Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SOLAT 1,000 RAKAAT DIKATA BOHONG?

1.  Ini bukan kali pertama saya tengok manusia sejahil ini di media sosial.

2.  Dulu saya pernah berdebat dengan seorang Wahhabi, yang mengira jumlah jam bacaan al-Quran untuk dikhatamkan satu malam. Dia kata itu mustahil.

3.  Dia juga yang dakwa mustahil Imam Abu Hanifah solat subuh menggunakan wudhuk isyak kerana dia beranggapan mustahil Imam Abu Hanifah tidak tidur atau bersama dengan isteri.

4.  Hakikatnya memang wujud manusia yang jahil tetapi merasa diri dah cukup bijak.

5.  Dalam riwayat Sunan al-Tirmizi menyebutkan Sayyidina Umair Bin Hani solat 1,000 rakaat dan bertasbih 100,000 kali setiap hari.

6. Imam Zahabi menyatakan dalam kitab al-‘Ibar bahawa Sayyidina Ali Zainal Abidin solat sebanyak 1,000 rakaat.

7. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pula menyatakan dalam kitabnya Tahzib al-Tahzib bahawa Imam Ali Bin Abdullah solat 1,000 rakaat.

8.  Semua ini dianggap kartun oleh orang jahil bertingkat. Sedangkan diri sendiri malas mengkaji.

9.  Boleh baca kitab Iqamah al-Hujjah yang memuatkan sebilangan kisah yang sahih tentang ajaibnya ibadah para orang soleh terdahulu. Itu semua adalah keberkatan waktu yang Allah berikan kepada mereka. Jika pakcik tak reti bahasa Arab, boleh baca yang terjemahan seperti di ruang komen.

10.  Mohon membaca supaya kejahilan itu berkurang.

Hafiz Al Za’farani – HAZA

29/03/2024 - Posted by | Bicara Ulama, Fad hail Amal, Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan

No comments yet.

Leave a comment