Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kritikan Ilmiyyah Terhadap Buku Dr Maza : Bid’ah Hasanah Istilah Yang Disalah Fahami

Kritikan ini disusun oleh Kumpulan Penyelidikan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Laman Web : http://www.aswj-rg.com/ – (Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Research Group)

Sahabat boleh membaca artikel menjawab buku Dr Asri yang bertajuk Bid’ah Hasanah Istilah Yang Disalah Fahami di sini :

1. Bab 1

http://www.aswj-rg.com/…/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drma…

2. Bab 2 Bahagian 1

http://www.aswj-rg.com/…/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drma…

3. Bab 2 Bahagian 2

http://www.aswj-rg.com/…/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drma…

4. Bab 2 Bahagian 3

http://www.aswj-rg.com/…/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drma…

5. Bab 3 Bahagian 1

http://www.aswj-rg.com/…/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drma…

6. Bab 3 Bahagian Terakhir

http://www.aswj-rg.com/…/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drma…

Kritikan Ilmiyyah Terhadap Buku Dr Maza : Bid'ah Hasanah Istilah Yang Disalah Fahami
  

 Kritikan ini disusun oleh Kumpulan Penyelidikan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Laman Web : http://www.aswj-rg.com/ - (Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Research Group)

Sahabat boleh membaca artikel menjawab buku Dr Asri yang bertajuk Bid'ah Hasanah Istilah Yang Disalah Fahami di sini :

1. Bab 1 

http://www.aswj-rg.com/2013/12/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drmaza.html

2. Bab 2 Bahagian 1

http://www.aswj-rg.com/2013/12/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drmaza_11.html

3. Bab 2 Bahagian 2 

http://www.aswj-rg.com/2013/12/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drmaza_14.html

4. Bab 2 Bahagian 3

http://www.aswj-rg.com/2013/12/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drmaza_15.html

5. Bab 3 Bahagian 1

http://www.aswj-rg.com/2013/12/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drmaza-bidaah-hasanah-istilah-yang-disalah-fahami-bab-3-bahagian-i.html

6. Bab 3 Bahagian Terakhir 

http://www.aswj-rg.com/2013/12/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drmaza-bidaah-hasanah-istilah-yang-disalah-fahami-bab-3-bahagian-terakhir.html

1 February 2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

DALIL BAGI ORANG AWAM IALAH FATWA DARIPADA PARA MUJTAHID

Pernyataan Imam Asy Syatibi mengenai orang awam yang tidak mampu menjadi mujtahid.

Kerana bagi Imam Asy Syatibi cukup dengan fatwa para mujtahid sebagai dalil untuk orang awam.

Kata Imam Asy Syatibi :

Fatwa-fatwa para mujtahid itu bagi para orang awam bagaikan dalil syariat bagi para mujtahidin. Adapun alasannya ialah ada atau tidak adanya dalil bagi orang yang taqlid (muqollid) adalah sama sahaja kerana mereka sedikit pun tidak mampu mengambil faedah darinya. Jadi masalah meneliti dalil dan istinbath bukanlah urusan mereka dan mereka tidak diperkenankan melakukan hal tersebut. Dan sungguh ALlah subahanahu wa ta’ala telah berfirman (yang bererti) :

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui “.(Surah an Nahl :43)

Orang yang taqlid bukanlah orang yang alim. Oleh kerana itu, tidak sah baginya selain bertanya kepada ahli ilmu. Para ahli ilmu itulah tempat kembali baginya urusan hukum agama secara mutlak. Jadi kedudukan mereka bagi orang yang taqlid serta ucapannya seperti syarak.

Rujukan: (Al Muwafaqah, Karya Asy SYatibi, Jilid IV hlmn 290)


8 January 2015 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

KALAU ADA ORANG MENGATAKAN KENAPA KITA NAK KENA SAMBUT MAULIDUR RASUL?

 

INI SERBA SEDIKIT JAWAPANNYA.

Kalau ada hujah orang yang mengatakan membuat maulid ini bidaah,syirik dan sebagainya kerana beranggapan melakukan ibadah membesarkan selain daripada Allah سبحانه وتعالى maka apa kita nak kata?

Sebab apa orang buat maulid ini tak dipanggil ibadah kepada Rasulullah?Sebab dia bukan iktikad Rasulullah itu Tuhan.Dia bukan kata besar kepada Rasulullah dengan berdasarkan Rasulullah ﷺ itu Tuhan tetapi besarkan kepada Rasulullah kerana cinta dan kasih kepada Rasulullah ﷺ.

Rasulullah ﷺ kalau kita kenal dia Allah kita mesti kena kasih dan cinta.Ingat tak kisah batang tamar yang menangis sedih kerana rindukan dan kasihkan Rasulullah ﷺ kerana Rasulullah tidak menggunakan ia lagi setelah dibuat mimbar yang baru.

Maka batang tamar itu menangis sehingga tangisan itu bukan sahaja didengari oleh Rasulullah ﷺ bahkan kepada Para Sahabat turut mendengar tangisan itu yang mana Rasulullah turun daripada mimbar dan pergi kepada batang tamar tersebut memeluk dan mengatakan sesuatu yang mana kata Rasulullah kalau tidak pasti batang tamar itu akan menangis sehingga ke hari kiamat.

Kata Hasan Al-Basri kalau batang tamar yang tidak mempunyai akal dan hati ini pun menangis kerana rindukan Rasulullah maka kita yang ada akal dan hati ini adakah kita tak rindu dan cintakan Rasulullah?Sepatutnya kita kena rindu dan cinta kepada Rasulullah ﷺ lebih daripada batang tamar itu dan banyak lagi kisah benda-benda yang tak bernyawa merindui Rasulullah.Sepatutnya kita kena lebih lagi rasa rindu dan cinta.

Bertolak/bermula daripada cinta inilah yang menjadi majlis seperti ini(Maulid).Tak rasa cinta macam mana?Rasulullah ﷺ itu lebih kasih kepada kita lebih daripada kita kasih kepada diri kita sendiri.Habis tu adakah kita tak kasih kepada Rasulullah ﷺ lagi?

Rasulullah ﷺ kata siapa yang mati meninggal dunia tinggal harta benda maka hartanya akan dibahagikan kepada ahli keluarganya.Dan sesiapa yang mati tinggalkan hutang maka aku tanggung diatas aku.Kata Rasulullah ﷺ.Rasulullah bersama dengan kita.Rasulullah ﷺ kasih kepada Ummat Baginda lebih daripada kita kasih kepada diri kita ini.Mana adab kita kepada Rasulullah?

Kita kena kasih kasih kepada Rasulullah.Orang yang faham dan kenal Rasulullah tak boleh tak kasih kepada Rasulullah ﷺ.Tapi orang yang tak kenal Rasulullah dia tak akan kasih kepada Rasulullah ﷺ.

Allah macam mana kita tak kasih kepada Rasulullah?Rasulullah ﷺ tak redha sama sekali kita duduk dekat neraka.Nanti di hari kiamat Rasulullah yang akan menyelamatkan setiap daripada Ummat Baginda daripada terjerumas ke dalam api neraka bersusah payah di sana.Memberikan syafaat kepada kita.Itu Rasul kita.

Dah tu ada orang mengatakan kita membesarkan Rasulullah ﷺ sampai ke tahap Tuhan?Tidak!!!Bukan sampai kepada tahap Tuhan.Kita besarkan Rasulullah ﷺ kerana Baginda itu Rasul kita dan Baginda Nabi ﷺ kasih kepada kita,Baginda menyampaikan perkara baik kepada kita.Baginda jugalah beri kebaikan kepada kita begitu banyak yang tak boleh kita bilang.Itu sebab kita kena kasih dan cinta kepada Rasulullah ﷺ.

Setengah daripada hujah mereka yakni Wahabi yang mengatakan maulid ini tidak dibuat oleh orang salaf.Orang salaf tak buat maulid.Itu setengah daripada hujah mereka.

Cuma kita periksa macam mana nak jawab?Kalau kita tak boleh nak jawab maka orang wahabi ini boleh berjalan terus lagi!!!

Jawab dia lagumano?Ukuran benar dan palsu itu bukan dengan salaf.Itu jawapan dia.Salaf itu bukan jadi ukuran benar dan palsu.Yang menjadi ukuran yang benar dan palsu itu adalah Al-Quran,As-Sunnah,Ijmak dan Qiyas iaitu dalam kata pendeknnya ialah dalil-dalil syarak.

Bila ada dalil-dalil syarak buat tak buat salah tak jadi masalah.Bila ada dalil pada syarak salaf tak buat maka kita boleh buat apatah lagi kalau salaf buat.Berapa banyak yang orang salaf tinggal untuk kita belajar.Dia(salaf) tinggal dia tak buat,kita boleh buat.

Di masa kita mengadakan beberapa perkara yang tidak diadakan pada masa salaf.Ulama kita buat.Itu jawapan dia.Kalau dia(Wahabi) kata salaf jadi dalil syarak maka suruh dia bawak mari bukti dalil yang mengatakan dalil salaf jadi dalil syarak.Allah nak jadi dalil syarak macam mana Rasulullah ﷺ sendiri banyak yang Rasulullah tinggal kita boleh buat.Habis itu kalau salaf tinggal?Lagilah kita boleh buat.

Mana dalil yang mengatakan benda yang salaf ak buat jadi bidaah.Ada tak Al-Quran,hadis,ijmak dan qiyas?Tak ada?Oleh itu mu lah(Wahabi) bidaah dalalah.Duk tambah hukum pandai-pandai,reka hukum dia panggil.

Besar sungguh ini.Siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang mereka atas Allah akan dusta?Perkara yang Allah tak kata haram kita kata haram.Perkara yang Nabi tak kata haram kita pergi kata haram.Itu nama kita reka di atas Allah.Reka di atas Rasul.Itu orang yang paling zalim sekali.

Allah tak kata kita kata Allah kata.Rasul tak kata kita kata Rasul kata.Itu salah,tak betul.

Setengah daripada hujah mereka lagi mengatakan maulid ini menyerupai dengan agama kristian.Kristian membesarkan hari kelahiran Nabi Isa ‘Alaihissalam maka kita membesarkan hari kelahiran Nabi kita iaitu Nabi Muhammad ﷺ.

Jawapannya semata-mata serupa tak jadi hujah tak jadi dalil syarak yang mana kita pada hari ini berapa banyak yang serupa dengan orang kafir.(fikirkan banyak contoh boleh diberikan)

Dan setengah daripada hujah mereka yang paling kuat adalah bila buat maulid iaitu berhimpun padanya beberapa perkara yang haram.Bercampur dengan perkara yang haram.Ada bergaul antara lelaki dan perempuan dan ada yang membazir harta.Itu hujah dia ada bazir harta dan ada campur laki dan perempuan dia kata.

Jawapannya itu bukan haram maulid.Itu dia panggil haram li’aridi.Bukan dalil haram maulid.Kalau sembahyang jemaah,kalau tawaf haram belakalah yang bergaul yang haram?Tawaf bukan haram tapi haram bergaul perempuan dan lelaki.Itu lain.

Kalau dia berhujah pada yang itu bererti dia tak faham dalil syarak.Dalil yang haram berhimpun lelaki dan perempuan itu suku.Serupa arak.Haram tak arak?Contohnya kalau kita buat maulid sambil minum arak.Haram tak maulid itu?

Bukan haram maulid tapi yang haramnya adalah haram minum arak tak kira minum arak di tempat maulid ataupun di tempat-tempat yang lainnya.Maulid tak haram tapi minum arak itu yang haram.Itu orang panggil haram li’aridi.

Contoh lagi.Kalau kita buat sembahyang jemaah selang laki perempuan sebelah-belah.Haram sembahyang jemaah ke?Bukan!!Tapi yang haram adalah haram bergaul.Sebab itu kita kena faham betul-betul..Jangan kita ikut doktor wahabi ini dia kalau orang sakit kaki dia pergi kerat tekok.Itu tak betul salah.

Yang haram bergaul antara lelaki dan perempuan sebab itu kita kena cegah yang itu asingkan tempat lelaki dan perempuan bukannya mengatakan maulid itu yang haram.

#‎MutiaraKata‬ [TUAN GURU HJ.GHAZALI AHMAD @ BABA LI]

 

‎KALAU ADA ORANG MENGATAKAN KENAPA KITA NAK KENA SAMBUT MAULIDUR RASUL?INI SERBA SEDIKIT JAWAPANNYA.

Kalau ada hujah orang yang mengatakan membuat maulid ini bidaah,syirik dan sebagainya kerana beranggapan melakukan ibadah membesarkan selain daripada Allah  سبحانه وتعالى maka apa kita nak kata?

Sebab apa orang buat maulid ini tak dipanggil ibadah kepada Rasulullah?Sebab dia bukan iktikad Rasulullah itu Tuhan.Dia bukan kata besar kepada Rasulullah dengan berdasarkan Rasulullah ﷺ itu Tuhan tetapi besarkan kepada Rasulullah kerana cinta dan kasih kepada Rasulullah ﷺ.

Rasulullah ﷺ kalau kita kenal dia Allah kita mesti kena kasih dan cinta.Ingat tak kisah batang tamar yang menangis sedih kerana rindukan dan kasihkan Rasulullah ﷺ kerana Rasulullah tidak menggunakan ia lagi setelah dibuat mimbar yang baru.

Maka batang tamar itu menangis sehingga tangisan itu bukan sahaja didengari oleh Rasulullah ﷺ bahkan kepada Para Sahabat turut mendengar tangisan itu yang mana Rasulullah turun daripada mimbar dan pergi kepada batang tamar tersebut memeluk dan mengatakan sesuatu yang mana kata Rasulullah kalau tidak pasti batang tamar itu akan menangis sehingga ke hari kiamat.

Kata Hasan Al-Basri kalau batang tamar yang tidak mempunyai akal dan hati ini pun menangis kerana rindukan Rasulullah maka kita yang ada akal dan hati ini adakah kita tak rindu dan cintakan Rasulullah?Sepatutnya kita kena rindu dan cinta kepada Rasulullah ﷺ lebih daripada batang tamar itu dan banyak lagi kisah benda-benda yang tak bernyawa merindui Rasulullah.Sepatutnya kita kena lebih lagi rasa rindu dan cinta.

Bertolak/bermula daripada cinta inilah yang menjadi majlis seperti ini(Maulid).Tak rasa cinta macam mana?Rasulullah ﷺ itu lebih kasih kepada kita lebih daripada kita kasih kepada diri kita sendiri.Habis tu adakah kita tak kasih kepada Rasulullah ﷺ lagi?

Rasulullah ﷺ kata siapa yang mati meninggal dunia tinggal harta benda maka hartanya akan dibahagikan kepada ahli keluarganya.Dan sesiapa yang mati tinggalkan hutang maka aku tanggung diatas aku.Kata Rasulullah ﷺ.Rasulullah bersama dengan kita.Rasulullah ﷺ kasih kepada Ummat Baginda lebih daripada kita kasih kepada diri kita ini.Mana adab kita kepada Rasulullah?

Kita kena kasih kasih kepada Rasulullah.Orang yang faham dan kenal Rasulullah tak boleh tak kasih kepada Rasulullah ﷺ.Tapi orang yang tak kenal Rasulullah dia tak akan kasih kepada Rasulullah ﷺ.

Allah macam mana kita tak kasih kepada Rasulullah?Rasulullah ﷺ tak redha sama sekali kita duduk dekat neraka.Nanti di hari kiamat Rasulullah yang akan menyelamatkan setiap daripada Ummat Baginda daripada terjerumas ke dalam api neraka bersusah payah di sana.Memberikan syafaat kepada kita.Itu Rasul kita.

Dah tu ada orang mengatakan kita membesarkan Rasulullah ﷺ sampai ke tahap Tuhan?Tidak!!!Bukan sampai kepada tahap Tuhan.Kita besarkan Rasulullah  ﷺ kerana Baginda itu Rasul kita dan Baginda Nabi ﷺ kasih kepada kita,Baginda menyampaikan perkara baik kepada kita.Baginda jugalah beri kebaikan kepada kita begitu banyak yang tak boleh kita bilang.Itu sebab kita kena kasih dan cinta kepada Rasulullah ﷺ.

Setengah daripada hujah mereka yakni Wahabi yang mengatakan maulid ini tidak dibuat oleh orang salaf.Orang salaf tak buat maulid.Itu setengah daripada hujah mereka.

Cuma kita periksa macam mana nak jawab?Kalau kita tak boleh nak jawab maka orang wahabi ini boleh berjalan terus lagi!!!

Jawab dia lagumano?Ukuran benar dan palsu itu bukan dengan salaf.Itu jawapan dia.Salaf itu bukan jadi ukuran benar dan palsu.Yang menjadi ukuran yang benar dan palsu itu adalah Al-Quran,As-Sunnah,Ijmak dan Qiyas iaitu dalam kata pendeknnya ialah dalil-dalil syarak.

Bila ada dalil-dalil syarak buat tak buat salah tak jadi masalah.Bila ada dalil pada syarak salaf tak buat maka kita boleh buat apatah lagi kalau salaf buat.Berapa banyak yang orang salaf tinggal untuk kita belajar.Dia(salaf) tinggal dia tak buat,kita boleh buat.

Di masa kita mengadakan beberapa perkara yang tidak diadakan pada masa salaf.Ulama kita buat.Itu jawapan dia.Kalau dia(Wahabi) kata salaf jadi dalil syarak maka suruh dia bawak mari bukti dalil yang mengatakan dalil salaf jadi dalil syarak.Allah nak jadi dalil syarak macam mana Rasulullah ﷺ sendiri banyak yang Rasulullah tinggal kita boleh buat.Habis itu kalau salaf tinggal?Lagilah kita boleh buat.

Mana dalil yang mengatakan benda yang salaf ak buat jadi bidaah.Ada tak Al-Quran,hadis,ijmak dan qiyas?Tak ada?Oleh itu mu lah(Wahabi) bidaah dalalah.Duk tambah hukum pandai-pandai,reka hukum dia panggil.

Besar sungguh ini.Siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang mereka atas Allah akan dusta?Perkara yang Allah tak kata haram kita kata haram.Perkara yang Nabi tak kata haram kita pergi kata haram.Itu nama kita reka di atas Allah.Reka di atas Rasul.Itu orang yang paling zalim sekali.

Allah tak kata kita kata Allah kata.Rasul tak kata kita kata Rasul kata.Itu salah,tak betul.

Setengah daripada hujah mereka lagi mengatakan maulid ini menyerupai dengan agama kristian.Kristian membesarkan hari kelahiran Nabi Isa 'Alaihissalam maka kita membesarkan hari kelahiran Nabi kita iaitu Nabi Muhammad ﷺ.

Jawapannya semata-mata serupa tak jadi hujah tak jadi dalil syarak yang mana kita pada hari ini berapa banyak yang serupa dengan orang kafir.(fikirkan banyak contoh boleh diberikan)

Dan setengah daripada hujah mereka yang paling kuat adalah bila buat maulid iaitu berhimpun padanya beberapa perkara yang haram.Bercampur dengan perkara yang haram.Ada bergaul antara lelaki dan perempuan dan ada yang membazir harta.Itu hujah dia ada bazir harta dan ada campur laki dan perempuan dia kata.

Jawapannya itu bukan haram maulid.Itu dia panggil haram li'aridi.Bukan dalil haram maulid.Kalau sembahyang jemaah,kalau tawaf haram belakalah yang bergaul yang haram?Tawaf bukan haram tapi haram bergaul perempuan dan lelaki.Itu lain.

Kalau dia berhujah pada yang itu bererti dia tak faham dalil syarak.Dalil yang haram berhimpun lelaki dan perempuan itu suku.Serupa arak.Haram tak arak?Contohnya kalau kita buat maulid sambil minum arak.Haram tak maulid itu?

Bukan haram maulid tapi yang haramnya adalah haram minum arak tak kira minum arak di tempat maulid ataupun di tempat-tempat yang lainnya.Maulid tak haram tapi minum arak itu yang haram.Itu orang panggil haram li'aridi.

Contoh lagi.Kalau kita buat sembahyang jemaah selang laki perempuan sebelah-belah.Haram sembahyang jemaah ke?Bukan!!Tapi yang haram adalah haram bergaul.Sebab itu kita kena faham betul-betul..Jangan kita ikut doktor wahabi ini dia kalau orang sakit kaki dia pergi kerat tekok.Itu tak betul salah.

Yang haram bergaul antara lelaki dan perempuan sebab itu kita kena cegah yang itu asingkan tempat lelaki dan perempuan bukannya mengatakan maulid itu yang haram.

#MutiaraKata[TUAN GURU HJ.GHAZALI AHMAD @ BABA LI]‎

6 January 2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Amalan amalan “bidaah” para salafusoleh yang tidak pernah dibuat Raulullah SAW.

Banyak amalan salafussoleh yang tak pernah dibuat Rasulullah.

1. Solat terawih berjemaah 20 rakaat selama sebulan – ijtihad saidina Umar

2. Idea Pengumpulan Al Quran dan seterusnya pembukuan Al Quran – ijtihad saidina Umar dan Saidina Uthman

3. Solat sunat selepas ambik wudhuk – ijtihad Bilal bin Rabah

4. Merekacipta selawat – Saidina Ali, AbduLlah bin Umar, Abdullah bin Abbas, AbduLlah bin Mas’ud, Imam ASy Syafie radiyallahu ‘anhum

5. Azan dua kali sebelum solat Jumaat – Saidina Uthman

6. Imam Malik berpendapat, diharuskan melewatkan solat bagi mereka yang ketiadaan air diqiyaskan dengan seorang perempuan yang kedatangan haid yang diharuskan melewatkan solatnya (al Mughni: 1/250)

7. Imam Abu Hanifah dan Imam asy Syafie berpendapat, sah tayammum bagi seorang yang berhadas besar dengan niat mengangkat hadas kecil diqiyaskan dengan sahnya wudhuk selepas membuang air kecil atau besar (walaupun tanpa niat untuk mengerjakan solat). (Al Mughni: 1/267)

8. Imam Malik membolehkan qadha’ solat malam yang terluput, iaitu dikerjakannya selepas terbit fajar sebelum solat Subuh diqiyaskan dengan solat witir. Tetapi ini adalah salah satu pendapat Imam Malik berhubung dengan masalah ini. (al Mughni:2/120)

9. Solat Sunat Dhuha – Ibnu Umar radiyallahu ‘anhu

Banyak lagi.

Yang penting yang berijtihad berkenaan memang ada disiplin ilmu yang kuat untuk berijtihad. Dan mereka tahu apa kehendak dalil al Quran dan hadith samada berbentuk am, khas, nasikh, mansukh dsb.

Datang makhluk penyesat zaman sekarang ni kata, apa yang tidak dibuat oleh Rasulullah adalah dilarang, diharamkan, bid’ah sesat masuk neraka dan ditinggalkan terus ?

2 December 2014 Posted by | Ibadah, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Jangan cepat melabel buruk dan tuduhan berat kepada seseorang

Cari salah orang aje
Masyarakat kita perlu dididik agar TIDAK CEPAT menuduh seseorang yang berbeza dengannya dengan tuduhan yang berat seperti Kafir, Liberal, Syirik, Bid’ah, Wahhabi, Ahbash, Khawarij, Sesat, Mujassim, Munafiq, Hina Islam, Persenda hukum, cabar Allah swt, Hina Nabi s.a.w dan yang sepertinya TANPA punyai bukti jelas.

Malah jika ada bukti pun, masih sangat perlu meneliti konteks percakapan, perbuatan dan tulisan itu.

Bukan itu sahaja, malah perlu juga meneliti faktor kesilapan tidak sengaja seperti salah cetak, tersalah tulis, tersalah catat, media tersalah quote dan mungkin hasil kurang ilmu & kefahaman dan bukan sengaja ingin berniat jahat.

Kebodohan itu tidak aib jika mereka sanggup belajar TETAPI si bijak yang mencerca si bodoh itulah sangat aib.

Masyarakat yang mudah melabel dan menuduh dengan tuduhan berat pasti akan sentiasa hidup dalam stress. Hari ini kita boleh menuduh seseorang dan bergembira dengan ‘label buruk’ itu, kelak nanti pasti ‘label buruk’ yang lain pula menimpa kita..tatkala itu akan dirasakan pedihnya.

Sukar dibayangkan bagaimana seorang yang mengaku ilmuwan atau pendakwah ke arah Islam, kebenaran dna kebaikan tetapi sangat mudah membuat gelaran membenci, mengutuk, menghina. bagiaman mereka nak menarik mad’u kepada mereka dengan sifat itu???

Banyak sungguh dalil dalam hal ini, cuma tidak mahu memanjangkan status ini. Lihatlah ayat Al-Hujurat ayat 11. dan juga hadis nabi

Sahabat-sahabat yang dikasihi, Rasulullah bersabda :

ادرؤوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم فإن كان له مخرج فخلوا سبيله , فإن الإمام أن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة

Ertinya : Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin selagi kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), LEBIH BAIK dari yang tersilap (dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah)” (Riwayat Ibn Majah, kitab al-Hudud, no 5004, At-Tirmizi, kitab al-Hudud, no 1424)

Bayangkan tindakan Umar al-Khattab :

أتي عمر رضي الله عنه بامرأة قد حملت فادّعت أنها أكرهت فخلى سبيلها

Ertinya : Pernah dibawakan kepada Umar Al-Khattab seorang wanita yang mengandung tanpa nikah, wanita tersebut mendakwa ia dipaksa (dirogol) maka Umar terus membebaskan wanita terbabit (dari hukuman hudud) ( Riwayat Al-Baihaqi, 8/235)

Imam Ibn Qudamah pula menjelaskan terdapat yang mentakwilkan wanita tersebut hamil bukan disebabkan zina dan persetubuhan tetapi adalah disebabkan dimasukkan mani lelaki tersebut ke dalam kemaluannya. (Al-Mughni, 1/193)

Semuanya ini sepatutnya memberikan kefahaman kepada para ustaz/ah, ilmuan dan ramai agar jangan tergesa-gesa melabel, men‘cop’ dan menganggap seseorang yang berbeza pendapat dengannya.

Dr Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

23 October 2014 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | , , , , , , , | Leave a comment

Hukum binaan di Kubur

(Menjawab Isu Yang Dibangkitkan)

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول لله وعلى آله وصحبه ومن تبعهم الى يوم

القيامة , أما بعد:

1. Disusunkan artikel ini bertujuan menerangkan kepada masyarakat tentang beberapa hukum yang dikelirukan oleh sesetengah pihak yang menggunakan zahir lafaz hadis tanpa merujuk kepada huraian ulama mujtahid yang berkelayakkan dalam menghuraikan hukum-hakam yang tersirat di dalam sesebuah hadis. Para ulama yang muktabar memperincikan lagi maksud sebenar huraian imam ikutan mereka itu. Maka mantaplah segala hukum dan terhindar daripada huraian mengikut hawa nafsu, ilmu yang cetek serta akal yang dangkal. Ini kerana, tidak semua diberikan ilmu yang seperti ulama-ulama tersebut. Merekalah pewaris nabi yang beramanah dalam menjaga agama ini.

ان العلماء ورثة الأنبياء ورثوا علما…

Ertinya: “ Sesungguhnya para ulama adalah pewaris kepada para anbia dan mereka itu mewarisi keilmuan.…” (Al-Hadis)

2. Hukum Binaan Di atas Kubur

Tentang hadis larangan binaan di atas kubur, Imam Syafie menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Ummnya (bab jenazah):

” ورأيت من الولاة (بمكة) من يهدم ما يبنى فيها ولم أر فقهاء يعيبون عليه ذلك ولأن في ذلك تضييقا على الناس “

Ertinya: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”

3. Katanya lagi: ” فان كانت القبور في الأرض يملكها الموتى في حياتهم أو ورثتهم بعدهم , لم يهدم شىء يبنى منها وانما يهدم ان هدم ما لا يملكه أحد فهدمه لئلا يحجر على الناس “

Ertinya: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”

4. Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):

” ولوجود علة تحريم البناء في ذلك وهى تحجير الأرض على من يدفن بعد بلاء الميت اذ الغالب أن البناء يمكث الى ما بعد البلى وأن الناس يهابون فتح القبر المبني فكان في البناء تضييق للمقبرة ومنع الناس من الانتفاع بها فحرم “

Ertinya: “Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”

5. Beberapa perkara yang difahami daripada huraian Imam Syafie adalah:-

1) Binaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri

2) Binaan di dalam tanah perkuburan disabilkan

3) Binaan yang menyebabkan:

a) terhalang daripada ditanamkan mayat lain (bila berlaku kesesakan)

b) menyempitkan tanah perkuburan dengan perkara yang berlebih-lebihan

6. Para ulama yang mengikuti Imam Syafie menghuraikan maksud sebenar perkataan Imam mereka tentang Hukum Binaan tersebut, adalah seperti berikut:-

Maksud sebenar Binaan tersebut dan dimakruhkan di tanah perkuburan milik sendiri

Binaan yang di maksudkan itu ialah binaan yang sama betul dengan liang lahad mayat (tidak memakan ruang yang terlebih luas) dan juga binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripada itu seperti kubah, masjid, bilik dan lain-lain. Binaan tersebut dimakruhkan di dalam kawasan tanah kubur milik persendirian. Ini adalah pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie.

7. Tersebut di dalam kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah) :

” (ويكره تجصيص القبر والبناء) عليه في حريمه وخارجه, نعم ان خشي نبش أو حفر سبع أو هدم سيل لم يكره “

Ertinya: “{Dimakruhkan (dalam tanah perkuburan milik sendiri) memutihkan kubur dengan kapur dan membuat binaan} di atas kubur pada permukaan liang lahadnya dan ruang yang terlebih luas daripada itu, sungguh pun begitu tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.”

As-Syarwani menjelaskan lagi perkataan Ibnu Hajar itu di dalam Hasyiahnya:

” أي ويكره على القبر في حريمه وهو ما قرب منه جدا وخارج الحريم هذا في غير المسبلة “

Ertinya: “ Iaitu dimakruhkan binaan di atas kubur pada permukaan liang kubur iaitu ruang atau tanah yang betul-betul hampir dengan liang lahad kubur dan dimakruhkan juga pada ruang atau tanah yang terlebih luas daripada liang kubur tersebut. Hukum makruh terbabit adalah di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan

( iaitu tanah perkuburan milik sendiri).”

8. Terdapat Pendapat yang lemah di dalam mazhab Syafie yang menyatakan bahawa dimakruhkan binaan yang tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada permukaan liang lahad kubur dan diharamkan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripadanya, sama ada binaan berkenaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri atau tanah perkuburan yang disabilkan.

Di dalam kitab Murghni Muhtaj, bab jenazah: “ Sesetengah ulama mazhab Syafie menyesuaikan perkataan Imam Nawawi di dalam matan Minhaj dan perkataannya di dalam Majmuk dan lain-lain, dengan memberi maksud bahawa dimakruhkan apabila dibina hanya di atas kubur, dengan makna adalah binaan itu berada sama betul dengan permukaan liang kubur. Diharamkan binaan itu apabila didirikan di atas kubur kubah atau bilik yang didiami. Pendapat yang muktamad adalah haram semata-mata (tanpa membezakan di antara binaan sama betul dengan liang lahad dan binaan yang terlebih luas daripada itu).”

9. Di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri

Binaan seperti kubah, bilik, masjid dan lain-lain, tiada haram serta tiada makruh sekiranya dibina di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri. Tujuan didirikan binaan tersebut adalah untuk menggalakkan orang ramai datang menziarahi kubur mereka dan sempena mengambil berkat.

Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226):

” قال بعضهم الا في صحابي ومشهور الولاية فلا يجوز وان انمحق ويؤيده تصريحهم بجواز الوصية بعمارة قبور الصلحاء أي في غير المسبلة على ما يأتي في الوصية لما فيه من احياء الزيارة والتبرك “

Ertinya: “ Sesetengah ulama syafie berkata: “ Melainkan pada kubur sahabat dan mereka yang masyhur dengan kewalian maka tiada harus membongkarkan kuburnya, sekalipun telah hancur jasadnya. Pendapat mereka dikuatkan dengan kenyataan fuqaha bahawa diharuskan berwasiat supaya dibangunkan binaan di atas kubur orang yang soleh, iaitu di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan, mengikut keterangan yang akan datang pada bab wasiat. Keharusan itu bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan ziarah dan sempena mengambil berkat.”

10. Binaan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan

Di dalam tanah perkuburan yang disabilkan atau diwakafkan, haram membina kubah, bilik, rumah atau masjid di atasnya. Wajib diruntuhkan binaan tersebut walaupun didirikan atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada. Ini adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab syafie.

Tersebut di dalam kitab Nihayah bagi Syeikh Ramli ketika mensyarahkan Minhaj Imam Nawawi, bab jenazah:

“( ولو بني في مقبرة مسبلة, هدم) البناء وجوبا لحرمته ولما فيه من تضييق على الناس وسواء أبني قبة أو بيتا أو مسجدا أم غيرها “

Ertinya: “ (Jika dibinakan di atas kubur di dalam kawasan perkuburan yang disabilkan nescaya mesti diruntuhkan) binaan itu sebagai hukum yang wajib. Ini kerana binaan tersebut adalah haram dan kerana terdapat padanya sebab (العلة) pengharaman iaitu menyempitkan (tanah perkuburan yang disabilkan). Hukumnya tetap seperti itu, sama ada dibinakan kubah, bilik (rumah), masjid atau lainnya.”

Diharamkan binaan tersebut walaupun di atas kubur para nabi, wali, ulama dan lain-lain di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana kenyataan Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) yang telah lalu mengikut beliau binaan seperti kubah, bilik, rumah dan masjid tidak dimakruhkan di atas kubur mereka sekiranya di dalam kawasan tanah perkuburan milik persendirian. Maka difahami daripada perkataan beliau bahawa binaan tersebut diharamkan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan.

11. Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan

Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan ialah hanya binaan seperti simen, marmar dan lain-lain dimana binaan itu tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada liang lahad kubur.

Ini ada dinyatakan di dalam Nihayah karangan Syeikh Ramli bab jenazah (jili 3, m/s 41,عند قول المتن لا للتكفين على الأصح ) ketika membahaskan larangan membongkar kubur sahabat dan wali setelah hancur jasad mereka untuk ditanam jenazah lain. Kerana larangan inilah, diharuskan binaan di atas liang lahad kubur mereka supaya tidak dibongkarkan untuk ditanam jenazah lain.Beliau menukilkan perkataan Muwaffiq bin Hamzah yang mengharuskan berwasiat untuk membina binaan di atas kubur sahabat dan wali bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan menziarahi dan mengambil berkat.

Binaan yang dimaksudkan oleh nukilan Syeikh Ramli itu ialah hanya binaan di atas liang lahad kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya sahaja seperti disimen dan dipasangkan marmar, bukan binaan yang memakan ruang lebih luas daripada itu, seperti kubah, bilik, rumah, masjid dan lain-lain. Ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh Al-Allamah Ali Syabramalisi di dalam Hasyiah Nihayah (jilid 3 : m/s 41 bab jenazah) dengan katanya:

” والمراد بعمارة ذلك بناء محل الميت فقط لا بناء القباب ونحوها “

Ertinya: “ Dimaksudkan dengan mendirikan binaan tersebut ialah binaan di tempat liang lahad simati (nabi, wali, ulama dan seumpamanya) sahaja, bukannya binaan segala kubah dan seumpamanya.”

Al-Allamah Ali Syabramalisi di dalam Hasyiah Nihayah juga menegaskan:

“ Pendapat yang muktamad ialah apa yang dikatakan oleh Syeikh Ramli di dalam bab jenazah iaitu harus berwasiat untuk meratakan tanah kubur para nabi dan orang soleh serta membangunkan binaan (yakni binaan seperti simen, marmar) di atas kubur mereka di dalam tanah kubur yang disabilkan.”

(حاشية الشرواني على التحفة : كتاب الوصايا وما يتعلق به عند قول المتن واذا أوصى لجهة عامة فالشرط أن لا تكون معصية : ج 3/ ص 6)

Terdapat pendapat yang lemah di dalam mazhab syafie bahawa diharuskan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas seperti kubah, bilik dan lain-lain di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana yang tersebut di dalam kitab ‘Iaanah AtThalibin (Fasal : solat ke atas simati, jilid 2 : m/s120) :

” وقال البجيرمي : واستثنى بعضهم قبور الأنبياء والشهداء والصالحين ونحوها (برماوي) , وعبارة الرحماني : نعم قبور الصالحين يجوز بناؤها ولو قبة لاحياء الزيارة والتبرك , قال الحلبي : ولو في مسبلة وأفتى به وقد أمر به الشيخ الزيادي مع ولايته…”

Ertinya: “ Al-Bujairimi berkata: Sesetengah ulama mazhab syafie mengecualikan (daripada hukum haram) kubur para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan seumpamanya (nukilan Barmawi). Teks Ar-Rahmani menyebut: Sungguhpun begitu, kubur orang-orang soleh diharuskan membina di atasnya, sekalipun binaan kubah bertujuan memakmurkan dengan ziarah dan mengambil berkat. Al-Halabi berkata: Walaupun di dalam tanah perkuburan yang disabilkan dan beliau berfatwa sebegitu. Sesungguhnya Syeikh Ziyadi memerintahkan supaya didirikan binaan tersebut ketika beliau berkuasa…..”

Sumber : http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=28%3Ahukum-binaan-di-atas-kubur&catid=9%3Asoal-jawab-agama&Itemid=25

12. Fatwa Negeri Kedah

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/binaan-di-atas-tanah-perkuburan

13. Fatwa Brunei Darussalam

http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=11168&newlang=mas

Oleh: Oleh : Ustaz Nik Nazimuddin

14. [LIHAT GAMBAR] Binaan Kubur Saidina Ibrahim (anak Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam)

‎HUKUM BINAAN DI KUBUR<br />
(Menjawab Isu Yang Dibangkitkan Hafiz Hamidun)</p>
<p>Oleh : Ustaz Nik Nazimuddin</p>
<p>الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول لله وعلى آله وصحبه ومن تبعهم الى يوم</p>
<p>القيامة , أما بعد:</p>
<p>1. Disusunkan artikel ini bertujuan menerangkan kepada masyarakat tentang beberapa hukum yang dikelirukan oleh sesetengah pihak yang menggunakan zahir lafaz hadis tanpa merujuk kepada huraian ulama mujtahid yang berkelayakkan dalam menghuraikan hukum-hakam yang tersirat di dalam sesebuah hadis. Para ulama yang muktabar memperincikan lagi maksud sebenar huraian imam ikutan mereka itu. Maka mantaplah segala hukum dan terhindar daripada huraian mengikut hawa nafsu, ilmu yang cetek serta akal yang dangkal. Ini kerana, tidak semua diberikan ilmu yang seperti ulama-ulama tersebut. Merekalah pewaris nabi yang beramanah dalam menjaga agama ini.</p>
<p>ان العلماء ورثة الأنبياء ورثوا علما…</p>
<p>Ertinya: “ Sesungguhnya para ulama adalah pewaris kepada para anbia dan mereka itu mewarisi keilmuan.…” (Al-Hadis)</p>
<p>2. Hukum Binaan Di atas Kubur</p>
<p>Tentang hadis larangan binaan di atas kubur, Imam Syafie menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Ummnya (bab jenazah):</p>
<p>” ورأيت من الولاة (بمكة) من يهدم ما يبنى فيها ولم أر فقهاء يعيبون عليه ذلك ولأن في ذلك تضييقا على الناس “<br />
Ertinya: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”</p>
<p>3. Katanya lagi: ” فان كانت القبور في الأرض يملكها الموتى في حياتهم أو ورثتهم بعدهم , لم يهدم شىء يبنى منها وانما يهدم ان هدم ما لا يملكه أحد فهدمه لئلا يحجر على الناس “<br />
Ertinya: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”</p>
<p>4. Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):</p>
<p>” ولوجود علة تحريم البناء في ذلك وهى تحجير الأرض على من يدفن بعد بلاء الميت اذ الغالب أن البناء يمكث الى ما بعد البلى وأن الناس يهابون فتح القبر المبني فكان في البناء تضييق للمقبرة ومنع الناس من الانتفاع بها فحرم “<br />
Ertinya: “Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”</p>
<p>5. Beberapa perkara yang difahami daripada huraian Imam Syafie adalah:-</p>
<p>1) Binaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri</p>
<p>2) Binaan di dalam tanah perkuburan disabilkan</p>
<p>3) Binaan yang menyebabkan:</p>
<p>a) terhalang daripada ditanamkan mayat lain (bila berlaku kesesakan)</p>
<p>b) menyempitkan tanah perkuburan dengan perkara yang berlebih-lebihan</p>
<p>6. Para ulama yang mengikuti Imam Syafie menghuraikan maksud sebenar perkataan Imam mereka tentang Hukum Binaan tersebut, adalah seperti berikut:-</p>
<p>Maksud sebenar Binaan tersebut dan dimakruhkan di tanah perkuburan milik sendiri</p>
<p>Binaan yang di maksudkan itu ialah binaan yang sama betul dengan liang lahad mayat (tidak memakan ruang yang terlebih luas) dan juga binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripada itu seperti kubah, masjid, bilik dan lain-lain. Binaan tersebut dimakruhkan di dalam kawasan tanah kubur milik persendirian. Ini adalah pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie.</p>
<p>7. Tersebut di dalam kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah) :</p>
<p>” (ويكره تجصيص القبر والبناء) عليه في حريمه وخارجه, نعم ان خشي نبش أو حفر سبع أو هدم سيل لم يكره “<br />
Ertinya: “{Dimakruhkan (dalam tanah perkuburan milik sendiri) memutihkan kubur dengan kapur dan membuat binaan} di atas kubur pada permukaan liang lahadnya dan ruang yang terlebih luas daripada itu, sungguh pun begitu tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.”</p>
<p>As-Syarwani menjelaskan lagi perkataan Ibnu Hajar itu di dalam Hasyiahnya:</p>
<p>” أي ويكره على القبر في حريمه وهو ما قرب منه جدا وخارج الحريم هذا في غير المسبلة “<br />
Ertinya: “ Iaitu dimakruhkan binaan di atas kubur pada permukaan liang kubur iaitu ruang atau tanah yang betul-betul hampir dengan liang lahad kubur dan dimakruhkan juga pada ruang atau tanah yang terlebih luas daripada liang kubur tersebut. Hukum makruh terbabit adalah di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan</p>
<p>( iaitu tanah perkuburan milik sendiri).”</p>
<p>8. Terdapat Pendapat yang lemah di dalam mazhab Syafie yang menyatakan bahawa dimakruhkan binaan yang tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada permukaan liang lahad kubur dan diharamkan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripadanya, sama ada binaan berkenaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri atau tanah perkuburan yang disabilkan.</p>
<p>Di dalam kitab Murghni Muhtaj, bab jenazah: “ Sesetengah ulama mazhab Syafie menyesuaikan perkataan Imam Nawawi di dalam matan Minhaj dan perkataannya di dalam Majmuk dan lain-lain, dengan memberi maksud bahawa dimakruhkan apabila dibina hanya di atas kubur, dengan makna adalah binaan itu berada sama betul dengan permukaan liang kubur. Diharamkan binaan itu apabila didirikan di atas kubur kubah atau bilik yang didiami. Pendapat yang muktamad adalah haram semata-mata (tanpa membezakan di antara binaan sama betul dengan liang lahad dan binaan yang terlebih luas daripada itu).”</p>
<p>9. Di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri</p>
<p>Binaan seperti kubah, bilik, masjid dan lain-lain, tiada haram serta tiada makruh sekiranya dibina di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri. Tujuan didirikan binaan tersebut adalah untuk menggalakkan orang ramai datang menziarahi kubur mereka dan sempena mengambil berkat.</p>
<p>Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226):</p>
<p>” قال بعضهم الا في صحابي ومشهور الولاية فلا يجوز وان انمحق ويؤيده تصريحهم بجواز الوصية بعمارة قبور الصلحاء أي في غير المسبلة على ما يأتي في الوصية لما فيه من احياء الزيارة والتبرك “<br />
Ertinya: “ Sesetengah ulama syafie berkata: “ Melainkan pada kubur sahabat dan mereka yang masyhur dengan kewalian maka tiada harus membongkarkan kuburnya, sekalipun telah hancur jasadnya. Pendapat mereka dikuatkan dengan kenyataan fuqaha bahawa diharuskan berwasiat supaya dibangunkan binaan di atas kubur orang yang soleh, iaitu di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan, mengikut keterangan yang akan datang pada bab wasiat. Keharusan itu bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan ziarah dan sempena mengambil berkat.”</p>
<p>10. Binaan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan</p>
<p>Di dalam tanah perkuburan yang disabilkan atau diwakafkan, haram membina kubah, bilik, rumah atau masjid di atasnya. Wajib diruntuhkan binaan tersebut walaupun didirikan atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada. Ini adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab syafie.</p>
<p>Tersebut di dalam kitab Nihayah bagi Syeikh Ramli ketika mensyarahkan Minhaj Imam Nawawi, bab jenazah:</p>
<p>“( ولو بني في مقبرة مسبلة, هدم) البناء وجوبا لحرمته ولما فيه من تضييق على الناس وسواء أبني قبة أو بيتا أو مسجدا أم غيرها “<br />
Ertinya: “ (Jika dibinakan di atas kubur di dalam kawasan perkuburan yang disabilkan nescaya mesti diruntuhkan) binaan itu sebagai hukum yang wajib. Ini kerana binaan tersebut adalah haram dan kerana terdapat padanya sebab (العلة) pengharaman iaitu menyempitkan (tanah perkuburan yang disabilkan). Hukumnya tetap seperti itu, sama ada dibinakan kubah, bilik (rumah), masjid atau lainnya.”</p>
<p>Diharamkan binaan tersebut walaupun di atas kubur para nabi, wali, ulama dan lain-lain di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana kenyataan Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) yang telah lalu mengikut beliau binaan seperti kubah, bilik, rumah dan masjid tidak dimakruhkan di atas kubur mereka sekiranya di dalam kawasan tanah perkuburan milik persendirian. Maka difahami daripada perkataan beliau bahawa binaan tersebut diharamkan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan.</p>
<p>11. Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan</p>
<p>Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan ialah hanya binaan seperti simen, marmar dan lain-lain dimana binaan itu tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada liang lahad kubur.</p>
<p>Ini ada dinyatakan di dalam Nihayah karangan Syeikh Ramli bab jenazah (jili 3, m/s 41,عند قول المتن لا للتكفين على الأصح ) ketika membahaskan larangan membongkar kubur sahabat dan wali setelah hancur jasad mereka untuk ditanam jenazah lain. Kerana larangan inilah, diharuskan binaan di atas liang lahad kubur mereka supaya tidak dibongkarkan untuk ditanam jenazah lain.Beliau menukilkan perkataan Muwaffiq bin Hamzah yang mengharuskan berwasiat untuk membina binaan di atas kubur sahabat dan wali bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan menziarahi dan mengambil berkat.</p>
<p>Binaan yang dimaksudkan oleh nukilan Syeikh Ramli itu ialah hanya binaan di atas liang lahad kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya sahaja seperti disimen dan dipasangkan marmar, bukan binaan yang memakan ruang lebih luas daripada itu, seperti kubah, bilik, rumah, masjid dan lain-lain. Ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh Al-Allamah Ali Syabramalisi di dalam Hasyiah Nihayah (jilid 3 : m/s 41 bab jenazah) dengan katanya:</p>
<p>” والمراد بعمارة ذلك بناء محل الميت فقط لا بناء القباب ونحوها “<br />
Ertinya: “ Dimaksudkan dengan mendirikan binaan tersebut ialah binaan di tempat liang lahad simati (nabi, wali, ulama dan seumpamanya) sahaja, bukannya binaan segala kubah dan seumpamanya.”</p>
<p>Al-Allamah Ali Syabramalisi di dalam Hasyiah Nihayah juga menegaskan:</p>
<p>“ Pendapat yang muktamad ialah apa yang dikatakan oleh Syeikh Ramli di dalam bab jenazah iaitu harus berwasiat untuk meratakan tanah kubur para nabi dan orang soleh serta membangunkan binaan (yakni binaan seperti simen, marmar) di atas kubur mereka di dalam tanah kubur yang disabilkan.”</p>
<p>(حاشية الشرواني على التحفة : كتاب الوصايا وما يتعلق به عند قول المتن واذا أوصى لجهة عامة فالشرط أن لا تكون معصية : ج 3/ ص 6)</p>
<p>Terdapat pendapat yang lemah di dalam mazhab syafie bahawa diharuskan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas seperti kubah, bilik dan lain-lain di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana yang tersebut di dalam kitab ‘Iaanah AtThalibin (Fasal : solat ke atas simati, jilid 2 : m/s120) :</p>
<p>” وقال البجيرمي : واستثنى بعضهم قبور الأنبياء والشهداء والصالحين ونحوها (برماوي) , وعبارة الرحماني : نعم قبور الصالحين يجوز بناؤها ولو قبة لاحياء الزيارة والتبرك , قال الحلبي : ولو في مسبلة وأفتى به وقد أمر به الشيخ الزيادي مع ولايته…”</p>
<p>Ertinya: “ Al-Bujairimi berkata: Sesetengah ulama mazhab syafie mengecualikan (daripada hukum haram) kubur para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan seumpamanya (nukilan Barmawi). Teks Ar-Rahmani menyebut: Sungguhpun begitu, kubur orang-orang soleh diharuskan membina di atasnya, sekalipun binaan kubah bertujuan memakmurkan dengan ziarah dan mengambil berkat. Al-Halabi berkata: Walaupun di dalam tanah perkuburan yang disabilkan dan beliau berfatwa sebegitu. Sesungguhnya Syeikh Ziyadi memerintahkan supaya didirikan binaan tersebut ketika beliau berkuasa…..”</p>
<p>Sumber : http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=28%3Ahukum-binaan-di-atas-kubur&catid=9%3Asoal-jawab-agama&Itemid=25</p>
<p>12. Fatwa Negeri Kedah<br />
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/binaan-di-atas-tanah-perkuburan</p>
<p>13. Fatwa Brunei Darussalam</p>
<p>http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=11168&newlang=mas</p>
<p>14. [LIHAT GAMBAR] Binaan Kubur Saidina Ibrahim (anak Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam)‎

31 July 2014 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Apa yang tidak di lakukan Nabi tidak semestinya kita tidak boleh melakukannya

Sambutan Maulid Darul Murtadza

Ada pendapat yang mengatakan apa apa yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW atau yang ditinggalkan Baginda, maka kita pun tidak boleh melakukannya kerana ia BIDAAH DHALALAH.Pendapat sebegini secara tidak langsung menyempitkan roh syariat Islam yang bersifat menyeluruh (syumul) dan tetap dan fleksibel (tsabat wa murunah)

Apakah yang di maksudkan dengan at Tark?

Para fuqaha Usul Fiqh Meneyebutkan at Tark adalah apa apa yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW atau yang ditinggalkan Baginda.

Bagaimana fuqaha Usul Fiqh memahaminya?

At Tark tidak menatijahkan hukum dan tidak semestinya menunjukkan keharamannya.

Sesuatu amalan uang tidak dilakukan oleh Nabi, tidak semestinya haram/tidak boleh dilakukan.Jika tidak terdapat nas yang menunjukkan haram atau halalnya sesuatu perkara, hukumnya adalah harius/bukan haram atau Bidaah Dhalalah.

Ia hanya haram/tidak boleh dilakukan jika:

  • Ada ancaman berupa seksaan jika melakukan amalan itu
  • Amalan itu dikecam oleh syarak
  • Hukuman disediakan jika amalan itu dilakukan
  • Ada lafaz yang mengharamkan perkara atau amalan itu

(Rujuk Husn at Tafahhum wa ad-Dark li Mas’alah at-Tark, as-sayyid Abdullah bin Shiddiq al-Ghummari dalam al-Bayan lima Yashghal al-Azhan, ms 210)

Apakah petunjuk al Quran dan hadis dalam perkara ini?

Firman Allah maksudnya:

Dan apa sahaja perintah yang di bawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu,maka terimalah serta amalkan,dan apa jua yang dilarang keatas kamu melakukannya, maka patuhi larangannya”. (Al Hasyr 57:7). Ayat ini tidak menyebutkan umpamanya “Dan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW maka hendaklah kamu tinggalkannya”.

Begitu juga sabda Rasulullah SAW “Apabila aku menyuruh kami melakukan sesuatu, maka lakukanlah apa yangkamu mampu, dan apabila aku melarang kamu dari melakukan sesuatu, maka jauhilah ia”.(HR al Bukhari).Rasulullah tidak mengatkan ,”Dan apabila aku tidak melakukan sesuatu, maka jauhilah ia”.

Kenapa Rasulullah tidak membuat sesuatu perkara atau meninggalkan berbuat sesuatu perkara?

Kerana beberapa sebab:

  1. Bukan kebiasaan atau adat yang diamalakan – Nabi tidak makan daging dhab kerana tidak biasa memakannya (HR al Bukhari dan Muslim)
  2. Lupa – Nabi solat Asar dengan dua rakaat lalu ditegur Sahabat (HR al Bukhari dan Muslim)
  3. Khuatir/takut sesuatu akan di wajibkan keatas umat – Nabi tidak keluar solat Tarawih setelah melakukannya pada malam malam sebelumnya supaya solat Tarawih tidak menjadi suatu kefardhuan keatas umat (HR al Bukhari).
  4. Tidak terfikir melakukannya Nabi tidak terfikir membuat mimbar untuk berkhutbah yang menatijahkan peristiwa batang kurma menangis (HR Imam Malik,Ahmad,at Tirmidzi,adDarimi,al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah dan Ath-Thabrani).
  5. Sudah termasuk dalam nas yang umum – Walaupun Nabi meninggalkan solat Dhuha dan banyak lagi perkara sunat, bukan bermakna ia haram dilakukan, tetapi umat tetap boleh melakukannya kerana ia termasuk di dalm keumuman nas seperti firman Allah yang bermaksud “…..serta kerjakan amal amal kebajikan, supaya kamu berjaya.” )Al Haj 22:77)

Kesimpulan:

Apa yang di tinggalkan atau yang tidak dibuat oleh Rasulullah SAW bukanlah semestinya bererti perkara itu haram, tetapi ia hanyalah ,enunujukkan perkara itu bukan wajib, atau boleh ditinggalkan.Sebab itulah dikatakan:

“Sesungguhnya at-Tark bukanlah bermaksud haram, akan tetapi ia bermaksud harus/boleh di tinggalkan.”

 

[Syarah Ustaz Muhadir Haji Joll (Pensyarah UIAM)]

Majalah Quran & Sunnah (Q & A) Oktober 2012 Bil.06

12 June 2013 Posted by | Tazkirah | | 2 Comments

Sebab orang awam keliru dalam beragama

Mengapa terdapat sestengah ilmuwan bila orang awam bertanya mengenai sesuatu hukum, maka jawapan yang diberi gemar bersandarkan kepada pendapat Ibnu Taimiyyah lah atau Ibnu Qayyim lah, sedangkan yang bertanya itu umumnya bermazhab Syafi`i. Sejak bila Ibnu Taimiyyah atau Ibnu Qayyim atau al-Qardhawi jadi ulama sandaran dalam Mazhab Syafi`i ? Mengapa tak di bawa keterangan ulama-ulama Syafi`i kita, saperti Imam Ibnu Hajar ke, Syeikh Ramli ke atau sebagainya. Ini yang menyebabkan orang awam keliru dan pening kepala.Ini yang jadi punca qunut jadi bid`ah, talqin jadi bid`ah, bacaan Yaasin malam Jumaat jadi bidaah,tahlil jadi bidaah, wirid beramai ramai lepas solat bidaah,seolah olah ilmu ilmu yang di sampaikan oleh imam imam yang 4 itu bidaah aje.Tidak boleh kah golongan ini menjawab pertanyaan orang awam berdasarkan mazhab yang di anuti?

Kini sudah muncul golongan ilmuwan yang kelihatan semacam merendah rendahkan mazhab dan ulama ulama mazhab terutama mazhab Imam Shafie dan Imam Ghazali.Sana sini mereka laungkan kembali lah kepada al Quran dan Hadis.Seakan akan mengambarkan bahawa imam imam mazhab tidak berpegang kepada al Quran dan Hadis.Sedangkan mereka sangat amanah dan sangat berhati hati dan teliti dengan al Quran dan Hadis saperti yang di sebut dalam al Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan yang takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hambaNya adalah orang orang yang berilmu (ulama).”( Surah Fathir ayat 28).

Rasulullah SAW pula menyebut “Sebaik baik kurun ialah kurunku, kemudian mereka yang selepas kurunku, kemudian mereka yang mengiring kurun itu pula.” (HR Bukhari dan Muslim).

Imam imam mazhab iaitu imam Hanafi lahir pada 80H, imam Malik lahir pada 93H, imam Shafie lahir pada 150H dan imam Ahmad lahir pada 164H.Cuba perhatikan, tarikh lahir dan hidupnya mereka, tepat berada di dalam lingkungan kurun yang terbaik saperti yang disebut dalam hadis tersebut.Bahkan mereka semua terkenal dengan kesolehan, kewarakan, kepintaran, dan ketinggian di dalam berbagai bidang ilmu Islam.Kebolehan dan kehebatan mereka dalam bidang ilmu menjadi ikutan dan panduan oleh umat sepanjang zaman.Mereka adalah Mujtahid Mutlak.Bererti mereka adalah orang yang paling faham tentang al Quran dan Hadis dan menguasai 4 sumber hukum ini secara mendalam dan terperinci. Penguasaan mereka dalam bidang ini tidak dapat di pertikaikan.Mereka adalah salafu soleh, golongan yang di jamin oleh Rasulullah SAW.

Tiba tiba hari ini ada pula golongan ilmuwan yang jenis suka mengintai intai kelemahan imam imam mazhab tersebut lalu menghebahkan kelemahan kelemahan itu kepada umum.

Persoalan yang sentiasa berlegar di mind orang awam, ialah, adakah golongan ilmuwan ilmuwan ini bertaraf mujtahid di kurun ini yang membolehkan mereka berfatwa dengan fatwa yang bertentangan dengan fatwa imam imam mujtahid terdahulu? Dan adakah PHD yang mereka miliki, hasil dari berguru dengan guru orientalis bertaraf profesor dari universiti saperti universiti Kent atau universiti Scotland menjadikan mereka lebih hebat daripada imam imam mujtahid itu?

Adakah kita (orang awam) perlu ikut pendapat baru mereka dan tinggalkan pendapat imam mazhab yang kita pegang selama ini iaitu mazhab Shafie? Dengan lain perkataan, adakah kita perlu bermazhab dengan mazhab “baru” yang di bawa oleh golongan ilmuwan ini?

– Mungkin anda juga suka link ini : Mengapa tidak ambil terus daripada al Quran dan Sunnah?

16 February 2013 Posted by | Q & A (Soal Jawab), Renungan & Teladan | , , , , | Leave a comment

Definisi Bidaah Mengikut Ahlul Sunnah wal Jamaah

Oleh: Sheikh DR. Gibril Fouâd Haddâd

Tulisan ini terbahagi kepada dua bahagian:

I. Definisi Bid‘ah oleh Imam al-Shafi’e (ra).
II. Pembahagian Bid‘ah di kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah dan selainnya.
I. Definisi Bid‘ah Mengikut Imam Shafi’e:

Sumbangan besar Imâm al-Shâfi`î (ra) dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah pembahagian beliau terhadap makna ‘perkara baharu’ (al-bid‘ah) dan ‘perkara baharu yang diadakan’ (al-muhdathât) iaitu samada ‘baik’ atau ‘buruk bergantung kepada samada perkara itu selari dengan Shari‘at.


Ini diriwayatkan secara Sahih dari dua muridnya yang terkenal pada zaman akhir kehidupan beliau iaitu, pakar hadith Mesir, Harmala ibn Yahyâ al-Tujaybî dan al-Rabî` ibn Sulaymân al-Murâdî:
Harmala menyebut, “Aku mendengar Imam al-Shâfi’e (r.a) berkata:

“Bid‘ah itu dua jenis (al-bid‘atu bid`atân)”.“Bid‘ah yang dipuji (bid‘ah mahmûdah) dan bid‘ah yang dikeji (bid‘ah mazmûmah).Apa yang selari dengan Sunnah itu dipuji (mahmûdah) dan apa yang bertentangan itu dikeji (mazmûmah).”

Beliau menggunakan dalil dari kenyataan Saidina ‘Umar ibn al-Khattâb (r.a) kepada jemaah yang mengerjakan Sembahyang Terawih di bulan Ramadân dengan katanya:

“Alangkah cantiknya bid‘ah ini!”

Al-Rabî` juga meriwayatkan kenyataan yang sama bahawa Imam Al-Shâfi`î berkata kepada kami:

‘Perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis (al-muh dathâtu min al-umûri darbâin):

Pertama, perkara baharu yang bercanggah dengan al-Qur’an atau Sunnah atau athar Sahabat atau ijmâ’ para ulama’, maka bid‘ah itu adalah sesat (fa hâdhihi al bid‘atu dalâlah).

Kedua, ialah perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan (mâ uhditha min al-khayr) yang tidak bertentangan dengan mana- mana pun di atas, dan ini bukan bid‘ah yang dikeji (wa hâdhihi muhdathatun ghayru madhmûmah).

`Umar (r.a) berkata terhadap sembahyang Terawih berjemaah di bulan Ramadhan:“Alangkah cantiknya bid‘ah ini!” bermaksud bahawa ‘perkara baharu’ yang

diada adakan yang belum ada sebelum ini, tetapi ianya tidak bercanggah dengan perkara

diatas (Al-Qur’an, Sunnah, athar Sahabat dan Ijma’).’”

Oleh itu, Imam al-Shâfie telah meletakkan suatu kriteria asas, yang perlu digunakan dalam menjatuhkan hukum terhadap sesuatu ‘perkara baharu’. Sehubungan dengan itu Imâm al-Haytamî, Qâdî Abû Bakr Ibn al-`Arabî, dan Imâm al-Lacknawî seterusnya menyambung:

“Bid‘ah dari segi Shari‘atnya ialah apa jua perkara baharu yang diadakan yang bertentangan dengan hukum yang diturunkan Allah, samada berdasarkan dalil-dalil yang nyata atau pun dalil-dalil umum”.

“Hanya Bid‘ah yang menyalahi Sunnah sahaja yang dikeji”.
“Bid‘ah ialah semua perkara yang tidak wujud dalam tiga kurun pertama Islam dan di mana ianya tidak mempunyai asas bersumberkan empat sumber hukum Islam”.

Kesimpulannya, ianya tidak memadai bagi sesuatu perkara itu dikira ‘bid‘ah’ [dan sesat] hanya semata-mata kerana ianya ‘perkara baharu’; tetapi ianya perlulah juga dimasa yang sama bertentangan dengan Islam.

Al-Bayhaqî mengulas kenyataan al-Rabî :

“Begitu juga dalam hal perdebatan aqidah (kalâm) dengan pereka bid‘ah, apabila mereka ini mula mendedahkan perbuatan bid‘ah (penterjemahan ) dalam aqidah mereka kepada masyarakat awam. Walaupun kaedah kalam merupakan ‘perkara baharu’ namun ianya dipuji (mahmudah) kerana ianya bertujuan untuk mendedahkan kepalsuan pereka bid‘ah itu, seperti mana yang kita sebutkan sebelum ini.

Rasulullah dan begitu juga para Sahabat ditanya soalan berhubung dengan Qada’ dan Qadar, yang jawapannya sepertimana telah sampai kepada kita hari ini. Namun pada masa itu, para Sahabat sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Rasulullah . Namun sebaliknya di zaman kita ini pereka bid‘ah tidak lagi berpuas hati dengan jawapan yang sampai kepada kita (daripada Rasulullah dan para Sahabat), dan mereka tidak lagi menerimanya. Oleh itu bagi menangkis serangan mereka, yang mereka sebarkan kepada umum, perlu bagi kita berhujah menggunakan kaedah pembuktian yang diterimapakai oleh mereka sendiri. Dan sesungguhnya kejayaan itu datangnya dari Allâh jua”.

Ini merupakan pembelaan Imâm al-Bayhaqî secara terang-terang terhadap keperluan kalâm dan sifatnya yang selari dengan tuntutan Sunnah demi mempertahankan [Islam] dari pereka bid‘ah. Pendirian yang hampir sama juga boleh dilihat dikalangan para Imam besar seperti Ibn `Asâkir, Ibn al-Salâh, al-Nawawî, Ibn al-Subkî, Ibn `Abidîn dan lain-lain.

II. Pembahagian Bid‘ah di kalangan ‘ulama’ Ahlul Sunnah wal Jamaah dan selainnya:
(a) Definisi Imam al-Ghazâlî.
Hujjatul Islâm Imam al-Ghazâlî ketika mengulas perbahasan berhubung dengan penambahan ‘titik’ pada huruf ayat-ayat al-Qur’an dengan katanya:

Hakikat bahawa ianya perkara baharu yang diadakan (muhdath) tidak menghalang ini semua. Berapa banyak perkara baharu yang diadakan tetapi ianya baik!, seperti mana sembahyang Terawih secara berjemaah. Ianya adalah antara bid‘ah Saidina`Umar (ra) tetapi ianya adalah bid’ah yang baik (bid‘ah hasana). Bid‘ah yang keji ialah yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah atau yang boleh membawa kepada perubahan Sunnah itu.

(b) Definisi Qâdî Abû Bakr ibn al-‘Arabî al-Mâlikî.
Qâdî Abû Bakr Ibn al-`Arabî ketika mengulas berhubung dengan bid‘ah berkata:
Ketahuilah! – Moga Allah menganugerahkan kamu ilmu! – bahawa bid‘ah itu ada dua jenis (al-muhdathâtu darbân):
(i) Perkara baharu yang diadakan yang tiada asas [agama] melainkan mengikut hawa nafsu sesuka hati. Ini ada jenis yang salah, dan

(ii) Perkara baharu yang diadakan selari dengan apa yang sudah disepakati. Seperti Sunnah para Khulafâ’ dan para Imam-imam besar. Perkara baharu yang diadakan dan bid‘ah bukanlah keji kerana ianya ‘baharu’ (muhdath) [baharu yang tiada sebelum ini] atau semata-mata dipanggil ‘bid‘ah’, dan tidak juga kerana maknanya! Allâh Yang Maha Agung berfirman:

“Tidak datang kepada mereka peringatan yang baharu (muhdath) dari Tuhan mereka” (21:2) dan Saidina `Umar (ra) berkata: “Alangkah cantiknya bid‘ah ini!”
Sebaliknya, bid‘ah yang bertentangan dengan Sunnah itu yang dikeji atau perkara baharu yang diadakan yang membawa kepada kesesatan itu yang dicela.

(c) Definisi Ibn Hazm al-Zahiri
Ibn Hazm al-Zâhirî berkata:

Bid‘ah dalam al-Din ialah apa jua yang datang kepada kita yang tiada disebutkan didalam al-Qur’ân dan Hadith Rasulullâh , melainkan seseorang itu diberi ganjaran pada sebahagiannya, dan mereka yang melakukannya dimaafkan jika mereka berniat baik. Di antaranya adalah yang diberi ganjaran dan dikira baik (h asan), apa yang pada asalnya diharuskan (“mâ kâna asluhu al-ibâha”) sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidina`Umar (ra): “Alangkah baiknya bid‘ah ini!”Ia jelas merujuk kepada semua amalan kebaikan yang dinyatakan oleh nass (al-Qur’an dan Hadith) secara umum akan galakan melakukannya, walaupun amalan berkenaan itu tidak disebutkan dalam nass secara khusus. Di antaranya juga ada yang dikeji dan tidak dibolehkan apabila ada dalil-dalil yang melarangnya.

(d) Definisi Ibn al-Jawzi.
Ibn al-Jawzî menyatakan perkara yang sama dalam kitabnya Talbîs Iblîs:

“Ada sesetengah perkara baharu (muhdathât) diamalkan yang tidak berlawanan dengan Shari‘at atau menyalahinya, mereka [para Salaf] melihat ianya tidak mengapa untuk diamalkan, seperti tindakan Saidina Umar mengumpulkan orang bagi mendirikan sembahyang Terawih di bulan Ramad.ân, kemudian itu beliau berkata: `Alangkah baiknya Bid ‘ah ini!’”

(e) Definisi Ibn al-Athîr al-Jazarî.
Pakar perkamusan Ibn al-Athîr menyebut di dalam kitabnya, al-Nihâyah fî Gharîb al-Hâdîth wal-Athar menyebut:

“Bid‘ah itu ada dua jenis: bid‘ah yang berpetunjuk (bid‘atu hudâ) dan bid‘ah yang sesat (bid`atu dalâlah). Apa jua yang menyalahi perintah Allâh dan RasulNya : itu termasuk dalam perkara yang dikutuk dan dipersalahkan. Dan apa jua yang masuk dalam keumuman Allâh atau RasulNya perintahkan atau galakkan: maka itu termasuk dalam hal-ehwal yang dipuji. Apa jua yang tiada amalan sebelum ini seperti terlampau pemurah atau berbuat baik – seumpama itu termasuk dalam perlakuan dipuji. Tidak dibenarkan beranggapan perkara seumpama itu sebagai menyalahi Shari‘at kerana Rasulullah telah menyebutkan bahawa amalan sedemikian itu diberi ganjaran: “Sesiapa yang memulakan sesuatu amalan kebaikan dalam Islâm (man sanna fîl-islâmi sunnatan hasana) memperolehi ia ganjarannya dan ganjaran sekalian orang yang melakukannya”. Begitu juga sebaliknya Baginda bersabda sesiapa yang memulakan amalan jahat dalam Islâm (waman sanna fîl-islâmi sunnatan sayyi’atan) memikul dosanya dan dosa sekalian mereka yang melakukannya.”

Begitulah apabila perlakuan itu bertentangan dengan apa yang diperintahkan Allâh dan RasulNya …. Dengan maksud inilah hadîth yang menyebut “setiap yang baharu itu sesat”
sepatutnya difahami: maksud Baginda ialah, apa jua yang
bercanggah dengan asas-asas Shari‘at dan menyalahi Sunnah.

(f) Klasifikasi Imam al-Izz Ibn `Abdul Salâm.
Shaykhul Islâm, Sultân al-`Ulâmâ’ Imâm al-`Izz Ibn `Abd al-Salâm juga berkata berhubung dengan perkara yang sama:

Di sana ada beberapa jenis perkara baharu (bid‘ah). Pertama, ialah yang apa yang tidak dilakukan di awal kedatangan Islam namun Shari‘at nyatakannya sebagai terpuji atau wajib. Yang kedua lagi ialah yang tidak dilaksanakan di awal Islam namun Shari‘at mengharamkannya dan dibenci. Yang ketigaialah perkara yang tidak dilakukan di awal Islam dan Shari‘at mengharuskan.

Di tempat lain beliau menyebut bahawa Bid‘ah itu ada lima jenis, sama sepertimana
yang diputuskan para fuqaha dalam amalan perbuatan seeorang, iaitu: Wâjib,Harâm, Sunat (mandûb), Makrûh, dan Harus (mubâh).

(g) Sokongan Imam Nawawî terhadap Klasifikasi Imam al-Izz , Sheikhul-Islâm, Imâm al-Nawawî menyebut:

Bid‘ah mengikut Shari‘at ialah mereka sesuatu yang tidak pernah wujud di zaman Rasulullah dan ianya dibahagikan kepada “baik” dan buruk” (wahya munqasimatun ilâ hasanah wa qabîh ah).

Sheikh, dan Imâm sekalian ilmu-ilmu Islam yang pelbagai yang disepakati kehebatannya iaitu, Abû Muhammad `Abdul-`Azîz ibn `Abdul Salâm – Moga-moga llâh mengasihaninya! – menyebut di akhir buku beliau, al-Qawâ`id [al-Kubrâ]:

“Bid‘ah itu terbahagi kepada perkara-perkara wajib (wâjibat), Haram(muharramat), Sunat (mandûbat), Makruh (makrûhat), dan Harus (mubâhat).

Jalan untuk menilai sesuatu Bid‘ah itu ialah dengan melihat berpandukan kaedah Shari’at (qawâ‘id al-sharî‘ah).

Jika ianya jatuh dalam kategori kewajiban (îjâb) maka jadilah ia Wajib, jika ia termasuk dalam keharaman maka jadilah ia Haram; jika digalakkan maka jadilah ia Sunat, dikeji maka jadilah ia Makruh dan seterusnya yang selainnya ialah Harus.

(h) Sokongan al-Hafiz Ibn Hajar al-As-Qoolany terhadap Imam al-Izz.
Hâfiz Ibn Hajar berkata:

Akar kata perkataan ‘bid‘ah’ itu ialah sesuatu yang direka tanpa ada duluannya sebelum ini. Ianya digunakan dalam Shari‘at sebagai lawan kepada Sunnah, dan oleh itu dikeji. Jika diteliti, sekiranya ianya termasuk dalam apa yang digalakkan oleh Shari‘at, maka ia termasuk dalam bid‘ah baik (bid‘ah hasanah), dan jika ia termasuk dalam perkara yang dikeji maka ianya adalah bid‘ah buruk (mustaqbahah). Selain daripada itu ianya diharuskan (mubâh). Ianya juga boleh dibahagikan kepada lima kategori.

(i) Ittifaq ‘Ulama’ berhubung Klasifikasi Imam al-Izz.

Para ulama’ dalam empat Mazhab bersetuju dengan klasifikasi lima hukum bagi Bid‘ah yang dibuat oleh Imam al-Izz sepertimana yang telah disebutkan di atas, dengan turut dipersetujui oleh majoriti besar para ‘ulama’ terkemudian setiap Mazhab seperti berikut:

(1) Di kalangan ‘ulama Mazhab Hanafî: al-Kirmânî, Ibn `âbidîn, al-Turkmânî, al-`Aynî, dan al-Tahânawî.
(2) Di kalangan ‘ulama Mazhab Mâlikî: al-Turtûshî, Ibn al-Hâjj, al-Qarâfî, dan al-Zurqânî, kecuali al-Shâtibî yang cuba menafikannya dengan mendakwa klasifikasi Imam al-Izz itu sebagai “bid‘ah tanpa ada dalil dalam Shari ‘at”!

I`tisâm Imam al-Shâtibî’ telah diedarkan semula oleh dua tokoh Wahabi: Rashîd Ridhâ dan kemudiannya Salîm Hilâlî. Wahhâbî yang ketiga ialah Muhammad `Abdul Salâm Khadir al-
Shuqayrî – iaitu anak murid kepada Rashid Rida. Al-Shuqayrî adalah pengarang al-Sunan wal-Mubtada`ât al-Muta`alliqah bil-Adhkâr wal-Salawât yang beliau penuhi dengan pelbagai cerita-cerita dongeng yang tidak dapat disahkan, yang kemudiannya beliau mengecamnya

(3) Sepakat (ijma’) di kalangan sekalian ulama’ Mazhab Shâfi`î.

(4) Keenganan menerimanya di kalangan ulama Mazhab Hanbalî yang terkemudian, dengan mengubah istilah Imam al-Shâfi`î dan Imam al-Izz ibn `Abdul-Salâm dengan masing-masing membawa maksud “bid‘ah dari segi bahasa” (bid‘ah lughawiyya) dan “bid ‘ah dari segi syarak” (bid‘ah shar`iyyah). Walaupun ini tidak tepat, mereka cuba memadankan apa yang Imam al-Shâfi`î’ sebutkan sebagai “dibenarkan” dan “dikeji”.

Inilah pendekatan yang sering dibawa oleh golongan Wahabi dengan memecah-mecahkan sesuatu isu sepertimana berlaku dalam isu bid‘ah ini, walaupun sepatutnya pendekatan sebenar ialah berpandukan klasifikasi yang telah dibuat oleh majoriti ulama’ (jumhûr).
Shaykh Muhammad Bakhît al-Mutî`î menyimpulkan:

“Bid ‘ah dari segi Syarak ialah yang sesat dan dicela; adapun bid‘ah yang para ‘ulama membahagikan kepada kepada Wajib dan Haram dan seterusnya itu, adalah Bid’ah dari segi bahasa, yang lebih luas dari Bid’ah dari Syarak kerana Syarak itu juga sebahagian darinya.”

Al-Shawkânî merumuskan di dalam Nayl al-Awtâr iaitu asas kepada pembahagian bid‘ah adalah “baik” dan “buruk”, dan inilah pandangan yang paling kukuh dan kuat sekali.

Memadailah apabila majoriti Imam Mujtahid dari kalangan Salaf menyatakan sedemikian berdasarkan dalil-dalil al-Qur’ân and Sunnah, walau apapun yang dikatakan oleh ulama’ terkemudian – samada oleh ‘ulama bakal murajjih’ seperti al- Shawkânî atau ‘ulama bakal penyunting’ seperti al-Shâtibî.

Kerana pendirian ini telah disepakati (ijma’) di kalangan para ulama’ Mazhab al-Shâfi`î dan juga selari dengan pesanan Rasulullah s.a.w agar kita mengikuti jalan para Mu’min dan mengikut pendapat [ulama’] ramai.

“Bukanlah seorang Imâm dalam `Ilmu apabila mengikut pandangan yang ganjil/terpencil (shâdhdh)”.

 

Dan Allah jua Yang Maha Mengetahui

 

Sumber (`Abdul-Rahmân ibn Mahdî).

19 August 2012 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah | | Leave a comment

Sebab orang awam pening kepala dengan sesuatu hukum Agama

Mengapa ada sestengah ustaz bila orang awam bertanya mengenai sesuatu hukum, maka jawapan yang diberi gemar bersandarkan kepada pendapat Ibnu Taimiyyah lah atau Ibnu Qayyim lah, sedangkan yang bertanya itu umumnya bermazhab Syafi`i. Sejak bila Ibnu Taimiyyah atau Ibnu Qayyim atau al-Qardhawi jadi ulama sandaran dalam Mazhab Syafi`i ? Mengapa tak di bawa keterangan ulama-ulama Syafi`i kita, saperti Imam Ibnu Hajar ke, Syeikh Ramli ke atau sebagainya. Ini yang menyebabkan orang awam keliru dan pening kepala.Ini yang jadi punca qunut jadi bid`ah, talqin jadi bid`ah, bacaan Yaasin malam Jumaat jadi bidaah,tahlil jadi bidaah, wirid beramai ramai lepas solat bidaah,seolah olah ilmu ilmu yang di sampaikan oleh imam imam yang 4 itu bidaah aje.Tidak boleh kah golongan ini menjawab pertanyaan orang awam berdasarkan mazhab yang di anuti?

Kini sudah muncul golongan ustaz yang kelihatan semacam merendah rendahkan mazhab dan ulama ulama mazhab terutama mazhab Imam Shafie dan Imam Ghazali.Sana sini mereka laungkan kembali lah kepada al Quran dan Hadis.Seakan akan mengambarkan bahawa imam imam mazhab tidak berpegang kepada al Quran dan Hadis.Sedangkan mereka sangat amanah dan sangat berhati hati dan teliti dengan al Quran dan Hadis saperti yang di sebut dalam al Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan yang takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hambaNya adalah orang orang yang berilmu (ulama).”( Surah Fathir ayat 28).

Rasulullah SAW pula menyebut “Sebaik baik kurun ialah kurunku, kemudian mereka yang selepas kurunku, kemudian mereka yang mengiring kurun itu pula.” (HR Bukhari dan Muslim).

Imam imam mazhab iaitu imam Hanafi lahir pada 80H, imam Malik lahir pada 93H, imam Shafie lahir pada 150H dan imam Ahmad lahir pada 164H.Cuba perhatikan, tarikh lahir dan hidupnya mereka, tepat berada di dalam lingkungan kurun yang terbaik saperti yang disebut dalam hadis tersebut.Bahkan mereka semua terkenal dengan kesolehan, kewarakan, kepintaran, dan ketinggian di dalam berbagai bidang ilmu Islam.Kebolehan dan kehebatan mereka dalam bidang ilmu menjadi ikutan dan panduan oleh umat sepanjang zaman.Mereka adalah Mujtahid Mutlak.Bererti mereka adalah orang yang paling faham tentang al Quran dan Hadis dan menguasai 4 sumber hukum ini secara mendalam dan terperinci. Penguasaan mereka dalam bidang ini tidak dapat di pertikaikan.Mereka adalah salafu soleh, golongan yang di jamin oleh Rasulullah SAW.

Tiba tiba hari ini ada pula golongan ustaz yang jenis suka mengintai intai kelemahan imam imam mazhab tersebut lalu menghebahkan kelemahan kelemahan itu kepada umum.

Persoalan yang sentiasa berlegar di mind orang awam, ialah, adakah golongan ini bertaraf mujtahid di kurun ini yang membolehkan mereka berfatwa dengan fatwa yang bertentangan dengan fatwa imam imam mujtahid terdahulu? Dan adakah PHD yang mereka miliki, hasil dari berguru dengan orientalis dari universiti saperti universiti Kent atau universiti Scotland menjadikan mereka lebih hebat daripada imam imam mujtahid itu?

Adakah kita (orang awam) perlu berpegang kepada pendapat baru mereka dan tinggalkan pendapat imam mazhab yang kita anut selama ini (mazhab Shafie)? Dengan lain perkataan, adakah kita perlu bermazhab dengan mazhab “baru” yang di bawa oleh golongan ini? 

20 March 2012 Posted by | Renungan & Teladan | , , , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: