Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

PUASA HARI ARAFAH KETIKA BERBEZANYA MALAYSIA DENGAN MEKAH

Ada yang bertanya perbezaan tarikh permulaan Zulhijjah di Malaysia dan Saudi khususnya, bagaimana dengan puasa Arafah? Kerana di Mekah, hari Arafah jatuh hari Jumaat manakala di Malaysia pada hari Sabtu. Begitu juga dengan hari raya Aidil ‘Adha.

Isu ini sama dengan perbezaan dalam menentukan permulaan Ramadhan dan Raya Aidil Fitri. Ringkasnya pendapat para ulama adalah :-

1. Pendapat Mazhab Syafie, Ishak Rahawaih, Ibn Mubarak dan dinisbahkan kepada Ibn Abbas r.a

Setiap negara khususnya yang jauh, mengikut ijtihad (melalui lihat anak bulan dan hisab) oleh negara masing-masing. Ini berlandaskan hadis seorang lelaki bernama Kurayb yang berada di Syam, dia melihat anak bulan Ramdhan pada MALAM JUMAAT yang turut dilihat oleh Mu’awiyah r.a. Lalu mereka berpuasa esoknya, namun apabila dia sampai ke Madinah dan memaklumkan kepada Ibn Abbas r.a, beliau mengatakan penduduk melihat anak bulan pada MALAM SABTU, justeru penduduk Madinah akan kekal bermula puasa pada hari Ahad. (hadis ini Riwayat Imam Muslim)

2. Pendapat majoriti termasuk Hanafi, maliki dan hanbali. Turut dipilih oleh Ibn Taymiah dan Al-Syawkani. Termasuk Majlis Fiqh Antarabangsa, Hai’ah Kibar Ulama Saudi & Dar Ifta Mesir.

Tiada perbezaan, sepatutnya mana-mana negara yang telah melihat anak bulan dahulu, semua negara lain jauh atau dekat perlu mengikutnya. Perbezaan tempat naiknya bulan (Matali’ al-Qamar) tidak diambil kira dalam hal ini.

KESIMPULAN

Kesimpulan, menurut ijtihad majoriti mazhab, sewajarnya puasa arafah dan raya mengikut tarikh Saudi. Namun bagi yang berada di MALAYSIA, diharuskan atau dibenarkan berdasarkan ijtihad mazhab Syafie dengan dalil ringkas yang diberikan tadi, untuk rakyat Malaysia di negara Malaysia berpuasa sunat Arafah pada hari Sabtu dan berhariraya bermula pada hari Ahad. Mereka yang beradad di SAUDI dan negara lain, boleh mengikut ijtihad penguasa agama di negara tersebut.

Ini juga berdasarkan hadis :

الفطر يوم يفطر الناس ، والأضحى يوم يضحي الناس

Ertinya : Hari raya maka berayalah juga manusia (mengikut ketetapan di tempat tersebut), dan apabila raya kurban jatuh pada satu hari, manusia turutilah berkorban pada hari terbabit. ( Riwayat AT-Tirmidzi : hasan gharib)

Dipetik oleh Imam Ibn Rejab dalam kitabnya dalam hal ini, satu hadis Aisyah r.a

دخلت على عائشة أنا وصديق لي يوم عرفة فدعت لنا بشراب ، فقالت: لولا أني صائمة لذقته . فقلنا لها: أتصومين والناس يزعمون أن اليوم يوم النحر ؟ قالت: " الأضحى يوم يضحي الناس ، والفطر يوم يفطر الناس "

Ertinya : Aku dan rakanku telah masuk ke rumah Aisyah dan pada hari Arafah namun Aisyah menjemput kami minum (pent – kerana mereka dikira orang musafir). Lalu Aisyah berkata: Jika aku tidak berpuasa, tentunya akan aku nikmati (minuman)”. Lalu kami berkata kepadanya : “Adakah engkau puasa sedang ada yang menganggap hari ini adalah hari sembeilhan (aidil adha)?” Aisyah menjawab: “Aidil adha adalah hari yang semua orang merayakannya dan hari raya ‘Aidil fitri juga yang manusia beraya menyambutnya” (Riwayat Ahmad)

Dari dalil-dalil ini, HARUS rakyat Malaysia berpuasa hari Sabtu atas peruntukan KELEBIHAN ia merupakan hari arafah di negara kita. Sesiapa yang ingin berpuasa Jumaat dan Sabtu, itu tutur dibenarkan. Wallahu’alam.

 

Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Presiden MURSHID

30 September 2014 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Amanah Dalam Pengurusan Jenazah

Perkara yang terlalu berat yang perlu dijaga adalah amanah, tetapi ianya akan menjadi terlalu ringan apabila mulut merasa ghairah menceritakan tentang aib jenazah yg diuruskannya.. AllahuRabbi..

Apakah syarat ke atas orang yg memandikan mayat/jenazah?:
1) Beragama Islam.
2) Bukan musuh.
3) Merdeka.
4) Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
5) Sabar.
6) Tabah dan berani.
7) BERAMANAH.

– Ramai orang mampu dengan syarat di atas, malah ramai juga yang kecundang dengan sifat ‘Amanah’..

– Kita perlu mengetahui apa kelebihan dan pahala bagi orang yang menguruskan dalam pemandian jenazah, merahsiakan aib jenazah dan mengikhlaskan niat melakukannya kerana Allah swt..

‘LURUSKAN NIAT’
– Bagi yang mengurus jenazah itu akan mendapatkan pahala yang besar dengan dua syarat :

1) Hendaklah dalam mengurus jenazah itu seseorang benar-benar ikhlas dan tidak bertujuan untuk memperoleh upah atau ucapan terima kasih.

2) Benar-benar menutupi jenazah dengan rapat dan tidak menyebarluaskan keburukan yang telah dilihatnya dari jenazah tersebut, sebagaimana hadits Nabi:

( من غسل مسلما فكتم عليه غفر له الله أربعين مرة ومن حفر له فأجنه أجري عليه كأجر مسكن أسكنه إياه إلى يوم القيامة ومن كفنه كساه الله يوم القيامة من سندس واستبرق الجنة ) رواه الحاكم 3: 395, باب من رأى شيئا من الميت فكتمه ولم يتحدث به
"Barang siapa yang memandikan seorang muslim, seraya dia menyembunyikan dengan baik, maka Allah akan memberikan ampunan 40 kali kepadanya. Dan barangsiapa membuatkan lubang untuknya lalu menutupinya maka akan diberlakukan baginya pahala seperti pahala orang yang memberinya tempat tinggal kepadanya sampai hari kiamat kelak. Dan barang siapa mengkafaninya, niscaya Allah akan memakaikan kepadanya dihari kiamat kelak, pakaian dari kain sutra tipis dan pakaian sutera tebal syurga."
(HR. Hakim dan Baihaqi)

– Hadith ini menunjukkan kelebihan yang amat besar bagi mereka yang ikhlas menguruskan dalam pengurusan jenazah saudara semuslim. Mereka juga antara orang yang akan diberikan pakaian di akhirat pada saat semua orang bertelanjang menantikan saat pembalasan daripada Allah swt.

– Al-Imam Ibn Qudamah ketika mengulas tentang merahsiakan keaiban mayat berkata:
“Jika ia melihat sesuatu yang baik (pada jenazah) seperti tanda-tanda baik, muka yang bercahaya, wajah yang dalam keadaan senyum dan seumpamanya, disunatkan dia menceritakannya agar memperbanyakkan orang memohon rahmat untuknya, dan agar adanya galakan untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh jenazah (ketika hidupnya)…”
(Al-Mughniy, 3/371)

– Apabila ada yang tidak amanah, maka sia-sia lah amalan mereka seperti debu-debu yang bertebangan..
Wallahualam…

~Aku berani dlm menguruskan apa jenis situasi jenazah, tetapi aku amat takut apabila memegang suatu amanah~

(Merahsiakan aib jenazah itu adalah suatu amanah yg perlu dipegang hingga ke akhir hayat.)

Sumber: #‎Amanah‬ ‪#‎PengurusanJenazah‬ ‪#‎FardhuKifayah‬

22 September 2014 Posted by | Fiqh, Ibadah | , | Leave a comment

Memahami bughah dalam konteks semasa – E-fatwa Malaysia

Sumber: E Fatwa Malaysia

6 September 2014 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: