Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Dua Waktu Doa Paling Mustajab: (i) Akhir Malam dan (ii) Hujung Solat Fardu (Sebelum dan Selepas Memberi Salam)



عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ:

قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَيُّ الدُّعَاءِ أَسْمَعُ؟ قَالَ: (( جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ، وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمـَكْتُوبَاتِ ))

Daripada Abū Umāmah [al-Bāhilī] رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata:

[Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ] ditanya: “Wahai Rasulullah, doa manakah yang paling didengari (diperkenankan oleh Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى)?.”

Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Di bahagian akhir malam dan di hujung solat-solat fardu [iaitu sebelum dan selepas memberikan salam].”

T: (al-Tirmidzī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidzī)), No. 3499 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: (هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ); (al-Nasāʿī (303H): al-Sunan al-Kubrā), No. 9856 & (Ibn Abī al-Dunyā (281H): al-Tahajjud wa Qiyam al-Layl), No. 237. [Status: Ḥasan atau Ṣaḥīḥ]

Nota:

Lafaz “dubur” solat-solat fardu boleh merujuk kepada:

[i] waktu sebelum memberikan salam setelah membaca Tahiyyat Akhir.

[ii] waktu setelah selesai memberikan salam dan menyempurnakan solat fardu.

Ini adalah kerana kedua-dua makna ini telah datang dengan ṣarīḥ (jelas) di dalam hadis-hadis yang lain.

Namun begitu, sebahagian golongan ekstrim (W) bermati-matian dan bersungguh-sungguh membawa naratif bahawa kononnya makna “dubur” solat-solat fardu di sini hanyalah merujuk kepada waktu selepas membaca Tahiyyat Akhir dan sebelum salam.

Dengan naratif ini, mereka mendakwa tidak perlu lagi berdoa selepas solat fardu. Bahkan, sebahagian mereka membid’ahkan amalan berdoa selepas solat fardu, khususnya apabila dilakukan secara mengangkat tangan atau/dan secara berjemaah.

[Jangan mudah terpedaya dengan naratif begini]

PENUNTUT ILMU

Dr Abdullaah Jalil

Ahli Majlis Fatwa Jabatan Mufti

Kerajaan Negeri Sembilan

22/04/2024 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a comment