Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Muhaddithin dan Fuqahak


Para Muhaddith akan menumpukan perhatian kepada sanad dan matan hadith, serta dari sudut status hadith. Mereka hanya memberi hukum kpd hadith sama ada diterima (maqbul) atau ditolak (mardud). Mereka tidak memberikan hukum dari sudut hukum hakam fiqh.

Manakala fuqahak, akan membincangkan dari sudut hukum hakam fiqh, dalil-dalil syarak yg digunakan, istidlal, wajah istidlal, serta kesimpulan hukum setelah berhujah berdasarkan metodologi mazhab. Hukum hakam wajib, sunat, harus, makruh dan haram adalah diambil daripada pandangan mereka, bukan pandangan muhaddith.

Berbeza dgn para mujtahid. Mereka menggabungkan antara disiplin ilmu hadith dan fiqh kerana mereka perlu berijtihad seperti Imam2 mazhab, Imam Nawawi, Imam Ibn Hajar, Imam Suyuti, dan seumpama mereka.

Kita pada zaman kini, tok sah duk perasan nk jadi mujtahid sbb kita tidak menguasai sepenuhnya kesemua ilmu alat.

Wallahu’alam.

Oleh: Ustaz Dr Mohd Murshid Mohd Noor

14/06/2021 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Hadis, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Ada pihak yg nak kaji ttg fiqh Imam al-Bukhari.

Ada pihak yg nak kaji ttg fiqh Imam al-Bukhari.

Kajian yg menarik. Cuma sebelum seseorang itu nk menceburi kajian ini, ia perlu terlebih dahulu mendalami fiqh dan usul fiqh dlm pelbagai mazhab.

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ada banyak menyentuh ttg fiqh Imam al-Bukhari menerusi karya ulasannya terhadap Sahih al-Bukhari iaitu Fath al-Bari. Beliau boleh dikatakan antara ulama terawal yg menyebut mengenai fiqh Imam al-Bukhari. Demikian juga biras kpd beliau iaitu Badr al-Din al-‘Ayni, turut menyentuh mengenai fiqh Imam al-Bukhari.

Imam al-Subki menganggap bahawa Imam al-Bukhari adalah bermazhab Shafi’i, lalu beliau memasukkan Imam al-Bukhari di dalam karyanya berjudul Tabaqat al-Shafi’iyyah al-Kubra. Tidak dinafikan bahawa terdapat ulama lain yg memasukkan Imam al-Bukhari dalam senarai tokoh selain mazhab Shafi’i, contohnya al-Qadi Muhammad bin al-Husayn al-Farra’ al-Hanbali di dalam karyanya Tabaqat al-Hanabilah, memasukkan Imam Bukhari sbg tokoh yg bermazhab Hanbali.

Kebanyakan kajian ttg fiqh Imam al-Bukhari utk zaman berikutnya dilakukan oleh para ulama yg berada di India. Banyak karya2 dihasilkan oleh mereka ttg itu, tetapi kebanyakannya adalah dlm Bahasa Urdu. Di kalangan ulama di negara Arab, ada juga yg mengkaji mengenai Manhaj Ijtihad Imam Bukhari seperti yg dilakukan oleh Dr Mu’adh Sa’id Hawwa.

Sekiranya kita membuka karya Sahih al-Bukhari, sememangnya terdapat banyak tarjamah bab dlm Sahih Bukhari yg menunjukkan mengenai syakhsiyyah fiqh beliau. Kebanyakan permasalahan fiqh yg masyhur, Imam Bukhari muwafaqah dgn mazhab Shafi’i. Boleh dikatakan bahawa ramai ulama yg berpendapat Imam al-Bukhari adalah di kalangan imam mujtahidin dlm fiqh.

Apa2 pun, bagi yg nak mengajar Sahih Bukhari kpd orang awam di Malaysia, disarankan agar merujuk kpd ulasan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani kerana huraian beliau adalah berdasarkan kpd hujah dlm mazhab Shafi’i. Hal ini kerana ulasan terhadap Sahih al-Bukhari oleh para pengulas karya hadith Sahih Bukhari, tidak hanya terbatas kpd ulama yg bermazhab Shaf’i sahaja, malahan ulama yg bermazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali turut mengulas hadith2 dlm karya tersebut.

Ada juga satu golongan di Malaysia ni, yg cuba nak ajar fiqh Imam Bukhari, tetapi fokus mereka hanya kpd permasalahan2 yg tampak berbeza dgn mazhab Shafi’i sahaja. Permasalahan seperti ini mereka suka highlightkan. Mungkin mereka ada agenda tertentu utk menimbulkan kekeliruan orang ramai utk bermazhab Shafi’i. Sedangkan banyak permasalahan yg masyhur di dlm fiqh, Imam al-Bukhari muwafaqah dgn mazhab Shaf’i. Jika berbeza sekalipun, mazhab Shafi’i ada hujah tersendiri yg dijelaskan secara terperinci oleh para ulama mujtahidin dlm mazhab al-Shafi’i.

Oleh yg demikian, kajian ttg fiqh Imam Bukhari adalah bagus, tetapi jgn ianya dicemari dgn agenda tersembunyi oleh pihak2 tertentu bagi mengelirukan orang ramai utk bermazhab, khasnya mazhab Shafi’i di Malaysia.

Wallahu’alam.

(Kredit: Ustaz Dr Mohd Murshidi Mohd Noor)

02/12/2020 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Informasi, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Pengajian Hadis Akan Tempang Tanpa Pengajian Fiqh

Ustaz Yunan A Samad

Pelajar hadis amatur selalunya berfikir hadis yang sahih perlu diamalkan tanpa sebarang bantahan sekalipun ianya bercanggah dengan fatwa mazhab yang diikuti. Antara hujah mereka, Allah menyuruh kita mengikut Nabi SAW menerusi sunnahnya yang sahih. Justeru, adalah “salah” seseorang muslim enggan mematuhi hadis sahih yang ditemuinya. Di samping kepercayaan mereka bahawa tidak boleh mengikut (bertaklid) manusia lain walau setinggi mana kedudukan ilmunya kerana beliau tidak maksum. Dalam hal ini, hanya Baginda SAW sahaja yang maksum.

Kefahaman seperti di atas, menghasilkan dua kekeliruan lazim. Pertama ; kena beramal dengan hadis sahih. Kedua; manusia diperintah untuk mengikut Nabi SAW bukannya imam mazhab tertentu.

Merungkaikan kekeliruan pertama, suka dinyatakan bahawa kenyataan “ASALKAN HADIS ITU SAHIH, MESTI SEGERA DIAMALKAN” adalah kurang tepat. Sebaliknya yang perlu dipersoalkan ialah “SEJAUHMANA HADIS SAHIH ITU BOLEH DIAMALKAN?”. Mari kita lihat asas-asas perbincangan berikut :

1). Perbincangan ulama hadis mengenai penerimaan sesebuah hadis untuk diamalkan amat bergantung kepada pelbagai syarat yang ditetapkan pada sanad dan matan hadis tersebut dan dalam hal ini adakah pensyaratan seseorang muhaddis telah diikuti sepenuhnya oleh semua muhaddis lain??. Jawapannya TIDAK kerana mereka tidak sepakat. Sukar untuk disepakati kerana terdapat syarat berkait dengan hadis (matan& sanad) dan berkait dengan kaedah usul ijtihad. Justeru itu, penentuan beramal dengan hadis tidak hanya terhenti pada pengetahuan status perawi yang boleh diselidiki dalam kitab Taqrib al-Tahzib al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (contoh) semata-mata.

2). Seterusnya, fungsi ilmu fiqh memberikan kefahaman lebih holistik ketika kita berinteraksi dengan hadis atau sunnah yang sahih. Perkara ini disedari oleh para ulama sejak awal lagi bahawa kesahihan status sesebuah hadis adalah satu hal yang berbeza dengan cara beramal dengan hadis sahih. Bukan semua yang dihukumkan sahih mesti diamalkan secara sembrono. Tidak!… kerana untuk beramal pula, terdapat kaedah dan syarat-syaratnya.

Kita boleh menyaksikan pada catatan Ibn Abi Khaysamah dalam Syarh Ilal al-Tirmizi dan Abu Nu’aim (1988) dalam al-Hilyah yang meriwayatkan daripada jalur Isa bin Yunus, daripada al-A’masyh daripada Ibrahim al-Nakha’i, katanya :

إني لأسمع الحديث ، فآخذ بما يؤخذ به وأدع سائره
Maksudnya : “Saya mendengar hadis, lalu melihat pada hadis mana yang diambil maka akan saya ambil dan meninggalkan selebihnya”

Ibn Abd al-Barr (1994) dalam Jami’ Bayan al-Ilm meriwayatkan daripada Qadhi Ibn Abi Laila berkata : “Seorang penuntut hadis tidak akan menjadi faqih sehingga ia (tahu) hadis mana yang perlu diambil dan ditinggalkan” (لَا يَفْقَهُ الرَّجُلُ فِي الْحَدِيثِ حَتَّى يَأْخُذَ مِنْهُ وَيَدَعَ)

Abu Nu’aym (1988) menceritakan Imam Abdul Rahman bin Mahdi pernah menyebut :

لَا يَجُوزُ أَنْ يَكُونَ الرَّجُلُ إِمَامًا حَتَّى يَعْلَمَ مَا يَصِحُّ مِمَّا لَا يَصِحُّ , وَحَتَّى لَا يَحْتَجَّ بِكُلِّ شَيْءٍ , وَحَتَّى يَعْلَمَ مَخَارِجَ الْعِلْمِ

Maksudnya : “Tidak harus bagi seseorang lelaki menjadi imam (tokoh) sehingga dia tahu hadis sahih dan tidak sahih, supaya dia tidak berhujah dengan semua hadis (secara random) dan sehingga dia tahu tempat ilmu itu keluarnya ilmu”.

Imam Abdullah bin Wahab, seorang ulama Malikiyyah berkata beliau berguru dengan tiga ratus enam puluh orang ulama. Jika bukan dengan bimbingan Malik dan al-Laith, sudah tentu beliau tersesat (لقيت ثلاثمائة عالم و ستين عالما و لولا مالك و الليث لضللت في العلم).

Maksud tersesat dalam ilmu hadis dalam pernyataan tersebut telah dijelaskan oleh Sheikh Muhammad Zahid al-Kawthari bukan bermakna sesiapa yang menceburi bidang hadis yang mulia itu akan menyeleweng. Abdullah bin Wahab menganggap beliau mungkin jadi “sesat” kerana setiap hadis yang datang daripada Rasulullah SAW perlu ditapis terlebih dahulu sebelum diamalkan kerana kebiasaannya terdapat banyak hadis yang menunjukkan hukum berbeza dalam satu masalah.

3). Apabila disebut pengajian fiqh, kita tidak boleh mengabaikan fiqh mazahib muktabar. Ini kerana institusi mazahib seperti mazhab Syafi’i (khususnya di Malaysia) berperanan menyusun hukum-hukum berkaitan ibadat & muamalat secara sistematik, konsisten dan menyeluruh dalam satu pengajaran ahkam syar’iyyah untuk diamalkan oleh orang awam. Institusi mazhablah yang tolong filter petunjuk hadis adakah ianya wajib atau sunat, haram atau makruh, sah atau batal, sempurna atau kurang. Jika tidak, petunjuk hadis itu akan berserakan sehingga sukar diamalkan oleh orang awam.

Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, untuk “beramal” dengan hadis sahih tertentu, ia mesti didahului dengan faktor “penerimaan” hadis itu terlebih dahulu. Bentuk penerimaan itu amat berkait dengan fiqh atau kefahaman fuqaha (yang majoritinya bermazhab) yang menilai sebuah hukum dalam hadis yang sahih adakah ia telah dimansuhkan atau diperincikan kondisinya oleh hadis lain. Hukum yang mansuh tidak boleh diamalkan, walaupun hadisnya sahih. Begitu juga terdapat sesetengah hadis ditinggalkan oleh imam mujtahid tertentu kerana mentarjihkan madlul hadis sahih lain untuk beramal. Perkara ini disedari oleh Imam Sufyan al-Thawri yang menekankan bahawa interpretasi (pentafsiran makna) hadis lebih baik daripada mendengarnya (تفسير الحديث خير من سماعه) (Ibn Abd al-Barr, 1994). Imam Abu Ali al-Naysaburi juga berkata kefahaman hadis lebih penting daripada hafazan (الفهم عندنا أجل من الحفظ).

Kepentingan kefahaman fiqh hadis dalam maksud di atas adalah merujuk kepada golongan awam yang bukan bertaraf ulama kerana dikhuatiri mereka tersalah aplikasi maksud (madlul) hadis pada tempat yang salah. Sheikh Muhammad Awwamah (1987) menceritakan pernah berlaku di Syria dahulu seorang lelaki yang menghukumkan sesiapa yang tidak membaca Fatihah dalam solat adalah kafir. Dia beranggapan solat tanpa fatihah oleh orang mazhab Hanafi yang solat berjemaah, adalah tidak sah. Tidak sah solat sama seperti tidak solat atau meninggalkan solat. Berdasarkan kefahaman songsangnya daripada sebuah hadis lain mengenai tanda kafir seseorang adalah tidak bersolat, maka rumusannya orang yang meninggalkan solat menjadi kafir dan boleh dibunuh.

Hal ini amat berbahaya bagi pelajar hadis amatur tanpa bimbingan ulama fiqh. Untuk golongan seperti inilah Imam Abdullah Ibn Wahab mensasarkan kenyataannya “hadis seumpama padang yang menyesatkan kecuali bagi fuqaha (yang mengetahui kaedah beramal dengan hukum syarak)”.

Berbeza dengan ulama hadis, para fuqaha mempunyai alasan kenapa tidak memperbanyakkan periwayatan hadis. Antaranya untuk mengelak kekeliruan dalam kefahaman masyarakat. Imam al-Syafi’i menceritakan pada satu hari gurunya, Imam Malik ditanya, “Sufyan bin Uyaynah mempunyai beberapa riwayat hadis daripada al-Zuhri yang tidak ada pada kamu?”. Malik menjawab : “Jikalau semua hadis yang aku dengar mesti disampaikan kepada semua orang, bermakna aku ingin menyesatkan mereka semua” (نا أَحْمَدُ بْنُ خَالِدٍ الْخَلَّالُ، قَالَ: سَمِعْتُ الشَّافِعِيَّ، يَقُولُ: قِيلَ لِمَالِكِ بْنِ أَنَسٍ: إِنَّ عِنْدَ ابْنِ عُيَيْنَةَ عَنِ الزُّهْرِيِّ، أَشْيَاءَ لَيْسَتْ عِنْدَكَ فَقَالَ مَالِكٌ: وَأَنَا كُلُّ مَا سَمِعْتُهُ مِنَ الْحَدِيثِ أُحَدِّثُ بِهِ النَّاسَ؟ أَنَا إِذًا أُرِيدُ أَنْ أُضِلَّهُمْ) (Al-Khatib, al-Jami’ li Akhlaq al-Rawi wa Adab al-Sami’, dalam Awwamah, 1987).

Para ulama muhaqqiqun menekankan bahawa aspek kefahaman yang betul perlu dipupuk terlebih dahulu supaya pengamalan hadis berjalan dengan harmoni. Al-Ramahurmuzi meriwayatkan dalam kitab al-Muhaddith al-Fasil dan al-Khatib dalam al-Faqih wa al-Mutafaqqih, Imam Malik menasihati dua orang saudaranya, Abu Bakar dan Ismail Ibn Abi Uwais dengan berkata “Aku melihat kamu berdua gemar mengumpul dan mendengar hadis. Jika kamu mahu menerima manfaat daripada ilmu hadis, maka kurangkan berbuat demikian dengan mendalami ilmu fiqh” (Teks asal berbunyi > حَدَّثَنَا مُصْعَبٌ الزُّبَيْرِيُّ قَالَ سَمِعْتُ مَالِكَ بْنَ أَنَسٍ، وَقَدْ قَالَ لِابْنَيْ أُخْتِهِ، أَبِي بَكْرٍ وَإِسْمَاعِيلَ ابْنَيْ أَبِي أُوَيْسٍ: «أُرَاكُمَا تُحِبَّانِ هَذَا الشَّأْنَ، وَتَطْلُبَانِهِ» يَعْنِي الْحَدِيثَ قَالَا: نَعَمْ قَالَ: إِنْ أَحْبَبْتُمَا أَنْ تَنْتَفِعَا وَيَنْفَعُ اللَّهُ بِكُمَا، فَأَقِلَّا مِنْهُ، وَتَفَقَّهَا).

Abu Nu’aim al-Fadhl Ibn Dukayn, salah seorang guru terkenal Imam al-Bukhari menceritakan pada satu hari beliau berjalan melintasi Zufar Ibn al-Huzail, seorang murid Imam Abu Hanifah. Zufar memanggil untuk mengajar beliau hadis mana yang perlu diambil dan mana yang perlu ditolak kerana ada yang menjadi nasikh dan ada telah dimansuhkan.

Terdapat banyak lagi rekod yang menunjukkan para fuqaha mengajar ahli hadis tentang penggunaan hadis sahih, antaranya kefahaman yang betul tentang madlul sesebuah hadis mesti diperolehi daripada para fuqaha muktabar. Penjelasan hal ini telah disampaikan dalam bentuk nasihat guru Imam Malik iaitu Sheikh Abu al-Zinad Abdullah bin Zakwan yang berbunyi :

وَايْمُ اللَّهِ إِنْ كُنَّا لَنَلْتَقِطُ السُّنَنَ مِنْ أَهْلِ الْفِقْهِ وَالثِّقَةِ، وَنَتَعَلَّمُهَا شَبِيهًا بِتَعَلُّمِنَا آيَ الْقُرْآنِ
Maksudnya : “Demi Allah, kami mengutip sunnah daripada ahli fiqh dan ahli siqah dan kami mempelajarinya sama seperti mempelajari al-Quran” (Ibn Abdil Barr, 1994).

Dr. HK
Jumaat, 18 Jan 2019
____________________________
Penjelasan ini KHUSUS untuk pembaca awam, pelajar amatur & siswa junior pengajian Islam BUKANNYA kumpulan sarjana syariah, hadis dan pakar ilmu-ilmu Islam bertaraf ulamak.

16/09/2019 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Apabila hukum dalam kitab Fiqh bercanggah dengan Hadith.

SOALAN

Kalau sesuatu hukum itu ada disebut dalam kitab feqh, namun becanggah dengan hadith , mana yang patut diutamakan ?. Mohon penjelasan yang terperinci dari al-fadhil ustaz.

JAWAPAN

1. Perlu kita tahu bahawa hukum hakam yang disebut didalam KITAB FEQH MUKTABAR adalah hukum hakam yang diambil daripada AL-QURAN dan AS-SUNNAH menurut penelitian dan kefahaman ulama muktabar.
.
1.1. Sebab itulah satu fitnah besar terhadap ulama muktabar apabila ada golongan yang tidar sedar diri, yang jumud, mengajak manusia supaya menolak feqh imam Syafii dan seumpamanya atas slogan kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.
.
1.2. Tanpa disedari golongan ini telah menyesatkan imam Syafei dan ulama yang seumpamanya, kerana dengan slogan tersebut seolah-olah feqh imam Syafii menyalahi al-Quran dan as-Sunnah.
.
1.3. Dari mana datangnya feqh imam Syafii dan feqh ulama yang seumpamanya klu tidak dari al-Quran dan as-Sunnah. insaflah wahai orang yang beraqal.
.
.
2. Berselisih pandangan didalam memahami nas-nas syara’ yang bersifat ZONNIY DILALAH adalah perkara biasa, akan tetapi syaratnya adalah perselisihan tersebut datang dari ahlinya. Bukan datang dari golongan yang ilmu tata bahasa arabnya pun masih gagal.
.
.
3. Maka dengan penjelasan ringkas diatas dapat kita faham bahawasanya pada hakikatnya hukum hakam yang disebut didalam kitab feqh muktabar sebenarnya ia di ambil dan difahami daripada al-Quran dan Hadith nabi saw melalui penelitian dan kefahaman ulama muktabar.
.
.
4. Nas-nas syara’ daripada al-Quran dan Hadith ada yang nasikh ( menghilangkan hukum yang sebelumnya ), ada yang mansukh ( dihilangkan hukumnya ), ada yang bersifat umum, ada yang bersifat khusus, ada yang bersifat mutlak, ada yang bersifat mukayyad, yang mana hal-hal ini bukanlah semua manusia dapat memahaminya dan mengetahuinya. Hanya ahlinya sahaja yang dapat memahami hal ini, iaitu orang yang telah melalui disiplin ilmu.
.
.
5. Kerana itulah kita sebagai orang awam apabila kita terjumpa ayat al-Quran atau terbaca satu hadith, kita tidak boleh terus mengambil hukum daripadanya jika kita bukan ahlinya.
.
5.1. mengambil hukum terus daripada hadith oleh bukan ahlinya akan membawa kepada kesesatan.

Kata imam Sufyan bin ‘Uyainah Rahimahullah :

الْحَدِيثُ مَضَلَّةٌ إلَّا لِلْفُقَهَاءِ

Terjemahan : “Hadith adalah tempat sesat melainkan bagi ulama fiqh.”

Kata imam Abdullah bin Wahb salah seorang murid imam malik Rahimahuma Allah :

الحديث مضلة إلا للعلماء

Terjemahan : ” Hadith adalah tempat sesat melainkan bagi ulama’.”
.
5.2. Hal ini dari kerana, untuk mengambil hukum-hakam dari nas-nas syara’ perlu melalui kaedah-kaedahnya.
.
5.3. Sebab itulah ulama usul dalam kitab usul feqh menyebut definisi usul feqh :

معرفَة دَلَائِل الْفِقْه إِجْمَالا، وَكَيْفِيَّة الاستفادة مِنْهَا، وَحَال المستفيد.

Terjemahan : ” Mengetahui dalil-dalil fiqh secara ijmal, cara memanfaatkan dalil tersebut, dan keadaan orang yang memanfaatkan dalil.”

[ نهاية السول 1/10 ]

(1) Tahu dalil-dalil fiqh secarab ijmal.
(2) Cara berdalil dengannya.
(3) Keadaan orang yang memanfaatkan dalil.
.
5.4. Tahu dalil-dalil sahaja masih lagi belum mencukupi, bahkan perlu pula tahu cara memahami dalil dan cara memanfaatkannya. Dalam hadith Abi Umamah nabi saw bersabda :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َأَنَّهُ قَال َ: خُذُوا الْعِلْمَ قَبْلَ أَنْ يَذْهَبَ . قَالُوا: وَكَيْفَ يَذْهَبُ الْعِلْمُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ، وَفِينَا كِتَابُ اللَّهِ؟ قَالَ: فَغَضِبَ، ثُمَّ قَالَ: ثَكِلَتْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ أَوَلَمْ تَكُنِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيلُ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ، فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمْ شَيْئًا ؟. إِنَّ ذَهَابَ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ، إِنَّ ذَهَاب
َ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ.

Terjemahan : ” Daripada Abi Umamah, daripada Rasulullah saw, bahawasanya baginda saw bersabda : Ambillah ilmu itu sebelum ia hilang. Para sahabat bertanya, Ya Rasulullah!, bagaimana hilangnya ilmu itu, sementara al-Quran masih lagi ada bersama kami?. kata abu Umamah : Rasulullah saw marah, lalu Rasulullah saw bersabda : semoga ibu kamu kehilangan kamu, Bukankah telah adanya kitab Taurat dan Injil di tangan Bani Israil, akan tetapi kedua kitab itu tidak dapat memberi manfaat kepada mereka sedikit pun?. Sesungguhnya hilangnya ilmu itu adalah disebabkan hilangnya para ahli ilmu (ulama). Sesungguhnya hilangnya ilmu itu adalah dengan cara hilangnya para ulama.”

[ HR ad-Darimi no.246 ( hadith hasan dengan syawahidnya) ]
.
5.5. Hadith diatas memberi maksud ada al-Quran masih lagi belum mencukupi, bahkan perlu ada ulama yang yang tahu cara mengambil hukum daripada al-Quran itu sendiri .

ALLAH Taala berfirman :,

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ .

Terjemahan : ” Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”

( An-Nahl: 43 )
.
.
6. Apabila kita jumpa satu hadith yang menyebut satu hukum, tiba-tiba kita dapati dalam kitab fiqh mazhab Syafii sebgai contoh hukumnya bercanggah pada zahirnya dengan apa yang disebut dalam hadith tersebut, maka dalam situasi ini kita perlu rujuk kepada ahlinya untuk kita tahu bagaimana untuk memahami hadith tersebut menurut pandangan Mazhab Syafii. jangan sekali-kali kita mengguna kejahilan kita lalu secara melulu kita menghukum apa yang disebut dalam kitab fiqh mazhab Syafii itu salah dan sesat.
.
6.1. Sebagai contoh : Dalam kitab feqh mazhab Syafii, Maliki dan Hanafi ada menyebut tentang berbekam tidak membatalkan puasa, sedangkan ada hadith menyebut :

أفطر الحاجم والمحجوم.

Terjemahan : ” batal puasa tukang bekam dan orang yang berbekam.”

[ HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah ]
.
6.2. Apabila dirujuk kepada Ulama-ulama mazhab Syafii, Maliki dan Hanafi ternyata bukan mereka tidak mengetahui tentang hadith diatas. bagaimana boleh mereka tidak mengetahui hadis di atas sedangkan didalam setiap mazhab itu ada Ratusan ulama-ulama hadith. akan tetapi mereka melihat kepada hadith-hadith lain, antaranya :

َعَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ اَلنَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم : احْتَجَمَ وَهُوَ مُحْرِمٌ, وَاحْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ.

Terjemahan : ” Dari Ibni Abbas r.anhuma bahawasanya Nabi saw berbekam semasa ihram dan Nabi saw berbekam semasa baginda saw berpuasa.”

[ HR Al-Bukhari dalam sahihnya ]

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة.

Terjemahan :” Dari abi sa’id Al-khudriy r.a. beliau berkata : Rasulullah saw membenarkan cium (isteri) dan berbekam bagi orang yang berpuasa”.

[ HR Ad-Darqutni 2/183, dan beliau berkata : ” Perawinya semuanya thiqah”. ]
.
6.3. Bermaknanya, ulama-ulama diatas berpendapat Hadith yang menyebut batal puasa dengan berbekam dinasakhkan hukumnya oleh hadith Ibni Abbas dan Abi Sa’id Al-khudriy dengan alasan-alasan mereka tersendiri.

Berkata Imam ibnu Abdil Barr Rahimahullah didalam kitab الاستذكار juz.10 hlm.125 :

والقول عندي في هذه الأحاديث أن حديث ابن عباس : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم احتجم صائماً محرماً، ناسخ لقوله : أفطر الحاجم والمحجوم …

Terjemahan : ” Pandangan aku berkenaan hadith-hadith ini bahawasanya hadith Ibni Abbas (rasulullah saw berbekam sedangkan baginda sedang berpuasa dan sedang ihram) ia menasakhkan sabda nabi saw : ( tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya)”.
.
.
KESIMPULAN
.
.
Sekiranya ada sesuatu hukum itu disebut dalam kitab muktabar berbeza dengan apa yang disebut didalam hadith nabi saw maka kita sebagai orang awam jangan terlalu cepat menyalahkan dan menyesatkan kitab fiqh muktabar tersebut.

Langkah yang sepatutnya diambil oleh orang awam adalah medahulukan hukum yang disebut didalam kitab fiqh muktabar melalui huraian guru, berbanding dengan hadith yang hanya difahami dengan otak sendiri yang di ambil dari terjemahannya sahaja. Hal ini bukan bermakna kita menolak hadith, tetapi ia memberi maksud kita menyerahkan huraian hadith tersebut kepada ahlinya.

Untuk meyakinkan lagi bagaimana cara huraian sebenar untuk hadith tersebut adalah berjumpa dan bertanyakan ulama muktabar yang pernah melalui disiplin ilmu yang mempunyai sanad yang bersambung kepada ulama ulama mazhab Syafii sebagai contoh.

Jangan kita bertanya kepada golongan yang tidak pernah melalui disiplin ilmu feqh, disiplin ilmu usul feqh, dan golongan yang tidak melalui pengajian ilmu hadith secara dirayah daripada ulama muktabar yang mempunyai sanad yang bersambung sampai kepada Rasulullah saw.

Ini kerana golongan yang tidak duduk bertalaqi dari ulama yang mempunyai sanad yang bersambung sampai kepada ulama-ulama muktabar sehingga kepada Rasulullah saw ia tidak mempunyai nasab ilmu, sebab itulah dalam hati mereka tidak mempunyai perasaan sifat belas kasihan dan sentiasa berburuk sangak terhadap nenek moyang pada sudut ilmu, maka tidak hairanlah akhlak mereka buruk dan tidak beradab terhadap ulama-ulama muktabar dahulu.
.
.
والله أعلم بالصواب

وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات

أبو أسامة محمد حنفية بن الحاج حسين

مدير مركز الدراسات الإسلامية ببوكيت كيجغ كماسيك ترنجانو.

(Dari FB Ustaz Yunan A Samad)

22/07/2019 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Hadis, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | , | Leave a comment

HATI HATI DGN ASATIZAH YG MENGUPAS MASALAH FIQH HANYA DGN MERUJUK HADITH

Tempat yang betul untuk mengambil hukum hakam dalam masalah fiqh ialah daripada kitab-kitab fiqh, bukan hanya memadai daripada kitab-kitab syarahan hadis. Ini kerana dalam kitab syarah hadis biasanya tidak diterangkan sesuatu permasalahan dengan terperinci dan tidak diberitahu adakah hukum itu muktamad/rajih dalam mazhab atau tidak muktamad/marjuh.

Bahkan seringkali juga berlaku ketidak tepatan nukilan sesuatu permasalahan daripada mazhab tertentu dalam kitab syarah hadis disebabkan pengarangnya bukan bermazhab dengan mazhab tersebut, bukan kerana pengarangnya tidak jujur. Perkara ini jelas bagi sesiapa yang biasa menelaah kitab-kitab syarah hadis.

Justeru masalah fiqh mazhab Syafii hendaklah dirujuk kitab fiqh Syafii, mazhab Hanafi daripada kitab fiqh Hanafi, dan begitulah seterusnya.

Pengalaman ketika belajar di Pakistan dahulu, para ustaz akan menerangkan ikhtilaf mazhab dalam hadis yang berkaitan masalah fiqh. Setelah diterangkan ikhtilaf antara para imam mazhab, mereka akan mentarjihkan mazhab Hanafi dengan mendatangkan dalil-dalilnya, disebabkan mereka bermazhab Hanafi. Namun mereka tetap menghormati mazhab-mazhab lain.

Seringkali berlaku apabila mereka menukilkan pendapat mazhab Syafii kemudian dimarjuhkan, dinukilkan pendapat yang tidak muktamad. Kadang-kadang qaul qadim pun dinukilkan, sedangkan kita yang bermazhab Syafii pun tak pernah pegang pendapat tu, bahkan tak pernah dengar pun diamalkan. Ini berpunca daripada hanya memadai melihat nukilan sesuatu mazhab daripada kitab syarah hadis.

Di sini ada beberapa faedah dapat diambil,

1. Rujuk masalah fiqh daripada kitab fiqh mazhab

2. Rujukan mazhab tertentu daripada ulama mazhab tersebut صاحب البيت أدرى بما فيه

3. Dinasihatkan sebaik-baiknya sesiapa yang nak pergi belajar di negara luar terutamanya negara yang mengamalkan mazhab lain supaya belajarlah dahulu ilmu-ilmu alat, fiqh dan usul fiqh daripada para ulama’ tempatan. Selepas dah kuasai dengan baik, pergilah ke mana pun, supaya dia tidak gopoh menyalahkan ulama tempatan bila pulang nanti.

4. Para ulama India dan Pakistan secara umumnya bermazhab Hanafi, dan mereka juga belajar kitab-kitab hadis, kutub sittah dan lain-lain. Namun mereka tidak pun meninggalkan mazhab mereka atau menyalahkan mazhab mereka, walaupun belajar tinggi dalam bidang hadis. Sebabnya ialah mereka belajar dari bawah ke atas, pengajian kutub sittah dipelajari pada tahun Daurah Hadis iaitu tahun akhir. Bukan terus lompat ke atas tanpa melalui anak-anak tangga bawah. Peliknya ada orang bila belajar kitab hadis, terus tak nak bermazhab dan menyalahkan imam-imam mazhab.

والله أعلم، وبالله التوفيق

(Ustaz Abdullah Amir)

08/07/2019 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | | 1 Comment

Fiqh Al-Awlawiyyat

 

FIQH AL-AULAWIYYAT

Pendahuluan

Satu prinsip penting dan perlu diberi perhatian serius dalam melaksanakan tugas ijtihad semasa seperti mana yang dianjurkan oleh para ulama tajdid ialah “Fiqh al-Aulawiyyat.” Ia secara umum bererti prinsip keutamaan dalam menyatukan atau melaksanakan hukum.

Kata Yusuf al-Qardhawi, apa yang dimaksudkan ialah meletakkan sesuatu pada kedudukannya secara adil.

Kemudian menentukan keutamaan masing-masing berasaskan kepada pertimbangan syarak yang betul dengan berpandukan kepada bimbingan wahyu dan akal. Dengan demikian, yang tidak penting tidaklah diutamakan daripada yang penting, begitu juga yang penting tidak diutamakan daripada yang lebih penting. Tetapi sebaliknya, diutamakan apa yang patut diuatamakan dan dikemudiankan apa yang sepatutnya dikemudiankan, tidak diperbesarkan yang kecil, tidak meremehkan yang penting. Semua perkara diletakkan pada tempatnya berpandukan ukuran keadilan tanpa prejudis atau berat sebelah.

Dalam tugasan ini, kami memfokuskan perbincangan Fiqh Al-Aulawiyyat kepada konsepnya, kepentingan mengaplikasikan Fiqh Al-Aulawiyyat dalam mengamalkan ajaran Syariah Islam dan garis panduan Syarak yang diperlukan dalam mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat dalam kehidupan.

Prinsip

“Fiqh Al-Aulawiyyat” atau “Prinsip Keutamaan” ini berasaskan kepada prinsip tertentu dalam Syariat Islam. Ia boleh dirumuskan dalam hakikat bahawa nilai hukum, amalan dan tugasan (taklif) mempunyai kategori-kategori yang berbeza-beza antara satu sama lain pada pandangan syarak. Ambil sahaja “perbuatan” sebagai contoh. Di dalamnya terdapat pelbagai kategori yang tidak sama antara satu sama lain. Di antara perkara-perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama, ada yang merupakan perkara asasi (asli), di samping ada pula yang menjadi perkara cabang (far’i), ada yang termasuk ke dalam perkara pokok (rukun), selain ada pula yang termasuk ke dalam perkara pelengkap, ada yang menjadi perkara primary, selain ada pula yang dianggap secondary, dan begitulah selanjutnya.

Dalam al-Quran, prinsip ini dapat dilihat seperti yang terdapat dalam firman Allah:

Maksudnya: “Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil Haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa iman itu ada lebih tujuh puluh cabang. Yang paling tinggi ialah mengucap dua kalimah syahadah dan yang paling rendah ialah menghapuskan bahaya daripada jalan raya.

Selain itu, dalam kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w., mereka merupakan orang-orang yang sangat mengambil berat untuk mengetahui perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang sangat diutamakan, supaya mereka dapat menjadikannya sebagai wasilah untuk melakukan taqarrub kepada Allah S.W.T. Oleh kerana itu, mereka kerap kali bertanya kepada Baginda S.A.W. mengenai perbuatan-perbuatan yang paling diutamakan dan disukai Allah Taala, seperti soalan yang telah diajukan oleh Abdullah Ibn Mas’ud, Abu Dzar al-Ghiffari r.a. dan selainnya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan jawapan yang diberikan sendiri oleh Baginda s.a.w. ke atas pertanyaan-pertanyaan mereka.

Sebagai contoh, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :

“Solat berjemaah lebih utama dua puluh tujuh darjat daripada solat bersendirian.” Baginda juga pernah bersabda: “Berdiri di medan jihad (ribat) sehari semalam, lebih utama (ganjarannya) daripada puasa dan qiamullail (solat malam) sebulan lamanya.”

Dalil-dalil tersebut menjelaskan perbezaan tangga dan darjat satu amalan ke atas amalan yang lain. Sesiapa yang mengkaji ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. mengenai perkara ini, sama ada ianya merupakan jawapan kepada pertanyaan ataupun penjelasan mengenai hakikat sesuatu perkara, nescaya mendapati bahawa ayat-ayat tersebut-telah dengan jelas- meletakkan asas-asas dan ukuran tertentu mengenai perkara-perkara yang mesti diutamakan dan didahulukan daripada yang lainnya, sama ada perkara itu terdiri daripada perbuatan, percakapan, nilai-nilai ataupun semua kewajipan yang telah ditetapkan ke atas setiap Muslim.

Di samping kenyataan-kenyataan tentang amalan-amalan baik yang perlu diutamakan dalam melakukannya, terdapat juga kenyataan-kenyataan tentang amalan jahat yang perlu diutamakan dalam meninggalkannya. Malah terdapat juga kenyataan-kenyataan tentang siapa lebih baik dalam kalangan umat manusia, misalnya orang yang berilmu, orang yang berjihad dan sebagainya. Bagaimanapun, ia bukanlah prinsip hukum yang substantif. Sebaliknya ia hanyalah prosedur amalan semata-mata. Dari segi teori, tidak ada asas untuk membatalkan hukum yang ditentukan tanpa mengambil kira Al-Aulawiyyat, atau keutamaan ini. Kecualilah jika ia bertentangan secara jelas dengan al-Quran, al-Sunnah, ijma’ atau qiyas, atau prinsip-prinsip lain yang dikira asas dalam teori perhukuman Islam. Cuma melaksanakan hukum seperti itu boleh disifatkan sebagai tidak bijak kerana bertentangan dengan prinsip keutamaan (Al-Aulawiyyat).

Selain daripada itu, “Aulawiyyat” atau “keutamaan” itu sendiri merupakan suatu konsep yang fleksibel. Ia berasaskan kepada banyak faktor yang berubah-ubah, baik dari segi fakta mahupun penilaian. Suatu nilai atau keperluan yang dilihat sebagai lebih utama (aula) pada suatu masa, ketika dan suasana, mungkin dilihat sebaliknya pada masa, ketika dan suasana yang berbeza. Begitu juga, sesuatu yang boleh dikira sebagai “utama” dan “aula” bagi seseorang, suatu kumpulan atau masyarakat, mungkin sebaliknya bagi seseorang, suatu kumpulan atau masyarakat yang lain.

Berasaskan kepada hakikat tersebut, keutamaan atau Aulawiyyat tidak boleh ditentukan semata-mata berdasarkan kepada satu dimensi sahaja. Ia perlu dilihat daripada pelbagai dimensi, dan dengan mengambil kira berbagai-bagai pra-syarat. Kegagalan memenuhi syarat dan pra- syarat itu, sesuatu yang mungkin sebenarnya tidak perlu diutamakan (tidak aula) dilihat sebagai perlu diutamakan (aula) dan mungkin yang sebenarnya perlu diberi keutamaan dilihat sebagai tidak utama.

Konsep Fiqh Al-Aulawiyyat

Fiqh bermaksud kefahaman. Al-Aulawiyyat pula bererti keutamaan. Jadi, rangkai kata fiqh al-aulawiyyat bermaksud keutamaan dalam melakukan sesuatu, baik antara sesuatu itu sendiri dan sesuatu yang lain, atau antara perkara-perkara dalam sesuatu yang hendak dilakukan itu sendiri. Selain itu, ia juga boleh diertikan sebagai meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, sama ada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia.

Secara prinsipnya, Fiqh al-Aulawiyyat mencadangkan keperluan mengutamakan yang lebih utama dalam melaksanakan hukum dan nilai-nilai Islam. Kerana, meskipun semua perbuatan baik itu secara umumnya digalakkan, namun di antara satu kebaikan dengan satu kebaikan yang lain wujud perbezaan keutamaan dalam melakukannya, sama ada pada hakikatnya sendiri atau dalam hubungannya dengan situasi berkenaan. Begitulah juga semua keburukan itu secara umumnya ditegah melakukannya. Namun di antara satu keburukan dengan satu keburukan yang lain ada perbezaan keutamaan dalam menjauhkannya. Perkara yang paling penting mesti didahulukan dan diutamakan, kemudian yang penting, kurang penting dan selanjutnya, mengikut pandangan syariat Islam yang bersumber daripada Wahyu Ilahi dan berfungsi sebagai petunjuk kepada akal fikiran manusia. Wahyu tersebut merupakan cahaya yang menerangi jalan akal fikiran manusia

Dengan demikian, maka perkara yang kurang penting tidak boleh didahulukan ke atas perkara yang penting, dan perkara yang penting tidak boleh diutamakan ke atas perkara yang sangat penting. Perkara yang paling utama dan sangat penting mesti diletakkan di urutan tangga teratas dan harus didahulukan daripada perkara yang berada di urutan selanjutnya. Begitu juga perkara yang semestinya diutamakan wajib didahulukan dan perkara yang mesti diakhirkan wajib diletakkan di tempat yang terakhir. Perkara kecil tidak boleh diperbesar-besarkan, dan perkara yang penting tidak boleh dipandang remeh. Dengan kata lain, segala sesuatu itu mesti diletakkan pada kedudukan dan tempatnya secara adil dan sesuai mengikut pandangan Syariat Islam, tanpa adanya mana-mana bahagian yang dirugikan ataupun diabaikan.

Bagaimana pun, pengutamaan tidak boleh dibuat dengan begitu sahaja. Ia memerlukan kefahaman yang mendalam tentang asas dan kaedah perbandingan. Dalam pengajian hukum Islam, kefahaman ini disebut sebagai Fiqh al-Muwazanat. Ia bermaksud kefahaman dan kemahiran membanding dan membezakan antara perkara-perkara.

Kepentingan Pengaplikasian Fiqh Al-Aulawiyyat Dalam Mengamalkan Ajaran Syariah Islam. Fiqh Al-Aulawiyyat sangat perlu untuk diaplikasikan dalam mengamalkan ajaran Syariah Islam. Ia diperlukan kerana bencana yang menimpa kebanyakan jemaah Islam hari ini adalah disebabkan hilangnya Fiqh Al-Aulawiyyat dalam membuat sesuatu perkara. Kebanyakan daripada mereka menumpukan kepada persoalan cabang berbanding persoalan asas, persoalan juz’iyyah berbanding kulliyyah dan persoalan yang diperselisihkan oleh ulama, berbanding yang telah diittifaq oleh mereka.

Melalui Fiqh Al-Aulawiyyat, kita dapat mengetahui mana satukah persoalan yang patut ditumpukan terlebih dahulu baik dari sudut usaha mahu pun dari sudut waktu, berbanding amalan-amalan lain. Kita juga dapat mengetahui mana satukah musuh yang perlu dihadapi terlebih dahulu dan menumpukan serangan terhadap mereka, serta mana satukah peperangan yang perlu dimulakan terlebih dahulu. Manusia pada pandangan Islam ada beberapa jenis, iaitu orang-orang Islam, kafir dan juga munafik. Orang-orang Islam ada yang jahil dan ada juga yang khianat. Orang-orang kafir ada yang berdamai dengan Islam, dan ada juga yang memerangi Islam. Ada yang hanya kafir sahaja dan tidak melakukan apa-apa angkara terhadap Islam, dan ada di antara mereka yang kafir dan menghalang manusia dari jalan Allah. Orang-orang munafik pula, ada yang nifaknya kecil dan ada yang besar. Terhadap siapa kita patut mula bersemuka? Aspek manakah yang lebih utama diamalkan? Perkara apakah yang patut diraikan terlebih dahulu? Semua ini memerlukan kepada pengaplikasian Fiqh Al-Aulawiyyat untuk mengutamakan sesuatu prioriti.

Selain itu, melalui Fiqh Al-Aulawiyyat, kita dapat mengetahui kewajipan semasa, kemudian kita mendahulukan kewajipan itu dan memberikan haknya berbanding kewajipan-kewajipan yang lain. Kita sesekali tidak boleh melewatkan perlaksanaannya, kerana dengan berbuat demikian, kita telah melepaskan kesempatan yang tidak dapat diganti kecuali setelah melibatkan zaman yang begitu lama dan kadang-kadang langsung tidak berganti.

Garis Panduan Syarak Yang Diperlukan Dalam Mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat dalam Kehidupan.

Untuk mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat dalam kehidupan, terdapat beberapa garis panduan Syarak yang perlu diikuti. Sebelum itu, perlu dijelaskan di sini bahawa Fiqh Al-Aulawiyyat mempunyai hubungan yang kuat dengan beberapa jenis fiqh yang lain, iaitu:

i. Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Muwazanat (Fiqh Pertimbangan).

ii. Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Maqasid (Maksud Syariat Ilmu Fiqh).

iii. Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Nusus (Fiqh Nas al-Quran dan as-Sunnah).

Jadi, dalam mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat, perlulah ianya dihubung dan dikatkan dengan jenis-jenis fiqh ini.

Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Muwazanat (Fiqh Pertimbangan)

Fiqh al-Aulawiyyat berhubungan langsung dengan Fiqh al-Muwazanat. Mengikut Yusuf Al-Qaradhawi, ada tiga asas pokok di mana perbandingan perlu dibuat sebelum dibuat keputusan tentang keutamaan mengikut prinsip Fiqh al-Aulawiyyat. Asas-asas tersebut ialah:

1. Melakukan perbandingan antara pelbagai al-Masalih (kemaslahatan) atau al-Manafi’ (kemanfaatan), atau pun perbandingan semua kebaikan yang diperintahkan antara satu dengan yang lainnya. Ini bertujuan untuk menentukan mana yang terbaik antara yang baik-baik bagi diutamakan dalam melaksanakan atau melakukannya.

2. Melakukan perbandingan antara pelbagai al-Mafasid (kemafsadatan atau kebinasaan) atau al-Madar (kemudaratan), atau pun perbandingan semua kemudaratan yang dilarang antara satu dengan yang lainnya. Tujuannya ialah untuk menentukan mana yang terburuk antara yang buruk. Semuanya bagi diutamakan dalam menegah atau menjauhinya.

3. Melakukan perbandingan antara pelbagai al-Masalih (kemaslahatan) dan al-Mafasid (kemafsadatan), atau pun perbandingan antara semua kebaikan yang diperintahkan dan kemudaratan (kejahatan) yang dilarang, apabila terjadi pertembungan di antara kedua-duanya. Ini bertujuan untuk menentukan keutamaan melakukan yang baik atau menjauhkan yang buruk apabila kedua-dua nilai baik dan buruk itu ada dalam satu perbuatan atau keadaan yang sama.

Melakukan Pertimbangan Di Antara Pelbagai Al-Masalih (Kemaslahatan)

Para ulama Usul menjelaskan bahawa Al-Masalih (Kemaslahatan) terdiri daripada tiga peringkat, iaitu:

I. Al-Daruriyyat (Perkara yang darurat)

II. Al-Hajiyyat (Perkara yang diperlukan)

III. Al-Tahsiniyyat (Perkara yang menjadi pelengkap)

Al-Daruriyyat adalah perkara yang mutlak diperlukan untuk kehidupan manusia. Al-Hajiyyat pula ialah perkara yang apabila ianya tiada, maka kehidupan manusia akan menjadi sangat susah, sementara Al-Tahsiniyyat merupakan perkara pelengkap yang menjadi hiasan tambahan di dalam kehidupan dan dengan keberadaannya, maka kehidupan manusia akan menjadi lebih sempurna.

Dengan itu, Fiqh Al-Muwazanat dan seterusnya Fiqh Al-Aulawiyyat menuntut kita untuk :

Mendahulukan perkara-perkara yang termasuk ke dalam Al-Daruriyyat (darurat) ke atas perkara-perkara yang termasuk ke dalam Al-Hajiyyat (keperluan), juga ke atas perkara yang termasuk ke dalam Al-Tahsiniyyat (pelengkap). Kita juga dituntut untuk mengutamakan perkara Al-Hajiyyat ke atas perkara Al-Tahsiniyyat atau pun yang bersifat sebagai pelengkap dan penyempurna sahaja.

Para ulama Usul menjelaskan bahawa perkara Al-Daruriyyat terbahagi kepada lima bahagian, iaitu : memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta benda. Sebahagian ulama menambah peringkat keenam, iaitu: memelihara nama baik.

Memelihara kemurnian agama adalah merupakan perkara darurat yang paling utama dan penting. Ianya mestilah didahulukan ke atas perkara-perkara darurat yang lain, hatta jiwa sekali pun. Begitu juga memelihara keselamatan jiwa mesti diutamakan dan didahulukan ke atas perkara-perkara darurat yang selebihnya.

Kemudian, di dalam melakukan pertimbangan dan perbandingan di antara pelbagai Al-Masalih (kemaslahatan), maka ketentuan berikut perlu diikuti :

1. Mengutamakan kemaslahatan yang telah diyakinkan terjadinya ke atas kemaslahatan yang belum dapat diyakinkan berlakunya.

2. Mengutamakan kemaslahatan yang besar ke atas kemaslahatan yang kecil.

3. Mengutamakan kemaslahatan jamaah (orang ramai) ke atas kemaslahatan seseorang individu.

4. Mengutamakan kemaslahatan golongan yang lebih banyak ke atas kemaslahatan golongan yang lebih sedikit.

5. Mengutamakan kemaslahatan yang kekal dan abadi ke atas kemaslahatan yang bersifat sementara dan terhad.

6. Mengutamakan kemaslahatan yang asasi dan mendasar ke atas kemaslahatan sampingan dan pinggiran.

7. Mengutamakan kemaslahatan masa depan yang kuat ke atas kemaslahatan sekarang yang lemah.

Sebagai contoh, semasa Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah S.A.W. lebih mengambil berat dan mengutamakan kepentingan asasi dan isi serta yang terpenting untuk masa hadapan daripada kemaslahatan sementara yang nampak pada pandangan kebanyakan sahabat ketika itu. Dalam perjanjian tersebut, Rasulullah S.A.W. telah menerima beberapa syarat daripada pihak Kafir yang jika sekilas pandang seolah-olah merugikan dan merendahkan pihak kaum Muslimin. Di antaranya, Rasulullah S.A.W. menerima untuk memadamkan bacaan Bismillah daripada naskhah perjanjian dan diganti dengan kalimah Bismika Allahumma, dan nama Muhammad, Rasulullah diganti dengan Muhammad Ibn Abdullah. Hasilnya, setelah termeterainya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat dapat bergerak dengan bebas dan masuk ke dalam daerah-daerah musuh untuk menyebarkan risalah Islam, sama ada di kalangan rakyat awam atau pun keluarga para raja dan pembesar negeri.

Pertimbangan Al-Mafasid (Kemafsadatan) Atau Al-Madar (Kemudaratan) Antara Satu Sama Lain. Kemafsadatan (kerosakan) dan kemudaratan tidak semuanya berada dalam peringkat dan darjat yang sama, tetapi ianya berbeza-beza dan berperingkat-peringkat. Kemafsadatan yang menghalangi perkara Al-Daruriyyat (darurat) tidak sedarjat dengan yang menghalangi perkara Al-Hajiyyat (keperluan) dan juga tidak sedarjat dengan yang menghalangi perkara Al-Tahsiniyyat (pelengkap dan penyempurna).

Kemafsadatan (kerosakan) yang menimpa harta benda lebih rendah darjatnya daripada yang menimpa jiwa, dan kerosakan yang menimpa jiwa lebih rendah darjatnya daripada yang menimpa agama dan aqidah.

Kesimpulannya, Al-Mafasid (kerosakan) dan Al-Madar (kemudaratan) itu berbeza-beza dan berperingkat-peringkat, tidak berada pada darjat yang sama. Oleh kerana itu, para ulama Usul Fiqh telah mengambil beberapa kaedah hukum. Antaranya ialah :

لا ضرر ولا ضرار

Maksudnya: “Dilarang menyebabkan timbulnya kemudaratan (kerosakan / kerugian), dan dilarang membalas balik kemudaratan / kerugian kepada orang lain.”

الضرر يزال بقدر الامكان

Maksudnya: “Kemudaratan (kerosakan / kerugian) mesti dihalangi terjadi, sekadar kemampuan.”

الضرر لا يزال بضرر مثله أو أكبر منه

Maksudnya: “Kemudaratan itu tidak boleh dihalangi dengan melakukan kemudaratan (kerosakan) yang seumpama atau yang lebih besar daripadanya.”

يرتكب أخف الضررين وأهون الشرين

Maksudnya: “Apabila ada dua kemudaratan, maka dibolehkan melakukan (kerosakan / kerugian) yang lebih kecil dan lebih kurang akibatnya.”

يتحمل الضرر الأدنى لدفع الضرر الأعلى

Maksudnya: “Untuk menghalangi kemudaratan yang lebih besar, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil.”

يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام

Maksudnya: “Untuk menghalangi kemudaratan yang akan menimpa orang ramai, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang akan menimpa seseorang peribadi.”

Pertimbangan Antara Al-Masalih (Kemaslahatan) Dan Al-Mafasid (Kerosakan) Apabila Terjadi Pertembungan Antara Keduanya. Apabila terjadi pertembungan antara kemaslahatan dan kerosakan atau kemanfaatan dan kemudaratan dalam sesuatu perkara, maka perlulah melakukan pertimbangan di antara kedua-duanya. Keputusan yang diambil adalah mengikut kadar yang lebih banyak dan majoriti kerana kadar majoriti boleh menentukan hukum bagi keseluruhan bahagian. Apabila kadar kerosakan lebih tinggi dan lebih banyak daripada kadar kemanfaatan dan kebaikan di dalam sesuatu perkara, maka perkara tersebut dilarang dan ditegah daripada melakukannya. Ada pun manfaat dan kebaikan sedikit yang ada di dalamnya tidak diambil kira dan mesti diabaikan. Prinsip inilah yang telah disebutkan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran ketika memberikan jawapan mengenai masalah minuman keras dan kegiatan perjudian. Firmannya:

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…"

Begitu jugalah sebaliknya, apabila kadar kemanfaatan dan kebaikan lebih besar dan lebih banyak daripada kadar kerosakan dan kemudaratan di dalam sesuatu masalah, maka masalah tersebut diharuskan dan dibolehkan mengikut pandangan Syariat Islam. Ada pun faktor kerosakan dan kemudaratan yang sangat sedikit tadi dikira tidak ada dan mesti diabaikan. Dalam kaitan ini, para ulama Usul telah menetapkan beberapa kaedah dan panduan. Antaranya ialah :

درأ المفسدة مقدم على جلب المصالح

Maksudnya: “Mencegah kerosakan mesti diutamakan daripada memetik kemaslahatan (kebaikan).”

المفسدة الصغيرة تغتفر من أجل المصلحة الكبيرة

Maksudnya: “Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang kecil dibolehkan demi untuk mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang besar.”

تغتفر المفسدة العارضة من أجل المصلحة الدائمة

Maksudnya: “Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang bersifat sementara dibolehkan demi untuk mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang bersifat abadi.”

لا تترك مصلحة محققة من أجل مفسدة متوهمة

Maksudnya: “Kemaslahatan (kebaikan) yang diyakini kewujudannya tidak boleh ditinggalkan kerana Al-Mafsadah (kerosakan) yang masih berupa angan-angan.”

Sesungguhnya fiqh pertimbangan dan perbandingan (Fiqh Al-Muwazanat) seperti ini adalah sangat berguna dan bermanfaat bagi realiti kehidupan masyarakat kaum Muslimin pada zaman moden, khususnya perkara-perkara yang bersangkutan dengan Al-Siasah Al-Syar’iyyah (mengatur kehidupan dunia mengikut lunas-lunas Syariat Islam) kerana ianya merupakan dasar dan asas bagi kehidupan sosio-politik kaum Muslimin, begitu juga mereka sangat berhajat untuk memahami fiqh keutamaan (Fiqh Al-Aulawiyyat).

Hubungan Fiqh Al-Aulawiyyat Dengan Fiqh Al-Maqasid (Memahami Objektif Syarak)

Fiqh Al-Aulawiyyat juga mempunyai kaitan yang rapat dengan Fiqh Al-Maqasid (memahami objektif Syarak). Para jumhur ulama telah bersepakat bahawa hukum-hakam Syarak itu mempunyai illat (sebab dan alasan), dan di sebalik semua illat tersebut mengandungi maksud-maksud dan tujuan-tujuan tertentu yang hendak dicapai. Perkara-perkara yang termasuk ke dalam ibadah Al-Mahdah (semata-mata ibadah) juga mempunyai tujuan dan maksud tersendiri. Kerana itu, Al-Quran menerangkan tentang tujuan dan maksud ibadah solat misalnya, iaitu untuk mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sementara kewajipan zakat untuk mensucikan hati dan membersihkan harta, dan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan adalah supaya menjadi orang-orang yang bertakwa. Fardu haji pula supaya mereka menyaksikan kemanfaatan baginya dan supaya mereka sentiasa menyebut nama Allah.

Kefahaman yang baik mengenai ajaran Allah ialah apabila kita dapat mengenali dan memahami maksud dan tujuan Ilahi dalam menentukan perintah-perintah-Nya. Dengan demikian, kita berupaya untuk mengamalkan dan mencapai tujuan tersebut sehingga kita tidak bersikap keras terhadap diri sendiri atau pun kepada orang lain mengenai perkara-perkara yang tidak menjadi tujuan dan maksud Syariat itu sendiri.

Perkara yang sangat penting dalam masalah ini ialah bagaimana kita membezakan antara tujuan yang tetap dan wasilah (jalan) yang berubah-ubah. Dari sudut yang pertama, kita mesti bersikap keras dan teguh laksana teguhnya besi dan pada sudut yang kedua, kita mestilah bersikap lembut selembut sutera.

Hubungan Fiqh Al-Aulawiyyat Dengan Fiqh Al-Nusus (Fiqh Nas Al-Quran dan As-Sunnah)

Fiqh Al-Aulawiyyat turut mempunyai hubungan yang erat dengan Fiqh Al-Nusus (Nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah) yang menjelaskan mengenai hukum-hakam yang juz’i (cabang) yang telah memiliki hubungan langsung dengan Al-Maqasid Al-Kulliyyah (tujuan-tujuan umum) dan Al-Qawaid Al-‘Ammah (kaedah-kaedah hukum umum). Dengan cara ini, maka hukum-hukum furu’ (cabang) akan ditinjau kembali melalui kaedah-kaedah umum dan hukum asalnya. Satu perkara yang sangat penting di sini ialah: bagaimana kita membezakan antara dalil-dalil qat’i (pasti) dan zanni (belum pasti) daripada nas-nas Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., antara Al-Muhkam (jelas petunjuknya) dan Al-Mutasyabih (belum jelas petunjuknya). Kerana itu, dalil-dalil zanni mestilah difahami mengikut kaedah dalil-dalil qat’i, dan Al-Mutasyabih mestilah difahami mengikut kaedah Al-Muhkam.

Kefahaman ilmu fiqh seperti ini adalah sangat mustahak, terutamanya kepada mereka yang hendak memahami Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Ramai orang yang salah dalam memahami maksud-maksud Sunnah Rasulullah S.A.W. kerana mereka banyak membincangkan perkara perkara-perkara yang lebih mendalam dan terperinci jika dibandingkan dengan Al-Quran. Selain itu, di dalam As-Sunnah terdapat hujah-hujah yang merupakan sumber dan asal hukum dan ada juga yang tidak menjadi sumber hukum Syarak seperti hadis yang menjelaskan tentang kisah mengahwinkan pokok kurma dan yang seumpamanya; di samping ada juga hujah-hujah yang menjadi sumber hukum abadi dan ada juga yang menjadi ketentuan hukum sementara; ada yang menjadi sumber hukum untuk semua orang dan ada pula yang menjadi ketentuan hukum untuk orang tertentu sahaja.

Kepentingan Fiqh Al-Waqi’ Fiqh Al-Waqi’ bermaksud kefahaman yang mendalam tentang realiti hidup. Ia boleh terbina melalui pembacaan, penelitian dan penyelidikan yang ilmiah tentang realiti hidup semasa dalam pelbagai aspek yang berkaitan. Dalam melakukan perbandingan dan menentukan keutamaan berasaskan prinsip Fiqh Al-Muwazanat dan Fiqh Al-Aulawiyyat, kefahaman tentang realiti hidup semasa atau Fiqh Al-Waqi’ ini tidak boleh diabaikan. Kerana meskipun semua hukum dan nilai Islam itu pada asasnya terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah, namun banyak prinsip yang terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah itu sendiri menganjurkan supaya dirujuk kepada realiti hidup semasa. Malah, dalam beberapa hal, kefahaman terhadap nas dan objektif syarak juga mungkin bergantung atau berkait rapat dengan kefahaman terhadap realiti hidup semasa.

Ini bererti kemahiran memahami nas (Fiqh Al-Nusus) dan kemahiran memahami objektif Syarak (Fiqh Al-Maqasid) semata-mata belum tentu menjadikan seseorang itu mampu membuat perbandingan antara berbagai-bagai keadaan dan nilai (Al-Muwazanat) bagi membantu usaha menentukan keutamaan (Al-Aulawiyyat). Apa lagi jika yang difahami itu hanyalah semata-mata pandangan para ulama terdahulu yang tentu sekali, walaupun berdasarkan pada asasnya kepada Al-Quran dan Al-Sunnah, tetapi banyak dipengaruhi oleh realiti semasa pada waktu pandangan itu diberikan.

Bagi memenuhi keperluan Fiqh Al-Aulawiyyat ini, penyelidikan ilmiah perlu dilakukan dalam setiap lapangan hidup. Seorang fakih bukan sahaja perlu mampu memahami teks-teks fiqh lama, tetapi juga perlu mampu menyelidik kenyataan dan realiti hidup semasa.

Adalah penting untuk ditegaskan bahawa keperluan kepada Fiqh Al-Aulawiyyat di kalangan umat Islam pada hari ini tidak boleh dilihat secara mudah. Tidak seharusnya penekanan kepada keperluan seperti ini menyebabkan ada orang bertindak menentukan keutamaan dalam kehidupan peribadi atau masyarakat dengan hanya berdasarkan realiti hidup semata-mata. Meskipun realiti hidup itu penting diberi pertimbangan dalam menentukan keutamaan, namun nas dan objektif Syarak perlu menjadi asas yang paling utama.

Begitulah juga sebaliknya. Tidak seharusnya di dalam mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat, kita hanya sekadar kembali kepada pelbagai pendapat ulama terdahulu bagi tujuan mengutamakan salah satu daripadanya. Meskipun pandangan para fuqaha’ terdahulu itu sangat tinggi mutunya, namun kenyataan hidup ini sendiri telah berubah dan telah mengalami pelbagai anjakan.

Apa yang sepatutnya dilakukan ialah kembali kepada nas dan objektif Syarak. Penganalisisan perlu dibuat berasaskan keilmuan semasa, dan pengutamaan perlu berasaskan realiti hidup semasa. Segala pandangan para fuqaha’ terdahulu bolehlah dijadikan panduan yang berguna di dalam memahami nas dan objektif Syarak, juga realiti hidup hari ini.

Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah Fiqh Al-Aulawiyyat merupakan satu ilmu yang sangat berguna dan penting, kerana ianya membahas kepincangan dan penilaian yang bercampur aduk dari sudut pandangan Syariat Islam untuk menentukan sesuatu perkara, pemikiran dan perbuatan. Di antara perkara-perkara tersebut, ada yang mesti diutamakan dan didahulukan dan ada pula perkara yang seharusnya diletakkan kemudian dan di tempat yang terakhir. Apatah lagi pada zaman moden ini sudah terjadi kepincangan penilaian dan pertimbangan di kalangan kaum Muslimin mengenai keutamaan dan prioriti tugas-tugas harian mereka. Maka, ilmu Fiqh Al-Aulawiyyat ini memberikan penjelasan mengenai sebilangan besar keutamaan yang telah digariskan oleh Syariat Islam dan dijelaskan dengan hujah-hujah dan dalil-dalil yang nyata, supaya dengannya, dapat membantu kita meluruskan kefahaman dan membuat prioriti terhadap segala perkara yang berkaitan dengan aspek kehidupan kita.

Sumber: Huda al Madani

15/12/2014 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah | | 1 Comment

Kalimah Allah : Mengapa Berpolimik Lagi ?

Kritikan terhadap penulisan YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, dalam kenyataan beliau yang bertajuk ; Kalimah Allah : Mengapa Berpolimik Lagi ?

_____________

Salam war wabt.

Moga kalian semua sihat sejahtera. Berikut adalah kritikan saya terhadap penulisan YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, dalam penulisan beliau yang bertajuk ; Kalimah Allah : Mengapa Berpolimik Lagi ?

Saya akan cuba hurai sebaik mungkin, dari sudut Fiqh, Usul Fiqh dan Maqasid Syariah. Moga Allah memberikan kita hidayah-Nya dan menunjukkan kita jalan-Nya.

Tulisan beliau boleh dibaca di sini.

Khulasah penulisan Dr Dzul ;

1. Ada dua sudut perkiraan dalam MT PAS – penjagaan akidah & dakwah non Muslim.

2. Menggunakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber pertama untuk membuat hukum, baru kemudian merujuk kepada kaedah-kaedah seperti sad zarai’ dsb. Dengan itu beliau menggunakan dalil asal Al-Quran.

3. Disengagement dan siege mentality yang ada dalam golongan ulamak penjaga akidah.

4. Engagement dan berdakwah lebih utama, untuk elakkan pengasingan dengan non-Muslim

5. Fiqh Nusus difahami dengan Fiqh Waqi’ (perlu lihat nusus kemudian disesuaikan dengan waqi’)

Sebelum berkomentar, saya ingin berkongsi satu kaedah dalam disiplin ilmu syarak ; iaitu “Kata-kata orang jahil / bukan ahlinya, tidak dikira secara syarak”. Atas sebab itu ulama’ meletakkan disiplin dalam menjadi ahli ijtihad, agar manusia tidak bermudah-mudah mendakwa-dakwa dalam syarak apa yang tiada padanya.

Antara syarat ijtihad adalah ;

1. Menghafaz Ayat-ayat dan dalil Hukum

2. Fasih berbahasa Arab

3. Mengetahui ilmu fiqh dan usul fiqh

4. Mengetahui nasakh dan mansukh

5. Mengetahui sebab nuzul ayat Quran dan sebab turunnya Hadis

6. Memahami maqasid syarak

7. Dan beberapa syarat yang lain lagi.

Ini seperti yang disebutkan kebanyakan ulamak seperti Asy-Syatibi, Al-Isnawi, Al-Ghazali dan ulamak-ulamak muktabar yang lain.

Sebenarnya ini juga kebimbangan bagi para ulama’ yang telah menyatakan pendapat bahawa pintu ijtihad telah tertutup kerana wujudnya golongan yang memandai-mandai dalam urusan agama lalu menipu manusia dengan tipu muslihat mereka.

Walaupun pendapat “pintu ijtihad telah tertutup” ini telah disangkal kuat oleh Imam As-Suyuti (911H) dalam kitabnya yang berjudul ‘Ar-Radd Ala Man Akhlada Ilal Ardh, wa Ankara bi annal Ijtihad fi Kulli Asr Fardh’, namun kerisauan itu sewajarnya dipertimbang agar agama ini tidak dipermainkan oleh orang-orang yang bukan ahlinya.

Atas sebab itu Imam Asy-Syatibi (790H) menyebut ;

“Sesuatu ijtihad itu jika ia berkaitan dengan nas-nas syarak, maka diperlukan padanya ilmu mengenai bahasa Arab, dan jika ia berkaitan dengan makna-makna syarak, maka diperlukan padanya ilmu mengenai Maqasid Syarak” – Al-Muwafaqat 4/126

Kalaulah mereka ini ahlinya, maka komentar saya dari sudut Fiqh, Usul Fiqh dan Maqasid Syarak adalah sebegini ;

1. Bila berlaku pertembungan antara dua aliran tadi, yang lebih tepat pandangannya di Malaysia adalah aliran yang ingin menjaga dan mempertahan akidah umat Islam;

1- Kerana menjaga akidah umat Islam adalah daf’ mafsadah, dan berdakwah kepada non-Muslim adalah jalb maslhahah. Kaedah Fiqh menyatakan bahawa “Menolak mudharat lebih utama berbanding mendatangkan maslahat”.

2- Memelihara akidah merupakan Maqasid (Tujuan) Utama dalam segala Maqasid yang lain. Ini disebut sendiri oleh Imam Al-Juwaini dalam Al-Burhan.

3- Kaedah Sadd Adz-Dzarai’e yang bermaksud menutup pintu kepada keburukan, sekiranya keburukan itu jelas dan hakiki. Kaedah ini berasas dari kaedah “An-Nadzru fi Ma-alaatil Af’al Mu’tabarun Syar’an” (Melihat kepada penghujung sesuatu perbuatan adalah muktabar dari sudut syarak) – Al-Muwafaqat : 4/194

4- Kalaupun dikira pertembungan antara dua maslahat (dakwah dan akidah), maslahah lebih besar adalah memelihara akidah umat Islam dengan kaedah “Mengambil Maslahah yang lebih besar dengan menolak maslahah yang kecil”.

5- Maslahah Mursalah (yang tidak disebut secara spesifik dalam nas). Isu larangan penggunaan kalimah Allah boleh dimasukkan dalam bab ini. Ini seperti yang disebut oleh Al-Ghazali bahawa ; “Setiap maslahah yang merujuk kepada penjagaan maqasid syarak, yang diketahui ianya memang dikehendaki dalam Al-Quran, As-Sunnah dan Al-Ijma’, maka ia tidak terkeluar daripada usul ini (Al-Quran, Sunnah, Ijmak), namun ia bukanlah dinamakan Qiyas, tetapi disebut sebagai Maslahah Mursalah” – Imam Al-Ghazali, Al-Mustashfa : 1/311

2. Kaedah fiqh yang sumber asalnya adalah nas al-quran dan sunnah, juga dikira sebagai nas yang qot’ie. Ini jelas difahami oleh sesiapa yang belajar Qawaid Fiqhiyyah, di mana terdapat perbincangan ulamak mengenai sejauhmana kaedah fiqh dikira sebagai hujjah.

Ulama’ bersepakat bahawa mana-mana kaedah Fiqh yang mana sumbernya adalah nas syarak, maka ia adala hujjah, kerana berhujjah dengan kaedah tersebut secara realitinya adalah berhujjah dengan sumbernya.

Oleh itu, mana-mana kaedah yang asasnya adalah dalil-dalil syarak, maka kedudukannya mengikut dalil tersebut. Contohnya kaedah Adh-Dhoror Yuzaal, ia adalah kaedah yang terpakai sekali bersama dengan dalil-dalil Al-Quran dan Sunnah yang muktabar.

3. Adapun kaedah Sadd Adz-Dzara’ie adalah salah satu kaedah yang terpakai sekali dengan Al-Quran dan As-Sunnah, dengan dalil Allah mengharamkan perkara yang membawa kepada haram. Contoh ; La Taqrabuz Zina – berzina itu salah, mendekatinya pun salah kerana ia adalah jalan kepadanya.

Contoh yang lain pula adalah arahan menundukkan pandangan dalam surah An-Nur ayat 30 ; “Katakanlah (wahai Muhamamd) kepada orang mukminin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka”

Maka kaedah Sadd Adz-Dzara’ie juga terpakai dengan syarat ia membawa kepada mafsadah yang jelas dan hakiki, dan ia memang berlaku secara kebiasaannya.

Pemberian kebenaran menggunakan kalimah Allah di Malaysia, terpakai padanya kaedah Sadd Adz-Dzara’ie, kerana mafsadah yang terhasil adalah JELAS dan HAKIKI iaitu memelihara agama. Apa yang menunjukkan ia membawa kepada mafsadah secara kebiasaannya, boleh kita lihat di negara jiran di Indonesia di mana penggunaan kalimah Allah berleluasa oleh non-Muslim.

Adapun mahu membawa hukum ini kepada HARUS maka perlu ada MASLAHAT yang LEBIH KUAT daripada mafsadah itu tadi. Ini kerana ‘Apa yang diharamkan dengan Sadd Adz-Dzara’ie, boleh jadi HARUS sekiranya ada maslahat yang RAJIH’

Contoh yang boleh diberi adalah, pada asalnya WAJIB menundukkan pandangan, namun ia boleh menjadi HARUS sekiranya yang dipandang itu adalah untuk tujuan berkahwin (bertunang), maka ia adalah keharusan yang sabit dengan hadis Nabi SAW.

4. Engagement jika diistilahkan dalam Bahasa Arab untuk kita masukkan ia dalam hukum fiqh, sama ada ia adalah At-Ta’amul, ataupun At-Tahaaluf. Ta’amul ertinya adalah pergaulan dalam hidup bersama, kalau tahaaluf pula ertinya adalah sama-sama berjanji pada beberapa perkara tertentu.

Hidup bersama dengan masyarakat majmuk, dasarnya adalah ayat surah Al-Mumtahanah ayat 8 ;

“Allah tidak menghalang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu dalam agama, dan tidak menghalau kamu dari negeri kamu, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”.

Tujuan ayat tersebut memang adalah untuk menunjukkan tingginya rahmat Islam sehingga MEMBENARKAN dan MENGGALAKKAN untuk berbuat baik kepada orang kafir yang TIDAK MEMUSUHI umat Islam. Ia tidak melibatkan untung rugi kekuasaan Islam, tetapi ia adalah isu akhlak dan komunikasi harian serta membentuk masyarakat awam yang harmoni.

Namun bagi prinsip tahaluf, kerana ia melibatkan politik, untung rugi, kuasa dan polisi-polisi (apatah lagi jika ia melibatkan prinsip akidah), maka prinsip ‘co-exist’ (hidup bersama) dalam ayat 8 tadi bukanlah dasar yang terpakai.

Bahkan kalau kita perhatikan ayat seterusnya dalam surah yang sama ;

“Sesungguhnya Allah melarang kamu untuk melantik dan berkawan dengan orang kafir yang memerangi kamu dalam agama, dan menghalau kamu keluar dari negara kamu, serta berkonspirasi untuk mengusirmu, sesiapa yang melantik mereka dan bersahabat dengan mereka maka sesungguhnya dia termasuk dalam golongan orang yang zalim”

Oleh itu dalam hal ini, dalil-dalil yang terpakai bukanlah dalil berlembut dengan orang kafir, tetapi adalah ayat yang menyuruh untuk bertegas dalam pertahankan prinsip dan keuntungan umat Islam ;

1- Al-Maidah ; ayat 54 – mereka itu (pembela agama Allah) berlembut dengan orang muslim dan berkeras dengan orang kafir

2- Al-Fath ; ayat 29 – dan orang-orang yang bersama dia (Nabi SAW) adalah sangat bertegas dengan orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka

3- Al-Nisa’ ; ayat 141 – dan Allah tidak akan memberikan jalan kepada orang kafir untuk mengalahkan / menguasai orang beriman

4- Al-Kafirun 1-4 ; – katakanlah (wahai Muhammad) ; Hai orang kafir, aku tidak menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah, dan tidaklah aku menyembah apa yang kamu sembah, serta kamu tidak pula menyembah apa yang aku sembah. Bagimu agamamu, dan bagiku agamaku.

5- Al-Qalam ; ayat 9 – mereka berharap agar kamu bersikap lunak, maka mereka boleh bersikap lunak

Ini kerana tujuan dalam Siyasah Syariah adalah meninggikan kalimah Allah, dan menjaga kekuasaan di tangan umat Islam seperti yang disebut oleh Imam Al-Juwaini dalam Al-Ghiyathi.

“Sesungguhnya semua pemimpin itu mengambil tampuk kekuasaan mereka untuk menjadi wasilah untuk menegakkan agama” – Al-Ghiyathi

Jadinya dalam bab ini orang Islam dan orang kafir (sekiranya dalam negara yang diistilahkan dengan negara Islam), maka ia tidak boleh dalam martabat yang sama. Bahkan Islam perlu dominan bagi memastikan maslahat untuk Islam lebih besar dari maslahat untuk golongan kafir.

Saya kira maksud kedua lebih tepat digunakan dalam perihal ini, kerana ia melibatkan polisi dan undang-undang negara, bukan semata-mata tatacara kehidupan awam. Maka ia kembali kepada hukum bertahaluf dengan kumpulan orang kafir iaitu hukum asalnya tidak boleh atas hadis Nabi SAW yang melarang meminta pertolongan orang kafir, tanpa dharurat yang dibenarkan, dan mematuhi syarat-syarat yang cukup ketat.

Jika mahu dikaitkan dengan Hilf Al-Fudhul yang melibatkan perkara-perkara nilai sejagat seperti keadilan dan menolak kezaliman, kes pembenaran penggunaan kalimah Allah ini langsung tidak sama dengan kisah Hilf Fudhul. Di manakah kezaliman atau menuntut keadilan dalam isu pembenaran penggunaan kalimah Allah ini ?

Engagement yang berlaku hingga melibatkan kebenaran penggunaan kalimah Allah, lebih-lebih lagi dalam bentuk terbitan makalah, bible atau apa bentuknya, bukanlah perkara dharurat, dan ‘penjagaan hati orang kafir’ tidak termasuk dalam ‘masyaqqah’ muktabar hingga boleh menggunakan hukum rukhsah, apatah lagi dikira sebagai dharurah yang boleh menghalalkan benda yang haram.

5. Kalaupun kita mahu katakan bahawa ENGAGEMENT itu adalah satu MASLAHAT DAKWAH yang lebih besar, maka kita harus ukur sejauhmana SYARAK mengiktiraf ia sebagai maslahat. Oleh itu ulama’ meletakkan DHAWABIT dalam menentukan sesuatu maslahat itu mengikut syarak ataupun tidak ;

1- Satu maslahat yang hakiki, bukan andaian

2- Maslahat itu adalah maslahat umum, bukan maslahat golongan tertentu

3- Maslahat itu tidak bercanggah dengan maslahat lain yang lebih kuat

4- Maslahat itu bertepatan dengan maqasid syarak

Jadi jika kita ukur Engagement yang disebut-sebut dalam artikel Dr Dzul tadi, adakah semua paling kurang 4 ciri ini tercapai ?

Yang pertama ; Benarkah ENGAGEMENT sebegitu rupa yang memasukkan manusia itu kepada Islam atau ia adalah muslihat orang kafir untuk mengelirukan orang Islam. Adakah ia satu perkara yang hakiki ? Sudah berapa ramai orang kafir mahu mengenali Islam hanya semata-mata mereka menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan Tuhan ?

Yang kedua ; Berapa ramaikah orang Islam yang mendapat manfaat daripada maslahat (kalau dikira maslahat pun) ini ? Atau semuanya pada keuntungan undi orang kafir lalu kita membuat perhitungan sebegini ? Ia lebih mencurigakan kerana YANG MEMINTA perkara ini (orang Kristian) adalah golongan yang TAK MASUK LANGSUNG dalam perkiraan membuat hukum, atau menentukan mana satu maslahat atau mudharat.

Yang ketiga ; Secara jelas dan terang ia telah melanggar maslahat lain yang lebih kuat, iaitu sekatan terhadap dakyah Kristianisasi kepada golongan selepas ini. Berapa banyak lagi bukti-bukti yang HAKIKI yang kita peroleh, lebih-lebih lagi melihatkan jiran sebelah iaitu Indonesia yang mana perkataan Allah digunapakai sesuka hati oleh golongan kafir.

Yang keempat ; Maslahat ini tiada dalam syarak, bukan mu’amalat, bukan juga ‘ibadat ataupun jinayaat, maka bagaimana pula ingin dikaitkan dengan MAQASID SYARAK. Bahkan ia bertentangan dengan Maqasid Syarak yang pertama dalam Islam iaitu Memelihara Agama.

6. Siasah Syariah yang disalah erti. Al-Qardhawi ada menulis buku yang mudah difahami dalam memahami ruang lingkup siasah syariah ini, ataupun lebih mudah disebut sebagai politik berasaskan syarak.

Beliau dalam kitabnya itu telah mensyarahkan usul ke-6 daripada 20 Usul yang ditulis oleh Imam Hasan Al-Banna. Ia berbunyi begini;

“Dan pandangan pemerintah atau naibnya, terhadap apa yang tiada nas agama dalamnya, ataupun mempunyai banyak sisi pandang, ataupun maslahah mursalah, adalah terpakai (dari sudut syarak) selagimana ia tidak berlawanan dengan kaedah syarak”

Jadinya, sekiranya kita mahu sebut isu ini adalah isu perbezaan pandangan, maka yang dikira adalah pandangan pemerintah (ataupun disebut sebagai yang berautoriti). Sekiranya kita mahu kata ia adalah maslahah mursalah, ia juga adalah terpakai kerana pihak pemerintah mengharamkan penggunaan tersebut untuk menjaga maslahat agama. Ia tidak boleh dikira sebagai bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah kerana isunya bukan pada ‘boleh sebut atau tak boleh sebut’ tapi isunya adalah penjagaan akidah umat Islam daripada dakyah-dakyah dan kekeliruan yang timbul oleh orang kafir.

7. Saya meragui tulisan Dr Dzul yang mengatakan tujuan dakwah dan risalah itu adalah antaranya memupuk sikap saling mempercayai antara agama. Ini boleh kita fahami daripada tulisannya ;

“Selain ia bakal menyuburkan rasa benci (larangan penggunaan kalimah Allah), ia juga akan menjadi baja kepada sikap saling tidak mempercayai di antara agama, iaitu sesuatu yang berlawanan sama sekali dengan tujuan Dakwah dan Risalah. Secara umum, ini tidak boleh dipertahankan, malah kelihatan serba songsang dengan mindset ‘Dakwah Islam’ dan ‘Islam yang Universal’”

Saya tak tahu dari mana sumbernya kenyataan ini ? Adakah dari peti undi ataupun dari kitab-kitab dakwah yang muktabar ?

Yang saya tahu ia bercanggah dengan banyak ayat Al-Quran ;

1- Orang yahudi dan nasrani tidak akan redha sama sekali dengan kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka – surah Al-Baqarah : 120

2- Mereka sentiasa akan memerangi kamu sehinggalah mereka mengeluarkan kamu dari agama kamu – surah Al-Baqarah : 217

3- Dialah yang mengutuskan rasul-Nya dengan hidayah dan agama yang benar, untuk memenangkan Islam ke atas semua agama yang ada, WALAUPUN DIBENCI OLEH ORANG KAFIR – surah As-Shoff : 9

8. Saya juga ingin berkomentar dalam perenggan terakhir kata-kata Dr Dzul ;

“Benar, kami perlu memenangi hati-budi orang Islam-Melayu. Benar kami juga perlu mengambil jalan sederhana untuk mendapat sokongan ‘ruang tengah’. Namun lebih benar lagi ialah perjuangan kami untuk mencari keredhaan Allah terlebih dahulu dengan medukungi Kebenaran dan Keadilan dalam setiap waktu dan keadaan, meskipun bertentangan dengan kepentingan politik kepartaian kami sendiri.”

Saya setuju bahawa kita perlu mencari keredhaan Allah terlebih dahulu sebelum keredhaan orang muslim yang lain. Saya juga suka kenyataan bahawa ia adalah bertentangan dengan kepentingan politik kepartaian sendiri. Kelihatan tulisan Dr Dzul kali ini bercanggah dengan tulisan balasnya terhadap Us Zaharuddin Muhammad mengenai politik dan dakwah sebelum ini, tapi saya menganggap mungkin Dr Dzul sudah mengubah pendiriannya.

Namun keredhaan Allah juga tidak akan tercapai dengan keredhaan orang kafir kerana Allah selamanya tidak akan redha dengan orang kafir, dan orang kafir selamanya tidak akan redha dengan agama dan suruhan Allah, berdasarkan banyak nas-nas Al-Quran, antaranya yang telah disebutkan tadi.

Jadi untuk mencapai keredhaan Allah adalah kita mengikut apa yang Allah tetapkan dalam syariat-Nya, serta mengikuti manhaj Nabi SAW dalam perjuangannya.

Ini kerana apa yang disebut oleh Asy-Syatibi ;

“Tujuan syarak dalam menetapkan syariah adalah mengeluarkan seseorang mukallaf dari tuntutan hawa nafsunya, hinggalah dia menjadi hamba Allah secara pilihan, sepertimana ia adalah hamba Allah secara terpaksa”

9. Akhir kata, Dr Dzulkefly Ahmad adalah orang yang rapat dengan keluarga saya secara peribadi, dan beliau merupakan orang yang tidak asing lagi dalam hidup saya. Bahkan anak-anak beliau merupakan antara teman rapat dalam hidup saya. Namun seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Qayyim apabila mengkritik gurunya Ibnu Taimiyyah ;

"Syeikh Ibnu Taimiyyah adalah mulia bagi kami, namun kebenaran itu lebih kami cintai"

Maka di sini saya sebut, Dr Dzulkefly adalah orang yang terhormat bagi saya, namun kebenaran lebih saya cintai dan hormati. Tulisan ini hanyalah untuk melepaskan tanggungjawab kepada masyarakat awam untuk menjelaskan beberapa prinsip-prinsip syarak yang berkaitan.

Apa yang baik datang daripada Allah, yang salah dan silap adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

Wallahua’lam.

11 Januari 2013

(Tulisan: Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa)

12/01/2013 Posted by | Aqidah, Berita dan Isu Semasa, Fiqh, Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Wajib menuntut dan mengamal tiga serangkai Ilmu–Tauhid, Fiqh dan Tasauf serentak

Kita Belajar Ilmu Fiqh untuk mengesahkan amal zahir. Belajar Ilmu Tauhid (Aqidah) supaya hati (ruh) kenal Allah dan tidak sesat jalan hidup.

Kita belajar dan menghayati ilmu tasauf agar dapat mengubati penyakit mazmumah saperti ego,bongkak,takabbur atau riak.Penyakit penyakit ini adalah syirik kecil yang tersembunyi pada diri kita yang boleh membatalkan amal Fiqh dan amal Tauhid.

Ilmu tasauf mendidik hati manusia yang berakhlak "keras/kasar/biadab".Tasauf mengajar jadi "ihsan", sentiasa yakin bahawa "Allah tahu dan melihat apa yang kita buat".Buat hati jadi lembut, perangai juga lembut, tidaklah lagi melihat keburukan orang, mengata orang, memaki hamun orang,mengaibkan orang,dan suka buruk sangka terhadap orang.Tasauf mengajar kita supaya sentiasa bersedia memaafkan kesalahan orang lain.Belajar Fiqh dan Tauhid sahaja tidak cukup untuk mendidik hati.Ilmu Tasauf menjernihkan hati.

Kesimpulannya: Ilmu Aqidah adalah pokoknya, Fiqh adalah batangnya, Tasauf adalah buahnya.

31/10/2012 Posted by | Aqidah, Fiqh, Ibadah, Tazkirah | , , | 1 Comment

Cara wuduk orang yang cedera/berbalut

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. ” (Al-Maidah : 6)

Dari firman Allah di atas ini dapat disimpulkan bahawa wuduk merupakan perkara yang wajib dilakukan untuk mengharuskan solat dan perbuatan-perbuatan ibadah yang lain. Tetapi apabila ketiadaan air bagi kawasan tersebut atau air yang ada hanya cukup untuk minum sahaja, maka perlulah seseorang itu bertayammum untuk mengharuskannya solat. Islam adalah agama yang sempurna dan Islam itu adalah agama yang mudah, tetapi jangan kita memudah-mudahkan agama.

Islam mempunyai kaedah bagi orang yang mengalami kecederaan disebabkan kemalangan atau musibah-musibah yang lain. Dikuatiri apabila terkena air akan mendatangkan kecederaan yang lebih teruk, lukanya lambat sembuh dan seumpamanya. Maka cara bagi orang yang sakit seperti yang dinyatakan di atas adalah seperti pesakit wajib membasuh atau mengambil wuduk bagi anggota yang tidak cedera mengikut tertibnya (mengikut susunan wuduk). Apabila sampai ke anggota wuduk yang cedera atau berbalut hendaklah ia menyapuka air di atas balutannya sebagai syarat membasuh. Kemudian pesakit tersebut hendaklah bertayammum pada keseluruhan mukanya dan tangannya dari hujung jari ke sikunya mengikut cara tayammum. Kalau anggota cederanya di kaki atau selain dari anggota tayammum, maka ia tetap juga tayammum di muka dan tangannya sahaja. Dengan cara ini pesakit boleh melakukan solat seperti biasa.

Sebenarnya ada pendapat lain yang menyatakan bahawa anggota wuduk yang cedera hanya disapukan dengan air sahaja dan tidak perlu bertayammum. Tetapi pendapat yang lebih baik adalah seperti yang dinyatakan di atas dengan melakukan wuduk bagi anggota yang tidak cedera, manakala bagi anggota yang cedera atau berbalut hendaklah disapukan air sahaja dan ditayammumkan sekali untuk mengharuskan solat.

 

OLEH USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL

BERSUCI ITU SATU KEINDAHAN

31/01/2012 Posted by | Fiqh, Ibadah | , , , | Leave a comment

Pasangan non Muslim yang masuk Islam, perlukah akad nikah semula?

Terdapat hadis dari Ibnu ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan;“Seorang lelaki telah memeluk Islam pada zaman Nabi –sallallau ‘alaihi wasallam- dan diikuti oleh isterinya (yang turut memeluk Islam). Mereka datang kepada Nabi. Lelaki itu berkata kepada Nabi; ‘Ya Rasulullah, isteriku telah memeluk Islam bersamaku’. Lalu Nabi mengembalikan isterinya kepadanya’”. (HR Abu Daud dan at-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini hasan soheh”).Para ulamak berkata; hadis ini menjadi dalil bahawa dua suami isteri yang asalnya kafir, kemudian kedua-duanya memeluk Islam bersama-sama, mereka akan kekal di atas perkahwinan mereka sebelum Islam. Perkara ini telah dijmakkan oleh ulamak. Tidak perlu dipersoalkan bagaimana berlakunya perkahwinan mereka sebelum Islam sama ada sah atau tidak. Dikecualikan jika terdapat factor yang membatalkan akad yang masih berterusan sekalipun setelah mereka masuk Islam, maka ketika itu akan terbatallah akad antara mereka. Contohnya; di antara mereka ada ikatan mahram kerana susuan, wajiblah dipisahkan antara mereka.Jika isteri memeluk Islam sebelum suami, kemudian suaminya memeluk Islam ketika ia masih dalam eddah, akan berterusanlah perkahwinan mereka berdua. Jika suaminya memeluk Islam selepas eddah, ia tidak boleh kembali kepada suaminya itu melainkan dengan akad baru. Kesimpulannya, jika salah seorang memeluk Islam dan tidak diikuti oleh seorang lagi untuk memeluk Islam dalam tempoh eddah, terfasakhlah perkahwinan mereka berdua.Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. ‘Aunul-Ma’bud, syarah Sunan Abi Daud, karya Syeikh Muhammad Syamsyul-Haq al-Adziem Abadi, Bab Iza Aslama Ahadu Zaujaini.
2. Tuhfah al-Ahwazi, Syarah Jami’ at-Tirmizi, bab Ma Ja-a Fi az-Zaujaini Yuslimu Ahaduhuma.
3. Al-Wajiz Fi al-Fiqhi al-Islami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, 3/70.

Oleh: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

25/06/2011 Posted by | Ibadah | | Leave a comment