Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Timbul Isu Hudud – Akibat Tidak Faham Qaedah

Assalamu’alaikum semua.. Pagi ini Al-Faqir nk kongsi bersama tentang Isu Hudud Kanun Jenayah Syariah .

Sebenarnya Ummat ISLAM yang bertempik melalak nak kan Hukum Hudud ALLOH di lakasanakan itu, Mereka sebenarnya hanya ada kesedaran sahaja , Hakikat sebenarnya mereka JAHIL tentang Hukum ALLOH. Belajar kitab Fiqh pun tak lepas, kalau belajar pun tak sampai Bab Jinayah hanya sekadar Bab Rubu’ Ibadat sahaja , itu pun bukan menadah kitab tapi menyandar di dinding2 Masjid sambil dgr Ustaz2 mengajar (Penuh Takabur cara jadi Mustima’an pun) . Yang ada nya hanyalah mendengar huraian Hukum Hudud itu di ceramah2 pentas2 Politik yg penceramahnya menerangkan Hukum Hudud dgn tidak lengkap, Sekadar membuat Isu Politik untuk menghentam pihak lawan yg tidak laksanakan Hukum Hudud, Supaya penyokong dan pendokong kita "lembut lidah" kata kat Gu Lawan kita " Tolak ISLAM", "TOLAK HUKUM ALLOH", "NEGARA MALAYSIA BUKAN DAULAH ISLAM SBB TAK BUAT HUDUD" dan mcm2 lah lagi . Ini lah budaya yg berlaku telah berkurun lamanya di Negara kita. Dosa mereka yg berceramah seperti itu sangatlah besar kerana "Khianat pada Ilmu" .

Setelah kita belajar dengan sehabis-habis "Lumat" dan Mengkaji (Tasawwurkan) semampu2 kita , Akhirnya dapatlah kita Faham seperti berikut:

1. Hukum Hudud ialah Hukum ALLOH yg WAJIB FARDHU KIFAYAH di atas Ummat ISLAM melaksanakannya tetapi di Wakilkan perlaksaanya di atas Kerajaan ISLAM. Dan WAJIB kita beriman dan yakin dengan Hukum Hudud tersebut, Jika Ingkar hukum nya Kafir (Bukan Hudud je, Ingkar Kewajiban Solat2 dan Lain2 pun sama lah)

2. Wajibnya Hukum Hudud itu bukanlah seperti Wajib ‘Aini Solat yg kita sedia maklum jika Solat di tinggalkan ianya Wajib di Qodho dan tidak ada 1 Qaedah Fiqh pun yg menggugurkan keWajipan Solat walaupun ianya Wajib Muwassa’ (Wajib yg di perluaskan)

3. Hukum Hudud ini di gugurkan/di tangguhkan dahulu jika ianya tidak mencapai maslahat UMMAT bahkan membawa keMUDHORATan kerana Sabda Jaddina Muhammad S.A.W :

النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ادرؤوا الحدود بالشبهات

Tinggalkan Hudud dengan sebab adanya Syubhat

Qaedah Fiqhiyah :

الحدود تسقط بشبهات

Hudud itu gugur perlaksaannya dengan sebab ada Syubhat dan bagai-bagai syubhat yang di sebut oleh para Ulamak di dalam Kitab-Kitab Qowa’id Fiqhiyyah.

Maka Syubahat itu mestilah kita Tasawwurkan , apa dia Syubahatnya berlaku di dalam dunia UMMAT ISLAM sekarang ini , Usahkan Malaysia yg warganegra berbilang bangsa dan agama , Mesir yg 95% arab ISLAM da berapa sahaja peratus kristian sampai sekarang tidak lagi menjalankan Hukum Hudud. Sedang Al-Azhar As-Syarif dan Alim Ulamak besar2 bnyk di sini. Soalannya kenapa?? Jawapannya ……… ( Panjang sangat kena buat ceramah khas atau wacana khas atau debat khas kalau nak bahas dan nak jawab bab ini. Saya berani sahut cabaran kalau ada yg nak anjur)

Anda boleh Rujuk Fatwa Syaikhuna Syaikh Nuruddin Ali Goma’ah (Bekas Mufti Mesir Tahun ini dan Murid Al-Musnid Dunya Syaikh Yasin Al-Fadani ) di Blog saya di sini :

http://ustazsyedfaiz.blogspot.com/2013/02/hukum-hududpolitik-kepartian-dan.html?spref=fb

Baca betul-betul sampai habis. InsyaALLOH Faham.

4.Hukum Hudud di Laksanakan apabila dengan perlaksana’annya akan mencapai Maslahat-maslahat berikut

Maqosid Syar’iyyah ( Kulliyat yang 5 atau Kulliyat yang 6) serta menjaminkan ke"IZZAH"an ISLAM dan selepas KeADILAN dalam Pemerintahan di sempurnakan ( KeAdilan dari sudut pendidikan aqidah, syri’ah dan akhlaq , keAdilan dari sudut ekonomi,pembangunan,sosial dan sebagainya ) sebagai contoh :

Hukum Zina di sabit dengan 3 cara :

1) Iqror si penzina

2) Mengkemukan 4 orang saksi yg cukup syaratnya tidak fasiq.

3) Qorinah

Maka Jika si penzina itu mengaku , itu sudah jelas akan hukumnya. Adapun bila di tuduh berzina , Maka si penuduh itu hendaklah mengkemukan 4 saksi , Jika gagal mengkemukan 4 org saksi , Maka hendaklah di bawa "Qorinah" untuk mengelak daripada berlakunya Hukum Qazaf . Maka "Qorinah" itu termasuklah DNA,GAMBAR, VIDEO, Bekas Air Mani dan sebagainya. Maka 4 Mazhab Ittifaq bahawa "Qorinah" ini terpakai dan WAJIB di siasat sehabis2nya termasuk seperti Ujian PoliGraf dan sebagainya. Akan tetapi bila memutuskan Hukum berdasar "Qorinah" Maka hukuman itu tidak masuk di bawah "Hudud" kerana tidak ada 4 org saksi , Hanya masuk ia di dalam "Hukuman Ta’zir" . Barulah Hukum itu mencapai keAdilan. Persoalannya kenapa orang tidak menerangkan dgn Jelas bab ini???!!! hanya berhenti setakat " Tak ada 4 org Saksi segera kena Qozaf 80 sebatan". Fuyoooo bermaharaja lela laaa Perogol.

Contoh lagi di Zaman Jaddina Sayyiduna Muhammad S.A.W , ada seorang Sohabat Nabi yg bernama AbduLLOH yg di panggil "Himaroh" kerana beliau suka buat lawak jenaka dan Baginda S.A.W ketawa dgnnya. 1hari beliau di tangkap kerana minum arak lalu Baginda S.A.W suruh laksankan Hukum Hudud yakni dengan memukul (Kaifiyyat memukul dalam ISLAM tidaklah sebagaimna memukul mcm WWF , ) Bahkan di riwayat dalam hadis tersebut para sahabat berkata : di antara kami ada yg memukul nya dengan tangan sahaja dan ada dengan baju sahaja. Tiba2 dalam hal memukul tersebut ada salahseorang sahabat melaknat AbduLLOH : ALLOHummal’anhu. Seraya Baginda S.A.W memarahinya :

لا تلعن فاءني أعلم انه حب الله ورسرله

Begitu juga hadis yg menceritakan berlakunya Hukuman Had Rejam Penzina Yg pernah merasai persetubuhan yg halal. Ketika berlakunya penrejaman tersebut seorang sahabat terperecik darah penzina itu, Lalu melaknat. Seraya Baginda memarahinya dengan mengatakan benda yg sama.

Ini menunjukan Jaddina Sayyiduna Muhammad S.A.W suruh berlaku "Adil" yakni Hudud itu di laksanakan tetapi mulut Ummat mesti di didik dengan Akhlaq , kerana sabda Baginda S.A.W :

سباب المسلم فسوق

Mencela orang ISLAM itu Fasiq. Bahkan seberat2 Fasiq di dalam ISLAM ialah mencela sesama ISLAM kerana ALLOH Ta’ala berfirman :

وَلاَ تَنَابَزُوا بِالأَلْقَابِ بِئْسَ الاسْمُ الفُسُوقُ

Jangan kamu mengelar denga cerca’an , Sejahat2 Nama Fasiq perbuatan itu.

Maka sekarang pemimpin2 ISLAM masih lagi tidak berjaya mendidik Akhlaq Ummah, pengikut dan pendokong masing-masing . Lihat sahaja di Page Tuan Guru Babo Hj Abdullah Sa’amah An-Najmiah , Berapa ramai yg jaga tangan dan mulut mereka . Maka selagi pendidikan Akhlaq ini tidak dapat di tangani . Sesuatu UMMAH itu tidak duduk di dalam ke Adilan.

Mudoh2 kecek gak , Kito ni xrejam lagi org zina tapi duk menympoh seranoh parop doh sedangkan Baginda S.A.W ajar ialah rejam tapi melaknat,menyumpoh seranoh tu di tegah, jangan buat.

Bahkan Sayyiduna Nabi S.A.W di dalam riwayat hadis hadis bab hukum hudud ini, Baginda banyak kali mengelak dari menjatuhkan Hukuman Hudud bila mengaku/Iqror oleh si penjenayah itu di hadapan Baginda S.A.W . Bahkan dalam Hadis2 itu ada meriwayatkan bila tertangkapnya orang melakukan Jinayah itu dan di bawa kehadapan baginda S.A.W dan di laksanakn hukuman Hudud itu keatas pesalah tersebut, Sahabat RodhiyaLLOhu’anhum berkata :

كأنك تكره يا رسول الله؟؟

Seolah2 engkau benci kami tangkap ini ya RosulaLLOH?? Lalu baginda besabda : "Kalaulah kamu semua tidak bawa kehadapan aku, Nescaya pintu Taubat bagiNYA masih terbuka,Tetapi bila ianya di bawa ke sini (Keraja’an ISLAM) maka hukuman mesti di jalankan.

Begitulah baginda S.A.W mengajar kita supaya menutup ‘aib diri kita juga. Kerana Sabda Baginda lebih kurang mafhumnya "Dosa yg di buat secara sembunyi2 itu lebih mudah bagi ALLOH utk mengampunkan nya jika seorang itu bertaubat nasuha berbanding jika seorng itu menceritakan dosa yg di buat itu kepada org ramai kerana ketika dia melakukan dosa di malam hari ALLOH telah menutup ‘aibnya jika dia sendiri yg tidak membuka ‘aib itu". Begitulah yg terjadi bila seorang sahabat ada pergi mengubati pesakit perempuan di hujung Kota Madinah lalu balik berjumpa baginda dan menceritakan yg dia telah bercumbu2 dgn perempuan itu :

ففعلت كل شيء الا زنا

Lalu Sayyiduna Umar Al-Faruq R.A berkata :

قد سترك الله لو سترت نفسك

Sesungguhnya telah menutup ‘aib engkau oleh ALLOH , buat apa kamu mari duk nok cerito kat kami??.

Pendeknya di sini menegaskan Isu Hudud ini bukan Isu Parti Politik atau Kerajaan . Bahkan ianya Isu Ummat ISLAM sejagat.JANGAN lagi menuduh dan menunding kesalahan kepihak yg lain. SATU DOSA BESAR BILA MEMPOLITIK KEPARTIANKAN ISU HUDUD INI Bahkan sepatutnya dan Sayugianya Ummat ISLAM Wajib mencari, mengkaji, mempelajari daripada mana puncanya Hukum ini tidak dapat di laksana di seluruh Negara ISLAM .. Hatta Negara Saudi yang melaksnakannya pun tidak melaksana dengan cukup syaratnya . Antranya mereka melarang daripada merakam kannya sedangkan Hukum Hudud ini :

فليشهد عذابهما

Mesti di persaksikan di persembahkan ke khalayak ramai. Inilah yg sy kata tadi supaya tidak timbul pencemaran ke"Izzah"an ISLAM itu.

Jadi kita sebagai UMMAT ISLAM jom sama-sama kita pakat belajaq,kaji apa punca yg sebenarnya. Adakah di sebabkan dengan runtuhnya sistem Khilafah Islamiyyah ?? Lalu penjajah Kuffar menanamkan benih2 Syubhat di dalam negara ummat ISLAM sehingga Keraja’an kita tidak mampu utk melaksnaknnya?? kerana Orang Kafir pun bijak dan kaji tentang ISLAM

الحدود تسقط بشبهات

Hudud itu gugur dengan sbb adanya syubhat.

Sebab itulah asas kerajaan ISLAM itu ialah "KEADILAN" bukan Parti KeAdilan. Sayyiduna Umar R.A masyhur bukan kerana berjaya memotong tangan pencuri,merejam org berzina dan sebagainya tetapi kerana ADILnya Sayyiduna Umar R.A. sehingga beliau mengungkapkan :

لو تعثرت بغلة في عراق لحاسبني الله يوم القيامة لماذ يا عمر لم تصلح هذا طريق فيها؟؟

kalu tergelincir seekor kaki baghol di hujung iroq nescaya di hisab oleh ALLOH di hari Qiamat " Heei Umar, Bakpo mu tidok baiki jalan sehingga baghal tu sakit kakinya kerna tergelekcoh?? .

Maka Tujuan ISLAM itu ialah "ADIL" dari segi Aqidahnya, Fekahnya, Akhlaqnya dan ekonomi, sosial dan pembangunannya. Bukan semata-mata menghukum . Adapun pemimpin2 kita sekarang kebanyakannya melaung sahja nak ke’Adilan tapi dia sendiri tak praktik pun keadilan itu dalam diri mereka. Contohnya tidak boleh di kritik dan di nasihati kononya mereka Pemimpin lagi Ulamak lagi … Fuyooooo sedangkan Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq R.A ketika beliau di lantik menjadi Khalifah beliau berkhutbah :

ياءيها الناس ,قد وليت عليكم ولست بخيركم ان أحسنت فأعينوني وان أسأت فقوموني

Heei Manusio, Sesungguhnyo aku di lantik jadi khalifoh di atas kamu padahal aku bukan terbaik di kalangan kamu ,Jika aku berbuat baik maka tolonglah aku di atas taqwaLLOH dan jika akau buat benda tidok baik maka perbetulkan aku. Sayiduna Umar R.A pernah di tegur oleh permpuan tua, Sayyiduna Mua’awiyyah R.A pernah di tegur dgn Mata Pedang . Mereka bersikap adil. Kita baru tegur dan nasihat sikit jee pun dah di pulau, di hentam di tuduh macam2… Duk Mano "ADIL" weeeii??

sedangkan ALLOH Ta’ala berfirman :

وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

Jangan di sebabkan kamu benci dengan 1 puok itu dengan kamu tidak berlaku ADIL terhadap mereka. Buat buat ADIL lah kerana ianya sedekat2 TaqwaLLOH.

Alah ko gu lawan suruh buat adil, bila kita nok nasihat di pulau di hino tidak di beri tempat. Mano gaak yg kita duk laung2 semangat keAdilan tu??

Sejarah mengajar kita , Lihat sahja di Sudan bila menangnya Parti ISLAM dan cuba melaksanakn Hudud dan ternyata ianya gagal. Begitu juga di tanah air kita contohnya negeri ku sendiri .. Ianya SUDAH BOLEH di laksankan , tiada sekatan apa2 di peringkat Pusat atau perlembaga’an .. Tetapi belum juga di Laksanakan . Sila Rujuk Blog Dewan Ulamak Pas Pusat : http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=323%3Ahudud-boleh-dilaksanakan-di-kelantan&catid=17&Itemid=19

Tapi kalu Bab Aqidah,Solat,Thoharoh, Tutup Aurat, Munakahat, Mu’amalat dan sebaginya pun Ummat masih lagi Jahil Tukil apatahlagi bab Jinayah. Hanya sekadar laungan membuta tuli sahaja lah tanpa di sertakan dengan ILMU ISLAM , ISLAM itu bukan dengan munasabah aqal boleh fikir sendiri tapi dengan Belajar Tafaqquh Kata Jaddina Sayyiduna Ali A.S wa KarromaLLOHuwajhah :

ديننا بنيان علي نقول لا مناسبة علي العقول

Dan Sabda Baginda S.A.W :

العلم بتعلم والفقه بتفقه

Qadhi iyyad berkata:

ﻋﻠﻴﻚ ﺑﻄﺮﻳﻖ ﺍﻟﻬﺪﻯ ﻭﺇﻥ ﻗﻞ ﺍﻟﺴﺎﻟﻜﻮﻥ،

ﻭﺍﺟﺘﻨﺐ ﻃﺮﻳﻖ ﺍﻟﺮﺩﻯ ﻭﺇﻥ ﻛﺜﺮ

ﺍﻟﻬﺎﻟﻜﻮﻥ

hendaklah kamu berada di jalan petunjuk (belajar itu sebab bagi petunjuk) walaupun sikit bilangan org yg melalui jalan itu. Jauhkan diri dari jalan kerosakan, walaupun sedikit bilangan pelaku kerosakan itu.

Dan Aku tetap di jalan belajar, mengkaji dan terus mengkaji . Biarlah golongan Talaqqi dan Tafaquh ini tak ramai mcm golongan yg semangat ISLAM pun.

Nasihat ini di tuju khas buat Sharifah Fatimah Benyahya Fatin Nadiah Al’AydrusFahim Al’Aydrus Shafiena Fiesha Nabilla Sham dan Sahabat dan Sohabiah ku di FB , yg jadi kawan atau yg melanggang FB ku dan Seluruh UMMAT ISLAM kerana aku mencintai UMMAT ISLAM yg damai, Adil, tenteram, Salim Aqidah Syari’at dan Akhlaqnya.

Tidak payah nak berdebat2 dalam komen FB ini ya, Kalau nak debat ke wacana ke apa, Jangan lupa anjurkan bila sy balik Malaysia.. Hahahaha InsyaALLOH sy mau je. Yang tak maunya komen bukan main ganas dalam FB , Bila balik habuk batang hidung pun tak nampak.

Daripada Si Jahil lagi FaqiruIlaLLOH As-Sayyid Faez Al ‘Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس Ustaz Syed Faiz Al-Idrus .

 

Sumber: http://ustazsyedfaiz.blogspot.com/2013/05/isu-hudud-akibat-tidak-faham-qaedah.html

26 March 2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | 1 Comment

HUDUD: Jangan bercakap ikut andaian logik

Fatwa Malaysia

Pemilik Kuasa Tertinggi

Manusia merupakan makhluk yang memerlukan penghidupan sosial yang kolektif. Manusia tidak mampu hidup bersendirian dalam memenuhi semua keperluan hidupnya kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh sebab itu, semenjak awal kejadian manusia, sudah terbentuk sebuah hidup bermasyarakat, sehingga terbentuk sebuah negara. Antara persoalan penting dalam sesebuah negara ialah, soal kuasa mutlak atau kuasa tertinggi yang diistilahkan sebagai kedaulatan. Kuasa tertinggi tersebut mempunyai peranan penting dalam mencorak undang-undang yang akan digubal dan dilaksanakan dalam sesebuah negara.

Dalam falsafah politik Islam, isu kedaulatan dikemukakan secara jelas iaitu Allah SWT sahaja yang memiliki kuasa tertinggi di dunia dan di akhirat. Allah SWT yang mencipta alam dan segala isinya, memiliki kuasa untuk mengurus dan mentadbir ciptaan-Nya. Kehendak Allah SWT bersifat mutlak dalam mengurus alam ciptaan-Nya. Oleh sebab itu, kehendak Allah SWT wajib ditaati oleh setiap makhluk, termasuk dalam sesebuah masyarakat dan negara. Dia sahaja yang berdaulat dan segala undang-undang yang digubal hendaklah bertepatan dengan kehendak-Nya (Maududi, Sayed Abul A’la, Islamic law and constitution).

Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 67 yang bermaksud, "…Kuasa menetapkan sesuatu hukum itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri."

Elak Polemikkan Hukum Hudud

Isu hukuman hudud dan pelaksanaannya sering menjadi topik hangat perbincangan daripada semasa ke semasa. Isu ini ditimbulkan semula apabila sesetengah pihak mengulas isu pelaksanaan hukuman Syariah di Negara Brunei bermula April 2014. Ada sesetengah pihak yang begitu angkuh menyatakan bahawa hudud adalah ciptaan manusia dan terbuka kepada perdebatan.

Harus diingat bahawa isu hukum hudud ini bukan hanya sekadar perbincangan isu politik semasa dan undang-undang semata-mata. Apa yang berlaku di kalangan sebahagian umat Islam ialah mereka sewenang-wenangnya mengeluarkan pendapat yang didakwa bersifat intelektual, tanpa mempedulikan bahawa isu ini mempunyai signifikan yang besar terhadap akidah.

Masyarakat perlu memahami bahawa dalam isu hudud ini terdapat perkara yang bersifat teras kepercayaan dalam Islam (qat’ie) dan ada yang bersifat ijtihad yang menjadi ruang perbahasan dan perdebatan dalam kalangan sarjana (zanni). Allah SWT tidak menghalang hambaNya daripada menggunakan akal untuk menganalisa setiap isu yang berlaku dalam kehidupan, namun analisa tersebut perlulah berasaskan ilmu dan dibahaskan oleh sarjana yang berkelayakan sahaja. Sebagai bandingan, jika dalam sistem undang-undang sivil, ulasan dan penggubalan undang-undang perlu dilakukan oleh sarjana yang berkelayakan, maka adakah dalam isu undang-undang Islam, ia boleh diulas dan digubal oleh sesiapa sahaja, tanpa memerlukan sebarang kelayakan? Perlu juga diingat bahawa hanya pakar jantung sahaja yang boleh merawat pesakit jantung, bukan doktor gigi.

Fahami Prinsip Perundangan Islam

Perintah Allah SWT sebagai Pencipta dan Pentadbir seisi alam dinyatakan dalam al-Quran dan seterusnya dijelaskan oleh Nabi Muhammad saw dalam Sunnahnya. Untuk memahami perundangan Islam, terdapat tiga aspek yang perlu diberi perhatian dan difahami sedalam-dalamnya sebelum mengeluarkan apa jua pendapat, iaitu Sumber hukum, Kefahaman hukum daripada sumber dan Kaedah pelaksanaan hukum.

Sebagaimana kaedah yang dijelaskan oleh pakar perundangan Islam, sumber hukum dalam perundangan Islam dan kefahaman hukum daripada sumber itu dikategori kepada dua status: iaitu Qat’ie dan Zanni. Al-Quran merupakan sumber Qat’ie iaitu setiap ayat al-Quran wajib diyakini kebenarannya dan sesiapa yang menafikan walau satu huruf daripada al-Quran, maka akan terjejaslah akidah individu berkenaan.

Manakala hadis Nabi SAW dikategori kepada dua: Hadis Mutawatir adalah sumber Qat’ie, dan hadis selainnya adalah sumber Zanni. Hadis dalam kategori sumber Zanni bermaksud, terdapat perbahasan dan perdebatan dalam kalangan pakar perundangan Islam dalam menerima status sesuatu hadis. Islam membenarkan para sarjana menganalisa sumber Zanni, tetapi analisa tersebut wajib berasaskan ilmu yang berautoriti, bukan berasaskan sangkaan semata-mata.

Selanjutnya dalam memahami hukum yang dinyatakan dalam sesuatu sumber; sama ada al-Quran atau sunnah, kefahaman tersebut juga dikategori kepada dua; Qat’ie dan Zanni. Kefahaman Qat’ie bermaksud sumber tersebut menjelaskan maksud hukum yang jelas dan spesifik. Manakala kefahaman Zanni bermaksud terdapat pelbagai interpretasi dalam kalangan sarjana dalam memahami hukum yang dimaksudkan dalam sesuatu sumber (Abu Zahrah, Usul al-Fiqh, hlm. 71)

Manakala elemen ketiga yang wajib diketahui ialah kaedah pelaksanaan hukum yang difahami daripada sesuatu sumber tersebut. Secara umumnya, semua perintah Allah wajib dilaksanakan. Namun bagi melaksanakan sesuatu perintah Allah, para sarjana perundangan Islam diberi ruang untuk berijtihad bagi memilih kaedah terbaik bagi melaksanakan perintah tersebut.

Isu hudud dan pelaksanaannya

Terdapat beberapa jenis jenayah yang dijelaskan hukumannya dalam al-Quran dan Sunnah secara detail. Hukuman dan jenayah ini yang diistilahkan dalam Undang-Undang Jenayah Islam sebagai Hudud dan Qisas. Secara umumnya, hukum melaksanakan perintah Allah SWT berkaitan hukuman kepada sesuatu jenayah adalah wajib. Namun, ruang perbahasan tentang isu ini kembali kepada prinsip qat’ie atau zanni.

Bagi setiap jenayah hudud dan qisas terdapat elemen qat’ie dan zanni. Hanya bagi elemen zanni, Islam memberi ruang untuk perbahasan yang berasaskan ilmu yang berautoriti. Contohnya dalam jenayah zina, sumber hukumnya ialah firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 2 yang bermaksud, "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."

Setiap orang Islam wajib beriman bahawa Allah memerintahkan agar pesalah zina dihukum dengan seratus (100) kali sebatan, ini adalah elemen qat’ie dalam ayat ini. Manakala persoalan lain berkaitan jenayah zina itu, adalah termasuk dalam elemen zanni seperti apakah syarat seseorang penzina itu boleh dijatuhkan hukuman seratus kali sebatan dan bagaimana cara pelaksanaan hukuman sebatan.

Sumber kedua hukum berkaitan jenayah zina ialah hadis mutawatir yang menjelaskan bahawa hukuman penzina muhsan adalah rejam sampai mati. Elemen qat’ie ialah wajib menghukum penzina muhsan dengan rejam sampai mati. Manakala pendetilan tentang syarat muhsan yang membolehkan pesalah zina itu direjam, kaedah pelaksanaan hukuman rejam, dan seumpamanya, adalah termasuk dalam elemen zanni, kerana terdapat pelbagai pendapat sarjana berkaitan dengannya.

Tersasar Tanpa Ilmu

Rata-rata masyarakat pada hari ini, termasuk juga orang bukan Islam begitu berminat berbicara mengenai hukum Hudud. Namun berapa ramai yang bebar-benar memahami hudud dalam konteks Islam yang sebenar. Andaian berdasarkan logik akal semata-mata akan menyesatkan kita. Janganlah disebabkan kedangkalan ilmu, kita sanggup mengungkapkan bahawa "adalah mundur untuk menggunakan pendekatan hudud dalam menangani isu jenayah".

Seluruh umat Islam perlu jelas bahawa isu hukum hudud dan pelaksanaannya ini perlu dilihat daripada aspek qat’ie dan zanni. Elemen qat’ie tidak boleh dipertikai sama sekali, manakala elemen zanni diberikan ruang untuk para sarjana berijtihad kerana Islam menggalakkan manusia menggunakan akal untuk menganalisa ayat al-Quran dan hadis bagi melaksanakan perintah Allah SWT.

Namun sebagai seorang muslim yang meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam, mereka yang ingin mengemukakan pendapat berkaitan hukum Allah SWT dan kaedah pelaksanaannya wajib memiliki dan memahami ilmu-ilmu teras berkaitan seperti Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh supaya analisa atau kritikan yang dibuat dan disebarkan tidak tersasar daripada Ajaran Islam yang sebenar dan seterusnya menyesatkan orang lain.

Wallahu a’lam

Sumber:

Oleh:
Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Felo Fatwa

8 April 2014 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Tidak ada Muslim yang menolak hukum hudud

Saya percaya tidak ada pemimpin dan umat Islam seluruh dunia yang faham, menolak Hukum Hudud kerana semua maklum ianya adalah perintah dan hukum Allah yang termaktub dalam al Quran.

Prof Madya Dr Asri berkata : Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan penafsiran hukum berkenaan oleh manusia.Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan. Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dll yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar. Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendak oleh Allah dan rasulNYA. Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami.

Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan. Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu.

Tokoh ilmuwan muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa dalam bukunya Punishment in Islamic Law menyatakan bahawa dari penelitian beliau bahawa belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi s.a.w hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia muslim. Sejak zaman Abbasiyah lagi penekanan perlaksanaan hudud sudah tiada. Ini disebabkan kerangka masyarakat seperti mana waktu hudud dilaksana pada awal sudah tiada lagi.

Dalam The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, John L. Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan, ini seperti di Libya dan Pakistan. Sementara di Sudan dan Utara Nigeria hanya dilaksanakan beberapa tahun selepas diperkenalkan, kemudian dihentikan. Pada zaman kini hanya Arab Saudi menjadi contoh dalam perlaksanaan hudud.

Ada pendapat menyebut bahawa penulisan para pengembara silam yang melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan perlaksanaan hudud, ini seakan menunjukkan semacam ia terhenti. Sementara itu tokoh seperti Prof Tariq Ramadan dalam artikelnya ‘An International Call for Moratorium on Corporal Punishment’ pula menyeru kepada moratorium (penangguhan) hudud disebabkan keadaan dunia yang berubah. Demikian juga tokoh fekah yang terkenal as-Syeikh Mustafa al-Zarqa dalam Fatawa Mustafa al-Zarqmeminta agar hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana itu akan menjadi fitnah kepada Islam.

Tiga Golongan

Maka, mereka yang enggan menerima perlaksanaan hudud itu ada tiga golongan; pertama, mereka yang membenci hudud itu sendiri dan menganggapnya zalim dan buruk. Maka golongan ini rosak akidahnya. Kedua, mereka yang tidak menolak hudud tetapi menolak tafsiran perincian hudud yang dibuat oleh pihak tertentu. Ini kerana nas-nas hudud dalam al-Quran dan hadis umum, perinciannya adalah ijtihad ataupun tafsiran para pengkaji.

Sebagai contoh, Prof Dr Hashim Kamali seorang sarjana muslim yang terkenal telah menulis mengkritik enakmen hudud Kelantan dan Terengganu. Sesiapa yang berminat boleh membaca tulisan beliau ‘Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu”. Golongan ini tidak boleh dianggap mengkritik Islam sebaliknya mengkritik tafsiran pihak tertentu tentang hudud.

Golongan ketiga, mereka tidak menolak hudud tetapi menyatakan keadaan hari ini ataupun masyarakat yang sedang ada tidak kondusif untuk dilaksanakan hudud. Dalam ertikata lain, persekitaran yang memboleh hudud itu berfungsi dengan adil tidak wujud. Maka hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai itu muncul. Ini seperti kita menyatakan haji itu wajib tetapi oleh kerana kewangan tidak cukup, ataupun perjalanan tidak aman, maka hendaklah ditangguhkan. Jika hudud dilaksanakan juga ia tidak akan mencapai tujuan yang Allah kehendaki. Golongan ketiga tidak menolak hudud tetapi menyatakan bahawa dari segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum suasana yang kondusif muncul.

Tujuan Kenegaraan

Hakikatnya tujuan kenegaraan dalam Islam bukanlah untuk hudud. Tujuan kenegaraan lebih luas dari itu. Pemerintah menegak social justice ataupun keadilan masyarakat dalam segala aspek. Hudud hanyalahmechanism dalam mengatasi jenayah tertentu. Bahkan perkataan ‘hudud Allah’ dalam al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah sebaliknya dalam Surah al-Baqarah ayat 187 merujuk kepada hukum-hakam puasa, Surah al-Baqarah ayat 229-230 merujuk kepada hukum-hakam talak, Surah an-Nisa ayat 13 tentang harta pusaka, Surah al-Mujadilah ayat 4 tentang hukum zihar, Surah at-Talaq ayat 1 tentang edah talak. Ertinya perkataan hudud dalam al-Quran secara peraturan Allah bukan hanya tertumpu kepada hukum jenayah sahaja.

Menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksaan. Tidak dari segi maqasid agama, tidak juga dari segi kepentingan politik. Tujuan politik jauh lebih luas dari hanya membincang cara memotong tangan pencuri. Sebelum pencuri dipotong tangan, politik sepatut membincang bagaimana memasti tiada alasan untuk sesiapa pun mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara. Hendak dipastikan semua warga sama di hadapan undang-undang. Tidak boleh ada pihak yang boleh bermaharajalela yang jika mereka didakwa, yang membawa kes pula akan dikenakan di bawah akta hasutan. Jangan sampai rakyat yang mencuri di pasaraya dipotong tangan, tapi pembesar yang mencuri hutan balak negara dibiarkan.

Akhirnya, saya ingin memetik apa yang al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah:

“Berkata al-Shafi’i: “Tiada siyasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak”. Kata Ibn ‘Aqil: “Siyasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya. Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu “Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak” iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah.. apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun maka di situlah syariat Allah dan agamaNYA.

Allah S.W.T lebih mengetahui, lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta alamat-alamatnya dengan sesuatu kemudian menafikan apa yang lebih jelas daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih nyata tandanya, lalu dia tidak menerima dan menilai kewujudannya dan menegakkan tuntutannya. Bahkan Allah S.W.T telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNYA dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa siyasah yang adil itu menyanggahi apa yang ungkapkan oleh syarak, sebaliknya ia menepatinya. Bahkan siyasah yang adil itu satu juzuk dari syarak. Kita menamakannya siyasah mengikut istilah mereka padahal sebenarnya ia adalah keadilan Allah dan rasulNYA yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti tersebut”

12 November 2012 Posted by | Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Hudud & Its Implications On Non-Muslim In Malaysia

WACANA ni bukan nya wacana politik..ini forum pasal hak umat Islam….cuba buang idea2 politik tu sekejap..fikir dan berbincang ikut cara komuniti Islam..macam mana nak laksanakan hukum hudud bila kita umat Islam sendiri memburukkan sesama sendiri..yg baik tu kita terima..yg buruk tu kita tolak…

TONTON VIDEO INI SAMPAI TAMMAT, FAHAMI BETUL BETUL SEBELUM MELUAHKAN KOMEN ANDA.

12 August 2012 Posted by | Politik dan Dakwah, Video | , | Leave a comment

Foto foto hukum hudud

Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.

Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira.

Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengantakzir (discretionary punishment).(Mantan Mufti Perlis Dr Asri)

Ini foto hukuman rejam sampai mati di Somalia yang dipost oleh seorang kawan Melayu di Malaysia kepada saya :

Si pesalah di tanam separuh badan.

Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya.

Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap bermakna “hanya Allah yang SATU” (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz “Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah“.

Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil pengajaran dan keinsafan.

Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.

Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat” (Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua).

“Dan orang-orang yang mencuri, lelaki dan wanita, potonglah tangan mereka, sebagai hukuman terhadap apa yang telah mereka lakukan. Ia sebagai balasan dari Allah. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesiapa yang bertaubat setelah (melakukan) kezalimannya dan membaiki dirinya maka sesungguhnya ALlah memberi taubat kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-Maidah:38 – 39)

Hukum hudud potong pergelangan tangan kerana kesalahan mencuri.

Di Negara-negara Sekular, seseorang boleh mencuri secara terhormat seperti pecah amanah wang simpanan ratusan juta ringgit, kemudian memindahkan secara membahagi-bahagikan wang tersebut kepada suku sakatnya menjadikan mereka sekumpulan jutawan sekelip mata. Apabila beliau dihukum penjara atau denda dan tidak dapat membayar dendaan tersebut, beliau di istihar “Muflis” dan mungkin dipenjarakan untuk sesuatu tempoh. Apabila tamat tempoh penjara, beliau melangkah keluar dari penjara sebagai seorang jutawan lagi menjutawankan orang lain. Suku sakat jutawan beliau boleh memulangkan sepenuh atau sebahagian dari jutaan wangnya dengan cara halus mengikut perjanjian dan terma yang mereka sepakati bersama. Demikian berbilion wang rakyat dilesapkan sepanjang masa. Di dalam Islam, jika sabit kesalahan seperti itu, beliau akan kehilangan tapak tangannya kerana dipotong, dan hutangnya jatuh ke tangan warisnya dalam hal-hal tertentu.

Seorang pesalah sedang dipancung. Pedang telah diangkat betul-betul di atas tengkuk. Kelihatan seorang lagi pesalah (berpakaian putih) telah dipancung lehernya.

Kedua-dua pesalah telah dipancung.

Pada Musim Haji 2007M/1428H yang lalu ketika di Madinah saya sempat melihat perkumpulan manusia di satu padang untuk menyaksikan hukuman pancung, katanya akan berlangsung pukul 11.00 pagi. Malangnya apabila saya balik ke hotel untuk mengambil kamera video dan tiba di tempat tersebut pukul 10.30 pagi, hukuman tersebut telah pun dilaksanakan pada pukul 10.00 pagi sebenarnya. Yang ada di situ ialah tompokan-tompokan darah yang sedang dipancutkan air ke atasnya oleh para pekerja.

Di Aceh

(Sumber: Ini Jalan Ku)

25 July 2012 Posted by | Fiqh, Ibadah, Informasi, Tazkirah | | 5 Comments

Memberontak atau menggulingkan pemerintah Islam walaupun ianya fasiq diharamkan dalam Islam

Al-Bughah dari segi bahasa bererti pelampau atau melampaui batas

Dari istilah bererti satu kumpulan orang Islam yang menentang pemimpin muslimin, melakukan pemberontakan terhadap pemerintahannya dan enggan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pemerintah sama ada orang yang berkaitan dengan hak Allah atau hak manusia.

Dalam istilah biasa mereka dikenali sebagai pemberontak.  Mereka mempunyai dasar dan undang-undang mereka sendiri, mempunyai organisasi dan pentadbiran sendiri serta mempunyai kekuatan pertahanan, tentera dan senjata untuk melaksanakan pemberontakan.  Contohnya ialah al-Khawarij dan al-Haruriyah yang menentang khalifah ‘Ali ra.

Unsur-unsur dalam Kesalahan Memberontak

1.             Perbuatan menderhaka.

2.             Penggunaan kekuatan dan kekerasan.

3.             Niat memberontak.

Unsur Perbuatan Menderhaka

  1. Perbuatan menderhaka bermaksud menentang pemerintah atau berusaha menggulingkannya, tidak mematuhi perintahnya atau undang-undang yang dikuatkuasakannya dan tidak melaksana­kan kewajipan-kewajipan yang tidak dianggap maksiat.
  1. Pemberontakan itu ditujukan kepada pemerintah Islam yang adil yang tidak sepatutnya ditentang atau digulingkan, malahan pemberontakan terhadap pemerintah yang fasiq pun diharam­kan oleh Islam walaupun dengan tujuan untuk melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkarIni disebabkan pemberontakan itu akan memberi kesan yang lebih buruk dan tidak memung­kinkan maksud amar ma’ruf dan nahi munkar tercapai.

Unsur Penggunaan Kekuatan dan Kekerasan

Penggunaan kekuatan dan kekerasan bermaksud bahawa pemberontak mempunyai kekuatan pertahanan mereka sendiri serta mempunyai senjata dan tentera yang dapat melakukan tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman negara dan melakukan kekacauan dan huru hara.

Unsur Niat

Niat yang dimaksudkan di sini ialah untuk melakukan pemberontakan dan penentangan terhadap pemerintah dan bertujuan untuk menggulingkan atau tidak mahu tunduk kepada perintahnya dan enggan melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab mengikut undang-undang dan peraturan yang ditentukan olch pemerintah.

Langkah Menghadapi Pemberontak

  1. Pemerintah yang menghadapi pemberontakan tidak boleh terus bertindak memerangi atau menentang pemberontak dengan kekerasan sebelum langkah-langkah awal dilakukan bagi mengelakkan pertumpahan darah sesama umat Islam.
  1. Langkah paling utama ialah mengajak mereka ke meja perundingan untuk mengetahui sebab mereka memberontak dan tuntutan mereka:
    1. Sekiranya sebab-sebab itu munasabah dan tuntutan mereka wajar, maka pemerintah tidak boleh menafl­kannya, tetapi hendaklah menerimanya dan memenuhi tuntutan mereka.
    2. Sekiranya pemberontak enggan memberi sebab-sebab pemberontakan dengan jelas, maka mereka perlu diberi peringatan akan bahaya peperangan iaitu men­datangkan korban nyawa dan kerugian harta benda.
    3. Sekiranya mereka masih enggan, suruhlah mereka supaya kembali bersatu di bawah naungan pemerintah dan taat kepada pemerintah atau mereka akan menghadapi tindakan yang keras dan tegas daripada ,pemerintah.
    4. Sekiranya mereka tetap enggan dan terus berpegang pada dasar pemberontakan mereka, maka wajiblah mercka diperangi.

Syarat-syarat Memerangi Pemberontak

  1. Pemberontak mempunyai kekuatan tentera, senjata dan pengkalan bagi pergerakan dan pertahanan mereka.  Usaha untuk menjadikan mereka taat kepada pemerintah memerlukan belanja yang besar dan tenaga yang banyak.
  2. Pemberontak menentang pemerintah secara terbuka dan mereka tidak berada di dalam kawalan pemerintah sebab mereka mempunyai pengkalan yang di luar daripada kekuasaan pemerintah.  Ini tidak memungkin­kan pemerintah dapat mengambil tindakan terhadap mereka secara mudah seperti menangkap dan memenjarakan mereka.
  3. Pemberontak mempunyai asas yang menjadi prinsip perjuangan mereka sendiri sekalipun asas itu salah seperti asas yang dipegang oleh al-Khawarij dan al-Haruriyahyang melakukan pemberontakan ter­hadap Sayidina’Ali ra.. Tidak mudah bagi pemerintah untuk berhadapan dengan golongan yang berpegang pada prinsip tentera yang menjadi dasar perjuangan pemberontak lebih-lebih lagi prinsip yang salah.  Ini bererti bertambah sukar untuk menyeru mereka supaya berdamai dan kembali kepada prinsip yang menjadi dasar pemerintah dan menghentikan penentangan terhadap pemerintah.
  4. Pemberontak mempunyai pemimpin yang berpenga­ruh dan ditaati, pemimpin yang dapat mengatur dan mentadbir, merancang dan menyusun strategi bagi melaksanakan penentangan dan pemberontakan.  Andainya mereka tidak mempunyai pemimpin, mereka mudah disedarkan dan dipujuk supaya menghentikan perjuangan yang sia-sia itu.
  5. Walaupun pemerintah diharuskan memerangi pemberontak, mereka tidak boleh dianggap sebagai golongan fasiq dan kafir kerana mereka dapat dianggap sebagai golongan bermasalah berdasarkan asas atau prinsip yang mempengaruhi tindakan mereka.

Tindakan

  1. Tindakan hendaklah didahului dengan memberi pe­nerangan dan nasihat serta berunding dengan mereka supaya mereka kembali kepangkuan jema’ah Islam.
  2. Sesudah berlaku peperangan tentera pemerintah tidak boleh mengejar musuh yang meninggalkan medan peperangan, tidak boleh mereka menghukum yang telah lemah disebabkan luka.  Hanya yang dibolehkan ialah menentang pemberontak seimbang dengan serangan yang mereka lakukan.  Jelasnya mengangkat senjata hanya untuk mempertahankan diri dan jema’ah serta memadamkan pemberontakan.
  1. Tidak boleh membunuh pemberontak yang ditawan.
  1. Tidak boleh merampas harta mereka sebagai harta rampasan perang.

Hukuman yang Berbangkit Selepas Pemberontak Dipadamkan

  1. Pemberontak yang terkorban dalam pertempuran mati­nya mati percuma kerana tidak boleh diambil tindakan qisas atau that terhadap pihak yang membunuhnya.
  1. Setelah tamat peperangan atau pertempuran antara tentera pemerintah dengan tentera pemberontak, kemudian ada pula tentera pemerintah yang membunuh tentera pemberontak, pada hal pemberontak telah meletakkan senjata dan kembali taat kepada pemerintah, maka tentera yang membunuh itu dikenakan qisas, melainkan ia bersumpah bahawa ia berpendapat bahawa suatu kegiatan menentang atau cubaan rampasan kuasa terhadap pemerintah yang sah di sisi svara’, sama ada dengan mengguna­ senjata atau merancang serta melancarkan peperangan dengan cara zalim
Hukuman Jenayah Memberontak
  1. Dijatuhkan hukuman mati
  2. atau diperangi

Pemerintah juga mestilah meneliti dan mengkaji sebab pemberontakan tersebut dan sekiranya tuntutan itu benar maka pemerintah hendaklah menerima dan melaksanakannya. Sekiranya permintaan mereka tidak  benar, dan mereka masih berdegil tidak mahu mentaati pemerintah, di saat itu mereka bolehlah diperangi.

(Sumber: http://ustazabdulwahab.wordpress.com/jenayah/hukuman-hudud/)

5 May 2012 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Tazkirah | , , | Leave a comment

Hukum Hudud: Ulasan pembahasan Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi mengenainya

Bicara al-Allamah Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang ‘Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini’ yang disiarkan oleh setesen satelit, al-Jazeera, telah memberikan garis panduan asas berkenaan kaedah perlaksanaan hukum tersebut dalam masyarakat.

Garis panduan tersebut-yang dirumuskan daripada pengamatan beliau terhadap pendekatan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum hudud-sangat penting dari segi menyatukan pandangan umat Islam hari ini dalam soal kaedah perlaksanaan hukum tersebut.

Atau paling kurang, merapatkan jurang perselisihan pandangan berhubung soal ini.

Trend semasa wacana hudud di negara ini memperlihatkan, pihak-pihak yang memperkatakan tentang perlaksanaan hukum hudud atau yang berusaha melaksanakannya, kurang memberi perhatian terhadap kaedah atau pendekatan yang digunakan Nabi SAWdalam melaksanakan hukum itu.

Trend ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pelebaran jurang perbezaan pendapat berhubung soal ini.

Merujuk kepada kaedah Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Qaradhawi telah mengetengahkan satu fakta, yang barangkali boleh ‘mengejutkan’ sesetengah pihak.

Fakta itu menyatakan, ‘sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.

Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.

Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.

(Rujuk : http://www.qaradawi.net/)

Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat ‘perlaksanaan hudud’ sebagai ‘agenda teratas’ dalam sesebuah negara Islam.

Penegasan ini sebaliknya menuntut sesebuah Negara Islam, melaksanakan hukum hakam Islam dan tuntutan-tuntutan Islam yang lain terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah untuk melaksanakan hukum hudud.

Gambaran yang jelas tentang kuantiti hukum hakam dan tuntutan-tuntutan Islam ini boleh diperolehi melalui tinjauan ke atas pembahagian ulama terhadap jenis-jenis hukum hakam Islam.

Syaikh Abdul Wahab Khalaf umpamanya, membahagikan hukum hakam yang dinyatakan al-Quran kepada tiga kategori induk, iaitu Hukum Hakam Akidah, Hukum Hakam Akhlak dan Hukum Hakam Amali. Iaitu hukum hakam berkaitan perbuatan manusia.

Hukum Hakam Amali ini pula terbahagi kepada dua bahagian yang besar, iaitu Hukum Hakam Ibadat dan Hukum Hakam Muamalat (transaksi).

Sementara itu, hukum hakam Muamalat pula dipecahkan kepada 7 bahagian, iaitu Hukum Hakam Kekeluargaan, Hukum Hakam Madani (sivil), Hukum Hakam Jenayah (hudud, qisas dan takzir), Hukum Hakam Perundangan, Hukum Hakam Kenegaraan, Hukum Hakam Antarabangsa dan Hukum Hakam Ekonomi (Abdul Wahab Khalaf (1998), Ilmu Usul al-Feqh, Mansurah : Darul Kalimah, ms.34-35).

Pembahagian ini memperlihatkan dengan jelas kedudukan hukum hudud sebagai salah satu juzuk daripada ‘binaan’ hukum hakam Islam yang besar, dan bukannya keseluruhan hukum hakam Islam itu sendiri.

Sementara kedudukannya dalam ‘jadual’ perlaksanaan pula ialah pada kedudukan atau tertib terakhir, seperti yang telah dinyatakan Qaradhawi.

Pandangan Qaradhawi ini turut dikongsi oleh Syaikh Muhammad Abdullah al-Khatib, seorang tokoh terkenal pergerakan Ikhwanul Muslimin masa kini, yang juga merupakan pengarang Risalah al-Ta’lim, Syarh Usul al-‘Isyreen dan lain-lain.

Dengan ungkapan yang jelas, Muhammad Abdullah al-Khatib mengatakan,”hudud dalam Islam…datang pada [kedudukan] penghujung [proses] pensyariatan [hukum] kerana Islam lebih prihatin terhadap tangan manusia [daripada dipotong akibat mencuri], kehormatan, hak milik dan kehidupan mereka keseluruhannya”.

Justeru, beliau menolak dakwaaan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan hukum hudud berada pada kedudukan teratas dalam ‘jadual perlaksanaan Islam’ berbanding hukum hakam yang lain.

Beliau menyatakan, “[hukum] hudud sebagaimana yang kamu lihat dengan syarat-syaratnya yang ketat, dan dengan [syarat] menyediakan keperluan-keperluan asas kepada setiap individu umat ini [sebelum melaksanakannya], datang pada [kedudukan] penghujung hukum hakam [Islam dari segi perlaksanaan], bukannya pada permulaannya, seperti yang didakwa sesetengah [pihak]”.

(Lihat http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=82931&SecID=391)

Qaradhawi bagaimana pun tidak pula menyatakan dengan jelas, dalil yang menjadi asas kepada pandangan beliau ini. Namun, boleh difahami daripada bicara beliau ketika diwawancara oleh setesen satelit, al-Jazeera pada 10 Januari 2011 itu, dalilnya ialah waktu turun ayat-ayat yang memerintahkan perlaksanaan hukuman-hukuman hudud, iaitu zina, qazaf, mencuri, dan hirabah.

Menurut beliau, ayat-ayat tersebut-yang memerintahkan perlaksanaan hukum hudud- adalah antara ayat-ayat terakhir dan pertengahan dari segi urutan penurunannya. Kedudukan pada tertib pertengahan dan terakhir ayat-ayat ini dari segi urutan penurunan, membawa makna ia juga berada pada kedudukan dan urutan yang sama dari segi perlaksanaan.

Oleh sebab itu, beliau menyatakan, “sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud”.

Bagi menyokong pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hudud ini, Qaradhawi juga dilihat berdalilkan dengan hakikat bahawa Islam tidak beria-ia mahu menghukum manusia yang melakukan kesalahan hudud. Hakikat ini adalah jelas kerana amalan Nabi SAW dan hadis-hadis Baginda sendiri menyatakan hal ini.

Jika demikian, umat Islam perlulah bergerak seiring dengan amalan Nabi SAW dari segi mengelak mengenakan hukuman hudud, meskipun ke atas orang yang datang membuat pengakuan secara sukarela.

Ini boleh dilakukan dengan berusaha menghapuskan segala perkara yang boleh mendorong manusia melakukan kesalahan hudud, seperti desakan, tekanan dan keperluan hidup.

Dari sinilah, perlunya hukum hakam Islam berkaitan kewajipan menjaga kebajikan rakyat, sifat kebersamaan dan apa sahaja yang menjurus ke arah penghapusan dorongan-dorongan jahat itu, didahulukan sebelum dilaksanakan hudud.

Dengan berbuat demikian, umat Islam telah bergerak seiring dengan amalan Nabi dari segi berusaha mengelak sedaya mungkin daripada mengenakan hukum hudud ke atas pesalah.

Kesimpulannya, kaedah perlaksanaan hukum hudud-seperti yang dijelaskan oleh Qaradhawi-ialah mendahulukan perlaksanaan Islam secara keseluruhan terlebih dahulu, sebelum melaksanakan hukum Allah itu.

Justeru, dalam keadaan perlaksanaan Islam secara menyeluruh ini belum selesai dalam sesebuah Negara Islam, hudud bukan sahaja tidak dilaksanakan, bahkan tidak juga diwartakan sebagai undang-undang Negara yang boleh dilaksanakan, sehinggalah urusan perlaksanaan Islam secara menyeluruh tadi selesai dijayakan.

Demikianlah yang difahami daripada penjelasan dan kenyataan-kenyataan Qaradhawi yang turut disokong oleh Muhammad Abdullah al-Khatib, yang disertakan petikannya dalam tulisan ini.

Pemahaman ini nampaknya selaras dengan tindakan Syaidina Umar r.a menangguhkan perlaksanaan hukum hudud secara total pada musim kelaparan, meskipun di kalangan rakyatnya tentu ada orang yang kaya atau berada yang terselamat daripada bencana kelaparan tersebut.

Tidak ada pula pihak yang membantah tindakan beliau itu dengan berhujjah bahawa hukum hudud perlu diteruskan seperti biasa, dengan membebaskan orang yang sabit mencuri disebabkan kelaparan dan mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang terbukti mencuri bukan kerana desakan kelaparan.

Syaidina Umar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di musim kelaparan secara total.

Syaikh Qaradahwi, dengan pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hukum hudud ini, sesungguhnya telah membuat satu anjakan penting dalam diskusi dan wacana hudud, iaitu membuka perbincangan berkenaan aspek berkaitan hukum hudud yang tidak dibincangkan secara serius di negara ini, iaitu kaedah perlaksanaan hukum hudud dalam masyarakat.

Semoga dengan pandangan tokoh besar Islam ini, wacana hudud di negara ini tidak terus dikurung atau dilihat dikurung dalam skopnya yang lama, yang hanya berlegar di sekitar kewajipan melaksanakan hukum hudud, keadilan hukum hudud, kesesuaiannya dalam masyarakat majmuk dan seumpamanya.

(Penulis Shamsul Muda –  lulusan Syariah & Pengajian Islam Univ. Mu’tah, Jordan).

PERHATIAN:

Subjek saperti Hudud  sebenarnya merupakan tajuk2 besar yang telah di bincang dengan panjang lebar oleh ilmuwan dan ulama dahulu dan kini.Buku2 yg mampu menjawab persoalan di atas dgn lengkap ialah Fatawa Mu’asirat dan Malameh alMujtama’ alIslami oleh Dr al Qardhawi.

29 December 2011 Posted by | Aqidah, Politik dan Dakwah | , , | 12 Comments

Negara Islam Mesir tidak pernah laksana Hukum Hudud,…..Mengapa ?

Foto : udinfauzi.blogspot.com

Satu persoalan yang perlu di jawab oleh mereka yang politikkan Isu hudud saperti berikut:-

  1. Mengapa menurut kata Mufti Mesir negera Islam Mesir tidak pernah laksanakan hudud sejak 1000 tahun lalu.
  2. Sedangkan di situlah letak nya pusat sumber ilmu Islam (contoh Universiti Azhar yang terunggul di dunia)
  3. Di situ juga adanya beribu ribu ilmuwan dan ulama yang terkenal.
  4. Dan di situ juga lahirnya ilmuwan dan ulama dunia.
  5. Di Negara itu tidak ada sesiapa atau undang undang atau perlembagaan yang akan menghalang jika nak laksanakan hudud? Mengapa tak dilaksanakan?
  6. Mengapa parti parti politik Islam disana tidak menjadikan hudud agenda no 1 dalam perjuangan mereka? Parti politik yang baru menang pilihanraya raya dan dapat kuasa memerintah baru baru ini pun tidak sebut hudud sebagai agenda mereka no 1.
  7. Adakah kerajaan dan rakyat Mesir termasuk ilmuwan, ulama, dan politikus jatuh kafir kerana tidak menjadikan Hudud agenda No 1 dan melaksanakan nya?

Sebagai orang Islam saya amat setuju undang undang hudud di laksanakan di Malaysia tetapi hendaklah berdasarkan ilmu ISLAM sebenar.Dan bukan berdasarkan agenda dan sentimen politik yang di bawa oleh sesetengah pihak , baik dari pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang.

Wallahu’alam.

 

21 December 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | | 1 Comment

Perlaksanaan hukum hudud di beberapa buah negara

Antaranya seperti di bawah:

Hukuman Sebat 

clip_image001clip_image003clip_image004

clip_image005clip_image006clip_image009clip_image008clip_image007clip_image010

 

Hukuman Rejam 

clip_image011clip_image012clip_image013

clip_image014clip_image015

 

Hukuman Potong Tangan (kerana mencuri) 

clip_image016clip_image017clip_image019

Hukum pancung

Hukum gantung

12 October 2011 Posted by | Renungan & Teladan | | Leave a comment

Pendapat Mufti Mesir mengenai Perlaksanaan Hukum Hudud

https://i2.wp.com/al-ahkam.net/home/images/stories/alijumuah.jpg

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.

Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marahHukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.

Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya.

Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.

Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan.

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)

Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.

Zaman ketiadaan saksi

Persoalannya di sini, wujudkan saksi-saksi seperti yang dinyatakan, pada masa sekarang?

Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.

Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, al-Qadhi al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya.

Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.

Demikian realiti manusia pada zaman al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

Setelah menukilkan kata-kata al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Dalam erti kata lain, zaman yang kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud.

Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.

Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.


Hudud bukan keutamaan

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini.

Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.

Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan

Kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’.

Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah

Pandangan beliau ini secara tidak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.

Dan, inilah objektif tulisan ini.

Ia tidak bertujuan mengikat mana-mana pihak dengan pandangan al-Allamah Mufti Mesir ini!

 

Oleh: Shamsul Muda

Sumber: [al-ahkam.net]

7 October 2011 Posted by | Bicara Ulama | , | 6 Comments

   

%d bloggers like this: