Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Kekuatan Roh bakal menumpaskan Rejim Zionis

>
Masjid Al Aqsa


Hati hati yang berkubah kuning bukan Masjid Al Aqsa

Walau berbilllion penduduk dunia memprotes dan tunjuk perasaan menentang Israel, apakah akan ada perubahan besar? Umat Islam tidak mampu. Hanya peribadi yang dijanjikan Tuhan sahaja mampu memusnahkan mereka. Teringat kata-kata Sheikh Hisham Kabbani – Imam Mahdi akan menawan Masjidil Aqsa hanya dengan takbir. Ingat ! Kekuatan roh yang dibelakangnya adalah Allah sahaja yang mampu memenangkan Islam.

—————————————————————————————————————————

Yahudi sedang melepaskan sebesar-besar geram yang terpendam danterbuku. Mereka tahu masa kemusnahan bangsa mereka sudah terlalu dekat.Agenda mereka untuk menghancurkan kebangkitan Islam yang bakal naik di Timur semuanya gagal. Sebagaimana kaum Yahudi pernah berkali-kali membuat cubaan membunuh Rasulullah SAW, kahin-kahin ( ahli sihir) mereka kali ini juga sudah menggunakan segala teknologi ilmu hitam yang tercanggih untuk menghancurkan peribadi yang dijanjikan itu, namun tiada siapa yang dapat mengalahkan kekuatan roh manusia yang dibelakangnya adalah Penguasa Alam ini yang Maha Pelindung, Maha Pencatur.

Lihat Bila kebenaran diangkat, yang batil pasti sirna

Bila kita melihat sejarah, seelok sahaja Nabi Ibrahim pulang kepada kaumnya setelah keluar dari api yang membakarnya selama 40 hari, maka berlakulah satu kemenangan yang sangat besar dan amat agung. Satu kemenangan yang tidak terduga oleh semua pihak, maka walaupun Nabi
Ibrahim tidak menjadi ketua negara Turki semasa itu, mukabumi di mana Nabi Ibrahim berada pada waktu itu, sebenarnya telah menjadi setenang-tenang negara dengan suasana yang sangat aman , selamat dan menjadi suburlah negara itu.

Bilamana Allah melakukan keajaiban, iaitu satu mukjizat yang paling besar di mana api tidak membakar Nabi Ibrahim, dan Nabi Ibrahim telah terselamat, inilah titik bermulanya pakej kepada pemerintahan Roh itu, suatu titik tolak kepada seribu-satu keajaiban lainnya. Mukabumi diperintah di bawah kekuasaan kerajaan langit — bumi seolah-olah boleh dikecilkan, bumi boleh juga diluaskan mengikut keperluan denganmenggunakan teknik teknologi roh itu. Hal ini akan menjadi satu budaya, di mana sebelumnya jika disukat dengan akal suatu yang mustahil.

Begitu juga seelok Nabi Musa dapat naik daripada Laut Merah itu dan
Firaun didapati telah mati di dalamnya, maka telah terjadi satu
perubahan, walau Nabi Musa tidak memerintah Mesir, jadilah negara Mesir
itu setenang-tenang negara, sebab karomah paling besar, mukjizat paling
besar yang Allah kurniakan kepada orang-orangNya ialah ketenangan. Jadi
tenanglah negara itu. Amanlah, selamatlah semuanya dan suburlah. Orang
tidak lagi akan merungut tentang makanan dan minuman. Itulah keredhaan
Tuhan kepada negara tersebut.

Tuhan akan mengulangkan sejarah bilamana dunia sudah terlalu zalim dikerjakan oleh para manusia, maka Tuhanlah yang akan mengambil alih. Ini adalah satu kenyataan sejarah dan kemuncaknya adalah saat apabila yang membawa kebenaran dinaikkan manakala yang membawa kezaliman dijatuhkan.

Kasih sayang yang bertunjangkan cinta kepada Tuhan dan iman yang waja sahaja yang akan menenangkan kesemuanya dan menundukkan semuanya.

Pernah seorang pejuang agama di negara kita yang telah datang membawa satu misi
perjuangan Islam yang amat asing, dipanggil mengadap oleh pemimpin
tertinggi negara kita

“Apa kerja kamu ini? Di dalam negara aku, kamu nampaknya sibuk ke hulu, ke hilir, cakap apa ini? Kamu telah membuat perpecahan kepada bangsa kita nampaknya” soal Datuk Seri itu.

Jawab pejuang ini “Saya rasa masyarakat kita, orang Melayu kita ni, kena ditanamkan iman, sebab dengan taqwa dan kekuatan roh sahajalah bangsa kita akan kuat”.

Datuk Seri menjawab “Alah, iman, iman, taqwa, taqwa, habis nak makan apa kalau tak ada duit? Bangsa kita mundur sebab tiada duit, sebab ekonomi lemah, bukan sebab tiada iman”

Jawab pejuang “Saya lihat di Brunei, di negeri-negeri teluk, Saudi Arabia, mereka semua kaya, mereka jadi ceti dunia tetapi bangsa mereka tidak kuat juga”.

Datuk Seri menjawab ” Oh!, pandai kamu menjawab ya?”

Jawab pejuang : “Ok, Datuk Seri cuba cara ekonomi, saya cuba cara iman dan taqwa, saya hendak mengajak bangsa kita mencintai Allah, nanti mereka akan menjadi tonggak kekuatan tersembunyi untuk bangsa ini dan Allah akan memberi duit kepada mereka, kita tengok siapa yang betul nanti.

Oleh sebab pengaruh pejuang ini semakin berkembang dan meluas di dalam mahupun di peringkat antarabangsa, maka seperti mana Israel tidak dapat mengawal perasaannya dan gelojoh menghancurkan Palestine, perjuangan pejuang Islam ini turut sama dihancurkan pihak penguasa dengan begitu semberono, gelojoh, kejam dan meluas, atas sebab takutkan pengaruh sosialnya yang semakin merebak ke seluruh lapisan masyarakat.

Rindu kepada Allah yang ghaib dan rindu kepada RasulNya di alam barzakh sana, maka itulah punca kenapa Islam itu dapat dibangunkan. Orang-orang akal, orang yang beragama tetapi kering rohnya, tiada rasa-rasa rindu dan cinta ini, tidak mungkin akan melahirkan
kebangkitan Islam. Jadi kita tidak perlu hairan bila ada orang yang sakit fizikalnya masih boleh membangunkan Islam. Kita ini yang sihat, segar bugar ini pun tidak mampu membuatnya. Ia mesti bertolak dari rasa rindu dan cinta kepada Allah dan RasulNya.

Siapa yang tiada rasa rindu, dan tiada rasa cinta kepada Allah dan Rasul, terpekik terlolong sampai keluar anak tekak untuk menampakkan cintanya kepada Islam, nescaya tidak lahirlah kebangkitan Islam itu.

Petikan: http://heliconia.wordpress.com

Advertisements

30 January 2009 Posted by | Renungan & Teladan | Leave a comment

>Hudud Pas vs Hudud Allah

>

AGAMA Islam Pas menjadi semakin popular dalam masyarakat Melayu. Hukum
Hududnya diyakini sebagai hukum agama yang suci. Ulamanya pula ditaati
seperti Allah dan rasul-Nya.

Kekalutan ini lahir daripada input
yang mengelirukan mengenai tugas rasul Allah yang sebenar. Para ulama
tidak menjelaskan seperti yang dijelaskan Allah iaitu tugas rasul
hanyalah untuk menyampaikan al-Quran kepada umat. Firman Allah 5:92
yang berbunyi “Ketahuilah bahawa atas rasul Kami hanyalah untuk
menyampaikan yang jelas (al-Quran)” tidak disampaikan kepada orang
Melayu.

Mereka terus membisu
dengannya walaupun Allah menyebut mesej itu sekali lagi dalam ayat
al-Quran 24:54. Lantas, Islam ajaran ulama bukanlah Islam yang
disampaikan oleh rasul.

Rasul mengikuti satu syariat yang termaktub dalam Perintah daripada Allah –
“Kemudian
Kami membuat kamu di atas satu syariat daripada Perintah; maka ikutlah
ia” (45:18) – dan dalam Perintah itu juga dinyatakan bahawa hanya Allah
sahaja yang berhak mensyariatkan atau menetapkan hukum untuk agama-Nya.
Tiada yang lain, selain daripada Dia, diizinkan berbuat demikian.
Mereka yang ingkar dan yang memandai-mandai menggubal sendiri hukum
agama dikategorikan-Nya pula sebagai sekutu Allah (42:21), dan dosa ini
tidak diampun.

Namun manusia, kerana kefasiqan mereka, terus
menggubal peraturan atau hukum agama. Lalu lahirlah pelbagai peraturan
dan hukum yang berlainan daripada apa yang diwahyukan. Hukum Hudud
adalah satu daripadanya.

Perkataan hudud bermakna had atau batas, dan juga
ordinan. Ia sering disebut dengan kata hudud Allah di dalam al-Quran
dan kata ini bersangkutan dengan peraturan atau hukum. Maka hudud Allah
boleh dimaksudkan sebagai had bagi sesuatu hukuman, atau hukuman yang
maksima, bagi sesuatu kesalahan yang ditetapkan Allah.

Perkataan ini disebut sebanyak 14 kali di dalam 9 buah ayat al-Quran. Satu daripada ayatnya berbunyi,

“Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had
Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” (2:229).

Oleh
yang demikian hukuman daripada Allah, atau hukuman dalam Islam yang
sebenar, adalah bersifat tidak zalim. Walaupun terdapat hukuman bunuh
(qisas) dalam agama Allah, namun Dia memperingatkan agar
dipertimbangkan nyawa pesalah supaya dapat diselamatkan. Firman-Nya,

“Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda,

supaya kamu bertakwa” (2:179).

Tidak
pula dengan Hukum Hudud Pas. Padanya bau zalim begitu ketara. Beberapa
contoh akan dikemukakan di sini, dipetik daripada “Rang Undang-Undang
Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 – Kerajaan Negeri Kelantan”, hasil
karya ulama Pas yang disucikan oleh ramai orang Melayu.

Contoh pertama ialah hukuman untuk mencuri:

“Sesiapa yang melakukan sariqah (mencuri), melainkan dalam keadaan yang
dinyatakan dalam seksyen 7, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti
berikut:

(a) bagi kesalahan pertama dengan dipotongkan tangan kanannya;

(b) bagi kesalahan yang kedua dengan dipotongkan kaki kirinya; dan

(c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan
selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk menjadikan pesalah
itu sedar dan sesal.” (Bahagian I, perenggan 6)

Hukuman ini mengatasi hudud Allah yang
hanya menyuruh potong tangan. Itulah had hukuman yang ditetapkan Allah bagi pencuri. Firman-Nya,

“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai
satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada
Allah; Allah Perkasa, Bijaksana” (5:38).

Itulah juga hukuman maksima yang dijatuhkan oleh rasul ke atas pencuri kerana dia menuruti perintah Tuhan berbunyi,

“Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab
sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang
Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan
yang benar yang datang kepada kamu” (5:48).

Contoh kedua ialah hukuman bagi kesalahan merompak:

“Sesiapa melakukan hirabah (merompak) hendaklah dihukum dengan hukuman hudud
seperti berikut:

(a) dihukum bunuh dan selepas itu
disalibkan, jika mangsa kesalahan itu dibunuh
dan hartanya atau harta orang lain diambil;

(b) dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dengan tidak ada apa-
apa harta yang telah diambil;

(c) dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika harta sahaja yang diambil
dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau mencederakannya; tetapi
sekiranya harta-harta diambil dan kecederaan dilakukan ke atas mangsanya,
maka diyat atau irsy hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada hukuman
potong tangan dan kaki …..” (Bahagian I, perenggan 9).

Yang
paling sumbang dalam hukum hudud Pas ini ialah perbuatan menyalib dan
memotong tangan dan kaki pesalah. Dalam al-Quran tindakan menyalib dan
memotong tangan dan kaki hanya diharuskan semasa dalam peperangan,
iaitu ke atas musuh Islam yang memerangi. Firman-Nya,

“Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan
yang
berusaha di bumi untuk membuat kerosakan – mereka dibunuh, atau disalib,
atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau
mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan
di akhirat, bagi mereka azab yang besar” (5:33).

Al-Quran
ada juga menyebut mengenai hukuman memotong tangan serta kaki dan
kemudian disalib di pohon palma yang dilakukan bukan dalam peperangan.
Akan tetapi, hukuman ini adalah amalan Firaun, seorang musuh Islam yang
zalim pada zaman Nabi Musa (7:124, 20:71 dan 26:49).

Sementara
hukuman salib tanpa memotong mana-mana bahagian anggota disebut sebagai
hukuman orang kafir zaman Nabi Isa (4:157) dan raja semasa zaman Nabi
Yusuf (12:41).

Mengenai hukuman bunuh pula, yang diharuskan
Allah, ia tidak sahaja terhad ketika dalam peperangan (2:191) tetapi
juga dalam kes pembunuhan biasa. Namun kuasa diberi kepada saudara si
mati untuk melaksanakan hukuman tersebut. Firman-Nya,

“Wahai orang-orang yang percaya, ditetapkan bagi kamu ialah pembalasan (qisas),
mengenai orang yang dibunuh ….. tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh
saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya
dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Tuhan kamu,
dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih”
(2:178).

Contoh ketiga ialah hukuman bagi penzina:

“(1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah
dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana
besarnya sehingga mati.

(2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu
hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan
sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.” (Bahagian I,
perenggan
11)

Hukuman
ini jauh melebihi had yang ditetapkan Allah yang berbunyi “Perempuan
yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang
daripada mereka dengan seratus sebatan,” (24:2). Itu sahaja.

Menurut
al-Quran, hukuman merejam batu adalah amalan orang kafir zaman dahulu
kala seperti zaman Nabi Nuh, Ibrahim, Shuib dan zaman beberapa orang
pemuda yang mencari perlindungan di dalam gua atau al-kahfi. Nabi Musa
juga takut direjam oleh Firaun.

Menurut catatan sejarah pula,
hukuman merejam batu hingga mati kepada pesalah dalam hal agama telah
dimulakan oleh seorang ulama Yahudi bernama Uzair (9.30) yang hidup
kira-kira 2,000 tahun sebelum al-Quran diturunkan. Apapun, hukuman ini
adalah hukuman jahiliah, dan Tuhan telah bertanya,

“Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik
putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?” (5:50).

Contoh keempat ialah
hukuman bagi kesalahan liwat:

“Sesiapa melakukan kesalahan liwat, hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama
seperti yang ditetapkan bagi zina.” (Bahagian I, perenggan 17)

Penggubal
hukuman ini jelas tidak menyedari mengenai kewujudan hudud Allah bagi
perempuan dan lelaki yang sedemikian rupa nafsu seksnya. Diturunkan di
bawah ini dua ayat al-Quran yang berkaitan:

1. “Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat
antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan,
tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan
mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan” (4:15).

2. “Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka
hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka
berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima
Taubat,
Pengasih” (4:16).

Contoh kelima ialah kesalahan meminum arak:

“(1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan;
dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini, sama ada dia mabuk atau tidak, dan
tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukuman sebat yang
tidak lebih daripada lapan puluh kali sebatan dan tidak kurang daripada empat
puluh kali sebatan.” (Bahagian I, perenggan 22)

Firman-Nya:
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar
supaya kamu menghakimkan antara manusia dengan apa yang Allah
memperlihatkan kepada kamu” (4:105).

Oleh kerana hukuman bagi
peminum arak tidak dijelaskan di dalam al-Quran, maka rasul tidak
menjatuhkan sebarang hukuman mengenainya. Sebaliknya pula dia
menyampaikan ayat-ayat Tuhan yang menyatakan amalan itu adalah dosa
besar (2:219), kotor, amalan syaitan dan minta dijauhkan (5:90), di
samping menyebabkan permusuhan dan kebencian antara manusia, dan minta
berhenti daripada meminumnya (5:91). Dengan nasihat ini orang yang
takut kepada Tuhan tentu berhenti daripada minum arak.

Contoh keenam dan terakhir ialah hukuman bagi kesalahan murtad:

“(3) Sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad (murtad), hendaklah
sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh Mahkamah supaya
bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia
didapati salah.

(4) Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan dengan pendiriannya
terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan itu, maka
Mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya dan memerintahkan
supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia melakukan
kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan Baitul-Mal:”(Bahagian
I, perenggan 23)

Ini

merupakan satu lagi hukuman yang dipelajari daripada ulama jahiliah
bernama Uzair yang Allah gelar “anak Tuhan” (9:30) kerana
memandai-mandai membuat hukum agama. Allah sendiri akan menghukum orang
murtad seperti yang tersurat di dalam firman-Nya yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad)
daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai,
dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras
terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan
tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia
memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi,
Mengetahui” ( 5:54 ).

Seperti
itu juga akan terjadi kepada orang Melayu jikalau mereka tidak kembali
kepada ajaran Islam sebenar yang terkandung di dalam al-Quran. “Apa,
adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang
menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; ….. maka janganlah kamu
termasuk orang-orang yang ragu-ragu” (6:114).

Dari Sahabat group Perisik Rakyat:ziee lipan (ziee_lipan@yahoo.com)

29 January 2009 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

Etika melawak dan bergelak ketawa.

 

Orang tua tak masok syurga kata Nabi

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis.

Baginda saw bersabda:

Maksudnya: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya

Allah berfirman ” Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.”

(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)


Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata ” Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:
Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.

(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:


Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.
(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah:” Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan
orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “
( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:

Maksudnya:
“Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.”
(Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.”
Lalu Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”

(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.             

Nukman bin Basyir ra berkata:  Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan
lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;
Maksudnya: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (Hr Thabrani – sahih)


Nabi saw bersabda: 

Maksudnya : ” Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2.”

(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam
keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

Maksudnya: “Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)


Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar
al-Quran. Firman Allah swt:


“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak  enangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.”
(59 –61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

Maksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)


Saidina Ali ra:
  
“Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan
kamu.”


Said bin al-‘As berkata: 
“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu.Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.”

Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.

[Dari Sahabat Group Tmn2Syurga@yahoogroups.com:
Esbee Ai <esbeeai@gmail.com>]

29 January 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Open Letter to Barack Hussein Obama President-elect of the United States – From Dr Mahathir Muhammad

Dear Mr. President,
I did not vote for you in the Presidential Election because I am Malaysian.

But I consider myself one of your constituents because what you do or say will affect me and my country as well.
I welcome your promise to change. Certainly your country, the United States of America need a lot of changes.

That is because America and Americans have become the best hated people in the world. Even Europeans dislike your arrogance. Yet you were once admired and liked because you freed a lot of countries from conquest and subjugation.
It is the custom on New Year’s day for people to make resolutions. You must have listed your good resolutions already. But may I politely suggest that you also resolve to do the following in pursuit of Change.

1) Stop killing people. The United States is too fond of killing people in order to achieve its objectives. You call it war, but today’s wars are not about professional soldiers fighting and killing each other. It is about killing people, ordinary innocent people by the hundreds of thousands. Whole countries will be devastated.
War is primitive, the cavemen’s way of dealing with a problem. Stop your arms build up and your planning for future wars.

2) Stop indiscriminate support of Israeli killers with your money and your weapons. The planes and the bombs killing the people of Gaza are from you.

3) Stop applying sanctions against countries which cannot do the same against you.
In Iraq your sanctions killed 500,000 children through depriving them of medicine and food. Others were born deformed.
What have you achieved with this cruelty? Nothing except the hatred of the victims and right-thinking people.

4) Stop your scientists and researchers from inventing new and more diabolical weapons to kill more people more efficiently.

5) Stop your arms manufacturers from producing them. Stop your sales of arms to the world. It is blood money that you earn. It is un-Christian.

6) Stop trying to democratize all the countries of the world. Democracy may work for the United States but it does not always work for other countries.

Don’t kill people because they are not democratic. Your crusade to democratize countries has killed more people than the authoritarian Governments which you overthrew. And you have not succeeded anyway.

7) Stop the casinos which you call financial institutions. Stop hedge funds, derivatives and currency trading. Stop banks from lending non-existent money by the billions.
Regulate and supervise your banks. Jail the miscreants who made profits from abusing the system.

8) Sign the Kyoto Protocol and other international agreements.

9) Show respect for the United Nations.

I have many other resolutions for change which I think you should consider and undertake.
But I think you have enough on your plate for this 2009th year of the Christian Era.

If you can do only a few of what I suggest you will be remembered by the world as a great leader. Then the United States will again be the most admired nation. Your embassies will be able to take down the high fences and razor-wire coils that surround them.

May I wish you a Happy New Year and a great Presidency.

Yours Sincerely,

Dr Mahathir bin Mohamad

(Former Prime Minister of Malaysia)

1st January 2009 3.59am

20 January 2009 Posted by | Articles in English, Berita dan Isu Semasa | 2 Comments

Truely: Most people abroad will view Bush as a war criminal

>

 

David Edwards and Muriel Kane
Published: Tuesday January 20, 2009
Barack Obama has now been inaugurated as president, and the fear expressed by MSNBC’s Rachel Maddow on Monday night that George Bush might issue last-minute pardons of administration officials involved in torture,possibly including himself, has not come to pass.However,the torture issue itself is not going to go away so easily. As Maddow
also noted, “The calls for a reckoning are growing by the day — and not
just from progressives outside the government.”
“Do you think that Obama and his team realized how hot an issue this would
become and would stay?” Maddow asked Constitutional law professor
Jonathan Turley.
“I don’t think so,” Turley replied. “I don’t think the people in that building thought
it,” he added, pointing to the Capitol. “I mean, that building is where
principles go to die. And they haven’t, because there’s been this
groundswell of people saying, ‘Look, you might be able to get away with
an electronic surveillance program and say that’s just a crime we’re
not going to allow to be prosecuted, but these are war crimes., these
are a special category.’”
“I think that the new Barack Obama, the President Obama, is going to find
it very hard to go round the world and to say that we’re now again the
nation of rules of law,” Turley suggested, “if the first act he commits
as president is to walk away from a confirmed war crime.”
“Are we literally looking at a possibility,” Maddow asked, “where
administration officials from this [previous] administration cannot
travel abroad to the other 145 countries that have signed the torture
treaty because they might get arrested?”
“Most certainly,” Turley replied. “The status of George Bush is not that
different from Augusto Pinochet. They’ve both been accused of running a
torture program. And outside this country, there’s not this ambiguity
about what to do with a war crime. … Most people abroad are going to
view you not as former President George Bush, they’re going to view you
as a current war criminal.”
“And they’re going to view us as an outlaw regime for not arresting him on our own soil,” Maddow remarked.
“I think so, unfortunately,” Turley agreed. “A lot’s at stake.”
This video is from MSNBC’s The Rachel Maddow Show, broadcast Jan. 19, 2009.

20 January 2009 Posted by | Articles in English, Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

>Lebih Bimbang Dan Takut

>


Setiap yang bernafas pasti mati. Hidup didunia ini sementara dan sekejap sahaja. Kalau senang pun sementara dan sekejap. Kalau susah pun sementara dan sekejap. Akhirat pula jauh lebih besar dan kekal buat selama-lamanya. Kalau senang ertinya mendapat syurga yang merupakan kebahagiaan hakiki yang tidak dapat dibayangkan. Kalau susah pula ertinya neraka yang merupakan seksaan hakiki. Azabnya amat dahsyat yang tidak dapat dibandingkan dengan apa pun.. Api neraka bukan macam api lilin. Api lilin yang paling kecil pun tidak upaya siapa pun yang menahan kepanasannya. Sedangkan seringan-ringan api neraka, berpijak atas baranya sahaja sudah mendidih otak di kepala. Kalau memahami hakikat ini janganlah memburu kesenangan yang sedikit didunia ini, hingga sanggup menderhakai Tuhan. Dan janganlah kerana takutkan kesusahan yang sedikit didunia ini, hingga sanggup derhaka kepada Tuhan.

Di sinilah perlunya kita rasa takut dan bimbang terhadap Tuhan yang diri kita dalam genggamanNya. Kita tidak tahu apa sukatan Tuhan yang bersifat maknawiyah keatas kita. Semoga dengan kekal rasa takut dan bimbang, maka Tuhan rahmati kita hingga dihari pertemuan denganNya.

1. Ada manusia yang Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya. Dia berada dalam kebenaran dan kebaikan dari awal hingga akhir hidupnya.

2. Ada manusia yang diawal hidupnya dalam kesesatan. Manakala diakhir hisupnya Tuhan beri petunjuk dan pimpinanNya dan berada dalam kebenaran.

3. Terdapat manusia yang diawal hidupnya dalam kebenaran tetapi diakhir hidupnya dalam kesesatan.

4. Terdapa pula manusia yang dari awal hingga akhir hidupnya dalam kesesatan.

Kita tidak tahu kategori mana yang menimpa nasib kita. Nasib kita belum tahu. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah swt di akhirat kelak dalam kesesatan. Sedangkan dunia ini ibarat mimpi saja berbanding akhirat. Sebab itu Allah swt ulang banyak kali dalam Al Quran dengan maksud, “Dan akhirat itu lebih baik dan kekal.” Lebih baik yang Allah swt istilahkan itu tidak boleh di fahamkan maksudnya menurut bahasa. Lebih baik yang Allah swt maksudkan itu menurut pengertian Tuhan. Kalau lebih baik itu disudut sedapnya rasa makanan, kelazatan diakhirat nanti tidak dapat dibayangkan, malah rasa lazat itu kekal hingga beribu tahun. Hingga kelazatan makanan itu berlapis dan bertindih. Ini belum lagi digabungkan denga kelazatan dari sumber yang tidak terbatas banyaknya.


Oleh: Imam Sayuti [imamsayuti7313@yahoo.com]

15 January 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: