaah (sebelumnya mengaku Muwahhidun, Pemurni Tauhid, pengikut Manhaj Salaf, Atsari, Salafi).

Syiah dan Wahhabi sama-sama bermusuhan dan bahkan sampai saling mengkafirkan. Hanya saja Syiah lebih vokal dan Wahhabi lebih radikal. Tidak sedikit pengikut Syiah menghukum Wahhabi adalah kafir dan banyak pula pengikut Wahabi berbangga diri dengan teriakan *#SyiahBukanIslam.*

Itulah kenapa ulama Ahlussunnah wal Jamaah menyebut Syiah dan Wahhabi bagai tahi unta dibelah dua.

Sedangkan Ahlussunnah wal Jamaah atau Aswaja berada di tengah-tengah di antara keduanya.

Merekalah golongan muslim majoriti yang beraqidah Al Asy’ariyyah atau Al Maturidiyyah, yang meyakini Allah Ada Tanpa Tempat, Tanpa Arah dan Tak Terikat Waktu. Merekalah para pengikut Madzhab Imam yang Empat (Hanafi, Maliki, Syafi’i, Hanbali), yang mengikuti Quran dan Sunnah yang sebenar-benarnya.

Merekalah para pengikut thariqoh shufiyyah jalan tasawuf yang lurus. Inilah Ahlussunnah wal Jamaah, bukan Wahhabi Salafi, bukan pula Syiah Rafidhi.

Semoga kita dan zuriat kita dilindungi oleh Allah daripada fahaman sesat lagi menyesatkan seperti wahhabi dan syiah…….Amin.

06/06/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment

Takutilah jika satu hari nanti, masjid-masjid kita sudah tiada hilai tawa kanak-kanak.

Kini kita dalam bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan untuk kita beramal dan merebut setiap peluang yang diberikan oleh Ilahi sebagai bekal pada hari kelak.

Penulis setakat hari ini, Alhamdulillah masih lagi berjaya menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid. Cuma hati kecil penulis terusik dengan keluhan seorang rakan yang penulis temui usai moreh di masjid malam tadi.

“Tak tenang aku solat di masjid ini, bising, riuh dengan budak-budak berlari sana-sini,” keluh sahabat saya ini berserta dengan memek muka kekecewaan.

Mata saya melilau melihat suasana di belakang masjid, memang terdapat sekumpulan kanak-kanak bermain, berkejar-kejaran dengan hilai tawa yang agak deras bunyinya.

Pada mulanya saya agak bersetuju dengan keluhan sahabat saya ini. Tetapi setelah seketika apabila akal menguasai diri, saya tersenyum sendirian dan meluahkan rasa syukur akan suasana bingit tersebut.

Hakikatnya saya lebih khuatir jika suatu hari nanti masjid tidak lagi dipenuhi dengan mereka. Saya juga akan risau jika sudah tiada lagi pekikan suara mereka yang bergelar kanak-kanak ini. Saya tidak boleh bayangkan jika satu hari nanti mereka ini hilang dari masjid-masjid di seluruh negara.

Kehadiran mereka, bagi saya, walaupun ada ketikanya mengganggu tetapi ia hadir dengan kerahmatan.

Sekurang-kurangnya mereka ini didik untuk hadir ke masjid. Setidak-tidaknya mereka berada di masjid bukan di tempat-tempat lain yang tidak perlu saya nyatakan di sini.

Kehadiran mereka, sedikit-sebanyak menghidupkan masjid. Jangan kita lupa konsep mengimarahkan masjid bukan sekadar mendirikan solat, tetapi menjadikannya sebagai satu perhentian untuk segala-galanya atau one stop centre.

Kanak-kanak ini walaupun tidak bersolat, mereka juga mula berinteraksi sesama mereka, pasti dengan mereka yang juga ke masjid. Bukankah kita sering mengajar anak-anak kita untuk berkawan dengan orang yang baik-baik. Pastinya kebanyakan mereka hadir ke masjid mempunyai niat yang satu. Bertakwa kepada Allah.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga berlaku ketika ini, apabila mereka mendengar berkali-kali bacaan Al-Fatihah, pastinya bacaan yang berkali-kali didendangkan akan meninggalkan kesan di hati mereka. Ketika ini juga proses penghafalan akan bermula, memahami dan memerhati pergerakan solat mula terbit di akal mereka.

Apatah lagi bacaan-bacaan lain seperti selawat dan doa-doa yang tidak pernah putus-putus diulang.

Bagi saya kita perlu menggalakkan kehadiran mereka di masjid-masjid, supaya hati-hati mereka juga dekat dengan masjid. Namun begitu perlu ada pengisian sewajarnya daripada pihak pengurusan masjid agar kehadiran mereka tidak mengganggu jemaah lain yang ingin solat secara aman dan tenang.

Untuk itu, penulis ingin mengusulkan antaranya, menyediakan bilik nurseri yang dibuka setiap waktu solat dan diuruskan oleh sukarelawan bagi memastikan keselamatan kanak-kanak. Mendirikan dua ruang solat berbeza, tingkat atas untuk dewasa, manakala bawah untuk ibu bapa bersama-sama kanak-kanak.

Di samping itu pihak pengurusan masjid juga boleh menguatkuasakan peraturan hanya kanak-kanak berumur tujuh tahun atau yang mumayyiz saja boleh berada di ruang solat dewasa.

Pengurusan masjid boleh mewujudkan aktiviti khas kanak-kanak ketika solat berlangsung seperti mewarna, yang dapat menarik perhatian mereka. Ibu-ibu yang keuzuran daripada solat boleh memberi sumbangan sebagai sukarelawan yang mendambakan pahala akhirat, sebagai pemudah cara aktiviti-aktiviti ini, termasuk juga sudut bercerita berteraskan keagamaan.

Anak-anak perlu dibentuk ketika masih lagi boleh dilentur. Kalau sudah dewasa, pasti sukar untuk menjadikan seperti yang kita inginkan.

Dalam hal ini, buat rakan-rakan jemaah, takutilah jika satu hari nanti, masjid-masjid kita sudah tiada hilai tawa kanak-kanak. Bayangkanlah apa akan terjadi kepada generasi mendatang jika ini benar-benar berlaku.

DR. AHMAD ZAHARUDDIN SANI SABRI ialah Pengarah IPDM Universiti Utara Malaysia (UUM).

03/06/2019 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: