Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Tahlil – Sandaran & Hujah

1. Majlis Tahlilan adalah suatu majlis yang dilakukan oleh keluarga si mati untuk bersedekah makanan bagi pihak si mati kepada kaum muslimin yang mana pada masa yang sama hadirin membacakan al-Quran, zikir dan selawat lalu diakhiri dengan doa agar pahala amalan tersebut sampai kepada si mati.

2. Menurut jumhur ulama, amalan sedemikian dibolehkan dan digalakkan seperti mana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi, Imam Rafie, Imam Suyuthi, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dan lain-lain.

3. Masyarakat melayu kita seringkali dilihat mengadakan majlis tahlilan dalam tempoh yang tertentu seperti 3 hari, 7 hari dan 40 hari.

4. Persoalannya daripada manakah datangnya kebiasaan ini?

5. Sudah tentu tidak ada seorang pun yang menganggap hukumnya wajib melainkan bagi mereka yang jahil. Usaha ini adalah ikhtiar keluarga bagi pihak si mati sahaja seperti mana hadis Nabi shalallahu alaihi wasallam:

ما على أحدكم إذا أراد أن يتصدق بصدقة تطوعا أن يجعلها لوالديه فيكون لوالديه أجرها وله مثل أجورهما من غير ينقص من أجورهما شيء
“Apa yang ada pada kalian, apabila disedekahkan dengan sedekah yang sunat, yang mana pahalanya dihadiahkan untuk kedua ibu bapanya, maka bagi kedua ibu bapanya pahala tersebut dan baginya juga mendapat pahala sama seperti yang diterima oleh kedua ibu bapanya tanpa berkurang sedikit pun.” (HR Ath-Thabarani dan Ibnu Hibban)

6. Berdasarkan pengajian dan penelitian saya, kebiasaan ini datang daripada beberapa hadis dan athar yang mana menjadi sandaran kepada amalan tersebut.

7. Sandaran bagi 3 hari:

حين طعن عمر أمر صهيبا أن يصلي بالناس ثلاثا وأمر بأن يجعل للناس طعاما
“Apabila Sayyidina Umar ditikam, beliau menyuruh Sayyidina Shuhaib untuk mengerjakan solat sunat bersama orang ramai selama 3 hari dan beliau memerintahkan agar disediakan makanan kepada orang ramai” (Diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Fil Hadis Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Al-Matalib Al-Aliyyah)

8. Sandaran bagi 7 hari dan 40 hari:

رجلان مؤمن و منافق فأما المؤمن فيفتن سبعا وأما المنافق فيفتن أربعين صباحا
“Orang mukmin dan munafiq kedua-duanya diuji di dalam kubur. Bagi orang mukmin akan diuji selama 7 hari. Manakala bagi munafiq pula diuji selama 40 hari.” (HR Ahmad)

Oleh yang demikian, kata Imam Suyuthi:

ان سنة الإطعام سبعة أيام بلغني أنها مستمرة إلى الآن بمكة والمدينة
“Sesungguhnya sunat bersedekah memberi makanan selama 7 hari telah sampai kepada ku, ia berterusan hingga sekarang di Mekah dan Madinah.” (Al-Hawi lil Fatawi, hal. 194)

Imam Ibnu Hajar Al-Haitami juga menyatakan hal yang sama di dalam kitab beliau Al-Fatawa Al-Fiqhiah Al-Kubra.

9. Hal ini dapat dikukuhkan dengan kenyataan Imam Ibnu Asakir yang menaqalkan kata-kata Imam Nasrullah ibn Muhammad A-Qawiy Al-Masyisyi:

توفي الفقيه نصر بن إبراهيم في يوم الثلاثاء التاسع من المحرم سنة تسعين وأربع مائة بدمشق وأقمنا على قبره سبع ليال نقرأ كل ليلة عشرين ختمة
“Telah meninggal Imam Al-Faqih Nasr ibnu Ibrahim pada hari Selasa 9 Muharam tahun 490H di Damsyiq. Kami telah melaksanakan di kuburnya selama 7 malam, membacakan al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam.” (Tabyin Kazb Al-Muftari, hal.287)

10. Oleh yang demikian, tidak hairanlah para ulama kita tidak melarang mempraktikkan amalan yang mulia ini. Bahkan kata al-Muhadith Maulana Abdul Haq bin Saifuddin Al-Dehlawi:

والمستحب ان يتصدق عن الميت بعد ذهابه من الدنيا الى سبعة أيام والتصدق الى سبعة أيام ينتفع بلا خلاف بين أهل العلم
“Dan digalakkan untuk bersedekah bagi pihak si mati selepas kematiannya selama 7 hari. Dan sedekah selama 7 hari itu memberi manfaat kepada si mati tanpa khilaf dalam kalangan ulama” (Asy’ah Al-Lima’at, juz.1, hal.634)

(Dinuqil daripada buku Majlis Tahlilan Polemik Sepanjang Zaman pada hal.196-202)

Disediakan oleh: Hafiz Al-Za’farani (HAZA)
http://www.wasap.my/601132944090/

(https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1813213428751182&id=100001876275514)

31/03/2018 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

“Wahhabi bukan hanya masalah furu’ fekah sahaja tetapi melibatkan masalah aqidah, anti sufi dan mengancam keselamatan negara.”

Berdasarkan kaedah al-istiqra’, Wahhabi boleh dilihat dari lima (5) perspektif, iaitu fiqh, aqidah, tasawwuf & tarikat, sejarah dan keselamatan negara.

1. Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif fiqh (e.g. qunut, air musta’mal, kaifiyyat tayammum, dll) sering menyatakan bahawa masalah Wahhabi adalah isu furu’ (cabang), tak perlu diperbesarkan, isu remeh temeh, dsb. Mereka terlupa bahawa Wahhabi juga banyak menolak hukum-hukum fiqh yang telah menjadi ijma’ (e.g. wajib qadha’ solat yang sengaja ditinggalkan, talak tiga dalam satu majlis jatuh tiga, hukum mengikut mazhab muktabar, dll).

Mereka juga terlupa bahawa Wahhabi banyak MENGHARAMKAN YANG HALAL di dalam ibadat, bahkan Wahhabi banyak mengkafirkan orang lain dalam isu furu’ dan sehingga mencaci hukum hakam dan mazhab yang disusun oleh para ulama’ dan awliya, dll.

Mereka yang melihat Wahhabi sebagai isu furu’ fiqh biasanya sering berkata: “Tak perlulah kita kecoh-kecoh, ini isu furu’ jer, tak usah gaduh….”. Sebenarnya orang seperti ini tidak mengenal Wahhabi sepenuhnya.

2. Ada juga yang melihat Wahhabi hanya dari perspektif sejarah semata-mata. Mereka mengakui bahawa Wahhabi ada kaitan dengan kerajaan British dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Namun begitu, mereka berkata: “Ini isu lama. Tak guna bincang pada hari ini. Benda dah berlalu.” Orang seperti ini juga memandang isu Wahhabi dengan pandangan sebelah mata. Hakikatnya mereka tidak dapat mengenal perkembangan Wahhabi dan fahamannya.

Mereka tidak sedar Wahhabi telah memusnahkan begitu banyak kesan sejarah Islam di semenanjung Arab.

3. Penulis mula mengenali Wahhabi dari perspektif Aqidah, berkaitan dengan sifat-sifat Allah dan ayat-ayat mutashabihat. Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif aqidah (e.g. sifat-sifat Allah, ayat-ayat mutashabihat, af’al al-ibad, kewajipan menghormati Rasulullah SAW, kaedah takfir, menolak ijma’, mempertikaikan karamah dan konsep barakah, dll) biasanya kurang bertolak ansur dengan isu Wahhabi.

Bahkan, ramai para ulama’ yang menentang Wahhabi memberi penekanan kepada aspek ini. Ini sebenarnya adalah “titik-titik” pertelingkahan dan perbezaan yang besar di antara Wahhabi dan Ahli Sunnah wal Jama’ah. Namun begitu, ramai juga para ilmuan agama yang tidak dapat memahami “titik-titik” ini.

4. Keseriusan isu Wahhabi ini juga dapat dilihat daripada perspektif Tasawwuf & Tarikat. Golongan Wahhabi sangat membenci golongan Sufi. Bahkan mereka begitu benci dengan istilah Tasawwuf. Golongan Wahhabi sering mengkafirkan, bahkan ada yang membunuh golongan ahli Sufi dan Tarikat yang muktabar.
Banyak amalan-amalan Tasawwuf yang ditentang dan dikafirkan oleh golongan Wahhabi seperti zikir berjemaah, zikir ism al-dhat – Allah, Allah, penggunaan tasbih, tahlil, hadiah pahala dan banyak isu-isu lain. Golongan Wahhabi terlupa sebenarnya mereka memusuhi ramai para Wali Allah yang besar-besar apabila mereka memusuhi ulama’ Tasawwuf dan Tarikat. Mereka yang menilai Wahhabi daripada isu Tasawwuf dan Tarikat dapat memahami keseriusan isu Wahhabi ini.

5. Ada juga yang mula mengenali isu Wahhabi daripada perspektif keselamatan negara. Pihak berkuasa kerajaan pada kebiasaannya mula mengenal fahaman Wahhabi hasil daripada kajian mereka ke atas golongan berfahaman ekstrim yang ditahan. Hampir kesemua yang ditahan mempunyai latar belakang Wahhabi yang kuat.

Mereka menyanjung tokoh-tokoh Wahhabi dan membaca buku-buku mereka serta mudah mengkafirkan umat Islam yang lain dan menghalalkan darah mereka kerana berpegang dengan kaedah takfir fahaman Wahhabi. Isu ini pernah diperkatakan di parlimen Indonesia. Oleh sebab itu, ramai pegawai di bahagian keselamatan negara yang memahami keseriusan isu ini.

6. Oleh itu wahai umat Islam, lihatlah isu Wahhabi ini daripada kelima-lima perspektif ini, pasti anda akan dapat memahami keseriusan para ulama’ menilai fahaman dan gerakan Wahhabi ini.
Dan janganlah jadi seperti “Empat Orang Buta dan Seekor Gajah”.

(Sumber: FB Ustaz Yunan A Samad)

25/03/2018 Posted by | Bicara Ulama, wahabi | Leave a comment

Seorang Ahli Ilmu Tidak Berpegang dengan Pandangan Yang Shadhdh (شاذ) Di dalam Agama

Jauhi agamawan atau orang awam yang suka memilih dan menyebarkan pandangan-pandangan shazz.

25/03/2018 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | Leave a comment

MENANGGALKAN IKTIKAD SYIRIK.

“Di dalam manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ), kesempurnaan akidah dicapai apabila seseorang itu mencapai IHSAN, (yakni) hatinya seolah memandang kepada Allah Taala (musyahadah). Ia memandang Allah Taala dengan nur yang terbit dari lubuk qalbi apabila selaput awan nafsu ammarah dibersihkan.”

ILMU SIFAT 20 MENANGGALKAN IKTIKAD SYIRIK

Dalam Ilmu Tauhid, Sifat IFTIQAR (ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ) ialah segala sifat yang baharu berhajat padaNya. Sifat Iftiqar dibahagikan kepada 9 sifat iaitu Wahdaniah (ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ), Qudrat (ﻗﺪﺭﺓ), Iradat (ﺇﺭﺍﺩﺓ), Ilmu (ﻋﻠﻢ), Hayat (ﺣﻴﺎﺓ), Kaunuhu Qaadiran (ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍ), Kaunuhu Muriidan (ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ), Kaunuhu ‘Aliman (ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ) dan Kaunuhu Hayyan (ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ). Semua sifat tersebut yang menggerakkan segala yang baharu dan ianya juga saling lazim melazimi, yakni tiada bercerai.

Sifat QudratNya yang menggerakkan sekelian alam. Sifat QudratNya datang dari sifat Iradat, sifat Iradat datang dari sifat Ilmu, sifat Ilmu datang dari sifat al-Hayat… Justeru hakikatnya seluruh pergerakan alam adalah dari Qudrat Yang Maha Esa (Wahdaniah). Tanpa sifat Wahdaniah, alam ini tiada dapat berfungsi dengan sempurna apabila berlaku dua qudrat dalam menguasai pentadbiran alam.

Apabila seseorang itu SYUHUD (memandang dengan mata hati) segala sifat alam dan sifat dirinya iaitu melihat, mendengar, berkata-kata, kuasa, kehendak, ilmu dan hayat dalam qudrat Allah Taala yang satu, maka akan hancurlah QADARIAH (ananiah – keakuan) dirinya dan kekuasaan alam. Allah Taala menyatakan :
“Wahai manusia, sesungguhnya kamu semua fuqara’ (faqir dan memerlukan) kepada Allah Taala dan sesunggguhnya Allah Taala itu Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu) lagi Maha Terpuji” (Fathir: 15)
Tanpa sifat Iftiqar, diri dan alam langsung tidak dapat berfungsi walau sebiji atom atau debu atau nafas kita yang turun dan naik. Maka di atas kurnia Allah Taala ini, tiada adab bagi seseorang hamba itu jika dia tidak mengingati bahawa dirinya dalam kekuasaan Allah Taala dalam segala gerak dan diamnya pada setiap detik.
Apabila lupa pada Allah Taala, maka akan timbul ananiah dirinya dan kesannya dia akan menjadi manusia yang sombong dan angkuh akibat tiada mengenal diri. Ia akan menjadi iblis dan binatang, hidup semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu tanpa mengenal batas diri yang amat daif, lemah, faqir dan hina.
Sifat ISTIGHNA (ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ) atau Sifat Kaya terbahagi 11 sifat iaitu Wujud (ﻭﺟﻮﺩ), Qidam (ﻗﺪﻡ), Baqa’(ﺑﻘﺎﺀ), Mukhalafatuhu lilhawadith (ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ), Qiamuhu binafsih (ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ), Sama’ (ﺳﻤﻊ), Basar (ﺑﺼﺮ), Kalam (ﻛﻼ ﻡ), Kaunuhu Sami’an (ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ), Kaunuhu Basiiran (ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ) dan Kaunuhu Mutakalliman (ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ). Ia dipanggil sifat Kaya kerana terkaya segala sifatnya yang Kamalat (sempurna), tiada bagi diriNya segala sifat kelemahan. Maka Wujud Allah Taala dan sifatNya amat lemah bagi akal untuk sampai memikirkannya.
Sifat Kaya ini menghancurkan segala pemikiran MUKTAZILAH (bertuhan pada akal) yang boleh menuju kepada faham MUJASSIMAH (menyamakan Allah Taala dengan makhluk)!
Apabila Zat Allah Taala memiliki segala sifat keAgungan, maka hamba merasa tenang dan selamat dalam perlindunganNya. Tiada bagi dirinya kebimbangan dan kerunsingan kerana Allah Taala memiliki segala sifat Kamalatnya bagi segala Sifat dan AsmaNya.
Sifat Iftiqar dan Istighna yang dibahagikan oleh ulama dalam pengajian SIFAT 20 memimpin seorang yang mendalaminya selamat daripada iktiqad Muktazilah dan Qadariah. Namun untuk mencapai kesempurnaannya, wajib berjalan dalam iktikad kaum sufi iaitu zauk dan syuhud yang membawa seorang itu benar-benar mengenal dirinya sehingga fana dia dalam kefakiran pada Allah Taala Yang Maha Agung dan Sempurna.
Iktiqad Qadariah dan Muktazilah adalah punca lahirnya Mujasimmah, Sekularisme, Liberalisme, Wahabiah, Modenisme, Pluralisme dan lainnya. Justeru untuk menghancurkan pegangan batil pada anutan kebanyakan masyarakat hari ini, maka pendidikan ASWJ yang merangkaikan Tauhid, Fekah dan Tasawwuf sebagai asas agama perlu dibangunkan kembali.
Kita menghormati para sahabat yang begitu gigih menyerang kebatilan, tetapi dalam masa yang sama kita sangat perlu memberi tumpuan mentarbiyah diri, keluarga dan masyarakat dengan pengamalan ASWJ yang benar. Insyallah, apabila kita menaikkan yang haq, nescaya kebatilan akan lenyap.
Firman Allah Taala :
“Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatilan”. (al-Isra’: 81)
Mari kita mulakan dengan diri kita, keluarga kita dan mereka yang hampir dengan kita untuk diberi faham dan menghayati hakikat ASWJ. Memulakan dengan pelajaran tauhid Sifat 20, kemudian membersihkan diri dengan melaksanakan hukum Allah (bersyariat) dan memperbanyakkan ibadah untuk menghancurkan ananiah diri dan muktazilah. Hasilnya akan memiliki cahaya hati yang terpancar dari lubuk qalbi untuk mencapai Ihsan.
Dengan 3 gabungan ini, maka sempurnalah seorang itu dipanggil hamba Allah Taala yang siddiq.Insya Allah. Masya Allah…

MADRASAH SUNNI ONLINE

24/03/2018 Posted by | Aqidah | Leave a comment

Rahsia Bertasbih Menggunakan Tasbih Kayu.

Rahsia Bertasbih Menggunakan Tasbih Kayu
Oleh: Syeikh Dr Ali Jumuah
Mantan Mufti Mesir
استحسن المشايخ أن يذكر الذاكر الذكر مع الكون ؛ لأن عقيدة المسلم أن ذلك الكون الذي حولنا يذكر ربنا ذكر حال،
Para Masyāyikh (syaikh-syaikh) menganggap baik (menggalakkan) agar berzikir si penzikir akan zikir beserta (dengan menggunakan) Al-Kaun (Alam/Makhluq) ; kerana ‘aqīdah Muslim, sesungguhnya Al-Kaun yang wujud disekililing kita itu berzikir (mengingati) Tuhan kita (Allāh) secara Zikir Ḥāl.
وأهل الله قد سمعوا الأشياء تُسبّح ذكر مقال،
Sesungguhnya (ada dikalangan) Para Ahlullāh (wali-wali Allāh) mereka telah mendengar alam/mahkhlūq itu berzikir secara maqāl (zikir dalam bentuk sebutan/lafaz).
سمعوها ويُميّزون تسبيح الخشب عن تسبيح الرخام عن تسبيح السجاد عن تسبيح الحديد.
Mereka telah mendengar alam/makhlūq itu (berzikir), dan mereka (telah dapat) membezakan (diantara) zikir tasbih kayu berbanding zikir tasbih batu marmar, berbanding zikir tasbih makhlūq yang hidup melata, berbanding zikir tasbīh besi.
ويدعون الله سبحانه وتعالى أن يغلق عنهم هذا، لأن تداخل ذلك التسبيح يتعبهم ويشغلهم،
Mereka memohon kepada Allāh Subḥānahu Wa Ta’ālā agar menutup (menghijab) daripada mereka (kurniaan karāmah dapat mendengar alam bertasbīḥ) ini, kerana banyaknya zikir itu (yang mereka dengari) memenatkan dan menyibukkan (jiwa) mereka.
فإذا انكشف لهم هذا فإنهم لا يُحبون أن يستديم، بل يدعوا الله سبحانه وتعالى بأن يُغلق عليهم ذلك الكشف الذي لا يستفيدون منه شيئًا إلا اليقين.
Kerana apabila telah tersingkap bagi mereka (segala kurniaan) ini, mereka tidak suka ianya berterusan, bahkan mereka memohon kepada Allāh Subḥānahu Wa Ta’ālā agar ditutup ke atas mereka kasyaf (singkapan) itu yang mereka tidak mendapat manfaat daripadanya sesuatu pun kecuali “Yaqīn”.
وصلوا إلى اليقين فلا حاجة لهم إذن في استمرار هذا السماع لأنه يشغل قلبهم عن الله سبحانه وتعالى.
(Apabila) mereka telah sampai kepada (darjat) “Yaqīn”, maka tidak berhajat (lagi) bagi mereka keizinan di dalam berterusan pendengaran (perkara ghaib) ini, kerana ianya menyibukkan hati mereka daripada Allāh Subḥānahu Wa Ta’ālā.
ولذلك تراهم يحبون أن يُسبِحوا بسبح من خلق الله مباشرةً من الزيتون، من الأبنوس، من اليُسر، من الكوك.
Oleh yang demikian, kamu akan melihat mereka suka bertasbih dengan menggunakan Tasbih (yang diperbuat) daripada makhlūq Allāh yang asli (bukan daripada bahan campuran) daripada Zaitūn, Abanūs, Yusr, dan Kūk (Koka).
والكوك نبات يخرج في أمريكا اللاتينية، وفي بعض الدول الحارة.
Koka adalah tumbuhan yang hidup di Amerika Latin (Amerika Selatan) dan pada sebahagian negara (beriklim) panas.
فيصنعون منه سبحًا وهكذا كانوا يحبون أن يذكروا بتلك الأخشاب والأحجار والثمار، الدوم، البأس.
Maka mereka membuat Tasbih daripada kayu itu, dan sedemikian mereka suka berzikir dengan (menggunakan) kayu-kayu, batu-batu, buah-buah, dan pohon itu.
لأنهم يتعاملون مع الكون والكون يذكر.
Kerana mereka (ingin) saling bermu’āmalah (berinteraksi) bersama Al-Kaun, dan Al-Kaun itu berzikir (mengingati Allāh).
الآن نرى بعضهم يأتي بالعداد الأوتوماتيكي ويجلس وكأنه في مباراة الكرة يذكر الله، في الصورة لا بأس.
Pada hari ini kita melihat sebahagian daripada mereka (orang ramai) (berzikir) dengan menggunakan pembilang automatik dan dia duduk (berzikir), dan seolah-olah dia (sedang) di dalam perlawanan bola berzikir kepada Allāh, pada gambaran zahir ianya (berzikir menggunakan alatan moden itu) tidak mengapa (harus).
أما في المعنى فقد ضيّع على نفسه أن يتسق مع الكون في ذكره لله، فهذه السُبحة تذكر الله معه.
Adapun pada makna (hakikatnya), sesungguhnya dia telah menghilangkan ke atas dirinya ikatan bersama makhluk di dalam zikirnya kepada Allāh, kerana Tasbih ini berzikir mengingati Allāh bersamanya.
وشاهدنا من أولياء الله الصالحين من يرى الذكر عليها. وكأن كل ذكر له لون، له إشعاع يعرف به أحدهم درجة أخيه، ويعرف مكانه، ويعرف من أين أتى.
Kita meyaksikan (ada) diantara Wali-Wali Allāh Yang Ṣāliḥ (dapat) melihat zikir itu ke atas Al-Kaun. Seumpama setiap zikir itu ada baginya warna, ada baginya aura yang mana diketahui dengannya seseorang daripada mereka itu akan darjat saudaranya, diketahui akan maqāmnya, dan diketahui dari mana dia datang.
العلامة الأستاذ الدكتور علي جمعة حفظه الله ورعاه.
Al-‘Allāmah Al-Ustādz Ad-Duktūr ‘Alī Jumu’ah حفظه الله .
(Mufti Negara Mesir)

24/03/2018 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah | Leave a comment

MENGAPA KITA BERMAZHAB?

(Pengasuh Majelis Ilmu Dan Dzikir AR-RAUDHAH, Solo)

Soalan:
Kenapa kebanyakan umat Islam bermadzhab Syafie, Maliki, Hanafi atau Hambali, bukankah yang benar adalah yang mengikuti al Quran dan Sunnah (Hadith)? Kenapa tidak kembali kepada AlQur’an dan Sunnah saja?

Jawaban :
Satu pertanyaan yang menarik, mengapa kita harus bermadzhab? Mengapa kita tidak terus kembali kepada al Quran dan Sunnah saja?

Ayat “Mengapa kita tidak kembali kepada AlQur’an dan Sunnah saja?” Seakan-akan menghakimi bahwa orang yang bermadzhab itu tidak kembali kepada al Quran dan Sunnah.

Penggunaan ayat “Mengapa kita tidak kembali kepada al Quran dan Sunnah saja” itu telah menyebabkan sebahagian orang memandang rendah dan remeh terhadap ijtihad dan keilmuan para ulama, terutama ulama terdahulu yang sangat terkenal kesolehan dan keluasan ilmunya.

Dengan menggunakan soalan “Mengapa kita tidak kembali kepada AlQur’an dan Sunnah saja?” menunjukkan sekelompok orang sebenarnya sedang berusaha mengajak orang ramai, pendengar dan pembaca tulisannya untuk mengikuti cara dia berfikir, metodenya dalam memahami al Quran dan Sunnah serta menganggap bahwa dirinyalah yang paling alim dan benar, karena dia telah berpegang kepada AlQur’an dan Sunnah, bukan fatwa atau pendapat para ulama.

Hal semacam ini tentunya sangat berbahaya.

Sebenarnya sungguh aneh jika seseorang menyatakan agar kita tidak bermadzhab dan seharusnya kembali kepada al Quran dan Sunnah. Mengapa aneh? Cuba kita perhatikan. Apakah dengan mengikuti mana-mana madzhab bererti kita tidak mengikuti al Quran dan Sunnah?

Madzhab mana yang tidak kembali kepada AlQur’an dan Sunnah? Justru para ulama yg mengemukakan madzhab tersebut adalah orang-orang yang sangat faham tentang al Quran dan Sunnah. Kita cabar dan sila jawab, hasil ijtihad yang mana dalam suatu madzhab, yang tidak kembali kepada al Qura dan Al Hadith?

Ternyata semua hasil ijtihad keempat madzhab yang terkemuka di dalam Islam semuanya bersumber kepada al Quran dan Hadith. Ertinya dengan bermadzhab kita sebenarnya sedang kembali kepada al Qur’an dan Hadith dengan cara yang benar, iaitu mengikuti ulama yang terkenal keluasan ilmu dan kesolehannya.

Akhir-akhir ini memang muncul sekelompok orang yang sangat fanatik dengan golongannya dan secara terancang berusaha mengajak umat Islam meninggalkan madzhab. Mereka seringkali berkata, “Kembalilah kepada al Quran dan Sunnah”.

Ajakan ini sepintas lalu nampak seperti benar, akan tetapi mempunyai racun yg sangat berbisa kerana secara tidak langsung mereka menggunakan ayat (propaganda) di atas untuk menjauhkan umat Islam dari meyakini pendapat para ulama muktabar yg terdahulu. Dalam masa yg sama mereka sedang memaksa agar kita semua hanya mengikuti pendapat guru mereka sahaja.

Kemudian perhatikan dengan lebih cermat lagi, apakah mereka yang menyatakan kembali kepada al Qur’an dan Sunnah itu adalah benar-benar kembali kepada al Quran dan Sunnah?
Sudah tentu tidak samasekali kerana mereka tidak lebih dari menyampaikan pendapat guru-guru mereka sahaja.

Pendeknya, mereka sendiri sedang membuat madzhab baru sesuai dengan pendapat guru-guru mereka yg masih hingusan.

Cuba bayangkan, andai saja setiap orang kembali kepada al Quran dan Sunnah secara langsung, tanpa bertanya kepada ulamak muktabar yg pakar dibidangnya, apa yang akan terjadi? Yang terjadi adalah setiap orang akan bebas menafsirkan al Quran dan Sunnah menurut akalnya sendiri dan cara fikirnya sendiri. Ini sangatlah berbahaya. Mereka seperti berjalan dalam kegelapan malam tanpa cahaya.

Oleh karena itu, kita wajar sekali bermadzhab, agar kita tidak salah memahami al Quran dan Sunnah. Kita sedar, tingkat keilmuan para ilmuan yang ada di masa ini tidaklah dapat menyamai tahap keilmuan dengan para ulama terdahulu, begitu juga dengan tingkat ibadah dan kesolehan mereka.

Jadi, siapakah ulamak yg menjadi pilihan anda?

(Oleh: Ustaz Novel Bin Muhammad Alaydrus)

(Petikan dari FB Ustaz Yunan A Samad)

23/03/2018 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MENJAWAB FITNAH MAZA – MUFTI PERLIS -MENGENAI ISU ZAKAT)

TERUK SANGATKAH PENTADBIRAN ZAKAT DI MALAYSIA INI?

Pengkajian saya berkenaan dengan zakat dan pentadbiran zakat di Malaysia sudah agak lama. Bermula dengan penulisan thesis master saya di Fakulti Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir pada tahun 1998 (Alhamdulillah, saya mendapat pangkat mumtaz ma’a tawsiyat bi al-tab’ untuk thesis ini). Sejak itu pengkajian saya berkenaan dengan zakat berterusan, walaupun area kajian saya telah juga merangkumi bidang lain, termasuklah usul fiqh, qawa’id fiqhiyyah, perbankan dan kewangan Islam. Saya juga menyelia thesis para pelajar Ph D. Ramai yang dah siap, dan adalagi yang belum. Sekarang ini, saya masih ada satu lagi research berkenaan dengan zakat (ERGS bersama beberapa rakan-rakan) bertajuk: “Modelling Regulation of Zakat Administration in Malaysia: A Triangulation Study” yang masih tertangguh lantaran kesibukan yang pelbagai. Hakikatnya, kepada sesiapa yang melakukan penyelidikan berkenaan dengan zakat akan melihat berlaku perubahan yang amat ketara kepada pentadbiran zakat di Malaysia, sama ada dari sudut kutipan mahupun agihan. Bahkan, kepada mereka yang mengkritik keterlaluan, termasuk juga daripada agamawan, pada haikatnya, maklumat yang mereka ada adalah maklumat yang amat outdated dan tidak dikemaskinikan.
Umpamanya:

1-Isu ketelusan pengagihan dalam pengagihan. Kononnya tiada ketelusan. Pada hakikatnya laporan kewangan kebanyakan pusat zakat / majlis agama, boleh didapati dan di dalam dimuatkan detail berkenaan dengan kutipan dan bentuk pengagihan. Perlu di ingat bahawa pengagihan zakat di Malaysia dibahagikan kepada tiga bahagian, sama ada tamlik fardi, tamlik jama’i ataupun tamlik muassasi. Kena jelas perkara ini. Jagan main tuduh sahaja bahawa tiada ketelusan di dalam pengagihan dan kemudian memberikan persepsi yang buruk berkenaan dengan pengagihan zakat. Saya berharap para agamawan yang terlalu mengkritik dengan terlalu keras, bahkan kadang-kadang sehingga menampakkan seolah2 pusat zakat/ majlis agama menyalahgunakan duit zakat, termasuklah para mufti, bacalah laporan kewangan. Kalau tak pandai nak baca, minta tolong orang yang pandai untuk tolong bacakan. Jangan buat kritikan, sehingga orang yang tahu merasakan agamawan ini pada hakikatnya main tembak sahaja semata-mata nak cari populariti.
Saya tak nafikan, masih banyak perkara yang perlu dibaiki. Itu perkara biasa dalam kehidupan. Perubahan adalah sifat manusia, dan kita mahu semua perubahan ke arah yang lebih baik.

2-Isu cadangan agar pusat zakat / majlis agama mencari asnaf bukan hanya sekadar menunggu orang datang, seperti menubuhkan skuad asnaf dan sebagainya. Inipun bukan perkara baru. Banyak negeri dah adapun. Bahkan dalam pebagai bentuk agar kita dapat reach (sampai) kepada asnaf. Jadi ini bukanlah suatu cadangan baru. Betul, beberapa penambbaikan amatlah perlu, tetapi janganlah buat gambran seolah-olah pusat zakat / majlis agama ni hanya duduk kat office, tunggu asnaf datang aje.

3-Payah nak bagi zakat, kadangkala banyak investigasi dan soal jawab yang dibuat kepada asnaf. Agamawan yang komen sebegini, sebenarnya mungkin tak pernahpun berhadapan dengan asnaf dan segala potential tipu muslihat dalam hal ini. Perlu diingat, duit yang kita nak beri pada asnaf ni duit zakat, bukan duit kita. Kadangkala (bahkan banyak juga situasi ini), mereka yang minta duit zakat ni, tak layakpun terima zakat. Mereka hanya berlakon apabila nak terima zakat. Jadi investigasi amatlah perlu, agar kita tak beri zakat kepada orang yang tak layak. Pengalaman peribadi mengajar saya perkara ini. Saya harap sangat agar agamawan sebegini, agar faham hakikat dan realiti. Bukan hanya sekadar buat komen daripada bilik pejabat beraircond mereka semata-mata.

4-Pemberian zakat kepada asnaf fi sabilillah, hanya kepada mereka yang belajar agama, tidak kepada mereka yang belajar bidang-bidang lain seperti medic, engineering, economic dan lain-lain. Ehmmmm. Nampak sangat orang yang komen sebegini tak
mengikuti perkembangan dan tak tahu apa yang berlaku.
Hakikatnya, pemberian zakat di ba

19/03/2018 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Ibadah, Muamalat (Harta), Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

HURAIAN ILMIAH HUKUM PUASA REJAB : SUNNAH/ BID’AH?

HURAIAN ILMIAH HUKUM PUASA REJAB : SUNNAH/ BID’AH?
Oleh: Buya Yahya
(Pengasuh LPD Al-Bahjah Cirebon)

بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله رب العلمين. وبه نستعين على أمور الدنيا والدين. وصلى الله على سيدنا محمد وآله صحبه وسلم أجمعين. قال الله تعالى : إن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا في كتاب الله يوم خلق السماوات والأرض منها أربعة حرم ذلك الدين القيم فلا تظلموا فيهن أنفسكم وقاتلوا المشركين كافة كما يقاتلونكم كافة واعلموا أن الله مع المتقين. الأية . وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فإن خير الحديث كتاب الله وخير الهدى هدى ‏ ‏محمد ‏وشر الأمور ‏ ‏محدثاتها ‏ ‏وكل بدعة ضلالة . أما بعد

PENDAHULUAN
Ada dua hal yang harus diperhatikan dalam membahas masalah puasa Rejab.

Pertama : Tidak ada riwayat yang benar dari Rosulullah SAW yang melarang puasa Rejab.

Kedua : Banyak riwayat-riwayat tentang keutamaan puasa Rejab yang tidak benar dan palsu.Dan di dalam masyarakat kita terdapat 2 kutub ekstrim.

Pertama: Adalah sekelompok kecil kaum muslimin yang menyuarakan dengan lantang bahwa puasa bulan Rejab adalah bid’ah.
Kedua: Sekelompok orang yang biasa melakukan atau menyeru puasa Rejab akan tetapi tidak menyedari telah membawa riwayat-riwayat tidak benar dan palsu.
Maka dalam risalah kecil ini kami ingin mencuba menghadirkan riwayat yang benar sekaligus pemahaman para ulama 4 madzhab tentang puasa di bulan Rejab.Sebenarnya masalah puasa rejab sudah dibahas tuntas oleh ulama-ulama terdahulu dengan jelas dan gamblang.

Akan tetapi kerana adanya kelompok kecil hamba-hamba Alloh yang biasa MENUDUH BID’AH ORANG LAIN menyuarakan dengan lantang bahwa amalan puasa di bulan Rejab adalah sesuatu yang bid’ah.
Dengan Risalah kecil ini mari kita lihat hujjah para ulama tentang puasa bulan Rejab dan mari kita juga lihat perbedaan para ulama di dalam menyikapi hukum puasa di bulan Rejab. Yang jelas bulan Rejab adalah termasuk bulan Haram yang 4 (Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharrom dan Rejab) dan bulan haram ini dimuliakan oleh Allah SWT sehingga tidak diperkenankan untuk berperang di dalamnya dan masih banyak keutamaan di dalam bulan-bulan haram tersebut khususnya bulan Rejab.
Dan di sini kami hanya akan membahas masalah puasa Rejab, untuk masalah yang lainnya seperti hukum merayakan Isro’ Mi’roj dan sholat malam di bulan rojab akan kami hadirkan pada risalah yang berbeda.Tidak kami pungkiri adanya hadits-hadits dho’if atau palsu (Maudhu’) yang sering dikemukakan oleh sebagian pendukung puasa Rejab.
Maka dari itu wajib bagi kami untuk menjelaskan agar jangan sampai ada yang membawa hadits-hadits palsu biarpun untuk kebaikan seperti memacu orang untuk beribadah hukumnya adalah HARAM dan DOSA BESAR sebagaimana ancaman Rosulullah SAW dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Imam Muslim :مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّءْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِArtinya : “Barang siapa sengaja berbohong atas namaku maka hendaknya mempersiapkan diri untuk menempati neraka”.
Dan perlu diketahui bahwa dengan banyaknya hadits-hadits palsu tentang keutamaan puasa Rejab itu bukan berarti tidak ada hadits yang benar yang membicarakan tentang keutamaannya bulan Rojab.
DALIL-DALIL TENTANG PUASA REJAB:
1. Dalil Tentang Puasa Rejab Secara Umum adalah untuk memperbanyak puasa kecuali di hari-hari yang diharamkan yang 5. Dan bulan Rejab adalah bukan termasuk hari-hari yang diharamkan. Dan juga anjuran-anjuran memperbanyak di hari-hari seperti puasa hari senin, puasa hari khamis, puasa hari-hari putih, puasa Daud dan lain-lain yang itu semua bisa dilakukan dan tetap dianjurkan walaupun di bulan Rejab.
Berikut ini adalah riwayat-riwayat tentang keutamaan puasa.
Hadits Yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori No.5472:
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ أَدَمَ لَهُ إِلاَّ الصِّيَامُ وَأَنَا أَجْزِيْ بِهِ“
Semua amal anak adam (pahalanya) untuknya kecuali puasa maka aku langsung yang membalasnya”
Hadits Yang diriwayatkan oleh Imam Muslim No.1942:
لَخُلُوْفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Bau mulutnya orang yang berpuasa itu lebih wangi dari misik menurut Allah kelak di hari qiamat”
Yang dimaksud Allah akan membalasnya sendiri adalah pahala puasa tak terbatas hitungan tidak seperti pahala ibadah sholat jama’ah dengan 27 derajat. Atau ibadah lain yang satu kebaikan dilipat gandakan menjadi 10 kebaikan.
Hadits yang diriwayatkan Imam Bukhori No.1063 dan Imam Muslim No.1969 :
إِنَّ أَحَبَّ الصِّيَامِ إِلَى اللهِ صِيَامُ دَاوُدَ كَانَ يَصُوْمُ يَوْمًا وَ يُفْطِرُ يَوْمًا
“Sesungguhnya paling utamanya puasa adalah puasa saudaraku Nabi Daud, beliau sehari puasa dan sehari buka”
2. Dalil-dalil Puasa Rejab Secara Khusus ialah Hadits yang diriwayatkan Imam Muslim
أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ حَكِيْمٍ اْلأَنْصَارِيِّ قَالَ: ” سَأَلْتُ سَعِيْدَ بْنَ جُبَيْرٍ عَنْ صَوْمِ رَجَبَ ؟ وَنَحْنُ يَوْمَئِذٍ فِيْ رَجَبَ فَقَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُوْلُ كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُ حَتَّى نَقُوْلَ لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُوْلَ لاَ يَصُوْمُ”
“Sesungguhnya Sayyidina Ustman Ibn Hakim Al-Anshori, berkata : “Aku bertanya kepada Sa’id Ibn Jubair tentang puasa di bulan Rejab dan ketika itu kami memang di bulan Rejab”, maka Sa’id menjawab: “Aku mendengar Ibnu ‘Abbas berkata : “Nabi Muhammad SAW berpuasa (di bulan Rejab) hingga kami katakan beliau tidak pernah berbuka di bulan Rejab, dan beliau juga pernah berbuka di bulan Rojab, hingga kami katakan beliau tidak berpuasa di bulan Rejab.”
Dari riwayat tersebut di atas bisa dipahami bahwa Nabi SAW pernah berpuasa di bulan Rejab dengan utuh, dan Nabi pun pernah tidak berpuasa dengan utuh.
Ertinya di saat Nabi SAW meninggalkan puasa di bulan Rejab itu menunjukan bahwa puasa di bulan Rejab bukanlah sesuatu yang wajib. Begitulah yang difahami para ulama tentang amalan Nabi SAW, jika Nabi melakukan satu amalan kemudian Nabi meninggalkannya itu menunjukan amalan itu bukan suatu yang wajib, dan hukum mengamalkannya adalah sunnah.
Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Majah
عَنْ مُجِيْبَةَ الْبَاهِلِيَّةِ عَنْ أَبِيْهَا أَوْ عَمِّهَا أَنَّهُ : أَتَى رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُُمَّ انْطَلَقَ فَأَتَاهُ بَعْدَ سَنَةٍ وَقَدْ تَغَيَّرَتْ حَالَتُهُ وَهَيْئَتُهُ فَقَالَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَمَا تَعْرِفُنِيْ. قَالَ وَمَنْ أَنْتَ قَالَ أَنَا الْبَاهِلِيِّ الَّذِيْ جِئْتُكَ عَامَ اْلأَوَّلِ قَالَ فَمَا غَيَّرَكَ وَقَدْ كُنْتَ حَسَنَ الْهَيْئَةِ قَالَ مَا أَكَلْتُ طَعَامًا إِلاَّ بِلَيْلٍ مُنْذُ فَارَقْتُكَ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَ عَذَّبْتَ نَفْسَكَ. ثُمَّ قَالَ صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ وَيَوْمًا مِنْ كُلِّ شَهْرٍ قَالَ زِدْنِيْ فَإِنَّ بِيْ قُوَّةً قَالَ صُمْ يَوْمَيْنِ قَالَ زِدْنِيْ قَالَ صُمْ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ قَالَ زِدْنِيْ قَالَ صُمْ مِنْ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ وَقَالَ بِأَصَابِعِهِ الثَّلاَثَةِ فَضَمَّهَا ثُمَّ أَرْسَلَهَا. رواه أبو داود
2/322“Dari Mujibah Al-Bahiliah dari ayahnya atau pamannya sesungguhnya ia (ayah atau paman) datang kepada Rosulullah SAW kemudian berpisah dan kemudian datang lagi kepada Rosulullah setelah setahun dalam keadaan tubuh yang berubah (kurus), dia berkata : Yaa Rosulullah apakah engkau tidak mengenalku? Rosulullah SAW menjawab : Siapa Engkau? Dia pun berkata : Aku Al-Bahili yang pernah menemuimu setahun yang lalu. Rosulullah SAW bertanya : Apa yang membuatmu berubah sedangkan dulu keadaanmu baik-baik saja (segar-bugar), Ia menjawab : Aku tidak makan kecuali pada malam hari (yakni berpuasa) semenjak berpisah denganmu, maka Rosulullah SAW bersabda : Mengapa engkau menyiksa dirimu, berpuasalah di bulan sabar dan sehari di setiap bulan, lalu ia berkata : Tambah lagi (yaa Rosulullah) sesungguhnya aku masih kuat. Rosulullah SAW berkata : Berpuasalah 2 hari (setiap bulan), dia pun berkata : Tambah lagi ya Rosulullah. Rosulullah SAW berkata : berpuasalah 3 hari (setiap bulan), ia pun berkata: Tambah lagi (Yaa Rosulullah), Rosulullah SAW bersabda : Jika engkau menghendaki berpuasalah engkau di bulan-bulan haram (Rojab, Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah dan Muharrom) dan jika engkau menghendaki maka tinggalkanlah, beliau mengatakan hal itu tiga kali sambil menggenggam 3 jarinya kemudian membukanya.”
Imam nawawi menjelaskan hadits tersebut.
قَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ” صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ” إنما أمره بالترك ; لأنه كان يشق عليه إكثار الصوم كما ذكره في أول الحديث . فأما من لم يشق عليه فصوم جميعها فضيلة . المجموع 6/439 “
Sabda Rosulullah SAW :
صم من الحرم واترك
“Berpuasalah di bulan haram kemudian tinggalkanlah”
Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan berbuka kepada orang tersebut karena dipandang puasa terus-menerus akan memberatkannya dan menjadikan fisiknya berubah.
Adapun bagi orang yang tidak merasa berat untuk melakukan puasa, maka berpuasa dibulan Rojab seutuhnya adalah sebuah keutamaan. “Majmu’ Syarh Muhadzdzab juz 6 hal. 439
Hadits riwayat Usamah Bin Zaid
قال قلت : يا رسول الله لم أرك تصوم شهرا من الشهور ما تصوم من شعبان قال ذلك شهر غفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين وأحب أن يرفع عملي وأنا صائم. رواه النسائي 4/201
“Aku berkata kepada Rosulullah : Yaa Rosulullah aku tidak pernah melihatmu berpuasa sebagaimana engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Rosulullah SAW menjawab : Bulan sya’ban itu adalah bulan yang dilalaikan di antara bulan Rojab dan Ramadhan, dan bulan sya’ban adalah bulan diangkatnya amal-amal kepada Allah SWT dan aku ingin amalku diangkat dalam keadaaan aku berpuasa”. HR. Imam An-Nasa’I Juz 4 Hal. 201.
Imam Syaukani menjelaskan
ظاهر قوله في حديث أسامة : إن شعبان شهر يغفل عنه الناس بين رجب ورمضان أنه يستحب صوم رجب ; لأن الظاهر أن المراد أنهم يغفلون عن تعظيم شعبان بالصوم كما يعظمون رمضان ورجبا به . نيل الأوطار 4/291
Secara tersurat yang bisa dipahami dari hadits yang diriwayatkan oleh Usamah, Rosulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Sya’ban adalah bulan yang sering dilalaikan manusia di antara Rejab dan Ramadhan” ini menunjukkan bahwa puasa Rejab adalah sunnah sebab bisa difahami dengan jelas dari sabda Nabi SAW bahwa mereka lalai dari mengagungkan sya’ban dengan berpuasa karena mereka sibuk mengagungkan ramadhan dan Rojab dengan berpuasa”. Naylul Author juz 4 hal 291
KOMENTAR PARA ULAMA TENTANG PUASA REJAB
Dalam menyikapi tentang puasa dibulan Rejab pendapat ulama terbagi menjadi 2, akan tetapi 2 pendapat ini tidak sekeras yang kita temukan di lapangan pada saat ini yaitu dengan membi’dahkan dan memfasiqkan para pelaku puasa Rejab.
Jumhur Ulama dari Madzhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan riwayat dari Imam Ahmad Bin Hanbal mereka mengatakan bahwasannya disunnahkan puasa di bulan Rejab semuanya dan juga ada riwayat lain dari Imam Ahmad Bin Hanbal bahwasannya makruh mengkhususkan melakukan puasa sebulan penuh di bulan Rejab.
Akan tetapi di dalam Madzhab Imam Ahmad Bin Hanbal dijelaskan bahwasannya kemakruhan ini akan hilang dengan 4 hal :
1) Dibolong (berbuka) 1 hari di bulan Rejab, atau
2) Disambung dengan puasa di bulan sebelum Rejab, atau
3) Disambung dengan puasa di bulan setelah Rejab
4) Dengan puasa di hari apapun di selain bulan rejab.
Mungkin ada yang mendengar dari salah satu stasiun radio atau selebaran yang dibagi-bagi yang mengatakan bahwasannya “Puasa Rejab adalah Bid’ah Dholalah” dengan membawa Riwayat dari Nabi SAW yang melarang puasa Rojab atau riwayat dari Sayyidina Umar Bin Khottob yang mengatakan “Kami akan memukul orang yang melakukan puasa di bulan Rojab”.
Padahal riwayat tersebut adalah tidak benar dan palsu dan sungguh sangat aneh orang yang membid’ahkan puasa bulan Rejab dengan tuduhan riwayat puasa Rejab adalah hadits-haditsnya palsu akan tetapi mereka sendiri tidak sadar bahwa justru riwayat yang melarang puasa bulan Rejab adalah palsu.
Secara singkat para ulama empat madzhab tidak ada yang mengatakan puasa bulan rejab adalah bid’ah. Bahkan mereka sepakat kalau puasa bulan rojab adalah sunnah termasuk dalam madzhab Imam Ahmad bin Hambal.
Berikut ini uraian ulama empat tentang puasa rejab:
1. Pendapat Ulama’ Madzhab Hanafi·
Disebutkan dalam Fatawa Al-Hindiyah Juz 1 Hal. 202 :
)المرغوبات من الصيام أنواع ( أولها صوم المحرم والثاني صوم رجب والثالث صوم شعبان وصوم عاشوراء ). اهـ
“Puasa yang disunnakahkan itu bermacam-macam: Puasa Muharrom, Puasa Rejab, Puasa Sya’ban, Puasa ‘Asyuro’ (tgl. 10 Muharrom)”
2. Pendapat dari Ulama’ Madzhab Maliki·
Disebutkan dalam Syarh Al-Khorsyi ‘Ala Kholil Juz 2 Hal. 241:
أنه يستحب صوم شهر المحرم وهو أول الشهور الحرم , ورجب وهو الشهر الفرد عن الأشهر الحرم ). اهـ
“Sesungguhnya disunnahkan puasa di bulan Muharrom dan puasa di bulan Rejab.”
· Disebutkan dalam Hasyiah dari Syarh Al-Khorsyi ‘Ala Kholil :
بل يندب صوم بقية الحرم الأربعة وأفضلها المحرم فرجب فذو القعدة فالحجة ). اهـ
“Disunnahkan puasa di bulan-bulan haram yang 4, paling utamanya adalah puasa di bulan Muharrom kemudian Rejab, Duzl Qo’dah dan Dzul Hijjah”.
· Disebutkan dalam Muqoddimah Ibnu Abi Zaid serta syarah Lil Fawaakih Al-Dawani juz 2 hal. 272 :
التنفل بالصوم مرغب فيه وكذلك , صوم يوم عاشوراء ورجب وشعبان ويوم عرفة والتروية وصوم يوم عرفة لغير الحاج أفضل منه للحاج. اهـ
“Melakukan puasa disunnahkan begitu juga puasa dihari ‘Asyuro’, bulan Rejab, bulan Sya’ban, Hari ‘Arafah dan Tarwiyah sedangkan puasa di hari ‘Arafah itu lebih utama bagi orang yang tidak haji”.
· Disebutkan dalam Syarh Ad-Dardir, syarah Muhtashor Kholil juz 1 hal. 513 :
وندب صوم المحرم ورجب وشعبان وكذا بقية الحرم الأربعة وأفضلها المحرم فرجب فذوالقعدة والحجة). اهـ
“Dan disunnahkan puasa Muharrom, Rejab, Sya’ban begitu juga bulan-bulan haram lainnya yang 4 dan paling utamanya adalah puasa Muharrom kemudian Rojab, Duzl Qo’dah dan Dzul Hijjah”.
· Disebutkan dalam At-Taj Wa Al-Iklil juz 3 hal. 220 :
والمحرم ورجب وشعبان لو قال والمحرم وشعبان لوافق المنصوص . نقل ابن يونس : خص الله الأشهر الحرم وفضّلها وهي : المحرم ورجب وذو القعدة وذو الحجة . اهـ
“Dan disunnahkan Puasa Muharrom, Rejab dan Sya’ban, andaikan beliau berkata “Puasa Muharrom dan Sya’ban disunnahkan maka akan mencocoki Nashnya”. Dinukil dari Ibnu Yunus bahwasannya “Allah SWT mengkhususkan bulan-bulan haram dan mengutamakannya yaitu : Muharrom dan Rojab, Dzul Qo’dah dan Dzul Hijjah.”
3. Pendapat dari Ulama’ Madzhab Syafi’i
· Imam An-Nawawi menyebutkan dalam Al-Majmu’ (Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab) juz 6 hal. 439 :
قال أصحابنا : ومن الصوم المستحب صوم الأشهر الحرم , وهي ذوالقعدة وذوالحجة والمحرم ورجب , وأفضلها المحرم. اهـ
“Berkata Ulama’ kami : Dan dari puasa yang disunnahkan adalah puasa bulan-bulan haram yaitu Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharrom dan Rojab sedangkan yang paling utama adalah Muharrom”.
· Syaikhul Islam Zakariya Al-Anshori menyebutkan dalam Asna Al-Mathollib juz 1 hal. 433 :)
وأفضل الأشهر للصوم( بعد رمضان الأشهر( الحرم ( ذو القعدة وذو الحجة والمحرم ورجب )وأفضلها المحرم( لخبر مسلم * أفضل الصوم بعد رمضان شهر الله المحرم ( ثم اقيها) وظاهره استواء البقية والظاهر تقديم رجب خروجا من خلاف من فضله على الأشهر الحرم ). اهـ
““Paling utamanya bulan-bulan untuk puasa setelah Ramadhan adalah puasa di bulan-bulan Haram yaitu Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharrom dan Rojab sedangkan paling Utamanya adalah Muharrom berdasarkan riwayat dari Imam Muslim “Paling utamanya puasa setelah Ramadhan adalah bulan Allah Muharrom kemudian bulan haram yang lainnya. Secara dhohir keutamaan diantara bulan haram yang lainnya itu sama (selain Muharrom). Dan secara dhohir mendahulukan keutamaan Rojab agar keluar dari Khilafnya ulama yang mengunggulkannya melebihi bulan-bulan Haram”
Imam Ibnu Hajar menyebutkan dalam Fatawa-nya juz 2 hal. 53 :
… وأما استمرار هذا الفقيه على نهي الناس عن صوم رجب فهو جهل منه وجزاف على هذه لشريعة المطهرة فإن لم يرجع عن ذلك وإلا وجب على حكام الشريعة المطهرة زجره وتعزيره التعزير البليغ المانع له ولأمثاله من المجازفة في دين الله تعالى ويوافقه إفتاء العز بن عبد السلام إنه سئل عما نقل عن بعض المحدثين من منع صوم رجب وتعظيم حرمته وهل يصح نذر صوم جميعه فقال في جوابه : نذر صومه صحيح لازم يتقرب إلى الله تعالى بمثله والذي نهى عن صومه جاهل بمأخذ أحكام الشرع وكيف يكون منهيا عنه مع أن العلماء الذين دونوا الشريعة لم يذكر أحد منهم اندراجه فيما يكره صومه بل يكون صومه قربة إلى الله تعالى. اهـ
““Orang yang melarang puasa Rojab maka itu adalah kebodohan dan ketidak tahuan terhadap hukum syariat. Apabila ia tidak menarik ucapannya itu maka wajib bagi hakim atau penegak hukum untuk menghukumnya dengan hukuman yang keras yang dapat mencegahnya dan mencegah orang semisalnya yang merusak agama Allah SWT. Sependapat dengan ini ‘Izzuddin Abdusssalam, sesungguhnya beliau ditanya dari apa yang dinukil dari sebagian Ahli Hadits tentang larangan puasa Rojab dan pengharamannya, dan apakah sah orang yang bernadzar puasa Rojab sebulan penuh maka beliau menjawab “Nadzar puasa Rojab itu sah dan bisa mendekatkan diri kepada Allah SWT. Adapun larangan puasa Rojab itu adalah pendapat orang yang bodoh akan pengambilan hukum-hukum syariat. Bagaimana bisa dilarang sedangkan para Ulama’ yang dekat dengan syariat tidak ada yang menyebutkan tentang dimakruhkannya puasa Rojab bahkan dikatakan puasa Rojab adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT (sunnah)”.· Disebutkan dalam Mughni Al-Muhtaj juz 2 hal. 187 :
أفضل الشهور للصوم بعد رمضان الأشهر الحرم , وأفضلها المحرم لخبر مسلم* أفضل الصوم بعد رمضان شهر الله المحرم ثم رجب , خروجا من خلاف من فضله على الأشهر الحرم ثم باقيها ثم شعبان ). اهـ
““Paling utamanya bulan-bulan untuk melakukan puasa setelah Ramadhan adalan bulan-bulan haram, sedangkan paling utamanya adalah Muharrom berdasarkan Hadits riwayat Imam Muslim “Paling utamanya puasa setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah Muharrom” kemudian Rojab agar keluar dari Khilaf tentang keutamaan Rojab terhadap bulan-bulan haram lainnya kemudian Sya’ban”.
· Disebutkan dalam Nihayah Al-Muhtaj juz 3 hal. 211 :
اعلم أن أفضل الشهور للصوم بعد رمضان الأشهر الحرم وأفضلها المحرم ثم رجب خروجا من خلاف من فضله على الأشهر الحرم ثم باقيها وظاهره الاستواء ثم شعبان (. اهـ
““Ketahuilah sesungguhnya paling utamanya bulan-bulan untuk melakukan puasa setelah Ramadhan adalah puasa bulan-bulan Haram. Sedangkan paling utamanya adalah Muharrom kemudian Rojab agar keluar dari Khilaf tentang keutamaannya atas bulan-bulan Haram yang lainnya, yang jelas keutamaannya sama dengan bulan-bulan haram yang lainnya kemudian Sya’ban”.
Pendapat dari Ulama’ Madzhab Hanbali
· Ibnu Qudamah menyebutkan dalam Al-Mughni juz 3 hal. 53 :
فصل : ويكره إفراد رجب بالصوم . قال أحمد : وإن صامه رجل , أفطر فيه يوما أو أياما , بقدر ما لا يصومه كله … قال أحمد : من كان يصوم السنة صامه , وإلا فلا يصومه متواليا , يفطر فيه ولا يشبهه برمضان ). اهـ
““Fasal : Dan dimakruhkan mengkhususkan Rojab dengan puasa, Imam Ahmad berkata “Apabila seseorang berpuasa bulan Rojab maka berbukalah sehari atau beberapa hari sekiranya ia tidak puasa sebulan penuh, Imam Ahmad berkata “Barangsiapa terbiasa puasa setahun maka boleh berpuasa sebulan penuh kalau tidak biasa puasa setahun janganlah berpuasa terus-menerus dan jika ingin puasa rojab sebulan penuh hendaknya ia berbuka di bulan Rojab (biarpun sehari) agar tidak menyerupai Ramadhan”.
Dari keterangan tersebut sangat jelas bahwa Imam Ahmad tidak membidahkan puasa rojab.· Disebutkan dalam Al-Furu’ Karya Ibn Muflih juz 3 hal. 118 :
فصل : يكره إفراد رجب بالصوم نقل ابن حنبل : يكره , ورواه عن عمر وابنه وأبي بكرة , قال أحمد : يروى فيه عن عمر أنه كان يضرب على صومه , وابن عباس قال : يصومه إلا يوما أو أياما. وتزول الكراهة بالفطر أو بصوم شهر آخر من السنة . اهـ
““Fasal : Dimakruhkan mengkhususkan Rojab dengan berpuasa berdasarkan apa yang dinukil dari Imam Ahmad Bin Hanbal dan diriwayatkan oleh Umar dan puteranya dan Abi bakrah. Imam Ahmad berkata “Diriwayatkan dari Sayyidina Umar Ra sesungguhnya beliau memukul orang yang berpuasa Rojab, dan berkata Ibnu Abbas “Hendaknya berpuasa Rojab dengan berbuka sehari atau beberapa hari”. Dan kemakruhan puasa bulan rojab akan hilang dengan berbuka (walaupun sehari) atau dengan berpuasa di bulan lain selain bulan rojab.
KESIMPULAN
Dari penjelasan dari ulama empat madzhab sangat jelas bahwa puasa bulan rojab adalah sunnah hanya menurut madzhab Imam Ahmad saja yang makruh. Dan ternyata kemakruhan puasa Rojab menurut madzhab Imam Hanbali itu pun jika dilakukan sebulan penuh. Adapun kalau berbuka satu hari saja atau di sambung dengan sehari sebelumnya atau sesudahnya. Atau dengan melakukan puasa di dselain bulan rojab maka kemakruhannya akan hilang . Dan mereka tidak mengatakan puasa rojab bid’ah sebagaimana yang marak akhir-akhir ini disuarakan oleh kelompok orang dengan menyebar selebaran, siaran radio atau internet.
_Wallohu a ‘lam bishshowab._

19/03/2018 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Salah Faham Terhadap Keistimewaan Rejab.

Oleh: Ustaz Zamihan Mat Zin al-Ghari

Pen Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM

Pendahuluan
Rejab semakin melabuhkan tirainya. Namun, kita masih berperang mencari hakikatnya.
Antara benar dan salah.. sahih dan palsu menjadi pertikaian. Zaman kita kekadang yang benar dianggap salah. Dan yang salah dianggap benar. Amat kejam sekali. Zaman ini persis wanita yang mengandung. Lihatlah apa yang berlaku padanya dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi apabila penguasaan ilmu dan iman semakin tidak dipedulikan manusia.

Sehinggakan ada pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai sarjana cuba menakut-nakutkan umat Islam dari melakukan amalan di bulan rejab. Alasannya, hadis yang berkaitan dengan kelebihan bulan rejab adalah palsu. Sedangkan kepalsuan yang didakwa hanya berdasarkan kepada pendapat satu riwayat hadis dan pandangan seorang ulamak sahaja. Iaitu Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Soalnya, apakah pandangan ini mewakili dunia kesarjanaan Islam keseluruhannya?

Ada pula yang sengaja mendatangkan dalil-dalil yang berat sebelah bagi mengikis keistimewaan bulan rejab. Bahkan melarang umat Islam melakukan amalan mendekatkan diri kepada Allah dengan tuduhan hadis berkenaan semuanya palsu, taksub pahala dan sebagainya. Ayuh, bukalah sedikit ufuk minda kita untuk menemui hakikatnya.

Bandingkan definisi, tafsiran dan keistimewaan rejab yang dikemukakan ini dengan dakwaan golongan yang menentangnya. Penulis menghidangkan hakikat Rejab dan keistimewaanaya menerusi kitab al-Ghunyah li thalib Thariq al-Haq karangan Syeikh Abd Qader al-Jaylani. Beliau merupakan Sultan para Wali dan terkenal sebagai seorang ulamak yang menghimpunkan ilmu zahir dan batin. Beliau juga terkenal dengan pakar hadis di zamannya. Keilmuan dan keimaman beliau turut diperakui sendiri oleh Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jauziyah dan seluruh cendikiawan Islam.

Pendekatan
Dalam memahami selok-belok rejab kita perlu cermat membuat penilaian terhadap sumber-sumber yang berkaitan dengannya. Tegasnya, Al-Qur’an, al-Hadis, pandangan ulamak muktabar dan fatwa berkaitan perlu dipersembahkan secara jujur dan telus. Ia boleh membantu kita dalam memahami kes berkaitan dan memberi justifikasi yang jelas dalam pelaksanaan. Paling tuntas, kita tidak mencemuh dan menuduh mereka yang ikhlas melakukan kebaikan.

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada ditangan para ulamak, didapati rejab ada keistimewaannya yang tersendiri. Maka tidak hairanlah intisari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan ramadhan bulan umatku..” disokong oleh ramai para ulamak muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak. Beliau meriwayatkan keistimewaan rejab berdasarkan sanad-sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani di dalam al-Ghunyah. Oleh, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana qualiti sanad-sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis : “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku, ramadhan bulan umatku…” tidak bertentangan dengan nas al-Qur’an. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah SWT pada surah al-Taubah ayat 36 tentang empat bulan haram yang dimaksudkan : Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya menyifatkan Nabi SAW sendiri pernah menegaskan bahawa rejab itu adalah bulan Allah. Iaitu bulan Ahlullah. Dan dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu Ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.” (al-Qurtubi, Jami’ Ahkam al-Qur’an, hlm 326 juz 6)

Imam Abu Daud pula membawa intisari hadis yang menampakkan kesaksian yang jelas tentang lafaz “Sya’ban bulanku”. Buktinya beliau meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Qais dari Aisyah berbunyi : “Bulan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah berpuasa di bulan Sya’aban. Kemudian Baginda menyambung puasanya hingga ke Ramadhan.”(Sulaiman bin al-Asy’at al-Sijistani, Sunan Abu Daud, t.th, Dar al-Fikr : Beirut , hlm 323 juz 2)

Imam al-Thabrani pula meriwayatkan dari Anas bin Malik RA bahawa apabila tibanya bulan rejab, Baginda mendoakan : “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan rejab dan Sya’aban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan ramadhan.”(al-Thabrani, Mu’jam al-Ausath, 1415H, Dar al-Haramain : Qaherah, hlm 189 juz 4, no hadis : 3939)

Hadis ini turut dipersetujui Imam Ahmad di dalam Musnadnya m/s 259 juz 1, hadis bernombor 2346.

Imam al-Thabrani juga meriwayatakan dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya ramadhan kecuali pada rejab dan Sya’ban.” (ibid, hlm 161 juz 9 no hadis : 9422)

Jika sanad yang dibicarakan oleh Ibn Qayyim itu bermasalah dengan periwayatan Ibn Jahdam. Ianya tidak menggugurkan nilai keistimewaan rejab sama sekali. Ini kerana masih terdapat beberapa sanad yang lain menjelaskan kelebihan bulan rejab.

Al-Hafiz al-Haitsami di dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan tentang kelebihan bulan rejab. Walaupun dengan sanad-sanad yang dhaif, namun ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan untuk beramal dan meningkatkan hemah diri. Hal ini jelas sebagaimana yang diakui oleh para fuqaha’ dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi di dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan dari Uthman bin Hakim al-Ansari beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr RA tentang puasa rejab (pada bulan rejab). Said menjawab : “Aku mendengar Ibn Abbas RA mengatakan : “Rasulullah SAW berpuasa rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.”(Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim,t.th, Dar Ihya Thuras al-Arabi : Beirut , hlm 811 juz 2)

Imam al-Nawawi mengatakan : “Apa yang zahir dari ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti bahawa tiada tegahan untuk berpuasa padanya (rejab) kerana (semata) bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain. Dan tidak ada larangan (yang tsabit) untuk melakukan ibadat puasa di bulan rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa tersebut.”(al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Sahih Muslim, 1392, Dar Ihya’ Thuras al-Arabi : Beirut , hlm 38 juz 8)

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan : “Di dalam Sunan Abi Daud direkodkan bahawa Nabi SAW menggalakkan kita untuk berpuasa di bulan-bulan yang haram. Dan rejab adalah salah satu darinya.”( Abu Thayyib al-‘Azhim, Aun al-Ma’bud bi Syarh Sunan Abi Daud, 1415H, Cetakan Kedua, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut , hlm 60 juz 7)

Al-Hakim pula meriwayatkan dari Nubaisyah RA : “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.” Imam Al-Hakim mengatakan : “Isnad hadis ini adalah sahih tetapi tidak dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim menerusi kitab Sahih mereka berdua.”(Abu Abdillah al-Hakim, al-Mustadrak ala Sahihain, 1990, Cetakan pertama, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut, hlm 263 juz 4)

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari Imam al-Syafi’ie berbunyi : “Telah samapai kepada kami bahawa al-Syafi’ie mengatakan : “Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam : malam jumaat, malam aidil adha, malam adil fitri, malam pertama bulan rejab dan malam nisfu Sya’ban.”(al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 1994, Maktabah Dar al-Baz : Makkah al-Mukarramah, hlm 319 juz 3)

Di dalam Syuab al-Iman, Imam al-Baihaqi meriwayatkan lagi tentang keistimewaan bulan rejab. Hadis itu berbunyi : Allah telah memilih bulan rejab. Rejab adalah bulan Allah. Barangsiapa yang memuliakan bulan Allah sesungguhnya dia telah memuliakan perintah Allah. Barangsiapa yang memuliakan perintah Allah sesungguhnya dia akan dimasukkan ke syurga al-Naim..”(al-Baihaqi, Syu’ab al-Iman, 1410H, Cetakan pertama, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut , hlm 374 juz 3, no hadis 3814). Lihat juga hadis bernombor 3812 sebagai sokongan terhadap keistimewaan bulan rejab pada malam harinya.

Adapun hadis yang menunjukkan Nabi SAW melarang umatnya berpuasa di bulan rejab bukanlah satu larangan yang bersifat mutlak. Bahkan bertentangan dengan anjuran berpuasa sunat dalam Islam. Tambahan pula, hadis tersebut diriwayatkan oleh Daud bin ‘Atha al-Madani. Beliau merupakan perawi hadis yang dhaif. Para ulamak bersepakat mendhaifkan periwayatannya termasuk Imam Ibn Jauziy menerusi kitabnya al-‘Ilal al-Mutanahiyah (Ahmad bin Abu Bakar al-Kinani, Misbah al-Zujajah, 1403H, Dar al-‘Arbiah : Beirut , hlm 78 juz 2)

Imam al-Zahabi memperakui hadis berkenaan pauasa rejab sebagai hadis yang marfuk. Hadis itu berbunyi : “Barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan rejab Allah SWT akan menulis baginya pahala puasa bagaikan setahun. Dan barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan rejab Allah SWT akan menulis baginya pahala puasa bagaikan dua tahun.” (al-Zahabi, Mizal al-I’tidal Fi Naqd al-Rijal, 1995, Cetakan Pertama, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut , hlm 417 juz 4)

Selain itu, al-Zahabi juga membawakan sanad yang mursal daripada Uthman bin Mathar, daripada Abd Ghafur bin Abd Aziz dari ayahnya tentang kelebihan berpuasa sehari dalam bulan rejab. (Ibid, hlm 70 juz 5 no hadis : 5570)

Tetapi beliau juga membawakan hadis palsu tentang puasa rejab yang berbunyi : “Barangsiapa yang berpuasa sehari di bulan rejab Allah kurniakan pahala baginya bagaikan berpuasa seribu tahun.” Imam al-Zahabi mengatakan : “Aku tidak mengetahui siapa (sebenarnya) yang mereka cipta hadis ini.” (ibid, hlm 197 juz 5 no hadis : 5973)

Imam Ibn Hajar al-Asaqalani juga membentangkan pertikaian ulamak terhadap hadis kelebihan tentang puasa rejab yang bersumberkan riwayat Abd Malik bin Harun bin ‘Antarah. Katanya : “Darulquthni memandang Abd Malik dan ayahnya (Harun) sebagai dhaif. Begitu juga dengan Imam Ahmad. Tetapi Yahya (Ibn Ma’in) menghukumnya sebagai pendusta. Abu Hatim menghukumnya sebagai matruk (ditinggalkan) hadisnya. Ibn Hibban menganggap dia sebagai pereka hadis…”(Ibn Hajar al-Asqalani, Lisan al-Mizan, 1986, Cetakan ke-3, Muassasah al-A’lami : Beirut, hlm 71-72 juz 4 no ind: 213)

Imam al-Munawi ketika membawakan hadis kelebihan puasa rejab yang panjang menasihati kita dengan katanya : “Hadis-hadis ini terhadis apa yang ditemukan oleh Ibn Hajar al-Asqalani, al-Sakhawi dan saya sendiri. Kebanyakkan dhaif. Barangsiapa yang ingin menghentikan perbincangannya dia boleh menilai pandangan ulamak (yang berkaitan dengannya). Barangsiapa yang ingin meneliti periwayatannya (telusurilah) rujuklah kepada pengarang yang berkaitan.” (al-Munawi, Fayd al-Qader, 1356H, Cetakan Pertama, Maktabah al-Tijariyah al-Kubra : Mesir, hlm 90 juz 4)

Perawi yang dipertikaikan
Adapun berkenaan dengan Ibn Jahdham, pengkritik periwatannya tidak memperincikan siapa sebenarnya Ibn Jahdam yang dimaksudkan Ibn Qayyim al-Jauziyah. Kitab-kitab biografi mencatatkan kepada kita beberapa nama Ibn Jahdham. Antaranya : Muhammad bin Jahdham, Jahdham bin Abdullah, Abu Muadz Jahdham bin Abd Rahman, Ubaidillah bin Jahdham dan Abu Hassan Ali bin Abdullah bin al-Hassan al-Hamazani.

Penjelasan Perawi
Imam Ibn Hibban meriwayatkan lima hadis dari Muhammad bin Jahdham yang dimaksudkan penulis.( Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban, hlm 443 juz 2, hlm 582 juz 4, hlm 194 juz 7, hlm 96 juz 8, hlm 193 juz 11)

Manakala al-Hakim meriwayatkan empat hadis di dalam kitab Mustadraknya daripada Muhammad bin Jahdham dan satu hadis lagi bersumberkan Jahdham bin Abdullah al-Qaisiy. (al-Hakim, al-Mustadrak ala sahihain, hlm 573 juz 4)

Imam Abu Daud meriwayatkan satu hadis dari Muhammad bin Jahdham berkenaan dengan zakat fitrah. Kenyataan boleh dirujuk paha hadis yang bernombor 1612 melalui Sunannya. (Abu Daud, Sunan Abu Daud, t.th, Dar al-Fikr : Beirut , hlm 112 juz 2)

Imam al-Tirmidzi meriwayatkan pula meriwayatkan dua hadis dari Jahdham bin Abdullah menerusi Sunannya. Perhatikanlah hadis bernombor 1563 dan 3235 di dalam Sunannya (al-Tirmidzi, Sunan al-Tirmidzi, t.thn, Dar Ihya’ Thuras al-Arabiy : Beirut , hlm 132 juz 4 dan hlm 368 juz 5)

Imam al-Baihaqi turut meriwayatkan hadis daripada Jahdham bin Abdullah bin Badr menerusi Sunan al-Kubra. Rujuklah hadis bernombor 12327 sebagai pemerincian. (al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 1994, Maktabah Dar al-Baz, hlm 265 juz 6)

Selain itu, Muhammad bin Jahdham dan Jahdam bin Abdullah juga merupakan perawi yang disenaraikan dalam rangkaian sanad-sanad Imam Ibn Majah, Imam AbdRazzaq, Imam Abu Ja’far al-Thahawi, Imam Ahmad, al-Thabrani dan lain-lain.

Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan Muhammad bin Jahdham merupakan orang suruhan Ibn Umar yang tsiqah. Dan beliau perawi al-Bukhari tetang zakat fitrah.(Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, 1379, Dar al-Makrifah : Beirut , hlm 368 juz 3)

Manakala, di dalam kitab al-Kuna wa al-Asma, pengarangnya membawakan biografi Abu Muadz Jahdham bin Abd Rahman. Beliau seorang perawi yang meriwayatkan dari Ikrimah. Dan Muhammad bin Yazid dan Ubbad bin Awwam mengambil hadis darinya.(Muslim bin Hajjaj al-Qusyairi, al-Kuna wa al-Asma, 1404H, Matbaah Jamiah Islamiyah Madinah al-Munawwarah, hlm 775 juz 1)

Di dalam kitab al-Muntaqa fi sard al-Kuna diperjelaskan pula tentang Ubaidillah bin Jahdham yang meriwayatkan dari Qadhi Syuraih. Periwayatannya diambil pula oleh Jarir bin Hazm.(al-Zahabi, al-Muntaqa fi sard al-Kuna, 1408H, Matbaah Jamiah Islamiyah Madinah al-Munawwarah, hlm 153 juz 1)

Manakala ada seorang lagi Ibn Jahdham yang diperkatakan. Iaitu Abu Hassan Ali bin Abdullah bin al-Hassan al-Hamazani. Beliau merupakan salah seorang Syeikh Imam al-Kabir Syeikh Sufiyyah di Makkah al-Mukarramah. Demikian menurut terjemahan biodata yang dibuat oleh Imam al-Zahabi menerusi kitab Siyar A’lam al-Nubalak, hlm 275 juz 17.

Meriwayatkan daripada beliau ialah Abi Hassan bin Salamat al-Qaththan, Ahmad bin Uthman al-Adami, Ali bin Abi al-Aqab dan Khalq. Dia bukanlah seorang yang tsiqah. Bahkan ditohmah dengan pelbagai musibah. Ibn Khairun mengatakan : “Dikatakan bahawa beliau mendustakan hadis. Khabar tentangnya telah kusebutkan di dalam kita al-Tarikh wa al-Mizan”. Beliau meninggal dunia tahun 441H.”(al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubalak, 1413H, Muassasah al-Risalah : Beirut , cetakan ke-9, hlm 275 juz 17)

Ibn Jauziy al-Hanbali (bukan Ibn Qayyim al-Jauziyyah) ketika mengulas hadis berkenaan solat al-Raghaib (periwayatan) Ibn Jahdham mengatakan : “Hadis ini direka-reka dan mereka (ulamak hadis) menuduh Ibn Jahdham melakukannya dan menisbahkan beliau dengan berdusta.”(al-Zahabi, Mizan I’tidal fi Naqd al-Rijal, hlm 162 juz 8)

Pendapat ini berbeza dengan pendapat Imam Abd al-Karim al-Qazwini. Di dalam Tadwin fi Akhbar al-Qazwin beliau mencatatkan : “al-Kayya Syarwiyyah di dalam Tabaqat Ahli Hamadan mengatakan bahawa Abu Hassan Ibn Jahdham merupakan seorang yang tsiqah. Beliau seorang yang dikenali dengan ilmu hadis dan meninggal dunia 407H.” (Abd al-Karim al-Qazwini, al-Tadwin fi Akhbar Akhbar al-Qazwin, 1987, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah: Beirut, hlm 370 juz 3)

Al-Ajlouni pula pernah menyebut satu riwayat dari Ibn Jahdham ini. Di dalam kitab Kasyf al-Khafa’ li Muzil al-Ilbas beliau memuatkan satu riwayat dari Abu Hassan Ali bin Abdullah bin al-Hassan (Ibn Jahdham) daripada Abi Muhammad al-Hariri berkenaan dengan hikmah Ilahiyyah. Imam al-Ajlouni tidak menarafkan periwayatan Ibn Jahdham ini. Keterangan boleh dirujuk kepada hadis bernombor 3124.

Dari biodata perawi ini boleh dibuat beberapa kesimpulan.
1) Sekadar menyebut nama seorang perawi (Ibn Jahdham) belum cukup untuk membuktikan hadis tersebut adalah palsu. Ini kerana nama Ibn Jahdham terdiri dari beberapa orang perawi yang tsiqah dan meriwayatkan hadis dari kitad-kitab sahih mahupun sunan.

2) Perawi yang dipertikaikan perlu diperincikan dengan tepat. Perawi yang dikritiki ialah Abu al-Hassan Ali bin Abdullah Ibn Jahdham. Beliau merupakan seorang tokoh sufi. Mengaitkan tokoh sufi dengan amalan memalsukan hadis adalah contoh sarjana liberal yang tidak bertanggungjawab.Perlu diketahui bahawa Fudhail Bin ‘Iyadh pernah meriwayatkan dari beliau.

3) Walaupun kedudukan beliau dipertikaikan. Sebahagian ulamak hadis mengatakan beliau tidak tsiqah. Tetapi beliau ditsiqahi dikalangan ulamak Qazwin. Sebahagian ulamak pula mentadh’ifkan periwatannya. Sebahagian lagi menuduhnya sebagai pemalsu hadis. Justeru, beliau bukanlah seorang perawi yang dimuktamadkan sebagai pemalsu hadis. Dan tidak sepatutnya tuduhan itu menjadi satu penarafan terhadap periwayatan beliau tanpa merai beberapa pandangan yang lain terhadapnya.

Tambahan pula, kedudukan beliau sebagai Imam al-Kabir Syeikh al-Sufi di Makkah menjustifikasikan kepada kita satu kepercayaan identiti beliau. Ternyata beliau seorang yang dihormati lagi disegani.

Justeru, kita perlu melihat kepada kedua-dua sudut antara tajrih dan ta’dil terhadapnya. Bagi saya, tajrih beliau hanyalah berkisar kepada tohmahan semata-mata. Mungkin ada tangan-tangan yang tidak senang hati dengan aliran kesufiannya. Mungkin juga faktor politik atau environment semasa yang mewarnai tajrih keatasnya.

Manakala keadilan beliau itu jelas. Walaupun riwayatnya tidak cukup kuat mencapai taraf sahih, namun tidak semua periwatannya bertentangan dgn riwayat yang sahih. Ataupun kita boleh menerima periwayatan yang dhaif jika ada kesaksian dan sokongannya.

Kesimpulan
Berdasarkan kepada keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber-sumber hukum melalui Al-Qur’an, al-Hadis dan keterangan para ulamak Salaf pula memberitahu kita bahawa di sana terdapat hadis-hadis yang sahih, hasan, mursal, marfuk, dhaif, dhaif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu seputar rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar dari landasan yang benar.

Dalil-dalil yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Manakala dalil-dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan. Manakala dalil-dalil yang palsu seharusnya ditinggalkan. Bahkan perlu diperjelaskan kekurangan dan kesannya terhadap mutu periwayatan, penghujahan dan amalan.

Terbukti juga kepada kita bahawa satu sanad dan satu pendapat belum baligh untuk dijadikan asas pemutusan sesuatu hukum. Apatah lagi untuk digunakan sebagai anjakan bagi memberi was-was atau menakut-nakutkan umat Islam melakukan amalan tambahan bagi mendekatkan diri kepada Allah. Walhal, kita sendiri tidak berganjak kemana-mana dengan penghujahan dan kefahaman kita.

Justeru, disamping penguasaan ilmu, kita perlu warak dalam mencari pendekatan dan membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Ini penting supaya kredibiliti kita terpelihara. Dalam masa yang sama mampu memberi input membina untuk Islam dan umatnya.

Sempena sepertiga rejab yang mulia. Renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkannya. Dan dimana pula keikhlasannya. Kalau kita tidak mampu melakukan kebaikan, kita perlu berusaha memahaminya. Jangan sesekali cuba menghalang kebaikan. Barangsiapa cuba menghalang mereka yang ikhlas melakukan kebaikan, memperbaiki amalan dan melatih diri menuju Allah, Allah juga akan menghalang perjalanan hidupnya.

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan lain-lain kebaikan di bulan rejab. Semoga amalan rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah. Pencarian hakikat rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. Insya Allah sinar keagungan rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

(Kertas konsep ini dibentang dalam program Diskusi Ilmiyyah pada 8hb Ogos 2007, jam 8-9mlm anjuran Surau al-Amin, Presint 8, Putrajaya).

Sumber: http://al-ghari.blogspot.com/2007/12/salah-faham-terhadap-keistimewaan-rejab.html

19/03/2018 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Fatwa & Irsyad Hukum Mengenai Sembahyang: SURAH AL-FATIHAH

SURAH AL-FATIHAH :
Persoalan Hukum Membacanya

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Kesempurnaan membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang sangatlah dituntut kerana ianya adalah salah satu daripada rukun yang wajib dalam sembahyang.
Surah ini sangat mulia sehingga dikatakan bahawa seluruh ilmu-ilmu al-Qur’an, iaitu tauhid, ibadah, nasihat serta peringatan terkandung dalam surah yang pendek ini. Antara kemuliaannya lagi ialah Allah Subhanahu wa Ta‘ala membahagikan surah ini kepada dua bahagian; satu bahagian untukNya dan satu bahagian lagi untuk hambaNya, begitu juga ibadah sembahyang tidak akan diterima tanpanya.

Memandangkan surah al-Fatihah ini mudah dihafal dan dibaca, adakalanya faktor inilah yang mengakibatkan sebilangan orang memandang ringan akan kesempurnaannya lalu membacanya tanpa berguru atau didengarkan kepada orang yang dapat memimpinnya sebagai bacaan yang betul.

Kerana pentingnya perkara ini, kita akan cuba mengupas mengenai pembacaan surah al-Fatihah dalam sembahyang sebagai panduan untuk kita semua.

Hukum Membaca Surah Al-Fatihah Dalam Sembahyang

Ulama mazhab asy-Syafi‘e berpendapat bahawa membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat hukumnya adalah wajib ke atas orang yang bersembahyang sama ada imam, munfarid (orang yang sembahyang sendiri) mahupun makmum menurut pendapat yang paling shahih, sama ada dalam sembahyang sirriyah (sembahyang yang bacaannya dibaca secara perlahan) mahupun sembahyang jahriyyah (sembahyang yang bacaannya dibaca secara nyaring).

Adapun bagi orang yang masbuk pula, hukumnya tetap wajib baginya membaca al-Fatihah sekadar apa yang sempat dibacanya sebelum imam rukuk. Akan tetapi jika imam sudah rukuk, maka tidaklah perlu baginya untuk membaca surah al-Fatihah lagi, kerana bacaan surah al-Fatihah tersebut ditanggung oleh imam dan dikira baginya rakaat tersebut sebagai satu rakaat, dengan syarat makmum yang masbuk itu mestilah sempat thuma’ninah bersama imam ketika rukuk.

Bacaan surah al-Fatihah bagi makmum juga ditanggung oleh imam jika sekiranya makmum itu tidak mempunyai kesempatan membacanya ataupun tidak mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskannya semasa qiyam imam (sebelum imam rukuk), sama ada kerana bacaan atau pergerakannya yang lambat, misalnya ketika bangun dari sujud, imam sudahpun rukuk kembali kerana pergerakan makmum yang lambat, ataupun terlupa bahawa dia sedang bersembahyang atau ragu-ragu adakah dia sudah membacanya ataupun belum sedangkan imam sudahpun rukuk. Maka dalam keuzuran-keuzuran seperti ini, bacaan surah al-Fatihah tersebut ditanggung oleh imam walaupun ianya berlaku pada setiap rakaat dalam sembahyang.

Tuntutan wajib membaca surah al-Fatihah itu dilaksanakan sama ada dengan cara hafalan ataupun ditalkinkan kepadanya (dibacakan kepadanya ketika dia bersembahyang, kemudian dia ikut membacanya) ataupun membacanya dengan cara melihat mushaf, jika dia pandai membaca. Dalam hal ini, mengadakan mushaf itu pula hukumnya adalah wajib, sama ada dengan cara membeli, menyewa ataupun meminjamnya, dan wajib pula mengadakan lampu, jika tempat dia bersembahyang itu gelap. Tujuannya ialah untuk membolehkannya membaca mushaf tersebut. Jika dia enggan melaksanakan perkara-perkara ini, sedangkan dia sebenarnya mampu, maka wajib ke atasnya mengulang semula semua sembahyang yang dikerjakannya sepanjang keengganannya melakukan perkara-perkara di atas.

Tegasnya, surah al-Fatihah tetap wajib dibaca dengan apa jua cara sekalipun, sedaya upaya yang termampu. Begitu juga usaha-usaha yang membolehkan ianya dilaksanakan, seperti mempelajarinya, mendapatkan mushaf mahupun menyediakan lampu adalah wajib jika ada kemampuan untuk melakukannya.

Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari ‘Ubadah Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لمَ ْيَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ.
(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: Tidak sah sembahyang bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah al-Kitab (surah al-Fatihah).
(Hadits riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Bacaan Surah Al-Fatihah Yang Sempurna

Secara umumnya, bacaan surah al-Fatihah yang sempurna itu ialah dengan membacanya mengikut bacaan yang disepakati oleh ahli-ahli al-Qur’an, seperti wajib mad, idgham dan hukum-hukum tajwid yang lain.

Imam al-Baijuri ada menyebutkan secara ringkas sebelas syarat yang perlu dijaga ketika membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang, iaitu:

1. Bacaan yang dapat didengar dengan jelas oleh telinganya sendiri (bagi yang sihat pendengaran).
2. Membaca dengan tertib (tersusun mengikut susunan ayat-ayatnya).
3. Membaca secara berterusan (muwalah), iaitu bacaan yang tidak terputus-putus kecuali pada kadar untuk bernafas.
4. Menjaga segala hurufnya, termasuk sabdunya yang empat belas. Tiga daripadanya terdapat pada Basmalah(بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ).
5. Tidak melakukan kesilapan dalam bacaan yang boleh menukar makna.
6. Tidak membacanya dengan bacaan yang ganjil (syadz) yang merubah makna.
7. Tidak menukar perkataan-perkataannya.
8. Membaca setiap ayatnya termasuk Basmalahnya, kerana ianya adalah sebahagian daripada surah al-Fatihah.
9. Membacanya dalam bahasanya yang asal iaitu bahasa Arab dan tidak menterjemahkannya ke dalam bahasa lain, kerana jika diterjemahkan akan hilanglah mukjizat al-Qur‘an itu.
10. Khusus bagi orang yang tidak mampu membaca surah al-Fatihah, hendaklah membaca penggantinya dari surah-surah lain juga dalam bahasa Arab. Lainlah halnya jika gantiannya itu terdiri daripada zikir ataupun doa, kerana ianya boleh diterjemahkan jika tidak mampu membacanya dalam bahasa Arab.
11. Membacanya dalam keadaan qiyam (berdiri). Jika tidak mampu berdiri, maka hendaklah dibaca dalam keadaan duduk, berbaring dan sebagainya.

Kaedah Bacaan Yang Disunatkan (Afdhal)

Ada beberapa kaedah bacaan yang disunatkan menurut ulama, iaitu:-

1. Sunat waqaf pada setiap ayat, termasuk juga dalam hal ini pada ayat Basmalah sebagaimana menurut pendapat muktamad dalam kitab Fath al-Mu‘in.

Imam al-Bujairimi berkata: Pendapat yang muktamad ialah sunat waqaf pada Basmalah kerana ianya adalah satu ayat yang sempurna, dan setiap ayat yang sempurna itu disunatkan waqaf padanya.

Ini berdasarkan hadits shahih, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam membaca dengan cara waqaf seayat demi seayat.

Ummu Salamah Radhiallahu ’anha meriwayatkan ketika menjelaskan cara bacaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau berkata:

كَانَ يُقَطِّعُ قِرَاءَتَهُ آيَةً آيَةًً.
(رواه الإمام أحمد)

Maksudnya: Sesungguhnya Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam memutus-mutuskan (mewaqaf) bacaannya (surah al-Fatihah) seayat demi seayat.
(Hadits riwayat Imam Ahmad)

2. Tidak waqaf pada ayat أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ)). Syeikh Ramli berkata dalam Kitab an-Nihayah: Adalah sunat untuk menyambungnya dengan ayat selepasnya kerana ayat tersebut bukanlah tempat waqaf dan bukan pula penghujung ayat.

Bagaimanapun, tidaklah merosakkan sembahyang jika waqaf dilakukan menurut Imam asy-Syabramallisi. Jika waqaf juga pada ayat أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ)), maka adalah lebih baik menyambungnya sahaja dengan ayat selepasnya.

3. Membaca secara tartil dan tidak terburu-buru sehingga merosakkan bacaan. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: Janganlah engkau (wahai Muhammad) – kerana hendakkan cepat menghafaz al-Qur‘an yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu oleh Jibril ‘alaihissalam).
Surah al-Qiamaah : Ayat : 16))

Sebab turunnya ayat ini, menurut Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, ialah kerana sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika Malaikat Jibril menurunkan wahyu kepada Baginda, Baginda membacanya dengan cepat sehingga memberatkan dirinya sendiri.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala lagi:

Tafsirnya: Dan al-Qur’an itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
(Surah al-Israa’: Ayat:106)

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdul Rahman bin Syibl al-Anshari Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

اِقْرَؤُواْ الْقُرْاَنَ وَلاَ تَغْلُواْ فِيهِ.
(رواه أحمد)

Maksudnya: Bacalah oleh kamu al-Qur’an, dan janganlah berlebih-lebih padanya (membaca pantas).
(Hadits riwayat Imam Ahmad)

Membaca surah al-Fatihah dengan tergopoh-gapah dan tidak membacanya seayat demi seayat atau membacanya tanpa berhenti langsung, khususnya semasa sembahyang Tarawih di bulan Ramadhan tidak memenuhi tuntutan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Membaca dengan tenang seayat demi seayat mengikut kaedah bacaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ini pada hakikatnya, akan lebih mendatangkan kekhusyukkan, di samping memudahkan kita untuk merenung, menghayati serta memahami maksud ayatnya satu persatu, ataupun sekurang-kurangnya, jika tidak memahami maksud ayatnya, sebagai adab dan tanda hormat kita terhadap Kalamullah. Ini tidak syak lagi akan menimbulkan rasa kemanisan ibadah terhadap Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Imam Ghazali berkata: Ketahuilah bahawa sesungguhnya bacaan secara tartil itu disunatkan bukanlah semata-mata untuk merenung maksud ayatnya sahaja, bahkan orang-orang bukan Arab yang tidak memahami makna ayat al-Qur’an pun disunatkan supaya membacanya secara tartil dan tenang, kerana ini lebih menunjukkan rasa sopan dan hormat terhadap al-Qur’an, dan akan mendatangkan kesan yang lebih mendalam di dalam jiwa daripada membacanya secara tergopoh-gapah dan tergesa-gesa.

4. Mengindah dan memerdukan suara.

Diriwayatkan daripada al-Bara’ bin ‘Aazib Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

زَيِّنُوا الْقُرْآنَ بِأَصْوَاتِكُمْ.
(رواه النسائي وإبن ماجه وأحمد)

Maksudnya: Hiasilah al-Qur‘an dengan (kemerduan) suara-suara kamu.
(Hadits riwayat Imam an-Nasa’ie, Ibnu Majah dan Ahmad)

Permasalahan Tertib Dalam Bacaan Surah Al-Fatihah

1. Wajib membaca surah al-Fatihah itu secara tertib yakni tersusun mengikut susunan bacaan yang sabit dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam membaca dengan tertib dan tersusun. Maka cara Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam itu wajib diikut berdasarkan sabda Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلُّواْ كَمَا رَأَيْتُمُونِى أُصَلِّى.
(رواه البيهقى وإبن حبان)

Maksudnya: Sembahyanglah kamu sepertimana kamu melihat (cara) aku bersembahyang.
(Hadits riwayat Imam al-Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Jika dengan senghaja membaca dengan tidak mengikut tertib seperti mendahulukan ayat yang kemudian ataupun sebaliknya, maka batallah bacaan surah al-Fatihahnya itu, kerana membaca ayat-ayatnya bukan pada tempatnya yang betul. Sembahyangnya tidak batal jika dia isti’naf (membaca semula dari awal) surah al-Fatihah tersebut.

Adapun jika ianya tidak disenghajakan, sebagai misal jika mendahulukan membaca (مَالِكِ يَوْمِ الدِِّينِ) dari (الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ), maka cukup baginya sekadar menyambung ayat tersebut (الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) dengan ayat selepasnya, iaitu (مَالِكِ يَوْمِ الدِِّينِ) tanpa perlu membaca semula dari awal surah. Sementara ayat (مَالِكِ يَوْمِ الدِِّينِ) yang didahulukannya itu tadi tidak dikira. Bagaimanapun, jika sudah jauh jarak waktu kesalahan tersebut berlaku, maka diwajibkan isti’naf.

Adapun jika sekiranya bacaannya itu membawa kepada perubahan makna, maka batallah sembahyangnya jika dilakukannya secara senghaja dan dia mengetahui hukum larangan melakukannya. Jika tidak disenghajakan dan dia tidak tahu hukumnya, maka dalam hal ini bacaannya menjadi batal dan wajib isti’naf, akan tetapi tidaklah membatalkan sembahyangnya.

2. Orang yang sudah membaca separuh daripada surah al-Fatihah, lalu dia merasa syak adakah dia sudah membaca Basmalah ataupun belum? Lalu diteruskannya juga bacaannya itu tanpa mengulangi Basmalah, kemudian dia teringat setelah selesai membaca surah al-Fatihah itu bahawa dia sudahpun membaca Basmalah, maka dalam hal ini mengikut pendapat yang awjah (paling tepat) menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami, wajib membaca semula surah al-Fatihah dari mula hingga akhir, termasuklah Basmalah.

3. Jika berlaku syak kemungkinan tertinggal suatu huruf ataupun lebih setelah habis membaca keseluruhan surah al-Fatihah dan sebelum rukuk, maka keraguan tersebut tidak dikira kerana dia dianggap sudah membacanya dengan sempurna dan ianya dimaafkan. Berlainan halnya jika dia ragu-ragu bahawa adakah dia sudah membaca surah al-Fatihah ataupun belum? Jika ini berlaku, wajib atasnya isti’naf.

4. Jika berlaku syak tertinggal sebahagian ayat dari surah al-Fatihah setelah ianya selesai dibaca, maka keraguan itu tidak dikira kerana sudah dikira telah membacanya dengan sempurna.

Adapun jika sekiranya keraguan itu berlaku sebelum selesai membaca surah al-Fatihah, wajib baginya isti’naf jika keraguannya itu lama. Jika keraguannya itu tidak lama, maka cukuplah baginya sekadar membaca kembali ayat yang diragukannya itu tadi dan kemudian menyambung kembali bacaannya dari ayat tersebut sehingga selesai.

Bagaimanapun, jika dia ragu-ragu kemungkinan ada tertinggal suatu ayat dari surah al-Fatihah, dan dia sendiri tidak pasti ayat yang mana satu yang berkemungkinan tertinggal itu, maka wajib ke atasnya isti’naf.

5. Apabila orang yang membaca surah al-Fatihah dalam keadaan khayal, lalai atau kurang tumpuan, misalnya membacanya sedangkan ketika itu dia sedang berangan ataupun memikirkan perkara yang lain, kemudian tersedar kembali apabila sampai pada ayat (صِرَاطَ الَّذِينَ), lalu dia tidak yakin dalam waktu terdekat akan kesempurnaan bacaannya ketika lalai itu (keraguannya itu lama), maka wajib atasnya isti’naf. Adapun jika dia masih yakin akan kesempurnaan bacaannya (ketika lalainya itu) dalam masa terdekat, maka bolehlah dia meneruskan sahaja bacaannya.

Permasalahan Muwalah (Berturut-Turut) Dalam Bacaan Surah Al-Fatihah

Wajib muwalah dalam bacaan kerana mengikut bacaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, berdasarkan sabda Baginda:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِى أُصَلِّي.
(رواه البيهقى وإبن حبان)

Maksudnya: Sembahyanglah kamu sepertimana kamu melihat (cara) aku bersembahyang.
(Hadits riwayat Imam al-Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Maksud muwalah ialah membaca secara berturut-turut antara satu kalimah dengan kalimah yang lain, dan tidak memisahkan antara keduanya kecuali dalam kadar mengambil nafas.

Adapun perkara-perkara yang boleh memutuskan muwalah itu ialah:-

1. Senghaja diam dalam satu kadar masa yang lama ketika membaca surah al-Fatihah sehingga dapat dirasakan bahawa dia ingin memutuskan bacaannya, atau dapat dirasakan bahawa dia dengan rela hatinya enggan meneruskan bacaannya, maka putuslah muwalah dan batallah bacaannya, dan wajib atasnya isti’naf (mengulanginya).

Adapun jika sekiranya dia berniat untuk memutuskan bacaannya, maka putuslah muwalah walaupun dia hanya berhenti sekejap sahaja mengikut pendapat yang paling shahih dan masyhur dalam mazhab Imam asy-Syafi‘e.
Akan tetapi, jika dia berniat untuk memutuskan bacaannya sedangkan dia tidak melakukannya (tidak juga memutuskan bacaannya), maka tidak terputus muwalah tersebut.

Berlainan halnya jika orang yang diam lama kerana keuzuran, misalnya tidak tahu hukum, terlalai, gagap, banyak bersin, batuk, menguap ataupun diam kerana mengingati ayat yang terlupa; perkara-perkara seumpama ini tidak memutuskan muwalah.

2. Membaca tasbih, tahlil mahupun zikir-zikir yang lain atau membaca ayat-ayat dari surah yang lain sama ada banyak mahupun sedikit ketika membaca surah al-Fatihah. Perkara-perkara sedemikian tidak disuruh kerana boleh memutuskan muwalah.

Umpamanya juga menyahut seruan azan ketika membaca surah al-Fatihah, mengaminkan bacaan surah al-Fatihah yang dibaca oleh bukan imamnya, ataupun mengucapkan “Alhamdulillah” ketika bersin, kerana perkara ini walaupun sunat dilakukan di luar sembahyang, ianya tidak sekali-kali diharuskan dalam sembahyang. Akan tetapi jika ianya tidak disenghajakan, misalnya kerana terlupa ataupun terlalai maka tidak terputus muwalah sebagaimana tersebut di dalam kitab Mughni al-Muhtaj.

Adapun perkara-perkara yang disuruh seperti mengaminkan bacaan imam, atau sujud tilawah kerana bacaan imam, atau membetulkan bacaan imam yang terhenti bacaannya kerana terlupa, sama ada surah al-Fatihah atau surah-surah yang lain, atau membaca doa memohon rahmat ketika imam membaca ayat-ayat rahmat dan membaca doa memohon perlindungan ketika dibacakan ayat-ayat azab (dalam bahasa Arab), maka menurut pendapat yang ashah (paling shahih), tidaklah memutuskan muwalah bacaan surah al-Fatihah itu. Walau bagaimanapun, mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami, adalah disunatkan isti’naf sebagai mengambil kira pendapat sebahagian ulama mazhab asy-Syafi‘e yang mengatakan bahawa perkara-perkara tersebut termasuk juga dalam perkara-perkara yang memutuskan muwalah. Yang demikian itu sebagai jalan keluar untuk mengelakkan dari perselisihan pendapat.

3. Membetulkan bacaan imam yang terlupa ataupun salah bacaannya sedangkan imam tersebut belum lagi berhenti membaca, yakni masih lagi mengulang-ulang bacaannya untuk mengingati ayat tersebut.

Akan tetapi, mengikut Imam asy-Syarqawi, boleh membetulkan bacaan imam yang masih lagi mengulang-ulang bacaannya jika telah sempit waktu (waktu sembahyang hampir habis).

Perlu diingat juga di sini bahawa untuk membetulkan bacaan imam, selain disyaratkan supaya memastikan imam sudah berhenti membaca, disyaratkan juga ketika membetulkan itu supaya berniat qiraah (membaca al-Qur’an) semata-mata, ataupun berniat qiraah dan membetulkan bacaan imam. Jika diniatkan untuk membetulkan bacaan imam semata-mata tanpa niat qiraah maka ianya akan menyebabkan sembahyang makmum tersebut menjadi batal sepertimana pendapat muktamad dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj.

Permasalahan Ta’min Selepas Bacaan Surah Al-Fatihah

1. Ta’min ialah mengucapkan آمين)) setelah selesai membaca surah al-Fatihah. Hukumnya adalah sunat ke atas setiap orang yang bersembahyang setelah selesai membaca surah al-Fatihah sama ada imam, makmum, munfarid, lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang yang bersembahyang dengan cara berdiri, orang yang bersembahyang dengan cara duduk, orang yang sembahyang dengan cara berbaring, orang yang bersembahyang fardhu, orang yang bersembahyang sunat, dalam sembahyang jahriyyah mahupun dalam sembahyang sirriyyah tanpa perselisihan pendapat antara ulama mazhab asy-Syafi‘e. Ta’min juga sunat ke atas orang yang telah selesai membaca surah al-Fatihah di luar sembahyang. Bagaimanapun, menurut Imam al-Wahidi, tuntutannya dalam sembahyang adalah lebih utama.

Ini berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

إِذَا قَالَ الإِمَامُ )غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ( فَقُولُواْ: آمِين. فَمَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ الْمَلاَئِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
(رواه البخاري)

Maksudnya: Apabila imam membaca (غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ)
maka katakanlah: “Amin”. Maka sesiapa yang bertepatan ta’minnya dengan ta’min Malaikat, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.
(Hadits riwayat Imam Bukhari)

2. Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, sunat diam sekejap (dalam kadar kira-kira membaca Subhanallah) sebelum berta’min. Tujuannya supaya membezakan surah al-Fatihah dengan perkataan “Amin”, kerana ianya bukanlah sebahagian daripada surah tersebut.

3. Jika sembahyang yang dikerjakan itu ialah sembahyang jahriyyah, maka bacaan ta’min pun dibaca secara jahr sebagaimana bacaan surah al-Fatihahnya dibaca secara jahr. Begitu juga sebaliknya bagi sembahyang sirriyyah, bacaan ta’min akan dibaca secara sirr, sama ada bagi imam ataupun makmum.

4. Makmum sunat menta’minkan bacaan surah al-Fatihah imam dalam sembahyang jahriyyah sungguhpun imam itu sendiri tidak menta’minkannya, sama ada dia senghaja meninggalkannya ataupun terlupa, supaya imam itu terdengar lalu turut menta’minkannya.

5. Sunat ta’min makmum serentak dengan ta’min imam, supaya ta’min mereka itu bersamaan (satu masa yang sama) dan bertepatan dengan ta’min malaikat, kerana para malaikat ketika itu turut sama berta’min bersama imam.

Imam Bukhari meriwayatkan dalam shahihnya daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

إِذَا أَمَّنَ الإِمَامُ فَأَمِّنُواْ، فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ تَأْمِينُهُ تَأْمِينَ الْمَلاَئِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
(رواه البخاري)

Maksudnya: Apabila imam berta’min, maka berta’minlah kamu, kerana sesungguhnya para malaikat turut sama berta’min bersama ta’min imam itu. Maka sesiapa yang bertepatan (masa) ta’minnya itu dengan ta’min para malaikat, nescaya akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.
(Hadits riwayat Imam Bukhari)

6. Jika makmum membaca surah al-Fatihah bersama-sama imam, misalnya kerana makmum tersebut tahu bahawa imam tidak akan membaca surah selepas membaca surah al-Fatihah, atau hanya akan membaca surah yang pendek dan khuatir tidak akan sempat menghabiskan surah al-Fatihah, maka jika makmum tersebut lebih dulu selesai membaca surah al-Fatihah, mengikut pendapat yang terpilih dalam mazhab asy-Syafi‘e hendaklah dia menta’minkan bacaan surah al-Fatihahnya terlebih dahulu kemudian berta’min sekali lagi setelah imam selesai membaca surah al-Fatihah.

Imam as-Sarkhasi di dalam kitab al-Amali menyebutkan: Jika seorang makmum itu berta’min bersama imam, kemudian makmum itu membaca surah al-Fatihah, maka hendaklah makmum tersebut menta’minkan lagi bacaan surah al-Fatihahnya sendiri. Dan jika makmum itu membaca surah al-Fatihah bersama imam dan habis membaca bersama-samanya, maka adalah memadai baginya untuk berta’min sekali sahaja.

7. Sunat bagi imam supaya diam sebentar (saktah lathifah) setelah ta’min ketika sembahyang jahriyyah dalam kadar kira-kira memberi peluang kepada makmum untuk menghabiskan bacaan surah al-Fatihah mereka. Diam di sini bukanlah bermaksud diam semata-mata, akan tetapi disunatkan bagi imam pada waktu tersebut untuk membaca zikir, doa ataupun membaca ayat-ayat al-Qur’an secara sirr. Tersebut di dalam kitab Mughni al-Muhtaj dan Fath al-Mu‘in, adalah lebih awla (lebih utama) bagi imam ketika saktah lathifah itu supaya membaca ayat-ayat al-Qur’an (secara sirr).

8. Untuk menta’minkan bacaan imam dalam sembahyang jahriyyah, makmum disyaratkan supaya dapat mendengar bacaan surah al-Fatihah imam dengan bunyi suara yang jelas, iaitu sekira-kira dapat makmum itu membezakan huruf-huruf yang dibacakan oleh imam, bukannya semata-mata mengikut ta’min imam. Dan memadai bagi makmum dalam hal ini untuk mendengar imam membaca (وَلاَ الضَّالِّينَ) sahaja, tidak disyaratkan mendengar keseluruhan bacaan surah al-Fatihah imam.

9. Ta’min akan dikira luput jika dengan senghaja diam melebihi dari kadar yang disunatkan selepas (وَلاَ الضَّالِّينَ), iaitu dalam kadar kira-kira dirasakan putus nisbah (hubungan) ta’min dengan surah al-Fatihah.

Ta’min juga luput sekiranya orang yang bersembahyang itu rukuk, atau membaca sesuatu yang lain selepas (وَلاَ الضَّالِّينَ) walaupun secara tidak senghaja sungguhpun sedikit.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami mengecualikan dalam hal ini jika orang itu membaca (رَبِّ اغْفِرْلِي) selepas (وَلاَ الضَّالِّينَ) sebelum ta’min, kerana pernah dikhabarkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam membaca (رَبِّ اغْفِرْلِي) setelah (وَلاَ الضَّالِّينَ), dan sebelum ta’min.

Kesalahan-Kesalahan Pada Huruf Dan Baris Surah al-Fatihah

Imam as-Sayyid Muhammad Abdullah al-Jurdani, iaitu pengarang kitab Fath al-‘Allam ada menyebutkan permasalahan ini dalam kitabnya, beliau berkata:

· Jika menggugurkan satu huruf dari surah al-Fatihah, misalnya membaca (إِيَّاكَ نَعْبُدُ إِيَّاكَ نَسْتَعِينَ) dengan menggugurkan huruf (و)
· Atau menghilangkan sabdu, misalnya membaca (إِياَكَ)
· Atau menukarkan dengan huruf yang lain, misalnya menggantikan (الَّذِينَ) dengan (الَّدِينَ)
· Atau menggantikan (اَلَْحَمْدُ لِلَّهِ) dengan (اَلْهَمْدُ لِلَّهِ)
· Atau membaca (الضَّالِّينَ) dengan (الظَّالِّينَ)
· Atau membaca (أَنْعَمْتَ) dengan (أَنْأَمْتَ)
· Atau membaca (الْمُسْتَقِيمَ) dengan (الْمُسْتَئِيمَ) atau (الْمُسْتَقِينَ)
· Atau membaca (نَسْتَعِينَ) dengan (نَثْتَعِينَ) – maka batallah sembahyangnya jika orang tersebut senghaja dan mengetahui akan hukumnya.

Adapun jika ianya tidak disenghajakan, maka batallah bacaannya pada kalimah tersebut, dan wajiblah ke atasnya sebelum rukuk untuk membetulkan bacaannya itu tadi, kemudian menyempurnakannnya jika belum lama waktu kesalahan itu berlaku. Jika sudah lama, maka wajib atasnya isti’naf (mengulangi semula bacaannya dari awal surah al-Fatihah).

Jika dia senghaja rukuk sedangkan dia tahu hukumnya bahawa dia wajib memperbetulkan bacaannya sebelum rukuk, maka batallah sembahyangnya. Adapun jika dia tidak senghaja rukuk misalnya kerana terlupa ataupun tidak tahu hukumnya, maka rakaatnya itu tadi tidak dikira.

Jika menukar baris sehingga tertukar makna kalimah tersebut, misalnya membaca (إِيَّاكِ) atau (أَنْعَمْتُ) atau (أَنْعَمْتِ), maka batallah sembahyangnya jika disenghajakan dan tahu akan hukumnya.

Adapun jika tidak disenghajakan, maka batallah bacaannya pada kalimah tersebut, maka wajib atasnya mengulangi bacaan tersebut sebelum rukuk selama mana jarak masanya masih lagi hampir. Jika jaraknya sudah jauh, maka wajib atasnya isti’naf. Jika senghaja tidak mahu memperbetulkannya sebelum rukuk sedangkan dia tahu hukum memperbetulkan bacaannya itu wajib sebelum rukuk, maka batallah sembahyangnya sepertimana permasalahan di atas.

Dalam masalah melakukan kesalahan dalam bacaan yang membawa kepada perubahan makna ini, menurut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami, adalah disunatkan sujud sahwi jika ianya tidak disenghajakan. Ini kerana setiap kesalahan yang jika disenghajakan boleh membatalkan sembahyang, tetapi dilakukan secara tidak senghaja, maka adalah disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.

Manakala jika perubahan baris itu tidak membawa kepada perubahan makna, misalnya membaca (لِلَّهُ) atau (نَعْبِدُ) maka tidaklah sekali-kali ianya membatalkan sembahyang, akan tetapi haram hukumnya jika disenghajakan dan tahu akan hukumnya.

Semua permasalahan ini adalah bagi mereka yang pada asalnya mampu membaca dengan betul.

Adapun bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk membacanya dengan betul dan tidak pula mampu mempelajarinya, maka sembahyang mereka tetap sah dan tidak menjadi haram bagi mereka membaca sedemikian rupa.

Hukum Jika Tidak Pandai Membaca Surah al-Fatihah

Telahpun disentuh di awal-awal lagi bahawa surah al-Fatihah wajib dibaca sama ada melalui hafalan, mahupun ditalkinkan kepadanya ataupun dengan cara melihat mushaf, dan wajib mengadakan mushaf itu sama ada dengan cara membeli, menyewa ataupun meminjamnya, dan wajib pula menyediakan lampu jika tempat dia bersembahyang itu gelap bagi membolehkannya membaca mushaf tersebut.
Pendek kata surah al-Fatihah tetap wajib dibaca dengan apa jua cara sekalipun, disertai juga segala usaha yang membolehkannya membaca surah al-Fatihah itu dengan seberapa mampu yang boleh. Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk melakukan perkara-perkara di atas, Islam telah memberikan kelonggaran ke atas mereka ini untuk menggantikan surah al-Fatihah itu dengan bacaan-bacaan lain.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
(Surah al-Baqarah: Ayat: 185)

Dalam hal ini, para ulama telahpun menyebutkan beberapa permasalahan yang berkaitan dengannya seperti berikut:-

1. Jika orang tersebut boleh membaca ayat-ayat al-Qur’an yang lain selain surah al-Fatihah, maka bolehlah ia dijadikan sebagai pengganti surah al-Fatihah. Dengan syarat ianya mestilah sekurang-kurangnya tujuh ayat ataupun lebih baik lapan ayat menurut Imam asy-Syafi’e sepertimana yang telah dinukilkan daripadanya oleh Imam al-Mawardi. Dan huruf-hurufnya pula mestilah tidak kurang daripada huruf-huruf surah al-Fatihah, iaitu tidak kurang dari seratus lima puluh enam huruf.

Tidak disyaratkan setiap huruf pada ayatnya menyerupai jumlah setiap huruf pada ayat-ayat surah al-Fatihah, bahkan adalah memadai sebagai syarat bahawa ianya adalah sekurang-kurangnya tujuh ayat dan huruf-hurufnya secara keseluruhannya tidak kurang dari huruf-huruf surah al-Fatihah dengan mengambil perhatian bahawa setiap huruf yang bersabdu dalam surah al-Fatihah itu dikirakan sebagai dua huruf.

Ayat-ayat pengganti dari al-Qur’an ini, menurut Imam an-Nawawi, boleh dibaca sama ada secara tersusun dalam satu surah, ataupun dibaca bercerai-cerai dari satu ataupun beberapa buah surah yang berlainan, sama ada makna ayat-ayat tersebut ada kaitan antara satu dengan yang lain ataupun tidak, sungguhpun orang itu hafal secara tersusun dalam satu surah.

Walau bagaimanapun, Imam Ibnu Hajar al-Haitami berpendapat, jika ianya dibaca secara bercerai-cerai dengan tidak tersusun makna, orang itu mestilah berniat dengan niat qiraah (membaca al-Qur’an) ketika membaca ayat yang bercerai-cerai itu kerana bacaan yang seumpama itu tidak dinamakan al-Qur’an jika dilafazkan semata-mata tanpa niat qiraah.

2. Jika langsung tidak boleh membaca mana-mana ayat daripada al-Qur’an, maka bolehlah orang itu menggantikannya dengan tujuh macam zikir sebagai ganti tujuh ayat surah al-Fatihah berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ahmad:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ: إِنِّي لاَ أَسْتَطِيعُ أَنْ آخَذُ مِنَ القُرْآنِ شَيْئًا ، فَعَلِّمْنِي مَا يُجْزِئُنِي مِنهُ ، قَالَ: قُلْ: سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ ، وَلاَ إِلٰهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ.
(رواه أبو داود وأحمد)

Maksudnya: Telah datang seseorang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau berkata kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya aku tidak mampu mempelajari sesuatupun daripada al-Qur’an, maka ajarkanlah aku (bacaan) apa yang memadai bagiku (selain) daripada al-Qur’an.

Lalu Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam pun menjawab: Bacalah:

(سُبْحَانَ اللَّهِ ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ ، وَلاَ إِلٰهَ إِلاَّ اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ
إِلاَّ بِاللَّه الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ).

(Maha suci Allah, dan segala puji hanya bagi Allah, dan tiada tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar, dan tiada daya serta tiada kekuatan kecuali dengan (keupayaan dan kekuatan) Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar).
(Hadits riwayat Imam Abu Daud dan Ahmad)

Dalam hadits di atas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan kepada orang tersebut lima macam zikir, dan ditambahkan lagi oleh ulama sebagai mencukupi syarat tujuh macam zikir itu dengan dua macam zikir lagi, iaitu:-
(مَا شَاءَ اللهُ كَانَ)1.
Maksudnya: Segala apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku.
(وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ)2.
Maksudnya: Dan segala apa yang tidak dikehendakiNya, tidak akan berlaku.

Walau bagaimanapun, menurut pendapat yang ashah (paling shahih), tidaklah ditentukan mana-mana zikir untuk dibaca sebagai badal (ganti) surah al-Fatihah itu. Adalah memadai sebagai syarat dengan memilih mana-mana tujuh macam zikir dan mengulanginya atau menambahnya dengan zikir-zikir lain sehingga huruf-hurufnya mencukupi kadar huruf surah al-Fatihah.

Selain zikir, boleh juga surah al-Fatihah tersebut digantikan dengan doa. Imam Nawawi berpendapat bahawa doa tersebut mestilah (wajib) doa-doa ukhrawi (yang berkaitan dengan urusan akhirat), misalnya memohon syurga, keampunan, keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan sebagainya dalam bahasa Arab sehingga huruf-hurufnya mencukupi kadar huruf-huruf surah al-Fatihah. Jika tidak pandai membacanya dalam bahasa Arab, maka bolehlah diterjemahkan doa tersebut ke mana-mana bahasa yang dikuasainya.

Jika orang tersebut tidak juga pandai membaca terjemahan doa ukhrawi, maka bolehlah membaca doa-doa duniawi (yang berkaitan dengan urusan keduniaan), misalnya memohon keselamatan dan sebagainya dalam bahasa Arab. Jika tidak pandai membacanya dalam bahasa Arab, maka bolehlah ianya dibaca dalam mana-mana bahasa yang dikuasainya sehingga huruf-hurufnya mencukupi kadar huruf-huruf surah al-Fatihah.
Selain dibolehkan memilih antara zikir ataupun doa ini, dibolehkan juga untuk mencampurkan keduanya sepertimana yang dinukilkan dalam kitab Tuhfah al-Habib karangan Syeikh Sulaiman al-Bujairimi.

3. Sungguhpun ada keringanan untuk membaca terjemahan badal dari zikir dan doa dalam sembahyang jika tidak pandai membacanya dalam bahasa Arab, perlu diingat di sini bahawa al-Qur’an tidak boleh sekali-kali diterjemahkan ke dalam bahasa lain dalam sembahyang. Ini kerana turunnya al-Qur’an itu dalam bahasa Arab serta keindahan lafaz ayat serta susunannya adalah merupakan satu mukjizat. Maka menterjemahkannya ke dalam bahasa lain akan merosakkan keindahannya dan secara langsung akan mencacatkan, bahkan akan menghilangkan nilai kemukjizatannya itu.

Kerana itulah terjemahan al-Qur’an itu menurut Imam Khatib asy-Syarbini, tidak lagi dinamakan al-Qur’an berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam surah Yusuf: ayat:2:

Tafsirnya: Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Qur’an yang dibaca dengan bahasa Arab.
(Surah Yusuf : Ayat:2)

4. Tidak disyaratkan untuk berniat ketika membaca badal dari zikir mahupun doa ini, akan tetapi jika ingin berniat juga maka tidak dibolehkan berniat selain daripada meniatkan bahawa badal tersebut adalah sebagai pengganti bacaan surah al-Fatihah semata-mata.

5. Sekiranya orang tersebut mampu membaca sebahagian ayat surah al- Fatihah, maka tidak memadai baginya mengulang-ulang ayat dari surah al-Fatihah yang dia tahu itu selagi mana dia tahu membaca badal lain, sama ada dari al-Qur’an, zikir mahupun doa.

Akan tetapi, diberikan kepadanya keringanan untuk mengulangi ayat dari surah al-Fatihah yang diketahuinya itu sehingga huruf-hurufnya mencukupi kadar keseluruhan huruf-huruf surah al-Fatihah jika sekiranya orang tersebut langsung tidak pandai membaca mana-mana badal dari al-Qur’an, zikir dan doa.

6. Orang yang mampu membaca sebahagian surah al-Fatihah dan mampu membaca badal dari al-Qur’an, zikir ataupun doa, maka wajib baginya membaca ayat surah al-Fatihah tersebut di tempatnya, yakni wajib membacanya secara tertib mengikut tertib susunan ayatnya.

Jika ayat surah al-Fatihah yang diketahuinya itu adalah ayat keempat, maka wajib baginya membaca badal sebagai ganti separuh pertama (ayat satu hingga tiga) surah al-Fatihah dahulu, kemudian barulah membaca ayat surah al-Fatihah yang diketahuinya itu (ayat keempat) dan kemudian membaca pula badal bagi separuh terakhir surah al-Fatihah tersebut (ayat lima hingga tujuh).

Begitu juga halnya jika surah al-Fatihah yang mampu dibacanya itu bercerai-cerai. Wajib baginya membaca ayat-ayat surah al-Fatihah yang diketahuinya itu mengikut tertib susunan ayatnya, dan wajib pula membaca badalnya tepat pada ayat surah al-Fatihah yang dia tidak tahu membaca itu.

7. Jika sekiranya langsung tidak pandai membaca surah al-Fatihah, dan tidak tahu pula membaca mana-mana badal dari al-Qur’an, zikir mahupun doa, dan tidak juga pandai membaca terjemahan zikir dan doa serta tidak berkemampuan untuk belajar, maka wajib atasnya qiyam (berdiri) sahaja dalam kadar bacaan surah al-Fatihah, iaitu kira-kira kadar bacaan yang sederhana.

Ini kerana bacaan surah al-Fatihah dan berdiri ketika membacanya itu kedua-duanya wajib, maka jika tidak mampu mengerjakan satu daripada keduanya (membaca surah al-Fatihah) tidak akan menggugurkan kewajiban yang satu lagi iaitu berdiri.

Penutup

Kesungguhan dalam membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang itu adalah satu perkara yang sangat penting dan wajib dijaga kerana sebarang kesilapan yang berlaku tidak syak lagi akan menjejaskan kesempurnaan sembahyang.

Janganlah kerana surah ini lancar di mulut ianya dibaca secara tidak berperaturan dengan tidak menyebutkan setiap hurufnya daripada makhrajnya yang betul, tidak memelihara tajwidnya, bahkan ada yang menghabiskannya hanya dengan satu nafas seolah-olah tiada penghayatan dan tiada rasa hormat terhadap al-Qur’an.

Wajiblah ke atas kita memelihara kemuliaan al-Qur’an ini, dengan membacanya sepertimana Nabi junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu ’alaihi wasallam membacanya. Iaitu dengan tartil, penuh penghayatan, memelihara tajwid serta peraturan-peraturannya seperti muwalah, tertib dan sebagainya, di samping berusaha belajar dan memperbaiki bacaan jika tidak mampu membacanya dengan baik dan sempurna.

Mudahan-mudahan dengan maklumat mengenai permasalahan membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang ini akan dapat menambahkan ilmu kita mengenai sembahyang dan sekaligus membantu kita untuk menyempurnakannya sepertimana yang dituntut oleh syara‘ dan meningkatkan lagi kualiti peribadatan kita terhadap Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

(Rujukan: http://fatwairsyadbrunei.blogspot.my/2015/05/surah-al-fatihah.html?m=1)

16/03/2018 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Uncategorized | 1 Comment

Dialog-al-bani-vs-al-buthi

(Di kutip dan di ringkas dari Kitab al-Lamadzhabiyyah Akhthar Bid’ah Tuhaddid al-Syari’at al-Islamiyyah).

Ada sebuah perdebatan yang menarik tentang ijtihad dan taqlid, antara *Syaikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi, seorang ulama Ahlussunnah Wal-Jama’ah di Syria, bersama Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, seorang tokoh Salafi Wahabi dari Yordania*.

Syaikh al-Buthi bertanya: “Bagaimana cara Anda memahami hukum-hukum Allah, apakah Anda mengambilnya secara langsung dari al-Qur’an dan Sunnah, atau melalui hasil ijtihad para imam-imam mujtahid?”

Al-Albani menjawab: “Aku membandingkan antara pendapat semua imam mujtahid serta dalil-dalil mereka lalu aku ambil yang paling dekat terhadap al-Qur’an dan Sunnah.”

Syaikh al-Buthi bertanya: “Seandainya Anda punya uang 5000 Lira. Uang itu Anda simpan selama enam bulan. Kemudian uang itu Anda belikan barang untuk diperdagangkan, maka sejak kapan barang itu Anda keluarkan zakatnya. Apakah setelah enam bulan berikutnya, atau menunggu setahun lagi?”

Al-Albani menjawab: “Maksud pertanyaannya, kamu menetapkan bahwa harta dagang itu ada zakatnya?”

Syaikh al-Buthi berkata: “Saya hanya bertanya. Yang saya inginkan, Anda menjawab dengan cara Anda sendiri. Di sini kami sediakan kitab-kitab tafsir, hadits dan fiqih, silahkan Anda telaah.”

Al-Albani menjawab: “Hai saudaraku, ini masalah agama. Bukan persoalan mudah yang bisa dijawab dengan seenaknya. Kami masih perlu mengkaji dan meneliti. Kami datang ke sini untuk membahas masalah lain”.

Mendengar jawaban tersebut, Syaikh al-Buthi beralih pada pertanyaan lain: “Baik kalau memang begitu. Sekarang saya bertanya, apakah setiap Muslim harus atau wajib membandingkan dan meneliti dalil-dalil para imam mujtahid, kemudian mengambil pendapat yang paling sesuai dengan al-Qur’an dan Sunnah?”

Al-Albani menjawab: “Ya.”

Syaikh al-Buthi bertanya: “Maksud jawaban Anda, semua orang memiliki kemampuan berijtihad seperti yang dimiliki oleh para imam Madzhab dalam Islam ? Bahkan kemampuan semua orang lebih sempurna dan melebihi kemampuan ijtihad para imam madzhab. Karena secara logika, seseorang yang mampu menghakimi pendapat-pendapat para imam madzhab dengan barometer al-Qur’an dan Sunnah, jelas ia lebih alim dari mereka.”

Al-Albani menjawab: “Sebenarnya manusia itu terbagi menjadi tiga, yaitu muqallid (orang yang taklid), muttabi’ (orang yang mengikuti) dan mujtahid. Orang yang mampu membandingkan madzhab-madzhab yang ada dan memilih yang lebih dekat pada al-Qur’an adalah muttabi’. Jadi muttabi’ itu derajat tengah, antara taklid dan ijtihad.”

Syaikh al-Buthi bertanya: “Apa kewajiban muqallid?”

al-Albani menjawab: “Ia wajib mengikuti para mujtahid yang bisa diikutinya.”

Syaikh al-Buthi bertanya; “Apakah ia berdosa kalau seumpama mengikuti seorang mujtahid saja dan tidak pernah berpindah ke mujtahid lain?” al-Albani menjawab: “Ya, ia berdosa dan haram hukumnya.”

Syaikh al-Buthi bertanya: “Apa dalil yang mengharamkannya?”

Al-Albani menjawab: “Dalilnya, ia mewajibkan pada dirinya, sesuatu yang tidak diwajibkan Allah padanya.”

Syaikh al-Buthi bertanya: “Dalam membaca al-Qur’an, Anda mengikuti qira’ah-nya siapa di antara qira’ah yang tujuh?”

Al-Albani menjawab: “Qira’ah Hafsh.”

Al-Buthi bertanya: “Apakah Anda hanya mengikuti qira’ah Hafsh saja? Atau setiap hari, Anda mengikuti qira’ah yang berbeda-beda?”

Al-Albani menjawab: “Tidak. Saya hanya mengikuti qira’ah Hafsh saja.”

Syaikh al-Buthi bertanya: “Mengapa Anda hanya mengikuti qira’ah Hafsh saja, padahal Allah subhanahu wa ta’ala tidak mewajibkan Anda mengikuti qira’ah Hafsh. Kewajiban Anda justru membaca al-Qur’an sesuai riwayat yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wasallam secara mutawatir.”

Al-Albani menjawab: “Saya tidak sempat mempelajari qira’ah-qira’ah yang lain. Saya kesulitan membaca al-Qur’an dengan selain qira’ah Hafsh.”

Syaikh al-Buthi berkata: “Orang yang mempelajari fiqih madzhab al-Syafi’i, juga tidak sempat mempelajari madzhab-madzhab yang lain. Ia juga tidak mudah memahami hukum-hukum agama
nya kecuali mempelajari fiqihnya Imam al-Syafi’i.

Apabila Anda mengharuskannya mengetahui semua ijtihad para imam, maka Anda sendiri harus pula mempelajari semua qira’ah, sehingga Anda membaca al-Qur’an dengan semua qira’ah itu. Kalau Anda beralasan tidak mampu melakukannya, maka Anda harus menerima alasan ketidakmampuan muqallid dalam masalah ini. Bagaimanapun, kami sekarang bertanya kepada Anda, dari mana Anda berpendapat bahwa seorang muqallid harus berpindah-pindah dari satu madzhab ke madzhab lain, padahal Allah tidak mewajibkannya. Maksudnya sebagaimana ia tidak wajib menetap pada satu madzhab saja, ia juga tidak wajib berpindah-pindah terus dari satu madzhab ke madzhab lain?”

Al-Albani menjawab: “Sebenarnya yang diharamkan bagi muqallid itu menetapi satu madzhab dengan keyakinan bahwa Allah memerintahkan demikian.”

Syaikh al-Buthi berkata: “Jawaban Anda ini persoalan lain. Dan memang benar demikian. Akan tetapi, pertanyaan saya, apakah seorang muqallid itu berdosa jika menetapi satu mujtahid saja, padahal ia tahu bahwa Allah tidak mewajibkan demikian?”

Al-Albani menjawab: “Tidak berdosa.”

Syaikh al-Buthi berkata: “Tetapi isi buku yang Anda ajarkan, berbeda dengan yang Anda katakan. Dalam buku tersebut disebutkan, menetapi satu madzhab saja itu hukumnya haram. Bahkan dalam bagian lain buku tersebut, orang yang menetapi satu madzhab saja itu dihukumi kafir.” Menjawab pertanyaan tersebut, al-Albani kebingungan menjawabnya.

Demikianlah dialog panjang antara Syaikh al-Buthi dengan Muhaddits Abad Milenium al-Albani, yang didokumentasikan dalam kitab beliau al-Lamadzhabiyyah Akhthar Bid’ah Tuhaddid al-Syari’at al-Islamiyyah

(Sumber : https://pondokhabib.wordpress.com/2012/03/15/dialog-al-bani-vs-al-buthi/)

16/03/2018 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Antara ideologi ekstrim Wahhabi

⭕️Antara ideologi ekstrim Wahhabi ialah ketikamana mereka menganggap hanya ideologi mereka yang benar dan selain mereka adalah sesat.

⭕️Mereka menyamakan perkataan mereka seumpama perkataan Allah dan Rasul yang tidak boleh dibantah. Selain mereka adalah kafir dan musyrik dengan tuduhan penyembah kubur dan Syiah.

⭕️Ingat❗️Jika Wahhabi mengatakan kita menolak Al-Quran dan As-Sunnah maka kita katakan kepada mereka kita tidak menolak Al-Quran dan As-Sunnah tetapi kita menolak kefahaman mereka kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang mengikuti kefahaman Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Muhammad bin Abdul Wahhab dan tokoh-tokoh mereka sahaja yang dianggap maksum. Pantang dikritik terus melenting dan meroyan. Ulama’ selain mereka ditolak sewenang-wenangnya walaupun Imam-Imam Mujtahid Mazhab.

⭕Pendokong aliran Wahhabi yang ada di Malaysia mahupun di Arab pada hari ini mengambil pendekatan Muhammad bin Abdul Wahhab yang menjadikan kalam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim seperti kalam Allah dan Rasul yang tidak boleh ditolak sepertimana yang dinyatakan di dalam kitab al-Suhub al-Wabilah oleh al-Imam ‘allamah al-Sheikh Muhammad bin Abdullah bin Humayd al-Najdi al-Hanbali, Mufti mazhab Hanbali di Mekah. Rujuk kitab di bawah.

🔴Perhatikan perkataan mereka di dalam kertas kerja di bawah. Mereka menyamakan kedudukan ideologi gerakan Muhammad bin Abdul Wahhab samataraf dengan agama Islam itu sendiri. Seolah-olah selain mereka dan yang menolak ideologi songsang mereka adalah menolak Islam.

🚫Wajib ke atas setiap golongan pembaharuan (tajdid) mengiktiraf Wahhabi sebagai penolong bagi agama Allah.

🚫Sesungguhnya mereka yang memusuhi Wahhabi sebenarnya memusuhi Islam.

⭕️Bagaimana kita tidak katakan mereka Wahhabi sedangkan mereka mengikuti ideologi Wahhabi dan sangat taksub mempertahankan Wahhabi❓

(Oleh: Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari)

15/03/2018 Posted by | wahabi | Leave a comment

FADHILAT SANDAL RASULULLAH SAW

sandal-nabi-muhammad-saw_20151011_182507

FADHILAT SANDAL RASULULLAH SAW

Maulana Zakaria Kandahlawi(rah) dan Maulana Asyraf Ali Thanwi(rah) merupakan dua nama ulama besar dari aliran Deobandi. Setiap pelajar yang berkelulusan dari Darul Uloom Deoband atau dari mana-mana madrasah yang beraliran Deobandi pasti mempunyai sanad keilmuan yang akan melalui kedua-dua tokoh ulama berkaliber tinggi ini.

Kedua-dua mereka telah menyebut dalam kitab mereka mengenai fadhilat gambar dan lakaran sandal/capal Rasulullah SAW. Syaikhul Hadis Maulana Zakaria al-Kandahlawi dalam kitabnya yang mensyarahkan kitab “Syamail at-Tirmidzi” menyatakan:-“ Gambar lakaran sandal/capal dan kelebihan serta keberkatannya telah diberikan dengan begitu terperinci di dalam kitab “Zadus Sa`id” karangan Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi (rahmatullah ‘alaihi). Khasiatnya tidak putus-putus. Beliau menyatakan bahawa beliau sendiri(Maulana Zakaria) telah mengalaminya beberapa kali. Beliau berkata dengan menyimpan sebuah gambar lakaran capal ini seseorang itu akan diberkati dengan ziarah bertemu Rasulullah, akan dilepasi daripada ancaman kuku besi penzalim, mencapai keberhasilan pekerjaannya dan berjaya di dalam segala cita-cita melalui tawassul capal ini. ”

Selain Maulana Zakaria dan Maulana Asyraf, seorang alim ahlus sunnah tersohor berasal dari bumi Palestin, bernama Syeikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani telah mengungkapkan kemuliaan sepatu Rasulullah dalam bentuk puisi dalam kitabnya “Jawahirul Bihar” , ianya adalah seperti berikut;

*Alas kaki Nabi Muhammad berada di atas kepala alam semesta dan seluruh makhluq berada di bawah bayang-bayangnya.

*Ketika di bukit Tursina, Nabi Musa as diperintah supaya menanggalkan (alas kakinya), tetapi Nabi Muhammad saw. biarpun berada pada jarak yang lebih dekat , tidak diminta supaya ditanggalkan sandalnya

*Lambang yang meniru Sandal asli Sang Rasul saw. yang paling Mulia itu membuatkan bintang-bintang berangan-angan
menjadi tanah untuk dipijak olehnya.

*Madu-madunya, tujuh petala langit semuanya cemburu, dan mahkota-mahkota raja semuanya merasa hasad padanya

*Lambang sandal al-Mustafa saw itu tiada tolok bandingnya, ia adalah kerehatan bagi rohku dan celak (ubat) bagi mataku

*Sangatlah mulia lambang sandal yang Agung ini! Kerananya, semua kepala berharap, alangkah baiknya jikalau dapat menjadi kaki (Baginda saw.)

*Apabila aku melihat ALLAH mula memerangi manusia (kerana maksiat mereka), aku menjadikan alas kaki tuannya sebagai perisai

*Aku berlindung daripadaNYA (Kemarahan ALLAH) dengan keagungan lambang alas kaki Baginda , sebagai tembok yang kukuh dimana aku berasa aman dibawah perlindungannya

*Aku berkhidmat pada lambang Sandal al-Mustafa saw. , supaya dapat aku hidup di dunia dan akhirat dibawah bayang-bayangnya

*Berbahagianya Ibnu Mas`ud ra. kerana khidmatnya pada sandal Baginda (yang sebenarnya), dan aku, adalah si dia yang berbahagia kerana khidmatku pada lambangnya

*Sesungguhnya, bukanlah pada lambang itu hatiku merindu, tetapi pada Baginda saw. yang memakai Sandal itu…

*Kita direndahkan oleh cinta kerana memuliakan sandal ini, dan bilamana kita merendahkan diri dihadapannya, kita akan diangkat dan dimuliakan

*Maka letakkanlah ia di rak-rak teratas, kerana secara zahir ia adalah Sandal, namun pada hakikatnya ia adalah Mahkota.

Dan di antara kelebihannya yang telah terbukti manfaat dan keberkatannya ialah apa yang dikisahkan oleh seorang syaikh yang soleh, Abu Ja’far Ahmad bin Abdul Majid:- “Aku telah membuat mitsal ni`al(lakaran sandal) ini untuk seorang muridku, maka dia telah berjumpa denganku pada suatu hari dan berkata:- “Kelmarin aku telah melihat keberkatan ni`al ini yang ajaib. Isteriku telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir binasa, maka aku letakkan mitsal ni`al tersebut pada tempat sakitnya dan berdoa “ALLAHUMMA ARINI BARAKATA SOHIBI HAZAN-NA’LI” ( Ya Allah, tunjukkanlah aku keberkatan tuan empunya ni`al ini, yakni Junjungan Nabi s.a.w.), lalu dia disembuhkan Allah pada waktu itu juga.

Keharusan bertawassul dengan lakaran sandal Rasulullah SAW juga disebutkan oleh Maulan Zakaria Kandahlawi dalam kitabnya Syarah Syamail Tirmizi.

Antara kelebihannya yang lain juga dicatatkan oleh Imam al-Qustulani dalam kitabnya “al-Mawaahibul Laduniyyah” juz ke-2 mukasurat 174.

Telah berkata Abu Ishaq:-”Telah berkata Abul Qasim bin Muhammad:-”Di antara yang telah mujarrab keberkatannya ialah sesiapa yang membawanya bersama dengan niat untuk mengambil berkat, jadilah dia selamat daripada kejahatan penjahat, memperolehi kemenangan ke atas musuh dan mendapat penjagaan daripada syaitan yang jahat serta dipelihara daripada kedengkian orang-orang yang hasad. Dan jika dibawa oleh orang perempuan hamil yang sedang sakit hendak bersalin pada sebelah kanannya, nescaya dipermudahkan urusannya tersebut dengan pertolongan dan kekuatan Allah.”

Beberapa ulama lainnya juga telah mengarang berbagai kitab mengenai lakaran sandal atau ni`al al-Mustafa s.a.w. ini. Antaranya ialah Imam Ibnu ‘Asakir dalam kitabnya“Timsalu Na’l an-Nabiy“, Imam Ibnu Muqri dalam kitabnya “Qurratul Aynayn fi Tahqiq Amr an-Na’layn“, Imam Abul Abbas al-Maqqari dalam kitabnya “Fathul Muta`al fi Madhin-Ni`al” dan ramai lagi yang lain.

Ulama membuat lakaran atau imej sandal Rasulullah s.a.w. demi kecintaan kepada Nabi junjungan besar s.a.w. sehingga merasakan sandal di telapak kaki Junjungan s.a.w. lebih mulia dan lebih bertuah daripada diri mereka. Hal ini amat payah untuk difahami oleh orang-orang yang tidak mengenal cinta dan orang yang tidak pernah mengecap fana-ur-rasul.

Bukankah kecintaan itu menuntut untuk mencintai apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan yang dicintainya. Perhatian diberikan hatta ke sandal Kekasih s.a.w. bukan kerana sandal tetapi kerana yang tuan empunyanya. Tulusnya cinta pada kekasih telah menyebabkan keberkatannya terzahir pada diri pencinta.

Jika sandal Rasulullah saw itu tiada apa-apa kaitan dengan agama, maka sudah tentu para sahabat Rasulullah saw tidak perlu bersusah payah meriwayatkan hadis-hadis berkenaan rupa bentuk sandal yang dipakai oleh Rasulullah seperti mana yang telah dihimpunkan hadis-hadisnya oleh Imam Tirmizi dalam Syamail-nya yang menerangkan mengenai rupa dan bentuk sandal Rasulullah secara terperinci.

Jika ada yang mengatakan “bukankah bukti cinta Rasulullah SAW itu dengan mengikuti sunnahnya?’.Demikian memang benar, tetapi manusia harus diberi ruang dan peluang untuk dipupuk perasaan cinta terhadap Rasululah sebagai asas kekuatan dan motivasi untuk beristiqamah dengan sunnah Rasulullah SAW.

Semoga kita ditumpahkan perasaan cinta yang mendalam terhadap Rasululah SAW serta apa dan siapa saja yang berkaitan dengan baginda SAW. Amiin.

Ustaz Iqbal Zain

14/03/2018 Posted by | Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

DALIL TABARRUK

DALIL TABARRUK
(Para Sahabat Bertabarruk Dengan Segalanya Yang Berkaitan Rasulullah SAW)

Daripada ‘Amir ibn Abdullah ibn Zubair mengisahkan ayahnya pernah menceritakan kepadanya bahawa dia pernah datang kepada nabi ketika baginda sedang dibekam.
Setelah selesai dibekam, Baginda SAW bersabda: “Wahai Abdullah (ibn Zubair)! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di tempat yang tidak seorang pun dapat melihat kamu.”

Setelah meninggalkan Rasulullah SAW, dia mengambil darah itu, lalu meminumnya. Apabila kembali semula, Rasulullah SAW bertanya: “Apakah yang telah kamu lakukan dengan darah itu?” Dia menjawab: “Aku telah sorokkannya di tempat yang sangat tersorok, yang aku tahu ia sememangnya tersembunyi daripada orang ramai.”
Baginda SAW bersabda: “Boleh jadi engkau telah meminumnya?” Dia menjawab: “Ya”.
Nabi SAW bersabda: “Kenapa kamu minum darah itu? Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.” (riwayat Al-Hakim, al-Bazzar, Al-Isobah dan oleh Al-Haithami dalam Majma’)

Abu Musa mengatakan bahawa Abu ‘Asim berkata: “Mereka (para sahabat) berpendapat bahawa kekuatan yang terdapat pada Abdullah ibn Zubair itu disebabkan keberkatan darah tersebut.”

Dalam riwayat Imam al Dar Qutni daripada hadis Asma’ binti Abu Bakar juga seperti itu. Dalam hadis tersebut dinyatakan: “Dan kamu tidak akan disentuh api neraka”.
Dalam kitab al Jauhar al-Maknun fi Zikr al-Qaba’il wa al-Butun disebutkan, bahawa setelah Abdullah ibn Zubair meminum darah Rasulullah SAW, meruap bau wangi kasturi daripada mulut Ibnu Zubair dan bau itu kekal di mulutnya sehingga dia disalib (syahid). (Dalam Al-Mawahib, al-Quatallani, 1:284)

Imam Tabrani meriwayatkan daripada Safinah r.a katanya: Suatu ketika, Nabi Muhammad SAW berbekam. Setelah itu, baginda bersabda: “Ambillah darah ini dan tanamlah ia daripada (dilihat) oleh binatang, burung dan manusia”. Lalu, aku pun menyembunyikannya dan meminumnya. Kemudian, aku memberitahu hal itu kepada Rasulullah SAW, maka baginda pun ketawa. (Al-Haitami dalam Majma’ mengatakan bahawa rijal Al-Tabrani adalah thiqah. 8:270)

Dalam Sunan Sa’id ibn Mansur melalui jalan ‘Amru ibn Sa’ib disebut: “Telah sampai berita kepadanya bahawa Malik ibn Sinan r.a, bapa Abu Sa’id al Khudri, tatkala muka Nabi Muhammad SAW luka dalam peperangan Uhud, dia menghisap darah baginda SAW sampai bersih dan nampak putih bekas lukanya.”
Nabi SAW bersabda: “Muntahkan darah itu!” Malik r.a menjawab: “Aku tidak akan memuntahkannya selama-lamanya.” Bahkan, dia menelannya.
Nabi SAW bersabda: “Barang siapa ingin melihat seorang dari ahli syurga, maka lihatlah kepada orang ini.” Ternyata, dia gugur syahid dalam peperangan Uhud.

Imam Tabrani juga meriwayatkan hadis seperti itu. Antara lain, disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mencampurkan darahku dengan darahnya, nescaya tidak akan disentuh api neraka”. (Al-Haithami mengukuhkan hadis ini dalam Majma’nya, 8:270)

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar: “Telah meriwayatkan Abdul Razzaq daripada Ibnu Juraij, beliau berkata: Aku diberitahu bahawa nabi pernah buang air kecil ke dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada tembikar. Kemudian, baginda meletakkannya di bawah katilnya.”

Apabila baginda hendak mengambilnya kembali, ternyata bekas itu tidak mengandungi apa-apa. Rasulullah SAW bertanya kepada seorang perempuan yang bernama Barakah, pembantu Ummu Habibah yang datang bersamanya dari Habsyah: “Di manakah air kencing di dalam bekas itu?” Dia menjawab: “Aku telah meminumnya.”
Rasulullah SAW bersabda: “Semoga engkau beroleh kesihatan, wahai Ummu Yusuf!” Dia memang digelar dengan gelaran Ummu Yusuf. Selepas peristiwa itu, dia tidak pernah sakit, kecuali sakit yang mengakibatkan kematiannya. (Ibnu Hajar, al-Talkhis al Habir fi Takhrij Ahadith al-Syarh al-Kabir, (2: 32))

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasaei secara ringkas. Berkata al Hafiz al-Suyuti: “Ibnu Abdil Bar telah menyempurnakan penulisan hadis ini di dalam al-Isti’ab.” Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW bertanya Barakah tentang air kencing yang terdapat di dalam bekas tersebut. Lalu Barakah berkata: “Aku telah meminumnya, wahai Rasulullah!” Seperti yang disebut oleh hadis. (Al-Suyuti, Sharh Sunan Al-Nasaei, 1:32).

Dalam Bukhari dan Muslim: Para sahabat berebut mendapatkan sisa air wudhu’ Nabi sall-Allahu álayhi wasallam untuk digunakan membasuh muka mereka.Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya akan perlakuan para sahabat dalam bertabarruk dengan air bekas wuduk Junjungan Nabi SAW. Demikian dahsyat dan bersungguh-sungguhnya mereka bertabarruk dengannya sehingga Imam al-Bukhari meriwayatkan yang mereka seolah-olah hampir saling berbunuh-bunuhan kerana berebut-rebut mendapatkan bekas jatuhan air wuduk dan air ludah baginda SAW.
Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim berkata: “riwayat-riwayat ini merupakan bukti/hujjah untuk mencari barokah dari bekas-bekas para wali” (fihi al-tabarruk bi atsar al-salihin).

Anas berkata: “Nabi sall-Allahu álayhi wasallam tinggal bersama kami, dan begitu beliau tidur, ibuku mulai mengumpulkan air peluhnya dalam suatu botol kecil. Nabi sall-Allahu álayhi wasallam terbangun dan bertanya, “Wahai Ummu Sulaim, apa yang kau lakukan?” Dia (Umm Sulaim) menjawab, “Ini adalah air peluhmu yang akan kami campur dalam minyak wangi kami dan itu akan menjadikannya minyak wangi terbaik.” (Hadits Riwayat Muslim, Ahmad). Perbuatan tersebut tidak dilarang oleh Rasulullah SAW.

Ibnu al-Sakan meriwayatkan lewat Safwan ibn Hubayra dari ayah Safwan: Sabit al-Bunani berkata: Anas ibn Malik berkata kepadaku (di tempat tidurnya saat menjelang wafatnya): “Ini adalah sehelai rambut Rasulullah sall-Allahu álayhi wasallam. Aku ingin kau menempatkannya di bawah lidahku.” Thabit melanjutkan: Aku menaruhnya di bawah lidahnya, dan dia (Anas) dikubur dengan rambut itu berada di bawah lidahnya.”
Ibnu Sirin (seorang tabi’in) berkata: “Sehelai rambut Nabi sall-Allahu álayhi wasallam yang kumiliki lebih berharga daripada perak dan emas dan apa pun yang ada di atas bumi maupun di dalam bumi.” (riwayat Bukhari,Baihaqi dalam Sunan Kubra, dan Ahmad)

Hafiz al-’Ayni berkata dalam ‘Umdat al-Qari, Vol. 18, hlm. 79: “Ummu Salamah memiliki beberapa helai rambut Nabi dalam sebuah botol perak. Jika orang jatuh sakit, mereka akan pergi dan mendapat barokah lewat rambut-rambut itu dan mereka akan sembuh dengan sarana barokah itu. Jika seseorang terkena penyakit mata atau penyakit apa saja, dia akan mengirim isterinya ke Ummu Salamah dengan sebuah bekas air, dan dia (Ummu Salamah) akan mencelupkan rambut itu ke dalam air, dan orang yang sakit itu meminum air tersebut dan dia akan sembuh, setelah itu mereka mengembalikan rambut tersebut ke dalam jiljal.”

Ustaz Iqbal Zain

14/03/2018 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Adakah Wajib Qadha’ Solat Zuhur Sekiranya Haid Datang Pada Waktu Asar?

AL-KAFI #718 : ADAKAH WAJIB QADHA’ SOLAT ZUHUR SEKIRANYA HAID DATANG PADA WAKTU ASAR?

Soalan:

Assalamualaikum Tuan. Adakah perlu jika kita datang haid pada waktu asar (dah solat zuhur) adakah kita perlu qadha asar & zuhur sekali? Yang saya faham kalau yang perlu kita qadha jika kita check darah haid keeping pada waktu asar, lebih baik qadha zuhur sekali kerana ada kemungkinan darah sudah kering pada waktu zuhur. Tweet nih dah viral.. Mohon tuan beri penjelasan… Jazakallahu khoiran kathiro.

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt,

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah swt. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Kami merasakan empunya twit tersebut telah terkeliru. Sebenarnya, wajib bagi wanita yang berhenti haidnya pada waktu Asar atau Isyak untuk menunaikan solat fardhu tersebut serta mengqadhakan solat fardhu yang sebelumnya yakni solat Zuhur atau Maghrib, jika mereka sempat berada dalam waktu kedua itu sekadar takbiratul ihram, bukannya bagi wanita yang baru datang haid.

Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Yang sahih di sisi kami (mazhab al-Syafie) bahawa mereka yang uzur wajib untuk melaksanakan solat Zuhur jika dia sempat melaksanakan apa yang wajib dengannya dalam solat Asar (apabila hilang uzurnya). Inilah pendapat Abdurrahman bin Auf, Ibn Abbas, ahli fiqh Madinah yang tujuh, Ahmad, dan selain mereka. Manakala kata al-Hasan, Qatadah, Hammad, al-Thauri, Abu Hanifah dan Malik, tidak wajib ke atas orang itu.)”

Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/66)

Ini kerana waktu Asar adalah waktu uzur bagi solat Zuhur dan waktu Isyak adalah waktu uzur bagi solat Maghrib. Waktu uzur di sini boleh diertikan sebagai ‘waktu kecemasan’ yakni waktu yang dibenarkan penangguhan solat fardu ke waktu solat fardu yang lain disebabkan suatu keuzuran dan kepayahan seperti musafir. Dalam konteks haid dalam soalan di atas, wajib qadha waktu pertama bukan hanya bersifat afdhal (lebih baik) tetapi wajib kerana waktu kedua adalah waktu uzur bagi solat pertama.

Buktinya seperti kata Imam al-Syirazi Rahimahullah dalam kitab al-Muhazzab: “Dalilnya ialah bahawa waktu Asar bersama waktu Zuhur, dan waktu Isyak bersama waktu Maghrib adalah hak orang yang uzur yakni musafir. Maka, mereka yang berada dalam kategori uzur (seperti wanita berhaid apabila suci, orang gila apabila sedar dan lain-lain), waktu kedua itu adalah waktu solat pertama di sisi mereka.”

Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah menghuraikan: “Sekiranya solat (kedua) yang sempat itu adalah Subuh, Zuhur, atau Maghrib maka tidak wajib solat melainkan solat itu sendiri. Sekiranya solat Asar dan Isyak, maka wajib melaksanakan solat Zuhur dengan Asar, dan solat Isyak dengan Maghrib tanpa khilaf (dalam mazhab al-Syafie).” Pendapat yang azhar (tepat) bahawa waktu solat yang sempat itu ialah seseorang itu berada dalam suatu waktu solat tidak kurang masanya daripada kadar takbiratul ihram, manakala pendapat lain ialah satu rakaat. Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/65)

Adapun dalam kes di atas, jika seorang wanita itu bermula haidnya pada waktu Asar, sedangkan dia sudah menunaikan solat fardu Zuhur, maka dia hanya wajib untuk menunaikan solat fardhu Asar, atau mengqadhanya selepas suci jika dia tidak sempat solat sebelum datangnya haid. Begitu juga jika dia sudah melaksanakan solat Asar, kemudian datang haid pada waktu Asar juga, maka dia tidak perlu mengqadha solat Zuhur dan Asar kerana dia sudah selesai melaksanakan kedua-duanya. Tidak menjadi syarat sah suatu solat itu mesti sah juga solat fardu selepasnya, atau datang penghalang (seperti haid dan gila) pada waktunya sedangkan solat-solat fardu itu sudah pun dilaksanakan.

Untuk memudahkan faham, kami nyatakan dengan contoh. Fatimah datang haid pada 1 haribulan Mac jam 6.00 petang sedangkan dia masih belum menunaikan solat fardu Asar. Maka, apabila Fatimah suci kelak, dia wajib mengqadha’ solat fardhu Asar yang dia luputkan pada 1 haribulan itu. Fatimah tidak wajib mengqadha’kan solat fardhu Zuhur yang sudah selesai dia tunaikan pada hari itu. Pada 7 haribulan Mac, jam 6.00 petang, Fatimah sudah suci daripada haid dan mandi wajib. Maka dia wajib untuk mengqadhakan solat fardhu Asar bagi 1 haribulan yang lalu dan solat fardhu Zuhur pada hari ini, dan menunaikan solat fardhu Asar pada waktunya.

Wallahua’lam.

08/03/2018 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

   

%d bloggers like this: