Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Menisbahkan sesuatu pandangan kepada seseorang kena sahih!

Menisbahkan sesuatu pandangan kepada seseorang kena sahih!

Biasanya sesuatu periwayatan pandangan ulama, jika kita pasti kata katanya, kita akan gunakan perkataan قال yakni, “dia telah berkata”, atau رآى “dia berpandangan” atau perkataan lain yang sesuai.

Jika lemah penisbahan, maka kita gunakan يقال “dikatakan”; atau ينسب إليه” (dinisbahkan kepadanya).

Begitu juga, dalam tuduhan atau tajrih (تجريح) dan ta’an (طعن)، kalau kita pasti kata kata milik seseorang, boleh disebut orang tersebut.

Dalam periwayatan hadis, dibezakan thubut riwayah dengan ‘an’anah”. Beza antara “berkata/riwayat dengan “‘an'”.

Tapi, jika kita tidak pasti, gunalah perkataan “dikatakan” atau “dinisbahkan”. Contohnya: Si polan dikatakan begian begian..

Begitu juga sesuatu pandangan, ada yg maknanya kita pasti, dan ada yang boleh membawa pelbagai makna, maka kena cermat. Boleh digunakan perkataan “jika benar dia berpandangan demikian, maka sesat..”.Jangan gopoh mengatakan: “Si polan sesat!” sbb tsabit makna tu pun kita mungkin silap.

Lagilah tuduhan sesat kita tujukan dengan jari telunjuk kita pada seseorang, empat jari lagi menunjukkan kepada diri kita jika yang dituduh tidak sesat!

Allahu al-musta’an.

Olih:Ustaz Asmadi Mohamed Naim

25/06/2022 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah

No comments yet.

Leave a comment