Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka Oleh Wanita

1. Ayahnya

Jika seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dangan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Duhai lelaki yg bergelar Ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Apakah kau mengajar solat dan puasa kepadanya? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak terpenuhi, maka bersedialah untuk menjadi bahagian dari Neraka.

2. Suaminya

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas. Membiarkan isteri berhias diri untuk lelaki yang bukan mahramnya.

Jika suami membiarkan isteri yang seperti itu walaupun suami adalah orang yang alim, suami adalah solatnya yang tidak pernah tinggal, suami adalah yang puasanya tidak pernah lalai. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam Neraka.

Duhai lelaki yang bergelar Suami, bagaimanakah keadaan isteri tercinta sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau jaga mengikuti ketetapan Islam, maka terimalah keniscayaan yang kau akan sehidup semati bersamanya hingga Neraka.

3. Adik beradik Lelakinya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga kehormatan wanita jatuh pada adik beradik lelakinya (kakak, pakcik). Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik atau anak saudara mara dibiarkan dari ajaran Islam, maka tunggulah tarikan mereka di akhirat kelak.

Duhai lelaki yg mempunyai adik beradik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan melupakan amanah yang lain. Kerana kau juga akan pertanggungjawabkan diakhirat kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak lelaki tidak menasihati Ibunya perihal kelakuan yang tidak dibenarkan dalam Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengadu domba, maka anak itu akan ditanya dan dimintai pertanggungjawaban di akhirat kelak. Dan bersama menemani ibunya di Neraka.

Duhai anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika bersalah atau lalai. Kerana ibu juga insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari ancaman neraka, jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi teman di dalamnya.

Betapa hebatnya tarikan wanita. Bukan saja di dunia, tapi juga di akhirat yang tak kalah hebat tarikannya. Maka, kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, saudara atau anak harus memainkan peran mereka dengan baik.

Petikan dari Al Marhum Habib Munzir bin Fuad Al Musawa

via: Pencinta Rasulullah (saw)

24 June 2015 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Pintu Neraka

 

pintu-neraka.jpg

"Ketahuilah wahai saudaraku, Jahannam ialah ciptaan Allah SWT yang sangat besar. Jahannam ialah penjara Allah di  Akhirat untuk golongan ateis, Musyrikin, kafir dan munafikin selama-lamanya. Allah SWT berfirman, ‘Kami menjadikan Jahannam sebagai tempat tinggal orang kafir.’ (Surah al-Isra’ 17: 8). Adapun pelaku dosa besar daripada kaum Mukminin, maka mereka akan berada di dalamnya untuk sementara waktu lalu dikeluarkan kembali."

Demikianlah kata-kata Imam Abdul Wahab al-Sya’rani (w. 973) dalam kitab al-Yawaqit wa al-Jawahir.[1] Ucapan beliau membuka perbincangan kita kali ini, iaitu hakikat Neraka Jahannam yang dijadikan tempat untuk menyeksa musuh-musuh Allah SWT di Akhirat.

Makna Jahannam

Sebelum berbincang tentang hakikat makhluk Allah SWT yang sangat menggerunkan ini, ada baiknya kita cuba untuk menelurusi asal kata dan makna perkataan "Jahannam" terlebih dahulu.

Kebanyakan pakar bahasa berpendapat bahawa lafaz ini bukan berasal daripada bahasa Arab, akan tetapi adalah kata asing (sama ada Parsi atau Ibrani) yang diguna pakai dalam bahasa Arab. Ia berasal daripada kata "gehennam" yang bermakna "perigi atau lembah yang sangat dalam dasarnya".

Menurut sebahagian pengkaji moden, perkataan ini pernah digunakan pada zaman kerajaan Mesir kuno. Mereka menggunakan kalimah "Sha en Amu" yang bermakna "tasik api (lake of fire)" bagi menggambarkan seksaan yang disiapkan untuk alam selepas kematian. Perkataan ini mula dikenali oleh bangsa Arab jahiliah hasil interaksi mereka dengan Ahli Kitab (Yahudi) yang tinggal di sekitar Yathrib dan Khaibar. Dalam Taurat, lafaz "Jahannam" digunakan untuk merujuk kepada seksaan api yang sangat pedih di Akhirat.

Apabila al-Quran diwahyukan kepada Muhammad SAW, kalimah ini kembali digunakan. Dalam surah at-Taubah (9) ayat 68 misalnya, Allah SWT berfirman, mafhumnya:

"Allah mengancam orang munafik lelaki dan perempuan, serta orang kafir dengan api Jahannam. Mereka akan kekal di dalamnya."

Sebagai pentafsir al-Quran yang pertama dan utama, Rasulullah SAW banyak menceritakan sifat-sifat Jahannam dalam pelbagai hadis Baginda. Baginda antara lain menyebut bahawa Jahannam sangat luas dan dalam. Meskipun begitu, pada hari Kiamat nanti akan penuh sesak dengan para penghuni Neraka yang berasal dalam kalangan jin dan manusia.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Seandainya seketul batu dilemparkan ke dalam Jahannam, maka ia akan menjunam ke dalamnya selama 70 tahun sebelum tiba di dasarnya."(Riwayat Ibn Hibban)

Pintu-pintu Jahannam

Oleh sebab Jahannam begitu luas dan boleh menampung jutaan manusia, maka disediakan tujuh buah pintu sebagai akses untuk masuk ke dalamnya. Setiap pendosa akan dicampakkan ke dalam Jahannam melalui salah satu daripada pintu-pintu yang sesuai dengan kadar dosa masing-masing.

Setelah semua ahli Neraka masuk, pintu-pintu itu ditutup untuk selama-lamanya.

Allah SWT berfirman, mafhumnya:

"Dan sesungguhnya Neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu). Jahannam mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu daripada mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)." (Surah al-Hijr 15: 43-44)

Sebahagian mufasirin cuba untuk menyenaraikan nama-nama bagi setiap pintu-pintu ini, namun semua riwayat berkenaan perkara ini tidak ada yang sahih daripada Nabi SAW. Paling tinggi, riwayat ini hanya berakhir kepada tokoh-tokoh tabiin seperti Ibn Juraij dan lain-lain.

Imam al-Baihaqi berkata dalam Syu’ab al-Iman, "Kami meriwayatkan dalam sebuah hadis mursal bahawa pintu-pintu Jahannam ada tujuh iaitu Jahannam, Laza, Hutamah, Sa’ir, Saqar, Jahim dan Hawiyah. Sebahagian ulama berkata, ‘Jahannam ialah nama untuk semua tingkat Neraka. Tingkat-tingkat ada tujuh, beliau lalu menyebutkan nama-nama ini dan nama al-Hariq.’"[2]

Pendapat yang menyatakan bahawa Jahannam merupakan nama bagi keseluruhan Neraka adalah pilihan kebayakan ulama seperti al-Qurtubi, al-Sya’rani dan lain-lain.

 

Tingkat-tingkat Jahannam

Dalam kitab al-Ba’thu wa al-Nusyur, Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib, "Pintu-pintu Neraka seperti ini." Beliau menjarakkan keempat-empat jarinya untuk menunjukkan bahawa setiap pintu berada di atas pintu yang lain. Sanad riwayat ini terdiri daripada tokoh-tokoh perawi yang dipercayai.

Ucapan Sayidina Ali ini menunjukkan bahawa kedudukan pintu-pintu Jahannam tidak sejajar, akan tetapi bertingkat-tingkat. Sebahagiannya lebih rendah daripada yang lain, begitu juga tingkat azab yang tersedia di dalamnya. Tingkat darjat ahli Neraka yang terus merendah disebut "darakat", sementara tingkat ahli Syurga yang terus meninggi disebut "tabaqat".

Setiap orang akan ditempatkan sesuai dengan dosa-dosanya. Semakin besar maksiat yang dilakukan, semakin dalam dan rendah kedudukannya di Neraka. Allah SWT mengkhabarkan bahawa kaum munafikin berada di tingkat yang paling rendah (dark al-asfal) di dalam Neraka untuk menunjukkan bahawa dosa nifak merupakan dosa yang paling buruk di sisi Allah SWT.

 

Mengapa Tujuh Pintu?

Anda mungkin bertanya, "Jika pintu Syurga ada lapan atau lebih sebagaimana yang akan dihuraikan nanti, mengapa jumlah pintu Neraka hanya tujuh?"

Jawapan kepada soalan ini cukup beragam. Setiap ulama menjawab mengikut pemahaman masing-masing. Hal ini kerana tiada satu pun ayat al-Quran atau hadis sahih yang secara terang menjelaskan perkara ini.

Jawapan paling menarik menurut saya adalah sebagaimana yang diajukan oleh Syeikh Mahmud bin Abdillah al-Alusi (w. 1207H) dalam tafsirnya Ruh al-Ma’ani, "Hikmah pembatasan bilangan pintu-pintu Neraka itu kemungkinan kerana kebinasaan manusia berpunca daripada lima pancainderanya (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) serta syahwat dan emosi."

Hal ini membawa maksud, penyebab manusia masuk ke dalam Neraka adalah pada tujuh anggotanya, maka pintu-pintu Neraka juga berjumlah tujuh buah pintu. Setiap orang ahli Neraka akan dicampakkan melalui pintu-pintu yang disesuaikan dengan amalan masing-masing.

Jika seseorang itu suka bermaksiat dengan matanya di dunia, maka dia akan dilemparkan ke dalam Neraka melalui salah satu daripada pintu yang dikhaskan untuknya. Manakala sesiapa yang suka bermaksiat dengan lidahnya, maka telah disediakan pintu khas untuknya. Begitulah seterusnya sehingga ia meliputi semua orang yang telah ditetapkan masuk ke dalam Neraka.

Sebaliknya, sesiapa yang selalu menjaga ketujuh-tujuh anggota ini daripada maksiat, maka tertutuplah pintu-pintu Jahannam itu di hadapannya. Bagi orang seperti ini, Syurga ialah tempat yang paling sesuai baginya.

Dalam hadis riwayat Ibn Hibban, Nabi SAW bersabda, maksudnya:

"Jaminlah bagiku enam perkara daripada tubuhmu, maka aku menjamin untukmu Syurga, iaitu jujurlah jika kamu berbicara, tepatilah jika kamu berjanji, sampaikanlah jika kamu diberi amanat, jagalah kemaluanmu, tundukkanlah pandanganmu dan jagalah tanganmu." (Riwayat Ibn Hibban)

Apakah Strategi Kita?

Pengetahuan tentang hakikat Neraka Jahannam ini hendaklah menjadi satu peringatan bagi kita. Ia mestilah mampu mendorong kita untuk mempersiapkan apa-apa yang perlu selagi kita masih berada di muka bumi ini.

Caranya boleh disesuaikan dengan keadaan masing-masing. Perkara yang paling tinggi nilainya di sisi Allah SWT ialah amalan yang paling ikhlas diniatkan kerana-Nya.

Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunia meriwayatkan daripada Hisyam bin Hasan, seorang ulama tabiin di Basrah kisah berikut:

Suatu ketika, saya pergi haji bersama suatu rombongan, lalu kami menginap di tengah jalan. Salah seorang daripada kami membaca sepotong ayat yang berbunyi, "Ia (Jahannam) mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu daripada mereka." (Surah al-Hijr 15 ayat 43 hingga 44)

Apabila mendengar ayat ini, seorang wanita Arab sangat tersentuh. Beliau berkata kepada orang yang membacanya "Bolehkah anda mengulangi ayat itu?" Orang itu segera mengulangi bacaannya.

Kemudian wanita itu berkata, "Aku memiliki tujuh orang hamba di rumah. Maka saksikanlah bahawa aku telah memerdekakan mereka semua. Semoga setiap orang daripada mereka menjadi penutup bagi setiap pintu daripada pintu-pintu Jahannam."

Semoga Allah SWT merahmati wanita Arab yang sangat cerdas ini. Beliau telah melakukan apa yang mampu untuk menutup pintu-pintu Jahannam itu daripada dirinya.

Mari kita bertanya kepada diri kita sendiri, "Apa yang telah dan akan kita lakukan untuk menutup pintu-pintu ini daripada kita?"

Semoga Allah memberikan kita taufik dan hidayah-Nya. Amin ya Rabbal ‘alamin.

______________

Catatan Kaki:

1. Al-Yawaqit wa al-Jawahir, op. cit., hal. 619.

2. Riwayat al-Baihaqi, Syu’ab al-Iman, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jilid 8, hal. 348-349.

Neraka ada 7 pintu sebgmana firman Allah SWT dlm surah Al-Hijr, ayat 44 yg bermaksud, "Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu daripadanya ada bahagian yg sudah ditentukan".

Neraka itu mempunyai tujuh lapisan, iaitu

a) Jahaman

b) Saqar

c) Lazha

d) Huthamah

e) Sa’iir

f) Jahiim

g) Hawiyah – yg satu di bawah yg lain.

Semua lapisan neraka yg tujuh itu telah diasak dg pelbagai penyiksaan yg berat, hukuman yg dahsyat serta penghinaan yg keji, meskipun antara satu lapisan dg yg lain berbeza-beza jenis penyeksaannya, yg lebih bawah lebih berat dan dahsyat drp yg di atas.

Di bawah dipaparkan beberapa Firman Allah SWT ttg siksa dlm neraka dlm Al-Quran.

1) Surah al-Kahf ayat 29 yg bermaksud,

"Kami menjadikan neraka itu utk orang-orang yg bersalah, sdgkan keadaan mereka dilingkungi oleh pagarannya. Dan jika mereka meminta minum, akan diberi minum air dari tembaga yg mendidih yg blh menghanguskan muka. Sangatlah buruk minuman itu dan sangatlah jahat tempat mereka itu"

2) Surah Al-Nisa ayat 56 yg bermaksud,

"Sesungguhnya orang-orang yg tiada beriman dg keterangan-keterangan Kami, nanti Kami akan masukkan mereka ke dlm neraka, setiap kali kulit mereka hangus, Kami akan ganti dengan kulit yg lain, supaya mereka merasa seksaan, sesungguhnya Tuhan itu Maha Kuasa lagi Bijaksana"

3) Surah Al-Humazah ayat 4-9

"Dia akan dilontarkan di tempat yg menghancurkan. Dan apakah engkau tahu , apakah tempat yg menghancurkan itu? Api dlm neraka yg dinyalakan Tuhan. Yang (panasnya) naik ke pangkal hati. Sesungguhnya api ditutup di atas mereka. Dlm tiang yg memanjang".

Ingat api neraka sangat panas. Sebgmana sabda Rasulullah SAW,

"Api yg kamu ada ini adalah satu bahagian drp tujuh puloh bahagian api neraka Jahanam. Para sahabat berkata, ‘Yang ini pun sudah mencukupi (beratnya)’. Sabda Nabi SAW, "Bahkan api neraka itu melebihinya (api dunia) sebyk enam puloh sembilan kali, setiap bahagiannya sama panasnya"

Beberapa sabda Rasulullah SAW lagi…

1) "Wahai manusia sekalian’ Menangislah’ Jika tak boleh menangis, maka cuba2lah diri mu menangis-menangis. Kerana sesungguhnya ahli neraka itu akan terus menangis di dlm neraka, hingga air matanya mengalir di pipi masing2, seperti air yg berarus di tali air, sampailah air kering di mata, dan airnya terus mengalir dan mata pun pecah2. Sekiranya ada kapal layar yg dilayarkan di situ, nescaya belayarlah ia".

2) "Ditimpakan ke atas penghuni neraka kelaparan sehingga mereka merasakan kemuncak siksanya. Lalu mereka meminta dibantu dengan makanan, maka merekapun diberikan makanan dari duri kayu yg tiada akan melepaskan mereka dari seksa kelaparan itu. Mereka meminta dibantu lagi, maka diberi pula makanan yg mencekikkan. Lalu mereka teringat bhw mereka pernah meminum minuman yg membakar tekak di dunia, mereka pun meminta minuman itu. Maka diberikan mereka minuman yg mendidih dgn cangkuk2 yg dibuat drp besi2 yg panas. Apabila didekatkannya kpd muka2 mereka, nescaya hanguslah muka2 itu, dan apabila dimasukkan saja kedlm perut2 mereka, nescaya tersoyat-soyat tali petutnya."

3) "Ahli neraka berkata, ‘Wahai Malik (penjaga neraka). Dapatkah kiranya Tuhanmu menghabiskan sahaja kami’, Malik menjawab, ‘Tidak mungkin. Bahkan kamu akan kekal tinggal di sini’ (ingat manusia hanya hidup sekali sahaja. Hidup di akhirat itu kekal selama-lamanya).

4) "Sesungguhnya penghuni neraka yg paling ringan siksaannya (pada hari kiamat), ialah orang yg dipakaikan sepasang kasut yang talinya dibuat drp api neraka, lalu menggelegaklah otaknya lantaran panas dr sepasang kasut tadi, laksana air panas yg menggelegak di dlm periuk. Dia mengira tiada seorang pun yg menerima siksaan yg begitu dahsyat selain dirinya, pada hal dialah orang yg menerima siksa yg paling ringan."

Renunglah bgmana kita hendakkan kesudahan kita yg kekal itu…

Doakan agar kita, ibu bapa, anak cucu, kaum keluarga serta sahabat handai kita terlepas daripada azab neraka.

6 December 2014 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Gambaran Neraka

(PERHATIAN: FOTO FOTO YANG DI MUATKAN DI SINI HANYA HIASAN/GAMBARAN SAHAJA).

Pintu Neraka Jahannam

An Naar (Neraka) memiliki 7 pintu yang akan dilewati dari pintu-pintu tersebut oleh para penghuni neraka sesuai dengan kadar dosa dan maksiat yang mereka lakukan di dunia. Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya): “Dan Sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengekor-pengekor setan) semuanya. Jahannam itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.” (Al Hijr: 43-44)

Gambaran Neraka dalam Al-Qur'an dan Sunnah

Panas An Naar / Neraka

Para pembaca yang semoga Allah subhanahu wata’ala tetap melimpahkan rahmat-Nya kepada kita, bahwa An Naar (neraka) itu adalah suatu tempat tinggal yang memiliki daya panas yang dahsyat. Kadar terpanas yang ada di dunia itu belum seberapa dibanding dengan panasnya api neraka. Allah berfirman (artinya):

“Maka, Kami akan memperingatkan kamu dengan An Naar yang menyala-nyala.” (Al Lail : 14)

Bagaimana gambaran dahsyatnya api neraka yang telah Allah subhanahu wata’ala sediakan itu? Hal itu telah digambarkan oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadist yang diriwayatkan shahabat Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu:

“(Panasnya) api yang kalian (Bani Adam) nyalakan di dunia ini merupakan sebagian dari tujuh puluh bagian panasnya api neraka Jahannam.” Para sahabat bertanya: “Demi Allah, apakah itu sudah cukup wahai Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam” Beliau shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “(Belum), sesungguhnya panasnya sebagian yang satu melebihi sebagian yang lainnya sebanyak enam puluh kali lipat.” (HR. Muslim no. 2843)

Api neraka itu juga melontarkan bunga-bunga api. Seberapa besar dan bagaimana warna bunga api tersebut? Allah subhanahu wata’ala telah gambarkan hal tersebut dalam surat Al Mursalat: 32-33 (artinya): “Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi istana. Seolah-olah seperti iringan unta yang kuning.”

Berkata Asy Syaikh As Sa’di dalam tafsir ayat ini: “Sesungguhnya api neraka itu hitam mengerikan dan sangat panas.” (Lihat Taisirul Karimir Rahman)

Bagaimana dengan suara api neraka itu? Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya):

“Apabila An Naar melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka mendengar kegeramannya dan suara yang menyala-nyala.” (Al Furqon : 12)

Berkata As Sa’di dalam tafsirnya: “Sebelum orang-orang penghuni sampai ke An Naar, dari jauh mereka sudah mendengar kengerian suaranya yang menggoncangkan dan menyempitkan hati, hampir-hampir seorang dari mereka mati karena ketakutan dengan suaranya. Sungguh api neraka itu murka kepada mereka karena kemurkaan Allah. Dan semakin bertambah murkanya disebabkan semakin besar kekufuran dan kedurhakaan mereka kepada Allah. (Lihat Taisirul Karimir Rahman)

Lalu dari bahan bakar apakah yang dengannya Allah subhanahu wata’ala menjadikan api neraka itu dahsyat dan bersuara yang mengerikan? Ketahuilah, untuk menunjukkan semakin ngerinya dan pedihnya siksaan di neraka, maka Allah subhanahu wata’ala jadikan bahan bakar api neraka itu dari manusia dan batu. Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya): “Jagalah dirimu dari (lahapan api) neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.” (Al Baqarah: 24)

Gambaran Neraka dalam Al-Qur'an dan Sunnah

Pakaian Penghuni An Naar / Neraka

Mereka juga akan dikenakan pakaian. Tentu pakaian itu tidak dibuat untuk kenyamanan. Justru pakaian itu sengaja disiapkan untuk menambah kesengsaraan bagi para penghuni nereka. Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya):

“Pakaian mereka adalah dari pelangkin (ter) dan muka mereka ditutup oleh api neraka.” (Ibrahim : 50)

“Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka…,” (Al Haj : 19)

 

Tempat Tidur Penghuni An Naar / Neraka

Demikian juga mereka telah disiapkan tempat tidur dan selimut. Yang sengaja dibuat untuk menambah kepedihan adzab bagi mereka. Allah subhanahu wata’ala berfirman: “Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka). Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang zhalim.” (Al A’raf: 41)

Gambaran Neraka dalam Al-Qur'an dan Sunnah

Penjaga An Naar / Neraka

Allah subhanahu wata’ala juga telah menyiapkan algojo yang siap mengawasi dan menyiksa para penghuni An Naar. Allah memilih algojo (penjaga) itu dari kalangan malaikat. Allah berfirman (artinya):

“Dan tiada Kami jadikan penjaga An Naar melainkan dari malaikat.” (Al Mudatstsir: 31)

Gambaran Neraka dalam Al-Qur'an dan Sunnah

Gambaran Neraka dalam Al-Qur'an dan Sunnah

Makanan Dan Minuman Penghui An Naar / Neraka

Makanan Yang Berduri

Allah berfirman (artinya):

“Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan rasa lapar.” (Al Ghasiyah: 6-7)

“Dan makanan yang menyumbat di kerongkongan dan azab yang pedih.” Al Muzammil: 13

Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma menjelaskan tentang ayat diatas: Bahwa “makanan yang menyumbat di kerongkongan” itu adalah duri yang nyangkut di kerongkongan yang tidak bisa masuk dan tidak pula keluar. Sehingga makanan itu hanya akan menambah kepedihan dan kesengsaraan.

Tatkala para penghuni neraka haus karena terbakar. Maka Allah subhanahu wata’ala sudah siapkan hidangan minuman bagi mereka yang akan menambah pedih siksaan mereka. Minuman berupa nanah dan air panas yang dapat memotong usus-usus mereka. Allah berfirman (artinya): “Kemudian sesudah makan buah pohon zaqqum itu pasti mereka mendapat minuman yang bercampur dengan air yang sangat panas..” (Ash Shaffat: 67-68)

“… dan mereka diberi minuman air yang mendidih sehingga memotong usus-usus mereka.” (Muhammad: 15)

“Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan nanah.” An Naba’ : 24-25

 

Berikut adalah Foto Foto hiasan/gambaran neraka dari sudut pemikiran manusia.

Neraka sebenar adalah amat dahsyat dan tidak sampai untuk digambarkan oleh manusia

Gambar Neraka, Gambaran Neraka, Gambar-Gambar Neraka

Gambar Neraka, Gambaran Neraka, Gambar-Gambar Neraka

Gambar Neraka, Gambaran Neraka, Gambar-Gambar Neraka

Gambar Neraka, Gambaran Neraka, Gambar-Gambar Neraka

Gambar Neraka, Gambaran Neraka, Gambar-Gambar Neraka

Gambar Neraka, Gambaran Neraka, Gambar-Gambar Neraka

Gambar Neraka, Gambaran Neraka, Gambar-Gambar Neraka

Nah, sekarang kita sudah tahu bagai mana gambaran neraka. Siksaan yang akan kita hadapi nanti sangatlah menyakitkan. Ayuh, mulai sekarang kita jauhkan maksiat dan perbuatan-perbuatan yang melanggar perintah Allah dan kita melakukan apa yang diperintahkan Allah dan kita harus senantiasa berdoa dan bertaubat kepada Allah, karena kita hanyalah manusia yang penuh dengan dosa dan kesalahan.

Sumber: http://www.disukai.com/2013/04/gambaran-neraka-dalam-al-quran-dan-sunnah.html

6 December 2014 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | | Leave a comment

Jangan Mudah Mengkafir Dan Menerakakan Orang

Antara ciri wasatiyyah (tidak melampau dan tidak cuai) Ahlus Sunnah wal Jamaah ialah sikap berhati-hati dalam menghukum pihak lain dengan tuduhan kufur, laknat ataupun neraka. Mereka sedaya upaya mencari keuzuran bagi pihak yang hendak dikenakan tuduhan sedemikian. Ini kerana perkara yang nampak pada zahir, mungkin tidak sama pada hakikat yang sebenar.

Menilai Hakikat

Nabi s.a.w mengajar kita berhati-hati dalam menuduh orang lain sebagai kafir ataupun musuh Allah sewenang-wenangnya. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bahkan dalam hadis, Nabi s.a.w melarang melaknat seorang sahabat yang meminum arak kerana walaupun pada zahirnya dia berdosa dan minum arak adalah perbuatan yang dilaknat. Namun setiap orang mempunyai keadaan yang berbeza. Kejahatan dosa peribadi seseorang tidak semestinya dia sama sekali tidak mempunyai nilai baik yang lain. Mungkin dia lemah pada satu nilai, tapi ada kebaikan lain yang tidak melayakkan dia dilaknat.

Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini:

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”.

Kekufuran

Kemudian, bagi mereka yang membuat kesalahan yang membawa kepada kekufuran ataupun dosa yang besar mungkin tidak sampai kepada mereka ajaran yang sebenar dengan penghujahan yang cukup. Jangan kita sibuk menerakakan orang sedang Allah menyebut: (maksudnya)

“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15)

Hujjatul Islam Al-Imam al-Ghazali (w. 505H) dalam Faisal al-Tafriqah bain al-Islam wa al-Zandaqahmenyebut tentang mereka yang diselamatkan dengan rahmat Allah dari hukuman azab neraka, antaranya beliau menyebut:

“Aku katakan bahawa kebanyakan Kristian Rom dan Turki pada zaman ini termasuk dalam rahmat ini –dengan izin Allah- iaitu mereka yang berada di penghujung Rome dan Turki yang tidak sampai dakwah. Mereka itu tiga golongan; (golongan pertama) mereka yang tidak sampai kepada mereka nama Muhammad sama sekali. Mereka itu dimaafkan. (golongan kedua) mereka yang sampai kepada mereka nama Muhammad, sifat-sifatnya dan segala mukjizat (bukti) yang telah nyata. Mereka ini berjiran dengan Negara Islam dan bergaul dengan kaum muslimin. Mereka ini kuffar yang nyata. (golongan ketiga) mereka ini antara dua keadaan. Sampai kepada mereka nama Muhammad s.a.w tetapi tidak sampai ciri dan sifatnya. Mereka sejak awal mendengar bahawa seorang pendusta yang mengelirukan bernama Muhammad telah mendakwa menjadi nabi… mereka ini pada pendapatku sama seperti golongan yang pertama. Mereka ini sekalipun mendengar nama Muhammad tetapi mereka juga mendengar apa yang bercanggahan dengan sifat-sifatnya. Ini tidak menggerakkan mereka untuk mencari kebenaran..”

Kenyataan al-Imam Ghazali ini sekalipun beliau bercakap pada zaman beliau tetapi juga memberi gambaran bahawa sesiapa sahaja yang tidak sampai hujah yang nyata tentang Islam sekali mengetahui nama Islam, tidak termasuk dalam golongan kafir yang layak dihukum neraka. Apatah lagi di zaman kita ini, di mana wajah Islam yang sebenar sering dikelirukan dan orang muslim juga sering bertindak mengelirukan orang lain tentang Islam yang sebenar. Tuhan Maha Rahmat kepada sekelian hamba-hambaNYA.

Hujah

Mungkin penjelasan mengenai Islam dengan satu pendekatan yang pada zaman dahulu memadai, pada zaman ini sudah tidak memadai lagi. Mungkin memadai untuk segolongan manusia tetapi tidak bagi golongan yang lain. Maka, Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNYA.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut:

“Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”.

Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi:

“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)

Sumber: Dr Maza

26 December 2013 Posted by | Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail dating kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minuman nya air panas campur nanah, dan pakaian nya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauan ku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

28 July 2012 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Boleh kah menyebut si Fulan ahli neraka atau si Fulan ahli syurga

Soalan; Assalamualaikum Ust. Saya nak tanya satu soalan. Boleh tak kalau kita menghukum seseorang berdasarkan kepada zahir amalannya, contohnya kita kata si Anu masuk syurga si Anu kafir, si Anu masuk neraka berdasarkan kepada perbuatan zahir mereka? Bukankah nabi pernah mengatakan seorg wanita masuk neraka dgn sebab dia menyiksa seekor kucing dan seorang wanita yg lain masuk syurga dgn sebab dia memberi minum seekor anjing? Minta penjelasan ust.

1. Tidak boleh kita menyebut secara pasti dengan merujuk kepada individu seperti kita berkata “Si Fulan adalah ahli neraka” atau “Si Fulan ahli syurga”. Ini kerana sekalipun seorang itu melakukan dosa, pintu taubat dan pemgampunan Allah masih terbuka untuknya. Hari ini ia melakukan maksiat, mungkin esok ia bertaubat dan Allah menerima taubatnya dan ia menjadi ahli syurga. Begitu juga, boleh terjadi seorang itu hari ini rajin beribadah, namun esok atau hari depan ia menjadi pelaku maksiat dan mati dalam maksiat, lalu ditempatkan Allah dalam neraka. Apa yang boleh kita ucapkan ialah dengan menyandar kepada perbuatan seperti kita berkata; “Perbuatannya itu boleh menyebabkan ia diazab dalam neraka” atau “Amalannya itu adalah amalan ahli syurga”, dengan syarat terdapat nas dari al-Quran atau as-Sunnah menegaskan tentang amalan tersebut (sebagai amalan yang diredhai Allah atau dimurkaiNya, atau sebagai amalan syurga atau yang mengundang neraka).

2. Adapun Nabi, ia bercakap berdasarkan wahyu dari Allah. Jika ia berkata “Si Fulan adalah ahli syurga” (sebagaimana ia ucapkan tentang 10 sahabat yang dijamin syurga), itu adalah dari apa yang Allah khabarkan kepada baginda. Begitu juga, jika baginda berkata “Si Fulan ahli neraka” atau “Si Fulan di azab dalam kuburnya” (sebagaimana ucapan baginda tentang penghuni 2 kubur yang diazab kerana mengadu domba dan tidak menjaga kencingnya), itu juga perkhabaran dari Allah. Adapun kita hari ini, tidak ada wahyu yang turun memberitahu kita si fulan adalah ahli syurga atau si fulan ahli neraka kerana tiada Nabi lagi selepas Nabi Muhammad. Yang ada pada kita ialah al-Quran dan as-Sunnah yang menyebutkan amalan-amalan yang membawa ke syurga atau ke neraka dan golongan-golongan ahli syurga dan ahli neraka secara umum kecuali individu-individu tertentu yang disebut secara jelas sebagai ahli syurga atau ahli neraka. Maka orang lain selain individu-individu itu masa depan mereka masih tidak pasti bagi kita.

Terdapat riwayat menceritakan bahawa Umar r.a. pernah menegur di dalam khutbahnya; “Kamu sekelian selalu berkata semasa peperangan bahawa “Si Fulan adalah syahid” dan “Si Fulan telah mati sebagai seorang syahid”…Janganlah sekali-kali kamu berkata seperti itu, akan tetapi ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan Rasulullah s.a.w.;
مَنْ مَاتَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ قُتِلَ فَهُوَ شَهِيدٌ
“Sesiapa yang gugur di jalan Allah atau terbunh (di jalan Allah), maka dia adalah syahid”.
(Hadis hasan, riwayat Imam Ahmad. Lihat; Fathul-Bari, juz. 9, bab La Yaqul Fulan Syahid).

Wallahu a’lam.
Sumber:   [http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/05/bolehkah-menyebut-si-fulan-ahli-neraka.html]

25 June 2011 Posted by | Aqidah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: