Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MENGAPA PERLU BERMAZHAB?

Tujuan para ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah mewajibkan orang awam mengikut mana-mana mazhab yang empat adalah supaya perkara khilafiah tidak menimbulkan perbalahan antara umat Islam.

Mazhab-mazhab yang empat itu pun mengambil dalil daripada al-Quran, as-Sunnah, Qias dan Ijmak. Bukannya ambik daripada Youtube atau Wikipedia.

Maka, apabila setiap mazhab itu diamalkan secara sempurna di tempat masing-masing, maka secara langsung sunnah Nabi dapat dihidupkan di setiap tempat pada setiap masa.

Apa yang terjadi, sebahagian orang awam gemar menimbulkan kekeliruan dengan membangkitkan perbezaan pendapat dan merasa bahawa pendapat mereka sahaja yang betul lalu menuduh pendapat yang lain tertolak. Hanya kerana mereka menjumpai satu hadis yang menyokong ijtihad mereka.
Bahkan, sesama mereka pun bertelagah pendapat. Kononnya mereka menyeru untuk kembali kepada al Quran dan as Sunnah supaya umat Islam dapat disatukan. Tapi yang berlaku, beribu mazhab muncul akibat kemunculan fatwa-fatwa segera daripada para “mujtahi” dan “muharddisk” segera.

Hakikat yang sebenar, setiap hukum hakam dalam mazhab adalah bersumberkan nas dan dalil yang jelas, qat’ie. Hanya apabila golongan itu tidak menjumpai nas tersebut, dengan mudah menuduh fatwa mazhab itu bercanggah dengan al Quran dan Hadis. Sedangkan, jika mereka mengkaji betul-betul pasti mereka akan menjumpai nas dan dalil-dalil itu.

Inilah yang dikatakan oleh Syaikhul Hadis Maulana Zakariyya, “Semakin aku belajar hadis, semakin banyak aku menjumpai nas yang digunakan oleh para imam mazhab.”

Maulana adalah seorang muhaddisin yang berpegang dengan mazhab Hanafi. Namun, disebabkan ilmunya yang mendalam, beliau mampu mengupas dalil yang digunakan oleh Imam Malik dalam menyusun Mazhab Maliki.

Hal ini terdapat dalam kitab karangannya, “Aujazul Masalik: Syarah al Muwatto Imam Malik.”

Sayyid Muhammad Alawi al Makki al-Maliki yang merupakan anak muridnya berkata, “Sekiranya tidak ditulis di bahagian depan bahawa pengarang kitab ini bermazhab Hanafi, sudah tentu kami menyangka beliau bermazhab Maliki. Beliau mampu membawakan dalil -dalil dalam mazhab Maliki yang kami sendiri sukar menemuinya.”

Sumber: FB Muhammad Safwan

Advertisements

30 June 2015 Posted by | Ibadah, Informasi, Tazkirah | Leave a comment

SAAT UDZUR (HAID), APA YANG DI LAKUKAN DI MALAM LAILATUL QADR?

 

Oleh:Yai Masaji Antoro

Bagi Wanita haid masih berkesempatan mendapatkan keagungan malam lailatulQadr dengan menjalankan aneka ibadah yang tidak bertentangan dengan kondisi hadats besarnya seperti mengisi malam Lailatul Qadr dengan memperbanyak dzikir, berdoa, membangunkan keluarganya dan memberi motifasi untuk kian giat beribadah.

Dari Aisyah Ra bahwa Nabi SAW (bila memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malamnya, membangunkan keluarganya, bersungguh-sungguh dan mengencangkan kainnya.

(HR. Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat lain :

Adalah Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan melebihi kesungguhan beliau di waktu lainnya. (HR. Ahmad dan Muslim)

(Keterangan menghidupkan malamnya) artinya menghabiskan seluruh malam harinya untuk menjalankan shalat, dzikir dan ibadah-ibadah lainnya.

(Keterangan membangunkan keluarganya) artinya membangunkannya untuk mengerjakan shalat dimalam hari dan bersungguh-sungguh menambahi kadar ibadah melebihi kebiasaan beliau dimalam lainnya.

Syarh an-Nawawi ala Muslim VIII/71

———

(Menghidupkan malam) artinya mengisi malamnya dengan shalat, dzikir dan membaca alQuran,

an-Nawawy berkata “menghabiskan malam harinya dengan berjaga menjalankan shalat dan lainnya”.

‘Ain al-Ma’buud IV/176

——–

“Dan tidak masalah bagi wanita Haid dan orang junub membaca doa-doa dan memegangnya, dzikir pada Allah, bertasbih, berziarah kubur, memasuki musholla ied, makan serta minum setelah terlebih dahulu berkumur dan membasuh tangan, sedang bila sebelumnya maka makruh bagi orang junub tapi tidak bagi wanita yang haid selama ia belum terkena perintah untuk mandi, keterangannya dituturkan oleh al-Halaby.”.

29 June 2015 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

16 Nama Syaitan Dan Tugasnya

Berikut adalah 16 nama syaitan serta tugasnya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat Islam.

1. Zalitun – Tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.

2. Watin – Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah.

3. A’awar – Tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.

4. Hafaf – Tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. Murrah – Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk.

6. Masud – Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.

7. Dasim – Tugasnya memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. Walahan – Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang itu mengambil wuduk.

9. Lakhus – Tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.

10. Sabrum – Tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.

11. Miswat/Maswat – Tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. Zaktabur/Zaknabur/ Zalanbur – Tugasnya menimbulkan raja ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

13. Khinzab – Tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan manusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama islam yang dianutinya.

14. Laqnis – Tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.

15. Abyadh – Syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. Khannas – Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingati Allah sepanjang masa.

29 June 2015 Posted by | Informasi, Tazkirah | | Leave a comment

Generasi terbaik dalam Islam

Generasi terbaik dalam islam setelah wafatnya Rasulullah Muhammad SAW

1. Generasi Sahabat yaitu generasi yang hidup dan sempat berjumpa serta berguru langsung kepada Rasulullah SAW.

2. Generasi Tabi’in yaitu generasi yang hidup dan sempat berjumpa serta berguru langsung kepada Sahabat.
3. Generasi Tabiut Tabi’in yaitu generasi yang hidup dan sempat berjumpa serta berguru langsung kepada Tabi’in.

4. Generasi Ahlussunah wal jama’ah yaitu bagi siapa saja yang mengikuti Rasulullah SAW dengan mengikuti imam Abu Hasan Al Asy’ari dalam aqidah serta mengikuti salah satu dari imam mazhab yang 4 dalam fiqih.

29 June 2015 Posted by | Informasi | Leave a comment

‪KelebihanBulanRamadan‬

AMALAN SUNAT YANG DILAKUKAN MENDAPAT PAHALA SEPERTI AMALAN WAJIB DAN AMALAN WAJIB YANG DILAKUKAN MENDAPAT PAHALA SEPERTI MELAKUKAN TUJUH PULUH AMALAN WAJIB.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah ﷺ pada hari terakhir bulan Syaaban dengan sabdanya: Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat.
Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh amalan fardhu.”
(Sahih Ibnu Khuzaimah)

*REBUTLAH PELUANG, JANGAN JADI ORANG YANG RUGI. MUNGKIN RAMADAN INI YANG TERAKHIR BUAT KITA…

Sumber: JAKIM

29 June 2015 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Atheis – Ini hujah Imam Hanafi dgn Addahri..rujukan Kitab Darus Samin.

Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali
tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.

Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al
-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah
wafat.

— with Luvo Petersen, Nur Ellya Shafiqa, Hidayah Hamdan, Afifah Hanani, Siti Aqilah, Azfar Hamdii, Fazli Othman Abang, Othman Mohd Said, Waleed Alma, Ahmad Fieras, Belantara Rokes, Ratna Herdianty, Azman Ahmad, Khadijah Muslimin, Bin’Azrol Rashid, Abil Hanif Ibrahim, Zul Zulkifli, Mohamad Zakuwan, Riduan Ibrahim and Azizan Nordin

29 June 2015 Posted by | Bersama Tokoh, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

FADHILAT MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERBUKA PUASA – Laman Web PMWP

FADHILAT MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERBUKA PUASA
DITULIS OLEH NADZIRAH PADA 24 JUN 2015. DITERBITKAN DI DALAM IRSYAD FATWA KHAS RAMADHAN
SOALAN 30 (24/06/2015 BERSAMAAN 07 RAMADAN 1436H)

Apakah fadhilat memberi makan kepada orang yang berbuka puasa?

JAWAPAN

Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa. Justeru, amat wajar bagi yang berkelapangan rezeki serta harta menjamu mereka yang berpuasa. Antara nas galakannya ialah:

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.”

(Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)

Berdasarkan nas hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan bagi mereka yang member makan orang yang berpuasa, apatah lagi mereka yang amat memerlukan seperti anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang berhajat.

Dinyatakan di sini sikap dan sifat tokoh ulama dalam member makan orang yang berpuasa:

Hasan al-Basri member makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan duduk melayan mereka ketika mereka makan.

Abdullah bin al-Mubarak memberi makan kepada saudaranya ketika bermusafir dengan makanan yang lazat, sedangkan dia berpuasa.
Hammad menjamu setiap malam kepada orang ramai pada bulan puasa seramai 500 orang.

Abdullah bin Umar R.Anhuma berpuasa dan tidak berbuka kecuali bersama dengan fakir miskin.

Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang suka menjamu mereka yang berpuasa.

29 June 2015 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Jagalah hubungan kita dengan adik beradik

Imam Ghazali dikenali sebagai pakar merawat sakit hati. Rujuklah kitab tulisannya iaitu Ihya’ Ulumiddin. Betullah selalu wujud perasaan dengki antara adik-beradik. Kita kena ubah sifat ini dan ganti dengan sifat syukur dan redha.

Ada satu cerita seorang Professor yang mempunyai 4 orang anak. 3 orang anaknya pandai dan menjadi doktor, manakala yang keempat tidak begitu pandai dan cuma bekerja sebagai kerani sahaja. Professor itu rasa begitu pelik sehingga mengatakan yang anak keempatnya itu bodoh. Ditakdirkan, Allah menguji Professor itu terkena strok.

Dalam kesemua anaknya, anak yang keempat itulah yang menjaganya sepanjang masa. Anak yang lain sibuk dengan kerjaya.

Oleh sebab itu kita tidak boleh dengki dengan kelebihan yang Allah kurniakan pada adik-beradik yang lain. Seumpama jari kita yang lima, semuanya ada fungsi tersendiri. Kurang satu akan menjadi tidak sempurna.

Nabi SAW ada bersabda yang bemaksud, “Perasaan hasad memakan pahala amalan sepertimana api memakan kayu.

Kita perlu berlapang dada dan gembira dengan kelebihan yang dimiliki adik-beradik lain. Bagi yang lebih berjaya pula, jangan sombong dan bantulah adik-beradik lain yang kekurangan.
Fikir fikirkan apa yang kita patut bantu adik beradik yang ada kekurangan jangan bagi org lain mencaci dan menghina meraka

Hukum menghina, perli orang lain adalah haram. Allah SWT melarang kita berbuat begitu. Oleh itu kita tidak boleh memperlekehkan apa yang dibuat oleh adik-beradik kita atau orang lain.

JADI nasihatkan darah daging kita supaya dia juga turut rasa dihargai org ramai
Hulurkan tangan kita bila dia perlukan…Ibubapa kita juga akan Aman disana melihat anak anak mereka….
Harta ibu bapa yang paling bernilai ialah anak-anak iaitu adik-beradik kita. Cuba perhatikan jika anak-anak sakit, ibu bapa sanggup gadaikan harta untuk menyelamatkan anak-anak.

Oleh itu janganlah kerana harta ibu bapa , adik-beradik bergaduh ,Sedangkan itu cuma harta dunia….harta yang membawa hingga ke Jannah Allah adalah silaturahim adik beradik itu…

Doa merupakan perisai orang orang beriman. Allah berfirman yang ringkasannya bermaksud, “Berdoalah kepada-Ku, Aku akan makbulkan.” Jadi doakanlah untuk adik-beradik kita kepada Allah SWT. Kita bertemu Allah paling kurang 5 kali sehari. Apabila kita mendoakan seseorang, dan orang itu tidak mengetahuinya, maka malaikat juga akan mendoakan kita doa yang serupa juga.

Teruskan berdoa, semoga abang,kakak adik kita dilapangkan REZEKI kekayaan REZEKI umur yang panjang dgn kesihatan yang baik ,diberikan hidayah juga bahagia dunia dan akhirat..
Rasulullah shallallahu alaihi wassalam pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi”. (HR. Bukhari)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani)

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah menyambung keluarga (silaturahmi).” (HR. Bukhari)
“Tidak masuk surga orang yang memutus keluarga.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Sumber Rakan FB
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

28 June 2015 Posted by | Tazkirah | 2 Comments

Inilah zikir bersanad.

 

1.Astaghfirullahaladzhim baca 100x

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).

2.Subhanallahi wabihamdihi ,subhanallahil adzhim 100x

Rasulullah Saw bersabda : “Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, yaitu kalimat subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung).” (HR Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072);

3.Laillahaillah 100x

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

4.hasbunallah wanikmal wakil 100x

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda –Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”.

“Hasbunallah wa ni’mal wakil” itulah kalimat yang dikatakan oleh Nabi Ibrahim AS ketika akan dilempar ke kobaran api. Nabi Ibrahim mempercayakan seluruh jiwa dan raganya sepenuhnya kepada Allah, maka Allah berfirman “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”. Allah menjadikan api yang panas itu dingin seketika. Dan Ibrahim pun tidak terbakar. Demikian halnya dengan Rasulullah dan para sahabat ketika menghadapi ancaman dari pasukan kafir, mereka juga mengucapkan “Hasbunallah wa ni’mal wakil” Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

5.subhanaAllah walhamdulilla wallaillahaillah Allahu Akbar 100x

Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai” (HR. Muslim no. 2137).

6.La Haula wala Quwwata illa billah 100x

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

7.Allahumma sholli ala sayyidina muhammad 100x

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)

Ini adalah perkongsian daripada Al-Fadhil Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi

 

Sumber: Jom Dakwah Bersama Ulama

27 June 2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah | | Leave a comment

Hukum Memelihara Janggut

 

Apakah hukumnya, membiarkan dan memeliharakan tumbuhnya janggut?

Jawapan :

Terdapat perintah untuk membiarkan tumbuhnya janggut kerana banyak hadith Nabi s.a.w di antaranya sabda Nabi s.a.w yang bererti :

"Berbezalah daripada kaum Musyrik, bebaskanlah (biarkanlah sebagaimana adanya) janggut dan cukurlah kumis (misai)." (Hadith riwayat Bukhari, Sahih Bukari, vol 5, hlmn 2209; dan Muslim, Sahih Muslim, vol 1, hlmn 222)

Perbezaan Pendapat Ahli Feqh

Para ahli feqah berbeza pendapat di dalam memahami perintah Nabi s.a.w ini,apakah ia menunjukkan bahawa hukumnya (janggut) wajib ataupun sunat?

Jumhur Fuqaha’ (ahli feqah) berpendapat bahawa (menyimpan janggut) adalah wajib. Sementara, para ulama’ Mazhab Syafie berpendapat hukumnya (menyimpan janggut) adalah sunat.

Kebanyakan ‘ulama Mazhab Syafie yang menetapkan hukum ini (menyimpan janggut) di dalam kitab-kitab mereka. Kami kemukakan sebahagian di antaranya di sini :

1. Perkataan syeikhul Islam – Imam Zakaria al Ansari

"(Dan), Makhruh (mencabutnya) iaitu jangut pada awal pertumbuhannya, sebab mengutamakan ketampanan (kekacakan) dan keelokan paras rupa". – Sheikhul Islam Zakaria al Ansari, Asna al Muthalib, vol 1, hlmn 551.

2. Al ‘Allamah Imam ar Ramli memberikan pandangan terhadap pernyataan ini, di dalam huraiannya (Hasiyah) terhadap Kitab "Isna’ al Mutholib". Beliau menyatakan, "Pernyataan (dan makhruh mencabutnya), iaitu janggut. Dan seumpamanya, adalah mencukurnya."

3. Manakala perkataan Al Hulaimi di dalam kitabnya Al Minhaj, "Tidaklah boleh (haram) bagi seseorang mencukur jangutnya dan juga kedua-dua alisnya (bulu kening), " ini adalah pendapat yang lemah. – Al Allamah Imam ar Ramli, Hasiyah Asna Al Muthalib, vol 1, hlmn 551.

4. Ibnu Hajar al Haitami (semoga ALlah merahmati beliau) berkata, "(Masalah cabang) mereka kemukakan di sini berkenaan dengan masalah janggut, dan seumpamanya tentang beberapa perkara yang dimakhruhkan, di antaranya : mencabutnya, dan mencukurnya (janggut). Demikian juga, kedua-dua alis (bulu kening) – Ibnu Hajar al Haithami, Tuhfat al Muhtaj : Syarah al Minhaj, vol 9, hlmn 375-376. "

5. Imam Ibnu Qasim al Ubbadi r.a di dalam huraiannya (Hasiyah) terhadap Tuhfat al Muhtaj mengguatkan pernyataan ini dan berkata, "Perkataannya (diharamkan), berbeza pendapat dengan pendapat yang kuat (muktamad), Di dalam Syarah al Ubad terdapat faedah ; kedua syeikh (Imam Nawawi dan Imam Rafi’e) mengatakan makruh mencukur janggut." – Ibnu Qasim al al Ubbadi, Hasiyah Tuhfat al Muhtaf syarh al Minhaj, vol 9, hlmn 375-376

6. Al Allamah al Bujirmi,dalam huraiannya (hasiyah) terhadap Kitab Syarh al Khatib berkata :

"Sesungguhnya mencukur janggut itu adalah dimakhruhkan walaupun daripada lelaki (dewasa), bukan haram. – Al Bujirmi, Hasiyah al Bujirmi, "ala Syarh al Khatib, vol 4 hlmn 346.

Penyebutan lelaki di sini, bukanlah lawan kata dari wanita, tetapi lawan kta kepada pemuda yang masih kecil. Sebab daripada segi kacamata perbicaraan ini adalah – dimakhruhkan mencukurnya (janggut) pada awal pertumbuhannya, iaitu bagi pemuda yang masih kecil. Lalu, beliau memberikan pandangan bahawa "pada masa awal pertumbuhannya" itu bukanlah suatu ketetapan, tetapi bagi kaum lelaki yang dewasa juga dimakruhkan.

Pendapat dari Ulama dari Mazhab selain Syafieyyah

Juga terdapat pendapat yang menyatakan bahawa makhruh mencukur janggut dari para ulama’ selain para ulama’ Mazhab Syafie. Di antaranya ialah para ulama seperti al Imam Qadhi al Iyadh (semoga ALlah merahmatinya) pengarang kitab asy Syifa’, iaitu salah seorang Imam MAzhab Maliki. Beliau mengatakan bahawa "Makhruh mencabutkannya, mencukurkannya dan membakarkannya (janggut)." – Perkataan ini diambil daripada al Hafiz al Iraqi di dalam kitabnya "Tharhu at Tasyrib", vol 2, hlmn 83; dan Imam Syaukani di dalam kitabnya Nail al Authar, vol 1 hlmn 143.

Sumber : Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

26 June 2015 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Amalan Salafussoleh Mengkhatamkan Al Quran Pada Waktu Tertentu di Bulan Ramadhan

1. Diriwayatkan Sayyid al Jalil Ahmad ad Dauraqiy dengan sanadnya dari Mansur Ibn Zadan dari Ubbad at Tabi’in radiyaLLahu ‘anhu berkata :
“Bahawa sesungguhnya ia mengkhatamkan al Quran antara zohor dan Asar dan mengkhatamkan antara Maghrib dan Isya’ dan mengkhatamkan antara Maghrib dan Isya’ di bulan Ramadhan sebanyak dua kali khatam dan lebih sedikit. Beliau mengakhirkan solat Isya’ pada Bulan Ramadhan sampai lewat seperempat malam ”
(al Azkar hal 86)

2. Diriwayatkan Ibn Abu Dawud dengan sanad sahih: “Bahawa Mujahid radiyaLLahu ‘anhu mengkhatamkan al Quran pada Bulan Ramadhan antara Maghrib dan Isya’ (Al Azkar hal 86)

3. Diceritakan dari sejumlah ulama’ salaf bahawa mereka mengkhatamkan al Quran dalam satu hari satu malam. Namun yang mengkhatamkan al Quran kurang dari tiga hari, mungkin kurang menghayati maknanya dan hanya membacanya. Sesuai hadith sohih riwayat Imam Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’i dan lainnya dari AbduLLah ibn Umar Ibnu al Ash berkata : Adalah Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Tidak akan faham orang yang membaca al Quran kurang dari tiga hari” (Al Adzkar hal 86)

Sumber: ASWAJA

25 June 2015 Posted by | Ibadah, Renungan & Teladan | Leave a comment

Adab Ifthar (Berbuka Puasa)

Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Penerangan:
Terdapat pelbagai amalan yang membawa kebaikan dan keberkatan ketika berbuka puasa. Namun, ramai umat Islam yang melupakan hal tersebut disebabkan terlalu ghairah dan semangat untuk berbuka puasa sehingga hal yang lebih berkat dan Sunnah dilupakan contohnya seperti membawa doa makan. Oleh yang demikian, mari kita lihat amalan yang yang mudah dan ringkas untuk diamalkan ketika berbuka puasa.

1. MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka” (HR. Bukhari & Muslim)
Ini bermaksud ketika matahari telah tenggelam dan berkumandangnya azan, maka bersegeralah berbuka.

2. BERBUKA DENGAN ROTHB, TAMR & SETEGUK AIR
Dari Anas bin Malik r.a.; “Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW sangat menyukai berbuka dengan rothb (kurma basah). Namun kurma basah jarang dijumpai dan yang sampai ke negeri kita hanya kurma kering. Jika tiada kedua-duanya, gantikanlah dengan makanan yang manis-manis seerti buah-buhan. Kata ulama’ Syafi’iyah, ketika puasa, pernglihatan kita berkurang, kurma itu sebagi pemulihnya dan makanan manis itu sama erti dengan kurma. Jika tiada juga, berbukalah dengan seteguk air.

3. MEMBACA ‘BISMILLAH’
“Wahai Rasulullah SAW sesungguhnya kami makan dan tidak berasa kenyang?” Baginda bersabda: “Kemungkinan kalian makan sendiri-sendiri.” Mereka menjawab. “Ya” Baginda bersabda lagi “Hendaklah kalian makan secara bersama-sama dan sebutlah nama Allah, maka kalian akan diberi berkah padanya. (HR. Abu Daud)

4. BERDOA KETIKA BERBUKA
“Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak: Pemimpin yang adil, orang berpuasa, doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmizi)
Ketika berbuka adalah waktu terkabulnya doa kerana ketika itu orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri.

5. MINUM DENGAN TIGA NAFAS
“Rasulullah s.a.w biasa minum dengan tiga nafas. Jika wadah minuman didekati ke mulut baginda, baginda menyebut nama Allah Taala. Jika selesai satu nafasm baginda bertahmid (memuji) Allah Taala. Baginda melakukan seperti ini tiga kali.” (Sahih, asSilsilah asSohihah)

6. BERDOA SELEPAS MAKAN
“Barangsiapa yang makan makanan kemudian mengucapkan “Alhamdulillahillazi ath’amani haaza wa rozaqani min ghairi haulin minni wa laa quwwatin” (Segala puji bagi Allah yang telah memberiku makanan ini, dan merezekikan kepadaku tanpa daya serta kekuatan dariku), maka diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmizi)

7. MENDOAKAN ORANG YANG MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG BERPUASA (Hadis seperti dalam imej).

Selamat berbuka. Moga barakah pada setiap waktu dan rezeki..

25 June 2015 Posted by | Ibadah, Tazkirah | Leave a comment

Ramadhan & Batalkah Puasa Kita Jika…

Oleh : Dr. Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.

Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.

Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu’) dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh – Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-

1) Raih Taqwa & Mendapatkan Keampunan : Sangat jelas arahan Allah dan RasulNya menegaskan keperluan kita berusaha meraih taqwa dan keampunan di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.

2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.

3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang ‘Confirmed’ : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.

4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang ‘Confirmed’: Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.
Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.

Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar’ dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida’ dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja’ atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. Namun itu adalah pandangan sebahagian ulama kontemporari yang menyakini masuknya serbuk jisim gas ke dalam perut.

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

Pandangan terpilih adalah TIDAK BATAL, kerana terdapat perbezaan informasi dan data oleh para pakar perubatan berkenaan ketepatan fakta masuknya jisim ke dalam perut pada setiap kali semburan dibuat. Justeru, hukum puasa adalah kekal di atas sifat asalnya iaitu sah selagi belum terdapat bukti nyata dan diyakini terbatalnya ia.

Sebagaimana kaedah Fiqh ”
والأصل بقاء الشيء على ما هو عليه
Ertinya : Hukum asalnya, kekalnya hukum sesuatu pada sifat sebelumnya.
Justeru, jika ada sekalipun jisim yang termasuk ke dalam perut, ia bukanlah makanan yang mengenyangkan dan bukan pula dilakukan secara suka-suka serta ia tergolong dalam ubat-ubatan yang diperlukan secara mendesak. Selain itu, jisim yang termasuk ke dalam perut pula adalah tergolong di dalam kategori DIMAAFKAN sebagaimana beberapa kadar air yang tertinggal di atas lidah dan dalam hidung semasa berkumur dan berwudhu. Wallahu’alam.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, ‘pain killer’ dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, airseperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan :

Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar’iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith : “Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat

Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadhan. Pahala puasanya pula akan terhapus. Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa, beroleh keampunan dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : “Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah” (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa

Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.

Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : “Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya” (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : –
فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
“aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)” (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi’ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)

Al-Qaradawi pula menambah “berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya ” (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.

9) Wanita tamat haid

Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.

Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : “Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya” ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?

Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai’e, Hasan albasri, As-Sya’bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh
Mencium dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)

Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.

Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak
Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran.Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.

13 ) Mandi

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa

Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib, bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?. Jawapnya ia tidak membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Anas bin Malik pula adakalanya merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari). Cuma puasa hanya boleh batal apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Qudamah menolak pandangan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

15) Mengosok gigi ketika berpuasa

Persoalan ini telah saya ulas di entry yang berbeza, sila ke tajuk link ‘Gosok Gigi Ketika Puasa’

Sekian,
Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua pengunjung zaharuddin.net
Zaharuddin Abd Rahman
13 Sept 2007
01 Ramadhan 1428 H
http://www.zaharuddin.net/

24 June 2015 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Kenapa Imam Mazhab Tidak Pakai Hadits Bukhari dan Muslim?

Kenapa para Imam Mazhab seperti Imam Malik tidak memakai hadits Sahih Bukhari dan Sahih Muslim yang katanya merupakan 2 kitab hadits tersahih? Untuk tahu jawabannya, kita harus paham sejarah. Paham biografi tokoh2 tsb.

Imam Malik lahir tahun 93 Hijriyah. Sementara Imam Bukhari lahir tahun 196 H dan Imam Muslim lahir tahun 204 H. Artinya Imam Malik sudah ada 103 tahun sebelum Imam Bukhari lahir. Paham?

Apakah hadits para Imam Mazhab lebih lemah dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim?

Justru sebaliknya. Lebih kuat karena mereka lebih awal lahir daripada Imam Hadits tsb.

Rasulullah SAW bersabda, خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ “Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku (Sahabat), kemudian yang sesudahnya (Tabi’in), kemudian yang sesudahnya (Tabi’ut Tabi’in).”[HR. Al-Bukhari no. 2652 dan Muslim no. 2533 ]

Siapakah pengikut ulama SALAF sebenarnya? 1) Imam Hanafi lahir:80 hijrah 2) Imam Maliki lahir: 93 hijrah 3) Imam Syafie lahir:150 hijrah 4) Imam Hanbali lahir:164 hijrah

Jadi kalau ada manusia akhir zaman yang berlagak jadi ahli hadits dgn menghakimi pendapat Imam Mazhab dgn Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, ya keblinger. Hasil “ijtihad” mereka pun berbeda-beda satu sama lain…

Biar kata misalnya menurut Sahih Bukhari misalnya sholat Nabi begini2 dan beda dgn sholat Imam Mazhab, namun para Imam Mazhab seperti Imam Malik melihat langsung cara sholat puluhan ribu anak2 sahabat Nabi di Madinah. Anak2 sahabat ini belajar langsung ke Sahabat Nabi yang jadi bapak mereka. Jadi lebih kuat ketimbang 2-3 hadits yang diriwayatkan Imam Bukhari 100 tahun kemudian.

Imam Bukhari dan Imam Muslim pun meski termasuk pakar hadits paling top, tetap bermazhab. Mereka mengikuti mazhab Imam Syafi’ie.

http://kabarislamia.com/2014/12/13/siapakah-ulama-salaf-dan-pengikut-salaf-sebenarnya/

Menurut Ustad Ahmad Sarwat, Lc., MA, banyak orang awam yang tersesat karena mendapatkan informasi yang sengaja disesatkan oleh kalangan tertentu yang penuh dengan rasa dengki dan benci. Menurut kelompok ini Imam Mazhab yang 4 itu kerjaannya cuma merusak agama dengan mengarang-ngarang agama dan menambah-nambahi seenaknya. Itulah fitnah kaum akhir zaman terhadap ulama salaf asli.

Padahal Imam Mazhab tsb menguasai banyak hadits. Imam Malik merupakan penyusun Kitab Hadits Al Muwaththo. Dengan jarak hanya 3 level perawi hadits ke Nabi, jelas jauh lebih murni ketimbang Sahih Bukhari yang jaraknya ke Nabi bisa 6-7 level. Begitu pula Imam Ahmad yang menguasai 750.000 hadits lebih dikenal sebagai Ahli Hadits ketimbang Imam Mazhab.

Ada tulisan bagus dari Ustad Ahmad Sarwat, Lc., MA, yaitu:

Penelitian Hadits Dilakukan Oleh Empat Imam Mazhab

http://www.rumahfiqih.com/x.php?id=1410544221&title=benarkah-keshahihan-shahih-hanya-sebuah-produk-ijtihad.htm

Di antaranya Ustad Ahmad menulis bahwa para imam mazhab yang empat, Abu Hanifah, Malik, Asy-Syafi’i dan Ahmad bin Hanbal, sama sekali tidak pernah menggunakan hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Kenapa?

Pertama, karena mereka lahir jauh sebelum Bukhari (194-265 H) dan Muslim (204-261 H) dilahirkan. Sementara Imam Malik wafat sebelum Imam Bukhari lahir. Begitu pula saat Imam Syafi’ie wafat, Imam Bukhari baru berumur 8 tahun sementara Imam Muslim baru lahir. Tidak mungkin kan para Imam Mazhab tsb berpegang pada Kitab Hadits yang belum ada pada zamannya?

Kedua, menurut Ustad Ahmad, karena keempat imam mazhab itu merupakan pakar hadits paling top di zamannya. Tidak ada ahli hadits yang lebih baik dari mereka.

Ketiga, karena keempat imam mazhab itu hidup di zaman yang lebih dekat ke Rasulullah SAW dibanding Imam Bukhari dan Imam Muslim, maka hadits mereka lebih kuat dan lebih terjamin keasliannya ketimbang di masa-masa berikutnya.

Dalam teknologi, makin ke depan makin maju. Komputer, laptop, HP, dsb makin lama makin canggih. Tapi kalau hadits Nabi, justru makin dekat ke Nabi makin murni. Jika menjauh dari zamannya, justru makin tidak murni, begitu tulis Ustad Ahmad Sarwat.

Keempat, justru Imam Bukhari dan Muslim malah bermazhab Syafi’ie. Karena hadits yang mereka kuasai jumlahnya tidak memadai untuk menjadi Imam Mazhab. Imam Ahmad berkata untuk jadi mujtahid, selain hafal Al Qur’an juga harus menguasai minimal 500.000 hadits. Nah hadits Sahih yang dibukukan Imam Bukhari cuma 7000-an. Sementara Imam Muslim cuma 9000-an. Tidak cukup.

Ada beberapa tokoh yang anti terhadap Mazhab Fiqih yang 4 itu kemudian mengarang-ngarang sebuah nama mazhab khayalan yang tidak pernah ada dalam sejarah, yaitu mazhab “Ahli Hadits”. Seolah2 jika tidak bermazhab Ahli Hadits berarti tidak pakai hadits. Meninggalkan hadits. Seolah2 para Imam Mazhab tidak menggunakan hadits dalam mazhabnya. Padahal mazhab ahli hadits itu adalah mazhab para ulama peneliti hadits untuk mengetahui keshahihan hadits dan bukan dalam menarik kesimpulan hukum (istimbath).

Kalaulah benar pernah ada mazhab ahli hadits yang berfungsi sebagai metodologi istimbath hukum, lalu mana ushul fiqihnya? Mana kaidah-kaidah yang digunakan dalam mengistimbath hukum? Apakah cuma sekedar menggunakan sistem gugur, bila ada dua hadits, yang satu kalah shahih dengan yang lain, maka yang kalah dibuang?

Lalu bagimana kalau ada hadits sama-sama dishahihkan oleh Bukhari dan Muslim, tetapi isinya bertentangan dan bertabrakan tidak bisa dipertemukan?

Imam Syafi’ie membahas masalah kalau ada beberapa hadits sama-sama shahihnya tetapi matannya saling bertentangan, apa yang harus kita lakukan? Beliau menulis kaidah itu dalam kitabnya : Ikhtilaful Hadits yang fenomenal.

Cuma baru tahu suatu hadits itu shahih, pekerjaan melakukan istimbath hukum belum selesai. Meneliti keshahihan hadits baru langkah pertama dari 23 langkah dalam proses istimbath hukum, yang hanya bisa dilakukan oleh para mujtahid.

Entah orientalis mana yang datang menyesatkan, tiba-tiba muncul generasi yang awam agama dan dicuci otaknya, dengan lancang menuduh keempat imam mazhab itu sebagai bodoh dalam ilmu hadits. Hadits shahih versi Bukhari dibanding-bandingkan secara zahir dengan pendapat keempat mazhab, seolah-olah pendapat mazhab itu buatan manusia dan hadits shahih versi Bukhari itu datang dari Allah yang sudah pasti benar. Padahal cuma Al Qur’an yang dijamin kebenarannya. Hadits sahih secara sanad, belum tentu sahih secara matan. Meski banyak hadits yang mutawattir secara sanad, sedikit sekali hadits yang mutawattir secara matan. Artinya susunan kalimat atau katanya sama persis.

Orang-orang awam dengan seenaknya menyelewengkan ungkapan para imam mazhab itu dari maksud aslinya : “Bila suatu hadits itu shahih, maka itulah mazhabku”. Kesannya, para imam mazhab itu tidak paham dengan hadits shahih, lalu menggantungkan mazhabnya kepada orang-orang yang hidup dua tiga abad sesudahnya.

Padahal para ulama mazhab itu menolak suatu pendapat, karena menurut mereka hadits yang mendasarinya itu tidak shahih. Maka pendapat itu mereka tolak sambil berkata,”Kalau hadits itu shahih, pasti saya pun akan menerima pendapat itu. Tetapi berhubung hadits itu tidak shahih menurut saya, maka saya tidak menerima pendapat itu”. Yang bicara bahwa hadits itu tidak shahih adalah profesor ahli hadits, yaitu para imam mazhab sendiri. Maka wajar kalau mereka menolaknya.

Tetapi lihat pengelabuhan dan penyesatan dilakukan secara terstruktur, sistematis dan masif. Digambarkan seolah-olah seorang Imam Asy-Syafi’i itu tokoh idiot yang tidak mampu melakukan penelitian hadits sendiri, lalu kebingungan dan menyerah menutup mukanya sambil bilang,”Saya punya mazhab tapi saya tidak tahu haditsnya shahih apa tidak, jadi kita tunggu saja nanti kalau-kalau ada orang yang ahli dalam bidang hadits. Nah, mazhab saya terserah kepada ahli hadits itu nanti ya”.

Dalam hayalan mereka, para imam mazhab berubah jadi badut pandir yang tolol dan bloon. Bisanya bikin mazhab tapi tidak tahu hadits shahih. Sekedar meneliti hadits apakah shahih atau tidak, mereka tidak tahu. Dan lebih pintar orang di zaman kita sekarang, cukup masuk perpustakaan dan tiba-tiba bisa mengalahkan imam mazhab.

Cara penyesatan dan merusak Islam dari dalam degan modus seperti ini ternyata nyaris berhasil. Coba perhatikan persepsi orang-orang awam di tengah kita. Rata-rata mereka benci dengan keempat imam mazhab, karena dikesankan sebagai orang bodoh dalam hadits dan kerjaanya cuma menambah-nambahi agama.

Parahnya, setiap ada tradisi dan budaya yang sesat masuk ke dalam tubuh umat Islam, seperti percaya dukun, tahayyul, khurafat, jimat, dan berbagai aqidah sesat, sering diidentikkan dengan ajaran mazhab. Seolah mazhab fiqih itu gudangnya kesesatan dan haram kita bertaqlid kepada ulama mazhab.

Sebaliknya, orang yang harus diikuti adalah para ahli hadits, karena mereka itulah yang menjamin keshahihan hadits.

Ahmad Sarwat, Lc., MA

Baca selengkapnya di:

http://www.rumahfiqih.com/x.php?id=1410544221&title=benarkah-keshahihan-shahih-hanya-sebuah-produk-ijtihad.htm

Menurut Ustad Ahmad Sarwat Lc, MA, Hadits di zaman Imam Bukhari yang hidup di abad 3 Hijriyah saja sudah cukup panjang jalurnya. Bisa 6-7 level perawi hingga ke Nabi. Sementara jalur hadits Imam Malik cuma 3 level perawi. Secara logika sederhana, yang 3 level itu jelas lebih murni ketimbang yang 6 level.

Jika Imam Bukhari hidup zaman sekarang di abad 15 Hijriyah, haditsnya bisa melewati 40-50 level perawi. Sudah tidak murni lagi. Beda 3 level saja bisa kurang murni. Apalagi yang beda 50 level.

Jadi Imam Bukhari dan Imam Muslim bukan satu2nya penentu hadits Sahih. Sebelum mereka pun ada jutaan ahli hadits yang bisa jadi lebih baik seperti Imam Malik dan Imam Ahmad karena jarak mereka ke Nabi lebih dekat.

24 June 2015 Posted by | Informasi, Tazkirah | Leave a comment

4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka Oleh Wanita

1. Ayahnya

Jika seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dangan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Duhai lelaki yg bergelar Ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Apakah kau mengajar solat dan puasa kepadanya? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak terpenuhi, maka bersedialah untuk menjadi bahagian dari Neraka.

2. Suaminya

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas. Membiarkan isteri berhias diri untuk lelaki yang bukan mahramnya.

Jika suami membiarkan isteri yang seperti itu walaupun suami adalah orang yang alim, suami adalah solatnya yang tidak pernah tinggal, suami adalah yang puasanya tidak pernah lalai. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam Neraka.

Duhai lelaki yang bergelar Suami, bagaimanakah keadaan isteri tercinta sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau jaga mengikuti ketetapan Islam, maka terimalah keniscayaan yang kau akan sehidup semati bersamanya hingga Neraka.

3. Adik beradik Lelakinya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga kehormatan wanita jatuh pada adik beradik lelakinya (kakak, pakcik). Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik atau anak saudara mara dibiarkan dari ajaran Islam, maka tunggulah tarikan mereka di akhirat kelak.

Duhai lelaki yg mempunyai adik beradik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan melupakan amanah yang lain. Kerana kau juga akan pertanggungjawabkan diakhirat kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak lelaki tidak menasihati Ibunya perihal kelakuan yang tidak dibenarkan dalam Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengadu domba, maka anak itu akan ditanya dan dimintai pertanggungjawaban di akhirat kelak. Dan bersama menemani ibunya di Neraka.

Duhai anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika bersalah atau lalai. Kerana ibu juga insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari ancaman neraka, jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi teman di dalamnya.

Betapa hebatnya tarikan wanita. Bukan saja di dunia, tapi juga di akhirat yang tak kalah hebat tarikannya. Maka, kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, saudara atau anak harus memainkan peran mereka dengan baik.

Petikan dari Al Marhum Habib Munzir bin Fuad Al Musawa

via: Pencinta Rasulullah (saw)

24 June 2015 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

BOLEH MAKAN SELAGI AZAN SUBUH BELUM HABIS?

“Alamak dah azan…”

“Eh tak pe… Kan ada hadith kata boleh abiskan apa yang ada kat tangan…”

Perkara ni saya dah bahas dulu lagi (dlm FB lama / FB zaman bujang). Tapi sedihnya, masih ada lagi yang beranggapan macam tu. Kenapa ye? Sedih la kalau macam ni…

Golongan yang beranggapan bahawa: kalau seseorang sedang makan sahur, kemudian terdengar suara azan, maka masih boleh selesaikan makan atau minum buat kali terakhir (seolah-olah macam ada masa kecederaan) – golongan ini berhujah dengan hadith yg dikeluarkan oleh Imam Abi Daud:

إذا سمع أحدكم النداء والإناء على يده فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه

"Apabila seseorang di antara kamu mendengar azan sedangkan di tangannya ada bekas (gelas dan sebagainya), maka janganlah dia meletakkannya sehinggalah dia menunaikan hajatnya daripada bekas tersebut"

Berhujah dengan hadith ini untuk mengatakan bahawa: "kalau seseorang sedang makan sahur, kemudian terdengar suara azan, maka masih boleh selesaikan makan atau minum buat kali terakhir" – adalah tidak tepat, disebabkan beberapa perkara:

1) MASALAH PADA SANAD

1.1:

Imam Ibnu Abi Hatim (pakar hadith) dalam kitab ‘Ilal-nya (Rujuk Kitab Al-‘Ilal, Jilid 1, halaman 123) menyebutkan:

وَسألت أبي عَنْ حديث رَوَاهُ رَوْحُ بْنُ عُبَادَةَ ، عَنْ حَمَّادٍ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ ، وَالإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلا يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ " . قُلْتُ لأَبِي : وَرَوَى رَوْحٌ أَيْضًا عَنْ حَمَّادٍ ، عَنْ عَمَّارِ بْنِ أَبِي عَمَّارٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ ، وَزَادَ فِيهِ : وَكَانَ الْمُؤَذِّنُ يُؤَذِّنُ إِذَا بَزَغَ الْفَجْرُ . قَالَ أَبِي : هَذَانِ الْحَدِيثَانِ لَيْسَا بِصَحِيحَيْنِ

"Dan aku telah bertanya kepada bapaku (Imam Abu Hatim Ar-Razi – pakar hadith) tentang hadith yang diriwayatkan oleh Rouh Bin Ubadah, daripada Hammad, daripada Muhammad bin ‘Amr, daripada Abi Salamah, daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda:

"Apabila seseorang di antara kamu mendengar azan sedangkan di tangannya ada bekas (makanan / minuman), maka janganlah dia meletakkannya sehinggalah dia menunaikan hajatnya daripada bekas tersebut"

Aku berkata lagi kepada bapaku bahawa Rouh juga meriwayatkan daripada Hammad, daripada ‘Ammar Ibn Abi ‘Ammar, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW sama seperti hadith di atas tetapi ada penambahan lafaz: "dan adalah muazzin melaungkan azan apabila telah terbit fajar".

Kata bapaku: "kedua-dua hadith (yang kamu sebutkan tadi) TIDAK SAHIH"

1.2:

Dalam kitab Ikmal Tahzib Al-Kamal (halaman 1325, Terbitan Al-Faruoq Al-Hadithiyyah), dinukilkan bahawa Imam Nasaie berkata berkenaan hadith di atas:

حمقاء أصحاب الحديث ذكروا من حديثه حديثا منكرا عن محمد بن عمرو عن أبي سلمة عن أبي هريرة : إذا سمع أحدكم الأذان والإناء على يده

"Orang-orang yang bodoh daripada kalangan Ahli Hadith menyebutkan salah satu daripada hadithnya (hadith Hammad) ialah HADITH MUNKAR daripada Muhammad Ibn ‘Amr daripada Abi Salamah, daripada Abu Hurairah: "Apabila seseorang di antara kamu mendengar azan sedangkan di tangannya ada bekas…"

2) MASALAH PADA MATAN

2.1: Bercanggah dengan ayat Al-Quran

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

"Dan makanlah dan minumlah SEHINGGA jelas bagi kamu benang putih dari benang hitam, iaitu FAJAR" (Al-Baqarah: 187)

Apabila azan subuh dilaungkan, maknanya waktu fajar sudah masuk. Maka tidaklah dibolehkan makan atau minum sebaik sahaja muazzin memulakan azan subuh.

2.2: Bercanggah dengan hadith yang LEBIH SAHIH

إن بلالا يؤذن بليل فكلوا واشربوا حتى يؤذن ابن أم مكتوم

"Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam (sebelum masuk waktu subuh). Maka makanlah dan minumlah SEHINGGA Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan (iaitu azan kedua atau azan subuh)" (Bukhari dan Muslim)

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa apabila azan subuh sudah berkumandang, maka tidak dibenarkan lagi makan dan minum. Kecualilah jika sekiranya kita menyangka muazzin itu tersalah lalu melaungkan azan sebelum masuk waktunya.

2.3: Bercanggah dengan akal yang sihat

Katakanlah ada dua surau yang berhampiran yang jarak di antara keduanya tidak sampai 1km (dalam zon waktu solat yang sama). Surau A, muazzinnya azan agak laju. Dalam masa seminit, dia sudah selesai melaungkan azan. Surau B, azannya agak perlahan. Slow and steady je. Siap bawa taranum dalam azan. Muazzin Surau B habis azan dalam masa 2 minit (sebagai contoh). Maka, ahli kariah Surau B dapat ‘masa kecederaan’ lebihlah kalau macam tu? Adilkah? Bukankah kedua-dua surau terletak dalam ZON YANG SAMA? Jarak tak jauh kan? Macam mana boleh berbeza pula masa kecederaannya?

Andaikata Surau A tukar muazzin (sebab jeles dengan Surau B). Kali ini masa kecederaannya 2 minit setengah pula. Bolehkah macam tu? Bagai mana mungkin ibadat puasa yang agung ini ‘diikat’ dengan sesuatu yang tidak tetap macam ni?

3) ANDAIKATA HADITH DI ATAS SAHIH?

Andaikata hadith tersebut sahih sekalipun, kita perlu faham bahawa hadith Abu Daud di atas menceritakan tentang azan pertama, iaitu azan Saidina Bilal. Bukannya azan subuh. Hadith Bukhari dan Muslim pada point 2.2 di atas sangat jelas menunjukkan beza antara kedua-dua azan tersebut. Manakala hadith Abu Daud tidak sebut pun azan yang mana. Maka hadith Abu Daud itu perlu ditafsirkan dengan hadith Bukhari Muslim itu yang LEBIH SOHIH DAN SORIH. Inilah yang difahami oleh para ulama yang mensyarahkan Sunan Abi Daud sebenarnya.

3.1:

Pengarang Kitab Al-Manhal Al-‘Azb Al-Maurud Syarah Sunan Abi Daud berkata:

قوله إذا سمع أحدكم النداء الخ … أي الأذان الأول للصبح وهو أذان بلال فإنه كان يؤذن قبل طلوع الفجر ليرجع القائم ويتنبّهُ النائم كما تقدم .

"(Kata-kata) : ‘apabila salah seorang di antara kamu mendengar azan…’ : iaitu AZAN PERTAMA untuk subuh, iaitu azan Bilal, kerana Bilal melaungkan azan SEBELUM terbit fajar, agar orang yang berqiamullail balik ke rumah dan orang yang tidur pula berjaga, seperti mana yang (telah dijelaskan) sebelum ini"

3.2:

Maulana Khalil Ahmad As-Saharanpuri berkata dalam Bazlul Majhud (syarah Sunan Abi Daud):

هذا يحمل على قوله " إن بلالا يؤذن بليل فكلوا واشربوا حتى يؤذن ابن أم مكتوم " وقال البيهقي : هذا أرجح ، فإنه محمول عند عوام أهل العلم على أنه صلى الله عليه وسلم علم أن المنادِي كان ينادي قبل طلوع الفجر

“Hadith ini (hadith yang mengatakan boleh makan semasa azan) ditakwilkan mengikut hadith: "Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam (sebelum masuk waktu subuh). Maka makanlah dan minumlah SEHINGGA Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan (iaitu azan kedua atau azan subuh)" (Bukhari dan Muslim). Dan berkata Imam Al-Baihaqi: INILAH YANG LEBIH TEPAT. Kerana kebanyakan ahli ilmu mentakwilkannya dengan mengatakan bahawa Nabi SAW (membenarkan makan kerana Baginda SAW) mengetahui bahawa muazzin (pada ketika peristiwa itu) melaungkan azan sebelum terbit fajar”.

3.3

Dalam Syarah Sunan Abi Daud yang lebih ‘senior’, iaitu Kitab Ma’alim As-Sunan, pengarangnya, Imam Khattabi mensyarahkan hadith Abu Daud di atas dengan mengatakan:

هذا على قوله أن بلالاً يؤذن بليل فكلوا واشربوا حتى يؤذن ابن أم مكتوم ، أو يكون معناه إن سمع الأذان وهو يشك في الصبح

“Hadith ini (difahami) mengikut hadith: "Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam (sebelum masuk waktu subuh). Maka makanlah dan minumlah SEHINGGA Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan (iaitu azan kedua atau azan subuh)" (Bukhari dan Muslim). Atau makna hadith ini (hadith yang kata boleh makan) ialah: jika seseorang itu mendengar azan dalam keadaan dia syak benarkah telah masuk waktu subuh”

4) KEEMPAT-EMPAT MAZHAB TIDAK BERKATA : BOLEH MAKAN SELAGI AZAN BELUM TAMAT

Imam Nawawi menyebutkan dalam kitabnya, Al-Majmu’ (Jilid 6, halaman 324, Cetakan Al-Muniriyyah):

هذا الذي ذكرناه من الدخول في الصوم بطلوع الفجر وتحريم الطعام والشراب والجماع به هو مذهبنا ومذهب أبي حنيفة ومالك وأحمد

“Apa yang kami sebutkan ini, iaitu masuknya (bermulanya) waktu puasa DENGAN TERBITNYA FAJAR dan diharamkan makan, minum dan jima’ ini adalah mazhab kami dan mazhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad rahimahumullah”

KHATIMAH

Sudah jelas bahawa apabila kedengaran suara azan subuh, maka tidak dibolehkan lagi makan, minum dan jima’ pada waktu tersebut kerana azan itu menandakan masuknya waktu subuh, kecualilah jika kita menyangka muazzin tersalah lalu melaungkan azan sebelum waktunya. Manakala hadith yang dijadikan hujah tersebut perlu difahami dengan betul, selari dengan ayat Al-Quran, hadith Bukhari Muslim dan kefahaman para ulama zaman-berzaman. Sebagai penutup, marilah kita merenung kata-kata Imam Abdullah Ibnu Wahb:

كل صاحب حديث ليس له إمام في الفقه فهو ضال

“Setiap ahli hadith yang tidak mempunyai imam dalam ilmu fiqh adalah sesat”

Wallahu a’lam.

Akhukum fi As-sunnah,

Abu Raihanah Abdur Rahman Harman Shah Raniri

23 June 2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Sheikh Nuruddin memberikan sebuah kata hikmah yang sangat diperlukan kita pada hari ini.

“Mungkin saja, satu kemaksiatan yang dilakukan seseorang, yang menjadikan hatinya bersedih dan kembali kepada Allah, maka itu lebih baik dari berbuat ketaatan tetapi ada takabbur. Maksiat yang membuatkan kita jadi malu, merasa hina, segan dengan Orang lain, itu jauh lebih baik dari banyak berbuat ketaatan, yang membuatkan kita jadi ujub dan sombong .”

Daripada kata hikmah ini banyak pengajaran boleh kita ambil :

1. Jangan hina pendosa

2. Jangan rasa hebat bila berbuat ketaatan

3. Jangan rasa selamat bila lihat diri dalam ketaatan

4. Jangan putus asa dari mohon keampunan

5. Sentiasa bersangka baik

6. Sentiasa melihat aib diri sendiri

7. Sentiasa tanam sifat malu kepada Allah

8. Sentiasa memohon taufiq & hidayah kepada Allah supaya diberikan cinta kepada Ketaatan.

Pesan Sheikh lagi, kalau kita berbuat ketaatan lihat permulaannya siapa yang beri kita taufiq dan hidayah untuk berbuat ketaatan (Yakni Allah), kalau melakukan maksiat, lihat penghujungnya, apakah nasib kita di alam akhirat, azab yang kita bakal hadapi jika melakukan maksiat, dosa dan kesalahan tersebut.

 

23 June 2015 Posted by | Bicara Ulama, Tasauf, Tazkirah | | Leave a comment

KEJATUHAN TOTAL EMAPAYAR OTHMANIAH & KAITANNYA DENGAN BANK DAN HUTANG

KEJATUHAN TOTAL EMAPAYAR OTHMANIAH & KAITANNYA DENGAN BANK DAN HUTANG

Sejarah jatuh bangunnya Islam ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami, samada untuk mengelakkan kejatuhan atau mahu membangunkannya semula.

Bedah sejarah kali ini menyorot kembali kronologi kejatuhan Empayar Othmaniah dan kaitannya dengan bank dan hutang. Bagus dibaca oleh para pegawai negara dan ibubapa. Jika tidak faham sekali, silalah diulang baca semula.

Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah. Ianya bukan satu proses semulajadi, tetapi satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknologi membawa saudara kembar yang menjadi ‘protokol atau prosedur’ bersama-samanya, iaitu bon-bon, sekuriti, wang kertas dan lain-lain instrumen kewangan.

Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak lagi boleh dipakai. Mereka mensasarkan Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat Islam mesti diketepikan. Keputusan para Ulamak dalam hal-hal perniagaan tidak diperlukan lagi.

Sebelum itu umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan. Masyarakat Yahudi dan Nasrani membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan dibenarkan tidak ikut serta dalam urusan ketenteraan dan keselamatan negara.

Pekara yang sebaliknya berlaku selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi, kononnya untuk memodenkan Khilafah Othmaniah. Orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN (Masters) yang kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pula menjadi miskin.

Seterusnya Sultan Mahmud II pula buat silap. Beliau membentuk Tentera Diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad yang bermodalkan tauhid diganti dengan tentera ‘bergaji’. Sistem demokrasi diperkenalkan. Jawatan Wazir Besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.

Kemudian Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit. Sistem Kerajaan Tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkan sistem perniagaan Bazaar juga khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil ‘imaret’ dan ‘millet’ (majlis perlindungan bagi golongan minoriti) tidak lagi berfungsi .

Pendidikan dua aliran diperkenalkan, iaitu tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain-lain institusi kewangan moden. Penjajahan ini berlaku secara tidak sedar atas nama ‘memodenkan’ empayar Othmaniah.

Undang-undang Islam ke atas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran (administrative centralization) menggantikan sistem Autonomi Amiriah tempatan.

Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. NASIHAT DARI FINANCIAL PLANNER YAHUDI diperlukan bagi memodenkan empayar.

Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada agenda reformasi tanzimat beliau dianugerahkan “Nishan-I Iftihar” dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan Dinar dan Dirham. Ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI ke atas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, para banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden berunsur riba melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan ini memberi mereka peluang untuk membuka bank-bank baru.

Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan.

Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Ini kerana kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest.

Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856. Ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,000 Pound Sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat membawa kepada system kuasa berada di tangan para pemilik banker Yahudi Antarabangsa.

Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui ‘Alphonse de Rothchilds’. Bapanya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.

Kerja-kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya ‘La Bank Imperiale Ottomane’ pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund.

Bank ini menjadi bankers bank dengan deposit, pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, mengurus jual beli, membincang pembelian komoditi, memberi dana, melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan serta mencetak wang baru.

Bank Camondo hanyalah bank biasa. Ottoman bank pula ialah bank dengan dana tempatan. Seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system ‘penguasaan kewangan’ telah diletakkan batu asasnya di situ.

Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit lagi. Tiada aktiviti masyarakat yang terlepas dari sistem Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan, seterusnya dana kewangan dan pelaburan, semuanya melibatkan bank.

MEREKA BERJAYA MENJADI TUAN KEPADA DUNIA (Masters of the Worlds). Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan ‘jaminan tranformasi sosial’ kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan ‘kejuruteraan sosial’.

PADA WAKTU ITU JIZYAH SUDAH BERKUBUR. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian sudah jadi penggerak Empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga, ‘undang-undang tanah baru’ menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867, ORANG ASING DIBENARKAN MEMBELI TANAH.

STRATEGI DI SEBALIK PROJEK KERETAPI

Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna. Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah besarnya peranan penipuan oleh bank-bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon-bon kerajaan Othmaniah.

Pada tahun 1873 berlaku ‘Crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon-bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembangunan fizikal dalam bentuk ‘konkrit bangunan’ semata-mata. Ia suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa, tetapi didalangi dengan angka-angka pada dokumen kewangan yang dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah DIISTIHARKAN MUFLIS kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan CUKAI TERHADAP RAKYAT.

Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria di bawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.

Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah KEJATUHAN KHILAFAH OTHMANIAH itu sendiri.

Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum reformasi tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai-pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur-ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan dan akhirnya beliau BERJAYA MENGURANGKAN HUTANG KERAJAAN.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Demi mendapatkan Palestin, mereka tawarkan untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah.

Bagaimana golongan yang tidak mempunyai tanahair sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar dunia? Jawapannya ialah satu bentuk KUASA BARU TELAH MUNCUL. Kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat sahaja. Kuasa politik pula dijadikan alat bank untuk menjayakan projeknya.

Sultan Abdul Hamid bertegas. Beliau telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

“Saya cadangkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan usaha mendapatkan tanah Palestin. Saya tidak akan menjualnya walau sejengkal kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Mereka telah membentuk dan mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah. Kami akan pertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Puak yahudi boleh simpan sahaja wang mereka yang banyak itu. Bila Empayar ini berpecah nanti, maka mereka bolehlah ambil Palestin secara percuma. Tetapi mesti langkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..”

Akhirnya Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga, pejabat pertama zionis di buka di Palestin di bawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924. (Bersambung)

KESIMPULAN

Perhatikan bagaimana sejarah kembali berulang. Bagaimana dirancang pembangunan, berjual beli dengan hutang dalam agenda memufliskan dan menawan sebuah negara.

Bila sudah dicekik sampai lemas, Zionis akan masuk dengan skrip membebaskan hutang melalui sistem kewangan ciptaan mereka. Mangsanya adalah rakyat yang menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pemimpin untuk membela nasib mereka.

Pattern sejarahnya sama sahaja kerana mereka menggunakan ilmu keruruteraan sosial yang sama. Kita digula-gulakan dengan pembangunan projek mega, ditawarkan hutang dan hujungnya menggadai negara melalui bon, sukuk, emas dan hasil negara.

Semuanya terjadi kerana wang. Sistem ekonomi dan pengurusan hazanah negara melalui konsep baitulmal ciptaan Islam ditinggalkan dan diganti dengan sistem beracun ciptaan musuh Islam yang sengaja direka untuk melemahkan dan membunuh kita.

Ini bukan rekayasa seperti amalan biasa keyboard warrior. Kita sedang berhadapan dengan satu agenda besar tanpa kebanyakan dari kita sedar dan percaya. Cendiakawan kewangan kita yang sedang menasihati pemimpin negara juga tidak ‘merasa sesuatu yang pelik’ kerana ekosistem ilmu mereka juga sudah diadun dari sumber yang sama.

Kita perlukan evolusi dan revolusi yang mantap, bukan sekadar reformasi dan transformasi yang flip flop dan bersifat wal hasil balik asal.

Oleh itu, kami yakin khilaf ini akibat liciknya musuh negara, juga kerana kejahilan serta kelalaian pemimpin dan para penasihatnya. Daripada marah dan kecewa, kita sudah mula kasihan dan simpati pada kejahilan mereka. Tidak dapat kami bayangkan betapa setiap malam adalah mimpi ngeri bagi para pemimpin negara yang memikirkannya (kecuali yang jenis ‘happy go lucky’).

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk saling ingat mengingati dan nasihat menasihati, dengan sabar dan penuh kasih sayang. Khilaf yang telah berlaku harus kita sama-sama bantu mencari penyelesaiannya, bukan sekadar mengutuk dan menyumpah semata-mata. Jika gagal, kita semua bakal menanggung akibatnya samada suka mahupun terpaksa. Sekali terjajah, berabad kita bakal menderita.

Kisah seterusnya akan menyentuh kronologi sampingan yang menyebabkan kejatuhan empayar Othmaniah dan kejatuhan Palestine.

Bedah sejarah
WARGA PRIHATIN

Dari Whatsapp Ust Abdul Halim Abdullah.

23 June 2015 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan, Tazkirah | Leave a comment

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN | Laman Web Rasmi JAIS

KEWAJIPAN BERPUASA

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

“Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.

1. Pintu langit dibuka

2. Pintu-pintu syurga di buka

FADHILAT YANG LAIN

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga

2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT

3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak

4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt

5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga

6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN

Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

Solat sunat Tarawih
Solat-solat sunat yang lain
Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
Memberikan hidangan berbuka puasa
Banyakkan membaca tahlil
Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

Sumber:
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Bangunan Sultan Idris Shah,
Tingkat 1 Menara Selatan
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor
Tel: 03-55143400 Fax: 03-55103368
Email: info@jais.gov.my

23 June 2015 Posted by | Ibadah, Tazkirah | Leave a comment

Bulan Ramadhan berhenti bercerita hal orang….

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, berusahalah untuk BERHENTI bercerita peribadi atau urusan individu ORANG LAIN. Termasuklah dari komen-komen di media sosial ini. Komen di berita-berita akhbar yang menyentuh urusan orang lain yang tiada kena mengena dengan kita.

JANGAN sampai puasa itu hanya lapar dahaga tetapi Allah swt tidak mengendahkannya.

Nabi bersabda Ertinya :
Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata buruk, dan perbuatan buruk, maka tiadalah bagi Allah hajat kepada penahanan makanan dan minuman (seseorang yang berpuasa itu)”
( Riwayat Al-Bukhari)

Ibn Al-`Arabi dan al-Qaradawi masing-masing mengulas bahawa pahala puasa akan hancur dengar kesalahan-kesalahan ini, puasa tidak batal tapi pahalanya batal, hingga jadilah puasanya kosong, lagi gagal menghasilkan taqwa yang menjadi sasaran.

Umar ibn Al-Khattab berkata :
“Puasa bukan hanya menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga dari bercakap bohong, tipu dan cakap kosong”

Ust Zaharuddin.

23 June 2015 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE. RH

KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE. RH
.
“Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta.”
– (Imam AsSyafie)
.
“Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya.”
– (Imam asSyafi’e)
.
“Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”
– (Imam asSyafie)
.
Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun.
– (Imam asSyafie)
.
Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.
– (Imam asSyafie)
.
Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika dia berpendapat salah.
– (Imam asSyafie)
.
Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.
– (Imam asSyafie)
.
Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik sesama manusia.
– (Imam AsSyafie)
.
“Pentingnya menyebarkan ilmu agama.
– (Imam asSyafie)
.
Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, Menjadi mati lalu membusuk.”
– (Imam syafie)
.
“Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran.”
– (Imam Syafie)
.
“Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.” – (Imam as Syafie)
.
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
– (Imam asSyafie)
.
Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
– (Imam Syafie)
.
Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan.
– (Imam asSyafie)
.
Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu”
– (Imam asSyafie)
.
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
.
Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
– (Imam asSyafie)
.
“Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu Ya Allah… ternyata keampunanMu jauh lebih besar.”
– (Imam syafie)
.
“Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit”
– (Imam asSyafie)
.
Letakkan akhirat di hatimu, dunia di genggaman tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.
– (Imam asSyafie)
.
Sebesar-besar aib (keburukan) pada diri sesaorang adalah orang yg asyik mencari dn mengata keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri nya sendiri.
– (Imam asSyafie)
.
Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana dia tak tahu akan landasan ilmu.
– (Imam asSyafie)

Sumber.

20 June 2015 Posted by | Bicara Ulama, Renungan & Teladan, Tazkirah | Leave a comment

ALLAH ADAKAN DISETIAP NEGERI (TIDAK KIRA SIAPA YG

Firman Allah Taala maksudnya:

“Dan demikianlah Kami adakan disetiap dalam tiap2 negeri orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya dinegeri itu. Padahal tiadalah mereka memperdayakan selain daripada dirinya sendiri ( kerana merekalah yang akan menerima akibat yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya.”

(Surah An-An’am 6/ Ayat 123)
——————————-

Mengikut Tafsir Al-Maraghiy,
Sesungguhnya sunnah Allah Swt kepada umat manusia telah ditetapkan, bahwa setiap kota besar dari suatu bangsa atau umat, samada dikalangan mereka telah diutuskan rasul atau tidak, terdapat para pemimpin jahat yang melakukan tipu daya keatas rasul atau orang2 yang salih.

Demikianlah halnya berlaku pada setiap generasi umat manusia, apalagi pada masa sekarang yang penuh dengan kerakusan dan ketamakan untuk naik menjadi pemimpin atau pembesar negara.

Yang adanya untuk mendaki tangga naik keatas itu dari awal lagi telah menggunakan pelbagai cara penipuan dan tipu helah bagi memastikan seseorang pemimpin itu dapat naik keatas menjadi pemimpin utama disebuah negara.

Yang dimaksudkan pemimpin jahat iaitu orang yang melawan seruan kearah kebaikan dan memusuhi para ulama’ pewaris nabi2 dan juga memusuhi mereka yang melakukan kerja2 amar maaruf dan mencegah kemungkaran.

Menurut Tafsir Ibnu Katsir pula,

Ibnu Abi Talhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, ayat ” penjahat2 yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu” yakni Allah menjadikan orang2 yang paling jahat diantara mereka sebagai penguasa, lalu mereka berbuat durjana dinegeri tersebut. Jika mereka melakukan demikian , maka Allah akan binasakan mereka dengan azab.

Hakikat dalam masyarakat dulu dan kini;

Ramai para pemimpin utama Quraisy di Makkah dulu memiliki sifat2 begini , diantaranya Abu Jahal, Abu Lahab, Utbah, Abu Suffian dan lainnya.

Orang2 yang memiliki sifat yang sama dizaman mutakhir ini adalah meneruskan kerja2 keji yang pernah dilakukan oleh pembesar Quraisy itu.

Allah Swt menegaskan para pemimpin yang melakukan kerja tipu daya ini, sesungguhnya mereka menipu diri mereka sendiri.
Sunnatullah telah menunjukkan bahwa setiap kerja jahat itu akan terkena balik pada diri si pelakunya sendiri.

Allah Swt telah memberikan jaminan bahwa perjuangan menegakkan yang hak itu akhirnya dapat mengalahkan perjuangan yang batil.

Ayat diatas memberikan motivasi kepada Rasulullah Saw dan para sahabat Ra untuk bersabar dalam perjuangan Islam
menghadapi puak kuffar di Makkah dan Madinah .

Ayat ini sudah pasti memperingatkan setiap pendukung risalah Islam dan juga kerja2 dakwah bahwa setiap kerja2 kebaikan itu
akan penerima penentangan dari para pemimpin yang ada kerana mereka itu akan berusaha bermatian untuk mengekalkan kuasa yang mereka ada.

Kita renung sejenak kepada sejarah bumi Masir , apa yang telah dilakukan oleh Gamal Abdul Nasir, Anwar Sadat, Hosni Mubarak dan juga Al-Sisi. Berapa ramai para pemimpin Islam telah dianiaya .

Banyak lagi pemimpin2 dunia umat Islam yang telah mencatatkan sejarah hitam dinegara masing2.

Akhir sekali, berwaspada terhadap para pemimpin yang diberi gelaran “orang2 besar yang jahat” ini kerana sekiranya kita membantu para pemimpin yang jahat dan zalim itu dikhuatiri diri kita sendiri akan terkena percikan api neraka , seperti yang disebutkan dalam surah Hud 11/ayat 113 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang2 zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, sesungguhnya kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah…”

Ingatlah, ini amaran keras daripada Allah Swt sendiri dalam Al-Quran !

Rujukan

Tafsir Ahmad Mustaffa Al-Maraghiy – Jilid 4

Sahih Tafsir Ibnu Katsir -Jilid 3

(Sumber)

20 June 2015 Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah | Leave a comment

MASUK SYURGA MELALUI PINTU YANG DISUKAI

Siapakah wanita yang menjadi ahli syurga? Apakah ciri2 atau sifat2 yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga? Sebuah hadith Nabi menyatakan:
Daripada Anas,Nabi ﷺ bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu,BERPUASA SEBULAN (RAMADHAN),menjaga kehormatan dan taat kepada suami,dia akan disuruh memasuki syurga melalui MANA2 PINTU YANG DIA SUKAI (Hadith riwayat Ahmad)

Berpuasa sepanjang Bulan Ramadhan adalah kewajipan wanita yang akan MEMUDAHKANNYA untuk masuk syurga DARI ARAH PINTU MANA SAHAJA YANG DIA SUKAI.Keistimewaan ini tidak dimiliki oleh lelaki.Ini menunjukkan Allah meninggikan martabat dan darjat wanita solehah selama mereka menunaikan perintah Allah dan menjaga dari segala yang diharamkan ke atas mereka.

(Rujukan Kitab Kunci Mendapatkan Syurga di Dunia dan Akhirat,Bab 14: Masuk Syurga Melalui Pintu Yang Disukai,mukasurat 191)

19 June 2015 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Utamakan pembetulan tajwid

Utamakan pembetulan tajwid berbanding mengejar2 untuk khatam Quran semasa tadarus
Ibnu ‘Abbas Rodiyallahu ‘Anhuma berkata: Aku lebih suka membaca surah2 yang pendek   al-Qari’ah ataupun al-Zalzalah dengan TARTIL (dengan bertajwid) daripada surah2 panjang seperti al-Baqarah atau Ali ‘Imran tetapi tidak membacanya dengan tajwid

Membaca al-Quran dengan BERTAJWID walaupun tak sempat khatam itu LEBIH BAIK daripada membaca al-Quran serta khatam tetapi tidak bertajwid

Minta kawan kita yang mahir atau guru Quran menyemak bacaan kita semasa tadarus,jangan baca sorang2 Quran tu
Kalau kita sia2kan dan tidak ambil kisah untuk memperbaiki kualiti tajwid di dalam pembacaan Quran di Bulan Ramadhan,maka KESALAHAN yang kita lakukan akan berterusan selepas Ramadhan berlalu nanti

Ust Hanif Talib

19 June 2015 Posted by | Ibadah, Tazkirah | Leave a comment

Amalan kesukaan Nabi Muhammad S.A.W di bulan Ramadhan | Islam Itu Indah

AMALAN KESUKAAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI BULAN RAMADHAN

AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)
Membaca al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.
Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”
Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)
Qiamullail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Solat tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
Mengerjakan umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Zakat fitrah
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Anda mungkin juga meminati:
Panduan Puasa – Mukadimah
Bentuk peribadi Islam melalui tadarus al-Quran
Jiwa baru selepas proses madrasah Ramadan
Ukuran Waktu Berbuka Bagi Orang Musafir
Menghayati keistimewaan bulan Rejab
Linkwithin

Tags: Allah Taala, Bacaan Al Quran, Berbuka Puasa, Berpuasa, Bulan Ramadan, Bulan Ramadhan, Fajar, Gemar, Ibn Majah, Keimanan, Khatam Al Quran, Malaikat Jibril, Nabi Muhammad, Pahala, Rasulullah, Sedekah, Solat Tarawih, Solat Terawih, Surah Al Baqarah, Tirmizi

19 June 2015 Posted by | Informasi, Renungan & Teladan, Tazkirah | Leave a comment

Solat Tarawih 20 Rakaat Bidaah?

Akhir-akhir ini kian santer rasanya orang-orang yang meneriakkan bahwasannya Shalat Tarawih 20 rakaat itu Bid’ah, yang dilakukan Nabi SAW hanya 8 rakaat ditambah 3 rakaat sebagai Witir. Entah hal itu disuarakan di Mimbar-Mimbar, Majalah, selebaran, Radio, TV dan khususnya di Media Internet.

Sebenarnya bagi kami Ahlussunah Wal Jama’ah yang berpegangan pada salah satu Imam dari Madzhab 4 yang tak lain adalah Generasi Salaf, tak ada masalah jika ada yang melakukan Tarawih 8 rakaat bahkan 2 rakaat pun juga tak masalah. Yang jadi masalah adalah ketika ada orang yang melakukan Shalat Tarawih 8 rakaat ditambah Witir 3 rakaat kemudian menganggap lebih dari itu adalah Bid’ah.

Pada dasarnya Shalat Tarawih sendiri tidak dibatasi oeh Rasulullah SAW, hanya saja ada sekelompok orang yang salah faham akan sebuah Hadits yang dianggapnya sebagai Shalat Tarawihnya Rasulullah, sedangkan yang berbeda dengan pemahamannya dianggap Salah dan Bid’ah.

Baiklah untuk memperjelas seperti apa sebenarnya Shalat Tarawih yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang kemudian dilanjutkan oleh Generasi Sahabat di bawah pimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin. Kemudian dilanjutkan oleh Generasi Tabi’in sampai pada masa Para Imam Madzhab, berikut ini adalah penjelasan rinci tentang hal tersebut:

Shalat Tarawih adalah termasuk Qiyamullail (menghidupkan malam dengan Ibadah) di Bulan Ramadhan, dan ini adalah termasuk Shalat Sunnah yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan Para Sahabat yang pada awalnya dilakukan sendiri-sendiri akan tetapi pada akhirnya dilakukan dengan cara berjama’ah.

Telah diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah r.a. beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW Shalat di Masjid kemudian diikuti orang-orang, kemudian Shalat lagi di malam berikutnya maka orang-orang yang Shalat semakin banyak. Kemudian di malam ketiganya orang-orang telah berkumpul (di Masjid) akan tetapi Rasulullah SAW tidak keluar. Ketika tiba di pagi harinya Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh aku telah melihat apa yang kalian lakukan, (sebenarnya) tiada yang menghalangiku keluar kepada kalian melainkan aku takut Shalat Tarawih diwajibkan atas kalian”. (HR. Bukhari no. 2012 dan Abu Daud no. 1373).

Ketika para Sahabat mengetahui sebab tidak keluarnya Rasulullah SAW itu karena khawatir Shalat Tarawih itu diwajibkan kepada mereka bukan karena pada Qiyamullail tersebut ada pelanggaran secara Syariat, sehingga malam berikutnya para Sahabat tetap pergi ke Masjid dan melakukan Shalat di Masjid. Sebagian mereka ada yang Shalat sendirian dan sebagian ada yang berjama’ah dan hal ini berlangsung sampai pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.
Suatu ketika Sayyidina Umar r.a. memasuki Masjid dan menemukan mereka dalam jumlah yang banyak sehingga Masjid penuh sesak oleh Para Sahabat dan Tabi’in, dan setiap orang ada yang Shalat sendirian ada pula yang berjama’ah dengan temannya.

Sayyidina Umar r.a. memandang hal ini dengan pandangan penuh wawasan terhadap keadaan mereka untuk mencarikan jalan keluar agar mereka lebih Khusyu’. Sehingga beliau memberi ketetapan dengan mengumpulkan mereka pada satu Imam yaitu Sayyidina Ubay Bin Ka’ab r.a. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abdurrahman Bin Abdulqori, beliau berkata:

“Suatu ketika aku keluar ke Masjid bersama Umar Bin Khattab r.a. pada suatu malam di Bulan Ramadhan, sedangkan orang-orang terpisah-pisah, ada yang Shalat sendirian ada pula yang Shalat kemudian diikuti oleh sekelompok orang. Kemudian Umar berkata: “Sungguh aku memandang andai aku kumpulkan mereka pada satu Imam tentunya itu lebih baik”.
Kemudian beliau mengumpulkan mereka pada Ubay Bin Ka’ab, kemudian aku keluar bersama Umar pada malam lainnya sedangkan orang-orang Shalat dengan Imam mereka, kemudian Umar berkata: “Sebaik-baik Bid’ah adalah ini, sedangkan yang tidur terlebih dahulu kemudian bagun di akhir malam itu lebih utama, sedangkan orang-orang melakukannya di awal malam”.
(HR. Bukhari no. 2010).

Dalam hal ini apa yang dilakukan oleh Sayyidina Umar tidak diingkari oleh seorangpun dari Kalangan Sahabat sedangkan hal ini belum ada sebelumnya akan tetapi mereka tahu bahwa apa yang dilakukan oleh Sayyidina Umar tidaklah menyalahi As-Sunnah. Nabi Muhammad SAW ketika memutuskan untuk tidak keluar di malam ketiga Ramadhan hanya karena khawatir Qiyamullail tersebut diwajibkan atas mereka. Sedangkan setelah Nabi Muhammad SAW wafat sehingga turunnya Wahyu tentang suatu Hukum itu telah terhenti, pun di sana tiada satu hal yang mencegah mereka untuk Shalat berjama’ah pada satu Imam di Masjid, terlebih dalam jama’ah itu tentunya lebih sempurna dalam hal kekhusyu’an dan lebih banyak pula pahalanya dari pada Shalat sendirian. Sedangkan Rasulullah SAW bersabda:

“Hendaknya kalian mengikuti Sunnahku dan Sunnahnya Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendapatkan hidayah, berpegang teguhlah dengan Sunnah tersebut”. HR. Ahmad (Juz 4 hal. 126), Abu Daud no. 4607, Tirmidzi no. 2676 dan Ibnu Majah no 43.
Di sisi Rasulullah SAW juga bersabda:
“Ikutilah 2 orang ini setelahku, yaitu Abu Bakar dan Umar”. HR. Ahmad (Juz 5 hal. 382), Tirmidzi no. 3662 dan Ibnu Majah no. 97

Maka dari itu Sayyidina Umar r.a. memperbanyak bilangan rakaatnya akan tetapi meringankan bacaanya dari pada memanjangkan satu rakaat akan tetapi memberatkan Makmum.

Sedangkan apa diucapkan oleh beliau tentang “Sebaik-baik Bid’ah adalah ini”, itu hanya dimaksudkan Qiyamullail di awal malam tidak seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang melakukan di pertengahan malam atau di penghujungnya. Hal ini sebagaimana telah dikatakan oleh Sayyidina Umar pada Hadits sebelumnya yaitu:

“Sedangkan yang tidur terlebih dahulu kemudian bagun di akhir malam itu lebih utama, sedangkan orang-orang melakukannya di awal malam”. Begitu juga penafsiran dari Perawi Hadits tersebut yaitu Sayyidina Abdurrahman r.a. tentang hal tersebut.

Sedangkan ada sekelompok orang dari kalangan Salaf yang melakukan Qiyamullail Ramadhan dengan bilangan 40 Rakaat ditambah 3 rakaat Shalat Witir sedangkan yang lainnya melakukan Shalat Tarawih 36 rakaat ditambah 3 rakaat Shalat Witir dan lain-lain sebagaimana yang akan kami sebutkan nanti, Insya Alah.

Adapun dalil secara terperincinya adalah sebagai berikut:

Dari Yazid Bin Ruman, beliau berkata: “Orang-orang pada masa Umar melakukan Qiyamullail di Bulan Ramadhan dengan 23 rakaat”. (HR. Malik dalam Al-Muwaththo’ hal. 106).

Dari Sayyidina Saib Bin Yazid r.a. beliau berkata: “Dahulu pada masa Uman Bin Khattab r.a. orang-orang melakukan Qiyamullail pada Bulan Ramadhan 20 rakaat dengan membaca 200 ayat, sedangkan pada masa Utsman r.a. mereka bersender pada tongkat karena lamanya berdiri”. (HR. Bayhaqi dalam As-Sunan Al-Kubra Juz 2 hal. 496 dan dishahihkan oleh Al-‘Aini dan Al-Qasthalani dalam Syarah mereka terhadap Shahih Bukhari, Begitu juga As-Subuki dalam Syarah Al-Minhaj, Al-Kamal Bin Al-Hamam dalam Syarah Al-Hidayah, Al-‘Iraqi dalam Syarah At-Taqrib dan Imam Nawawi dalam Al-Majmu’.)

Imam Al-Maruzi meriwayatkan dari Zaid Bin Wahab, beliau berkata: “Dahulu Abdullah Bin Mas’ud melakukan Shalat bersama kami pada bulan Ramadhan, kemudian beliau pulang sedangkan malam masih tersisa”, Al-A’masy berkata: “Beliau telah melakukan Shalat 20 rakaat serta 3 rakaat witir”.
Begitu juga riwayat dari Daud Bin Qais, beliau berkata:
“Aku menemukan orang-orang pada masa pemerintahan Aban Bin Utsman dan Umar Bin Abdul Aziz di Madinah melakukan Qiyamullail (Shalat Tarawih) 36 rakaat serta 3 rakaat Witir”.
Begitu juga riwayat dari Nafi’, beliau berkata:
“Tidaklah aku menemui orang-orang melainkan mereka melakukan Shalat (Tarawih) 39 rakaat dengan 3 rakaatnya sebagai Witir”.

Imam Ibnu Hajar menukil bahwa Imam Malik berkata:
“(Shalat Tarawih) bagi kami (di Madinah) adalah 39 rakaat sedangkan di Mekkah 23 rakaat dan dalam hal ini tidak ada yang dipermasalahkan”.
Imam Ibnu Hajar juga menukil dari Imam Malik
“Bahwasannya Shalat Tarawih itu 46 rakaat serta Witir 3 rakaat”.
Diriwayatkan dari Zurarah Bin Aufa sesungguhnya beliau melakukan Shalat Tarawih dengan orang-orang di Bashrah 34 rakaat disertai Witir 3 rakaat, sedangkan Sayyidina Said Bin Jubair r.a. (melakukan Shalat Tarawih) 24 rakaat.
Dari Ishaq Bin Manshur, beliau berkata:
“Aku berkata kepada Ahmad Bin Hanbal: “Berapa rakaat Shalat Tarawih dilakukan pada bulan Ramadhan?”, beliau berkata: “Sungguh telah dikatakan hal itu bermacam-macam setidaknya 40 rakaat, (soalnya) ini hanya Sunnah”.
Imam Tirmidzi berkata:
“Kebanyakan yang dikatakan bahwasannya Shalat Tarawih itu 41 rakaat disertai Witir”.

Hal ini tidak lain adalah berbedanya pendapat 4 Madzhab tentang bilangan rakaat Tarawih sebagai berikut:

Madzhab Syafi’i, Hanafi dan Hanbali menyatakan bahwasannya Shalat Tarawih itu 20 rakaat dengan 10 kali Salam. Hal ini berdasarkan riwayat yang mereka ambil dari Kalangan Sahabat r.a. bahwasannya Para Sahabat melakuan Shalat Tarawih pada masa Sayyidina Umar, Sayyidina Utsman dan Sayyidina Ali sebanyak 20 rakaat. Dan ini pula yang diambil dalam Madzhabnya Imam Daud Adz-Dzohiri.
Imam Tirmidzi berkata:
“Kebanyakan Ahli Ilmu (Ulama’) itu berdasarkan riwayat dari Sayyidina Umar, Sayyidina Ali dan yang lainnya dari Kalangan Sahabat Rasulullah SAW, dan ini adalah pendapatnya Imam Nawawi dan Ibnu Mubarak”.
Imam Syafii berkata:
“Beginilah kami menemui orang-orang di Mekkah Shalat 20 rakaat”. Fiqh As-Sunnah Juz 2 hal. 54, Imam Tirmidzi Juz 3 hal. 170

Sedangkan Imam Malik melakukan Shalat Tarawih 46 rakaat selain Witir seperti yang dinukil oleh Imam Ibnu Hajar di Fath Al-Bari, sedangkan dalam riwayat lain dari Imam Malik itu 39 rakaat dengan 36 rakaat sebagai Tarawih dan 3 rakaat sebagai Witir.

Sampai di sini bisa kita tarik benang merah pada apa yang terjadi di Generasi Salaf dan Sahabat dan para pengikut mereka bahwa bilangan rakaat dalam Shalat Tarawih itu tidak dibatasi, bahkan Syeikh Ibnu Taymiyah Al-Hanbali (rujukan utama Wahhabi) berkata:
“Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW tidak menentukan bilangan tertentu dalam Shalat Tarawih, sedangkan barang siapa yang menyangka bahwa Qiyam Ramadhan (Tarawih) itu dibatasi dengan bilangan tertentu oleh Nabi SAW, tak lebih dan tak kurang, maka dia telah salah”. Disebutkan oleh Mulla Ali Al-Qari dalam Syarahnya Misykah Al-Mashabih hal. 175.
Sedangkan apa yang diriwayatkan oleh Sayyidah Aisyah berikut ini:
“Tidaklah Rasulullah SAW menambah lebih dari 11 rakaat di bulan Ramadhan dan selainnya”. HR. Bukhari no. 1096, Muslim no. 738, Abu Daud no. 1341, Nasai no. 1696, Tirmidzi 439 dan Malik dalam Al-Muwaththa’ juz 1 hal. 114.

Dalam riwayat tersebut tak lain yang dimaksud adalah bilangan rakaat Shalat Witir bukan Tarawih. Sebab Sayyidah Aisyah r.a. berkata: “Di Ramadhan dan selainnya”, sedangkan di luar Ramadhan tidak ada Shalat Tarawih bedahalnya dengan Shalat Witir, di Bulan Ramadhan ada dan di luar Ramadhan juga ada.

Bahkah Imam Tirmidzi mengatakan:
“Telah diriwayatkan dari Nabi SAW bahwasannya Shalat Witir itu 13, 11, 9, 7, 5, 3 dan 1 rakaat”.
Jika di luar Ramadhan saja Rasulullah melakukan Shalat Witir 11 atau 13 rakaat, apakah masuk akal jika Rasulullah melakukan Shalat Witir di Bulan Ramadhan yang merupakan Bulan Ibadah itu hanya 3 rakaat? Hal ini jika kita mengacu pada pendapat yang mengatakan 8 rakaat sebagai Tarawih dan 3 rakaat sebagai Witir, sungguh pemahaman yang sangat jauh.
Kemudian, jika kita katakan yang dimaksud dari 11 rakaat adalah Tarawih dan Witir, yakni 8 rakaat kita jadikan Tarawih dan 3 rakaatnya adalah Witir. Hal ini tentu bertentangan dengan apa yang ada pada Masa Sahabat di mana mereka melakukan Shalat Tarawih 20 rakaat sampai pada masa Imam Malik dan Imam Syafii.
Lantas, apakah masuk akal jika Sayyidah Aisyah r.a. mengetahui Tarawihnya Sahabat itu 20 rakaat kemudian beliau hanya diam saja menyaksikan mereka melakukan hal yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW?

Terus, apakah masuk akal jika semua Sahabat berkumpul untuk melakukan sesuatu yang kemudian mereka anggap sebagai Ijma’ (kesepakatan bersama) tanpa seorangpun yang mengingkarinya, kemudian hal ini dianggap menyalahi Syariat?

Sungguh demi Allah hal ini adalah pemahaman yang amat jauh sekali. Sedangkan sebagaimana diketahui adalah bahwasannya Shalat Tarawih di Masjidil Haram itu 20 rakaat tanpa seorangpun yang mengingkari bilangan ini dari Kalangan Ulama’ yang Mu’tabar (diakui keilmuannya). Semoga Allah menunjukkan kita ke jalan yang lurus.
Ibnu Abbas meriwayatkan sebagai berkata.
“Sesungguhnya Nabi SAW dahulu melakukan Shalat di bulan Ramadhan 20 rakaat ditambah Witir”. HR. Ibnu Abi Syaibah Juz 2 Hal. 394

Walaupun Hadits tersebut tidak kuat akan tetapi diperkuat dengan apa yang dilakukan oleh Para Sahabat dan orang-orang setelah mereka dari Generasi Salaf dan telah bersepakat atas hal tersebut.
Dari As-Saib Bin Yazid r.a. beliau berkata:
“Sesungguhnya Umar telah mengumpulkan orang-orang di Bulan Ramadhan paga Ubay Bin Ka’ab dan Tamim Ad-Dari dengan (Shalat Tarawih) 21 rakaat”. (HR. Abdurrazzaq di Al-Mushonnaf no. 7730)

Diriwayatkan dari Malik Bin Anas, dari Yahya Bin Said Al-Anshari: “Sesungguhnya Umar Bin Khattab memerintah seseorang untuk Shalat dengan orang-orang (sebanyak) 20 rakaat”. Disebutkan dalam Kitab Al-Mughni karya Ibnu Qudamah Juz 1 Hal. 799

Ibnu Qudamah Al-Maqdisi berkata setelah menukil bahwasannya Shalat Tarawih itu 20 rakaat dari Umar dan Ali, beliau berkata: “Dan hal ini seperti Ijma’ (kesepakatan bersama)”. Ibnu Abi Syaibah Juz 2 Hal. 393

Bahkan Ibnu Taymiyah (rujukan utama Wahhabi) berkata:
“Telah tetap adanya bahwasannya Ubay Bin Ka’ab mengimami Qiyam Ramadhan (Tarawih) sebanyak 20 rakaat, kemudian melakukan Witir 3 rakaat. Dari ini kebanyakan Ulama’ menganggap sebagai Sunnah karena dilakukan di tengah-tengah Muhajirin dan Anshar tanpa seorangpun yang mengingkarinya, dan inilah gambaran sebuah Ijma’ (kesepakatan bersama)”. Al-Fatawa karya Ibnu Taymiyah Juz 23 Hal. 112

Kesimpulan:
Sesungguhnya Para Sahabat telah sepakat bahwasannya Shalat Tarawih itu 20 rakaat, kemudian hal ini diikuti oleh Generasi Tabi’in tanpa seorangpun dari Generasi Salaf yang mengingkari terkecuali bilangan rakaat yang melebihi dari 20.

(Disadur dari Kitab Al-Mausu’ah Al-Yusufiyah (hal. 631-635) karya Prof. Dr. Yusuf Khaththar Muhammad. Cetakan Dar At-Taqwa tahun 1434 H/2013, Damaskus – Suriah.
Tarim, 23 Sya’ban 1436 H/10 Juni 2015
Oleh : Imam Abdullah El-Rashied,
Mahasiswa Univ. Imam Syafii, Hadramaut – Yaman.)

19 June 2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Puasa adalah penebus Dosa

Ada hadith Qudsi yang menyatakan bahawasanya setiap amalan itu akan menjadikan kaffarah dosa maknanya penebus dosa kecuali PUASA kerana puasa ni untuk-KU dan AKU yang akan memberikan ganjarannya.

Menurut Ulama dan Sufyan ibn Uyainah bahawasanya seluruh amalan kita akan dijadikan sebagai penebus dosa bagi orang yang kita zalimi dan menjadi sebagai PELUNAS HUTANG KEZALIMAN kecuali ‘ibadah PUASA.

Menurut ulamak,PUASA ni tidak menjadi PELUNAS HUTANG KEZALIMAN tetapi ianya disimpan Allah dan Allah yang akan menanggung hutang kezalimannya kerana PUASANYA,serta memasukkannya ke syurga kerana PUASANYA

(Rujukan kitab Tazkirah Ramadhan Syeikh MUhammad Fuad)
**** Namun,jangan jadikan ini sebagai LESEN untuk nak buat zalim kat org time puasa ni

17 June 2015 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Doa berbuka puasa ada yang dhaif dan ada yang sahih

Doa berbuka puasa ada yang dhaif dan ada yang sahih,Kedua2nya boleh diamalkan kerana ia doa,

Tiada masaalah.Apa masaalah berdoa dengan hadith2 dhaif?

Imam Tirmizi pun meriwayatkan hadith2 dhaif dalam Syamail Muhammadiyah contohnya hadith mengenai pedang Nabi ada dua hadith dhaif dalam Bab Pedang Rasulullah SAW,Bab Cara Bersandar Rasulullah SAW ada satu hadith dhaif,Bab Jenis Roti yang dimakan Rasulullah SAW ada satu hadith dhaif,Bab Lauk yang dimakan Rasulullah SAW ada lima hadith dhaif,Bab Wuduk Rasulullah SAW ada satu hadith dhaif,BAHKAN DALAM BAB DOA RASULULLAH SAW SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN pun Imam Tirmizi ada menyebut DUA HADITH DHAIF

Dua HADITH DHAIF mengenai DOA RASULULLAH SAW SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN iaitu Hadith yang ke-182 dan hadith yang ke-185:-

Abu Ayyub al-Ansari berkata:-

Pada suatu hari,kami berada di rumah Rasulullah SAW,Baginda menghidangkan makanan.Aku belum pernah merasai makanan yang lebih berkat daripada makanan ini,semasa kami mula makan.Belum pernah juga aku lihat makanan yang lebih sedikit berkatnya daripada makanan ini,apabila kami selesai makan.Kami bertanya: Ya Rasulallah.Bagaimanakah hal ini berlaku? Jawab Rasulullah SAW SEBAB KITA MENYEBUT NAMA ALLAH SEMASA KITA MAHU MAKAN.Baginda duduk dan menyambung percakapan,Sesiapa yang makan namun tidak menyebut nama Allah,syaitan makan bersama dengannya.

(Hadith ni bertaraf DHAIF,diriwayatkan dari Qutaibah daripada Ibnu Luhai’ah daripada Yazid bin Abu Habib daripada Rasyad bin Jandal al-Yafi’i daripada Hubaib bin Aus daripada Abu Ayyub al-Ansari)

Abu Sa’id al-Khudri berkata: Apabila Rasulullah SAW selesai makan,Baginda akan membaca: Segala puji untuk Allah yang memberi makan kepada kami,memberi minum kepada kami dan menjadikan kami orang Islam
(Hadith ni bertaraf DHAIF,diriwayatkan dari Mahmud bin Ghailan,daripada Abu Ahmad az-Zubairi,daripada Sufyan ath Thauri,daripada Abu Hisyam,daripada Ismail bin Rabbah daripada Rabbah bin Ubaidah yang bersumber daripada Abu Sa’id al-Khudri)

17 June 2015 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Rahsia Kematian

Dalam kitab Rahsia Kematian oleh IMAM QURTUBI,beliau menyatakan bahawa kesemua haiwan dibangkitkan pada hari Kiamat dan mereka menerima hukuman QISAS dari Allah,haiwan yang mana menzalimi kawannya dengan menanduk atau seumpamanya maka dia akan ditanduk semula,kemudian semua haiwan menjadi TANAH.

Kerana hari itu hari PEMBALASAN.Dan Allah berfirman dalam Surah at Takwir ayat 5 yang bermaksud: Dan bila binatang2 liar dikumpulkan.

Bezanya haiwan dengan manusia,mereka menjadi TANAH setelah dijatuhkan hukuman,sedangkan manusia dibakar api neraka.

Ada juga pandangan Imam Abu Qasim al-Qusyairi yang menyatakan Malaikat bertanya kepada haiwan2,mengapa mereka dibangkitkan? Maka kata haiwan2 bahawasanya mereka menjadi SAKSI atas perbuatan anak cucu ADAM

Pendapat Sayyidina Amru bin Al-‘As yang menyatakan adanya PEMBALASAN antara haiwan dengan haiwan lain,yang pernah menanduk kena qisas balik,kemudian jadi TANAH

Ibnu ‘Umar dan Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As menyatakan setelah haiwan itu menjadi TANAH maka TANAH itu dilemparkan pada wajah2 orang kafir

Sedangkan Sayyidina Amru bin Al-‘As menyatakan selepas haiwan itu menjadi TANAH,maka orang2 kafir berkata: Alangkah bagusnya jika aku menjadi TANAH.

17 June 2015 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Hukum Orang Yang Tidak Qadha’ Puasa Ramadhan Sehingga Ramadhan Berikutnya

Hukum Orang Yang Tidak Qadha’ Puasa Ramadhan Sehingga Ramadhan Berikutnya

Soalan:

Saya telah meninggalkan puasa selama beberapa hari pada bulan Ramadhan disebabkan keuzuran, dan saya tidak mampu qadha’ puasa hari-hari yang ditinggalkan tersebut sehingga tiba bulan Ramadhan pada tahun berikutnya. Adakah saya dikenakan kaffarah disebabkan kelewatan qadha’ puasa tersebut? Adakah saya perlu qadha’ puasa hari-hari yang ditinggalkan secara berturut-turut atau dibolehkan secara berselang-selang hari?

Jawapan:

Jumhur ulama’ mewajibkan bayaran fidyah kepada sesiapa yang terlewat qadha’ (menggantikan) puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan sehingga tibanya bulan Ramadhan pada tahun yang berikutnya. Bayaran fidyah adalah dengan memberi makan (mengikut kadar makanan harian) kepada orang miskin yang mencukupi makan tengah hari dan makan malam sekiranya kelewatan puasa qadha’ bukanlah disebabkan apa-apa keuzuran. Ulama’ berhujah mengunakan hadis mauquf yang disandarkan kepada Abu Hurairah, yang merupakan lafaz beliau, menisbahkannya kepada Rasulullah adalah dhaif. Hadis ini diriwayatkan oleh enam orang sahabat termasuk Ibnu Abbas dan Ibnu Umar dan tidak pernah diketahui bahawa Yahya ibn Aksam menyalahi pandangan mereka.

Abu Hanifah dan yang sependapat dengan beliau menyatakan: Seseorang tidak dikenakan fidyah dan qadha’ puasa secara serentak. Hal ini disebabkan Allah telah memberikan keringanan kepada golongan pesakit dan musafir melalui firmannya, “maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain” tanpa menyebut tentang fidyah. Berdasarkan ayat al Quran ini, jelaslah bukannya satu tuntutan untuk membayar fidyah bagi golongan uzur dan musafir yang meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan. Berkenaan hadis yang memerintahkan kewajipan membayar fidyah bagi dua golongan (orang sakit dan musafir) adalah dhaif dan tidak diambil kira.

Dan berkata al-Syaukani di dalam kitabnya Nail Al-Autar (jilid 4, muka surat 318): Tiada satu pun hadis yang tsabit mengenai suruhan Nabi untuk membayar fidyah dan qadha’ puasa secara serentak bagi golongan pesakit dan musafir yang meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan, dan kata-kata sahabat mengenai hal ini juga tidak mempunyai hujjah. Kata-kata jumhur mengenai hal ini juga tidaklah menunjukkan hukum itu benar. Hal ini berdasarkan kepada konsep tiada hukum semulajadi (البراءة الاصلية). Sesuatu taklif (ibadah) adalah tidak wajib sehingga ada dalil yang mensyariatkannya”. Justeru, dalam hal ini, tiada sebarang dalil yang menunjukkan kewajibannya

Dan berkata al- Syafie: Jika kelewatan menggantikan puasa Ramadhan berlaku disebabkan keuzuran (keuzuran syar’ie), maka tiada fidyah dikenakan. Adapun kelewatan tanpa sebarang keuzuran, maka individu wajib membayar fidyah. Pendapat ini telah mengambil jalan tengah antara dua pendapat yang telah dibincangkan. Namun hadith dhaif dan mauquf yang menyatakan pensyariatan kaffarah tidak pula membezakan antara wujudnya keuzuran atau pun tidak ada sebarang keuzuran.

Pendapat al-Syafie lebih disenangi kerana ia meraikan perbezaan pendapat dalam hal ini. Tambahan pula, puasa ganti Ramadhan merupakan perkara wajib yang boleh dilakukan secara bertangguh (واجب على التراخي) dan bukannya secara segera. Walau bagaimanapun, menyegerakan ganti puasa adalah lebih baik sekiranya mampu kerana ia merupakan hutang antara hamba dengan Allah swt. yang lebih utama untuk dilangsaikan. Telah thabit dalam sahih Muslim dan musnad Ahmad bahawa Aishah r.aha telah menggantikan puasanya yang tertinggal di sepanjang bulan Ramadhan itu pada bulan Sya’ban. Ini menunjukkan Aishah r.ha tidak menggantikan puasanya secara segera.

Tidak disyaratkan dalam menggantikan puasa Ramadhan untuk melakukannya secara terus-menerus dan berturutan. Telah diriwayatkan oleh Darul Qutni daripada Ibnu Umar r.a. bahawa nabi s.a.w. bersabda mengenai qadha puasa Ramadhan: “ان شاء فرق وان شاء تابع “ yang maksudnya, “jika mahu gantilah (puasa Ramadhan) secara berpisah-pisah, dan jika mahu gantilah (puasa Ramadhan) secara berturutan”.

Sumber : Fatwa ‘Atiyyah Saqr (Kitab ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, Jilid 3, muka surat 445

12 June 2015 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

GANJARAN BESAR SEDEKAH RAMADAN

RAMADAN menjanjikan banyak kelebihan dan ganjaran. Antaranya amalan sunat diberi ganjaran pahala ibadat fardu, yang fardu diberi ganjaran 70 kali ganda. Demikian juga dalam bab sedekah. Bagi umat Islam yang suka bersedekah, pastinya Ramadan sentiasa ditunggu-tunggu untuk mendapat kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW juga adalah insan yang paling dermawan. Sifat pemurah Baginda adalah berlipat kali ganda dalam bulan mulia ini berbanding bulan-bulan lain.

Ketahuilah bahawa Allah SWT melipatgandakan pahala orang yang bersedekah.

Ini dijelaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak. (al-Hadid: 18)

Seharusnya ini menjadi pemangkin kepada umat Islam untuk bersedekah terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sedekah itu pula bukan mesti banyak, sedikit pun mencukupi kerana yang penting adalah ikhlas.
Ingatlah ganjaran yang disebutkan oleh Nabi SAW yang bermaksud: “Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya”. (Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi).

Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan Ramadan kali ini menyediakan juadah berbuka puasa kepada jiran atau pun saudara seagama. Ini boleh dilakukan secara bersendirian atau dengan mengambil giliran menyumbang wang kepada masjid atau surau menyediakan juadah berbuka puasa.

Bagi yang berkebolehan membuat kuih apa salahnya hadiahkan sepiring kepada jiran tetangga. Bagi yang tidak sempat memasak, apa kata mulai tahun ini beli lebih sedikit kuih muih atau makanan untuk disedekahkan kepada orang berbuka puasa.

Bayangkan kegembiraan orang yang berbuka puasa itu lebih-lebih lagi bagi mereka yang bermusafir dan singgah di masjid atau surau kariah kita.

Alangkah baik jika kempen derma minimum RM1 turut dipromosi kepada setiap jemaah masjid dan surau. Ini bertujuan menyuburkan budaya bersedekah dalam kalangan umat Islam terutamanya kanak-kanak.
Ingatlah setiap kebajikan yang kita lakukan walau sebesar zarah akan diperlihatkan ganjarannya di akhirat kelak. Lebih penting lagi, kita menghayati sabda Nabi SAW yang bermaksud: Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang di bawah adalah orang yang meminta. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain itu, keutamaan bersedekah yang lain adalah:

– Sedekah dapat menghapus dosa. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api”. (Riwayat Tirmidzi)

– Orang yang bersedekah mendapat naungan di hari akhirat. Nabi SAW dalam sabdanya menyebut antara tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak ialah: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya”. (Riwayat Bukhari)

– Sedekah memberi keberkatan pada harta. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah…” (Riwayat Muslim)

Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusahalah menyumbang tenaga dan fikiran dengan mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan.

Sumber: Utusan Malaysia

12 June 2015 Posted by | Ibadah, Tazkirah | Leave a comment

Comments

Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

RAMADHAN YANG DINANTI
12 Jun 2015M/ 25 Sya’aban 1436H

Kaum muslimin yang dimuliakan Allah, Sesungguhnya, sama ada kita sedar atau tidak, masa berlalu begitu pantas berjalan meninggalkan kita. Bulan Sya’aban telah pun memasuki ke hari-hari terakhirnya, tidak lama lagi kita akan bertemu dengan penghulu segala bulan; Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang memiliki pelbagai kemuliaan, dijanjikan gandaan ganjaran, dilimpahi keberkatan dan dilimpahi rahmat serta keampunan.

Ramadhan bukanlah hanya sekadar satu bulan di dalam kalendar Islam, malah ia adalah sebuah madrasah yang mampu mentarbiyah jiwa insan.

‘’Bagai Pungguk Rindukan Bulan’’ begitulah peribahasa yang selayaknya menggambarkan jiwa orang orang yang beriman menanti ketibaan Ramadhan.

Kedatangan bulan Ramadhan adalah hadiah dan nikmat yang terbesar bagi umat Islam. Manakan tidak! Bulan mulia yang bakal menjelang tiba ini Allah SWT menyediakan pelbagai tawaran mega kepada hamba-hambaNya yang beriman. Setiap detik dan saat yang berjalan tidak kira sama ada waktu pagi mahupun petang, malam ataupun siang, segala amalan yang dilakukan nilai ganjarannya bakal dilipatgandakan oleh Allah Rabbul Jalil.

Teks penuh di http://www.jawi.gov.my/my/e-khutbah

12 June 2015 Posted by | Ibadah, Tazkirah | Leave a comment

Siri Kajian Hadith berkenaan Ramadan

Ramadhan Datang - اتاكم رمضان

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini Pustaka – Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group mengambil inisiatif menjawab dan membahas hadith-hadith nabi yang dihukum pada tempat yang tidak sepatutnya oleh Wahhabi. Semoga usaha kecil ini memberi manfaat pada umat Islam.

Semoga bermanfaat dan sebarkan.

Siri Kajian Hadith: Keutamaan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa

http://www.aswj-rg.com/…/siri-kajian-hadith-keutamaan-membe…

Siri Kajian Hadith: Kelebihan Berdoa Ketika Berbuka Puasa

http://www.aswj-rg.com/…/siri-kajian-hadith-kelebihan-berdo…

Siri Kajian Hadith: Doa Berbuka Puasa

http://www.aswj-rg.com/…/siri-kajian-hadith-doa-berbuka-pua…

Siri Kajian Hadith: Ramadan Tergantung Kerana Zakat Fitrah

http://www.aswj-rg.com/…/siri-kajian-hadith-ramadan-tergant…

Siri Kajian Hadith: Keutamaan Bulan Ramadan

http://www.aswj-rg.com/…/siri-kajian-hadith-keutamaan-bulan…

Siri Kajian Hadith: Jihad Besar (Ramadan)

http://www.aswj-rg.com/…/siri-kajian-hadith-jihad-besar-ram…

Siri Kajian Hadith: Doa Lailatul Qadar

http://www.aswj-rg.com/…/siri-kajian-hadith-doa-lailatul-qa…

[Sumber: Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia – Aswaja]

6 June 2015 Posted by | Ibadah, Informasi | , | Leave a comment

Koleksi Kata Mutiara Al-Habib Ali bin Aburrahman Al-Jufri

Al-Habib Ali AlJufri:

— Waspada Sifat Dasar iblis Pada Manusia —

Salah satu sifat dasar Iblis adalah “Saya lebih baik darinya”. “Kau telah menciptakan aku dari api dan telah menciptakannya dari tanah“, (Qur’an Surat al-A’raf: 12).

Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis: “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. (Qur’an Surat al-A’raf: 12).

Ini kriteria sifat dasar iblis “Saya lebih baik darinya”, tapi kriteria sifat Nabi Muhammad Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi wa Alihi wa Shohbihi wa Sallam adalah senantiasa bertambah ketakutan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, bertambah tawadhu’, bertambah kasih sayang, dan juga bertambah ramah terhadap sesama makhluk.

Apabila manusia itu bertambah kesholehannya, apakah dari jalan belajar atau beribadah, dengan belajar seperti membaca atau memahami masalah atau dengan beribadah seperti mengerjakan shalat malam dan berpuasa, bukti kejujuran amalannya itu tidak hanya ada pada penampilannya tapi akan terlihat jelas pada akhlaknya serta pergaulannya.

Dan bukti ketidakjujuran amalannya itu adalah tidak terlihat pada akhlaknya bahkan sebaliknya. Setiap kali dia banyak melakukan ibadah, setiap kali itu pulalah ia banyak kepura-puraannya, semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka. Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah bertambah kerut wajahnya. Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah dia membatasi dirinya dari beberapa kelompok manusia.

Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah banyaknya dia menghina kelompok-kelompok masyarakat. Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah dia bertambah kasar terhadap sesama keluarga terdekatnya yang kurang mentaati agama. Darimana datangnya semua hal ini? Bukanlah seperti ini sifat orang yang berkomitmen dalam beragama.

Sebabnya tidak ada hubungan diantara cara ibadah yang dilakukannya atau cara ahli ilmu dengan hakikat yang sebenarnya yakni hubungan hati dengan Allah Subhanhu wa Ta’ala. Jadi kita memerlukan pergaulan dengan orang-orang shaleh agar kita dapat melihat kejujuran hati ini, agar dapat muhasabah diri ini dengan penuh kejujuran.

Duhai orang-orang yang telah dimuliakan Allah dengan selalu pulang pergi ke masjid, apakah yang kamu dapat darinya? Pandangan macam apakah yang kamu lihat kepada mereka yang ada di luar masjid? Kamu akan keluar dari masjid setelah majelis ini usai. Kamu akan temukan di jalanan pemuda-pemuda dengan kelakuan yang buruk.

Ada yang kelakukannya meninggikan suara mengganggu orang di sekelilingnya dan tak mau peduli dengan suara-suara yang menegurnya. Bagaimanakah kamu akan melihatnya? Hah?! Adakah kamu akan melihatnya dengan pandangan belas kasihan serta kasih sayang? Tadi baru saja kamu mendengarkan nasihat-nasihat ini.

“Ya Allah sebagaimana Engkau telah dengarkan nasihat ini kepadaku serta memberi petunjuk kepadaku, maka dengarkanlah pula kepada mereka dan tunjukilah mereka”.

Apabila kamu melewati mereka, senyumlah kepada mereka dan ucapkan “Assalamu’alaikum warohmatullohi wabarokatuh”. Kamu terus berjalan dengan tenang, berilah kesan di hati mereka agar mengikuti apa yang kamu lakukan itu.

Setelah kamu keluar dari majelis pengajian ini, kamu mungkin terasa diri penuh dengan kesholehan. Kamu telah banyak menelaah kitab, melakukan shalat jamaah, kemudian kamu keluar dan mendapati mereka-mereka ini. (Dengan sinisnya, kamu brerkata:) “Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk”. “Aku berlindung kepada Allah, eh apa ini?”.

Kamu melihat mereka dengan pandangan kehinaan. Cara ini bukannya cara berlindung dari maksiat. Bukan begini cara menjauhinya, bukanlah seperti itu caranya. Berbeda antara ilmu yang diajari oleh Nabi Muhammad Shollallohu ‘Alaihi wa Alihi wa Shohbihi wa Sallam dengan ilmu yang diajari oleh iblis.

Ada suatu kisah menyebutkan. Ada seorang penuntut ilmu sedang mengalami kebingungan dan keraguan, apakah akan masuk mengikuti majelis ini atau majelis yang itu. Dia melihat 2 kumpulan majelis pengajian ilmu yang berbeda. Kedua majelis sama-sama mengajarkan al-Qur’an dan al-Hadits. Dia bingung mau memilih dan mengikuti majelis yang mana. Lantas dia pergi kepada seorang yang sholeh untuk membuat pilihan baginya, lalu orang shaleh itu berkata: “Aku akan membawa kamu pergi menuju kedua majelis tersebut”.

Mereka kemudian masuk ke kumpulan majelis yang pertama dan berdiri. Orang shaleh ini sengaja berbuat demikian karena untuk mengetahui majelis mana yang harus dia ikuti. Mereka berdua berdiri di kumpulan majelis yang pertama dan ketika itu Sang Syaikh sedang mengajar. Di saat Syaikh itu melihat mereka berdua sedang berdiri, Syaikh berkata kepada mereka: “Duduk! Kenapa kamu berdiri?”. Orang shaleh ini menjawab: “Aku tidak ingin duduk di majelis kamu ini”. Syaikh itu bertanya: “Kenapa kamu tidak ingin duduk?”. Orang shaleh itu kembali menjawab: “Dalam hatiku ada rasa tak puas hati dengan kamu”. Syaikh berkata: “Dan aku juga sangat-sangat tak puas hati dengan kamu, keluarlah syaitan, dan jangan kamu merusak majelis ini..!”. Sang Pemuda berkata: “Ayo kita keluar dari sini sebelum kena pukul”.

Kemudian mereka berdua pergi ke kumpulan selanjutnya, majelis yang kedua, juga melakukan hal yang sama dalam keadaan berdiri. Ketika dalam majelis itu Syaikh melihat mereka yang berdiri dan berkata: “Mengapa kamu berdua tidak duduk?”. Nampak perbedaan dengan Syaikh yang tadi yang berkata “Duduk..!” dengan “Mengapa kamu berdua tidak duduk?”. Orang shaleh itu menjawab: “Aku tidak ingin duduk dalam majelismu ini”. Sang Syaikh kembali berkata: “Kenapa?’. Orang shaleh itu berkata: “Aku ada rasa tidak puas hati dengan kamu”. Lantas Syaikh itu menutup wajahnya lalu menangis dan berkata: “Innalillah wa inna ilaihi roji’un, astaghfirullohi wa atubu ilaih, mungkin Allah telah membukan kepada kamu aibku yang telah disembunyikan”. Dan Syaikh itu terus menangis sambil berkata: “Astaghfirullohi wa atubu ilaih… Astaghfirullohi wa atubu ilaih… Astaghfirullohi wa atubu ilaih… ”, (memohon ampunan Allah dan bertaubat kepadaNya).

Dan orang shaleh yang berdiri itu menoleh kepada si pemuda yang bertanya kepadanya tadi: “Hai pemuda, majelis manakah yang akan kamu pilih? Di sini atau di sana?”.

Kriteria sifat orang yang shaleh itu akan tampak jelas pada akhlaknya yang shaleh pula. Jika kamu merasa harus membuat suatu pilihan. Dikatakan orang ini dalam kebenaran dan orang lain pula kata mereka dalam kebenaran, caranya lihatlah kepada akhlak mereka. Dimana ada tanda akhlak yang mulia, tandanya di situ ada agama. Dimana ada tanda akhlak yang mulia, tanda adanya juga di situ ilmu. Sekiranya di situ tidak ada akhlak yang mulia, maka di situ juga tidak ada agama dan ilmu.

Tidak mungkin beragama itu tanpa ada akhlak yang mulia. Tidak mungkin ciri sifat kesholehan itu dengan tidak disertai akhlak yang mulia. Tidak mungkin adanya ilmu itu, dengan tanpa adanya akhlak yang mulia. Maka setiap yang berilmu dan yang beragama, jika tidak terdzahir (tampak) padanya akhlak yang mulia, maka di situ ada kecacatan pada orang yang berilmu dan yang beragama. Inilah kriterianya, janganlah kita berfikir melihat kepada orang lain tetapi pandanglah kepada diri kita sendiri, untuk memperbaiki diri diantara kita dengan Allah Subhanhu wa Ta’ala.

Jadi, terjadinya kecacatan pada orang yang berilmu dan beragama mungkin karena terpisah darinya kefahaman makna kesholehan tentang akhlak pergaulan atau pun dengan sebab yang lain. Dengan sebab terpisahnya dia dari kelompok masyarakat yang memuliakan orang yang beragama dari yang lainnya, dan yang terakhir yaitu melihat kesan-kesan kesholehan pada diri kamu, yakni melihat terhadap hasil kesholehan yang lahir dalam diri kamu dan bagaimana kamu maju terhadapnya. Inilah kriteria sifat kesholehan, perhatikan dalam diri kamu, jangan kamu menilai dirimu ada sesuatu yang lebih baik dari orang lain.

Agama kita ini adalah agama yang beradab dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang mencerminkan akhlak yang mulia terhadap makhlukNya. Jadi untuk itu kita muhasabah diri kita terhadap kesholehan yang kita peroleh ini, sebab jika kita muhasabah terhadap kesholehan diri ini, maka kita merasa membutuhkan kepada akhlak yang mulia.

Kita memohon kepada Allah semoga kita mendapat kesempurnaan Taufiq. Ya Allah yang Maha Memberi Petunjuk kepada kebaikan dan membantu hambaNya ke arah kebaikan, berilah petunjuk kebaikan kepada kami dan bantu kami ke arahnya. Subhanallohi walhamdulillahi wa la ilaha illalloh wallohu akbar, berilah petunjuk kepada kami terhadap nasihat ini untuk senantiasa kembali kepadaMu, dan turunkanlah kepada kami pemberianMu serta lindungilah ahli kalimah la ilaha illalloh baik di Timur maupun di Barat dan hilangkanlah kegelisahan ahli la ilaha illalloh baik di Timur maupun di Barat. Amin…

sumber : http://www.elhooda.net/

Wallahu a’lam

5 June 2015 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | | Leave a comment

Kesungguhan menuntut ilmu

11110568_994037373960506_1907003953096313891_n

Kesungguhan menuntut ilmu Pada zaman sekarang, zaman yang dipenuhi dengan berbagai peralatan canggih dan hebat, zaman komputer dan internet, begitu banyak peralatan-peralatan yang menggangu pelajar agama untuk menghasilkan ilmu, alat-alat tersebut boleh membantu pelajar untuk berjaya dan dapat bersaing dalam menjalani kehidupan ini, tetapi juga dapat menahan kecemerlangan dan keberhasilan, tidak mengherankan jika seorang pelajar sekarang dapat menghabiskan seluruh waktunya didepan vedio geme, mencampakkan masanya didepan internet, atau menghamburkan masanya dengan komputer, televisi, catur, dan perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfa`at, kesalahan ini disebabkan niat yang tidak ikhlas untuk belajar, karena hanya mengejar ijazah dan syahadah, atau semangat yang sangat tipis, karena tidak memiliki jiwa untuk berkorban, hal ini membuat pelajar agama mensia-siakan waktunya tanpa membuat perkara yang berfaedah.

Sebab itulah seorang pelajar sangat memerlukan cara yang terbaik untuk memenuhi waktunya dengan ilmu dan amal, diantaranya ialah dengan mendengar atau membaca kisah-kisah ulama dalam menuntut ilmu, agar mereka tertarik dengan cerita ulama-ulama terdahulu, dan dapat mengamalnya, sehingga waktu yang ada tidak terbuang begitu saja.

Diantara kisah-kisah yang perlu kita jadikan pengajaran adalah :

1 – Kisah penuntutan ilmu Sahabat Rasulullah Abdullah Bin Abbas, : beliau adalah seorang sahabat Rasulullah yang alim dalam mentafsirkan Al-Qur`an, dan ahli dalam hadits, dimasa Rasul meninggal dunia beliau masih tergolong kanak-kanak yang baru beranjak remaja., hal ini membuat beliau bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu dan hadits dari mulut-mulut sahabat yang ada, dan betul-betul menjaga waktunya untuk belajar, beliau berkata : Tidak kulihat orang-orang yang paling banyak ilmunya kecuali pada golongan Al-Anshor, sebab itulah aku sibuk untuk belajar dari mereka, jika aku pergi ke rumah seorang Al-Anshor untuk menuntut ilmu, aku bertanya tentang orang tersebut, mereka menjawab beliau sedang tidur, maka aku ambil selendangku, kujadikan bantalku, kemudian aku berbaring untuk menunggu beliau bangun dari tidurnya, kemudian beliau keluar dari rumah untuk shalat Zhuhur, kemudian beliau berkata kepadaku: bilakah kau sudah berada disini wahai anak paman Rasulullah SAW, aku menjawab : ” sudah lama , beliau berkata : ” kenapa kau lakukan seperti itu, kenapa tidak kau beritahu kepadaku tentang kedatangan mu ?, aku menjawab : ” aku ingin engkau keluar untuk mengajarku setelah kau selesaikan semua keperluanmu”.( Sunan Ad-Darimi ) Lihat bagaimana Ibnu Abbas menuntut ilmu, beliau bersabar menunggu gurunya sehingga terbangun dari tidur, dari cerita diatas kita dapat melihat kesungguhan Ibnu Abbas dalam menuntut ilmu, dan rasa penghoramatan beliau terhadap gurunya, padahal beliau memiliki kedudukkan yang tinggi disisi para shahabat, sebab beliau anak paman Rasul, jikalau beliau membangunkan shahabat Al-Anshari tersebut, niscaya shahabat tersebut akan terjaga dari tidur, tetapi beliau sangat menghormati gurunya, demikian juga beliau tidak langsung pulang kerumahnya, akan tetapi tetap bersabar, menunggu didepan pintu rumah shahabat tersebut untuk menanti gurunya keluar dari rumah, begitulah semestinya seorang pelajar. Imam Ibnu Abbas berkata : Aku menghinakan diri kepada guruku untuk menuntut ilmu, dan Aku muliakan guruku dan ilmu. ( Sunan Ad-Darimi ). Lihat bagaimana Ibnu Abbas memuliakan ilmu dan gurunya, demikianlah seorang murid mesti memuliakan dan menghormati gurunya agar mendapat ilmu yang bermanfa`at.

2 – kisah Imam Syafi`i dalam menuntut ilmu ; Imam Nawawi berkata: ” Imam Syafi`i tumbuh dan membesar dalam keadaan yatim, hidup dalam pemeliharaan ibunya, hidup dalam keadaan susah dan payah, semenjak kecilnya beliau telah duduk mengaji dengan para ulama, dan menulis setiap mas`alah-mas`alah diatas tulang, karena tidak memiliki duit untuk membeli kertas. Lihatlah Bagaimana rajin dan kuatnya semangat Imam Syafi`i dalam menuntut ilmu, walaupun uang tidak ada, tetapi tidak menjadi alasan untuk tidak menuntut ilmu, jika kita lihat pada diri kita sendiri, mungkin orang tua memiliki uang yang cukup, bahkan sebahagiannya konglomerat ( koprat),memiliki mobil ( kereta ) yang berkilat, rumah yang bertingkat-tingkat, badan sangat sehat, tidak pernah merasa penat, tetapi tidak mencari kesempatan yang ada untuk menuntut ilmu. Dihikayatkan ketika Imam Syafi`i datang ke kota Madinah, belajar dengan Imam Malik, pada suatu hari, ketika beliau menghadiri majlis Imam malik, ketika itu Imam Malik sedang mengimlakkan ( mendektekan ) sebanyak delapan belas hadits, sedangkan imam Syafi`i duduk dibelakang sekali, kemudian Imam Malik mengarahkan pandangannya kepada Imam Syafi`i, sebab beliau menulis dengan jarinya ke telapak tangannya, ketika semua pelajar berpulangan, Imam Malik memanggil dan menanyakkan asal usul beliau, maka beliau menceritakannya, Imam Malik bertanya; ” Aku melihat engkau mempermainkan jari ke telapak tanganmu”, berkata Imam Syafi`i ; ” Aku tidak memainkan jariku tetapi menulis hadits yang engkau imlakkan dengan jariku ke telapak tanganku, kalau guru mau, biar aku mengulangi kembali apa yang telah guru imlakkan, Imam Malik berkata : ” sebutkanlah ” , maka beliau menyebutkan seluruh hadits yang telah diimlakkan. dari cerita diatas sangat perlu sekali kita meningkatkan kerajinan untuk belajar dan dapat meninggalkan seluruh pekerjaan yang melalaikan dari belajar agama.

3- Kisah Syeikh Ahmad Damanhuri Al-Banteni dalam menuntut ilmu, beliau adalah salah seorang guru penulis, yang meninggal dunia pada tahun 1426 Hijriah, dari semenjak kecil sudah belajar ilmu agama, kemudian berangkat ke Makkah belajar dengan ulama yang berada di sana, seperti Syeikh Umar Hamdan Al-Mahrisi, Syeikh Abdullah An-Niyazi, Syeikh Alawi Bin Abbas Al-Maliki, Syeikh Hasan Masyaath, dan lain-lain. setelah itu beliau kembali ke Indonesia, setelah kurang lebih dua puluh tahun beliau berada di Indonesia, maka beliau kembali lagi ke Makkah, ketika itu beliau masih sempat melihat kembali gurunya Syeikh Hasan Masyaath, pada masa ini beliau menghabiskan waktu untuk belajar dan menghadiri majlis ilmu Syeikh Muhammad Bin Alawi Al-Maliki, padahal beliau memiliki guru yang tidak di jumpai oleh Syeikh Muhammad Bin Alawi, guru-guru beliau adalah sebahagian guru-guru Syeikh Yasin Al-Fadani , beliau memiliki sanad yang tinggi , tetapi disebabkan cintanya beliau kepada ilmu maka beliau menghadiri majlis Syeikh Muhammad, dalam kondisi kaki yang sudah tidak boleh berjalan lagi, sehingga di bawa dengan kursi dorong, beliau dapat menghadiri majis ilmu, lihat kesungguhan beliau, walaupun dalam keadaan sakit tetap menuntut ilmu, menuntut ilmu bukan disebabkan selembar kertas Syahadah.

Masih banyak lagi kisah-kisah para ulama yang sangat bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, tetapi penulis mencukupkan ini saja, mudah-mudahan dapat berguna untuk kita, agar menambah kesungguhan dalam belajar agama.

Sumber: http://allangkati.blogspot.com/2009/04/kesungguhan-menuntut-ilmu.html

3 June 2015 Posted by | Ibadah, Tazkirah | | Leave a comment

SEJARAH HITAM WAHHABI MENGKAFIR DAN KEMUDIAN MENGHALALKAN DARAH UMAT ISLAM

Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan 1304H yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamid menyatakan dalam kitabnya ” Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah m/s 42: ” Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat islam 600 tahun sebelum mereka.

Muhammad bin Abdul Wahhab berkata: "Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik “.

Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketikamana mereka mula-mula memasuki Kota Taif. (Sila rujuk Kitab Umaro’ Al-bilaadul Haram m/s 297 – 298 cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr).

Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi. Mufti Mazhab Hambali Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdy 1225H menyatakan dalam kitabnya “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” m/s 276 : “Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdullah Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh”.

Wahhabi Menghukum Sesat Dan Membid’ahkan Para Ulama’ Islam. Wahhabi bukan sahaja mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka tetapi Wahhabi turut membid’ahkan dan menghukum akidah ulama’ Islam sebagai terkeluar daripada Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Demikian kenyataan Wahhabi :

1- Disisi Wahhabi Akidah Imam Nawawi Dan Ibnu Hajar Al-Asqolany Bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Tokoh terkemuka ajaran Wahhabi iaitu Muhammad bin Soleh Al-Uthaimien menyatakan apabila ditanya mengenai Syeikh Imam Nawawi (Pengarang kitab Syarah Sohih Muslim) dan Amirul Mu’minien Fil Hadith Syeikh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany (Pengarang Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari) lantas dia menjawab: “Mengenai pegangan Nawawi dan Ibnu Hajar dalam Asma’ Was Sifat (iaitu akidah)mereka berdua bukan dikalangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”. Rujuk kitabnya Liqa’ Al-Babil Maftuh m/s 42-43 soal-jawab ke 373 cetakan Darul Watan Lin-Nasyr.

2- Wahhabi Menghukum Al-Asya’iroh Sebagai Sesat Dan Kafir. Tokoh Wahhabi Abdur Rahman bin Hasan Aal-As-Syeikh mengkafirkan golongan Al-Asya’iroh yang merupakan pegangan umat islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fathul Majid Syarh Kitab Al-Tauhid m/s 353 cetakan Maktabah Darus Salam Riyadh. Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Soleh bin Fauzan Al-Fauzan turut menghukum golongan Al-Asya’iroh sebagai sesat akidah dan bukan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam m/s 32 cetakan Riasah ‘Ammah Lil Ifta’ Riyadh.

3- Wahhabi Mengkafirkan Umat Islam Yang Mengikut Mazhab. Dan Mengkafirkan Saidatuna Hawa ( Ibu manusia)Wahhabi bukan sahaja menghukum sesat terhadap ulama’ Islam bahkan umat islam yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan kenyataannya :” Mengikut mana-mana mazhab adalah syirik “. Dan Wahhabi ini berani juga mengkafirkan Ibu bani adam iaitu Saidatuna Hawa dengan kenyataannya: ” Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawa “.

Tokoh Wahhabi tersebut Muhammad Al-Qanuji antara yang hampir dengan Muhammad bin Abdul Wahhab. Rujuk kenyataannya dalam kitabnya Ad-Din Al-Kholis juzuk 1 m/s 140 dan 160 cetakan Darul Kutub Ilmiah

 

[Sumber: Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia]

3 June 2015 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | | Leave a comment

Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 – 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar.

2. Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.

3. Sehubungan itu, berdasarkan masyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambilkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan.

Rujuk : Portal e-fatwa – http://bit.ly/1HG4xKG

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

1 June 2015 Posted by | Fatwa, Ibadah | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: