Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Pemimpin dan pemerintah tolong jangan jadi perompak

>

Satu pengkhianatan dan penzaliman besar yang di buat olih pemimpin dan pemerintah pemerintah dunia hari ini ialah menjadi kaya raya hasil dari jawatan dan kedudukan memerintah.Hal ini bertentangan sekali dengan ajaran Islam.Yang mana dalam Islam, saperti yang dipraktikan oleh Rasulullah, Khulafa’ur Rasyidin dan Khalifah Umar Abdul Aziz, mereka lebih zuhud dan miskin sewaktu memerintah.Bahkan mereka mati tanpa meninggalkan apa apa harta pusaka.Jadi kalau ada orang yang jadi kaya raya kerana tugas itu , ertinya suatu kesilapan besar sudah di buat.
Mentang mentang khazanah kekayaan negara diserahkan ke tangan mereka, maka mereka bebas untuk menggunakannya, lalu kekayaan itu diambil untuk kepentingan diri, keluarga, dan kroni kroni mereka saja. Mereka menipu rakyat rakyat dan manusia seluruhnya. Mereka putar putarkan lidah memperkatakan kebaikan tetapi sikap mereka di belakang rakyat jahat sekali.Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sebahagian manusia ketika mengucap mengenai kehidupan di dunia sungguh mengkagumkan kamu. Dia bersumpah membuat pengakuan segala isi hatinya bulat untuk ALLAH, sedangkan dia itu adalah sejahat jahat musuh. Apabila dia berpaling (di masa yang lain) berusaha merosakkan muka bumi. Dan ALLAH tidak suka kepada kerosakan”.

(Al Baqarah:204-205)

Mereka merompak rompak harta sesama mereka, saling merebutkannya, lalu mereka berpecah belah, jatuh menjatuhkan dan mengampu menjilat untuk mendapatkan kekayaan dan jawatan. Kebaikan kecil yang di buat di besar besarkan kepada rakyat dengan melupakan rompakan rompakan besar yang mereka lakukan. Mereka beri kepada rakyat Rm 600 – Rm 3000 sebulan manakala mereka sendiri mengambil Rm 30 ribu sebulan, tidak termasuk elaun elaun lain lagi.Ada pemimpin di negara lain gaji nya berjuta Rm sebulan.

Apa alasan pemerintah ini untuk mengambil gaji sebanyak itu? Apa yang mereka makan, apa yang mereka pakai dan apa yang mereka gunakan? Besar sangat ke perut mereka, badan mereka dan lain lain hingga perlukan wang sebanyak itu untuk keperluan bulanan mereka? Kalau rakyat boleh cukup dengan Rm 600 sebulan, ertinya pemerintah sudah melebihi keperluan asas rakyat berkali kali ganda banyaknya. Ini suatu pembohongan dan penipuan besar yang telah dilakukanya. Kalau begitu ternyata sekarang dunia sedang diperintah oleh perompak perompak dan penipu penipu besar. Akibatnya Negara terpaksa menanggung hutang yang banyak.

Tidak pelik mengapa rakyat hampir hampir di seluruh dunia hari ini sudah tidak segan silu dan tidak takut menunjukkan sikap penentangan terhadap pemerintah. Rakyat yang peka dan cerdik sudah tidak boleh di tipu lagi. Mereka mengharap keadilan dan mahukan kepimpinan yang benar benar adil lagi bersih. Dan hal ini hanya dapat di buat oleh pemimpin yang bertaqwa yang mengikut cara pemerintahan Islam yang tulen dan cintakan Akhirat.

Dalam Islam jawatan pemimpin bukan kerja untuk makan gaji. Sebab pemerintah bukan tauke perniagaan yang dia boleh ambil berapa pun gaji ikut suka nya.Negara bukan kepunyaan pemerintah tetapi kepunyaan bersama. Pemerintah tidak keluarkan modal untuk membangunkan negara. Mereka cuma di minta untuk menjaga, mentadbir dan menguruskannya. Mereka menerima amanah mengendalikan perjalanan negara. Mereka tidak boleh makan gaji atas amanah ini.

Pemerintah sanggup menjadi pemerintah, adalah kerana rasa bertanggungjawab untuk mengurus hal hal kenegaraan agar negara aman dan rakyat makmur. Keupayaan pemimpin yang ALLAH bagi pada seorang pemimpin adalah satu tuntutan untuk melaksanakan kewajiban menjaga negara dan rakyat. Kalau ia salah guna, berdosalah dia.Pemerintah yang baik tentu bersedia untuk hidup sederhana dengan hanya mengambil keperluan dan kemudahan hidup sahaja dari harta negara. Selebihnya digunakan untuk pembangunan bersama negara dan rakyat jelata.

Pemerintah mesti ingat mereka bukan majikan kepada rakyat. Sebab negara itu bukan kepunyaan mereka.Pemerintah tiada hak untuk buat sewenang wenang dalam negara. Dan kalau hal itu sudah berlaku, tunggulah kehancuran bangsa dan negara tersebut. Dan bagi pemerintah saperti ini tunggulah NERAKA di Akhirat.

Moga moga para pemerintah di dunia hari ini akan insaf dan jujur untuk mengakui ketelanjuran mereka terhadap rakyat dan bersedia untuk mengubah corak pemerintahan yang ZALIM kepada pemerintahan ISLAM yang adil.

Sumber rujukan: Cikgu Ku.

Advertisements

25 May 2010 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

>Pemerintah Yang Adil vs Pemerintah Yang Rosak

>

Adil bagi pemerintah tidak sama dengan pengertian adil di sudut sudut yang lain yang umumnya bermaksud menaruh hak kepada yang hak.Pengertian ini tidak cukup luas untuk mencakupi seluruh bidang dan gelanggang pemerintahan bagi sesebuah Negara.Adil bagi pemerintah ialah menjalankan hukum hukum Allah pada sebarang tindak tanduk, pembangunan, percakapan dan hukuman (kepada pesalah).Keadilan itu terbahagi kepada beberapa bahagian saperti berikut:

1. Menjalankan aktiviti dalam semua tindak tanduk dan dalam semua sistem hidup saperti pendidikan, ekonomi, kesihatan, pertanian, pentadbiran, dan lain lain, selaras dengan syariat Islam.

2. Mendidik insan (Rakyat) supaya menjadi hamba dan khalifah Allah serta meletakkan mereka tepat pada tempat yang sesuai dengan kebolehan, kemampuan dan peranan masing masing serta memberi peluang untuk mereka menyumbangkan kreativiti mereka asalkan tidak melanggar syariat.

3. Menjalankan hukum hukam Allah iaitu hukum hudud, qisas dan ta’zir dalam sebarang hukuman yang hendak dijatuhkan kepada pesalah

4. Sebarang tindakan dan hukuman Allah itu hendaklah dijalankan terhadap sesiapa sahaja dan kepada semua golongan tanpa pengecualian termasuk menteri menteri, raja raja dan para hakim serta kadhi sendiri.

5. Membahagi bahagikan harta benda dan kekayaan Negara dan kemudahan untuk Rakyat dengan tepat mengikut keperluan dan tanggung jawab mereka, tanpa salah guna, pembaziran dan penggunaan sia sia.

Diri peribadi pemerintah dan pemimipin pemimpin lain selaku warganegara, tidak boleh terkeluar atau terkecuali dari langkah langkah atau hukum hakam keadilan yang telah digariskan dalam Negara.Pemerintah dan pemimpin pemimpin bukan golongan istimewa terhadap tuntutan hukum hakam Allah. Semua orang sama sahaja di sisi Allah sekali pun dia seorang raja, presiden atau perdana menteri.Kalau bersalah, mesti dihukum.Kalau tidak bersalah, mesti dilepaskan dari hukuman.

Pemerintah umpama ayah terhadap Rakyat.Ayah tidak pernah menuntut apa apa setelah membesarkan anak anak.Demikian juga pemerintah tidak mencari untung dan tidak mengungkit ungkit jasa mereka dalam menjalankan tanggungjawab kepada Rakyat.

Pemerintah atau pemimpin yang cacat atau rosak ialah pemimpin yang mempunyai peribadi yang jahat.Mereka tidak beriman dan bertaqwa atau lemah iman.Akhlak mereka buruk sekali.Mereka sombong, takabur dan angkuh dengan Rakyat.Mereka bakhil, tamak, kasar, pemarah, hasad, dengki dan pendendam.

Mereka memimpin bukan untuk membangunkan Negara atau Rakyat, tetapi untuk hidup bermewah mewah dan membazirkan wang Negara.Rakyat yang tidak menyokong mereka ditindas dan di zalimi.Mereka menyalahgunakan kuasa sewenang wenangnya.Lagi cerdik mereka ini lagi hebat kejahatan yang mereka lakukan.Lagi kuat jiwa mereka lagi biadap mereka dengan Allah.

Dengan pemimpin saperti ini, akan berlaku huru hara dalam Negara.Pemerintah sama pemerintah bersengketa kerana perebutan harta dan kuasa.Para pengampu dan penjilat akan menghasut pemerintah bertindak terhadap penentang penentang supaya mereka mendapat upah dan habuan serta kedudukan yang istimewa.Akan timbul kegelisahan dan ketegangan dalam Negara.Akan berlaku bermacam macam bala dan bencana dalam Negara. Setiap hati Rakyat merasa benci dan mahukan pertukaran pemerintahn kerana pemerintah yang ada sudah hilang wibawa dan keberkatan.

22 May 2010 Posted by | Politik dan Dakwah | 1 Comment

>Non Muslim (musyrikin) semakin biadap – Rasulullah terus di hinaA

>Molly Norris, seorang kartunis di Seattle telah membuat deklarasi bahawa 20hb Mei adalah hari ‘Everybody draw Mohamed Day’ (Hari untuk semua orang melukis Mohamed). Begitu biadab sekali tindakan si kafir ini. Kini, ‘Facebook’, laman web sosial yang berpengkalan di AS pula menyokong tindakan tersebut. Persoalannya sekarang, apakah tindakan kita umat Islam terhadap kebiadaban ini? Apakah kita masih lagi mengharapkan para pemimpin umat Islam yang dayus dan khianat untk berbuat sesuatu? Kaum kuffar akan terus menerus menghina, membunuh dan merampas hak kaum Muslimin kerana kita hidup berpecah-pecah, tanpa kesatuan politik dan intelektual. Realitinya, kaum kuffar masih terus berani melakukan semua ini kerana ia masih dibenarkan oleh para pemimpin umat Islam yang khianat.

Alasan yang digunakan oleh Barat adalah tidak lain tidak bukan, kebebasan. Sesungguhnya kebebasan yang mereka laung-laungkan itu hanyalah merupakan alasan untuk terus menghentam Islam. Apakah ratusan Muslim yang dipenjara di Guantanamo Bay tanpa pertuduhan menikmati kebebasan seperti mana yang dilaung-laungkan Barat? Apakah individu di Barat yang mengkritik peristiwa ‘Holocaust’ bebas berbuat demikian? Hakikatnya terlalu banyak perkara yang boleh diketengahkan yang menunjukkan sikap hipokrit Barat dalam mengenengahkan idea kebebasan.

Barat mengetahui bahawa umat Islam tidak akan dapat berbuat apa-apapun kerana kita tidak hidup di bawah Khilafah yang akan melindungi kita. Mereka tahu bahawa kaum Muslimin lemah dan tidak bermaya tanpa kesatuan politik di bawah Daulah Islam. Namun, ramai antara kita kaum Muslimin masih buta dan terus leka dengan suasana hari ini tanpa ada sedikitpun kesedaran bahawa keadaan hidup kita hari ini , tanpa Islam sebagai Deen yang syumul, bukanlah keadaan yang diredhai Allah.

Junjungan besar kita, Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling mulia. Baginda adalah Rasul kita. Baginda adalah penyelamat kita. Apakah kita akan terus redha dengan perilaku kaum kuffar yang terus menerus menghina Islam dan Rasul kesayangan kita ini? Barat sedar bahawa provokasi seperti ini akan membakar semangat kaum Muslimin dan ini memberikan mereka justifikasi yang lebih kuat untuk ‘War on Terror’ yang mereka pelopori. Dan mereka begitu ghairah berbuat demikian kerana mereka tahu, tiada siapa yang akan membela kita. Namun sejarah mengingatkan kita ketika George Bernard Shaw, seorang penulis Inggeris ingin membuat suatu penulisan negatif mengenai Rasulullah, kewujudan Khilafah Uthmaniyyah yang pada ketika itu sudahpun lemah, adalah cukup untuk menghalang penulis ini dari meneruskan hasratnya. Di dalam biografinya, tertulis:

‘I had long desired to dramatise the life of Mahomet. But the possibility of a protest from the Turkish Ambassador – or the fear of it – causing the Lord Chamberlain to refuse to license such a play, deterred me.’ [Hesketh Pearson’s biography of George Bernard Shaw]

(Saya telah lama ingin menulis drama mengenai kehidupan Muhammad tetapi kemungkinan adanya protes dari duta Turki – atau kebimbangan mengenainya – sehingga Lord Chamberlain menolak dari memberi lesen bagi drama ini, telah menghalang saya (dari menulisnya))

Hari ini, kita, umat Islam, merupakan sasaran mudah bagi pihak kuffar.  Sampai bila lagi kita harus membiarkan diri kita di hina, dicemuh, dibunuh dan diperangi tanpa sebarang pembelaan??
 
(Sumber: MyNorthwest.com)

 
 
 
 

22 May 2010 Posted by | Berita dan Isu Semasa | 9 Comments

>ULAMA pewaris Nabi dan ulama us-Su’

>Ulama pewaris nabi adalah mereka yang memahami tugas yang perlu mereka lakukan dalam masyarakat sesuai dengan ketentuan Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Masyarakat kita hari ini banyak menghadapi isu-isu baru yang berlaku dan berkaitan dengan kehidupan harian mereka. Untuk menyelesaikan masalah perkara ini ulamalah yang menjadi rujukannya.

Sesungguhnya ulama bukan sahaja berperanan menyelesaikan masalah yang berlaku bahkan juga turut terlibat dalam pentadbiran kerajaan dan dalam dunia pendidikan.

Di dalam masyarakat di samping ada ulama yang benar-benar menjalankan konsep Islam juga ada ulama us-Su’ iaitu ulama jahat yang mengertikan Islam menurut hawa nafsu semata.

Kegagalan masyarakat memahami kedudukan kedua-dua institusi ulama ini, banyak menimbulkan kekecohan dalam masyarakat kita dewasa ini.

Di nukil dari Buku:
Tajuk: Ulama Pewaris Nabi – Sifat & Akhlak serta Peranannya
  (Pengarang: Basri Ibrahim)

 
 
 
 

20 May 2010 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>CARA MENADAH TANGAN/BERDOA YANG BETUL

>OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD….

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA

2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN

3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب
TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.

5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW

6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA

7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.

WALLAHU’ALAM……..

19 May 2010 Posted by | Ibadah | Leave a comment

>PAS sokong DAP guna Khalimah Allah di Sibu walaupun berunsur TRINITI

>
TEPUK DADA TANYA IMAN!

17 May 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 6:44 PM

Salam 2 all.

Saya lampirkan dibawah kenyataan YAB Mursyidul Am PAS yang mempertikaikan pendapat Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS berkaitan penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh DAP dalam kempen pilihanraya kecil di Sibu baru-baru ini.

(Petikan lapuran daripada MalaysiaKini bertarikh hari ini Isnin 17.05.2010)

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

“Itu kata (jawapan) dia (Datuk Dr. Haron Din)…tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan (Dato’ Dr.) Haron (Din)supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya”.

Saya tidak mahu komen apa-apa, kerana kedua-duanya adalah ‘ilmuan dan ulama’ besar dalam negara ini. Cuma soalan besar yang saya bertanya kepada diri saya sendiri, apa dah jadi dengan umat Islam akhir zaman ini. Gajah sama gajah bergaduh, khinzir yang menang!

Sejarah membuktikan kejatuhan pemerintahan Islam dan khilafah Islamiyyah serta runtuhnya tamaddun kegemilangan Islam dahulu sebenarnya adalah kerana pergaduhan dikalangan umat Islam sendiri, dan kafir hanya sekadar mengambil kesempatan daripadanya. Kita tidak boleh menyalahkan golongan kafir, kerana ALLAH telah menegaskan permusuhan mereka terhadap kita dengan jelas didalam Al Quran. Silap dan salahnya adalah kita umat Islam sendiri. Kalau Islam nak hancur pun ialah ditangan umat Islam sendiri.

Tepuk dada tanyalah iman. Apa pun, berpeganglah kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah saw, insyallah kita akan selamat. Ingatlah pesanan ALLAH dalam surah Al Baqarah: 2, “sesungguhnya inilah kitab (Al Quran) yang tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk kamu menuju ketaqwaan”, dan satu lagi firman ALLAH dalam surah Al Baqarah: 183, “sesungguhnya diturunkan Al Quran dibulan Ramadhan sebagai petunjuk bagi manusia, dengan keterangan dan bukti yang nyata, supaya menjadi pembeza bagi kamu”. Al Quran lah yang akan membezakan kepada kita yang mana hak yang mana batil; yang mana benar yang mana palsu; yang mana adil yang mana zalim; yang mana dosa yang mana pahala; yang mana halal yang mana haram; YANG MANA ISLAM YANG MANA KAFIR!! Sealgi kita berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, perbezaan itu nampak jelas dan nyata, tetapi kalau perkiraan lain menjadi kayu pengukur kita, maka ALLAH sahajalah yang boleh menentukannya kelak!

Persoalan yang ingin saya tanya, apakah menyokong DAP yang terang-terang menolak penubuhan sebuah negara Islam itu berdasarkan Al Quran dan Sunnah?

Adakah menyokong Pengerusi DAP YB Karpal Singh yang menyatakan “langkah mayat saya dahulu kalau mahu laksanakan undang-undang Islam” itu berdasarkan Al Quran dan Sunnah?

Adakah membenarkan penyalahgunaan kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dengan dakwaan ALLAH punya anak dalam bentuk triniti itu bersesuaian dengan risalah tauhid mengesakan ALLAH sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah dan para anbiya terdahulu?

Semoga ALLAH menyelamatkan umat Islam yang masih mempunyai sedikit keimanan daripada fitnah akhir zaman ini.

Wassalam.

18 May 2010 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | 3 Comments

>Berpolitik menikut manhaj al Quran dan As Sunnah

>NOTA:Politik yang di bincangkan di bawah ini bukan  dari aspek Fahaman Politik Ideologi Sekular Barat yang sedang di amalkan oleh kebanyakkan Parti Politik Islam di dunia sekarang.Contoh jika dalam tulisan ini ada menyebut Nabi berpolitik bermaksud cara Nabi berpolitik bukan saperti cara orang zaman sekarang berpolitik yang penuh dengan tipu daya dan muslihat kotor.
Moga moga Allah lindungi kita dari beramal dengan ideologi politik barat yang kotor ini dan tidak mengikut manhaj Al Quran dan As Sunnah..

KENAPA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Kerana kedua-duanya adalah sumber rujukan muktamad bagi umat Islam. Seorang muslim sebenar ialah yang berpegang-teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam segenap aspek kehidupannya termasuk dalam aspek politik. Merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah adalah wajib. Allah berfirman;

”Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuknya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul jika kamu bena-benarr beriman kepada Allah dan hari akhirat. Tindakan demikian adalah paling baik (bagi kamu) dan paling elok akibatnya” (Surah an-Nisa’, ayat 59).

Kedua-dua al-Quran dan as-Sunnah adalah penyelamat kaum muslimin dari kesesatan. Rasulullah s.a.w. bersabda;

Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekelian rujukan yang jika kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”.(Hadis soheh, riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Lihat hadis ini dalam kitab “المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب”, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111.).

APAKAH ADA AJARAN POLITIK DI DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Ya. (Pertama) kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul.
Firman Allah; ”Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara”. (Surah an-Nahl, ayat 89).
 Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut.

(Kedua) Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksanakan Syari’at Allah sepenuhnya, menjauhi kezaliman, menegakkan keadilan, melaksanakan hukum-hukum Jenayah Islam (hudud), membenteras riba, judi, arak dan maksiat, mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran di mana semua tuntutan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik atau pemerintahan.

(Ketiga) Berpolitik adalah sunnah Nabi s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi Ketua Negara selama 11 tahun di Madinah. Sepanjang 11 tahun tersebut, baginda tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas kewafatannya, kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafak Rasyidin. Mereka mengganti baginda sebagai Ketua Negara, bukan sebagai Ketua Agama.

Jika politik bukan dari agama, sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafak Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik, sebaliknya menumpukan hal-hal agama dan kerohanian sahaja.

APA HUKUM ORANG YANG BERKATA; ”POLITIK SUKU, AGAMA SUKU”?

Ucapan tersebut bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ucapan itu cuba menafikan kesyumulan ajaran Islam yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aspek politik. Ia juga bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w. yang berpolitik semasa hayatnya. Orang yang mengeluarkan ucapan tersebut adalah jelas berfahaman Sekular. Jika ia seorang pemimpin, wajib umat Islam menolak pemimpin sepertinya. Dalam pengundian, haram ke atas umat Islam mengundinya. Jika ucapan tersebut menjadi pegangan sebuah Parti Politik, haram umat Islam menyertai Parti tersebut dan menyokongnya. Fahaman Sekular (termasuklah dalam aspek politik) telah disepakati oleh sekelian ulamak Islam hari ini sebagai haram, sesat bertentangan dengan Aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah.

ADAKAH POLITIK SATU IBADAH?

Ya, politik akan menjadi sebahagian dari ibadah jika cara kita berpolitik adalah mengikut manhaj al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak mengikut al-Quran dan as-Sunnah, maka politik kita tidak akan menjadi ibadah, malah berdosa kerana kita mengenepikan Syariat Allah. Menurut sekelian ulamak; setiap perbuatan kita akan menjadi ibadah jika memenuhi dua syarat; (pertama) dilakukan kerana Allah, (kedua) mengikut Syari’at Allah (yakni al-Quran dan as-Sunnah). Jika kita berpolitik kerana Allah dan semasa berpolitik kita mematuhi Syariat Allah (antaranya tidak memberi dan menerima rasuah politik yang berleluasa hari ini), maka politik kita adalah ibadah dan mendapat pahala.

BAGAIMANA YANG DIKATAKAN BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AS-SUNNAH?

Iaitu dengan kita menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan kita dalam berpolitik.

(Pertama) Dari sudut tujuan dan matlamat kita berpolitik, hendaklah selari dengan matlamat politik al-Quran dan as-Sunnah.

(Kedua) Dalam melantik pemimpin, hendaklah kita melantik pemimpin yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

(Ketiga) Seorang pemimpin apabila telah dilantik, wajiblah ia memimpin rakyatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah

(Keempat) Rakyat hendaklah sentiasa memuhasabah pemimpinnya dengan menilainya berpandukan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

(Kelima) Kedua-dua pemimpin dan rakyat hendaklah menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan.

APAKAH MATLAMAT BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Iaitu untuk menegakkan Syari’at Allah (yakni peraturan dan hukum-hakam Allah) di dalam negara dan memimpin rakyat berdasarkan Syari’at tersebut. Dalam pengertian yang lain, untuk menegakkan sebuah kerajaan yang melaksanakan Syari’at Islam. Matlamat ini menepati tugas Khalifah (penguasa) yang ditegaskan Allah kepada Nabi Daud di dalam al-Quran;

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum Syari’at) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah kamu menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah”. (Shad; 26)

KENAPAKAH MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH AMAT PENTING DI DALAM NEGARA?

Agar negara kita sentiasa dijaga oleh dilimpahi barakah oleh Allah. Negara yang diberkati Allah ialah negara yang penduduknya bertakwa dan makna takwa ialah mematuhi perintah Allah (yakni Syari’atNya) dan menjauhi maksiat serta munkar. Firman Allah;

”Sekiranya penduduk suatu negeri atau negara itu, mereka beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu kurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi, akan tetapi mereka mendustakan (ajaran Rasul kami), maka Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. (al-A’raf; 96)

APA AKIBAT PENGABAIAN HUKUM SYARIAT DI DALAM NEGARA?

Pengabaian Syari’at Allah yang berterusan menyebabkan kita berdosa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah telah memperingatkan kita bahawa kehancuran umat-umat terdahulu adalah kerana dosa-dosa yang mereka lakukan walaupun negara mereka makmur dan mewah. Firman Allah;

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain”. (al-An’am; 6)

Kebinasan dari Allah tidak semestinya dalam bentuk gempa bumi, ribut taufan, penyakit dan sebagainya. Ia boleh berlaku dalam bentuk keruntuhan akhlak, peningkatan jenayah, tekanan hidup yang melampau, porak-perandanya institusi keluarga dan pelbagai lagi musibah maknawi yang merosakkan ketenteraman hidup walaupun kita selesa dan mewah dari sudut kebendaan. Hari ini kita sedang berhadapan dengan bibit-bibit kebinasaan dalam bentuk yang kedua tersebut. Jika kita lambat menyedari kesilapan kita dan lambat kembali kepada Allah, tidak mustahil kita akan melihat kebinasaan yang lebih teruk dalam masyarakat kita.

KENAPAKAH PERLU KUASA POLITIK UNTUK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH?

Kerana Syari’at Islam bukan sahaja menyentuh hal-ehwal peribadi dan rohani (seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya), tetapi juga menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara seperti membenteras kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, pengharaman riba, arak, judi, penzinaan, perlaksanaan hudud (hukuman bagi pencuri, penzina, perompak yang disebut di dalam al-Quran dan sebagainya) dan mencegah maksiat dan kemungkaran yang amat dititik-beratkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Hukum-hakam yang menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara di atas mustahil dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik. Hari ini kita melihat dalam negara kita maksiat dan munkar berleluasa (ada di antaranya diluluskan oleh undang-undang), tv dan media masa tidak terkawal mengikut Syariat Islam, perlembagaan negara tidak mengikut prinsip al-Quran, undang-undang negara juga tidak berdasarkan Syari’at Islam (termasuk dalam hal jenayah) dan pemimpin-pemimpin juga tidak mengikut akhlak Islam (rasuah, pecah amanah, hidup bermewah-mewah, membazir). Kenapa hal ini berlaku? Jawapannya kerana pemerintahan negara kita hari ini tidak tertegak atas dasar politik Islam, iaitu politik yang bermatlamatkan untuk menegakkan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam.

BENARKAH ALLAH MEMERINTAHKAN NABI MUHAMMAD S..A.W. SUPAYA BERDOA MEMOHON KUASA POLITIK?

Ya. Kerana pentingnya kuasa politik untuk melaksanakan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa. Allah berfirman;

“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad dengan berdoa): wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku”. (al-Isra’; 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah menyuruh Nabi Muhammad memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, hudud-hududNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 80)

***والله أعلم بالصواب***
 
Tulisan: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
 
 
 
 
 
 

18 May 2010 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

>Tawassul yang di sepakati dan khilafkan

>Dari sudut bahasa, kalimah at-Tawassul bermaksud mengambil satu jalan untuk sampai kepada sesuatu. Adapun dari segi Syara’, ia bermaksud; mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan mentaatiNya, beribadah kepadaNya, mengikuti para Nabi dan RasulNya dan dengan apa sahaja amalan atau cara yang disukai Allah dan diredhaiNya. Firman Allah;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan”. (Al-Maidah; 35)

Tawassul ada yang disepakati oleh para ulamak dan ada yang diikhtilafkan. Tawassul yang disepakati oleh ulamak akan keharusannya –malah digalakkan melakukannya- ialah;

a) Tasawwul dengan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya

b) Tawassul dengan amal soleh

c) Tawassul dengan doa orang soleh

Tawassul melalui cara-cara di atas telah disepakati oleh para ulamak dan tidak ada ulamak yang mempertikainya. Adapun jenis tawassul yang diiktilafkan ialah bertawassul kepada Allah (iaitu berdoa kepadaNya) dengan kemuliaan atau kemegahan zat salah seorang dari hambaNya. Contohnya; bertawassul dengan zat Nabi atau mana-mana orang soleh untuk memohon suatu hajat dari Allah. Para ulamak dalam menjelaskan hukum tentangnya ada beberapa pandangan;

a) Pandangan yang mengharamkannya secara keseluruhannya iaitulah pandangan Imam Ibnu Taimiyyah, Syeikh Nasiruddin al-Albani, Syeikh Bin Baz dan yang sealiran dengan mereka. Mereka berpandangan tawassul sedemikian adalah tidak harus dan bid’ah kerana tidak disebut oleh al-Quran dan tidak pernah diamalkan oleh Nabi s.a.w.. Adapun hadis-hadis yang menyebutkan tentang tawassul sahabat dengan Nabi s.a.w. maka maksudnya ialah tawassul dengan doa baginda, bukan dengan zatnya.

Menurut Imam Ibnu Taimiyyah; “Lafaz tawassul dikehendaki maknanya dengan tiga perkara;

Pertama; bertawassul kepada Allah dengan cara beriman kepada Rasulullah s.a.w. dan mentaati baginda.

Kedua; bertawassul dengan doa dan syafaat baginda

Kedua-dua bentuk tawassul di atas telah disepakati keharusannya oleh ijmak ulamak. Siapa mengingkarinya ia adalah kafir dan murtad. Ia diminta supaya bertaubat. Jika enggan bertaubat, hendaklah dibunuh.

Ketiga; tawassul dengan makna bersumpah kepada Allah dengan zat Rasulullah s.a.w. atau memohon kepada Allah dengan zat baginda. Tawassul yang ketiga ini tidak pernah dilakukan oleh para sahabat sama ada ketika baginda masih hidup atau setelah baginda mati, sama ada di sisi kubur baginda atau di sisi kubur orang lain”. (Lihat; at-Tawwasul wa al-Wasilah, al-Imam Ibnu Taimiyyah).

b) Pandangan yang mengkhususkan keharusan dengan Nabi s.a.w. sahaja, yakni harus bertawassul dengan Nabi s.a.w., namun dengan orang lain (termasuk para sahabat, wali-wali Allah dan sebagainya) adalah tidak harus. Pandangan ini diambil dari Imam Izzuddin Ibnu ‘Abdissalam. Beliau berdalilkan sebuah hadis yang menceritakan;

“Seorang lelaki yang buta matanya datang kepada Nabi s.a.w., lalu ia berkata; ‘Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah supaya Dia menyembuhkan mataku’. Lalu Rasulullah menyuruhnya mengambil wudhuk, menunaikan solat dua rakaat dan seterusnya berdoa seperti di bawah;

اللَّهُمَّ إني أسألُكَ وأتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيّ الرَّحْمَةِ صلى اللّه عليه وسلم، يا مُحَمَّدُ! إني تَوَجَّهْتُ بكَ إلى رَبّي في حاجَتِي هَذِهِ لِتُقْضَى لي، اللَّهُمَّ فَشَفِّعْهُ فيّ

“Ya Allah! Aku bermohon dan bertawajjuh kepadaMu dengan nabiMu Muhammad, nabi rahmat. (Aku telah meminta kepadanya (yakni kepada Muhammad);) ‘Ya Muhammad! Sesungguhnya aku bertawajjuh kepada Tuhanku dengan kemuliaanmu bagi hajatku ini supaya Ia menunaikannya untukku’. Ya Allah! Berilah syafaat kepadanya untukku”.

(Riwayat Imam at-Tirmizi dan al-Hakim. Menurut Imam at-Tirmizi, hadis ini adalah hasan soheh).

c) Pandangan yang mengharuskannya secara mutlak, iaitu harus bertawassul sama ada dengan kemegahan zat Nabi Muhammad atau orang-orang soleh yang lain. Pandangan ini diutarakan oleh Imam as-Subki. Antara dalilnya ialah; riwayat oleh Imam Ibnu Syaibah dari Malik ad-Dar dengan sanad yang soheh –sebagaimana yang ditegaskan Imam al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Fathul-Bari- yang menceritakan; “Telah berlaku kemarau yang teruk pada zaman Umar r.a., lalu seorang lelaki pergi ke kubur Nabi s.a.w., lalu ia berkata; ‘Wahai Rasulullah! Mohonlah hujan (dari Tuhanmu) untuk umatmu kerana sesungguhnya mereka telah mengalami kemusnahan (kerana kemarau)’. Pada malamnya, lelaki itu bermimpi Rasulullah datang kepadanya dan berkata; “Pergilah kepada Umar, sampaikan salamku kepadanya dan khabarkan kepadanya bahawa mereka akan dikurniakan hujan (oleh Allah)”. Menurut Imam Ibnu Hajar, lelaki tersebut bernama Bilal bin al-Harith al-Muzani dan beliau merupakan seorang sahabat. (Rujuk; Fathul-Bari, juz. 3, hlm. 148 dan al-Isabah, juz. 3, hlm. 4). Peristiwa di atas berlaku pada zaman Saidina Umar dengan diketahui oleh para sahabat termasuklah Umar sendiri dan tidak ada seorangpun di kalangan mereka yang mengingkarinya, menunjukkan bahawa ia adalah harus. Adapun pandangan Imam Izzuddin yang mengkhususkan keharusan bertawassul seperti itu dengan Rasulullah s.a.w. sahaja, yakni tidak harus dengan orang lain, maka pandangan itu dapat dipertikaikan kerana tidak ada dalil yang menegaskan bahawa hal tersebut hanya khusus untuk baginda sahaja. Apabila tiada dalil khusus, maka kekallah ia dengan sifat umumnya.

Pandangan Imam as-Subki di atas disokong oleh Imam al-Alusi, Syeikh Zahid al-Kauthari, Syeikh Muhammad Hasanin Makhluf (bekas mufti Mesir) dan lain-lain lagi. Syeikh Hasanin Makhluf dalam fatwanya menegaskan; “Bertawassul dengan zat para Nabi dan orang-orang soleh dengan pengertian memohon syafaat dengan zat-zat mereka sebagai satu cara untuk memohon hajat kepada Allah kerana melihat kepada hampirnya mereka dan mulianya mereka di sisi Allah seperti dengan seorang itu berkata; ‘Ya Allah! Sesungguhnya aku bertawassul kepadamu dengan NabiMu atau dengan si fulan hambaMu yang soleh agar Engkau menunaikan hajatku atau mengurniakan rezki kepadaku, atau menyemuhkan penyakitku’, maka tawassul sebegini atau seumpamanya adalah harus dan tiada apa yang menegahnya”.

Kesimpulan

Bertawassul dengan Nabi s.a.w. jika dengan makna mencari wasilah/jalan kepada Allah dengan cara beriman kepada baginda s.a.w. dan mentaatinya atau dengan makna memohon hajat kepada Allah dengan doa dan syafaat baginda (ketika hayatnya), maka tawassul sebegini adalah harus dengan ijmak para ulamak. Adapun bertawassul dengan makna memohon kepada Allah dengan menyebutkan zat atau kemuliaan baginda (selepas kewafatannya), maka ia diikhtilafkan di kalangan ulamak. Masing-masing dengan hujjah yang tersendiri. Hal ini dijelaskan juga oleh Imam Hasan al-Banna dalam Usul al-‘Isyrinnya; “Berdoa jika diiringi dengan bertawassul kepada Allah dengan salah seorang dari makhluknya merupakan perkara khilaf dalam masalah furu’ dalam cara berdoa dan ia bukan tergolong dalam masalah-masalah aqidah”. Namun demikian, jika kita dapat mengambil sikap yang mengeluarkan kita dari khilaf itulah yang terbaik.

Wallau a’lamu bisshawab.

Ditulis oleh;
Saudaramu dalam Islam,
Us. Ahmad Adnan Fadzil,
Madrasah Diniah Islamiah (MADI),
Jejawi Dalam, Arau,
Perlis.

18 May 2010 Posted by | Ibadah | Leave a comment

>Jenazah Abuya selamat di semadikan di Kg Pilin Negeri Sembilan – ALFATIHAH

>

Jenazah Allahyarham Abuya Ashaari Muhammad bekas pengasas Jemaah Al Arqam yang kontrovesi dan juga bekas CEO Global Ikhwan Sdn Bhd telah selamat di semadikan di Kg kelahiran nya di Kg Pilin, Rembau Negeri Sembilan pada jam 11.00 pm Khamis 13 Mei 2010.

AL FATIHAH!

15 May 2010 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

>Al Fatihah buat Abuya

>

(Almarhum Ustadz Ashaari bersama kami pelajar New Zealand di Wellington tahun 1983)

Dari Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu
http://zul4kulim.blogspot.com/2010/05/al-fatihah-abuya.html

Salam 2 all.

Saya mengucapkan innalillah hiwa inna ilai hiroji’un dan takziah atas pemergian Almarhum Abuya Ustadz Ashaari Muhammad yang telah kembali kerahmatullah semalam di Ipoh. Jenazah Almarhum dikebumikan di kampung asal Almarhum di Kg. Pilin, Rembau, Negeri Sembila malam semalam.

Sebenarnya saya mengenali Almarhum sejak tahun 1983 lagi semasa menuntut di New Zealand. Almarhum telah datang ke Wellington dalam siri dakwah Al Arqam. Saya pada masa itu tau-tau ajelah, jenis Islam pun janji solat puasa kira okaylah tu.

Tetapi kedatangan Almarhum membuka satu tirai baru kepada saya. Almarhum adalah orang yang membezakan kepada saya Islam ritual dengan Islam haraki. Almarhum orang yang menunjukkan kepada saya perbezaan Islam mekanikal dengan Islam syumul. Almarhum membuktikan kepada saya Islam itu satu cara hidup yang praktikal dan bukan hanya disurau masjid. Ringkasnya, Almarhum membuka mata saya kepada Islam sebenarnya.

Saya sangat tertarik dengan cara Almarhum berdakwah. Nama Almarhum masa itu memang gah dan hebat. Jadi bila Almarhum dikatakan mahu datang New Zealand, kami bercadang menempatkan Almarhum di The Terrace Hotel, sebuah hotel ternama di Wellington masa itu. Kebetulan sebelum itu beberapa ustad gomen datang dan duduk memerap dalam hotel mahal ni.

Tetapi apabila sampai, Almarhum kata dia nak duduk tidur sama dengan kami pelajar di Islamic Centre Wellington, tempat program tamrin yang kami adakan. Memang kami tidur disitu masa itu. Kami semua agak terkedu dengan sikap rendah diri dan tawaddhu’ Almarhum. Sepanjang bersama, Almarhum makan minum dengan kami. Itulah pengalaman pertama saya makan dalam talam, berebut kami nak makan dengan Almarhum. Tak cukup dengan itu, Almarhum turut sama membasuh pinggan, menyapu dan membersihkan centre tu. Saya perhati tengok Almarhum kekadang membasuh pakaian dia sendiri. Wajah Almarhum sungguh membawa ketenangan bila melihatnya.

Saya sendiri agak terkedu bila Almarhum nak ziarah rumah kami masa tu di No. 2 MacDonald Crescent, Wellington. Tau-taulah rumah student bujang, semua jantan pulak tu! Kami pergi naik tramp dan kena jalan kaki dekat 15minit juga mendaki bukit. Tapi Almarhum selamba aje mengikut kami berjalan. Sampai ke rumah kami, Almarhum sedikit pun tak menegur dengan papan karom dan lain-lain harta karun yang ada yang menunjukkan kami yang dok rumah tu memang jenis happy go lucky punya geng. Sebaliknya saya ingat kata Almarhum, “jadi orang muda ni memang seronok, tapi sayang umur muda datang sekali aje”. Kata-kata itu walaupun sepatah dan sempoi aje, tapi terus menusuk ke jiwa saya.

Timbul persoalan takkan nak sia-siakan usia muda yang datang hanya sekali ini. Saya mula tertanya-tanya apa makna hidup ini, mengapa kita dihidupkan, apa tujuan kita, kemana kita selepas ini. Waduh..berserabut kepala masa tu.

Tapi nak jadi cerita, dalam kepala dok berserabut dengan macam-macam soalan tentang falsafah kehidupan itu, kuliah suboh pada pagi itu menjadi pembuka mata dan jiwa kepada saya. Dalam tazkirahnya, Almarhum membawa tajuk “Dua Peranan Manusia”, kupasan tentang mengapa manusia dihidupkan, apa tanggungjawab dan matlamat kita, serta kemana kita nanti akhirnya. Bagaimana kata Almarhum, kita ini adalah makhluk ciptaan ALLAH yang dicipta dengan dua peranan; bahawa kita dicipta untuk memperhambakan diri kepadaNya, selain menjadi khalifah ALLAH dimukabumi ini. Bahawa sebagai hamba mahupun khalifah, ALLAH menurunkan Al Quran sebagai manual kehdiupan manusia.

Saya ingat lagi kiasan Almarhum, alangkan syarikat Toyota pencipta kereta pun memberikan manual untuk tujuan pemakaian dan penjagaan kereta ciptaannya. Kita mungkin rase kereta Mercedes tu hebat, tapi kita tak boleh pakai manualnya kepada kereta Toyota, jahanam nanti. Kita mesti tetap berpegang kepada manual Toyota walau apa pun orang nak kata.

Begitulah seorang manusia, dilahirkan dengan dua peranan dan diberi Al Quran sebagai manual kehidupan. Kita mesti berpegang kepadanya, walau macam mana dugaan dan godaan datang. Walaupun nampak cara hidup barat hebat dan menyeronokkan, tetapi itu bukan manual hidup kita. Kalau kita ikut juga, kita akan jahanam. Berpeganglah kepada manual Al Quran, kita pasti selamat! Begitu tegas tapi lembut ayat-ayat tazkirah daria jiwa Almarhum menusuk jiwa saya. Malah itulah harinya saya mula berminat untuk mendalami Islam, mengkaji agama lain untuk melihat kebenaran Islam dan berjinak-jinak dengan gerakan Islam.

Sebenarnya banyak yang boleh saya coretkan mengenai pengalaman bersama Almarhum. Walaupun saya sendiri tidak pernah menganggotai Al Arqam, namun persahabatan saya dengan Almarhum saya terus pelihara. Semasa tindakan Pusat Islam memfatwakan Al Arqam sesat, sayalah peguam yang memfailkan saman terhadap Pusat Islam untuk mengisytiharkan fatwa itu sebagai tidak sah. Bersama YM Raja Aziz Addruse masa itu, kami cuba mempertahankan institusi Al Arqam. Kalau ya sesat pun bukan Al Arqam, mungkin individu tertentu. Mengapa perlu nak dilumpuhkan Al Arqam sehingga habis segala perniagaan dan rangkaian komersial mereka turut nak dimusnahkan. Berdepan dengan suasana itu, kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menghancurkan Al Arqam pada tahun 1994.

Saya masih ingat bagaimana Abuya diheret ke muka televisyen dalam siaran secara langsung untuk dipaksa membuat pengakuan beliau sesat. Semasa itu, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri, dan Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun langsung tiada sebarang pertolongan atau bantuan diberikan kepada Abuya atau Al Arqam. Saya tahu sebab saya terlibat secara langsung.

Malah saya teringat dalam satu pertemuan saya dengan Almarhum di Nilai Spring pada hari Ahad 14 Rejab 1428 bersamaan 29.07.2007, Almarhum semasa itu dalam keadaan terbaring dan tidak boleh bercakap melainkan melalui perantaraan Ummu Khatijah yang setia bersama Almarhum. Saya masih ingat bila nama Anwar Ibrahim disebut, Almarhum memberi isyarat yang tidak ingin saya dedahkan disini. Ia akan menjadi rahsia antara saya dan Almarhum. Sebagaimana apa yang disebut oleh Almarhum Dato’ Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor kepada saya apabila isu berkenaan Anwar Ibrahim dibangkitkan semasa kami berbual. Itu rahsia yang tetap akan saya simpan insyallah.

Tetapi sikap kasih sayang Almarhum kepada saya masih ada, dan Almarhum menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk “POLITIK ISLAM Membawa Kasih Sayang” tulisan Almarhum sendiri. Almarhum juga menghadiahkan saya beberapa baranganan dan penulisan lain. Tetapi yang saya paling hargai ialah sehelai serban yang pernah Almarhum hadiahkan kepada saya, yang tetap saya simpan dan gunakan sekali sekala sehingga kini

Saya merindui saat bersama dengan Almarhum, walaupun hanya sekali sekala dapat bersama dengan beliau. Kata-katanya, nasihat Almarhum, gurau senda dan gelak tawanya. Setiap kali berada disisi Almarhum, saya berasa sangat tenang dan selamat. Almarhum adalah mursyid saya, guru saya, dan saperti bapa bagi saya.

Moga ALLAH memberikan rahmat dan keampunan kepada Almarhum. Semoga ALLAH meletakkan Almarhum bersama dengan para syuhada, para solihin, dan para siddiqin. Moga ALLAH melapangkan kubur Almarhum, dan menerangkan cahayaNya dialam barzakh sana. Semoga ALLAH menganugerahkan syurga buat Almarhum. Dan semoga ALLAH memberikan kesabaran kepada keluarga, anak isteri, sahabat handai dan para murid Almarhum dalam menghadapi ujian ini. Amin ya rabbal ‘alamin.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
30 Jamadil Awal 1431
14 April 2010

15 May 2010 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

HARI GURU

Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berusaha mencari ilmu pengetahuan di samping berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan diri dalam pelbagai bidang. Ilmu pengetahuan merupakan kunci kepada kebahagiaan hidup manusia di dunia, kerana tanpa ilmu kemungkinan kita pada hari ini masih lagi berada dalam kemunduran dan kemiskinan. OIeh itu, jelaslah kepada kita bahawa ketinggian ilmu pengetahuan merupakan ukuran yang sangat penting dalam membezakan antara baik dan buruk, kaya dan miskin, maju dan mundur bagi sesuatu bangsa dan negara.

 
Para guru dan pendidik sebagai golongan yang teramat penting dalam pembangunan dan perubahan umat sejagat. Guru diumpamakan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan atau pun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuannya.
 
Tanggal 16 Mei setiap tahun, adalah tarikh Sambutan Hari Guru di negara kita. Warga Guru dirai, dihargai dan dikenang jasa mereka. Sebagai guru mereka telah mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Mereka adalah insan yang sungguh mulia, yang telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan memurtabatkan ummah. Peranan mereka amat penting, bukan sahaja menyampaikan pengetahuan fadhu ain atau fadhu kifayah, tetapi memastikan
akidah kita mantap, iman kita bertambah dan jauh dari kesesatan. Malah guru wajar menjadikan Rasulullah sebagai pendidik yang terbaik.
 
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al-Jumuah ayat 2:
“Dialah yang mengutuskan dalam kalangan orang Arab yang ummiyyin (tidak tahu membaca dan menulis) seorang Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya) dan membersihkan mereka (daripada ‘iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah (pengetahuan). Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”.
 
Menurut kacamata Islam, guru bukan sekadar menjadi mudarris (pendidik), tetapi guru juga sebagai mu’allim (iaitu penyampai yang benar), sebagai murabbi (pengasuh dan pendidik anak-anak dengan kasih sayang), sebagai muaddib (pembentuk adab dan akhlak anak-anak) dan sebagai mursyid (iaitu pembimbing ke arah kebenaran). Warga guru juga harus sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan secara berterusan, kerana ilmu itu sangat luas dan perlu diterokai.
 
Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua guru di semua peringkat prasekolah hingga ke universiti secara formal atau pun tidak formal hendaklah bertanya kepada diri sendiri, apakah matlamat sebenar kerjaya perguruan dan setakat manakah kita mampu menyumbang kepada pembangunan insan mengikut acuan Islam?. Kita sedia maklum seperti yang terpapar di dada-dada akhbar dewasa ini, Krisis Keruntuhan Moral di kalangan pelajar telah melibatkan masalah sosial yang serius seperti pelacuran, buang bayi, kes pukul, buli dan sebagainya. Desakan hidup antara yang menjadi faktor terdorongnya para pelajar terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sihat. Selain ibu bapa, peranan guru amat diperlukan dalam menangani masalah ini, kerana guru selaku individu yang paling rapat dengan pelajar semasa di sekolah, untuk memberi bimbingan dan dorongan kepada mereka.
 
Telah terbukti, bahawa sumbangan dan pengorbanan guru pada hari ini tidak ternilai banyaknya. Saban hari para guru melaksanakan tugasnya tanpa mengenal erti jemu, tidak tentu waktu dan sentiasa sabar menanti kejayaan serta kecemerlangan anak didiknya. Guru sering diumpamakan seperti sebatang lilin, “Membakar diri menerangi orang lain”.
 
Sesungguhnya guru adalah seorang yang unggul, penting lagi mulia. Tidak akan lahir seorang ‘ulama’ tanpa guru, tidak akan ada seorang doktor tanpa guru, tidak akan ada seorang jurutera tanpa guru, tidak akan ada seorang arkitek tanpa guru, malah tidak akan ada seorang pemimpin berwibawa tanpa guru.
 
Para pelajar sewajarnya memperbanyakkan muhasabah diri, mengambil peluang, berazam dan berjanji untuk menghargai masa muda mereka. Sentiasa berkomunikasi dengan guru, memanfaatkan sepenuhnya kehadiran mereka untuk mendapatkan didikan dan tunjuk-ajar. Mereka perlu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran di samping membina jati diri bagi menghadapi cabaran mendatang.
 
Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta’ala ‘Anhu dalam kitabnya “Ihyai ‘Ulumiddin” menjelaskan dan mengingatkan, supaya kita mengutamakan pendidikan anak-anak dengan mempelajari Al-Quran, Hadith-hadith Nabi, Kisah-kisah Para Solihin, Hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani dengan secara berguru bagi mengelakkan kekeliruan serta memastikan ilmu yang diajar dapat difahami dengan sepenuhnya selain ianya menjadi penyumbang kepada perkembangan mental dan syakhsiah anak-anak kita.
 
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah At-Taubah ayat 122:

Maksudnya: “Dan tidaklah sepatutnya bagi orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Mengapa tidak, sekelompok daripada tiap-tiap puak (Qabilah) antara mereka memperdalami ilmu agama dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka. Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah)”.
 
Para guru hendaklah sentiasa berazam untuk melengkapkan diri sebagai guru yang cemerlang demi mencapai matlamat yang diharapkan. Sentiasa diberi kekuatan dalam menghadapi sebarang masalah ujian dan dugaan yang semakin hari semakin mencabar. Maka sebagai pendidik haruslah bersabar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

 Asy-Syahid Hasan Albana berpesan: “Jadilah kamu sebatang pohon, orang melemparmu dengan batu, tetapi kamu menggugurkan buah yang ranum”.

 
 
 
 
Nukilan isi :-
Khutbah Jumaat 14hb Mei 2010
JAIS

 

14 May 2010 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

>1MALAYSIA AKAN HALALKAN JUDI PADA MUSIM BOLA PIALA DUNIA

>

“Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [Quran Al Maa-idah (5) : 90].

Lihatlah bagaimana rosaknya pemikiran sekular para pemimpin hari ini. Dengan rasa tanpa bersalah apatah lagi berdosa mereka begitu berani berura-ura untuk membenarkan dan menghalalkan pertaruhan bagi Piala Dunia yang akan berlangsung bulan depan, dengan alasan untuk mengawal aktiviti syaitan itu. Sedangkan sewajarnya, sebagai pemerintah umat Islam mereka wajib menghapuskan saki-baki amalan-amalan syaitan itu. Faktanya hari ini secara jelas para pemerintah sekular yang ada secara berterusan dan terang-terangan memaksiati perintah Allah SWT, dengan menghalalkan lesen judi beroperasi secara berleluasa. Hari ini kedai-kedai nombor ekor dan tempat judi seperti di Genting Highlands menjalankan operasinya dengan penuh keselesaan. Inilah realiti kehidupan dunia Kapitalisme yang sememangnya merupakan tempat suburnya segala kemaksiatan.

Dalam dunia Kapitalisme hari ini judi menjadi halal kerana adanya lesen dari pemerintah. Keharaman judi, hukum yang datang dari Allah SWT, tidak ada nilainya dalam sistem sekular kufur hari ini. Judi adalah amalan syaitan namun pemerintah sekular menyuburkan amalan ini. Perbuatan mereka ini akan menyemarakkan lagi agenda-agenda syaitan dan ini sudah tentu akan melahirkan lebih ramai lagi syaitan -syaitan, besar dan kecil.

Fenomena ini akan memenuhkan setiap inci tanah umat Islam ini dengan kaum kerabat syaitan sedangkan setiap hari kita bermohon kepada Allah SWT untuk berlindung dari syaitan yang kena rejam.

Firman Allah SWT: ”Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam”. [Quran An Nahl (16): 98].

Kita melihat kemunculan beberapa watak yang saling berbeda dalam menentukan sikap dan pendirian masing-masing mengenai pemberian lesen perjudian pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan depan. Nampaknya mereka seolah-olah berlakon berkenaan dengan isu ini. Bagi Islam, semua bentuk judi adalah haram. Kini nampaknya pemerintah sekular semakin canggih dengan cadangan dan ura-ura dari pihak kerajaan untuk membenarkan orang ramai terlibat secara “sah” mengikut acuan undang-undang sekular Kapitalisme dengan amalan syaitan ini.

Keadaan ini tidak sepatutnya memeranjatkan kita kerana selama inipun pihak kerajaan sekular yang ada pada hari ini adalah merupakan pemerintah yang telah terkenal dengan sikapnya yang “mesra judi”. Jika tidak, mana mungkin di antara orang yang terkaya di Malaysia adalah tauke judi!

Namun nampaknya, bagi para pemimpin sekular yang ada hari ini, tangan kanan mereka bermohon untuk menjauhkan diri dari syaitan yang direjam tetapi tangan kiri mereka begitu aktif mengajak dan menjemput syaitan memenuhi negeri umat Islam ini.

Sumber: HT

12 May 2010 Posted by | Berita dan Isu Semasa | 1 Comment

>Fitnah dan politik

>Pada zaman nabi s.a.w, baginda s.a.w yang mulia lagi di muliakan, mentakbir dengan sidiqq amanah tablig dan fatanah, mengajar manusia dengan jalan kebaikan , dengan mengunakan cara yang baik dan berhemah tinggi.Untok memilih pemimpin di adakan perbincangan antara ketua ketua , ia itu mereka yang arif lagi amanah. Tugas memimpin di lihat sebagai satu tugas yang sarat dengan amanah. manusia yang beriman takut untou melaksanakan amanah ini, kerana ia nya sungguh berat. Sistem menonjolkan diri untuk jadi pemimpin bermula dengan orang Greek, di mana menjadi pemimpin membawa pada habuan yang lumayan. Ini berbeza dengan konsep pimpinan dalam Islam, di mana si pemimpin, hatta yang mengutip zakat pun tidak di benarkan mengambil hadiah dari pembayar zakat ( rujuk hadith berkaiatan) secara suka rela.

Ini sangat berbeza dengan sistem politik sekarang

Nabi s.a.w berpegang sebagai jalan yang terakhir.

Institusi politik adalah rekaan orang barat. Di Malaya ia nya di bawa masuk olih British. Sistem pemerintahan yang ada dalam dunia Melayu ia lah sistem beraja.

Bahaya nya mengambil satu institusi dari barat, ia lah dengan insitusi itu terikat pada nya dokma dokma yang wujud dalam tamadun barat. Manusia Islam yang berpolitik, tidak kira sama ada di Malaysia mahupun di Mesir, mahupun di Jordan, terpalit dengan kelakukan yang berbau Greek. Nabi s.a.w melarang kita mengambil perkara yang datang dari kafirun, sedangkan ujud institusi atau perkara yang lebih baik dalam Islam.

Kalau kita lihat semua negara yang pernah di takluki olih barat, mereka bila mereka tinggalkan negara itu , mereka pastikan sistem mereka di kekalkan. Seperti dalam ” protocol of the Zion elders’ mereka tinggalkan antara “goyins’ yang berkiblatkan barat’ untuk meneruskan dakwa mereka.Mereka pilih antara “goyins” ini pemimpin yang sealiran dengan mereka, Ali Jinnah, Nariri, Nasser, Tunku Ab Rahman adalah contoh pemimpin yang banyak terikut dengan cara barat.

Selepas merdeka , mereka tidak mahu serahkan kuasa pada raja raja Melayu, seperti mana mereka ambil kuasa dulu. Ini kerana mereka tahu dengan kekalnya kuasa di tangan raja raja, ummat manusia akan lebih bersatu, daripada berpecah belah saperti sekarang ini.

Menegakkan hukum Allah swt?

Ya, ia nya satu perkara yang baik dan wajib. tetapi menegakkan hukum Allah swt bermula dengan mengunakan keadah perjuangan dengan hukum Allah swt. Bukan maklamat membenarkan kaedah. Perpaduan ummah adalah penting dalam Islam. mencela dan memfitnah itu di cela dalam Islam, bersepakat dengan orang kafirun untuk menjatuhkan saudara seislam di larang( rujuk fatwa PAs negeri Kelantan tahun 1960s tentang tidur sebantak dengan orang kafir).

Begitu juga mempersendakan apa jua hukum Allah swt, seperti hukum menutup aurat, ataupun perlu nya hukum hudud di laksanakan, ataupun memerangi rasuah, …..

Umat Islam , kemakmuran kita, keimanan kita, ke sepakatan kita, menjadi satu maklamat perjuangan.

Parti parti politik di banyak negara Islam zaman ini telah di tubuhkan selepas penjajah meninggalkan sistem mereka. akibat nya umat Islam masih lagi bergaduh dan bercakaran sesama sendiri. Di Pakistan, di Bangladesh, di Palestine dan banyak lagi kawasan penduduk Islam, kita umat Islam belum lagi belajar bagaimana untuk duduk semeja, satu saf, mengetepikan perbezaan remeh temah antara kita, dan mengutamakan perpaduan ummah dan kekuatan ummah. Ia kita , antara kita kelemahan kelemahan, tetapi kelemahan ini boleh di perbetulkan dalam kelambu, antara kita, selepas kita tidur sebantal.

Jika kita boleh dan sanggup tidur sebantal dengan orang kafirun, dengan harapan yang mereka boleh menjadi lebih adil, sehingga mengambil Syaidina Umar Al Khattab r.a sebagai contoh, kenapa pula kita tidak boleh pulihkan saudara seislam kita?

Pentakbiran manusia di atas muka bumi ini adalah sebahagian dari Islam. manusia perlu makan, dan untuk makan, kita mesti berkerja. kerja itu sebahagaian dari Islam. mencuri juga satu cara yang boleh di jadikan sebagai wadah mencari makan, begitu juga bergelumang dengan riba dan rasuah. Kerana riba rasuah dan mencuri itu juga boleh mendatangkan makanan, dan mencari makanan adalah sebahagian dari Islam, namun kita tidak boleh katakan yang mencuri, merompak itu sebahaian dari Islam.

Berpolitik itu tidak ada kena mengenakan dengan keperluan untuk mentakbir negara . Mentakbir negara adalah satu perkara yang ada dalam Islam dan tidak boleh di pisahkan daripada Islam, kerana semua perbuatan manusia terpaku pada hukum Allah swt.

Kalau kita mahu menegakkan hukum Allah swt, kita semesti nya berpaut kuat dengan hukum itu, dalam apa jua keadah yang kita gunakan.

Semoga, kita di Malaysia di berkati Allah s w t dengan pemimpin yang hati nya lebih ikhlas dan tulus, hanya pada Allah swt, dan boleh menyatupatukan semua ummat Islam di dalam satu wadah perjuangan hanya untuk Allah swt.

Bagai mana kita hendak bersatu, sedangkan semua tenaga kita tertumpu pada usaha untuk menjatuhkan saudara seislam kita?
 
Seringkali kita melihat mereka mereka yang bergiat dalam dunia politik tanah air, membuat tuduhan itu dan ini atas orang orang yang tidak hadir semasa tuduhan itu di buat. Orang itu dan ini di katakan korup, pembuat maksiat dan seterus nya. Perbuatan ini di lakukan di masjid, di pejabat pejabat di akhbar dan di mana jua.

Baru baru ini pula kita di khabarkan konon nya ada orang yang mengupah sekumpulan manusia untuk memburuk burukkan manusia lain.

Ini semua di anggap boleh, kerana ramai yang percaya yang Islam dan politik itu tidak terpisah. Olih itu apa jua yang di bolehkan dalam politik, di bolihkan dalam Islam.

Caci mencaci, fitnah menfitnah dan menyatakan kebenaran setengah setengah, adalah lumrah dalam politik. Begitu juga memutarkan hukum agama mengikut kehendak perjuangan, semua nya di bolehkan dalam politik.

Menentang ketua agama dalam satu negeri pun di bolehkan dalam politik.

Keadaan kacau bilau ini semesti nya di katakan sebagai satu yang tidak sihat dan tidak baik.

Islam terpisah dari politik.

Politik dan pentakbiran manusia itu adalah berbeza. Ia nya adalah di mulakan olih Greek mabuk yang gila kuasa.

Pada Islam wujud pentadbiran manusia, dengan keadah keadah yang terpaku pada peraturan yang termaktub dalam Al Quran dan Sunnah nabi s.a.w

Tulisan: aks qodhait khadaied@yahoo. com

10 May 2010 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

>Maruah Umat Islam

>

Umat Islam perlu tahu apa itu maruah bagi diri seorang Islam. Supaya kita dapat menjaga maruah diri dan agama kita, sama sama menghormati, mempertahankan dan memperjuangkannya. Oleh kerana maruah adalah nilai diri kita dan hidup mati kita, kita mesti memiliki dan mempertahankan nya hatta dengan darah dan nyawa sekali pun. Maruah tidak bolih di gadai. Demi menjaga maruah , darah dan nyawa bolih jadi tebusannya. Begitu tingginya nila maruah pada manusia. Manusia sanggup buat apa sahaja demi memelihara dan mempertahankan maruah dirinya, agama, bangsa dan lain lain.

Maruah atau kemulian diri atau izztunnafsi bagi umat Islam ialah Imannya. Kedua, ke Islaman nya, yakni hukum hakam yang lima yang tertegak dalam dirinya sama ada hukum wajib, sunat, makruh atau harus. Yang termasok maruah itu ialah kehormatan anak isteri, harta dan negaranya. Ketiga, ialah akhlak yang mulia yang menghiasi diri saperti jujur, ikhlas, sabar, kasih, sayang, pemarah, berani, benar, tawaduk, berlapang dada, pemaaf dan lain lain lagi.

Demikian lah tiga ciri penting tentang maruah seorang Islam. Inilah harga diri seorang Islam. Mulianya, terhormatnya dan agungnya umat Islam ialah apabila mereka mempunyai ketiga tiga faktor ini. Ia itu memiliki maruah diri. Tanpa Iman, Islam dan Akhlak umat Islam akan hilang maruah yakni hilang kemuliaan, kehormatan dan keagungan diri. Mereka terhina, tidak bahagia dan tidak di pedulikan. Ada, tapi macam tidak ada, ada yang tidak di ambil kira. Sebab orang Islam yang tahu dan sedar akan hal ini akan buat apa saja demi mendapatkan dan mempertahankan maruahnya selaku seorang Islam. Maruah akan di perjuangkan sebagai hidup matinya. Tidak ada tolak ansur dan jual beli dalam urusan memelihara maruah. kalau maruah tercemar, dia akan sanggup gadai darah dan nyawa demi mengembalikan kesuciannya. Dan kiranya maruah itu terlucut daripada dirinya, dia akan rela mati sesudahnya. Begitulah sikap muslim sejati, diri yang menjadi tebusan agamanya dan akhlaknya. Dan dia tidak takut pada sebarang ugutan dalam mempertahankan agamanya itu. Dan dia juga tidak bolih di umpan umpan dengan apa saja sebagai tukaran pada maruah tadi. Wang ringgit, jawatan atau harta benda terlalu kecil dibandingkan dengan maruah diri. Sebab itu tidak akan terkorban maruahnya sebagai seorang Islam hanya di umpan dengan wang, jawatan dan harta.

Bahkan muslim sejati akan sanggup mengorbankan wang, jawatan dan apa apa juga harta,darah dan nyawa sekalipun demi mempertahankan maruahnya. Dia berpegang teguh pada satu ingatan, kata kata sakti. Hidup biar mulia, dan mati biar syahid.

Dengan kata lain ia mahu hidup dengan mempunyai maruah dan demi mempertahankan maruah dia rela mati.
Begitukah hal umat Islam hari ini dalam soal menjaga maruah diri selaku seorang Islam? Jawab nya tidak!

10 May 2010 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>Mengapa larangan berpolitik di Masjid?

>Quote: “Inilah bezanya politik Islam yang membawa ke akhirat . Berbanding kitaran politik sekular yang hanya berlegar di kaki dunia dan tidak pun sekali – kali mampu melepasi sempadannya”

Kesimpulan nya, politik yang di amalkan oleh semua orang politik dan parti politik, adalah politik sekular barat yang bertentangan dengan Islam.(Yang mengamalkannya termasuk yang menggelar diri ahli agama dan pejuang Islam yang sememangnya sudah terpengaruh dengan pemikiran sekular walaupun kata mereka, mereka tentang sekular.).

Justeru aktiviti politik sekular yang isinya penuh dengan elemen elemen kotor memang tidak layak di bawakan ke dalam mana mana masjid.

Elemen kotor yang saya maksudkan adalah saperti contoh, umpat mengumpat, fitnah memfitnah, jatuh menjatuhkan,caci mencaci,maki memaki dan bermacam macam lagi kekotoran yang biasa kita dengar dan lihat dimainkan kebanyakkan ahli politik yang Islam.Mereka pula “menghalalkan cara” mengikut selera supaya mereka dapat turut bermain sama dengan permainan kotor ini.

Hakikatnya permainan kotor politik sekular ini tidak mendatangkan kebaikan kepada Islam melainkan memecah belahkan ukhwah Islamiah.Sedangkan di antara salah satu fungsi masjid adalah tempat menyatu padukan umat.

Pernah saya ikuti satu ceramah cum kempen PRU12 di sebuah masjid di satu daerah di negeri Selangor .Waktu itu hot dengan isu “Tuhan mencarut” (yang rasa saya itu di eksploitasikan oleh pihak lawan dari kenyataan TGNA).Penceramah tersebut yang juga orang politik, asyik berulang ulang memaki hamun Tun Mahathir, pemerintah dan rakyat yang tidak mengundi partinya dengan lafaz PU** MAK.Dan di sambut dengan laungan Allahu Akhbar!! oleh para hadirin.Bayangkan lafaz PU** MAK di sambut dengan TAKBIR! ………….di dalam masjid?

Mereka ini sering mengelirukan umat dengan alasan terkenal mereka yaitu Politik tidak boleh di pisahkan dari Islam.Maka apa yang di halalkan politik di halalkan Islam.Siapa tolak politik dia tolak Islam.Tetapi pokoknya politik yang bagaimana? Adakah politik yang di bawa Rasulullah atau politik kotor sekular barat yang sedang mereka amalkan itu?

Saya jadi pobia dan semenjak hari itu saya tidak lagi megikuti apa jua jenis pengajian atau ceramah yang di bawa oleh mana mana Ustaz atau Tok guru cum ahli politik sekular.

Pertanyaan: Sekiranya Sultan Selangor benarkan berpolitik di dalam Masjid, adakah ahli ahli politik boleh menghindar dari perkara perkara yang saya sebut di atas?

 (Oleh Nasrudin Hassan at-Tantawi )

9 May 2010 Posted by | Politik dan Dakwah | 7 Comments

QURAN TERJEMAHAN PER KATA

6 May 2010 Posted by | Iklan | Leave a comment

   

%d bloggers like this: