Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari: Allah Wujud Tiada Bertempat..

Syeikh Muhammad Mutawalli as-Sya’rawi Rahimahullah seorang mufassir agung mensyarahkan ayat;
وهو الذي في السماء إله وفي اﻷرض إله – الزخرف:84

Maksudnya : Dan Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi.

Tuhan di sini merujuk kepada Allah kerana ayat ini menggunakan ismul mausul ( الذي ). Isim mausul di dalam kaedah bahasa arab menunjukkan kepada ma’rifah iaitu Allah.

Beliau menyatakan di dalam tafsirannya tidak ada bagi Allah tempat kerana tempat itu ciptaannya. Tidak ada bagiNya tempat dan masa kerana keduanya makhluk (ciptaan Allah). Sila rujuk video di atas.

TAMBAHAN PENULIS.

Jika dikatakan Allah di langit maka bertentangan dengan ayat ini kerana Allah menyatakan di langit dan di bumi. Apakah Allah ada dua? Maka pandangan yang mendakwa Allah di langit atau di bumi atau di ‘arasy semua terbatal. Oleh sebab itu ulama’ ahlussunah mengkategorikan ayat sebegini sebagai ayat mutasyabihah. Kerana hakikatnya tiada bagi Allah tempat.

Allah tidak berhajat kepada makhluk tetapi makhluklah yang berhajat kepada Allah SWT. Inilah yang terkandung di dalam kalimah syahadah
لا اله إلا الله sepertimana yang dijelaskan oleh Imam as-Sanusi iaitu Abu Abdillah Muhammad Bin Yusuf as-Sanusi al-Hasani Rahimahullah (895H) pengarang kepada kitab akidah yang masyhur iaitu ummul barahin yang menjelaskan prinsip akidah ahlussunnah wal jamaah yang dinisbahkan kepada al-‘Asyaairah wal Maturidiyyah. Kata beliau;

ويجمعُ معاني هذه العقائد كلها قول لا إله إلا الله محمد رسول الله إذ معنى الألوهية استغناء الاله عن كل ما سواه وافتقارُ كل ما عداه إليه
Maksudnya : Dikumpulkan makna akidah-akidah ini semuanya pada perkataan La ilaha illallah Muhammadurrasulullah kerana makna uluhiyyah ialah terkaya (tiada berhajat) Tuhan kepada yang lain daripadaNya dan berhajat segala sesuatu selainNya (Allah) kepadaNya.

Dijelaskan di dalam kitab al-‘Aqaaid ad-Duriyyah syarah kepada matan as-Sanusiyyah oleh al-Ustaz al-Kamil as-Syeikh Muhammad al-Hashimi (salah seorang ulama’ al-azhar as-Syarif) (m/s 22 dan 23) pada mensyarahkan makna sifat qiamuhu binafsih (tidak berhajat kepada yang lain) : dalil yang menetapkan qiamuhu Ta’ala binafsih dengan maksud tiada berhajat kepada tempat dan pencipta. Jika Allah berhajat kepada tempat (zat) maka jadilah Allah itu sifat kerana tidak berhajat kepada tempat itu kecuali sifat.

Pada hakikatnya prinsip akidah ahlussunnah sangat jelas iaitu Allah tidak bertempat. Kemudian datang syubuhah (keraguan) daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membawa masuk fahaman mujassimah dan musyabbihah yang telah ditolak oleh ulama’ ahlussunnah suatu ketika dulu.

Benarlah kat guru kami Dr. Abdul Manam Hafizohullah (pensyarah UNISZA dan khalifah thariqah al-qaadiriah wal naqsyabandiyyah wakil negeri Terengganu) bahawa jika kita ingin mencari jemaah muktazilah atau jabariyyah atau qadariyyah atau musyabbihah pada zaman ini mungkin sudah tidak ada tetapi jangan kita ingat akidah mereka tidak menyelinap masuk ke dalam akidah mereka yang mengaku ahlussunnah.

Begitulah yang kita lihat pada hari ini. Mereka yang mendabik dada sebagai ahlussunnah dan salaf telah terpengaruh dengan fahaman mujassimah dan musyabbihah. Mereka ini pada suatu masa dahulu golongan yang sangat membenci Abu Hassan al-‘Asyaari kerana beliau (Imam al-‘Asyaari) merupakan wira ahulussunnah yang menentang akidah yang sesat lagi menyesatkan kaum mujassimah atau musyabbihah.

Maka dengan kebenciaan itu, golongan mujassimah merubah kitab dan menfitnah Imam Abu Hassan al-‘Asyaari Rahimahullahu Ta’aala yang telah diijmak (disepakati) oleh sekalian ulama’ Islam zaman berzaman adalah tokoh yang menyusun prinsip akidah ahlussunnah wal jamaah sepertimana yang tersebut di dalam al-mabaadi’ al-‘Asyarah (prinsip yang 10) ilmu usluddin.

Ayuh kita lihat apa kata Syeikh Ibnu Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah dalam menjelaskan prinsip akidah ahlussunnah wal jama’ah.

وقال الحافظ ابن حجر العسقلاني في شرحه على صحيح البخاري(3): “أهل السنة فسروا التوحيد بنفي التشبيه والتعطيل “اهـ
Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalaani di dalam syarah al-Bukhari : Ahlu sunnah mereka itu berjalan di atas tauhid dengan menafikan tasybih (ada keserupaan Allah dgn makhluk iaitu akidah wahabi/mujassimah/musyabbihah) dan ta’thil (menafikan sifat bagi Allah iaitu akidah muktazilah).

Akhir-akhir ini ramai yang memfitnah Imamuna as-Syafie Radhiallahu Ta’ala ‘Anhu kononnya berakidah Allah bertempat seperti mereka. Di sini saya nuqilkan kalam beliau yang disalin oleh saya sendiri daripada kitab yang asal. Bukan copy paste sepertimana yang dilakukan oleh golongan wahabi. Sebab itu kita melihat hujjah mereka di mana-mana sama sahaja berbeza dengan ahlussunnah di mana hujjah yang digunakan pelbagai dan kepelbagaian itu menunjukkan keluasan ilmu ulama’-ulama’ kita.

Berkata al-Imam Syafie Rahimahullah di dalam kitab al-kaukabul azhar syarah al-fqhul akbar m/s 79 cetakan al-maktabah at-tijariyyah mustofa ahmad al-baz makkatul mukarramah. Kata beliau di bawah tajuk as-syarhu qaul Allah Ta’ala ar-Rahman ‘ala al-‘arsy istawa.

Ketahuilah ! Semoga Allah memberi hidayah kepada kamu sesungguhnya Allah ‘Azza wajalla tidak harus atasnya kaifiyyah,kammiyah dan ainiyyah..dan dalil atas yg demikian itu sesungguhnya bagi yang tidak ada seumpama baginya tidak mumkin dikatakan padanya kaifa huwa (bagaimana dia) dan bagi yang tidak ada bilangan baginya dikatakan baginya kam huwa (berapa dia) dan bg yg tiada tempat dikatakan baginya aina kaana (di mana dia). dan di dlm kitab Allah yg mulia apa yg menunjukkan di atas tauhid dan menafikan at-tasybih (perumpamaan dengan makhluk) firman Allah Ta’ala : laisa kamislihi syaiun wahuwa as-samiul basir -as-Syura 11 iaitu menafikan tempat dan jihat (arah) dan nafi permulaan. Tamat kalam al-Imam as-Syafie Rahimahullah.

Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal di atas pendustaan mereka terhadap al-Imam as-Syafie Rahimahullah.

Sahabat-sahabatku!

Akidah bukanlah suatu yang boleh dibuat main-main dan dipandang remeh kerana ia menentukan sah atau tidak amalan kita sepertimana firman Allah SWT ;

ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين
Maksudnya : Sesiapa yang memilih selain Islam sebagai agama maka tidak sesekali akan diterima daripadanya dan dia di akhirat tergolong daripada kalangan orang yang rugi. (ali-‘Imran 85).

al-Imam Maalik Rahimahullah pernah menyatakan ;

لا تصح العبادة إلا بمعرفة المعبود
Tidak sah ibadah kecuali dengan mengenali siapa yang disembah.

Akidah merupakan penentu kepada amalan kita diterima oleh Allah SWT. Jika rosak akidah maka rosaklah amalan kita seumpama sebatang pokok yang mati akarnya nescaya akan matilah batang dan cabang-cabangnya.

Semoga Allah memelihara kita daripada akidah yang faasidah (rosak) dan tetap di atas akidah ahlussunah wal jamaah yang telah diitlaqkan (dinisbahkan) kepada al-‘Asyaairah wal maaturidiyyah sepertimana perkataan al-Imam az-Zabidi ;

إذا أطلق اهل السنة فالمراد بهم اﻷشاعرة والماتردية
Apabila disebut ahlussunnah maka murad (maksud) dengan mereka (ahulusunnah) ialah al-‘Asyaairah dan al-Maaturidiyah.
Posted 25th June 2010 by Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari
Labels: Bicara Aqidah

48 View comments

Anonymous25 June 2010 at 18:36
kebudak-budakan! belajar lebih lagi sebelum masuk medan tempur.

Reply

محمد حكيمى بن عبد المطلب25 June 2010 at 18:54
mna hujjah nk lawak blik?setakat x boh nma betoi pastu mai hingaq kta kt org budak2 bek x payah… ni la perangai wahhabi at talam dua mukawi ni…

Reply

husin25 June 2010 at 21:54
asyik ade je john doe ni….
citer pon tah pape je…nk citer medan tempur..
benda basic pon xpas…apela dendam dgn dia ni dgn org islam?

Reply

Anonymous29 June 2010 at 22:42
patutnya tangkap jer geng2 salafi-wahabi nih,masuk ISA… belajar tak sampai 10tahun tp wat kuar fatwa cam ulamak besar

Reply

Anonymous1 July 2010 at 10:52
salam,
lihat kata sheikh sya’rawi ttg istiwa:

mana ada org buat tasybih zaman skrg ni. istiwa istiwa la, tapi tak sama dgn makhluk. mengapa timbul soal tempat dann jisim?? adakah nk kias istiwa Allah dgn istiwa makhluk yg memerlukan tempat dan jisim?

dan lagi satu, adakah enta nk kata sheikh sya’rawi mujassimah bila dia kata Allah ada telinga?? sedangkan salafi pun tak pernah isbatkan telinga bagi Allah kerana ia tidak pernah wujud dlm nas!
sila rujuk video ni:

fikir2kan. hadaanallahu wa iyyaakum.

Reply

nizam4 July 2010 at 08:21
Menipu lagi. Ustaz Amin, tak boleh ke kalau dalam satu post awak kat blog ini tanpa menipu? Kenapa asek nak menipu ustaz Amin? Dah mati hujah? Lepas ni nak buat fitnah apa pulak ustaz Amin?

Reply

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari4 July 2010 at 23:30
Akhi nizam..

Assalamualaikum..

apa yg sy tipu akhi??cuba jelaskan..ana sebutkan nama kitab dan mukasurat..kalau akhi rasa ana menipu akhi leh check sendiri..

Datangkan hujjah bukan main tuduh2 mcmni..kitab yg ana nyatakan ana semak sendiri bukan copy paste je..kalau ana silap sila bg teguran beserta dgn hujjah di mana silap ana..

terima ksh sudi jenguk blog ana walaupun tak bersetuju dgn tulisan ana..

Reply
Replies

shamshul shamsudin31 October 2014 at 01:16
Ini bkn ulamak, INI ularsemak, lidah bercabang…kah..kah..ambik “bilamakan” Dr Dajjal dok mgaku aswj, aswj ikut Quran n sunah, “bilamakan” tk Ada DLM Quran ..tak ada hadis…kalo Allah tk DA dilangit, nape berdoa tadah tangan dilangit, tadah le Kat jubo ulasemak kamu tu, pastu sapu muka.

Reply

muhammad5 July 2010 at 22:46
apa pula pendapat Ustaz Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari tentang kata2 Al-Sheikh Sya’rawi bahawa Allah bertelinga? adakah beliau dari kalangan mujassimah musyabbihah? mohon tunjuk ajar, baarakallaahu feek.

Reply

bsyafie7 July 2010 at 21:08
Assalamu’alaikum Ustaz,

Mohon pandangan ustaz tentang maklumat yang terdapat menerusi link ini: (http://aqidah-sunnah.blogspot.com/2009/07/perbezaan-ahlus-sunnah-jabariyah-dan.html). Terima kasih.

Reply

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari8 July 2010 at 05:13
wa’alaikumussalam..

tdk ada apa2 masalah sekadar pembacaan ana..kenapa ya?

Reply

bsyafie8 July 2010 at 22:20
Begini ustaz,
Munurut artikel itu, pengajian aqidah Ahlussunnah Waljamaah adalah mengikut 3 tariq atau mazhab iaitu:

1. Mazhab Imam Abul-Hasan al-Asy’ari
2. Tariq atau mazhab Imam Abu Hanifah yang
dikenali dengan al-Fiqh al-Akbar. Kitab yang
masyhur yang dipelajari hingga hari ini dalam
pengajian aqidah mengikut tariq ini ialah
Matan ‘Aqidah at-Thahawiyyah yang ditulis
oleh Imam Abu Jaafar at-Thahawi.
3. Tariq Imam Ahmad bin Hambal yang iaitu tariq
Ahlul Hadis. Tariq ini lah yang melahirkan
aliran Salafi hari ini.

Harap ustaz sudi memberi penjelasan tentang hal tersebut. Yang saya ketahui Aqidah Ahlussunnah Waljamaah ini terbahagi kepada dua iaitu Mazhab Imam Abu Hasan dan alMaturidi; dan Mazhab Salaf.
Yang saya kurang faham dalam artikel itu ialah tariq yang ke-3 yg melahirkan golongan salafi hari ini? Benarkah begitu?

Ustaz boleh merujuk artikel tersebut menerusi link berikut: (http://aqidah-sunnah.blogspot.com/2009/07/perbezaan-ahlus-sunnah-jabariyah-dan.html)

Reply

muhammad8 July 2010 at 23:22
mohon ust al-amin tolong jawab soalan di atas tentang sheikh sya’rawi. terima kasih.

Reply

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari8 July 2010 at 23:32
ya..dikenali sbg al-hanabilah al-mujassimah.golongan yg menyimpang drpd akidah imam ahmad bin hanbal dan ahlu hadis yg sebenar..ini dijelaskan oleh Seorg tokoh ulama’ mazhab hanbali sendiri..boleh rujuk kitab Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah karangan Syeikh Muhammad Abu Zuhrah..

Reply

bsyafie12 July 2010 at 01:12
Assalamu’alaikum,

Perkongsian ilmu. Sila layari http://mukhlis101.multiply.com/

Wallahu’alam

Reply

muhammad20 July 2010 at 16:52
oh, maksud ustaz al-amin, syeikh sya’rawi itu dari golongan al-hanabilah al-mujassimah juga? baru saya tahu.

Reply

abu mujahid28 July 2010 at 10:53

http://mashoori.wordpress.com/2008/11/22/kaedah-dalil-dalil-al-asma-wa-al-sifat-i/….

buka link ini..dan bantah hujahnya..kalau mampu..

Reply

abu mujahid28 July 2010 at 11:16
Abu Bakr as-Shiddiq radliyallaahu ‘anhu

Ketika Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam meninggal, Abu Bakr As-Shiddiq menyatakan:

أيها الناس ! إن كان محمد إلهكم الذي تعبدون فإن إلهكم قد مات ، وإن كان إلهكم الذي في السماء فإن إلهكم لم يمت ، ث…م تلا (وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل أفإن مات أو قتل انقلبتم على أعقابكم) حتى ختم الآية

“Wahai sekalian manusia! Jika Muhammad adalah sesembahan kalian yang kalian sembah, sesungguhnya sesembahan kalian telah mati. Jika sesembahan kalian adalah Yang berada di atas langit, maka sesungguhnya sesembahan kalian tidak akan mati. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Mushannafnya pada Bab Maa Ja-a fii wafatin Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam nomor hadits 37021, al-Bazzar di dalam Musnadnya juz 1 halaman 183.Riwayat perkataan Abu Bakr As-Shiddiq tersebut adalah sahih. Abu Bakr bin Abi Syaibah meriwayatkan dari Muhammad bin Fudhail dari ayahnya dari Nafi’ dari Ibnu Umar. Semua perawi tersebut (termasuk Abu Bakr bin Abi Syaibah yang merupakan guru Imam al-Bukhari) adalah rijal (perawi) al-Bukhari.

Sahabat Nabi Ibnu Mas’ud menyatakan:

ما بين السماء الدنيا والتي تليها مسيرة خمسمائة عام ، وبين كل سماءين مسيرة خمسمائة عام ، وبين السماء السابعة وبين الكرسي خمسمائة عام ، وبين الكرسي إلى الماء خمسمائة عام ، والعرش على الماء ، والله تعالى فوق العرش ، وهو يعلم ما أنتم عليه

“Antara langit dunia dengan (langit) berikutnya sejauh perjalanan 500 tahun, dan antara 2 langit sejauh perjalanan 500 tahun, antara langit ke-7 dengan al-Kursi 500 tahun, antara al-Kursi dengan air 500 tahun, dan ‘Arasy di atas air, dan Allah Ta’ala di atas ‘Arasy dalam keadaan Dia Maha Mengetahui apa yang terjadi pada kalian.” (Diriwayatkan oleh Ad-Daarimi dalam kitab Ar-Raddu ‘alal Jahmiyyah bab Maa Bainas Samaa-id Dunya wallatii taliiha juz 1 halaman 38 riwayat nomor 34).

Riwayat perkataan Ibnu Mas’ud ini sahih. Ad-Daarimi meriwayatkan dari jalur Musa bin Isma’il dari Hammad bin Salamah dari ‘Ashim dari Zir (bin Hubaisy) dari Ibnu Mas’ud. Semua perawinya adalah rijaal al-Bukhari.

Zainab bintu Jahsy

عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه أَنَّ زَيْنَبَ بِنت جَحْشٍ كَانَتْ تَفْخَرُ عَلَى أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم تَقُولُ: «زَوَّجَكُنَّ أَهَالِيكُنَّ وَزَوَّجَنِي اللهُ تَعَالَى مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سماوات» وفي لفظٍ: كانتْ تقولُ: «إِنَّ اللهَ أَنْكَحَنِي فِي السَّمَاءِ»

“Dari Anas –semoga Allah meredhainya- bahawa Zainab binti Jahsy berbangga terhadap isteri-isteri Nabi yang lain, dia berkata: “Kalian dinikahkah oleh keluarga kalian sedangkan aku dinikahkan oleh Allah dari atas tujuh langit”. Dalam lafadz lain beliau berkata: “Sesungguhnya Allah telah menikahkan aku di atas langit.” (H.R al-Bukhari).

Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas)

Sahabat Nabi yang merupakan penterjemah AlQur’an ini, ketika menafsirkan firman Allah tentang ucapan Iblis yang akan mengepung manusia dari berbagai penjuru. Iblis menyatakan sebagaimana diabadikan oleh Allah dalam AlQur’an:

{ثُمَّ لآَتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ} [الأعراف: 17]

“Kemudian sungguh-sungguh aku akan mendatangi mereka dari arah depan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan dan kiri mereka” (Surah al-A’raaf: 17).

Abdullah bin Abbas menyatakan:

لم يستطعْ أنْ يقولَ: منْ فوقهم؛ عَلِمَ أنَّ الله منْ فوقهم

“Iblis tidak dapat mengatakan : (mendatangi mereka) dari atas mereka, kerana dia tahu bahawa Allah berada di atas mereka.” (Diriwayatkan oleh Al-Laalika-i dalam Syarh Ushulis Sunnah halaman 661 dengan sanad yang hasan).

Reply

abu mujahid28 July 2010 at 11:17
Abu Bakr as-Shiddiq radliyallaahu ‘anhu

Ketika Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam meninggal, Abu Bakr As-Shiddiq menyatakan:

أيها الناس ! إن كان محمد إلهكم الذي تعبدون فإن إلهكم قد مات ، وإن كان إلهكم الذي في السماء فإن إلهكم لم يمت ، ث…م تلا (وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل أفإن مات أو قتل انقلبتم على أعقابكم) حتى ختم الآية

“Wahai sekalian manusia! Jika Muhammad adalah sesembahan kalian yang kalian sembah, sesungguhnya sesembahan kalian telah mati. Jika sesembahan kalian adalah Yang berada di atas langit, maka sesungguhnya sesembahan kalian tidak akan mati. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Mushannafnya pada Bab Maa Ja-a fii wafatin Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam nomor hadits 37021, al-Bazzar di dalam Musnadnya juz 1 halaman 183.Riwayat perkataan Abu Bakr As-Shiddiq tersebut adalah sahih. Abu Bakr bin Abi Syaibah meriwayatkan dari Muhammad bin Fudhail dari ayahnya dari Nafi’ dari Ibnu Umar. Semua perawi tersebut (termasuk Abu Bakr bin Abi Syaibah yang merupakan guru Imam al-Bukhari) adalah rijal (perawi) al-Bukhari.

Reply

abu mujahid28 July 2010 at 11:18
{وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَاهَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الأَسْبَابَ *} {أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لأََظُنُّهُ كَاذِبًا} [غافر: 36 – 37[

“Dan berkatalah Fir’aun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, iaitu pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta.” (Surah Ghafir/Mu’min: 36-37).

Ibnu Jarir at-Thabari menyatakan: “Maksud ucapan (Fir’aun): Sesungguhnya aku memandangnya sebagai pendusta, ertinya: Sesungguhnya aku mengira Musa berdusta terhadap ucapannya yang mengaku bahawasanya di atas langit ada Tuhan yang mengutusnya.” (Lihat tafsir AtThobary (21/387)).

Reply

abu mujahid28 July 2010 at 11:19
hadits Mu’awiyah bin al-Hakam:

فَقَالَ لَهَا: «أَيْنَ اللهُ؟»، قَالَتْ: فِي السَّمَاءِ. قَالَ: «مَنْ أَنَا؟»، قَالَتْ: أَنْتَ رَسُولُ اللهِ. قَالَ: «أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤمِنَةٌ

…“Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepadanya: Di mana Allah? Dia menjawab: di atas langit. Rasul bertanya: Siapa saya? Wanita itu menjawab: engkau adalah utusan Allah. Maka Nabi bersabda: ‘Bebaskan dia, kerana dia adalah seorang (wanita) beriman” (H.R Muslim).

Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Imam Asy-Syafi’i di dalam kitab al-‘Umm juz 5 halaman 298. Mengenai periwayatan Imam Asy-Syafi’i tersebut Imam Abu Utsman Ash-Shobuni menyatakan di dalam kitabnya ‘Aqidatus Salaf Ashaabul Hadiits:

وإنما احتج الشافعي رحمة الله عليه على المخالفين في قولهم بجواز إعتاق الرقبة الكافرة بهذا الخبر ، لاعتقاده أن الله سبحانه فوق خلقه ، وفوق سبع سماواته على عرشه ، كما معتقد المسلمين من أهل السنة والجماعة ، سلفهم وخلفهم ، إذ كان رحمه الله لا يروي خبرا صحيحا ثم لا يقول به . وقد أخبرنا الحاكم أبو عبد الله رحمه الله قال أنبأنا الإمام أبو الوليد حسان بن محمد الفقيه قال حدثنا إبراهيم بن محمود قال سمعت الربيع بن سليمان يقول سمعت الشافعي رحمه يقول : إذا رأيتموني أقول قولا وقد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم خلافه فاعلموا أن عقلي قد ذهب

“Asy-Syafi’i –semoga rahmat Allah atasnya- berhujjah terhadap para penentang yang menyatakan bolehnya memerdekakan hamba kafir dengan khabar (hadis) ini kerana keyakinan beliau bahawa Allah Subhaanahu Wa Ta’ala di atas makhluk-makhlukNya, dan di atas tujuh langit di atas ‘Arasy-Nya sebagaimana keyakinan kaum muslimin Ahli Sunnah wal Jama’ah baik yang terdahulu mahupun kemudian, kerana beliau (Asy-Syafi’i) tidaklah meriwayatkan khabar (hadis) yang sahih kemudian tidak berpendapat dengan (hadis) tersebut. Telah mengkhabarkan kepada kami al-Hakim Abu Abdillah rahimahullah (dia berkata) telah mengkhabarkan kepada kami Abul Walid Hasan bin Muhammad al-Faqih (dia berkata) telah memberitakan kepada kami Ibrahim bin Mahmud dia berkata aku mendengar Ar-Rabi’ bin Sulaiman berkata: Aku mendengar Asy-Syafi’i rahimahullah berkata: Jika kalian melihat aku mengucapakan suatu ucapan sedangkan (hadis) yang sahih dari Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam bertentangan dengannya, maka ketahuilah bahawasanya akalku telah pergi.

Reply

Ayahlang3 August 2010 at 09:17
Aku pelik la hampa ni mengaji tinggi 2 tapi bab “Dimana Allah ?” pun tak setel lagi . Bila nak makrifat ni. Wahhabi ka salafi ka sama la tu. Hampa bg dalil pasal istiwa yg tu dah diketahui (kata Imam malik) tapi betui hampa tahu di mana Allah . Betul Salafusolehin faham macam yg hampa duk faham? Aku dah kaji Imam 4 Mazhab tu ada pendapat yg Allah di langit (tafwidh) dan ada juga pendapt yg “Allah wujud bi la makan” (takwil) pasal apa hampa pegang satu pendapat saja .. Yg lagi satu pendapat tu hampa tolak .. Jgn tatau pendapat “Allah wujud bi la makan” tu la hakikat mensucikan Allah Ta’ala …

Buka balik semua kitab sampai botak kepala pun tak guna kalau dah tak dapat petunjuk dari Allah Ta’ala .

Ust Amin ,,, tetima kasih mohon copy paste semua posting ,, jgn peduli wahhabi ni saya dah ikut depa dulu mmg buta hati ..tuk guru dia pun tak boleh pakai , buat ijtihad boleh makan katak , tapi pilih lak bukan katak puru ,, katak yg besar cina duk buat sup .. tapi awat tak makan dulu sebleum suruh org makan ..

Teruskan perjuangan aqidah ASWJ . Tahniah atas perlantikan jawatan ke petronas , Cari Gali . Jgn risau kat petronas masih ramai yg berminat untuk menuntut ilmu ,, sama macam di telekom tempat saya dulu.

Reply

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari16 August 2010 at 05:50
Syukran ayah lang di atas komen yg sangat baik..alhamdulillah ana gembira di sini..skop kerja ana masih tdk terkeluar drpd bidang agama yg ana pelajari bahkan di sini lebih kuat cabaran utk org agama menyebarluaskan dan menyampaikan ilmu agama..

Reply

Mahadaya17 August 2010 at 11:39
Biar hamba jawabkan. Allah itu tidak wujud kerana ianya tidak mempunyai makna. Mengapa? Kerana nabi membawa firman tuhan yg maha esa dan firman tuhan itu tidak berbaris dan bertanda. Maka tuhan yg disembah oleh nabi ialah Allaha (Al-Segala, Laha-MilikNya). Malah Islam dan Muhammad juga tidak wujud di zaman nabi dan nabi mengikuti agama yg tuhan firmankan di dlm al quran iaitu agama nabi Ibrahim, Asalama (Kami Selamat). Org2 Islam ditipu oleh musuh2 tuhan yg menyebarkan fitnah melalui hadis2 watak Muhammad yg dicipta sebab itu semua org keliru di dlm agama yg diikuti padahal agama itu mudah kerana tuhan janji mudah. Cuma perlu memahami perintah tuhan di dlm al quran kerana ianya berkenaan agama nabi Ibrahim dan agama inilah yg dijanjikan memimpin dunia dgn kehebatan tuhan yg maha perkasa lagi bijaksana.

Reply
Replies

shamshul shamsudin31 October 2014 at 01:19
Yang INI species yahudi mabok….

Reply

muhammad18 August 2010 at 12:03
ni apa pulak ni ust amin, makin poning dibuatnya saya membaca komen saudara Mahadaya ni.. mcm mana ni ust amin?

Reply

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari20 August 2010 at 04:23
ana pun xfaham apa yg disampaikan oleh mahadaya..kurang enak dibaca pandangannya seolah2 ingin berfalsafah yg tidak membawa apa2 makna kecuali bisa menggelincirkan diri ke lembah kekufuran dgn menafikan wujudnya Allah dan benarnnya Nabi Muhammad SAW..

Reply

JomFikir20 August 2010 at 23:43
Assalamu’alaikum,

Abu Mujahid, hujjah anda tuh kita dah jawab lama. Dah basi hujjah tu. Ada tak yang lebih mantap lagi.

hadits Mu’awiyah bin al-Hakam:

فَقَالَ لَهَا: «أَيْنَ اللهُ؟»، قَالَتْ: فِي السَّمَاءِ. قَالَ: «مَنْ أَنَا؟»، قَالَتْ: أَنْتَ رَسُولُ اللهِ. قَالَ: «أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤمِنَةٌ

…“Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepadanya: Di mana Allah? Dia menjawab: di atas langit. Rasul bertanya: Siapa saya? Wanita itu menjawab: engkau adalah utusan Allah. Maka Nabi bersabda: ‘Bebaskan dia, kerana dia adalah seorang (wanita) beriman” (H.R Muslim).

————–

Hadith nih di letakkan oleh Imam Muslim dalam BAB SOLAT. BUKAN BAB TAUHID atau AQIDAH. Cuba cek bebetul.

Nak berbahas,… cuba masuk sini :

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=21595

Reply

JomFikir20 August 2010 at 23:50
Sahabat Nabi Ibnu Mas’ud menyatakan:

ما بين السماء الدنيا والتي تليها مسيرة خمسمائة عام ، وبين كل سماءين مسيرة خمسمائة عام ، وبين السماء السابعة وبين الكرسي خمسمائة عام ، وبين الكرسي إلى الماء خمسمائة عام ، والعرش على الماء ، والله تعالى فوق العرش ، وهو يعلم ما أنتم عليه

“Antara langit dunia dengan (langit) berikutnya sejauh perjalanan 500 tahun, dan antara 2 langit sejauh perjalanan 500 tahun, antara langit ke-7 dengan al-Kursi 500 tahun, antara al-Kursi dengan air 500 tahun, dan ‘Arasy di atas air, dan Allah Ta’ala di atas ‘Arasy dalam keadaan Dia Maha Mengetahui apa yang terjadi pada kalian.” (Diriwayatkan oleh Ad-Daarimi dalam kitab Ar-Raddu ‘alal Jahmiyyah bab Maa Bainas Samaa-id Dunya wallatii taliiha juz 1 halaman 38 riwayat nomor 34).

Riwayat perkataan Ibnu Mas’ud ini sahih. Ad-Daarimi meriwayatkan dari jalur Musa bin Isma’il dari Hammad bin Salamah dari ‘Ashim dari Zir (bin Hubaisy) dari Ibnu Mas’ud. Semua perawinya adalah rijaal al-Bukhari.

——————————————–

Hadith ini lebih sahih dari hadith yang anda bawak :

Imam Al-BUkhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

كان الله ولم يكن شيء غيره
Maksudnya: “Allah s.w.t. telah wujud dan tiada yang ada selain Allah”.

Reply

JomFikir21 August 2010 at 00:04
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَاهَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الأَسْبَابَ *} {أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لأََظُنُّهُ كَاذِبًا} [غافر: 36 – 37[

“Dan berkatalah Fir’aun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, iaitu pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta.” (Surah Ghafir/Mu’min: 36-37).

—————

Nih i’tiqad Firaun ke atau i’tiqad Nabi Musa ? Yang difahami ia adalah i’tiqad Firaun yang percaya Allah atas langit. Bukanke Firaun pun mengaku dirinya Tuhan ?

Reply

JomFikir21 August 2010 at 00:09
Kejap kata di arasyh kendian lepas tuh kata atas langit. Mana satu i’tiqad anta AbuMujahid ?

Cuba kita lihat ayat Allah dalam al Quran mengenai langit :

Allah Ta’ala berfirman:
” “لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

Maksudnya: “Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun iaitu dari makhlukNya baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatupun yang menyerupaiNya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(surah As-Syura :Ayat 11)

فَلاَ تَضْرِبُوا لِلَّهِ اْلأَمْثَالَ

“Janganlah engkau mengadakan persamaan-persamaan bagi ALLAH …” QS an-Nahl: 74.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 97:

فإن الله غنيّ عن العالمين

Maksudnya: “maka sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk”.

“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang.”

(Al-Buruuj: 1)

“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami, dan sesungguhnya Kami berkuasa MELUASKANNYA.”

(Adz-Dzaariyaat: 47)

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya LANGIT DAN BUMI ITU PADA ASALNYA BERCANTUM, lalu Kami pisahkan kedua-duanya?”

(Al-Anbia’ : 30)

“Lalu terbelahlah langit, lalu ia ketika itu menjadi reput (lalu runtuh).”

(Al-Haaqah: 16)

Ayat 11: “Dan apabila langit ditanggalkan.”

(At-Takwiir: 10-11)

“Apabila langit terbelah. Dan mematuhi perintah Tuhannya dan pastilah ia mematuhinya. Dan apabila bumi diratakan. Serta mengeluarkan apa yang ada di dalamnya lalu menjadi kosong.

(Al-Insyiqaaq: 1-4)

“Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang jatuh berguguran. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur.”

(Al-Infitaar: 1-3)

“Pada hari langit bergoncang, bergoncang-goncang, Dan apabila gunung-gunung berjalan, berjalan-jalan,” (52:9-10).

————-

Kendian kita rujuk pula kalau mujassimah ingin pertahankan i’tiqadnya iaitu Allah ada di langit. Maka Allah berada atas langit seperti fahaman MUJASIMAH amat bertentangan pula dengan ayat Allah ini :

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيدِ (١٦)

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya
, (Surah Qaaf :16)

2.

أَلَآ إِنَّہُمۡ فِى مِرۡيَةٍ۬ مِّن لِّقَآءِ رَبِّهِمۡ‌ۗ أَلَآ إِنَّهُ ۥ بِكُلِّ شَىۡءٍ۬ مُّحِيطُۢ (٥٤)

Sesungguhnya Allah Maha Meliputi akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah Fussilat : 54)

Reply

refah0021 August 2010 at 10:02
Teruskan usaha Anta ustaz AMin.

Reply

Mahadaya2 September 2010 at 16:29
Kebenarannya ialah agama menurut al quran ialah agama nabi Ibrahim. Dan nabi Ibrahim tidak mengikuti agama Yahudi, Nasrani atau Musyrik (Islam). Jadi, nabi dilantik tuhan menyampaikan al quran yg membetulkan syariat agama nabi Ibrahim yg telah dirosakkan musuh2 tuhan. Ini bermakna apa2 yg diambil selain al quran tidaklah merujuk kpd agama nabi Ibrahim. Sesiapa yg tidak mengikuti firman tuhan maka org2 berkenaan yg tuhan firmankan sebagai kafir/engkar. http://mahadaya-asalama.blogspot.com

Reply

Fakeh3 October 2010 at 18:02
Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

SILA KLIK http://www.docstoc.com

UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
• Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
• Tok Ayah Zid Kedai Lalat
• Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
• 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
• Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
• Jom Kenali Dr Maza & Co
• Ahlul Bait Yang Dicerca

SILA KLIK http://www.4shared.com

UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
• Rasulullah Budak Kampung
• Maulid Tandingi Krismas
• Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
• Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
• Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
• Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
• Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi

Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy’ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.

FAKEH KHALIFAH SAKA

Reply

halimlading2123 October 2010 at 15:02
assalamualaikum.. rasa nak tergelak baca komen mahadaya tu.. kesian kat dia. rasanya banyak guna sabun “daia” agaknya.. jgn marah,gurau :)

Reply

halimlading2123 October 2010 at 15:14
JANGAN PENING KEPALA BACA “FALSAFAH” MAHADAYA TU.. KITA PENING, MAKNANYA DIA DAH BERJAYA.. KONSEP FALSAFAH ( FALSAFAH SESAT ) DIA AKAN MEMENINGKAN DAN MERAGUKAN KITA DAHULU, BARU DIA BOLEH MASUK JARUM.. SEMUDAH ;

“KALAU KITA TAK BOLEH MEYAKINKAN SESEORANG, KITA RAGUKAN DIA”

ORANG “LAW” ADA BELAJAR NI.. HEHE..jgn marah..

Reply

iqbal15 November 2010 at 23:04
tak jugak, pandangannya (mahadaya) tentang islam agak menarik.
persoalannya apakah makna kalimah allah?
adakah rabul arsyil azim di limitkan dgn lafaz allah sahaja ?
atau panggilan bg membahasan “yang maha kuasa” dlm ubudiah dan dlm memohan pertolongan.

tapi saya kurang setuju dgn pandanganya:

“Malah Islam dan Muhammad juga tidak wujud di zaman nabi dan nabi mengikuti agama yg tuhan firmankan di dlm al quran iaitu agama nabi Ibrahim ”

saya nie kurang ilmu tp kalau tak silap saya pernah dgr :
JIka ibrahim ada di zamanku nescaya dia akan menurutiku……
[sumber tak ingat ]
kalau ada org tau tolong betulkan ya~.

Reply

shazerri2 January 2011 at 22:17
Klu ada orang sokong n setuju wpun sedikit pandangan mahadaya ,maknanya orang tue pun memang kurang pandai bahkan dekat2 nak sama dengan mahadaya.mahadaya nie tak solat kot …cuba baca balik bacaan tahiyyat akhir atau solawat ibrahimiyyah…napelah susah nak hukum orang jahil macam mahadaya…heran betol teramat jahil nya umat sekarang patotla nabi cakap akhir2 ni macam buih x ada quality

Reply

shazerri2 January 2011 at 22:27
Nak faham wahhabi nie mula2 kene cek sejarah makkah dan madinah … sebelum datang wahabi lepas zaman nabi …cek sejarah tokoh2 ulama tokoh sejarah tokoh2 panglima perang dalam Islam yang berpegang dengan aliran Asyairoh..baru faham siapa Wahabi…kita tidak mengkafirkan wahabi cuma jalanan mereka tersasul..sebab ulama zaman berzaman sebelum adanya wahhabi sudah berada di atas jalanan yang benar…kenapa otak susah nak terima yer secara lojik orang yg kurang pandai pun boleh faham dah ada something tak benar dengan wahabi.!!!!!tapi hati2 banyak ceramah2 dri ustaz wahabi tak ternama yg memutarbelit sejarah dgn mengatakan aliran asyairoh sesat kerana menyebarkan aliran ini dengan mata pedang..yang saya dengar sendiri dari ceramah asri sobrie.kita juga akan dengar hujjah dangkal dari rasul dahri yg terang2 mengatakan aliran asyairoh sesat.

Reply

Fakeh20 January 2011 at 01:42
Assalamualaikum,

Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

• Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah

http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

• Tok Ayah Zid Kedai Lalat

http://www.docstoc.com/docs/56809171/Tok-Ayah-Zid-Kedai-Lalat

• Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita

http://www.docstoc.com/docs/56808524/Ahlul-Bait-Yang-Dicerca

• 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

http://www.docstoc.com/docs/56808286/40-Mutiara-Hikmat-Serambi-Mekah

• Jaringan Wahabbi Sdn Bhd

http://www.docstoc.com/docs/56809354/Jaringan-Wahabbi-Sdn-Bhd

• Jom Kenali Dr Maza & Co

http://www.docstoc.com/docs/56808885/Jom-Kenali-Dr-Maza-_-Co

• Ahlul Bait Yang Dicerca

http://www.docstoc.com/docs/56808524/Ahlul-Bait-Yang-Dicerca

• Rasulullah Budak Kampung

http://www.4shared.com/video/LKrvHrKs/Rasulullah_Budak_Kampung.html?

• Maulid Tandingi Krismas

http://www.4shared.com/video/-X8gpNaU/Maulid_Tandingi_Krismas.html?

• Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)

http://www.4shared.com/video/xxv1LDSt/Sifat_20_Tidak_Wajib__Nik_Aziz.html?

• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)

http://www.4shared.com/video/g7Mzgr1l/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)

http://www.4shared.com/video/pBkZDPRr/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

• Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)

http://www.4shared.com/video/pBkZDPRr/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

• Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi

http://www.4shared.com/video/GPYkBAbH/Isu_Sifat_20_-_Mohd_Asri_al-Wa.html?

• Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi

http://www.4shared.com/video/Q-5Xol7T/Isu_Sifat_20_-_Rasul_Dhari_al-.html?

• Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi

http://www.4shared.com/video/oVyEtogF/Isu_Sifat_20_-_Fathul_Bari_al-.html?

• Aqidah Muhyiddin Yasin

http://www.box.net/shared/nd4xc31lyy

• Ahlul Bait Baka Pengkhianat (Nik Aziz)

http://www.box.net/shared/i98cl1svgi

• Bapa Kaum Muda Kelantan (Nik Aziz)

http://www.box.net/shared/px1f0idux8

• Melayu Jahiliyah (Nik Aziz)

http://www.box.net/shared/zzphcptlde

• Nik Aziz VS Guru Pondok

http://www.box.net/shared/z79fqf9j45

• Guru Pondok Yang Difitnah

http://www.box.net/shared/si344vemq9

• Risalah Hina Guru Pondok

http://www.box.net/shared/hv5tgpvrja

• Wahabiyyah Darul Naim

http://www.box.net/shared/nd1iif2tz4

• Daulah Indera Kayangan (Shahidan Kasim)

http://www.box.net/shared/lbyk6boch7

• Fitnah PAS Terhadap Habib Umar

http://www.box.net/shared/03rq3s0ock

• Gerakan Wahabbi PAS Melaka

http://www.box.net/shared/65mycqlf8x

• Sokong Membawa Rebah

http://www.box.net/shared/zcpypl85a2

• Bahaya Allah 4 All

http://www.box.net/shared/l2xl7umn6v

• Tajdid Wahabbiyah

http://www.box.net/shared/j2yrzlfmcr

Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy’ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.

FAKEH KHALIFAH SAKA

Reply

Yas Sara29 April 2011 at 14:25
Ustaz, syukran di atas perkongsian ilmu ini… mohon share…

Reply

Wan Martillo22 February 2012 at 14:31
Saya nak tanya la kepada orang yang mengatakan Allah di langit atau di Arasy..

1 – Sebelum Allah cipta kedua2nye Allah kat mane pulak?

2 – Kalau dikatakan Allah di langit atau di Arasy. Nampak sangat saiz Allah lebih kecil daripada kedua2nya. Bukankah dah menampakkan yang Allah ini tuhan yang kecil saiznya?…

Reply

أحمد صالح ألمغربى6 May 2012 at 04:13
assalamu’alaikum maaf ane ikut nimbrung.
Pemahaman wahabi sangat dekat dengan kesesatan yang menyerupakan Allah SWT dengan mahluk.
Mereka memahami suatu dhalil dengan pemikiran yang sempit akhirnya mereka menghalalkan hujjah sesuai nafsunya.tidak diragukan lagi bahwa pemahaman wahabi ini tidak jauh beda dengan pemahaman kaum khawarij.dimana meletakkan hujjah al qur’an dan hadis sebagai fonis untuk kaum muslimin.
Dalam Shahih al-Bukhari,
Rasulullah shallallahu
alaihi wa sallam
bersabda:
“Akan ada sekelompok
manusia keluar dari arah
timur. Mereka membaca
al-Qur’an, namun apa
yang mereka baca tidak
melewati tenggorokan
mereka. Mereka keluar
dari agama sebagaimana
anak panah keluar dari
sasarannya. Tanda-tanda
mereka mencukur
rambut.”
Al-Imam al-Qasthalani
berkata dalam
mengomentari hadits ini,
bahwa yang dimaksud
dari arah timur adalah
arah timur kota Madinah
seperti Najd dan
sesudahnya. Demikian
pula Wahhabi, lahir di
Najd dan kemudian
menyebar ke mana-
mana. Di samping
mencukur rambut juga
menjadi ciri khas
mereka. Kaum Wahhabi
memerintahkan orang-
orang yang mengikuti
mereka agar mencukur
rambut, meskipun kaum
wanita. Oleh karena itu,
sebagian ulama yang
semasa dengan lahirnya
ajaran Wahhabi berkata,
“Tidak perlu menulis
bantahan terhadap Ibn
Abdil Wahhab. Karena
sabda Nabi shallallahu
alaihi wa sallam cukup
sebagai bantahan
terhadapnya, yaitu
“Tanda-tanda mereka
(Khawarij) adalah
mencukur rambut
(maksudnya orang yang
masuk dalam ajaran
Wahhabi, harus
mencukur rambutnya)”.
Dalam hadits lain
tentang Khawarij,
Rasulullah shallallahu
alaihi wa sallam
bersabda: “Mereka akan
membunuh umat Islam,
akan tetapi membiarkan
penyembah berhala”.
Hadits ini persis dengan
aliran Wahhabi. Mereka
belum pernah
mengarahkan
peperangan terhadap
selain umat Islam. Dalam
sejarah mereka belum
pernah dikenal bahwa
mereka mendatangi atau
bermaksud memerangi
penyembah berhala,
karena hal tersebut
tidak masuk dalam
prinsip dan buku-buku
mereka yang isinya
penuh dengan kecaman
dan pengkafiran
terhadap umat Islam. Al-
Imam al-Bukhari juga
meriwayatkan dari Ibn
Umar dalam menjelaskan
ciri-ciri kaum Khawarij,
“Mereka mengambil
ayat-ayat al-Qur’an yang
turun mengenai orang-
orang kafir, lalu mereka
tuangkan kepada orang-
orang beriman”. Ibn
Abbas juga berkata:
“Janganlah kalian seperti
Khawarij, memaksakan
penafsiran ayat-ayat al-
Qur’an untuk umat Islam
(ahlil qiblah). Padahal
ayat-ayat tersebut turun
mengenai ahlul-kitab dan
orang-orang musyrik.
Mereka tidak
mengetahui ilmunya, lalu
mereka mengalirkan
darah dan merampas
harta benda orang-orang
Muslim”. Demikian pula
kaum Wahhabi,
mengambil ayat-ayat
yang turun mengenai
pemuja berhala, lalu
mereka terapkan pada
orang-orang yang
beriman. Hal tersebut
memenuhi buku-buku
dan menjadi dasar
madzhab mereka.

Reply

RazilZaini UPower Network5 October 2012 at 07:26
Nie apa ke banggang sangat nie kata Allah di langit laa di sana laa … Baik lah pakai logik jer laa sikit … Ana bukan pandai bab2 agama sangat tapi ada pernah dengar hadis cakap yg Allah akan gulung langit (alam ni) bila dah kiamat , so kalau puak2 wahabi ker salafi wahabi ker kata Allah di langit , so nanti kalau time Allah gulung langit (maksud = seluruh alam semesta nie) maknanyer Allah pun kene gulung sekali lah yer … baik .. mungkin akan kata hujah ana nie nampak bodoh. Kalau ada yg kata Allah di luar kawasan langit plak … maksudnyer Allah itu berada di satu ruang. kalau ada yg berhujah Allah di langit maka hujah saya tue dah batalkan hujah mereka. So , sebab tue Imam Malik rhm. marah bila kita tanya bab nie … “Allah wujud bi la makan …”

Reply

RazilZaini UPower Network5 October 2012 at 07:28
Saya setuju akidah saya Allah Wujud Bi La Makan…

Reply

NoRLiZa IdRuS16 July 2013 at 21:07
Alhamdulillah..penerangan yang sangat jelas dari ustaz.

Reply

dol_bendol19 September 2013 at 13:45
Sebenarnya, Aqal manusia tidak dapat menentukan Allah di mana mana, kerana lailahaillallah, sebelumnya tiada sesiapa selain Allah, kemudiannya Allah mengujudkan makhluk dari dirinya, kerana ujud yang asal hanyalah IA

AKU tiupkan ROH dari AKU
Cukuplah AKU berkata KUN, FAYAKUN, Allah sumber segala galanya

langsung apa saja, pemikiran yang muncul bukanlah IA
itulah laisa kamislihi syaiun

apa saja yang ujud di pemikiran ialah, baharu, maka bersalahan dengan Allah

kesilapan kita menidakkan tempat bagi Allah
bahawa Allah itu Bebas dari takluk sesiapa pun, maka layaklah baginya, segala apa hajatNya

dan kepada diri ku pula, Allah itu di atas segala galanya

sebab itulah, bila tidak menghukum dengan apa yang Allah turunkan, kita termasuk golongan, syirik, murtad, kafir, zalim

kerana itulah Kafir memaksakan merdeka, menerima demokrasi, yang menentukan Rakyat kepada Rakyat, selain Allah lah, syirik

sidratul muntaha, tak tercapai oleh sesiapa sahaja, melainkan KekasihNya

itu menunjukkan ketinggianNya

Kemuliaan, kebesarannya, tidak tertakluk apa yang ujud di pemikiran makhluk

walau bagaimanapun

AKU sebagaimana hambaKu sangkakan, ………………..hendaklah kita bersangka BAIK, inshallah

Reply

cahayapalingbaik11 February 2014 at 05:20
Berdasarkan Al-Qur’an :
– Allah wujud ISTAWA “beyond” Arasy.
– Allah bukan “berada” di Langit.
– Allah wujud tidak berdimensi (bukan sahaja tempat malah waktu).
– Arasy Allah lah yang MEMISAHKAN “Alam Ciptaan” dan Wujud Diri Nya.
– Allah itu Al-Qarib – Maha Dekat.
– Arasy Allah itu juga DEKAT.
– Seluruh Lapisan Langit dan Bumi adalah BERADA dalam Parallel Universe – wujud bertindih-tindih MELIPUTI satu sama lain NAMUN Alam yang lebih tinggi boleh melihat Alam yang lebih Rendah. Contoh Alam Jin boleh melihat Alam kita manusia; begitu juga Alam Malaikat. Mereka DEKAT dengan kita. NAMUN DEKAT lagi Allah dengan kita lebih dekat dari URAT leher kita – NAMUN Allah tetap berada di OTHER SIDE of Arasy – tiada BERDIMENSI dan BERDIRI SENDIRI – tiada DIA bersama dengan kita di Alam Berdimensi iaitu Alam yang ada TEMPAT atau RUANG juga Waktu.
– ALLAH Muhitho – MELIPUTI segala sesuatu
– ILMU ALLAH Wasi’a – juga MELIPUTI segala sesuatu
– RAHMAT ALLAH juga Wasi’a – MELIPUTI seluruh alam
– KURSI ALLAH juga Wasi’a – MELIPUTI seluruh Alam.

Paling kena FAHAM – wujudnya 7 Lapisan Langit dan Bumi sebagai PARALLEL UNIVERSE. ALLAH wujud TIDAK di Mana-mana ALAM BERDIMENSI itu. ALLAH wujud TIDAK BERTEMPAT tidak BERWAKTU – namun ALLAH ISTAWA di “beyond” (‘ALAL) ARASY.

Reply

30/12/2017 Posted by | Aqidah, Uncategorized | Leave a comment

Hindari Dosa Dengan Memelihara Kucing

Pada suatu hari, rasulullah s.a.w bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud :”Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman!”

Apabila ditanya, siapakah yang Baginda s.a.w. maksudkan, Baginda menjawab: “Seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.” (Riwayat al-Bukhari no. 6016 dan Muslim no. 46)

Dalam huraian hadis ini, Imam al-Nawawi menyatakan bahawa penafian iman dalam sabda Baginda “tidak beriman” mempunyai dua tafsiran:

Pertama: Orang yang menganggap perbuatan menyusahkan jiran adalah halal.

Kedua: Menafikan kesempurnaan iman seseorang akibat sikapnya sentiasa menyusahkan jirannya.

Ibn Battal pula menegaskan, hadis ini memberi penekanan terhadap penjagaan hak-hak jiran kerana Rasulullah s.a.w. telah mengulang-ulang sumpah Baginda sebanyak tiga kali.

Manakala dalam kitab Fath a/-Bari, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani meriwayatkan ulasan menarik daripada Ibn Abi Jamrah berkenaan hadis ini. Beliau berkata:

“Sekiranya ditegaskan sedemikian rupa agar seseorang menjaga hak-hak jiran yang berada di sebelah dinding rumahnya dan dijauhkan mereka daripada sebarang mudarat, sepatutnya dia mestilah lebih menjaga kedua-dua jiran yang tidak terhalang oleh dinding (yakni kedua-dua malaikat yang sentiasa berada di sisi manusia untuk mencatat amalan mereka). Sesungguhnya apabila seseorang melakukan ketaatan, maka kedua-dua malaikat tersebut akan bergembira dan sekiranya melakukan maksiat, mereka akan bersedih.”

Betapa besarnya ancaman terhadap seorang yang menyusahkan jirannya sehingga dia terganggu dan tidak aman dalam kehidupan sehanannya.

Dosa daripada Memelihara Kucing

Sebenarnya begitu banyak tindakan dan perangai buruk seseorang yang boleh menyebabkan jiran terganggu dan tidak tenang hidupnya. Antaranya seperti membuang sampah atau meletakkan kenderaan di kawasan rumah jiran sehingga menganggu laluan keluar masuk ke rumahnya, terlalu bising sehingga mengganggu ketenteraman jiran, menanam pokok dan membiarkan daun-daun jatuh lalu menjejaskan keindahan kawasan rumah jiran, mengumpat, menoela, memfitnah jiran
dan pelbagai lagi perbualan yang melayakkan seseorang termasuk dalam ancaman Rasulullah s.a.w. seperti yang terdapat dalam hadis di atas.

Dalam isu kali ini, penulis hanya memfokuskan perbualan yang boleh mengganggu arau menyusahkan jiran iaitu memelihara kucing. Hukum memelihara kucing adalah harus, Walau bagaimanapun, ada situasi yang menyebabkan individu yang memelihara kucing berdosa apabila tidak menunaikan “nafkah zahir dan batin” kucing peliharaannya. Ia seperti keperluan makan, minum, tempat tinggal dan segala yang berkaitan dengan naluri haiwan. Tidak cukup dengan itu , dosanya bertambah apabila mengganggu ketenteraman hidup jiran. Maka, dibimbangi dia tergolong dalam kalangan manusia yang dinafikan kesempurnaan imannya.

Tanggungjawab Semasa Jiran

Membiarkan kucing peliharaan kita menjadi pasu-pasu bunga jiran atau halaman rumah sebagai ‘tandas rasmi’ adalah satu dosa besar. Membiarkan kucing peliharaan kita bebas keluar dan masuk ke rumah jiran “tanpa izin” sehingga menyebabkan jiran terganggu juga satu dosa besar . Bahkan, membasuh najis kucing sehingga airnya mengalir ke halaman rumah jiran dengan
mendatangkan bau yang tidak menyenangkan juga termasuk dahm perbuatan rmenyusahkan jiran.

Ada kalanya terdapat seseorang yang tidak pun memelihara kucing, tetapi dia teramat gemar memberi makanan kepada kucing-kucing Iiar, sehingga menyebabkan banyak kucing liar “berkampung” di sekitar rumah-rumah jiran , juga dianggap satu dosa
sekiranya menyebabkan ketenteraman jiran terganggu. Memberi makanan kepada kucing tersebut niat yang baik, tetapi ia negatif dari segi implikasinya. Demikian juga perbuatan sengaja membuang kucing liar di kawasan rumah jiran atau kedai-kedai makan, ia juga dianggap satu dosa kerana menyusahkan orang lain.

Di akhirat nanti, kucing tidak akan dipertanggungjawabkan memikul dosa-dosa ini, tetapi manusia yang melakukan perbuatan inilah yang bakal menanggung segalanya. Kucing tidak mukalaf kerana tidak berakal, tetapi amat malang apabila tuan kepada kucing tersebut yang merupakan seorang manusia berakal tetapi tidak menggunakan akalnya untuk berwaspada terhadap amaran Rasulullah s.a.w. akibat perbuatan menyusahkan jiran.
Mencontohi Abu Hurairah

Namun artikel ini bukan menjelaskan bahawa haram memelihara kucing , bahkan ia merupakan hobi atau minat yang sangat mulia. Penulis hanya ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca agar sentiasa peka dengan pesanan-pesanan Rasulullah s.a.w.

Apabila menyebut tentang memelihara dan suka akan kucing , sudah pasti nama Abu Huraiah r.a. terlintas di benak kita. Beliau merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat suka kepada anak-anak kucing. Gelaran ‘Abu Hurairah’ yang diberikan
oleh Baginda kepadanya merupakan satu ikrar (pengakuan) terhadap keharusan memelihara kucing. Tidak ada satu riwayat pun yang menyatakan beliau menyusahkan jirannya dengan hobi memelihara kucing ini. Justeru, sesiapa yang ingin mencontohi hobi Abu Hurairah ini wajib baginya untuk menunaikan hak-hak kucing sebagai haiwan dan juga hak-hak jiran daripada dicerobohi.

Dalam sepotong hadis lain, RasuIullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jibrail sentiasa berpesan kepadaku agar menjaga hak-hak jiran sehingga aku menyangka seseorang jiran bakal mewarisi harta jirannya.” (Riwayat al-Bukhari no. 5669 dan Muslim no. 6854)
Demikian hebatnya Islam mementingkan penjagaan hak jiran sehingga malaikat Jibrail begitu kerap mengingatkan Baginda s.a.w. mengenainya dan menjadikan pencerobohan terhadap hak-hak jiran sebagai suatu tanda ketidaksempurnaan iman seseorang.

USTAZ SYED MOHD NORHISYAM

(Sumber: http://hafizamri.com/pelihara-kucing-hindari-dosa/)

22/12/2017 Posted by | Fiqh, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | 1 Comment

Wali Fasiq Menurut Mazhab Syafi‘i

Wali Fasiq Menurut Mazhab Syafi‘i

PANDUAN HUKUM: Wali Fasiq Menurut Mazhab Syafi‘i
Alyasak bin Berhan

Definisi Fasiq

Fasiq adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar atau orang yang sering melakukan dosa-dosa kecil dan kebaikan tidak melebihi maksiatnya, atau kedua-duanya (dosa dan kebaikan) sama banyak, maka orang tersebut dihukumkan sebagai fasiq.

Definisi Adil

Adil menurut bahasa adalah menuntut istiqamah (konsisten) dan lurus.

Adapun menurut ‘uruf pula adalah; memiliki naluri yang boleh menegah seseorang daripada melakukan dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil yang dipandang hina seperti mencuri beberapa suap makanan dan mencuri sedikit buah. Juga menegah daripada perbuatan-perbuatan harus yang dipandang buruk (dari segi ‘uruf) seperti berjalan tanpa menutup kepala dan makan di pasar.

Syarat Wali

Disyaratkan wali nikah tidak fasiq kerana adil tidak disyaratkan pada wali nikah. Oleh kerana itulah, apabila seseorang kanak-kanak yang sudah baligh dan dia tidak melakukan dosa-dosa besar serta tidak melazimi dosa-dosa kecil, maka ketika itu dia layak menjadi wali serta-merta walaupun dia bukanlah seorang yang adil dan bukan juga seorang yang fasiq. Begitu juga seseorang wali yang kafir apabila memeluk Islam, maka ketika itu dia layak menjadi wali serta-merta.

Disebutkan oleh Syeikh Ahmad al-Syatiri ;

شُرُوْطُ وَلِيِّ النِّكَاحِ ثَمَانِيَةٌ: الاخْتِيَارُ, وَالْحُرِّيِّةُ, وَالذُّكُوْرَةُ, وَالتَّكْلِيْفُ, وَعَدَمُ الْفِسْقِ, وَعَدَمُ اخْتِلَالِ النَّظَرِ بِهَرَمٍ أَوْ خَبَلٍ, وَعَدَمُ الْحَجْرِ بِالسَّفَهِ, وَعَدَمُ الإِحْرَامِ
Yang bermaksud, “Syarat-syarat wali nikah ada 8 perkara iaitu; pilihan sendiri (tidak dipaksa), merdeka, lelaki, mukallaf, tidak fasiq, tiada kecacatan fikiran sama ada dengan sebab terlalu tua atau rosak fikiran (sakit), tidak terhalang urusan hartanya kerana safih (سفيه) dan tidak berihram.”

Sehubungan itu, orang yang fasiq tidak sah mewalikan nikah mengikut pendapat yang muktamad di sisi Syeikh al-Ramli dan al-Khatib al-Syirbini secara mutlak. Justeru, hak perwalian tersebut akan berpindah kepada wali ab‘ad.

Namun, apabila wali yang fasiq bertaubat ketika ingin mengakadkan nikah iaitu dengan meninggalkan dosa-dosa yang dilakukan serta berazam tidak akan mengulanginya dan akan memulangkan hak orang yang dizaliminya jika berkesempatan, maka ketika itu dia layak menjadi wali serta-merta. Oleh kerana itulah, wali yang fasiq perlu ditaubatkan ketika ingin melaksanakan akad nikah agar akad tersebut sah.

Walaubagaimanapun, menurut apa yang zahir daripada perkataan Syeikh Ibn Hajar, wali fasiq harus mewalikan nikah sekiranya hak perwalian tersebut akan berpindah kepada wali hakim yang melakukan perkara-perkara fasiq yang sejenis atau lebih daripada yang dilakukan oleh wali fasiq tersebut. Inilah pendapat yang dipegang oleh Imam al-Ghazali, al-Nawawi di dalam Kitab al-Raudhah, Ibn al-Solah, al-Azra‘ei, al-Subki dan merupakan pendapat yang dipilih oleh segolongan ulamak lain.
اليسع

Rujukan:

– Tuhfah al-Muhtaj
– Nihayah al-Muhtaj
– Mughni al-Muhtaj
– Zaitunah al-Ilqah
– Hasyiah al-Baijuri
– I‘anah al-Talibin
– Al-Manhal al-Nadhdhakh
– Al-Yaqut al-Nafis
– Bughyah al-Najah

– Al-Dalil al-Nassah

Wallahu a‘lam.

Blogger Tolib al-‘Ilm: 

14/12/2017 Posted by | Fiqh, Muamalat (Keluarga), Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Siapakah Yahudi, Israel Dan Zionis (Zionazi)?

Siapakah Yahudi, Israel Dan Zionis (Zionazi)?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Sahabat yang di rahmati Allah,
Umat Islam perlu tahu siapakah sebenarnya Zionis supaya mereka tahu kenapa kerajaan haram Yahudi- Zionis laknatullah yang merampas tanah umat Islam di Palestin sanggup membunuh umat Islam Palestin tanpa peri kemanusiaan?

Mereka bercita-cita untuk membina “Negara Israel Raya” yang terdiri daripada bumi Syam iaitu Palestin, Syria, Iraq, Jordan dan sebahagian daripada Mesir. Dalam sejarah mana-mana negara yang menguasai Palestin (Baitul Maqaddis) , negara tersebut akan menguasai dunia. Palestin telah menjadi rebutan kuasa-kuasa besar dunia samaada darikalangan Yahudi, Kristian dan Islam.

Dalam surah at -Tin (surah ke 95 ayat 1-3)

Allah SWT berfirman,

1. Wat tiini waz zaituun”Demi Tin dan Zaitun,”

Kata Tin dalam Al Quran hanya disebut satu kali, iaitu dalam surat ini. Ada ahli tafsir yang menyebutkan bahwa ‘tin’ adalah sejenis buah yang terdapat diTimur Tengah (yang sangat subur di negara Syria, Jordan, Mesir dan Iraq). Bila matang, warnanya coklat, berbiji seperti tomat, rasanya manis, berserat tinggi, dan dapat digunakan sebagai ubat penghancur batu pada saluran kemih dan ubat wasir. Oleh sebab itu, pada Al Quran terjemahan kalimat Wattiin diertikan dengan “Demi buah Tin”

Kata Zaitun disebut empat kali dalam Al Quran. “Zaitun” adalah sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di sekitar Laut Tengah dan di bumi Palestin, pohonnya berwarna hijau, buahnya pun berwarna hijau, namun ada pula yang berwarna hitam pekat, bentuknya seperti anggur, dapat dijadikan asinan dan minyak yang sangat jernih. Zaitun dinamai Al Quran sebagai syajarah mubaarakah (tumbuhan yang banyak manfaatnya). (Surah An-Nuur 24 ayat 35)

Dalam surah al-Isra’ ayat 1, Allah SWT berfirman yang maksudnya, “Mahasuci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya (diturunkan nabi-nabi di negeri itu berikut kesuburan tanahnya). Ulama memberikan tafsirannya bahawa negeri yang berkati adalah bumi Syam (Syria, Jordan, Iraq, Mesir dan Palestin).

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan sirah para nabi dan rasul terdahulu dan sejarah penguasaan kerajaan-kerajaan dunia (sebelum dan selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW) sentiasa berusaha untuk menakluki Batul Muqaddis dan bumi Palestin untuk mereka menguasai dunia.

Itulah sebabnya kenapa puak Yahudi- Zionis Antarabangsa berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai bumi Palestin dan sanggup membunuh orang awam tanpa perikemanusiaan. Dengan itu puak Yahudi-Zionis Antarabangsa telah bekerjasaama dengan puak Kristian-Zionis Antarabangsa telah menubuhkan negara haram Israel (telah merampas bumi Palestin) dan bercita-cita meluaskan negara mereka merangkumi bumi Syam. (Penubuhan Negara Israel Raya)

Umat Islam perlu ingat bahawa Zionis bukan saja di kalangan puak pelampau Yahudi tetapi ianya juga terdapat puak pelampau Kristin iaitu Kristian- Zionis Antarabangsa yang bekerjasama membantu puak Yahudi-Zionis Antarabangsa. Dua golongan ini yang telah bekerjasama membunuh umat Islam (di Palestin, Afginistan dan Iraq) dan menyesatkan umat Islam (di semua negara umat Islam) dengan berbagai cara termasuk hiburan, sukan, pergaulan bebas, muzik dan perniagaan yang menggunakan riba.

Dalam surah al-Baqarah dengan jelas Allah SWT berfirman, “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. (Surah al-Baqarah [2] ayat 120).

“Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bagian dari al-Kitab (Taurat)? Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka menghendaki kamu tersesat dari jalan (yang benar). (Surah an-Nisa’ [4] ayat 44).

“Kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merobah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), (Surah al-Maidah [5] ayat 13).

Firman Allah SWT maksudnya :

2. Wa thuuri siiniin.

3. Wa haadzal baladil amiin

Maksudnya, ” dan demi Bukit Sinai, dan demi kota Mekkah ini yang aman”

Hampir seluruh ahli tafsir sependapat kalau yang dimaksud ‘Thuur Sinin’pada ayat tersebut adalah bukit Tursina atau lebih dikenal dengan nama bukit Sinai, iaitu bukit yang berada di Mesir, tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu. Sementara yang dimaksud ‘Baladil Amiin’ adalah kota Mekkah, tempat Nabi Muhammad SAW. menerima wahyu.

Dengan ayat-ayat di atas Allah SWT. bersumpah dengan empat tempat penting,iaitu Tin, Tursina (bukit Sinai), Zaitun, dan Baladil Amin (kota Mekah), dimana pada empat tempat tersebut Nabi Ibrahim as., Musa as., Isa as., dan Muhammad SAW. menerima wahyu untuk memberikan bimbingan dan pencerahan hidup pada umat manusia.

Oleh itu tempat-tempat tersebutlah menjadi rebutan mana-mana kerajaan yang bercita-cita untuk menguasai dunia. Umat Islam perlu yakin bahawa puak Yahudi-Zionis Antarabangsa yang menetap di bumi Palestin akan kalah di akhir zaman nanti mereka semuanya akan di bunuh oleh umat Islam di di dalam peperangan yang besar sehingga batu dan pokok kayu boleh berkata-kata menyatakan bahawa Yahudi-Zionis ada bersembunyi di belakang batu dan pokok kayu tersebut. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.,

“Kiamat tak akan terjadi sebelum kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi. Sampai ada seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, maka berkatalah batu dan pohon itu: “Hai muslim, wahai hamba Allah, ini ada Yahudi di belakangku. Kemarilah, bunuh dia!,”. Kecuali pohon Gharqad*, kerana dia adalah pohon Yahudi.”

*Gharqad adalah nama pohon yang ditanam oleh orang-orang Yahudi. Tingginya, satu sampai tiga meter, kulit dan batangnya berwarna putih.

Untuk menjelaskan siapa sebenarnya Yahudi, Israel dan Zionis di bawah ini di huraikan secara ringkas untuk makluman kita semua.

1. Yahudi berasal dari perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi,Arab,Chaldaen dan Assyrian.

2. Bermula dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada para nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil dari perkahwinan dengan Siti Sarah lahir Nabi Ishak. Dari keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Yaakub dan Nabi Isa.

3. Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel, Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian dari mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan nama Yahudi bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. Keturunan Yahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.

4. Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya. Oleh itu,ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel raya.

5. Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol,Oriental Jews di Arab dan Ethiopia,dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan 3 kelompok ini hasil dari perpindahan pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim(manusia selain Yahudi).

6. Keturunan Yahudi yang tulen adalah dari jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya dari keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan dari keturunan jurai ibu tapi bapa.

7. Tetapi bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana,Rejim Zionis bersifat sekular,tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman.

8. Di Amerika,telah wujud gerakan baru iaitu New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk gerakan ini dan sangat agresif terhadap Palestin (sanggup membunuh dan merampas tanah umat Islam Palestin dengan cara kekerasan).

9. Dalam Kitab Injil Bahagian 01 telah dinyatakan ’tanah yang dijanjikan’ antara Sungai Nil, Mesir hingga ke Sungai Eupharates, Mesopotamia di Iraq untuk keturunan Ibrahim atau Abraham.

10. Manakala Zionis merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess yang menubuhkan sebuah negara haram, Israel. Yahudi mula berpindah pada tahun 1897. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

11. Pada 1903 – 25,000 Yahudi tiba dari Eropah Timur.Antara 1904-1914 sudah ada 40,000 orang Yahudi.

12. Israel diisytiharkan pd 14 Mei 1948. Negara Arab serang Israel. Gerila lebih berperanan dari pemimpin Arab. Mesir dapat Semenanjung Gaza manakala Jordan dapat Timur Jerusalem (Tebing Barat). Sejak itu, perang terus berlaku dan sehingga kini telah mencecah 60 tahun.

13. Sejak itu rakyat Palestin tersepit dalam siri peperangan :• Perang 1948- ½ juta dihalau dari Palestin.• Perang 1967- ½ juta keluar.• Perang 1973- Arab kalah• 1.5 juta hidup di 8 khemah pelarian -60 tahun

14. Yahudi yang bermazhab ekstrem Haredim inilah yang telah menyerang Palestin terkini iaitu antara 27hb Dis 2008 – 20hb Jan 2009. Antara hukum-hakam penganut Yahudi ini ialah suara wanita adalah aurat,wanita tidak boleh memandu seorang diri,wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan melakukan majlis perpisahan antara lelaki dan perempuan. Manakala dari segi pemakaian Zionis adalah berserbakan hitam contohnya kopiah kecil hitam ataupun yang besar dan golongan perempuan pula menutup aurat melepasi paras lutut.

15. Zionis menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat. Terdapatnya Zionis Lobi yang tidak terlibat secara langsung dalam politik yang merupakan golongan kaya muncul pada awal abad ke-20.

16. Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl’s. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea “Penubuhan Negara Israel Raya”.

17. Pada 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland,dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis Antarabangsa.

18. Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945.

19. Mereka telah menerima hampir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan,senjata nuklear dan lain-lain.

20. Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para ambiya’ dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992),Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah

21. Rejim Yahudi- Zionis laknatullah mempunyai simpanan senjata nuclear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty,satu perjanjian di mana sebuah negara itu tidak akan membina senjata nuclear.

22. Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepas mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.

23. Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA. Ketua tentera Yahudi-Zionis pada masa itu tidak di ambil tindakkan oleh mahkamah Antara termasuk Ariel Sharon ini menunjukkan PBB dan mahkamah Antarabangsa tidak berlaku adil terhadap kekejaman yang dilakukan oleh puak Yahudi -Zionis laknatullah.

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan.

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 167 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Hadits Salamah bin Nufail radhiyallahu ‘anhu : “Saat ini akan tiba masa berperang, akan senantiasa ada segolongan dari umatku yang menampakkan (kebenaran) di hadapan manusia, Allah mengangkat hati-hati suatu kaum, mereka akan memeranginya dan Allah Azza wa Jalla menganugerahkan kepada mereka (kemenangan), dan mereka tetap dalam keadaan demikian, ketahuilah bahawa pusat negeri kaum mukminin itu berada di Syam, dan ikatan tali itu tertambat di punuk kebaikan hingga datangnya hari kiamat.” (HR Ahmad : IV/104; an-Nasa`i : VI/214-215; Ibnu Hibban : 1617-Mawarid; al-Bazzar dalam Kasyful Astaar : 1419; dari jalan al-Walid bin Abdurrahman al-Jarsyi dari Jabir bin Nufair.)

Syaikh Salim berkata : “Dan isnad ini shahih menurut syarat Muslim.”

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Oleh Ustaz Abu Basyer

12/12/2017 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

Kisah Jin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaiman

Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya, dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk, kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.

Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau. Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan, aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular.

Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kangungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

Tambahnya lagi : “Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.

Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka sera diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.

Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : “Wahai perempuan yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan perempuan”.

Begitulah kisahnya akan jin yang akan merosakkan anak Adam dengan berbagai cara yang kita tersangka oleh kita yang selama ini tidak mengambil peduli. Makanya apabila jin sudah melakukan peranannya, tentu kita boleh mengagak apakah kesannya kepada kita anak-anak Adam. Tanpa rawatan dari mereka yang benar-benar berilmu haqq dan berkebolehan, tentulah kita anak-anak Adam ini akan merasai kesengsaraan sepanjang kehidupan. Jika rawatan dilakukan oleh mereka yang tidak berada di jalan haqq, penyakit akan tetap datang dan pergi sebagaimana yang pernah di catatkan oleh Prof Shahidan Radiman dari National University of Malaysia, Faculty of Science and Technology.

Prof Shahidan Radiman mencatat:
Sebenarnya orang yang tidak belajar Ilmu Mengenal Diri tak guna mengamalkan perubatan Islam . Banyak kes berlaku dimana seseorang itu “mengubat” si pesakit dengan ayat Al-Quran dan sebagainya, tetapi sakit orang itu tak baik, iaitu sakitnya berulang. Mengapa demikian? Sebab jin yang dia “buang” itu tidak ke mana – ia hanya menyorok dalam badan atau keluar sekejap kemudian masuk balik? Sampai bila pun tak akan baik…

Orang yang tak belajar Ilmu Mengenal Diri amat berbahaya jika “bermain” dengan alam ghaib. Ibarat orang Melayu cuba melintas padang pasir Sahara tanpa unta dan bekal, tanpa “guide” Baduwi, memang pasti akan binasa atau membinasakan orang lain. Bukan saja jin pandai bermain wayang tetapi jenis dan perangainya beribu-ribu. Hanya orang yang sudah mengenal diri dapat mengenali semua makhluk-mahkluk itu . Itu sebabnya Ilmu Mengenal Diri sangat penting, khasnya di waktu sakaratul maut. Ia penting di dunia dan di akhirat. Begitulah perjalanan yang akan kita tempoh – jauh perjalanan, maka oleh itu, saya sarankan kepada semua pembaca, carilah ilmu untuk menyampaikan kita kepada Al-Haqq!…

Rujukkan:

http://tolibun.blogspot.com

Catatan ringkas Prof Shahidan Radiman

05/12/2017 Posted by | Renungan & Teladan | Leave a comment

AKIBAT DERHAKA KEPADA GURU

Salah satu penyebab sulitnya rezeki adalah durhaka kepada Guru. sombong, meremehkan.

Jangan kamu datang kepada Guru hanya kerana ingin mendapatkan ilmu, namun kamu melupakan dan menjauhi ketika kamu merasa sudah tidak memerlukannya.

Ingatlah, keberkahan ilmu dan rezeki mu terdapat pada Adab mu terhadap Guru.
Sedikit kisah di Tarim ada seorang Murid yang derhaka kepada Gurunya, .

Dikisahkan belasan tahun lalu seorang pelajar yang sedang belajar di rubat Tarim yang saat itu diasuh Habib Abdullah as-Syatiri, beliau dikenali sangat Alim hingga mampu menghafal kitab tuhfatul muhtaj 4 jilid. siapa tak kenal dia?? Semua tau bahwa dia sangat Alim bahkan dianggap sebagai calon ulama besar suatu hari nanti.

Suatu hari disaat Habib Abdullah mengisi pengajian rutin pengajian , tiba-tiba Habib bertanya tentang pelajar yang sangat terkenal Alim itu. “Kemana si fulan???” Semua pelajar bingung menjawab pertanyaan sang guru.

Ternyata pelajar yang dimaksud tidak ada di pondok melainkan keluar berniat mengisi pengajian di kota Mukalla tanpa izin.

Akhirnya Habib Abdullah assyatiri yg sangat terkenal Allamah dan Waliyulloh berkata : “baiklah orangnya boleh keluar tanpa izin, tapi ilmunya tetap disini!!!”*.
Di kota Mukalla, pelajar yang sudah terkenal Alim tersebut sudah di nanti nantikan para pecinta ilmu untuk mengisi pengajian di masjid Omar, Mukalla.
Singkat cerita si pelajar ini pun maju kedepan dan mulai membuka ceramahnya dengan salam dan muqaddimah pendek.

Allahu Akbar !!! Ternyata, setelah membaca amma ba’du si Alim ini tak mampu berkata sama sekali, bahkan kitab paling kecil sekelas Safinah pun tak mampu dia ingat sedikitpun…._

Maka dia tertunduk dan menangis.. para hadirin pun heran, “Ada apa ini???”,, akhirnya Salah satu Ulama kota mukalla pun menghapirinya dan bertanya; “Saudara mengapa begini??? Apa yang saudara lakukan sebelumnya?”._

Dia menjawab : “Saya keluar tanpa izin Habib dari pondok madrasah.” Dia terus menangis , dan Beberapa orang menyarankan agar dia meminta maaf kepada Habib..

Parahnya dia dengan sombong tidak mahu meminta maaf!!. Kesombongannya ini membuat semua orang menjauhinya, dan tidak ada satupun yang peduli padanya, bahkan hidupnya setelah itu sangat miskin dan menjual penjual daging ikan kering.
Dan disaat dia meninggal,dia mati dalam keadaan miskin bahkan kain kafannya pun tak mampu dibeli dan akhirnya diberi oleh seseorang.

“Pelajar Yang Manfaat…Bukanlah Yang Paling Banyak Hafalannya, Yg Paling Bagus Penjelasan Kitabnya, Yang Selalu Juara Kelas…..Tapi Santri Yang BerManfaat Yang Paling Hormat dan Taat Kepada Gurunya…Dan Menganggap Dirinya Bukan Siapa-siapa Di Hadapan Gurunya…”

Semoga kita bisa mengambil pelajaran dari kisah diatas di beri hati yang tawadhu’ patuh terhadap guru guru kita sehingga kita mendapat berkahnya, amin.

Ustaz Yunan A Samad

03/12/2017 Posted by | Tazkirah | 2 Comments

   

%d bloggers like this: