Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

AMALAN BERMAAFAN KETIKA HARI RAYA I’DULFITRI TIDAK ADA DALIL SECARA KHUSUS?

Tersebar luas di media sosial, terdapat penceramah yang menyatakan amalan bermaafan ketika hari raya I’dulfitri adalah tidak sunnah.

Amalan bermaafan ketika Hari Raya I’dulfitri walaupun tidak ada dalil yang khusus, terdapat banyak dalil umum yang menggalakkan bermaafan pada bila-bila masa dan ketika.
قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ كَانَتْ عِنْدَهُ مَظْلَمَةٌ لِاَخِيْهِ مِنْ عَرَضٍ أَوْمِنْ شَىْءٍ فَلْيتَحَلَّلْهُ مِنْهُ الْيَوْمَ مِنْ قَبْلِ اَنْ لَا يَكُونَ دِيْنَارٌوَلَا دِرْهَمٌ اِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَمِنْهُ بِقَدْرِمَظْلَمَتِهِ وَاِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَمِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ.

Rasulullah ﷺ bersabda: Barangsiapa ada padanya perbuatan zalim kepada saudaranya menyangkut kehormatan atau apapun, maka hendaklah ia segera meminta kehalalan atas perbuatan zalim yang dia lakukan hari itu juga sebelum tidak ada dinar dan tidak ada dirham (iaitu pada hari kiamat dimana harta benda tidak ada gunanya). Jika ada baginya amal salh maka diambil lah pahalanya sesuai dengan kadar kezalimannya.

Jika sudah tidak ada amal-amal kebaikan, maka diambil lah dari dosa-dosanya orang-orang yang dizalimi. Lalu dosa itu dibebankan kepadanya. (HR Bukhari dan Tirmidzi).
Ditambah pula dengan kesempatan cuti Hari Raya, kita dapat berkumpul dan berjumpa, maka sangat digalakkan untuk kita bermaafan sambil kita mengucapkan تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك yang mana ucapan ini adalah ucapan yang Rasulullah SAW dan para sahabat amalkan.
عن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك . قال الحافظ : إسناده حسن .

Daripada Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa jika para sahabat Rasulullah SAW berjumpa dengan hari Aidil (Edul Fitri atau Edul Adha), satu sama lain saling mengucapkan, “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).” Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadits ini hasan.
قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ فَقَالَ: نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.

Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka” (Semoga Allah menerima amalan [amalan dan ibadat di Ramadan] kami dan kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka” (Mu’jam al-Kabir al-Tobrani No: 123). Status: Hadis Hasan

Maka jika kita gabungkan, kita dapat dua Sunnah. Sunnah memohon maaf dan sunnah mengucapkan تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك. Maka terleburlah persengketaan antara kita dan tidak akan dibawa atau dituntut di akhirat kelak.

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

30/04/2022 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Fad hail Amal, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

SOLAT TARAWIH :IMAM BACA SURAH LIHAT MUSHAF

Adalah disunatkan bagi orang yang solat selepas membaca fatihah dia membaca surah samada solat fardu atau solat sunat dan samada imam atau yang solat sendirian.

Dan harus pula atasnya membaca surah yang pendek atau surah yang panjang atau membaca beberapa ayat daripada surah Al-Quran.

Jika seorang itu hendak membaca surah yang dia tidak menghafaznya ketika solat samada solat tarawih atau lainnya adalah harus baginya melihat kepada mushaf samada mushaf itu diletakkan di hadapannya atau dipegang pada tangannya atau yang ada pada dinding di hadapannya.

Berkata Imam Ar-Rafi’e :

فاعلم انه لو قرأ القرآن من المصحف لم يضر

Artinya : “Maka ketauilah bahawasanya kalau seorang itu membaca akan Al-Quran daripada mushaf maka ia tidak memudaratkan.” (Kitab Fathul ‘Aziz)

Dan menyebut oleh ulamak adalah bagi yang membaca dengan memandang mushaf itu mendapat dua pahala yaitu pahala membaca Quran dan pahala memandang kepada mushaf.

Tersebut pada himpunan fatwa Majlis Fatwa Negeri Mesir :

من أفضل القربات والسُّنن الحَسَنات أن يجمع الإنسان بين الحُسنيين: الصلاة، وقراءة القرآن، فيحرص على ختم القرآن الكريم في صلاته، ولما كان من غير المتيسر لكل واحد أن يقوم بذلك من حفظه تكلم الفقهاء عن إمكانية الاستعانة بالقراءة من المصحف في الصلاة، وذلك عن طريق حمله في اليد، أو وضعه على حامل يُمَكِّن المصلي من القراءة

Artinya : “Setengah dari amalan dan sunnah yang afdhal bagi mendekatkan diri kepada Allah ialah seorang itu mengumpulkan dua pekerjaan yang elok yaitu solat dan membaca Quran. Digalakkan seorang itu membaca akan Quran sampai khatam di dalam solatnya. Dan ketika adalah sukar bagi sekelian orang hendak melakukan yang demikian dengan hafalannya maka para fuqahak menyebut tentang bolehnya ia dilakukan dengan bantuan mushaf di dalam solat. Dan yang demikian itu samada dipegang akan mushaf pada tangannya atau diletakkan mushaf atas suatu yang memungkinkan orang yang solat itu membacanya.” (Darul Ifta Mesir)

TIDAK MEMBATALKAN SOLAT

Sungguhnya perbuatan membaca sambil memandang kepada mushaf itu bukanlah perkara yang membatalkan solat sekalipun dia menggerakkan tangannya kerana membalikkan helaian muka surat Al-Quran untuk membaca pada helaian yang berikutnya akan tetapi hendaklah dipelihara dari melakukan pergerakkan yang banyak kerana ia boleh membatalkan solat.

Dan begitu juga sekalipun orang yang solat itu seorang yang hafiz adalah harus dia membaca dengan memadang kepada mushaf.

Berkata Imam Nawawi :

لَوْ قَرَأَ الْقُرْآنَ مِنْ الْمُصْحَفِ لَمْ تَبْطُلْ صَلَاتُهُ سَوَاءٌ كَانَ يَحْفَظُهُ أَمْ لَا بَلْ يَجِبُ عَلَيْهِ ذَلِكَ إذَا لَمْ يَحْفَظْ الْفَاتِحَةَ كَمَا سَبَقَ وَلَوْ قَلَّبَ أَوْرَاقَهُ أَحْيَانًا فِي صَلَاتِهِ لَمْ تَبْطُلْ

Artinya : “Jikalau seorang membaca akan Quran daripada mushaf nescaya tidak batal solatnya samada dia menghafaznya atau tidak bahkan wajib atasnya yang demikian itu yakni memandang kepada mushaf apabila dia tidak menghafaz akan surah Al-Fatihah sebagaimana telah lalu sebutnya. Dan kalau seseorang membalikkan helaiannya di dalam solatnya nescaya tidak batal solatnya.” (Kitab Al-Majmu’)

Dan berkata pula oleh Imam Al-Buhuti Al-Hanbali :

وله أي المصلي القراءةُ في المصحف ولو حافظًا

Artinya : “Dan harus bagi orang yang solat itu membaca pada mushaf walaupun dia seorang yang hafiz.” (Kitab Kasyful Qina’)

Maksudnya harus ke atas orang yang solat membaca Al-Quran dengan melihat kepada mushaf sekalipun dia sudah hafaz akan ayat yang hendak dibacanya atau dia sudah hafaz sekelian Al-Quran dan tidak batal solatnya di sisi jumhur fuqahak.

Berkata Imam Nawawi lagi :

وَهَذَا الَّذِي ذَكَرْنَاهُ مِنْ أَنَّ الْقِرَاءَةَ فِي الْمُصْحَفِ لَا تُبْطِلُ الصَّلَاةَ مَذْهَبُنَا وَمَذْهَبُ مَالِكٍ وَأَبِي يُوسُفَ وَمُحَمَّدٍ واحمد

Artinya : “Dan ini yang telah kami sebutkan tentang membaca Quran pada mushaf tidak membatalkan solat ialah mazhab kami dan mazhab Imam Malik dan Abu Yusuf dan Muhammad dan Imam Ahmad.” (Kitab Al-Majmu’)

Diriwayatkan daripada Ibnu Wahab beliau berkata :

سُئِلَ مَالِكٌ , عَنْ أَهْلِ قَرْيَةٍ لَيْسَ أَحَدٌ مِنْهُمْ جَامِعًا لِلْقُرْآنِ أَتَرَى أَنْ يَجْعَلُوا مُصْحَفًا يَقْرَأُ لَهُمْ رَجُلٌ مِنْهُمْ فِيهِ؟ فَقَالَ: لَا بَأْسَ بِهِ

Artinya : “Telah disoal akan Imam Malik tentang penduduk sebuah kampung yang tiada seorang pun dari mereka yang hafaz sekelian Al-Quran bolehkah diletakkan akan mushaf di hadapan supaya membacanya oleh imam mereka itu? Maka berkata Imam Malik : Tidak mengapa dengannya.” (Kitab Mukhtasar Qiamullai)

TIDAK MELAKUKAN PERGERAKKAN YANG BANYAK

Dan sebagaimana yang telah disebut disyaratkan bahawa perbuatan orang yang solat membalikkan helaian Quran itu hendaklah dengan gerakan yang sedikit jangan sampai bergerak tangannya tiga kali berturut-turut atau sekali gerakan yang banyak kerana yang demikian itu bolih membatalkan solat maka gerakkan yang sedikit itu tidaklah membatalkan solat.

Dan kebiasannnya adalah perbuatan imam membalikkan helaian Quran ketika membaca itu termasuk perbuatan yang sedikit kerana itu ia tidak membatalkan solat sama seperti orang yang solat yang membilang akan jumlah tasbih dengan jarinya atau membilang jumlah ayat yaitu tidaklah membatalkan solat.

Berkata Imam Nawawi :

وَنَصَّ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ: أَنَّهُ لَوْ كَانَ يَعُدُّ الْآيَاتِ فِي صَلَاتِهِ عَقْدًا بِالْيَدِ لَمْ تَبْطُلْ

Artinya : “Telah menaskan oleh Imam Syafie r.a. bahawsanya kalau seorang itu membilang akan ayat-ayat pada solatnya dengan jarinya nescaya tidak batal solatnya.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

Menyebut olih Syeikh Ibnu Hajar pula :

وَلَوْ فَتَحَ كِتَابًا وَفَهِمَ مَا فِيهِ أَوْ قَرَأَ فِي مُصْحَفٍ وَإِنْ قَلَّبَ أَوْرَاقَهُ أَحْيَانًا لَمْ تَبْطُلْ؛ لِأَنَّ ذَلِكَ يَسِيرٌ أَوْ غَيْرُ مُتَوَالٍ لَا يُشْعِرُ بِالْإِعْرَاضِ

Artinya : “Dan kalau seorang membuka akan kitab dan memahami kandungannya atau membaca pada mushaf sekalipun dia membalikkan akan helaian-helaian muka suratnya nescaya tidak batal solatnya kerana sungguhnya (perbuatan) yang demikian itu adalah sedikit atau tidak berturut-turut yang tidak menunjukkan dia berpaling dari solat.” (Kitab Tuhfah Al-Muhjtaj)

TIDAK MENGHILANGKAN KHUSYUK

Dan hendaklah perbuatannya itu tidak menghilangkan khusyuknya kerana khusyuk lebih diutamakan dari membaca surah.

Berkata Imam Nawawi :

الْقِرَاءَةُ فِي الْمُصْحَفِ أَفْضَلُ مِنْ الْقِرَاءَةِ عَنْ ظَهْرِ الْقَلْبِ لِأَنَّهَا تَجْمَعُ الْقِرَاءَةَ وَالنَّظَرَ فِي الْمُصْحَفِ وَهُوَ عِبَادَةٌ أُخْرَى كَذَا قَالَهُ الْقَاضِي حُسَيْنٌ وَغَيْرُهُ مِنْ أَصْحَابِنَا وَنَصَّ عَلَيْهِ جَمَاعَاتٌ مِنْ السَّلَفِ وَلَمْ أَرَ فِيهِ خِلَافًا وَلَعَلَّهُمْ أَرَادُوا بِذَلِكَ فِي حَقِّ مَنْ يَسْتَوِي خُشُوعُهُ وَحُضُورُ قَلْبِهِ فِي الْحَالَيْنِ فَأَمَّا مَنْ يَزِيدُ خُشُوعُهُ وَحُضُورُ قَلْبِهِ وَتَدَبُّرُهُ فِي الْقِرَاءَةِ عن ظهر القلب وهى أَفْضَلُ فِي حَقِّهِ

Artinya : “Bermula membaca pada mushaf afdhal dari membaca dengan ingatan di dalam hati kerana sungguhnya membaca dengan melihat mushaf itu menghimpunkan akan bacaan dan memandang pada mushaf dan yaitu ibadah yang lain. Seperti demikianlah yang telah berkata oleh Al-Qadhi Husain dan lainnya dari Ashab kami dan telah menaskan atasnya oleh beberapa kumpulan daripada salaf. Dan aku tidak nampak pada perkara ini perselisihan dan mudah-mudahan para ulamak menghendaki dengan yang demikian itu pada mereka yang bersamaan khusyuknya dan hadir hatinya pada dua keadaan itu. Maka adapun mereka yang lebih khusyuk dan hadir hati dan perhatiannya pada membaca dengan ingatan di dalam hati yaitu lebih afdhal bagi hak dirinya.” (Kitab Al-Majmu’)

Sungguhnya seorang sahabat yang bernama Zakwan r.a. pernah menjadi imam kepada Aisyah r.a. dalam keadaan membaca dengan melihat kepada mushaf.

Telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. :

أَنَّها كانَ يَؤُمُّهَا عَبْدُهَا ذَكْوَانُ مِنَ المُصْحَفِ

Artinya : “Sungguhnya hamba lelaki bagi Aisyah r.a. yang bernama Zakwan telah menjadi imam baginya dengan membaca daripada mushaf.” (Riwayat Imam Bukhari)

Berkata Imam As-Son’ani :

استدل به على جواز قراءة المصلي من المصحف

Artinya : “Telah diambil dalil dengan hadith ini atas harus membaca oleh orang yang solat daripada mushaf.” (Kitab At-Tahbir)

Berkata Mufti Mesir Dr Nasir Farid Washil :

وكذلك القراءة من المصحف شريطة ألا يكون مضيعًا للخشوع في الصلاة؛ وذلك لما روي: أن ذكوان مولى أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها كان يؤمها في رمضان من المصحف

Artinya : “Dan seperti demikian juga (harus) membaca dari mushaf dengan syarat bahawa janganlah ia menghilangkan khusyuknya di dalam solat. Bermula yang demikian itu kerana barang yang telah diriwayatkan bahawasanya Zakwan bekas hamba Ummul Mukminin Aisyah r.a. adalah beliau menjadi imam akan Aisyah r.a. dalam bulan Ramadhan dengan membaca daripada helaian Quran .” (Darul Ifta Mesir)

Berkata Imam Al-Maruzi :

وَسُئِلَ ابْنُ شِهَابٍ رَحِمَهُ اللَّهُ عَنِ الرَّجُلِ يَؤُمُّ النَّاسَ فِي رَمَضَانَ فِي الْمُصْحَفِ قَالَ: مَا زَالُوا يَفْعَلُونَ ذَلِكَ مُنْذُ كَانَ الْإِسْلَامُ , كَانَ خِيَارُنَا يَقْرَءُونَ فِي الْمَصَاحِفِ

Artinya : “Telah ditanya akan Imam Ibnu Syihab tentang seorang lelaki yang menjadi imam kepada manusia pada bulan Ramadhan membaca dengan memandang kepada mushaf. Kata beliau : Sentiasalah melakukan yang demikian itu oleh orang-orang semenjak awal Islam dan adalah orang-orang terpilih dari kalangan kami membaca mereka itu dengan memandang kepada mushaf.” (Kitab Mukhtasar Qiamullai)

Kesimpulannya adalah harus atas imam solat tarawih membaca akan surah di dalam solat dengan melihat kepada mushaf yang ada di hadapannya dan harus juga jika dia membaca dengan hafazan.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

24/04/2022 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

BERDOSAKAH PEGUAM BELA ORANG SALAH..?

(Author :MUSA AWANG Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Hangat isu berkaitan peguam yang membela pihak yang dikatakan melakukan kesalahan. Netizen, beberapa tokoh agama, ustaz dan ustazah serta mufti mengeluarkan kenyataan bahawa “berdosa” untuk seseorang peguam membela pihak diketahui bersalah.

Bayaran yang diterima untuk perkhidmatan yang diberikan pula dianggap sebagai rezeki yang haram, malah lebih buruk daripada hasil pelacuran.

Dakwaan itu timbul mungkin disebabkan kita membaca dan mentafsirkan beberapa firman Allah SWT dalam al-Quran secara literal.

Contoh firman-Nya dalam Surah Hud, ayat 113 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah SWT. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.”

Dalam ayat lain, Allah SWT menegaskan bahawa haram bagi sesiapa pun bersubahat dengan orang yang zalim. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 270 yang bermaksud: “Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah SWT mengetahuinya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.”

Sementara itu, dalam ayat lain, Allah memerintahkan keadilan yang menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan tanpa memilih bangsa, agama, warna kulit, bahasa, budaya dan sebagainya.

Seseorang itu dibenarkan mempertahankan haknya daripada dirampas atau dicabul oleh orang lain. Firman Allah dalam Surah al-Hadid ayat 25 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahan agama Allah serta menolong rasul-rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa.”

Perlu analisis lanjut

Sememangnya Allah memerintahkan agar manusia menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman. Allah melarang kita daripada membantu atau membela orang yang zalim dalam melakukan kezaliman. Allah melarang manusia daripada menolong orang yang zalim, bersimpati, bersekongkol, bersepakat apatah lagi untuk membela dan mempertahankan mereka.

Sikap Islam terhadap golongan yang membela dan mempertahankan kezaliman dianggap perbuatan berdosa dan juga merupakan satu kezaliman.

Persoalannya, adakah tindakan seseorang peguam membela anak guamnya dalam perbicaraan bererti dia telah membela kezaliman dan bersekongkol dengan orang yang zalim? Dan jika seseorang disabitkan bersalah tetapi peguam membuat rayuan di mahkamah lebih tinggi agar hukuman diringankan, dikaji semula atau diketepikan, adakah bantuan peguam terbabit juga dianggap bersekongkol dan bersubahat dengan orang-orang yang zalim?

Persoalan tersebut perlu dianalisis dengan lebih lanjut dan dikaji dari pelbagai sudut. Dakwaan ini mungkin ditimbulkan oleh orang yang tahu mengenai hukum-hakam Islam, tetapi mereka tidak terlatih atau terdedah mengenai kaedah mentadbir undang-undang Islam.

Jika terlatih dari segi undang-undang Islam tentu dia akan berkata: “Seseorang itu tidak bersalah melainkan setelah dibuktikan yang dia bersalah.” Tugas peguam ialah membantu mahkamah agar menghukum dengan adil, tepat dan berkesan.

Peranan inilah yang dimainkan oleh Sayidina Ali RA dalam kes seorang wanita yang mengaku melakukan zina sedangkan perbuatan tersebut berlaku tanpa kerelaannya.


Begitu juga dalam Ali membela seorang lelaki yang dituduh mencabul seorang perempuan, sedangkan perempuan itu sengaja mengada-adakan cerita dengan meletakkan putih telur pada kainnya.

Ka’ab bin Thur al-Azdi pula membantu Khalifah Umar al-Khattab RA memahami aduan yang dibuat oleh seorang isteri yang suaminya gagal memberikan layanan batin terhadapnya.

Adakah tindakan para sahabat itu boleh dianggap zalim dan bersekongkol atau bersubahat dengan kezaliman?

Inilah perkara yang perlu difahami oleh pihak-pihak yang membuat tuduhan tersebut, iaitu tugas dan peranan wakil ialah membantu mahkamah agar menghukum dengan adil, tepat dan berkesan.

Salah satu cara guaman dalam Islam ialah shafa’ah atau permohonan belas kasihan dengan tujuan membatalkan hukuman yang telah dijatuhkan. Cara ini adalah diharuskan oleh Islam.

Dalam kisah Ali membela wanita yang mengaku di hadapan Khalifah Umar bahawa dia telah berzina – dan hampir dihukum – pembelaan tersebut menyebabkan khalifah membetulkan keputusannya dan membebaskan wanita tersebut.

Sekiranya pada hakikat sebenar anak guam yang diwakili itu benar-benar bersalah, bukanlah menjadi kesalahan jika peguam mewakilinya tanpa mengetahui perkara sebenar.

Perlu ditentukan mahkamah

Sebaliknya jika diyakini bahawa anak guam itu benar-benar bersalah, maka peguam tidak harus menjalankan pembelaan terhadap anak guam atau cuba memutarbelitkan fakta.

Ulama fiqh memberikan panduan bahawa wakil (peguam) hendaklah yakin bahawa anak guamnya benar, dan dia tidak harus mempertahankan jika tidak tahu keadaan sebenar anak guam.

Selalu juga berlaku kekhuatiran dalam kalangan peguam untuk mewakili kes-kes jenayah syariah, kerana bimbang mereka dikatakan bersubahat dengan tertuduh.

Harus diingat, dalam kes jenayah, pihak pendakwaan perlu membuktikan kes prima facie terlebih dahulu. Dalam erti kata lain, kehendak undang-undang perlu dipatuhi sebelum mana-mana tertuduh dipanggil untuk membela diri.

Elemen atau faktor yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘rukun’ dalam pendakwaan dan fakta tangkapan ialah isu undang-undang yang perlu ditentukan oleh mahkamah setelah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwa.

Maka, seorang peguam perlu berpegang kepada pendekatan atau kaedah bahawa “asal setiap manusia adalah bebas daripada sebarang tanggungan” sehinggalah dia dibuktikan sebaliknya.

Maksud tanggungan di sini ialah tanggungan terhadap hak orang lain sama ada membabitkan harta, hutang, kesalahan jenayah atau sebagainya.

Dr Abdul Karim Zaidan menjelaskan, antara cabang kaedah ini, seseorang tertuduh masih dianggap bebas hinggalah terbukti perlakuan jenayahnya. Kerana itu, terdapat ungkapan yang masyhur: “Apabila berlaku keraguan (dalam tuduhan), ia akan ditafsirkan untuk kepentingan tertuduh, kerana pada asalnya tertuduh adalah bebas daripada sebarang perlakuan jenayah dan juga hukuman yang terbit akibat daripada jenayah itu. Apabila tidak terbukti jenayah itu, maka sebarang keraguan tidak terpakai untuk mensabitkan perlakuan jenayahnya, maka keraguan tersebut ditafsir untuk kepentingan tertuduh iaitu pembebasannya (daripada tuduhan).”

Perwakilan terhadap orang yang dituduh melakukan kesalahan tidak dilarang kerana ia membantu mahkamah dari segi pendedahan fakta, keterangan atau kenyataan yang berkaitan.

Yang dilarang ialah cuba membuktikan orang yang bersalah kepada tidak bersalah dengan mengubah suai fakta.

Ukur melalui pengetahuan

Pada masa sama, seorang peguam perlulah mempunyai akhlak mulia yang dituntut Islam seperti bermoral, bertanggungjawab serta jujur dalam tugas mereka menurut lunas agama.

Peguam perlu menilai dirinya, niat dan tujuannya. Peguam hendaklah melaksanakan tugas dan peranannya dengan ikhlas, jujur dan dengan niat melakukan ibadah kerana tugas itu adalah tugas mulia dan pernah dilakukan oleh para sahabat.

Peguam perlu menerangkan fakta-fakta dengan betul tanpa memikirkan keuntungan semata-mata dengan mengetepikan etika guaman Islam. Peguam juga tidak boleh menjadikan dirinya sebagai alat penipuan.

Saya amat bersetuju bahawa kebenaran dan kesalahan diukur dengan pengetahuan seseorang mengenai hakikat sesuatu perkara yang dibela tersebut.

Jika dia percaya itulah yang benar berdasarkan keilmuannya yang mencukupi pada keyakinannya, maka pembelaan itu menjadi pahala untuknya. Sekalipun kemungkinan pada ijtihad orang lain pendapat itu salah.

Kita semua adalah hamba. Kita bukan Tuhan. Sebagai hamba, tanggungjawab kita mengabdikan diri kepada Allah, bukan melabelkan seseorang itu salah atau betul.

Bukan tugas hamba untuk menghukuM seseorang itu bersalah dan berdosa.

MUSA AWANG ialah presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

22/04/2022 Posted by | Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

HUKUM BERTAWASSUL DENGAN AHLI BADAR

Author: Ustaz Iqbal Zain

Terdapat segelintir yang masih belum faham dan keliru dengan konsep tawassul dengan Ahli Badar sehingga ada yang sampai melemparkan perkataan yang sangat keji kepada sesama saudara Muslim sendiri iaitu tuduhan syirik. Apa yang lebih menghairankan ialah pihak yang mudah mensyirikkan ini ialah pihak yang sama melaungkan slogan meraikan khilaf dan mengajak berlapang dada dengan hal-hal khilafiah. Namun, apabila ada sesebuah hal yang tidak selari dengan kefahaman mereka, dengan tak semena-mena sesuatu yang merupakan perbincangan Fiqh bertukar terus menjadi isu Aqidah lalu menghukum syirik kepada orang yang tidak sehaluan dengan mereka.

Jika anda tidak terjebak dalam perkara yang disebutkan di atas, maka artikel ini bukan dimaksudkan untuk anda.

Tawassul pada syara’ bermaksud suatu permohonan atau doa kepada Allah yang dipohon oleh seseorang mukmin dengan melalui perantaraan amalan saleh atau melalui perantaraan seseorang supaya apa yang dihajati diperkenan oleh Allah atau supaya sesuatu perkara yang diminta diharapkan agar dipermudahkan pemakbulan oleh-Nya.

Di dalam Sahih al-Bukhari, terdapat riwayat yang menunjukkan bahawa seseorang itu diperbolehkan bertawassul dengan amal salehnya sendiri. Hendaklah difahami bahawa amal saleh yang dilakukan oleh manusia adalah merupakan makhluk Allah. Maka, baik bertawassul dengan orang yang beramal mahupun dengan amal saleh mereka, kedua-duanya tetap bertawassul dengan makhluk Allah . Firman Allah Ta’ala, “Dan Allah menciptakan kamu dan perbuatan kamu” (al-Saffat:96).

Pada hakikatnya, bertawassul dengan orang yang saleh adalah sebenarnya bertawassul dengan amal salehnya kerana dirinya tidak diambil dalam tawassul melainkan amal saleh yang dilakukannya dan juga kerana jika tiada diri orang saleh itu, maka tiadalah amal saleh yang dikerjakan (lazim-malzum). Maka jelaslah bahawa untuk bertawassul dengan Ahli Badar adalah sebenarnya bertawassul dengan amal saleh mereka iaitu penyertaan mereka dalam jihad Badar. Jika mereka tidak menyertai Badar, sudah tentu mereka tidak termasuk dalam “Tawassul dengan Ahli Badar”.

Shaykh Dr.Wahbah al-Zuhaili berkata: “Majoriti Ulama Ahli Sunnah – kecuali sebahagian yang berbeza dengan majoriti – memperkenankan bertawassul dengan Nabi-Nabi dan orang soleh sama ada masih hidup mahupun sudah mati, yang dimaksud di sini adalah bertawassul dengan kebaikan amalan mereka dan kedekatan mereka dengan Allah. Dan telah benar-benar menuliskan pernyataan ini oleh kitab Ensiklopedia Fiqh versi Kuwait. Sedangkan orang yang tidak mahu bertawassul maka aku berpendapat bahawa dia hanya membatasi kebaikan pada dirinya sendiri (tidak mahu kebaikan datang dari orang lain)”. (Fatawa Mu’asirah, ms.355)

Amalan bertawassul adalah tidak bertentangan dengan Aqidah yang sahih kerana memohon kepada Allah melalui perantaraan bukanlah termasuk sesuatu yang menduakan Allah (syirik). Syirik itu bukan terletak pada perbuatan meminta tolong, tetapi pada meyakini ada sesuatu selain Allah yang berkuasa memberi bekas sama ada manfaat atau menolak mudarat.

Ada komen yang menyebutkan bahawa amalan bertawassul ini dapat membawa kepada penyembahan manusia yang lama kelamaan dijadikan berhala dengan berdalilkan ayat al-Quran:

ما نَعبُدُهُم إِلّا لِيُقَرِّبونا إِلَى اللهِ زُلفىٰ

“(Penyembah berhala berkata): Kami tidak menyembah mereka (berhala) melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”,(al-Zumar:3).

Ayat ini jelas menyatakan bahawa musyrikin itu menjadikan berhala sebagai sembahan bukan menjadikannya sebagai perantaraan, amat besar perbezaan antara “sembah” dan “wasilah”. Sedangkan dalam bertawassul, orang Islam tidak menjadikan wasilah perantaraan sebagai sembahan mereka. Jika ayat ini difahami bahawa tidak boleh meminta pertolongan dengan perantaraan makhluk, maka ia sudah pasti menyalahi Sunnah RasuluLlah ﷺ kerana dalam hadith yang sahih menyebutkan kisah 3 orang lelaki yang terperangkap dalam gua ditutupi oleh batu besar. Lalu mereka bertawassul dengan amalan mereka kemudian semua dapat terlepas daripadanya. Seandainya konsep wasilah ditolak, maka tertolak juga berwasilah dengan amalan kerana amalan manusia juga merupakan makhluk ciptaan Allah.

Ada pula komen yang menyebut bahawa tawassul adalah syirik dengan berdalilkan ayat dalam al-Fatihah: “Iyyaka Na’budu wa iyyaka nasta’in” (Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan)”. Ayat ini bukan larangan untuk meminta pertolongan dengan perantaraan kerana konsep tawassul ialah sebenarnya memohon kepada Allah dengan keyakinan bahawa pertolongan yang hakiki hanya datang dari Allah bukan makhluk, adapun makhluk hanyalah pada martabat asbab agar dipermudahkan pemakbulan doa.

Jika ayat ini membawa makna tidak boleh meminta pertolongan kepada selain Allah, maka bermakna untuk meminta pertolongan dari orang yang masih hidup juga adalah terlarang kerana hanya boleh meminta tolong kepada Allah dan ini adalah bertentangan dengan Sunnah RasuluLlah ﷺ.

Jika ada yang menggunakan dalil diatas bahawasanya doa perlu terus langsung kepada Allah dan tidak perlu bertawassul. Maka hal tersebut sekaligus menafikan amalan tawassul secara keseluruhan dan hal tersebut bercanggah dengan Sunnah Rasulullah dan Sunnah Khulafa al-Rashidin kerana dalam hadith yang sahih meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW juga mengajarkan sahabat untuk bertawassul dengan Baginda saw dan Sayyidina Umar al-Khattab pernah bertawassul dengan Sayyidina Abbas ketika kemarau melanda.

Jika tawassul adalah sesuatu yang salah, mengapa mereka tidak meminta terus kepada Allah tanpa bertawassul. Ini jelas kepincangan kefahaman pihak yang gagal memahami konsep tawassul yang sebenar. Pada hakikatnya, tawassul atau istighasah juga adalah termasuk dalam konteks meminta terus kepada Allah.

Perlu ditegaskan disini bahawa seseorang yang memohon pertolongan secara zahir dari makhluk adalah dibenarkan dalam hal-hal dan situasi yang tertentu, akan tetapi hatinya tidak dibenarkan sekali-kali mengharap dari mereka, bahkan hatinya tetap meminta pertolongan dan berharap dari Allah, dan itulah yang dimaksudkan dengan “iyyaka nasta’in” (hanya kepadaMu kami mohon pertolongan). Kerana, setiap makhluk yang diminta pertolongan itu juga masih memerlukan pertolongan Allah dalam hidup mereka.

Jika ada yang mengatakan bahawa tawassul itu hanya dibenarkan kepada yang masih hidup dan tidak boleh kepada yang sudah meninggal dunia, bermakna dia meyakini bahawa orang yang masih hidup berkuasa untuk memberi pertolongan kepadanya, walhal dalam Aqidah yang sahih, sama ada seseorang yang diminta tolong itu masih hidup atau sudah meninggal, dalam kedua-dua keadaan tersebut, hanya Allah Ta’ala sahaja yang berkuasa memberi pertolongan.

Maka seseorang yang berdoa dengan tawassul adalah sebenarnya termasuk dalam pengertian berdoa secara langsung kepada Allah dengan hatinya meyakini bahawa pertolongan hanya datang dari Allah. Juga tidak dijumpai mana-mana hadith yang melarang untuk bertawassul dengan orang yang sudah meninggal dunia.

Hendaklah difahami, orang yang sudah meninggal adalah sebenarnya hidup di alam yang lain. Maka, tidak ada yang dinamakan syirik dalam hal tersebut. Lebih-lebih lagi bertawassul dengan Ahli Badar yang syahid di jalan Allah, mereka sebenarnya hidup, Firman Allah Ta’ala:

وَلَا تَقُوْلُوْا لِمَنْ يُّقْتَلُ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ اَمْوَا تٌ ۗ بَلْ اَحْيَآءٌ وَّلٰـكِنْ لَّا تَشْعُرُوْنَ

“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”
(Al-Baqarah:154)

Bahkan seseorang itu dapat mengetahui bahawa dirinya berada dalam kelompok yang menyimpang apabila dia mendapati dirinya dengan mudah menjatuhkan hukum syirik kepada sebahagian amalan orang Islam, kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan jaminan yang telah dibuat oleh Rasulullah ﷺ lebih dari 1400 tahun yang lampau. Sabda RasuluLlah ﷺ:

وَإِنِّي وَاللَّهِ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تُشْرِكُوا بَعْدِي، وَلَكِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تَنَافَسُوا فِيهَا ‏

Demi Allah! Saya tidak takut bahawa selepas saya, anda akan menyembah sesuatu selain Allah, tetapi saya takut bahawa anda akan mula berlumba-lumba untuk (kesenangan) dunia ini”. (Sahih al-Bukhari)

Baginda ﷺ juga bersabda:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَتَخَوَّفُ عَلَى أُمَّتِي الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ ، أَمَا إِنِّي لَسْتُ أَقُولُ يَعْبُدُونَ شَمْسًا وَلَا قَمَرًا وَلَا وَثَنًا ، وَلَكِنْ أَعْمَالًا لِغَيْرِ اللَّهِ ، وَشَهْوَةً خَفِيَّةً

“Sesungguhnya sesuatu yang paling daku khuatirkan atas ummatku adalah syirik kepada Allah, daku tidak mengatakan bahawa mereka menyembah matahari dan juga bulan, tidak pula menyembah berhala. Akan tetapi mereka beramal tidak ikhlas kerana selain Allah dan syahwat yang tersembunyi”. (Riwayat Ibnu Majah)

Bagaimana mungkin seseorang itu dengan mudah menuduh syirik kepada saudara Muslimnya yang lain sedangkan Nabi Muhammad ﷺ telah menyatakan dalam hadith yang sahih bahawa syirik (menyembah selain Allah) bukan sesuatu yang common berlaku pada umatnya, apa yang Baginda khuatiri adalah sifat berlumba-lumba dengan keduniaan, amalan yang dilakukan secara riya, dan penuh syahwat yang tersembunyi iaitu inginkan nama harum, kemasyhuran dan lain-lain.

Pada hakikatnya, seorang yang makan ubat dengan meyakini ubat itu yang berkuasa menyembuhkan maka dia sebenarnya telah syirik kepada ALlah. Maka masalah bukan pada ubat tapi pada keyakinannya. Jika ada yang mengatakan lebih baik diharamkan bertawassul kerana ia boleh jatuh kepada syirik, maka sudah perlu diharamkan pula memakan ubat kerana boleh membawa kepada syirik. Sudah tentu ianya tidak terpakai kerana sesuatu yang asalnya harus, hendaklah dinyatakan keharusannya dan apa yang seorang Mukmin perlu usahakan ialah betulkan keyakinannya kepada Allah.

Amalan bertawassul telah bermula dari zaman awal Islam sehinggalah ke saat ini, namun tidak pernah dilaporkan bahawa ada mana-mana Mukmin yang menyembah seseorang manusia itu sebagai tuhannya atau dijadikan berhala. Demikian itu adalah kebenaran sabdaan RasuluLlah ﷺ di atas bahawa umatnya terselamat dari perbuatan syirik akbar.

Dalil Tawassul Dengan Orang Yang Sudah Meninggal Dunia

Firman ِ Allah Ta’ala:

يا أَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابتَغوا إِلَيهِ الوَسيلَةَ وَجٰهِدوا في سَبيلِهِ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (perantara) yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan bermujahadahlah di jalan Allah supaya kamu beroleh kemenangan”. (Surah al-Ma’idah:35)

Ulama Mufassirin menyebutkan maksud wasilah dalam ayat ini adalah qurbah yakni kedekatan diri kepada Allah dan yang paling utama adalah bermujahadah di Jalan Allah. Imam Ibnu Ajibah dalam Tafsir al-Bahr al-Madid ketika menafsirkan ayat ini mengisyaratkan bahawa wasilah yang terdekat untuk menyampaikan seseorang kepada Allah ialah perdampingan dengan para Arifin (orang-orang yang mengenal Allah). Imam al-Alusi dalam Tafsir Ruh al-Ma’ani mengatakan bahawa amalan tawassul dan istighathah adalah termasuk dalam salah satu pengertian al-wasilah dalam ayat ini. Imam al-Qurtubi dalam Tafsirnya dan Imam Ismail Haqqi dalam Tafsir Ruh al-Bayan, menyatakan salah satu pengertian al-wasilah di dalam ayat ini ialah keterkaitannya dengan kedudukan istimewa Rasulullah ﷺ di akhirat.

Imam Taj al-Din al-Subki dalam kitabnya Shifa’ al-Saqam mengatakan bahawa tawassul dan istighasah mempunyai hukum yang sama iaitu diperbolehkan dan hakikat kedua-duanya adalah meminta pertolongan Allah menerusi makhlukNya yang mempunyai kedudukan yang tinggi disisiNya, yang mana perantaraan itu adalah pada tingkatan ‘sebab” untuk memudahkan pengabulan doa, dan bukan sebagai “musabbib al-asbab” yang mengambil kedudukan Allah. Makhluk yang dijadikan perantaraan itu diyakini tidak dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa Izin Allah sama ada makhluk itu masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Selesai nukilan.

Diantara ulama’ yang membolehkan bertawassul dengan orang yang sudah meninggal dunia adalah Imam Malik, Imam Ahmad, Imam Nawawi, Imam Subki, al-Qastalani (ahli hadith), al-Hakim, al-Hafidz al-Baihaqi, al-Hafidz al-Thabrani, al-Hafidz al-Haitsami, Ibnu Hajar al-Haitami, al-Karmani, al-Jazari, Ibnu al-Hajj, al-Sumhudi dan masih ramai lagi ulama lain yang membolehkannya.

Kisah do’a tawassul yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ Kepada Sahabat Nabi yang diamalkan oleh beliau ketika Nabi ﷺ masih dihidup dan setelah kewafatannya:

“Diriwayatkan dari Sayyidina Uthman bin Hunaif bahawa ada seorang lelaki datang kepada (Khalifah) Uthman bin Affan untuk memenuhi hajatnya, namun Sayyidina Uthman tidak menoleh ke arahnya dan tidak sempat mempedulikan keinginannya. Kemudian ia bertemu dengan Uthman bin Hunaif (perawi) dan mengadu kepadanya. Sayyidina Uthman bin Hunaif berkata: Ambillah air wudhu’ kemudian masuklah ke masjid, solatlah dua rakaat dan bacalah: “Ya Allah sesungguhnya aku meminta-Mu dan menghadap kepada-Mu melalui Nabi-Mu yang penuh kasih sayang, wahai Muhammad sesungguhnya aku menghadap kepadamu dan minta Tuhanmu melaluimu agar hajatku dikabulkan. Sebutlah apa keinginanmu”. Lalu lelaki tadi melakukan apa yang dikatakan oleh Utsman bin Hunaif dan ia memasuki pintu (Khalifah) Uthman bin Affan. Maka para penjaga memegang tangannya dan dibawa masuk ke hadapan Utsman bin Affan dan diletakkan di tempat duduk. Uthman bin Affan berkata: Apa hajatmu? Lelaki tersebut menyampaikan hajatnya, dan Uthman bin Affan memutuskan permasalahannya”.

Peristiwa diatas terjadi ketika zaman pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan iaitu setelah kewafatan Rasulullah SAW.

(HR. Al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah. Doa ini dikutip oleh Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, I/264, dan al-Tawassul wa al-Wasilah, II/199)
Ulama’ Ahli hadith al-Hafiz al-Haithami berkata: “Dan sungguh al-Tabrani berkata (setelah al-Tabrani menyebut semua jalur riwayatnya): “Riwayat ini sahih”. (Majma’ al-Zawaid, II/565)

Bahkan Sayyidina Uthman bin Hunaif menyaksikan sendiri ketika Rasulullah ﷺ mengajarkan doa Tawassul diatas sebagaimana dalam riwayat sahih berikut ini: “Dari Uthman bin Hunaif: “Suatu hari seorang yang buta datang kepada Rasulullah saw, ia berkata: “Wahai Rasulullah, ajarkan saya sebuah doa yang akan saya baca agar Allah mengembalikan penglihatan saya”. Rasulullah berkata: “Bacalah doa *(Allahumma inni as’aluka wa atawajjahu ilaika bi nabiyyika nabiyyirrahmati Ya Muhammad qad tawajjahtu bika ila Rabbi. Allahumma Shaffi’hu fiyya wa syaffi’ni fi nafsi) “Ya Allah sesungguhnya aku meminta-Mu dan menghadap kepada-Mu melalui Nabi-Mu yang penuh kasih sayang, wahai Muhammad sesungguhnya aku menghadap kepadamu dan minta Tuhanmu melaluimu agar dibukakan mataku, Ya Allah berilah ia syafaat untukku dan berilah aku syafaat. Kemudian ia berdoa.”.

Seandainya bertawassul dengan orang yang meninggal dunia adalah sesuatu yang syirik, sudah tentu Sayyidina Uthman bin Hunayf tidak akan mengajarkannya kepada lelaki buta tersebut.

2. Menyeru kepada Hamba Allah yang saleh apabila mempunyai hajat yang mendesak (istighasah)
Dari Sayyidina Ibnu ‘Abbas bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

* فَإِذَا أَصَابَ أَحَدَكُمْ عَرْجَةٌ بِأَرْضٍ فَلاَةٍ فَلْيُنَادِ أَعِيْنُوْا عِبَادَ اللهِ

Jika kalian ditimpa kesulitan di suatu padang pasir maka hendaklah mengatakan: “Tolonglah aku, wahai para hamba Allah”.
Riwayat Al-Tabrani, al-Bazzar dan Ibnu al-Sunni dan al-Hafiz al-Haithami berkata: “Para perawinya adalah thiqat”.

Hadith ini jelas menunjukkan keharusan istighasah dengan selain Allah Ta’ala kerana terdapat di dalamnya keterangan bahawa Baginda Nabi ﷺ mengajarkan kita berkata apabila seseorang itu ditimpa masalah di padang yang luas di permukaan bumi ini maka hendaklah dia menyeru:

“Wahai hamba Allah tolonglah daku”. Sesungguhnya perkara ini memberikan manfaat kepadanya. Hadith ini pula dinilai hasan oleh al-Hafiz ibn Hajar Asqalani dalam al-Amaliy.

Mulla ‘Ali Qari (Ulama Hadith) menulis bahawa Nabi kita Muhammad ﷺ, (semoga Allah memberkati dan memberinya kedamaian), mengatakan bahawa: Jika anda berada di hutan lalu tersesat katakan, “Wahai hamba-hamba Allah! Tolong saya. ” Hamba-hamba Allah adalah malaikat, Muslim, jin, atau ‘abdal (roh para wali Allah). Hadith ini berguna untuk pengembara.
(al-Hirzu al-Thamin, halaman 378, oleh Mulla ‘Ali Qari)

Pengalaman Imam Ahmad dan Imam Nawawi berkenaan hadith ini. Mereka menceritakan pengalaman mereka yang mengamalkan hadith tersebut:

Imam Aḥmad b. Ḥanbal. Kata ‘Abd Allāh, anak Imam Aḥmad bahawa ayahnya berkata:

حججت خمس حجج منها ثنتين [راكبا] وثلاثة ماشيا، أو ثنتين ماشيا وثلاثة راكبا، فضللت الطريق في حجة وكنت ماشيا، فجعلت أقول: (يا عباد الله دلونا على الطريق!) فلم أزل أقول ذلك حتى وقعت على الطريق.

Aku mengerjakan haji sebanyak lima kali, dua kali dengan menunggang dan tiga kali dengan berjalan kaki – atau dua kali berjalan kaki dan tiga kali dengan menunggang – lalu aku tersesat dalam satu kali yang aku pergi dengan berjalan kaki. Aku pun berkata, ‘wahai hamba-hamba Allah, tunjuklah jalan kepada kami.’ Aku tidak henti-henti mengucapkannya sehingga aku berada di atas jalan (yang sebenar).’ ( Kitab Masa’il)

Kedua, guru kepada Imam al-Nawawī dan beliau sendiri. Kata Imam al-Nawawī:

حكى لي بعض شيوخنا الكبار في العلم أنه أفلتت له دابّة -أظنُّها بغلة- وكان يَعرفُ هذا الحديث، فقاله، فحبسَها الله عليهم في الحال، وكنتُ أنا مرّةً مع جماعة، فانفلتت منها بهيمةٌ وعجزوا عنها، فقلتُه، فوقفت في الحال بغيرِ سببٍ سوى هذا الكلام.

“Sebahagian guru kami yang hebat ilmunya bercerita kepadaku bahawa tunggangannya terlepas – aku rasa baghal betina – dan dia mengetahui hadith ini, lalu dia pun menyebutnya dan Allah pun menangkapkannya kepada mereka serta-merta. Aku sendiri pernah sekali bersama satu jemaah dan seekor haiwan terlepas dan mereka tidak mampu menangkapnya. Aku pun mengucapkannya dan dia berhenti serta-merta tanpa apa-apa sebab selain ucapan ini.”
(Kitab al-Adhkar dan Bustanul Arifin, Imam Nawawi)

Kata al-Bazzār, “terbukti berhasil” dan kata al-Bayhaqī, “diamalkan oleh ahli-ahli ilmu yang soleh kerana ada benarnya mengikut pengalaman mereka.”

Imam al-Tabari dalam al-Tarikh (3/293) dan Imam Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah (9/465) meriwayatkan bahawa ketika pemerintahan Sayyidina Abu Bakar, telah berlaku Perang Yamamah, di mana Panglima Perang Islam, Sayyidina Khalid bin Walid (ra) telah menetapkan seruan “Ya Muhammadah” (Bantulah wahai Nabi Muhammad) sebagai laungan khusus bagi tentera Muslimin untuk menyebutnya ketika dalam peperangan melawan kelompok murtad.

Imam Ibnu al-Athir dalam al-Kamil (5/114) meriwayatkan bahawa pada tahun 137H (era Salaf al-Salihin), sebahagian kaum Muslimin telah ditawan oleh tentera Majusi, dan ketika tawanan melihat tentera Muslimin mara ke arah mereka maka mereka melaungkan “Wa Muhammadah” (Bantulah wahai Nabi Muhammad).

Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (no.964) meriwayatkan bahawa Sayyidina Abdullah Ibnu Umar (ra) mengalami sesemut dan kebas pada kakinya maka seorang sahabat telah berkata kepada, “Serulah nama orang yang paling kamu cintai!”. Maka beliau terus menyebut, “Ya Muhammad!”.

Semua peristiwa di atas adalah berlaku setelah kewafatan RasuluLlah ﷺ.

Dalam Negeri Selangor, setiap khutbah Jumaat, pasti akan dibacakan doa tawassul dengan Nabi Muhammad ﷺ. Jika bertawassul dengan orang yang sudah meninggal adalah syirik, sudah tentu doa ini tidak diluluskan oleh pihak Mufti. Bacaan doanya ialah:

اللهم اِنَّا نَسْئَلُكَ وَنَتَوَجَّهُ اِلَيكَ بِنَبِيِّكَ الْاَمِين

Ya Allah! Kami memohon dan bertawajjuh kepadaMu menerusi wasilah NabiMu yang al-Amin.

Kesimpulan

Seseorang yang menafikan amalan bertawassul dengan Ahli Badar kerana menganggap mereka sudah meninggal dunia, maka ia bertentangan dengan ayat al-Qurʾān yang menyatakan bahawa orang-orang yang meninggal syahid adalah sebenarnya hidup.

Amalan bertawassul adalah suatu bentuk kerendahan diri kita yang penuh kekurangan dihadapan Allah dengan mengakui kelebihan yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya yang saleh. Seseorang yang merasa amalannya sudah mencukupi untuk doanya diperkenan oleh Allah dan tidak ingin bertawassul seluruh umur hidupnya, adalah terpulang kepada dirinya sendiri. Akan tetapi jangan sampai mensyirikkan orang yang ingin melakukannya kerana orang yang bertawassul tetap meminta kepada Allah dengan menyaksikan nikmat Allah ke atas sebahagian hamba-hambaNya yang tinggi kesalehan mereka.

Sebagai penutup, ingin dijelaskan bahawa amalan bertawassul adalah merupakan khilafiyah antara ulama dalam bidang fiqh bukan dalam hal Aqidah, maka kaedah dalam menyikapi perselisihan antara ulama hendaklah saling hormat menghormati dan berlapang dengan perbezaan yang terjadi dikalangan Ulama sehingga tidak mudah mengucapkan perkataan keji sedahsyat syirik terhadap Ahli La Ilaha illa Allah yang berkiblatkan Ka’bah dalam solat mereka (Ahli Qiblah).

Jika seseorang yang ingin mengamalkan tawassul atau istighasah dengan orang-orang saleh yang masih hidup mahupun setelah meninggal dunia, tidak mengapa, kerana dia mengikut Ulama. Demikian juga jika dengan orang yang tidak mahu melakukannya atau menolaknya, maka tidak mengapa, kerana dia mengikut Ulama. Berlapang dadalah dan usah mensyirikkan atau menghukum sesat orang lain.

Pesanan saya buat saudara-saudara yang saya kasihi dari yang kuat berlatarbelakang hadith sahih, saya juga bersama kalian, namun bersikap adillah dalam menilai sesebuah kelompok. Jangan mudah jump to conclusion dan tergesa-gesa membuat kenyataan bukan pada tempatnya. Teruslah mencari kebenaran namun jangan kerana kita membaca beberapa buah kitab atau belajar sesebuah pemikiran atau melihat beberapa gambar yang berlegar di alam maya kemudian dengan melulu menghukum orang lain dengan syirik, sesat, bid’ah dan sebagainya.

Semoga bermanfaat.

iqbal zain al-jauhari

20/04/2022 Posted by | Fad hail Amal, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tasauf | | Leave a comment

NAMA IMAM DAN ULAMAK BERMAZHAB AHLU SUNNAH WAL JAMAAH AL-AYSA’IRAH

IMAM-IMAM AQIDAH BERMAZHAB AL-ASY’ARI

Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari
Imam Al-Baqillani (405H)
Abu Ishaq Al-Isfarayini (418 H)
Imam Ishaq As-Syirazi (476 H)
Imam Al-Juwaini
Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (478 H), pengarang kitab An-Nizomiyah
Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali
Imam Ibn ‘Asakir (576 H), pengarang kitab tabiyiin Kazb Al-Muftari
Imam As-Syahristani (548 H)
Imam Fakhruddin Ar-Razi pengarang kitab Asas At-Taqdis (606 H)
Imam Al-Allamah Al-Amadi (631 H)
Imam Al-Iji (756 H)
Imam Sa’ad At-Taftazani (793 H) pengarang kitab syarh Al-Maqosid
Imam As-Syarif Al-Jurjani (816 H)
Imam Abu Mansur At-Tamimi
Imam Nas Al-Maqdisi
Imam Al-Farawi
Imam Abu Al-Walid Al-Baji
Imam Al-Bahili
Imam Sultonul Ulama’ Izz ibn Abdis Salam
Imam HibbatulLah Al-Makki
Imam Al-Baijuri

IMAM-IMAM BESAR ILMU TAFSIR BERMAZHAB AL-ASY’ARI

Imam Al-Mufassir Al-Allamah Al-Qurtubi r.a.
Imam Al-Mufassir Ibn Kathir
Imam Al-Mufassir Ibn ‘Athiyyah Al-Andalusi r.a., pengarang kitab tafsir Al-Muharrar Al-Wajiz
Imam Al-Mufassir Abu Hayyan Al-Andalusi r.a., pengarang kitab Al-Bahr Al-Muhith.
Imam Al-Mufassir Fakhruddin Ar-Razi r.a., pengarang kitab tafsir mafatih Al-Ghaib
Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Al-Buhgowi, pengarang kitab tafsir Al-Bughowi dan kitab Syarh As-Sunnah.
Imam Al-Mufassir Abu Al-Laith As-Samarqandi r.a., pengarang kitab tafsir Bahr Al-Ulum, kitab bustanul Arifin dan tanbih Al-Ghafilin.
Imam Al-Mufassir Abu Al-Hasan Ali An-Naisaburi pengarang kitab asbab An-Nuzul.
Imam Al-Mufassir Abu At-Thana’ Syihabuddin Al-Alusi Al-Husaini Al-Hasani r.a.
Imam Al-Mufassir At-Thamin Al-Halabi r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Mashun.
Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Manthur.
Al-Imam Al-Khotib As-Syirbini r.a., pengarang kitab tafsir As-Siraj Al-Munir.
Imam Al-Allamah At-Thohir bin Asyur, pengarang kitab At-Tahrir wa At-Tanwir
Imam Az-Zarkasyi
Imam Mutawalli As-Sya’rawi r.a.

IMAM-IMAM BESAR HADITH BERMAZHAB ASY’ARI

Imam Al-Hafiz Abu Al-Hasan Ad-Darqutni r.a.
Imam Al-Hafiz Abu Nu’aim Al-Ashbahani r.a., pengarang kitab hilyatul Auliya’
Imam Al-Hafiz Al-Hakim An-Naisaburi, pengarang kitab Mustadrak
Imam Al-Hafiz Ibn Hibban, pengarang kitab At-Thiqat
Imam Al-Hafiz Abu Sa’id Ibn As-Sam’ani
Imam Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi
Imam Al-Khatib Al-Baghdadi
Imam Al-Hafiz Muhyiddin Yahya bin Syarf An-Nawawi
Sheikhul Islam Imam Al-Hafiz Abu Amr bin As-Solah
Imam Al-Hafiz Ibn Daqiq Al-‘Aid
Imam Al-Hafiz Ibn Abi Jamrah Al-Andalusi, musnid Ahlul Maghrib
Imam Al-Hafiz Al-Karmani, pengarang syarah sahih Al-Bukhari
Imam Al-Hafiz Al-Munziri, pengarang At-Targhib wa At-Taqrib
Imam Al-Hafiz Al-Abi, pensyarah sahih Muslim
Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani
Imam Al-Hafiz As-Sakhowi r.a.
Imam Al-Qostollani r.a. pengarang Irsyad As-Sariy
Imam Al-Hafiz Al-Munawi r.a..
Imam Al-Hafiz Ad-Dimyathi r.a.
Sheikh Al-Hafiz Waliyullah Al-Dahlawi r.a.
Sheikh Abu Al-Mahasin Al-Qouquji
Sheikh Al-Hafiz Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari r.a..
Sheikh Al-Musnid Muhammad Al-Hafiz At-Tijani.
Sheikh Musnid Ad-Dunya, Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani.
Sheikh Al-Musnid Abbas Al-Maliki

ULAMAK SIRAH BERMAZHAB AL-ASY’ARI

Imam Qadhi ‘Iyad, pengarang kitab As-Syifa fi syama’il wa ahwal Al-Mustofa
Imam As-Suhaili r.a., pengarang kitab Ar-Raudh Al-Unf
Imam Ibn Khaldun
Imam Ibn Athir r.a.
Imam As-Solihi Ad-Dimasqi, pengarang kitab Subulul Huda wa Ar-Rosyad
Sheikh Yusuf An-Nabhani r.a..

ULAMAK FIQH YANG BESAR BERMAZHAB AL-ASY’ARI

Menurut Imam Tajuddin As-Subki, majoriti ulama’ mazhab As-Syafi’ie, Malikiyah, Hanafiyah dan Sebahagian ulama’ Hanabilah bermazhab Al-Asy’ari. Demikian diriwayatkan daripada Imam Izzuddin bin Abdil-Salam yang turut diakui oleh Imam Abu Amr ibn Hajib dan Jamaluddin Al-Husairi. (At-Tobaqot 3/365)

Fuqahak yang mempertahankan mazhab Al-Asy’ari ini iaitu:

Imam Tajuddin As-Subki, pengarang kitab Al-Saif As-Saqil
Imam Sheikhul Islam Zakaria Al-Ansori
Imam Ar-Rafi’ie As-Syafi’e
Imam Ibn ‘Abidin
Imam Ibn Hajib.
Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alawi Al-Haddad
Imam ‘Alauddin Al-Bukhari
Imam Al-Baidhowi r.a.
Imam Az-Zabidi r.a.
Imam Al-Qorofi r.a.
Mufti Makkah Sheikh Ahmad Zaini Dahlan As-Syafi’e

IMAM QIRAAT QURAN BERMAZHAB AL-ASY’ARI

Imam Al-Qari’ Ibn Jazri
Imam As-Syatibi r.a.

PEMIMPIN AGUNG BERMAZHAB AL-ASY’ARI

Sultan Salehuddin Al-Ayubi
Sultan Muhammad Al-Fateh

TINGKATAN ULAMAK BERMAZHAB AL’ASY’ARI

Peringkat Pertama Dari Kalangan Murid Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari

Abu Abdullah bin Mujahid Al-Bashri
Abu Al-hasan Al-Bahili Al-Bashri
Abu Al-Hasan Bandar bin Al-Husein Al-Syirazi As-Sufi
Abu Muhammad At-Thobari Al-‘Iraqi
Abu Bakr Al-Qaffal As-Syasyi
Abu Sahl As-So’luki An-Naisaburi
Abu Yazid Al-Maruzi
Abu Abdillah bin Khafif As-Syirazi
Abu Bakr Al-Jurjani Al-Isma’ili
Abu Al-Hasan Abdul ‘Aziz At-Thobari
Abu Al-Hasan Ali At-Thobari
Abu Ja’far As-Sulami Al-Baghdadi
Abu Abdillah Al-Asfahani
Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Zuhri
Abu Bakr Al-Bukhari Al-Audani
Abu Al-Manshur bin Hamsyad An-Naisaburi
Abu Al-Husein bin Sam’un Al-Baghdadi
Abu Abdul Rahman As-Syaruthi Al-Jurjani
Abu Ali Al-Faqih Al-Sarkhosyi

Peringkat Kedua

Abu Sa’ad bin Abi Bakr Al-Isma’ili Al-Jurjani
Abu Thayyib bin Abi Sahl As-So’luki An-Naisaburi
Abu Al-Hasan bin Daud Al-Muqri Al-Darani Ad-Dimasyqi
Al-Qodhi Abu Bakr bin At-Thoyyib bin Al-Baqillani
Abu ‘Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi (guru Imam Al-Qusyairi)
Al-Hakim Abu Abdillah bin Al-Bai’e An-Naisaburi
Abu Manshur bin Abi Bakr Al-Isma’ili
Al-Imam Abu Bakr Furak Al-Isfahani
Abu Sa’ad bin Uthman Al-Kharkusyi
Abu Umar Muhammad bin Al-Husein Al-Basthomi
Abu Al-Qasim bin Abi Amr Al-Bajli Al-Baghdadi
Abu Al-Hasan bin Maysazah Al-Isfahani
Abu Tholib bin Al-Muhtadi Al-Hasyimi
Abu Mu’ammar bin Abi Sa’ad Al-Jurjani
Abu Hazim Al-‘Abdawi An-Naisaburi
Al-Imam Abu Ishaq Al-Isfara’ini
Abu ‘Ali bin Syazan Al-Baghdadi
Abu Nu’aim Al-Hafiz Al-Isfahani
Abu Hamid Ahmad bin Muhammad Al-Istawa’ie Ad-Dalwi

Peringkat Ketiga

Abu Al-Hasan As-Sukri Al-Baghdadi
Abu Manshur Al-Ayyubi An-Naisaburi
Abu Muhammad Abdul Wahab Al-Baghdadi
Abu Al-Hasan An-Na’imi Al-Bashri
Abu Thohir bin Khurasah Ad-Dimasyqi
Al-Imam Abu Manshur An-Naisaburi
Abu Dzar Al-Haraqi Al-Hafiz
Abu Bakr Ad-Dimsyaqi (Ibn Al-Jurmi)
Abu Muhammad Al-Juwaini (ayahnda Imam Al-Haramain Al-Juwaini)
Abu Al-Qasim bin Abi Uthman Al-Hamdani
Abu Ja’far As-Samnani
Abu Hatim At-Thobari Al-Qozwini
Abu Al-Hasan Rasya bin Nazhif Al-Muqri
Abu Muhammad Al-Isfahani (Ibn Al-Laban)
Abu Al-Fath Salim bin Ayyub Al-Razi
Abu Abdillah Al-Khobazi Al-Muqri
Abu Al-Fadhl bin ‘Amrus Al-Baghdadi Al-Maliki
Imam Abu Al-Qasim Al-Isfarayini
Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi (empunya Al-Asma’ wa As-Sifat)

Peringkat Keempat

Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi
Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Qusyairi
Abu ‘Ali bin Abi Harishoh Al-Hamdani Ad-Dimasyqi
Abu Al-Muzhoffar Al-Isfara’ini
Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali As-Syirazi
Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini
Abu Al-Fath Nasr bin Ibrahim Ad-Dimasyqi
Abu Abdillah At-Thobari

Peringkat Kelima

Abu Al-Muzoffar Al-Khowafi
Al-Imam Abu Al-Hasan At-Thobari (Balika Al-Harrasi)
Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali r.a.
Al-Imam Abu Bakr Al-Syasyi
Abu Al-Qashim Al-Anshori An-Naisaburi
Al-Imam Abu Nasr bin Abi Al-Qasim Al-Qusyairi
Al-Imam Abu ‘Ali Al-Hasan bin Sulaiman Al-Isbahani
Abu Sa’id As-ad bin Abi Nashr bin Al-Fadhl Al-‘Umri
Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yahya Al-Uthmani Ad-Dibaji
Al-Qadhi Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Salamah (Ibn Al-Ratbi)
Al-Imam Abu Abdillah Al-Farawi
Imam Abu Sa’ad Isma’il bin Ahmad An-Naisaburi Al-Karmani
Imam Abu Al-Hasan Al-Sulami Ad-Dimasyqi
Imam Abu Manshur Mahmud bin Ahmad Masyazah
Abu Al-Fath Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad Al-Isfara’ini
Abu Al-Fath Nasrullah bin Muhammad Al-Mashishi

Peringkat Keenam

Al-Imam Fakhruddin Al-Razi
Imam Saifullah Al-Amidi
Sulton Al-Ulama’ Izzuddin bin Abdil Salam
Sheikh Abu ‘Amr bin Al-Hajib
Sheikhul Islam Izzuddin Al-Hushairi Al-Hanafi
Al-Khasru Syahi

Peringkat Ketujuh

Sheikh Taqiyuddin Ibn Daqiq Al-‘Idd
Sheikh ‘Ala’uddin Al-Baji
Al-Imam Al-Walid Taqiyuddin Al-Subki (murid Sheikh Abdul Ghani An-Nablusi)
Sheikh Shofiyuddin Al-Hindi
Sheikh Shadruddin bin Al-Marhal
Sheikh Zainuddin
Sheikh Shodruddin Sulaiman Abdul Hakam Al-Maliki
Sheikh Syamsuddin Al-Hariri Al-Khatib
Sheikh Jamaluddin Az-Zamlakani
Sheikh Jamaluddin bin Jumlah
Sheikh Jamaluddin bin Jamil
Qodhi Al-Quddho Syamsuddin As-Saruji Al-Hanaf
Al-Qadhi Syamsuffin bin Al-Hariri
Al-Qodhi ‘Addhuddin Al-Iji As-Syirazi
Dan lain-lain lagi.

(antara rujukan: Tabyiin Kizb Al-Muftari oleh Imam Ibn ‘Asakir, Marham Al-Ilal oleh Imam Al-Yafi’e, Tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra oleh Imam Tajuddin As-Subki, At-Tobaqot oleh Imam Al-Badr Husein Al-Ahdal dan sebagainya)

Disediakan Oleh :

Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

wallahua’lam

C&P

18/04/2022 Posted by | Ibadah, Informasi | | Leave a comment

HUKUM TALQIN AL-MAYYIT

Dalil talkin (Dipetik Daripada Pejabat mufti Negeri Terengganu)

Soalan:

Apa hukum membaca talqin?

Jawapan:

Membaca talqin selepas dilakukan pengebumian jenazah Islam adalah sunat. Inilah yang tertulis di dalam kitab-kitab fiqh mazhab Syafie. Imam Nawawi umpamanya menyatakan dalam kitabnya berjudul al-Majmu’:

قال جماعات من أصحابنا يستحب تلقين الميت عقب دفنه ثم قال ممن نص على استحبابه القاضي حسين والمتولي والشيخ نصر المقدسي

Yang bermaksud:

“Telah menyatakan oleh ramai para ulama dari mazhab Syafie bahawa disunatkan talqin pada mayat selepas mengebumikannya. Antara yang menyatakan hukum sunat itu ialah al-Qadi Husain, al-Mutawalli dan Syeikh Nasr al-Maqdisi.”

Katanya lagi:

وسئل الشيخ أبو عمرو بن الصلاح رحمه الله عنه فقال: التلقين هو الذي نختاره ونعمل به


Maksudnya:

“Telah ditanya kepada Syeikh Ibnu as-Solah mengenai talqin, maka beliau menjawab bahawa amalan talqin merupakan pilihan kita (mazhab Syafie) dan kami beramal dengannya.”

Imam Abu Qasim al-Rafie menyatakan dalam kitabnya yang berjudul Fath al-Aziz Bi Syarh al-Wajiz:

ويستحب أن يُلقن الميت بعد الدفن فيقال: يا عبد الله بن أمة الله

Yang bermaksud:

“Digalakkan dan disunatkan mentalqin mayat selepas mengebumikannya dan dibaca, “Wahai hamba Allah bin hamba Allah.”

Di Malaysia, umat Islam biasanya berpegang dengan mazhab Syafie. Maka amalan talqin sememangnya tidak asing lagi bagi mereka.

Mazhab Hanafi pula mengatakan bacaan talqin adalah harus. Berkata Syeikh Abdul al-Ghani al-Ghanimy al-Dimasyqi dalam kitabnya yang berjudul al-Lubab Fi Syarh al-Kitab:

وأما تلقينه (أي الميت) في القبر فمشروع عند أهل السنة لأن الله تعالى يحييه في قبره
Ertinya:

“Manakala hukum mentalqin mayat pada kubur adalah merupakan syariat Islam di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana Allah menghidupkannya dalam kuburnya.”

Mazhab Maliki juga mengharuskan amalan talqin. Imam al-Qurtubi, pengarang kitab yang al-Tazkirah Bil Ahwal al-Mauta Wa al-Akhirah telah menjelaskan amalan talqin dilakukan oleh para ulama Islam di Qurtubah dan mereka mengharuskannya.

Dalam mazhab Hanbali, disunatkan talqin sama dengan mazhab Syafie. Lihat keterangan Imam Mansur Bin Yusuf Al-Buhuti dalam kitabnya al-Raud al-Mari’ tentang hal ini.

Imam al-Mardawi dari kalangan mazhab ini dalam kitabnya yang berjudul al-Insaf Fi Ma’rifat al-Rajih Min al-Khilaf juga menyokong tentang sunatnya bacaan talqin. Beliau menyatakan:

“فائدة يستحب تلقين الميت بعد دفنه عند أكثر الأصحاب”

Yang bermaksud:

“Disunatkan talqin mayat selepas dikebumikannya di sisi kebanyakan ulama (Hanbali).”

Pautan: http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/perkhidmatan/unit-fatwa/kemusykilan-agama-islam/ibadat/188-hukum-talqin

Kredit : Ustaz Taha Hasan

17/04/2022 Posted by | Fad hail Amal, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

JANGAN SAMBUNG SOLAT!

(Author: Al-Fadhil Ustaz Mazrisyam bin Sharif)

Di kebanyakan masjid di negeri Perlis, oleh kerana tidak dibenarkan berselawat antara solat maka berlaku keadaan sambung 2 solat tanpa berkata2 atau bergerak keluar.

Ini jelas bercanggah dengan larangan Nabi صلى الله عليه وسلم dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ;

عن أمير المؤمنين معاوية رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن أن توصل صلاةٌ بصلاة حتى يتكلم أو يخرج

Dari Mu’awiyah r.a ; Sesungguhnya Nabi saw melarang menyambung satu solat dengan satu solat sehingga lah seseorang itu bercakap atau keluar (bergerak pindah).

Sebahagian ulamak menyatakan sebab larangan ini adalah untuk membezakan solat fardhu dan sunat dan untuk membanyakkan tempat sujud. Maka yang tidak boleh bersambung itu antara solat fardhu dan solat sunat. Namun Imam ibnu Taimiyyah mengatakan ada sebahagian ulamak mengatakan larangan itu mencakupi juga antara solat sunat dan solat sunat. Kata beliau;

ومن العلماء من ذهب إلى أن هذا الحكم عام فيشمل النافلة والنافلة فيفصل بينهما بكلامٍ أو خروج.

‘Hukum ini umum meliputi juga antara solat sunat (nafilah) dengan solat sunat dan mesti dipisahkan kedua2 nya dengan bercakap atau keluar bergerak.”

Jika masjid yang mengamalkan selawat antara terawih , maka mereka sudah beramal dgn hadis tersebut kerana berselawat itu seperti kalam (berkata2) antara bilal dan ahli jemaah dan itu sudah memadai.

Namun masjid yang tidak berselawat di kebanyakan negeri Perlis sudah pasti amalan sambung solat berlaku. Saya cadangkan utk masjid di Perlis yg tidak benarkan Selawat terawih, boleh sekurangnya imam atau bilal sebut ayat Al-Quran anjuran selawat;
إن الله و ملائكة يصلون على النبي ….

Kemudian jemaah menyahut dgn berselawat masing2.. (seperti ketika khutbah), kemudian baru bangkit solat seterusnya. Maka ia jadi seperti nasihat bilal kpd jemaah utk berselawat,dan ia sudah memadai bercakap.

Sekurangnya boleh ikut larangan Nabi saw dalam hadis tersebut dan itulah yang sepatutnya iaitu kita cuba beramal dengan semua hadis bukannya hadis tertentu sahaja.

Jika nak amalkan selawat yang biasa dibuat oleh Masjid2 negeri lain pun ok. WAllahu’alam.

Al-Fadhil Ustaz Mazrisyam bin Sharif

17/04/2022 Posted by | Fad hail Amal, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | , | Leave a comment

TALQIN MENURUT HADITH DAN ULAMA’ 4 MAZHAB:

Keharusan Hukum Membaca Talkin Keatas Orang Yang Telah Meninggal Dunia (Bersandarkan Kepada Hadith Nabi SAW dan Ulama’ 4 Mazhab).

Sesungguhnya hukum mentalqinkan mayat dengan kalimat tauhid “La ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah” ataupun dengan perkataan suci yang lain adalah harus hukumnya dari segi syarak dan bersesuaian dengan ajaran agama Nabi Muhammad SAW.

Sememangnya tidak ada dalil dari nas Al-Qur’an mahupun nas Al-Hadith yang mengharamkan amalan talqin kecuali mereka (yakni Wahabi) yang mengharamkannya hanya bersandarkan ianya suatu Bid’ah yang tidak dilakukan oleh Rasul SAW. Malangnya nas-nas hadith Nabi SAW jelas bercanggah dengan apa yang mereka dakwa.

Mari kita kupaskan secara ilmiah melalui Hadith Nabi SAW yang Mengharuskan Talqin:

Apa yang didakwa mengenai pengharaman hukum talqin oleh Wahabi dan kuncu-kuncu mereka yang kerap membuat kacaubilau dalam masyarakat umat islam adalah tidak berasas. Bahkan ianya bertujuan memperlaga-lagakan umat islam yang melakukan amalan tersebut.

Kononnya ianya adalah satu Bid’ah yang Nabi SAW tidak pernah buat dan tidak pernah suruh orang lain buat dan bagi Wahabi siapa buat amalan talqin maka ia sudah membuat perkara Bid’ah dan akan masuk api neraka jahannam.

Benarkah dakwaan Wahabi itu..???

Mari kita singkap Hadith Nabi Muhammad SAW sendiri menyuruh amalan talqin yang diriwayatkan oleh Imam At-Tobarony dalam Mu’jam Soghir dan Mu’jam Kabir daripada Abi Umamah Al-Bahily berkata:

[إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا، أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل: يا فلان ابن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يستوي قاعداً، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولكن لا تشعرون، فليقل: اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمداً عبده ورسوله وأنك رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبمحمد نبياً وبالقرءان إماماً فإن منكراً ونكيراً يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول: انطلق بنا ما يقعدنا عند من لُقّن حجته، قال [أي أبو أمامة]: فقال رجل: يا رسول الله فإن لم يُعرف أمه، قال: ينسبه إلى أمه حواء، يا فلان ابن حواء” .

Yang bermaksud: “Apabila aku mati nanti, lakukan padaku sepertimana yang disuruh oleh Rasulullah SAW agar dilakukan kepada mayat, Rasulullah SAW telah memerintah kita dengan sabda baginda: “ Apabila matinya seorang daripada kalanganmu, maka tanam dan berdirilah seorang dikalangan kamu pada bahagian kepala dikuburnya kemudian katakan Wahai si fulan anak si fulanah, orang itu mendengarnya tetapi dia tidak akan menjawab, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia duduk, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia berkata semoga Allah SWT merahmati kamu tetapi kamu semua tidak merasai (apa yang telah berlaku pada si mayat), maka hendaklah dikatakan: Ingatlah apa yang telah menyebabkan kamu dilahirkan kedunia iaitu syahadah tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah hamba & rasulNya, dan engkau telah meredhoi dengan Allah SWT sebagai tuhan mu dan islam itu agamamu dan Muhammad itu nabimu dan al-Qur’an itu petunjukmu maka malaikat mungkar dan nakir akan mengambil tangannya lantas berkata ayuh bersama kami bawakan kepada siapa yang telah ditalqinkan hujahnya”.

Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah SAW, wahai Rasulullah… Bagaimana sekiranya tidak diketahui nama ibunya? Rasulullah SAW menjawab “Maka hendaklah dinasabkan kepada ibu manusia iaitu Hawa dengan mengatakan Wahai si fulan anak Hawa”.

Tamat Hadith yang Di Riwayatkan oleh Imam Al-Hafiz Tobarony Dalam kitabnya Mu’jam Soghir Wal Kabir.

Hadith yang mengharuskan talqin diatas telah shohihkan sanadnya (ulama hadith menyatakan hadith itu boleh digunakan) oleh Imam Muhaddith dari kalangan ulama hadith iaitu Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau berjudul At-Talkhis Al-Habir sepertimana yang juga dibawah Kitab Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 muksurat 243 :

وإسناده صالح وقد قواه الضياء في أحكامه

Yang bermaksud: “ Sanad hadith ini adalah boleh digunakan dan hadith ini telah dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz Ad-Dhiya dalam kitab Ahkam”.

Maka Hadith Nabi Muhammad SAW ini jelas mengharuskan amalan talqin sepertimana para ulama’ salafussoleh berpegang dengan hukum mengenainya.

Tiada seorangpun ulama islam yang muktabar mengingkari amalan talqin ini kecuali mereka yang berfahaman Wahabi dizaman ini yang membuat umat islam kebingungan & bercelaru serta membuat umat islam berpecah belah dengan mendakwa amalan talqin ini adalah satu perbuatan Bid’ah yang teramat buruk dan siapa melakukan talqin maka dia sesat dan akan masuk neraka jahannam.

Soalan ku tujukan kepada penentang amalan talqin:

1) Berikan padaku ayat Al-Qur’an yang jelas mengharamkan dan membid’ahkan amalan talqin?

2) Berikan padaku Hadith yang jelas dari Nabi Muhammad SAW yang mengatakan amalan talqin adalah haram atau bid’ah?

3) Sebutkan seorang sahaja ulama’ salafussoleh (ulama’ islam yang hidup pada 300H pertama) yang menyatakan amalan talqin adalah haram atau bid’ah?

Saya menunggu jawapan soalan diatas dari mana-mana Wahabi.

Disini ingin saya bawakan juga kata-kata ulama islam “Ahli Sunnah Wal Jama’ah” yang mengharuskan amalan talqin dari mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafi’e dan tidak juga lupa dari mazhab Hambali yang mana puak Wahabi sering mendakwa mereka dari golongan mazhab Hambali.

MAZHAB ISLAM MENGHARUSKAN TALQIN:

1) Kenyataan Mazhab Hanafi Mengharuskan Talqin;

Berkata As-Syeikh Al-Alim Abdul Al-Ghony Al-Ghonimy Ad-Dimasyqy Al-Hanafi dalam kitab beliau berjudul Al-Lubab Fi Syarhil Kitab pada jilid 1 mukasurat 125 menyatakan:

: “وأما تلقينه (أي الميت) في القبر فمشروع عند أهل السنة لأن الله تعالى يحييه في قبره”.

“Manakala hukum mentalqin mayat dikubur adalah merupakan syariat islam disisi Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana Allah ta’ala menghidupkan mayit dalam kuburnya”.

Telah jelas bahawa dalam mazhab Hanafi amalan talqin adalah diharuskan bahkan disyariatkan.

Adakah Wahabi akan membid’ahkan serta mengkafirkan ulama Hanafi kerana mengharuskan amalan talqin?

Kenapa Wahabi benci sangat dengan amalan talqin?

Apa kesalahan talqin terhadap kamu wahai Wahabi?

2) Mazhab Maliki Mengharuskan Amalan Talqin;

Imam Al-Qurtuby Al-Malikiy pengarang kitab tafsir terkenal telah menulis satu bab yang khusus mengenai amalan talqin disisi mazhab Maliki dalam kitab beliau berjudul At-Tazkirah Bil Ahwal Al-Mauta Wal Akhiroh pada mukasurat 138-139:

باب ما جاء في تلقين الإنسان بعد موته شهادة الإخلاص في لحده

Didalam bab itu juga Imam Qurtuby telah menjelaskan amalan talqin dilakukan oleh para ulama islam di Qurtubah dan mereka mengharuskannya.

Dalam mazhab Maliki juga bercanggah dengan mereka yang mengharamkan amalan talqin.

Dimana dali anda wahai si pengharam talqin?

3) Mazhab Syafi’e Mengharus & Mengalakkan Amalan Talqin;

a) Imam An-Nawawi As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul Al-Majmuk pada jilid 5 mukasurat 303-304:

قال جماعات من أصحابنا يستحب تلقين الميت عقب دفنه” ثم قال: “ممن نص على استحبابه: القاضي حسين والمتولي والشيخ نصر المقدسي”

Yang bermaksud: “ Telah menyatakan oleh ramai para ulama dari mazhab Syafi’e bahawa disunatkan talqin pada mayat ketika mengebumikannya”.

Kenyataan mazhab Syafi’e dari kitab yang sama :

“وسئل الشيخ أبو عمرو بن الصلاح رحمه الله عنه فقال: التلقين هو الذي نختاره ونعمل به”

Imam Nawawi menyatakan: “ Telah ditanya kepada As-Syeikh Abu Amru Bin As-Solah mengenai talqin maka beliau menjawab Amalan talqin merupakan pilihan kita (mazhab Syafi’e) dan kami beramal dengannya”.

b) Imam Abu Qosim Ar-Rofi’e As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul Fathul ‘Aziz Bi syarh Al-Wajiz tertera juga pada bawah kita Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 mukasurat 242:

“ويستحب أن يُلقن الميت بعد الدفن فيقال: يا عبد الله بن أمة الله …” إلى اخره .

Yang bermaksud: Digalakkan dan disunatkan mentalqin mayat selepas mengebumikannya dan dibaca : Wahai hamba Allah bin hamba Allah…(bacaan talqin).

Di Nusantara kebanyakkannya umat islam berpegang kepada mazhab Syafi’e.

Kenapa anda buat fitnah ke tanah air kita wahai Wahabi?

Kenapa anda sering memecah belahkan umat islam dengan mengunakan isu talqin ini wahai Wahabi?

Sedangkan hukum talqin adalah harus berdalilkan dari Hadith Nabawi.

4) Wahabi sering mendakwa yang kononnya mereka bermazhab Hambali, dan sedangkan mazhab Hambali juga Mengharuskan Talqin;

a) Imam Mansur Bin Yusuf Al-Buhuty Al-Hambaly menyatakan hukum pengharusan talqin dalam kitab beliau berjudul Ar-Raudul Mari’ mukasurat 104.

b) Imam Al-Mardawy Al-Hambaly dalam kitabnya Al-Insof Fi Ma’rifatil Rojih Minal Khilaf pada jilid 2 mukasurat 548-549 menyatakan:

“فائدة يستحب تلقين الميت بعد دفنه عند أكثر الأصحاب”

Yang bermaksud: “ Kenyataan yang penting; Disunatkan hukum talqin mayat selepas mengkebumikannya disisi kebanyakan ulama’ (selainnya hanya mengaruskan sahaja).

Sekarang dimanakah pula kedudukan Wahabi setelah hukum keharusan talqin diperjelaskan berdasarkan hadith Nabi SAW dan mazhab empat termasuk mazhab Hambali..???

Saudara sekalian… pilihlah, anda mahu mengikut ulama islam yang muktabar yang mana mereka mempunyai hujjah dari nas ataupun mahu mengikut fahaman Wahabi yang mengatakan amalan talqin adalah perbuatan Bid’ah lagi haram sedangkan wahabi tak mempunyai satupun dalil yang menyokong fatwa sesat mereka.

Nasihat saya kepada pengamal talqin agar tidak menetapkan atau meminta apa-apa bayaran dunia atas perbuatan yang diharuskan itu untuk mendidik diri agar lebih ikhlas kepada Allah SWT.

Semoga pencerahan yang ringkas ini dapat memberikan manfa’at buat kita didunia & diakhirat … آمين يا رب العالمين

والله أعلم بالـصـواب

Sumber

16/04/2022 Posted by | Fad hail Amal, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | , | Leave a comment

MENINGGALKAN BERDOA SEBELUM MAKAN TIDAK MENJADIKAN ANDA LEBIH SUNNAH

(Author: Hafiz Al-Za’farani)

  1. Anggapan anak muda sekarang bahawa meninggalkan doa sebelum makan maka ia lebih menepati sunnah adalah tidak benar.
  2. Ketika seseorang membaca doa sebelum makan, mereka tetap akan membaca bismillah sebelum makan. Bezanya, pahalanya juga lebih kerana berserta dengan doa.
  3. Macam mana kita tahu dapat pahala? Jawabnya kerana bersesuaian dengam hadis Nabi:
    ليَسْأَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَاجَتَهُ حَتَّى يَسْأَلَهُ الْمِلْحَ وَحَتَّى يَسْأَلَهُ شِسْعَ نَعْلِهِ إِذَا انْقَطَعَ

“Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, sekalipun jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.” (HR al-Tirmizi)

  1. Imam Al-Mubarakfuri mengatakan bahawa hadis ini menunjukkan bahawa kita dianjurkan berdoa walaupun perkara remeh temeh.
  2. Demikian doa sebelum makan dan doa-doa lain yang diajarkan sejak tadika lagi. Semua itu doa yang bermanfaat dan mendapat pahala jika beramal dengannya.
  3. Oleh itu, seseorang yang berdoa dan membaca bismillah sebelum makan tentulah lebih banyak pahalanya daripada seseorang yang membaca bismillah sahaja.
  4. Seseorang yang menuntut ilmu agama sepatutnya lagi banyak ilmu, lagi banyak amal. Bukan menambahkan ilmu untuk meninggalkan amal.

Disediakan oleh:
Hafiz Al-Za’farani (HAZA)

13/04/2022 Posted by | Fad hail Amal, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

KENYATAAN MEDIA: PENJELASAN TERHADAP TOHMAHAN, TUDUHAN DAN KEKELIRUAN AMALAN TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH SHEIKH NAZIM AL-HAQQANI & PENGESAHAN TAREKAT

KENYATAAN MEDIA: PENJELASAN TERHADAP TOHMAHAN, TUDUHAN DAN KEKELIRUAN AMALAN TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH SHEIKH NAZIM AL-HAQQANI & PENGESAHAN TAREKAT

Perhatian Untuk Media (i) Para 13: Berdasarkan kepada fakta-fakta dan hujah-hujah tersebut, maka perlu ditegaskan bahawa amalan yang terkandung dalam ajaran Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah di Malaysia adalah tidak bercanggah dengan prinsip akidah dan syariat dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah berpandukan bimbingan dan panduan para ulama’ muktabar dalam bidang Tasawuf seperti yang telah diluluskan di bawah Enakmen Tarekat tahun 2005 Negeri Sembilan.

Perhatian Untuk Media (ii) Para 14: Penjelasan ini menunjukkan bahawa isu-isu yang sengaja dibangkitkan dengan tujuan mempertikai kesahihan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah adalah sekitar isu-isu yang tergolong dalam masalah perbezaan pandangan para ulama (masa’il khilafiyyah). Sewajarnya semua pihak harus berlapang dada dan tidak membuat sebarang spekulasi tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pihak berkuasa agama.

Oleh itu, sekali lagi disarankan kepada mana-mana pihak yang keliru dan memerlukan penjelasan lanjut berhubung sesuatu amalan khususnya berkaitan ajaran Tarekat ini agar merujuk kepada pihak berkuasa agama seperti Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

1- Tarekat Naqshabandi al-Aliyyah yang dahulu dipimpin oleh Sheikh Nazim al-Haqqani (w. 2014M) telah berpindah kepimpinannya kepada anak beliau iaitu Sheikh Mehmet Adil, seorang ulama Turki berakidah Imam al-Maturidi (w. 330H), berfekahkan Imam Abu Hanifah (w. 150H) dan bertasawuf Imam Junayd al-Baghdadi (w. 298H) dan Imam al-Ghazali (w. 505H) melalui Tarekat Naqshabandi al-Aliyyah. Beliau juga merupakan murid Sheikh Ahmad al-Kuftaro, mantan Mufti Syria (w. 2004M), Sheikh Muhammad Salih Farfur (w. 1986M), Sheikh Adib al-Kallas (w. 2009M), Sheikh Abd al-Razzaq al-Halabi (w. 2012M) dan lain-lain. Beliau berkelulusan bidang syariah dari institusi ulama terkemuka, Ma’ahad al-Fath al-Islami di Damsyik, Syria.

2- Tarekat Naqshabandi al-Aliyyah Sheikh Nazim al-Haqqani pernah diputuskan “bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam” oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 2000.

3- Pada tahun 2018, Jawatankuasa Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan pendaftaran Tarekat ini sebagai Tarekat yang sah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 10(2), Enakmen Tariqat Tasauwuf (Negeri Sembilan) 2005 setelah melalui proses penilaian, saringan rapi dan ketat oleh ulama.

4- Tarekat ini telah dikaji semula dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Muzakarah MKI kali ke-117 pada tahun 2020 dan memutuskan Tarekat Naqshabandi al-Aliyyah dibenarkan untuk diamal oleh pengikutnya selagi tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah serta uruf setempat.

5- Pihak Tarekat memaklumi terdapat beberapa potongan video yang tular di media sosial sehingga membawa salah faham dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pihak Tarekat perlu memberi penjelasan agar segala salah faham dapat dirungkaikan.

6- Video yang tular memaparkan Sheikh Baha’uddin menari bersama iringan muzik sebenarnya merupakan video lama yang berlaku pada tahun 2012 di German atas jemputan komuniti saudara baru muslim di sana. Rakaman tersebut berlaku dalam temasya (farah) dan bukan dalam majlis zikir Tarekat atau selawat yang kelazimannya tidak dibenarkan percampuran antara lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun, apabila video tersebut sampai kepada ayahandanya iaitu Sheikh Nazim al-Haqqani dan kekandanya Sheikh Mehmet Adil, maka ayahanda dan kekandanya telah menegur perbuatan Sheikh Baha’uddin. Sheikh Baha’uddin telah menginsafi kejadian tersebut. Seperti yang sedia maklum, Mursyid Tarekat Naqshabandi al-Aliyyah kini adalah Sheikh Mehmet Adil, bukan Sheikh Baha’uddin.

7- Berkenaan dengan zikir Huwiyyah iaitu zikir dengan lafaz Hu (هو) ,ia juga adalah zikir yang diamalkan oleh tarekat-tarekat tasawuf muktabar dalam dunia Islam selain dari Tarekat al-Naqshabandiyyah seperti Tarekat al-Shadhiliyyah dan al-Ahmadiyyah al-Idrisiyyah. Zikir ini adalah harus menurut hukum syarak seperti yang telah dijelaskan di dalam Irsyad Fatwa no. 254, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan oleh SS Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad al-Bakri pada 13 Oktober 2018.(1) Ia juga merupakan amalan beberapa ulama Universiti al-Azhar, Mesir yang menjadi institusi Ahli Sunnah Wal Jamaah rujukan umat Islam seluruh dunia. Di antara mereka ialah Shaykh al-Azhar Abd al-Halim Mahmud (w. 1978M)(2)dan Mantan Mufti Mesir Prof. Dr. Ali Jumaah(3). Ia juga merupakan amalan Khalifah Uthmaniyyah terkenal seperti Sultan Muhammad al-Fatih (w. 1481M) dan Sultan Abd al-Hamid II (w. 1918M) yang sememangnya masyhur dalam sejarah Islam sebagai ahli tasawuf dan menganuti tarekat sufi.(4) Antara hujah daripada al-Quran dan Sunnah, serta pendapat ulama tentang keharusan berzikir dengan lafaz Hu ialah seperti hadis hasan sahih daripada Asma’ binti Yazid RA. Beliau meriwayatkan bahawa sesungguhnya Baginda Nabi SAW bersabda: “Nama Allah yang Paling Agung (al-Ism al-Aʽdham) itu ada di dalam kedua-dua ayat [al-Quran] ini:

1- (Surah al-Baqarah, 163): –

وَإِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌۭ وَٰحِدٌۭ ۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحْمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ

(dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan [yang berhak disembah] selain dari Dia, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani);

2- dan pembuka Surah Al Imran: ٓ

الٓمٓ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ

(Alif, Laam Mim, Allah itu tiada Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbir sekalian makhlukNya).”(5)

Di dalam kedua-dua ayat al-Quran tersebut, hanya lafaz Hu (هو) yang diulang, maka ditafsirkan oleh ulama sebagai salah satu nama-nama Allah menurut sabda Baginda Nabi SAW. Hadis ini merupakan sebahagian hujah bagi para ulama seperti Imam al-Ghazali yang menyatakan bahawa lafaz Hu adalah salah satu daripada nama-nama Allah yang Paling Agung (al-Ism al-Aʽdham).(6)

Berzikir dengan lafaz Hu bukanlah menggantikan wirid-wirid masyhur yang ma’thur daripada Nabi Muhammad SAW, akan tetapi ia hanyalah sebuah tambahan dan diamalkan setelah wirid-wirid yang masyhur dan ma’thur. Ia hanya boleh diamalkan oleh penganut tarekat dengan bimbingan guru mursyid dalam kalangan ulama yang muktabar serta bukan untuk diamalkan oleh orang awam. Zikir ini juga telah diharuskan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan tertakluk kepada pendaftaran tarekat.(7) Berkaitan video zikir Hu yang tertular di media sosial, ia sebenarnya dalam majlis tertutup dan bukanlah untuk tontonan awam akan tetapi ia sengaja disebarkan oleh seseorang yang tidak bertanggung jawab.

8- Berkenaan dengan video di Pulau Besar yang tular di media sosial, ia bukanlah Sheikh Nazim al-Haqqani, akan tetapi Sheikh Adnan Kabbani (w. 2018M). Walau bagaimanapun, apa yang terjadi sebenarnya bukan mengambil baiʽah tarekat dari orang yang telah meninggal dunia seperti yang ditohmahkan, kerana kalau ia adalah baiʽah tarekat, nescaya nama wali tersebut akan termaktub dalam silsilah Tarekat, dan fakta menunjukkan sebaliknya. Ia sebenarnya adalah tawassul, istighathah dan tabarrukdengan para wali walau setelah kewafatan mereka.Hukum ini adalah harus di dalam syariat Islam seperti yang telah dijelaskan oleh ulama-ulama muktabar dalam Mazhab al-Shafiʽi seperti Imam al-Ghazali (w. 505H), Imam al-Nawawi (w. 676H), Imam al-Ramli (w. 1004H), Mufti Hadramaut Habib Abd al-Rahman al-Mashhur (w. 1320H) dan Imam Amin al-Kurdi al-Azhari (w. 1332H) dan banyak lagi.(8)

Justeru Jabatan Mufti Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Negeri Pahang juga telah mewartakan fatwa “Persoalan Bid’ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furu” yang melarang menghukum bid’ah perkara-perkara perbezaan pandangan para ulama seperti masalah ini (9)

Bahkan di dalam Fatwa Negeri Sembilan tersebut secara tegas menyatakan tawassul, tabarruk, berdoa dan membaca al-Quran di kubur adalah termasuk dalam perkara yang terjadi perbezaan pandangan para ulama dalam perkara furuʽ. Maka adalah tidak wajar menuduh perbuatan tersebut sebagai memuja kubur. Walau bagaimanapun, tingkah laku dalam video itu sepatutnya tidak dilakukan oleh Sheikh Adnan Kabbani kerana tidak sesuai dengan uruf setempat, justeru itu Sheikh Adnan Kabbani telah bertaubat, meminta maaf pada tahun 2014 di Pejabat JAKIM. Manakala Tarekat di bawah kepimpinan yang baru oleh Sheikh Mehmet Adil memberi jaminan bahawa amalan dan upacara seumpamanya telah lama ditinggalkan. Video ini adalah rakaman penyiasatan hak milik Kerajaan Malaysia yang tidak sepatutnya disebarkan kepada awam.

9- Berkenaan amalan mencium kaki ibu bapa, guru, orang yang lebih tua, ia dihukumkan sunat menurut Mazhab al-Shafiʽi seperti yang telah dinyatakan secara jelas oleh Imam al-Nawawi, Imam Ibn Hajar al-Haytami (w. 974H) dan Imam al-Ramli. Walau bagaimanapun, perbuatan ini bukanlah sebahagian dari amalan biasa dalam Tarekat ini. Ia mungkin hanya terjadi secara kebetulan pada masa-masa tertentu mengikut uruf setempat yang dianggap tidak ganjil dan menerima amalan ini seperti di India dan seumpamanya.

10- Berkenaan dengan gambar bersalaman antara Sheikh Nazim al-Haqqani dan wanita, perlu dimaklumi bahawa perkara ini adalah termasuk masalah yang terjadi perbezaan pandangan para ulama di antara empat mazhab. Menurut Mazhab Hanafi, ia hanya diperbolehkan ketika mana bersalaman dengan wanita yang tua (‘ajuz) yang tidak
bersyahwat.(10) Sedangkan menurut Mazhab Hanbali, terdapat sebuah riwayat dari Imam Ahmad bin Hanbal (w. 241H) yang berpendapat ia adalah makruh secara mutlak (bukan haram).(11) Oleh itu, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah (Jabatan Mufti Republik Mesir) telah mengeluarkan sebuah fatwa yang menyatakan isu bersalaman antara berlainan jantina adalah isu yang terjadi perbezaan pandangan antara ulama yang tidak sepatutnya menjadi sebab saling sesat menyesatkan antara satu dengan yang lain.(12)Walau bagaimanapun, disebabkan Malaysia lazimnya bermazhab al-Shafiʽi, maka pihak Tarekat telah dinasihatkan pada tahun 2018 oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan untuk tidak membenarkan hal tersebut. Oleh itu, pihak Tarekat berkomited untuk memastikan para murid menjaga adab sesuai dengan nasihat Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

11- Pihak Tarekat juga ingin memaklumkan bahawa persoalan yang dijelaskan di sini juga sudah pernah dijelaskan dalam (1) Mesyuarat Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan pada tahun 2016; (2) Temuduga dengan JAKIM pada tahun 2019; (3) Muzakarah MKI kali ke-117 pada tahun 2020.

12- Seperti yang dijelaskan oleh Pengurusi Muzakarah MKI, YBhg. Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh pada 8 April 2022, bahawa Tarekat ini telah dikaji semula dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Muzakarah MKI kali ke-117 pada tahun 2020 dan Muzakarah dengan sebulat suara memutuskan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah “dibenarkan untuk diamalkan oleh pengikutnya selagi tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah serta uruf setempat. Oleh itu, keputusan terdahulu pada tahun 2000 berkaitan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah ini tidak lagi terpakai”. Tambahan ayat “selagi tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah serta uruf setempat” bukan bererti Tarekat ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah sebagaimana yang cuba digambarkan oleh segelintir masyarakat yang tidak faham, tetapi hanya sebagai penegasan kepada syarat umum sahaja. Ini sangat jelas, kerana tidak mungkin mesyuarat tersebut memutuskan bahwa Tarekat ini “dibenarkan untuk diamalkan” dalam keadaan ianya didapati “bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah”. Tambahan ayat “tidak bertentangan dengan uruf setempat” pula adalah sebagai panduan agar tidak timbul tohmahan-tohmahan tidak baik akibat amalan-amalan Tarekat yang walaupun dibenarkan oleh hukum agama, tetapi oleh kerana bukan uruf setempat, boleh menimbulkan salah sangka yang tidak sewajarnya.

13- Berdasarkan kepada fakta-fakta dan hujah-hujah tersebut, maka perlu ditegaskan bahawa amalan yang terkandung dalam ajaran Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah di Malaysia adalah tidak bercanggah dengan prinsip akidah dan syariat dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah berpandukan bimbingan dan panduan para ulama’ muktabar dalam bidang Tasawuf seperti yang telah diluluskan di bawah Enakmen Tarekat tahun 2005 Negeri Sembilan. Tarekat ini juga sentiasa komited untuk mengikuti dan mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam negara ini. Pihak Tarekat juga bersedia untuk memberi penjelasan lanjut kepada mana-mana pihak sekiranya terdapat sebarang keraguan mengenai
amalan Tarekat ini.

14- Penjelasan ini menunjukkan bahawa isu-isu yang sengaja dibangkitkan ldengan tujuan mempertikai kesahihan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah adalah sekitar isu-isu yang tergolong dalam masalah perbezaan pandangan para ulama (masa’il khilafiyyah). Sewajarnya semua pihak harus berlapang dada dan tidak membuat sebarang spekulasi tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pihak berkuasa agama. Oleh itu, sekali lagi disarankan kepada mana-mana pihak yang keliru dan memerlukan penjelasan lanjut berhubung sesuatu amalan khususnya berkaitan ajaran Tarekat ini agar merujuk kepada pihak berkuasa agama seperti Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Sekian.

Sheikh Lokman Shazly al-Hafiz al-Maulawi bin Dato’ Seri Azlanii Zaharin, Sheikh Tarekat Naqshabandi al-Aliyyah di bawah Enakmen Tarekat 2005 Negeri Sembilan (JMKNNS BTT.070-2/1 (33)) beralamat di Surau Dato’ Laksamana Haji Ahmad, Bt. 7, Pantai, 71770, Seremban, Negeri Sembilan, pada 07 Ramadhan 1443 H bersamaan 09 April 2022 M.

Nota kaki:

(1)https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2667-irsyad-al-fatwa-254-zikir-

(2) Abd al-Halim Mahmud, Fatawa al-Imam Abd al-Halim Mahmud (Kaherah: Dar al-Ma’arif, 2016), 1:331.

(3)Ali Jumaah, Madkhal ila al-Tasawwuf al-Islami (Kaherah: Dar al-Wabil al-Sayyib, 2019), 66-68.

(4) Tashkuri Zadah, al-Shaqa’iq al-Nu’maniyyah fi Ulama al-Dawlah al-Uthmaniyyah (Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, 1975), 138; Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2002), 155-156.

(5)Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi, no. 3478 dan beliau berkata: hadis ini hasan sahih; Abu Dawud, no. 1496; Ibn Majah, no. 3855, dan lain-lain.

(6) Al-Ghazali, al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma Allah al-Husna (Jeddah: Dar al-Minhaj, 2018), 337; Jumaah, Madkhal,66

(7)https://muftins.gov.my/2019/04/19/penjelasan-lafaz-zikir-%D9%87%D9%8F%D9%88%D9%8E/

(8) Al-Ghazali, Ihya’ Ulum al-Din (Jeddah: Dar al-Minhaj, 2013), 10/456; al-Nawawi, al-Majmu’ Sharh al-Muhadhdhab(Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, 1995), 5/286; Shihab al-Din al-Ramli, Fatawa al-Ramli (Beirut: Dar al-Fikr, t.t.), 4/382; al-Mashhur, Bughyah al-Mustarshidin (Abu Dhabi: Dar al-Faqih, 2009), 2/379 & 4/483; Muhammad Amin al-Kurdi, Tanwir al-Qulub (Beirut: Dar Ibn Hazm, 2014), 589-590.

Hi(9)http://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/361-fatwa-menangani-persoalan-bid-ah-dalam-masalah-ikhtilaf-khilaf-perkara-furu;

(10) Uthman al-Hanafi, Tabyiin al-Haqa’iq Sharh Kanz al-Daqa’iq (Kaherah: al-Matba’ah al-Kubra al-Amiriyyah, 1313H), 6/18.

(11) Mansur al-Buhuti al-Hanbali, Kashaf al-Qina’ an Matn al-Iqna’ (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1997), 2/155.

(12) Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, Mawsu’ah al-Fatawa al-Mu’assalah min Dar al-Ifta’ al-Misriyyah (Kaherah: Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, 2013), 1/279.

JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN.

13/04/2022 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Fatwa, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | 1 Comment

NAMA IMAM DAN ULAMAK BERMAZHAB AHLU SUNNAH WAL JAMAAH AL-AYSA’IRAH

IMAM-IMAM AQIDAH BERMAZHAB AL-ASY’ARI

Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari
Imam Al-Baqillani (405H)
Abu Ishaq Al-Isfarayini (418 H)
Imam Ishaq As-Syirazi (476 H)
Imam Al-Juwaini
Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (478 H), pengarang kitab An-Nizomiyah
Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali
Imam Ibn ‘Asakir (576 H), pengarang kitab tabiyiin Kazb Al-Muftari
Imam As-Syahristani (548 H)
Imam Fakhruddin Ar-Razi pengarang kitab Asas At-Taqdis (606 H)
Imam Al-Allamah Al-Amadi (631 H)
Imam Al-Iji (756 H)
Imam Sa’ad At-Taftazani (793 H) pengarang kitab syarh Al-Maqosid
Imam As-Syarif Al-Jurjani (816 H)
Imam Abu Mansur At-Tamimi
Imam Nas Al-Maqdisi
Imam Al-Farawi
Imam Abu Al-Walid Al-Baji
Imam Al-Bahili
Imam Sultonul Ulama’ Izz ibn Abdis Salam
Imam HibbatulLah Al-Makki
Imam Al-Baijuri

IMAM-IMAM BESAR ILMU TAFSIR BERMAZHAB AL-ASY’ARI

Imam Al-Mufassir Al-Allamah Al-Qurtubi r.a.
Imam Al-Mufassir Ibn Kathir
Imam Al-Mufassir Ibn ‘Athiyyah Al-Andalusi r.a., pengarang kitab tafsir Al-Muharrar Al-Wajiz
Imam Al-Mufassir Abu Hayyan Al-Andalusi r.a., pengarang kitab Al-Bahr Al-Muhith.
Imam Al-Mufassir Fakhruddin Ar-Razi r.a., pengarang kitab tafsir mafatih Al-Ghaib
Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Al-Buhgowi, pengarang kitab tafsir Al-Bughowi dan kitab Syarh As-Sunnah.
Imam Al-Mufassir Abu Al-Laith As-Samarqandi r.a., pengarang kitab tafsir Bahr Al-Ulum, kitab bustanul Arifin dan tanbih Al-Ghafilin.
Imam Al-Mufassir Abu Al-Hasan Ali An-Naisaburi pengarang kitab asbab An-Nuzul.
Imam Al-Mufassir Abu At-Thana’ Syihabuddin Al-Alusi Al-Husaini Al-Hasani r.a.
Imam Al-Mufassir At-Thamin Al-Halabi r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Mashun.
Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Manthur.
Al-Imam Al-Khotib As-Syirbini r.a., pengarang kitab tafsir As-Siraj Al-Munir.
Imam Al-Allamah At-Thohir bin Asyur, pengarang kitab At-Tahrir wa At-Tanwir
Imam Az-Zarkasyi
Imam Mutawalli As-Sya’rawi r.a.

IMAM-IMAM BESAR HADITH BERMAZHAB ASY’ARI

Imam Al-Hafiz Abu Al-Hasan Ad-Darqutni r.a.
Imam Al-Hafiz Abu Nu’aim Al-Ashbahani r.a., pengarang kitab hilyatul Auliya’
Imam Al-Hafiz Al-Hakim An-Naisaburi, pengarang kitab Mustadrak
Imam Al-Hafiz Ibn Hibban, pengarang kitab At-Thiqat
Imam Al-Hafiz Abu Sa’id Ibn As-Sam’ani
Imam Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi
Imam Al-Khatib Al-Baghdadi
Imam Al-Hafiz Muhyiddin Yahya bin Syarf An-Nawawi
Sheikhul Islam Imam Al-Hafiz Abu Amr bin As-Solah
Imam Al-Hafiz Ibn Daqiq Al-‘Aid
Imam Al-Hafiz Ibn Abi Jamrah Al-Andalusi, musnid Ahlul Maghrib
Imam Al-Hafiz Al-Karmani, pengarang syarah sahih Al-Bukhari
Imam Al-Hafiz Al-Munziri, pengarang At-Targhib wa At-Taqrib
Imam Al-Hafiz Al-Abi, pensyarah sahih Muslim
Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani
Imam Al-Hafiz As-Sakhowi r.a.
Imam Al-Qostollani r.a. pengarang Irsyad As-Sariy
Imam Al-Hafiz Al-Munawi r.a..
Imam Al-Hafiz Ad-Dimyathi r.a.
Sheikh Al-Hafiz Waliyullah Al-Dahlawi r.a.
Sheikh Abu Al-Mahasin Al-Qouquji
Sheikh Al-Hafiz Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari r.a..
Sheikh Al-Musnid Muhammad Al-Hafiz At-Tijani.
Sheikh Musnid Ad-Dunya, Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani.
Sheikh Al-Musnid Abbas Al-Maliki

ULAMAK SIRAH BERMAZHAB AL-ASY’ARI

Imam Qadhi ‘Iyad, pengarang kitab As-Syifa fi syama’il wa ahwal Al-Mustofa
Imam As-Suhaili r.a., pengarang kitab Ar-Raudh Al-Unf
Imam Ibn Khaldun
Imam Ibn Athir r.a.
Imam As-Solihi Ad-Dimasqi, pengarang kitab Subulul Huda wa Ar-Rosyad
Sheikh Yusuf An-Nabhani r.a..

ULAMAK FIQH YANG BESAR BERMAZHAB AL-ASY’ARI

Menurut Imam Tajuddin As-Subki, majoriti ulama’ mazhab As-Syafi’ie, Malikiyah, Hanafiyah dan Sebahagian ulama’ Hanabilah bermazhab Al-Asy’ari. Demikian diriwayatkan daripada Imam Izzuddin bin Abdil-Salam yang turut diakui oleh Imam Abu Amr ibn Hajib dan Jamaluddin Al-Husairi. (At-Tobaqot 3/365)

Fuqahak yang mempertahankan mazhab Al-Asy’ari ini iaitu:

Imam Tajuddin As-Subki, pengarang kitab Al-Saif As-Saqil
Imam Sheikhul Islam Zakaria Al-Ansori
Imam Ar-Rafi’ie As-Syafi’e
Imam Ibn ‘Abidin
Imam Ibn Hajib.
Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alawi Al-Haddad
Imam ‘Alauddin Al-Bukhari
Imam Al-Baidhowi r.a.
Imam Az-Zabidi r.a.
Imam Al-Qorofi r.a.
Mufti Makkah Sheikh Ahmad Zaini Dahlan As-Syafi’e

IMAM QIRAAT QURAN BERMAZHAB AL-ASY’ARI

Imam Al-Qari’ Ibn Jazri
Imam As-Syatibi r.a.

PEMIMPIN AGUNG BERMAZHAB AL-ASY’ARI

Sultan Salehuddin Al-Ayubi
Sultan Muhammad Al-Fateh

TINGKATAN ULAMAK BERMAZHAB AL’ASY’ARI

Peringkat Pertama Dari Kalangan Murid Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari

Abu Abdullah bin Mujahid Al-Bashri
Abu Al-hasan Al-Bahili Al-Bashri
Abu Al-Hasan Bandar bin Al-Husein Al-Syirazi As-Sufi
Abu Muhammad At-Thobari Al-‘Iraqi
Abu Bakr Al-Qaffal As-Syasyi
Abu Sahl As-So’luki An-Naisaburi
Abu Yazid Al-Maruzi
Abu Abdillah bin Khafif As-Syirazi
Abu Bakr Al-Jurjani Al-Isma’ili
Abu Al-Hasan Abdul ‘Aziz At-Thobari
Abu Al-Hasan Ali At-Thobari
Abu Ja’far As-Sulami Al-Baghdadi
Abu Abdillah Al-Asfahani
Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Zuhri
Abu Bakr Al-Bukhari Al-Audani
Abu Al-Manshur bin Hamsyad An-Naisaburi
Abu Al-Husein bin Sam’un Al-Baghdadi
Abu Abdul Rahman As-Syaruthi Al-Jurjani
Abu Ali Al-Faqih Al-Sarkhosyi

Peringkat Kedua

Abu Sa’ad bin Abi Bakr Al-Isma’ili Al-Jurjani
Abu Thayyib bin Abi Sahl As-So’luki An-Naisaburi
Abu Al-Hasan bin Daud Al-Muqri Al-Darani Ad-Dimasyqi
Al-Qodhi Abu Bakr bin At-Thoyyib bin Al-Baqillani
Abu ‘Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi (guru Imam Al-Qusyairi)
Al-Hakim Abu Abdillah bin Al-Bai’e An-Naisaburi
Abu Manshur bin Abi Bakr Al-Isma’ili
Al-Imam Abu Bakr Furak Al-Isfahani
Abu Sa’ad bin Uthman Al-Kharkusyi
Abu Umar Muhammad bin Al-Husein Al-Basthomi
Abu Al-Qasim bin Abi Amr Al-Bajli Al-Baghdadi
Abu Al-Hasan bin Maysazah Al-Isfahani
Abu Tholib bin Al-Muhtadi Al-Hasyimi
Abu Mu’ammar bin Abi Sa’ad Al-Jurjani
Abu Hazim Al-‘Abdawi An-Naisaburi
Al-Imam Abu Ishaq Al-Isfara’ini
Abu ‘Ali bin Syazan Al-Baghdadi
Abu Nu’aim Al-Hafiz Al-Isfahani
Abu Hamid Ahmad bin Muhammad Al-Istawa’ie Ad-Dalwi

Peringkat Ketiga

Abu Al-Hasan As-Sukri Al-Baghdadi
Abu Manshur Al-Ayyubi An-Naisaburi
Abu Muhammad Abdul Wahab Al-Baghdadi
Abu Al-Hasan An-Na’imi Al-Bashri
Abu Thohir bin Khurasah Ad-Dimasyqi
Al-Imam Abu Manshur An-Naisaburi
Abu Dzar Al-Haraqi Al-Hafiz
Abu Bakr Ad-Dimsyaqi (Ibn Al-Jurmi)
Abu Muhammad Al-Juwaini (ayahnda Imam Al-Haramain Al-Juwaini)
Abu Al-Qasim bin Abi Uthman Al-Hamdani
Abu Ja’far As-Samnani
Abu Hatim At-Thobari Al-Qozwini
Abu Al-Hasan Rasya bin Nazhif Al-Muqri
Abu Muhammad Al-Isfahani (Ibn Al-Laban)
Abu Al-Fath Salim bin Ayyub Al-Razi
Abu Abdillah Al-Khobazi Al-Muqri
Abu Al-Fadhl bin ‘Amrus Al-Baghdadi Al-Maliki
Imam Abu Al-Qasim Al-Isfarayini
Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi (empunya Al-Asma’ wa As-Sifat)

Peringkat Keempat

Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi
Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Qusyairi
Abu ‘Ali bin Abi Harishoh Al-Hamdani Ad-Dimasyqi
Abu Al-Muzhoffar Al-Isfara’ini
Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali As-Syirazi
Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini
Abu Al-Fath Nasr bin Ibrahim Ad-Dimasyqi
Abu Abdillah At-Thobari

Peringkat Kelima

Abu Al-Muzoffar Al-Khowafi
Al-Imam Abu Al-Hasan At-Thobari (Balika Al-Harrasi)
Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali r.a.
Al-Imam Abu Bakr Al-Syasyi
Abu Al-Qashim Al-Anshori An-Naisaburi
Al-Imam Abu Nasr bin Abi Al-Qasim Al-Qusyairi
Al-Imam Abu ‘Ali Al-Hasan bin Sulaiman Al-Isbahani
Abu Sa’id As-ad bin Abi Nashr bin Al-Fadhl Al-‘Umri
Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yahya Al-Uthmani Ad-Dibaji
Al-Qadhi Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Salamah (Ibn Al-Ratbi)
Al-Imam Abu Abdillah Al-Farawi
Imam Abu Sa’ad Isma’il bin Ahmad An-Naisaburi Al-Karmani
Imam Abu Al-Hasan Al-Sulami Ad-Dimasyqi
Imam Abu Manshur Mahmud bin Ahmad Masyazah
Abu Al-Fath Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad Al-Isfara’ini
Abu Al-Fath Nasrullah bin Muhammad Al-Mashishi

Peringkat Keenam

Al-Imam Fakhruddin Al-Razi
Imam Saifullah Al-Amidi
Sulton Al-Ulama’ Izzuddin bin Abdil Salam
Sheikh Abu ‘Amr bin Al-Hajib
Sheikhul Islam Izzuddin Al-Hushairi Al-Hanafi
Al-Khasru Syahi

Peringkat Ketujuh

Sheikh Taqiyuddin Ibn Daqiq Al-‘Idd
Sheikh ‘Ala’uddin Al-Baji
Al-Imam Al-Walid Taqiyuddin Al-Subki (murid Sheikh Abdul Ghani An-Nablusi)
Sheikh Shofiyuddin Al-Hindi
Sheikh Shadruddin bin Al-Marhal
Sheikh Zainuddin
Sheikh Shodruddin Sulaiman Abdul Hakam Al-Maliki
Sheikh Syamsuddin Al-Hariri Al-Khatib
Sheikh Jamaluddin Az-Zamlakani
Sheikh Jamaluddin bin Jumlah
Sheikh Jamaluddin bin Jamil
Qodhi Al-Quddho Syamsuddin As-Saruji Al-Hanaf
Al-Qadhi Syamsuffin bin Al-Hariri
Al-Qodhi ‘Addhuddin Al-Iji As-Syirazi
Dan lain-lain lagi.

(antara rujukan: Tabyiin Kizb Al-Muftari oleh Imam Ibn ‘Asakir, Marham Al-Ilal oleh Imam Al-Yafi’e, Tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra oleh Imam Tajuddin As-Subki, At-Tobaqot oleh Imam Al-Badr Husein Al-Ahdal dan sebagainya)

Disediakan Oleh :

Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

wallahua’lam

10/04/2022 Posted by | Informasi, Tazkirah | | Leave a comment

SAF SOLAT: TIDAK WAJIB TUMIT BERTEMU TUMIT DALAM SOLAT JEMAAH

Foto Hiasan

Akibat tak mahu ikut ulama dan kaji hadis dan keluarkan hukum sendiri – UAI.

SOALAN :

Ada pendapat mengatakan diwajibkan dalam solat berjemaah para makmum merapatkan tumit dan buku lalinya dengan orang disebelah kiri dan kanannya.

Dan ada pula pendapat yang mengatakan tidak disuruh rapatkan tumit dan buku lali dengan orang disebelah tetapi hendaklah disamakan saf dan tidak jauh antara dua bahu.

Mana satukah yang betul ustaz?

JAWAPAN :

Yang benar adalah merapatkan saf dengan tidak jauh antara dua bahu dan betulkan saf yaitu tumit seorang dengan tumit orang disebelah kiri dan kanannya sejajar tidak bengkang bengkok.

Pendapat yang mengatakan wajib rapat tumit dan buku lali dengan orang di sebelah kiri dan kanan itu tidak betul kerana tersalah memahami hadith.

Hadith yang berkenaan ialah hadith Anas bin Malik r.a. katanya :

وَكَانَ أَحَدُنَا يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ

Artinya : “Dan adalah salah seorang dari kami merapatkan dua bahunya dengan bahu temannya dan dua tumitnya dengan tumit temannya.” (Hadith Bukhari)

Dan juga hadith Nu’man bin Basyir r.a. katanya :

رَأَيْتُ الرَّجُلَ مِنَّا يُلْزِقُ كَعْبَهُ بِكَعْبِ صَاحِبِهِ

Artinya : “Aku melihat seorang lelaki dari kalangan kami merapatkan buku lalinya dengan buku lali temannya.” (Hadith Bukhari)

Jika mengikut hadith ini jadilah masing-masing terkangkang kerana membuka dua kakinya supaya bersentuh dengan kaki orang disebelah kiri dan kanannya padahal bukanlah begitu. Yang betulnya direnggangkan antara dua tapak kaki seorang itu sekadar sejengkal maka apabila semua orang menjarakkan dua kakinya sekadar sejengkal tidaklah akan rapat sama sekali tumit kaki seorang dengan seorang yang disebelahnya.

Dan menyuruh rapatkan buku lali dan tumit dengan orang di sebelah kiri dan kanan itu adalah memberatkan dan menyusahkan.

FATWA IMAM MASJID NABAWI

Berkata Imam Masjid Nabawi Syeikh Abu Zaid :

وإِلزاق الكتف بالكتف في كل قيام, تكلف ظاهر وإِلزاق الركبة بالركبة مستحيل وإِلزاق الكعب بالكعب فيه من التعذروالتكلف والمعاناة والتحفز والاشتغال به في كل ركعة ما هو بيِّن ظاهر. فهذا فَهْم الصحابي – رضي الله عنه – في التسوية: الاستقامة, وسد الخلل لا الإِلزاق وإِلصاق المناكب والكعاب. فظهر أَن المراد: الحث على سد الخلل واستقامة الصف وتعديله لا حقيقة الإِلزاق والإِلصاق

Artinya : “Merapatkan bahu dengan bahu pada setiap kali qiam adalah memberatkan yang nyata dan merapatkan lutut dengan lutut adalah mustahil dan merapatkan buku lali dengan buku lali padanya adalah hal yang susah dilakukan. Bermula maknanya yang betul ialah menggalakkan menyamakan dan memberi perhatian kepadanya pada setiap rakaat yang ialah yang jelas dan zahir.
Maka inilah faham para sahabat r.a. pada menyamakan saf yaitu membetulkan dan menutup ruang kosong bukannya merapatkan dan menyentuhkan tumit dengan tumit. Maka yang zahir yang dikehendaki ialah menggalakkan menutup kekosongan dan membetulkan saf dan menyamakannya bukan sebenar sampai bergesel dan bersentuh.” (Kitab La Jadida fi Ahkam as-Shalat)

FATWA ULAMAK TUNISIA

Berkata Syeikh Abi Abdul Rahman Qais Al-Khiari :

إلزاق الكعب بالكعب جائز إذا لم يؤذَ به الجار لكن ليس هو بمستحب في نفسه إذ ليس فيه إلا إقرار النّبيّ صلّى الله عليه وسلّم على فعله ممّن فعله دون أن يأمر به أو يكون منه ما يدلّ على استحبابه ، ولهذا لم يذكره أيّ من الفقهاء في السّنن المستحبّة بل هو على أصولهم مكروه لمن تلهّى به عن الخشوع وقد يحرم إذا كان سببا في إيذاء من بالجوار والتشويش عليه في صلاته

Artinya : “Menyentuhkan buku lali dengan buku lali harus sahaja apabila tidak menyakiti dengannya akan orang disebelahnya dan bukanlah ia perkara yang disunatkan kerana tiada padanya melainkan taqrir Nabi saw atas perbuatan seseorang yang tidaklah Nabi saw menyuruh perbuatnya dan tidak ada dalil atas disunatkannya. Kerana itulah tidak ada menyebutnya oleh seorang pun dari fuqahak pada sunat-sunat yang dianggap elok bahkan ia pada asasnya disisi mereka adalah makruh bagi orang yang lalai dengan sebabnya dari khusyuk dan terkadang haram ia apabila ia menjadi sebab bagi menyakiti orang disebelahnya dan mengganggu atasnya dalam solat.”

Dan lagi para ulamak berkata tiada hadith yang menyuruh rapatkan sampai bertemu tumit dengan tumit dan buku lali dengan buku lali.

Ada pun hadith yang disebut diatas tadi tidak boleh dijadikan dalil kerana ia bukan perbuatan Nabi saw atau perintahnya tetapi hanya dilakukan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Sekali pun lelaki itu sahabat maka perbuatannya tetap tidak boleh dijadikan dalil sandaran kerana ulamak telah menetapkan bahawa perbuatan seorang sahabat tidak boleh menjadi hujjah melainkan dikerjakan oleh semua sahabat.

Berkata Al-Amidi :

ويدل على مذهب الأكثرين أن الظاهر من الصحابي أنه إنما أورد ذلك في معرض الاحتجاج وإنما يكون ذلك حجة إن لو كان ما نقله مستندا إلى فعل الجميع لأن فعل البعض لا يكون حجة على البعض الآخر ولا على غيرهم

Artinya : “Dan menunjukkan atas mazhab kebanyakkaan ulamak bahawasanya yang zahir daripada sahabat sungguhnya yang dijadikan hujjah sandaran hanyalah jikalau apa yang dilakukan itu adalah dari perbuatan semua sahabat kerana perbuatan sebahagian sahaja tiada ada menjadi hujjah atas sebahagian yang lain dan tidak juga atas orang yang lain.” (Kitab Al-Ihkam fi Usul Al-Ahkam)

Pengertian yang sebenar dari hadith ini ialah dianjurkan sekelian yang berada dalam saf sebelum memulakan solat merapatkan saf dan membetulkan barisan saf kerana mentaati perintah Nabi saw yang telah menyuruhnya.

Siapa yang tidak merapatkan tumitnya dengan tumit kawannya dan buku lalinya dengan buku lali kawannya tidak boleh dikatakan tidak mengikut sunnah Nabi saw kerana Nabi saw tidak pernah menyuruh yang demikian itu dalam mana-mana hadith.

KESIMPULAN

Sunat merapatkan saf di dalam solat berjemaah yaitu tidak saling menjauhi antara bahu dengan bahu.

Sunat membetulkan saf yaitu sekelian tumit berkedudukan sebaris dari makmum yang kiri yang paling hujung hingga makmum yang kanan yang paling hujung .

Tidak disuruh merapatkan tumit dengan tumit dan buku lali dengan buku lali.

Pendapat yang mewajibkan rapat lutut dengan lutut dan tumit dengan tumit dan buku lali dengan buku lali orang disebelah kanan dan kiri adalah pendapat yang tidak benar dan menyusahkan dalam perlaksanaan solat.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

04/04/2022 Posted by | Fad hail Amal, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

BIDAAH HASANAH YANG DIAKUI OLEH IMAM AS-SUYUTHI

Zaman sekarang, ada orang tak tahu malu memperalatkan nama Imam As-Suyuthi, kononnya Al-Imam tidak mengakui bidaah hasanah.

BIDAAH HASANAH YANG DIAKUI OLEH IMAM AS-SUYUTHI

1. Melafazkan niat sebelum solat
(Ruj: Al-Ashbah Wan Nazair, 32)

2. Sambut majlis maulidurrasul
(Ruj: Al-Hawi Lil Fatawi, 190)

3. Membaca Al-Quran Untuk Si Mati
(Ruj: Syarh Ash-Shudur, 297)

4. Talqin Si Mati Setelah Dikebumikan
(Ruj: Al-Manzhumah As-Suyuthi)

5. Membaca Al-Quran Di Kubur Untuk Si Mati
(Ruj: Ihya’ Fadhail Ahl Bait, 53)

Author: Hafiz Al Zafa’rani (HAZA)

02/04/2022 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, wahabi | | Leave a comment