Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Dah lama saya dengaq istilah Salafi. Istilah ni digunakan oleh mereka yg mendakwa ikut manhaj Salaf.


Mereka banyak menukil pandangan2 ulama Salaf dalam isu aqidah. Jika isu lain seperti fiqah, mereka akan nukil juga pandangan ulama Khalaf.

Ini bererti dalam isu aqidah sahaja, mereka tidak merujuk kepada pandangan ulama Khalaf.

Apa yg menimbulkan persoalan dalam diri saya, ketika mereka menukil pandangan ulama Salaf, apakah metod yg digunakan oleh mereka utk memahami pandangan ulama Salaf itu dalam aqidah?

Apa yg saya tau, pemahaman kita terhadap apa yg dibawa oleh ulama Salaf, dijelaskan oleh para ulama Khalaf. Justeru, ulama Khalaf adalah perantara atau jambatan antara kita dgn ulama Salaf. Jika kita short cut, terus ke ulama Salaf, siapakah yg akan bertanggungjawab utk mensahihkan kefahaman kita? Tidakkah rantaian sanad telah terputus apabila kita langsung tidak mengambil perkara yg diterangkan oleh ulama Khalaf berkaitan dgn aqidah?

Dari sudut ini, tampak macam ada kelompangan apabila sesuatu kumpulan itu mendakwa mengikuti manhaj Salaf, tetapi mengabaikan penerangan ulama Khalaf berkaitan dgn aqidah.

Wallahua’lam.

Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

18/05/2023 - Posted by | Bicara Ulama, Perbahasan Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi |

No comments yet.

Leave a comment