Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

URUSNIAGA MELIBATKAN KANAK-KANAK KECIL ADA KAH SAH?

1. Tidak ada apa yang mahu dipelikkan dengan kaedah yang dikatakan “ketat” dalam mazhab syafie bahawa urusniaga kanak-kanak adalah tidak sah, ini kerana yang perlu dipelikkan adalah kaedah “ketat” Emran Ahmad memahami teks mazhab syafie dan memberi contoh dengan pembelian makanan di kantin sekolah.

2. Kaedah umum tersebut terpakai untuk urusan jual beli yang besar-besar (contohnya pembelian rumah, tanah, kereta dan seumpamanya) dan tidak terpakai kepada urusan remeh temeh seperti belian makanan di kantin dan lain-lain seumpamanya.

3. Petunjuknya adalah 2, pertama tidak ada ulama mazhab syafie yang ingkar urusan jual beli kanak-kanak terhadap perkara remeh temeh seperti pembelian makanan, keduanya terdapat pendapat yang kuat dalam mazhab syafie bahawa pembelian budak kecil pada benda-benda yang remeh (bukan mahal) adalah sah. Dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin, salah satu kitab mazhab Syafi’i, bahawa pembelian budak kecil pada benda-benda remeh (haqir) adalah ijma’ harus tanpa ada inkar daripada ulama’ dan ini juga yang dinyatakan Imam Suyuthi dalam al-Asybah wa an-Nazhair.

4. Mana-mana manusia yang waras baik umat Islam atau bukan Islam pasti tidak akan menerima jika anak-anak kecil (terutama yg belum baligh) datang sendirian tanpa wali (ibu bapa / penjaga) dan membuat transaksi kontrak perjanjian jual beli yang besar dan mahal kerana pelbagai faktor melibatkan undang-undang kontrak dan akta kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak kecil darjah 2 bawa sejumlah wang rm1 juta dan mahu beli tanah di bank dan bank tidak terima tanpa penjaga. Tidak ada pula orang yang menyatakan yang bank ini pelik, ketat dan jumud.

5. Jika kita pelik dan hairan dengan kaedah mazhab, muhasabah diri dan cari guru yang mahir mazhab tersebut (pastinya bukan wahabi) untuk belajar hikmah di sebalik kaedah mazhab tersebut.

Disediakan oleh:

Unit Penyelidikan
Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG)

Link Posting Emran Ahmad:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5117642255007655&id=100002857926668

25/10/2022 - Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a comment