Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

IMAM TERGANGGU SUARA KANAK2 BERMAIN

Saya juga sebagai imam terawih tidak pernah terganggu dengan suara kanak kanak bermain ketika sedang memimpin solat.

Tetapi kadang terganggu bila dengar bunyi sshhhh orang dewasa yang suruh kanak kanak diam sedang imam sedang membaca, bagi saya tak perlu pun inshaAllah kanak kanak ini tak ganggu pun, sedangkan Rasulullah SAW pendekkan solat fardhu bila dengar ada anak kecil menangis.

Perkara yang masih kita tak faham berkenaan solat berjemaah adalah, pahalanya bukanlah besar sebab kita dapat lebih khusyuk, tetapi kerana bertoleransi berdiri bersama jemaah lain berjam jam walaupun tak dapat capai tahap khusyuk yang dikehendaki.

Nak lebih khusyuk dan tenang sudah pasti solat berseorangan diri bahagian terakhir malam ketika semua tidur khususnya anak anak kecil yang boleh mengganggu.

Galakkan anak anak pergi masjid, nasihat dan ingatkan mereka dengan lemah lembut supaya tidak mengganggu, tetapi jangan sehingga menjadi penyebab mereka dah tak mahu datang ke masjid sebab kena marah marah sebelum, semasa di masjid ataupun selepas balik. Sedangkan kita pun dulu budak budak juga, nakal dan buat bising juga.

Wallahualam.

Ustaz Muhamad Ilyas Mohd Mydin

20/03/2024 - Posted by | Fiqh, Ibadah, Perbahasan Ulama, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a comment