Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Renungan Piliharaya – Apabila Sesuatu Parti Menang Atas Dasar Quwwah

Apabila satu Parti itu mendapat kemenangan dan kemajuan atas dasar Quwwah
Kerana usaha dan tenaga
Ia dapat kejayaan secara istidraj
Side effect yang negative terlalu banyak
Akan berlaku kezaliman dan kesombongan
Terutama terhadap musuh musuhnya
Kemungkaran dan maksiat merata Negara
Secara menjolok mata
Berlaku hasad dengki, jatuh menjatuhkan dan perpecahan
Bangsa dan Negara maju tetapi tidak ada keadilannya
Negara cantik tetapi rakyat hidup dalam kebimbangan dan ketakutan
Ukhwah dan kasih sayang hilang
Lahirlah budaya ampu mengampu, jatuh menjatuhkan
Hidup kepura puraan berlaku kerana manusia tidak boleh di percayai
Masyarakat huru hara , disiplin hidup tidak ada
Jenayah berleluasa, zina ,rogol, bunuh perkara biasa
Akhirnya kejayaan itu tidak mempunyai erti apa apa
Kemajuan yang dapat, membawa bala dan marabahaya
Kemudian semua golongan pening kepala, inginkan pembelaan
Manusia hidupnya tidak ada ceria
Bahkan ramai yang kecewa
Banyak yang sakit jiwa dan putus asa.

Buah fikiran Cikgu Ku

29 February 2008 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

Renungan Pilihanraya 1 – Apabila Sesuatu Parti Menang Atas Dasar Taqwa

Apabila satu Parti itu mendapat kemenangan dan kejayaan atas dasar Taqwa
Kerana menjadikan Tuhan itu matlamat hidup mereka
Tuhan adalah cinta agung di sembah dan di puja
Kerana sangat membaiki diri dan membersih jiwa
Maka lahirlah kemajuan dan tamaddun
Berkat dan rahmat melimpah ruah merata Negara
Hingga orang kafir pun mendapat untung sama
Rezeki dimurahkan, kemakmuran luar biasa
Tidak tahu mana puncanya
Side effectnya adalah positif
Rakyat berkasih saying sesama mereka
Mereka hidup hormat menghormati
Bertolong bantu, bekerjasama menjadi budaya
Manusia pemurah, suka memberi dan membantu
Para pemimpin dan orang kayanya tawadhuk
Ulama ulama merendah diri dan menjadi obor kepada masyarakatnya
Kemungkaran dan maksiat terang terangan tidak kelihatan
Jenayah terlalu kurang
Hidup penuh aman, damai dan di harmoni
Hingga rakyat yang bersyukur
Beginilah kalau sesuatu Parti itu mendapat kemenangan dan kejayaan atas dasar Taqwa
Tapi ini berlaku di dalam sejarah
Beratus tahun sekali
Kita harap ia akan datang atau terjadi
Sekali lagi di zaman kita ini
Selepas pilihanraya kali ini.

Buah fikiran Cikgu Ku

29 February 2008 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

Menjelang Pilihanraya

Seseorang atau kumpulan itu di ikuti kerana beberapa faktor:-

1.i. Kerana kebenarannya
ii. Kerana kuasanya
iii. Kerana ada sesuatu padanya yang di harapkan
iv. Kerana fanatik orang dengan nya
v. Kerana kejahilan orang yang mengikutnya
vi. Kerana terhutang budi kepadanya

2. Orang atau kumpulan yang selalu memikirkan salah orang, yang hasad dengki dengan orang, yang meletakkan dunia dalam hati dan yang berdendam, tidak pernah tenang jiwanya.

3. Orang atau kumpulan yang mengaku buat baik, janganlah diharapkan kebaikan daripadanya.

4. Bertenanglah di dalam sebarang hal walaupun kerana mahu menunaikan kebaikan. Kerana bertenang itu sifat Mukmin.

5. Mengumpul undi dari manusia tidak sama dengan mempersatukan manusia.Mempersatukan manusia ialah menyatukan hati.

6.Bersatu fikiran tidak semestinya bekerjasama.Bersatu fizikal tidak mesti satu hala.Tapi bersatu hati itu akan sehidup semati.

7. Di antara fitrah semula jadi manusia, ia suka kalau orang berbuat baik dengannya.Sekalipun dia jahat dengan orang lain.

8. Apabila mengundi – Akal befikir, hati merasa, nafsu mengajak, jasad bertindak.

9. Banyak pemimpin tahu penyakit, tetapi tidak tahu mengubat.Banyak pemimpin tahu masaalah, tetapi tidak tahu menyelesaikannya.

10. Kemesraan pemimpin itu lebih bernilai daripada pemberiannya.

11. Banyak kumpulan atau orang perseorangan boleh bantu orang miskin.Tidak banyak orang yang boleh duduk dengan orang miskin.Lebih lebih lagi hidup macam orang miskin.

12. Di antara sifat Mukmin itu mukanya mesra dengan manusia, hatinya gundah gulana dengan ALLAH, fikirannya ke alam yang jauh.

13. Membuang sifat marah tidak mungkin kerana ia fitrah semulajadi manusia.Yang salah melajakkan sifat marah.ALLAH berfirman maksudnya: “Orang Mukmin itu membenamkan sifat marah”.

14. BERFIKIRLAH SEBELUM MENGUNDI.KAJILAH HASILNYA SELEPAS MENGUNDI.RASAKAN USAHA ITU PERINTAH ALLAH, HASILNYA KETENTUAN ALLAH.

Dari Buah fikiran Cikgu Ku

24 February 2008 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

Hutang di Tuntut hingga ke Kubur


Subject: Photo benar:
Hutang di tuntut hingga Kekubur

Selalu kita mendengar hal kepentingan selesaikan hutang dan isu
kematian.

Gambar yg disertakan ini adalah literally hutang datang ke kubur untuk
menuntut hutang..

Ianya saya rakamkan di kubur Lembah Keramat belakang Petronas, dimana
satu batu nisan diselubungkan dengan plastik dan didalamnya ada mesej
hal hutang dan yang menuntut hutang siap letak biz card didalam plastik itu..

Mungkin yang tuntut hutang ni letak dgn harapan ahli keluarga akan contact
dia lahh…

So hati hati dengan hutang..jangan dia datang atas kubur…datang dalam kubur
tu satu hal lagii…….

Pengirim: muhamadredza@gmail.com

14 February 2008 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Apa itu Politik Islam (samb)

Hujjah membangunkan Islam melalui dakwah dan tarbiah, bukan melalui politik pilihanraya adalah kuat.Tidak ada nas secara jelas menunjukkan Islam mesti dibangunkan melalui politik sekular ini. Di dalam Al Quran dan Sunnah tidak pernah disebut secara tepat dan soreh tentang nas nas yang menunjukkan jika Islam hendak ditegakkan secara syumul mestilah melalui politik sekular. Tidak pernah kita temui kalimah”Susu”, maksud nya “Hendaklah kamu bersiasah atau berpolitik.” Tetapi yang banyak kita temui ialah kalimah kalimah yang bermaksud:

“Hendaklah kamu sampaikan daripada ku walaupun satu ayat”. Ini kalimah yang membawa maksud dakwah.

”Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik.Dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik baiknya (An Nahl:125).Di dalam ayat ini di sebut perkataan hikmah dalam berdakwah.Dan hikmah yang di maksudkan ialah hikmah dalam berdakwah.

“Sesungguhnya tidak ada kewajiban bagi Rasul Rasul itu melainkan untuk menyampaikan” (Al Maidah:99)

Jadi jelas kepada kita, perintah “menyeru” dan “menyampaikan” melalui ayat Al Quran dan Hadis ini ialah perintah dakwah bukan siaisah (politik barat).

Selain daripada itu, kita boleh membuktikan kenyataan ini melalui pengalaman hidup sehari hari. Melalui mata kepala kita sendiri, jelas dapat di buat perbandingan antara kesan dan kemajuan gerakan dakwah dengan gerakan politik dalam usaha menegakkan Islam secara syumul. Dapat dilihat dengan jelas, Islam yang di tegakkan melalui dakwah lebih maju dan lebih mendatangkan kesan daripada pergerakan politik.Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa.Ramai orang yang kembali menghayati dan mengamalkan ajaran Islam hasil dakwah dan tarbiah.Sembahyang mula di tegakkan, riba ditinggalkan, pergaulan bebas dihentikan, wanita wanita menutup aurat, pengajian ugama hidup di merata rata, pakaian Islam mula banyak kelihatan dan lain tanda kebangkitan Islam, ialah hasil dakwah bukan siasah (politik).Hukum hakam Allah ini mula ditegakkan kembali setelah adanya perjuangan Islam melalaui dakwah.Sedangkan telah lama dilaksanakan olih parti parti tertentu…..tidak nampak tanda tanda kebangkitan Islam saperti yang telah di sebutkan tadi.

Ini disebabkan keimanan, kesedaran, kefahaman yang ditanam di dalam jiwa melalui dakwah dan tarbiah berjaya menyediakan orang orang patuh, tunduk dan taat kepada Allah dengan rela.Mereka sanggup menempuh apa sahaja rintangan dalam melaksanakan perintah dan pentadbiran secara Islam.Dari hati, tanpa dolak dalik lagi.Malah kepakaran, kemahiran dan apa sahaja bakat semulajadi yang ada pada individu itu secara otomatik akan di gunakan untuk menegakkan perintah Allah.Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah ke atas diri para Sahabat.

Oleh itu, tugas kita yang utama ialah berdakwah dan mendidik masyarakat.Para ulama dan para da’i mestilah menjadi penasihat kepada pemerintah, bukan untuk merebut kerusi pemerintah.Para pendakwah wajib memberi nasihat.Kewajiban pendakwah atau para ulama ialah menasihati pemerintah dan menjadi kewajiban pula kepada pemerintah menerimanya.Jika pemerintah enggan ia dikira berdosa di hadapan Allah sedangkan para da’i telah pun melaksanakan tugasnya itu iaitu menyampaikan.

Dari itu kewajiban para da’i dan ulama ulama tidak semestinya dia memerintah untuk menegakkan Islam tetapi yang wajib baginya ialah memberi nasihat.Yang wajib memerintah secara Islam ialah mereka yang telah duduk di kerusi pemerintah.Kalaulah ulama dan para da’i mesti memerintah , megapakah para para ulama zaman dahulu saperti Imam Ghazali, Imam Shafie, Imam Malik, Imam Hambali dan lain lain menolak apabila ditawarkan untuk memerintah? Jika ulama wajib memerintah dalam usaha menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan Negara, sudah tentu ulama ulama yang kita sebutkan tadi menerimanya, kerana mereka lebih faham tentang ajaran Islam dan lebih takut kepada Allah.Ini membuktikan: mengambil alih kuasa untuk menegakkan Islam itu tidaklah mesti!

Rasullullah SAW sendiri pernah ditawarkan kuasa untuk memrintah di peringkat awal perjuangannya (iaitu peringkat Makkah). Tetapi belaiu menolaknya. Mengapa Rasullullah tidak memikirkan untuk bermain strateji dengan mengambil kuasa itu dan secara langsung atau tidak langsung menggunaknya untuk menegakkan Islam?

Tindakkan Rasulullah SAW dan para ulama salafussoleh ini mesti dicontohi, kerana perjuangan mereka telah terbukti berjaya, dalam erti kata mendapat keredhaan Allah.Sedangkan sejarah perjuangan umat mutakhir terutamanya yang bergerak atas dasar politik pilihanraya sudah banyak yang gagal.

Malah semakin berjuang semakin terhina. Ini melanda parti parti politik sekular yang bercita cita Islam di seluruh dunia.

14 February 2008 Posted by | Politik dan Dakwah | 3 Comments

Apa itu Politik Islam

RAMAI pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam di tegakkan.Dan saperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang undang negara. Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang di amalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang di impot dari BARAT.Ertinya, politik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam.Ia di buat tanpa berpandukan undang undang Islam.Jika kita mengikut kaedah perjuangan mereka dengan sendirinya kita TERJEBAK ke jalan yang menyimpang daripada syariat ALLAH.

MAKSUD HADITH NABI S.A.W: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia juga akan tergolong dalam kaum itu”.

Politik Barat adalah sesuatu yang salah dari syariat dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah.Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan Islam daripadanya.Sesuatu yang ternyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik.Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbul huru hara, kacau bilau dan persengketaan di tengah masyarakat.Ini sudah terbukti.Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka “POLITIK IS A DIRTY GAME.”

Kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dan mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.

Dalam politik pilihan raya saperti yang ada pada hari ini kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara.Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak ansur ‘terpaksa’ di lakukan.Ini dapat di lihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan.Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak……mengapa?Ini di sebabkan kita takut mereka lari daripada kita.Sikap mementing undi telah menyebabkan kita bertolak ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan.Ini bertentangan dengan ajaran Islam!

6 February 2008 Posted by | Politik dan Dakwah | 2 Comments

   

%d bloggers like this: