Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kenali riba dan bersama menjauhinya

Olih Ustaz Zaharuddin-

Riba adalah ziyadah atau increment atau excess pada perkara tertentu lebih menjurus kepada terlebih pada sesuatu iaitu

1) Di dalam hutang

Cth: Beri RM1000, minta bayar balik dalam RM1100, maka RM100 adalah riba samada rasa tertindas atau tidak rasa tertindas

2) Bayaran secara bertangguh

Cth: Perlu bayar RM2000 dalam masa 5 bulan, si penghutang tidak membayar dalam jangkamasa tersebut, lalu si penghutang beri tangguh dengan dikenakan syarat dari RM2000 menjadi RM2050 kerana kelewatan membayar. RM50 itu adalah riba

3) Riba dalam pertukaran barang dengan barang, terdapat 6 jenis barang

Cth: Tukar emas lama iaitu 2g dengan emas baru 3g. Jika ada pertambahan/pengurangan maka ia adalah riba

4) Bayar emas dalam waktu yang bertangguh

Ulama iaitu Umar Al-Khatab menyarankan untuk kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami riba.

Umar Al-Khatab: “Aku berharap Nabi Muhammad s.a.w tidak meninggalkan kita dalam keadaan kita tidak didedahkan secara terperinci berkenaan dengan 3 perkara iaitu perwarisan harta cucu oleh datuknya, kalalah (harta si mati yang tidak meninggalkan waris atau mempunyai waris) dan jenis-jenis riba. (Riwayat Al-Bukhari)

Imam Ibn Kathir (ulama yang sohor): “ Bab riba adalah bab yang susah untuk difahami”

Imam Abu Hamid Al-Ghazali: “Bab riba adalah bab yang sukar untuk diajari”

Pengajian bab riba adalah tanda keimanan dan ketakwaan yang tinggi kerana kesukarannya untuk memahami, untuk pelajari dan untuk menjauhinya (ada disebut dalam Surah Al-Baqarah)

Di dalam pengajaran riba ada pandangan ekstrem, tasahul (ringan/mudah) dan wasati (seimbang dan equilibirilium). Namun pandangan wasati yang dilebihkan kerana lebih tepat dan mantap pada sesuatu zaman untuk mengelak kesukaran kepada masyarakat.

Cth pandangan wasati: Tidak riba jika penjual menaikkan harga sesuatu barang

Riba dalam bentuk pinjaman

Dalam bahasa arab 2 jenis pinjaman iaitu

  • Qar, pinjaman dengan bayaran dalam bentuk yang sama. Cth: Duit seringit dengan duit seringit, beras (long grain) dengan beras (long grain yang sama)
  • I’arah, pinjaman dengan bayaran dalam bentuk yang berbeza, Cth: iPad2 (umur 2 tahun) dengan iPad2 (1 tahun)

Persepakatan ulama silam, pinjaman dalam bentuk Qar atau I’arah jika disyaratkan pembayarannya samada di dalam bentuk berlainan seperti hadiah, melebihi daripada pinjaman permulaannya adalah haram dan RIBA.

Cth dalam konteks semasa,

    • Pinjaman wang dengan bank konvensional untuk membeli kereta iaitu RM100K, 10 % bayar deposit dan 90% lagi dari ‘loan’ bank konvensional. Bank kovensional beri pinjam RM100k yang perlu dibayar dalam jangkamasa 5 tahun dengan pertambahan interest iaitu 4%. Maka 4% itu adalah RIBA. Ada yang menggunakan hujah inflasi bagi menerima interest 4% dengan mengatakan harga RM1 pada tahun 2000 adalah berlainan dengan harga RM1 dalam tahun 2012. HUJAH INFLASI TIDAK DITERIMA DI DALAM ISLAM

      PEMBELIAN KERETA DENGAN PINJAMAN DARIPADA BANK KOVENSIONAL ADALAH RIBA.

      Sesiapa yang mengambil atau memberi RIBA adalah mengisytiharkan perang dengan ALLAH S.A.W dan RASULLAH S.W.T

      Rasullah bersabda, dosa sesiapa yang terlibat dengan RIBA, walaupun sebanyak 1 dirham (RM20) bersamaan dengan berzina sebanyak 36 kali. Akibat dosa begini iaitu riba yang tidak disedari antara punca penyebab solat kurang khusyuk, doa tidak diterima, tidak mahu nasihat dsb.

      Rasullah juga bersabda, riba boleh datang dalam 72 pintu, yang paling ringan dosanya umpama seorang lelaki berzina dengan ibunya dan untuk perempuan, umpama berzina dengan bapanya.

      • Pinjaman untuk rumah yang dibuat dengan bank konvensional selain riba terdapat juga GHARAR (penambahan yang tidak tahu berapa nilainya)

        Cth: pinjaman RM200k dengan interest 4% dan pertambahan BLR-2.0%. BLR itu adalah gharar dimana nilainya mengikut ekonomi Malaysia yang tidak diketahui dinilainya.

        Maka, dosa meminjam duit dengan bank konvensional untuk membeli rumah adalah LEBIH BERDOSA berbanding dengan beli kereta kerana adanya GHARAR.

        • Kad kredit dengan bank kovensional. Pembelian barang dengan kad kredit konvensional ada tempoh untuk membayarnya (Cth:20 hari). Jika tidak membayarnya akan dikenakan RIBA. Jika membayarnya dalam tempoh tersebut juga adalah RIBA kerana kita menyokong urusniaga dengan bank konvensional iaitu si penjual (merchant) akan memberi sebanyak 2-3% kepada pengeluar kad konvensional.

          SOALAN 1: Pinjaman dengan kad kredit konvensional iaitu sebanyak RM3000 dengan 0% interest selama 3 bulan. Selepas 3 bulan, interest akan dikenakan adalah 6.5%. Adakah 6.5% adalah riba?

          SOALAN 2: Pembiayaian dengan Bank Islam ada dinamakan keuntungan dengan akad adakah bersamaan dengan pinjaman dengan bank konvensional yang ada perjanjian?

          SOALAN 3: Dalam perjanjian pinjaman konvensional jika kita menanda tangani adalah mengiyakan pinjaman tersebut adakah riba?

          JAWAPAN: Kad kredit konvensional yang menawarkan pinjaman yang dikenakan 6.5% selepas 3 bulan adalah RIBA. Maka perlulah selesaikan secepat mungkin jika sudah melakukannya samada masih dalam tempoh atau melebihi tempoh pembayaran kerana kita sudah menyokong urusniaga bank konvensional tersebut.

          Rasullah bersabda, akan dilaknati orang yang MEMBERI, MENERIMA, menjadi SAKSI dan PENULIS perjanjian urusniaga RIBA

          Pembiayaian dengan bank Islam yang mempunyai akad yang ada kontrak dan rukun dan juga apa yang dijualnya adalah berbeza dengan bank konvensional . Si penerima akad tersebut perlu melihat dengan teliti dokumen tersebut sebelum mengiyakan dan menandatangani perjanjian.

          Di dalam Fiqh Islam keredhaan dengan sesuatu pada permulaan adalah juga redha pada pengakhirannya. Maka menandatangi perjanjian pinjaman konvensional yang dimana akan dikenakan riba pada masa akan datang, maka pada ketika itu kita terlibat dengan riba.

          SOALAN 4: Apa beza BFR (Islamic housing loan) dengan BLR (Conventional housing loan)?

          SOALAN 5: Status Amanah Saham Bank Rakyat?

          SOALAN 6: Bagaimana kita hendak menghapuskan dosa lepas kerana melakukan riba?

          SOALAN 7: Status pinjaman perumahan dengan menggunakan ‘goverment loan’ ada kaitan dengan riba atau tidak?

          SOALAN 8: Pembelian kereta dengan CIMB Islamik dengan akad adakah terlibat dengan riba?

          SOALAN 9: Pembelian rumah dengan pinjaman daripada bank konvensional, hendak membeli dengan cash tidak mampu, maka bagaimana dengan pinjaman tersebut dan alternative untuk mengelaknya?

          JAWAPAN: Beza antara BFR (Base Financing Rate) dengan BLR (Base Lending Rate). BLR adalah kadar benchmark untuk kadar pinjaman bank konvensional atau kos pinjaman duit. Bank –bank islam tiada pinjaman, hanya ada pembiayaan. Bank-bank islam menggunakan duit yang didapatkan daripada orang ramai untuk membeli asset dan menjual asset kepada pelanggan mereka. Kebanyakkan orang tidak mengetahui mengenai asset yang dibeli kerana tidak membaca kontrak. Walaubagaimanapun kadar BFR dan BLR adalah sama tetapi BFR adalah halal

          Perumpamaan BFR adalah: Membuka kedai daging halal lembu Australia di tempat yang tiada kedai daging halal, si penjual daging halal akan meninjau harga daging semasa dan menjual daging dengan harga yang sama dengan daging di kedai daging tidak halal.

          Dividen saham Bank Rakyat adalah patuh syariah dan halal

          Maksud dalam surah Al-Baqarah ayat 277-278:

          Maka apabila datang peringatan tentang dosa-dosa riba, yang terlibat dengan riba hendaklah dengan SEGERA BERHENTI.

          Ada 4 perkara hendak hapuskan dosa jahil tentang riba.

          • Berhenti dengan segera melakukan perkara RIBA
          • Minta taubat
          • Banyakkan sedekah
          • Perbanyakkan bercerita dan ajari tentang riba dan dosa riba kepada orang lain bagi menunjukkan kita bersungguh-sungguh memerangi riba dan menutup kesalahan kita ketika melakukan riba

          Pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan telah ada 2 bentuk iaitu konvensional dan islamik. Orang Islam MESTI mengambil yang islamik. Status pinjaman yang telah dibuat boleh dirujuk pada kontrak pinjaman perumahan. Kontrak islamik dinyatakan tentang BBA (al-Bai’ Bithaman Ajil), jika tiada minta untuk ditukar

          Status pembelian kereta dengan CIMB Islamik adalah halal

          Perumahan tidak perlu beli dengan cash. Islam membenarkan pembelian secara bertangguh tetapi hendaklah dituliskan hutang tersebut bagi mengelakkan kelupaan. Maka pembelian rumah boleh dibeli dengan bayaran bertangguh dimana rumah tersebut dibeli melalui bank, bank akan melakukan transaksi pembelian dengan pemaju dan menjual semula kepada kita dan kita membayar secara bertangguh. Hanya bank-bank islamik sahaja melakukan transaksi begini. Dengan itu cara selamat mengelak riba adalah melakukan pembiayaan rumah atau refinancing dengan bank-bank islamik.

          SOALAN 10: Mengadai emas di kedai pajak yang mengenakan bayaran pajakan 1-2%. Jika tidak membayar dalam tempoh tertentu maka emas itu akan diambil oleh kedai pajak. Adakah perkara itu terlibat dengan riba?

          JAWAPAN: Gadai emas perlu dipastikan samada Ar-Rahnu atau kedai pajak biasa. Jika kedai pajak biasa, ada RIBA. Jika Ar-Rahnu maka ia adalah patuh syariah.

          SOALAN 11: 2 tahun selepas penyerahan rumah dikenakan bayaran lewat. Bolehkah pemaju kenakan denda tersebut dan adakah ianya riba? Bolehkah ditukar term kerpada denda lewat bayar?

          JAWAPAN: Term tidak boleh diubah sendiri kerana berkaitan dengan kontrak dengan penjual. DI dalam akta pembangunan perumahan mungkin terdapat klosa-klosa yang mengenakan denda apabila lewat bayar. Maka orang yang membuat akta tersebut dipertanggungjawabkan. Orang ramai yang dikenakan rukhsah atas pembayaran tersbut, namun haruslah berusaha sedaya-upaya untuk membayar sebelum tempoh itu tamat untuk mengelak riba

          SOALAN 12: Kenapa bayaran pembiayaian bank –bank Islam lebih mahal berbanding dengan bank-bank konvensional

          JAWAPAN: Sebenarnya pembayaran pembiayaian bank-bank islamik adalah murah. Anggapan mahal itu adalah kerana orang ramai tidak mengetahui cara mengiranya. Boleh rujuk di zaharudin.net.

          SOALAN 13: Bolehkan duit dividen KWSP digunakan untuk membayar income tax?

          JAWAPAN: Perjelasan dari sudut akademik, wang perlaburan KWSP adalah bercampur iaitu halal dan haram. KWSP mengatakan tidak banyak perlaburan halal dapat dilakukan sedangkan duit di dalam simpanan KWSP orang ramai adalah banyak. Maka duit KWSP dilaburkan di tempat patuh syariah dan yang haram. Jika tidak duit itu akan dorman atau beku jika tidak dilaburkan. Maka dividen yang didapati daripada KWSP adalah bercampur iaitu 30% dari sumber halal dan 70% adalah dari sumber haram. Maka 30% dividen bolehlah diambil dan 70% bolehlah didermakan untuk kegunaan umum. Oleh sebab bayaran income tax adalah berbentuk personal maka dividen KWSP tidak boleh digunakan kerana sebahagian besarnya adalah dari sumber yang meragukan. Apa sahaja duit yang HARAM tidak boleh digunakan untuk peribadi tetapi hendaklah disalurkan kepada kegunaan awam dan fakir miskin.

          SOALAN 14: Adakah pertandingan memancing yang menawarkan hadiah yang lumayan tetapi dikenakan yuran penyertaan adalah riba?

          JAWAPAN: Jika pertandingan memancing mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM50 bagi satu peserta. Pemenang hadiah adalah datang dari duit hasil kutipan yuran penyertaan sahaja maka ianya adalah JUDI. Jika hadiah datang dari penajaan sahaja tanpa melibatkan wang penyertaan maka ianya HARUS kerana wang penyertaan digunakan untuk pendaftaran dan hadiah yang diberikan adalah datang dari sponsor, dan pertandingan itu tidak melibatkan zero sum game and game of luck.

          SOALAN 15: Pinjaman dengan bank islamik tetapi yang menguruskan pinjaman tersebut adalah orang bukan Islam dan tidak berlaku akad tetapi semua perjanjian telah ditandatangani. Bagaimana dengan status perjanjian tersebut?

          SOALAN 16: Membeli rumah tetapi rumah atas nama isteri. Siapakah perlu membayar rumah tersebut samada suami atau isteri?

          SOALAN 17: Bagaimana denifinisi keberkatan dalam hasil pendapatan. Adakah berkat itu diukur dengan banyaknya rezeki yang didapati?

          JAWAPAN: Tiada pinjaman dalam bank-bank Islam tetapi hanya terdapat PEMBIAYAAN. Pembiayaan islamik tersebut diuruskan oleh orang bukan Islam adalah SAH. TIADA syarat sah jual beli yang mensyaratkan hanya beli dengan orang Islam.

          Cth: Pengurusan masjid boleh meminta orang bukan Islam menjual kuih kepada orang Islam asalkan kuih dan cara penjualan adalah halal.

          Rasullah s.a.w bersabda “ Tidak boleh kamu bersyarikat atau menjadikan partner kamu adalah orang bukan Islam kecuali urusan jual-beli adalah mengikut cara Islam, bermakna orang Islam boleh mengambil pekerja bukan Islam dan pakaiannya adalah seksi. Pihak pengurusan boleh secara beransur-ansur menyuruh orang bukan Islam berpakaian lebih sopan.

          Jika rumah atas nama isteri itu dibeli oleh isteri maka si pembayar adalah antara si suami dan si isteri tetapi tanggungjawab menyediakan penginapan adalah di atas bahu si suami maka suami lebih layak membayar kecuali jika si isteri secara ihsan bersetuju membayar dan rumah itu atas nama si isteri. Maka rumah itu adalah hak si isteri, jika si isteri meninggal, si suami tidak mempunyai hak harta pusaka atas rumah tersebut.

          Defini keberkatan dalam rezeki tidak semestinya banyak. Berkat itu tidak terletak pada numbers tetapi ianya terletak pada hati seseorang dimana berkat itu apabilamerasakan kecukupannya walaupun sedikit dan apabila banyak rezekinya, orang tersebut lebih suka memberinya. Jika orang yang berharta tetapi bakhil dan tidak mengeluarkan zakat maka rezeki itu adalah tidak berkat.

          Rasullah s.a.w bersabda, harta yang baik adalah berada pada tangan orang yang baik dimana orang tersebut suka bersedekah dan membayar zakat.

          Contoh terbaik untuk melihat keberkatan adalah daripada Rasullah s.a.w, ketika baginda mendapat apa sahaja barang akan bersedekah barang tersebut. Ada hadis mengatakan, ketika rasullah s.a.w wafat, baginda tidak meninggalkan wang dan harta tetapi meninggalkan ilmu.

          Keberkatan dalam perniagaan boleh dilihat semakin banyak keuntungan yang didapati semakin taat dan amanah orang tersebut/ pekerja di dalam syarikat tersebut seperti yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w dimana baginda sangat amanah dalam urusniaga dan semakin ramai pelanggan kerana akhlak baginda. Jika perniaagaan untung tetapi pekerja semakin banyak menipu, pecah amanah maka ianya tidak berkat.

          KESIMPULAN: Tiada alasan untuk tidak tinggalkan riba. Rasullah s.a.w bersabda, “ sesiapa yang meninggalkan perkara syubhah maka dia sudah berjaya menjaga maruah dan menegakkan agamanya dan sesiapa yang terlibat dengan syubhah maka dia akan jatuh dalam perkara haram.

          11/12/2019 Posted by | Bicara Ulama, Muamalat (Harta), Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

          Fatwa Mengenai Harta Haram

          Fatwa Mengenai Harta Haram

          17/04/2014 Posted by | Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

          Denda Lewat Bayar Di Bank Islam Riba?

          Denda Lambat Bayar Di Bank Islam Macam Konvensional?

          Soalan :

          Bolehkah ustaz jelaskan adakah apabila kita mengmbil pembiayaan secara islam dari bank-bank Islam, kemudian kita terlewat bayar kita dikenakan denda juga ? adakah ini tidak dikira Riba? Tolong jelaskan dengan sejelas-jelasnya. Dan jika ada cara tertentu, siapakah yang memantau pembahagiannya?

          Jawapan

          Telah saya sebutkan di web saya in juga dahulu  bahawa di dalam praktis perbankan Islam yang mengenakan sejumlah wang sebagai denda itu sebenarnya adalah di anggap bayaran kos rugi (ta’widh atau ‘compensation’) yang dihadapi oleh Bank akibat pelanggan tidak membayar hutangnya kepada bank dalam waktu yang telah dijanjikan, pembaca perlu membezakan bayaran ganti rugi yang dikenakan oleh Bank-bank Islam dengan penalti oleh Bank Konvensional.

          Ganti rugi atau compensation yang di kenakan oleh Bank Islam adalah terhasil dari proses jual beli dengan byaraan ansuran yang dijanjikan pada waktunya. Manakala penalti Bank Konvensional adalah hasil dari kontrak pinjaman semata-mata.

          Menurut sebahagian ulama seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa, Syeikh Muhammad Sadiq Ad-Dharir, Sheikh Abdullah Bin Mani’, Majlis Penasihat Shariah Bank islam Jordan, dan Fatwa Persidangan dallah Al-Barakah (Dr. Muhyidin Al-Qurra Daghi, Musykilat ad-Duyun al-Mutaakhirat, International Shariah Dialogue, BNM, 8 Nov 2006),

          Menurut mereka keharusan ini berdasarkan ‘Maslahat Mursalat’ dan tindakan mengenakan gantirugi ini adalah harus bagi menyekat orang ramai mempermainkan bank-bank Islam dengan sengaja tidak membayar atau melewatkan bayaran walaupun diketika mempunyai wang, ia dinamakan MUMATIL yang disebut oleh Nabi SAW :

          مطل الغني ظلم

          Ertinya : "Penangguhan sengaja (dari membayar hutang) oleh orang yang berkemampuan adalah satu Kezaliman" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2167, 2/799 )

          Justeru, di ketika zaman lemahnya amanah manusia untuk membayar hutang mereka dan menyekat mudarata besar kepada dari berlaku kepada bank-bank Islam dan juga pemiutang, maka apabila bayaran ansuran yang dijanjikan tidak dilangsaikan pada waktunya, ta’widh (gantirugi) akan dikenakan.

          Sebahagian ulama mengharuskan jumlah gantirugi ini digunakan oleh Bank dengan syarat ianya adalah jumlah sebenar kerugian. Sebarang wang lebih dari kerugian sebenar tidak boleh digunakan oleh bank-bank Islam. 

          Manakala sebahagian besar ulama lain berpendapat bahawa ta’widh yang dikenakan oleh Bank Islam ini (menurut majoriti ulama sedunia) adalah tidak boleh dimasukkan di dalam pendapatan Bank Islam, malah mestilah di agihkan untuk tujuan kebajikan kepada orang miskin dan faqir sahaja. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan Bank-bank Islam di Malaysia seperti Asian Finance Bank Berhad, Kuwait Finance House, Ar-Rajhi Bank dan RHB Islamic Bank Berhad. Saya hanya menyebut nama-nama ini sahaja adalah kerana ini saya tidak mengetahui kaedah yang digunakan oleh bank-bank Islam lain.

          Bagi bank-bank Islam yang saya sebutkan namanya ini, mereka lebih cernderung untuk menuruti keputusan majoriti  ahli Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia. Konsep yang digunakan adalah konsep sedeqahkan duit (ta’widh = compensation) kepada faqir miskin adalah dibuat atas konsep Iltizam at-tabarru’ yang disebut di dalam kitab Fiqh Mazhab Maliki.

          Ia bermakna semua pelanggan memberikan komitmen jika ia gagal memenuhi janji untuk membuat pembayaran hutangnya  kepada bank dalam waktu yang telah dipersetujui. Ia berjanji akan bersedeqah dan melantik pihak bank untuk mengagihkannya.

          Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa buah bank-bank Islam di Malaysia mengambil pandangan ulama yang lebih ringan, iaitu mereka tidak menghadkan penggunaan wang ta’widh (compensation) kepada faqir miskin sahaja. Justeru, sebahagian bank Islam mengambilnya dan digunakan untuk kegunaan mereka. Perkara ini mungkin telah disahkan harus oleh majlis penasihat Shariah masing-masing. Justeru, ia telah selesai dengan ijtihad majlis Penasihat masing-masing.

          Berkenaan pertanyaan ‘siapa yang memantau’

          Jawabnya, di kebanyakan Bank-bank Islam, Jabatan Shariah dan Majlis Penasihat Shariah yang akan memantau, malah keputusan Majlis Penasihat Shariah juga ,mewajibkan akaun yang diasingkan bagi tujuan ini. Hasilnya, setiap jumlah yang terkumpul dari ta’widh akan terus masuk ke akaun khas ‘charity’ sebagai contoh. Ia pula tidak boleh disalurkan kepada ‘charity’ kecuali setelah disahkan layak oleh Majlis Penasihat Shariah. Ini bagi mengelakkan berlakunya pilih kasih dan kronisme dalam pembahagian. Inilah yang dilakukan di Asian Finance Bank ( Qatar Islamic Bank Malaysia).

          Kesimpulannya, isu ini dibawa ke persidangan Fiqh Malaysia dan Sedunia, keputusannya bagi menyekat kecuaian sengaja ini, maka diharuskan mengenakan denda ta’widh dengan syarat ianya hanya 1 % sahaja, ia tidak bersifdat ‘compounding’. Pembaca perlu faham bahawa penalti yang dikenakan oleh Bank konvensional adalah compounding (ertinya) penalti ini akan dimasukkan dalam jumlah pinjaman dan jika kena penalti lagi, maka peratusan penalti akan disandarkan kepada jumlah pinjaman asal + penalti. Ini lah zalim dan amat menindas.

          Sekian

          Sumber: Ust Zaharuddin Abd Rahman

          http://www.zaharuddin.net/

          03/03/2014 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , , | Leave a comment

          Benarkah Bank Islam ini Islam?

          Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

          Soalan Pertama :

          Saya ada mendengar ada pandangan yang mengatakan Bank-bank Islam hari ini tidak dijalankan secara Islam dengan tepat. Adakah ianya benar ? dan apakah proses yang dilakukan di bank-bank Islam bagi memastikan produknya benar-benar bertepatan dengan kehendak Islam?

          -Ingin Tahu-

          Jawapan ;

          Menurut pengamatan dan pengalaman saya di dalam operasi perbankan Islam, boleh saya katakan tanggapan si penanya ada benarnya dan ada salahnya. Ikhlas saya katakan, ianya tertakluk kepada kesungguhan tiga pihak (paling kurang) dalam memastikan pelaksanaan dan operasi dilaksanakan bertepatan dengan Shariah. Tiga pihak tadi adalah :-

          1) Ketua Pegawai Operasi (CEO) sesebuah Bank Islam itu.

          2) Majlis Penasihat Shariah Bank (Luaran).

          3) Pegawai Shariah Dalaman.

          Ketiga-tiga pihak ini perlulah menjadi individu yang bersungguh-sungguh untuk menjaga konsep-konsep Shariah dalam operasi, tanpa kesungguhan mereka, memang mudah pelaksanaan perbankan Islam tersasar dari prinsip Shariah tanpa di sedari dan terjadilah apa yang didakwa tadi.

          Bagi maklumat pembaca, antara proses biasa yang dijalankan atau mesti dijalankan dalam Bank-bank Islam dan bahagian Islam (di dalam bank konvensional terdapat Islamic Division yang menwarakan produk Islam) bagi memastikan sesuatu produk dan operasinya berjalan mengikut kehendak Shariah, perkara berikut akan dilakukan:-

          1) Pegawai Shariah dalaman (yang sepatutnya mempunyai latar belakang kepakaran Shariah secara rasmi) akan melakukan semakan awal konsep Shariah yang digunakan dalam sesuatu produk. Ia akan meyemak samada rukun dan syarat sesuatu konsep dijaga dalam produk yang ingin di tawarkan. Selain itu, memastikan “diagrammatic flow” adalah sah menurut Shariah. Semua standard kontrak juga perlu disemak dengan terperinci oleh pegawai Shariah dalaman, kadangkala ia memerlukan perbincangan dengan para peguam bagi memastikan sebarang keperluan pindaan Shariah boleh “fit” atau menepati peruntukan undang-undang Malaysia. Jika tidak, penyelesaian akan dicari bagi memenuhi kehendak Shariah dan Undang-undang Malaysia. Jelasnya, ia bukanlah sebuah kerja yang mudah. Justeru, kekuatan, kepekaan dan kelayakan Shariah pegawai Shariah dalaman juga akan menentukan kebersihan pelaksanaan sesebuah Bank Islam.

          2) Hasil semakan dan nasihat pegawai Shariah dalaman bersama pegawai Bank yang lain, kemudiannya akan dibawa ke perbincangan rasmi dengan Majlis Penasihat Shariah Luaran. Pembentangan yang komprehsenfi tanpa sebarang selindung perlu dilakukan. Isi kandungan Kontrak, borang, “diagrammatic flow” transaksi dan lain-lain akan dibincangkan dengan lebih teliti. Proses ini memerlukan ketelusan pegawai Bank dalam mendedahkan semua proses kepada Penasihat Shariah. Justeru, pegawai Shariah dalaman mestilah memahami dan menentukan semua pembentangan adalah telus tanpa selindung atau merekalah yang bakal menanggungnya di akhirat. Kebiasaanya, penasihat Shariah luaran sesebuah Bank akan bergantung penuh kepada maklumat yang diberikan oleh pegawai bank, sebarang kesilapan maklumat atau ketidakfahaman penasihat Shariah terhadap maklumat yang diberikan pasti menghasilkan fatwa yang silap juga.

          3) Hasil keputusan akan di bawa ke Lembaga Pengarah Bank untuk pemakluman sebelum ditawarkan kepada pelanggan ( jika ia produk yang telah diluluskan oleh Bank Negara), bagaimanapun jika ia produk baru yang belum di masukkan di dalam senarai Produk lulus di Majlis Penasihat Shariah Kebangsaan Bank Negara Malaysia, Ia perlu di bawa ke Bank Negara terlebih dahulu untuk kelulusan.

          4) Setelah diluluskan, suatu program latihan “training” dan penerangan tentang konsep dan pelaksanaan produk ini akan dibuat untuk para pegawai perbankan Islam yang akan terlibat dalam pemasaran dan pelanggan secara langsung. Proses ini nampak mudah, tapi ia adalah sukar kerana kebanyakan pegawai di bank-bank Islam, dahulunya bekerja di Bank Konvensional juga serta kurang pengetahuan tentang konsep-konsep Shariah. Kerana itulah tidak hairan jika terdapat rungutan orang awam yang mengatakan Bank Islam tidak Islam, ia adalah kerana pegawai yang bertemu dengan pelanggan tidak faham konsep produk yang ditawarkan lalu membuat penerangan yang salah. Padahal semua produk, kontrak dan transaksinya telah di semak dan diluluskan oleh penasihat Shariah.

          Itulah secara ringkas, proses pemastian sesebuah produk pembiayaan menepati Shariah atau tidak. Adapun dalam hal pelaburan wang simpanan dan wang pelaburan pelanggan menurut konsep “Mudarabah”, Urusan tapisan syarikat yang ingin di labor akan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam suasana “client-friendly”, iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau “transparent” dengan “client”. Sebelum melabur dalam sesuatu syaraikat atau membiayai projek sesuatu syariakt menggunakan wang pelaburan pelanggan, pihak Bank akan membuat penilaian dari sudut “asset” mahupun “lialibilities” sesebuah syarikat, tanpa mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham atau tidak. Secara umum penapisan “filter” Shariah berikut biasanya digunakan antaranya :-

          i- Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk haram)

          ii- Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai “impure interest income” berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah )

          Demikian secara ringkas, manakala halangan-halangan yang ditempuhi oleh Bank-bank Islam dan perbankan Islam dalam memastikan semua operasi dan pelaksanaan berjalan mengikut kehendak Shariah adalah seperti berikut :-

          a- Halangan Kefahaman Individu :

          Ketidakfahaman terhadap konsep dan pelaksanaan perbankan Islam menyukarkan pengamal Perbankan Islam untuk terus maju ke hadapan dan menyempurnakan ketapatan pelaksanaanya. Individu yang dimaksudkan di sini adalah :-

          · Pegawai dan Kakitangan Perbankan Islam sendiri ( Islamic Bankers) ; Masih ramai kakitangan Bank-bank Islam sendiri belum cukup faham perbezaan antara bank Islam dan Konvensional. Ini berlaku kerana kebanyakan kakitangan ini datang dari industri perbankan konvensional, justeru proses memberikan ilmu sebenar kepada mereka ini memerlukan suatu usaha yang sedikit panjang dan bersungguh.

          · Peguam dan Hakim ; Para peguam bertanggung jawab menyediakan dokumen-dokumen seperti kontrak dan lain-lain, ketidakfahaman mereka sudah pasti amat menyukarkan pelaksanaan perbankan Islam di kalangan masyarakat. Hakim pula akan membuat keputusan kiranya ada pihak yang mengheret Bank-Bank Islam ke Mahkamah, maka adalah malang kiranya pihak Hakim sendiri kurang faham tentang proses perbankan Islam.

          · Pelanggan Dan Penjual ; Terlampau ramai pelanggan, ‘car dealer’ dan ‘home developer’ yang masih tidak faham perbezaan antara kedua industri perbankan ini, ini menyebabkan ramai di antara mereka kerap menyamakan perbankan islam dengan konvensional, justeru apabila bank-bank Islam mengenakan banyak dokumen dan ditandatangani, ramai pula yang merungut dan akhirnya menjauhkan diri dari bank Islam.

          b- Halangan Undang-undang sedia ada

          Terdapat juga undang-undang yang menyekat kelancaran perlaksanaan konsep-konsep Islam dalam produk perbankan Islam, contohnya; “Rules of the High Court, 1980” (yang mana tidak melindungi kepentingan dan keperluan perbankan Islam) dan begitu juga dengan beberapa klausa yang terkandung di dalam Kanun Tanah Negara “National Land Code”.

          Oleh yang demikian, masyarakat perlu memahami bahawa dalam keadan-keadan tertentu, contohnya dengan wujudnya batasan undang-undang seperti ini maka ia adalah suatu perkara yand berada di luar bidang kuasa dan kapasiti bank-bank Islam untuk bertindak, apatah lagi meneruskan usaha pengalikasian konsep perbankan Islam secara menyeluruh.

          c- Halangan Kekuatan Asset ;

          Dari segi kekuatan aset dan kewangan, status aset-aset dan kewangan bank-bank Islam adalah masih baru dan berada di peringkat permulaan berbanding bank-bank konvensional yang telah lama bertapak dalam dunia perbankan. Ini sedikit sebanyak membataskan keupayaan bank-bank Islam untuk mengusahakan sendiri perkara-perkara tertentu seperti mempunyai gudang simpanan kereta sendiri sebelum kereta-kereta dapat dijual kepda pelanggan, atau mempunyai pekerja khas yang ditugaskan sepenuhnya untuk menangani sesuatu urusan Musyarakah dengan pelanggan.

          Harapnya penerangan di atas dapat difahami sebaiknya oleh rakyat Malaysia, terutamanya individu Islam. Maka keluarkanlah diri anda dari semua jenis urusan kewangan dengan perbankan konvensional yang diharamkan secara putus oleh Islam kerana ribanya.

          03/03/2014 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

             

          %d bloggers like this: