Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Seumpama genggam bara api Memperjuang kehidupan beragama, pegang ajaran Islam

1. RASULULLAH pernah berpesan kepada para sahabat, bahawa akan tiba satu masa nanti, orang yang berpegang teguh dengan agama Islam ini berada dalam keadaan yang sukar sehingga mereka disifatkan sebagai menggenggam bara api. Sabda Rasulullah:
يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ
“Akan datang satu zaman, mereka yang bersabar (dalam berpegang kepada Agama) adalah seumpama mereka yang menggenggam bara api.” (HR al-Tirmizi)

2. Bahkan di dalam hadith yang lain, Rasulullah menjelaskan bahawa Islam akan dilihat asing, mereka yang berpegang teguh pada ajaran Islam semakin sedikit dan dilihat aneh. Sabda Rasulullah:
بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيباً، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً، فَطُوبى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam bermula sebagai asing (sesuatu yang dianggap asing dan ganjil). Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (HR Muslim)

3. Ketika menghuraikan hadith ini, al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa, mereka yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam akan dilihat asing dan semakin sedikit seperti permulaannnya dahulu. Bahkan mereka dianggap aneh dan pelik, tidak selari dengan perkembangan semasa, malah dilihat kolot atau ekstremis.

4. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang dimaksudkan dengan asing tersebut? Lalu Rasulullah menjawab:
الذين يصلحون حين فساد الناس
(Yang dilihat asing tersebut adalah) mereka yang cuba melakukan Islah (pembaikan) ketika mana rosaknya manusia. (HR Tabrani)

5. Hari ini kerosakan dalam agama banyak yang berlaku. Sebahagian muslim melihat tidak mengapa dengan ‘dosa peribadi’, mengambil ringan isu LGBT, merasakan tidak mengapa dengan arak, bahkan menolak hukuman murtad yang dianggap keras atau mundur.
6. Manakala mereka yang bersungguh berpegang dengan sunnah dan mempertahankan Islam untuk memperbaiki masyarakat pula yang dianggap pelik, kolot, tidak progresif bahkan bercanggah dengan kemajuan.
7. Begitulah sunnah dalam memperjuangkan kehidupan beragama, berpegang dengan ajaran Islam.

Semoga Allah menyatukan hati-hati umat Islam dalam berhadapan dengan golongan liberal yang merosakkan agama.

Semoga Allah membimbing kita.

Oleh: Nurul Atikah

(Sumber: Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.)

14/01/2020 Posted by | Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Fitnah Akhir zaman

1) "Terdapat manusia yang tersenyum meminum madu sedangkan ianya racun. Ada yang kesedihan tertelan pahitnya racun, padahal ia sedang menikmati manisnya madu. Manusia kini berupaya mencipta berlian daripada kaca, dan melemparkan berlian yang disangkanya kaca".

2) "Ummat hari ini kebanyakannya telah ditarik nikmat furqaniyah iaitu kemampuan dalam membezakan antara hak dan batil, antara benar dan salah, antara baik dan buruk, sehingga para ulama pun tidak terkecuali, melainkan hamba-hamba Allah yang mendapat peliharaan Allah Azza wa Jalla.. Maka perbanyakkanlah bertaubat dan beristighfar, banyakkanlah membaca al-quran dan berselawat, dan banyakkanlah berdoa untuk diri sendiri dan untuk ummat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Contohilah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang sentiasa mendoakan ummatnya sehingga Allah Ta’ala mengurniakan para Sahabat yang menjadi khairul ummah (sebaik-baik ummat), cahaya ilmu dan amal mereka menerangi ummah, kasih sayang mereka sering tercurah, mereka tenang menghadapi fitnah, mereka unggul menghidupkan sunnah, serta mereka mendapat husnul khatimah..".

 

(Kata kata TG Syeikh Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari hafizahullah)

27/05/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Tazkirah | , | Leave a comment

Fitnah Akhir Zaman


Sumber: Pencinta Majlis Rasulullah

"Sesungguhnya dizaman ini, banyak fitnah yang boleh merosakkan generasi yang hidup diakhir zaman ini. Sebahagian daripada fitnah ini yang boleh mempengaruhi akal mereka. Diantara fitnah itu juga yang mempengaruhi kesannya didlm hati dan jiwa." "Zaman ini zaman fitnah. Nilailah mengikut hati kamu, siapa diantara mereka yang bercakap dengan hawa nafsu dan siapa diantara mereka yang bercakap dengan agama dan ilmu".

"Ada juga fitnah yang boleh membawa kesan kepada tubuh badan. Barangsiapa yang diselamatkan oleh Allah سبحانه وتعالى daripada fitnah tadi, maka orang itu selamat didunia dan juga diakhirat. Dan siapa yang tergelincir kepada fitnah tersebut maka nasib orang itu adalah ada digenggaman Allah سبحانه وتعالى".

"Bilamana Allah berkehendak Allah akan maafkan, bilamana Allah berkehendak Allah akan menghukumnya. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى mengampunkan kita dan memaafkan kita semua.

Kita duduk disini adalah ingin megekspresikan rasa cinta dan kasih kita kepada nabi kita dan tiadalah perbuatan yg sedemikian itu dikatakan bida’ah ataupun perkara yang syirik ataupun perkara yang bercanggah dengan agama."

"Kemusyrikkan atau kesyirikkan ada pada kaum yahudi. Kemusyrikkan ada kepada penyembah-penyembah berhala. Adapun umat Nabi Muhammad ﷺ, maka tiada mungkin akan syirik kepada Allah سبحانه وتعالى melainkan setelah turunnya Nabi Isa a.s".

"Setelahnya turun Nabi Isa nanti diakhir zaman akan berlaku kesyirikkan dengan sebenar-benarnya. Kerana Allah سبحانه وتعالى telah menjamin umat ini daripda Rasulullah sampai kepada Nabi Isa a.s. untuk tidak berlaku perkara yang syirik akan tetapi diantara dua nabi ini berlaku perkara-perkara yang melampaui batas".

"Perkara-perkara yang berlaku daripada kejadian yang melampaui batas boleh untuk diselesaikan dengan cara hikmah dan nasihat yang baik. Oleh kerana itu, saya menyeru kepada penuntut ilmu, pelajar-pelajar dan juga mahasiswa-mahasiswaagar supaya mereka mengambil bahagian daripada ilmu ini agar supaya mereka mengetahui siapakah yang betul dan siapakah yg salah.

"Zaman ini zaman fitnah. Nilailah mengikut hati kamu, siapa diantara mereka yang bercakap dengan hawa nafsu dan siapa diantara mereka yang bercakap dengan agama dan ilmu."

"Jadilah kamu antara orang-orang yang baik. Yang bermanfaat untuk orang lain. Orang yang mengajak manusia kepada kedamaian dan keselamatan. Dan bukanlah menjadi orang yang mengajak manusia kepada perpecahan, peperangan dan pembunuhan."

Daripada Sayyidil Habib Abu Bakar Al-Adni Bin Ali Al-Mashur.

27/05/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Renungan & Teladan, Tazkirah | , | Leave a comment

Perkara perkara yang sudah tidak ada pada Umat Islam pada zaman ini

 

  • Hilangnya kasih sayang dan keadilan dari pemimpin dan pemerintah

  • Hilang nya sifat berani, sifat zuhud, nasihat nasihat dan kasih sayang daripada para alim ulama.

  • Hilangnya perasaan malu dari kaum wanita.

  • Hilangnya sifat sabar daripada fakir miskin

  • Hilangnya sifat pemurah dari orang kaya. kalau pemurah pun ada udang di sebalik batu.

  • Hilangnya sifat tawadhuk dari ulama, pemimpin dan orang orang atasan.

  • Hilangnya Ilmu dari pada ahli ibadah

  • Hilangnya sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada pendakwah dan para pejuang Islam.

  • Hilangnya rasa khusyuk daripada orang yang bersembahyang.

  • Hilangnya sifat amanah daripada orang yang di beri tanggung jawab.

  • Hilangnya akhlak dan budi pekerti mulia dari ulama, pemimpin dan orang biasa.

  • Hilangnya ukhwah dan kasih sayang di antara sesama Islam

  • Hilangnya rasa takut dengan dosa dan Tuhan

  • Hilangnya tamaddun Islam

  • Hilangnya undang undang dan perlembagaan Islam

29/03/2013 Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: