Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Mengkafir dan menyesatkan orang lain

Suka mengkafir dan menyesatkan orang lain bukan akhlak muslim. Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang kepada asas tidak mengkafirkan individu muslim yang lain melainkan terdapat bukti yang yakin tanpa syak dan tidak keuzuran lagi yang boleh diberikan kepadanya.

Sabda Nabi s.a.w: "Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sikap suka menuduh orang lain kafir atau sesat sewenang-wenangnya merupakan penyakit jiwa yang terpendam dalam dada si penuduh yang berpunca dari keegoan, sikap pantang berbeza pendapat, suka monopoli kuasa dan suka menyalahgunakan agama.

 

31 March 2013 Posted by | Aqidah, Tazkirah, Video | | Leave a comment

Perkara perkara yang sudah tidak ada pada Umat Islam pada zaman ini

 

  • Hilangnya kasih sayang dan keadilan dari pemimpin dan pemerintah

  • Hilang nya sifat berani, sifat zuhud, nasihat nasihat dan kasih sayang daripada para alim ulama.

  • Hilangnya perasaan malu dari kaum wanita.

  • Hilangnya sifat sabar daripada fakir miskin

  • Hilangnya sifat pemurah dari orang kaya. kalau pemurah pun ada udang di sebalik batu.

  • Hilangnya sifat tawadhuk dari ulama, pemimpin dan orang orang atasan.

  • Hilangnya Ilmu dari pada ahli ibadah

  • Hilangnya sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada pendakwah dan para pejuang Islam.

  • Hilangnya rasa khusyuk daripada orang yang bersembahyang.

  • Hilangnya sifat amanah daripada orang yang di beri tanggung jawab.

  • Hilangnya akhlak dan budi pekerti mulia dari ulama, pemimpin dan orang biasa.

  • Hilangnya ukhwah dan kasih sayang di antara sesama Islam

  • Hilangnya rasa takut dengan dosa dan Tuhan

  • Hilangnya tamaddun Islam

  • Hilangnya undang undang dan perlembagaan Islam

29 March 2013 Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah | | Leave a comment

Menolong Orang Zalim dan Yang Dizalimi

Hadith:

Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi”, berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” jawab baginda, “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya”.

Huraian Hadith:

  1. Orang Islam wajib menolong saudaranya yang dizalimi.
  2. Orang Islam wajib menahan dan mencegah saudara seagamanya daripada melakukan kezaliman. Inilah yang dimaksudkan dengan menolong saudara yang zalim, kerana dengan menghalangnya daripada kezaliman bererti kita telah menyelamatkan daripada dosa dan azab.
  3. Islam ialah agama yang menentang kezaliman dalam apa-apa bentuk sekalipun sama ada berpunca daripada orang-orang Islam sendiri atau daripada yang bukan Islam.

[Riwayat: Bukhari]

 

[Sumber: JAKIM]

28 March 2013 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Kewajiban mengeratkan Silaturahim Sesama Muslim

Hadith:

Daripada Abdullah ‘Amru bin al-‘As R.huma katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda secara terang-terangan bukan rahsia, “Sesungguhnya kaum keluarga abi fulan (keluarga Abu Talib atau Abu al-‘As bin Umayyah) tidak menjadi kekasih ku, tetapi yang menjadi kekasih ku ialah Allah dan orang-orang mukmin yang soleh. Walau bagaimanapun bagi mereka ada hubungan silaturahim nescaya aku akan menyirami dengan airnya (aku menghubungkan silaturahim)”.

Huraian Hadith:

  1. Rasulullah SAW sentiasa mengambil berat mengenai hubungan kekeluargaan.
  2. Hubungan silaturahim hendaklah direstui dan diberi sokongan sepenuhnya.
  3. Silaturahim tidak hanya terbatas kepada golongan yang beriman dengan Allah sahaja tetapi boleh diperluaskan kepada golongan-golongan yang lain.
  4. Islam meletakkan hubungan silaturahim di puncak untuk mewujudkan perpaduan di kalangan manusia.
  5. Tidak ada ikatan kasih sayang sebagai pelindung antara Muslim dengan kafir, walaupun harus menghubungkan silaturahim antara keluarga yang tidak memerangi Islam. Ikatan kasih sayang sebagai pelindung hanya buat sesama Muslim.

    [Riwayat: Bukhari dan Muslim, lafaz bagi Bukhari ]

     

[Sumber: JAKIM – Petikan Kitab Riyadhus Salihin]

27 March 2013 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Mengenai Zikir Menari

Tarian Sufi Harus

Zikir Menari


SOALAN :
Selesai satu ceramah di masjid kami dalam isu zikrullah, ada seorang bertanya penceramah. Bolehkah majlis zikrullah dilakukan dalam keadaan berdiri dan menari-nari macam berkhayal-khayalan seperti yang pernah dilakukan oleh sesetengah golongan tarekat sufi. Penceramah tersebut secara spontan menjawab : “Rasa saya itu adalah haram. Mana boleh zikrullah yang begitu murni dicampurkan dengan tarian. Tarian itu haram.” Kami jadi keliru. Minta pandangan Dato’. Terima kasih. ; Jemaah Ragu, Sepang.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

JAWAPAN OLEH DATO’ DR HARON DIN :

Jawapan itu bergantung kepadaa pengetahuan yang ada pada penjawabnya.Kadang-kadang ada yang mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.’” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-A’llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.

Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.

Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.

Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28).

Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.

Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

[Oleh: Prof Datuk Dr Haron Din – Artikel ni diambil daripada Harakah Bil.1463 | 19-22 Syaaban 1430 | 10-13 Ogos 2009 | Sisipan Fikrah di Kolum “Bersama Dato’ dr Harun Din”]

Siapakah ulamak yang membolehkan menggerak-gerakkan badan ketika berzikir ?

Jawapan :

Di dalam kitab Al Mausu’ah al Yusufiyyah fi Bayan Adillah Ash Shufiyyah, Syeikh Yusuf Khathor Muhammad menyenaraikan dalil-dalil daripada al Quran , hadith dan perkataan ulama tentang bolehnya menggerak-gerakkan badan ketika berzikir.

Antara ulama yang membolehkannya ialah

al Imam as Sayyid al Kabir Ahmad Ar Rifa’i,

al Hafiz Ibn Hajar al Asqolani,

al Imam Khair adDin ar Ramli,

Imam Al Hafiz Jalaluddin As Sayuthi,

Al Allamah Muhammad as Safarini al Hambali,

Al Imam as Sayyid Abu Madyan,

al Imam Asy Syaikh As Sanusi,

al Imam al Allamah al Kattani,

al Imam Ibn Layyun at Tajibi,

al Imam Ibn Abidin,

Syaikh Abd al Ghani an balusi

dan Syaikh Muhammad Sai’d al Burhani

[Lihat al Mausu’ah al Yusufiyyah fi Bayan Adillah Ash Shufiyyah, ms 178-192]

Ustaz Muhadir bin Haji Joll, Majalah Q & A Bil 20, Galeri ilmu Sdn Bhd.

***

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.’” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus dita’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari-menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a.

Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan.

Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka.

Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

Inilah yang disebut di dalam Al-Quran (mafhumnya): “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Rad, ayat 28).

Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah.

Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum fekah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Makna dibalik menggerakkan anggota badan

Lazim kita melihat dalam berbagai kesempatan baik dalam tahlil, wirid, ataupun acara lain orang-orang menggeleng-gelengkan kepala ketika berdzikir. Ternyata setelah dipertanyakan asal-usul gerakan tersebut, jarang sekali yang dapat menerangkan. Jangan-jangan hal itu merupakan pengaruh tradisi Yahudi?

Atau memang murni ajaran Rasulullah SAW. mengingat belum ditemukan hadits yang menerangkan hal itu. Hanya saja sebagian masyarakat mengakui bahwa gerakan itu mempermudah konsentrasi dalam berdzikir. Tentunya hal ini sangat bernilai positif. Akan tetapi bila dipertanyakan apakah gerakan itu sunnah, atau makruh atau apapun hukumnya?  maka hal yang positif tidak selamanya sejalan dengan hukum syariat.

Namun demikian, guna mendapatkan informasi mengenai hukum menggeleng-gelengkan kepala dalam berdzikir, patut kiranya menelusuri terlebih dahulu apa itu dzikir.

Dalam al-Baqarah 152 Allah memerintahkan kepada makhluqnya untuk senantiasa mengingat-Nya.

فاذكرونى اذكركم…

“Ingatlah kepada-Ku niscaya Aku ingat kepadamu”

artinya dzikir adalah sebuah tindakan yang bertujuan untuk mengingat Allah swt sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa. Dalam konteks “ingat kepada Allah” ini umat Islam tidak pernah lepas dari tiga hal: doa, wirid dan zikir. Doa adalah permintaan atau permohonan sesuatu kepada Allah untuk mendapatkan kebaikan di dunia dan di akhirat. Wirid merupakan bacaan tertentu untuk mendapatkan ‘aliran’ berkah dari Allah. Sedangkan zikir adalah segala gerak-gerik dan aktivitas yang berobsesi pada kedekatan atau taqarrub kepada Allah. Me-lafadz-kan atau melafalkan kata-kata tertentu yang mengandung unsur ingat kepada Allah, juga termasuk zikir. Zikir sangat penting karena dalam pandangan kesufian ia merupakan langkah pertama cinta kepada Allah.

Ada dua macam zikir atau ingat kepada Allah: pertama, dzikr bil-lisan, yaitu mengucapkan sejumlah lafaz yang dapat menggerakkan hati untuk mengingat Allah. Zikir dengan pola ini dapat dilakukan pada saat-saat tertentu dan tempat tertentu pula. Misalnya, berzikir di mesjid sehabis salat wajib. Kedua, dzikr bil-qalb, yaitu keterjagaan hati untuk selalu mengingat Allah. Zikir ini dapat dilakukan di mana saja dan kapan saja, tidak ada batasan ruang dan waktu. Pelaku sufi lebih mengistimewakan dzikr bil-qalb ini karena implikasinya yang hakiki. Meskipun demikian, sang dzakir (seseorang yang berzikir) dapat mencapai kesempurnaan apabila ia mampu berzikir dengan lisan sekaligus dengan hatinya.

Dengan demikian, orientasi zikir adalah pada penataan hati atau qalb. Qalb memegang peranan penting dalam kehidupan manusia karena baik dan buruknya aktivitas manusia sangat bergantung kepada kondisi qalb.

Oleh karena itulah semulia-mulia makhluq adalah mereka yang senantiasa berdzikir mengingat Sang Pencipta. Dalam Ali Imran 191 diterangkan bahwa:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Ayat di atas juga dapat digunakan sebagai petunjuk bahwasannya berdzikir kepada Allah swt sangat dianjurkan dalam berbagai kesempatan dan kondisi. Tidak hanya ketika khusyu’ berdiam diri (tuma’ninah) tetapi juga ketika beraktifitas, qiyaman wa qu’udan baik berdiri maupun duduk, bahkan juga ketika berbaring wa a’la junubihim. Apalagi hanya sekedar menggeleng-gelengkan kepala, selagi hal itu memiliki pengaruh yang positif maka hukumnya boleh-boleh saja. bahkan disunnahkan. Hal inilah yang diinformasikan oleh kitab Fatawal Khalili ala Madzhabil Imamis Syafi’i:

… علمت أن الحركة فى الذكر والقرأة ليست محرمة ولا مكروهة بل هي مطلوبة فى جملة أحوال الذاكرين من قيام وقعود وجنوب وحركة وسكون وسفر وحضر وغني وفقر …

… saya jadi mengerti bahwasannya menggerakkan (anggauta badan) ketika berdzikir maupun membaca (al-qur’an)  bukanlah sesuatu yang haram ataupun makruh. Akan tetapi sangat dianjurkan dalam semua kondisi baik ketika berdiri, duduk, berbaring, bergerak, diam, dalam perjalanan, di rumah, ketika kaya, ataupun ketika faqir…

Dengan demikian teringat kita dengan tarian sufi yang dinisbatkan kepada Jalaluddin Rumi. Bagaimana dzikir juga diapresiasikan dalam seni tari.

26 March 2013 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tasauf | , , , | Leave a comment

Jangan Mendedahkan Aib Orang lain

Hadith:

Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”.

Huraian Hadith:

  1. Setiap orang Islam adalah bersaudara antara satu dengan yang lain.
  2. Setiap orang Islam berkewajipan menolong saudara seagamanya yang ditimpa kesusahan.
  3. Seorang Islam tidak boleh mendedahkan keburukan saudaranya kepada orang lain bahkan dia wajib merahsiakannya.
  4. Islam ialah agama yang mengutamakan persaudaraan, tolong-menolong dan lindung-melindungi daripada kemungkaran.
  5. Islam memelihara hak masyarakat dan menyeru umatnya merealisasikan jaminan sosial dalam semua bentuk kehidupan bermasyarakat sama ada kebendaan atau rohani.

[Riwayat: Bukhari dan Muslim]

[Sumber: JAKIM ]

26 March 2013 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Haram Mengkhianati Sesama Islam

Hadith:

Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.”

Huraian Hadith:

  1. Haram bagi orang Islam mengkhianati dan mendustakan orang Islam yang lain.
  2. Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah dan harta benda orang Islam yang lain.
  3. Haram menumpahkan darah Islam sesama.
  4. Menghina seorang muslim adalah dosa besar kerana muslim ada penghormatannya di sisi Allah SWT.
  5. Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah sifat yang tersemat dihati sanubari, jika suatu perbuatan atau perkataan didorong oleh sifat itu maka perbuatan dan perkataan itu adalah dalil taqwa yang tersemat dalam hati, tetapi kadang-kadang perbuatan atau perkataan itu didorong oleh faktor luaran seperti riya’ dan ‘ujub.                        [Riwayat: at-Tirmizi, katanya hadis hasan]

[Sumber : JAKIM – Rujukan Kitab Riyadhus Salihin]

26 March 2013 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Biar miskin Harta jangan miskin Iman

SOALAN:
Saya menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan. Selain persaingan mendapat kontrak, ada permintaan tertentu dalam bentuk entertainment.Yang menjadi masalah, adakalanya bentuk keraian itu melibatkan minum arak dan juga melanggan gadis pelayan pelanggan. Apa hukumnya walaupun saya selalu cuba mengelak daripada terlibat dalam hal sebegini?

JAWAPAN:

Islam sangat menitikberatkan umatnya supaya berusaha dengan gigih dalam aktiviti pencarian rezeki. Jika ditinjau daripada skop keusahawanan, setiap tindakan dan usaha yang dilakukan oleh setiap pengusaha adalah terikat dengan konsep yang diistilahkan sebagai ibadah.

Oleh kerana ia dinilai sebagai ibadah, sudah tentulah ia perlu dilakukan secara ikhlas dan jujur berasaskan kepada ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Di samping itu juga, setiap aktiviti dan amalan yang terangkum dalam skop keusahawanan tersebut perlu terikat sepenuhnya kepada tata cara muamalah Islam.

Bertitik-tolak daripada pengertian tersebut, Islam menuntut setiap manusia berusaha mengolah segala sumber yang dianugerahkan untuk memenuhi keperluan mereka dengan cara yang halal dan bersih daripada unsur-unsur kekejian yang menyalahi prinsip syarak.

Keperluan mematuhi perkara tersebut adalah sebahagian daripada perkara asas sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah.

Melalui persoalan yang saudara kemukakan jelas bahawa dalam proses pencarian rezeki ada keterlibatan dalam aktiviti yang tidak diredai dalam syariah islamiah.

Pertamanya, dalam sudut akhlak ia sangat bertentangan dengan moral dan norma Islam. Orang Islam ditegah menghadiri acara yang secara terang-terang bertentangan dengan Islam, minum arak, orang Islam ditegah, apatah lagi menganjurkan.

Sedangkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW telah menegah dengan tegas bahawa arak adalah ibu kepada segala punca masalah. Malahan baginda mengkategorikan penanam anggur (tujuan menghasilkan arak), pemetiknya, pemerahnya sehinggalah kepada penghidangnya, kesemua mereka termasuk dalam golongan yang melakukan dosa besar.

Walaupun aktiviti entertainment yang saudara terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung, saudara tetap dilihat orang yang bersubahat. Biar apa pun maksud saudara ia tetap haram.

Selain arak, disediakan pula layanan dari wanita-wanita seksi sebagai penghibur. Maka sempurnalah maksiat ke peringkat yang maksimum. Apabila ada arak dan wanita sebagai pelaris dan pelincir tiada lain yang diundang melainkan kemurkaan Allah SWT. Perkara ini lebih kepada rasuah arak dan seks.

Ini bukan kali pertama saya ditanya mengenai hal sebegini, malahan saya pernah ditanya sebelum ini mengenai soalan yang hampir sama. Nampaknya, memang sudah kian lama wujud sikap sebegini dalam kalangan peniaga atau usahawan dalam melobi projek yang diinginkan.

Mungkin ini berlaku kerana dua punca. Pertama, kerana ada pihak yang memberi dan ada pihak yang menerima. Kedua-duanya tetap berdosa dan perbuatan mereka adalah haram.

Yang pastinya, peniaga kerap kehilangan projek, walaupun telah melabur dalam pelbagai aktiviti melobi. Yang untung pihak yang meluluskan atau memberi kata putus kepada projek tersebut.

Kalau ada 10 orang yang melobi belum tentu semua dapat. Jadi yang kenyang adalah pihak yang diraikan dalam aktiviti-aktiviti haram.

Rezeki yang tidak berkat

Jelasnya, rezeki yang diperolehi melalui aktiviti yang sebegini pastinya tidak diberkati Allah SWT.

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah: Adakah kamu lihat apa yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi: Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?(Yunus: 59)

Mengulas ayat di atas, Ibn Kathir memberi pandangannya bahawa Allah SWT mencela golongan yang dianugerahkan dengan rezeki-Nya tetapi sebahagian daripada rezeki tersebut dinyatakan haram dan sebahagian daripada yang lain ditafsirkan halal menurut keperluannya sendiri.

Hakikatnya, manusia tersebut hanya menurut kehendak hawa nafsu dan akal fikiran semata-mata tanpa bersandarkan tafsiran agama.

Oleh yang demikian, manusia bertindak mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. Bagi mereka ini, azab seksaan yang pedih pada hari akhirat.

Islam memuji penganutnya yang berusaha melibatkan diri dalam sektor keusahawanan ataupun perdagangan. Namun begitu, usaha mencari keuntungan melalui jalan tersebut perlulah melalui saluran yang halal dan diberkati oleh Allah SWT.

Justeru, individu usahawan yang berusaha secara tekun melalui jalan yang dihalalkan oleh syarak sudah pasti akan diredai oleh Allah. Sekali gus mendapat pengiktirafan tinggi oleh agama sebagai usahawan yang berjaya.

Atas kemuliaan prinsip tersebut, muamalah Islam memberi peringatan kepada para pengusaha supaya tidak terlibat dalam perkara-perkara yang mengandungi unsur-unsur seperti riba, menipu, memanipulasi harga, rasuah dan sebagainya.

Realitinya, tindakan-tindakan yang dinyatakan tadi bertentangan dengan kepentingan maqasid al-syariah iaitu bertunjangkan prinsip keadilan, menjauhi unsur-unsur kezaliman dan juga kepentingan memelihara harta.

Ingat Rasulullah SAW berpesan bahawa para peniaga akan dibangkit dalam keadaan untung mahupun rugi, sabda baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya para pedagang akan dibangkitkan kelak pada hari kiamat sebagai orang yang curang, kecuali orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebajikan dan jujur. (al-Tirmidzi)

Tidak ada makna saudara beroleh satu projek dengan menggadaikan iman dan takwa, lebih-lebih lagi Islam tergadai di dalam aktiviti entertainment melobi. Biar kita miskin harta, jangan miskin iman.

Saya ingat pesan isteri kepada suaminya sebelum keluar mencari rezeki, katanya: “Ingatlah wahai suamiku, sesungguhnya kami sanggup menanggung keperitan kemiskinan, tapi kami tidak sanggup menanggung seksa api neraka”.

Doa saya agar Allah SWT memberi saudara kekuatan menghadapi dunia perniagaan dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

[Sumber: JAKIM]

26 March 2013 Posted by | Muamalat (Harta), Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Benarkah harus menunjukkan gambar tidak bertudung kepada lelaki?

Soalan; salam,,,ustaz apa hukum seorang perempuan berchating secara webcam tidak menutup kepala dan tidak menampakkan auratnya yang lain kecuali rambut sahaja. saya ada mendengar hukum menunjukkan gambar tidak menutup kepala kepada orang lelaki tidak dikira berdosa kecuali mendatangkan syahwat.. saya ingin mendapatkan kepastian sebab saya adlah pelajar jurusan pengajian Islam.

Jawapan;

Terdapat larangan yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah ke atas wanita beriman agar menutup aurat iaitu seluruh badan kecuali muka dan dua tangan sahaja yang harus didedahkan. Lihat surah an-Nur, ayat 31. Antara yang disuruh Allah agar ditutup ialah bahagian kepala. Firman Allah (bermaksud); "Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita mukmin) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga menutupi belahan leher baju mereka" (Surah an-Nur, ayat 31). Menurut ulamak tafsir; ayat ini bermaksud supaya wanita-wanita beriman menutup kepala mereka, leher serta dada mereka dengan kain-kain tudung (Lihat; Tafsir al-Jalalain).

Diriwayatkan dari Aisyah -radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Asmak binti Abu Bakar suatu hari telah masuk bertemu Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- dengan memakai pakaian yang nipis, lantas baginda berpaling dari melihatnya sambil bersabda; "Wahai Asmak, sesungguhnya seorang wanita apabila telah kedatangan haid (yakni sampai umur), tidak harus dilihat badannya melainkan ini dan ini sahaja" sambil baginda menunjuk ke muka dan dua tangannya" (HR Imam Abu Daud dari Aisyah).

Maksud dari arahan menutup aurat ialah tidak mendedahkannya untuk tontonan orang lain yang tidak diizinkan Allah melihatnya, iaitulah lelaki-lelaki yang bukan mahram. Apabila seorang wanita mengambil gambar dirinya ketika ia tidak menutup aurat, kemudian ia menunjukkan gambar itu kepada lelaki yang bukan mahramnya, apakah itu tidak dinamakan mendedahkan auratnya kepada orang yang tidak diizin Allah. Jawapannya tidak lain adalah "Ya". Jadi tidak syak lagi bahawa perbuatan tersebut adalah dilarang. Kewajipan wanita Islam menutup aurat bukan atas alasan timbul syahwat orang atau tidak (jika ia mendedah aurat), tetapi kerana menyahut arahan Allah dalam al-Quran dan hadis tadi. Menjaga dari timbulnya syahwat hanyalah hikmah dari arahan menutup aurat, bukan illah (sebab) kepada menutup aurat kerana illahnya ialah arahan Allah. Contoh lain; sekalipun tiada kebimbangan berlaku zina, haram seorang wanita berduaan dengan lelaki yang bukan mahramnya kerana berduaan itu dilarang oleh Nabi. Tidak harus seorang wanita berkata; "Tidak mengapa saya berduaan dengannya kerana saya yakin dapat menjaga diri dari zina".

Selain arahan supaya menutup aurat, terdapat juga arahan supaya menjaga pandangan mata. Firman Allah (bermaksud); "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki-lelaki mukmin; hendaklah mereka menahan pandangan-pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 30). "Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman; hendaklah mereka menjaga pandangan mata mereka" (Surah an-Nur, ayat 31).  Sabda Nabi (bermaksud); "Apabila seorang lelaki muslim menahan pandangannya tatkala terlihat wanita cantik, Allah akan gantikan untuknya (bagi mujahadahnya menahan pandangan itu) dengan kemanisan beribadah" (HR Imam Ahmad dari Abi Umamah). Persoalan; apabila seorang lelaki melihat gambar wanita yang tidak menutup aurat (seperti mendedahkan rambutnya), apakah ia dianggap menjaga pandangannya? Jawapannya sudah tentu "Tidak". Oleh demikian, anggapan bahawa gambar dikecualikan dari ayat yang menyuruh menutup aurat dan ayat yang menyuruh menjaga pandangan, anggapan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Ia bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ayat, malah membuka jalan kepada perbuatan dosa yang lebih besar lagi iaitu melihat gambar lucah dan menonton video lucah dengan alasan ia bukan sebenar tetapi hanya foto atau rakaman. Dalam kaedah (prinsip) Fiqh ada dinyatakan "Ma Adda Ila al-Haram Fahuwa Haramun" (Sesuatu yang mendorong kepada yang haram, ia turut diharamkan".

Wallahu a’lam. 

Sumber:  USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL [http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/06/benarkah-harus-menunjukkan-gambar-tidak.html]

25 March 2013 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | 2 Comments

Cara menguruskan najis

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Saya menjaga ibu mertua yang berusia 90 tahun. Ibu mertua saya masih boleh berjalan walau agak payah. Olehitu, beliau enggan memakai lampin pakai buang. Kerana faktor usia beliau kadang kala tidak dapat menahan najis (kecil dan besar) dari tercicir di aas lantai. Soalan saya ialah, bagaimanakah cara menguruskan najis yang tercicir atas lantai rumah? Adakah memadai dengan sayang membuang ain najis tersebut kemudian saya  mopkan kawasan yang terkena najis dengan air sebanyak 2 kali bilas? Perlukan saya mengalirkan air sebanyak 2 kolah untuk membersihkan najis tersebut? Jika saya berbuat begitu, dikhuatiri bekas najis tersebut akan merebak ke bahagian lain. Selepas dicuci, bolehkan kita bersolat ditempat yang pernah terkena najis? Bagaimana pula dengan pakaian mertua saya? Bolehkah saya membuang najis dengan membilas pakain tersebut dengan air mengalir kemudian membasuhnya bersama pakaian lain di dalam mesin basuh? Bolehkah pakaian yang dibasuh bersama pakaian mertua saya dibawa bersolat? Saya amat berharap agar Ustaz dapat menjawab soalan saya ini untuk menghilangkan rasa was was sambil berusaha menjaga mertua dengan sebaik mungkin.

Jawapan;

1. Buang ‘ain najis terlebih dahulu, kemudian alirkan air ke atas tempat/kawasan yang dikenai najis dan lapkan. Lakukan sehingga hilang kesan najis. Jika perlu menggunakan sabun untuk menanggalkan najis, gunakanlah. Bilangan basuhan tidak disyaratkan. Yang disyaratkan ialah hilang kesan najis iaitu bau, warna dan sebagainya. Jika dengan sekali basuhan kesan najis telah hilang, tidak perlu lagi diulangi basuhan. Begitu juga, tidak disyaratkan kuantiti air mesti air dua kolah. Hanya disyaratkan air mutlak dengan kadar yang mencukupi untuk menghilangkan najis. Jika dengan air yang sedikit (yakni kurang dua kolah) sudah dapat menghilangkan kesan najis tadi, sudah memadai basuhan itu. Malah berlebihan menggunakan air tanpa perlu, hukumnya makruh kerana membazir.

2. Pakaian yang dikenai najis; tidak harus dibasuh dengan merendamkannya ke dalam tank (bekas) mesin basuh kerana ia akan menajisi air di dalam tank tersebut. Dari segi hukum, air yang kurang dari dua kolah jika dimasuki/dijatuhi najis otamatik air itu menjadi mutanajjis (yakni air yang bercampur najis) walaupun tidak nampak kesan najis pada air itu dan tidak harus digunakan lagi air itu untuk bersuci. Jika diputarkan pakaian bernajis di dalam tank mesin basuh, basuhan itu tidak dikira melainkan setelah dibilas kemudiannya dengan air bersih (mutlak) barulah dianggap suci pakaian tersebut dengan syarat tidak ada lagi kesan najis pada pakaian tersebut (warna, bau dan sebagainya).

Adapun membasuh pakaian yang kotor/cemar tetapi tidak najis (seperti pakaian yang berpeluh,terkena kuah makanan, tanah dan sebagainya) tidak mengapa merendamnya ke dalam tank mesin basuh dan memutarkannya kerana bahan-bahan kotor/cemar itu tidak akan menajisi air (kerana ia bukan najis). Tujuan basuhan tersebut bukan untuk menghilangkan najis, tetapi hanya untuk menghilangkan kesan cemar pada pakaian, kerana itu tidak dikenakan syarat sebagaimana basuhan najis. Oleh itu, sebaiknya pakaian yang bernajis tidak dicampurkan dengan pakaian yang tidak bernajis di dalam satu tank mesin basuh. Jika ingin dicampurkan,hendaklah dipastikan semua pakaian dibilas (yakni dialirkan air ke atasnya) setelah diputarkan dalam mesin basuh (termasuk pakaian yang tidak bernajis juga perlu dibilas).

3. Pakaian bernajis yang telah dibasuh dengan sempurna hingga hilang kesan-kesan najis darinya, ia kembali kepada hukum asalnya (iaitu suci/bersih) dan harus dipakai ketika solat. Tidak perlu lagi ada perasaan was-was apabila basuhan telah sempurna dan kesan najis tidak ada lagi.

Wallahu a’lam.

 

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL [http://ilmudanulamak.blogspot.com/2012/09/cara-menguruskan-najis.html]

25 March 2013 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Fidyah puasa wanita yang menyusu dan hamil

Soalan; Assalammualaikum..Saya ada beberapa soalan mengenai puasa..

1) 2 tahun lepas 2010 saya tidak puasa kerana melahirkan bayi. Lebih kurang seminggu sebelum akhir Ramadhan saya telah boleh puasa. Maka saya berpuasa. – masih meyusukan anak. selepas itu anak saya kembung perut. Jadi 1 hari sahaja saya puasa. Selepas 6 bulan. Tidak menyusukan bayi lagi saya menggantikan puasa selama 29 hari. Habis ganti sebelum Ramadan berikutnya. Pada masa itu saya tidak tahu kalau tinggal kan puasa sebab meyusukan bayi dan hamil kena bayar fidyah. Bagaimana saya mahu kira semula fidyah untuk 2 tahun lepas kerana saya tidak pasti tarikh sebenar saya boleh puasa..

2) Pada puasa tahun 2012 ini saya hamil 3 bulan. saya berpuasa cuma 1 hari sehingga pukul 5 petang saya tidak tahan lapar rasa nak pengsan. maka saya berbuka. Ini perlu fidyah juga?

Terima kasih..

Jawapan;

1. Fidyah yang dikenakan ke atas wanita menyusu tidak berganda dengan bergandanya tahun. Jadi, puan hanya perlu membayar fidyah untuk hari-hari yang puan terpaksa berbuka kerana maslahah anak yang disusui. Contohnya; jika puan tidak berpuasa 6 hari kerana maslahah anak yang disusui itu, maka fidyah yang diwajibkan 6 fidyah sahaja. Ia menjadi tanggungan seumur hidup (mesti dikeluarkan sebelum mati) dan tiada gandaan dikenakan jika menangguhnya, cuma yang terbaik ialah segera mengeluarkannya.

2. Jika puan berbuka kerana maslahah puan (bukan maslahah anak dalam kandungan) iaitu puan sendiri yang merasakan tidak mampu berpuasa (bukan berbuka kerana bimbangkan anak dakam kandungan), tidak dikenakan fidyah ke atas puan. Puan hanya wajib mengqadha sahaja puasa yang dibuka itu.

Wallahu a’lam.

 

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL [http://ilmudanulamak.blogspot.com/2012/09/fidyah-wanita-yang-menyusu-dan-hamil.html]

25 March 2013 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , , | 2 Comments

Hukum aqiqah dengan lembu

Soalan; Adakah harus saya melakukan aqidah untuk anak saya dengan lembu?

Jawapan;

Asal binatang untuk aqiqah ialah kambing sebagaimana hadis riwayat Ummu Kurzin yang menceritakan; “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (berkenaan Aqiqah);

عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاْةٌ

“Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak perempuan seekor kambing”. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini soheh. Al-Jami’ as-Saghier, no. 5623. Diriwayatkan juga oleh Imam at-Tirmizi, namun dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut at-Tirmizi, ia adalah soheh)

Begitu juga, hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan;

أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وسَلَّمَ عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشاً كَبْشاً

“Rasulullah melakukan aqiqah bagi Hasan dan Husin dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)”. (Riwayat Imam Abu Daud)

Menurut mazhab Syafi’ie, harus aqiqah dengan unta, kerbau dan lembu, iaitu binatang-binatang yang harus dibuat korban. Sepertujuh (1/7) bahagian unta, kerbau atau lembu menyamai seekor kambing. Jadi seekor unta, kerbau atau lembu boleh dikongsi tujuh bayi untuk aqiqah. Dan harus juga orang yang melakukan aqiqah berkongsi dengan orang yang tidak berniat melakukan aqiqah seperti ia mengingini 1/7 atau 2/7 dari bahagian unta/lembu itu untuk aqiqah dan adapun bahagian selebihnya diingini oleh orang lain untuk dagingnya sahaja. Hukum ini sama sebagaimana dalam Korban.

Selain ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie, sahabat nabi Anas bin Malik r.a. dan Imam Malik juga mengharuskan aqiqah dengan unta, kerbau dan lembu. Namun Imam Ibnu al-Munzir menaqalkan pandangan dari Hafsah binti Abdurrahman bin Abu Bakr yang berkata; tidak harus aqiqah melainkan dengan kambing.

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Al-Fiqhul-Manhaji, jil. 3, hlm. 56.

2. Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 321 dan 339-340.

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZI [http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/12/aqiqah-dengan-lembu.html]

25 March 2013 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Melakukan Aqiqah dengan dua ekor kambing di hari yang berbeza

Soalan; Assalamualaikum, Akikah utk Baby lelaki. Boleh tak majlis akikah buat 2 Kali; Majlis akikah yg pertama seekor kambing, Majlis akikah yg ke 2 (Hari yg berbeza) seekor lagi kambing …Atau 1 bahagian lembu. Terima kasih

Jawapan;Aqiqah untuk anak lelaki disunatkan dua ekor kambing sebagaimana dalam hadis; “Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak perempuan seekor kambing” (HR Imam Abu Daud dari Ummu Kurzi al-Ka’biyah RA. Sunan Abu Daud, 2834). Menurut ulamak mazhab Syafiie; harus dilakukan juga dengan dua tumpuk lembu. (lihat jawapan sebelum ini; Hukum Aqiqah dengan lembu).

Sebaik-baiknya dua ekor kambing (atau dua tompok) itu dilakukan bersama kerana dapat segera terhasil pahala beraqiqah dengan dua ekor kambing sebagaimana yang disunatkan oleh Nabi SAW bagi anak lelaki tadi. Namun jika hendak dilakukan seekor dulu, tidaklah dilarang kerana menurut ulamak; sekalipun aqiqah untuk anak lelaki digalakkan dua ekor kambing, namun jika dilakukan seekor sahaja ia adalah sah dan terhasil pahala aqiqah. Nabi SAW sendiri walaupun menggalakkan dua ekor, tetapi baginda hanya melakukan seekor sahaja untuk cucunya. Ibnu ‘Abbas RA menceritakan; “Rasulullah SAW melakukan aqiqah bagi Hasan RA dan Husain RA dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)” (HR Imam Abu Daud. Sunan Abu Daud, 2841).

Apabila telah dilakukan seekor, kemudian dilakukan lagi seekor maka yang kedua dianggap penyempurnaan bagi aqiqah yang pertama, namun pahalanya tidak sama dengan yang pertama kerana ibadah aqiqah -apabila telah tiba waktunya- lagi segera/cepat dilaksanakan, lagi baik.

Masa terbaik melakukan Aqiqah ialah pada hari yang ke tujuh bayi dilahirkan (hari lahir dihitung sebagai hari pertama jika dilahirkan siang hari). Saidatina ‘Aisyah RA menceritakn; “Nabi SAW melakukan aqiqah untuk Hasan dan Husin pada hari ketujuh, baginda memberi nama kepada mereka berdua dan baginda menyuruh supaya dibuang kekotoran dari kepala mereka berdua (yakni dicukur rambut mereka)” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim dengan sanad yang baik menurut Imam Nawawi. Lihat; al-Majmu’, jil. 8, hlm. 320).

Menurut ulamak; Jika tidak dapat dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh. Jika setelah sampai umur baligh masih belum lagi diaqiqahkan, maka gugur sunat tersebut dari wali/penjaga dan ketika itu diberi pilihan kepada bayi untuk melakukan aqiqah bagi dirinya (apabila ia dewasa). (Kifayatul-Akhyar, hlm. 534).

Wallahu a’lam.

 

Sumber:  USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL [http://ilmudanulamak.blogspot.com/search/label/Ibadah]

25 March 2013 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Melakukan Aqiqah dengan dua ekor kambing

Soalan; Assalamualaikum, Akikah utk Baby lelaki. Boleh tak majlis akikah buat 2 Kali; Majlis akikah yg pertama seekor kambing, Majlis akikah yg ke 2 (Hari yg berbeza) seekor lagi kambing …Atau 1 bahagian lembu. Terima kasih
Jawapan;

Aqiqah untuk anak lelaki disunatkan dua ekor kambing sebagaimana dalam hadis; “Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak perempuan seekor kambing” (HR Imam Abu Daud dari Ummu Kurzi al-Ka’biyah RA. Sunan Abu Daud, 2834). Menurut ulamak mazhab Syafiie; harus dilakukan juga dengan dua tumpuk lembu. (lihat jawapan sebelum ini; Hukum Aqiqah dengan lembu).

Sebaik-baiknya dua ekor kambing (atau dua tompok) itu dilakukan bersama kerana dapat segera terhasil pahala beraqiqah dengan dua ekor kambing sebagaimana yang disunatkan oleh Nabi SAW bagi anak lelaki tadi. Namun jika hendak dilakukan seekor dulu, tidaklah dilarang kerana menurut ulamak; sekalipun aqiqah untuk anak lelaki digalakkan dua ekor kambing, namun jika dilakukan seekor sahaja ia adalah sah dan terhasil pahala aqiqah. Nabi SAW sendiri walaupun menggalakkan dua ekor, tetapi baginda hanya melakukan seekor sahaja untuk cucunya. Ibnu ‘Abbas RA menceritakan; “Rasulullah SAW melakukan aqiqah bagi Hasan RA dan Husain RA dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)” (HR Imam Abu Daud. Sunan Abu Daud, 2841).
Apabila telah dilakukan seekor, kemudian dilakukan lagi seekor maka yang kedua dianggap penyempurnaan bagi aqiqah yang pertama, namun pahalanya tidak sama dengan yang pertama kerana ibadah aqiqah -apabila telah tiba waktunya- lagi segera/cepat dilaksanakan, lagi baik.
Masa terbaik melakukan Aqiqah ialah pada hari yang ke tujuh bayi dilahirkan (hari lahir dihitung sebagai hari pertama jika dilahirkan siang hari). Saidatina ‘Aisyah RA menceritakn; “Nabi SAW melakukan aqiqah untuk Hasan dan Husin pada hari ketujuh, baginda memberi nama kepada mereka berdua dan baginda menyuruh supaya dibuang kekotoran dari kepala mereka berdua (yakni dicukur rambut mereka)” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim dengan sanad yang baik menurut Imam Nawawi. Lihat; al-Majmu’, jil. 8, hlm. 320).
Menurut ulamak; Jika tidak dapat dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh. Jika setelah sampai umur baligh masih belum lagi diaqiqahkan, maka gugur sunat tersebut dari wali/penjaga dan ketika itu diberi pilihan kepada bayi untuk melakukan aqiqah bagi dirinya (apabila ia dewasa). (Kifayatul-Akhyar, hlm. 534).
Wallahu a’lam.

Sumber:  USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL [http://ilmudanulamak.blogspot.com/search/label/Ibadah]

25 March 2013 Posted by | Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Hukum tunjuk dengan ibu jari atau jari telunjuk

tunjuk dgn ibu jari

Dr Abu Anas Madani berkata.Ramai yang heboh mengenai isu isyarat atau tunjuk dengan ibu jari atau Jari Telunjuk, cerita ini telah disebarkan dalam laman sosial (FB). Jadi pihak PENDAKWAH ISLAM berasa bertanggungjawab untuk mendapatkan jawapan yang terbaik agar semua pihak berpuas hati .Di bawah ulasan ringkas Akhi Al-Aziz Ustaz Adlan Abdul Aziz dalam blognya.

Isyarat Dengan Ibu Jari atau Jari Telunjuk?

Secara ringkas, ada sebahagian pihak yang membangkitkan isu ini iaitu ‘tidak boleh’ mengisyaratkan sesuatu atau seseorang dengan menggunakan ibu jari sebagaimana sebahagian masyarakat kita lakukan. Isyarat tersebut dianggap sebagai ajaran Yahudi. Lalu isyarat yang sedemikian mesti digantikan dengan isyarat menggunakan jari telunjuk kerana itu adalah Sunnah Rasulullah s.a.w.

Mungkin penjelasan berikut dari saya yang serba kekurangan ini mampu membuat kita semua berfikir sebelum menerima dakwaan sebegini atau dakwaan lain yang mengaitkan sesuatu perbuatan dengan hukum atau dengan agama.

1- Menyatakan isyarat dengan ibu jari sebagai amalan Yahudi perlukan bukti. Bukanlah dengan mudah kita labelkan sesuatu itu diamalkan oleh segolongan atau sesuatu agama.

2- Kalau dilihat dalam Al-Quran dan Hadith-Hadith yang sahih dan masyhur, belum ditemui (sekadar pencarian yang mampu) wujudnya kenyataan yang menisbahkan cara begitu (isyarat dengan ibu jari) adalah perbuatan Yahudi.

3- Sekadar pencarian juga, pihak yang mendakwa cara begitu adalah cara Yahudi juga tidak membawa mana-mana Hadith untuk dibincangkan tetapi sekadar secara umum dan juga membawa fatwa seorang ahli ilmu yang tidak diketahui siapa namanya dan bilakah ‘fatwa’ itu dikeluarkan. Semuanya dalam keadaan ‘tidak dikenali’ dan ‘tidak diketahui’.

4- Apabila melihat pula isyarat dengan jari telunjuk, memang ia wujud dalam Hadith secara umum seperti ketika tasyahud/tahiyat [Sahih Muslim], ketika Rasulullah s.a.w. memberitahu dekatnya hari kiamat (dijarakkan antara jari telunjuk dan jari tengah) [Sahih Bukhari], ketika Rasulullah s.a.w. mengisyaratkan waktu fajar sadiq (dengan dua jari telunjuk dipanjangkan) [Sahih Bukhari] dan sebagainya. Namun secara khusus untuk mengisyaratkan kepada seseorang atau sesuatu, juga tiada ditemui secara khusus (sekadar pencarian yang mampu), wAllahu a’lam.

5- Bagaimanapun terdapat satu Hadith dalam Kitab ‘asy-Syamaail al-Muhammadiyyah’  [no.225, bab Bagaimana Percakapan Rasulullah s.a.w.] yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. apabila mengisyaratkan sesuatu atau seseorang, Nabi s.a.w. menggunakan seluruh tapak tangannya iaitu semua jari-jarinya. Namun begitu tiada ulama (sekadar ditemui) yang menyatakan ‘wajib’ mengisyaratkan dengan semua tapak tangan atau semua jari. Ia lebih kepada keterbukaan untuk melakukannya atau tidak.

6- Maka jika kedudukan isyarat dengan ibu jari masih tidak dapat dipastikan ‘haram’ atau benarkah ia ‘amalan Yahudi’. Begitu juga jika kedudukan mengisyaratkan dengan jari telunjuk kepada sesuatu atau seseorang juga tidak ditemui dengan jelas dan terang dalam Hadith Sahih, maka tidak patut untuk kita mengharamkan salah satunya atau mewajibkan salah satu dari keduanya. Keduanya boleh digunakan, wAllahu a’lam.

7- Nasihat untuk diri saya dan pembaca – untuk menyatakan sesuatu itu ‘haram’, ‘bid’ah’, ‘amalan Yahudi’ dan sebagainya perlukan kepada bukti/dalil dan juga huraian dan fatwa ulama yang masyhur dan terkenal sepanjang zaman. Begitu juga untuk menyatakan sesuatu perbuatan sebagai ‘sunnah’ atau ‘wajib dibuat’ juga perlukan bukti dan huraian ulama. Berhati-hati adalah yang terbaik dan jangan gopoh membuat kesimpulan.

Semoga penerangan ini membantu kajian kita seterusnya. Mohon dipanjangkan kepada penulis sekiranya ada kesalahan atau info baru. Insya Allah akan diubah apa yang salah dan dibetulkan. Jazakumullah.

Adlan Bin Abd Aziz

Sumber: http://pemudaiman.blogspot.com/2013/03/isyarat-dengan-ibu-jari-atau-jari.html

facebook.com/adlanabdaziz

twitter.com/AdlanAbdAziz

20 March 2013 Posted by | Ibadah | | Leave a comment

Menegur kesilapan

b0064

Tegur menegur adalah salah satu perbuatan dan sikap yang baik pada pandangan Islam.Bersesuaian dengan kelemahan di dalam diri manusia yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesilapan diri.

Kita bukannya maksum seperti Nabi dan Rasul yang sentiasa terpelihara oleh Allah SWT daripada dosa. Kita juga bukan seperti malaikat yang terhindar daripada dosa dan maksiat kepada Allah SWT.

Dengan teguran, manusia akan sedar atas kesilapan, kelemahan dan kesalahan dalam diri.Pastinya kita yang hidup bermasyarakat ini pernah mengalami peristiwa di tegur dan menegur kerana kesilapan yang di lakukan.

Kemudian kta dapati ada sebahagian yang boleh menerima teguran  dan tidak kurang juga ada sebahagian yang tidak boleh menerima teguran.

Segala puji bagi Allah bersama sama orang yang terbuka hatinya untuk menerima teguran dan memperbaiki kesilapan.Namun, cuba kita fikiran sebab sebab orang tidak boleh  menerima teguran.Bahkan kesalahan yang di lakukan tidak sebesar mana pun.

Salah satu kebarangkalian orang yang di tegur tidak boleh menerima teguran itu bukan lah kerana dia tidak boleh berubah dan memperbaiki kesalahan, tetapi di sebabkan cara dan kaedah teguran yang kurang bijak atau tidak sesuai pada orang yang di tegur itu.

Tidak di nafikan walaupun perkara yang di tegur itu sememangnya satu kesalahan yang perlu di tegur.Tetapi teguran dengan cara yang tidak betul dan berhemah menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk.

Maka tidak hairan lah sekiranya ada yang tidak dapat menerima teguran kerana kesilapan cara menegur seperti sindirian, perlian, cacian, makian, terlalu emosi semasa menegur,menegura di khalayak ramai, seterusnya memalukan orang yang di teguranya dan sebagainya.

Lebih malang lagi apabila teguran menjadi penyebab terjadinya permusuhan, saling benci membenci, putus kawan, putus saudara, dan saling ungkit mengungkit dan menyalahkan satu sama lain dan seterusnya menimbulkan perasaan dendam dalam diri masing masing.Akhirnya matlamat untuk memberi kesedaran pada niat asalnya tidak kesampaian.

Mari lah kita teladani keperibadian Rasulullah SAW ketika baginda menegur sahabatnya sepertimana hadis berikut: Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Seorang lelaki membonceng Rasulullah SAW pada hari Arafah.Pemuda itu menyedari kehadiran kaum wanita lalu memandang ke arah mereka.Rasulullah SAW pun memalingkan wajah (pemuda tersebut) ke belakang dengan tangannya berulang kali.Pemuda itu mengulangi pandangannya.Rasulullah SAW bersabda kepada pemuda itu: Wahai anak saudaraku, hari ini sesiapa yang menjaga pendengarannya, penglihatannya, dan percakapannya, dia akan diampuni (Musnad Ahamd:2922), Shaikh Ahmad Shakir menyatakan isnadnya sahih.

Hadis ini memberikan pengajaran kepada kita methodologi dan pendekatan Rasulullah SAW dalam menegur kesilapan yang dilakukan oleh para Sahabat.Sebagaimana yang kita sedia maklum, peranan kita sebagai individu dalam masyarakat, antara tanggungjawab yang perlu kita mainkan ialah menegur kesilapan dan kesalahan orang.

 

Cara menegur kesilapan orang:

  • Mulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu: Adalah perlu untuk kita memperbetulkan diri sendiri dulu sebelum memperbetulkan orang lain.Bermuhasabah sentiasa dengan diri sendiri meletakkan keyakinan dalam diri untuk kita memberi teguran kepada orang lain.Insya Allah orang yang di tegur mampu menerimanya.
  • Gunakan gaya bahasa yang paling sesuai: Cuba menasihati dan memberi teguran dengan cara beradab dan penuh hormat.Tidak secara kasar dan biadab apatah lagi dengan intonasi tinggi dan bongkak ketika memberi teguran.Tegurlah dengan kata kata yang tidak menyinggung perasaan orang yang di tegur.Sebelum memberi teguran cuba di dahului dengan kata kata yang boleh membuat seseorang itu gemibira.
  • Lakukan secara sembunyi : Memberi teguran di khalayak ramai kadang kala boleh  menjatuhkan aib dan memalukan orang yang ditegur.Malang sekali sekiranya dengan teguran itu boleh mencetus permusuhan dan menyebabkan keadaan semakin teruk.
  • Fokus kepada kesalahan tersebut: Tiada salahnya menyebutkan kesalahan orang yang ditegur secara langsung menyebut kesalahannya.Ini adalah satu keadah memudahkan orang yang ditegur menerima teguran dan memahami atas kesalahan yang dilakukan dengan harapan ia tidak diulangi.
  • Jangan mengungkit ungkit kesalahan: Manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga supaya hubungan sesama kita turut terpelihara dengan harmoni.Sikap ungkit mengungkit kesalahan orang yang di tegur boleh menyebabkan orang yang ditegur rasa lebih bersalah dan seakan akan tiada harapan untuk di perbaiki.Elakkan daripada sikap ungkit mengungkit kesalahan yang ditegur.Cubalah memujuk hatinya dan berikan kata kata semangat supaya ia dapat berazam untuk berubah memperbaiki kesilapan.

 

 

 

[Sumber: Ruang Bicara Ikhlas Utusan Malaysia Rabu 27 Februari 2013]

19 March 2013 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Talfiq– mencampur-adukkan dua mazhab atau lebih dalam satu-satu ibadat.

Assalamualaikum ustaz,

Ustaz, saya selalu mengalami kesukaran bilamana terdapat pelbagai pendapat ulama tentang satu2 masalah. Contohnya, saya seorang yang bermazhab syafie, tetapi pada masa yang sama saya menggunakan pendapat Dr Yusuf Qardawi dalam sesetengah masalah (contohnya taharah). Adakah saya dikira talfiq? Dan andaikata terdapat banyak pendapat ulama dalam bab taharah (contohnya yusuf qaradawi, ulama A dan ulama B), adakah saya perlu melakukan tarjih terlebih dahulu untuk memilih pendapat mana yang lebih kuat pada penilaian saya? Bolehkah kita menggunakan pendapat ulama A untuk masalah 1 dan ulama B untuk masalah 2 kerana pendapat ulama itu lebih mudah dalam masalah itu. Tidakkah ia menyerupai talfiq?

terima kasih ustaz.

*********************************

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan anda dengan kadar kemampuan dan batasan-batasan yang ada, InSyaAllah.

Untuk membicarakan topic ini, ia memerlukan masa yang agak lama. Bagi tujuan ini, kami cuba meringkaskannya.

Tidak dapat tidak, seseorang itu akan memulakan proses mempelajari dan mengamalkan sistem Islam dengan cara bertaqlid kepada satu Mazhab. Apabila seseorang itu melalui proses pembelajaran, dan melihat akan ada alternatif kepada padangan yang ada, dia dikatakan telah melalui proses Takhayyur. Takhayyur adalah proses memilih pendapat dari pelbagai pendapat atau Mazhab.

Proses Takhayyur ini selalunya terhasil tanpa seseorang itu mengetahui nas-nas atau dalil-dalil kenapa hukum itu terjadi. Hasil dari proses ini akan berlaku Talfiq. Seseorang itu akan dikatakan melakukan Talfiq apabila dia berpegang kepada satu Mazhab eg: Syafie, dan ada beberapa hukum yang lain memilih pandangan Mazhab yang lain eg: Hanafi. Contohnya seperti seorang bermazhab Syafie mengatakan tidak batal wudhu’ apabila besentuhan dengan wanita kerana berpegang kepada pandangan Mazhab Hanafi, walaupun tidak mengetahui dalilnya.

Seseorang yang melakukan Talfiq yang sedemikian, juga dikatakan melakukan Taqlid juga; iaitu berubah taqlid dari mazhab Syafie kepada bertaqlid kepada Mazhab Hanafi. Perkara perubahan ini, boleh diakibatkan oleh :

a. Pemerintah; misalnya membayar Zakat Fitrah menggunakan wang sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

b. Darurat; disebabkan keadaan dan suasana, misalnya menggunakan kaedah batal wudhu’ menurut Mazhab Hanafi atau Hanbali, kerana kesukaran menjaga diri di Mekah dari disentuh wanita ajnabi.

Keadaan (a) menyebabkan seseorang itu melakukan Talfiq tanpa dia sendiri sedar atau mengetahui. Sebagaimana kata Syiekh Ibn Utsaimin, Mazhab orang Awam ialah Mazhab Pemerintahnya. Apa sahaja keketapan yang telah dibuat oleh pihak pemerintah, itulah mazhab mereka.

Ada juga proses pemilihan hukum dilakukan dengan ijtihad, dengan menurut dalil-dalil dan nas yang kuat atau yang lebih Rajih. Di sini kita melihat proses Tarjih atau saringan hukum dijalankan. Peringkat ini bukan dimiliki oleh orang-orang awam. Ini adalah proses yang dilakukan oleh Imam-Imam yang Mujtahid atau satu badan Fatwa yang melakukan Ijtihad.

Secara umum dan ringkasnya, bolehlah kitakan bahawa proses dihadapi oleh orang awam adalah proses Talfiq. Apabila memelihat (bukan memilh) nas atau dalil yang dipakai oleh Mujtahid tadi, kita dikatakan telah melakukan al-‘ittibaa’. Seseorang itu dikatakan telah memilih pandangan tersebut tanpa melihat akan Mazhab itu sendiri. Ketetapan nas dan dalil itu telah dilakukan oleh Mujtahid tersebut, dan kita Cuma al-‘ittibaa’ atau “menuruti” pendapat Imam tersebut.

Terdapat ulama’ yang melarang Talfiq atas beberapa syarat. Yang membenarkannya juga meletakkan beberapa syarat, dan diantaranya :-

a. Niat melakukan Talfiq; disebabkan keperluan, darurat, dsb. Tidak boleh dilakukan kerana mengikut nafsu.

b. Tidak bertujuan memilih keringanan dari pandangan Mazhab tersebut. Jumhur ulama’ melarang menghimpuan kesemua keringan didalam setiap Mazhab. Ini dinamakan Tatabu’ Rukhas (mengambil pendapat-pendapat yang ringan).

c. Tidak membawa kepada perlanggaran Ijma’.

c. Tidak boleh bertalfiq atas perkara yang bukan Ibadat badan; seperti nikah kahwin, hudud, penetapan awal bulan, dsb. Perkara ini memerluka kuasa yang memerintah. Contohnya, berkahwin tanpa wali sebagaimana bertalfiq dengan Mazhab Hanafi. WA.

Berdasarkan syarat-syarat ini, dan dilakukan dengan penuh hati-hati, seseorang itu dibolehkan melakukan Talfiq. Perlu ingat, ini merupakan talfiq diantara Mazhab yang muktabar dan orang awam tidak dibenarkan melakukan tarjih oleh kerana ia adalah sebahagian dari proses Ijtihad yang hanya dilakukan oleh Imam Mujtahid.

[Sumber: Koleksi Soal Jawab Fiqh]

13 March 2013 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Apa Kita Katakan Ke Atas Mayat Ini?

Solat Jenazah Masjid U Klg

Salam,

Saya dapati hampir setiap majlis kematian yang saya hadiri kini, selepas sahaja solat jenazah, imam akan bertanya dengan suara yang lantang “Apa kita katakan ke atas mayat ini?” lalu dijawab oleh para makmum “Baik”. Perkara ini diulangi sebanyak 3 kali. Saya merasakan perkara ini dilakukan bersandarkan kepada hadis sahih riwayat Muslim seperti berikut:

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:

Ketika satu jenazah diiringi, orang ramai memuji jenazah tersebut sebagai orang baik iaitu semasa hidupnya, maka Nabi s.a.w pun bersabda mengenainya: Wajib, wajib, wajib. Lalu datang pula iringan jenazah yang kedua, orang ramai mengutuk mengenai jenazah tersebut sebagai orang yang jahat semasa hidupnya. Nabi s.a.w pun bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ketika jenazah pertama diiringi, orang ramai memujinya sebagai orang baik, lalu kamu berkata: Wajib, wajib, wajib. Kemudian ketika jenazah kedua diiringi, orang ramai mengutuknya sebagai orang yang jahat, kamu juga berkata: Wajib, wajib, wajib. Apa ertinya? Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka diwajibkan kepadanya Syurga. Sedangkan orang yang kamu katakan sebagai orang yang jahat, maka diwajibkan kepadanya Neraka. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi.

Dalam hadis tersebut apa yang saya faham orang ramai memuji dan mencela mayat itu dari luahan mereka sendiri, bukan dirancang-rancang atau dipakat-pakat. Dan pujian atau celaan itu dibuat secara kebetulan setelah mayat itu diiringi dihadapan mereka.

Tetapi apa yang diamalkan oleh masyarakat kini adalah dengan sengaja pula bertanya dihadapan mayat supaya akan dijawab oleh hadirin dengan jawapan yang baik. Saya merasa agak pelik kerana seolah-olah “memaksa” untuk hadirin menjawab “Baik” walaupun mungkin sebenarnya ada dikalangan hadirin sendiri ketika itu di dalam hatinya merasakan si mati memang seorang yang teruk.

Mohon betulkan jika saya tersalah, tapi bukankah kata-kata terhadap mayat samada baik atau buruk yg dimaksudkan oleh hadis di atas itu membawa erti sebagai kata-kata yg diucapkan secara bebas oleh hadirin? Ada org pernah berkata “ah bukan siapa paksa pun, kalau tak nak jawab kau diam aje lah”. Saya jawab “memang la, tapi yg sampai bertanya depan mayat tu kenapa pula, dalil mana?” Dia senyap. Bagi saya isunya disini bukan jawab atau diam, tapi dikhuatiri perbuatan ini dilakukan atas salah pemahaman terhadap hadis rasulullah saw.

Mohon penjelasan tuan akan perkara ini. Terima kasih.

———————————–

Jawapan:

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Amalan yang dilakukan oleh masyarakat kita pada masa ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam, dan sebagaimana mana yang dinyatakan, ia merupakan amalan yang dilakukan pada zaman dahulu. Namun demikian, tidak kira apa niat seseorang itu, Allah yang sahaja dapat menentukannya. Kita berhukum diatas perkara yang zahir.

Benarlah amalan berkata baik kepada seseorang itu datang dari sebuah hadith sahih, berkata Anas bin Malik ra. :-

“Ketika iring-iringan membawa jenazah lewat, orang-orang memuji jenazah dengan kebaikan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Lalu lewat pula iringan jenazah lain, orang-orang mencelanya dengan keburukan, kemudian Nabi saw. bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ada iringan jenazah lewat dan orang-orang memujinya sebagai orang baik, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Lewat pula iringan jenazah lain yang disifati sebagai orang jahat, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Apa artinya itu? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kamn adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi.” [Hadith Riwayat Imam Muslim No.1578].

Begitu juga didalam sebuah hadith yang menjelaskan bahawa kata-kata baik dari seseorang jiran juga dianggap do’a agar Allah swt .

“Tidak ada sesorang Muslim yang mati apabila empat orang jiran memberi keterangan bahawa mereka tidak tahu yang lain mengenai mayat ini melainkan perkara baik yang dilakukan. Melainkkan Allah akan berkata : Aku terima semua kesaksian kamu dan mengampunkan semua dosa-dosanya yang kamu tidak tahu” [Hadith Riwayat Musnad Abu Ya‘la, Sahih Ibnu Hibban; Sahih At-Targheeb H/3515; Talkhees P. 26.]

Malah, Fatwa dari al-Lajnah al-Daaemah [9/154-155] menyebut :

“Pujian baginya apabila disebut, atau apabila jenazah lalu dihadapannya, atau dengan cara memberitahu orang lain akan kebaikkan yang dia lakukan atau seumpamanya, merupakan mirip cara yang dilakukan oleh beberapa sahabat yang memuji-muji mereka yang syahid di perang Uhud dan lain-lain, dan ia dibenarkan, sebagaimana hadith Riwayat Anas bin Malik ra yang berkata : Jenazah melewati mereka dan mereka berkata baik mengenainya, dan Nabi :saw bersabda : wajib (pasti). Kemudian lalu lagi jenazah dan mereka berkata buruk mengenainya, dan baginda berkata : wajib (pasti). Umar ra berkata : Apa yang pasti? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka wajib baginya syurga, sedangkan orang yang kamu katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kamn adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi.” [Hadith Muttafaq ‘Alaih]

Fatwa ini jelas membenarkan puji-pujian selepas pengkebumian atau ketika jenazah melaluinya dilakukan. Amalan yang dilakukan secara “formal” dikalangan masyarakat Melayu kita ini tidak menyalahi sunnah, malah jika amalan ini dihapuskan, berkemungkinan besar sunnah ini akan ditinggalkan selama-lamanya. Tidak mengapalah cara dilakukan itu kelihatan seperti memaksa, akan tetapi cuba kita fikir-fikirkan, apabila tiada lagi amalan tradisi ini, apakah amalan yang terbaik untuk menggantikannya? Sudahkah kita mempunyai alternatif lain? WA.

Sekian, wassalam

[Rujukan: Koleksi Soal Jawap Fiqh]

13 March 2013 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Bicara Rasulullah SAW

Bicara Rasul SAW

11 March 2013 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Benarkah di sunatkan mengakhirkan solat Isyak?

Jemaah1

Di sesetengah surau atau masjid terdapat segelintir jemaah yang kurang suka jika kuliah Maghrib dipanjangkan sedikit ketika sudah masuk Isyak dengan anggapan adalah lebih afdhal solat Isyak pada awal waktu.Ada juga yang bertindak solat sunat qabliyyah Isyak dihadapan atau dekat dengan meja kuliah atau solat di saf pertama, sebagai “isyarat” untuk kuliah Maghrib di tamatkan segera.

Perkara ini sedikit sebanyak mengundang rasa kurang selesa bukan hanya kepada ustaz yang sedang memberi kuliah, tetapi juga jemaah ramai yang sedang mengikuti kuliah tersebut.

Apakah hukum mengerjakan solat di awal waktu? Bagaimana dengan solat Isyak?

Hukum asal bagi semua solat fardhu adalah sunat dikerjakan pada awal waktu berdasarkan hadis daripada Ibn Mas’ud: “Aku bertanya kepada Rasulullah ‘Apakah amalan yang lebih disukai Allah? Baginda menjawab, ‘Solat tepat pada waktunya’. (HR Bukhari dan Muslim)

Walau bagaimanapun, untuk solat Isyak, sunat mengakhirkannya,sama ada bersebab atau tidak, untuk mengakhirkanya berdasarkan beberapa riwayat tentangnya.

Daripada Aisyah r.ha berkata:’Pada suatu malam Nabi SAW mendirikan solat ‘Atamak (Isyak) sampai berlalu sebahagian besar malam dan jemaah masjid sudah tidur.Setelah itu Baginda datang dan solat.Baginda bersabda, “Sesungguhnya, inilah waktu solat Isyak yang tepat, sekiranya aku tidak memberatkan umatKu (nescaya akan aku perintahkan mereka mengerjakannya saperti waktu ini.” (HR Muslim).

Daripada Anas r.a berkata:’Nabi SAW telah mengakhirkan solat Isyak sehingga ke separuh malam, barulah Baginda solat.’ (Muttafaqun ‘alaih).

Daripada Jabir bin Samurah r.a berkata: “Rasulullah SAW selalu mengakhirkan solat Isyak” (HR Muslim)

Jelas daripada riwayat riwayat tersebut di atas menunjukkan sunatnya mengakhirkan solat Isyak dari waktunya.

Bagaimana pula dengan Jemaah yang ada di masjid?

Ketika mengerjakannya di masjid, Baginda SAW akan melihat jumlah para jemaah dahulu.Baginda akan menyegerakannya jika ramai jemaah sudah berkumpul pada awal waktunya dan akan mengakhirkan jika jemaah belum ramai.Jabir r.a mengatakan: “Adalah Rasulullah SAW solat Zuhur diwaktu yang sangat panas pada tengah hari, solat Asar dalam keadaan matahari masih putih bewrsih, solat maghrib ketika matahari telah tenggelam dan solat Isyak, kadang kadang Bagibda mengakhirkannya kadang kadang menegerakannya.Apabila Baginda melihat para Sahabat (jemaah) telah berkumpul (di masjid), Baginda menyegerakannya (solat Isyak) dan apabila Baginda melihat mereka lambat berkumpul, Baginda mengalhirkannya.” (HR Riwayat Bukhari dan Muslim).

Apakah pendapat Imam Imam mazhab dalam perkara mengakhirkan solat Isyak ini?

Walaupun pada awl perbincangan tadi dinyatakan sunat mengakhirkannya, ulam empat mazhab berbeza pendapat dalam perkara ini:

Mazhab Hanafi: Sunat mengakhirkannya sehingga sebelum sepertiga malam yang pertama.

Mazhab Maliki : Sunat menyegerakannya pada awal waktu.

Mazhab Syafi’i : Pendapat paling masyhur, sunat menyegerakannya pada awal waktu.

Mazhab Hambali : Sunat mengerjakannya pada sapertiga malam yang pertama.

(Rujukan: Jawal al-Fiqh Muwazi (Tabel Shalat Empat Mazhab), Dr Umar Abdullah Kamil, terjemahan Khalid, Solo:Media Zikir, Cetakan Pertama, 2009, ms 71. dan Hukum Hukum Islam Menurut Empat Mazhab, Kiyai Haji Abdul Hamid Sulaiman, Selangor: Kunjungan Kreatif Sdn Bhd., cetakan Pertama. 1995, ms 57)

Kesimpulan:

  1. Sunat mengakhirkan solat fardhu adalah khusus untuk solat Isyak sahaja  bukan untuk solat fardhu yang lain.Waktu yang afdhal mengakhirkan solat Isyak adalah antara sa[ertiga malam pertama hingga tengah malam (separuh malam sahaja)
  2. Mengakhirkan solat Isyak bukanlah bermakna terlalu lewat sehingga hampir hampir solat Subuh, yang kadang kadang boleh menyebabkan tertidur atau terlupa.Jika ia berterusan (tidur dan lupa ini) perbuatan mengakhirkannya boleh menjadi berdosa.
  3. Para imam hendaklah melihat keadaan makmun (para Jemaah).Jika tidak menjadi keberatan kepada mereka, sunat mengakhirkan solat Isyak.Jika sebaliknya menyeggerakannya adalah sunat.
  4. Tindakkan para ustaz atau penceramah memanjangkan sikit kuliah Maghrib walaupun selepas waktu Isyak adalah tidak mengapa.Hakikatnya, masa yang diambil oleh mereka, tidaklah terlalu lama.Walau bagaimanapun, syeikhuna al faqih Syeikh Muhammad Nuruddin al Banjari selalu mengingatkan agar jika ingin meneruskan kuliah Maghrib walaupun selepas masuk waktu solat Isyak, berhentilah sebentar untuk memberi laluan azan Isyak dan dijawab bersama sama.Selepas azan Isyak, tidak mengapa meneruskannya semula.
  5. Adalah sikap yang tidak wajar untuk seseorang yang mengambil pendapat afdhal solat Isyak di awal waktu, lalu melakukan tindakkan solat sunat qabliyyah Isyak di hadapan atau berdekatan para ustaz atau penyampai kulian Maghrib  atau berjalan jalan berdekatan dengan meja kuliah.Perbuatan sebegini adalah tidak elok dan menunjukkan pelakunya masih belum memahami permasaalah ini dengan mendalam (tahqiq).Hujah dan pendapat mazhab yang dinyatakan sepatutnya menajdikan diri lebih bersikap bertoleransi dan berlapang dada dalam perbezaan mazhab.
  6. Ia adalah satu tanda kasihnya Nabi SAW kepada umat. Jika tidak menjadi kesusahan kepada umat, tentulah Nabi memerintahkan mereka untuk solat Isyak pada akhir malam.Realitinya, solat Isyak pada akhir malam agak memberatkan umat. Sebab itulah Baginda SAW membolehkan ia di kerjakan pada waktu yang menyenangkan umat umpamanya pada awal waktunya.

[Sumber:  Tulisan Ustaz Muhadir Haji Joll (Pensyarah & Pembimbing Majlis Talaqi UIAM) di Majalah Al Quran dan As Sunnah (Q & A) Bil #15 Mac 2013]

 

7 March 2013 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Panduan berdoa menurut dalil dalil sohih

pr0065

Panduan berdoa menurut dalil-dalil sohih & hasan serta fatwa ulama yang terbaik. Semua yang saya senaraikan di bawah mempunyai dalil-dalilnya. Tiada wujud petik jari untuk menambah perisa ibadah berdoa yang khusus ini. Ringkasannya adalah

a) Meyakini akan dimaqbulkan

b) Faham apa yang dihajati sewaktu melafazkannya

c) Bersihkan diri selalu dari dosa

d) Mengangkat tangan serta rapatkan kedua belah telapak tangan sewaktu doa berdasarkan hadis dari Ibn Abbas. Sebahagin ulama berijtihad mengatakan tidak perlu angkat tangan ketika doa bagi situasi specifik pada sesuatu masa atau tempat contoh khatib berdoa atas mimbar.

e) Bacalah doa dari al-Quran dan Hadis serta lainnya.

f) Mulakan bacaan doa dengan pujian kepada Allah dan ditutupi juga dengan puji-pujian kepada Allah serta selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam.

g) Berwudhu semasa doa.

h) Menghadap kiblat sewaktu berdoa.

i) Doa dengan suara yang rendah dan tersembunyi tetapi bukan di dalam hati.

j) Tidak perlu berlagu berlebihan.

k) Banyak doa di waktu senang dan selesa agar lebih mudah diterima sewaktu sukar dan derita.

l) Tidak jemu dan berulang-ulangkan doa itu.

m) Jangan sesekali mengatakan doaku tidak dimaqbulkan walau telah lama berdoa.

n) Menggunakan katanama yang betul seperti aku untuk diri sendiri atau untuk orang ramai. Jangan baca untuk diri sendiri ketika berdoa untuk jamaah.

o) Tidak mengangkat pandangan dan kepala ke langit sewaktu berdoa.

Cukup sekadar itu, akan maqbul sama ada lewat atau cepat. Insha Allah.

(Disediakan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman)

2 March 2013 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Tazkirah | | Leave a comment

Penyakit Was Was

w0002

Cerita WAS-WAS.

Seorang lelaki yg terkena penyakit waswas berjumpa dgn Sheikh Abu Al-Wafa Ibn ‘Aqil, katanya:

Apa pandangan tuan, saya telah menyelam dalam air yg banyak beberapa kali, tapi saya syak adakah mandi saya sah atau tidak?

Jawab Sheikh: Awak boleh balik lah. Bahkan tak perlu solat lagi.

Si waswas tadi bertanya: kenapa?

Sebab Nabi saw bersabda: “Tiga golongan yg tidak diambil kesalahannya; Antaranya: Orang gila hingga dia pulih….”.

Oleh itu, siapa yg mandi spt yg disebut tapi masih syak maka dia dikira orang gila…

Was Was

Sumber: Ustaz Dr Abu Anas Madani

1 March 2013 Posted by | Ibadah, Tazkirah | | Leave a comment

Berhati hati lah wahai pencipta, pembawa dan penyebar Berita

Setiap hari kita disogokkan dengan berbagai bagai berita melalui media atau cakap cakap orang yang kadang kala tidak jelas asal-usulnya.Juga termasuk berita mengenai isu isu yang diperbesarkan. Berita itu kadang kala berhubung dengan kehormatan seseorang individu muslim, atau kumpulan kumpulan muslim tertentu.Bagaimanakah sikap kita seharusnya terhadapan dengan berita-berita yang belum jelas kebenarannya itu?

Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang Fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [QS. Al Hujurat(49) : 6]

Al alaamah Asy Syaikh “Abdur Rahman bin Nasir As Sa’dy r.a berkata dalam tafsirnya : “Ini termasuk adab bagi orang-orang yang memiliki akal yang mendidik dengan adab tersebut dan mengamalkan adab tersebut, bahwa apabila ada seorang yang fasik membawa suatu berita hendaknya mereka mencari kebenaran dalam berita tersebut, jangan diambil begitu saja.” (tasiirul kariimir rahmaani fii tafsiiri kalaamil mannan 765)

Dalam ayat tersebut di atas, dengan jelas kita dilarang percaya kepada berita angin, sebelum memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Orang-orang fasik itu pada dasarnya (jika berbicara) dia dusta, akan tetapi kadang kala ia juga benar. Karenanya berita yang disampaikan tidak boleh diterima dan juga tidak ditolak begitu saja, kecuali setelah diteliti. Jika pembawa berita itu memiliki buktinya, maka bolehlah diterima. Jika tidak dapat membuktikan, maka tolaklah berita itu. Karena tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Maka “…periksalah dengan teliti…” sehingga tidak menjatuhkan seseorang tanpa dasar.

Sebaiknya kita berusaha mencegah masyarakat agar tidak menyampaikan berita bohong yang tidak ada dasarnya sama sekali dengan cara menghilangkan tulisan-tulisan yang mungkin diedarkan atau di poskan dalam internet dan tidak membicarakan ulang. Hal ini tidak lain “…agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Maka wajiblah kita untuk senantiasa waspada, dan berusaha mengenal pasti dan mengetahui sumber kebencian, dan mengenali bagaimana rasa saling permusuhan disebarkan oleh orang fasik dan atau orang munafik.

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat Balasan dari dosa yang dikerjakannya. dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.” [QS. An Nuur (24):11]

Terkadang kebaikan atau nikmat itu datang dalam satu bentuk yang kelihatannya menyusahkan, tapi yang jelas yang menyiarkan berita bohong itu baginya akan memperoleh azab yang besar.

Langkah pertama yang harus dilakukan, jika ada berita buruk tentang saudaramu, yaitu berhusnudhon (berperasangka baik) kepada dirimu. Jika engkau sudah husnuzdhon kepada dirimu, maka selanjutnya kamu wajib husnuzdhon kepada saudaramu dan (menyakini) kebersihannya dari cela yang disampaikan.

“(ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal Dia pada sisi Allah adalah besar. [QS. An Nuur (24):15]

Diawalnya ucapan itu diterima dengan telinga, bukan dengan lisan. Kalau tidak hati-hati menjaga lisan, maka cepat berita itu tersebar di tengah masyarakat. Seakan-akan kata-kata itu keluar dari mulut ke mulut tanpa melalui telinga, dilanjutkan ke hati yang memikirkan apa yang didengar. Sepertinya ini adalah sesuatu yang ringan padahal di sisi Allah adalah besar atau akan memperoleh azab yang besar.

“Dan mengapa kamu tidak berkata, diwaktu mendengar berita bohong itu: “Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini, Maha suci Engkau (ya Tuhan kami), ini adalah Dusta yang besar.” [QS. An Nuur (24):16]

Disinilah pentingnya kita untuk berbaik sangka dulu pada saat menerima berita kemudian memeriksa dengan teliti, bukan menyebarluaskannya.Menyebarluaskan berita bohong sama dengan membantu para pendusta berarti mengikuti langkah-langkah syaitan.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, Maka Sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.” [QS. An Nuur (24):16]

Para penyebar berita palsu (fitnah), para pendusta, para pencari aib orang yang baik, tahanlah dirimu dari lisan atau tulisanmu, karena sesungguhnya kamu akan diminta pertanggungjawabkan apa yang engkau ucapkan atau sebarkan.

“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya Malaikat Pengawas yang selalu hadir.” [QS.Qaaf(50): 18]

“Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi Balasan dengan apa yang diusahakannya. tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah Amat cepat hisabnya.” [QS.Al Mukmin(40) : 17]

“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak,” [QS.Ibrahim(14): 42]

Maka berhati-hatilah para pembuat,pembawa dan penyebar berita.

Sumber: Universitas Negeri Malang Indonesia

1 March 2013 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Tazkirah | | 1 Comment

   

%d bloggers like this: