Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Fahaman Zakir Naik tidak selari dengan ASWJ,kata ahli agama

Pengasas dan Pengerusi Pusat Pengajian dan Pendidikan Islam Ar-Rifaie Selangor, Ustaz Ahmad Hafiz Mohd Alwi Al-Bakaniyy berpendapat, pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik perlu mempelajari fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang berteraskan aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah sekiranya beliau mahu berdakwah di negara ini.

Ahmad Hafiz yang juga merupakan Panel Pakar Rujuk Deradikalisasi bagi Kes-Kes Khas Keganasan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menasihati pendakwah dari India itu, supaya mempelajari sifat 20 yang wajib bagi Allah, kitab Risalatul Tauhid dan juga kitab-kitab akidah yang lain sebelum berdakwah.

Ini kerana katanya, fahaman Zakir Naik dilihat tidak selari dengan akidah ASWJ di negara ini, terutamanya dalam bab ketuhanan seperti yang diceritakan oleh pendakwah tersebut.

“Bab ketuhanan ini sebagai contoh, apabila dia mengisbatkan (menetapkan) bahawa Tuhan itu yakni Allah sama dengan makhluk. Ia sudah menjadi satu kredit kepada Yahudi yang mengatakan Tuhan dia juga adalah Allah yang bersifat triniti.

“Pada tahun 2016 kalau tak silap saya, apabila Zakir Naik datang ke sini (Malaysia), ada orang bertanya, Allah di mana? Dia (Zakir) membawa fahaman yang mengatakan bahawa Allah di Arasy, duduk di atas Arasy.

“Akidah Islam menyatakan Allah ada tanpa tempat. Allah tidak sama dengan makhluk. Kita tidak mahu orang masuk ke dalam agama Islam dan pada masa sama, mereka pula menyekutukan Allah.

“Zakir Naik turut mensyirikkan amalan Tawassul yang merupakan ajaran yang diajar sendiri oleh Nabi Muhammad, para sahabat serta ulama-ulama ASWJ Asyairah & Maturidiyyah dan diamalkan oleh majoriti umat Islam di dunia sehingga kini. Hal ini secara tidak langsung dia telah mensyirikkan majoriti umat Islam,”ujarnya,

Beliau mengulas demikian kepada Malaysia Dateline, ketika ditanya mengenai larangan berceramah diseluruh negara yang dikenakan ke atas Dr Zakir Naik oleh pihak polis dan berhubung konsep dakwah yang diamalkan pendakwah tersebut..

Dalam pada itu, Ahmad Hafiz yang berpengalaman sebagai pengkuliah dan penceramah tetap kursus pemantapan akidah, Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur turut mempersoalkan bagaimana penceramah tersebut boleh membawa orang bukan Islam masuk ke dalam agama Islam, tetapi pada masa sama mensyirikkan umat Islam.

“Beliau (Zakir) juga membid’ahkan (menghukumkan haram) amalan-amalan umat Islam seperti sambutan Maulidur Rasul yang merupakan amalan baik diamalkan oleh seluruh umat Islam di Malaysia khasnya, tahlil dan lain-lain. Ini akan membawa kepada keruntuhan akidah serta perpecahan ummah,” katanya lagi.

Namun, tidak dinafikan ilmu perbandingan agama yang dibawa oleh pendakwah antarabangsa itu, berpotensi membawa imej yang terbaik (positif) terhadap agama Islam, khususnya daripada pandangan masyarakat dunia.

Ahmad Hafiz berkata, ilmu agama yang dimiliki Zakir boleh dikatakan bahawa beliau adalah seorang yang mahir dalam menguasai kitab-kitab agama lain (perbandingan agama), tetapi bukannya dalam bidang akidah.

“Saya tidak tahu secara mendalam tentang ilmu yang ada pada dirinya, tetapi melalui video-video yang orang hantar pada saya, boleh dikatakan beliau mahir dalam menguasai bab perbandingan agama.

“Kami ingin menegaskan, jika beliau berminat ingin duduk di negara kita untuk berdakwah, maka berdakwah lah mengikut metode yang sihat dan selamat iaitu ASWJ salaf, khalaf, Asyairah dan Maturidiyyah yang hakiki,” ujarnya yang merupakan graduan Talaqqi dari Universiti Al-Azhar Mesir dalam Kuliah Usuluddin, Bidang Akidah dan Falsafah.

Ahmad Hafiz secara peribadi turut menyatakan bahawa beliau bersedia untuk bermuzakarah dengan penceramah tersebut atau anak-anak muridnya secara ilmiah, bagi mendapatkan kata sepakat berkaitan kesatuan akidah dan penyatuan umat.

27/08/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | , | Leave a comment

SIRI 2 TABAYYUN: ANALISIS HUJJAH DR. ZAKIR NAIK PADA DAKWAAN ALLAH BERADA DI ARASY

1. Hasil muzakarah kali ini, kami para panel membincangkan berkaitan dalil yang digunakan Dr. Zakir Naik (ZN) dalam dakwaannya bahawa Allah berada di atas Arasy. Hal ini rentetan daripada komentar daripada pentaksub ZN di posting kami sebelumnya yang mendakwa aqidah Allah berada di atas Arasy tidak salah kerana berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Penulisan sebelum ini:

………………………………………………………..

2. Berdasarkan video ZN yang kami teliti, beliau menggunakan dua dalil untuk mengithbatkan Allah berada di atas Arasy, iaitu:
i) Al-Quran (الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى) – Surah Taha: 5
ii) As-Sunnah (Hadis Jariah)
………………………………………………………..

3. Oleh yang demikian, kami telah bermuzakarah untuk menghalusi dalil yang digunakan oleh ZN adakah tepat atau menyalahi dengan kaedah ASWJ dalam aqidah?
………………………………………………………..

4. Fakta Pertama: Ulama ASWJ hanya mengunakan dalil yang menepati syarat qath’ie thubut dan qath’ie dilalah sebagai dalil aqidah.
………………………………………………………..

5. Adapun, surah Taha ayat 5 menepati syarat qath’ie thubut tetapi tidak qath’ie dilalah. Manakala, hadis jariah pula mengalami masalah pada qath’ie thubut dan juga qath’ie dilalah. Oleh yang demikian, ulama ASWJ tidak mengambil kedua-dua dalil ini sebagai asas aqidah, melainkan golongan Wahhabi sahaja menjadikannya sebagai tonggak aqidah mereka dan inilah juga yang dilakukan oleh ZN.
………………………………………………………..

6. Fakta Kedua: Surah Taha ayat 5 tidak menepati syarat qath’ie dilalah adalah kerana ia termasuk dalam ayat Al-Mutasyabihat yang mana dilalahnya samar-samar disebabkan mempunyai beberapa makna, antaranya:
a) اعْتَدَلَ : lurus
b) صعد : menuju
c) ظهر : jelas
d) الرَّجُلُ : lelaki
e) التمام : lengkap @ sempurna
f) جلس : duduk @ bersemayam
g) استقر : menetap
h) نضج : Telah masak
i) قهر : Mengerasi
j) ملك و استولى : Memiliki dan Menguasai
………………………………………………………..

7. Oleh yang demikian, tidak semua maksud di atas layak dinisbahkan kepada Allah. Dalam berinteraksi dengan dalil seperti ini, ulama ASWJ mempunyai dua kaedah iaitu:

[Pertama] Tafwidh (menyerahkan makna kepada Allah)

a) Imam Sufyan Ibnu Uyainah (107-198H):
كل ما وصف الله به نفسه في كتابه فتفسيره تلاوته والسكوت عنه
“Setiap apa yang disifatkan oleh Allah dengannya bagi-Nya dalam Al-Quran maka tafsirannya adalah bacaannya dan berdiam (tidak dibincang) mengenainya”

b) Imam Ibnu Suraij (249-306 H) :
ولا نترجم عن صفاته بلغة غير العربية ونسلم الخبر الظاهر والآية لظير تنزيلها
Dan kami tidak menterjemahkan sifat-sifat Allah dengan selain bahasa Arab serta kami serahkan khabar yang zahir dan ayat-ayat kepada zahir diturunkannya (nash-nash sifat).

c) Imam Suyuthi menyimpulkan dalam kitabnya Al-Itqan fi Ulum Al-Quran, 2/6:
وجمهور أهل السنة، منهم السلف، وأهل الحديث على الإيمان بها، وتفويض معناها المراد منها إلى الله تعالى, ولا نفسرها مع تنزيها
“Jumhur Ahlus Sunnah dari kalangan Salaf dan Ahlu Hadis di atas beriman dengannya (Al-Mutasyabihah) dan tafwidh (menyerah) maknanya yang dikehendaki oleh Allah. Tidak ditafsirkannya beserta menyucikan.”

[Kedua] Takwil (menentukan makna yang layak dinisbahkan kepada Allah)

a) Imam Murtadha Az-Zabidi di dalam kitabnya Tajul Arus syarhul Qamus:
قالَ الرَّاغبُ : ومَتَى ما عُدِّي بعلى اقْتَضَى مَعْنى الاسْتِيلاءِ كقوْلِه ، عزَّ وجلَّ : { الرَّحْمن على العَرْشِ اسْتَوى }
“Dan berkata Ar-Raghib (dalam kitab Al-Mufradat): Dan ketika Istawa mutaadi dengan huruf ‘Ala maka makna yang ditentukan ialah Istiila’ (menguasai) , seperti firman Allah: (Ar-Rahman alal arsyistawa).

Oleh yang demikian, surah Taha ayat 5 tidak difahami dengan makna Allah berada di atas Arasy melainkan ulama ASWJ memahami dengan makna “Tuhan bernama Rahman ke atas Arasy menguasai”.

b) Imam Ibnu Jarir At-Tobari (w.310H)
Ketika mentafsir surah Al-Baqarah, ayat 29, beliau mentafsirkan Istawa dengan katanya:
فقل علا عليها علو ملك وسلطان لا علو انتقال وزوال
“Maka katakan Dia meninggi ke atasnya sebagai tingginya kekuasaan dan penguasaan bukan tinggi dengan maksud perpindahan atau berarah (tidak disifatkan dengan arah atas)”

c) Dan ramai lagi ulama lain seperti Abdullah Ibnu Mubarak (w.237H) dalam kitabnya Gharib Al-Quran Wa Tafsiruh, Imam Abu Mansur Al-Maturidi (w.333H) dalam kitabnya Ta’wilat Ahl As-Sunnah, Imam Sulaiman Ibn Ahmad Ath-Thabarani (w.360H) dalam kitab At-Tafsir Al-Kabir, Imam Ibnu Furak (w.406H) dalam kitab Musykil Al-Hadis dan ramai lagi.
………………………………………………………..

8. Berdasarkan fakta di atas, ZN tidak menggunakan mana-mana kaedah ASWJ yang termaktub melainkan beliau mengambil aqidah berdasarkan zahir ayat, sedangkan para ulama melarang perbuatan demikian bagi ayat Al-Mutasyabihat seperti dijelaskan oleh Imam Al-Hafiz Al-Kirmani, seorang ulama’ hadith yang agung (786 H)
قوله “في السماء” : ظاهره غير مراد ، إذ الله منزه عن الحلول في المكان
“Firman Allah “fis sama'” maka maksud zahirnya bukanlah kehendak yang dimaksud oleh Allah, kerana Allah s.w.t. suci daripada bertempat pada sebarang tempat.” (Fath Al-Bari, juz.13, ms.412)
………………………………………………………..

9. Fakta Ketiga: Hadis jariah tidak boleh dijadikan dalil kepada aqidah kerana hadis tersebut adalah hadis mudhtharib (dhaif), maka hal ini jelas bahawa hadis dhaif tidak boleh menjadi dalil kepada aqidah.
………………………………………………………..

10. Hadis ini menjadi hadis mudhtharib kerana redaksi matan yang berbeza-beza, saling bertentangan antara satu sama lain sehingga tidak boleh dihimpunkan makna riwayat-riwayat tersebut. Hal ini kerana hadis jariah terdapat pelbagai redaksi pada matan, antaranya:

i) Riwayat daripada Mushannaf Abdurrazaq, Musnad Ahmad dan Muwatha’ Imam Malik dengan soalan “Adakah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah?”. Kemudian dijawab “Ya”.

ii) Riwayat daripada Al-Haithami dalam Majma Al-Zawaid datang dengan soalan “Dimana Allah” maka hamba perempuan itu isyaratkan jari ke langit.

iii) Riwayat daripada Muslim dalam shahihnya datang dengan soalan “Di mana Allah” maka dijawab “Di langit”.

iv) Riwayat daripada Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi datang dengan soalan “Siapa tuhan kamu?” maka dijawab “Allah”.

Walaupun kisah, orang dan kejadian yang sama namun, terdapat perbezaan yang jauh pada soalan yang dikemukakan oleh Nabi dan jawapan jariah itu, maka hal ini menjadikan hadis ini dinilai mudhtharib. Justeru, amat salah jika menjadikan hadis ini sebagai hujjah dalam aqidah.
………………………………………………………..

11. Bahkan, menurut Al-Hafiz Al-Baihaqi, kitab Shahih Muslim yang ada padanya, Imam Muslim tidak sertakan matan berkenaan persoalan di mana Allah itu, yang mana menunjukkan hadis tersebut diperselisihkan dalam kalangan ulama. Hal ini beliau nyatakan dalam kitabnya Al-Asma’ Was Shifaat:

قَدْ أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ مُقَطَّعًا مِنْ حَدِيثِ الْأَوْزَاعِيِّ وَحَجَّاجٍّ الصَّوَّافِ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ دُونَ قِصَّةِ الْجَارِيَةِ، وَأَظُنُّهُ إِنَّمَا تَرَكَهَا مِنَ الْحَدِيثِ لِاخْتِلَافِ الرُّوَاةِ فِي لَفْظِهِ.
“Imam Muslim telah meriwayatkannya dengan terpotong (tidak keseluruhan) dari hadis al Auza’i dan Hajjaj ash Shawwaf dari Yahya ibn Abi Kathir tanpa menyebut kisah Jariah. Mungkin beliau meninggalkan penyebutannya dalam hadis itu disebabkan perselisihan para perawi dalam menukilkan redaksinya.”
………………………………………………………..

12. Sekalipun, jika dinilai sahih oleh sebahagian ulama, mereka menyatakan bahawa wajib mensucikan Allah daripada menyerupai dengan makhluk dan zahir nash bukanlah maksud yang dikehendaki oleh Allah kerana hadis ini termasuk dalam Al-Mutasyabihat, inilah yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dan Qadhi Iyadh.
………………………………………………………..

13. Kesimpulannya, ZN telah melakukan kesilapan besar dalam hal ini dan kesilapan ini perlu diperbetulkan agar penyokong ZN tidak mengambil aqidah yang salah sehingga merosak iman mereka. Semoga kita semua menerima dengan hati yang terbuka dan menyelamatkan aqidah kita daripada terseleweng.

Disclaimer:
Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk mengusir ZN, tiada kaitan juga dengan puak DAP, namun bagi mengenalpasti aqidah sebenar ZN yang diagung-agungkan sesetengah pihak. ZN boleh terus berada di Malaysia, diam-diam dan jangan menyebarkan fahamannya. Jika nak berpindah ke Saudi juga lebih baik kerana fahamannya serasi dengan masyarakat di sana.

Disediakan oleh:
Sekretariat Muzakarah Hadis & Syariat (MUHADIS)
19 Ogos 2019

26/08/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | , , | Leave a comment

SIRI 1 TABAYYUN: MANHAJ AQIDAH DR ZAKIR NAIK

1. Sejak penulisan kami sebelum ini menjadi viral, terdapat banyak respon daripada kalangan orang Islam samada yang bermanhaj ASWJ atau berfahaman Wahhabi atau orang jahil yang tidak memahami perbezaan ideologi dalam Islam.

Penulisan tersebut boleh dilihat di sini:

………………………………………………..

2. Oleh yang demikian, kami mendapati dalam isu ZN ramai daripada kalangan ASWJ sendiri menggadaikan maruah dengan menjulang tokoh yang mesra dengan fahaman Wahhabi ini. Bahkan ada yang tidak menyedari apakah aqidah ZN yang sebenarnya sehingga menuduh kami para panel Muzakarah Hadis & Syariat (MUHADIS) sebagai fitnah dan mengadu domba.
………………………………………………..

3. Rentetan daripada itu, kami akan mengeluarkan beberapa siri tabayyun bertujuan meneliti aqidah dan fahaman ZN yang sebenarnya. Kaedah dibuat berdasarkan tiga soalan:
i) Apakah pegangan, kefahaman dan aqidah ZN?
ii) Mengenalpasti sumber kefahaman ZN daripada ideologi yang mana?
iii) Bagaimana ideologi Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang sebenar?
………………………………………………..

4. Bagi tujuan tersebut, kami memilih tajuk yang pertama berkaitan dengan aqidah Dr. Zakir Naik ketika menjawab “Where is Allah?” (Dimanakah keberadaan Allah?). Penelitian dibuat berdasarkan video Dr. Zakir Naik yang menjawab persoalan ini walau dimana sahaja disoal:
i) Video 1: Where is Allah?- Dr Zakir Naik #HUDATV (minit 2.06)

ii) Video 2: Where is Allah? Where does He live?-Dr Zakir Naik #HUDATV (minit 0.31)

iii) Video 3: Allah is not everywhere, Allah is in his Arsh [Dr Zakir Naik] (versi Urdu) (minit 0.45)

………………………………………………..

5. Berdasarkan ketiga-tiga video di atas, soalan pertama terjawab dengan jelas kelihatan Dr. Zakir Naik konsisten berfahaman bahawa Allah berada di Arasy dan menetapkan tempat bagi Allah.
………………………………………………..

6. Oleh yang demikian, bagi menjawab soalan kedua, kita perlu mengenalpasti kefahaman ini berdasarkan ideologi yang mana?

i) Ajaran daripada kitab Yahudi, [Safar Yuhana]:

“الْجَالِسُ عَلَى الْعَرْشِ يَحُلُّ فَوْقَهُمْ”

“(Tuhan) duduk (bersemayam) di atas `Arasy, berada di atas mereka” (Al-Ishah (8), nombor 15)

“وَشُكْرًا لِلْجَالِسِ عَلَى الْعَرْشِ الْحَيِّ الأَبَدِيِّ”.

“Dan berterima kasihlah kepada (Tuhan ) yang duduk di atas `Arasy yang Maha hidup lagi abadi”. (Al-Ishah (4), nombor 9)

ii) Ajaran daripada Ibnu Taimiyyah (tokoh rujukan bagi Wahhabi)

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى” الاِسْتَوَاءُ مِنَ اللهِ عَلَى عَرْشِهِ الْجَيِّدِ عَلَى الْحَقِيْقَةِ لا عَلَى الْمَجَازِ”

“Firman Allah : الرحمن على العرش الستوى bahawa “Istawa” Allah itu di atas `Arasy-Nya secara makna hakiki (duduk) bukan makna majaz” (Syarh Hadis An-Nuzul, ms.145)

Ibnu Taimiyyah juga menyamakan Allah dengan makhluk dengan katanya:
إِنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله يُجْلِسُهُ رَبُّهُ عَلَى الْعَرْشِ مَعَهُ
“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Allah mendudukannya di atas `Arasy bersama-Nya” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ Al-Fatawa, juz.4, ms. 374)

iii) Ajaran daripada tokoh Wahhabi (Ibnu Uthaimin dan Bin Baz)

وأهل السنة والجماعة يؤمنون بأن الله تعالى مستوٍ على عرشه استواءً يليق بجلاله ولا يماثل استواء المخلوقين. فإن سألت : ما معنى الاستواء عندهم ؟ فمعناه العلو والاستقرار
“Ahlussunnah Wal Jamaah (pada sangkaannya) mengimani bahwa Allah istiwa di atas Arsy-Nya dengan Istiwa yang layak bagi-Nya,dan tidak semisal istiwa’nya makhluk, seandainya Engkau bertanya: Apa makna Istiwa menurut mereka? Maka maknanya adalah al ‘Uluw (tinggi) dan al Istiqror (menetap)” (Ibnu Uthaimin, Majmu’ Fatawa Wa Rasail, juz.8, ms.317)

وهي العقيدة الصحيحة من الإيمان بأن الله الواجب الإيمان بأن الله سبحانه في السماء فوق العرش، عال على جميع الخلق، كما قال سبحانه في كتابه العزيز: {الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى}
“Aqidah yang sahih dari keimanan yang wajib beriman dengan Allah bahawa Allah subhanahu berada di langit di atas Arasy, tinggi atas seluruh makhluk, seperti firman Allah subhanahu dalam kitab-Nya Al-Aziz: (الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى)” (Bin Baz, Majmu’ Fatawa, juz.9, ms.457)
………………………………………………..

7. Berdasarkan fakta-fakta ini, kami mendapati kefahaman ZN bukan daripada ajaran Islam yang tulen melainkan ada pengaruh luar seperti ajaran Yahudi, ajaran Ibnu Taimiyyah dan ajaran Wahhabi. Setelah kita meneliti fakta ini dengan adil dan insaf, adakah lagi pentaksub ZN daripada ASWJ mahu mempertahankan beliau?
………………………………………………..

8. Seterusnya, bagi menjawab soalan ketiga, berkaitan manhaj ASWJ yang sebenar dalam isu ini. Kita boleh dapati melalui kenyataan para ulama muktabar seperti berikut:

i) Imam Asy-Syafie (w. 150H)
من قال او اعتقد ان الله جالس على العرش فهو كافر
“Sesiapa berkata atau beritiqad Allah duduk atas Arasy maka dia menjadi kafir” (Najm Al-Muhtadi Wa Rajm Al-Muhtadi, ms.551)

ii) Imam Ibnu Jarir At-Tobari (w.310)
Ketika mentafsir surah Al-Baqarah, ayat 29, beliau mentafsirkan Istawa dengan katanya:
فقل علا عليها علو ملك وسلطان لا علو انتقال وزوال
“Maka katakan Dia meninggi ke atasnya sebagai tingginya kekuasaan dan penguasaan bukan tinggi dengan maksud perpindahan atau berarah (tidak disifatkan dengan arah atas)”

iii) Imam Abu Hasan Al-Asy’ari (w.324)
كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج الى مكان. وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه.
“Kewujudan Allah azali dan tanpa bertempat, kemudian Allah mencipta Arasy dan Kursi dan Dia tidak berhajat kepada tempat. Kewujudan-Nya setelah menciptakan tempat sebagaimana kewujudan-Nya sebelum menciptakan tempat (iaitu Allah tidak bertempat)” (Tabyin Kazib Al-Muftari, ms.150)

iv) Imam Ibnu Hibban (w. 342H)
كان-الله-ولا زمان ولا مكان
“Allah ada azali, tanpa masa dan tanpa tempat” (Sahih Ibn Al-Hibban, juz.8, ms.4)

v) Kesimpulan aqidah ASWJ telah dibuat oleh Imam Ibnu Hajar Al-Haitami (w. 974):
وَاعْلَمْ أَنَّ الْقَرَافِيَّ وَغَيْرَهُ حَكَوْا عَنِ الشَّافِعِيِّ وَمَالِكٍ وَ أَحْمَدَ وَأَبِي حَنِيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ الْقَوْلَ بِكُفْرِ الْقَائِلِيْنَ بِالْجِهَةِ وَالتَّجْسِيْمِ وَهُمْ حَقِيْقُوْنَ بِذَلِكَ
“Dan ketahuilah bahawa al-Qarafi dan selain beliau telah menceritakan daripada al-Syafi`e, Malik, Ahmad dan Abu Hanifah radiyallahu`anhum tentang pendapat kufurnya golongan yang berpendapat dengan arah [tempat] dan tajsim (bagi Allah ta`ala), dan mereka (para imam mazhab tersebut) pasti tentang perkara tersebut”
………………………………………………..

9. Kesimpulannya manhaj ASWJ ialah beriman dengan ayat (الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى), namun menafikan tempat ke atas Allah, menafikan arah ke atas Allah dan menafikan penjisiman ke atas Allah. Berbeza dengan kenyataan ZN seperti di bawah:
i) Video 1 “Allah is on Arasy” (Allah berada di atas Arasy).
ii) Video 2 “Allah is on top is also correct, Allah is on Arasy is also correct” (Allah berada di atas juga betul, Allah berada di Arasy juga betul)
iii) Video 3 versi urdu, ZN mengatakan (Allah duduk di atas Arasy)
………………………………………………..

10. Hasil daripada siri tabayyun kali ini merumuskan bahawa kefahaman atau aqidah ZN dalam bab ini terkeluar daripada aqidah ASWJ dan aqidah Islam yang tulen. Semoga kita dapat menerimanya dengan hati terbuka dan menolak ketaksuban kerana tiada yang maksum melainkan Nabi.

Disclaimer:
Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk mengusir ZN, tetapi bagi mengenalpasti aqidah sebenar ZN yang diagung-agungkan setengah pihak. ZN boleh terus berada di Malaysia, diam-diam dan jangan menyebarkan fahamannya. Jika nak berpindah ke Saudi juga lebih baik kerana fahamannya serasi dengan masyarakat di sana.

Disediakan oleh:
Sekretariat Muzakarah Hadis & Syariat (MUHADIS)
16 Ogos 2019

26/08/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | , | Leave a comment

Dr Zakir Naik gagal jawab soal Tawwasul yang dia tuduh Syirik di pertemuan dengan wakil As Sunnah Trust Sri Lanka.

KAMI MENCABAR DR ZAKIR NAIK UNTUK MENGEMUKAKAN 25 AYAT AL-QURAN YANG MENURUTNYA MENGHARAMKAN TAWASSUL!

Pada suatu perjumpaan tertutup di antara deligasi Dr Zakir Naik dan wakil daripada As Sunnah Trust Sri Lanka, Zakir Naik di dapati gagal untuk memberikan 25 ayat al-Quran yang menurutnya mengharamkan amalan tawassul.

Ini jelas menunjukkan bahawa Zakir Naik telah mendustakan kitab suci al-Quran dan ianya merupakan suatu kesalahan fatal yang tidak seharusnya dilakukan oleh mana-mana individu yang berjuang di atas nama Islam. Tambahan pula Zakir Naik ini amat dikenali di dalam dunia Islam sebagai seorang yang “pakar” di dalam bidang perbandingan agama.

LIHAT DI SINI, PERTEMBUNGAN YANG BERLAKU DI ANTARA DZN DAN AHLUSSUNNAH DI SRI LANKA. IA TIDAK MELIBATKAN AGAMA LAIN.

Perbuatan Zakir Naik yang mengharamkan amalan tawassul tanpa hak ini juga secara tidak langsung telah mendakwa bahawa umat Islam di Malaysia secara khususnya di Selangor telah mengamalkan suatu perbuatan HARAM pada setiap hari jumaat di mana khatib-khatib di Selangor akan bertawassul di dalam doa pada setiap kali khutbah.

Terselit juga pada ucapan Zakir Naik menghukumkan tawassul itu SYIRIK secara tidak langsung dan ia menjurus kepada menghukumkan khutbah-khutbah di Malaysia mengajarkan SYIRIK DI SETIAP KALI JUMAAT.

Sekali lagi kami ingin mencabar pihak Zakir Naik atau mana-mana pihak yang ingin membantunya bagi mengemukakan kesemua 25 ayat al-Quran yang mengharamkan amalan tawassul.

Pada hakikatnya kami tahu yang tohmahannya tidak berasas. Zakir Naik hukumkan tawassul sebagai haram tiada sandarannya salam agama. Zakir Naik sekadar cakap kosong dan perbuatannya hanyalah kerana ingin menegakkan pegangan wahabi yang sudah terpasak dalam dirinya.

Berikut merupakan link video pertemuan di antara deligasi Dr Zakir Naik dengan wakil As Sunnah Trust Sri Lanka.

Link video Dr Zakir Naik yang mendakwa bahawa terdapt 25 ayat al-Quran yang mengharamkan tawassul.

Dr Zakir Naik-Peacetv-Live World

26/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, wahabi | , | Leave a comment

ISU ZAKIR NAIK: SATU PENCERAHAN RINGKAS KPD ORANG AWAM.

Telah menjadi tular berkenaan perbahasan mengenai Dr. Zakir Naik sehingga terdapat beberapa kelompok iaitu :

1) Kelompok Menyokong dan mendokong Dr. Zakir Naik sepenuhnya :

Kelompok ini terdapat beberapa pecahan padanya pula, iaitu :
– Orang awam yang jahil mengenai perbahasan ilmu
– Orang yang berfahaman Wahhabi

2) Kelompok Menolak Dr. Zakir Naik sepenuhnya :

Kelompok ini juga terdapat beberapa pecahan padanya, iaitu :
– Ahli Sunnah wal Jama’ah(yang Syadid/Tegas)
– Liberal and the geng

3) Kelompok Mengambil sikap pertengahan.

Kelompok ini kebanyakkannya terdiri daripada Ahli Sunnah wal Jama’ah yang bersikap pertengahan iaitu menerima yang mana tidak bercanggah dengan manhaj Ahli Sunnah wal Jama’ah dan menolak mana-mana yang bercanggah serta kelompok ini tidak bersetuju jika ada nyawa seorang Muslim yang terkorban.

_________________________________________

Berkenaan apa yang boleh diterima daripada Dr. Zakir Naik itu semua sudah sedia maklum iaitu berkenaan kehebatannya dalam Perbandingan Agama.

Maka apakah yang menjadi Isu(dalam perbahasan Islam) sehingga ada yang menolaknya?

Dr. Zakir Naik sebenarnya hanya hebat dalam Perbandingan Agama, namun beliau tidak cukup hebat dalam Perbahasan Mengenai Ilmu Agama Islam(Fiqh,Hadith,Tasawwuf dll) itu sendiri. Dan inilah yang menjadi Isu.

Seandainya Dr. Zakir Naik tidak menyentuh mengenai Perbahasan Ilmu Agama Islam(yang mana bukan dalam bidang kepakaran beliau) dan hanya menyentuh berkaitan Perbandingan Agama(bidang beliau) sahaja, maka mungkin Isu seperti ini tidak timbul.

Diantara perkara yang mana Dr. Zakir Naik bercanggah dengan pendapat Ulama-Ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah(Majority Ummat) ialah :

i) Berkaitan pembahagian Bid’ah :

Dimana Dr. Zakir Naik menggunakan Method Wahhabi dalam pendalilan sehingga beliau mengatakan bahawa Bid’ah itu semuanya sesat. Sepertimana dalam video berikut :

( Boleh skip ke minit 3.15 )

Padahal telah sepakat Ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah bahawa Bid’ah itu bukan semuanya sesat sehingga ianya(Bid’ah) dibahagikan kepada 5 bahagi sepertimana yang telah dilakukan oleh Sultan al-Ulama ‘Izzuddin ibn Abdis-Salam, Imam al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani, Imam an-Nawawi dan lain-lain.

Maka kaedah Dr. Zakir Naik dalam “Pendalilan Lurus Bendul” tanpa melihat pada kesinambungan Hadith-Hadith yang lain dan perbahasan mengenainya adalah bercanggah dengan kaedah Jumhur Ulama.(Saya tidak nyatakan disini bagaimana Ulama membahagikan Bid’ah tersebut agar tulisan tidak menjadi terlalu panjang).

Jika diterima bulat-bulat bahawa semua Bid’ah itu adalah sesat, maka adakah Saidina Uthman رضي الله عنه telah dihukumkan sebagai sesat?

Kerana Saidina Uthman رضي الله عنه telah melakukan azan solat jumaat 2 kali dan perkara ini tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah ﷺ dan hal ini diamalkan sehingga ke hari ini.

ii) Berkaitan Maulid Nabi ﷺ :

Setelah diketahui bahawa Dr. Zakir Naik menganggap bahawa Bid’ah itu semuanya sesat, maka beliau juga telah menghukumkan Majlis Maulid Nabi ﷺ sebagai bid’ah yang sesat. Sepertimana dalam video berikut :

(Boleh skip ke minit 2.20)

Sedangkan para Ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah mengatakan bahawa Maulid Nabi ﷺ termasuk Bid’ah Hasanah sepertimana yang dinyatakan oleh Imam as-Suyuthi dalam menukil pendapat Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya(Imam as-Suyuthi) al-Hawi lil Fatawi.

Bahkan, Mengadakan Majlis Maulid Nabi ﷺ dalam rangka bersyukur kepada Allah ﷻ dan bersyukur kerana dihadirkan atau diutuskan Nabi Muhammad ﷺ kepada umat ini termasuk Sunnah Taqririyyah yang mana pernah dilakukan oleh para Sahabat sepertimana dalam Hadith yang terdapat dalam Sunan an-Nasa’i. Boleh rujuk tulisan saya sebelum ini pada link :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2869406419742529&id=100000195961317

iii) Berkaitan Menyamakan Allah ﷻ dengan sifat Jisim :

Apabila Dr. Zakir Naik ditanya mengenai “Dimana Allah?”, Beliau telah menjawab dengan menggunakan Method jawapan Wahhabi iaitu “Allah ﷻ berada diatas Langit di Arasy”. Sepertimana dalam video berikut :

Sedangkan Allah ﷻ tidak memerlukan kepada arah(atas,bawah,kiri,kanan,depan,belakang), Allah ﷻ tidak memerlukan ruang dan tidak memerlukan kepada tempat.

Kerana arah, tempat dan ruang itu termasuk makhluk yang diciptakan oleh Allah ﷻ dan Allah ﷻ tidak memerlukan dan tidak berhajat kepada makhluk ciptaan-Nya.

Dan hanya sifat Jisim yang memerlukan kepada ruang dan tempat. Sedangkan Allah ﷻ itu bukan Jirim, bukan Jisim dan bukan Aradh.

Bahkan, jawapan Dr. Zakir Naik itu juga telah bercanggah dengan aQidah Jumhur Ahli Sunnah wal Jama’ah baik dari sudut Tafwidh mahupun Ta’wil.

Dan Hadith Jariah yang digunakan oleh Dr. Zakir Naik tersebut juga mempunyai perbahasan yang panjang dan tidak boleh diambil secara zahir Hadith sahaja.

iv) Berkaitan Tawassul :

Dr. Zakir Naik mengatakan bahawa tidak ada Dalil berkenaan Tawassul dan beliau juga menghukumkan Tawassul sebagai Haram. Sepertimana dalam Video berikut :

(Boleh skip ke minit 1.30)

Sedangkan Rasulullah ﷺ sendiri telah melakukan Tawassul dan juga para Sahabat telah melakukan Tawassul. Maka jika kita mengikuti kaedah ini, bermaksud kita telah mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ dan para sahabat telah melakukan perkara yang Haram dan ini jelas tidak benar.

Adapun ayat al-Quran yang dikatakan oleh Dr. Zakir Naik dalam video tersebut diantaranya ialah merujuk kepada Syafa’at dan bukan merujuk kepada Tawassul. Hal ini sehingga ada yang mengajak Dr. Zakir Naik berdebat akan tetapi beliau menolaknya dan ketika disoal oleh kumpulan tersebut, beliau(Dr. Zakir Naik) tidak mampu menjawabnya. Sila lihat Video tersebut :

Dan banyak lagi kesilapan Dr. Zakir Naik dalam masalah yang berkaitan dengan Ilmu Agama Islam itu sendiri.

Namun kepakaran beliau dalam Perbandingan Agama itu kita tidak menafikannya bahawa beliau sememangnya mahir.

_________________________________________

Adapun mengenai menghalau atau menghantar Dr. Zakir Naik semula ke Negara India dan membiarkan beliau dihukum, ini adalah pendapat yang tergesa-gesa.

Sedangkan nyawa seorang Muslim itu perlu dijaga dan dipelihara sepertimana yang terdapat dalam susunan Maqasid Syariah yang 6.

Maka sebaiknya dalam hal ini kita mengambil sikap pertengahan yakni samaada membiarkan Dr. Zakir Naik menetap di Malaysia demi memelihara nyawa, akan tetapi menetapkan had kepada beliau yakni hanya bercakap sebatas mana kepakaran beliau sahaja iaitu hanya dalam Perbandingan Agama.

Atau sepertimana yang dicadangkan oleh beberapa orang bahawa dihantarkan Dr. Zakir Naik ke Saudi kerana disana selari dengan manhaj yang dibawa oleh Dr. Zakir Naik.

_________________________________________

Dr. Zakir Naik mengambil ilmu Perbandingan Agama melalui gurunya Syeikh Ahmad Deedat yang mengambil daripada Kitab Izhar al-Haq dan beliau(Syeikh Ahmad Deedat) berlatih dalam perdebatan selama 40 tahun sepertimana yang terdapat dalam buku yang berjudul “The Choice”.

Namun Muridnya(Dr. Zakir Naik) hanya meneladani gurunya(Syeikh Ahmad Deedat) dalam Perbandingan Agama sahaja sehingga dalam perbahasan lain, Gurunya(Syeikh Ahmad Deedat) lebih cenderung kepada Ahli Sunnah wal Jama’ah(Majority Ummat) dan Dr. Zakir Naik pula lebih cenderung kepada method Wahhabi.

Diantara yang membezakan mereka ialah dimana Syeikh Ahmad Deedat tidak mempunyai masalah dalam perayaan Maulid Nabi ﷺ ketika mana beliau(Syeikh Ahmad Deedat) disoal oleh seorang lelaki yang cenderung kepada Wahhabi. Sila lihat video berikut :

Syeikh Ahmad Deedat membenarkan Maulid Nabi ﷺ :

-SYEIKHUNA Abdul Aziz Syed Ali

19/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | | Leave a comment

BERBICARA MENGIKUT KEPAKARAN MASING-MASING (Isu Dr Zakir Naik)

1) Sejak seminggu ini, kita lihat ramai daripada kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kita membincangkan isu Dr Zakir Naik (ZN) yang datang ke Kelantan. Isu ini menjadi lebih panas apabila Ustaz Azhar Idrus (UAI) dengan nada yang lantang mempertikai usaha kami ASWJ mengkritik tindakan kerajaan negeri Kelantan menjulang tokoh yang mesra dengan fahaman Wahhabi.

2) Jika dipersoal, adakah benar ZN mesra dengan fahaman Wahhabi? Maka pada kami, senarai dibawah sudah memadai untuk menyimpulkan fahaman beliau:
i. ZN beriman dengan Allah di arah atas dan di Arasy (pada minit 1.55):

ii. ZN mensyirikkan umat Islam yang bertawassul:

iii. ZN beriman dengan pecahan tauhid tiga seperti yang diajarkan Wahhabi:

iv. ZN membidaahkan pahala bacaan Al-Quran kepada si mati:

3) Persoalan yang banyak muncul adalah apabila UAI yang dikenali sebagai pendakwah yang berfahaman ASWJ begitu keras mempertahankan ZN yang sedia maklum dengan fahaman Wahhabi-nya (walaupun ini bukan kali pertama).

4) Berdasarkan video ini (https://www.facebook.com/webtvpas/videos/929188664110083/) bermula pada minit 21.58 UAI mendakwa ZN bukan ulama Wahhabi, bukan ulama aqidah, bukan ulama balaghah, bukan ulama tafsir, bukan ulama hadis, namun beliau pakar perbandingan agama.

5) Persoalan yang muncul, jika ZN bukan ulama wahhabi, bukan ulama aqidah, bukan ulama hadis, kenapakah pada video-video di atas jelas menunjukkan beliau terjun dalam dunia perbahasan aqidah, fatwa dan hadis yang bukan keahlian beliau?

6) Bahkan, beliau dengan mudah menolak semua fatwa ulama ASWJ berkaitan tawassul, bacaan Al-Quran kepada si mati dan lain-lain sebagai tiada nas. Sedangkan para ulama mengharuskan tawassul samada dengan berlaku ijmak iaitu dalam 4 keadaan dan selain daripada 4 keadaan tersebut berlaku khilaf.

7) Manakala isu bacaan Al-Quran kepada si mati dianjurkan dalam 4 mazhab:
i. Mazhab Hanafi boleh rujuk Sharh al-Kitr, juz.5, ms.131 oleh Imam Badruddin Al-Ainiy.
ii. Mazhab Maliki boleh rujuk kenyataan Ibnu Rusyd dan Qadhi Iyadh dalam syarah Muslim-nya.
iii. Mazhab Syafie boleh rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, juz. 5, ms.311 oleh Imam Nawawi.
iv. Mazhab Hanbali boleh rujuk kenyataan Imam Ahmad sendiri dan juga ulama Hanabilah seperti Imam Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni, juz.2, ms.428-429.

8) Oleh yang demikian, pada kami kenyataan UAI sekadar brain wash kepada orang ramai bagi menyembunyikan kewahhabian ZN daripada masyarakat awam. Kenyataan beliau merugikan ASWJ kerana tokoh yang diangkat adalah Wahhabi yang menyebabkan orang ramai akan menjadikan ZN sebagai rujukan sedangkan kebanyakkan permasalahan agama beliau lebih cenderung kepada fahaman Wahhabi.

9) Jika benar, ZN sebagai pakar perbandingan agama, maka kami ASWJ tidak bermasalah untuk beliau berceramah di mana sahaja. Namun, berdasarkan rakaman ceramah beliau, banyak permasalahan yang beliau sentuh di luar bidang beliau. Sebagai bukti yang jelas boleh dilihat pada rakaman ceramah beliau di IMTIAZ Terengganu beberapa tahun yang lalu.

10) Kami menasihati, agar asatizah termasuklah ZN bercakap dalam bidang kepakaran masing-masing dan jangan mencampuri urusan yang bukan bidang kita. Asatizah zaman sekarang tidak menguasai setiap bidang ilmu, melainkan satu dua bidang sahaja yang menjadi kepakaran masing-masing, maka bercakaplah dalam kepakaran sendiri.

11) Lihatlah contoh Imam Al-‘Amasy (pakar hadis) yang merupakan guru kepada Imam Abu Hanifah (pakar fiqh), apabila diajukan soalan fiqh kepada Imam Al-‘Amasy, maka beliau akan meminta Imam Abu Hanifah menjawabnya. Demikian juga Imam Al-Humaidi (pakar hadis) yang juga guru Imam Syafie dalam hadis, namun apabila berkaitan permasalahan fiqh, beliau memilih pendapat Imam Syafie sehingga beliau masyhur sebagai pengikut mazhab Syafie. Imam Al-‘Amasy dan Imam Al-Humaidi bukanlah jahil dalam fiqh, namun mereka lebih memilih untuk menyerahkan permasalah fiqh kepada ahli yang sebenar.

12) Hal sedemikian dicontohkan oleh guru hadis kami, Maulana Hussein Abdul Kadir Al-Yusufi dalam pengajian, apabila diajukan soalan yang fiqh yang halus maka beliau akan menyerahkan jawapannya kepada Ustaz Wan Omar (masyhur dengan panggilan Tok Ime Wan Omar).

13) Contoh-contoh di atas merupakan iktibar yang perlu diambil oleh asatizah kita termasuk ZN dalam dakwah masing-masing. Janganlah kita melampaui batas ilmu kita dengan menjawab sesuatu yang kita tidak mahir. Hal ini yang menimbulkan polemik pada masa sekarang.

Disediakan oleh:
Sekretariat Muzakarah Hadis & Syariat (MUHADIS)
13 Ogos 2019

14/08/2019 Posted by | Madah dan Sajak, wahabi | | Leave a comment

Dr Zakir Naik : Antara Fakta Dan Mitos.

(Oleh Ustaz Nurul Haq)

Dr Zakir Naik kerap diangkat sebagai pakar perbandingan agama yang tiada taranya, dengan kemampuan menghafaz keseluruhan Al-Quran dan kitab agama lain seperti Bible dan Veda.

Dalam bahasa mudahnya, pendakwah dari India itu dimomokkan sebagai sosok yang hebat dan digeruni pihak lawan. Ada yang mengangkat beliau sebagai “ustaz”, tidak kurang juga pihak yang menggelarnya ulama dan pelbagai lagi gelaran hebat yang dinisbahkan kepada Zakir.

Zakir sendiri tidak meminta digelar sedemikian dan beliau juga tidak pernah menggelar diri sendiri dengan gelaran tersebut. Ya mungkin ada pihak yang menjawab bahawa Zakir seorang yang merendah diri, oleh itu beliau tidak akan sesekali mendabik dada sebagai ustaz atau seorang ulama. Takkanlah masuk bakul angkat sendiri.

Antara fakta dan mitos

Namun, fakta perlu dipisahkan daripada mitos. Sudah tiba masanya kita mendidik diri dengan ilmu yang benar, dan meneliti sesuatu perkara secara adil mengikut disiplin ilmu. Tanpa ilmu, apa yang menjadi panduan kita dalam menentukan kebenaran ialah sentimen terhadap sesuatu perkara dan logik akal semata-mata.

Jangan jadikan kepetahan berkata-kata, jubah, serban, janggut dan hafalan beberapa potong ayat Al-Quran sebagai penentu keilmuan seseorang. Jangan jadikan kemasyhuran dan anugerah sebagai pengukur kebenaran. Diamnya seseorang tidak bermaksud jahil, kelantangan pula tidak mencerminkan ilmu kerana pada lazimnya tong kosong nyaring bunyinya.

Berbalik kepada Zakir, penulisan ini membahaskan beberapa khabar angin tentang kebolehan luar biasa beliau yang tidak ada tolok bandingnya, dengan menyentuh 10 isu. Setelah itu, kita akan menelusi permasalahan pokok berkaitan akidah dan syariat yang dibawa Zakir.

1. Zakir Naik seorang ulama dan pakar agama

Hakikatnya, Zakir Naik adalah seorang doktor perubatan yang tidak mengamalkan profesi tersebut. Beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kukuh sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

Untuk digelar seorang ulama atau agamawan, seseorang itu mestilah mempunyai kelayakan ikhtisas pengajian Islam sama ada secara akademik ataupun secara tradisional bersanad melalui talaqqi (sistem pondok). Keupayaan berbahasa Arab dan kemampuan menelaah sumber primer Islam dalam Bahasa Arab juga adalah kriteria utama seorang yang bergelar ilmuan Islam.

Malangnya, kesemua ini tidak dimiliki oleh Zakir. Dalam sejarah Islam, tidak pernah didengari ulama yang tidak boleh berbahasa Arab walaupun mereka bukan orang Arab seperti Imam Bukhari, dan tidak pernah juga wujud pakar agama yang bacaan Al-Qurannya tidak boleh difahami dek kesalahan sebutan makhraj huruf yang mencacatkan maksud.

Di Malaysia sendiri, kita ada muallaf yang menguasai Bahasa Arab dengan baik bahkan mampu mengajar tajwid. Alangkah baiknya jika Zakir terlebih dahulu mempelajari Bahasa Arab dan memantapkan ilmu Islam sebelum mendalami selok-belok agama lain. Nampaknya fenomena ustaz/ustazah “segera” ini sudah menular ke serata pelosok dunia.

2. Zakir Naik seorang hafiz Quran

Zakir bukanlah seorang hafiz Al-Quran, dan beliau juga tidak pernah mendakwa sedemikian. Tetapi, tidak dinafikan beliau memang ada menghafal beberapa ayat dan surah tertentu khususnya berkaitan topik perbandingan agama.

Berkemungkinan tanggapan beliau seorang hafiz Al-Quran disebabkan kebolehan beliau memetik ayat Al-Quran sepintas lalu tanpa merujuk teks. Kemampuan beliau ini kemudian digembar-gemburkan sebagai hafiz Al-Quran. Maka timbullah mitos yang sukar dipadamkan disebabkan ketaksuban golongan tertentu.

Ada baiknya jika soalan berkaitan hafiz ini dilontarkan kepada Zakir dalam sesi ceramahnya di masa hadapan bagi menjernihkan kontroversi. Selain itu, jika betul pun beliau seorang hafiz, hafazan tanpa pemahaman adalah sia-sia. Bak burung kakak tua yang hanya mampu mengulangi apa yang dihafalnya, maka muncullah fahaman “Allah berada di atas langit”, “Allah duduk di atas ‘Arash”, “Aku lebih memahami Sunnah dari Imam Al-Syafi’ie,” dan sebagainya.

3. Zakir Naik hafal kitab suci lain

Ketebalan Bible adalah dua kali ganda ketebalan Al-Quran. Ini belum lagi dikira ketebalan Bible mazhab Kristian Ortodoks yang jauh lebih tebal kerana ia memuatkan beberapa Sefer (kitab) tambahan.

Maka dengan fakta ini, adakah masuk akal jika Al-Quran yang berjumlah 604 halaman itu pun tidak terhafal – inikan pula Bible yang beribu muka surat! Sejak Bible dibukukan secara rasmi sebagai kitab suci oleh Gereja Roman Katolik pada tahun 393 Masehi oleh persidangan uskup yang dikenali sebagai Synod of Hippo Regius, tidak ada sebarang catatan sejarah yang merekodkan individu yang menghafal keseluruhan Bible.

Ini kerana manuskrip kitab suci tersebut ditulis dalam pelbagai bahasa kuno seperti Yunani, Ibrani, Suryani, Qibti bahkan Arab. Naskhah Yunani sahaja berjumlah 5,686 dan berbeza antara satu dengan lain dari sudut ragam bahasa, loghat, kosakata dan struktur kalimat.

Begitu juga dengan Naskhah Latin (10,000), Ibrani, Habsyi, Qibti, Armenia, Suryani dan selainnya yang mencecah 9,300 manuskrip berbeza.

Maka adalah amat mustahil wujudnya insan yang mampu menghafal keseluruhan Bible, kecuali insan tersebut adalah seorang Nabi yang dikurniakan wahyu maka sewajibnya dia menghafal sesuatu kitab suci yang diberikan kepadanya seperti Nabi Musa yang menghafal Taurat dan Nabi Isa yang menghafal Injil.

Namun begitu, terdapat dua invididu yang dikatakan menghafal terjemahan Bible versi Protestant dalam Bahasa Inggeris. Mereka adalah Dr Van Impe dan John Goetch. Namun, dakwaan ini tidak pernah dibuktikan secara empirikal.

Bible Protestant adalah jauh lebih nipis kerana tidak memuatkan 7 buah Sefer yang dikenali sebagai Deuterocanonical. Maka, apa yang jelas adalah Zakir Naik hanya menghafal ayat-ayat tertentu sahaja yang berkaitan dengan isi maklumat yang hendak disampaikannya kepada umum.

Kitab lain agama Yahudi/Kristian seperti Talmud, Mishnah, Gemarra, Pseudepigrapha, Apocryphal New Testament dan kitab utama agama Hindu/Buddha seperti Veda, Baghavad Gita, Tripitaka, Saddharma Pundarika, Avesta dan seumpamanya sudah tentu tidak dihafal beliau kerana sedemikian tebalnya. Kalaupun hendak melonjakkan seseorang tokoh itu ke makam yang tertinggi, biarlah berpada dan berdasarkan fakta, bukannya mitos.

4. Zakir Naik anak murid Ahmed Deedat

Zakir disensasikan sebagai murid penceramah Afrika Selatan, Ahmad Deedat, walaupun beliau tidak pernah sama sekali berguru dengan tokoh yang dimaksudkan. Ia sekadar pertemuan sekali pada 1987.

Maksud berguru ialah seorang yang rendah ilmunya menuntut daripada seorang yang lebih tinggi ilmunya dan berlaku sesi penyampaian maklumat daripada guru secara langsung kepada muridnya. Jikalau seseorang menimba ilmu melalui “Syaikh” Google ataupun bacaan buku semata-mata ataupun rakaman YouTube, itu tidak dapat diertikan sebagai bergurukan tokoh tertentu sebagaimana seseorang yang membaca kitab Hadith Sahih Bukhari tidak dapat dikatakan berguru dengan Rasulullah. Begitu juga jikalau kita mendengar rakaman kuliah seorang professor di Amerika melalui YouTube, tidak boleh dikatakan professor tersebut adalah guru kita.

5. Zakir Naik tokoh perbandingan agama

Dakwaan ini adalah benar jika dilihat kemahiran beliau mematahkan hujah lawan secara spontan dan pengalaman beliau yang luas walaupun mungkin tidak setinggi mana. Begitu juga dengan pengetahuan beliau tentang isu yang didebatkan.

Nampaknya, memang Zakir sudah membuat persiapan awal sebelum sesi debat dimulakan. Kemahiran berdebat beliau memang mengagumkan. Umumnya, pandangan atau pegangannya dalam ilmu perbandingan agama boleh diterima. Oleh itu, tidaklah salah jika Zakir dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah bagi mengenang kebolehan beliau.

Setakat ini belum ada tokoh Muslim yang berani ke hadapan seperti beliau. Kebolehan beliau ini sewajarnya dilihat sebagai satu kekuatan umat Islam dan mampu menjadi senjata yang ampuh jika Zakir diperkasakan dengan ilmu Islam yang sahih. Syabas dan seribu tahniah diucapkan buat Zakir.

Sungguhpun begitu, beliau bukanlah pakar rujuk ataupun tokoh dalam bidang khusus agama Islam sama ada pada bab Usuluddin, Syariah, Usul Al-Fiqh, Tafsir, Hadith, dan sebagainya. Kita perlu berhati-hati dan mengambil manfaat daripada seseorang itu berdasarkan bidang yang dimahirinya sahaja.

Seperti Firman Allah yang bermaksud hendaklah rujuk kepada ahlinya jika tidak tahu (Al-Nahl 16:43). Contohnya kereta yang rosak, maka hendaklah dihantar ke mekanik jangan dihantar ke tukang jahit. Tak mustahil kereta akan bertambah rosak dek tersadai berbulan-bulan atau “dijahit” oleh si tukang jahit. Jika sakit jumpa doktor bukan jumpa guru geografi. Begitulah perumpaannya

6. Zakir Naik berfahaman wahhabi

Satu perkara yang mesti diketahui umum ialah, mereka yang berfahaman Wahhabi tidak akan sesekali mengaku Wahhabi. Slogan yang sering dilaungkan ialah Ittiba’ Al-Sunnah, iaitu mengikut Sunnah – ataupun berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah.

Dalam pada itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan terhadap seseorang yang kita tidak bersetuju dengannya. Sama ada tuduhan Wahhabi, kafir, sesat, bidaah, syirik dan seumpamanya mestilah dielakkan dan jangan sesekali dijadikan kalimah zikir kita. Islam menuntut kita bersangka baik terhadap semua orang Islam kecuali terdapat tanda-tanda zahir yang ketara dan tidak memungkinkan untuk disalah-ertikan.

Perihal Zakir Naik ini, memang tidak dapat dinafikan beliau mempunyai kecenderungan kepada fikrah Wahhabi dari beberapa sudut:

Usuluddin: Kekeliruan dalam bab Tauhid. Beliau berpegang dengan akidah 3 serangkai, menisbahkan jihah (arah) dan tempat kepada Allah yang menatijahkan fahaman Tajsim dan Tasybih. Ini bertentangan dengan ahli Sunnah yang memahami Tauhid melalui Sifat 20 dan beriman bahawa kewujudan Allah itu tidak tertakluk kepada tempat, ruang, arah ataupun masa.

Syariah: Tidak beriltizam dengan mazhab yang ditadwinkan. Bahkan beliau memperlekehkan para imam mujtahid pendiri Mazhab sehingga mendakwa lebih memahami Sunnah daripada Imam Al-Syafi’ie dalam bab membatalkan wudhu jika tersentuh dengan golongan bukan mahram tanpa lapik.

Akhlak: Zakir dilihat gemar menyesatkan umat Islam bagi amalan yang beliau anggap bidaah seperti sambutan mawlid, tahlil arwah dan lain-lain. Beliau juga beranggapan amalan sedemikian mengundang syirik yang menghumbankan pengamalnya ke neraka.

7. Zakir mengislamkan ribuan orang

Angka sebenar yang memeluk Islam di tangan Zakir tidaklah sampai ribuan orang seperti yang dipropagandakan. Apa yang pasti ialah memang ramai orang menerima Islam melalui ceramah beliau.

Jasa Zakir dalam hal ini janganlah dilupakan. Walaubagaimanapun, hakikat ini tidak membenarkan fahaman yang dibawa Zakir. Nabi Nuh yang berdakwah lebih 10 abad hanya mempunyai pengikut seramai 80 orang mengikut riwayat Al-Suyuti. Adakah dengan segelintir pengikut ini membuktikan Nabi Nuh tidak benar?

Seorang lelaki di zaman Rasulullah, Abdullah Ibn Saad Ibn Abi Sarh, sendiri pernah murtad sebelum kembali kepada Islam. Adakah ini menunjukkan kebatilan Baginda atau kegagalan dakwah Baginda sebagai Utusan Allah?

Perisik Belanda, Christiaan Snouk Hurgronje yang menyamar sebagai seorang Islam dengan nama “Haji Abdul-Ghaffar” di Aceh pada 1981 dikatakan pernah mengislamkan beberapa orang bukan Islam dan menjadi pembantu Mufti Besar Batavia, Habib Usman Bin Yahya dalam bidang fatwa. Adakah ini bukti kebenaran beliau? Seadilnya, apa yang benar katakan benar dan apa yang salah hendaklah ditolak.

8. Zakir Naik mahir pelbagai bahasa

Dakwaan beliau berkebolehan berbahasa Arab sudah disentuh sebelum ini. Zakir hanya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Hindi (dan mungkin salah satu dialek/bahasa India yang lain).

Apa yang pasti, beliau tidak boleh berbahasa Ibrani, Sanskrit dan Latin. Ceramah beliau juga hanya disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

9. Zakir Naik tokoh Maal Hijrah dan ramai pengikut

Perkara ini sudah dibincangkan sebelum ini. Anugerah Tokoh Maal Hijrah sememangnya sesuatu yang wajar sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam dunia Islam walaupun beliau sendiri menganggap sambutan Maal Hijrah yang tidak pernah diraikan oleh Nabi sebagai bidaah.
Jumlah pengikut yang ramai tidak menjamin kebenaran seseorang atau sesuatu ideologi. Kumpulan teroris IS mempunyai pengikut yang ramai seluruh dunia. Adakah ini bermaksud IS itu satu kumpulan yang benar?

Tidak dapat dinafikan terdapat bantahan terhadap kehadiran beliau di negara ini. Sewajarnya, apa yang dibangkitkan oleh sesetangah pihak berkaitan Zakir hendaklah dipertimbangkan.

* Nurul Haq Shahrir (Penulis) mempunyai ijazah sarjana (MA) Fiqh dan Usul Al-Fiqh, di samping sarjana muda Syariah. Beliau juga berkelulusan STB, M.Div (USA) dan Licentiate (JCL – Juris Canonici Licentia) dalam bidang Teologi Kristian dan Kanun Gereja (Urbaniana).

11/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | | 1 Comment

TAJUK YANG PANAS-MENGAPA TONJOLKAN ORANG YANG BERMASALAH”?.

Kalau memang zakir naik itu bermasalah,…mengapa tonjolkan dan agung-agungkan dia sebagai ulama besar..?

Bukankah sanjungan itu membawa petaka kepada zakir naik.

Semua kita tau,…bahwa zakir naik ini buruan negara india,sepatutnya melindungi dia bukan dengan cara memviralkan dan melebih-lebihkan keagungan kpda nya.

Sekarang ini siapa yang bersalah,…pengagung zakir naik atau yang menentang zakir naik,..?

Tetapi, tidak sedikit yang mempersoal sebutan ulama untuknya.

Pertanyaan nya, dari mana ia belajar ilmu agama Islam, tidak jelas. Tidak pernah disebutkan siapa gurunya.

Tidak akan ditemukan dari mana ia belajar agama.

Yang ada, klaim Zakir Naik yang menyebut dirinya sebagai murid Syaikh Ahmad Deedat.

Belum lagi bacaan Alquran nya yang dinilai tidak ber-aturan.

Siapa yang mengajarinya Alquran, tidak jelas, karena Arab dan bacaan Alquran nya dinilai keluar dari makhraj, tidak bagus, dan tidak memenuhi kaedah Tajwid.

Di mana dan dengan ulama siapa ia belajar Tafsir, Hadits, Fiqih, Syariah, bahasa Arab, dan lain sebagainya, juga tidak pernah diketahui.

Dalam ceramahnya, Zakir Naik mengatakan bahwa dirinya adalah sarjana perbandingan agama, tapi faktanya ia seringkali mengeluarkan ‘fatwa’ perihal masalah agama Islam yang bukan bidangnya.

Ia pun tidak ragu menyalahkan ulama sederajat Imam Mazhab Fiqih dan Hadits.

Dikatakan Zakir Naik bahwa para Imam Fiqih dan Hadits itu tidak memiliki informasi (ilmu) yang lengkap saat mereka memberikan atau mengeluarkan hukum-hukum Islam.

Bahkan Zakir Naik menyatakan siapa yang menerima dan mengikuti para Imam tersebut sebagai guru dalam Islam dapat merusak Islam itu sendiri.

Hal ini diungkapkan Zakir Naik saat ia diwawancarai seputar masalah Taqlid.

Yang heran, meski Zakir Naik sering mengaku sebagai murid Ahmad Deedat, tetapi Zakir Naik mengatakan memperingati Maulid Nabi Muhammad saw adalah perbuatan syirik dan ia menyamakan perbuatan tersebut dengan Festival Hindu dan Kristen (festival orang-orang kafir).

Maulid Nabi dikatakan haram, dan lain sebagainya, padahal Syaikh Ahmad Deedat yang diklaim sebagai gurunya, adalah pecinta maulid Nabi.

Sebagai penganut ajaran Salafi wahabi, Zakir Naik beraqidah mujassimah tidak diragukan lagi.

Ia menyerupakan Allah swt dengan makhlukNya yang merupakan faham mujassimah.

Dikatakan Zakir Naik bahwa Allah swt memiliki dua tangan, dua mata, wajah, kaki, tulang kering, dan memiliki tubuh yang besar.

Allah swt duduk di atas langit, di atas kursi yang besar menghadap ke ‘Arsy.

Inilah aqidah Salafi yang membezakan dengan aqidah Ahlussunnah wal Jama’ah (Aswaja).

Kemudian seeorang bertanya: “Bagaimana tangan dan tubuh Allah?”. Zakir naik menjawab, “Kami tidak tahu, yang tahu hanya Allah”.

Dan kalau kita cermati pandangan aqidah mujassimah yang dianut Salafi ini serupa dengan pemikiran Tuhannya Hindu, Dewa Wisnu.
Bezanya tuhannya Hindu itu menikah dan ada bentuk patung dewa Wisnu.

Banyak sangat pemahaman dan ajaran Salafi Wahabi yang dianut Zakir Naik yang tidak dapat disebutkan satu persatu di sini.

Selain menganut aqidah mujassimah, Zakir Naik juga akrap sangat menyebarkan pemahaman dan pemikiran ajaran Ahmadiyyah.

Dalam berbagai ceramah dan tulisan-tulisannya, Zakir Naik mengklaim bahwa kemunculan Nabi Muhammad saw telah disebutkan dalam kitab suci agama Hindu.

Pemikiran Zakir Naik tersebut ternyata bersumber dari buku “Mohammad in world scriptures” karya Abdul Haq Vidyarthi Qadiyani (1888-1977), seorang penyebar dan penganut ajaran Ahmadiyyah Lahore India.

Bahkan tulisan-tulisan Zakir Naik ini hampir sama dan banyak keserupaan dengan tulisan yang ada dalam buku Qadiyani.

Peliknya, Zakir Naik tidak pernah menyebutkan sumber kutipan tulisan tersebut.

Dan masih banyak lagi yang perlu dicermati dari seorang Zakir Naik.

Jangan sampai masalah zakir naik ini melibatkan orang awam dalam masalah dia.

Diantara Video2 ceramah ZN yg banyak bertentanggan dgn Aqidah & fahaman ASWJ:

Di Malaysia: https://m.youtube.com/watch?v=6Xv8pD69DTc

Di tempat lain:

2⃣BACAAN AL-QURAN UNTUK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA:

✔Al-Imam al-Suyuti menukilkan kesepakatan 4 mazhab tentang keharusan membaca Qur’an bagi yang mati dan bahawasanya si mati dapat manfaat dengan bacaan al-Quran.

✖Zakir Naik berkata: Membacakan Quran bagi orang yang telah mati adalah bidaah sesat dan tak ada dalil baginya.

Lihat kenyataannya pautan berikut:

3⃣BERTAWASUL DENGAN NABI:

Setiap Jumaat di masjid-masjid di Selangor khatib berkata apabila berdoa;
اللهم إنا نتوسل إليك بنبيك الأمين
Maknanya: “Ya Allah, kami bertawassul dengan nabi kamu yang bersifat amanah”.

Ada hadith membuktikan Rasulullah mengajar tawassul kepada sahabatnya iaitu hadith yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Tobaroni dan selainnya dan ada 16 orang ulama hadith yang bertaraf hafiz hadith berkata hadith itu sohih.

✖Zakir Naik berkata: Bertawasul dengan nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah amalan syirik.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

4⃣SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL:

Di Malaysia Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah yang terdiri daripada sultan-sultan, masyarakat dan kerajaan menyambut Maulidur-Rasul setiap tahun. Amalan ini adalah bidaah yang baik sepertimana yang dinaskan oleh al-Hafiz Ibn Dihyah, al-Hafiz al-Suyuti, al-Hafiz al-Sakhawi ulama al-Azhar dan lain-lain.

✖Zakir Naik berkata: Sambutan Maulidur-Rasul صلى الله عليه وسلم adalah bidaah yang membawa kepada neraka.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

5⃣TAUHID:

AhlisSunnah wal-Jama^ah termasuk ulama Melayu seperti Syaikh Daud al-Fatoni, Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatoni, Tok Kenali, Mufti Banjar di kurun 12 hijri Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Mufti Acheh di kurun 11 hijri Syaikh Nurud-Din al-Raniri dan lain-lain, mereka mengajar sifat 20.

✖Zakir Naik mengajar aqidah Wahhabi yang membahagikan Tauhid kepada tiga.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

📌 Bagi seseorang yang tahu apakah itu wahhabi tidak syak lagi Zakir Naik itu Wahhabi.

Sumber,…

11/08/2019 Posted by | wahabi | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: