Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Keutamaan Selawat

image

Keutamaan Selawat

ﻗﺎﻝ ﺭﺟﻞ: ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ، ﺃﺭﺃﻳﺖ ﺇﻥ ﺟﻌﻠﺖ ﺻﻼﺗﻲ ﻛﻠﻬﺎ ﻋﻠﻴﻚ؟ ﻗﺎﻝ: ﺇﺫﻥ ﻳﻜﻔﻴﻚ اﻟﻠﻪ ﻣﺎ ﺃﻫﻤﻚ ﻣﻦ ﺩﻧﻴﺎﻙ واخرتك . رواه احمد بسند حسن

Sahabat bertanya: “Wahai Rasul Allah. Apa pendapat engkau jika selawat saya seluruhnya untukmu?” Rasulllah shalla Allahu alaihi wa sallama bersabda: “Jika begitu, Allah akan mencukupi apa yang menjadi keresahanmu dari urusan dunia dan akhirat” (HR Ahmad, Hadis Hasan)

Kredit : Ustaz Ma’ruf Khozin

Sumber : FB Jabatan Mufti Kerajaan Negeri  Selangor.

Advertisements

31 May 2016 Posted by | Ibadah, Tazkirah | Leave a comment

Dalil Zikir Jahir dan Zikir Sirr

image

DALIL BERZIKIR KUAT SELEPAS SOLAT WAJIB

1. Sahabat Ibnu Abbas berkata:

ﺃﻥ ﺭﻓﻊ اﻟﺼﻮﺕ ﺑﺎﻟﺬﻛﺮ ﺣﻴﻦ ﻳﻨﺼﺮﻑ اﻟﻨﺎﺱ ﻣﻦ اﻟﻤﻜﺘﻮﺑﺔ ﻛﺎﻥ ﻋﻠﻰ ﻋﻬﺪ اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ
Sesungguhnya mengeraskan suara dengan zikir setelah Sahabat selesai dari solat wajib telah ada sejak masa Nabi shalla Allahu alaihi wa sallama (HR al-Bukhari)

2. Sahabat Ibnu Zubair berkata:

ﻛﺎﻥ اﺑﻦ اﻟﺰﺑﻴﺮ، ﻳﻘﻮﻝ: ﻓﻲ ﺩﺑﺮ ﻛﻞ ﺻﻼﺓ ﺣﻴﻦ ﻳﺴﻠﻢ «ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ اﻟﻠﻪ ﻭﺣﺪﻩ ﻻ ﺷﺮﻳﻚ ﻟﻪ، ﻟﻪ اﻟﻤﻠﻚ ﻭﻟﻪ اﻟﺤﻤﺪ ﻭﻫﻮ ﻋﻠﻰ ﻛﻞ ﺷﻲء ﻗﺪﻳﺮ، ﻻ ﺣﻮﻝ ﻭﻻ ﻗﻮﺓ ﺇﻻ ﺑﺎﻟﻠﻪ، ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ اﻟﻠﻪ، ﻭﻻ ﻧﻌﺒﺪ ﺇﻻ ﺇﻳﺎﻩ، ﻟﻪ اﻟﻨﻌﻤﺔ ﻭﻟﻪ اﻟﻔﻀﻞ، ﻭﻟﻪ اﻟﺜﻨﺎء اﻟﺤﺴﻦ، ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ اﻟﻠﻪ ﻣﺨﻠﺼﻴﻦ ﻟﻪ اﻟﺪﻳﻦ ﻭﻟﻮ ﻛﺮﻩ اﻟﻜﺎﻓﺮﻭﻥ» ﻭﻗﺎﻝ: «ﻛﺎﻥ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻬﻠﻞ ﺑﻫﻦ ﺩﺑﺮ ﻛﻞ ﺻﻼﺓ»

[ ﺷ (ﻳﻬﻠﻞ ﺑﻫﻦ) ﺃﻱ ﻳﺮﻓﻊ ﺻﻮﺗﻪ ﺑﺘﻠﻚ اﻟﻜﻠﻤﺎﺕ]

Bahawa selesai tiap solat selepas salam membaca zikir …… Ibnu Zubair berkata: “Rasulullah mengeraskan kalimat-kalimat zikir tersebut setelah selesai tiap solat (HR Muslim)

Rujukan : Ustaz Ma’ruf Khozin

Sumber: FB Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

31 May 2016 Posted by | Hadis, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

KHILAF BUKAN BIDAAH

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

MOHD. SHAH CHE AHMAD
26 Mei 2016 4:00 PM

“KENAPA perlu membaca doa Qunut sedangkan Nabi Muhammad SAW tak buat? Itu perbuatan bidaah. Dan setiap yang bidaah itu adalah sesat.”

Dialog berikut adalah antara pertikaian yang sering kali didengari. Bukan itu sahaja, pelbagai amalan lain yang dilihat telah sebati dalam budaya Melayu sejak dari dahulu termasuk membaca surah Yasin dan tahlil pada malam Jumaat serta menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW turut dipertikai.

Tidak dinafikan ada benarnya, namun tindakan segelintir golongan yang mendakwa mengikut sepenuh amalan Rasulullah SAW itu, kadangkala dilihat bersifat keterlaluan dalam menonjolkan pendapat masing-masing sehingga tanpa sedar melabel mereka yang tidak mengikuti amalan mereka sebagai sesat.

Kesannya, umat Islam semakin keliru terhadap amalan dilakukan yang dipelajari sejak kecil kerana dikatakan bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW atau tidak sempurna dan berkemungkinan tidak sah di sisi Allah SWT.

Lebih membimbangkan perkara yang dikategorikan sebagai khilaf atau perbezaan pendapat dalam kalangan ulama itu boleh menyebabkan berlakunya perbalahan sesama umat Islam sehingga menimbulkan perpecahan dan pelbagai kesan buruk lain.

Menegaskan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, umat Islam perlu berfikiran terbuka terhadap perbezaan pendapat dalam mengamalkan ajaran Islam.

Beliau berkata, selagi perbezaan pendapat itu tidak membabitkan soal tauhid dan akidah kepada Allah SWT, maka ia dikategorikan sebagai khilaf dalam kalangan ulama.

“Umat Islam di negara ini secara rasminya beriman dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dengan aliran yang dibawakan oleh Imam Abu Hasan al-Syaari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi iaitu al-Asyairah dan al-Maturidiyyah. Manakala dalam pegangan fikah pula adalah mengikuti mazhab Imam Syafie.

“Dalam soal akidah jelas ditunjukkan kepada kita sumbernya iaitu hanya al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW dan tidak boleh dibahaskan lagi. Tetapi bagi kaedah fikah yang dikategorikan dalam bahagian pemikiran boleh diperdebat dan disepakati menerusi ijtihad ulama.
“Masalah-masalah yang sering diperdebat kini seperti zikir dan doa selepas solat, bacaan ‘sayidina’ dalam tahiyat dan sebagainya adalah bersifat khilaf semata-mata antara ulama. Tiada masalah untuk diamalkan kedua-duanya kerana ulama yang menetapkan kaedah itu mempunyai nas atau hujah tersendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama ketika merasmikan Seminar Fatwa Antarabangsa 2016 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), baru-baru ini.

Turut hadir, Penyandang Kursi Felo Utama Kajian Fatwa, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (Infad), Sheikh Muhammad Awwamah; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Datuk Dr. Mustafa Mohd Hanefah; dan Pengarah Infad, Profesor Madya Dr. Irwan Mohd. Subri.

Seminar dua hari itu mengumpulkan sebanyak 96 kertas kerja pembentangan membabitkan isu dan kajian fatwa semasa yang disampaikan oleh penyelidik dari pelbagai institusi termasuk penceramah luar negara.

Bidaah yang sesat.
Abdul Shukor berkata, bidaah yang dikategorikan sesat sebagaimana sabda Rasulullah SAW tersebut adalah penambahan atau pengurangan dibuat dalam perkara yang telah ditentukan oleh syarak terutama soal ibadat.

“Kita perlu memahami makna bidaah itu sendiri, bukan semua bidaah itu ditafsirkan sebagai sesat. Apa yang dimaksudkan dengan bidaatul dhalalah (sesat) adalah sebagai contoh menambah bilangan perintah solat lima waktu sehari semalam kepada enam kali.

“Walaupun dengan niat untuk meningkatkan iman atau menunjukkan ketaatan kepada Allah SWT, maka ia adalah haram dan sesat kerana merosakkan ibadat,” jelasnya.
Justeru tambahnya, semua pihak terutama golongan pakar agama perlu bijaksana dan berhikmah dalam menyampaikan pandangan terhadap perbezaan pendapat masing-masing terutama membabitkan ibadah.

“Lebih 1,000 tahun lalu sejak Islam bertapak di negara ini perkara ini tidak muncul, umat Islam tiada masalah mengamalkan Islam malah kesatuan dalam Islam menyatukan banyak hal lain termasuk politik. Baru beberapa tahun kebelakangan ini mula heboh mengenai amalan-amalan yang dikatakan bidaah ini.

“Perkara ini mengakibatkan kekeliruan kepada orang awam. Cuba bayangkan jika dua-dua pihak tidak mahu mengalah, melabel orang ini bidaah, orang ini sesat, tidakkah menimbulkan pergaduhan?.

“Pakar agama dan mufti juga perlu turun padang, melihat sendiri situasi dan senario realiti masyarakat di negara tersebut sebelum menetapkan hukum. Tidak boleh hanya mengikut kitab semata-mata sehinggakan tidak mengindahkan soal darurat dan juga maqasid syariah (tujuan disyariatkan) kepada umat Islam,” katanya.

– See more at: http://m.utusan.com.my/rencana/agama/khilaf-bukan-bidaah-1.334814#sthash.2pt4uKln.dpuf

29 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Status Telinga Berdengung/Berdesing/Berdering

(Bicara Hadith Bersama Ustaz Mohd Khafidz Soroni – KUIS)

image

Soalan :
JANGAN ABAIKAN SAAT TELINGA BERDEGUNG / BERDERING / BERDESING…

Itu maknanya…???

Assalammu’alaikum…
“Telinga berdegung / berdering / berdesing adalah panggilan baginda Nabi Muhammad SAW…”

Ramai orang yang bertanya seperti ini…
“Mengapa kadang-kadang telinga bersuara “NGING”…???

Apa sebabnya…???

Dan…
Tidak kurang juga diantara kita yang mengatakan sebab tidak berpedoman , bertahayul dan sangkaan buruk terhadap perkara itu…

Tetapi…
Sesungguhnya suara “NGING” dalam telinga itu adalah Sayyidina Rasulullah SAW sedang menyebut orang yang telinganya bersuara “NGING” dalam perkumpulan yang tertinggi iaitu (Malail A’laa) dan supanya dia ingat kepada Sayyidina Rasulullah SAW…
Lalu membaca Selawat keatas junjungan NABI MUHAMMAD SAW…
Hal ini berdasarkan keterangan dari kitab (AZIZI ‘ALA JAMI’USH SHAGHIR)…

“Jika telinga salah seorang kalian bedengung / berdering / berdesing (NGING)…

Maka…
Dia hendaklah mengingat aku (Sayyidina Rasulullah SAW)…
Lalu membaca SELAWAT kepadaku dan mengucapkan ;
“DZAKARALLOHU MAN DZAKARONII BIKHOIR” yang ertinya…
“Allah ta’ala akan mengingatkan , yang mengingatku dengan kebaikan…”
IMAM Nawawi Berkata ;

Sesungguhnya…
Telinga itu berdengung / berdering / berdesing hanya ketika datang berita baik ke Ruh/Roh bahawa Sayyidina Rasulullah telah menyebutkan orang ( Si pemilik telinga yang berdengung / berdering / berdesing “NGING” ) tersebut dengan kebaikan di Al Mala’Al A’la iaitu (majlis tertinggi) di alam Ruh/Roh…

[Kitab AZIZI ‘ALAL JAMIUSH SHAGIR]

Sampaikanlah pada orang lain…
Maka…
Ia akan menjadi SEDEKAH jariyah pada setiap orang…
Dan…
Jika dia mengamalkanya…
Maka kita juga akan ikut mendapatkan pahala sampai hari kiamat…
In Shaa ALLAH…
Aamiin…
Betul tak keterangan di atas ?

Jawapan :
Insya Allah..
Matan hadis:
إذا طنَّتْ أذنُ أحدِكم فليذكرنى وليصلِّ عليَّ وليقلْ: ذكر اللهُ مَنْ ذكَرَنى بخيرٍ.
Hadis tersebut daif (pnilaian pertengahan antara yang kata hasan dan yang kata palsu). Maka, harus diamalkan dalam bab fadha’il amal.

Sebab itu anjuran pengamalannya disebutkan dalam kitab2 amal, seperti ‘Amal al-Yaum wal-Lailah oleh Imam Ibn as-Sunni, kitab ad-Da‘awat oleh Imam al-Baihaqi, Ihya’ ‘Ulumiddin oleh Imam al-Ghazali, al-Azkar oleh Imam an-Nawawi, al-Hisn al-Hasin oleh Imam al-Jazari, al-Qaul al-Badi‘ oleh al-Hafiz as-Sakhawi dan lain-lain..

Wallahu a’lam bissowab

28 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

FATWA BERKAITAN DENGAN ALIRAN DAN DAKYAH WAHHABIAH

Bahagian Fatwa – Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

FATWA BERKAITAN DENGAN ALIRAN DAN DAKYAH WAHHABIAH

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah membincangkan fatwa berkaitan Aliran dan Dakyah Wahhabiah pada mesyuaratnya bertarikh 17 Disember 2014, 25 Februari 2015 dan 24 Mac 2015. Mesyuarat telah memutuskan Aliran dan dakyah Wahhabiah didapati bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Percanggahan tersebut berdasarkan kepercayaan, perbuatan dan pengamalan aliran Wahhabiah seperti berikut :

Menolak dan menyesatkan pengamal pendekatan Tauhid Sifat 20;

Menganggap syirik amalan-amalan ahli sunnah seperti perbuatan tawassul, tabarruk dan istighathah dan selawat-selawat yang mengandungi pujian kepada Rasulullah seperti Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah;

Mendakwa bahawa pengikut aliran Asya’irah dan Maturidiyah tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;

Membid’ahkan pelbagai amalan ahli sunnah yang bersifat khilafiah sebagai melakukan bid’ah dhalalah dan pengamalnya akan menjadi penghuni neraka;

Menganggap amalan dan sambutan-sambutan yang dilakukan bertujuan memuliakan Rasulullah saw sebagai perbuatan syirik;

Menolak sepenuhnya beramal dengan hadith dhaif;

Memahami al-Quran dan al-Sunnah secara makna zahir semata-mata dan menolak pentakwilan dalam memahami teks al-Quran;

Menolak fahaman bermazhab;

Menolak kefahaman dan amalan tariqat tasawuf yang muktabar;

Mempertikaikan ulama Nusantara yang muktabar serta kitab-kitab karya mereka;

Mempertikaikan fatwa-fatwa atau keputusan pihak berkuasa agama;

Berpegang dengan kefahaman tasybih dan tajsim berdasarkan zahir ayat dan hadith yang mutasyabihat; dan

Mudah mengkafirkan, membid’ahkan dan memfasikkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka;
Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan mengambil keputusan bahawa;

Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan berfahaman Wahhabiah yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al- Jamaah;

Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi ahli jamaah atau pengikut aliran dan dakyah Wahhabiah dengan berselindung di sebalik apa-apa nama, aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;

Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan aliran dan dakyah Wahhabiah, sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;

apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah adalah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; atau

Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan tokoh, aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang.

Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.

Mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini. Orang ramai hendaklah membuat aduan kepada pihak berkuasa agama yang berhampiran sekiranya terdapat sebarang keraguan seperti mana dinyatakan.

28 May 2016 Posted by | Aqidah, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

TAFSIRAN PEGANGAN DAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Bahagian Fatwa – Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

IRSYAD AL-FATWA : TAFSIRAN PEGANGAN DAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Tarikh Keputusan : 25 Februari 2016

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2016-1437H yang bersidang pada 25 Februari 2016 bersamaan 16 Jamadilawal 1437H telah bersetuju menerima cadangan takrifan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam konteks Negeri Sembilan iaitu merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam mereka yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para ulama Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan:

1. Aqidah dan Tauhid, berdasarkan pegangan Imam Abu Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

2. Fiqh dan Syariah, berdasarkan mazhab Shafii di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

3. Tasawwuf, berdasarkan manhaj ulama sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-fatwa/933-tafsiran-pegangan-dan-aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah

28 May 2016 Posted by | Aqidah, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

DALIL DARI AL-QURAN MENGENAI SIFAT 20

(Terbitan FB Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan).

image

1. Wujud (ada) – dalilnya surah anbiya’ ayat 22

2. Qidam (wujudnya Allah sedia ada) – dalilnya surah al-Hadid ayat 3

3. Baqa'(kekal) – dalilnya surah ar-Rahman (26-27)

4. Mukhalafatuhu Ta’ala lil hawadith (berlainan dgn segala yg baharu) – dalilnya surah syuraa ayat 11

5. Qiamuhu Ta’ala binafsihi (berdiri dgn sendirinya iaitu tidak berhajat kepada lainnya) – dalilnya surah fathir ayat 15

6. Wahdaniah (esa) – dalilnya surah al-Baqarah ayat 163

7. Qudrah (berkuasa) – dalilnya surah nuur ayat 45

8. Iradah (berkehendak) – dalilnya surah yaasin ayat 82

9. Ilmu (mengetahui) – dalilnya surah al-maidah ayat 97

10. Hayat (hidup) – dalilnya surah furqan ayat 58

11. Sama'(mendengar) – surah thaha ayat 46

12. Bashar (melihat) – surah hujurat ayat 18

13 kalam (berkata-kata) – surah an-Nisaa’ ayat 164

Sedang tujuh lagi sifat2 ma’aniwiyah sama shj dalil naqlinya dgn 7 sifat ma’ani yg tersebut.

28 May 2016 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

BID’AH HASANAH YANG DILAKUKAN OLEH AHLI HADITH

image

Bid’ah saat ini menjadi sebuah bahasa yang menyeramkan kerana sebahagian kelompok menilainya sebagai kesesatan, seluruhnya tanpa terkecuali. Bagi mereka, setiap amalan dalam agama yang tidak dilakukan oleh Nabi, atau menentukan waktu ibadah dengan cara-cara tertentu adalah bid’ah yang sesat dan pelakunya akan masuk neraka.

Namun pernahkah terlintas dalam fikiran bahawa para ahli hadis yang meriwayatkan hadis tentang bid’ah, ternyata juga melakukan bid’ah. Apakah ahli hadis itu melakukan bid’ahnya tanpa sedar? Tidak tahukah kalau semua bid’ah adalah sesat? Kalaulah mereka mengaku bahawa semua bid’ah sesat, sementara para ahli hadis melakukan perbuatan bid’ah, seperti Imam Bukhari yang solat saat setiap menulis hadisnya di dalam kitab Sahih (padahal tidak ada perintah dari Nabi dan Imam Bukhari menentukan sendiri tidak berdasarkan tuntunan Syar’i), lalu mengapa sampai saat ini mereka sering memakai hadis-hadis riwayat Imam Bukhari? riwayat Imam Ahmad, Imam Malik dan sebagainya?

Jika para ahli hadis banyak yang melakukan bid’ah, bererti ada kesalahan dalam memahami semua bid’ah sesat. Sebab diakui atau tidak, para ahli hadis lebih mengetahui makna bid’ah yang mereka riwayatkan dalam hadis-hadisnya, bahwa ‘Tidak semua bid’ah sesat’.

Contohnya adalah beberapa penentuan waktu solat yang dilakukan oleh ulama Ahli Hadis, mulai yang melakukan ratusan rakaat dalam sehari, hingga yang solat sampai ribuan rakaat setiap hari :

1. Imam al-Bukhari (15126 rakaat)

وقال الفربري قال لي البخاري: ما وضعت في كتابي الصحيح حديثاً إلا اغتسلت قبل ذلك وصليت ركعتين
(طبقات الحفاظ – ج 1 / ص 48 وسير أعلام النبلاء 12 / 402 وطبقات الحنابلة 1 / 274، وتاريخ بغداد 2 / 9، وتهذيب الاسماء واللغات 1 / 74 ووفيات الاعيان 4 / 190، وتهذيب الكمال 1169، وطبقات السبكي 2 / 220، ومقدمة الفتح 490 وتهذيب التهذيب 9 / 42)

“al-Farbari berkata bahwa al-Bukhari berkata: Saya tidak meletakkan 1 hadis pun dalam kitab Sahih saya, kecuali saya mandi terlebih dahulu dan saya salat 2 rakaat”
(Diriwayatkan oleh banyak ahli hadis, diantaranya dalam Thabaqat al-Huffadz, al-Hafidz as-Suyuthi,1/48, Siyar A’lam an-Nubala’, al-Hafidz adz-Dzahabi 12/402, Thabaqat al-Hanabilah, 1/274, Tarikh Baghdad 2/9, Tahdzib al-Asma, Imam an-Nawawi, 1/74, Wafayat al-A’yan 4/190, Tahdzib al-Kamal, al-Hafidz al-Mizzi 1169, Thabaqat as-Subki 2/220, dan al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Muqaddimah al-Fath 490 dan at-Tahdzib 9/42)

Sedangkan hadis yang tertera dalam Sahih al-Bukhari berjumlah 7563 hadis. Maka solat yang beliau lakukan juga sesuai jumlah hadis tersebut atau 15126 (lima belas ribu seratus dua puluh enam) rakaat.

وروينا عن عبد القدوس بن همام، قال: سمعت عدة من المشايخ يقولون: حول البخارى تراجم جامعه بين قبر النبى – صلى الله عليه وسلم – ومنبره، وكان يصلى لكل ترجمة ركعتين (تهذيب الأسماء – (1 / 101)

“Kami meriwayatkan dari Abdul Quddus bin Hammam, bahwa ia mendengar dari para guru yang berkata seputar al-Bukhari ketika menulis bab-bab salam kitab Sahihnya diantara makam Nabi dan mimbarnya, dan al-Bukhari salat 2 rakaat dalam tiap-tiap bab” (Tahdzib al-Asma’, an-Nawawi, 1/101)

2. Imam Malik bin Anas (800 rakaat)

حدثنا أبو مصعب و أحمد بن إسماعيل قالا مكث مالك بن أنس ستين سنة يصوم يوماً ويفطر يوماً وكان يصلي في كل يوم ثمانمائة ركعة (طبقات الحنابلة 1 / 61)

“Abu Mush’ab dan Ahmad bin Ismail berkata: Malik bin Anas berpuasa sehari dan berbuka sehari selama 60 tahun dan ia salat setiap hari 800 rakaat” (Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Abi Ya’la, 1/61)

3. Imam Ahmad Bin Hanbal (300 rakaat)

– قال ابو يحي وسمعت بدر بن مجاهد يقول سمعت أحمد بن الليث يقول سمعت أحمد بن حنبل يقول إنى لأدعو الله للشافعى فى صلاتى منذ أربعين سنة يقول اللهم اغفر لى ولوالدى ولمحمد بن إدريس الشافعى (طبقات الشافعية الكبرى للسبكي ج 3 / ص 194 ومناقب الشافعي للبيهقي 2-254)

“Sungguh saya berdoa kepada Allah untuk Syafii dalam salat saya sejak 40 tahun. Doanya: Ya Allah ampuni saya, kedua orang tua saya dan Muhammad bin Idris asy-Sfafii” (Thabaqat al-Syafiiyah al-Kubra, as-Subki, 3/194 dan Manaqib asy-Syafii, al-Baihaqi, 2/254)

– قال عبد الله بن أحمد: كان أبي يصلي في كل يوم وليلة ثلاث مئة ركعة. فلما مرض من تلك الأسواط أضعفته، فكان يصلي في كل يوم وليلة مئة وخمسين ركعة، وقد كان قرب من الثمانين (مختصر تاريخ دمشق لابن رجب الحنبلي ج 1 / ص 399)

“Abdullah bin Ahmad berkata: Bapak saya (Ahmad bin Hanbal) melakukan salat dalam sehari semalam sebanyak 300 rakaat. Ketika beliau sakit liver, maka kondisinya melemah, beliau salat dalam sehari semalam sebanyak 150 rakaat, dan usianya mendekati 80 tahun” (Mukhtashar Tarikh Dimasyqa, Ibnu Rajab al-Hanbali, 1/399)

جعفر بن محمد بن معبد المؤدب قال: رأيت أحمد بن حنبل يصلي بعد الجمعة ست ركعات ويفصل في كل ركعتين (طبقات الحنابلة 1 / 123)

“Jakfar bin Muhammad bin Ma’bad berkata: Saya melihat Ahmad bin Hanbal salat 6 rakaat setelah Jumat, masing-masing 2 rakaat” (Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Abi Ya’la, 1/123)

4. Imam Basyar bin Mufadlal (400 rakaat)

بشر بن المفضل بن لاحق البصري الرقاشي أبو إسماعيل. قال أحمد: إليه المنتهى في التثبت بالبصرة وكان يصلى كل يوم أربعمائة ركعة ويصوم يوماً ويفطر يوماً وكان ثقة كثير الحديث مات سنة ست وثمانين ومائة (طبقات الحفاظ 1 / 24)

“Imam Ahmad berkata tentang Basyar bin Mufadzal al-Raqqasyi: Kepadanyalah puncak kesahihan di Bashrah. Ia salat setiap hari sebanyak 400 rakaat, ia puasa sehari dan berbuka sehari. Ia terpercaya dan memiliki banyak hadis, wafat 180 H” (Thabaqat al-Huffadz, al-Hafidz as-Suyuthi,1/24)

5. Cucu Sayidina Ali (1000 rakaat)

ذو الثفنات علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب زين العابدين سمي بذلك لأنه كان يصلى كل يوم ألف ركعة فصار في ركبتيه مثل ثفنات البعير (تهذيب الكمال – 35 / 41)

“Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib, hiasan ahli ibadah, disebut demikian karena ia salat dalam sehari sebanyak 1000 rakaat, sehingga di lututnya terdapat benjolan seperti unta” (Tahdzib al-Asma’, al-Hafidz al-Mizzi, 35/41)

وقال مالك بلغني أنه (علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب) كان يصلي في اليوم والليلة ألف ركعة إلى أن مات (تذكرة الحفاظ للذهبي 1 / 60)

“Malik berkata: Telah sampai kepada saya bahwa Ali bin Husain salat dalam sehari semalam 1000 rakaat sampai wafat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dahabi, 1/60)

6. Maimun bin Mahran (17000 rakaat)

ويروى ان ميمون بن مهران صلى في سبعة عشر يوما سبعة عشر الف ركعة (تذكرة الحفاظ 1 / 99)

“Diriwayatkan bahwa Maimun bin Mahran salat dalam 17 hari sebanyak 17000 rakaat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dahabi, 1/99)

7. Basyar bin Manshur (500 rakaat)

قال ابن مهدى ما رأيت أحدا أخوف لله منه وكان يصلي كل يوم خمسمائة ركعة وكان ورده ثلث القرآن (تهذيب التهذيب 1 / 403)
“Ibnu Mahdi berkata: Saya tidak melihat seseorang yang paling takut kepada Allah selain Basyar bin Manshur. Ia salat dalam sehari 500 rakaat, wiridannya adalah 1/3 al-Quran” (Tahdzib at-Tahdzib, al-Hafidz Ibnu Hajar, 1/403)

8. al-Harits bin Yazid (600 rakaat)

الحارث بن يزيد قال احمد ثقة من الثقات وقال العجلي والنسائي ثقة وقال الليث كان يصلي كل يوم ستمائة ركعة (تهذيب التهذيب 2 / 142)
“Ahmad berkata: Terpercaya diantara orang-orang terpercaya. Laits berkata: al-Harits salat dalam sehari 600 rakaat” (Tahdzib at-Tahdzib, al-Hafidz Ibnu Hajar, 2/142)

9. Ibnu Qudamah (100 rakaat)

ولا يسمع ذكر صلاة إلا صلاها، ولا يسمع حديثاً إلا عمل به. وكان يصلَّي بالناس في نصف شعبان مائة ركعة، وهو شيخ كبير (ذيل طبقات الحنابلة ابن رجب 1 / 203)

“Ibnu Qudamah tidak mendengar tentang salat kecuali ia lakukan. Ia tidak mendengar 1 hadis kecuali ia amalkan. Ia salat bersama dengan orang lain di malam Nishfu Sya’ban 100 rakaat, padahal ia sudah tua” (Dzail Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Rajab al-Hanbali, 1/203)

وكان يصلِّي بين المغرب والعشاء أربع ركعات، يقرأ فيهن السَّجدة، ويس، وتبارك والدخان. ويصلَّي كل ليلة جمعة بين العشاءين صلاة التسبيح ويطيلها، ويصلَّي يوم الجمعة ركعتين بمائة ” قل هو الله أحد ” الإخلاص، وكان يصلي في كل يوم وليلة اثنتين وسبعين ركعة نافلة، وله أوراد كثيرة. وكارْ يزور القبور كل جمعة بعد العصر (ذيل طبقات الحنابلة – 1 / 204)

“Ibnu Qudamah salat antara Maghrib dan Isya’ sebanyak 4 rakaat, dengan membaca surat Sajdah, Yasin Tabaraka dan ad-Dukhan. Beliau salat Tasbih setiap malam Jumat antara Maghrib dan Isya’ dan memanjangkannya. Di hari Jumat ia salat 2 rakaat dengan membaca al-Ikhlas 100 kali. ia salat sunah sehari semalam sebanyak 72 rakaat. ia memiliki banyak wiridan. Ia melakukan ziarah kubur setiap Jumat setelah Ashar” (Dzail Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Rajab al-Hanbali, 1/204)

10. Umair bin Hani’ (1000 sujud)

كان عمير بن هانئ يصلي كل يوم الف سجدة ويسبح مائة الف تسبيحة (تهذيب التهذيب 8 / 134)

“Umair bin Hani’ salat dalam sehari sebanyak 1000 sujud dan membaca tasbih sebanyak 100.000” (Tahdzib at-Tahdzib, al-Hafidz Ibnu Hajar, 8/134)

11. Murrah bin Syarahil (600 rakaat)

قلت: هو قول ابن حبان في الثقات زاد وكان يصلي كل يوم ستمائة ركعة وقال العجلي تابعي ثقة وكان يصلي في اليوم والليلة خمسمائة ركعة (تهذيب التهذيب 10 / 80)

“Ibnu Hibban menambahkan bahwa Marrah bin Syarahil salat dalam sehari 600 rakaat. al-Ajali berkata, ia tabii yang tsiqah, ia salat dalam sehari 500 rakaat” (Tahdzib at-Tahdzib, al-Hafidz Ibnu Hajar, 10/80)

12. Abdul Ghani (300 rakaat)

وسمعت يوسف بن خليل بحلب يقول عن عبد الغني: كان ثقة، ثبتاً، ديناً مأموناً، حسن التصنيف، دائم الصيام، كثير الإيثار. كان يصلي كل يوم وليلة ثلاثمائة ركعة (ذيل طبقات الحنابلة 1 / 185)

“Abdul Ghani, ia terpercaya, kokoh, ahli agama yang dipercayai, banyak karangannya, selalu puasa, selalu mendahulukan ibadah. Ia salat dalam sehari semalam 300 rakaat” (Dzail Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Rajab al-Hanbali, 1/185)

13. Abu Ishaq asy-Syairazi (Tiap bab dalam kitab)

وقال أبو بكر بن الخاضبة سمعت بعض أصحاب أبي إسحاق ببغداد يقول كان الشيخ يصلي ركعتين عند فراغ كل فصل من المهذب (طبقات الشافعية الكبرى 4 / 217)

“Abu Bakar abin Khadhibah berkata: Saya mendengar dari sebagian santri Abu Ishaq di Baghdad bahwa Syaikh (Abu Ishaq) salat 2 rakaat setiap selesai menulis setiap Fasal dalam Muhadzab” (Thabaqat asy-Syafiiyat al-Kubra, as-Subki, 4/217)

14. Qadli Abu Yusuf (200 rakaat)

وقال ابن سماعة كان أبو يوسف يصلي بعد ما ولي القضاء في كل يوم مائتي ركعة (تذكرة الحفاظ للذهبي 1 / 214)
“Ibnu Sama’ah berkata: Setelah Abu Yusuf menjadi Qadli, ia salat dalam sehari sebanyak 200 rakaat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dzahabi, 1/214)

15. Ali bin Abdillah (1000 rakaat)

وقال أبو سنان: كان على بن عبد الله يصلى كل يوم ألف ركعة (تهذيب الأسماء 1 / 492)

“Abu Sanan berkata: Ali bin Abdillah salat dalam sehari 1000 rakaat” (Tahdzib al-Asma’, an-Nawawi, 1/492)

16. al-Hafidz ar-Raqqasyi (400 rakaat)

الرقاشي الإمام الثبت الحافظ أبو عبد الله محمد بن عبد الله بن محمد بن عبد الملك البصري: أبو حاتم وقال: ثقة رضا وقال العجلي: ثقة من عباد الله الصالحين وقال يعقوب السدوسي: ثقة ثبت قال العجلي: يقال: إنه كان يصلي في اليوم والليلة أربعمائة ركعة (تذكرة الحفاظ للذهبي – 2 / 37)
“ar-Raqqasyi, terpercaya, ia salat dalam sehari semalam 400 rakaat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dzahabi, 2/73)

17. Abu Qilabah (400 rakaat)

وقال أحمد بن كامل القاضي: حكي أن أبا قلابة كان يصلي في اليوم والليلة أربعمائة ركعة (تذكرة الحفاظ للذهبي 2 / 120)
“Qadli Ahmad bin Kamil berkata: Diceritakan bahwa Abu Qilabah salat dalam sehari semalam sebanyak 400 rakaat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dzahabi, 2/120)

18. Cucu Abdullah bin Zubair (1000 rakaat)

مصعب بن ثابت بن عبد الله بن الزبير وكان مصعب يصلي في اليوم والليلة ألف ركعة ويصوم الدهر (صفة الصفوة 2 / 197- والإصابة في تمييز الصحابة 2 / 326)

“Mush’ab bin Tsabit bin Abdillah bin Zubair, ia salat dala sehari semalam 1000 rakaat” (Shifat ash-Shafwah, Ibnu Jauzi, 2/197 dan al-Ishabah, al-Hafidz Ibnu Hajar, 2/326)

19. Malik Bin Dinar (1000 rakaat)

وروى بن أبي الدنيا من طرق انه كان فرض على نفسه كل يوم ألف ركعة (الإصابة في تمييز الصحابة 5 / 77)
“Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dari beberapa jalur bahwa Malik bin Dinar mewajibkan pada dirinya sendiri untuk salat 1000 rakaat dalam setiap hari” (al-Ishabah, al-Hafidz Ibnu Hajar, 5/77)

20. Bilal Bin Sa’d (1000 rakaat)

وقال الاوزاعي كان بلال بن سعد من العبادة على شئ لم يسمع باحد من الامة قوى عليه كان له في كل يوم وليلة الف ركعة (تهذيب التهذيب 1 / 441)

“Auzai berkata: dalam masalah ibadah tidak didengar 1 orang yang lebih kuat daripada Bilal bin Sa’d, ia salat 1000 rakaat setiap hari” (Tahdzib al-Asma’, an-Nawawi, 1/441)

Sumber : jomfaham.blogspot.my/2016/02/bidah-hasanah-yang-dilakukan-oleh-ahli.html?m=1

(Terbitan FB Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan).

28 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat — Sampaikanlah Dariku Walaupun Satu Ayat

Soalan:

Asalamualaikum Ustaz. Bolehkah kita menunaikan solat sunat semasa khutbah Jumaat sedang di sampaikan? Mohon pencerahan hukum masalah ini.

Jawapan:

Terdapat 2 situasi berkaitan melakukan solat sunat ketika imam sedang khutbah iaitu;

Seseorang yang masuk ke masjid, sedangkan imam sedang khutbah. Disebutkan di dalam Matan Abi Syuja’:
ومن دخل المسجد والإمام يخطب صلى ركعتين خفيفتين ثم يجلس-متن أبي شجاع

“Barangsiapa yang masuk ke dalam masjid padahal imam sedang berkhutbah, maka hendaklah dia solat dua rakaat yang ringkas kemudian barulah dia duduk.”

Menurut Syeikh al-Ramli, yang dimaksudkan dengan “solat yang ringkas” itu adalah meninggalkan perbuatan memanjangkan solat mengikut uruf. Manakala menurut Syeikh Ibn Hajar dan al-Khatib al-Syirbini pula, yang dimaksudkan dengan “solat yang ringkas” itu adalah dengan meringkaskan solat tersebut sekadar memenuhi kewajipan sahaja iaitu sekadar melaksanakan perkara yang wajib (rukun) sahaja (al-Manhal al-Naddhokh).

Justeru, menurut Mazhab Syafi’i dan Hanbali, sunat melaksanakan solat tahiyyatul masjid bagi seseorang yang memasuki masjid padahal imam sedang berkhutbah. Manakala, menurut Mazhab Hanafi dan Maliki, makruh melaksanakan solat tahiyyatul masjid bagi seseorang yang memasuki masjid padahal imam sedang berkhutbah (al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu).

Seseorang yang telah sedia hadir dalam masjid sebelum imam menyampaikan khutbah Jumaat. Maka menurut pendapat yang muktamad, haram baginya menunaikan solat ketika imam sedang berkhutbah sama ada solat fardhu mahupun solat sunat (al-Baijuri).
اليسع
Wallahu a’lam

Sumber: USRAH SOLAT DAN QA AGAMA

28 May 2016 Posted by | Fad hail Amal, Ibadah | Leave a comment

Setiap hari dan malam ada sedekah

image

Share image

28 May 2016 Posted by | Fad hail Amal, Hadis | Leave a comment

Jangan jadi orang yang lalai

image

Share image

27 May 2016 Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah | Leave a comment

Maulid Nabi

image

Memang Nabi SAW tidak pernah menyambut maulid Nabi meskipun sebenarnya Nabi sambut dengan berpuasa sunat pada setiap hari Isnin bersempena hari kelahirannya (tapi wahhabi tidak mahu terima).

Maka bila tidak ada dalil yg jelas drpd al-Quran, maka kita akan rujuk hadis. Bila tidak ada dalam hadis, maka kita akan rujuk kepada ijmak para ulama dan qias yg dibuat melalui perbandingan berhubung dengan nas.

Namun dl hal ini, Wahhabi tidak menerima pendapat para ulama mahupun qias padahal itu juga merupakan sumber dalil. Atas sebab itu, pemikiran mereka menjadi sempit dan jumud sehingga menyebabkan mereka tidak mahu berlapang dada dengan isu khilafiyyah antara para ulama…

Itulah gunanya para ulama pewaris tugas Nabi. Mereka menyelesaikan masalah umat pada setiap zaman dan bersepakat dengannya, malah melakukannya dengan sehikmah mungkin. Berbeza dengan golongan Wahhabiy yg hanya muncul pada kurun ke 11 dengan mengambil pandangan beberapa orang ulamak pada kurun ke 8 (Bahkan Ibn Taimiyyah pun tidak ada masalah dengan Maulid)… Akan tetapi, bila kita bertanya kepada golongan yg tidak berilmu, atau entah keluar daripada gua mana tapi bila bertanyakan fatwa kepada mereka, mereka akan mengatakan: “Ini sesat! Masuk neraka! Sesatlah para ulama yg membenarkan amalan maulid Nabi ini!”. Malah ada yg sanggup mengatakan perbuatan maulid ini merupakan satu ritual penyembahan kepada Nabi SAW. Nauzubillah!

Ikutlah pegangan majoriti para ulama dan umat Islam yang berpegang dengan ajaran ahlul sunnah waljamaah sebenar yang murni dan wasatiyyah.

Sumber: Gerakan Anti Wahabi Malaysia

26 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Mazhab pemecah belah Ummah?

SYEIKH

26 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Dalil mencium TANGAN dan KAKI

MENCIUM KAKI RASULULLAH :

1. Daripada Buraidah r.a.: “Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada nabi s.a.w lantas mencium tangan dan kaki baginda s.a.w.” – Hadith dikeluarkan oleh imam al-Hakim di dalam kitab al-Mustadrak. Beliau mensahihkan hadith ini.

2. Daripada Safwan r.a (menceritakan) tentang kisah 2 orang Yahudi yang bertanya kepada nabi s.a.w berkenaan 9 ayat keterangan, maka baginda menjawabnya. Lantas kedua-dua orang Yahudi tersebut mencium TANGAN dan KAKI baginda nabi s.a.w. – Dikeluarkan oleh imam An-Nasa’i (no. 4078), ibn Majah (3705) dan Tirmizi, berkata Hadith Hasan Sahih (2733 & 3144) serta disahihkan juga oleh imam al-Hakim.

3. Dikeluarkan oleh imam Ibn Jarir dan ibn Abi Hatim daripada As-Saddi berkenaan firman Allah s.w.t :

يأيها الذين ءامنوا لا تسئلوا عن أشياء إن تبدلكم تسؤكم وإن تسئلوا عنها حين ينزل القران تبدلكم عفا الله عنها والله غفور حليم

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada nabi s.a.w) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu,”

Al-Maidah :101.

Setelah (saidina Umar r.a mendengar) ayat ini, beliau bangun menuju kepada nabi s.a.w dan terus mencium KAKI baginda.

4. Dikeluarkan oleh imam al-Bukhari di dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad, imam Ahmad, Abu Daud, Ibn al-A’rabi di dalam juzunya serta imam al-Baghawi di dalam Mu’jamnya, bahawa sewaktu utusan Abd Qais tiba di Madinah, mereka mencium TANGAN dan KAKI baginda s.a.w.

Dalil ini telah dicantikkan lagi oleh ibn Abdul Bar, dibaikkan (disokong dalil lain) oleh al-Hafiz ibn Hajar dan dikeluarkan juga oleh imam Abu Ya’la, Tabarani serta al-Baihaqi dengan sanad yang bagus (Jayyid).

PARA SAHABAT MENCIUM KAKI ANTARA MEREKA

5. Sesungguhnya saidina Ali r.a mencium TANGAN dan KAKI saidina Abbas r.a.

– Hadith dikeluarkan oleh imam al-Bukhari di dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad dengan sanad yang sahih (no. hadith 976).
Dalil ini menunjukkan bahawa mencium TANGAN dan KAKI bukanlah KHUSUSIAT NABI s.a.w seorang (perkara-perkara khusus yang dilakukan oleh nabi s.a.w sahaja).

MENCIUM KAKI ULAMAK

6. Diriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Imam Muslim mencium tangan Imam Bukhari. Imam Muslim berkata, “Seandainya anda mengizinkan, pasti aku cium kaki anda.” Jelas, dalam riwayat ini, Imam Muslim mengetahui bahawa mencium tangan dan kaki seorang ulama adalah mustahab.

7. Dinukil oleh Syeikh al Ansari bahawa Imam Muslim bin al Hajjaj mencium antara dua mata Imam Bukhari. Beliau juga mencuba untuk mencium kakinya, bertujuan sebagai menghormati ilmu, kemuliaan dan kebaikan gurunya. (Imam Nawawi, dalam Tahzib al Asma [88/1])

8. Soalan:

Apakah hukum mencium tangan/kaki para ulama dan orang soleh? Adakah ia suatu bid’ah atau ia dianjurkan oleh syarak?

Jawapan Dr Malik Abd Rahman As Sa’adi (Bekas Mufti Iraq)

Mencium tangan ulama, orang-orang soleh dan pemimpin yang adil adalah sunat dan bukanlah suatu yang bid’ah selagi mana ia tidak menyebabkan mereka yang dicium tangan itu tertipu (ghurur). Sekiranya keadaan itu terjadi, dosa dibebankan kepada orang yang diciumkan tangannya dan bukannya kepada orang yang mencium, kerana yang mencium itu hanya bermaksud untuk memuliakan dan menghormatinya.

Dalil bagi masalah ini adalah seperti berikut :

1. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan Abu Daud dengan sanad yang hasan sahih daripada Safwan bin ‘Assal radiyaLLahu ‘anhu katanya : “Seorang Yahudi berkata kepada sahabatnya: “Mari kita pergi bertemu dengan nabi ini.” Lalu mereka berdua pergi menemui Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam dan bertanyakan kepadanya sembilan tanda yang nyata. Maka RasuluLlah pun menjawab : “Janganlah kamu mensyirikkan ALLah dengan sesuatu apapun, jangan kamu mencuri, jangan kamu berzina, jangan kamu membunuh jiwa yang diharamkan ALLah melainkan dengan haknya, jangan kamu berjalan dengan bebas kepada seorang yang mempunyai kekuasaan lalu dia membunuh kamu, jangan kamu mengamalkan sihir, jangan kamu memakan riba, jangan kamu menuduh melakukan zina kepada seorang wanita yang suci, jangan kamu berpaling tadah (berundur) dari medan peperangan, jangan kamu bekerja pada hari sabtu.”
Safwan berkata: “Lalu kedua Yahudi itu mencium tangan dan kaki baginda sallaLLahu ‘alaihi wasallam dan berkata : “Kami bersaksi bahawa engkau adalah seorang nabi.” Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apakah yang menghalang kamu daripada mengikutiku?” Salah seorangnya menjawab : “Sesungguhnya Nabi Daud ‘alaihissalam pernah berdoa kepada Tuhannya supaya sentiasa mengutuskan nabi di kalangan zuriatnya, dan kami takut sekiranya kami mengikutimu, kami akan dibunuh oleh orang-orang Yahudi.”

2. Hadith yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Ummu Aban binti Wazei’ bin Zarei’ daripada datuknya Zarei’ radiyaLLahu ‘anhu dan beliau bersama-sama di dalam rombongan qabilah Abdul Qais katanya: “Tatkala kami tiba di Madinah, kami segera meninggalkan kenderaan-kenderaan kami, lalu kami mengucup tangan dan kaki RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam. Tetapi al Munzir al Arsyah menunggu sehingga tibanya Utbah, lalu beliau memakai kedua pakaiannya, kemudian pergi menemui Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam. Nabi bersabda kepadanya :

“Sesungguhnya pada kamu ada dua sifat yang dikasihi oleh ALLah iaitu : sabar dan lemah lembut.” Al Munzir bertanya : “Wahai RasuluLLah adakah aku yang berusaha untuk berakhlak dengan kedua-dua sifat itu atau ianya dikurniakan oleh ALlah? RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam menjawab : Ia dikurniakan oleh ALlah kepada kamu.” Lalu Munzir mengucap: “AlhamduliLlah yang telah mengurniakan kepadaku dua sifat yang dicintai ALlah dan rasul-Nya.”

Jika terdapat dakwaan mengatakan ia hanya dikhususkan kepada Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam. Maka kami akan menjawab begini : Dakwaan ini perlulah dikemukakan bersama dalil yang menyatakan mengucup tangan dan kaki hanya khusus untuk RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam tetapi tidak ada satupun dalil mengenai perkara tersebut.

Prinsip asalnya ialah setiap sesuatu yang diakui oleh RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam atau dilakukan dan diucapkan oleh baginda menjadi syariat untuk baginda dan umatnya selagimana tiada dalil yang menyatakan ia dikhususkan untuk RasuluLLah sallaLlahu ‘alaihi wasallam.

Manakala pendapat yang mengatakan sekiranya diharuskan mengucup tangan atau kaki, nescaya ia membawa kepada tunduk yang dilarang. Maka jawapannya begini : Bukan semestinya setiap bentuk tunduk itu ditegah syarak, tetapi yang ditegah ialah tunduk untuk tujuan mengagungkan dan rukuk. Bukankah apabila sesuatu barang kamu jatuh ke tanah, maka kamu menundukkan badan untuk mengambilnya? Jadi, begitulah juga menundukkan badan di sini adalah untuk mengucup tangan atau kaki, bukannya untuk menyembah atau mengagungkan.

Sumber : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq.

Wallahua’lam bissowab.⁠⁠⁠

via: Ustaz Zamihan Al-Ghari

26 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

Cari Ilmu kerana Allah

image

25 May 2016 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Kenduri Arwah – bagi mereka yang buat2 tak faham

image

Kenduri Arwah – Lujnah Ulama Fathani

Dalam buku”Ulama Besar Dari Fathani” susunan Ustaz Ahmad Fathi al-Fathani yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, disebut kisah seorang ulama Fathani Darussalam, Haji Abdullah Bendang Kebun yang menulis sebuah kitab berjodol “al-Kawaakibun-Nayyiraat fi Raddi Ahlil-Bida` wal ‘Aadaat” di mana beliau memfatwakan bahawa buat makan kematian atau kenduri arwah selepas kematian itu bid`ah makruhah dan boleh menjadi haram. Fatwanya ini lebih kurang sama dengan fatwa-fatwa tokoh-tokoh anti tahlil dan kenduri arwah zaman kita ini.

Fatwa ini telah membuat keluh-kesah dan perpecahan dalam masyarakat di wilayah-wilayah Fathani yang rata-rata mengamalkan tradisi bertahlil dan berkenduri arwah ini. Menyedari hakikat ini, maka Lujnah Ulama Fathani telah mengambil inisiatif untuk mengadakan mudzakarah dan mesyuarat berhubung isu ini yang dihadiri oleh 17 orang ulama ternama Fathani termasuklah Haji Abdullah Bendang Kebun tersebut.

Yang Dipertua Lujnah, Tuan Guru Haji Abdur Rahman mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berjalan dengan lancar serta membuahkan keputusan dan natijah yang memuaskan. Setelah hujjah-hujjah pihak yang menentang dan menyokong dikemukakan, mesyuarat tersebut telah mencapai keputusan dan mengeluarkan satu resolusi pada 21 Januari 1974 yang antara lain menyebut:-

Ahli si mati membuat makanan kerana kematian untuk sedekah pahala kepada mayyit dengan ketiadaan menyeru (mengundang – p) oleh mereka, hukumnya sunnat dengan ittifaq Lujnah Ulama Fathani.
Ahli si mati membuat makanan dan memanggil mereka itu akan manusia pergi makan kerana qasad sedekah pahalanya, dan (meng) hadiah (kan) pahala jamuan itu kepada mayyit, maka hukumnya boleh (harus) kerana masuk dalam nas ith`aam yang disuruh dalam hadits Thaawus, kerana ith`aam itu melengkapi jamuan di rumah si mati atau di tempat lain.
Ahli si mati membuat makanan di rumahnya atau di rumah si mati pada hari mati atau pada hari yang lain kerana mengikut adat istiadat, tidak kerana qasad ibadah dan niat pahalanya kepada mayyit, maka hukumnya makruh dengan ittifaq ahli Lujnah Ulama Fathani.

Ahli si mati membuat makanan daripada tirkah yang bersabit dengan umpama hak anak yatim atau kerana dipaksa ahli si mati membuatnya dengan tidak sukarelanya dan ikhlas hatinya, maka hukumnya haram dengan ittifaq ahli Lujnah Ulama Fathani.

Menghukum sesuatu hendaklah dibuat secara teliti dan tafsil melihat rupa bentuk sesuatu, bukan menghukum secara membabi-buta dan main pukul rata haram dan bid`ah dhalalah sahaja. Lihat dahulu keadaannya, bagaimana hendak dihukumkan haram jika ahli mayyit yang telah aqil baligh dengan rela hati tanpa terpaksa dan tidak merasa susah untuk menjemput jiran-jiran dan kenalan untuk hadir ke rumah si mati untuk berdoa buat si mati dan kemudian dijemput makan yang semuanya diniatkan sebagai sedekah kepada si mati.

Yang ditentang oleh ulama kita ialah mereka yang menjalankannya sehingga menyusahkan diri dan keluarga si mati atau semata-mata menjalankan adat atau lebih jahat lagi dengan niat bermuka-muka atau riak. Ini yang difatwakan oleh Sayyidi Ahmad Zaini dalam “I`anathuth – Tholibin” yang sengaja dikelirukan oleh Ustaz Rasul yang dikasihi dengan sengaja meninggal menterjemahkan soalan yang dikemukakan kepada Sayyidi Ahmad dan jawapan beliau sepenuhnya. Menghukum haram secara total amatlah tidak wajar dan tindakan sembrono.

Akhirul kalam, satu soalan, adakah ulama-ulama Fathani yang membuat resolusi di atas tidak membaca kitab Tok Syaikh Daud dan Tuan Minal ? Siapa yang baca dan faham kehendak ibarat kitab-kitab tersebut ? Mereka atau yang dikasihi Ustaz Rasul kita ? Tepuklah dada masing-masing.

Allahumma hidayatan wa taufiqan ilal haqqi wash showab.

Sumber: Bahrussofa

25 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

AMALAN-AMALAN DI KUBUR MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH

image

Persoalan :
1. Hukum Ziarah Kubur
2. Ziarah kubur pada hari dan waktu tertentu
3. Membaca al Quran di Kubur
4. Mengusap di Kubur
5. Bertawassul
6. Meletakkan bunga dan menyiram air di kubur
Jawapannya di sini :
https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/859390294126113:0
Persoalan :
1. Hukum membaca Surah Al Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia
Jawapannya di sini :
https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/611468442251634/
Persoalan :
1. Hukum binaan di kuburan
Jawapannya di sini :
Gambar-gambar binaan kubur di ma’la di Mekah , baqi’ di Madinah dan hukum binaan di kubur :
1. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/862395130492296
2. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/686777904720687
Persoalan :
1. Hukum Mengambil Upah Membaca al Quran
Jawapannya di sini :
https://www.facebook.com/notes/kami-tidak-mahu-fahaman-wahhabi-di-malaysia/hukum-mengambil-upah-membaca-al-quran/348860045179143
Persoalan :
Hukum membaca talqin
Jawapannya di sini :
1. Jawapan Ustaz Abu Muhammad : http://bahrusshofa.blogspot.my/2008/12/talqin-raudhatuth-tholibin.html
2. Status Hadith mengenai talqin :
http://jomfaham.blogspot.my/2010/05/kedudukan-hadits-talqin-setelah-dikubur.html
3. Ulamak di dalam 4 mazhab membolehkan membaca talqin
http://jomfaham.blogspot.my/2008/12/hukum-membaca-talqin-2.html

25 May 2016 Posted by | Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MELETAKKAN BUNGA DAN MENYIRAM AIR DI KUBUR

image

Firman Allah : Bertasbih kepada Allah apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi (Surah at Taghabun 64:1)

1. Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam menyarankan agar di atas kuburan diletakkan pelepah kurma sebagaimana dalam sebuah hadits

“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang dari padanya disiksa kerana dahulu dia suka membuat fitnah dan seorang lagi disiksa kerana tidak menghindari diri daripada percikan air kencing. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini dapat meringankan seksanya selagi ia belum kering.” (Riwayat Bukhari, no: 1378 dan Muslim, no: 292)

2. Para Ulama menngqiyaskan/menyamakan pelepah kurma dalam hadits di atas dengan segala macam tumbuh-tumbuhan yang masih basah sebagaimana yang di jelaskan oleh Syaikh Al-Khathib Asy-Syarbini dalam kitab Mughni Al-Muhtaj

ويسن أيضا وضع الجريد الأخضر على القبر وكذا الريحان ونحوه من الشيء الرطب ولا يجوز للغير أخذه من على القبر قبل يبسه لأن صاحبه لم يعرض عنه إلا عند يبسه لزوال نفعه الذي كان فيه وقت رطوبته وهو الاستغفار ( و ) أن يوضع ( عند رأسه حجر أو خشبة ) أو نحو ذلك لأنه صلى الله عليه وسلم وضع عند رأس عثمان بن مظعون صخرة وقال أتعلم بها قبر أخي لأدفن إليه من مات من أهلي رواه أبو داود وعن الماوردي استحباب ذلك عند رجليه أيضا
“Disunnahkan menaruh pelepah kurma hijau (basah) di atas kuburan, begitu juga tumbuh-tumbuhan yang berbau harum dan semacamnya yang masih basah dan tidak boleh bagi orang lain mengambilnya dari atas kuburan sebelum masa keringnya karena pemiliknya tidak akan berpaling darinya kecuali setelah kering sebab telah hilangnya fungsi penaruhan benda-benda tersebut dimana selagi benda tersebut masih basah maka akan terus memohonkan ampunan padanya

3. Dalam kitab Fatawa al Hadithiah m/s 196 disebutkan :

” Para ulama beristinbath daripada perbuatan Nabi SallaLlahu ‘alaihi wasallam mencacakkan dua pelepah tamar di atas kubur, untuk bolehnya mencacak pokok dan bunga tetapi mereka tidak menerangkan caranya. Walau bagaimanapun, di dalam hadits sahih disebutkan bahawa Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam mencacak satu cacakan pada setiap kubur, maka bolehlah diambil pelajaran, ia merangkumi semua bahagian kubur. Maka tujuan yang boleh diambil daripadanya ialah di mana-mana bahagian kubur pun boleh. Abdul bin Humaid dalam Musnadnya bahawa Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam meletakkan pelepah itu di atas kubur di sisi kepala mayat di kubur tersebut ”

4. Syeikh Atiyah Saqar (iaitu seorang Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar) berkata:

“Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah SWT.

Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.

5. Menyiram air di atas kuburan dan meletakkan daun-daunan yang hijau (segar) hukumnya sunnah, khususnya untuk kuburan yang baru ditimbun. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah saw memerciki kuburan puteranya tercinta Ibrahim dengan air dan meletakkan daun-daunan yang segar di atasnya (Riwayat Imam Syafi’i, Nailul Authar : 4/84).

6. Di bolehkan menaburkan bunga-bunga segar yang masih basah di atas kuburan2 ,‘karena hal ini(menaburi bunga) dapat meringankan siksaan mayat akibat bacaan tasbih tanaman/bunga diatas pusara tersebut.Lihat ; I’aanah at-Thoolibiin : II/120

يُسَنُّ وَضْعُ جَرِيْدَةٍ خَضْرَاءَ عَلَى الْقَبْرِ لِلْإ تِّباَعِ وَلِأَنَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُ بِبَرَكَةِ تَسْبِيْحِهَا وَقيِْسَ بِهَا مَا اعْتِيْدَ مِنْ طَرْحِ نَحْوِ الرَّيْحَانِ الرَّطْبِ

Disunnahkan meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kuburan, karena hal ini adalah sunnah Nabi Muhammad Saw. dan dapat meringankan beban si mayat karena barokahnya bacaan tasbihnya bunga yang ditaburkan dan hal ini disamakan dengan sebagaimana adat kebiasaan, yaitu menaburi bunga yang harum dan basah atau yang masih segar.(I’anah al-Thalibin, juz II, hal. 119)

Sumber :

1. Muhadir bin Haji Joll, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama Inilah Jawapannya.., m.s 335-338, Cetakan Pertama 2011, Mawleed Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

2. http://akitiano.blogspot.com/2010/11/pembelaan-terhadap-wahbah-al-zuhayli.html

3. http://drasmadinet.blogspot.com/2009/09/isu-tawassul.html

4. Ustaz Abu Muhammad : bahrusshofa.blogspot.com/2006/10/tunggu-kubur.html

5. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Salah Faham Terhadap Bid’ah, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu’man, 2002, Kuala Lumpur.

6. K.H Sirajuddin, 40 Masalah Agama, Cet 37 2001, Pustaka Tarbiyah Jakarta.

7. Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

8. Drs. K.H.M Sufyan Raji Abdullah Lc, Menyikapi Masalah-masalah Yang Dianggap Bid’ah, Cet 1 2010, Jilid 2, Pustaka Al Riyadhi, Indonesia

9. http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2010/bil18-2010.pdf

25 May 2016 Posted by | Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Tawassul

BERDOA DENGAN CARA BERTAWASSUL KEPADA RASULULLAH, SALAFUSSOLEH, ULAMAK , ORANG SOLEH YANG TELAH MENINGGAL DUNIA – juga dilakukan oleh salafussoleh.

Al Allamah al Muhaddith al Arif billah, Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki telah membahas perkara tawassul ini dengan panjang lebar di dalam kitab beliau bertajuk Mafahim Yajibu an Tushahhah (lihat Muhiqq At Taqawwul fi Mas’alah at Tawassul dalam Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms 397) Kemudian beliau menyenaraikan nama-nama para A’immah dan Huffaz yang membolehkan tawassul antaranya :

1. Al Imam Al Hafiz, Abu AbduLlah al Hakim dalam Al Mustadrak. (Di dalam kitab tersebut, beliau menyebutkan Nabi Adan bertawassul dengan Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan mensahihkannya)

2. Al Imam Al Hafiz, Abu Bakar al Baihaqi dalam Dala’il an Nubuwwah (Beliau juga menyebut tentang hadith Nabi Adam bertawassul dengan Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan hadith-hadith yang berkaitan dengan tawassul.)

3. Al Imam al Hafiz, Jalal ad Din as Sayuthi dalam Al Khasha’ish al Kubra (Beliau juga menyebut hadith Nabi Adam bertawassul).

4. Al Imam al Hafiz, Abu Al Farj Ibn Al Jauzi dalam Al Wafa (Beliau juga menyebut hadith Nabi Adam bertawassul dan hadith-hadith berkaitan.

5. Al Imam Al Hafiz Al Qadhi Iyadh dalam Asy Syifa’ fi at Ta’rif bi Huquq al Mushtofa.

6. Al Imam, Syaikh Nur ad Din al Qari al Ma’ruf bin Mulla Ali Qari dalam Syarhnya kepada kitab Asy Syifa’.

7. Al Allamah Ahmad Syihab ad Din al Khaffaji dalam Nasim ar Riyadh (Kitab syarah kepada Asy Syifa’)

8. Al Imam Al Hafiz, Al Qisthillani dalam Al Mawahib al Ladunniyyah (Beliau menyebutnya di awal kitab)

9. Al Allamah Syaikh Muhammad Abd al Baqi az Zarqani dalam Syarh (1/44) nya ke atas Al Mawahib.

10. Al Imam Syaikh al Islam, Abu Zakaria Yahnya An Nawawi dalam Al Idhah (Bab keenam, m.s 498. Lihat juga Al Majmu’, 8/272)

11. Al Allamah Ibn Hajar al Haitami dalam Hasyiah (m/s 499) nya atas Al Idhah dan beliau menulis risalah khas tentang tawassul berjudul Al Jauhar al Munazzham.

12. Al Hafiz Syihab ad Din Muhammad bin Muhammad bin Al Jazari ad Dimasyqi Iddah al Husn al Hashin (disebutkan dalam tajuk Kelebihan Doa)

13. Al Allamah al Imam Muhammad bin Ali asy Syaukani dalam Tuhfah az Zakirin (m/s 761)

14. Al Allamah al Imam al Muhaddith Ali bin abd al Kafi as Subki dalam Syifa’ as Siqam fi Ziyarah Khair al Anam (lihat Bab Kelapan, m/s 161)

15. Al Hafiz Imad ad Din Ibn Kathir dalam Tafsir al Qur’an al Azhim dalam Tafsir al Quran al Azhim.

16. Al Imam Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani dalam Fath al Bari (Beliau menyebutkan kisah seorang lelaki yang datang ke kubur RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan bertawassul dengan baginda dan mengatakan sanadnya sahih dalam Fath al bari (Lihat 2/495)

17. Al imam Al Mufassir Abu Abdullah al Qurthubi dalam Al Jami’ li Ahkam al Quran (lihat 5/265)

18. Asy Syaikh Yusuf Khator Muhammad di dalam kitabnya Al Mausu’ah al Yusufiyyah fi Bayan Adillah ash Shufiyyah, menambah lagi nama-nama para ulama’ selain daripada nama-nama di atas yang membolehkan tawassul atau yang menukilkan dalil-dalil daripada para A’immah di dalam kitab-kitab mereka termasuklah. (m/s 122-123)

19. Imam Syafie

20. Imam Ahmad bin Hanbal

21. Imam Malik. Seperti yang disebutkan oleh Al Allamah Ibn Hajar dalam Al Jauhar al Munazhzham dan Al Asqolani dalam Al Mawahib al Laduniyyah, dan As Samhudi dalam Khulashah al Wafa’ dan al Qadhi Iyadh dalam asy Syifa’ dengan sanad yang sahih dan selain dari mereka pun menyebutkan perkara yang sama.

22. Al Allamah Asy Syihab ar Ramli Asy Syafie.

23. Al Allamah Syaikh Ibn Muflih al Hanbali.

24. Al Allamah Syaikh Ala’ ad Din Ali al Mardawi al Hanbali (lihat kitab al Inshaf 2/456)

25. Al Allamah Syaikh Ahmad al Mardawi.

26. Syaikh Yusuf an Nabhani.

27. Al Allamah Syaikh as Samiri (pengarang at Talkhish) (Lihat Kasyf al Qina’, 2/29)

28. Syaikh Muhammad al Hamid (lihat Rudud ala Abathil, m/s 25-26)

Ulamak terkini yang membolehkan :

29. Mufti Brunei (rujuk : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic80_2001.htm )

30. Prof Dr Ali Jum’ah (lihatAl Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim)

31Sheikh Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti Hafizahulla (lihat Al- Salafiyyah: Marhalah Zamaniyyah Mubarakah La Mazhaba Islami (1996), ms.155, 156).)

32. Sheikh Dr Abdul Malik Abd Rahman al-Sa’di (al-Bid’ah fi al-Mafhum al-Islami al-Daqiq)

33. Prof Dr Wahbah Az Zuhaili (lihat “فتاوى معاصرة” di muka surat 355)

Dan ramai lagi..

Sumber :

1. Muhadir bin Haji Joll, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama Inilah Jawapannya.., m.s 335-338, Cetakan Pertama 2011, Mawleed Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

2. http://akitiano.blogspot.com/2010/11/pembelaan-terhadap-wahbah-al-zuhayli.html

3. http://drasmadinet.blogspot.com/2009/09/isu-tawassul.html

4. Ustaz Abu Muhammad : bahrusshofa.blogspot.com/2006/10/tunggu-kubur.html

5. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Salah Faham Terhadap Bid’ah, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu’man, 2002, Kuala Lumpur.

6. K.H Sirajuddin, 40 Masalah Agama, Cet 37 2001, Pustaka Tarbiyah Jakarta.

7. Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

8. Drs. K.H.M Sufyan Raji Abdullah Lc, Menyikapi Masalah-masalah Yang Dianggap Bid’ah, Cet 1 2010, Jilid 2, Pustaka Al Riyadhi, Indonesia

9. http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2010/bil18-2010.pdf

25 May 2016 Posted by | Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MENGUSAP KUBUR

MENGUSAP KUBUR – pernah dibuat oleh salafussoleh

1. Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bertanya kepada ayahnya tentang seorang lelaki yang mengusap kubur Nabi s.a.w. dan mimbar, lalu Imam Ahmad menjawab:
“Tidak mengapa begitu”.

[Iqthida’ As-Sirat Al-Mustaqim m/s 401]

Sahabat Abu Ayyub al Ansori telah diriwayatkan mencium makam Nabi :
“Dawud ibn Salih berkata: pada suatu hari Marwan melihat seorang laki-laki menaruh wajahnya di atas makam Nabi sall llahu ‘alayhi wasallam. Marwan menegurnya, “Kau tahu apa yang kau lakukan?” Ketika Marwan sampai di dekatnya, orang tersebut menoleh dan memperlihatkan wajahnya ternyata orang tersebut adalah Abu Ayyub al-Ansari [salah seorang sahabat besar dari golongan Ansar). Sayyidina Abu Ayyub Al-Ansari radiyAllahu ‘anhu. berkata: “Ya, Aku datang kepada Nabi, bukan mendatangi batu. Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Jangan tangisi agama apabila diurus oleh ahlinya. Akan tetapi tangisilah apabila diurus oleh bukan ahlinya”

(Hadits riwayat Ibn Hibban dalam Shahihnya, Ahmad (5:422), Tabrani dalam Mu’jamul Kabir (4:189), Awsat, Ibnu Hajar Haythami dalam al-Zawa’id (5:245), al-Hakim dalam kitab Mustadrak (4:515), Tabrani dan al-Hakim, al-Subki dalam Syifa’ al-siqam (p. 126), hadits ini dishahihkan oleh IBNU HAJAR AL ASQALANI dan ADZ DZAHABI)

Sumber :

1. Muhadir bin Haji Joll, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama Inilah Jawapannya.., m.s 335-338, Cetakan Pertama 2011, Mawleed Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

2. http://akitiano.blogspot.com/2010/11/pembelaan-terhadap-wahbah-al-zuhayli.html

3. http://drasmadinet.blogspot.com/2009/09/isu-tawassul.html

4. Ustaz Abu Muhammad : bahrusshofa.blogspot.com/2006/10/tunggu-kubur.html

5. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Salah Faham Terhadap Bid’ah, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu’man, 2002, Kuala Lumpur.

6. K.H Sirajuddin, 40 Masalah Agama, Cet 37 2001, Pustaka Tarbiyah Jakarta.

7. Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

8. Drs. K.H.M Sufyan Raji Abdullah Lc, Menyikapi Masalah-masalah Yang Dianggap Bid’ah, Cet 1 2010, Jilid 2, Pustaka Al Riyadhi, Indonesia

9. http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2010/bil18-2010.pdf

25 May 2016 Posted by | Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MEMBACA AL QURAN DI KUBUR

image

MEMBACA AL QURAN DI KUBUR – merupakan amalan yang diajar oleh salafussoleh

1. Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

“Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy’. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia.”

(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam’an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma’qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma’ al Zawaid, “Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

2. Imam Syafi’i :

قال الشافعى : وأحب لو قرئ عند القبر ودعى للميت
“asy-Syafi’i berkata : aku menyukai seandainya dibacakan al-Qur’an disamping qubur dan dibacakan do’a untuk mayyit”

(Lihat : Ma’rifatus Sunani wal Atsar [7743] lil-Imam al-Muhaddits al-Baihaqi)

Juga disebutkan oleh al-Imam al-Mawardi, al-Imam an-Nawawi, al-Imam Ibnu ‘Allan dan yang lainnya dalam kitab masing-masing yang sebagai berikut :

قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمه اللَّه: ويُسْتَحَبُّ أنْ يُقرَ أَ عِ ندَه شيء مِنَ القُرآنِ، وَإن خَتَمُوا القُرآن عِنْده كانَ حَسناً
“Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata : disunnahkan agar membaca sesuatu dari al-Qur’an disisi quburnya, dan apabila mereka mengkhatamkan al-Qur’an disisi quburnya maka itu bagus”

(Lihat : Riyadlush Shalihin [1/295] lil-Imam an-Nawawi ; Dalilul Falihin [6/426] li-Imam Ibnu ‘Allan ; al-Hawi al-Kabir fiy Fiqh Madzhab asy-Syafi’i (Syarah Mukhtashar Muzanni) [3/26] lil-Imam al-Mawardi dan lainnya)

3. Imam Nawawi berkata

“Adalah sunnah hukumnya bagi para penziarah kubur untuk mengucapkan salam kepada mereka (penghuni kubur), mendoakan kepada orang yang diziarahi dan juga kepada ahli kubur semuanya. Lebih utama lagi, jika penziarah itu membaca doa-doa yang telah diterangkan dalam al hadith. Dan hukumnya sunnah pula membaca ayat-ayat al Quran dan setelah itu mendoakan para penghuni kubur. Ini semua adalah nas (pendapat) dari Imam al Syafie dan disepakati oleh murid-muridnya (para pengikutnya)

4. Imam al Nawawi, al majmu’ syarh al muhazzab jilid V h 286.

Majoriti para ulamak antaranya Imam Ahmad Ibnu Hambal dalam salah satu pendapatnya, Muhammad Ibnu Hassan, Imam Abu Hanifah dalam satu pendapatnya, para ulamak mutaakhirin Malikiyah dan As SYafi’eyyah berpendapat bahawa membaca al Quran di kuburan setelah mayat dikubur boleh (ad Duur al Muhtar wa raddu al Muhtar I/884. Fath al Qadir I/473. Syarh al Risalah I/289, Mughniy al Muhtaj III/69-70, Al Mughniy II/566-570, Kasyaf al Qona’ II/191, al Muhadzab I/464, al Syarh al Saghir I/568)

Sumber :

1. Muhadir bin Haji Joll, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama Inilah Jawapannya.., m.s 335-338, Cetakan Pertama 2011, Mawleed Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

2. http://akitiano.blogspot.com/2010/11/pembelaan-terhadap-wahbah-al-zuhayli.html

3. http://drasmadinet.blogspot.com/2009/09/isu-tawassul.html

4. Ustaz Abu Muhammad : bahrusshofa.blogspot.com/2006/10/tunggu-kubur.html

5. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Salah Faham Terhadap Bid’ah, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu’man, 2002, Kuala Lumpur.

6. K.H Sirajuddin, 40 Masalah Agama, Cet 37 2001, Pustaka Tarbiyah Jakarta.

7. Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

8. Drs. K.H.M Sufyan Raji Abdullah Lc, Menyikapi Masalah-masalah Yang Dianggap Bid’ah, Cet 1 2010, Jilid 2, Pustaka Al Riyadhi, Indonesia

9. http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2010/bil18-2010.pdf

25 May 2016 Posted by | Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Amalan Ziarah Kubur

ZIARAH KUBUR – sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam

1. Para ulama sepakat mengatakan bahawa sunat bagi lelaki menziarahi kubur orang-orang Islam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Dahulu aku melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahlah.”

(Hadits riwayat Muslim)

ZIARAH KUBUR PADA WAKTU/HARI TERTENTU

1.
عن محمد بن إبراهيم قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم يأتي قبور الشهداء على رأس كل حول فيقول:”السلام عليكم بما صبرتم فنعم عقبى الدار”، وأبو بكر وعمر وعثمان

“Muhammad bin Ibrahim berkata: “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mendatangi makam para syuhada’ setiap tahun, lalu berkata: “Salam sejahtera semoga buat kalian sebab kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” Hal ini juga dilakukan oleh Abu Bakar, Umar dan Utsman.

(HR. al-Thabari dalam Tafsir-nya [20345], dan Ibnu Katsir dalam Tafsir-nya juz 4 hlm 453).

Hadits di atas juga disebutkan oleh al-Hafizh Jalaluddin as-Suyuthi dalam Syarh al-Shudur hlm 185, dan ditentukan bahwa makam Syuhada yang diziarahi setiap oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah Syuhada peperangan Uhud. Hadits ini dapat dijadikan dalil, tentang tradisi haul kematian setiap tahun.

2. Atsar Sayyidah Fathimah radhiyallahu ‘anha

عن محمد بن علي قال كانت فاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه و سلم تزور قبر حمزة كل جمعة
“Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin berkata: “Fathimah putrid Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu berziarah ke makam Hamzah setiap hari Jum’at.”

(HR. Abdurrazzaq dalam al-Mushannaf [6713]).

3. عن الحسين بن علي : أن فاطمة بنت النبي صلى الله عليه و سلم كانت تزور قبر عمها حمزة كل جمعة فتصلي و تبكي عنده هذا الحديث رواته عن آخرهم ثقات
“Al-Husain bin Ali berkata: “Fathimah putri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu berziarah ke makam pamannya, Hamzah setiap hari Jum’at, lalu menunaikan shalat dan menangis di sampingnya.”

(HR. al-Hakim dalam al-Mustadrak [4319], al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra [7000]).

4. Atsar Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ حَدِّثْ النَّاسَ كُلَّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ أَبَيْتَ فَمَرَّتَيْنِ فَإِنْ أَكْثَرْتَ فَثَلَاثَ مِرَارٍ وَلا تُمِلَّ النَّاسَ هَذَا الْقُرْآنَ. رواه البخاري.
Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Sampaikanlah hadits kepada manusia setiap hari Jum’at. Jika kamu tidak mau, maka lakukan dua kali dalam sepekan. Jika masih kurang banyak, maka tiga kali dalam sepekan. Jangan kamu buat orang-orang itu bosan kepada al-Qur’an ini.

(HR. al-Bukhari [6337]).

Sumber :

1. Muhadir bin Haji Joll, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama Inilah Jawapannya.., m.s 335-338, Cetakan Pertama 2011, Mawleed Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

2. http://akitiano.blogspot.com/2010/11/pembelaan-terhadap-wahbah-al-zuhayli.html

3. http://drasmadinet.blogspot.com/2009/09/isu-tawassul.html

4. Ustaz Abu Muhammad : bahrusshofa.blogspot.com/2006/10/tunggu-kubur.html

5. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Salah Faham Terhadap Bid’ah, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu’man, 2002, Kuala Lumpur.

6. K.H Sirajuddin, 40 Masalah Agama, Cet 37 2001, Pustaka Tarbiyah Jakarta.

7. Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

8. Drs. K.H.M Sufyan Raji Abdullah Lc, Menyikapi Masalah-masalah Yang Dianggap Bid’ah, Cet 1 2010, Jilid 2, Pustaka Al Riyadhi, Indonesia

9. http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2010/bil18-2010.pdf

25 May 2016 Posted by | Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Pengertian Tariqat

Ada orang menyindir apa kah tarikat Imam Shafie.Imam Ahmad,Imam Hanafi…….

Adakah orang yang menyindir ini faham apa itu tarikat?

Pengertian tarikat:
Tarikat diambil dari perkatan arab membawa maksud jalan. Kalau disebut tarikat Al-Fikr membawa maksud jalan berfikir. Jika disebut tarikat Az-Zikr membawa maksud jalan berzikir dan lain-lain. Dalam Al-Quran biasanya tarikat digunakan untuk jalan yang diikuti oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diajarkan kepada baginda oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibril. Ini merangkumi soal jalan baginda beribadat, berakidah, bermuamalah, mengadakan hubungan antarabangsa, mendirikan negara, melayan tetamu, menyiapkan bala tentera dalam peperangan, menguruskan keluarga dan lain-lain.

Dari segi istilah, tarikat ditakrifkan oleh Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabau seorang ulama dari Indonesia yang pernah menjadi khatib di Makkah Al-Mukkaramah sebagai jalan yang ditempuhi oleh nabi SAW, para sahabat, ulama dan para ahli sufi generasi awal dahulu. Jalan ini mesti diikuti oleh umat Islam.

Menurut Syeikh Al-Jurjani tarikat ialah jalan khusus menuju kepada Allah yang melibatkan pengharungan beberapa halangan dan penempuhan beberapa tingkatan rohani dalam berbagai maqam.

Syeikh Al-Kandahlawi pula mendefinisikan tarikat itu sebagai sejalan dengan makna ihsan yang terdapat dalam sebuah hadis yang sahih iaitu seorang itu beribadat kepada Allah seolah-olah ia melihat Allah, Jika ia tidak melihat Allah, Allah melihatnya. Bagaimanpun tarikat tasauf sekarang lebih tertumpu kepada teknik berzikir untuk membersihkan jiwa kerana itu timbullah istilah tarikat Qadiriyah, Naqsyabandiyyah dan sebagainya.

Setiap muslim wajib melalui tarikat untuk menuju kepada Allah tetapi bukan melalui tarikat yang ada sekarang ini, sebaliknya tarikat dalam ertikata jalan yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan diikuti oleh para sahabatnya.

Tarikat ini merangkumi soal akidah, ibadat dan akhlak. Kerana itu mereka hendaklah menuntut ilmu dari para ulama yang dipercayai keimuannya, tidak melakukan bid’ah dan sentiasa menunaikan amalan yang wajib di samping berterusan melakukan amalan yang sunat. Selain itu ia juga perlu tegas dalam menentang perkara mungkar. Ulama seperti inilah menurut Ibn Al-Qayyim yang layak dijadikan guru.

Tidak mahu bertarikat dengan erti kata tidak mengikuti salah satu dari tarikat zikir yang disertai oleh sesetengah masyarakat sekarang seperti Tarikat Ahmadiyyah dan sebagainya tidaklah menjadi kesalahan, tetapi tidak bertarikat dalam ertikata tidak mengikut cara nabi berakidah, beribadah dan berakhlak adalah haram dan berdosa malah terkeluar dari islam.

Membenci tarikat Zikir adalah sesuatu yang tidak wajar kerana zikir kepada Allah adalah perkara yang boleh menggilapkan hati dan mendekatkan diri seseorang kepadaNya.

Walau bagaimanapun jangan difahami istilah zikir itu sekadar zikir lisan sahaja, malah zikir dalam ertikata yang sebenarnya merangkumi zikir hati, lisan dan anggota. Ini merangkumi berjihad fi sabilillah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat menunaikan fardu haji di Baitullah, berbuat baik kepada jiran tetangga, menziarahi orang sakit, menolong orang yang dalam kesusahan, menziarahi kubur, beriktikaf, menuntut ilmu, mengulangkaji ilmu, mengadakan majlis perbincangan ilmu dan lain-lain.

25 May 2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

THE RISE OF THE USTAZS

SEJAUH MANA KEBENARAN TULISAN INI?

oleh: Dr. Wan Hasni.

I have been observing the growing trend of the rise of Islamic preachers (I called them the Ustazs) over the last 20 years. The trend is both good and bad. I always hope for the good, but I do fear that it might be for the worse. Why?

My first criticism on the Ustazs is about qualifications. Many of these preaching Ustazs are equipped with barely minimal education, and poor command of the Arabic language, narrow based education on Islamic literatures and scholarly preparations, which renders many, save a few, to be truly qualified as “Scholars of Islam”.

As a comparison, for someone to obtain PhD in say in Finance, he has to be very good in statistics and mathematics (the quantitative requirements), and the various discipline in economics such as micro/macroeconomics, financial economics, corporate finance, asset pricing, etc. Good here is not even enough, you must also be able to deal with the theories, empirical methods and matters, as well as to be able to deal with Scholarly discourse.

Similarly, for a true Islamic scholar, he must profess good command of Arabic language, basic fundamental knowledge in Fiqh and As Shari’ah, Islamic Theology (Al Aqidah), Science of Quran (Ulum Al Quran) and it’s interpretations’ (Tafsir), Science of Hadith (Ulum Al Hadith), Islamic history, Islamic civilization, and so on. He must also be able to produce Scholarly works. Four or five years at Al Azhar, for example, would cover very little. In fact, many went to study, just like many students who went to the study for any degree: just to pass and get a degree (Bachelor or Masters).

We know very well that anyone who possessed basic degree in finance, for example, would just barely have the basic knowledge and skills in finance or economics, to be able to deal with complex day-to-day matters of the economy and financial markets. In fact, many don’t even use and rely on what they learn in the classroom. The rest, they gained it through the work experience.

For a person professing to be an expert in Islam, this is an even worse proposition: they have to deal with, interpret, and make judgments on many matters of religion which by far, are way beyond their knowledge and training, and their scope of experience. The bigger problem is, they can’t simply use their “work” experience to deal with the matters, as it requires continuous learning of Islamic subjects, through the literatures as well as from learned teachers and higher scholars (past and present). If they are weak in the tools (i.e. the basic tools such as Arabic language, methods, etc.), then what can they rely on in their continuous learning?

What I also observed is that many of the so-called “famous” Ustaz, are extremely too busy with lectures (ceramah), programs and activities, that I even wonder when will they have time to do their own reading, studying and so on, to keep on enriching their knowledge? This can observed from the obvious lack of depth in their lectures, where more than 90% of the talk, is about their own “opinion” backed some verses of Al Quran and Hadith here and there.

I would like to bring an example from the recent past, namely of the late Mufti of Kelantan Tuan Guru Haji Muhamad Nor. He only had one session per week of teaching namely on Friday morning from 8 to 9 (one hour). One day, one person asked him why he didn’t make it twice a week; and he suddenly fell into a deafening silence and without saying a word, he stood up and left. He stopped having the session for about 3 months, until some people managed to persuade him to come back and teach. When he came back, he explained that the lectures are about Islamic knowledge, and even one hour a week is already too much, for the teacher and his students! How this is in contrast with many Ustaz today; some of them you have to book them at least 3 months ahead for their lectures!

The danger that I could see is the same as the evangelical movement in the United States; where preachers dominate the scene, taking advantage of the hollowness among people in the quest for religion. Take for example Jimmy Swaggart, Jim Bakker, Jerry Falwell, etc. They took advantage of the general realization of upsurge of Christian faith among the American population, which saw the rise of Television evangelism that had more than 50 million followers. Their lectures and programs are not so much about teaching Christian doctrine and faith, but rather, the “popular” talks which capitalized on the fragilities and frailties of people. But at the bottom of it, is about increasing their own popularity and enriching their organizations (and themselves, in case of Jim Bakker).

Could we see the same trend happening here in Malaysia for these Ustazs? I know that some Ustaz charged even RM3,000 per lecture. Or even at a price of RM500 per lecture, if they have 20 lectures per month, it translates to RM10,000 per month of income. This is not counting anything else that they promote through their programs, such as Umrah package, books, paraphernalia, and even some are selling bottled water, with labels such as Sunnah water! If we count all of these, any popular Ustaz would rake in somewhere around RM30,000 a month; and this is tax free and GST free. So it pays to be popular.  To be popular, the Ustaz must say things that make them to be likeable, and make people to be at ease, instead of talking about religion in the “hard way”. We also have TV program called the “Young Dai’ or Ustaz”, Imam Muda, etc..etc. These were exactly the method adopted by the TV evangelist that makes them to be extremely popular in the United States as explained above.

This approach presents a major danger: the closing of the mind of the people from “thinking and contemplating” about God and the true religion; but instead people were being pushed on matters that they must overcome their guilt (sins), and compensate for it by getting involve with the Masjid (organization) in order for them to get their salvation. The ceramah, are the platforms for the Ustaz (preachers), to generate fear among people (for not adhering to Islam as they explained it), and they must overcome it by becoming committed to the Islamic cause (as they explained it). Little, if any, are about understanding God (Allah), the true meaning of Life and Death. Little if any are being taught to think and contemplate about the nature of the Soul and Self, in relation to God (Allah), but rather to follow a certain popular doctrine and edicts that are told.

This is the problem that I see around the Muslims in Malaysia today, and I would say the problem is quite pervasive, and the immediate as well as the long term effects could be quite dangerous, as it may lead to many undesired consequences as what had befallen the US TV evangelist movement, which today, are in tatter.

Lastly, I have to also admit that there are a few Ustaz who are not of these categories; and they are truly humble and careful in their works. To them, I would say: salute, and keep it up!

25 May 2016 Posted by | Articles in English, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Renungan & Teladan | Leave a comment

TENTANG BUKU “HADIS PALSU & DHAIF POPULAR DALAM MASYARAKAT MELAYU”

image

1. Methodologi Dr. Rozaimi Ramle dalam bukunya ialah mengikuti pendapat minoriti ulama yang menolak hadith dhaif secara mutlak. Padahal yang demikian itu bercanggah dengan manhaj ulama Salaf dan majoriti ulama ahlussunnah wal jama’ah. Yang menghairankan beliau menyalahkan pendapat majoriti ulama walaupun tidak secara langsung.

2. Terdapat hadith yang sebenarnya tidak palsu disisi ulama hadith mu’tabar tetapi dihukum palsu oleh Dr. Rozaimi Ramle.

3. Berkaitan dengan hujjah hadith mursal, Dr. Rozaimi Ramle kurang amanah dengan sengaja tidak menyampaikan perbezaan pendapat antara ulama hadith dengan ulama ushul dan fuqaha. Sikap yang demikian boleh membentuk taksub dan fanatisme pembaca bukunya bahawa seakan-akan mereka patut menyalahkan ulama ushul dan fuqaha yang menerimanya sebagai hujjah.

4. Banyak hadith yang sebenarnya khilaf statusnya disisi ulama hadith, tetapi Dr. Rozaimi Ramle tidak menyampaikan khilaf tersebut dalam tulisannya. Dan perbuatan demikian itu kurang amanah ilmiyyah serta mengundang kekeliruan dalam hal tidak menepati penulisan ilmiyyah dalam dunia ilmu hadith dan yang lain.

5. Terdapat hadith yang dinilai hasan oleh hampir seluruh ulama hadith Ahlussunnah wal Jama’ah, tetapi Dr. Rozaimi Ramle menilainya berbeza, iaitu dhaif. Ini menunjukkan Dr. Rozaimi Ramle begitu berani dalam menilai status suatu hadith, walaupun seluruh ulama hadith menilai sebagai hadith hasan.

6. Dr. Rozaimi Ramle dilihat tidak mengikuti manhaj ulama ahli hadith dalam menilai hadith yang sanadnya terdapat perawi pendusta (kadzdzab). Seolah-olah disisi Dr. Rozaimi Ramle, jika dalam sanad tersebut ada perawi yang pendusta maka secara automatik hadith tersebut palsu. Ini bercanggah dengan kaedah ulama hadith dimana kepalsuan suatu hadith bukan semata-mata mutlak kerana seorang perawi yang pendusta.

7. Dr. Rozaimi Ramle terlalu berani membahaskan perkara yang bukan dalam dibidangnya, iaitu ilmu illat hadith (kecacatan hadith yang tersembunyi), malah ia bercanggah dengan kenyataan ulama-ulama yang menguasai ilmu illat. Ilmu illat tidak dikuasi oleh semua ulama ahli hadith, tetapi hanya beberapa ulama sahaja yang menguasi ilmu ini dan kriteria menjadi ulama dalam bidang ilmu ini sangat ketat.

8. Terjemahan Dr. Rozaimi Ramle terhadap ucapan ulama kadangkala tidak benar bahkan cenderung tahrif, sehingga boleh mengubah erti atau maksud yang sebenarnya. Malangnya terjemahan tersebut menentukan hukum yang beliau berikan terhadap suatu hadith.

9. Dari gaya analisis sanad yang dilakukan oleh Dr. Rozaimi Ramle dapat dilihat bahawa Dr. Rozaimi Ramle terlalu bergantung dan terkesan mengikuti analisis dalam forum atau laman web Salafi Wahabi, seperti ahlalhadeeth dan IslamWeb yang dimasukkan dalam buku beliau ini.

10. Kadangkala Dr. Rozaimi Ramle membuat kesimpulan sendiri yang padahal ulama hadith tidak menyimpulkan sama dengan beliau. Walhal perbuatan demikian itu hanya boleh bagi pakar hadith yang benar-benar berpengalaman dan diiktiraf.

11. Dr. Rozaimi Ramle terlalu berani menyalahkan erti suatu hadith yang padahal ulama yang jauh lebih pakar dibidang hadith, lughat, fikah dan lain-lain menerima dan tidak menyalahkannya.

12. Tajuk buku tersebut tidak sepatutnya meletakkan perkataan “popular” kerana kebanyakan hadith dalam buku tersebut sememangnya tidak popular dikalangan masyarakat Melayu. Bahkan ada hadith yang sebenarnya tersebar di website atau blog milik orang Indonesia. Kebanyakan hadith dalam buku tersebut tidak tersebar luas dalam television, radio, atau Media Arus Perdana. Sewajarnya perkataan “popular” ditukar dengan perkataan “tersebar”. Inilah amanah ilmiyyah!

Sumber: Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group – Johor

24 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | 1 Comment

Tata Cara Mandi Junub Janabah Sesuai Ajaran Rasulullah SAW

image

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Maimunah, ia menceritakan tentang tata cara mandi junub atau janabah yang dilakukan oleh Rasulullah saw,

Dari Ibnu Abbas mengatakan bahwa Maimunah berkata, “Aku menyimpan air untuk mandi Rasulullah saw. Kemudian beliau mencuci tangannya dua atau tiga kali. Lalu, beliau menuangkan air dengan tangan kanan pada tangan kirinya, kemudian mencuci kemaluannya. Setelah itu Rasulullah menggosokkan tangannya di lantai atau ke dinding (lalu mencuci tangannya). Kemudian beliau berkumur kumur, memasukkan air ke hidung, mencuci wajah, kedua tangan dan mencuci kepalanya, lalu menuangkan air ke seluruh tubuhnya. Kemudian beliau selesai dengan mandinya dan mencuci kakinya” (HR Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut, jadi tata cara mandi janabah atau junub yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw sesuai dengan urutannya adalah sebagai berikut.

Tata Cara Mandi Junub Sesuai Ajaran Rasulullah SAW

A. Mencuci kedua tangan tiga kali

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan Maimunah bahwa Rasulullah saw mencuci tangannya tiga
Advertisement
kali,

“…Kemudian beliau mencuci tangannya dua atau tiga kali, lalu memasukkan tangannya ke dalam wadah…” (HR Muslim, Abu Daud, Nasa’I, Turmudzi, dan Ibnu Majah)

B. Mencuci kemaluan dan tempat yang terkena air mani dengan menggunakan tangan kiri

Dasarnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Qatadah bahwa Rasulullah saw bersabda,

“…Apabila salah seorang di antara kalian buang air, janganlah sekali kali menyentuh kemaluannya dengan tangan kanannya, ketika pula dengan istinjak dan janganlah bernapas pada tempat minumnya” (HR Bukhari dan Muslim)

C. Mencuci tangan setelah digunakan untuk mencuci kemaluan

D. Berwudu sebagaimana wudu untuk salat

E. Menuangkan air ke atas kepala tiga kali sehingga air membasahi tempat tumbuhnya rambut

F. Memulai bagian kanan kepala kemudian yang kiri

G. Menyela-menyela rambut agar basah semua

H. Menuangkan air ke seluruh tubuh dimulai dari yang sebelah kanan, kemudian yang sebelah kiri

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a,

Dari Aisyah bahwa Rasulullah saw senang memulai dari yang sebelah kanan dalam memakai sandal, berhias, bersuci, dan dalam semua urusan beliau. (HR Bukhari dan Muslim)

Sumber: islamnya Muslim [dot] com

23 May 2016 Posted by | Fiqh, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama –

 Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ”  (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan dapat dilihat juga sekarang banyak orang-orang bukan Islam yang menggunakan hujjah-hujjah dari AlQuran dan AlHadith yang mana mereka membuat komentar menurut kefahaman mereka sendiri sedangkan mereka tidak faham dengan Islam.

Sumber

22 May 2016 Posted by | Hadis, Informasi, Tazkirah | Leave a comment

Hukum Membalikkan Tangan Ketika Doa Tolak Bala’

image
Foto hiasan

Terdapat anggapan bahawa membalikkan tangan ketika berdoa menolak bala’ adalah bid’ah. Menurut mereka Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam tidak melakukannya.

Jawapan

Berdasarkan sejumlah hadith sahih dan sesuai dengan kesepakatan para ulamak baik salafussoleh mahupun khalaf bahawa pada waktu berdoa tolak bala’ dianjurkan membalikkan telapak tangan. Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam apabila berdoa tolak bala’ membalikkan tangannya seperti disebutkan dalam sejumlah hadith antaranya :

Anas ibnu Malik radiyaLlahu ‘anhu berkata :

Sesungguhnya Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam, istisqa’ maka beliau mengisyaratkan dengan belakang kedua telapak tangannya ke langit

(Hadith Riwayat Muslim) Subulus Salam II/149.

Pensyarah Bulughul Maram dalam Subulussalam memberi penjelasan hadith ini dan mengatakan : Hadith ini menerangkan bahawa apabila RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam berdoa mengangkat kedua tangannya dan membalikkan telapak tangannya dengan cara belakang tangan di letakkan di atas sambil mengangkatnya beliau berdoa menolak bala’, namun apabila doanya meminta (bukan menolak bala’) beliau mengangkat kedua tangannya dan telapak tangannya menadah ke atas. (Subulus Salam II/149)

Daripada Khalid ibnu al Saib daripada ayahnya ia berkata :

Sesungguhnya Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam apabila memohon kepada Allah beliau memohon dengan menadahkan kedua tapak tangan beliau ke langit (atas) dan bila menolak bala’ beliau menjadikan kedua belakang tangannya ke langit.

(Subulus salam Juz 11/149-150)

“Dan mereka memohon kepada-Ku dengan menadahkan tangan mereka dengan membalikkan tangan mereka (bila menolak bala’).

Surah al Anbiya’ : 95

Abu Hurairah berkata :

Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu hari solat istisqa’ dan beliau solat dua rakaat tanpa azan dan iqomah kemudian beliau berkhutbah dan berdoa dan beliau membalikkan arah wajahnya ke arah kiblat dengan mengangkat kedua tangannya tinggi-tinggi kemudian membalikkan serbannya dan menjadikan yang tadinya di sebelah kanan kepada sebelah kiri dan yang tadinya sebelah kiri menjadi ke sebelah kanan.

Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi (Fiqh as Sunnah II/74)

Sumber : Drs Kyai Haji M.Sufyan Raji Abdullah Lc, Menyikapi Masalah-masalah Yang Dianggap Bid’ah, Pustaka Al Riyadl, Cet Pertama 2010, Jakarta

Sumber: jomfaham.blogspot.com

22 May 2016 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Hari ramai orang jahil berlagak alim

image

21 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | Leave a comment

NISFU SYA’ABAN

Oleh:Ustaz Ahmad Lutfi Al-Linggi

image

Rasulullah ﷺ bersabda:

أَتَدْرُونَ لِمَ سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ.

Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Sya’aban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda ﷺ bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.

Firman Allah:

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ.

Yang bermaksud, Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Al-Dukhaan: 4

‘Ikrimah dan sebahagian ulama’ tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat ini bermaksud malam Nisfu Sya’aban.

Di sini dinyatakan kelebihan malam Nisfu Sya’aban sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.

Yang bermaksud, Rasulullah ﷺ telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Sya’aban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar. (Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah ﷺ:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا لَيْلَةَ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لأَكْثَرَ مِنْ شَعْرِ غَنَمِ بَنِى كَلْبٍ.

Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Sya’aban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb. (Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Terdapat pula dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah ﷺ
telah bersabda:

أَتَانِى جِبْرِيلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَقَالَ يَا مُحَمَّدٌ هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَأَبْوَابُ الرَّحْمَةِ، فَقُمْ وَصَلِّ وَارْفَعْ رَأْسَكَ وَيَدَيْكَ إِلَى السَّمَاءِ. فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَا هَذِهِ اللَّيْلَةُ؟ فَقَالَ: هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا ثَلاَثُمائَةِ بَابٍ مِنَ الرَّحْمَةِ، فَيَغْفِرُ اللهُ تَعَالَى لِجَمِيعِ مَنْ لاَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا إِلاَّ مَنْ كَانَ سَاحِرًا أَوْ كَاهِنًا أَوْ مُشَاحِنًا أَوْ مُدْمِنَ خَمْرٍ أَوْ مُضِرًّا عَلَى الزِّنَا أَوْ آكِلَ الرِّبَا أَوْ عَاقَ الوَالِدَيْنِ أَوِ النَّمَّامِ أَوْ قَاطِعَ الرَّحِمِ، فَإِنَّ هَؤُلاَءِ لاَ يُغْفِرُ لَهُمْ حَتَّى يَتُوبُوا وَيَتْرُكُوا. فَخَرَجَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ فَصَلَّى وَبَكَى فِى سُجُودِهِ وَهُوَ يَقُولُ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَى.

Yang bermaksud, Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya’aban seraya berkata: Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya: Inilah malam yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyenyutukan sesuatu dengan Allah dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan lriba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi ﷺ pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: خَمْسٌ لَيَالٍ لاَ تُرَدُّ فِيهِنَّ الدَّعْوَةُ: أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَلَيْلَةُ الجُمُعَةِ، وَلَيْلَةُ الفِطْرِ، وَلَيْلَةُ النَحْرِ. ابن عساكر عن أبي أمامة رضي الله عنه.

Yang bermaksud, Sabda Nabi ﷺ: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Sya’aban malam Jumaat, malam hari raya Fitri dan malam hari raya Qurban[1].

Imam Syafi‘e berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Sya’aban.

Daripada Saidina Umar Abdul Aziz r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:

“Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmatanNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Sya’aban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha”.

Apabila tiba bulan Rejab, Rasulullah ﷺ berdoa dengan doa ini,

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Justeru, pada Nisfu Sya’aban kita digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala kesusahan.

Rujukan:

Al-Quran Pimpinan al-Rahman.

Al-Nafahat al-Nuraniyyah, Syeikh Yusof Khattar.

Lato’if al Ma’arif, Ibnu Rejab al-Hanbali.

21 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

Kisah Jenazah Wali Pada Zaman Nabi Musa A.S :

Terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi Musa A.S yang meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah tempat yang kotor dan busuk. Allah S.W.T kemudiannya memberikan wahyu-Nya kepada Nabi Musa A.S. Allah berfirman “Wahai Musa, seorang lelaki telah meninggal dunia, tetapi orang-orangmu telah mencampakkan jenazahnya di tempat yang kotor, sedangkan dia ialah kekasih (wali) daripada kekasih-Ku, mereka tidak mahu memandikannya, mengkafankannya dan mengebumikan jenazahnya, maka engkau pergilah, uruskan jenazahnya.”

Kemudian Nabi Musa A.S pun berangkat ke tempat tersebut. Nabi Musa A.S bertanya, “beritahulah aku tempatnya.” Mereka pun bersama-sama menuju ke tempat tersebut. Ketika Nabi Musa A.S melihat mayatnya, orang-orangnya pun bercerita tentang kefasikannya. Lalu Nabi Musa A.S berbisik kepada Tuhan-Nya dengan berkata, “Ya Allah, Engkau memerintahkanku untuk menguruskan mayatnya, sedangkan orang-orangku menjadi saksi atas kejahatannya, maka Engkau lebih tahu daripada mereka.”
Kemudian Allah berfirman, “Wahai Musa, benarlah kata-kata kaummu tentang perilaku lelaki ini semasa hidup. Namun, ketika dia menghampiri ajalnya, dia memohon pertolongan dengan tiga perkara, jika semua orang yang berdosa memohon dengannya, pasti Aku akan mengampuninya dirinya demi Allah, Zat yang Maha Mengasihani.” Tanya Nabi Musa “Ya Allah, apakah tiga perkara itu?”
Allah berfirman, “Ketika dia diambang kematiannya :

1) Dia Benci Kemaksiatan Dalam Hati..
Pertama sekali dia berkata, “Ya Tuhanku, Engkau tahu akan diriku, penuh dengan kemaksiatan, sedangkan aku sangat benci kepada kemaksiatan dalam hati, tetapi jiwaku terkumpul tiga sebab aku melakukan maksiat walaupun aku membencinya dalam hatiku iaitu: hawa nafsuku, teman yang jahat dan iblis yang laknat. Inilah yang menyebabku terjatuh dalam kemaksiatan, sesungguhnya Engkau lebih tahu daripada apa yang aku ucapkan, maka ampunilah aku.”

2) Mencintai Orang Soleh..
Kedua dia berkata, “Ya Allah,Engkau tahu diriku penuh dengan kemaksiatan, dan tempat aku ialah bersama orang fasik, tetapi aku amat mengasihi orang-orang yang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka, kezuhudan mereka dan aku lebih suka duduk bersama mereka daripada bersama orang fasik. Aku benci kefasikan walau aku adalah ahli fasiq”.

3) Mengharap Rahmat Allah Dan Tidak Berputus Asa
Ketiga dia berkata ” Ya Allah, jika dengan meminta untuk dimasukkan kedalam syurga itu akan mengurangkan kerajaanMu, sudah pasti aku tidak akan memintanya, jika bukan Engkau yang mengasihaniku maka siapakah yang akan mengasihaniku ?”.
Lelaki itu kemudian berkata lagi, “Ya Allah, jika Engkau mengampuni dosa-dosaku bagai buih di pantai, maka bahagialah kekasih-kekasihMu, Nabi-NabiMu, manakala syaitan dan iblis akan merasa susah. Sebaliknya jika Engkau tidak mengampuniku, maka syaitan dan iblis akan bersorak kegembiraan dan para NabiMu dan kekasihMu akan merasa sedih. Oleh itu, ampunilah aku wahai Tuhan Pencipta Sekalian Alam, sesungguhnya Engkau tahu apa yang aku ucapkan.”
Maka, Allah pun berfirman, “Lantas Aku mengasihaninya dan Aku mengampuni segala dosanya, sesungguhnya Aku Maha Mengasihani, khusus bagi orang yang mengakui kesalahan dan dosanya di hadapanku. Hamba ini telah mengakui kesalahannya, maka Aku ampuninya. Wahai Musa, lakukan apa yang Aku perintahkan, sesungguhnya Aku memberi keampunan sebab mulianya orang yang menguruskan jenazahnya dan menghadiri pengebumiannya.”

Kisah ini menunjukkan kita tidak boleh sama sekali berputus asa dari rahmat Allah yang amat luas walau apa jua sekalipun.Firman Allah “Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu “( Surah Al-A’raf : 156).

Semoga Allah mengampuni segala dosa kita. Amiin.

(Riwayat Wahhab Bin Munabbih ,Kitab Tawwabin Susunan Imam Ibnu Qudamah )

Sumber: FB Liwa ul Hamd

21 May 2016 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Orang Yang Tidak Berselawat Atas Nabi ﷺ Dianggap Kasar

Abdur Razzaq di dalam kitab Musannifnya daripada Muammar, daripada Qatadah, telah berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مِنَ الْجَفَاءِ أَنْ أُذْكَرَ عِنْدَ رَجُلٍ فَلاَ يُصَلِّي عَلَيَّ.

Maksudnya:
“Termasuk perilaku kasar apabila namaku disebut di sisi seorang lelaki, namun ia tidak berselawat atasku.”

Al-Hafiz as-Sakhawi berkata bahawa sabda Nabi ﷺ: “Minal jafa`” bermaksud meninggalkan kebaikan dan hubungan baik. Dengan kata lain, ia menunujukkan tabiat yang kasar. Sifat seperti ini jauh daripada Nabi ﷺ.

Ancaman dan pengingkaran yang tegas terhadap orang yang tidak berselawat atas Nabi ﷺ ketika nama Baginda ﷺ disebut merupakan dalil yang sangat jelas bagi wajibnya selawat atas Nabi ﷺ. Malah, ada perintah yang jelas mengenainya dan perintah itu membawa maksud wajib selagi tidak ada yang memalingkan maknanya.

At-Tirmidzi telah meriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلْيُصَلِّ عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ مَرَّةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا.

Maksudnya:
“Sesiapa yang disebut namaku di sisinya, hendaklah berselawat atasku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat atasku satu kali, Allah akan berselawat atasnya sepuluh kali.”

Ia diriwayatkan oleh ath-Thabrani dan Ibnu Sinni juga. Al-Hafiz as-Suyuthi mengisyaratkan bahawa ia sahih. Dalam kitab al-Adzkar, Imam an-Nawawi berkata: Sanadnya baik. Al-Haithami berkata: Para perawinya thiqah.

Para ulama’ telah mengambil hadis-hadis di atas dan yang seumpamanya sebagai dalil wajib berselawat atas Nabi ﷺ ketika nama Baginda ﷺ disebut. Yang demikian itu, dapat dilihat daripada beberapa sisi:

Sisi pertama: Sesungguhnya Nabi ﷺ mengaminkan doa Jibril a.s. yang mendoakan kehinaan bagi orang yang tidak berselawat atas Baginda ﷺ iaitu hidungnya melekat ke tanah sebagai bentuk kehinaan. Hal ini disebabkan ia tidak mengagungkan Rasulullah ﷺ iaitu dengan berselawat atas Baginda ﷺ ketika nama Baginda ﷺ disebut. Ini adalah bukti bahawa wajib berselawat atas Nabi ﷺ apabila namanya disebut. Apabila seseorang meninggalkan sesuatu yang hukumnya hanya mustahab (sunnah), tentu ia tidak patut didoakan dengan kehinaan dan kerendahan.

Sisi kedua: Dalam riwayat Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi ﷺ naik ke atas mimbar lalu mengucapkan “Amin” tiga kali. Lalu Baginda ﷺ bersabda:

مَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَمَاتَ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ، قُلْ: آمِيْن، فَقُلْتُ: آمِيْن .

Maksudnya:
“Sesiapa yang disebut namamu di sisinya namun ia tidak berselawat atasmu, maka ia masuk neraka dan Allah menjauhkannya, katakan amin! Maka aku mengucapkan:
Amin.”

Seperti yang telah disebutkan di atas, terdapat dalil wajibnya berselawat atas Nabi ﷺ apabila nama Baginda ﷺ disebut. Mereka yang meninggalkan selawat atas Baginda ﷺ layak masuk ke neraka dan dijauhkan daripada rahmat Allah.

Sisi ketiga: Terdapat banyak hadis yang menerangkan bahawa orang yang tidak berselawat atas Nabi ﷺ ketika disebutkan namanya merupakan orang yang bakhil, bahkan dipandang sebagai manusia yang paling bakhil, seperti disebutkan di atas. Bahkan, cukup dengan tindakan sedemikian, ia dicap sebagai orang bakhil. Tidak ada yang lebih bakhil dan lebih kedekut daripadanya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sa’id bin Manshur dengan sanadnya daripada al-Hasan r.a..

Rasulullah ﷺ bersabda:

كَفَى بِهِ شُحًّا أَنْ أُذْكَرَ عِنْدَهُ فَلاَ يُصَلِّي عَلَيَّ

Maksudnya:
“Cukuplah dengannya disebut sebagai kedekut apabila aku disebutkan di sisinya lalu ia tidak berselawat atasku.”

Qasim bin Ashbaq meriwayatkan dengan sanad yang bersambung kepada al-Hasan juga. Katanya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

بِحَسْبِ الْمُؤْمِنِ مِنَ الْبُخْلِ أَنْ أُذْكَرَ عِنْدَهُ فَلاَ يُصَلِّي عَلَيَّ
Maksudnya:
“Cukuplah seorang Mukmin disebut bakhil apabila aku disebutkan di sisinya lalu ia tidak berselawat atasku.”

Orang yang meninggalkan selawat atas Nabi ﷺ disifatkan sebagai bakhil kerana ia merupakan dalil wajibnya selawat atas Nabi ﷺ. Ini adalah kerana sifat bakhil adalah sifat yang sangat tercela. Ia juga adalah di antara penyakit jiwa yang besar, seperti yang disabdakan oleh Nabi ﷺ:

وَأَيُّ دَاءٍ أَدْوَأُ مِنَ الْبُخْلِ.
Maksudnya:
“Apakah penyakit yang lebih berat daripada penyakit bakhil?.”

Allah SWT telah mengaitkan penyebutan sifat bakhil dengan sifat takbur (sombong). Allah SWT berfirman:

Maksudnya:
“Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (Iaitu) orang-orang yang bakhil dan menyuruh orang lain berbuat bakhil…
(Surah an-Nisa`, 4:36-37).

Di samping itu, sifat bakhil menahan hak orang lain yang diwajibkan atasnya. Sesungguhnya orang yang menunaikan apa-apa yang diwajibkan atasnya dengan sempurna, tidak disebut bakhil. Maka bagaimana pandangan anda tentang orang yang tidak menunaikan hak manusia yang baginya hak terbesar dan teragung daripada seluruh hak makhluk?

Ketahuilah bahawa Sayyiduna Muhammad ﷺ menjadi sebab kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Baginda ﷺ datang sebagai petunjuk bagi seluruh alam dan rahmat bagi orang-orang beriman, penyelamat manusia daripada kejahatan dunia serta keburukan dan mudaratnya. Malah, penjaga daripada perkara-perkara yang dibenci dan menakutkan di akhirat serta azabnya, serta penyelamat umat manusia daripada kebodohan, kegelapan, kezaliman, dan kederhakaannya.

Bukankah rasul yang agung ini, yang baik, mulia dan penyayang, layak untuk diagungkan dan dipuji? Bahkan dikeluarkan seluruh kemampuan untuk mensyukuri dan memujinya apabila nama Baginda ﷺ disebut. Maka jangan sampai kurang daripada berselawat atas Baginda ﷺ setiap kali namanya disebut dan sifatnya disebarkan.

Sumber: FB Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al-Linggi
Rabu 11 Mei 2016
4 Sya’aban 1437H
9.48 mlm
Kota Damansara

20 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Ibadah | 1 Comment

“Rejab adalah bulan Allah, Syaa’ban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatKu”?

Di manakah sumber hadith “Rejab adalah bulan Allah, Syaa’ban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatKu”?

Oleh Ustaz Khafidz Soroni (Jabatan Hadith KUIS)

Ia direkodkan oleh ad Dailami dalam kitab Musnad al Firdaus daripada Anas r.a. Ia juga diriwayatkan sebahagian daripada sebuah hadith panjang berkenaan solat ragha’ib yang disepakati sebagai palsu oleh ramai pengkritik hadith seperti Ibnul Jawzi dalam al Madu’at, al Hafiz az-Zahabi, al Hafiz Ibn Hajar dalam Tabyin al-’Ajab bima Warad fi Syahr Rajab, al-Iraqi dalam Takhrij Ihya’ Ulumiddin, asy-Syawkani dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah, Abdul Hayy al-Laknawi dalam al-Atsar al-Marfu’ah dan lain-lain.

Ibn ‘Asakir dalam Mu’jamnya (no.210 menyebut, “Hadith ini sangat gharib dan pada sanadnya terdapat lebih daripada seorang perawi yang tidak dikenali.”

Rangkap tersebut juga ada diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a dalam sebuah hadith panjang dengan sanad yang amat diragukan menurut al-Hafiz Ibn Hajar dalam Tabyin al-’Ajab bi-ma Warad fi Syahr Rajab.

Manakala Abu al-Fath Ibn Abi al-Fawaris dalam kitab Amali meriwayatkannya daripada al-Hasan al-Bashri secara mursal.

Kata al-Allamah Abd al-Ra’uf al-Munawi dalam Faydh al-Qadir, “Menurut al-Hafiz al-Zayn al-’Iraqi dalam Syarah at-Tirmizi, hadith yang sangat dhaif. Ia daripada hadith-hadith mursal al-Hasan al-Bashri, kami telah meriwayatkannya dalam kitab at-Taghrib wa at-Tarhib oleh al-Asfahani. Dan hadith-hadith mursal al-Hasan al-Bashri tiada erti apa-apa di sisi ahli hadith, dan tiada satu hadith pun yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab.”

– Rumusan hukum para ulama terhadap rangkap hadith ini :

Sebahagian ulama mengatakannya sebagai batil atau terlalu dhaif seperti al-Hafiz Ibn Hajar, al-Hafiz al-’Iraqi dan lain-lain. Sebahagian ulama pula mengatakannya dhaif sahaja seperti al-Hafiz as-Suyuti dalam Jami’ as-Sahir (no.4411), Syeikh Muhammad Darwisy al-Hut dalam Asna al-Matalib (no.702) dan lain-lain. Al-Hafiz as-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah tidak memberi komentar jelas mengenai darjat hadith ini, seolah-olah ia hanya hadith dhaif. Demikian juga al-’Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’.

Apa yang lebih menambah kelemahannya, Rejab sebagai bulan Allah itu bercanggah dengan sebuah hadith sahih riwayat Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa’i, Ahmad dan lain-lain menyatakan bahawa bulan Allah adalah bulan Muharram, bukan Rejab. Daripada Abu Hurairah r.a : “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah Muharram….”

Saya berpendapat, kerana rangkap hadith itu tidak menyabitkan sebarang hukum atau akidah, maka tidaklaha terlalu berat mereka yang masih memakainya dalam fadha’il amal dengan peringatan agar tidak menyandarkannya secara yakin kepada Rasulullah s.a.w.

Maksud utamanya adalah sebagai galakan agar kita memperbanyakkan amalan dalam bulan-bulan tersebut bagi memperolehi keberkatannya. Gandingan tiga bulan ini juga terdapat dalam beberapa hadith yang lain. Antaranya, diriwayatkan oleh al-Bazzar dalam Musnadnya (no.6494), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (no.3534), ath-Thabarani dalam al-Awsat (no.3939), Ibn Majah, ‘Abdullah bin Ahmad, Ibn ‘Asakir, Ibn an-Najjar daripada Anas r.a katanya, “Bahawa Rasulullah s.a.w apabila masuk bulan Rejab, Baginda akan berdoa :

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
(Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah kami bulan Ramadan.”

Terdapat pada sanadnya perawi yang dikatakan oleh ramai pengkritik hadith sebagai lemah bernama Za’idah namun sebilangan pengkritik hadith lain masih menerima riwayat beliau seperti ak-Qawariri dan al-Bazzar.

– Benarkah tiada pun dalil yang tsabit tentang amalan bulan Rejab?

Terdapat banyak hadith berkaitan Syaaban dan Ramadan, tetapi amat sedikit hadith yang tsabit mengenai bulan Rejab. Oleh kerana ia termasuk ‘bulan-bulan haram’, maka kelebihannya adalah bersekali dengan bulan-bulan tersebut. Firman Allah Taala, “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang haram (dihormati). (At Taubah 9 : 36)

Empat ‘bulan yang haram’ atau juga disebut bulan-bulan haram adalah Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Maka, jelas bahawa bulan Rejab adalah termasuk salah satu daripadanya. Masyarakat Arab dahulu membesarkan bulan-bulan tersebut dan mereka dilarang berperang pada tempoh itu. Selepas kedatangan Islam, amalan ini diteruskan dan dihormati sebagaimana firman Allah di atas.

Malah hadith riwayat Mujibah al-Bahiliyyah r.a di sisi Abu Daud, Ibnu Majah dan lain-lain dengan darjat hasan menunjukkan bahawa sunat berpuasa dalam bulan-bulan haram. Nabi s.a.w bersabda, “Berpuasalah di bulan-bulan haram, dan tinggalkanlah.” Baginda mengulanginya tiga kali sambil mengisyaratkan dengan tiga batang jarinya lalu menggenggamnya kemudian melepaskannya. Maksudnya adalah berpuasa tiga hari dan tidak berpuasa tiga hari secara berselang-seli. Wallahu a’lam.

(dipetik dari Majalah Q&A)

20 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Hukum jual beli ketika solat Jumaat

Oleh: Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

Pertanyaan:

Assalamualaikum ustazah,

Saya ingin tahu apakah hukum lelaki dan wanita berjualbeli ketika solat jumaat?

Jawapan:

Waalaikumussalam.

Sudah dimaklumi bahawa solat Jumaat adalah fardhu ke atas lelaki baligh, berakal, mastautin, tidak wajib ke atas wanita, kanak-kanak dan yang tidak berakal. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumuah ayat 9 yang maksud-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya :”Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”.

Walaupun telah ijma’ di kalangan ulama’ akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah.

Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).
Maka, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Khalifah Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Berikut adalah pendapat2 para ulama’:

1.Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.
Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

2.Ulama’ Mazhab Hanafi mempunyai berbagai pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah pasti haram, manakala sebahagian mereka ada yang berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut. Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini.

Jelas disini bahawa telah disepakati oleh keempat-empat mazhab, hukum berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني

Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

PERSOALAN, ADAKAH BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang bererti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain.

Jika aqad tidak sah, bererti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, bererti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

1. Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

2.Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahan itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.

Apapun, amat perlu umat Islam dimana sahaja diseluruh pelusuk dunia untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, mesti ada segolongan manusia yang dapat memberi nasihat kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.Maka rezeki yang diperoleh itu adalah haram, lalu diberi makan dan belanja pula kepada anak isterinya, lantaran rezeki itu haram maka ia memberi kesan buruk kepada jiwanya, membentuk generasi yang buruk akhlak.

Difahami dari sini, orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat hendaklah bersegera pergi ke masjid dan janganlah melengah-lengahkannya seperti melakukan jual beli terutama apabila azan kedua sembahyang fardhu Jumaat.

Sungguhpun jual beli itu sah namun perbuatan sedemikian adalah dilarang, malah mereka yang tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat pun seperti wanita atau lelaki yang musafir, berdosa apabila dia bermuamalat bersama mereka yang diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat dan haram jualbelinya juga kerana bersubahat dengan mereka.

Takutlah kepada laknat Allah SWT dalam setiap muamalah kita.

KESIMPULAN

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram apabila:

a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.

b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.

c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.

Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.

WALLAHU A’LAM

Ust.Shahidah Sheikh Ahmad

20 May 2016 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Kedudukan Hadith Malaikat Maut Melawat Wajah Manusia 70 Kali Sehari

image

Bicara Hadith Bersama Ustaz Mohd Khafidz SoronI

Soalan:

Ustaz Hafidz. Saya nak tanya, betulkah ada riwayat mengenai malaikat maut yang melawat/memerhati wajah manusia 70 kali sehari? Betulkah ada disebut didalam Jamu al-Jawami’ tetapi tidak dapat diketahui status riwayat ini, sebaliknya adakah ia boleh diceritakan? Syukran Ustaz.

Jawapan:

Ada diriwayatkan oleh Anas RA bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika ia datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka ia berkata: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”

Imam as Suyuti mencatatkan hadis ini di dlm kitab Jam‘u al-Jawami’, al Haba’ik & Syarh as Sudur. Menurutnya, hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Fadhl at-Tusi dlm Kitab ‘Uyun al-Akhbar dan Ibn an-Najjar dlm Tarikh Baghdad drp jalan riwayat Ibrahim bin Hudbah. Ia turut direkodkan oleh ad-Daylami dlm kitab al-Firdaws.. Imam al-Qurtubi juga merekodkannya dlm kitab at-Tazkirahnya tanpa sebarang komentar apa-apa.

Ibnu `Arraq al-Kinani dalam Tanzih Asy-Syari`ah (2/375) dan Muhammad bin Tahir Al-Futtani dalam Tazkirah al-Mawdhu`at (1/214) telah menyenaraikan hadis ini sebagai hadis palsu. Ini kerana perihal perawinya, Ibrahim bin Hudbah.

Berdasarkan kalam ulama ahlul jarh wat taadil terhadap perawinya, Abu Hudbah Ibrahim bin Hudbah, hadis ini sama ada sangat daif (daif jiddan) @ palsu (maudhu’) sbb kalam mereka terhadapnya sukar utk diihtimalkan (ada kemungkinan) tidak palsu.

Antara kata al Hafiz Ibn Hajar dlm Lisan Al Mizan mengenai Abu Hudbah Ibrahim bin Hudbah: “Beliau meriwayatkan di Baghdad dan lain-lain hadis2 yang batil. Kata ‘Abbas daripada Ibn Ma‘in katanya:
Abu Hudbah pernah datang, lalu orang2 berkumpul kepadanya dan berkata: “Keluarkan kakimu”, kerana mereka takut kakinya adalah kaki keldai atau syaitan. Kata an-Nasa’i dan lain-lain: Matruk. Kata al-Khatib: Beliau memberitakan daripada Anas RA hadis2 batil. Kata Abu Hatim dan lain2: Pendusta. Kata Ibn Hibban: Dajjal daripada para dajjal.”

al Hafiz Ibn Hajar juga menolak kononnya Ibn Ma‘in mengatakannya: “Thiqah”, kerana telah sabit Ibn Ma‘in mengatakannya sebagai: “Pendusta yang keji”. Kebanyakan ahlul jarh wat taadil memberikan jarh syadid (komentar yang berat/keras) terhadap Ibrahim bin Hudbah. Jarh syadid d atas tidak dapat diihtimalkan kcualilah jika ada jalur riwayat lain yg mnyokong..

Sedangkan riwayat-riwayat yg menyebut malaikat maut mnjenguk 3 atau 5 kali sehari adalah lbh dpt diihtimalkan (ada kemungkinan) tidak palsu… Riwayat2 tsb boleh dirujuk dlm kitab2 Imam as Suyuti, iaitu Al Haba’ik & Syarh As Sudur. Pd pendapat saya, ia lbh wajar utk menggantikan riwayat yang menyebut 70 kali sehari.

والله أعلم

19 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Renungan & Teladan | Leave a comment

Kenduri Arwah – Lujnah Ulama Fathani

Dalam buku”Ulama Besar Dari Fathani” susunan Ustaz Ahmad Fathi al-Fathani yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, disebut kisah seorang ulama Fathani Darussalam, Haji Abdullah Bendang Kebun yang menulis sebuah kitab berjodol “al-Kawaakibun-Nayyiraat fi Raddi Ahlil-Bida` wal ‘Aadaat” di mana beliau memfatwakan bahawa buat makan kematian atau kenduri arwah selepas kematian itu bid`ah makruhah dan boleh menjadi haram. Fatwanya ini lebih kurang sama dengan fatwa-fatwa tokoh-tokoh anti tahlil dan kenduri arwah zaman kita ini.

Fatwa ini telah membuat keluh-kesah dan perpecahan dalam masyarakat di wilayah-wilayah Fathani yang rata-rata mengamalkan tradisi bertahlil dan berkenduri arwah ini. Menyedari hakikat ini, maka Lujnah Ulama Fathani telah mengambil inisiatif untuk mengadakan mudzakarah dan mesyuarat berhubung isu ini yang dihadiri oleh 17 orang ulama ternama Fathani termasuklah Haji Abdullah Bendang Kebun tersebut.

Yang Dipertua Lujnah, Tuan Guru Haji Abdur Rahman mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berjalan dengan lancar serta membuahkan keputusan dan natijah yang memuaskan. Setelah hujjah-hujjah pihak yang menentang dan menyokong dikemukakan, mesyuarat tersebut telah mencapai keputusan dan mengeluarkan satu resolusi pada 21 Januari 1974 yang antara lain menyebut:-

Ahli si mati membuat makanan kerana kematian untuk sedekah pahala kepada mayyit dengan ketiadaan menyeru (mengundang – p) oleh mereka, hukumnya sunnat dengan ittifaq Lujnah Ulama Fathani.
Ahli si mati membuat makanan dan memanggil mereka itu akan manusia pergi makan kerana qasad sedekah pahalanya, dan (meng) hadiah (kan) pahala jamuan itu kepada mayyit, maka hukumnya boleh (harus) kerana masuk dalam nas ith`aam yang disuruh dalam hadits Thaawus, kerana ith`aam itu melengkapi jamuan di rumah si mati atau di tempat lain.
Ahli si mati membuat makanan di rumahnya atau di rumah si mati pada hari mati atau pada hari yang lain kerana mengikut adat istiadat, tidak kerana qasad ibadah dan niat pahalanya kepada mayyit, maka hukumnya makruh dengan ittifaq ahli Lujnah Ulama Fathani.

Ahli si mati membuat makanan daripada tirkah yang bersabit dengan umpama hak anak yatim atau kerana dipaksa ahli si mati membuatnya dengan tidak sukarelanya dan ikhlas hatinya, maka hukumnya haram dengan ittifaq ahli Lujnah Ulama Fathani.

Menghukum sesuatu hendaklah dibuat secara teliti dan tafsil melihat rupa bentuk sesuatu, bukan menghukum secara membabi-buta dan main pukul rata haram dan bid`ah dhalalah sahaja. Lihat dahulu keadaannya, bagaimana hendak dihukumkan haram jika ahli mayyit yang telah aqil baligh dengan rela hati tanpa terpaksa dan tidak merasa susah untuk menjemput jiran-jiran dan kenalan untuk hadir ke rumah si mati untuk berdoa buat si mati dan kemudian dijemput makan yang semuanya diniatkan sebagai sedekah kepada si mati.

Yang ditentang oleh ulama kita ialah mereka yang menjalankannya sehingga menyusahkan diri dan keluarga si mati atau semata-mata menjalankan adat atau lebih jahat lagi dengan niat bermuka-muka atau riak. Ini yang difatwakan oleh Sayyidi Ahmad Zaini dalam “I`anathuth – Tholibin” yang sengaja dikelirukan oleh Ustaz Rasul yang dikasihi dengan sengaja meninggal menterjemahkan soalan yang dikemukakan kepada Sayyidi Ahmad dan jawapan beliau sepenuhnya. Menghukum haram secara total amatlah tidak wajar dan tindakan sembrono.

Akhirul kalam, satu soalan, adakah ulama-ulama Fathani yang membuat resolusi di atas tidak membaca kitab Tok Syaikh Daud dan Tuan Minal ? Siapa yang baca dan faham kehendak ibarat kitab-kitab tersebut ? Mereka atau yang dikasihi Ustaz Rasul kita ? Tepuklah dada masing-masing.

Allahumma hidayatan wa taufiqan ilal haqqi wash showab.

Sumber: Bahrussofa

19 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Nisfu Sya’ban – Hukum Solat Dan Doa Pada Malamnya

Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.

Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi

Soalan :
Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?

Jawapan :
Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.

Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : “فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ” – رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : “Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa(yang dilakukan oleh hambaNya)lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani)Kalb.”

-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.

Seterusnya,
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ ” – رواه الطبرانى وصححه ابن حبان . 

Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”

 -Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.

Seterusnya,
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ” – رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskan Tolak WAHABI:
nya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.” -Riwayat Ibnu Majah.

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod(menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : “كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً” – متفق عليه .

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”
-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :

“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada(hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”

-tamat

Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :

“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.

Pertamanya :
Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.

Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.

Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

Keduanya :
Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat

Kesimpulannya :
Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.

Sumber :
Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.
(Sumber: Grup Telegram di ambil dari:Http://ElmanSyud.Blogspot.Com)

19 May 2016 Posted by | Bersama Tokoh, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Tujuh Keutamaan Bergaul Dengan Ulama’

Oleh : Syeikh Abul Laits

Barangsiapa duduk dalam majlis ilmu bersama seorang yang berilmu, tetapi tidak mampu menghafaz sedikitpun ilmu yang disampaikan di sana, maka dia telah mendapatkan tujuh kemuliaan :

Pertama : Dia mendapatkan pahala yang disediakan bagi para penuntut ilmu.

Kedua : Selama duduk di dalam majlis itu, dia terhindar dari perbuatan dosa.

Ketiga : Rahmat ALlah menghampirinya ketika dia keluar dari rumah menuju majlis itu.

Keempat : Ketika orang-orang yang berada dalam majlis ilmu tersebut memperoleh rahmat, maka dia juga akan memperoleh bahagian darinya.

Kelima: Selama dia mendengarkan kajian di dalam majlis itu, dia tercatat sebagai seorang yang sedang beribadah kepada ALlah.

Keenam : Ketika dia sedih kerana kurang mampu memahami kajian yang disampaikan, maka kesedihannya itu menjadi sebuah penghubung untuk mendekatkan diri kepada ALlah.

Ketujuh : Di majlis itu, dia akan melihat kemuliaan seorang yang berilmu dan kehinaan seorang penderhaka. Akhirnya dia akan menyukai ilmu dan membenci perbuatan fasik.

Sumber : Muhammad Nawawi bin Umar al Jawi, Nasa’ihul ‘Ibad, Bungkul Indah, Surabaya – Indonesia, hal 46.

19 May 2016 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Yang Memberi Rezeki

“Para ulama mengatakan, rezeki itu terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama adalah Rezeki yang dijamin. Yang kedua, adalah Rezeki yang diagih-agihkan. Dan yang ketiga, Rezeki yang dijanjikan. Dan rezeki itu perlu diusahakan kerana ia tidak datang bergolek. Maka adab kita kepada qada dan qadar Allah adalah kita berusaha.”

“Semakin mendalam pengenalannya pada Allah سبحانه وتعالى, maka semakin kuat yakinnya. Apabila dia tidak kenal Allah dgn sebenar-benar kenal, maka akan berkurang dan kurang yakinnya. Seperti seseorang yang tidak betul betul kenal dengan Allah سبحانه وتعالى iaitu Ar-Razaq, yang Maha Pemberi Rezeki, maka yakin nya akan berkurang terhadap rezeki yang telah di jamin oleh Allah سبحانه وتعالى. Sehingga dia tidak ada masa untuk beribadah kerana sibuk mencari rezeki.”

“Bukankah Allah سبحانه وتعالى yang memberi rezeki? Kadangkala seseorang itu melakukan yang haram dalam pencarian rezekinya dengan alasan saya ingin mencari nafkah untuk diri, isteri dan anak saya untuk terus hidup, tapi dalam masa yg sama dia melakukan perkara yang haram, melakukan Riba’, perkara yang bertentangan dengan Allah سبحانه وتعالى, maka dia kurang yakinnya kepada Allah سبحانه وتعالى. ”

“Dia sudah beriman, tapi iman nya itu belum kuat dan mantap. Dia tahu Allah beri rezeki tapi dalam masa yang sama dia lakukan perkara yg haram dari rezekinya,
dari mulut dia kata Allah Ar-Razaq, Allah beri rezeki, saya keluar cari rezeki untuk nafkah diri dan keluarga saya, saya yakin Allah سبحانه وتعالى boleh bagi rezeki dengan berasbab. ”

“Tapi dalam masa sama cari rezeki dalam pembohongan, pendustaan dalam produknya dan sebagainya,
sanggup melakukan sesuatu yg haram .
Ini tidak ambil iktibar, mulut berkata Allah memberi rezeki tapi perbuatannya itu
tidak menyakinkan Allah سبحانه وتعالى yang beri rezeki. Jika dia yakin Allah beri rezeki dia ada masa cari rezeki dan ada masa untuk beribadah pada Allah سبحانه وتعالى, tinggalkan perkara yang haram dan sebagainya.”

“Jika dia tak yakin, majlis zikir, majlis ilmu, ibadah, dan solat fardhu pun dia akan tinggalkan. Kerana apa? Kerna terlalu sibuk ada mesyuarat sana sini, jumpa orang sana sini. Cari customer sampai tiada masa untuk ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Bukankah Allah سبحانه وتعالى yang memberi rezeki?”

“Hakikatnya Allah سبحانه وتعالى yang memberi rezeki. Asbab itu adalah perantaraan. Berusaha ke atas asbab adalah sunnah, meninggalkan asbab adalah bid’ah. Yakin ke atas asbab adalah haram. Kita diperintah untuk berusaha ke atas asbab, tetapi kita dilarang untuk bersandar ke atas asbab. Seseorang manusia kadang kala keluar awal subuh, balik malam hari.”

“Untuk mendapatkan rezeki. jika demikian rezeki zahir, demikian rezeki batin apatah lagi lebih penting. Begitu juga dengan perkara hidayah. Sesuatu yang menyalahi adab kepada allah, dia mengatakan saya belum dapat menunaikan perintah allah kerana saya sedang tunggu hidayah, saya sedang tunggu seru. Saya belum sampai seru lagi. Tidak.”

“Seperti kamu faham rezeki itu perlu diusahakan, bermujahadah mencari rezeki, hidayah dan ilmu. Dan Allah سبحانه وتعالى adalah sebaik baik pemberi rezeki. Tugas kita sebagai mahkluk Allah سبحانه وتعالى, kita beradab kepada Allah adalah berusaha untuk mendapatkan rezeki zahir dan juga batin. Kita serahkan natijahnya kepada Allah سبحانه وتعالى.”

“Dan Seorang mukmin itu dia juga tidak malas. Seorang mukmin itu, dia tidak menganggur. Duduk lepak, goyang kaki menganggur membazir masa. Kerana tidak diciptakan jin dan manusia itu hanya untuk beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Seorang mukmin itu sentiasa mengisi masanya dengan amal. Ada tiga ratus tempat didalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى menyebutkan tentang amal.”

“Maka seseorang mukmin itu sepatutnya mengisi masa dengan beramal. Dan amal itu tidak khusus kepada ibadah solat kita, puasa zakat dan haji sahaja. Amal ini mempunyai makna yang luas lagi. Seseorang mukmin itu boleh menjadikan satu hari dua puluh empat jam masanya itu beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى.”

“Dengan niatnya kerana Allah سبحانه وتعالى. Makan dan minum seorang mukmin itu jadi ibadah. Tidur enam atau tujuh jam dikira ibadah. Niatnya tidur untuk bangun tahajud. Niatnya untuk taqarub kepada Allah سبحانه وتعالى. Beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Semuanya jadi ibadah.”

“Para Ulamak mengatakan, seorang mukmin itu tidak boleh berlalu masa satu detik pon dengan dia menganggur. Melepak duduk goyang kaki. Ini adalah suatu yang tercela didalam agama. Agama mengajarkan kepada kita untuk memanfaatkan masa. Dan tidak berlalu satu detik pon masa seseorang mukmin itu dengan menganggur.”

“Apakah hukum seseorang itu tidak bekerja? Seseorang itu menganggur? Adakah dia mendapat dosa atau tidak?” Seseorang yang goyang kaki tidak bekerja, dia mungkin tidak mendapat dosa. Akan tetapi, agama mengajarkan kepada kita seorang mukmin itu tidak goyang kaki dan malas.”

“Goyang kaki dan menganggur itu adalah satu sifat yang tercela. Kerana seorang mukmin itu, dia adalah seorang yang aktif. Allah سبحانه وتعالى suka melihat hamba-Nya yang aktif, cergas, kuat dan bekerja kerana Allah سبحانه وتعالى. Dia bekerja tidak malas duduk goyang kaki.”

“Seorang mukmin itu, dia tidak membuang masa. Dia sentiasa dalam pekerjaan. Selesai dari solat, dia pergi kemana-mana sahaja dia akan niatkan kerana Allah سبحانه وتعالى. Mukmin itu dia sentiasa dalam pekerjaan. Yang mana, setiap pekerjaan itu menjadi perantaraan atau wasilah untuk dia mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى.”

“Menjadi kesilapan seseorang itu, dia memisahkan pekerjaan dunia dia dengan akhirat. Keperluan dunianya dengan akhirat. Dia mengatakan ini semua dunia. Kerana setiap pekerjaan dunia itu berhak menjadi satu ibadah dengan kuncinya adalah dengan niat kerana Allah سبحانه وتعالى. Terpulang kepada mukmin itu dengan niat menjadi ibadah atau tidak.”

“Seorang mukmin itu tidak malas, tidak lembik, tidak lesu, tidak goyang kaki dan tidak menganggur. Rasulullah ﷺ bersabda; “Seorang mukmin yang kuat, aktif, itu adalah lebih baik lebih afdhal lebih dicintai oleh Allah سبحانه وتعالى berbanding dengan mukmin yang dhoif.”

“Seseorang yang goyang kaki menganggur itu, dia tidak membawa manfaat untuk dirinya, dan dia tidak membawa manfaat untuk orang lain. Bekerja pon tidak. Menuntut ilmu pon tidak duduk goyang kaki. Kalau dia tidak mencari rezeki akan tetapi dia menuntut ilmu. Sekurang-kurangnya, masa itu diisi dengan ilmu yang bermanfaat. Supaya dia memberi manfaat kepada orang lain.”

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Sumber: Raudhatul Muhibbin

19 May 2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

SEJARAH SINGKAT ANAK CUCU RASULULLAH ﷺ DI NUSANTARA.

Keturunan Nabi Muhammad – Beliau Rasulullah ﷺ dikurniai 7 anak 3 laki-laki dan 4 perempuan, yaitu Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqoiyah, ummu Kaltsom, dan Fathimah Azzahra. Setiap keturunan berasal dari ayahnya, namun khusus untuk Keturunan Sayyidatuna Fatimah bersambung kepada Rasulullah merekalah keturunan Nabi Muhammad ﷺ, sebagaimana dalam hadits disebutkan bahwa Rasulullah bersabda: “setiap anak yg dilahirkan ibunya bernasab kepada ayahnya, kecuali anak-anak dari fatimah, akulah wali mereka, akulah nasab mereka dan akulah ayah mereka” (HR.Imam Ahmad)

Sayyidatuna Fathimah dikurnia 2 orang putra yaitu Sayyidina Hasan dan Saayidina Husein, dari kedua cucu Nabi ini lahir para anak cucuk Rasulullah yang hingga kini kita kenali dengan sebutan syarif, syarifah, Sayyid, dan Habib.

Keturunan dari Sayyidina Hasan, yaitu sering disebut dengan al-hasni hanya ada sedikit saja di indonesia.
Keturunan dari Sayyidina Husein, Sayyidina Husein wafat di Karbala, beliau mempunyai enam orang anak laki-laki dan 3 wanita, yaitu Ali Akbar, Ali Awsat, Ali Ashghar, Abdullah, Muhammad, Jakfar, Zainab, Sakinah dan Fathimah. Putra Sayyidina Husein keseluruhannya wafat terkecuali Al Awsat atau yang biasa dikenal dengan Nama Imam Ali Zainal ‘Abidin, mempunyai putra bernama Muhammad Al-baqir, yang mempunyai Putra bernama Ja’far Ash-Shadiq yang menjadi Guru daripada Imam Hanafi, yang kemudian Imam Hanafi ini memiliki murid Imam Maliki, lalu Imam Maliki memiliki murid Imam Syafi’i dan Imam Syafi’i bermuridkan Imam Ahmad bin Hanbal.

Al-Imam Ja’far Ash-Shodiq dilahirkan pada tahun 80 H riwayat lain menyebutkan 83 H, Meninggal di kota Madinah pada tahun 148 H dan dimakamkan di pekuburan Baqi.

Keturunannya yaitu Ali Uraidi yang memiliki putra bernama Muhammad An-nagieb memiliki putra isa arumi dan memiliki putra ahmad al muhajir.
Ahmad bin Isa al-muhajir punya dua orang putra yaitu Ubaidillah dan Muhammad. Ubaidillah hijrah bersama ayahnya ke Hadramaut, Yaman dan mendapat tiga putra yaitu Alwi, Jadid dan Ismail (Bashriy). Keturunan mereka punah dalam sejarah, sedangkan keturunan Alwi tetap lestari. Mereka menamakan diri dengan nama sesepuhnya Alwi, yang kemudian dikenal masyarakat dengan sebutan kaum Sayyid Alawiyin.

Kepindahannya ke Hadramaut disebabkan karena kekuasaan diktator khalifah Bani Abbas yang secara turun-menurun terus memimpin umat Islam, mengakibatkan rasa ketidakpuasan di kalangan rakyat. Akibat dari kepemimpinan yang diktator, banyak kaum muslim berhijrah, menjauhkan diri dari pusat pemerintahan lalu hijrah dan menetap di Hadramaut, Yaman.
Penduduk Yaman khususnya Hadramaut yang mengaku penduduk asli dari qabilah Qahthan, yang awalnya bodoh dan sesat berubah menjadi mengenal ilmu dan berjalan di atas syariat Islam yang sebenarnya. Al-Imam al-Muhajir dan keturunannya berhasil menundukkan masyarakat Hadramaut yang memiliki faham khawarijme dengan akhlak dan pemahaman yang baik.

Para sayyid Alawiyin menyebarkan dakwah Islamnya di Asia Tenggara melalui dua jalan, pertama hijrah ke India kemudian pada tahap kedua dari India ke Asia Tenggara, atau langsung dari Hadramaut ke wilayah Asia Tenggara melalui pesisir India. Diantara yang hijrah ke India adalah syarif Abdullah bin Husein Bafaqih ke kota kanur dan menikahi anak menteri Abdul Wahab dan menjadi pembantunya sampai wafat. Lalu syarif Muhammad bin Abdullah Alaydrus yang terkenal di kota Surat dan Ahmadabad. Dia hijrah atas permintaan kakeknya syarif Syech bin Abdullah Al-Aydrus. Begitu pula keluarga Abdul Malik yang diberi dengan gelar ‘Azhamat Khan’. Dari keluarga inilah asal-muasal keturunan penyebar Islam di Indonesia khususnya di Jawa yang dikenal dengan sebutan Wali Songo. Kemudian dari India, mereka melanjutkan dakwahnya ke Indonesia, yaitu melalui daerah pesisir utara Sumatera yang sekarang dikenal dengan propinsi Aceh.

Menurut Profesor Dr. Hamka, sejak zaman kebesaran Aceh telah banyak keturunan-keturunan Hasan dan Husain itu datang ke Indonesia, tanah air kita ini. Sejak dari semenanjung Tanah Melayu lalu kepulauan Indonesia dan Filipina. Memang harus diakui banyak jasa-jasa dari mereka dalam penyebaran Islam di seluruh Nusantara ini. Penyebar Islam dan pembangun kerajaan islam di Banten dan Cirebon adalah Syarif Hidayatullah yang diperanakkan di Aceh. Syarif kebungsuan tercatat sebagai penyebar Islam di Mindanau dan Sulu. Sesudah pupus keturunan laki-laki dari Iskandar Muda Mahkota Alam, pernah bangsa Sayyid dari keluarga Jamalullail menjadi raja di Aceh. Negeri Pontianak pernah diperintah oleh bangsa Sayyid al-Gadri. Siak oleh keluarga dari bangsa Sayyid Bin Shahab. Perlis (Malaysia) didominasi dan dirajai oleh bangsa dari Sayyid Jamalullail. Yang Dipertuan Agung III Malaysia, Sayyid Putera adalah raja Perlis. Gubernur Sarawak yang ketiga, Tuanku Haji Bujang ialah berasal dari keluarga Al-Aydrus.
Kedudukan para sayyid di negeri ini yang turun-temurun menyebabkan mereka telah menjadi anak negeri di mana mereka berdiam. Kebanyakan dari mereka menjadi ulama dan ada juga yang berdagang. Mereka datang dari Hadramaut dari keturunan Imam Isa al-Muhajir dan al-Faqih al-Muqaddam. Mereka datang kemari dari berbagai keluarga. Yang kita banyak kenal dari mereka ialah dari keluarga As-Segaf, Al-Kaff, Al-Athas, Bin Syekh Abubakar, Al-Habsyi, Bafaqih, Al-Aydrus, Al-Haddad, Bin Smith, Jamalullail, Assiry, Al-Aidid, Al-Jufri, Bin Syahab, Al-Qadri, Albar, Al-Mussawa, Gathmir, Bin Aqil, Al-Hadi, Al-Zahir, Basyaiban, Ba’abud, Bin Yahya dan lain-lain.

Orang-orang dari Arab khususnya Hadramaut mulai datang secara masal ke Nusantara pada tahun-tahun terakhir diabad 18, sedangkan kedatangan mereka di pantai Malabar jauh lebih awal. Pemberhentian mereka yang pertama adalah di Aceh. Dari sana mereka lebih memilih pergi ke Palembang dan Pontianak. Orang-orang Arab mulai banyak menetap di Jawa setelah tahun 1820 Masehi, dan qabilah-qabilah mereka baru tiba di bagian Timur Nusantara pada kisaran tahun 1870 Masehi. Pendudukan Singapura oleh Inggris pada tahun 1819 Masehi dan kemajuan besar dalam bidang perdagangan membuat kota itu menggantikan kedudukan Aceh sebagai perhentian pertama dan titik pusat imigrasi bangsa-bangsa Arab.

Semenjak pembangunan pelayaran kapal uap di antara Singapura dan Arab, Aceh sudah menjadi tidak penting lagi..

Di pulau Jawa terdapat enam qabilah besar Arab, yaitu di Batavia yang sekarang dikenal dengan nama Jakarta, Cirebon, Pekalongan, Semarang, Tegal, dan Surabaya. Di Madura hanya ada satu yaitu di Sumenep. Qabilah Arab di Surabaya dianggap sebagai pusat qabilah di pulau Jawa bagian Timur. qabilah Arab lainnya yang cukup besar berada di Probolinggo, Lumajang, Pasuruan, Bangil, Besuki dan Banyuwangi. Qabilah Arab di Besuki mencakup pula orang Arab yang menetap di kota Panarukan dan Bondowoso.
Qabilah-qabilah Arab Hadramaut khususnya Alawiyin yang berada lokasi pesisir tetap menggunakan nama-nama qabilah mereka, sedangkan Alawiyin yang tidak dapat pindah ke pesisir karena berbagai sebab, Mereka berganti nama dengan nama-nama Jawa, mereka banyak yang berasal dari keluarga Ba’bud, Basyaiban, Bin Yahya dan lainnya.

Sumber : Kitab Syamsud Dhahiroh, Kitab Aqidatul Awwam dan berbagai sumber lainnya.

(Oleh:Pustaka Ilmu Sunni Salafiyah – KTB (PISS-KTB)

19 May 2016 Posted by | Informasi | Leave a comment

MUFTI AGUNG MESIR MENJAWAB DAKWAH SALAFI-WAHABI.

image

Alhamdulillah…Ternyata, buku karya Mufti Agung Mesir, Prof Dr. Ali Jum’ah banyak diminati kaum terdidik. Tidak menyangka, ternyata laris manis. Saya bersyukur karena generasi Muslim kita tahu bagaimana harus belajar, dan tidak mudah terbawa hasutan kelompok lain. Buku ini memang layak menjadi rujukan bagi mereka yang haus pengetahuan agama.
Sebagai hadiah atas rasa syukur saya, berikut saya kutip penjelasan dalam buku ini tentang pemahaman konsepsi Bid’ah yang salah dari kelompok yang sering menyebut diri mereka pembela Sunnah.

Prof Dr. Ali Jum’ah menjelaskan:
“Di antara keburukan yang menggerogoti kaum ekstrem itu adalah memperluas pemahaman bid’ah sehingga mereka mengklaim adat istiadat maupun tradisi yang dilakukan kaum muslimin sebagai bid’ah dan sesat. Hal ini dikarenakan mereka menganggap segala sesuatu yang tidak pernah dikerjakan Rasulullah SAW Adalah bid’ah. Maka tidak boleh dikerjakan, implikasinya ketika mereka melihat ada orang menengadahkan tangannya saat berdoa, maka mereka akan menghardiknya dan mengatakan perbuatan itu bid’ah. Alasannya, Rasulullah tidak pernah melakukan hal seperti itu. Begitu pula, ketika ada yang mengajak mereka bersalaman sehabis shalat, maka mereka akan memberitahu bahwa perbuatan itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah. Dan masih banyak contoh lainnya. Pertanyaannya, apakah benar perbuatan yang ditinggalkan [atau tidak dilakukan] Rasulullah SAW, itu termasuk bid’ah dan sesat?

Para ulama di seantero dunia, baik salaf ataupun khalaf, semuanya sepakat bahwa at-tarku [apa yang ditinggalkan] bukanlah salah satu metode yang bisa digunakan secara terpisah dalam perumusan hukum [istidlal]. Tetapi, metode yang bisa digunakan untuk menetapkan hukum syar’i, baik wajib, sunnah, mubah atau makruh itu adalah datang dari nash Al-Qur’an, Sunnah, ijma’ dan qiyas.
At-Tarku pada dasarnya tidak menunjukan hukum syar’i. ini sudah menjadi kesepakatan para ulama. Ada banyak dalil yang menunjukan bahwa para sahabat tidak memahami di dalam tarku-nya Rasulullah SAW, terdapat keharaman, bahkan sampai kemakruhan pun tidak. Inilah pemahaman para ulama sepanjang masa. Ibnu Hazm pernah membantah hujjah ulama Malikiyyah dan Hanafyah yang mengatakan makruh hukumnya shalat sunnah dua rakaat sebelum maghrib, karena Abu Bakar, Umar dan Usman tidak pernah melakukannya. Ibnu Hazm menjelaskan, “Sesungguhnya, meninggalkan shalat tersebut [shalat sunnah sebelum maghrib] tidak berarti apa-apa, selama mereka tidak mengatakan secara jelas mengenai kemakruhannya. Pada kenyataannya, penjelasan itu tidak pernah dinukil.”

Itulah metode Ibnu Hazm dalam menanggapi tarku – nya para sahabat dalam sebuah ibadah tertentu. Sikap yang sama juga ditunjukan ketika menanggapi tarku Rasulullah mengenai sebuah ibadah yang memang diperbolehkan, seperti ketika berbicara tentang shalat sunnah dua rakaat sebelum ashar. Ia berkata, “Hadist Ali bin Abi Thalib ra. Tidak bisa dijadikan hujjah sama sekali [dalam masalah di atas], karena yang ada dalam hadist tersebut hanyalah pemberitahuannya atas apa yang diketahui. Ia [Ali] tidak pernah melihat Rasulullah melakukan shalat tersebut. Ia memang benar dalam perkataanya, tapi ini bukan berarti mengandung makna melarang atau memakruhkan shalat tersebut. Rasulullah tidak pernah berpuasa sebulan penuh di luar Ramadhan. Namun, ini tidak berarti mengandung makna memakruhkan puasa sunnah satu bulan penuh [di luar Ramadhan].”
Di sini, Ibnu Hazm memahami tarku Rasulullah SAW atas puasa sunnah satu bulan penuh di luar Ramadhan tidak bisa menunjukan hukum haram atau makruhnya berpuasa seperti itu, sekalipun Rasulullah SAW sendiri tidak pernah melakukannya.

Rasulullah tidak pernah melakukan khotbah di atas mimbar, namun beliau melakukannya di atas pelepah kurma. Kendati demikian, para sahabat tidak mempunyai pemahaman bahwa berkhotbah di atas mimbar itu hukumnya bid’ah atau haram. Karena itu, mereka lantas membuatkan mimbar untuk Rasulullah saw. berkhotbah. Bukankah mereka ini orang-orang yang tidak pernah melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Rasulullah SAW? Jika demikian, dapat diketahui bahwa para sahabat tidak menjadikan tarku Rasulullah SAW sebagai bid’ah.

Rasulullah SAW ketika shalat, tepatnya setelah mengangkat kepala dari rukuk, beliau tidak pernah membaca doa: “rabbana wa lakal hamdu hamdan katsiran….” dan seterusnya, seperti yang terdapat dalam sebuah hadist. Tetapi, hal ini tidak dipahami oleh seorang sahabat sebagai larangan untuk membaca doa tersebut. Jika tidak demikian, mana mungkin ia (sahabat), mau melakukan sesuatu yang diyakini keharamannya? Rasulullah SAW sendiri tidak mencelanya, karena telah membaca doa tersebut.

Dan, beliau juga tidak melarang membaca doa-doa lainnya di dalam shalat.
Hadis di atas diriwayatkan oleh Rifa’ah bin Rafi Az-Zuraqi, ia berkata, “Suatu hari, kami pernah shalat di belakang Rasulullah SAW. Ketika beliau mengangkat kepalanya dari rukuk, beliau membaca, “sami’allahu liman hamidah.” Seseorang laki-laki dari belakang beliau membaca, “Rabbana walakal-hamdu hamdan katsiran thayyiban mubarakan fihi.” Lantas setelah shalat beliau bertanya, “Siapa yang tadi membaca doa itu?”
Lelaki itu menjawab, “Aku.”
Beliau bersabda, “Aku melihat lebih dari 30 malaikat berlomba-lomba untuk menjadi yang pertama mencatatnya.” (HR Al-Bukhari, Abu Dawud, Nasai, Ahmad, Malik dan Al-Baihaqi)

Sahabat Bilal r.a. tidak memahami bahwa tarku Rasulullah SAW mengenai shalat sunnah dua rakaaty setelah wudhu bermakna tidak boleh melaksanakan shalat itu. Tetapi, Bilal melakukannya dan tidak pernah memberitahukan hal itu kepada Rasulullah SAW. Beliau baru mengetahuinya setelah beliau bertanya kepada Bilal.
“Hai Bilal, ceritakan kepadaku amalan yang paling engkau harapkan (pahalanya), yang engkau kerjakan dalam Islam (setelah memeluknya). Karena, sesungguhnya aku mendengar suara langkah kedua sandalmu di dalam surga.”
Bilal menjawab, “Aku tidak mengamalkan amalan yang paling aku harapkan pahalanya, kecuali setelah aku bersuci, baik saat petang ataupun siang, lalu aku shalat yang tidak diwajibkan kepadaku dengan bersuci itu.” (HR Al-Bukhari)

Bilal r.a. sesungguhnya telah membuat “shalat sunnah” untuk dirinya sendiri pada waktu tertentu, padahal Rasulullah SAW sama sekali tidak pernah mencontohkan atau memerintahkannya. Bilal baru mengabarkannya tentang rahasia amalannya tersebut setelah Nabi bertanya. Bukankah dari kisah ini dapat disimpulkan bahwa amalan tersebut tidak pernah dilakukan Nabi, lalu Bilal memberitahukan, maka akhirnya amalan ini pun diakui oleh Rasulullah. Sehingga, kita di generasi setelah Rasul menyebut bahwa shalat setelah wudhu adalah sunnah, sebagaimana yang dilakukan Bilal.

Kita mengambil dalil dari pemahaman sahabat mengenai dibolehkannya membuat doa atau shalat baru di waktu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Kami juga mengambil dalil bahwa Rasulullah SAW tidak mengingkari metode dan cara yang ditempuh sebagian sahabatnya, bahkan tidak melarang mereka untuk melakukannya di masa-masa mendatang.”

–Prof Dr. Ali Jum’ah, Mufti Agung Mesir, Al-Mutasyaddidun Manhajuhum wa Munaqqasyatu Ahammi Qadhaayaahum

Sumber: Sahabat FB Tasawuf Underground.

18 May 2016 Posted by | Bersama Tokoh, Bicara Ulama, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MADAD YAA HUSAIN! APAKAH HUKUMNYA?

(Sumber : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan).

image

SOALAN: Saya minta izin tanya kt ustad tentang madad. Isunya ada video habib ali al jufri madad kpd Sayyiduna Hussein dan saya tak tahan ada pihak yg mensyiahkan Sayyiduna Hussein dan katakan habib ali al jufri sebagai sesat. Sekarang ni mak kwn saya yg berpegang madad kpd sayyiduna hussein ni sesat. Kalau ada sebarang penjelasan ilmiah yg bole saya berikan kpd kwn saya utk sampaikan kpd mak dia ustad.

JAWAPAN: Madad = pertolongan
Madad Yaa Husain = Minta pertolongan mu Wahai Husain

Apakah hukumnya mengucapkan yang sedemikian?

1) Haram dan syirik SEKIRANYA meni’tiqadkan bahawa Husain*(saya letakkan nama Husain sebagai contoh, bukan merujuk kepada Sayyidinaa Husain cucu RasuulilLaah S.A.W radhialLaahu ‘anhu)(baik ketika hidup mahupun selepas kematian) boleh memberikan bantuan dengan kuasanya sendiri tanpa ada kena mengena dengan Allah SWT.

2) Harus dan tidak syirik SEKIRANYA meni’tiqadkan Husain (baik ketika hidup atau selepas kematian) tidak mampu memberikan apa2 manfaat atau mudarat kecuali dengan izin Allah SWT.

Berbeza dengan fahaman Wahhabi boleh minta pertolongan daripada Husain ketika Husain masih hidup TETAPI haram lagi syirik sekiranya memohon pertolongan Husain selepas Husain meninggal dunia.

Pegangan sebegini hakikatnya boleh membawa kepada kesyirikan kerana menganggap yang hidup boleh memberikan manfaat dan mudarat sementara yang mati tidak, SEDANGKAN i’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah adalah semua makhluk baik yang hidup mahupun yang mati tidak boleh memberikan sebarang manfaat atau mudarat KECUALI dengan izin Allah SWT. Pertolongan daripada makhluk diminta atas dasar usaha dan ikhtiar  dan sebab musabbab semata-mata, bukan kerana makhluk boleh memberikan mudarat dan manfaat. Hakikatnya segala pertolongan adalah daripada Allah SWT. Yang dikatakan pertolongan makhluk hanya usaha ikhtiar dan sebab musabbab semata-mata dan ianya dibenarkan. Keterangan lengkap dengan dalil2 Al-Quran dan Al-Hadith ada diberikan antara lain di dalam kitab Mafaahim Yajibu an Tusohhah KEFAHAMAN2 YANG WAJIB DIPERBERTULKAN oleh Almarhum Sayyid Muhammad ibn Alawi Al-Maliki rahimahulLaah. Al-Quran dan Al-Hadith menceritakan kedua2 iaitu syariat (boleh isti’aanah minta tolong kepada asbaab) dan hakikat (pertolongan sebenar hakikatnya daripada Allah SWT). Sila rujuk kitab tersebut untuk keterangan yang jelas dan terpeinci.

Yang saya sebutkan di atas adalah berkaitan hukum hakam. Adapun berkaitan adakah wajar ia dilakukan? Secara peribadi (bukan tuntutan hukum yang pasti) saya nampak elok jangan dilakukan seruan madad ini terutamanya secara terbuka. Bukan semua perkara yang boleh dilakukan dari segi hukum asal wajar dilakukan secara praktikal. Kebimbangan saya berkaitan غلبة الجهالة kejahilan yang merata yang boleh membawa kepada salah satu daripada dua mudarat:

1) oleh kerana sekarang sudah kurang pengajian tauhid yang menerangkan tentang asas2 penting bahawa “yang baharu” (makhluk) “tidak memberi bekas” (tidak memberi sebarang kesan mudarat atau manfaat) hanya Allah SWT yang “memberi bekas” (memberi kesan mudarat atau manfaat), maka dibimbangi ada antara yang mengucapkan “madad Yaa fulaan” meni’tiqadkan bahawa si fulaan yang memberikan mudarat dan manfaat dan menunaikan hajat tanpa ada kena mengena dengan Allah SWT.

2) dibimbangi menjadi fitnah dan tohmahan daripada orang-orang yang jahil hakikat tauhid atau yang terpengaruh dengan pengajian tauhid 3 yang menghukum syirik perbuatan2 tawassul dan istighaathah sehingga mereka menuduh secara bathil saudara2 seagama mereka sebagai golongan musyrikin – wal ‘iyaazu bilLaah –

وفقنا الله وإياكم لسلوك طريق الحق والرشاد

Penulis : Ustaz Engku Fadzil Bin Engku Ali

16 May 2016 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Fatwa, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Haram belajar Ilmu usuliddin daripada orang yang tiada mahir ilmunya.

Asy-Syaikh Zainul Abidin b. Muhammad Al-Fathani dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi Ilmi Usuliddin, halaman 12,:

…..”(Sahadan) Telah berkata ‘ulama, haram belajar Ilmu usuliddin daripada orang yang tiada mahir ilmunya. Dan, tiada mengambil daripada gurunya. Maka, adalah pada zaman sekarang ini, beberapa daripada manusia yang mendakwa dirinya ^Alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang menyesatkan. (Dan setengah) daripada mereka itu yang berpegang dengan Ayat Al-Quran yang Mutasyabihat atau Sunnah (hadis) yang Mutasyabihat. Pada hal, tiada dilintangkan dengan “Qawati’ aqliah” (hukum akal yang putus) dan “Naqliah” yang Muhkamat (Ayat-ayat Al-Quran dan Hadith-hadith yang nyata maknanya), tetapi mengambil mereka itu dengan “Dzawahir” (makna-mana zahir) ayat Mutasyabihat. Maka, jadi jatuh mereka itu pada laut kufur. Maka, sesat mereka itu, dan lagi menyesatkan mereka itu akan manusia yang awam. Na’uzubillahi minzalik…Maka, adalah mereka itu seperti dajjal atau terlebih jahat dari dajjal.”

والله أعلم وأحكم

Oleh: Ustaz Mohd Al Amin bin Daud Al Azhari

16 May 2016 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama | Leave a comment

Apabila sudah sampai masa nya Allah akan angkat Ilmu dari dada Umat

image

Sampai sekarang golongan ahlul sunnah waljamaah belajar secara talaqqi dengan para ulama dengan bersanad yg sahih bersambung-sambung drpd guru kepada guru kepada guru sehinggalah bersambung kpd tabiat tabie, tabien, paea sahabat dan seterusnya kps Rasulullah SAW.

Dan amalan ini tetap diamalkn sehinggalah sampai ke akhir zaman walaupun ada golongan mutakhirin ini yg mengatakan bahawa sanad sudah lg tidak penting, bahkan ramai yg mengutuk institusi pondok kononnya tak up-to-date, tidak berfikiran terbuka, malah belajar melalui google atau internet, Facebook, Telegram, Youtube dan lain2 itu lebih sahih berbanding belajar lutut bertemu lutut, belajar dengan ulama daripada kulit ke kulit…

Apabila telah sampai masanya, akan Allah angkat ilmu, namun bukan dengan cara menghilangkan mushaf2 al Quran atau hadis, tulisan2 pada buku atau menghapuskannya sama sekali, akan tetapi Allah akan mematikan para ulama. Mungkin sekali pada zaman itu adalah zaman kemuncak bahawa ramai yg sudah tidak lg percaya kpd para ulama krn para ulama difitnah satu persatu sehingga terpadamlah akhlak terhadap para ulama, sehingga diangkat para ulama dengan dimatikan oleh Allah……..

Akhir zaman, tidak akan ada lg sesiapa yg bersedih setiap kali mendengar berita kematian ulama, bahkan mereka tidak mengenali ulama yg telah meninggal satu persatu…….

Kerana bg umat akhir zaman yg telah tertipu dengan golongan2 yg memusuhi para ulama krn tidak setuju dgn isu2 khilafiyyah, google, internet, facebook dan buku2 keluaran mereka yg radd keilmuan para ulama lebih penting drpd ulama yg berpegang dgn pegangan ahlulsunnah waljamaah yg sahih, wasatiyyah…….

Nauzubillah..

Mudah2an Allah sentiasa memelihara kita agar sentiasa duduk dengan para ulama, mati dalam keadaan husnul khatimah, mati dlm keadaan masih berpegang teguh dengan pegangan ahlul sunnah waljamaah…..

Sumber

16 May 2016 Posted by | Informasi, Renungan & Teladan, Tazkirah | Leave a comment

Kelompok Besar (al-Sawad al-a’zam), Orang Asing (al-Ghuraba’) dan Kebenaran

[1] Kelompok minoriti tidak semestinya terpuji, betul, dan di jalan yang benar. Jangan ingat hanya kerana Allah SWT banyak menyebut, memuji golongan sedikit, mafhum: “sedikit di kalangan hambaKu yang bersyukur…(QS Saba’:13)” ; “berapa banyak kumpulan sedikit mampu mengalahkan kumpulan besar…” (QS Al-Baqarah:249)  atau Nabi SAW memuji, mafhum: “beruntunglah mereka yang asing (al-ghuraba’) maka kita pun merasakan golongan “sedikit” itu terpuji lalu ingin menjadi kelompok yang kecil atau minoriti. Kelompok seperti ISIS,  Qadiani, Ayah Pin,  pun semuanya sedikit dan minoriti tetapi mereka semua bathil dan ajaran mereka sesat dan menyesatkan. Ajaran sesat hari ini semuanya minoriti.

[2] Yang ramai atau majoriti juga tidak semestinya betul. Agama Kristian mempunyai 2.2 billion penganut di seluruh dunia manakala ajaran Islam dikatakan sekitar 1.6 billion saja. Bukan bermakna ajaran Kristian itu benar walaupun majoriti.

[3] Lalu bagaimana sikap kita dan cara memahaminya? Maka hendaklah kita melihat konteksnya bila ketikanya kelompok kecil dipuji dan bilakah pula kita disaran bersama golongan majoriti yang berada di atas jalan kebenaran.

[4] Golongan sedikit yang dipuji ialah mereka yang benar-benar beramal dengan ajaran Islam dan hakikat hari ini mereka yang beramal dengan Islam dengan sesungguhnya jauh lebih sedikit berbanding dengan umat Islam yang pada nama saja. Tengok perbandingan  jumlah mereka yang ke masjid dan ke tempat-tempat hiburan sudah cukup untuk mendapat gambaran awal itu. Ini kerana jalan ke Neraka itu disukai nafsu seperti mana hadith dari Anas bin Malik RA  bahwasanya Rasulullah SAW bersabda,

حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ

“Syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai syahwat.”(HR. Muslim)

[5] Tetapi dalam memilih untuk  beramal dan mengambil hukum hakam, kita diperintahkan untuk mengikut pandangan ramai atau pandangan majoriti. Majoriti siapa? Bukan majoriti orang awam Tom, Dick and Harry (Pak Mat atau Mak Timah), tetapi ahli ilmu, ulama yang benar di kalangan mujtahid yang dipanggil “al-Sawad al-azam”. Sebab itu ada istilah “ijma” dan “ittifaq” yang merujuk kepada pandangan ramai atau kesepatan mujtahid dan ulama. Kita ditegah mengikut pandangan ganjil, pelik, berseorangan (isolated) atau disebut “syaz”. Ini menunjukkan minoriti tidak semestinya betul dan terpuji sepanjang masa.

[6] Ambil contoh memakan “daging khinzir”. Ijma’ ulama menghukumkan khinzir haram dimakan mana-mana bahagian sekalipun. Tetapi ada pandangan pelik, ganjil (syaz) yang mengatakan yang haram dimakan hanya “daging” (لحم) khinzir saja kerana kata mereka ayat atau hadis yang melarang menyebut spesifik “daging khinzir”, adapun bahagian khinzir yang lain (seperti perut, lemak, tulang babi dll) boleh dimakan. Ini pandangan pelik menyalahi Ijma’ dan kita ditegah mengikutinya. Mahukah kita memperjudikan agama kita dengan mengikuti pandangan minoriti sebegini? Ini bukan soal memilih pemimpin politik tetapi memilih fatwa dan hukum hakam untuk beramal di dunia yang kesilapannya akan membawa kesengsaraan berpanjangan di Akhirat kelak. Silap memilih pemimpin politik, 5 tahun sekali boleh ditukar.

[7] Perintah untuk bersama dengan pandangan majoriti ulama ramai (bukan majoriti orang awam) banyak disebutkan dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Antaranya Sabda Baginda SAW, mafhumnya:
إنّ أمّتي لا تجتمع على ضلالة فإذا رأيتم الإختلاف فعليكم بالسواد الأعظم
“Sesungguhnya umat aku  tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti kumpulan terbesar (al-sawadul a’zam). (HR Ibn Majah).

[8] Lalu apa yang harus diajar kepada masyarakat awam? Ajarlah mereka agar bersama dengan pandangan majoriti ulama Ahlul Sunnah wal Jamaah kerana itulah lebih selamat dan hampir mustahil majoriti ulama yang ikhlas itu tersalah atau berpakat dalam kebathilan. Dalam masa yang sama ingatkan mereka kuatkan semangat kerana ketika kita beramal dan berpegang teguh dengan ajaran Islam itu, pasti kita akan terasa terasing, minoriti kerana tidak ramai manusia di sekeliling yang mentaati Allah SWT, melawan hawa nafsu sedangkan ramai yang lebih suka mengikut hawa nafsu mereka.

[9] Kesimpulannya, beramallah dengan apa yang disepakati oleh majoriti ulama (al-sawad al-a’zam) walaupun mungkin akhirnya kita hanya menjadi minoriti (al-ghuraba’)  di dunia akhir zaman yang semakin rosak yang majoriti penghuninya tidak lagi berpegang dengan kebenaran, ajaran Islam dan lalai daripada mengingati Allah SWT. Wallahu’alam.

Dr Nik Roskiman.

15 May 2016 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

BERPEGANGLAH KEPADA AKIDAH YANG SELAMAT.

Akidah Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah adalah akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah, iaitu akidah jumhur ulama umat Islam dan merekalah yang menentang kekacauan akidah oleh golongan zindiq, Mujassim, Mu’tazilah dan sebagainya dI mana Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam sepanjang waktu dalam sejarah Islam. Mana-mana yang mengkafirkan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah atau menghukum fasiq terhadap Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah maka sesungguhnya akidah pihak tersebut dalam bahaya.

Mazhab Ahli Sunnah Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah adalah merupakan mazhab yang jelas dalam semua bab-bab ilmu Tauhid. -( Kitab Ittihaf Sadat al-Muttaqin oleh Imam al-Zabidi (syarh Ihya ‘Ulumuddin karangan Imam Ghazali).

Akidah yang benar di sisi Islam iaitu Aqidah Al-Asyairah adalah Allah Ta’ala tidak dilingkungi oleh tempat dan Dia tidak ditetapkan dengan zaman kerana tempat dan zaman adalah makhluk yang mana Allah Maha Suci daripada meliputi apa sahaja makhlukNya, bahkan Dialah Pencipta setiap sesuatu dan Dia mengetahui akan setiap sesuatu, demikianlah akidah yang telah disepakati oleh umat Islam dan para-para ulama Islam telah menyatakan : “ Allah telah sedia wujud tanpa bertempat dan Dia sediakala sebelum mencipta tempat dan tidak berubah sama sekali ”.

Imam Ahli Sunnah Wal jamaah Imam Abu Hasan Al-Asy’ary rah. dalam kitabnya berjudul An-Nawadir: ” Barangsiapa yang mempercayai Allah itu jisim maka dia tidak mengenali Tuhannya dan sesungguhnya dia mengkufuri Allah”.

Imam Abu Hasan Al-Asya’ary menyatakan : ” Istiwa Allah bukan bersentuhan, bukan menetap, bukan mengambil tempat, bukan meliputi Arasy, bukan bertukar-tukar tempat, bukanlah Allah diangkat oleh Arasy bahkan arasy dan malaikat pemikul arasylah yang diangkat oleh Allah dengan kekuasaanNya, dan mereka dikuasai oleh Allah dengan keagunganNya “.Inilah catatan sebenarnya dalam kitab Al-Ibanah.

Imam Ahmad Bin Hambal rahimahullah berkata.: ” Segala yang terbayang di benak fikiranmu maka ketahuilah bahawa Allah tidak sedemikian” . Dan ini merupakan kaedah yang telah disepakati disisi seluruh ulama Islam.

Oleh: Ustaz Mohd Hanif Mohd Saleh

14 May 2016 Posted by | Aqidah | Leave a comment

Kenduri Arwah – Lujnah Ulama Fathani

image

Dalam buku”Ulama Besar Dari Fathani” susunan Ustaz Ahmad Fathi al-Fathani yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, disebut kisah seorang ulama Fathani Darussalam, Haji Abdullah Bendang Kebun yang menulis sebuah kitab berjodol “al-Kawaakibun-Nayyiraat fi Raddi Ahlil-Bida` wal ‘Aadaat” di mana beliau memfatwakan bahawa buat makan kematian atau kenduri arwah selepas kematian itu bid`ah makruhah dan boleh menjadi haram. Fatwanya ini lebih kurang sama dengan fatwa-fatwa tokoh-tokoh anti tahlil dan kenduri arwah zaman kita ini.

Fatwa ini telah membuat keluh-kesah dan perpecahan dalam masyarakat di wilayah-wilayah Fathani yang rata-rata mengamalkan tradisi bertahlil dan berkenduri arwah ini. Menyedari hakikat ini, maka Lujnah Ulama Fathani telah mengambil inisiatif untuk mengadakan mudzakarah dan mesyuarat berhubung isu ini yang dihadiri oleh 17 orang ulama ternama Fathani termasuklah Haji Abdullah Bendang Kebun tersebut.

Yang Dipertua Lujnah, Tuan Guru Haji Abdur Rahman mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berjalan dengan lancar serta membuahkan keputusan dan natijah yang memuaskan. Setelah hujjah-hujjah pihak yang menentang dan menyokong dikemukakan, mesyuarat tersebut telah mencapai keputusan dan mengeluarkan satu resolusi pada 21 Januari 1974 yang antara lain menyebut:-

Ahli si mati membuat makanan kerana kematian untuk sedekah pahala kepada mayyit dengan ketiadaan menyeru (mengundang – p) oleh mereka, hukumnya sunnat dengan ittifaq Lujnah Ulama Fathani.
Ahli si mati membuat makanan dan memanggil mereka itu akan manusia pergi makan kerana qasad sedekah pahalanya, dan (meng) hadiah (kan) pahala jamuan itu kepada mayyit, maka hukumnya boleh (harus) kerana masuk dalam nas ith`aam yang disuruh dalam hadits Thaawus, kerana ith`aam itu melengkapi jamuan di rumah si mati atau di tempat lain.
Ahli si mati membuat makanan di rumahnya atau di rumah si mati pada hari mati atau pada hari yang lain kerana mengikut adat istiadat, tidak kerana qasad ibadah dan niat pahalanya kepada mayyit, maka hukumnya makruh dengan ittifaq ahli Lujnah Ulama Fathani.

Ahli si mati membuat makanan daripada tirkah yang bersabit dengan umpama hak anak yatim atau kerana dipaksa ahli si mati membuatnya dengan tidak sukarelanya dan ikhlas hatinya, maka hukumnya haram dengan ittifaq ahli Lujnah Ulama Fathani.

Menghukum sesuatu hendaklah dibuat secara teliti dan tafsil melihat rupa bentuk sesuatu, bukan menghukum secara membabi-buta dan main pukul rata haram dan bid`ah dhalalah sahaja. Lihat dahulu keadaannya, bagaimana hendak dihukumkan haram jika ahli mayyit yang telah aqil baligh dengan rela hati tanpa terpaksa dan tidak merasa susah untuk menjemput jiran-jiran dan kenalan untuk hadir ke rumah si mati untuk berdoa buat si mati dan kemudian dijemput makan yang semuanya diniatkan sebagai sedekah kepada si mati.

Yang ditentang oleh ulama kita ialah mereka yang menjalankannya sehingga menyusahkan diri dan keluarga si mati atau semata-mata menjalankan adat atau lebih jahat lagi dengan niat bermuka-muka atau riak. Ini yang difatwakan oleh Sayyidi Ahmad Zaini dalam “I`anathuth – Tholibin” yang sengaja dikelirukan oleh Ustaz Rasul yang dikasihi dengan sengaja meninggal menterjemahkan soalan yang dikemukakan kepada Sayyidi Ahmad dan jawapan beliau sepenuhnya. Menghukum haram secara total amatlah tidak wajar dan tindakan sembrono.

Akhirul kalam, satu soalan, adakah ulama-ulama Fathani yang membuat resolusi di atas tidak membaca kitab Tok Syaikh Daud dan Tuan Minal ? Siapa yang baca dan faham kehendak ibarat kitab-kitab tersebut ? Mereka atau yang dikasihi Ustaz Rasul kita ? Tepuklah dada masing-masing.

Allahumma hidayatan wa taufiqan ilal haqqi wash showab.

Sumber: Bahrussofa

14 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Apakah mazhab akidah MAJORITI para Alim Ulama?

Apakah mazhab akidah MAJORITI para Alim Ulama?

al-Imam Abu Manshur al-Baghdadi berkata:
ثُمَّ بَعْدَهُمْ شَيْخُ النَّظَرِ وَإِمَامُ اْلآَفَاقِ فِي الْجَدَلِ وَالتَّحْقِيْقِ أَبُو الْحَسَنِ عَلِيُّ بْنِ إِسْمَاعِيْلَ اْلأَشْعَرِيُّ الَّذِيْ صَارَ شَجاً فِيْ حُلُوْقِ الْقَدَرِيَّةِ …. وَقَدْ مَلأَ الدُّنْيَا كُتُبُهُ، وَمَا رُزِقَ أَحَدٌ مِنَ الْمُتَكَلِّمِيْنَ مِنَ التَّبَعِ مَا قَدْ رُزِقَ، لِأَنَّ جَمِيْعَ أَهْلِ الْحَدِيْثِ وَكُلَّ مَنْ لَمْ يَتَمَعْزَلْ مِنْ أَهْلِ الرَّأْيِ عَلىَ مَذْهَبِهِ.
“Pada generasi berikutnya adalah Guru Besar pemikiran dan pemimpin berbagai daerah dalam hal perdebatan dan penelitian, Abu al-Hasan Ali bin Ismail al-Asy’ari yang telah menjadi kesedihan dalam kerongkongan kaum Qadariyah … Buku-bukunya telah memenuhi dunia. Tak seorang pun dari ahli kalam yang memiliki pengikut sebanyak beliau, karena semua ahli hadits dan semua ahl al-ra’yi yang tidak mengikuti Mu’tazilah adalah pengikut madzhabnya”. (Al-Baghdadi, Ushul al-Din, hal. 309-310).
al-Imam Tajuddin al-Subki juga berkata:
وَهُوَ يَعْنِيْ مَذْهَبَ اْلأَشَاعِرَةِ مَذْهَبُ الْمُحَدِّثِيْنَ قَدِيْمًا وَحَدِيْثًا.
“Madzhab Asya’irah adalah madzhab para ahli hadits dulu dan sekarang”. (Al-Subki, Thabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra, juz 4, hal. 32.)

Jika kita renungi dan melihat kelompok al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah, maka kita akan mengetahui bahawa mereka adalah para pembawa warisan ilmu Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka adalah para perawi hadits imam Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasai, Ibnu Majah, Malik, Ahmad bin Hanbal, ath-Thabrani, ad-Daruquthni, Sa’id bin Manhsur, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, ath-Thayalisi, Abu ‘Awanah, ad-Darimi, al-Bazzar, Abu Ya’la dan lainnya. Mereka kalangan al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah menjadi para perawi imam-imam Hadits tersebut.

Tidak anda temukan satu sanad pun yang menyampaikan anda pada satu kitab, kecuali sanadnya ada dari kalangan al-Asy’ariyyah atau al-Maturudiyyah. Dan anda akan menemukan bahwa mereka adalah para perowi kitab hadits dan para pensyarah al-Bukhari seperti al-Kirmani, Ibnu Baththal, Ibnul Arabi, Ibnu ath-Thin, al-‘Aini, al-Qasthalani dan lainnya. Para pesnyarah Muslim seperti imam Nawawi, ‘Iyadh, al-Qurthubi, al-Ubay, as-Sanusi dan selainnya, demikianlah seterunsya anda akan menemukan bahwa merekalah para perowi dan pensyarah hadits. Mereka para musnid (pemilik sanad) kepada kitab-kitab hadits dan syarahnya. Mereka juga para perowi al-Quran dengan qiro’ahnya dan paa penafsir al-Quran.

Setiap orang di muka bumi ini yang membaca al-Quran dengan qiro’ah riwayat Hafsh dari ‘Ashim, maka sudah pasti dan wajib sanadnya melalui al-Muzahi, al-Asqathi, asy-Syibramilisi, Abdurrahman al-Yamani, an-Nashir ath-Thbalawi dan syaikh Islam Zakariyya al-Anshari. Sedangkan mereka semua adalah dari kalangan al-Asy’ariyyah. Demikian juga dalam ilmu Nahwu dan para pengarang kamus Mu’jam, seperti al-Jauhari, Ibnu Mandzhur, al-Fairus Abadi, al-Fayumi, az-Zubaidi, mereka semua dari kalangan al-Asy’ariyyah. Anda juga akan mendapatkan bahwa para ulama ahli fiqih madzhab Malikiyah, Syafi’iyyah, Fudhala Hanabilah adalah mayoritas dari kalangan al-Asy’ariyyah, sedangkan Hanafiyyah dari kalangan al-Maturudiyyah. Demikian juga dalam ilmu hadits, semua dari kalangan al-Asy’ariyyah atau al-Maturudiyyah.

Sungguh tidaklah kita membaca satu kitab hadits pun dengan sanadnya, pasti akan melalui perawi-perawi yang berakidahkan al-Asy’ariyyah atau al-Maturudiyyah dan bersandar kepada mereka. Maka jika ada segelintir orang yang menghina/menyesatkan al-Asy’ariyyah atau al-Maturudiyyah maka mereka adalah orang yang bakal ditimpa kecelakaan atau Jika ada yg mengatakan Asyaariyah bukan majoriti maka sungguh mereka dari golongan yg jahil.

Ini kerana al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah mengisi di semua bidang keilmuan agama, mereka al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah adalah para perawi dan penaqal hadits, para pensyarah hadits, para perowi qiro’ah al-Quran, para ulama ahli fiqih, para ulama ahli Nahwu dan lainnya. Dan segelintir orang yang menghina ini, pasti dan senantiasa memerlukan selamanya kepada para ulama al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah dalam semua bidang ilmu agama Islam.

Tidak akan sah sanad keilmuan mereka dalam al-Quran, hadits, bahasa dan fiqih, kecuali perawi dan rijalnya dari kalangan al-Asy’ariyyah atau al-Maturudiyyah. Karena para ulama al-Asy’ariyyah dan al-Maturudiyyah mengisi semua sanad keilmuan.

Rujujan: http://www.aswj-rg.com/2014/01/imam-abul-hasan-al-asyari-dan-asyariyyah.html

(Sumber: Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group – Johor)

14 May 2016 Posted by | Ibadah, Informasi, Tazkirah | Leave a comment

Sekitar Persoalan Memberi dan Menjawab Salam

Assalamualaikum (bahasa Arab: السلام عليكم al-salāmu ‘alaykum; selamat sejahtera ke atas kamu semua) merupakan ucapan salam dalam bahasa Arab, dan digunakan oleh umat Islam. Ucapan ini adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w., yang dapat merekatkan ukhuwah Islamiyyah umat Muslim di seluruh dunia. Memberi salam adalah sunat, sedangkan menjawabnya adalah wajib.

Salam ini juga digunakan oleh masyarakat Kristian di Timur Tengah yang mempunyai erti “kedamaian dan kesejahteraan” bagi yang mengucapkan salam dan penerima salam tersebut. Salam ini sama dengan salam shalom aleichem dalam bahasa Ibrani.

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Hasyr Ayat 23:

Dialah Allah, tidak ada ilaah (sesembahan) yang layak kecuali Dia, Maha Rajadiraja, yang Maha Suci, Maha Sejahtera, Maha Mengurniai rasa aman, Maha Memelihara, Maha Perkasa, Maha Kuasa, Maha Memiliki segala keagungan. Maha Suci Allah dari segala yang mereka persekutukan.

Di dalam ayat ini, al-Salam; dibaca As-Salam (Maha Sejahtera) adalah satu dari nama-nama agung Allah s.w.t. Kini, Kita akan mencuba untuk memahami erti, keutamaan dan penggunaan kata Salam.

Sebelum terbitnya fajar Islam, orang Arab biasa menggunakan ungkapan-ungkapan yang lain, seperti Hayakallah yang ertinya semoga Allah menjagamu tetap hidup, kemudian Islam memperkenalkan ungkapan Assalamu ‘alaikum. Ertinya, semoga kamu terselamatkan dari segala duka, kesulitan dan nestapa. Ibnu Al-Arabi di dalam kitabnya Al-Ahkamul Qur’an mengatakan bahawa Salam adalah salah satu ciri-ciri Allah SWT dan bermakna Semoga Allah menjadi Pelindungmu.

Ungkapan Islami ini lebih berbobot dibandingkan dengan ungkapan-ungkapan kasih-sayang yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain. Hal ini dapat dijelaskan dengan alasan-alasan berikut ini.

1. Salam bukan sekedar ungkapan kasih-sayang, tetapi memberikan juga alasan dan logik kasih-sayang yang di wujudkan dalam bentuk doa pengharapan agar anda selamat dari segala macam duka-derita. Tidak seperti kebiasaan orang Arab yang mendoakan untuk tetap hidup, tetapi Salam mendoakan agar hidup dengan penuh kebaikan.

2. Salam mengingatkan kita bahwa kita semua bergantung kepada Allah SWT. Tidak satupun makhluk yang dapat memalangi atau memberikan manfaat kepada siapapun juga tanpa perkenan Allah SWT.

3. Perhatikanlah bahawa ketika seseorang mengatakan kepada anda, “Aku berdoa semoga kamu sejahtera.” Maka dia menyatakan dan berjanji bahawa anda aman dari tangan (perlakuan)nya, lidah (lisan)nya, dan dia akan menghormati hak hidup, kehormatan, dan harga-diri anda.

Ibnu Al-Arabi didalam Ahkamul Qur’an mengatakan: Tahukah kamu arti Salam? Orang yang mengucapkan Salam itu memberikan pernyataan bahawa ‘kamu tidak terancam dan aman sepenuhnya dari diriku.’

Kesimpulannya, bahawa Salam bererti, (i) Mengingat (dzikr) Allah SWT,
(ii) Pengingat diri,
(iii) Ungkapan kasih sayang antar sesama Muslim,
(iv) Doa yang istimewa, dan
(v) Pernyataan atau pemberitahuan bahawa ‘anda aman dari bahaya tangan dan lidahku’ .Sebuah Hadith merangkumnya dengan indah:

Muslim sejati adalah bahawa dia tidak membahayakan setiap Muslim yang lain dengan lidahnya dan tangannya

Jika kita memahami hadith ini sahaja, sudahlah cukup untuk memperbaiki semua umat Muslim. Karena itu Rasulullah Muhammad SAW sangat menekankan penyebaran pengucapan Salam antara sesama Muslim dan beliau menyebutnya sebagai perbuatan baik yang paling utama diantara perbuatan-perbuatan baik yang anda kerjakan.

Ada beberapa Sabda Rasulullah, SAW yang menjelaskan pentingnya ucapan salam antara seluruh Muslim.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kamu tidak dapat memasuki Syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Sebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal mahupun yang belum kamu kenal.” (Muslim)

Abdullah bin Amr RA mengisahkan bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah SAW menjawab: Berilah makan orang-orang dan tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kamu saling mengenal ataupun tidak.” (Sahihain)

Abu Umammah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda:”Orang yang lebih dekat kepada Allah SWT adalah yang lebih dahulu memberi Salam.” (Musnad Ahmad, Abu Dawud, dan At Tirmidzi)

Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Salam adalah salah satu Asma Allah SWT yang telah Allah turunkan ke bumi, maka tebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain, darjatnya ditinggikan dihadapan Allah. Jika jama’ah suatu majlis tidak menjawab ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam.” (Musnad Al Bazar, Al Mu’jam Al Kabir oleh At Tabrani)
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Orang kikir yang sebenar-benarnya kikir ialah orang yang kikir dalam menyebarkan Salam.”

Allah SWT berfirman didalam Al-Qur’an Surat An-Nisa Ayat 86:

Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan maka balaslah dengan penghormatan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.Sesungguhnya Allah akan memperhitungkan setiap yang kamu kerjakan.

Demikianlah Allah SWT memerintahkan agar seseorang membalas dengan ucapan yang setara atau yang lebih baik. Hal ini telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hathim.

Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya, seseorang datang dan mengucapkan, “Assalaamu’alaikum.” Maka Rasulullah SAW pun membalas dengan ucapan “Wa’alaikum salaam wa rahmah” Orang kedua datang dengan mengucapkan “Assalaamu’alikum wa rahmatullah” Maka Rasulullah membalas dengan, “Wa’alaikum salaam wa rahmatullah wabarakatuh” . Ketika orang ketiga datang dan mengucapkan “Assalaamu’alikum wa rahmatullah wabarakatuhu.” Rasulullah SAW menjawab: ”Wa’alaika”. Orang yang ketiga pun terperanjat dan bertanya, namun tetap dengan kerendah-hatian, “Wahai Rasulullah, ketika mereka mengucapkan Salam yang ringkas kepadamu, Engkau membalas dengan Salam yang lebih baik kalimatnya. Sedangkan aku memberi Salam yang lengkap kepadamu, aku terkejut Engkau membalasku dengan sangat singkat hanya dengan wa’alaika.” Rasulullah SAW menjawab, “Engkau sama sekali tidak menyisakan ruang bagiku untuk yang lebih baik. Kerana itulah aku membalasmu dengan ucapan yang sama sebagaimana yang di jabarkan Allah didalam Al-Qur’an.”

Dengan demikian kita dapat mengambil kesimpulan bahawa, membalas Salam dengan tiga frasa (anak kalimat) itu hukumnya Sunnah, yaitu cara yang dilakukan Nabi Muhammad SAW. Kebijaksanaan membatasi Salam dengan tiga frasa ini karena Salam dimaksudkan sebagai komunikasi ringkas bukannya pembicaraan panjang.

Di dalam ayat ini Allah SWT menggunakan kalimat objektif tanpa menunjuk subjeknya. Dengan demikian Al-Qur’an mengajarkan etik membalas penghormatan. Di sini secara tidak langsung kita diperintah untuk saling memberi salam. Tidak adanya subjek menunjukkan bahawa hal saling memberi salam adalah kebiasaan dan wajar yang selalu dilakukan oleh orang-orang beriman. Tentu sahaja yang mengawali mengucapkan salamlah yang lebih dekat kepada Allah SWT sebagaimana sudah dijelaskan diatas.

Hasan Basri menyimpulkan bahawa:

“Mengawali mengucapkan salam sifatnya adalah sukarela, sedangkan membalasnya adalah kewajiban” Disebutkan didalam Muwattha’ Imam Malik, diriwayatkan oleh Tufail bin Ubai bin Ka’ab bahwa, Abdullah bin Umar RA biasa pergi ke pasar hanya untuk memberi salam kepada orang-orang disana tanpa ada keperluan membeli atau menjual apapun. Ia benar-benar memahami erti penting mengawali mengucapkan salam.”

Pada bahagian kalimat terakhir Surah An-Nisa ayat 86, Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya Allah akan memperhitungkan setiap yang kamu kerjakan.

Di sini, mendahului memberi salam dan membalasnya juga termasuk yang diperhitungkan. Maka kita hendaknya menyukai mendahului memberi salam. Sama halnya kita harus membalas salam demi menyenangkan Allah SWT dan menyuburkan kasih-sayang diantara kita semua.

Rasulullah SAW selanjutnya memberikan arahan memberi salam bahawa:

*Orang yang berkenderaan harus memberi salam kepada pejalan-kaki.

*Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada yang duduk.

*Kelompok yang lebih sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih banyak jumlahnya.

*Yang meninggalkan tempat memberi salam kepada yang tinggal.

*Ketika pergi meninggalkan atau pulang ke rumah, ucapkanlah salam meski tak seorangpun ada di rumah (malaikat yang akan menjawab).

*Jika bertemu berulang-ulang maka ucapkan salam setiapkali bertemu.

Pengecualian kewajiban menjawab salam:

*Ketika sedang solat. Membalas ucapan salam ketika solat membatalkan solatnya.

*Khatib, orang yang sedang membaca Al-Quran, atau seseorang yang sedang mengumandangkan Adzan atau Iqamah, atau sedang mengajarkan kitab-kitab Islam.

*Ketika sedang buang air atau berada di bilik mandi.

Selanjutnya, Allah SWT menerangkan keutamaan salam didalam surat Al-An’aam ayat 54:

Jika orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami (Al-Qur’an) datang kepadamu, ucapkanlah “Salaamun’alaikum (selamat-sejahtera bagimu)”, Tuhanmu telah menetapkan bagi diri-Nya kasih-sayang. (Iaitu) Bahwa barangsiapa berbuat kejahatan karena kejahilannya (tidak tahu/bodoh) kemudian dia bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Di ayat ini Allah SWT memerintah Nabi Muhammad SAW sehubungan dengan orang-orang beriman yang miskin, yang hampir semuanya menumpang tinggal di tempat para sahabat. Walaupun orang-orang kafir yang kaya meminta agar Rasulullah SAW mengusir para dhuafa’ itu supaya orang-orang kaya itu bisa bersama Rasulullah, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk menyambut para dhuafa’ Muslim itu dengan ‘Assalamu ‘alaikum’ pada sa’at kedatangan mereka. Hal ini mengandung dua erti: Pertama, menyampaikan penghormatan dari Allah SWT kepada mereka. Ini adalah kehormatan dan penghargaan yang tinggi bagi Muslim yang miskin dan tulus hati. Perlakuan ini menguatkan hati dan menambah semangat mereka. Arti ke-dua, menyampaikan sambutan yang baik yang pantas mereka terima, atas izin Allah SWT, dengan nyaman, damai dan tenang, meskipun jika mereka membuat beberapa kesalahan.

Semoga Allah SWT menganugerahi kita kesanggupan untuk melaksanakan pengucapan salam dengan semangat Islami yang lurus didalam hidup kita sehari-hari dan dengan melaksanakannya menumbuhkan kasih-sayang dan persatuan diantara kita. Amiin.

Sumber.

14 May 2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Hukum Menghidupkan Malam Nisfu Sya’ban dengan Ibadah dan Doa Bagian 3

image

Al Imam Ishak Ibnu Rohaweih (seorang ahli hadits besar dan guru dari Al Imam Al Bukhari) menyatakan bahwa memakmurkan malam nisfu sya’ban di masjid dengan beribadah kepada Allah Subhanahu wa ta’ala adalah bukanlah perkara yang bid’ah.

Pernyataan Al Imam Ishak ibnu Rohaweih tersebut diriwayatkan oleh Harb Al Karmani dalam Al Masail. Beberapa ulama lain juga berpendapat bahwa memakmurkan malam nisfu sya’ban dengan beribadah adalah bukan perkara yang dilarang oleh agama, namun mereka berpendapat bahwa memakmurkannya di rumah (bukan secara berkelompok di masjid) adalah lebih baik. Di antara mereka adalah Al Imam Al Auza’i (salah seorang pemimpin ulama di Negeri Syam).

Diriwayatkan oleh Al Imam Al Baihaki dalam As Sunan Al Kubro bahwa Al Imam Asy Syafi’i Radhiallahu ‘anhu telah berkata, “Telah sampai kepada kami bahwa do’a dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala pada 5 malam, yaitu malam jumat, malam Idul Fitri, malam Idul Adha, malam pertama bulan rajab, dan malam nisfu sya’ban.” Sebagaimana diriwayatkan oleh Amiril Mukminin Umar Ibnu ‘Aziz menuliskan surat kepada wakil atau gubernurnya di Basrah, “Hendaknya engkau memperhatikan 4 malam dalam 1 tahun, karena sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta’ala memcurahkan rahmat-Nya yang sangat besar pada 4 malam tersebut, yaitu malam pertama pada bulan suci rajab, malam nisfu sya’ban, malam Idul Fitri, dan malam Idul Adha. ”

Apa yang kami paparkan di atas adalah beberapa kutipan yang dinyatakan oleh para ulama besar, walaupun di sana juga banyak ulama lain yang tidak menyetujui tentang malam nisfu sya’ban. Namun ketidaksetujuan mereka adalah ijtihad mereka, sebab memakmurkan malam nisfu sya’ban dengan ibadah kepada Allah Subhanahu wa ta’ala adalah permasalahan ijtihad (masalah far’iyah/masalah cabang, bukan masalah akidah).

Ini adalah masalah yang luas, yang memerlukan kelapangan dada. Bagi yang menyetujuinya silahkan dan bagi yang tidak menyetujuinyapun silahkan.

Perkara ijtihad disebutkan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shahbihi wasallam, “Orang yang berijtihad, apabila dia benar dalam ijtihadnya maka mendapatkan 2 pahala dari Allah Subhanahu wa ta’ala, dan apabila dia salah dalam ijtihadnya maka mendapatkan 1 pahala dari Allah Subhanahu wa ta’ala.”

Diantara hadits yang shahih ialah yang diriwayatkan oleh Al Imam At Tabrani, sebagaimana telah diriwayatkan dan dishahihkan  oleh Al Imam Ibnu Hibban dari Muadz bin Jabbal Radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shahbihi wasallam bersabda,
يطلع الله إلى جميع خلقه ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
“Allah Subhanahu wa ta’ala memberikan perhatian-Nya kepada seluruh makhluk-Nya pada malam nisfu sya’ban. Dan Allah Subhanahu wa ta’ala mengampuni seluruh makhluk-Nya kecuali orang yang musyrik dan orang yang saling berdengki satu sama lain.”

(Sumber: http://www.alhabibahmadnoveljindan.org/hukum-menghidupkan-malam-nisfu-syaban-dengan-ibadah-dan-doa-bagian-3/)

13 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Tazkirah | Leave a comment

APAKAH DENGAN MENGIKUT PEGANGAN MAJORITI ULAMA’ KITA AKAN SELAMAT?

SIAPAKAH SEBENARNYA AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH….APAKAH DENGAN MENGIKUT PEGANGAN MAJORITI ULAMA’ KITA AKAN SELAMAT?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a’zhom (majoriti umat Islam). Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka” -Hadits riwayat Ibn Majah.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda lagi yang bermaksud:”…Barangsiapa yang keluar daripada jamaah walaupun sejengkal, maka dia sudahpun memenggalkan agama Islam…” -Hadits riwayat Imam Ahmad
Dalam hadits-hadits ini, Rasululullah صلى الله عليه وسلم melarang setiap individu muslim daripada keluar daripada kelompok umat Islam, dengan menyalahi aqidah kelompok umat Islam.

Bahkan, Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga menegaskan bahawa, orang yang bercanggah dengan jamaah atau menyalahi majoriti umat Islam (sawadhul a’zhom) dalam masalah usul (pokok iaitu masalah aqidah), maka dia dianggap sebagai syaz, iaitu: orang yang terasing ataupun terpinggir daripada kelompok umat Islam.

Imam As-Subki menjawab persoalan pertama mengenai manhaj Al-Asy’ari:
واعلم أن أبا الحسن الأشعري لم يبدع رأيا ولم يُنشِ مذهبا وإنما هو مقرر لمذاهب السلف، مناضل عما كانت عليه صحابة رسول الله صلى الله عليه وسلم فالانتساب إليه إنما هو باعتبار أنه عقد على طريق السلف نطاقا وتمسك به، وأقام الحجج والبراهين عليه فصار المقتدي به في ذلك السالك سبيله في الدلائل يسمى أشعريا
“Ketahuilah bahawasanya Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari tidaklah mengadakan suatu pendapat yang baru dan tidak juga mengada-adakan mazhab yang baru. Beliau sebenarnya ialah orang yang membenarkan dan menguatkan mazhab-mazhab As-Salaf (dalam aqidah) dan membela apa yang dipegang oleh para sahabat Rasulullah – shollaLlahu ‘alaihi wasallam-. Adapun menisbahkan (mazhab) kepada beliau adalah dari sudut bahawasanya beliaulah yang memperkemaskan manhaj (aqidah) As-Salaf dengan kukuh lalu berpegang dengannya. Maka, beliau juga yang mendirikan hujah-hujah dan dalil-dalil terhadap aqidah As-Salaf tersebut lalu orang yang mengikut manhaj dan penghujahan tersebut dan melalui jalan pendalil aqidah beliau dinamakan sebagai Asy’ari” [Tabaqat As-Syafi’iyyah 2/254]

Imam Tajuddin As-Subki berkata:
هؤلاء الحنفية والشافعية والمالكية وفضلاء الحنابلة ولله الحمد في العقائد يد واحدة كلهم على رأي أهل السنة والجماعة يدينون الله تعالى بطريق شيخ السنة أبي الحسن الأشعري رحمه الله، لا يحيد عنها إلا رعاع من الحنفية والشافعية لحقوا بأهل الاعتزال، ورعاع من الحنابلة لحقوا بأهل التجسيم…
“Para ulama’ Hanafiyyah, Syafi’iyyah, Malikiyyah dan sebahagian ulama’ Hanabilah yang mulia, Alhamdulillah, dalam masalah aqidah, bersatu dalam pegangan Ahlus-Sunnah wal Jamaah yang beragama (beraqidah) kepada Allah s.w.t. dengan manhaj Sheikhus Sunnah Abu Al-Hasan Al-Asy’ari r.a., yang mana tiada siapa yang terpesong darinya melainkan segelintir pengikut Hanafiyyah dan Syafi’iyyah yang terbabit dengan ahli Muktazilah dan sebahagian Hanabilah yang terbabit dengan ahli Tajsim. [Mu’id An-Ni’am: 62]

Imam Murtadha Az-Zabidi berkata dalam Syarh Al-Ihya’ (1/7):
إذا أطلق أهل السنة والجماعة فالمراد بهم الأشاعرة والماتريدية.
Maksudnya: Jika disebut Ahlus-Sunnah wal Jamaah, maka maksud dengan mereka adalah Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah.”
Telah berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud:”…Dan sesungguhnya pada jamaah itu ada rahmat, dan pada perpecahan itu ada azab.” Maka berkatalah Abu Umamah al-Bahili: “Hendaklah kamu bersama dengan sawadhul a’zhom”…-Hadits riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan ath-Thabrani.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda lagi yang bermaksud:”…Aku tidak menyembunyikan sesuatupun (daripada kebenaran). Hendaklah kamu semua bertaqwa dan bersama-sama dengan jamaah. Janganlah kamu berpecah (mengikut golongan yang terkeluar daripada jamaah). Sesungguhnya (dengan keluar dari jamaah) itulah kesesatan. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى tidak akan menghimpun umat Muhammad dalam kesesatan” -Hadits riwayat ath-Thabrani.

Oleh :Ustaz Mohd Hanif Bin Mohd Salleh.
Juma’at 6 Sya’ban 1437H

13 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

Baca Basmalah apabila membaca Quran

image
Darul Quran JAKIM

TAHUKAH ANDA!
Apabila memulakan bacaan al-Quran dari PERMULAAN mana-mana Surah selain Surah al-Taubah, maka hendaklah membaca Basmalah.

Apabila memulakan bacaan al-Quran dari PERTENGAHAN mana-mana Surah, maka kita boleh memilih sama ada hendak membaca Basmalah selepas membaca Isti’adzah, atau memadai dengan membaca Isti’adzah sahaja tanpa Basmalah dan hukum ini termasuk ketika kita membaca dari pertengahan Surah al-Taubah.

(Dipetik dan diolah dari Kitab Taqrib al-Ma’ani Fi Syarh Hirz al-Amani Fi al-Qira’at al-Sab’ yang disusun oleh Syed Lasyin Abu al-Farh dan Khalid Muhammad al-Hafiz).

13 May 2016 Posted by | Ibadah, Informasi | Leave a comment

ANTARA SYIRIK DAN ZUHUD

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:
“Jauhilah sifat syirik, baik syirik lahiriah ataupun batiniah. Sifat syirik lahiriah seperti menyembah patung atau berhala, sementara syirik batiniah seperti bersandar kepada makhluk dan hanya memerhatikan kepadanya, baik dalam kemudharatan ataupun dalam manfaat.

Di antara manusia ada orang yang memiliki dunia, tetapi dia tidak mencintainya; dia memiliki dunia tetapi tidak dimiliki dunia; dunia mencintainya tetapi dia tidak mencintai dunia; dunia lari di belakangnya, tetapi dia tidak lari ke belakang mengejarnya; dia memanfaatkan dunia tetapi dunia tidak berhasil memanfaatkannya; dan dia berhasil memisahkan diri dari dunia, tetapi dunia tidak memisahkan diri darinya.

Dia benar-benar telah membuat hatinya menjadi baik karena Allah Azza wa Jalla, sedangkan dunia tak mampu merusaknya. Maka, dia mampu mengatur dunia, sementara dunia tak akan mampu mengaturnya. Karena itu, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik harta yang bermanfaat adalah harta orang yang shaleh.” Beliau juga bersabda, “Tidak ada kebaikan dalam dunia ini, kecuali bagi orang yang berkata begini dan begitu.” Beliau mengisyaratkan bahwa orang itu memisahkan dunia dengan tangannya dalam berbagai segi yang baik.

Maka, hendaklah engkau membiarkan dunia di tanganmu untuk kebaikan hamba-hamba Allah Azza wa Jalla. Keluarkanlah dunia dari hatimu hingga dunia sama sekali tidak membahayakanmu. Janganlah kenikmatan dunia dan perhiasannya menipumu. Sebab, tidak lama lagi engkau akan pergi dan dunia pun akan pergi setelah kepergianmu.”

–Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani

(Sumber: FB Tasawuf Underground)

13 May 2016 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH BARU

image
AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH BARU, samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap.

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Sumber: Persatuan Kaunseling Syarie – PAKSI

13 May 2016 Posted by | Ibadah, Informasi, Tazkirah | Leave a comment

Mengata orang

Orang mengumpat bila ditegur biasanya akan menjawab
“eh bukan mengumpat tapi cakap benar aja”,

Orang yang menyibuk bertanya hal orang yang tak berkaitan dengan dirinya bila ditegur biasanya akan menjawab
” eh bukan nak menyibuk cuma suka nak tahu je, nanti boleh tolong jawab”.

Hakikatnya pendosa ini sedang cuba menjustifikasikan dosa dan meminimakan rasa berdosa. Ini sifat bahaya pencetus sifat nifaq berterusan. Berhati-hatilah.

‪#‎DrZaharuddinAbdRahman‬
-Muhasabah Diri-

13 May 2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

PEMBAGIAN REZEKI DAN RAHASIA TAWAKAL

Menurut Imam Al-Ghazali, tawakal itu digunakan dalam tiga tempat:

1) Tawakal kepada keputusan Allah. Maksudnya, engkau harus memiliki keyakinan penuh dan merasa puas dengan keputusan apa pun dari Allah. Hukum Allah tak akan berubah, seperti yang tercantum dalam Al-Quran dan hadis.

2) Tawakal kepada pertolongan Allah. Engkau harus bersandar dan percaya penuh pada pertolongan Allah Azza wa Jalla. Jika engkau menyandarkan diri pada pertolongan Allah dalam dakwah dan perjuangan bagi agama Allah, maka Allah pasti akan menolongmu.

3) Tawakal berkaitan dengan pembagian rezeki yang diberikan oleh Allah. Engkau harus yakin bahwa Allah Azza wa Jalla akan mencukup nafkah dan keperluan kita sehari-hari.

Rasulullah SAW bersabda, “JIka kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal kepada-Nya, niscaya Dia akan memberimu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Burung itu keluar dari sarangnya di pagi hari dalam keadaan perut yang kosong dan pulang di sore hari dalam keadaan perut terisi penuh.” (HR Imam Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa-i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Allah SWT berfirman, “Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya.” (QS Ath-Thalaq: 3)

Imam Al-Ghazali mengatakan, “Rezeki itu ada empat macam, yakni rezeki yang dijamin, rezeki yang dibagikan, rezeki yang dimiliki, dan rezeki yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Rezeki yang dijamin merujuk kepada makanan dan segala apa yang menopang tubuh dan jiwamu. Jenis rezeki seperti itu tak terkait dengan sumber-sumber lainnya di dunia. Jaminan terhadap rezeki jenis ini datang dari Allah Ta’ala. Maka, bertawakal terhadap rezeki jenis ini wajib berdasarkan dalil aqli dan syar’i. Sebab, Allah telah membebankan kita untuk mengabdi kepada-Nya dan mentaati-Nya dengan tubuh kita. Dia pasti telah menjamin apa-apa yang menjadi sumber energi bagi sel-sel tubuh kita agar kita dapat melaksanakan apa yang telah diperintahkan-Nya.

Rezeki yang dibagi adalah apa yang telah dibagikan oleh Allah dan telah tertulis di Lauwhun Mahfuzh secara detail. Masing-masing dibagikan sesuai dengan kadar yang telah ditentukan dan waktu yang telah ditetapkan, tidak lebih dan tidak kurang, tidak maju dan tidak mundur dari apa yang tertulis itu.

Rasulullah SAW bersabda, “Rezeki itu telah dibagikan dan kemudian telah diberikan semuanya. Tidaklah ketakwaan seseorang dapat menambahkannya dan tidak pula kejahatan orang yang berlaku jahat dapat menguranginya.”

Sedangkan rezeki yang dimiliki adalah harta benda dunia yang dimiliki oleh manusia sesuai dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk dia miliki. Dan ini termasuk rezeki dari Allah. Allah berfirman, “Belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu.” (QS Al-Baqarah [2]: 254).

Adapun rezeki yang dijanjikan adalah segala apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa dengan syarat ketakwaan, sebagai rezeki yang halal, tanpa didahului oleh usaha yang bersusah payah.

Sebagaimana firman Allah SWT, “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan bagianya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (QS Ath-Thalaq : 2-3)

Inilah beberapa jenis rezeki dari Allah, dan wajib bagi kita untuk bersikap tawakal dengan rezeki yang dijamin oleh-Nya. Maka, perhatikan hal ini dengan seksama.”

–Dikutip dari Kitab Minhajul ‘Abidin karya Imam Al-Ghazali

13 May 2016 Posted by | Tasauf | Leave a comment

Mengapa wajib beriktiqad Allah wujud tetapi tidak bertempat

KENAPA ASWJ MENGATAKAN: “Allah Wujud Tidak Bertempat”??
1) Allah sebut di dalam hadis sahih:
كان الله ولم يكن شئ غيره
“Allah ada azali dan tiada suatu pun selain-Nya” (HR Bukhari & Baihaqi)
Hadis ini dihuraikan oleh Amirul Mukminin Fil Hadis Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani:
والمراد بكان الاول الازلية
“Dan maksud (kana) dalam lafaz yang pertama ialah keazalian”
(Fath Al-Bari, juz.6, ms.334, cet.Dar Ar-Rayyan)
Maksud keazalian:
* kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan dan kewujudan tanpa permulaan.
☆ Maka difahami, sejak azali lagi Allah wujud tanpa ada sesuatu bersama kewujudan-Nya. Tiada Arasy, tiada air, tiada langit, tiada cahaya, tiada tempat dan tiada kesemua makhluk.
☆ Ini suatu dalil jelas bahawa Allah wujud (sejak azali) tanpa ada tempat. Sekalipun selepas dijadikan langit dan Arasy Allah tidak berada di atas Arasy.
2) Ayat Al-Quran yang menyebut:
الرحمان على العرش استوى
“Tuhan yang bernama Ar-Rahman tertinggi di atas ‘Arasy” (Mengikut terjemahan Syeikh Ahmad Al-Fathani)
☆ Ayat ini tidak boleh difahami dengan makna zahir kerana kalimah Istawa adalah ‘kalimah musytarak’ iaitu satu kalimah yang berkongsi dua atau lebih maksud.
☆Antara makna Istawa ialah:
i) Duduk
ii) Tertinggi
iii) Menguasai
iv) Memasak
dan lain-lain sehingga lebih 12 maksud.
Ulama Salaf tidak memilih mana-mana makna bagi kalimah Istawa dan ayat mutasyabihah yang lain kerana bagi mereka ALLAH LEBIH MENGETAHUI MAKNANYA.
* Hal ini kerana ulama Salafussoleh beramal dengan kaedah Tafwidh iaitu menyerah bulat-bulat kepada Allah tanpa takyif (tatacara), tamsil (penyerupaan), tasybih (penyamaan), tajsim (penjisiman), tahrif (penyelewengan) dan segala yang tidak layak bagi Allah.
Namun, apabila “salafussoleh” melayu cuba transform menjadi Salafussoleh tiga kurun terbaik, mereka yang melayu ini gemar untuk menterjemahkan istawa dengan makna bersemayam.
♢ Kamus Dewan Bahasa & Pustaka mentakrifkan “bersemayam” dengan makna duduk.
☆ Maka jelaslah bahawa Wahabi Malaysia mahu menetapkan Allah “duduk” atas Arasy. Hal ini bercanggah dengan kata-kata Ulama muktabar seperti:
1) Imam Ibnu Hibban
كان-الله-ولا زمان ولا مكان
“Allah ada azali, tanpa masa dan tanpa tempat” (Sahih Ibn Al-Hibban, juz.8, ms.4)
2) Imam Syafie
من قال او اعتقد ان الله جالس على العرش فهو كافر
“Sesiapa berkata atau beritiqad Allah duduk atas Arasy maka dia menjadi kafir” (Najm Al-Muhtadi Wa Rajm Al-Muhtadi, ms.551)
3) Imam Abu Hasan Al-‘Asyari
كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج الى مكان. وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه.
“Kewujudan Allah azali dan tanpa bertempat, kemudian Allah mencipta Arasy dan Kursi dan Dia tidak berhajat kepada tempat. Kewujudan-Nya setelah menciptakan tempat sebagaimana kewujudan-Nya sebelum menciptakan tempat (iaitu Allah tidak bertempat)” (Tabyin Kazib Al-Muftari, ms.150)
Perhatian:
* Salafussoleh berpegang Allah istawa dengan yakin tanpa persamaan dengan makhluk kemudian mereka serahkan makna kepada Allah.
* Salapi melayu berpegang Allah bersemayam dengan yakin dan menyerahkan kaifiyyat (cara) Allah bersemayam. Ini BIDAAH DALAM AQIDAH.
Cuba tanya Wahabi,
Apakah maksud bersemayam yang Wahabi ber’itiqad?
Disediakan oleh: Hafiz Al Za’farani (HAZA)

13 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

GANTUNGLAH HARAPAN HANYA KEPADA ALLAH

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani menuturkan:
“Jika engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka dia menjadi tuhanmu. Jika engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka engkau adalah budaknya, dan dia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada Allah. Seorang pencinta tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka maupun saat derita.
Wahai orang yang mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk tidaklah ada gunanya bagimu; tidak juga membahayakanmu. Jika engkau bergantung kepada makhluk seraya menyekutukan Allah, niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan al-Haq, yakni jalan menuju Allah. Karena sebaliknya, mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka Allah dan menghalangimu dari curahan rahmat Allah.
Wahai orang bodoh yang mengharapkan ilmu, hendaklah engkau menyadari bahwa termasuk kebodohan jika mencari dunia bukan dari Rabb sebegai Pemiliknya. Juga merupakan suatu kebodohan jika engkau mencari keselamatan dari bencana yang menimpamu dengan cara mengadukan harapan kepada makhluk.”

–Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani wal-Faidh Ar-Rahman.

(Di petik dari FB Tasawuf Underground)

9 May 2016 Posted by | Tasauf | Leave a comment

LANGIT KIBLAT DOA

image

image

Ada sesetengah sahabat kita betul-betul nak sabitkan bahawa Allah itu di langit. Sampai tahap mereka (terpaksa) berhujah dengan akal (sedangkan tak pernah belajar mantiq) dengan mengatakan bahawa: kitakan berdoa ke arah langit, itu tandanya Allah di langit.
Maka kita ahli sunnah pun jawablah, bahawa kita doa ke arah langit sebab langit tu kiblat doa, bukan kerana Allah itu di langit. Lalu mereka hentam kita habis-habisan kerana tak setuju dengan kenyataan itu.

Masalahnya, bukan kita yang memandai-mandai. Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqalani yang sebut langit itu kiblat doa, seperti mana ka’bah itu kiblat solat. Lihatlah Fathul Bari (Syarah Sahih Bukhari), Jilid 2, halaman 272 (Cetakan Maktabah Salafiyyah):
وأجازه الأكثرون لأن السماء قبلة الدعاء كما أن الكعبة قبلة الصلاة.
“Dan kebanyakan ulama’ mengharuskannya (berdoa di luar solat dengan memandang ke langit) kerana LANGIT IALAH KIBLAT DOA seperti mana ka’bah merupakan kiblat solat”

Kami tak paksa.. cuma nak bagi tahu yang kami tak memadai-mandai.. Ini Ibnu Hajar yang cakap.. Bukan selalu kamu kata kena berlapang dada ke?

Sumber: FB Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

9 May 2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

DALIL DARI AL-QURAN MENGENAI SIFAT 20

image

1. Wujud (ada) – dalilnya surah anbiya’ ayat 22
2. Qidam (wujudnya Allah sedia ada) – dalilnya surah al-Hadid ayat 3
3. Baqa'(kekal) – dalilnya surah ar-Rahman (26-27)
4. Mukhalafatuhu Ta’ala lil hawadith (berlainan dgn segala yg baharu) – dalilnya surah syuraa ayat 11
5. Qiamuhu Ta’ala binafsihi (berdiri dgn sendirinya iaitu tidak berhajat kepada lainnya) – dalilnya surah fathir ayat 15
6. Wahdaniah (esa) – dalilnya surah al-Baqarah ayat 163
7. Qudrah (berkuasa) – dalilnya surah nuur ayat 45
8. Iradah (berkehendak) – dalilnya surah yaasin ayat 82
9. Ilmu (mengetahui) – dalilnya surah al-maidah ayat 97
10. Hayat (hidup) – dalilnya surah furqan ayat 58
11. Sama'(mendengar) – surah thaha ayat 46
12. Bashar (melihat) – surah hujurat ayat 18
13 kalam (berkata-kata) – surah an-Nisaa’ ayat 164
Sedang tujuh lagi sifat2 ma’aniwiyah sama shj dalil naqlinya dgn 7 sifat ma’ani yg tersebut.

Sumber: FB Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

8 May 2016 Posted by | Aqidah, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

ISLAM TIDAK MEMUSUHI BUDAYA SETEMPAT

image

Kedatangan Islam tidak pernah memusnahkan budaya setempat melainkan budaya tersebut bercanggah dengan Islam. Apabila Islam masuk ke China, budaya masyarakat Cina masih kekal. Senibina masjid adalah senibina tempatan masyarakat Cina tetapi pegangan Islam mereka sama dengan kita semua. Begitu juga apabila Islam tiba di India. Islam yang sama tetapi adat-budaya yang tidak bercanggah dengan Islam masih kekal.
Islam di nusantara juga begitu. Kamu boleh terus memakai kain pelikat dan tidak perlu merasa kurang Islam kerana tidak memakai jubah. Bahkan kain pelikat yang kamu pakai itu mirip kepada apa yang Baginda SAW juga sering pakai, kain seakan kain ihram.

~ Sheikh Dr. Umar Faruq Abd-Allah

Oleh: Nik Roskiman
(Di siarkan di FB Jabatan Mufti Negeri Sembilan).

8 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

Kenapa perlu marah-marah?

Kata ulama, manusia yang pagi-pagi sudah marah-marah atas perkara yang kecil atau “bad mood” adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.

Secara langsungnya, marah-marah pada awal pagi ini telah berjaya mencuri kebahgiaan, ketenangan dan kedamaian pada hari tersebut.

Kita tidak sedar kesan marah-marah kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai kita tunjuk yang sebaliknya. Sebab apa? Sebab apa yang kita cakap itu hanya pembohongan diri dan hakikatnya hati kita tidak berpuas hati dengan Allah.

Sebagai hamba-Nya, kita wajib redha dengan ketentuan takdir Allah SWT kerana setiap apa yang ditetapkan oleh  Allah itu pasti ada sebab musababnya dan terbaik daripada-Nya. Allah Maha Mengetahui.

Renungi diri…
Kita akan tahu siapa kita bila selalu cermin-cermin diri kita pada setiap pagi. Cermin diri kita, perbaikilah hubungan kita  dengan Allah dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur. Redha dan terima apa saja ketetapan Allah kepada kita dengan hati terbuka. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hamba-Nya.

Selalu ucapkan dan zikirkan ‘Astaghfirullah hal azim’ dan ‘La hawlawala Quwwata illa billaah’ bagi mengubati, merawat dan mendidik hati kita untuk sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah.

“Syaitan tidak akan mencuri rumah, kenderaan, harta, pangkat, pekerjaan kita. Tapi syaitan terus mengintai kita untuk mencuri keimanan yang kita miliki. Kerana syaitan sangat memahami, yang paling berharga dalam setiap diri manusia itu adalah IMAN”

Muhasabah diri dan pandang diri…
agar akhirnya selamat dan sejahtera diri.

Oleh: Ukhti Siti

7 May 2016 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Pakaian Ulama Silam Bersimbolik

image

Para Syaikhul Islam dan Mufti pada pemerintahan Uthmaniyyah memakai kasut berwarna biru mengambil kepada makna langit yang tinggi.

Ini menunjukkan ketinggian ilmu pengetahuan mereka.

Setiap warna itu punya makna.

Serban mereka yang besar biasanya adalah kafan yang akan digunakan ketika wafat kelak. Ini menyebabkan mereka sentiasa mengingati mati.

Lengan baju yang luas adalah sebagai tempat meletakkan helaian kertas-kertas dan kitab sebagai tanda memuliakan alat ilmu.

Al-Imam Abu Hanifah rahimahullah mengatakan kepada penuntut ilmu dan para ulama pada zamannya :

عظموا عمائمكم و وسعوا أكمامكم

Maksudnya : Besarkan serban-serban kamu dan luaskan lengan-lengan baju kamu.

Ini sebagai memuliakan ilmu yang ditanggungnya.

Ilmu itu mulia , maka alatnya juga dimuliakan. Apatah lagi yang dipilih Allah taala menanggung ilmu yang mulia tersebut?

Itupun masih sombong dengan ulama? Ajibb.. :)

Oleh: Ustaz Nazrul Nasir

7 May 2016 Posted by | Informasi, Tazkirah | Leave a comment

: “Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?”

Seorang Syeikh berjalan dengan murid2nya. Mereka  melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak.

Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya : “Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?”

Salah seorang murid menjawab : “Kerana kehilangan sabar sebab itulah mereka  berteriak.”

“Tetapi, mengapa mesti berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya? Bukankah pesanan yang dia ingin sampaikan boleh diucapkan dengan perlahan saja?” Tanya Syeikh menguji murid-muridnya.

Murid2nya pun saling memberikan jawapan, namun tidak satu pun jawapan yang mereka sepakati.

Akhirnya Syeikh berkata:

“Bila dua orang sedang marah, ketahuilah hati mereka saling berjauhan. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka mesti berteriak agar perkataannya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakannya. Kerana jarak kedua hati itu semakin jauh.”

“Begitu juga sebaliknya, di saat kedua insan saling jatuh cinta..”, lanjut Syeikh.

“Mereka tidak saling berteriak antara yang satu dengan yang  lain. Mereka berbicara lembut kerana hati mereka berdekatan. Jarak antara kedua hati sangat dekat.”

“Bila mereka semakin lagi saling mencintai, apa yang terjadi? Mereka tidak lagi bicara. Mereka hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih-sayang. Pada Akhirnya, mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik. Mereka cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi.”

Syeikh memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut:

“Jika terjadi pertengkaran di antara kalian, jangan biarkan hati kalian berjauhan. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kian menjauh. Kerana jika kita biarkan, satu hari jaraknya tidak akan lagi boleh ditempuh.”

Sumber: Zon Kuliah

6 May 2016 Posted by | Tasauf | Leave a comment

Hukum Membaca Surah al Fatihah Kepada Orang Islam Yang Meninggal Dunia

Sunat apabila mendengar kematian atau mendengar musibah menyebut InnaliLlahi wa inna ilaihi roji’uun. Namun adakah tidak boleh membaca surah al Fatihah dan menghadiahkannya kepada simati apabila mendengar perkhabaran kematian mengenainya ?

Jawapan :

Oleh : Dr Abd Malik Abd Rahman as Sa’adi (Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, pakar feqh di Iraq)

Tidak terdapat satu dalil yang khusus yang membolehkannya dibaca untuk orang-orang yang telah mati melainkan ketika solat jenazah.

Namun begitu, ia tidaklah menjadi tegahan sekiranya DIHADIAHKAN PAHALANYA kepada orang-orang mati dengan anggapan bahawa ia adalah pahala membaca al Quran. Lebih-lebih lagi surah al fatihah ini mempunyai satu keistimewaan yang khusus kerana :

Ia adalah ‘Fatihah al Kitab’ (Pembukaan al Quran), As Sab’u al Mathani dan ia dibaca pada setiap solat.

Kalaulah tidak kerana keistimewaannya itu dan orang-orang mati tidak memperolehi pahala daripadanya, sudah tentu ia tidak disyariatkan pembacaannya pada solat jenazah yang mana asas utama daripada solat tersebut ialah berdoa untuk orang mati bukan semata-mata membacanya. Maka pembacaan al Fatihah pada solat tersebut sudah semestinya menunjukkan kepada sesuatu yang memberi faedah untuk si mati daripadanya. Wallahua’lam.

Setiap yang telah diperkatakan tadi juga boleh dikategorikan termasuk di dalam kaedah : “Buatlah kebaikan, semoga kamu berjaya” وافعلوا الخير لعلكم تفلحون

Namun begitu, walaupun kami berpendapat perkara yang telah berlalu tadi bukanlah satu yang bid’ah di dalam agama, tetapi patut juga kamu ketahui bahawa ia dikira sebagai bid’ah SEKIRANYA kamu melakukannya, kemudian menghubungkannya secara terus kepada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan mengatakan RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam pernah melakukan yang demikian atau berkata ” Rasulullah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda : “Lakukan seperti berikut..” kerana itu adalah satu pendustaan terhadap Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam.

TETAPI kita melakukannya berdasarkan satu keizinan yang umum, kerana itu kita tidak mengaitkannya dengan masa atau tempat atau sifat atau cara tertentu bagi keizinan tersebut. WaLlahua’lam.

Sumber Rujukan : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa’adi, Salah Faham Terhadap Bid’ah, al Bid’ah fi al mafhum al islami ad daqiq

Respon Isu : https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/611468442251634/?type=1&theater

6 May 2016 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Mari Scan & Repair Aqidah Kita

Sesiapa yang beriktikad Allah SWT seperti yang akan dinyatakan selepas ini, maka ketahuilah bahawa ia bukanlah dari kalangan ahli sunah waljamaah. Bahkan membawa kepada pegangan akidah yang menyeleweng.

1) Allah bermuka tetapi tidak serupa dengan muka makhluk.
2) Allah bermata tetapi tidak serupa dengan mata makhluk.
3) Allah mempunyai rupa tetapi tidak serupa dengan rupa makhluk.
4) Allah bertangan tetapi tidak serupa dengan tangan makhluk.
5) Allah mempunyai rusuk tetapi tidak serupa dengan rusuk makhluk.
6) Allah berjari tetapi tidak serupa dengan jari makhluk.
7) Allah bersama dengan kita tetapi tidak serupa dengan bersama  makhluk
8) Allah turun dari atas kebawah tetapi tidak serupa dengan turun  makhluk.
9) Allah duduk samaada isbat duduk shj, duduk bersila, duduk tarabbu’,duduk iftirasy, duduk apa shj tetapi tidak serupa dengan duduk tersebut.
10) Dan yang sama dengannya/dan sebagainya/dan lain lain.

Cukuplah dibawa 9 jenis ni. Maka dikatakan oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah ia bukanlah ikitikad (pegangan) yang sebenar. Samaada Salaf atau Khalaf, mereka tidak pernah beriktikad sepertimana di atas.

Mari kita lihat solusi terhadap penyelewengan yang mereka pegang.

1) Kalaulah sesuatu benda itu dikatakan muka tetapi tidak serupa dengan muka maka jadilah ia tidak muka. Kalau dikatakan mata tetapi tidak serupa dengan mata maka jadilah ia tidak mata kalau dikatakan mata tapi tidak serupa maka tidak mata dan setersusnya.

2) Berkata Imam Abu Abdillah Muhammad al-Anshori al-Qurtubi pengarang kitab “Al-Jami’ Li Ahkamil Quran”:

“Maka bahawasanya perkataan mereka yang berpegang bahawa tuhan bertubuh atau cahaya tetapi perkataan mereka tidak serupa dengan tubuh atau cahaya telah membatalkan apa yang ditetapkannya semula. Ini merupakan perkataan yang bertentangan”

Oleh itu, pegangan yang benar di sisi para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in serta sekalian ulama ahli sunah waljamaah tidak seperti diatas. Salaf mereka beriman terhadap ayat-ayat mutashabihat iaitu dengan menggunakan kaedah takwil ijmali. Manakala Khalaf sama seperti Salaf tetapi mereka menggunakan kaedah takwil tafsili. Sebagai contoh bagi mudah difahami kita akan ambil dua contoh ayat mutashabihat.

1) Berkaitan dengan tangan. Allah berfirman:

يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

Maksudnya: (Jika terjemah secara harfiyah) Tangan Allah berada di atas tangan-tangan mereka itu iaitu kaum yahudi.

Kaedah:-

i) Salaf: Menyerahkan kepada Allah ertinya. Maha suci Allah dari serupa dengan makhluk.

ii) Khalaf: Mentakwilkan mana yang layak dengan Allah. Seperti konteks diatas. lafaz yadun (tangan) bermaksud kekuasaan.

iii) Akidah menyeleweng 1: Tangan bermaksud tangan iaitu tangan Allah serupa dengan tangan kita.

iv) Akidah menyeleweng 2: Allah mempunyai tangan tapi tangan-Nya tidak serupa dengan makhluk.

2) Berkaitan dengan istiwa’. Allah berfirman:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

Maksudnya: (Jika terjemah secara harfiyah) Dialah Allah Ar-Rahmaan,istiwa’ diatas ‘Arasy.

Kaedah:-

i) Salaf: Menyerahkan kepada Allah ertinya. Maha suci Allah dari serupa dengan makhluk.

ii) Khalaf: Mentakwilkan mana yang layak dengan Allah. Seperti konteks diatas. lafaz istiwa dengan istawla bermaksud menguasai.

iii) Akidah menyeleweng 1: Istiwa bermaksud duduk iaitu duduk Allah serupa sebagaimana dengan duduk makhluk.

iv) Akidah menyeleweng 2: Istiwa dengan maksud duduk tapi duduk Allah tak serupa yakni tidak sama dengan duduk makhluk.

Jadi dimanakah anda? adakah anda yakin dengan iktikad Allah diatas arasy tapi dengan cara dia yakni tidak serupa dengan makhluk? arasy itu makhluk dan Allah tidak berhajat kepada makhluk. Bertempat itu sifat makhluk maka tidak layak mengatakan Allah di langit/arasy kerana itu adalah bertempat. Mengatakan Allah diatas menunjukkan  arah maka arah adalah sifat makhluk.

Oleh itu, sila berpegang hanya dengan kaedah ulama yang diiktiraf dan dikira sebagai Ahli Sunah Waljamaah shj iaitu Salaf dan Khalaf.

Sekian.

Oleh: Muhamad Shaza bin Sulaiman.

6 May 2016 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

Bertanya lah kamu kepada Alim Ulama

Umat Islam yang mengamalkan amalan ibadah selama ini melalui petunjuk para alim ulamak sudah selamat. Kerana mereka telah mengikut perintah Allah dan RasulNya. Dalam Surah an Nahl ayat 43 dan Surah Al anbiya’ ayat 7
Tafsirnya: “Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu’dz Dzikri jika kamu tidak mengetahui.”
dan juga pengiktirafan oleh Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam sebagai pewaris nabi.
Manakala yang tidak mahu mengikut para alim ulamak dan memandai-mandai dalam urusan agama dalam bahaya dan membahayakan orang lain yang mengikutinya.
Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :
ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan antara kebahayaan yang lain juga adalah apabila golongan ruwaibidhah semakin melata.
عَن أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ. قِيلَ: وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ. [أخرجه أحمد (2/291، رقم 7899)، وابن ماجه (2/1339، رقم 4036) قال البوصيرى (4/191): هذا إسناد فيه مقال، والحاكم (4/512، رقم 8439) وقال : صحيح الإسناد]
Terjemahan:
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: Rasulullah sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu helah, yang mana pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Pengkhianat akan diberi memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap ialah golongan Ruwaibidhah”.
Ada sahabat bertanya: “Apakah dia Ruwaibidhah itu?” Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Orang lelaki hina yang memegang urusan orang ramai”. (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim, kata beliau: Sahih sanadnya)

Oleh: Ibnu Nafis

4 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

Uwais Al Qarni

image

Di Yaman, tinggalah seorang pemuda bernama Uwais Al Qarni yang berpenyakit sopak, tubuhnya belang-belang. Walaupun cacat, ia adalah pemuda yang soleh dan sangat berbakti kepadanya Ibunya. Ibunya adalah seorang wanita tua yang lumpuh. Uwais senantiasa merawat dan memenuhi semua permintaan Ibunya. Hanya satu permintaan yang sulit ia kabulkan.

“Anakku, mungkin Ibu tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkan agar Ibu dapat mengerjakan haji,” pinta Ibunya. Uwais tercenung, perjalanan ke Mekkah sangatlah jauh melewati padang pasir tandus yang panas. Orang-orang biasanya menggunakan unta dan membawa banyak perbekalan. Namun Uwais sangat miskin dan tak memiliki kendaraan.

Uwais terus berpikir mencari jalan keluar. Kemudian, dibelilah seeokar anak lembu, Kira-kira untuk apa anak lembu itu? Tidak mungkinkan pergi Haji naik lembu. Olala, ternyata Uwais membuatkan kandang di puncak bukit. Setiap pagi beliau bolak balik menggendong anak lembu itu naik turun bukit. “Uwais gila.. Uwais gila…” kata orang-orang. Yah, kelakuan Uwais memang sungguh aneh.

Tak pernah ada hari yang terlewatkan ia menggendong lembu naik turun bukit. Makin hari anak lembu itu makin besar, dan makin besar tenaga yang diperlukan Uwais. Tetapi karena latihan tiap hari, anak lembu yang membesar itu tak terasa lagi.

Setelah 8 bulan berlalu, sampailah musim Haji. Lembu Uwais telah mencapai 100 kg, begitu juga dengan otot Uwais yang makin membesar. Ia menjadi kuat mengangkat barang. Tahulah sekarang orang-orang apa maksud Uwais menggendong lembu setiap hari. Ternyata ia latihan untuk menggendong Ibunya.

Uwais menggendong ibunya berjalan kaki dari Yaman ke Mekkah! Subhanallah, alangkah besar cinta Uwais pada ibunya. Ia rela menempuh perjalanan jauh dan sulit, demi memenuhi keinginan ibunya.

Uwais berjalan tegap menggendong ibunya tawaf di Ka’bah. Ibunya terharu dan bercucuran air mata telah melihat Baitullah. Di hadapan Ka’bah, ibu dan anak itu berdoa. “Ya Allah, ampuni semua dosa ibu,” kata Uwais. “Bagaimana dengan dosamu?” tanya ibunya heran. Uwais menjawab, “Dengan terampunnya dosa Ibu, maka Ibu akan masuk surga. Cukuplah ridho dari Ibu yang akan membawa aku ke surga.”

Subhanallah, itulah keinganan Uwais yang tulus dan penuh cinta. Allah SWT pun memberikan karunianya, Uwais seketika itu juga disembuhkan dari penyakit sopaknya. Hanya tertinggal bulatan putih ditengkuknya. Tahukah kalian apa hikmah dari bulatan disisakan di tengkuk? itulah tanda untuk Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Thalib, dua sahabat utama Rasulullah SAW untuk mengenali Uwais.

Beliau berdua sengaja mencari Uwais di sekitar Ka’bah karena Rasullah SAW berpesan “Di zaman kamu nanti akan lahir seorang manusia yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdua untuk kamu berdua.”

“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kamu, durhaka pada ibu dan menolak kewajiban, dan meminta yang bukan haknya, dan membunuh anak hidup-hidup, dan Allah, membenci padamu banyak bicara, dan banyak bertanya demikian pula memboroskan harta (menghamburkan kekayaan).” (HR. Bukhari dan Muslim)

CERITA KEHIDUPAN UWAIS AL QORNI

Pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Ia tinggal dinegeri Yaman. Uwais adalah seorang yang terkenal fakir, hidupnya sangat miskin. Uwais Al-Qarni adalah seorang anak yatim. Bapaknya sudah lama meninggal dunia. Ia hidup bersama ibunya yang telah tua lagi lumpuh. Bahkan, mata ibunya telah buta. Kecuali ibunya, Uwais tidak lagi mempunyai sanak family sama sekali.

Dalam kehidupannya sehari-hari, Uwais Al-Qarni bekerja mencari nafkah dengan menggembalakan domba-domba orang pada waktu siang hari. Upah yang diterimanya cukup buat nafkahnya dengan ibunya. Bila ada kelebihan, terkadang ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dia dan ibunya. Demikianlah pekerjaan Uwais Al-Qarni setiap hari.

Uwais Al-Qarni terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya dan juga taat beribadah. Uwais Al-Qarni seringkali melakukan puasa. Bila malam tiba, dia selalu berdoa, memohon petunjuk kepada Allah. Alangkah sedihnya hati Uwais Al-Qarni setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka telah bertemu dengan Nabi Muhammad, sedang ia sendiri belum pernah berjumpa dengan Rasulullah. Berita tentang Perang Uhud yang menyebabkan Nabi Muhammad mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya, telah juga didengar oleh Uwais Al-Qarni. Segera Uwais mengetok giginya dengan batu hingga patah. Hal ini dilakukannya sebagai ungkapan rasa cintanya kepada Nabi Muhammmad saw, sekalipun ia belum pernah bertemu dengan beliau. Hari demi hari berlalu, dan kerinduan Uwais untuk menemui Nabi saw semakin dalam. Hatinya selalu bertanya-tanya, kapankah ia dapat bertemu Nabi Muhammad saw dan memandang wajah beliau dari dekat? Ia rindu mendengar suara Nabi saw, kerinduan karena iman.

Tapi bukankah ia mempunyai seorang ibu yang telah tua renta dan buta, lagi pula lumpuh? Bagaimana mungkin ia tega meninggalkannya dalam keadaan yang demikian? Hatinya selalu gelisah. Siang dan malam pikirannya diliputi perasaan rindu memandang wajah nabi Muhammad saw.

Akhirnya, kerinduan kepada Nabi saw yang selama ini dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinyadan mohon ijin kepada ibunya agar ia diperkenankan pergi menemui Rasulullah di Madinah. Ibu Uwais Al-Qarni walaupun telah uzur, merasa terharu dengan ketika mendengar permohonan anaknya. Ia memaklumi perasaan Uwais Al-Qarni seraya berkata, “pergilah wahai Uwais, anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa dengan Nabi, segeralah engkau kembali pulang.”

Betapa gembiranya hati Uwais Al-Qarni mendengar ucapan ibunya itu. Segera ia berkemas untuk berangkat. Namun, ia tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkannya, serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah berpamitan sembari mencium ibunya, berangkatlah Uwais Al-Qarni menuju Madinah.

Uwais Ai-Qarni Pergi ke Madinah

Setelah menempuh perjalanan jauh, akhirnya Uwais Al-Qarni sampai juga dikota madinah. Segera ia mencari rumah nabi Muhammad saw. Setelah ia menemukan rumah Nabi, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam, keluarlah seseorang seraya membalas salamnya. Segera saja Uwais Al-Qarni menanyakan Nabi saw yang ingin dijumpainya. Namun ternyata Nabi tidak berada dirumahnya, beliau sedang berada di medan pertempuran. Uwais Al-Qarni hanya dapat bertemu dengan Siti Aisyah ra, istri Nabi saw. Betapa kecewanya hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk berjumpa langsung dengan Nabi saw, tetapi Nabi saw tidak dapat dijumpainya.

Dalam hati Uwais Al-Qarni bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi saw dari medan perang. Tapi kapankah Nabi pulang? Sedangkan masih terngiang di telinganya pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman, “engkau harus lekas pulang”.

Akhirnya, karena ketaatannya kepada ibunya, pesan ibunya mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi saw. Karena hal itu tidak mungkin, Uwais Al-Qarni dengan terpaksa pamit kepada Siti Aisyah ra untuk segera pulang kembali ke Yaman, dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi saw. Setelah itu, Uwais Al-Qarni pun segera berangkat mengayunkan langkahnya dengan perasaan amat haru.

Peperangan telah usai dan Nabi saw pulang menuju Madinah. Sesampainya di rumah, Nabi saw menanyakan kepada Siti Aisyah ra tentang orang yang mencarinya. Nabi mengatakan bahwa Uwais Al-Qarni anak yang taat kepada ibunya, adalah penghuni langit. Mendengar perkataan Nabi saw, Siti Aisyah ra dan para sahabat tertegun. Menurut keterangan Siti Aisyah ra, memang benar ada yang mencari Nabi saw dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Nabi Muhammad saw melanjutkan keterangannya tentang Uwais Al-Qarni, penghuni langit itu, kepada para sahabatnya., “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah ia mempunyai tanda putih ditengah talapak tangannya.”

Sesudah itu Nabi saw memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya berkata, “suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

Waktu terus berganti, dan Nabi saw kemudian wafat. Kekhalifahan Abu Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi saw tentang Uwais Al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi saw itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra. Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan tentang Uwais Al Qarni, si fakir yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan domba dan unta setiap hari? Mengapa khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Ali ra, selalu menanyakan dia?

Rombongan kalifah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kalifah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada rombongan kalifah yang baru datang dari Yaman, segera khalifah Umar ra dan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kafilah itu mengatakan bahwa Uwais Al-Qarni ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergi menjumpai Uwais Al-Qarni.

Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tapi rupanya Uwais sedang shalat. Setelah mengakhiri shalatnya dengan salam, Uwais menjawab salam khalifah Umar ra dan Ali ra sambil mendekati kedua sahabat Nabi saw ini dan mengulurkan tangannya untuk bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar ra dengan segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh Nabi saw. Memang benar! Tampaklah tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni.

Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi saw bahwa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais, mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?” Uwais kemudian berkata, “Nama saya Uwais Al-Qarni”.

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais membacakan do’a dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, “saya lah yang harus meminta do’a pada kalian.”

Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang kesini untuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Seperti yang dikatakan Rasulullah sebelum wafatnya. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menampik dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

Fenomena Ketika Uwais Al-Qarni Wafat

Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni berpulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, disana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak kenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais Al-Qarni adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, disitu selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.

Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, “siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais Al-Qarni? bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai penggembala domba dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanmu.”

Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan keanehan-keanehan yang terjadi ketika wafatnya telah tersebar ke mana-mana. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya, siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni. Selama ini tidak ada orang yang mengetahui siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni disebabkan permintaan Uwais Al-Qarni sendiri kepada Khalifah Umar ra dan Ali ra, agar merahasiakan tentang dia. Barulah di hari wafatnya mereka mendengar sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi saw, bahwa Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit.

Sumber: “Cerita ini diambil dari buku ’20 Kisah Sahabat dan Thabiin’ terbitan Qibla karangan Ummuthoriq el khanzo.”
Subhanallah

Majlis Ta’lim La Zikra.

3 May 2016 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

Amalan menabur bunga di kubur adalah berasal dari Islam

image

Amalan Menabur Bunga di pusara adalah ajaran Islam, sunat, bukan diambil dari kristian dan yahudi.

Tabur Bunga di Kubur adalah dari amalan Islam, diamalkan muslimin sedunia, dan maktub dalam teks muktabar fikah mazhab . Kalau bukan dari amalan Islam, kenapa wujud dalam fatwa Ilmu Fekah sudah sebegitu lama

2 buah kitab yang jadi rujukan utama para penuntut dan ulama dibidang fekah mazhab Shafie.

pertama : I’anatutthoolobin juzuk 2 mukasurat 119.

kedua: Kasful Litham, juzuk 1 , mukasurat 82.

Soalan 1: Ustaz, mohon pencerahan. Bukankah Nabi s.a.w tutup pakai pelepah tamar? Di sini tiada pohon tamar.Kalau pakai hukum qias, guna pelepah kelapa atau sawit. Atau tak perlu letak apa2 untuk elakkan salah faham. Maaf ustaz.

Jawab: Menurut Sheikh Ibn Hajar dalam kitab Fatawa al Kubro beliau seperti yang dinukil dalam kitab I’anah al thoolibin  dimuka surat yang dipaparkan gambarnya itu  memang termasuk yang diqiyaskan dengan pelepah tamar adalah sebarang dahan, ranting kayu ataupun  pelepah kelapa/sawit untuk dipacak/tanam diatas kubur.

Kalimat- غرس- bermakna pacak/tanam atau sebarang cara yang lain. Dalam kitab Bahrul Maazi- Komentar Hadis Jamik Sunan Tarmizi ,  karangan Sheikh Marbawi juga ada disebut qiyas ini. Iaitu qiyas pelapah lainnya dengan pelepah tamar . Guru saya berkata:  Pelepah kelapa lebih hampir menyerupai pelepah tamar. Wallahu a’lam.

Soalan 2: Ada pulak orang berkata, dalam kitab itu kata pacak/tanam, tentulah sesuai untuk kayu, kenapa pulak ditabur bunga, tidak munasabah jika qiyas bunga kepada pelepah tamar?. Sudah tentu qiyas itu tidak sah?.

Jawab: Begini . Apabila kita sudah benar-benar  faham konsep qiyas yang sah diamalkan dalam ilmu Ushul Fiqah, tentu akan mudah bagi kita menerima  keputusan  ulama dalam teks Fathul Muin dan I’anah tersebut. Bagaimana pula?. Fahamilah,  bunga diqiyaskan kepada pelepah tamar,  maksudnya apabila pelepah tamar sunat  dipacak atas kubur maka bunga  juga dihukum sunat ditabur atas kubur .  sebabnya (illahnya) diqiyaskan kepada pelepah tamar atas dasar bersatu makna (illah) antara keduanya. Makna tersebut  ialah faedah Tasbih dari keduanya. Maksudya pelepah tamar bertasbih, bunga juga bertasbih. maka disamakan hukum keduanya sebab mempunyai persamaan , iaitu tasbih.

Kalau begitu kenapa pula ditabur bunga  tidak pacak?. JAWABNYA: Munasabah kuntum-kuntum bunga – tabur.. mana boleh bunga  dipacak pacak ?. kalau boleh dipacak .. haa pacak lah.. tak letih?.

Pondoktampin.

3 May 2016 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

   

%d bloggers like this: