Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ilmu yg dimaksudkan dalam istilah ilmu hadith

Ilmu yg dimaksudkan dalam istilah ilmu hadith ialah satu perkara yg telah mencapai tahap yakin 100% seperti seseorang menyaksikan sesuatu kejadian yg berlaku dengan mata kepala sendiri.

Situasi zann pula ialah apabila sesuatu berita yg disampaikan kepada kita hanya menerusi pengkhabaran atau penceritaan, yg mana kita tidak menyaksikan sendiri berita itu, tetapi diceritakan oleh seseorang yg thiqah dan kuat ingatan, maka kita mempercayai berita itu dgn kadar zann iaitu menghampiri keyakinan. Apatah lagi jika berita itu dikuatkan dgn penceritaan yg sama oleh 2-3 orang lain yg turut memiliki profil kethiqahan yg sama, maka tahap berita itu menghampiri keyakinan yg sebenar. Apabila menghampiri, maka ia tidak dipanggil ilmu, tetapi dipanggil zan sahaja sbb berita itu tidak disaksikan sendiri, hanya menerusi perantaraan cerita oleh orang yg dipercayai sahaja.

Namun, sekiranya berita yg sama disampaikan oleh 70 orang atau lebih yg mana mustahil mereka bersepakat utk berdusta, kerana tiada ruang utk mereka berbincang sesama mereka bagi mereka-reka cerita, maka berita itu dikira telah mencapai tahap ilmu, kerana telah mencapai tahap keyakinan. Seolah-olah kita menyaksikan sendiri berita itu.

Kenapa orang yg thiqah, kuat ingatan, masih pada tahap zan beritanya, kerana manusia ni ada kelemahan. Kemungkinan akan berlaku kesilapan juga dalam penceritaan (walaupun peratus utk berlaku itu adalah tipis). Demikian juga orang yg kurang thiqah, daif, tidak kuat ingatan, kadangkala berita yg diceritakan olehnya adalah tepat (walaupun kemungkinan utk terjadi itu tampak tipis juga), tetapi itulah manusia, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Apa2 pun, hakikat sebenar, hanya Allah سبحانه وتعالى sahaja yg mengetahuinya.

Justeru, pengkhabaran Ahad, hanya mencapai tahap zann sahaja, tidak mencapai tahap ilmu. Oleh yg demikian menurut jumhur, tidak boleh mensabitkan perkara aqidah berdasarkan hadith Ahad. Kerana aqidah berkaitan dgn pegangan yg putus dalam hati. Mesti berasaskan kpd perkara yg seratus peratus diyakini iaitu bersumberkan kpd al-Quran dan Hadith Mutawatir.

Dari sudut pengamalan, maka wajiblah kita beramal dgn hadith yg telah cukup syarat utk dikategorikan sebagai sahih atau hasan, serta boleh dijadikan hujah dalam aqidah dan hukum hakam agama. Cuma, utk mengkufurkan seseorang yg mengingkari perkara aqidah yg bersumberkan hadith Ahad, maka tidak jatuh kafir, sekadar fasiq sahaja. Fasiq kerana mengingkari sesuatu pengkhabaran dalam kategori zann yg menghampiri keyakinan, yg disandarkan kpd kalam Nabi صلى الله عليه وسلم.

Wallahu’alam.

Kredit Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

07/10/2021 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | , | Leave a comment

Sebarkan Ilmu Dengan Penulisan

1. Menulis atau menyebarkan ilmu diruang media sosial adalah jalan paling mudah untuk mendapatkan pahala yang tidak terputus. Lebih ramai orang mendapat manfaat darinya, lebih banyak pahala kebaikan buat kita. Pesan al-Imam Ibn al-Jauzi:

مَنْ أًحَبَّ الاَّ يَنْقَطِعَ عَمَلهُ بَعْدَ مَوْته فَلْيَنْشرْ العِلْم بِالتَّدْوِيْن وَالتّعْلِيْم

“Barangsiapa yang inginkan agar (pahala) amalannya tidak terputus selepas kematiannya, maka hendaklah dia menyebarkan ilmu samada dengan penulisan mahupun dengan pengajaran.” (Kitab al-Tazkirah)

2. Al-Imam Ibn al-Jauzi (M597H) dikatakan menulis hampir dua ribu jilid penulisan. Kekuatan ilmu yang dikuasainya menyebabkan ribuan penganut agama lain memeluk Islam atas usaha ilmu dan dakwah beliau. (Sibaq Nahw al-Jinan, 23)

3. Manakala al-Imam al-Khattabi pula menganggap, penulisan ilmu adalah suatu kemuliaan buat dirinya. Kata al-Khattabi:

كتابي أعز شيء علي

“Kitabku (penulisanku) adalah sesuatu yang perkara yang paling mulia disisiku.”

4. Justeru, sebarkanlah ilmu buat masyarakat. Utamakan diskusi yang membina minda, jiwa dan perilaku pembaca. Mudah-mudahan dengan walaupun dengan usaha yang sedikit, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak ternilai dan mengampunkan dosa kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Olih : Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi

02/09/2020 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | | Leave a comment

Kesungguhan menuntut ilmu

11110568_994037373960506_1907003953096313891_n

Kesungguhan menuntut ilmu Pada zaman sekarang, zaman yang dipenuhi dengan berbagai peralatan canggih dan hebat, zaman komputer dan internet, begitu banyak peralatan-peralatan yang menggangu pelajar agama untuk menghasilkan ilmu, alat-alat tersebut boleh membantu pelajar untuk berjaya dan dapat bersaing dalam menjalani kehidupan ini, tetapi juga dapat menahan kecemerlangan dan keberhasilan, tidak mengherankan jika seorang pelajar sekarang dapat menghabiskan seluruh waktunya didepan vedio geme, mencampakkan masanya didepan internet, atau menghamburkan masanya dengan komputer, televisi, catur, dan perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfa`at, kesalahan ini disebabkan niat yang tidak ikhlas untuk belajar, karena hanya mengejar ijazah dan syahadah, atau semangat yang sangat tipis, karena tidak memiliki jiwa untuk berkorban, hal ini membuat pelajar agama mensia-siakan waktunya tanpa membuat perkara yang berfaedah.

Sebab itulah seorang pelajar sangat memerlukan cara yang terbaik untuk memenuhi waktunya dengan ilmu dan amal, diantaranya ialah dengan mendengar atau membaca kisah-kisah ulama dalam menuntut ilmu, agar mereka tertarik dengan cerita ulama-ulama terdahulu, dan dapat mengamalnya, sehingga waktu yang ada tidak terbuang begitu saja.

Diantara kisah-kisah yang perlu kita jadikan pengajaran adalah :

1 – Kisah penuntutan ilmu Sahabat Rasulullah Abdullah Bin Abbas, : beliau adalah seorang sahabat Rasulullah yang alim dalam mentafsirkan Al-Qur`an, dan ahli dalam hadits, dimasa Rasul meninggal dunia beliau masih tergolong kanak-kanak yang baru beranjak remaja., hal ini membuat beliau bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu dan hadits dari mulut-mulut sahabat yang ada, dan betul-betul menjaga waktunya untuk belajar, beliau berkata : Tidak kulihat orang-orang yang paling banyak ilmunya kecuali pada golongan Al-Anshor, sebab itulah aku sibuk untuk belajar dari mereka, jika aku pergi ke rumah seorang Al-Anshor untuk menuntut ilmu, aku bertanya tentang orang tersebut, mereka menjawab beliau sedang tidur, maka aku ambil selendangku, kujadikan bantalku, kemudian aku berbaring untuk menunggu beliau bangun dari tidurnya, kemudian beliau keluar dari rumah untuk shalat Zhuhur, kemudian beliau berkata kepadaku: bilakah kau sudah berada disini wahai anak paman Rasulullah SAW, aku menjawab : ” sudah lama , beliau berkata : ” kenapa kau lakukan seperti itu, kenapa tidak kau beritahu kepadaku tentang kedatangan mu ?, aku menjawab : ” aku ingin engkau keluar untuk mengajarku setelah kau selesaikan semua keperluanmu”.( Sunan Ad-Darimi ) Lihat bagaimana Ibnu Abbas menuntut ilmu, beliau bersabar menunggu gurunya sehingga terbangun dari tidur, dari cerita diatas kita dapat melihat kesungguhan Ibnu Abbas dalam menuntut ilmu, dan rasa penghoramatan beliau terhadap gurunya, padahal beliau memiliki kedudukkan yang tinggi disisi para shahabat, sebab beliau anak paman Rasul, jikalau beliau membangunkan shahabat Al-Anshari tersebut, niscaya shahabat tersebut akan terjaga dari tidur, tetapi beliau sangat menghormati gurunya, demikian juga beliau tidak langsung pulang kerumahnya, akan tetapi tetap bersabar, menunggu didepan pintu rumah shahabat tersebut untuk menanti gurunya keluar dari rumah, begitulah semestinya seorang pelajar. Imam Ibnu Abbas berkata : Aku menghinakan diri kepada guruku untuk menuntut ilmu, dan Aku muliakan guruku dan ilmu. ( Sunan Ad-Darimi ). Lihat bagaimana Ibnu Abbas memuliakan ilmu dan gurunya, demikianlah seorang murid mesti memuliakan dan menghormati gurunya agar mendapat ilmu yang bermanfa`at.

2 – kisah Imam Syafi`i dalam menuntut ilmu ; Imam Nawawi berkata: ” Imam Syafi`i tumbuh dan membesar dalam keadaan yatim, hidup dalam pemeliharaan ibunya, hidup dalam keadaan susah dan payah, semenjak kecilnya beliau telah duduk mengaji dengan para ulama, dan menulis setiap mas`alah-mas`alah diatas tulang, karena tidak memiliki duit untuk membeli kertas. Lihatlah Bagaimana rajin dan kuatnya semangat Imam Syafi`i dalam menuntut ilmu, walaupun uang tidak ada, tetapi tidak menjadi alasan untuk tidak menuntut ilmu, jika kita lihat pada diri kita sendiri, mungkin orang tua memiliki uang yang cukup, bahkan sebahagiannya konglomerat ( koprat),memiliki mobil ( kereta ) yang berkilat, rumah yang bertingkat-tingkat, badan sangat sehat, tidak pernah merasa penat, tetapi tidak mencari kesempatan yang ada untuk menuntut ilmu. Dihikayatkan ketika Imam Syafi`i datang ke kota Madinah, belajar dengan Imam Malik, pada suatu hari, ketika beliau menghadiri majlis Imam malik, ketika itu Imam Malik sedang mengimlakkan ( mendektekan ) sebanyak delapan belas hadits, sedangkan imam Syafi`i duduk dibelakang sekali, kemudian Imam Malik mengarahkan pandangannya kepada Imam Syafi`i, sebab beliau menulis dengan jarinya ke telapak tangannya, ketika semua pelajar berpulangan, Imam Malik memanggil dan menanyakkan asal usul beliau, maka beliau menceritakannya, Imam Malik bertanya; ” Aku melihat engkau mempermainkan jari ke telapak tanganmu”, berkata Imam Syafi`i ; ” Aku tidak memainkan jariku tetapi menulis hadits yang engkau imlakkan dengan jariku ke telapak tanganku, kalau guru mau, biar aku mengulangi kembali apa yang telah guru imlakkan, Imam Malik berkata : ” sebutkanlah ” , maka beliau menyebutkan seluruh hadits yang telah diimlakkan. dari cerita diatas sangat perlu sekali kita meningkatkan kerajinan untuk belajar dan dapat meninggalkan seluruh pekerjaan yang melalaikan dari belajar agama.

3- Kisah Syeikh Ahmad Damanhuri Al-Banteni dalam menuntut ilmu, beliau adalah salah seorang guru penulis, yang meninggal dunia pada tahun 1426 Hijriah, dari semenjak kecil sudah belajar ilmu agama, kemudian berangkat ke Makkah belajar dengan ulama yang berada di sana, seperti Syeikh Umar Hamdan Al-Mahrisi, Syeikh Abdullah An-Niyazi, Syeikh Alawi Bin Abbas Al-Maliki, Syeikh Hasan Masyaath, dan lain-lain. setelah itu beliau kembali ke Indonesia, setelah kurang lebih dua puluh tahun beliau berada di Indonesia, maka beliau kembali lagi ke Makkah, ketika itu beliau masih sempat melihat kembali gurunya Syeikh Hasan Masyaath, pada masa ini beliau menghabiskan waktu untuk belajar dan menghadiri majlis ilmu Syeikh Muhammad Bin Alawi Al-Maliki, padahal beliau memiliki guru yang tidak di jumpai oleh Syeikh Muhammad Bin Alawi, guru-guru beliau adalah sebahagian guru-guru Syeikh Yasin Al-Fadani , beliau memiliki sanad yang tinggi , tetapi disebabkan cintanya beliau kepada ilmu maka beliau menghadiri majlis Syeikh Muhammad, dalam kondisi kaki yang sudah tidak boleh berjalan lagi, sehingga di bawa dengan kursi dorong, beliau dapat menghadiri majis ilmu, lihat kesungguhan beliau, walaupun dalam keadaan sakit tetap menuntut ilmu, menuntut ilmu bukan disebabkan selembar kertas Syahadah.

Masih banyak lagi kisah-kisah para ulama yang sangat bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, tetapi penulis mencukupkan ini saja, mudah-mudahan dapat berguna untuk kita, agar menambah kesungguhan dalam belajar agama.

Sumber: http://allangkati.blogspot.com/2009/04/kesungguhan-menuntut-ilmu.html

03/06/2015 Posted by | Ibadah, Tazkirah | | Leave a comment

ILMU DAN ADAB

Ilmu

Semakin berilmu seseorang itu, maka akan semakin tawadhuk sifatnya itu. Seseorang yang berilmu, dia akan beradab dengan ilmu itu sendiri, dia akan beradab dengan orang yang berilmu yang lain juga walaupun mereka itu berlaku perselisih faham dalam berkongsi ilmu.

Dengan konsep ilmu Allah Maha Luas, maka mereka yang berilmu itu tidak akan mudah menyesatkan orang lain hanya kerana berbeza pandangan. Mereka yang mudah menyesatkan atau protes ilmu orang lain, maka mereka sempit akan ilmu.

Belajarlah dengan akhlak mereka yang alim’ seperti al-Imam Syafie, Imam Ahmad ibn Hanbal. Walaupun ada berbeza pandangan namun akhlak diantara mereka dan Mawaddah antara mereka, hormat antara ilmu orang lain tidak berbalah antara satu dengan lainnya.

Sayyidil Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

27/05/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Tazkirah | , | Leave a comment

Ilmu

Ilmu itu:

1. Malakah (Kemampuan)

2. Al-Mudrakah (Pengetahuan)

3. Masail (Permasalahan)

Bermula dari mengkaji permasalahan, insya Allah nanti akan sampai pada taraf al-malakah (bakat).

– Syekh Usamah Sayyid Azhary

Sumber: Suara Al Azhar.

01/03/2015 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Tazkirah | | Leave a comment

Tanda Ilmu tidak Berkat

Tanda Ilmu tak berkat

02/02/2014 Posted by | Mutiara Kata, Tazkirah | , | 3 Comments

Wajib betulkan niat dalam menuntut Ilmu

pr0059

Pada mereka yang dahagakan Ilmu, berhati hatilah apabila mencarinya.Seandai berniat mencari Ilmu ini untuk berlumba lumba dan mendapat kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap diri mu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agama mu dan membinasakan diri mu sendiri dan menjual akhirat mu untuk mendapat harta dunia, maka penjualan mu adalah rugi dan perniagaan mu porak peranda dan guru yang mengajar mu di kira menolong mu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian.Ketika ini guru yang mengajar mu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "

“ Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun dengan hanya setengah kalimat maka orang itu di kira berkongsi di dalam melakukan  maksiat tersebut.”

Dan jikalau niat mu dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah, bukan semata mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira,  kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan di dalam  laut semuanya meminta ampun bagi mu apabila engkau berjalan.

Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada “bidayah”  (permulaan) dan ada pula “nidayah”  (kesudahan)  dan ada “zahir” dan ada pula “batinya”,dan engkau tidak akan sanpai kepada “nihayatul hidayah” dan engkau tidak akan dapat menyelami “batin hidayah” kecuali setelah engkau selesai daripada menyempurnakan segala urusan yang berkenaan dengan “zahir hidayah” itu.

 

(Pesanan Imam Al Ghazali dalam Muqaddimah Kitab nya Bidayatul Hidayah)

17/07/2013 Posted by | Tasauf, Tazkirah | , | Leave a comment

Pembahagian manusia dalam menuntut Ilmu

Dan ketahui lah bahawa manusia didalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tiga keadaan:

Pertama: Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat dengan mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri Akhirat.Maka orang ini termasuk di dalam golonga orang yang beruntung.

Kedua: Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan yang segera (dunia) dan mendapatkan kemuliaan, pangkat dan harta benda, sedangkan dia sendiri menyedari hal ini dan merasakan didalam hatinya  akan kejahatan kejahatan yang sedang  dialaminya dan kehinaan maksudnya.Maka orang ini berada dalam golongan orang yang berbahaya .Jikalau dia mati sebelum sempat bertaubat, maka dibimbangi ia akan mati dalam keadaan su-ul khatimah  kemudian urusannya terserahlah kepada kehendak Allah ( kalau mahu di maafkan atau diseksa).Tetapi kalau dia mendapat taufiq sebelum matinya lalu dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmu yang telah dituntutnya dan sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang tercedera dan tercuai, maka bolehlah dia dikumpulkannya bersama golongan yang beruntung,kerana orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa.

Ketiga: Orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang di tuntutnya sebagai alat untuk menghimpun harta benda dan bermegah megah dengan kedudukkan  dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya. Dia menggunakan ilmu yang dituntut untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia.Walaupun demikian, dia masih terpedaya lagi dengan sangkaanya bahawa dia mempunyai kedudukkan yang tinggi di sisi Allah kerana dia masih lagi pada zahirnya menyerupai ulama.Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti pakaian ulama, pada hal zahir dan batinya penuh dengan tamak dan haloba dalam menghimpun kekayaan dunia.Orang seperti ini termasuk dalam golongan orang yang binasa,jahil dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapan untuk ia bertaubat kepada Allah kerana dia telah menyangka bahawa dirinya termasuk didalam golongan orang yang baik, pada hal ia telah lupa akan firman Allah Taala yang bermaksud: “ Wahai orang yang beriman, kenapa kamu memperkatakan barang yang tidak kamu amalkan?” (Surah Al Shaf – 2).

[Petikan Muqadimah Kitab Bidayatul Hidayah Imam Al Ghazali r.a)

16/07/2013 Posted by | Ibadah, Tasauf, Tazkirah | , | Leave a comment

Pencarian ilmu penting untuk kemajuan umat Islam

Pencarian ilmu perlu dijadikan sebagai jihad paling utama dalam usaha untuk memajukan umat Islam, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata (ini) terutamanya dalam mendepani cabaran globalisasi pada masa kini yang mana umat Islam tidak boleh tercicir atau ketinggalan di belakang.”Persaingan global yang semakin sengit perlu disahut oleh kita semua dengan meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran,” katanya semasa berucap pada majlis penyampaian Anugerah Tesis Terbaik Yayasan Nurul Yaqeen 2011 di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi yayasan tersebut berkata justeru itu mahasiswa di institusi pengajian tinggi digalakkan untuk mempelajari, mengkaji dan menghasilkan penyelidikan berkualiti supaya dapatan kajian boleh memberi manfaat kepada masyarakat, negara dan umat seluruhnya.

Selain itu, katanya, antara cabaran ilmuwan Islam masa kini adalah untuk menyebarkan pandangan sarwajagat Islam yang tepat bahawa Islam adalah agama syumul dan merangkumi setiap aspek kehidupan manusia.

“Untuk menzahirkan ciri-ciri ilmu Islam yang syumul itu, maka kajian dan penyelidikan rentas disiplin antara ilmu-ilmu Islam dan ilmu moden dalam pelbagai bidang mestilah diteruskan.

Muhyiddin berkata penulisan tesis yang melibatkan kajian seumpama itu adalah antara langkah terbaik yang wajar digalakkan di universiti-universiti tempatan.

Sehubungan itu beliau berharap anugerah yang diwujudkan yayasan berkenaan akan menggalakkan para siswazah untuk melakukan kajian-kajian yang bercirikan Islam dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu.

“Mudah-mudahan dengan usaha seperti itu akan dapat melahirkan sarjana Islam yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dan seterusnya memperkayakan khazanah keilmuan negara,” katanya.

Pada majlis itu Muhyiddin turut menyampaikan anugerah tesis terbaik peringkat Ijazah Sarjana kepada Juhasni Juperi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia manakala peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Phd) kepada Dr Ahmad Azrin Adnan dari Universiti Sains Malaysia. – Bernama 16/4/2012.

17/04/2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa | | Leave a comment

Berilmu tetapi tak berakhlak

Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.

Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh – ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat.

Malangnya – yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama’ah. Manakala dalil yang terkuat baginya – juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.

Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah – itu haram, ini bid’ah, engkau munafiq!, engkau sesat!

Hakikat Ilmu Yang Kita Ada

ALLahu..ALlah..

Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLah yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi ALLah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLah.

“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun”. (Surah al Fatir : 28)

Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri? Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?

Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh ALlah.

(tulisan oleh Ibnu Nafis)

28/08/2011 Posted by | Renungan & Teladan | , | Leave a comment