Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Sedekah Pahala Untuk si-Mati (Polemik Klasik)

Olih Ahli Hadis Ustaz Khafidz Soroni dari KUIS.

[Fokus Kepada Mazhab al-Syafi’i]

1. Masalah ini merupakan salah satu masalah yang selalu ditimbulkan dan dibahaskan, sedangkan para ulama telah membahaskannya dan selesai lama dahulu.

Maksudnya, mereka yang tak bersetuju dengan sedekah pahala kepada si-mati tetap tidak bersetuju walau apa pun dalil yang diberi.

2. Antara dalil kuatnya, ia tidak dilakukan oleh para sahabat dan tabiin (.. ‘hipotesis’ sebegini biasanya nampak kuat tapi adakalanya goyah kerana tidak detil).

Begitu juga sebaliknya, mereka yang berpendapat boleh sedekah pahala kepada si-mati tetap mengatakannya boleh tanpa halangan selagi masih di dalam ruang lingkup nas-nas syarak.

3. Masalah timbul biasanya dari ‘budak-budak’ yang baru mengaji ABC dalam disiplin pengajian Islam di bawah satu aliran sahaja. Maka muncullah tuduhan bidaah, jahil, sesat dan sebagainya. Padahal perkara tersebut tidak perlu berlaku. Perselisihan dalam fiqh yang diiktiraf tidak termasuk dalam kemungkaran-kemungkaran yang wajib ditegah.

4. Dalam masalah ini, antara hujah mereka yang mengkritik pendapat ulama yang membenarkan sedekah pahala untuk si-mati, secara khususnya cemuhan yang dilontarkan ke atas ulama-ulama Syafi’i sepertimana di Nusantara ini, ialah mereka membelakangi Imam al-Syafi’i dan tidak bertaklid kepadanya dalam masalah ini kerana Imam al-Syafi’i mengatakan tidak sampai pahala kepada si-mati.

5. Adakah ini benar? Cuba perhatikan petikan-petikan ini yang saya kutip dari sini ;

قال النووي في المجموع: يستحب أن يمكث على القبر بعد الدفن ساعة يدعو للميت ويستغفر له نص عليه الشافعي واتفق عليه الأصحاب ، قالوا : ويستحب أن يقرأ عنده شيء من القرآن وإن ختموا القرآن كان أفضل. اهـ – كتاب الجنائز من المجموع باب حمل الجنازة والدفن، المستحب بعد الدفن أن يدعو للميت ويستغفر له: المسألة الثامنة. وهي عبارة محتملة

. وقال في رياض الصالحين آخر باب الدعاء للميت بعد دفنه والقعود عند قبره ساعة للدعاء له والاستغفار والقراءة: قال الشافعي رحمه اللَّه: ويستحب أن يقرأ عنده شيء من القرآن وإن ختموا القرآن كله كان حسناً.اهـ وفي العبارة تجوز كما سيتضح.

وقال في الأذكار: قال الشافعي والأصحاب: يستحب أن يقرؤوا عنده شيئا من القرآن، قالوا فإن ختموا القرآن كله كان حسنا.اهـ ولعل عبارته في الأذكار أدق من غيرها

وعبارة الشافعي في الأم كالتالي: وأحب لو قرئ عند القبر ، ودعي للميت. اهـ ذكر ذلك آخر باب عدد كفن الميت من كتاب الجنائز. وعزاه بعضهم للخلال في جزء القراءة عند القبور المطبوع (رقم 7) عن الشافعي

فظهر لنا أن أصل القراءة صحت عن الشافعي أما استحسان الختم فهي عن أصحابه رضي الله عنهم

قال الحسن الصباح الزعفراني: سألت الشافعي عن القراءة عند القبر فقال: لا بأس بها . – الروح لابن القيم (ص13) طبعة حيدر آباد

6. Secara umumnya, meskipun Imam al-Syafi’i tidak secara jelas mengatakan bahawa sedekah pahala sampai kepada si-mati, namun beliau berpendapat secara jelas bahawa si-mati memperoleh manfaat daripada amalan orang yang masih hidup.

Saya nukilkan pula di sini dari kitab Fatawa al-Imam al-Nawawi (hlm. 83) – lihat gambar :

Terjemahan : “Masalah: Adakah sampai kepada si-mati pahala apa yang disedekahkan untuknya, doa, ataupun bacaan al-Quran? Jawapan: Sampai kepadanya pahala doa dan pahala sedekah dengan ijmak ulama. Dan mereka berselisih pula tentang pahala bacaan al-Quran. Maka kata Ahmad dan sebahagian sahabat al-Syafi’i: Ia sampai. Manakala kata al-Syafi’i dan kebanyakan ulama: Tidak sampai”.

7. Sebelum saya hurai selanjutnya, perlu diingat kalimah-kalimah berikut “doa”, “sedekah” dan “bacaan al-Quran” dalam fatwa di atas. Telah saya nyatakan sebelum ini bahawa Imam al-Syafi’i menyatakan bahawa si-mati memperolehi manfaat daripada bacaan al-Quran orang yang masih hidup. Namun di sini disebut apa yang masyhur daripada beliau iaitu pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si-mati. Perlu diingat, dua pendapat yang zahirnya bertentangan dari sesetengah mujtahid itu memang banyak berlaku. Maka, menjadi kewajipan ulama-ulama mazhabnya untuk menjelaskannya. Justeru apakah penjelasan munasabah bagi isu ini? (Ini kerana ia tidak termasuk dalam perbincangan qawl qadim dan qawl jadid dalam mazhab al-Syafi’i)

8. Ulama Syafii menjelaskan, bahawa maksudnya ialah jika ia membaca al-Quran tetapi tidak berdoa supaya disampaikan pahalanya kepada si mati, maka pahala tersebut tidak akan sampai. Namun jika ia berdoa mohon disampaikan, nescaya si-mati akan memperolehi manfaat daripada bacaan al-Quran tersebut. Ulama-ulama Syafi’i menyatakan, perlu berdoa selepas bacaan al-Quran tersebut agar disampaikan pahalanya kepada si-mati, kerana dengan doa yang dipohonkan itu akan sampai kepada si-mati secara ijmak ulama.

9. Dan inilah yang diamalkan oleh kebanyakan orang yang mengharuskan amalan tersebut, iaitu berdoa mohon disampaikan pahala amalan yang dilakukan kepada si-mati. Selain bacaan al-Quran, termasuk juga bacaan tahlil, zikir dan juga selawat. Ini berdasarkan hadith yang menyebut bahawa kalimah yang baik itu juga merupakan sedekah (الكلمة الطيبة صدقة). Dan sedekah juga sampai kepada si-mati secara ijmak ulama. Apa salahnya ulama-ulama Syafi’i mensistem dan mendetilkan pendapat Imam mereka hingga dicemuh kerana tidak mengikutinya? Mungkin cemuhan tersebut tidak lain hanya bermaksud untuk mencela ulama-ulama bermazhab yang tidak mahu menjadi ‘anti-mazhab’ seperti mereka..

10. Ada juga sesetengah orang yang ‘bakhil’ mempersoalkan, pahala kita sudah cukup banyakkah sehingga mahu menyedekahkannya kepada orang lain? Sebenarnya orang yang membaca al-Quran dengan segala penumpuan (tawajjuh), peluh keringat, waktu yang diluang, bertajwid, berlagu dan juga tadabbur kemudian menyedekahkan pahalanya kepada si-mati, tidak sama pahala yang disedekahkan itu dengan pahala yang dia sendiri perolehi. Misalnya jika dia memperolehi pahala 100% dari hasil usahanya, maka pahala yang disedekahkan kepada si-mati itu tidak mungkin menjadi 100% kerana tidak ada sebarang usaha langsung daripada si-mati. Maka si-mati hanya memperoleh manfaat daripada pahala bacaan tersebut sahaja, tidak termasuk ganjaran susah-payah dan ikhlas orang tadi. Mungkin kita boleh umpamakan misalnya kita memberi sedekah RM100 kepada satu orang miskin, maka orang tersebut memperolehi RM100 juga yang boleh dimanfaatkannya, tetapi tidak memperolehi pahala mencari rezeki halal, pahala sedekah, membantu orang dan pahala ikhlas yang telah kita perolehi.

11. Bukankah dengan sedekah itu (tidak kira sedekah pahala atau harta) akan menambahkan rezeki dan barakah kepada kita? Kita sudah sedia maklum kedudukan hati orang ‘bakhil’ yang enggan langsung membantu orang lain ini…

Sumber :

1. http://sawanih.blogspot.my/2009/07/sedekah-pahala-untuk-si-mati-polemik.html

2. http://sawanih.blogspot.my/2009/07/sedekah-pahala-untuk-si-mati-siri-2.html

27/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

ADAKAH ZIKIR SECARA BERJEMAAH ITU BIDAAH?

Sheikh Allamah Prof. Dr. Ali Jum’ah (Mufti Mesir) mengatakan (Dalam buku beliau “Al-Bayan“)

Bahawa: “Berhimpun untuk melakukan zikir secara berjemaah dalam satu halaqah (perhimpunan) merupakan suatu amalan sunnah yg bersandarkan dalil syarak”.

Dalil-dalilnya:-

Al-Quran :
“Allah s.w.t berfirman ertinya: “Bersabarlah kamu (tekunlah kamu) takkala bersama dengan orang-orang yang yang menyeru kepada Tuhan mereka (berdoa dan berzikir),samada petang ataupun pagi,dalam mengharapkanNya”

(Al-Kahfi: 28)

Hadis :
Nabi Muhammad S.A.W bersabda ertinya:

“Sesungguhnya,bagi malaikat itu,sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir.

Maka,apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah S.W.A, mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain) :

“Marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)” Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia”.

Hadis – (Riwayat Al-Bukhari)

Dari Mu’awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar menuju ke halaqah para sahabat Baginda s.a.w.. Lalu, Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut) :

“Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?” Mereka menjawab: “Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memujiNya terhadap nikmatNya takkala Dia memberi hidayah kepada kami dalam memeluk Islam.”

Sehinggalah sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan mara malaikat”

(hadis riwayat Muslim)

Dari Abi Hurairah r.a. telah berkata,bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :

“Tidaklah duduk sesuatu kaum,akan suatu majils untuk berzikir kepada Allah,melaikan para malaikat akan menaungi mereka,akan terlimpah rahmat ke atas mereka,dan Allah s.w.t. juga akan memperingati mereka”.

(hadis riwayat Muslim)

Imam An-Nawawi dalam syarah beliau mengatakan bahawa:

“Hadis ini menunjukkan tentang kelebihan majlis-majlis zikir dan kelebihan orang-orang yang berzikir,serta kelebihan berhimpun untuk berzikir beramai-ramai“.

FAHAMILAH DALIL-DALIL INI DAN LAPANGKANLAH DADAMU

27/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

MASALAH CIUM KUBUR

Sumber: Utusan Online​

Jawapan balas kepada satu siri artikel berunsur fitnah dalam akhbar Malaysia

“MASALAH QUBUR BAHAGIAN SATU OLEH SHAYKH HISHAM KABBANI”

MENYENTUH KUBUR DAN MENGUCUPNYA KERANA RASA CINTA (MAHABBAH) DAN MENDAPATKAN KEBERKATAN (TABARRUK) ADALAH DIIZINKAN MENURUT IMAM AHMAD BIN HANBAL DAN BAHKAN DIHARUSKAN (MUSTAHAB)

Wahabi baru-baru ini telah menulis satu artikel di mana mereka menuduh saya bersujud di atas kubur dan ke arah kubur berdasarkan gambar yang mereka  terbitkan dalam artikel akhbar dan video yang dihasilkan dan disiarkan di youtube. Semua dakwaan ini adalah tidak Islamik dan palsu bahkan kaedah tipikal Wahabi dalam mengganggu dan memanipulasi serta memesongkan kebenaran untuk membuat FITNAH DAN SERANGAN PERIBADI. Daripada perspektif Islam dan tuntutan shari’ah kita mesti tahu perkara-perkara dibawah yang berkaitan dengan pemalsuan dan pembohongan tersebut:

1. Mufti Ali Jumu’a (Allah memelihara beliau) berkata: penghormatan kepada seorang Muslim sepatutnya lebih baik daripada mengutuk dengan dasar apa yang dilihat mata atau didengari telinga melalui peralatan eletronik.Shari’ah mempunyai piawaian tertinggi dalam mengesahkan sesuatu. Dan Wahabi tertakluk kepada hukum itu seperti orang lain, mereka tidak berada di atas hukum-hakam tersebut. Allah berfirman: قل هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين “Qul hatu burhanakum In Kuntum sadiqeenn” “Katakanlah: Berikan kepada kami bukti dan kebenaran kamu jika kamu bercakap benar” (Al-Baqarah 2: 111). Dan semua orang tahu bahawa terbitan media adalah perkara yang paling mudah untuk dimanipulasi bagi mewakili kepalsuan dalam kesamaran kebenaran. Sebagai contoh: walaupun perbuatan yang boleh dihukum dilihat pada video, ia tidak dianggap sebagai bukti Shari’at, anda masih memerlukan empat saksi. Jika tidak penuduh itu dicambuk kerana menfitnah (qazf) dan dicap sebagai seorang FASIQ. Apatah lagi, apabila tidak ada bukti sahih terhadap tuduhan itu, sebaliknya yang ada ialah dakwaan tanpa nama dan gambar yang rosak, lalu disebarkan oleh si pengecut tanpa nama. Berhati-hati juga dengan saksi palsu (Shahadat az-zur) yang merupakan salah satu daripada lima dosa besar (Kiba’ir) selain syirik, pembunuhan dan pengkhianatan.

2. Tambahan pula, sujud yang didakwa itu kemungkinan bukan sujud sama sekali, walaupun ia kelihatan seperti bersujud, seperti mencari sesuatu di bawah kerusi, atau membantu menyarungkan Khuff (sarung kaki kulit) pada kaki Shaykh. Namun dari jauh ia kelihatan seperti sujud; atau tunduk seperti mencium tangan ibu bapa, atau masuk melalui pintu yang rendah. Ini disebut oleh Habib Ahmad Mashhur AlHaddad dalam kitabnya Miftahul Jannah. Jadi seseorang yang melihat dari jarak yang jauh mungkin menolak untuk memberi kebaikan dengan pendapat yang baik dan menyalahkan seorang Muslim yang tidak bersalah tanpa sebab. Ini berlaku apabila Khalifah Marwan ibn Abdul Malik satu hari datang dan melihat seorang lelaki meletakkan mukanya ke atas kubur Nabi (saw). Beliau mencengkam lehernya dan berkata, Adakah kamu tahu apa yang sedang kamu lakukan? Lelaki itu berpaling dan berkata, Ya, dan ia adalah Abu Ayyub Al-Ansari (r). Beliau berkata, “Kamu patut tahu bahawa aku datang kepada Rasulullah (saw), bukan kepada batu-batan ini. Tambahan pula, aku mendengar Rasulullah bersabda:” Jangan menangis atas agama selagi ia mempunyai pemimpin yang berkelayakan dan bertanggungjawab, tetapi menangis di atasnya apabila rakyat (ruwaybidha) mengambil alih! “Imam Ahmad meriwayatkan laporan ini di dalam Musnad, dan juga Majd Ad-Din Ibn Taimiyyah (datuk kepada Ahmad ibn Taimiyah) dalam bukunya “Hadis Nabi yang dipilih dengan penuh hati-hati”(Al- Muntaqa fi hadis al-Mustafa).
Perbuatan yang sama mencium kubur dan menangis di atasnya adalah diriwayatkan daripada tabiee besar Muhammad bin Al-Munkadir, yang digelar oleh Imam Sufyan ibn Uyaynah sebagai lautan kebenaran. Imam Adz-Dhahabi – yang dihormati dan dipuja Wahhabi- bahkan memaafkan seseorang yang sujud ke kuburan orang mati kerana rasa cinta, dengan berkata: “Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani, dan aku bersumpah dengan nama Allah, bahawa kaum Muslim hanya beremosi dan menangis dan mencium dinding dan menangis, kerana dia mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan BAHAWA CINTA ITU ADALAH SIFAT YANG MEMBEZAKAN ANTARA PENGHUNI SYURGA DAN PENGHUNI NERAKA! ”

3. Imam Abdullah bin Ahmad, anak kepada Imam Ahmad bin Hanbal, bertanya kepada bapanya: “Apa pendapat kamu tentang seseorang yang menyentuh mimbar Nabi (saw) dan cuba untuk mendapatkan berkat (tabarruk) dengan menyentuhnya, dan menciumnya; dan dia melakukan perkara yang sama terhadap kubur, atau apa-apa lagi yang sejenis, memohon untuk lebih mendekati Allah?” IMAM AHMAD menjawab: “TIDAK ADA YANG salahnya” (La ba’sa bihi). Ini diriwayatkan di dalam kitab Imam Ahmad “Al-‘Ilal wa Ma’rifat Ar-Rijal” Jilid 2 halaman 492, dan dalam “Almu’jam Al-Kabir” Imam Dhahabi jilid 1 halaman 73 – edisi Saudi. Kemudian Adh-Dhahabi berkata, “Tunjukkanlah kepadaku si bodoh yang akan mengkritik Imam Ahmad! SEMOGA ALLAH MELINDUNGI SAYA DAN ANDA DARIPADA KESESATAN DANBID’AH KHAWARIJ.”

Lihatlah bagaimana Abu Musa Al-Asy’ari dan Imam Dhahabi memanggil orang yang sebegitu – SEPERTI WAHHABI PADA HARI INI – SI SESAT YANG TIDAK BERKELAYAKAN, PEMBERONTAK,  BODOH, KHAWARIJ, DAN PENGHUNI NERAKA. Khawarij adalah mereka yang ekstremis yang fanatik yang memecahbelahkan ummah, selalu menjatuhkan orang Islam yang lain dan memerangi mereka, di masa lalu dan di zaman kita.

4. Ibn Muflih al-Hanbali berkata dalam ensiklopedia tentang fiqh berjudul “Al-Mubdi’” (Kitab rujukan yang luar biasa) dalam fiqh Hanbali – jil. 2 halaman 281: “Adalah mustahab (wajar) untuk seseorang membuat ziyarah untuk berdiri di hadapan kubur, sehampir boleh seperti jika dia menziarahinya ketika waktu hidupnya. Dan dibenarkan untuk menyentuh kubur dengan tangan-Nya, kerana ia sama seperti berjabat tangan pada waktu hidup, terutamanya jika beliau berharap untuk mendapatkan kebaikannya (barakah). Perkara yang sama terdapat dalam Kitab faqih Mar’i Al-Karmi al-Hanbali “Ghayatul Muntaha” jilid 1, halaman 259.

5. Mencium kubur ibu bapa adalah dibenarkan dalam mazhab Hanafi. Ini jelas dinyatakan dalam ensiklopedia bagi fatwa dipanggil “Fatawa Hindiyyah”, juga dikenali sebagai “Fatawah Alamjiriyyah”, dan di dalam ulasannya pada Mishkat al-Masabih oleh Abdul Haqq Muhaddith Dihlawi bertajuk “Ashi’atu al-Lama’at” bab pengebumian. Tambahan pula Imam Nawawi berkata, seorang Shaykh adalah lebih penting daripada bapa kandung. Beliau berkata demikian di dalam bukunya “At-Taqrib wat Taysir fi-Marifati Sunan al-Bashir an-Nadhir”. Oleh itu Shuyukh kita lebih berhak mendapat kasih sayang dan penghormatan kita dalam kehidupan ini, dan selepas kematian mereka. Allah berfirman, بل أحياء عند ربهم يرزقون “Bal Ahya’un ‘inda rabbihim yurzaqun” “Bahkan, mereka masih hidup di sisi Tuhan mereka dan mendapat rezeki” (Al Imran 3: 169).
Semoga Allah Subhan wa taala menyelamatkan Malaysia dan semua negara-negara Islam daripada FITNAH AL WAHHABIYYA dan kebatilan mereka. Semua Mufti besar sebelum ini dan Ulama yang benar pada zaman kita telah memberi amaran terhadap Wahhabiyya seperti Sayyid Ahmad Zayni Dahlan, Sayyid Alawi bin Taher Al Haddad Mufti Johor, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Allamah al-Sawi, Sayyid Yusuf bin Hashim al-Rifai, Allama Muhammad Amin Abidin al-Shami, Sayyid Zayn bin Sumayt dan banyak lagi yang lain. Sudah tiba masanya sekarang untuk memberi amaran terhadap mereka sekali lagi dan ini adalah jihad yang sebenar untuk mempertahankan kalimah yang Haqq terhadap jawr (jenayah) dan batil (yang salah). Tetaplah bersama Ahlus Sunnah wal Jamaah, perlu menghormati Ahl al-Haqq dan Tasawwuf, pelihara cinta kepada Ahlul Bayt, berzikir dan Salawat, menjaga Silatur Rahm dengan Awliya sama ada dalam Dunya atau Barzakh, berpuasa dan sembahyang, dan membuang fitnah dan mereka yang menfitnah yang cuba untuk memecahbelahkan ummah.

Ini merupakan satu jawapan bantahan dengan segera tetapi kami mempunyai lebih banyak dan banyak lagi bukti-bukti yang akan diterbitkan dalam masa yang sewajarnya mengikut keperluan InsyaAllah. Nabi (saw) menyifatkan guru-guru palsu sebagai serigala menyamar menjadi kambing dan baginda berkata Allah subhuan wa taala berkata mengenai mereka, “Adakah guru-guru palsu tidak takut kepada aku? Adakah mereka cuba untuk memprovokasi aku?”

Dan Allah berfirman:

بل نقذف بالحق على الباطل فيدمغه
فإذا هو زاهق ولكم الويل مما تصفون

Sebenarnya Kami melontarkan perkara benar terhadap perkara yang salah, dan ia menghentak sehingga terkeluar otak, dan serta-merta kepalsuan itu lenyap! Ah! kecelakaanlah bagi kamu (atas kepalsuan) yang kamu sifatkan (kepada Kami) (al-Anbiya 21:18). Walhamdu lillahi Rabbil Alamin.

Khadam Ilmu
MUHAMMAD HISHAM AL-KABBANI AL-HASANI AL-HUSAYNI AL-SHAFII AL-NAQSHBANDI

26/04/2016 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bersama Tokoh, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Menuntut Ilmu Bertalaqqi

Tidak sepatutnya timbul polemik  “talaqqi” atau “tidak talaqqi” bagi penuntut ilmu khususnya ilmu syariyyah.

Ini kerana , sememangnya tugas tholibul ilmi itu ialah mencari, menadah, membahas, menilik dan tenggelam di dalam ilmu.

Jika semua menyedari dan insaf dengan perkara tersebut, maka sudah pasti tiada istilah “candu talaqqi” dan sebagainya.

Namun, sistem persijilan telah sedikit sebanyak mengubah jalan hidup pelajar sekarang. Istilah penuntut ilmu sudah lagi kurang sesuai kepada mereka yang hanya melihat sijil semata-mata bukan isinya. Maka tidak salah jika saya katakan bahawa penuntut terbahagi kepada dua bahagian :

1) Penuntut Ilmu

2) Penuntut Sijil

Bezanya juga sangat ketara kerana ilmu tiada had masanya. Manakala sijil punya had masa tertentu.

Ilmu melahirkan adab dan amal, manakala sijil tidak menjanjikan adab dan amal.

(Saya bukan menafikan kebaikan sijil kerana ianya wasilah pada zaman ini. Maka baca tulisan ini dengan matang bukan dengan persepsi.)

Sepatutnya Tholibul Ilmi pada zaman sekarang perlu merasa tercabar sentiasa dengan tahap kefahamannya terhadap ilmu Syariyyah khususnya dan ilmu-ilmu Am umumnya.

Cuba buka kitab Syarhul Mawaqif karangan al-Imam Jurjani rahimahullah, Hasyiah Syihabuddin Al-Khafaji a’la Tafsir al-Baidhawi , Fathul Wahhab Syarah Manhaj al-Thullab karangan al- Imam Syaikhul Islam Zakariyya al-Ansori, Hasyiah al-Attor a’la Jam’il Jawami’ , Syarah Bahrul Ulum karangan al-Imam Abdul Aliyy al- Madrasi, Syarah Syamsiah karangan Al-Imam Saaduddin Taftazani .

Adakah kita mampu memahami perbahasan gergasi-gergasi ulama Islam terdahulu ini?

Jika kita tidak mampu , maka sepatutnya kita menangis kerana kita telah mengkhianati istilah ” Tholibul Ilmi”.

Ini kerana penuntut ilmu sekarang , mereka akan menjadi kelompok manusia yang akan dituntut dan diikuti pada masa akan datang.

Bagaimana perasaan orang yang mengikuti kita nanti, sedang dia tidak mengetahui bahawa orang yang dia ikuti hanya pendakwa ilmu semata-mata bukannya ilmuan hakiki.

Ilmu yang kita tuntut dan yang disusun rapi oleh para ulama dan solihin terdahulu tidak lain hanyalah sebagai alat untuk berkhidmat kepada al-Quran dan Sunnah Nabi kita Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Jika alatnya kita tiada malah lemah dalam memahaminya, bagaimana mungkin kita akan berkhidmat kepada Usulnya? Tidak hairan jika al-Quran dan Hadis ditafsir mengikut kehendak hati dan rasa-rasa.

Maka sayugialah bagi kita merasa insaf dan menangisi kelalaian kita.

IKHLAS

Cuma , jalan ilmu ini jalan yang sangat berat. Jalan yang menjanjikan mulia dan agung. Maka perlu niat yang benar-benar ikhlas ketika menuntutnya. Jika kita melihat sahabat kita lalai dalam tugasnya sebagai Tholibul Ilmi, maka kita nasihati , tetapi bukanlah untuk merendahkannya namun perlu sematkan niat kasihkan dirinya semoga dia tidak mengkhianati tugasnya. Jangan sekali-kali menganggap orang lain lebih rendah daripada yang menasihati.

Kepada yang dinasihati, janganlah menganggap bahawa penasihat itu memperlekehkan dirinya tetapi menganggap yang menegur inilah sahabat terbaiknya yang kasihkan dirinya. Tidak mahu dirinya terus terbuai angan-angan kosong tanpa persediaan yang rapi menghadapi tentangan masa mendatang.

Namun , jika yang menegur punya sifat bongkak takabbur, manakala yang ditegur punya ego dan tidak mengaku kelemahan, maka polemik ini akan berterusan sehingga kiamat.

Tiada kesudahannya.

Puncanya satu : Tidak ikhlas menegur, Tidak Ikhlas Menerima Teguran.

Semuanya kembali kepada IKHLAS.

Ya Allah kurniakanlah kami ikhlas di dalam perkataan dan amalan kami. YA RABB!!

image
Ustaz Nasrul Nasir

25/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

Hadith tentang kelebihan Rejab, Syaaban and Ramadan.

Di manakah sumber hadith “Rejab adalah bulan Allah, Syaa’ban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatKu”?

oleh Ustaz Khafidz Soroni (Jabatan Hadith KUIS)

Ia direkodkan oleh ad Dailami dalam kitab Musnad al Firdaus daripada Anas r.a. Ia juga diriwayatkan sebahagian daripada sebuah hadith panjang berkenaan solat ragha’ib yang disepakati sebagai palsu oleh ramai pengkritik hadith seperti Ibnul Jawzi dalam al Madu’at, al Hafiz az-Zahabi, al Hafiz Ibn Hajar dalam Tabyin al-’Ajab bima Warad fi Syahr Rajab, al-Iraqi dalam Takhrij Ihya’ Ulumiddin, asy-Syawkani dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah, Abdul Hayy al-Laknawi dalam al-Atsar al-Marfu’ah dan lain-lain.

Ibn ‘Asakir dalam Mu’jamnya (no.210 menyebut, “Hadith ini sangat gharib dan pada sanadnya terdapat lebih daripada seorang perawi yang tidak dikenali.”

Rangkap tersebut juga ada diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a dalam sebuah hadith panjang dengan sanad yang amat diragukan menurut al-Hafiz Ibn Hajar dalam Tabyin al-’Ajab bi-ma Warad fi Syahr Rajab.

Manakala Abu al-Fath Ibn Abi al-Fawaris dalam kitab Amali meriwayatkannya daripada al-Hasan al-Bashri secara mursal.

Kata al-Allamah Abd al-Ra’uf al-Munawi dalam Faydh al-Qadir, “Menurut al-Hafiz al-Zayn al-’Iraqi dalam Syarah at-Tirmizi, hadith yang sangat dhaif. Ia daripada hadith-hadith mursal al-Hasan al-Bashri, kami telah meriwayatkannya dalam kitab at-Taghrib wa at-Tarhib oleh al-Asfahani. Dan hadith-hadith mursal al-Hasan al-Bashri tiada erti apa-apa di sisi ahli hadith, dan tiada satu hadith pun yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab.”

– Rumusan hukum para ulama terhadap rangkap hadith ini :

Sebahagian ulama mengatakannya sebagai batil atau terlalu dhaif seperti al-Hafiz Ibn Hajar, al-Hafiz al-’Iraqi dan lain-lain. Sebahagian ulama pula mengatakannya dhaif sahaja seperti al-Hafiz as-Suyuti dalam Jami’ as-Sahir (no.4411), Syeikh Muhammad Darwisy al-Hut dalam Asna al-Matalib (no.702) dan lain-lain. Al-Hafiz as-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah tidak memberi komentar jelas mengenai darjat hadith ini, seolah-olah ia hanya hadith dhaif. Demikian juga al-’Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’.

Apa yang lebih menambah kelemahannya, Rejab sebagai bulan Allah itu bercanggah dengan sebuah hadith sahih riwayat Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa’i, Ahmad dan lain-lain menyatakan bahawa bulan Allah adalah bulan Muharram, bukan Rejab. Daripada Abu Hurairah r.a : “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah Muharram….”

Saya berpendapat, kerana rangkap hadith itu tidak menyabitkan sebarang hukum atau akidah, maka tidaklaha terlalu berat mereka yang masih memakainya dalam fadha’il amal dengan peringatan agar tidak menyandarkannya secara yakin kepada Rasulullah s.a.w.

Maksud utamanya adalah sebagai galakan agar kita memperbanyakkan amalan dalam bulan-bulan tersebut bagi memperolehi keberkatannya. Gandingan tiga bulan ini juga terdapat dalam beberapa hadith yang lain. Antaranya, diriwayatkan oleh al-Bazzar dalam Musnadnya (no.6494), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (no.3534), ath-Thabarani dalam al-Awsat (no.3939), Ibn Majah, ‘Abdullah bin Ahmad, Ibn ‘Asakir, Ibn an-Najjar daripada Anas r.a katanya, “Bahawa Rasulullah s.a.w apabila masuk bulan Rejab, Baginda akan berdoa :

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
(Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah kami bulan Ramadan.”

Terdapat pada sanadnya perawi yang dikatakan oleh ramai pengkritik hadith sebagai lemah bernama Za’idah namun sebilangan pengkritik hadith lain masih menerima riwayat beliau seperti ak-Qawariri dan al-Bazzar.

– Benarkah tiada pun dalil yang tsabit tentang amalan bulan Rejab?

Terdapat banyak hadith berkaitan Syaaban dan Ramadan, tetapi amat sedikit hadith yang tsabit mengenai bulan Rejab. Oleh kerana ia termasuk ‘bulan-bulan haram’, maka kelebihannya adalah bersekali dengan bulan-bulan tersebut. Firman Allah Taala, “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah adalah dua belas bu

25/04/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Dakwah Yang Tidak Dahulukan Kasih Sayang ::

Hari ini ramai orang yang bercakap tentang seruan kepada Islam, sedangkan jiwa mereka kering dari pancaran kasih sayang, malah dipenuhi kekerasan dan permusuhan. Al-Quran dan Hadith digunakan untuk tujuan permusuhan dan menyenangkan nafsunya. Kasih sayang dihancurkan. Manusia yang diseru tidak melihat sinar kasih sayang terpancar di wajah mereka.

Kebanyakan para pendakwah mendahulukan berita ancaman dari memberi kasih sayang. Mereka utamakan perkhabaran tentang azab Allah dari sifat kecintaan dan pengampun Allah. Mereka sebenarnya pembunuh harapan di dada-dada manusia yang yang mencari setitis harapan. Dakwah penuh dengan kekakuan, bersidang dalam dewan-dewan yang mewah, membentangkan kertas-kertas kerja yang memperlihatkan idealisma yang hebat, tetapi perkara yang amat diperlukan oleh manusia di sekeliling mereka tidak dititikberatkan, iaitu kasih sayang.

Masyarakat memerlukan orang yang bertanya khabar pada mereka, yang membantu kesusahan mereka, yang memberi kata-kata harapan, yang menghulurkan tangan kasih sayang demi membawa kepada kebenaran.
Islam adalah gambaran kasih sayang Allah di alam ini. Mereka yang membawanya mestilah mengamalkan sifat keTuhanan dan sifat kenabian iaitu kasih sayang. Dalam sebuah rumahtangga, isteri merasai ketenangan, anak-anak merasai kedamaian. Mulakan kasih sayang pada dirimu dan dalam rumahtanggamu sebelum kamu lontarkan kepada dunia luar. Jika kamu majikan, sinarkan pada pekerjamu. Jika kamu pemimpin masyarakat, pancarkan pada mereka. Jika anda seorang ulama’, lunakkan bahasamu, hubungkan jiwa kamu dengan manusia yang mengharap pimpinanmu dengan kasih sayang. Jauhkan bertelagah dalam masalah khilafiah, supaya umat ini tidak terdidik dengan kebencian. Halakan tujuan dakwahmu kepada dunia yang rosak di depan dengan ikhlas dan kesedaran ubudiyyah kepada Allah.

Dakwah mesti berasaskan kasih sayang. Kemungkaran mestilah dicegah dengan hikmah. Jangan biarkan manusia mengekalkan kemungkaran, nescaya dunia akan dimurkai Allah dan manusia yang tidak berdosa juga akan menerima azab. Lihatlah negara yang tidak mencegah kemungkaran, mereka dilemparkan kesengsaraan. Demi kasih sayang pada negara dan umat manusia, bangunkanlah amal ma’aruf nahi mungkar, agar segala bala terangkat dari kita.

Manusia yang membela dan mencintai kemungkaran, adalah manusia yang tidak memahami hakikat kasih sayang. Perbuatan mereka menghancurkan generasi mereka sendiri. Akibat mereka membiarkan kemungkaran yang kecil berleluasa berlaku, akhirnya ia menjadi penyakit yang merbahaya kepada generasi mereka, kepada anak-anak mereka, kepada cucu mereka. Hari ini, kita sudah melihat anak-anak tidak lagi menghormati ibubapa, tidak menghormati guru-guru. Anak-anak sudah tidak mengenal Allah. Mereka mencintai nafsu dan syaitan. Siapakah yang telah melakukan jenayah ini? Soalan yang perlu pada jawaban…
Hari ini gerakan dakwah sudah banyak yang tersasar pedoman. Mereka lebih menumpukan ketajaman pemikiran pada anggotanya dari semaian iman dan kasih sayang. Dakwah bergerak dengan idealisma sedangkan manusia di depan mereka rosak disebabkan kehilangan kasih sayang. Mereka sepatutnya pendokong kasih sayang, bukan penyebar kebencian dan permusuhan.

Gerakan Kristian berjaya kerana menonjolkan aspek kasih sayang sebagai wajah mereka, sedangkan kasih sayang yang mereka tonjolkan akan menghancurkan kehidupan manusia di akhirat nanti. Gerakan Islam menonjolkan hukum dan membelakangi kasih sayang, sehingga masyarakat terasa mereka jahil. Harapan mereka tertimbus di bawah hukum-hukum yang didatangkan tanpa didahulukan pengisian iman sebagai tunjang.

Ulama’-ulama’ bercakaran didepan orang-orang jahil. Penyelesaiam masalah tidak didahulukan kasih sayang dan kebenaran tetapi mencari kemenangan. Hancurlah umat kerana pemimpin yang tidak memberi kasih sayang kepada rakyat, hancurlah kepimpinan kerana ulama’-ulama’ tidak memberi nasihat dengan kasih sayang, hancurlah ulama’ lantaran ulama’ tiada kasih sayang.

Sumber

24/04/2016 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

Isteri tidak boleh dibebankan dengan kerja rumah?

Akhir-akhir ini sering kedengaran ustaz-ustaz popular yang mengatakan bahawa isteri tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab di rumah melainkan bersolek dan mengandungkan anak, tugas kerja rumah ditanggung oleh suami dan bukan isteri, alasannya tiada dalil yang menyatakan bahawa isteri bertanggungjawab untuk membuat kerja-kerja rumah.

Tiadanya dalil (nas) secara spesifik atas sesuatu perkara tidak bermakna sesuatu perkara itu boleh ditolak, kerana para ulama’ juga menggunakan dalil akal, uruf, selain daripada nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Tidaklah munasabah, bertentangan dengan common sense, isteri duduk diam tanpa apa-apa kerja di rumah sedang suami bertungkus lumus mencari nafkah di luar dan bila balik pula suami juga perlu menyiapkan makanan, menyuci pakaian, jika tidak mampu maka suami perlu menyediakan khadam bagi isterinya. Pandangan ini adalah pandangan yang ekstrim, melampau, kerana terlalu literal dan tidak menggunakan akal fikiran dalam memahami ajaran Islam. Uruf juga menuntut agar isteri melakukan kerja-kerja rumah sebagai usaha meringankan beban suami di luar, jika isteri tidak melaksanakan tanggungjawabnya maka ia akan menggundang kemarahan suami, dan mentaati suami adalah suatu kewajipan dalam Islam.

Sememangnya Rasulullah saw membasuh pakaiannya sendiri, menguli roti yang dimakannya, tetapi itu adalah untuk meringankan beban isterinya, dan kemuliaan peribadinya yang tidak suka menyusahkan orang lain. Ia tidak sama sekali bermakna isteri tidak memiliki apa-apa tugas di rumah. Mengapa tidak diambil kisah Siti Fatimah puteri Rasulullah yang mengadu sakit-sakit badan kerana banyak kerja rumah yang dilakukannya seraya meminta kepada Rasulullah agar diberikan seorang khadam, namun jawapan Rasulullah malah menyuruh Fatimah ra agar bersabar dan membanyakkan berzikir agar semua kepenatan itu diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

Sememangnya pandangan bahawa isteri tidak bertanggungjawab terhadap kerja-kerja di rumah akan diminati oleh ramai orang, khususnya apabila terdapat sebahagian kaum wanita yang diperhambakan di rumah oleh sebahagian suami, namun kedua-dua pandangan sama ada yang memperhambakan mahupun yang mentuankan isteri adalah pandangan yang ekstrim, kerana kedua-duanya akan menyebabkan ketidakharmonian dan keruntuhan institusi keluarga. Keharmonian institusi keluarga bergantung kepada keadilan, di mana setiap individu mengetahui dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Perlu adanya kesalingan, jika suami bekerja di luar maka isteri bekerja di rumah, jika dua-dua di luar maka perlu ada mekanisme agar kerja di rumah diringankan.

Islam adalah agama yang adil, ia tidak mendiskriminasikan dan menzalimi mana-mana pihak, tetapi meletakkan setiap orang di tempatnya masing-masing demi kebaikan bersama.

Ustaz Dr Khalif Muammar

23/04/2016 Posted by | Muamalat (Keluarga), Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

Ingat Mati

Jam yang kita miliki, jika kehabisan bateri, maka jam tersebut sudahpun mati namun masih boleh kita hidupkannya dengan menukar kepada bateri yang baru tetapi apabila sudah berhenti denyutan jantung ataupun nadi kita, tidak ada lagi yang boleh menghidupkan kita setelah kita mati kecuali Allah.

Hadis riwayat Hitsami dan at Thabrani disebut bahawa sesseorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, apakah di akhirat nanti ada seseorang yang dikumpulkan bersama-sama para syuhada ?. Rasulullah menjawab, “Ada… iaitu orang yang selalu mengingati kematian sebanyak 20 kali sehari semalam”.

Mengingati mati akan membuatkan kita bertambah semangat untuk melakukan ketaatan kepada Allah.Ini berbeza dengan mereka yang lari dari mengingati kematian.., dia akan bermalas-malas melakukan ketaatan, seringkali menangguhkan ibadat solat dan senantiasa memasang angan-angan yang panjang untuk masa depan dunianya tanpa memikirkan masa depan akhiratnya yang lebih utama untuk difikirkan.

Allah SWT berfirman:

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلاَقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. -Al Jumu’ah:8.

Maksud “lari” dalam ayat ini ialah, seseorang itu melarikan dirinya daripada mengingati kematian kerana cita-citanya untuk memburu kemewahan dunia akan terhalang jika terlalu memikirkan tentang kamatian.Sungguh banyak taburan ayat-ayat di dalam Al-Quran tentang kematian tetapi seringkali dilupakan oleh manusia.Di antaranya:

وَجَآءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ

Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya. -Qaaf:19.

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman:

نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ

Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali tidak dapat dikalahkan -Al Waqi’ah:60.

فَلَوْ لآ إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَكِن لاَّ تُبْصِرُونَ فَلَوْ لآ إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ تَرْجِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan. Padahal kamu ketika itu melihat, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu.Tapi kamu tidak melihat, maka mengapa jika kamu tidak dikuasai (oleh Allah). Kamu tidak mengembalikan nyawa itu (kepada tempatnya) jika kamu adalah orang-orang yang benar.-Al Waqi’ah:83-87.

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh. -An Nisa’:78

وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِنْ مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ }

Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.-Al Anbiya:34-35

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ

Sesungguhnya engkau (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam) akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).-Az Zumar:30.

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. -Ali Imran:185.

Cukuplah dengan beberapa ayat ini sebagai peringatan kepada kita semua agar tidak menongkat langit seolah-olah kematian masih lambat lagi.Malah Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam sudah menyampaikan pesannya kepada kita

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ (جة 4236,ت 3550, الصحيحة 757, وهو حديث حسن)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Umur umatku antara 60 sampai 70 tahun. Dan sangat sedikit di antara mereka yang melewati itu.”-HR Ibnu Majah, Tirmidzi,

Baginda Nabi Shallallahu alaihi wassalam juga bersabda:

أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ : الْمَوْتَ ……

Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu kematian……..

Ustaz Mohd Hanif Mohd Saleh

23/04/2016 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Kisah Saidina Uthman menangis di kubur

Suatu hari, Sayidina Usman Ibn Affan radhiyallahu anhu. berjalan melintasi sebuah kawasan kubur. Tiba-tiba Sayidina Usman berhenti melangkah dan terdiam, Kemudian, air matanya mengalir setitis demi setitis, hingga mambasahi janggutnya.

Melihat Sayidina Usman menangis teresak-esak di tepi kuburan itu, datang seorang sahabat lalu bertanya : “Wahai Amirul Mukminin, engkau selalu menyebut Syurga dan Neraka serta segala penderitaan di hari akhirat, tetapi aku tidak pernah melihat engkau menangis semasa engkau memperkatakannya. Tapi hari ini apabila engkau berjalan di tepi kuburan, engkau menangis pula. Apa sebabnya wahai Amirul Mukminin?”

Jawab Sayidna Usman : “Kerana Nabi Shallallahu alaihi wassalam telah bersabda, ‘Kubur ini tempat pertama dari tempat-tempat akhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat dunia. Sesiapa yang selamat dari kubur itu, maka apa yang sudahnya adalah lebih ringan. Dan sesiapa yang tidak selamat darinya, maka apa yang berlaku sesudahnya akan lebih berat lagi.’”

Kita semua akan ditempatkan di dalam kubur..persoalannya, apakah kita akan selamat ataupun tidak ketika berada di dalamnya.Jika ditakdirkan oleh Allah, kita dapat mengetahui keadaan mereka di alam barzakh dengan menemuduga pengalaman mereka setelah dikuburkan, sudah pasti kita akan merasa takut untuk berada di dalamnya, namun bagi mereka yang tidak beriman ataupun ragu-ragu dengan adanya azab kubur, akan menganggap itu semua kisah dongeng yang dibuat-buat untuk menakutkannya dan ianya adalah untuk menghalang dirinya enjoy sepuas-puasnya di atas dunia yang dirasakan adalah Syurga kemewahan hidup baginya….,apatah lagi dengan takhta, jawatan, pangkat, kedudukan, wang yang banyak, kediaman yang besar, isteri yang cantik, aset harta merata-rata sehinggakan mereka merasa begitu sayang sekali untuk diwariskan kepada orang lain setelah penat mereka memburunya jika mereka mati.

Ust Mohd Hanif Mohd Saleh

23/04/2016 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Rugi besar siapa yang tidak dapat melihat Nabi SAW di hari Akhirat

Tazkirah Jumaat yang Mulia:

Sayidatina Aisyah ra meriwayatkan: “Aku pernah menjahit baju di bilikku, tiba-tiba lampu padam, bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh…

Ketika aku cuba meraba-raba mencari jarum itu, tiba-tiba Nabi SAW datang kepadaku dari pintu bilik. Baginda mengangkat lampu dan wajahnya.

Demi Allah yang tiada Tuhan selainnya, sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik dengan cahaya wajah Baginda sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku, kerana nur yang memancar.

Kemudian aku menghadap kepadanya, lalu aku berkata: “Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Sungguh terang cahaya wajahmu.”

Nabi SAW berkata: “Wahai Aisyah, rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.” Aku bertanya: “Siapakah orang yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.”

Aku (Aisyah) bertanya lagi: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka, dia tidak berselawat ke atasku”.

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan kaum keluarganya yang mulia.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه اجمعين.

Ustaz Zamihan Al Ghari

22/04/2016 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

AMANAH ILMU vs KHIANAT

Guru yang mulia Syaikhuna Jamal Faruq al-Daqqaq al-Hasani hafizahullah ada menceritakan pada kami sepertimana yang disampaikan oleh guru beliau al-Allamah Syeikh Ismail Sodiq al-Adawi rahimahullah betapa amanah di dalam ilmu sangat dituntut dan menjadi keaiban bagi seorang ilmuan mengkhianati ilmu yang dipelajarinya.

Ceritanya :

Al-Azhar pada zaman dahulu jika ingin memberikan kepada para pelajarnya Syahadah Alimiyyah ( sijil tertinggi yang membolehkan seseorang itu mengajar di Masjid al-Azhar al-Syariff) maka akan diadakan ujian di dalam 12 bidang ilmu.

Jika pelajar tersebut lulus kesemua 12 ilmu tersebut maka dia mendapat kelulusan untuk mengajar kesemua bidang ilmu tersebut. Ada yang hanya diberikan izin mengajar 3 atau 4 sahaja bidang. Ada yang hanya dibenarkan mengajar 1 bidang sahaja.

Ada juga yang tidak dibenarkan langsung untuk mengajar sebarang bidang ilmu !!

Diantara sekian ramai penuntut ilmu yang akan mengambil ujian tersebut salah seorang daripadanya adalah anak kepada Syaikhul Azhar pada waktu tersebut ( tidak pasti siapakah Syaikhul Azhar tersebut kerana Syaikhuna menukilkan tanpa menyebutkan nama Syaikhul Azhar tersebut).

Selesai hari pertama ujian, sedang Syaikhul Azhar tersebut bersama dengan anaknya melangkah keluar daripada Masjid Agung al-Azhar al-Syariff, datang seorang lelaki bertanya soalan kepada Syaikhul Azhar tersebut .

Soalannya :

” Tuan Syaikh yang mulia, saya ingin bertanya , apakah warna anjing Ashabul Kahfi yang disebutkan di dalam al-Quran?? ”

Syaikhul Azhar terkejut dengan soalan tersebut lalu menjawab :

” Saya tidak pernah pula terfikir tentang perkara tersebut. Nanti saya akan rujuk semula di dalam kitab-kitab para ulama”

Setelah pulang, sepanjang malam Syaikhul Azhar tersebut membelek segala kitab Tafsir dan kitab-kitab karangan ulama bagi mencari jawapan ” warna anjing Ashabul Kahfi”.

Setelah lama membelek kitab-kitab , datang anaknya yang esok akan menduduki ujian Syahadah Alimiyyah  lalu berkata kepada ayahnya :

” Sudahlah ayah, saya kasihan melihat ayah sehingga tidak tidur malam mencari jawapan bagi soalan remeh tersebut. Ayah beri sahaja apa pun jawapan kepada lelaki tersebut, sudah pasti dia akan menerimanya kerana ayah adalah Syaikhul Azhar!”

Terdiam Syaikhul Azhar tersebut.

Keesokannya, anak Syaikhul Azhar tersebut diuji oleh beberapa ulama adakah dia mampu menguasai 12 bidang ilmu tersebut dan diberikan izin mengajar di Masjid Agung al-Azhar al-Syariff.

Setelah ujian selesai, kesemua ulama bersetuju memberikan Syahadah Alimiyyah kepada anak Syaikhul Azhar tersebut.

Tetapi yang mengejutkan, Syaikhul Azhar sendiri tidak bersetuju dengan keputusan para ulama lain. Malah melarang syahadah agung itu diberikan kepada anaknya sendiri. Maka para ulama bertanya kepada beliau, apa yang menyebabkan beliau mengagalkan anak beliau sendiri yang ternyata berkebolehan dan alim.

Maka Syaikhul Azhar itu lalu menjawab :

” Ini adalah kerana sikapnya yang sangat enteng dengan ilmu, malah bersikap khianat dengannya. Semalam, ketika aku mencari jawapan tentang warna anjing Ashabul Kahfi, dia malah memberikan cadangan kepadaku untuk menjawab dengan jawapan yang bohong hanya kerana pangkat dan kedudukanku yang tinggi menyebabkan orang yang bertanya sudah tentu akan mempercayainya.

Maka orang sebegini tidak layak menjadi pendidik dan tidak layak memimpin ummat”

P/S : Perhatikan akhlak solihin terdahulu, berbeza dengan sikap kita sekarang.

Asal punya pangkat dan kedudukan, asal diangkat oleh masyarakat, asal dipandang sebagai alim, asal pandai berceramah maka semua mahu dibahas, semua mahu dijawab walaupun ilmu tidak benar-benar kukuh.

Malah lebih berat, berbohong pula pada masyarakat.

Kasihan masyarakat, terpaksa menerima pembohongan dan pendustaan sedang mereka hauskan kebenaran dan amalan.

Pimpinlah kami Ya Allah.. Berkat NabiMu sallallahu alaihi wasallam.

Ustaz Nazrul Nasir

22/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | Leave a comment

Beberapa displin menerima kandungan ceramah dan tulisan ilmuan

Beberapa displin menerima kandungan ceramah dan tulisan ilmuan itu adalah :-

1)      Semak latar belakang penceramah dan kenali bidang apakah kepakaran beliau. Imam Malik Bin Anas berkata :
إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون
Ertinya : ” Sesungguhnya pengambilan ilmu ini adalah agama, maka telitilah dari mana kamu ambilinya (ilmu) agamamu ”  ( Siyar A’lam An-Nubala, 5/343)

2) Dapatkan komen dari ilmuan lain yang tidak ‘memusuhi’ penceramah yang anda ingin dengarinya.  Ia penting untuk mendapatkan gambaran akan siapakah ia dan sejauh manakah info yang disampaikannya boleh diterima pakai.

3) Mendengar dan membaca dengan faham penerangan sehingga habis dan tidak memotong separuh-separuh kerana ia mungkin sahaja akan menyebabkan perkataan penceramah difahami di luar konteksnya. Petikan-petikan di youtube biasanya kurang dari 10 minit, justeru kemungkinan ia di luar konteks adalah wujud dan pelru berhati-hati mengambilnya. Begitu juga petikan-petikan tulisan seseorang tokoh. Buatlah rujukan dan carilah sumber dan konteks penuh tulisan ilmuan yang berkenaan.

4) Jangan ambil serius sebarang cercaan yang dilontarkan oleh ilmuan kepada mana-mana tokoh dan individu lain. Kebanyakkannya dilontarkan secara tidak adil dan salah faham semata-mata.

5)  Mendengar satu ceramah dari mula sehingga habis dalam satu masa. Membaca satu tulisan juga hingga habis. Jika anda mendengar atau membaca sekerat dan sekerat, ia menjauhkan anda dari mendapat kefahaman bermanfaat dari ceramah dan tulisan tersebut.

6) Sebaiknya, dapatkan penceramah dan penulis yang mampu mengutarakan isi yang disertai dengan ayat dan hadis secara nasnya.  Ia adalah sebaik-baiknya kerana ia akan mendekatkan anda dengan sumber asas. Namun, mempunyai nas tidak semestinya intrepertasinya dan penggunaannya adalah betul dan tepat. Tidak dinafikan terdapat penceramah yang tidak membaca sebarang nas, tetapi semua kandungannya bertepatan dengan al-quran dan hadis. Kesimpulannya, kebijaksanaan anda dalam memilih adalah amat perlu dalam hal ini.

7) Setelah mendapat seusatu ilmu atau kesimpulan dari sesuatu ceramah penulisan, janganlah terlalu taksub atau ikut sehingga mengunci fikiran dan minda dari sebarang pandangan ilmuan lain yang berbeza.

8) Sampaikan ilmu yang diperolehi dengan amanah dan tidak mengubah suainya sesuka hati serta menisbahkannya kepada ilmuan asal. Ia dengan mudah boleh mengakibatkan salah faham dan kesan buruk kepada penceramah asal. Banyak terjadi, sesuatu dakwaan dinisbahkan kepadanya sedangkan ia adalah hasil ubahsuai pendengar atau anak muridnya.

#DrZaharuddinAbdRahman
Presiden MURSHID

22/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | Leave a comment

Hukum Tawaf sambil mendukung bayi

🔴Soalan:

Assalamualaikum….blh ke mendukung bayi semasa tawaf? sah ke tawaf jika di pertengahan tawaf bayi terkencing dlm dypers?

🔴Jawapan kami;

Di antara syarat sah tawaf adalah suci daripada najis sama ada pada pakaian, badan atau tempat bertawaf sama hukumnya sepertimana solat (al-Idhoh 282). Hal ini adalah berdasarkan sabda Nabi sollallahu alaihi wa sallam;

الطَّوَافُ حَوْلَ الْبَيْتِ مِثْلُ الصَّلَاةِ إلَّا أَنَّكُمْ تَتَكَلَّمُونَ فِيهِ فَمَنْ تَكَلَّمَ فِيهِ فَلَا يَتَكَلَّمْ إلَّا بِخَيْرٍ (رواه الترمذي 960، والحاكم وصححه)

“Tawaf keliling kaabah sama seperti bersolat kecuali kamu boleh bercakap-cakap ketika melakukannya. Sesiapa yang bercakap-cakap ketika itu, janganlah bercakap kecuali yang baik-baik.”

Justeru itu, sekiranya bayi tersebut suci daripada najis, maka ia harus didukung ketika tawaf dan tawafnya sah. Namun, sekiranya bayi yang didukung itu mempunyai najis yang tidak dimaafkan seperti kencing di dalam pampers atau qulfah (kulit yang menutup hujung zakar) yang tidak disucikan, maka tawafnya tidak sah. Hal ini adalah kerana, dia dikira telah menanggung najis ketika tawaf. Justeru, tawaf bersama-sama najis yang tidak dimaafkan adalah tidak sah (Al-Idhoh 284).

Wallahu a’lam

Oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi’i
Posted by Madrasah Sunni Online at 01:39

19/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

PENDUSTAAN KEPADA AKIDAH IMAM SYAFIE

PENDUSTAAN KEPADA AKIDAH IMAM SYAFIE

Telah tersebar di media sosial yang mengungkapkan kata-kata dibawah ini ( Allah itu di atas ‘arsy di langit ) adalah Kalam Akidah Imam Syafie:

“Berbicara tentang Sunnah yang menjadi pegangan saya, shahib-shahib (murid-murid) saya, begitu pula para ahli hadis yang saya lihat dan saya ambil ilmu mereka, seperti Sufyan, Malik, dan lain-lain adalah iqrar seraya bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah, serta bersaksi bahawa Allah itu di atas ‘arsy di langit, dan dekat dengan makhluknya terpulang kepada kehendak Allah, dan Allah itu turun ke langit terdekat pada bila-bila Allah berkehendak ” (Al-Khumayyis, Akidah Imam 4 Halaman 68)

Kalam ini diriwayatkan melalui perawi yang bermasalah iaitu Abu Al-Hasan Al-Hakkari, seorang perawi yang tidak dapat dipercayai dan pemalsu hadis.

Imam Az-Zahabi berkata “Ibnu ‘Asakir berkata : ” Al-Hakkari tidak dapat dipercayai riwayatnya ” (Ibnu Al-Najjar, Dzail Tarikh Baghdad Juz 3 Halaman 174, Az-Zahabi, Siyar A’lam Al-Nubala’ Juz 19 Halaman 68 Dan Mizan Al-I’tidal Juz 3 Halaman 112

Sumber : FB Jabatan  Mufti  Kerajaan Negeri  Sembilan

18/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | 2 Comments

Adakah umat Islam mengadakan kenduri Arwah kepada Nabi Muhammad s.a.w? Dan siapa pula yg memimpin majlis tahlil ketika Imam Shafie wafat?

1) Adakah umat Islam mengadakan kenduri Arwah kepada Nabi Muhammad s.a.w? Dan siapa pula yg memimpin majlis tahlil ketika Imam Shafie wafat?

Jawapannya:
Tiada seorang pun yang mengadakan kenduri arwah atau majlis tahlilan kepada Baginda s.a.w kerana Rasulullah s.a.w adalah MAKSUM dan telah dijamin Syurga.

》Majlis Tahlilan bertujuan untuk keluarga si mati sedekahkan makanan kepada keluarga jauh dan jiran tetangga yang mana sedekah itu diniatkan pahalanya kepada si mati. Dan hadirin berzikir, membaca Al-Quran, berdoa agar pahala disedekahkan kepada si mati.

عن عمرو بن عبسة قال اتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلت: يا رسول الله ما الاسلام؟ قال طيب الكلام واطعام الطعام
“Dari Amru bin Abasah berkata: Aku mendatangi Rasulullah s.a.w lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w, apakah Islam? Baginda s.a.w berkata: Perkataan yang baik dan menjamu makanan” (Hr. Ahmad)

》Jika ada yang mempertikaikan hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad, mari kita lihat hadis Muslim:

عن عبد الله بن عمرو ان رجلا سال رسول الله صلى الله عليه وسلم اي الاسلام خير؟ قال “تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف”
“Dari Abdullah bin Amru berkata, telah datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shalallah alaihi wasallam, bagaimana Islam yang terbaik? Baginda s.a.w bersabda, yang menjamu makanan dan menyebarkan salam kepada yang kamu kenali atau kepada orang yang tidak kamu kenali” (Hr. Muslim, no.39)

》Mengenai persoalan sampai atau tidak kiriman pahala kepada si mati, ia telah dijawab bahawa pahala sampai kepada si mati oleh:
1) Imam Nawawi melalui kitab Fatawa Nawawi
2) Imam Ibnu Hajar Al-Haitami melalui kitab Al-Fatawa Al-Fiqhiah Al-Kubra, j.2, ms.30-31.
3) Ibnu Qayyim melalui kitab Al-Ruh, ms.143.
4) Ibnu Taimiyyah melalui kitab Hukm Al-Syar’iyyah Al-Islamiyyah fi Ma’tam Al-Arbain, ms.36
Dan lain-lain.

》Imam Suyuthi telah menyatakan boleh diadakan jamuan makan sebagai sedekah kepada si mati selama 7 hari atau 40 hari:

“Sesungguhnya At-Thowus berkata: Seorang yang mati akan beroleh ujian dari Allah dalam kuburnya selama 7 hari”
Untuk itu, sebaiknya mereka (yang masih hidup) mengadakan jamuan makan (sebagai sedekah) untuk si mati selama hari-hari tersebut.”
Sahabat Ubaid bin Umair berkata: “Seorang mukmin dan munafiq sama-sama akan mengalami ujian dalam kubur. Bagi seorang mukmin akan beroleh ujian selama 7 hari, sedangkan seorang munafiq selama 40 hari di waktu pagi”
(Rujuklah kitab al-Hawi, Imam Suyuthi, j.2, ms. 178)

》Selain itu, Imam Suyuthi telah bersaksi bahawa:

“Sesungguhnya sunatnya bersedekah memberi makan selama 7 hari telah sampai kepadaku, ia berterusan hingga sekarang di Mekkah dan Madinah. Secara zahirnya ia tidak ditinggalkan (daripada diamalkannya) dari masa sahabat sehingga sekarang dan mereka melakukannya sebagai tradisi diambil dari ulama Salaf sejak generasi pertama”
(Rujuklah kitab al-Hawi, Imam Suyuthi, j.2, ms. 194)

》Kelihatannya, persaksian Imam Syuthi yang hidup sepanjang tahun 849-911H ada benarnya juga kerana telah dinyatakan oleh Imam Ibnu Asakir:

“Beliau telah mendengar Al-Syeikh Al-Faqih Abu Al-Fath Nashrullah bin Muhammad bin Abd Al-Qawi Al-Masyisyi berkata: Telah wafat Al-Syeikh Nashr bin Ibrahim Al- Maqdisi pada hari Selasa 9 Muharram 490H di Damsyiq. Kami telah berhenti/berada di kuburnya selama 7 malam, membaca Al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam.
(Rujuklah Tabyin Kazb Al-Muftari fi Ma Nusiba ila Al-Imam Abi Al-Hasan al-Asy’ari)
* Hal ini berlaku pada tahun 490H.

》Dan juga dibuktikan oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani:
“Ahmad Ibn Muni’ melaporkan di dalam Musnadnya daripada Al-Ahnaf Ibnu Qais berkata: Apabila Saidina Umar r.a telah ditikam (dibunuh) beliau telah memerintahkan Suhaib untuk mengerjakan sembahyang dengan orang ramai selama 3 hari dan beliau menyuruh agar disedikan makanan kepada orang ramai.” Kata Amirul Mukminin Fil Hadis Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Isnadnya adalah hasan.
(Rujuklah Al-Mathalib Al-Aliyyah, j.1, ms.199, hadis no. 709)
* Hal ini berlaku sekitar tahun 23H.

》Dan juga, terdapat hadith dalam Sunan Abu Daud yang menyatakan selepas mengebumian jenazah, Rasulullah menerima jemputan ke rumah untuk makan. Menurut syarah Sunan Abu Daud:
(داعى امراة)…وفى المشكاة، داعي امرأته بالاضافة الى الضمير. فال القاري: أي زوجة المتوفي
(Da’i Imra’ah)… dan di dalam kitab al-Misykat digunakan ‘da’i imra’atihi’ yang disandarkan kepada dhamir (iaitu ‘nya’). Al-Qari berkata: iaitu ISTERI SI MATI.
(Rujuklah ‘Aun Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud)
* Hal ini menunjukkan ahli keluarga si mati menjemput nabi s.a.w makan seperti yang telah disimpulkan oleh Syeikh Ibrahim Al-Halabi:
“Hadith ini menunjukkan atas bolehnya ahli keluarga mayat menyediakan makanan dan menjemput orang lain untuk makan. Jika makanan itu diberikan kepada fakir miskin adalah baik. Melainkan (iaitu tidak boleh berbuat demikian) jika salah seorang dari ahli waris ada yang masih kecil makan tidak boleh diambol dari harta ahli waris si mati”
(Rujuklah Al-Bariqah Al-Muhammadiyyah, j.3, ms.235 dan Al-Masail Al-Muntakhabah,ms.49)
* Hal ini berlaku pada zaman Nabi s.a.w.
= = = = = = = = = = = =

2. Siapa pula yang memimpin majlis tahlilan ketika Imam Syafie wafat?

Jawapannya:
Ia adalah seorang wali (penguasa) yang bernama Muhammad bin as-Suri bin al-Hakam.

Muhammad bin as-Suri bin al-Hakam adalah seseorang yang diwasiatkan oleh Imam Syafie, apabila beliau wafat agar dimandikan dan diurus oleh Muhammad bin as-Suri bin al-Hakam, dari kerja-kerja  memandikan, memimpin solat jenazah, menguburkan, mendoakan serta mengadakan majlis tahlilan bersama jamaah yang lain yang hadir saat Imam Syafi’i wafat.

Imam Syafie wafat pada malam Jumaat pada waktu subuh pada hari terakhir bulan Rejab tahun 204 Hijriyyah atau tahun 809 Masihi pada usia 52 tahun.

Jenazah kemudian dibawa, sampai ke tanah anak-anak Ibnu Abdi al-Hakam, disanalah ia dikuburkan, yang kemudian terkenal dengan Turbah asy-Syafie sampai hari ini, dan disana pula dibangun sebuan masjid yang diberi nama Masjid asy-Syafie. Penduduk Mesir terus menerus menziarahi makam sang Imam sampai 40 hari 40 malam, setiap penziarah tak mudah dapat sampai ke makamnya kerana banyaknya penziarah. (Sila rujuk kitab tarikh atau Manaqib Imam Syafie)

》Persoalan mengenai pendirian Imam Syafie:
Imam Al-Hasan bin Muhammad Az-Za’farani berkata: “Saya pernah bertanya kepada Imam Syafie mengenai bacaan Al-Quran di kubur. Ternyata beliau itu (Imam Syafie) membolehkannya”.

》Hal ini dikukuhkan lagi apabila Imam Syafie sendiri pernah menziarahi makam Imam Laith bin Sa’ad, kemudian beliau membaca Al-Quran.
وقد تواتر ان الشافعي زار الليث بن سعد واثنى خيرا وقرأ عنده ختمة وقال: ارجوا ان تدوم فكان الامر كذلك
“Dan telah mutawatir (masyhur) riwayat bahawa Imam Syafie telag menziarahi makam Imam Laith bin Sa’ad. Beliau memujinya dan membaca Al-Quran di sisi kuburnya dengan sekali khatam. Imam Syafie berkata: Aku mengharapkan agar ia (amalan membaca Al-Quran seperti di sisi makan Imam Laith) akan berterusan, maka begitulah seperti apa yang dikatakan (didoakan) oleh Imam Syafie”
(Rujuklah kitab az-Zakhirah Ath-Thaminah, ms.64)

》Bagaimana pula dengan perkataan Imam Syafie:
وأكره المأتم وهي جماعة وان لم يكن لهم بكاء فان ذلك يحدد الحزن ويكلف المؤنة
“Dan aku membenci ma’tam iaitu adanya perkumpulan walaupun tidaklah berlaku pada mereka perbuatan menangir kerana perbuatan itu akan mengembalikan kesedihan dan menambahkan bebanan.” (Al-Umm, j.1, ms.318)
* Segelintir orang jahil bertopengkan ‘ustaz’ telah menyangka Majlis Ma’tam yang dibenci oleh Imam Syafie adalah sama dengan Majlis Tahlilan. Sedangkan “ma’tam ialah perkumpulan orang yang kebiasaannya akan bertambahlah kesedihan dalam perkumpulan mereka.” (Rujuklah Al-Munjid, ms.2)
* Maka, illah larangan ma’tam ialah kerana ia termasuk dalam ‘niyahah’ iaitu meratap pemergian si mati. Hal ini dilarang dalam agama kerana Nabi s.a.w bersabda:
الميت يعذب ببكاء الحي عليه او ببكاء اهله عليه
“Mayat akan diazab kerana tangisan rantapan orang hidup ke atasnya atau tangisan rantapan keluarganya” (HR. Muslim)
* Konsep yang berbeza pada majlis tahlilan, kerana ia bukan majlis meratap dan bersedih. Melainkan sebagai suatu usaha keluarga si mati untuk mengirimkan pahala kepada si mati dengan pelbagai amalan kebaikan.

》Begitu juga seperti larangan kenduri wahsyah yang diterangkan dalam kitab-kitab fiqh yang lain, larangan tersebut berserta dengan illah yang berbeza. Sebab itulah, urusan menentukan hukum diberikan kepada alim ulama bukannya kepada cikgu geografi.

》Bagaimana pula, dengan pendapat Imam Syafie mengenai mengirim pahala bacaan Al-Quran?
* Imam Nawawi telah menyatakan mengirim pahala doa dan sedekah adalah sampai dengan IJMAK ULAMA.
يصله ثواب الدعاء وثواب الصدقة بالاجماع
(Rujuklah Fatawa Imam Nawawi, ms.146)
* Ini bermakna, usaha keluarga mengirim pahala sedekah makanan dalam majlis tahlilan itu SAMPAI kepada si mati dengan ijmak ulama.

》Namun, yang menjadi khilaf ialah 0ahala bacaam Al-Quran. Menurut Imam Nawawi, ia sampai. Dan menurut Syeikhul Islam Zakaria Al-Anshari:
ان مشهور المذهب اي فى تلاوة القران محمول على ما اذا قرأ لا بحضرة الميت ولم ينو الثواب له او نواه ولم يدع
“Sesungguhnya pendapat masyhur dalam mazhab Syafie mengenai bacaan Al-Quran  (yang pahalanya dikirimkan kepada si mati) adalah apabila dibaca tidak dilakukan ketika mayat berada dihadapan pembaca, dan jika tidak diniatkan hadiah pahala kepadanya atau diniatkan pahala bacaan kepadanya tetapi tidak membaca doa sesudah bacaan Al-Quran tersebut.”
(Rujuklah Hukm Asy-Syar’iyyah Al-Islamiah fil Ma’tam Al-Arbain, ms.43)

* Maka, beginilah kesimpulan ulama bermazhab Syafie simpulkan setiap perbuatan, ijtihad dan wasiat Imam Syafie. Kerana mereka lebih memahami fiqh dalam mazhab berbanding cikgu geografi.

☆ Penulis kitab Al-Hawi iaitu Imam Suyuthi & penulis kitab Hukm Asy-Sya’iyyah Al-Islamiah fil Ma’tam Al-Arbain ialah Syeikh Hasanain Makhluf, kedua-duanya tinggal di Mesir. Mereka menyokong majlis tahlilan dengan pelbagai hujjah yang dinyatakan dalam kitab mereka tersebut.
SOALNYA, bilakah amalan hindu bertapak di Mesir?

Disediakan oleh: Hafiz Al Za’farani (HAZA)

18/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MANFAAT ZIKIR BAGI KITA

image

Syekh Ibnu Athaillah mengatakan, “Tidak ada ibadah yang lebih bermanfaat bagimu daripada dzikir. Sebab, dzikir adalah ibadah yang bisa dilakukan orang tua dan orang sakit yang sudah tidak mampu lagi berdiri, rukuk, dan sujud.
Bersihkan cermin hatimu dengan khalwat dan dzikir hingga kelak kau berjumpa dengan Allah SWT.

Hatimu harus selalu ingat Allah sehingga cahaya menyinarimu. Jangan seperti orang yang ingin menggali sumur, kemudian ia menggali di satu tempat sedalam satu jengkal lalu menggali di tempat lain sedalam satu jengkal pula. Jadi, airnya tidak akan pernah keluar. Akan tetapi, galilah di satu tempat sehingga airnya memancar.

Hai hamba Allah, agamamu adalah modalmu. Jika kau telah menyia-nyiakan modalmu, sibukkan lisan dengan berdzikir mengingat-Nya, sibukkan hati dengan cinta kepada-Nya, dan sibukkan tubuhmu dengan menaati-Nya. Tanamlah wujudmu di tempat menanam hingga benih muncul dan tumbuh. Siapa yang memperlakukan hatinya sebagaimana petani memperlakukan tanahnya, pasti hatinya bersinar.”

–Syekh Ibn Atha’illah dalam Taj Al-‘Arus

18/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Tasauf, Tazkirah | Leave a comment

Mencintai orang soleh

Mencintai orang soleh; “Adalah termasuk didalam ‘Fitnah’, jika seseorang itu berpikir bahawa dia boleh memahami Al-Quran dan Sunnah tanpa bimbingan para ulama. Perlukan panduan ulama. Orang-orang soleh. Salah satu cara untuk mendidik diri kita akan bersemangat didalam mengerjakan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى yakni memandang wajah ulama’.”

“Kata Imam Abdullah Alwi Al-Haddad; “Mencintai orang-orang soleh ini adalah sa’adah yakni kebahagiaan dunia dan akhirat. Awal darjat kesolehan seseorang itu adalah apabila mereka mencintai orang-orang soleh yang dahulu. Mencintai ulama. Orang yang tidak mencintai orang soleh maka ianya bukan daripada kalangan orang-orang yang soleh.”

“Manusia yang paling buruk sekali adalah yang membenci orang-orang soleh. Apabila seseorang itu ingin menjadi soleh, dia perlulah mencintai orang yang soleh dan mencintai para sahabat Baginda Nabi ﷺ dan Ahlul Bait Baginda Nabi ﷺ. Inilah merupakan satu sifat daripada orang yang soleh.”

“Apabila seseorang itu mencintai orang-orang yang soleh, para sahabat Baginda Nabi ﷺ dan Ahlul Bait Baginda Nabi ﷺ , ia akan menjadi penyebab untuk dirinya menjadi orang yang soleh. Tanda kedua orang soleh, adalah apabila mereka sentiasa menyebut dan berdoa kepada kedua ibu bapa mereka. Jika kedua ibu-bapa mereka sudah meninggal dunia, maka pohonlah keampunan kepada mereka.”

“Sekiranya mereka masih hidup, maka berdoalah untuk kebaikan mereka. Sekiranya kita rajin berdoa kepada kedua ibu-bapa kita, InsyaAllah. Kita akan digolongkan dikalangan orang-orang soleh.”

“Nabi ﷺ menyebutkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu’Anhu katanya Nabi ﷺ bersabda, “Apabila anak Adam(manusia) meninggal dunia maka terputuslah semua(pahala) amal perbuatannya kecuali 3 perkara iaitu;”

“Yang pertama adalah Sedekah jariah. Yang kedua, Ilmu yang bermanfaat. Yang ketiga, Anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya. Tidak akan berdoa seseorang anak itu baik lelaki mahupun perempuan kepada kedua ibu-bapanya melainkan ianya adalah merupakan daripada anak yang soleh. Dan akan digolongkan bersama orang-orang yang soleh.”

Daripada Al-Habib Kadzim Bin Ja’afar As-seggaf.

18/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | Leave a comment

Boleh kah baca Quran kepada orang yang sudah meninggal?

image

Ada orang bertanya saya…,”Ustaz, boleh ke kita membaca Al-Quran kepada orang yang sudah meninggal dunia?”

Saya jawab…..

Di dalam kitab Bujairami hasyiah bagi kitab Iqnak ini ada menyebut..

ويستحب أن يقرأ عنده شيء من القرآن و إن ختموا القرآن كان أفضل شرح الروض اه..

Dan disunatkan “dituntut” akan bahawa dibaca di sisi mayat akan sesuatu daripada Al Quran dan jika khatam mereka itu adalah lebih afhdal..

Adapun Imam Syafie rahimahullah telah mengkhatamkan Al-Quran di sisi kubur Imam Abu Hanifah sebanyak 2 kali sebelum Subuh dan Imam Syafie berkata tidak sampai bacaan kepada si mati jika ianya tidak diniatkan, maka setelah kita membaca Al-Quran, niatkan untuk kedua orangtua kita, kita menuntut ilmu, niatkan pahalanya untuk kedua orangtua kita, kita solat, niatkan ganjaran pahalanya juga untuk kedua orangtua kita dan sebagainya
Jangan ditanya bagaimana Imam Syafie boleh mengkhatamkan Al-Quran sampai 2 kali sebelum Subuh kerana Imam-Imam Mujtahid adalah pilihan Allah dan Allah telah menganugerahkan kepada mereka berbagai-bagai kelebihan ilmu dan karamah sedangkan kita yang belajar beberapa kalipun, masih belum mampu memahami sesuatu ilmu, solatpun masih banyak yang tak kusyuk.Oleh itu jangan cuba membanding-bandingkan diri kita dengan Ulama’-Ulama’ terdahulu yang mana ada Ulama’ terdahulu yang menghidapi penyakit sehingga para doktor menasihatinya agar kakinya dipotong, maka Ulama’ tersebut meminta doktor tersebut memotong kakinya ketika dia sedang solat dan ternyata Ulama’ tersebut tidak merasa kesakitan di saat kakinya dipotong kerana terlalu kusyuk ketika solat, adapun kita digigt nyamukpun dah gatal dan menjadi tak tentu arah ketika solat.

Oleh: Ustaz Mohd Hanif Mohd Saleh

16/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Allah Di Mana? Di Atas Langit atau Di Semua Tempat?

Allah Di Mana? Di Atas Langit atau Di Semua Tempat?

Soalan di atas, lazimnya ditanya oleh salah satu dari dua orang berikut, sama ada dia memang tak tahu dan inginkan jawapan, atau soalan perangkap ‘salafi’ (boleh baca salah pi) yang ingin menguji akidah ‘lawan’nya. Ini kerana mereka sudah meyakini bahawa Allah Taala itu tempatnya di atas langit. Jika orang tersebut menjawab di atas langit, dia akan berpuashati, tetapi jika orang tersebut menjawab di semua tempat atau di mana-mana sahaja (seperti fahaman Muktazilah), maka dia akan memerli dan memperbodohkan begini: “Walaupun di tandas?!”.

Sebenarnya soalan pilihan; ‘di atas langit atau di semua tempat’ seperti di atas adalah soalan bidaah. Saya katakan ianya bidaah sayyi’ah (yang keji). Ini kerana ianya telah menimbulkan terlalu banyak perbalahan dan sengketa sehingga kini. Maka eloklah ditinggalkan sahaja pertanyaan bidaah tersebut. Ini kerana jawapan yang pertama dan yang kedua adalah mustahil bagi Allah, selagi ia berhubung dengan tempat, sepertimana yang akan diterangkan nanti. Allah Taala tidak berada di tempat tertentu, sama ada atas, bawah, kiri, kanan, depan atau belakang. Ini tidak bermakna Allah Taala itu ‘ma’dum’ (معدوم) yakni ‘yang ditiadakan’ (seperti ejekan setengah ‘ salafi’ pembidaah yang jengkel), kerana Dia telah sedia ada wujud dengan zat-Nya. Begitu juga Allah Taala tidak berada di semua tempat.

Jawapan Yang Sahih

Namun, pertanyaan; ‘di mana Allah?’ bukanlah bidaah. Ini kerana Allah Taala telah mengetahui tabiat manusia yang pasti akan bertanya soalan seperti itu. Dan Allah Taala tidak mahu umat Nabi Muhammad SAW ini menjadi sepertimana orang Yahudi dan orang Kristian yang beriktikad bahawa Allah Taala itu di atas langit dengan zat-Nya, lalu diturunkan anak-Nya ‘Uzair menurut Yahudi, dan Jesus (‘Isa) menurut Kristian, ke atas muka bumi, لا حول ولا قوة إلا بالله. Oleh kerana itu Allah Taala telah menurunkan jawapannya seperti berikut, firman-Nya dalam surah al-Baqarah:

Terjemahan: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku mudah-mudahan mereka menjadi baik serta betul”. (186)

Bagaimanapun jika mereka tidak berpuashati dengan jawapan dari kalam Allah ini, katakanlah: Allah wujud tanpa bertempat (الله موجود بلا مكان). Ini kerana Allah Taala tidak memerlukan tempat (dan langit adalah termasuk daripada tempat). Yang memerlukan tempat ialah makhluk. Dia-lah yang menciptakan tempat, maka tempat adalah termasuk daripada makhluk. Allah Taala tidak memerlukan apa-apa daripada makhluk-Nya dan tidak bergantung kepada mereka sedikitpun.

Komentar Hadith Jariyah

Adapun hadith jariyah (hamba perempuan) yang menunjukkan seolah-olah Allah Taala di langit, dijawab oleh para ulama Ahlus Sunnah wal-Jamaah seperti berikut;

1- Ianya bukan hadith mutawatir. Maksudnya hanya segelintir sahabat Nabi SAW sahaja yang meriwayatkannya, tidak ramai. Maka orang yang mati tanpa akidah ‘Allah di atas langit’ tidaklah berdosa. Justeru, usul akidah mesti disabitkan dengan hadith mutawatir.

2- Hadith tersebut tidak dimuatkan oleh ulama-ulama hadith yang meriwayatkannya di dalam bab akidah, kecuali golongan musyabbihah dan sebahagian ahli hadith yang terpengaruh dengan mereka dalam mazhab Hanbali.

3- Ini kerana cara ia difahami berhubung dengan situasi hadith itu diucapkan, di mana jariyah tersebut adalah orang biasa yang kurang berpelajaran, maka wajarlah Nabi SAW melayaninya menurut kemampuan akal fikirannya. Dalam riwayat berkenaan beliau menjawab: “Di langit”, kerana inilah kefahaman semua orang biasa, termasuk kaum Yahudi, Nasrani dan kaum musyrikin yang percaya kewujudan Tuhan dan kekuasaannya. Apa yang membezakan dengan mereka di sini ialah pengakuannya terhadap kerasulan Nabi SAW, lalu baginda menghukumkannya sebagai mukminah. Manakala dalam satu riwayat lain, beliau hanya menunjuk ke arah atas, manakala yang berkata ‘ke langit’ ialah perawi hadith yang menceritakan situasi berkenaan.

4- Maka para ulama menafsirkannya menurut kaedah; ‘merujukkan nas yang mutasyabihat (mengelirukan) kepada nas yang muhkamat (meyakinkan)’. Antara nas yang muhkamat di sini ialah ayat (ليس كمثله شيء), “Tiada suatu apapun yang menyerupai-Nya”. Jika Nabi SAW pernah bersabda; ‘Allah di langit’, pasti tidak timbul masalah, dan ianya tidak menjadi nas yang mengelirukan (mutasyabihat). Justeru, ulama menyatakan bahawa jawapan/isyarat jariyah tersebut adalah menunjukkan ketinggian kedudukan Allah (علو المكانة), dan bukannya ketinggian tempat Allah berada (علو المكان). Ini ditunjukkan dengan kalimah (في السماء), “di langit” dengan lafaz mufrad (tunggal) sahaja, bukan dengan lafaz (فوق السماء السابعة), “di atas langit ketujuh”, atau dengan lafaz plural (فوق السموات), “di atas semua langit”. Maka kalimah al-sama’ dalam adat Arab mengisyaratkan kepada alam ghaib yang tidak dapat diketahui hakikat sebenarnya.

5- Tambah mereka lagi; adat umat Islam menadah tangan ke langit ketika berdoa adalah kerana langit itu adalah kiblat bagi doa (tidak kira sama ada anda di Kutub Utara atau di Kutub Selatan maka kiblat semasa berdoa ialah langit), sepertimana kita bersembahyang menghadap Allah Taala, maka kiblatnya ialah ke Kaabah. Ini bukanlah bermakna Allah Taala berada di hadapan kita dengan zat-Nya, dan tidak ada di sebelah belakang.. Jika kita mengamati kedudukan bumi dari angkasa dan mengamati seluruh alam cakerawala ini, di samping menginsafi kekerdilan diri, pasti kita akan akur dengan ayat al-Quran di atas. سبحان الله..

6- Kefahaman akidah orang awam seperti yang saya sebut di atas juga, berlaku dalam beberapa perkara akidah yang lain, seperti soal perbuatan hamba (أفعال العباد), kefahaman tentang iradah (kehendak) manusia dan qadar Allah SWT. Jika tidak diberi penjelasan atau diajarkan ilmu yang sahih, mereka akan menyangka bahawa Allah SWT menjadikan manusia dan membiarkan mereka berusaha mengurus hidup mereka masing-masing dengan sendiri tanpa campurtangan daripada-Nya. Atau pun mereka percaya hidup mereka ini telah ditentukan semuanya oleh Allah SWT, maka tidak perlu berusaha untuk mengubah apa-apa yang telah ditetapkan dan berserah sahaja bulat-bulat.

7- Sebahagian ulama Ahlus Sunnah seperti Imam Muhammad Zahid al-Kawthari dan al-Hafiz ‘Abdullah al-Ghumari mengatakan bahawa hadith tersebut adalah syaz, iaitu hadith yang sahih sanadnya, tetapi matannya berlawanan dengan hadith-hadith sahih yang lain. Ini kerana kebanyakan dakwah Nabi SAW adalah dengan seruan supaya mengucap syahadah (لا إله إلا الله), bukannya bertanya ; “Di mana Allah?” (أين الله). Malah sebahagian jalan riwayat hadith berkenaan diriwayatkan dengan lafaz yang jelas : (أتشهدين أن لا إله إلا الله). Maka hadith syaz tidak dapat dijadikan hujah.

Wallahu a’lam.

Ustaz Mohd Khafiz Soroni
KUIS

Rujukan tambahan:

1- Fatwa al-Hai’ah al-‘Ammah – sini.
http://www.awqaf.ae/Fatwa.aspx?SectionID=9&RefID=4018

2- Risalah al-Burhan al-Sadiq.
http://cb.rayaheen.net/showthread.php?tid=25531

3- Fatwa Dar al-Ifta’ Mesir – sini.
http://dar-alifta.org.eg/AR/Default.aspx

http://sawanih.blogspot.my/2009/08/allah-di-mana-di-atas-atau-di-semua.html?m=1

15/04/2016 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

ALLAH ADA TANPA TEMPAT, TANPA ARAH, & TANPA DISIFATI OLEH SIFAT MAKHLUK

Kecenderungan timbulnya aqidah “Tasybih” (penyerupaan Allah dengan makhluk-makhluk-Nya) sejak kebelakangan ini semakin merebak di kalangan berbagai peringkat masyarakat kita.Sebab utamanya adalah kerana semakin susutnya atau kurangnya pembelajaran terhadap ilmu-ilmu pokok agama terutama masalah aqidah.Bencananya tersangatlah besar dan yang lebih parah adalah adanya sebahagian orang-orang Islam, samada secara sedar ataupun tidak telah keluar dari Islam kerana rosak keyakinannya yakni aqidahnya.

Imam al-Qadli Iyadl al-Maliki dalam asy-Syifa bi Ta’rif Huquq al-Mustafha mengatakan bahawa ada di kalangan orang-orang Islam yang terkeluar dari Islam sekalipun dia tidak bertujuan keluar dari agama yang suci ini yakni Islam.Ungkapan-ungkapan mereka yang berupa “Tasybih” tanpa sedar membuatkan mereka menjadi kafir.
Imam Ibn al-Mu’allim al-Qurasyi (wafat 725H) dalam Kitab Najm al-Muhtadi Wa Rajm al-Mu’tadi meriwayatkan bahawa sahabat Sayidina Ali Ibn Abi Tholib berkata,”Sebahagian golongan dari umat Islam ini ketika kiamat sudah semakin dekat menjadi orang-orang kafir”. Maka seseorang bertanya kepadanya,”Wahai Amir al-Mukminin, apa yang menyebabkan mereka menjadi kafir?”…”Adakah disebabkan mereka sudah membuat ajaran baru dan mengingkari ajaran Islam?”Dijawab oleh sahabat Sayidina Ali…,”Mereka menjadi kafir disebabkan mengingkari Pencipta mereka yakni Allah dan mensifatkan Allah dengan sifat-sifat benda dan anggota badan”.

Di dalam Al-Quran, ada beberapa tempat kata “Istawa” yang perlu difahami mengikut kerangka Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.Ayat

ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ

Ayat seperti ini disebut dalam Surah al-A’raf ayat 54, Yunus ayat 3, Ar-Ra’d ayat 2, Al-Furqan ayat 59 dan As-Sajadah ayat 4.Sementara ayat seperti

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

disebut dalam Surah Toha ayat 5.

Ayat-ayat tersebut wajib kita Imani tanpa memahami  kata “Istawa” dalam maksud membawa kepada “Tasybih” seumpama duduk, bertempat, bersemayam ataupun cuba membayangkan bagaimanakan Allah itu.Sebaiknya seseorang tidak sepatutnya bertanyakan tentang maksud “Istawa” ini kerana ini telah menjadikan dia sedang mengkhayalkan tentang “Di Mana Allah”.Ayat-ayat di atas juga tidak boleh dijadikan dalil untuk mengatakan Allah Itu Bertempat dan ini akan membawa kepada kekafiran.Maka itu metode Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang mentakwilkan ayat-ayat ini adalah untuk memberi kefahaman kepada orang awam yang tidak memahami tentang ilmu kalam dan ianya sesuai dengan bagi keagungan Allah dengan penggunaan lafaz “Istawla” ataupun “Qahara” dalam memhami maksud “Istawa” tersebut.Dengan itu, lafaz “Istawla” dan “Qahara” memberi pengertian “Menguasai” dan inilah yang telah disepakati oleh jumhur Ulama’-Ulama’ Muktabar Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang berpegang kepada aqidah yang dibawa oleh Imam Abul Hasan al-Asya’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi yang menyusun pembelajaran ilmu kalam yang bersumberkan kepada aqidah yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam dan para sahabat.

Nasihat saya, belajarlah ilmu agama dengan lebih mendalam, hadirilah majlis-majlis ilmu aqidah yang diajar oleh guru-guru yang benar-benar menguasai ilmu Usuluddin dan bukannya bertanya kepada mereka yang tidak membidangi bidang ilmu Usuluddin sebenarnya.

Ustaz Mohd Hanif Bin Mohd Salleh
Khamis @ 6 Rejab 1437H

14/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Berkata salah seorang penghuni kubur….

image

“Sesungguhnya ketika di dunia aku telah berusaha gigih siang dan malam untuk menghimpun kekayaan.Dengan usaha gigihku itu dapatlah aku memiliki beberapa buah rumah, memiliki berbagai-bagai jenama kenderaan, menyimpan wangku di beberapa buah bank tetapi sayang seribu kali sayang……penat lelahku menghimpunkan semuanya, kini dimiliki oleh orang lain, yang paling menyedihkan hatiku, anak-anakku bercakaran sesama sendiri merebut semua yang telahku himpunkan, sementara isteri yang telahku tinggalkan, sudah dikahwini oleh orang lain yang turut menikmati segala harta hasil dari penat lelahku selama di dunia…..kenapa isteri dan anak-anakku sudah melupakan aku yang sendirian di sini sedangkan mereka semua bergembira mendapat habuan hasil usaha gigihku….
Bukankah mereka tahu bahawa aku redha meninggalkan seruan azan di masjid demi perniagaanku agar tidak terjejas, aku redha meninggalkan menuntut ilmu agama kerana ia akan menyibukkan diriku sehingga terhakis masa untukku menumpukan kepada perniagaanku…., apakah isteri dan anak-anakku tahu apa nasibku di dalam kubur ini.., sungguh tergamak sekali mereka semua meletakkanku sendirian di sini,,,, aku tak tahan dengan bau busuk yang ada di sini…., aku tak tahan kepanasan di sini…, aku tak tahan setiap detik dan saat, aku diajukan berbagai-bagai persoalan sehinggakan aku tidak dapat berehat langsung….., tolonglah aku wahai anak-anak dan isteriku…., tolonglah aku…, sakitnya bukan kepalang ku rasakan di sini…tolonglah aku………….”

Oleh : Ustaz Mohd Hanif

14/04/2016 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Siapa yang melecehkan ulama akan hilang akhiratnya

– Siapa yang melecehkan ulama, akan hilang akhiratnya.
– Siapa yang melecehkan umara’ (pemerintah), akan hilang dunianya.
– Siapa yang melecehkan teman-temannya, akan hilang kehormatannya.

Aku dapati ada beberapa ustaz dan ulama sijil zaman ini memanggil dengan beberapa gelaran yang langsung tidak menunjukkan hormat pada usaha kebaikan dan ketinggian ilmu ulama zaman dulu.. Contohnya pada Imam as Syafii dipanggil pi’e. Pada imam Ahmad dipanggil Mamat. Dan lain lainnya.. Tak tergamak nak tulis.

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah : “Daging para ulama itu beracun. Siapa yang menciumnya maka ia akan sakit. Siapa yang memakannya maka ia akan mati.”

Mencela ulama merupakan sebab terbesar bagi seseorang untuk terhalang dari dapat mengambil faedah dari ilmu para ulama.

Berkata Al-Imam Hasan Al-Bashri rahimahullah : “Dunia itu seluruhnya gelap, kecuali majlis-majlisnya para ulama.”

Beberapa sebab yang menyebabkan manusia tidak menghormati para ulama.

Diantaranya:

1. Belajar sendiri atau hanya berguru kepada kitab tanpa mau duduk di majlis para ulama

Diantara dampak buruk dari belajar sendiri adalah :

* Orang ini akan mengukur dengan keadaan dirinya sendiri, sehingga dengan mudahnya dia memandang dirinya sebagai orang alim

* Orang ini akan kehilangan suri tauladan dalam adab dan akhlak

Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata : “Siapa yang bertafaqquh dari perut-perut kitab, maka ia akan menyia-nyiakan hukum.” Kemudian beliau bersya’ir :
Siapa yang mengambil ilmu langsung dari guru,
maka dia akan terhindar dari kesesatan
Siapa yang mengambil ilmu dari buku-buku,
maka ilmunya di sisi para ulama seperti tidak ada..

2. Sifat belagak tahu semua

Orang yang belagak tahu dan merasa pintar, maka akan didapati mereka adalah orang-orang yang dangkal ilmunya akan tetapi memposisikan diri mereka seperti ulama, maka mereka itu akan ditimpa oleh penyakit ujub (bangga kepada dirinya sendiri).

Berkata Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiyallohu ‘anhuma: Orang yang paling tertipu adalah orang para qari’ (pembaca al-qur’an) akan tetapi ia tidak faham apa yang terkandung di dalamnya. Kemudian dia mengajar anak-anak dan wanita , yang dengan itu dia merasa besar kemudian berani mendebat para ulama.”

3. Terpengaruh oleh kebebasan berpendapat gaya barat (anak didik yahudi)

Sehingga menganggap setiap orang boleh berbicara tentang agama menurut akal mereka walaupun tanpa ilmu. Sebagaimana hal ini banyak kita lihat dan saksikan pada zaman kita ini. Di mana orang yang paling awam tentang agama berbicara dengan sebebas-bebasnya tentang agama ini, mengatakan seenaknya tentang kitab Allah danSunnah NabiNya lalu sebebasnya mencela ulama dulu dulu yang mereka tidak suka dengannya. Tujuannya pastilah untuk menjanakan perpecahan dan mengangkat diri sebagai ulama yang terbaik.

Cara berguru bagi penuntut ilmu:

* Jika ia termasuk penuntut ilmu pemula, maka hendaknya ia mengambil ilmu dari satu guru agar tidak dibingungkan dengan berbagai pendapat-pendapat
* Jika ia termasuk orang yang mulai baik keilmuannya maka hendaknya ia belajar dari beberapa guru agar keilmuannya semakin luas dan pandangannya semakin terbuka.

Termasuk akhlaq yang tercela adalah apabila ada seorang penuntut ilmu yang menghibah gurunya karena kesalahan dari gurunya yang diketahui olehnya.

Orang yang merasa lezat dengan menghibah para ulama maka ia akan diberikan su’ul khatimah (akhir kehidupan yang jelek)

Dari Abu Hurairah ”Sesungguhnya Allah ta’ala telah berfirman : ‘Barang siapa memusuhi waliKu, maka sesungguhnya Aku menyatakan perang terhadapnya… [HR. Al Bukhari]

Sebelum menghina beberapa ulama yang kamu tidak suka, semak bebaik amalan kamu dan ilmu kamu adakah setara mereka. Ambil contoh dari Imam as Syafii je cukup dah.. Umur kamu 9 tahun kamu dah seperti Imam Syafii atau Imam al Ghazali ke yang dah khatam hafal quran dan kitab hadis. Sedangkan umur kamu sipencela masa tu masih berbogel lagi dan hingus  pun tak pandai nak cuci lagi. Umur belasan Imam Syafii dah berfatwa mengajar sebahagian ulama, sedangkan kamu umur belasan tahun muqqadam pun belum lancar lagi.. Oleh itu cermin diri dulu bebaik sebelum nak melecehkan para ulama dulu.

Kamu cuma berani meleceh ulama yang dah jadi mayat mayat yang tak mampu menjawab lagi.

Sumber: Talaqi Kitab di Kelantan

13/04/2016 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | Leave a comment

PASANGAN SUAMI ISTERI DIANGGAP BERZINA SEPANJANG PERKAHWINAN MEREKA JIKA…

PASANGAN SUAMI ISTERI DIANGGAP BERZINA SEPANJANG PERKAHWINAN MEREKA JIKA….

Pasangan suami isteri dianggap berzina sepanjang perkahwinan mereka jika…

Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibu bapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan perkahwinan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat…

Mafhumnya: Katakanlah: ‘Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam…

USTAZ ROSLI AL HAFIZ

13/04/2016 Posted by | Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Sedih…bila seorang Siswi tanya Dr Zakir Naik …..Tuhan di mana?

Satu kesedihan apabila kita lihat anak muda wanita kita, bertanya satu soalan yang mustahil bagi Allah, iaitu soalan di mana Allah. Sedangkan Saidina Ali dalam perkataannya mengatakan “Yang menjadikan tempat tidak ditanya di mana tempatNya” kerana Allah Tidak Bertempat.

Soalan anak muda wanita itu dijawab oleh seorang yang tidak diketahui ketokohannya dalam bidang Aqidah mahupun Tafsir. Kelihatan Zakir Naik menjawab menggunakan English Translation of Al-Quran. Bukan menjawab menggunakan English Translation of Tafsir Al-Qurtubi on Al-Quran.

Maka menjadi kekecewaan kepada Rakyat Malaysia terutamanya kalangan ulama yang turun temurun mengajarkan Aqidah bahawa Allah Wujud Tidak Bertempat. Jawapan oleh Zakir Naik menunjukkan bahawa beliau bukanlah seorang pendakwah tauhid sebenar, dan beliau tiada kredibiliti untuk bercakap dan mengajar mengenai Aqidah.

Beliau menyatakan bahawa Allah Established/Sit on The Throne. Aqidah ini merupakan Aqidah yang ditolak ulama Islam salaf mahupun khalaf dari kalangan 4 Mazhab. Ini mendukacitakan kita. Dalam keterangan JAKIM mengenai 58 Ciri Ajaran Sesat ialah:

PENJELASAN TERHADAP 58 CIRI AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Nombor (5) M/S 7 dinyatakan oleh JAKIM: ” Ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam dari beberapa sudut. Antaranya meletakkan Allah bertempat, Allah mengambil ruang dan berpindah-pindah dan Tuhan boleh bersatu dengan makhluk”. JAKIM menyatakan lagi dalam ruang yang sama pada M/S 8: ” Ayat ini menjelaskan bahawa Allah tidak menempat, tidak mengambil ruang dan tidak boleh dibandingkan dengan makhluk. Sebaliknya orang yang mendakwa begini sebenarnya tidak mengenal Allah dengan pengenalan yang betul, kerana mengiktikadkan bahawa Allah S.W.T itu boleh menjelma sebagai makhluk atau manusia, atau menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak dengan keagungan- Nya. Orang yang menganggap Allah memasuki tubuh manusia atau DIA TERLIPAT DI SUATU TEMPAT dan keadaan maka orang itu adalah KAFIR terkeluar dari agama Islam. Kerana dianggap ingkar apa yang disepakati daripada Islam”

Hakikatnya perkara ini telah diselesaikan oleh ulama.

Maka saksikanlah wahai Malaysia, wahai pihak yang berautoriti dalam menjaga Aqidah umat Islam di Malaysia, kalian bertanggungjawab atas kenyataan Zakir Naik kerana kalian membenarkan Zakir Naik menyebarkan fahaman yang bercanggah dengan Ahlussunnah. Zakir Naik menyebarkan fahaman yang bercanggah dengan Aqidah Rasulullah.

Saya berharap JAKIM dan badan-badan lain berkaitan seperti KDN dan PDRM mengambil langkah segera menangani masalah ini. Fahaman ini menggugat keamanan negara sebagaimana yang kita lihat semenjak dua tiga hari ini. Orang awam mempertahan perkara yang mereka tidak ketahui. Mereka pertahankan Zakir Naik yang mencela Imam Syafie. Mereka pertahankan Zakir Naik yang menyesatkan majoriti Khatib Jumaat di Malaysia yang bertawassul. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya” (Al Isra:36)

Semoga anak muda Malaysia berubah dari menyintai KPop, Raja Lawak, Gegar Vagana, Akademi Fantasia kepada menyintai Halaqah Ilmu Ahlussunnah wal Jamaah.

YANG PASTI KITA BERADA DI AKHIR ZAMAN

Akhukum fiLlah,

Mohd Asyran Safwan bin Kamaruzaman
(Phd.c Usuluddin UKM)
Putrajaya, 13 April 2016

13/04/2016 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Video | Leave a comment

“Sekiranya kamu melihat kebenaran dengan ramainya pengikut bermakna kamu telah salah faham”

image

Wahai ikhwan,

Terlebih dahulu Al faqir memohon kemaafan kerana tulisan ini boleh menyebabkan kamu semua merasa tidak senang,dan mungkin ada marah atau tidak setuju dengan Al faqir.

Demi Allah Al faqir menyayangi ikhwan semua, beberapa kali Al faqir memikirkan utk menulisnya tapi untuk menyatakan apa yang ada pada isi hati ini.

Imam Al Ghazali ada menyatakan dalam kitabnya Ayyuhai Walad “Sekiranya kamu melihat kebenaran dengan ramainya pengikut bermakna kamu telah salah faham”.

Fahamilah betul2 ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, rujuklah kpd org yg alim lagi jujur dalam ilmu,nescaya kamu akan dapati ianya perjalanan yg benar lagi lurus yg mengikuti ulama2 terdahulu yg berantaian sehingga sampai kepada Baginda Sollallahu alaihi wassallam.

Imam2 besar seperti Imam As Syafie dan seumpamanya ( semoga Allah merahmati mereka ) yg tidak ragu lagi keilmuannya,adalah antara imam2 Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah tidak wajar sama ada ulama atau ahli2 ilmu di zaman kita hari ini memandang rendah Imam As Syafie atau imam2 yg lain dengan mengatakan cukuplah dgn Al Quran dan Hadis tidak perlu kpd mazhab2 yg lain. Benarlah kata Imam Al Ghazali yg menyatakan hijab ilmu antara hijab yg besar untuk sampai ke Allah.Menolak tasawuf,mazhab2 imam2 besar merupakan masalah yg besar dan ini mengelirukan orang awam.

Walaupun mereka tokoh hebat dalam ilmu atau dakwah,ada seorang tokoh dakwah hebat dalam pidatonya berjaya menarik orang kepada agama Islam,tapi malangnya menolak tasawuf dan merendahkan kedudukan imam2 besar Ahli Sunnah Wal Jamaah.ketokohan mereka kita tetap kita hormati namun mempertikaikan tasawuf dan imam2 besar adalah sesuatu yg mengelirukan masyarakat umum.

Wahai ikhwan, kesianlah masyarakat kalau macam tu,marilah kita buka hati kita, berlapang dada untuk menerima kebenaran, caranya solat sunat taubah kemudian banyakkan berselawat dan mohonlah kepada Allah agar ditunjukkan kebenaran dan dihilangkan kekeliruan ini, nescaya Allah akan hilangkan kekeliruan ini.

Cukuplah jangan maki memaki,hina menghina pada orang yg tidak bersependapat dgn kita janganlah hilangkan adab ajaran agama kita yg mulia ini,Al faqir tidak bersetuju dgn tokoh dakwah ini tetapi Al faqir tidak mahu mencelanya kerana jasanya ada pada agama kita tapi jasa imam2 besar Ahli Sunnah Wal Jamaah lagi besar dari jasanya, adapun Al faqir tiada apa2 hanya insan faqir.

Wassalam,maafkan Al faqir atas tulisan ini jika tidak bersetuju terpulanglah.

Al-Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal Bin Hamzah
(Penel Tanyalah Ustaz TV9)

13/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

HABAIB – Kepentingan Menyintai Ahlu Bait dan Batas Kecintaan Terhadapnya.

Jawapan diberikan oleh Dr Ali Jum’ah (Mufti Republik Arab Mesir)

Soalan :

Sejauh manakah pentingnya sikap cinta kepada ahlul bait (keluarga) Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam? Apakah batas-batas kecintaan itu? Apakah batas-batas pemisah di antara cinta dengan sikap ekstrem (keterlampauan) yang tercela?

Jawapan

ALlah subahanahu wa ta’ala telah berfirman :

“Katakanlah ” Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan.” (Surah Asy Syura : 23)

Terdapat riwayat sahih dari Sa’id bin Jubair radiyaLlahu ‘anhu bahawa dia berkata tentang makna ayat ini,
“Tidaklah suatu kampung (sub kabilah) dari Quraisy kecuali ada hubungan kekeluargaan dengan Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam.. “Baginda sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda, “..hendaklah kalian menyambung tali kekeluargaan di antara diriku dengan kalian.” (Riwayat Bukhari, Sohih BUkhari, vol 4 hlmn 1286)

Jelas ini merupakan perintah serta wasiat mengenai memperbaiki hubungan dengan keturunan Baginda SallaLlahu ‘alaihi wasallam . Dalam ayat tersebut ALlah subahanahu wa ta’ala memerintahkan Baginda untuk menyampaikan kepada umatnya.

RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah memerintahkan kepada kita untuk mencintai keluarganya dan menjadikan mereka tauladan dalam kehidupan. Dalam banyak hadith yang mulia, RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam mewasiatkan kepada kita untuk mencintai keturunan Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam (selawat dan salam sejahtera untuk mereka semuanya). Kami kemukakan hadith yang di antaranya adalah berdasarkan kepada sabda Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam :

“Amma ba’du, Perhatikan! Wahai manusia, sesungguhnya aku hanyalah manusia (seperti kalian) yang sudah hampir didatangi oleh utusan Tuhanku, lalu aku menyambut. Dan, aku tinggalkan pada kalian dua hal yang besar; Kitab ALlah subahanahu wa ta’ala (al Quran) di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka berpedomanlah dengan Kitab ALlah subahanahu wa ta’ala dan berpegang teguhlah dengannya.”

Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam menggalakkan kepada kita untuk berpedoman dengan Kitab ALlah subahanahu wa ta’ala dan menyukainya.

Kemudian Baginda bersabda,
“Dan semua keluargaku; aku mengingatkan kalian kepada ALlah subahanahu wa ta’ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALlah subahanahu wa ta’ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALlah subahanahu wa ta’ala pada (hak) keluargaku.” Lalu Saidina Husain radiyaLlahu ‘anhu bertanya, “Siapakah keluarga Baginda sallaLLahu ‘alaihi wasallam wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam termasuk keluarga?” Dia (Zaid radiyaLLahu ‘anhu) menjawab, “Isteri-isteri Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam termasuk keluarga Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam. Akan tetapi, keluarga Baginda sallaLLahu ‘alaihi wasallam adalah orang-orang yang haram menerima sedekah.” Saidina Husain radiyaLlahu ‘anhu bertanya kembali, “Siapa mereka?” Dia menjawab, “Keluarga Saidina Ali radiyaLlahu ‘anhu, keluarga Saidina ‘Uqail radiyaLLahu ‘anhu, keluarga Saidina Ja’far radiyaLLahu ‘anhu, dan keluarga Saidina Abbas radiyaLlahu ‘anhu” . Saidina Husain radiyaLLahu ‘anhu bertanya, “Semua mereka ini haram menerima sedekah?” Dia (Zaid radiyaLLahu ‘anhu) pun menjawab, “Benar.”
(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4 hlmn 366; dan Muslim, Sohih Muslim, vol 4, hlmn 1873).

Demikian pula sabda Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam :

“Wahai manusia, aku tinggalkan pada kalian perkara yang apabila kalian berpegang dengannya, pasti kalian tidak akan tersesat : Kitab ALlah subahanahu wa ta’ala dan keturunanku (ahlulbait) ” (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 3, hlm 26 dan Tirmidzi, Sunan Tirmidzi vol 5, hlm 662)

Jadi, kita hendaklah mencintai ALLah subahanahu wa ta’ala dengan sebanyak-banyak dan sedalam-dalamnya. Untuk mendapatkan cinta yang mendalam terhadap ALLah subahanahu wa ta’ala kita haruslah mencintai RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam yang merupakan jendela kebaikan sebagai rahmat ALlah subahanahu wa ta’ala bagi seluruh semesta. Dengan cinta kepada RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam, kita mencintai keluarganya yang mulia yang telah Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam wasiatkan kepada kita. Sangat besar keutamaan dan banyaknya kebaikan mereka (keturunan Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam).

Oleh itu, kedudukan cinta terhadap keluarga RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam adalah di hati yang paling dalam bagi setiap Muslim. Itu merupakan tanda cinta kepada RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam.

Maka dengan cinta kepada Baginda sallaLLahu ‘alaihi wasallam, saya mencintai mereka. Sebagaimana cinta kepada Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam adalah tanda cinta kepada ALlah subahanahu wa ta’ala. Maka dengan cinta kepada ALLah subahanahu wa ta’ala, saya mencintai kebaikan. Seluruhnya berada dalam satu arah; sebagai media-media yang membawa kita sampai kepada tujuan. Kemudian ALlah subahanahu wa ta’ala memberikan kefahaman kepada kita akan maksud-Nya.

Sedangkan sikap ekstrim (rasa cinta berlebihan atau yang keterlampauan) itu tidak terdapat dalam cinta, tetapi itu ada di dalam keyakinan. Oleh itu, selama seorang Muslim bersih aqidahnya, maka tidak ada kekeliruan baginya di dalam cinta kepada RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan keluarganya.

Kita wajib meyakini tidak ada Tuhan selain ALLah subahanahu wa ta’ala, junjungan besar kita Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam adalah pesuruh ALlah subahanahu wa ta’ala, dan para Nabi itu ma’sum (terpelihara). Sedangkan manusia selain Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam seperti para ahlulbait keturunan yang suci dan Sahabat radiyaLlahu ‘anhu yang mulia tidak ma’sum. Mereka itu mahfuz (dipelihara) dengan pemeliharaan ALlah subahanahu wa ta’ala terhadap orang-orang yang soleh.

Sumber : Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

13/04/2016 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Aliran2 dalam Ilmu Tauhid

Terdapat satu aliran di dalam Islam yang dipanggil aliran mujassimah iaitu satu fahaman yang mengiktikadkan bahawa Allah Ta’ala itu mempunyai jisim (tubuh badan).Dasar yang menjadi pegangan fahaman ini ialah ayat – ayat Al Quran dan hadis yang mutasyabihat (samar maksudnya).Fahaman ini mengiktikadkan Allah Ta’ala mempunyai tubuh , wajah , tangan , rusuk , kaki dan lain–lain sesuai dengan dasar pengambilan dalil oleh mereka iaitu makna yang zahir dari ayat – ayat Al Quran dan hadis – hadis yang mutasyabihat.

Sebagai salah satu ilmu keIslaman, Ilmu kalam sangat penting untuk di ketahui oleh seorang muslim di mana pembahasan dalam ilmu kalam ini adalah pembahasan tentang aqidah dalam Islam yang merupakan inti dasar agama, karena persolaan aqidah Islam ini memiliki konsekuensi yang mengarahkan pada keyakinan yang berkaitan dengan bagaimana seseorang harus menginterpretasikan Tuhan itu sebagai sembahannya hingga terhindar dari jurang kesesatan dan dosa yang tak terampunkan (syirik).

Allah Ta’ala berfirman:

ۚلَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia -Asy-Syura 11

وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia -Al-Ikhlas 4

Olih  Ustaz Mohd Hanif

13/04/2016 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Keagungan Tradisi Ilmu Islam

image

Allah s.w.t. memuliakan umat Islam dengan menjadikan sistem talqqqi sebagai nadi bagi penyebaran ilmu Islam. Ilmu-ilmu Islam disebarkan secara talaqqi di mana seorang murid mengambil ilmu tersebut dengan kaedah “pertemuan” dengan gurunya dalam rangka untuk mewarisi ilmu-ilmu Islam secara riwayah dan dirayah.

Sistem talaqqi ini bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi di mana Baginda s.a.w. mengambil Al-Qur’an secara bertalaqqi kepada malaikat Jibril a.s.. Lalu, para sahabat meriwayatkan ajaran dan panduan dalam memahami Al-Qu’ran daripada hadith-hadith Nabi s.a.w. yang diriwayatkan secara talaqqi daripada Rasulullah s.a.w. itu sendiri.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., Al-Qur’an diriwayatkan secara mutawatir iaitu diriwayatkan secara beramai-ramai sehingga tidak ada keraguan lagi dalam keaslian teks Al-Qur’an yang diriwayatkan melalui ramai para huffaz (penghafaz Al-Qur’an tersebut).

Namun, hadith-hadith Rasulullah s.a.w. kebanyakkannya diriwayatkan secara perorangan (individu-individu tertentu) sehingga terkadang boleh membawa kepada keraguan dalam isi hadith yang diriwayatkan oleh perawi hadith tersebut. Maka, timbullah kaedah penelitian terhadap sanad-sanad periwayatan hadith dalam meneliti keadaan perawi hadith itu sendiri bagi memastikan ketulenan hadith-hadith Nabi s.a.w..

Setelah itu, munculnya zaman pembukuan hadith-hadith dan ilmu Islam, maka para musnid (ulama’ yang membukukan hadith-hadith dalam buku-bukunya) menghimpunkan hadith-hadith yang diriwayatkan secara bersanad lalu ditulis di dalam musnad mereka (kitab himpunan hadith mereka) lelu menyebarkan musnad mereka kepada murid mereka dengan kaedah periwayatan hadith yang muktabar dalam ilmu mustolah hadith.

Murid-murid kepada ulama’ yang menghimpunkan hadith-hadith dalam buku mereka meriwayatkan kepada murid-murid mereka pada generasi seterusnya dengan penuh teliti terhadap keaslian isi kandungan musnad-musnad guru mereka tersebut, samada meriwayatkannya secara “guru membaca kepada murid” ataupun murid membaca dan guru menyemak bacaan tersebut”.

Setelah itu, pembukuan ilmu-ilmu Islam yang lain turut berkembang dalam pelbagai bidang ilmu yang lain seperti ilmu aqidah, tafsir, fiqh dan sebagainya. Namun, tradisi meriwayatkan buku-buku tersebut tetap tidak terlepas daripada manhaj talaqqi secara bersanad, bagi memastikan murid-murid mendapat isi kandungan asli buku-buku tersebut dan memastikan murid-murid tersebut memahami isi kandungan buku-buku tersebut, dengan melalui syarahan ulama’-ulama’ penulis buku-buku tersebut.

Sistem talaqqi terus dipelihara dan dijadikan manhaj tradisi ilmu Islam dalam memelihara keaslian warisan ilmiah Islam (turath). Para ulama’ salafus-soleh amat mengambil berat tradisi mewariskan turath Islami secara bersanad melalui manhaj talaqqi dalam tradisi pembelajaran dalam umat Islam.

Sumber.

13/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

MANUSIA DITENTUKAN DENGAN SIAPA DIA DUDUK ATAU BERTEMAN

Siapa saja yg sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah Ta’alaa akan memberinya 8 perkara:

1. ﻣﻦ ﺟﻠﺲ ﻣﻊ ﺍﻷﻏﻨﻴﺎﺀ ﺯﺍﺩﻩ ﺍﻟﻠﻪ ﺣﺐ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻭﺍﻟﺮﻏﺒﺔ ﻓﻴﻬﺎ ….
1. Barangsiapa yg duduk bersama orang² kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia….

2. ﻭﻣﻦ ﺟﻠﺲ ﻣﻊ ﺍﻟﻔﻘﺮﺍﺀ ﺯﺍﺩﻩ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺸﻜﺮ ﻭﺍﻟﺮﺿﺎ ﺑﻘﺴﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ….
2. Barangsiapa yg duduk bersama orang² miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & ridho atas pemberian Allah…

3. ﻭﻣﻦ ﺟﻠﺲ ﻣﻊ ﺍﻟﺴﻠﻄﺎﻥ ﺯﺍﺩﻩ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻜﺒﺮ ﻭﻗﺴﺎﻭﺓ ﺍﻟﻘﻠﺐ….
3. Barangsiapa yg duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati….

4. ﻭﻣﻦ ﺟﻠﺲ ﻣﻊ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ﺯﺍﺩﻩ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺠﻬﻞ ﻭﺍﻟﺸﻬﻮﻩ….
4. Barangsiapa yg duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat…..

5. ﻭﻣﻦ ﺟﻠﺲ ﻣﻊ ﺍﻟﺼﺒﻴﺎﻥ ﺯﺍﺩﻩ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻠﻬﻮ ﻭﺍﻟﻤﺰﺍﺡ…..
5. Barangsiapa yg duduk dengan anak² kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda…..

6. ﻭﻣﻦ ﺟﻠﺲ ﻣﻊ ﺍﻟﻔﺴﺎﻕ ﺯﺍﺩﻩ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺠﺮﺃﺓ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺬﻧﻮﺏ ﻭﺍﻟﻤﻌﺎﺻﻲ ﻭﺍﻹﻗﺪﺍﻡ ﻋﻠﻴﻬﺎ،ﻭﺍﻟﺘﺴﻮﻳﻒ ﻓﻲ ﺍﻟﺘﻮﺑﺔ…..
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang² fasiq, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat…

7. ﻭﻣﻦ ﺟﻠﺲ ﻣﻊ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ ﺯﺍﺩﻩ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﻏﺒﺔ ﻓﻲ ﺍﻟﻄﺎﻋﺎﺕ….
7. Barangsiapa yg duduk dengan orang² sholeh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan² keta’atan….

8. ﻭﻣﻦ ﺟﻠﺲ ﻣﻊ ﺍﻟﻌﻠﻤﺎﺀ ﺯﺍﺩﻩ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻭﺍﻟﻮﺭﻉ….
8. Barangsiapa yg duduk dengan para ulama’, Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia…

*Sumber: Tanbiihul Ghaafiliin
Hujjatul Islam  Al-Imam Al-Ghazali ra
Telegram : @indonesiangaji

12/04/2016 Posted by | Ibadah, Tasauf | Leave a comment

BENARKAH PARA SALAFUS-SOLEH TIDAK PERNAH MENGGUBAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW?

BENARKAH PARA SALAFUS-SOLEH TIDAK PERNAH MENGGUBAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW? BENARKAH MENGAMALKAN SELAWAT-SELAWAT YANG BUKAN DARIPADA RASULULLAH SAW TERMASUK DALAM BID’AH YANG SESAT? MARI IKUTI KUPASAN YANG MENARIK DARI TULISAN INI

Ilham Rabbani Di kalangan Para Sahabat (Selawat Atas Nabi SAW)

Telah disentuh sebelum ini sedikit tentang keharusan berdoa dengan apa yang diilhamkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Terdapat banyak dalil bahawa ianya diharuskan oleh syariat. Hal ini telah dikupas oleh al-’Allamah al-Muhaddith Syeikh Muhammad al-Hafiz al-Tijani dalam kitabnya (أهل الحق العارفون بالله) (hal. 242). Di dalam kitab (السنة والبدعة) oleh al-Habib ‘Abdullah bin Mahfuz al-Haddad juga menyebutkan banyak hujah-hujah yang berhubung dengan perkara ini. Apa yang menjadi batasan ialah ianya tidak mengandungi sesuatu yang terkeluar daripada syarak. Lihatlah bagaimana Nabi SAW menegur seorang Arab badwi yang berdoa dari ilhamnya secara salah, namun baginda SAW hanya menunjukkannya cara yang betul dan tidak melarangnya berdoa dari ilhamnya. Dari Abu Hurayrah RA katanya: Pernah Rasulullah SAW berdiri dalam satu solat dan kami juga berdiri bersamanya. Lalu seorang Arab badwi berdoa dalam solatnya: (اللَّهُمَّ ارْحَمْنِى وَمُحَمَّدًا ، وَلاَ تَرْحَمْ مَعَنَا أَحَدًا) “Ya Allah, rahmatilah aku dan juga Muhammad, dan jangan Engkau rahmati bersama kami seorang pun”. Maka di kala Nabi SAW memberi salam baginda pun berkata kepada Arab badwi berkenaan: “Sesungguhnya kamu telah menyempitkan yang luas”, maksud baginda rahmat Allah. [HR al-Bukhari (6010), Abu Dawud, al-Nasa’i dan al-Tirmizi]

Ilham Rabbani Dalam Berselawat

Keharusan tersebut juga termasuk dalam berselawat ke atas Nabi SAW. Hujahnya, ada diriwayatkan daripada Sayidina ‘Ali RA, ‘Abdullah bin ‘Umar RA, ‘Abdullah bin ‘Abbas RA dan ‘Abdullah bin Mas’ud RA selawat-selawat yang diilhamkan oleh Allah SWT kepada mereka. Maka jelas bahawa ianya bukan suatu perkara bidaah.

Berikut adalah keterangannya:

1. Selawat Sayidina ‘Ali RA Ibn Kathir dalam Tafsirnya meriwayatkan satu athar dari Salamah al-Kindi katanya; bahawa ‘Ali RA pernah mengajarkan orang ramai doa (selawat) berikut, dengan diselitkan oleh penulis lafaz Ibn Jarir al-Tabari dan lafaz al-Tabarani bagi menunjukkan perbezaan riwayat atau manuskrip:

اللهم داحي المدْحُوَّات، وبارئ المسموكات، وَجَبَّار القلوب على فطْرَتها شقيها وسعيدها. اجعلْ شرائف صلواتك، ونوامي بركاتك، ورأفة تحننك، (الطبراني: ورافع تحيتك) على محمَّد عبدك ورسولك، الخاتم لما سبق، والفاتح لما أغلق، والمُعلن (الطبراني: والمعلوم) الحق بالحق، والدامغ جيشات الأباطيل، كما حُمِّل (الطبراني: كمل) فاضطلع بأمرك لطاعتك مستوفزاً (الطبراني: مستوفرا) في مرضاتك، غير نَكل (ابن جرير: لغير نَكل، الطبراني: بغير ملك) في قَدَم، ولا وهن في عزم، واعياً (الطبراني: داعيا) لوحيك، حافظاً لعهدك، ماضيا على نفاذ أمرك حتى أورى قبساً (الطبراني: تبسما) لقابس، آلاء الله تصل بأهله أسبابه، به هديت القلوب بعد خوضات (الطبراني: خرصات) الفتن والإثم، وأقام مُوضحات (ابن جرير: موضحات، الطبراني: بموضحات) الأعلام، ومُنِيرات (الطبراني: ومسرات) الإسلام، ونائرات (ابن جرير: وثائرات، الطبراني: وماثرات) الأحكام، فهو أمينك المأمون، وخازن علمك المخزون، وشهيدك يوم الدين، وبَعيثُك (الطبراني: ومبعوثك) نعمة، ورسولك بالحقّ رحمة، اللهمّ أفسح له مُفسحَات (ابن جرير: مفتسحا) في عدلك، واجزه مضاعفات الخير من فضلك، مهنَّآت له (ابن جرير: له مهنيات) غير مكدرات، من فوز ثوابك المعلول (الطبراني: المعلوم)، وجزل عطائك المحلول (ابن جرير: وجزيل عطائك المجمول، الطبراني: وجزيل عطائك المجلول)، اللهم أعل على بناء البانين بنيانه (ابن جرير: عل على بناء البنائين بناءه، الطبراني: أعل على بناء الباقين بناءه)، وأكرم مثواه لديك ونزله، وأتمم له نوره، واجزه من ابتعاثك له مقبول الشهادة، مرضي المقالة، ذا منطق عدل، وخُطَّة فصل (ابن جرير: وخطة فضل، الطبراني: وكلام فصل)، وحجة وبرهان عظيم.

Kata Ibn Kathir dalam Tafsirnya: Ia masyhur dari kata-kata ‘Ali RA.. tetapi pada sanadnya ada masalah. Kata syeikh kami, al-Hafiz Abu al-Hajjaj al-Mizzi: Salamah al-Kindi ini tidak dikenali, dan tidak pernah bertemu ‘Ali. Athar ini telah diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Tabari dalam Tahzib al-Athar (352 – juz’ mafqud), Abu Nu’aym dalam ‘Awali Sa’id bin Mansur (18), dan al-Tabarani dalam al-Awsat (9089). Kata al-Haythami dalam Majma’ al-Zawa’id (10/164): Salamah al-Kindi riwayatnya dari ‘Ali adalah mursal dan baki para perawinya adalah para perawi al-Sahih. Juga diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya (28940), namun disebut dari seorang lelaki – tanpa disebutkan nama – dari ‘Ali RA, dan tidak disebut Salamah al-Kindi. Zahirnya, athar ‘Ali RA ini adalah daif. Namun, boleh diamalkan dalam bab fada’il amal. Malah ianya sudah pun masyhur sepertimana kata Ibn Kathir pada zaman beliau.

Berikut adalah riwayat Ibn Abi Syaibah, juga terdapat perbezaan lafaz serta sedikit tambahan di akhirnya:

اللَّهُمَّ يَا دَاحِيَ الْمَدْحُوَّاتِ، وَيَا بَانِيَ الْمَبْنِيَّاتِ، وَيَا مُرْسِيَ الْمُرَسِّيَاتِ، وَيَا جَبَّارَ الْقُلُوبِ عَلَى فِطْرَتِهَا، شَقِيِّهَا وَسَعِيدِهَا، وَيَا بَاسِطَ الرَّحْمَةِ لِلْمُتَّقِينَ، اجْعَلْ شَرَائِفَ صَلَوَاتِكَ، وَنَوَامِي بَرَكَاتِكَ، وَرَأْفَاتِ تَحِيَّتِكَ، وَعَوَاطِفَ زَوَاكِي رَحْمَتِكَ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَالْخَاتَمِ لِمَا سَبَقَ، وَفَاتِحِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَدَامِغِ جِيشَاتِ الْأَبَاطِيلِ كَمَا حَمَّلْتَهُ، فَاضْطَلَعَ بِأَمْرِكَ مُسْتَنْصِرًا فِي رِضْوَانِكَ، غَيْرَ نَاكِلٍ عَنْ قَدَمٍ، وَلَا مُئِنٍّ عَنْ عَزْمٍ، حَافِظٍ لِعَهْدِكَ، مَاضٍ لِنَفَاذِ أَمْرِكَ، حَتَّى أَرَى أَنْ أَرَى فِيمَنْ أُفْضِي إِلَيْكَ تَنْصُرُ بِأَمْرِكَ، وَأَسْبَابِ هُدَاةِ الْقُلُوبِ، بَعْدَ وَاضِحَاتِ الْأَعْلَامِ إِلَى خَوْضَاتِ الْفِتَنِ، إِلَى نَائِرَاتِ الْأَحْكَامِ، فَهُوَ أَمِينُكَ الْمَأْمُونُ، وَشَاهِدُكَ يَوْمَ الدِّينِ، وَبَعِيثُكَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ، اللَّهُمَّ فَسِّحْ لَهُ مُفْسَحًا عِنْدَكَ، وَأَعْطِهِ بَعْدَ رِضَاهُ الرِّضَى مِنْ فَوْزِ ثَوَابِكَ الْمَحْلُولِ، وَعَظِيمِ جَزَائِكَ الْمَعْلُولِ، اللَّهُمَّ أَتْمِمْ لَهُ مَوْعِدَكَ بِابْتِعَاثِكَ إِيَّاهُ مَقْبُولَ الشَّفَاعَةِ، عَدْلَ الشَّهَادَةِ، مَرَضِيَّ الْمَقَالَةِ، ذَا مَنْطِقٍ عَدْلٍ، وَخَطِيبٍ فَصْلٍ، وَحُجَّةٍ وَبُرْهَانٍ عَظِيمٍ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا سَامِعِينَ مُطِيعِينَ، وَأَوْلِيَاءَ مُخْلِصِينَ، وَرُفَقَاءَ مُصَاحِبِينَ، اللَّهُمَّ بَلِّغْهُ مِنَّا السَّلَامَ، وَارْدُدْ عَلَيْنَا مِنْهُ السَّلَامَ. .

2. Selawat ‘Abdullah bin ‘Umar RA Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani’ sebagaimana dalam al-Matalib al-‘Aliyah oleh al-Hafiz Ibn Hajar (3332) dan mengisyaratkannya sebagai sahih, dari Thawbah/Thuwayr mawla Bani Hasyim katanya: Aku bertanya Ibn ‘Umar RA: Bagaimana berselawat ke atas Nabi SAW? Maka jawab Ibn ‘Umar RA:

اللَّهُمَّ اجْعَلْ صَلَوَاتِكَ وَبَرَكَاتِكَ وَرَحْمَتَكَ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِينِ، وَإِمَامِ الْمُتَّقِينِ، وَخَاتَمِ النَّبِيِّينَ، مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، إِمَامِ الْخَيْرِ، وَقَائِدِ الْخَيْرِ، اللَّهُمَّ ابْعَثْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَقَامًا مَحْمُودًا يَغْبِطُهُ الْأَوَّلُونَ وَالْآخِرُونَ، وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Kata al-Busiri: Ia mempunyai sokongan dari hadis Ibn Mas’ud RA (lihat no. 4) yang diriwayatkan oleh Ibn Abi ‘Umar, Abu Ya’la dan Ibn Majah dengan isnad yang hasan.

3. Selawat ‘Abdullah bin ‘Abbas RA Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq, ‘Abd bin Humayd dan Isma’il al-Qadi dalam Fadl al-Solat ‘ala al-Nabi SAW (52) dari Ibn ‘Abbas RA beliau mengucapkan:

اللهم تقبل شفاعة محمد الكبرى، وارفع درجته العليا، وأعطه سُؤْلَه في الآخرة والأولى، كما آتيت إبراهيم وموسى، عليهما السلام.

Kata Ibn Kathir dalam Tafsirnya: Suatu isnad yang baik, kuat lagi sahih.

4. Selawat ‘Abdullah bin Mas‘ud RA Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq, ‘Abd bin Humayd, Ibn Marduyah, Ibn Majah (906) dan al-Tabarani (8594) dari Ibn Mas’ud RA katanya: “Jika kamu berselawat ke atas Nabi SAW maka perelokkanlah berselawat ke atasnya. Sesungguhnya kamu tidak tahu kemungkinan ianya dipersembahkan kepadanya”. Jawab para pendengar: Maka ajarkanlah kami. Kata beliau: Ucapkanlah

اللهم اجعل صلواتك ورحمتك وبركاتك على سيد المرسلين، وإمام المتقين، وخاتم النبيين، محمد عبدك ورسولك، إمام الخير وقائد الخير، ورسول الرحمة. اللهم ابعثه مقاماً محموداً يَغْبِطُه به الأولون والآخرون، اللهم صل على محمد وعلى آل محمد، كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم، إنك حميد مجيد، اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد.

Kata al-Busiri dalam Zawa’id Ibn Majah (1/311): Isnad ini para perawinya thiqah kecuali al-Mas’udi dan namanya ‘Abd al-Rahman bin ‘Utbah bin Mas’ud, telah bercampur ingatan beliau di akhir hayatnya dan tidak dapat dibezakan hadisnya yang awal dengan yang akhir, maka beliau layak ditinggalkan menurut kata Ibn Hibban. Tetapi al-Mas’udi tidak berseorangan dalam meriwayatkannya dari ‘Awn bin ‘Abdullah kerana beliau diikuti (mutaba’ah) oleh Abu Salamah sebagaimana dalam riwayat ‘Abd al-Razzaq. Kata al-Hafiz al-Munziri: Diriwayatkan oleh Ibn Majah secara mawquf dengan isnad yang hasan. Selawat yang hampir serupa juga diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amru atau ‘Abdullah bin ‘Umar menurut syak si-perawi, sebagaimana dalam riwayat Isma’il al-Qadi dalam Fadl al-Solat ‘ala al-Nabi SAW (62). Jika ianya dari ‘Abdullah bin ‘Amru, maka itu adalah sahabat yang ke-5 dalam penjelasan ini. Juga ada diriwayatkan oleh al-Syirazi dalam al-Alqab dari Ibn Mas’ud RA katanya: Wahai Zayd bin Wahb, jangan kamu tinggalkan pada hari Jumaat berselawat ke atas Nabi SAW sebanyak seribu kali, kamu ucapkan: (اللهم صل على النبي الأمي).

Penutup

Berdasarkan dalil-dalil ini dan lainnya, ulama berpendapat harus menggubah selawat ke atas Nabi SAW, meskipun secara sepakatnya mereka menyatakan bahawa Selawat Ibrahimiyyah adalah selawat yang paling afdal. Perintah ayat al-Quran dan juga hadis-hadis yang memerintahkan berselawat secara umum turut menguatkan keharusan hukumnya. Ini kerana Selawat Ibrahimiyyah itu diajarkan oleh Nabi SAW di atas pertanyaan sahabat-sahabatnya dan tidak pula dinyatakan oleh baginda SAW supaya jangan berselawat dengan lafaz-lafaz yang lain. Dengan syarat ianya tidak terkeluar dari batasan syarak. Namun, para ahli tasawuf lebih cenderung mengamalkan selawat-selawat yang sudah pun masyhur dan mujarab. Inilah pegangan ahli tasawuf mengenai keharusan mengamalkan doa-doa dan selawat-selawat yang diilhamkan oleh Allah SWT kepada imam-imam mereka yang telah dihimpunkan dalam banyak karangan. Antara istilah-istilah yang digunakan dalam disiplin kesufian ialah wirid seperti al-Wird al-Latif oleh Imam al-Haddad, awrad seperti Awrad Sayyidi Ahmad bin Idris, hizib seperti Hizb al-Bahr oleh Imam al-Syazili, wazifah seperti al-Wazifah al-Zarruqiyyah dan ratib seperti Ratib al-’Attas.

رحمهم الله ورضي عنهم

Wallahu a’lam.

MOHD. KHAFIDZ BIN SORONI
مدونة العبد الضعيف محمد حافظ بن سوروني
– خويدم العلم الشريف
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

11/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MENCUKUR SEBAHAGIAN RAMBUT DAN MENINGGALKAN SEBAHAGIAN LAIN

image

MENCUKUR SEBAHAGIAN RAMBUT DAN MENINGGALKAN SEBAHAGIAN LAIN

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Tuan Mufti stail rambut ini haram kah?

JAWAPAN:

Waalaikumusalam wbt,

Kami cenderung bahawa perbuatan ini termasuk dalam makna qaza` yang dilarang Syarak secara makruh.

Daripada Ibn Umar R.anhuma:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ القَزَعِ

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW melarang melakukan al-qaza’.

Hadis riwayat Imam Bukhari (5921) dalam Sahih-nya dan Imam Imam Muslim (2120) dalam Sahih-nya

Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim (14/100) menyatakan bahawa qaza’ itu bererti mencukur sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian secara mutlak. Sebahagian ulama mengatakan qaza’ itu mencukur bahagian-bahagian kepala secara terpecah-pecah. Yang sahih, ialah pendapat pertama berdasarkan penafsiran rawi. Telah ijmak ulama atas hukum makruh tanzih melakukan qaza’ pada bahagian-bahagian kepala secara terpecah-pecah kecuali bagi tujuan perubatan (berbekam dll). Larangan ini termasuk ke atas lelaki dan wanita dan hikmahnya dikatakan ialah kerana memburukkan ciptaan, melambangkan kebodohan, dan menyerupai fesyen agama Yahudi.

Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW pernah melihat seorang bayi dicukur sebahagian rambutnya dan dibiarkan bahagian lain. Baginda SAW menegah perbuatan itu dan bersabda:

احْلِقُوهُ كُلَّهُ، أَوِ اتْرُكُوهُ كُلَّهُ

Maksudnya: Cukurlah semuanya, atau tinggalkan semuanya.

Hadis riwayat Imam Abu Daud (4195) dalam Sunan-nya

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 244 (11 APRIL 2016 M / 3 REJAB 1437 H)

Wallahua’lam.

Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/bCHkeo

11/04/2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah | Leave a comment