Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Status Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Syahid Akhirat

UMAT Islam yang meninggal dunia akibat Covid-19 dianggap syahid akhirat.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, ini kerana kematian mereka disebabkan mudarat akibat penularan wabak maut itu.

Menurutnya, mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 juga perlu disempurnakan sama seperti jenazah lain.

Mangsa yang meninggal dunia perlu dimandikan, dikafankan dan disolatkan seterusnya dikebumikan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Mereka yang meninggal dunia ini sama seperti individu yang meninggal dunia ketika bersalin dan kemalangan

Mereka yang meninggal dunia ini juga dihapuskan dosa kerana penyakit yang dihidapi itu adalah asbab Allah SWT untuk menghapuskan dosa seseorang.

Mereka akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT atas ujian yang diberikan ketika hayatnya jika bersabar dan redha diatas ujian ini

Mereka yang layak mati syahid akhirat adalah mereka yang menjaga SOP untuk mengelak daripada jangkitan wabak , berusaha mendapatkan rawatan segera apabila terdapat tanda- tanda positif seperti demam, tidak ada selera makan dan rasa sesak nafas. Walaupun ikhtiar telah diberikan dengan takdir Allah sakitnya berterusan sehingga masuk ICU dan hingga membawa kematian.

Mufti Wilayah Persekutuan dalam Fatwa Siri 473 memberi fatwa yang sama bahawa kematian disebabkan covid 19 adalah mati syahid akhirat berpandukan hujah- hujah yang kuat.

Hadis Nabi SAW

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَعُدُّونَ الشَّهِيدَ فِيكُمْ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ شَهِيدٌ قَالَ إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيلٌ قَالُوا فَمَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ مَاتَ فِي الطَّاعُونِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيدٌ قَالَ ابْنُ مِقْسَمٍ أَشْهَدُ عَلَى أَبِيكَ فِي هَذَا الْحَدِيثِ أَنَّهُ قَالَ وَالْغَرِيقُ شَهِيدٌ (رواه مسلم)

Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang dimaksud orang yang mati syahid di antara kalian?”

Para sahabat menjawab, “Wahai Rasulullah, orang yang mati terbunuh kerana berjuang di jalan Allah itulah orang yang mati syahid”

Baginda bersabda: “Kalau begitu, sedikit sekali jumlah ummatku yang mati syahid”

Para sahabat berkata, “Lantas siapakah mereka wahai Rasulullah?”

Baginda bersabda: “Barangsiapa terbunuh di jalan Allah maka dialah syahid, dan siapa yang mati di jalan Allah juga syahid, siapa yang mati kerana suatu wabah penyakit juga syahid, siapa yang mati kerana sakit perut juga syahid.”

Ibnu Miqsam berkata, “Saya bersaksi atas bapamu mengenai hadis ini, bahawa baginda juga berkata, orang yang meninggal kerana tenggelam juga syahid,”

(Hadis Riwayat Muslim).

Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa jenazah umat muslim yang meninggal kerana virus corona (covid 19) maka terhitung sebagai syahid akhirat.
Hal itu berdasarkan Fatwa MUI Nomor 18 Tahun 2020 tentang Pedoman Pengurusan Jenazah (Tajhiz Al-Janaiz) Muslim yang dijangkiti COVID-19.

Selain pesakit yang meninggal akibat wabah, orang yang meninggal dalam keadaan tenggelam, terbakar, dan melahirkan anak juga tergolong dalam syahid akhirat.

Setakat 29.5.2021 di negara kita pesakit yang positif Covid 19 adalah seramai 558,534 pesakit. Yang telah pulih 479,666 Jumlah kematian 2,650 pesakit.
Jumah positif harian pada 29.5.2021 adalah 9020 pesakit. Jumlah ini amat membimbangkan jika tidak berlaku penurunan negara dalam keadaan dharurat.

MKN dan KKM mengistiharkan FULL LOCKDOWN seluruh Malaysia pada 1Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 adalah satu tindakan wajar dan satu langkah proaktif untuk memutuskan rantaian Covid 19.

Kerajaan perlu percepatkan suntikan vaksin kepada orang ramai supaya imuniti berkelumpuk sebanyak 80% untuk keseluruhan rakyat dapat dilaksanakan.

Oleh itu marilah sama- sama kita putuskan rantaian Covid 19 dengan duduk dirumah masing- masing. Untuk keluar rumah apabila ada keperluan sahaja kerana virus covid 19 dan varian baru daripada Afrika Selatan sudah ada di dalam komuniti kita.

Banyakkan berdoa dan solat hajat semoga Allah SWT angkat wabak Covid 19 ini dalam negara kita dan seluruh dunia. Aamiin

🥦Wassalam🥦

Makmum Sundari
30.5.2021

30/05/2021 Posted by | Fiqh, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | | Leave a comment

WABAK PENYAKIT DALAM SEJARAH ISLAM

Written by Atriza Umar

Penularan wabak penyakit pernah direkodkan pada zaman Rasulullah SAW dan Khalifah Umar RA. Hadis-hadis Rasulullah SAW turut memberikan panduan menghadapi taun, kusta dan wabak secara umumnya. Panduan ini turut diaplikasikan semasa zaman para sahabat RA.

Panduan baginda menangani wabak taun

Daripada  Amr bin Saad bin Abi Waqas, daripada ayahnya bahawa beliau pernah mendengar ayahnya bertanya kepada Usamah bin Zaid, “Apakah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah SAW berkaitan dengan wabak taun (kolera)?”

Usamah menjawab, “Rasulullah SAW pernah bersabda: Wabak taun adalah kotoran yang dikirimkan Allah SWT kepada sebahagian Bani Israil dan juga orang-orang sebelum kalian. Jika kalian mendengar ada wabak taun di suatu negeri, janganlah kalian memasuki negeri tersebut. Namun, apabila wabak taun itu tersebar di negeri kalian, janganlah kalian keluar dari negeri kalian menghindari dari penyakit itu.” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim)

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya yang berjudul al-Thibb al-Nabawi, secara bahasa, taun adalah sejenis wabak penyakit.

Dalam atsar Aisyah, dinyatakan bahawa beliau pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Adapun ta’n (tusukan dengan benda tajam) kami sudah mengetahuinya. Lalu, apakah yang dimaksudkan dengan taun?” Nabi SAW menjawab: “Benjolan yang muncul seperti yang dialami oleh unta, tumbuh di bahagian belakang ketiak dan seumpamanya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Ketika Nabi SAW melarang umatnya untuk masuk ke daerah yang dijangkiti wabak taun ini dan melarang mereka keluar dari kawasan terjadinya penyakit tersebut, baginda telah menggabungkan penjelasan. Iaitu, jika masuk ke daerah yang terkena wabak sama saja dengan menyerahkan diri kepada penyakit tersebut.

“Sungguh itu (masuk dan keluar tempat wabak dengan bebas) bertentangan dengan ajaran syariat dan disiplin logik,” kata Ibnu Qayyim.

Larangan pergerakan

Menurut Ibnu Qayyim, tindakan Nabi SAW melarang umatnya memasuki ke daerah wabak adalah satu bentuk pencegahan yang memang dianjurkan oleh Allah SWT iaitu mencegah diri kita agar tidak terkena dengan wabak yang menular itu.

Sementara itu, melarang keluar daripada lokasi wabak juga mengandungi hikmahnya yang tersendiri iaitu:

1. Menggalakkan manusia agar percaya kepada Allah, bertawakal kepada-Nya, serta tabah dan reda menghadapi segala ketentuan-Nya.

2. Jika telah dijangkiti, seseorang itu perlu dirawat dan dikuarantin dengan cara yang betul agar dirinya tidak menjadi penyebar kepada penyakit yang tersebut.

Manakala  larangan Nabi SAW kepada umatnya untuk tidak masuk ke negeri atau kawasan terjadinya wabak mempunyai beberapa hikmah, antaranya:

1. Menjauhkan diri daripada pelbagai keadaan yang membahayakan.

2. Mendapatkan keselamatan yang merupakan keperluan kehidupan dunia dan akhirat.

3. Agar tidak menghirup udara yang dicemari sehingga boleh terjangkiti wabak tersebut.

4. Agar mereka tidak dekat dengan orang sakit hingga boleh menyebabkan mereka sakit sebagaimana yang dideritai mereka yang telah dijangkiti wabak tersebut.

5. Menjaga diri dan ahli keluarga juga sesiapa pun daripada terkena wabak penyakit tersebut.

Ibnu Qayyim turut mengisahkan pada zaman Rasulullah SAW, jikalau ada sebuah negeri dijangkiti penyakit taun, baginda memerintahkan untuk mengkuarantinkan pesakit tersebut di tempat yang khusus serta jauh daripada rumah penduduk.

Taun sebagaimana disabdakan Rasulullah SAW adalah wabak penyakit yang menular hingga boleh membunuh mereka yang dijangkitinya. Jika umat Islam bersabar menghadapi situasi ini, mereka dijanjikan syurga dan pahala yang besar.

Selain itu, pada zaman Rasululullah SAW pernah terjadi wabak kusta yang menular dan mematikan sebelum ditemui ubatnya. Ketika itu, baginda memerintahkan untuk tidak mendekati atau menziarahi orang yang mengalami kusta tersebut.

‏ لاَ تُدِيمُوا النَّظَرَ إِلَى الْمَجْذُومِينَ

“Janganlah kamu terus menerus melihat orang yang menghidap penyakit kusta.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad SAW juga memperingatkan umatnya untuk tidak mendekati negeri yang sedang merebaknya wabak. Dan sebaliknya jika berada di dalam tempat yang terkena wabak tersebut, dilarang untuk keluar daripada tempat tersebut.

إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَدْخُلُوهَا، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا مِنْهَا

“Jika kamu mendengar wabak di suatu wilayah (negeri), maka janganlah kalian memasukinya. Akan tetapi, jika terjadi wabak di tempat kamu berada, maka jangan tinggalkan tempat itu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Indahnya Islam ini, setiap sesuatu yang Allah datangkan mempunyai solusinya yang tersendiri. Sebagaimana dalam situasi yang berlaku hari ini, sirah lampau memberikan peringatan dan cara menanganinya kepada kita semua.

Syam dianda taun, Umar RA kembali ke Madinah

Menurut riwayat Bukhari dan Muslim dalam satu hadis yang panjang, Khalifah Umar al-Khattab RA bersama para sahabatnya berhenti di daerah perbatasan sebelum memasuki Syam kerana mendengar khabar wabak taun yang melanda negeri tersebut.

Setelah meminta pandangan gabenor Syam, Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan para sahabat, akhirnya Umar membuat keputusan untuk pulang ke Madinah.

Abu Ubaidah yang menginginkan mereka masuk ke Syam lantas bertanya kepada Umar, “Mengapa engkau perlu lari daripada takdir Allah SWT?” Maka, Umar pun menjawab, “Sesungguhnya dengan kita pulang, kita hanya berpindah dari satu takdir kepada takdir yang lain.”

Abdurrahman bin Auf bersetuju dengan pandangan Umar lalu mengucapkan hadis Rasulullah SAW: “Jika kalian mendengar wabak melanda suatu negeri, maka janganlah kalian memasukinya. Dan jika kalian berada di sesuatu kawasan itu, janganlah kalian keluar untuk lari daripadanya.”

Akhirnya mereka pun pulang ke Madinah, mengikut saranan Umar RA manakala Abu Ubaidah mengambil keputusan hidup bersama rakyatnya dan mati bersama rakyatnya.

Hingga suatu waktu, Umar RA pun menangis ketika mendengar khabar Abu Ubaidah, Muadz bin Jabal, Suhail bin Amr dan sahabat-sahabat mulia yang lain (radiallahuanhum) wafat kerana wabak taun di Syam. Menurut sirah, sekitar 20,000 orang terbunuh akibat dijangkiti wabak tersebut yang mana hampir separuh penduduk Syam ketika itu.

Tindakan Amru bin al-Ash tangani wabak

Wabak taun berhenti ketika sahabat baginda, Amr bin al-Ash RA memimpin disebabkan kecerdasan beliau menyelamatkan Syam, hasil daripada tadabbur (renungan) dan kedekatannya dengan alam ini.

Amr bin al-Ash berkata: “Wahai sekalian manusia, penyakit ini menyebar seperti maraknya api. Jauhilah dan berlindunglah dengan menempatlah di gunung-ganang.” Mereka pun berlindung dan duduk di kawasan gunung-ganang. Wabak pun berhenti sebagaimana api yang padam kerana tidak mampu lagi menemukan bahan yang dibakar.

Maka, inilah panduan dan sikap yang dianjurkan:

1. Kuarantin: Mengasingkan orang yang dijangkiti wabak di kawasan yang terkena wabak.

2. Bersabar. Rasulullah SAW bersabda:

“Wabak taun merupakan azab yang ditimpakan kepada siapa saja yang Dia kehendaki. Kemudian Dia jadikan rahmat kepada kaum mukminin. Tidaklah seorang hamba yang dijangkiti wabak lalu ia menetap dikampungnya dengan penuh kesabaran dan mengetahui bahawa tidak akan menimpanya kecuali apa yang Allah Subhanahu Wa Taala tetapkan, baginya pahala orang yang mati syahid.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Ahmad)

Tetaplah berbaik sangka kepada Allah dan berikhtiarlah (berusaha) menanganinya. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah Allah SWT menurunkan sesuatu penyakit kecuali Dia juga yang menurunkan penawarnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Solusi daripada Amru bin al-Ash iaitu menjaga jarak daripada khalayak dan menahan diri di rumah (social distancing) sehingga tempoh waktu tertentu yang disarankan pihak berkuasa.

4. Membaca doa.

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berdoa (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga (3) kali, maka ia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, ia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad)

Marilah bersama-sama kita ikuti solusi yang telah disarankan dalam sejarah Islam ketika menangani wabak penyakit. Moga situasi yang dihadapi kini akan segera berakhirnya dan kita semua kembali menjalani kehidupan seperti biasa sebagaimana sebelum hadirnya wabak ini, insya-Allah.

Sumber

22/05/2021 Posted by | Informasi, Tazkirah | | Leave a comment

SEJARAH WABAK

1. Saya ada baca sikit pasal sejarah wabak penyakit yang berlaku sebelum ini. Mostly, sesuatu wabak itu ambil masa 3 hingga 4 tahun untuk manusia kembali hidup seperti biasa.

2. Misalnya wabak Black Death (1347-1351) yang menyerang Mesir, Andalusia, Cordoba dan kebanyakan negara Eropah. Kadar kematian di Eropah dikatakan hampir 1/3 populasi penduduknya.

3. Di negara-negara Islam, azan terhenti di sebahagian daerah sehingga masjid dan pusat agama terpaksa ditutup. Ustaz Khafidz Soroni ada memetik kisah ini daripada kitab al-Suluk li Ma’rifah Duwal al-Muluk yang dikarang oleh al-Maqrizi.

4. Pada tahun 1424, berlaku wabak di Mekah dengan kadar kematian 40 orang setiap hari. Pada masa ini hanya tinggal seorang imam dan dua orang makmum sahaja di Masjidil Haram. (Baca dalam Inba’ al-Ghumr oleh Ibnu Hajar).

5. Di Mesir, berlaku wabak taun pada tahun 1433 dan kemudian pada tahun 1444 berlaku lagi wabak taun apabila jemaah haji pulang dari Mekah. Dikatakan, hampir 1000 orang meninggal dunia setiap hari. (Baca dalam Inba’ al-Ghumr oleh Ibnu Hajar).

6. Pada tahun 1918-1920, berlaku lagi wabak Spanish Flu. Juga mengambil masa 3 tahun untuk pulih. Dikatakan berpunca daripada virus H1N1. Menjangkiti 500 juta manusia dan kadar kematian antara sehingga 100 juta orang.

7. Wabak ini juga menyerang Semenanjung Tanah Arab. Dalam buku ‘Najd in The Recent Past’, penulisnya Abdul Rahman Al-Suwayda menulis, para penduduk digesa untuk kuarantin diri mereka di dalam rumah dan mereka yang masih sihat diberi vaksin. Juga mengamalkan herba dan ubat-ubatan tradisional yang lain.

8. So, bilakah pandemik ini akan berakhir? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin sehingga 2023.

Kita jaga iman kita
Kita jaga amal kita
Nanti Allah jaga kita.

Sumber

22/05/2021 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi | | Leave a comment

COVID-19 DAN SOLAT JUMAAT

Umat Islam perlu bezakan antara dua keadaan ini iaitu ketika fasa PKP dan PKPB.

PKP – solat Jumaat ditangguhkan, hanya ajk masjid dibenarkan. Orang lain, tak berdosa apabila tidak menunaikan solat Jumaat, wajib digantikan dgn solat Zohor di rumah.

PKPB – pihak berautoriti telah membuka Masjid mengikut keluasan kapasiti Masjid. Dalam keadaan ini, maka berkewajipanlah bagi setiap lelaki mukalaf yg tiada apa2 keuzuran utk merebut tempat bagi menunaikan solat Jumaat. Jika kuota masih ada kosong misalnya 20 orang, namun orang yg tiada apa2 keuzuran sengaja tidak mengisi tempat kosong itu, maka hukumnya boleh jatuh berdosa akibat kelalaian tersebut, kerana penunaian solat Jumaat adalah fardu ain bagi setiap lelaki mukalaf.

Jadi, ada beza antara PKP dgn PKPB dalam situasi covid-19.

  • Ada orang tanya, berdosa tak dia apabila sejak tahun lepas dan sehingga kini, ia tidak pernah menunaikan solat Jumaat kerana takut pada covid-19? Kita kata begini, jika begitu, kita bertanya semula, anda pernah pergi tak ke tempat lain seperti pasaraya, tempat kerja dsb utk melaksanakan keperluan tertentu? Jika takut kepada covid-19, bukan kata Masjid sahaja, semua tempat ini pun anda sewajarnya takut utk pergi. Solat Jumaat adalah fardu ain, apabila ia telah dibuka oleh pihak berwajib utk fasa tertentu dgn keluasan kapasiti Masjid, sekiranya anda sihat dan tiada apa2 keuzuran, anda perlu berusaha mendapatkan tempat utk melaksanakan kewajipan anda sebagai muslim, kerana solat Jumaat adalah fardu ain. Sekiranya anda mengabaikan kewajipan ini ketika fasa Masjid dibuka dgn kapasiti tertentu, anda boleh jatuh berdosa kerana kelalaian tersebut. Melainkan jika anda benar2 uzur syar’i seperti terdapat gejala2 atau2 simpton yg menunjukkan anda tidak sihat utk hadir ke masjid, apatah lagi anda telah disahkan sbg seorang yg positif covid-19, atau solat Jumaat ditangguhkan utk fasa PKP, barulah anda dikira uzur syar’i, dan tidak perlu utk hadir ke masjid.

Jadi, fahami molek2 fasa2 tertentu yg kita berada sama ada PKP, atau PKPB kerana dua keadaan ini agak berbeza, bergantung kepada status semasa peningkatan dan penurunan wabak pandemik covid-19. Apa2 pun, elok bertanya ahli fatwa negeri masing2. Ini sekadar pandangan saya sebagai orang biasa sahaja.

Wallahu’alam

Ustad Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

22/05/2021 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Isu Tutup Masjid dan Tutup Pasaraya

Menarik ulasan Mufti Kelantan.

Isu Tutup Masjid dan Tutup Pasaraya

Beliau menggunakan formula (kaedah Fiqh) bagi menerangkan bagaimana sesuatu hukum itu disabitkan.

حقوق الله مبنية على المساحمة
حقوق العباد مبنية علي المضاقة
Ertinya, “Hak Allah itu, dibina atas budibicara dan toleransi.
Hak manusia dibina atas prinsip kesempitan.”

Apa maksudnya?
Ia bermakna bahawa ibadah kita kepada Allah, diperintah kita tunaikan ikut keupayaan kita. Diberi kelonggaran kepada kita oleh Allah mengikut kesesuaian dan keperluan kita. Seperti tak mampu berpuasa Ramadhan, tunaikan pada hari lain.
Tak mampu tunai solat berdiri, dibuat secara duduk.
Tak mampu berjamaah di masjid, kerana pandemik, maka solat boleh ditunaikan di rumah. Iaitu diberi kompromi oleh Allah sebagai tanda belas kasihan Allah kepada hambaNya.

Adapun Hak Manusia terbina atas kepayahan. Iaitu, hak manusia tidak dimudahkan untuk berkompromi. Mesti ditunaikan semaksima mungkin. Keperluan manusia dan hak manusia untuk hidup, survival kehidupan, seperti makan minum, mencari rezeki, bergerak untuk perniagaan dan pekerjaan untuk mencari keperluan hidup, ia tidak boleh dikompromi sewenang-wenangnya. Ia mesti diteruskan dengan peraturan dan SOP ketat.

Dalam konteks Pandemik, manusia perlu keluar untuk mencari rezeki, mencari makan dan minum dan lain-lain. Islam melarang kita menyekat untuk mendapat kemudahan kehidupan dan menjauhi kesusahan.

Ini kaedah Islam dalam mengeluarkan hukum dan peraturan.

Ia bukan seperti 1+1 jawabnya 2. Iaitu tutup masjid dan tutup juga pasaraya.

Tidak begitu, ia perlu kefahaman kefahaman Islam yang luas dan formula dalam mengeluarkan pendapat.

06/05/2021 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Wabak tha’un Amwas tanggal 18H bersamaan 639M

PADA tanggal 18H bersamaan 639M tersebarnya wabak tha’un dengan begitu cepat di wilayah Syam yang dikenali dengan wabak tha’un Amwas. Dinamakan sedemikian kerana dinisbahkan kepada satu kampung di Palestin yang menjadi punca utama tersebarnya wabak ini, iaitu kampung Amwas.

Wabak ini dikatakan telah menyebabkan kematian hampir 25,000 rakyat Syam termasuklah sebahagian Sahabat-sahabat utama Rasulullah S.A.W. Di antaranya Abu Ubaidah Amir Al-Jarrah, Mu’az bin Jabal, Syurahbil bin Hasanah, Suhail bin Amru, Yazid bin Abi Sufyan dan Amir bin Ghailan As Tsaqafi. – (At Tarikh Al Islami Al Wajiz, Dr. Muhammad Suhail Thaqqus)

Tersebarnya wabak tha’un atau wabak-wabak lain pernah disebutkan oleh Baginda S.A.W sebagai satu petanda akhir zaman. Daripada Auf bin Malik R.A, dia berkata, aku mengadap Rasulullah S.A.W pada saat beliau berada di sebuah khemah yang terbuat dari kulit ketika perang Tabuk. Baginda S.A.W bersabda:

“Ingatlah olehmu bahawa akan terjadi enam petanda sebelum datangnya kiamat nanti.

(1) Kematianku.

(2) Pembukaan Baitul Maqdis.

(3) Kematian besar-besaran yang menimpa kalian bagaikan kambing yang mati secara tiba-tiba.

(4) Melimpahnya harta benda hingga seseorang yang diberi seratus dinar pun tetap marah.

(5) Fitnah yang menimpa setiap rumah orang Arab.

(6) Perdamaian yang terjadi di antara kalian dengan ‘Bani Asfar’, lalu mereka mengkhianati kalian dan mereka akan mendatangi kalian dengan lapan puluh panji yang setiap panjinya terdiri daripada 12 ribu pasukan.”

(Hadith Riwayat Bukhari (400 Hadis Akhir Zaman))

Selepas kewafatan Baginda S.A.W, Allah mentakdirkan peristiwa kedua dan ketiga berlaku di zaman Umar Al Khattab R.A. Pembukaan Baitul Maqdis berlaku pada bulan Rabi’ul Akhir tahun 16H/637H, selepas pembukaan Syam, kemudian disusuli pula dengan tersebarnya wabak tha’un pada tahun 18H. – (At Tarikh Al Islami Al Wajiz, Dr. Muhammad Suhail Thaqqus)

Bagaimana mengekang wabak tha’un?

Selama berbulan-bulan arahan dan nasihat ketua-ketua seperti Abu Ubaidah dan Muaz bin Jabal ialah supaya semua orang bersabar di tempat masing-masing dan menunggu sehingga ujian ini selesai. Mereka juga memberi semangat bahawa kematian dalam wabak ialah satu jenis mati syahid. Tetapi, apabila ketua-ketua tersebut terkorban, muncul Amru ibn Al-‘Aas sebagai pemangku.

Terkenal sebagai Sahabat yang genius dalam hal politik dan berani melakukan ijtihad, beliau mengarahkan kesemuanya untuk berpindah ke satu puncak bukit. Pandangan ini ditentang keras oleh sebahagian rakan, tetapi tetap diteruskan. Akhirnya wabak ini beransur reda dan lenyap sama sekali. – (Dr Jefri Irwan Harris MBBS IIUM) – (ismaweb.net)

Abu Ubaidah terkena jangkitan (frontliner)

Nama sebenarnya ‘Amir bin Abdullah bin Al-Jarrah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbag bin Al Harith bin Fehri, yang bertemu nasab dengan Nabi S.A.W pada moyangnya Al Fehri. Selepas kewafatan Nabi S.A.W, ketika pemilihan khalifah di Thaqifah Bani Saidah, namanya dicadangkan oleh Abu Bakar As-Siddiq bersama Umar al-Khattab sebagai pengganti.

Ketika Umar al-Khattab mendapat khabar semakin merebaknya wabak ini, lantas beliau menulis surat kepada Abu Ubaidah dan menyuruhnya bersegera datang ke Madinah atas kerisauannya untuk kehilangan permata berharga (Aminul Ummah) Islam tersebut. Akan tetapi ditolak permintaan tersebut dengan baik atas faktor tanggungjawab yang digalasnya untuk membantu penduduk Syam menghadapi wabak. Lalu menangislah Umar kesedihan. Apabila ditanya kepada Umar, apakah Abu Ubaidah telah mati? Jawab Umar, tidak, tetapi aku merasai kematian itu menghampirinya. Dan ternyata firasat Umar tepat, Abu Ubaidah syahid dalam perjuangannya mencegah wabak. – (Siyar A’lam Nubala’ Imam Zahabi).

Ganjaran syahid pada yang mati terkena wabak

Dalam bergelut dengan ‘tentera Allah’ yang sukar dilihat dengan mata kasar, Allah memberikan suatu kemuliaan bagi sesiapa yang terkorban ketika melawan sakit ini dengan ganjaran mati syahid. Sabda Nabi S.A.W;

“Tidaklah seorang hamba yang terkena wabak tha’un, lalu dia diam (kuarantin) di dalam negerinya (tempat tinggalnya yang terkena wabak) dengan sabar, sesungguhnya tidak akan terjadi sedemikian kecuali ketentuan Allah baginya, baginya ganjaran seumpama mati syahid.”

(Riwayat Imam Bukhari) – (ismaweb.net)

Pengajaran

Hari ini Allah menguji dan memberi amaran melalui makhluk-Nya yang halus, iaitu COVID-19. Wabak menjadi penyakit bagi umat akhir zaman sebagaimana yang dijanjikan oleh Nabi S.A.W. Secara pasti ia datang dengan izin Allah, juga ujian buat orang beriman, tetapi ia juga disebabkan tangan-tangan manusia yang berterusan melakukan kerosakan di muka bumi. Ayuh kita kembali pada Allah dan berserah diri pada-Nya.

Berserah diri pada Allah mestilah disertai dengan usaha untuk mencegahnya. Antaranya adalah dengan mematuhi arahan dari masa ke semasa yang telah diberikan oleh kerajaan. Bukanlah dari akhlak orang beriman apabila mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.

Sikap Saidina Abu Ubaidah Al-Jarrah sewajarnya dipuji, menggalas tanggungjawab menjaga rakyatnya sepenuh jiwa hingga mengorbankan dirinya sendiri. Begitu juga pujian dan ucapan terima kasih diucapkan buat semua frontliner hari ini yang bertungkus lumus hari demi hari demi nyawa orang ramai. Semoga Allah pelihara dan jauhkan dari bahaya virus buat mereka semua yang bertugas di seluruh negara. Amin.

Disertakan sedutan kejadian wabak tha’un di zaman Umar Al Khattab melalui Umar Series, episode yang terakhir.

MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
20 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 20/3/2020

PADA tanggal 18H bersamaan 639M tersebarnya wabak tha’un dengan begitu cepat di wilayah Syam yang dikenali dengan wabak tha’un Amwas. Dinamakan sedemikian kerana dinisbahkan kepada satu kampung di Palestin yang menjadi punca utama tersebarnya wabak ini, iaitu kampung Amwas.

Wabak ini dikatakan telah menyebabkan kematian hampir 25,000 rakyat Syam termasuklah sebahagian Sahabat-sahabat utama Rasulullah S.A.W. Di antaranya Abu Ubaidah Amir Al-Jarrah, Mu’az bin Jabal, Syurahbil bin Hasanah, Suhail bin Amru, Yazid bin Abi Sufyan dan Amir bin Ghailan As Tsaqafi. – (At Tarikh Al Islami Al Wajiz, Dr. Muhammad Suhail Thaqqus)

Tersebarnya wabak tha’un atau wabak-wabak lain pernah disebutkan oleh Baginda S.A.W sebagai satu petanda akhir zaman. Daripada Auf bin Malik R.A, dia berkata, aku mengadap Rasulullah S.A.W pada saat beliau berada di sebuah khemah yang terbuat dari kulit ketika perang Tabuk. Baginda S.A.W bersabda:

Advertisement

“Ingatlah olehmu bahawa akan terjadi enam petanda sebelum datangnya kiamat nanti. (1) Kematianku. (2) Pembukaan Baitul Maqdis. (3) Kematian besar-besaran yang menimpa kalian bagaikan kambing yang mati secara tiba-tiba. (4) Melimpahnya harta benda hingga seseorang yang diberi seratus dinar pun tetap marah. (5) Fitnah yang menimpa setiap rumah orang Arab. (6) Perdamaian yang terjadi di antara kalian dengan ‘Bani Asfar’, lalu mereka mengkhianati kalian dan mereka akan mendatangi kalian dengan lapan puluh panji yang setiap panjinya terdiri daripada 12 ribu pasukan.”

31/03/2021 Posted by | Informasi, Uncategorized | | Leave a comment

Memperingati peristiwa wabak tha’un Amwas

March 20, 2020

PADA tanggal 18H bersamaan 639M tersebarnya wabak tha’un dengan begitu cepat di wilayah Syam yang dikenali dengan wabak tha’un Amwas. Dinamakan sedemikian kerana dinisbahkan kepada satu kampung di Palestin yang menjadi punca utama tersebarnya wabak ini, iaitu kampung Amwas.

Wabak ini dikatakan telah menyebabkan kematian hampir 25,000 rakyat Syam termasuklah sebahagian Sahabat-sahabat utama Rasulullah S.A.W. Di antaranya Abu Ubaidah Amir Al-Jarrah, Mu’az bin Jabal, Syurahbil bin Hasanah, Suhail bin Amru, Yazid bin Abi Sufyan dan Amir bin Ghailan As Tsaqafi. – (At Tarikh Al Islami Al Wajiz, Dr. Muhammad Suhail Thaqqus)

Tersebarnya wabak tha’un atau wabak-wabak lain pernah disebutkan oleh Baginda S.A.W sebagai satu petanda akhir zaman. Daripada Auf bin Malik R.A, dia berkata, aku mengadap Rasulullah S.A.W pada saat beliau berada di sebuah khemah yang terbuat dari kulit ketika perang Tabuk. Baginda S.A.W bersabda:Advertisementhttps://cdn.bannersnack.com/banners/bxk8yhzgs/embed/index.html?t=1611335200&userId=43386868&responsive=true

“Ingatlah olehmu bahawa akan terjadi enam petanda sebelum datangnya kiamat nanti. (1) Kematianku. (2) Pembukaan Baitul Maqdis. (3) Kematian besar-besaran yang menimpa kalian bagaikan kambing yang mati secara tiba-tiba. (4) Melimpahnya harta benda hingga seseorang yang diberi seratus dinar pun tetap marah. (5) Fitnah yang menimpa setiap rumah orang Arab. (6) Perdamaian yang terjadi di antara kalian dengan ‘Bani Asfar’, lalu mereka mengkhianati kalian dan mereka akan mendatangi kalian dengan lapan puluh panji yang setiap panjinya terdiri daripada 12 ribu pasukan.”

(Hadith Riwayat Bukhari (400 Hadis Akhir Zaman))

Selepas kewafatan Baginda S.A.W, Allah mentakdirkan peristiwa kedua dan ketiga berlaku di zaman Umar Al Khattab R.A. Pembukaan Baitul Maqdis berlaku pada bulan Rabi’ul Akhir tahun 16H/637H, selepas pembukaan Syam, kemudian disusuli pula dengan tersebarnya wabak tha’un pada tahun 18H. – (At Tarikh Al Islami Al Wajiz, Dr. Muhammad Suhail Thaqqus)

Bagaimana mengekang wabak tha’un?

Selama berbulan-bulan arahan dan nasihat ketua-ketua seperti Abu Ubaidah dan Muaz bin Jabal ialah supaya semua orang bersabar di tempat masing-masing dan menunggu sehingga ujian ini selesai. Mereka juga memberi semangat bahawa kematian dalam wabak ialah satu jenis mati syahid. Tetapi, apabila ketua-ketua tersebut terkorban, muncul Amru ibn Al-‘Aas sebagai pemangku.

Terkenal sebagai Sahabat yang genius dalam hal politik dan berani melakukan ijtihad, beliau mengarahkan kesemuanya untuk berpindah ke satu puncak bukit. Pandangan ini ditentang keras oleh sebahagian rakan, tetapi tetap diteruskan. Akhirnya wabak ini beransur reda dan lenyap sama sekali. – (Dr Jefri Irwan Harris MBBS IIUM) – (ismaweb.net)

Abu Ubaidah terkena jangkitan (frontliner)

Nama sebenarnya ‘Amir bin Abdullah bin Al-Jarrah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbag bin Al Harith bin Fehri, yang bertemu nasab dengan Nabi S.A.W pada moyangnya Al Fehri. Selepas kewafatan Nabi S.A.W, ketika pemilihan khalifah di Thaqifah Bani Saidah, namanya dicadangkan oleh Abu Bakar As-Siddiq bersama Umar al-Khattab sebagai pengganti.

Ketika Umar al-Khattab mendapat khabar semakin merebaknya wabak ini, lantas beliau menulis surat kepada Abu Ubaidah dan menyuruhnya bersegera datang ke Madinah atas kerisauannya untuk kehilangan permata berharga (Aminul Ummah) Islam tersebut. Akan tetapi ditolak permintaan tersebut dengan baik atas faktor tanggungjawab yang digalasnya untuk membantu penduduk Syam menghadapi wabak. Lalu menangislah Umar kesedihan. Apabila ditanya kepada Umar, apakah Abu Ubaidah telah mati? Jawab Umar, tidak, tetapi aku merasai kematian itu menghampirinya. Dan ternyata firasat Umar tepat, Abu Ubaidah syahid dalam perjuangannya mencegah wabak. – (Siyar A’lam Nubala’ Imam Zahabi).

Ganjaran syahid pada yang mati terkena wabak

Dalam bergelut dengan ‘tentera Allah’ yang sukar dilihat dengan mata kasar, Allah memberikan suatu kemuliaan bagi sesiapa yang terkorban ketika melawan sakit ini dengan ganjaran mati syahid. Sabda Nabi S.A.W;

“Tidaklah seorang hamba yang terkena wabak tha’un, lalu dia diam (kuarantin) di dalam negerinya (tempat tinggalnya yang terkena wabak) dengan sabar, sesungguhnya tidak akan terjadi sedemikian kecuali ketentuan Allah baginya, baginya ganjaran seumpama mati syahid.”

(Riwayat Imam Bukhari) – (ismaweb.net)

Pengajaran

Hari ini Allah menguji dan memberi amaran melalui makhluk-Nya yang halus, iaitu COVID-19. Wabak menjadi penyakit bagi umat akhir zaman sebagaimana yang dijanjikan oleh Nabi S.A.W. Secara pasti ia datang dengan izin Allah, juga ujian buat orang beriman, tetapi ia juga disebabkan tangan-tangan manusia yang berterusan melakukan kerosakan di muka bumi. Ayuh kita kembali pada Allah dan berserah diri pada-Nya.

Berserah diri pada Allah mestilah disertai dengan usaha untuk mencegahnya. Antaranya adalah dengan mematuhi arahan dari masa ke semasa yang telah diberikan oleh kerajaan. Bukanlah dari akhlak orang beriman apabila mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.

Sikap Saidina Abu Ubaidah Al-Jarrah sewajarnya dipuji, menggalas tanggungjawab menjaga rakyatnya sepenuh jiwa hingga mengorbankan dirinya sendiri. Begitu juga pujian dan ucapan terima kasih diucapkan buat semua frontliner hari ini yang bertungkus lumus hari demi hari demi nyawa orang ramai. Semoga Allah pelihara dan jauhkan dari bahaya virus buat mereka semua yang bertugas di seluruh negara. Amin.

Sumber: MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
20 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 20/3/2020

share & sebarkan:

06/02/2021 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi, Renungan & Teladan | | Leave a comment

METOD MENERANGKAN MAZHAB SHAFI’I DLM SITUASI DARURAH

Kita tahu, sekarang kita berada dlm suasana darurah akibat wabak pandemik COVID-19.

Banyak hukum hakam yg difatwakan kini dirasakan baharu oleh masyarakat seperti penjarakan dalam saff solat, memakai pelitup muka ketika solat dan sebagainya.

Di sini saya nyatakan step2 yg perlu diikuti dlm berfatwa agar kekeliruan org ramai dapat dihindarkan.

1) Bagi menghindari kekeliruan org ramai dlm berfatwa, para asatizah yg terlibat dgn fatwa perlu menerangkan terlebih dahulu hukum hakam asal penjarakan saff dlm solat jamaah, dan memakai pelitup muka ketika solat menurut mazhab Shafi’i. Dalam situasi darurah, apa yg difatwakan dlm mazhab Shafi’i. Seterusnya diterangkan kaedah-kaedah usul atau kaedah-kaedah fiqh yg digunakan dlm mazhab.

2) Setelah melakukan penerangan secara detail dan masyarakat telah faham dalam perspektif fiqh mazhab Shafi’i, barulah diterangkan hukum-hukum yg diamalkan kini adakah masih dlm lingkungan mazhab Shafi’i, ataupun telah terkeluar daripada mazhab Shafi’i.

Maksud dlm lingkungan mazhab Shafi’i ialah fatwa itu masih dlm kaedah dan usul mazhab Shafi’i, walaupun permasalahan furu’ yg dikemukakan itu berbeza dgn ijtihad ulama Shafi’iyyah dahulu kala. Ataupun fatwa itu masih diijtihadkan oleh ulama Shafi’iyyah dahulu kala, tetapi pandangan itu menurut mazhab adalah marjuh yg bukan mu’tamad, tetapi sesuai diamalkan pada situasi kini.

3) Setelah jelas kedudukan sesuatu fatwa yg dikeluarkan itu, maka langkah seterusnya ialah jika fatwa yg dikeluarkan itu bukan dlm lingkungan mazhab Shafi’i, tetapi merujuk kepada mazhab lain, maka perlu diterangkan kenapa pendekatan itu diambil. Maka dlm hal ini, perlu dijelaskan bahawa ilmu Maqasid Shari’ah telah dirujuk dan dipraktikkan sbg panduan bagi menimbang sesuatu situasi yg berlaku itu sama ada berada dlm kedudukan masyaqqah, uzur syar’i, darurah, mafsadah, maslahah, rukhsah dsb sehingga mewajarkan utk bertaqlid kepada mazhab yg lain. Walaubagaimanapun, darurah digunakan dalam situasi yg terhad, tidak diluaskan penggunaannya. Oleh itu, dlm pendekatan taklid kpd mazhab yg lain, ianya hanya terpakai dlm situasi yg terhad sahaja, tidak diluaskan kepada semua keadaan dan jenis ibadah yg lain. Kaedah fiqh berbunyi: “الضرورة تقدر بقدرها”.

Jika step2 ini diikuti dlm menerangkan mengenai sesuatu fatwa pada masa kini, maka masyarakat akan lebih jelas terhadap sesuatu fatwa yg dikeluarkan itu adakah masih dlm lingkungan dlm mazhab Shafi’i atau tidak. Jika bukan dlm lingkungan mazhab Shafi’i, perlu diterangkan sbb2nya satu persatu agar jelas kedudukan fatwa itu.

Moga bermanfaat.

Wallahua’lam

(Olih Ustaz Dr Mod Murshidi Mohd Noor)

25/09/2020 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | , | Leave a comment

DUDUK DI RUMAH KETIKA WABAK MELANDA DAPAT PAHALA SYAHID

سألتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ عن الطاعونِ، فأخبَرَني رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: أنَّه كان عَذابًا يَبعَثُه اللهُ على مَن يَشاءُ، فجعَلَه رَحمةً للمُؤمِنينَ، فليس مِن رَجُلٍ يَقَعَ الطاعونُ فيَمكُثُ في بَيتِه صابِرًا مُحتَسِبًا يَعلَمُ أنَّه لا يُصيبُه إلَّا ما كَتَبَ اللهُ له إلَّا كان له مِثلُ أجْرِ الشَّهيدِ.

Daripada Aisyah RA, aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wabak taun, maka Rasulullah SAW memberitahu kepadaku:

“Sesungguhnya ia adalah azab yang Allah jadikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, Dia juga menjadikannya rahmat buat orang-orang mukmin.

Maka mana-mana lelaki yang berada dalam suasana wabak taun, lalu dia kekal berada di dalam rumahnya dengan penuh kesabaran dan mengharap ganjaran Allah, dengan dia mengetahui bahawa tiada musibah akan menimpanya kecuali apa yang telah ditentukan oleh Allah, nescaya dia akan mendapat pahala seperti orang mati syahid.” (HR AHMAD)

Menurut Syeikh Syuaib Arnaout, hadis ini isnadnya sahih mengikut syarat al-Bukhari

Berkata Ibnu Hajar dalam Fathul Bari:

اقتضى منطوقه أن من اتصف بالصفات المذكورة يحصل له أجر الشهيد وإن لم يمت

“Ungkapan Nabi tersebut memberi makna sesiapa yang bersifat dengan sifat-sifat yang disebutkan itu, dia akan memperolehi ganjaran syahid walaupun dia tidak mati (kerana wabak tersebut).”

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

28/03/2020 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | | Leave a comment