Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kenapa hudud tidak dapat di laksanakan

E mail dari: Azahari Ismail (azarmc123@yahoo.com)

Maaf. Saya juga kurang arif bab hudud ni. Sama ada ianya wajib dilaksanakan atau tidak tu diluar kemampuan ilmu saya. Cuma saya mahu jelaskan di sini kalaulah umat Islam di negara ini ingin sangat dilaksanakan hudud ianya mesti mempunyai ‘political will’. Saya tidak berharap sangat kepada parti-parti politik nak laksanakan hudud kerana politikus-politikus ni boleh menjual apa sahaja baik nama Melayu atau Islam untuk menang.

Kemeluatan saya suatu ketika kepada UMNO tidak boleh diubati dengan menyokong PAS kerana PAS juga gagal seperti UMNO dalam pelaksanaan hudud. Setahu saya undang-undang syariah adalah kuasa kerajaan negeri. Kelantan dan Kedah di perintah PAS waktu ini. Dulu Terengganu dan pernah sekali mereka bertakhta di Perak. Mereka tidak pernah pun nak laksanakan hudud bahkan menunding jari kepada UMNO kerana mereka dakwa UMNO akan gagalkan mereka. Kitapun percaya dan takbirrrr! sekuat hati supaya UMNO musnah. Kegembiraan kita atas kemenangan PR dulu tidak kekal lama apabila PAS menjelaskan pendirian hudud mereka secara rasmi di dalam DUN Perak oleh bekas menteri besar Nizar.

Sila click kenyataan kerajaan negeri PAS di DUN Perak di sini http://www.youtube.com/watch?v=VKZRdROmaL4. Wah bukan main kuat DAP bertepuk tangan. Yang menangis adalah kita….kita orang Melayu ni hah. Sokong kiri hampeh sokong kanan pun bapak lagi hampeh, siap cakap dalam DUN. Takkan bulu roma korang tak meremang tengok video tu? Kalau tak meremang tu silalah tanya iman anda kerana dikhuatiri kiblat anda terpesong. Saya meremang kerana saya juga menyokong mereka dalam PRU12.

Politikus-politikus ni semua sama sahaja. Kita semua akan tertipu kalau kita berimamkan mereka.

Nasihat saya, kalau nak cari Islam, jangan cari dalam parti politik. Carilah dalam Islam. Paling penting cari Islam dalam hati kita. Parti politik tidak dapat menambah iman kita bahkan mungkin membusukkannya. Walau setinggi mana serban kita sekali pun tiada jaminan kita lebih Islam dari orang lain apatah lagi memimpin.

kalau nak berjuang kerana agama, berjuang atas nama Islam bukan atas nama PAS. Ini adalah kerana sekiranya terdapat pesongan perjuangan dalam PAS, kita masih boleh mengkritik mereka kerana kiblat kita bukanlah bendera bulan itu tetapi Islam adalah kiblat kita. Sekiranya pula suatu hari UMNO pula memperjuangkan Islam lebih baik dari PAS, kita juga bebas menyokong UMNO juga kerana kiblat kita bukan keris itu tetapi Islam. Apalah ada pada nama parti Islam kalau setakat pada namanya, apalah ada pada nama parti Melayu kalau setakat pada namanya.

DAP yang tepuk tangan. Aku yang menangis. Masalah Islam bukan terletak di tangan parti politik itu tetapi terletak di tangan kita!

Jauhi fitnah dan busuk hati

Wallahualam.

31/05/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 3 Comments

Apa kah wanita itu jahat dalam segala hal?

     Dalam buku Nahjul Balaghah karangan Amirul-Mukminin Ali bin Abi Thalib r.a terdapat suatu keterangan:

    “Wanita itu jahat dalam segalanya. Dan yang paling jahat dari dirinya ialah kita tidak dapat terlepas daripadanya.”

Apakah erti yang sebenarnya (maksud) dari kalimat tersebut? Apakah hal itu sesuai dengan pandangan Islam terhadap wanita?


Ada dua hal yang nyata kebenarannya, tetapi harus dijelaskan lebih dahulu, iaitu:

Pertama, yang menjadi pegangan atau dasar dari masalah-masalah agama ialah firman Allah swt. dan sabda Nabi saw, selain dari dua ini, setiap orang kata-katanya boleh diambil dan ditinggalkan. Maka, Al-Qur’an dan As-Sunnah, kedua-duanya adalah sumber yang kuat dan benar.

Kedua, sebagaimana telah diketahui oleh para analis dan cendekiawan Muslim, bahawa semua tulisan yang ada pada buku tersebut di atas (Nahjul Balaghah), baik yang berupa dalil-dalil atau alasan-alasan yang dikemukakan, tidak semuanya tepat. Diantara hal-hal yang ada pada buku itu ialah tidak menggambarkan masa mahupun fikiran serta cara di zaman Ali r.a.

Oleh sebab itu, tidak dapat dijadikan dalil dan tidak dapat dianggap benar, kerana semua kata-kata dalam buku itu tidak ditulis oleh Al-Imam Ali r.a.

Di dalam penetapan ilmu agama, setiap ucapan atau kata-kata dari seseorang, tidak dapat dibenarkan, kecuali disertai dalil yang shahih dan bersambung, yang bersih dari kekurangan atau aib dan kelemahan kalimatnya.

Maka, kata-kata itu tidak dapat disebut sebagai ucapan Ali r.a. kerana tidak bersambung dan tidak mempunyai sanad yang shahih. Sekalipun kata-kata tersebut mempunyai sanad yang shahih, bersambung, riwayatnya adil dan benar, maka wajib ditolak, kerana hal itu bertentangan dengan dalil-dalil dan hukum Islam. Alasan ini terpakai di dalam segala hal (kata-kata) atau fatwa, walaupun sanadnya seterang matahari.

Mustahil bagi Al-Imam Ali r.a. mengatakan hal itu, dimana beliau sering membaca ayat-ayat Al-Qur’an, di antaranya adalah:

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang, yang kemudian darinya Allah lantas menciptakan isterinya, dari keduanya Allah mengembang biak kan laki-laki dan wanita yang banyak …”                       (Q.s. An-Nisa’: 1)

“Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan firman-Nya): ‘Bahawa sesungguhnya Aku tiada mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki mahupun wanita, (kerana) sebahagian darimu adalah keturunan dari sebahagian yang lain …” (Q.s. Ali Imran: 195).

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Allah menjadikannya diantara kamu rasa kasih dan sayang …”                              (Q.s. Ar-Ruum: 21).

Masih banyak lagi di antara ayat-ayat suci Al-Qur’an yang mengangkat dan memuji darjat kaum wanita, disamping kaum laki-laki. Sebagaimana Nabi saw. bersabda:

“Termasuk tiga sumber kebahagiaan bagi laki-laki ialah wanita solehah, kediaman yang baik dan kenderaan yang baik pula.” (H.r. Ahmad dengan sanad yang shahih).

“Di dunia ini mengandungi kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatan itu adalah wanita yang solehah.” (H.r. Imam Muslim, Nasa’i dan Ibnu Majah).

“Barangsiapa yang dikurniai oleh Allah wanita yang solehah, maka dia telah dibantu dalam sebahagian agamanya; maka bertakwalah pula kepada Allah dalam sisanya yang sebahagian.”

Banyak lagi hadis-hadis dari Nabi saw. yang memuji wanita; maka mustahil bahawa Ali r.a. berkata sebagaimana di atas.

Sifat wanita itu berbeza dengan sifat laki-laki dari segi fitrah; kedua-duanya dapat menerima kebaikan, kejahatan, hidayah. kesesatan dan sebagainya.

Firman Allah swt. dalam Al-Qur’an,

“Jiwa dan penyempurnaannya (ciptaannya); maka Allah mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”               (Q.s. Asy-Syams: 7-10)

Mengenai fitnah yang ada pada wanita disamping fitnah yang ada pada harta dan anak-anak, dimana hal itu telah diterangkan di dalam Al-Qur’an dan dianjurkan supaya mereka waspada dan menjaga diri dari fitnah tersebut.

Dalam sabda Rasulullah saw. diterangkan mengenai fitnahnya kaum wanita, iaitu seperti berikut,

“Setelah aku tiada, tidak ada fitnah yang paling besar gangguannya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” (H.r. Bukhari).

Erti dari hadis di atas menunjukkan bahawa wanita itu bukan jahat, tetapi mempunyai pengaruh yang besar bagi manusia, yang di kuatirkan lupa pada kewajipannya, lupa kepada Allah dan terhadap agama.

Selain masalah wanita, Al-Qur’an juga mengingatkan manusia mengenai fitnah yang disebabkan dari harta dan anak-anak.

Allah swt. berfirman dalam Al-Qur’an:

“Sesungguhnya harta-harta dan anak-anakmu adalah fitnah (cubaan bagimu); dan pada sisi Allah-lah pahala yang besar.” (Q.s. At-Taghaabun: 15)

“Hai orang-orang yang beriman!Janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu mengingat kepada Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian’ maka mereka termasuk orang-orang yang merugi.” (Q.s. Al-Munaafiquun: 9).

Selain dari itu (wanita, anak-anak dan harta yang dapat mendatangkan fitnah), harta juga sebagai sesuatu yang baik.

Firman Allah swt.:

“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri dan menjadikan bagimu dan isteri-isterimu itu, anak-anak dan cucu; dan memberimu rezeki dari harta yang baik-baik …” (Q.s. An-Nahl: 72)

Oleh kerana itu, dianjurkannya untuk waspada dari fitnah kaum wanita, fitnah harta dan anak-anak, hal itu bukan bererti kesemuanya bersifat jahat, tetapi demi mencegah timbulnya fitnah yang dapat melalaikan kewajipan-kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

Allah swt. tidak mungkin menciptakan suatu kejahatan, kemudian dijadikannya sebagai suatu keperluan dan keharusan bagi setiap makhluk-Nya.

Makna yang tersirat dari suatu kejahatan itu adalah suatu bahagian yang amat sensitif, realitinya menjadi lazim bagi kebaikan secara mutlak. Segala bentuk kebaikan dan kejahatan itu berada di tangan (kekuasaan) Allah swt.

Oleh sebab itu, Allah memberikan bimbingan bagi kaum laki-laki untuk menjaga dirinya dari bahaya dan fitnah yang dapat disebabkan dan mudah dipengaruhi oleh hal-hal tersebut.

Diwajibkanjuga bagi kaum wanita, agar waspada dan berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat yang diupayakan oleh musuh-musuh Islam untuk menjadikan kaum wanita sebagai sarana perosak budi pekerti, akhlak yang luhur dan bernilai suci.

Wajib bagi para wanita Muslimat kembali pada kudratnya sebagai wanita yang soleh, wanita hakiki, isteri solehah, dan sebagai ibu teladan bagi rumahtangga, agama dan negara.

Sumber: Fatwa Qardhawi – Permasaalahan, Pemecahan dan Hikmah

27/05/2011 Posted by | Tazkirah | 2 Comments

Bila orang tua ini nak mati……

Suatu hari Amirul Mukminin Saidina Umar ingin meninjau ninjau di sebuah pasar.Sedang dia berjalan jalan di dalam pasar kelihatan seorang wanita muda sedang bersusah payah memikul sebuah bakul besar di belakangnya, sambil membeli belah.Saidina Umar sangat hairan kerana dia tidak pernah melihat wanita muda memikul bakul besar.

Lalu dia mendekati wanita itu dan bertanya:

Amirul: Apakah yang puan bawa di dalam bakul itu?

Wanita: Oh di dalamnya ada bapa ku yang sangat tua.

Amirul : Mengapa tidak tinggalkan dia di rumah.Kan ini menyusahkan?

Wanita: Bapa ku sudah sangat tua.Dia tidak boleh bergerak tanpa di bantu.Dan tidak boleh di tinggalkan bersendirian.Makan minum, mandi dan pakiaan nya semua aku yang uruskan.Lagi pun apabila aku nak tinggalkan, dia akan menjerit dan menangis saperti kanak kanak.Maka sebab itu aku bawa dia bersama kemana aku pergi.

Mendengar cerita itu Amirul Mukminin sangat terharu sampai menitis air matanya.

Amirul: Puan sangat hebat.Puan anak solehah.Belum pernah terjumpa seorang anak perempuan berbakti sedemikian rupa kepada seorang bapa.

Wanita: Ya Amirul Mukimin! Aku tak hebat saperti sangkaan tuan.Aku ingin berterus terang kepada tuan.Aku memang kasih, sayang dan menjaga kebajikan bapa aku dengan baik.Tuan sendiri dapat melihat betapa susahnya aku menjaga nya.Tetapi hati ku tidak se mulia saperti yang tuan sangka itu, kerana sentiasa terdetik mengeluh dan mengata ngata ,“BILA ORANG TUA INI HENDAK MATI, MENYUSAHKAN AJE.”

Semoga Allah jauhkan kita dan anak anak kita dari bersikap saperti wanita ini?


Wallahu’alam.

25/05/2011 Posted by | Renungan & Teladan | , | Leave a comment

Majlis akad nikah mendedahkan ramai yang tidak reti mengucap Syahadah

Foto Hiasan yang tidak ada kena mengena dengan tulisan ini

SENARIO I

Sahabat saya seorang Imam masjid,pendakwah dan juga seorang jurunikah di  salah satu qariah di Ampang Selangor menceritakan satu kisah lucu tetapi menyedihkan di satu majlis pernikahan yang baru dia sempurnakan minggu lepas di sebuah masjid.

Biasalah sebelum memulakan akad nikah jurunikah akan meminta bakal suami membaharui syahadah  nya dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Maka bakal suami ni mula nak melafazkan syahadah tetapi nampak terkial kial Dia  asyik toleh ke kiri dan ke kanan seolah olah nak  minta bantuan dari orang sebelah tetapi mungkin malu.

Dengan teragak agak dia pun mula melafazkan syahadah dengan sebutan yg lintang pukang telo, bahasa Bangla.Jurunikah pun hairan dan berkata dalam hati, rakyat Malaysia kah orang ini? Apabila cek KP memang sah orang Melayu.

Berkali kali jurunikah  ajar dia mengucap dgn betul tetapi tak boleh juga dia sebut dengan betul.Macam mualaf aje.Lama kelamaan  jurunikah kata tak apalah dulu, lalu minta dia cuba lafazkan erti syahadah dalam bahasa Malaysia.Ini terjemahan dua kalimah syahadah yang di lafazkan si bakal suami itu “SAJA AKU MENGUCAP  DUA KALIMAH SYAHADAH DUA RAKAAT KERANA ALLAH”.Jurunikah tersentak kerana tak pernah jumpa hal macam ini.

Para hadirin tidak boleh tahan lalu ketawa besar walaupun sedar mereka sedang berada di dalam dewan masjid.Sahabat saya pun (jurunikah tu) nak ketawa juga tetapi dgn susah payah menahannya.Dia kata memang lucu tetapi sedih kerana sudah pasti di luar sana ada lebih ramai lagi pemuda saperti ini yang tidak reti mengucap . Renung renung lah…………

SENARIO II

Kisah ini saya sendiri yang menyaksikan.Satu majlis pernikahan anak perempuan kenalan saya di sebuah masjid di Sepang.Anak perempuanya itu pelajar di UK.Bakal suami nya sedang bermaustatin di UK.Sudah sekian lama berada disana kerana belajar .Kini sudah bergelar Jurutera dan berkerja di sana.Sesudah ijab qabul dan jadi suami isteri mereka dijangka kembali ke UK.

Saperti biasa sebelum majlis akad nikah di sempurnakan jurunikah minta bakal suami melafazkan dua kalimah syahadah.Si “bakal” ni terpinga pinga lalu berbisik sesuatu dengan pengapitnya (juga dari UK – pelajar).Kelihatan si pengapit membisikan sesuatu kembali.Lantas lepas itu dia melafazkan syahadah.Bukan syahadah yang dia lafazkan  tetapi selawat.Bukan selawat kata jurunikah.Saya minta awak ucap dua kalimah syahadah.Tak reti.

Jurunikah terpaksa ajar lafaz dua kalimah syahadah hingga berkali kali barulah upacara akad nikah boleh dijalankan selepas itu .

24/05/2011 Posted by | Renungan & Teladan | | 23 Comments

Tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Anak Yatim Al Taqwa Ulu Langat Selangor

Salam takziah untuk mangsa tragedi tanah runtuh yang menyebabkan rumah anak yatim tertimbus bersama penghuni dan penjaganya.Tragedi berlaku tanggal 21 hb Mei 2011 melibatkan kematian seramai 16 orang.Mari kita hadiahkan

AL FATIHAH kepada semua mangsa samada yang hidup dan yang sudah pulang ke Rahmatullah.

 Gambar sekitar kawasan tragedi yang di petik dari badan badan media tempatan:

Gambar Kenangan, penghuni rumah Anak-anak Yatim Al Taqwa Batu 14 Hulu Langat, Selangor. Sebelum tragedi tanah runtuh 21 Mei 2011.

23/05/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Foto Story | | Leave a comment

CIVIL DEMOCRATIC ISLAM – Strategi Amerika (US) menghalang kebangkitan Islam melalui demokrasi..


Buku Bertajuk Civil Democratic Islam: Partners, Resources, Strategies adalah mengenai kajian CIA yang dikeluarkan melalui agensi dibawahnya National Security Research Division (RAND). Sememangnya RAND telah sekian lama menjalankan kajian terhadap ummat Islam dan merupakan “think tank” bagi tindakan strategic US terutama bagi menghadapi kebangkitan Islam.Buku Civil Democratic Islam (CDI) ini boleh saya katakan antara kertas kerja yang paling progresif pernah dikeluarkan oleh RAND. Melihat tajuknya serba sedikit telah menggambarkan apa kandungan intipatinya.Dalam pendahuluan bagi buku ini, tanpa selindung penulis mengumumkan bahawa musuh utama dunia adalah Islam yang akan menyebabkan perubahan ideologi baru dunia. Maka buku ini adalah strategi yang perlu diambil US untuk menghalang kebangkitan ini. CDI mengklasifikasikan ummat Islam kepada 4 golongan yang mana setiap golongan ini mempunyai penerimaan yang berbeza terhadap nilai-nilai barat dan strategi menghadapi mereka juga berbeza.

Golongan pertama, adalah golongan fundamentalis:

Ciri utama golongan fundamentalis adalah mereka sama sekali menolak demokrasi , hak asasi manusia dan seluruh nilai-nilai barat. Inilah musuh US yang tidak boleh bertolak-ansur. Mereka secara spesifik merujuk kepada gerakan yang menolak sama sekali nilai barat seperti demkorasi, menuju menegakkan khilafah seperti gerakan-gerakan jihad Islam yang menolak semua ideologi barat.

Golongan kedua, adalah golongan tradisionalis:

Golongan tradisionalis ini lebih menumpukan soal kerohanian dan keilmuan. Walaupun ada yang terlibat dengan politik, tetapi pemikiran mereka lebih tertumpu soal kerohanian. Golongan yang dikaitkan adalah seperti golongan wahhabi dan ulama-ulama yang lebih cenderung membahas ilmu berbanding soal politik.

Golongan ketiga, adalah golongan modenis:

Golongan modenis ini mereka mahu melihat Islam menjadi sebahagian dari kemajuan global. Mereka memberi nafas Islam bagi nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perekonomian dan nilai-nilai lain. Ia merujuk kepada sesetengah ulama’ dan pemikir Islam hari ini.

Manakala golongan yang keempat, adalah golongan sekular:

Yang telah mengikut acuan barat termasuk pemerintah yang ada dan tokoh-tokoh pemikir mereka.Jika kita teliti,US menjadikan sejauh mana penerimaan atau penolakan ummat Islam kepada nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perundangan, ekonomi dan nilai-nilau utama lain untuk mengklasifikasikan ummat Islam. Kita tidak terperangkap dengan klasifikasi ini kerana sebenarnya mereka mengklasifikasikan ummat Islam untuk kepentingan mereka menghadapi kebangkitan Islam. Dari situ mereka menetapkan kaedah dan strategi berbeza, bergantung kepada bentuk pemikiran ummat Islam.

Dalam bab yang kedua, dibahaskan strategi untuk mencari ‘partner’ untuk apa yang mereka sebut menerima demokrasi Islam. Dalam perenggan yang pertama digariskan bahawa, mempromosi demokrasi dalam dunia Islam dan membantu perlaksanaannya adalah suatu tindakan jangka panjang untuk usaha menentang kebangkitan Islam.

Dari penulisan buku ini, mereka seringkali menegaskan bahawa sokongan yang sekian lama diberikan kepada golongan sekular- golongan pemerintah dan pemikir sekular- bukan lagi tindakan yang semestinya tepat untuk keadaan geopolitik hari ini. Ini kerana, kebanyakan orang Islam sudah menyedari maneuver golongan ini dan tidak menjadikan mereka sebagai rujukan dalam masalah politik mahupun agama.

Oleh itu RAND mencadangkan, untuk memberi sokongan, peluang-peluang muncul di akhbar, ruang untuk berpolitik, memberikan pendapat, ruang-ruang melalui NGO dan penonjolan bagi golongan Islam yang modenis. Ini kerana golongan modenis mereka walaupun tidak menerima demokrasi barat sepenuhnya, tetapi mereka masih tetap menerima demokrasi cuma dalam kerangka yang mereka anggap Islami. Maka mereka perlu diberikan peluang bergerak dalam politik demokrasi dan sokongan atas-atas tekanan golongan sekular terhadap mereka. Pemimpin dan tokoh-tokoh golongan Islam modenis perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan.

Manakala golongan tradisionalis, mereka kurang membahaskan masalah politik. Maka kebiasaannya golongan tradisionalis tidak mempunyai pandangan yang khusus tentang demokrasi dan konsep politik lain. Maka golongan ini perlu digunakan untuk menyerang pandangan golongan fundamentalis yang menolak nilai barat secara keseluruhan. Ia dengan cara memberikan ruang kepada ulama’ seperti ini mengalihkan pandangan ummat, dan menimbulkan keraguan ummat terhadap golongan fundamentalis. Ini kerana golongan tradisionalis biasa mempunyai pengaruh yang kuat dalam ummat, menguasai madrasah-madrasah dan institusi pendidikan tradisional.Manakala bagi ulama’ tradisionalis yang boleh menerima nilai barat walau secara selektif, mereka ini wajar diberi ruang untuk kedepan. Maka dengan ini nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, pengagihan kuasa, perundangan dan ekonomi boleh disemai dalam pemikiran ummat Islam.Dalam masalah demokrasi dan penerimaan nilai barat, golongan fundamentalis yang menolak demokrasi digariskan RAND sebagai musuh utama yang tidak boleh dikompromi dan sememangnya tidak boleh dibawa berkompromi.

Dalam bab ketiga, RAND menerangkan strategi-strategi untuk menghadapi golongan-golongan ini, baik samada berkawan dengan golongan ini, mengadu-domba mereka agar berseteru mahupun secara langsung menyerang mereka.

Secara umumnya, golongan Islam modenis hendaklah diberi peluang dan sokongan politik, memberi pandangan Islam kontemporari. Ini kerana golongan Islam modenis hari ini telah dapat menarik sokongan rakyat berbanding pemerintah sekular. Sokongan kepada golongan Islam modenis ini boleh diberi secara langsung atau tidak secara langsung selagi dapat dipastikan kepercayaan ummat tidak terhakis. Benarkan mereka menyebarkan pandangan-pandangan mereka.
Manakala sokongan kepada kerajaan sekular hanya diberi berdasarkan kes per kes basis. Ini kerana, banyak kerajaan sekular yang bersifat nasionalis hingga mengabaikan kepentingan US. Oleh itu, sokongan kepada mereka bergantung kes per kes basis.

Bagi golongan tradisionalis, ulama’-ulama’ mereka perlu digunakan untuk menyerang golongan fundamentalis. Ini merupakan golongan yang terbaik yang perlu digunakan untuk menyerang fundamentalis kerana golongan ini mempunyai kemuliaan yang tinggi dikacamata ummat. Keupayaan mereka membahas agama perlu digunakan, untuk menyerang pemikiran-pemikiran politik golongan fundamentalis. Secara spesifik disebut, bahawa golongan tradisionalis ini wajar disokong untuk mewujudkan perseteruan sesame Islam dan secara spesifik disebut mereka ini wajar diberi dana untuk membina sekolah-sekolah untuk menyebarkan fahaman mereka. Secara jelas diberitahu, segala kerjasama antara golongan tradisionalis dengan golongan fundamentalisme mestilah dihalang dan sepatutnya diwujudkan permusuhan sesame mereka.

Bagi menghadapi golongan yang mereka labelkan sebagai fundamentalis, digariskan agar jangan memberi promosi, serang nilai-nilai yang dibawa, hilangkan kepercayaan ummat kepada mereka, wujudkan gambaran mereka ekstrimis dan tidak mampu membawa kemakmuran. Tidak ada sikap lain kepada golongan fundamentalis kecuali menentang dan menghancurkan mereka.

Itulah ringkasan apa yang digariskan oleh RAND untuk US menghadapi kebangkitan Islam. Mereka melabelkan kita, untuk memudahkan mereka menentang kebangkitan Islam, walhal hakikatnya tidak begitu. Kita semua bukan fundamentalis, tradisionalis, modenis atau sekular. Cuma RAND mengklasifikasikan kita mengikut sejauh mana penerimaan kita terhadap nilai-nilai US dan dari situ diatur strategi yang berbeza. Saya yakin ramai ummat Islam yang ikhlas berjuang tidak menyedari hal ini dan tidak sedar mereka bergerak dalam acuan yang sememangnya diatur oleh CIA.

Inilah pentingnya ummat Islam terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran yang sangat jernih lagi tajam. Semoga ia membuka minda  kita untuk melihat dunia dengan kacamaata politik Islam agar dengan itu kita dapat bergerak menuju kebangkitan Islam.

Persoalan nya ,adakah kita mahu jadi golongan yang benar-benar mahu menghancurkan kekufuran, atau menyokong demokrasi Islami tajaan mereka dan diperalatkan tanpa sedar atau mahu tunduk dengan strategi mereka – US?

 

(Tulisan – Wuzara)

22/05/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 5 Comments

Biarlah Orang Mengata‏

Biarlah orang mengata kita,

jangan kita mengata

Biarlah orang memfitnah,

jangan kita melakukannya

Biarlah orang menzalimi kita,

kita maafkan saja

Biarlah orang mencaci kita,

doakan petunjuk buat mereka

Bercakaplah yang memberi faedah

atau diam lebih baik

Kenangkanlah budi orang,

lupakan jasa kita

Balaslah jasa orang,

lupakan jasa kita

Balaslah jasa orang,

lupakan kejahatanya

Alangkah baiknya

balas kejahatan orang

dengan kebaikan

Wahai saudara-wahai saudari

itulah panduan kita

Jadikan ia panduan

di dalam pergaulan

Krisis tidak akan panjang,

permusuhan tidak berlarutan

Itulah panduan

jika ingin aman dan harmoni

Tuan atau puan

begitulah Islam memberi panduan

Untuk keselamatan

hamba-hambaNya di dunia

Tidak ada pada ajaran

agama-agama lain

dan sebarang ideologi

Hanya ada pada Islam yang sejati

Begitulah sebahagian

etika didalam pergaulan

Marilah kita bersama-sama

mengamalkan bersungguh-sungguh

Walaupun berat sekalipun penat

Untungnya banyak di dunia akhirat

Tulisan: Mauizoh Alexendria

21/05/2011 Posted by | Madah dan Sajak | 2 Comments

Dari wacana teori kebangkitan Islam di Malaysia – Sempena revolusi di Timur Tengah

Khamis lepas saya berkesempatan ke sebuah wacana di UIA PJ. Menariknya ia menampilkan empat gerakan Islam di Malaysia iaitu ABIM, IKRAM, PAS dan Hizbut Tahrir(HT).

Pembentang pertama, Saudara Julfithri, dari ABIM menekankan peranan NGO sebagai third force kepada check and balance antara kerajaan dan pembangkang. Beliau tidak melihat kebangkitan sebegitu akan berlaku di Malaysia memandangkan keadaan ekonomi Malaysia tidak seteruk negara-negara Arab tersebut.

Pembentang kedua, Prof Dr Sharifudin, dari HT menyatakan revolusi yang berlaku di Arab bukanlah perubahan sebenar yang kita mahukan kerana keputusannya dipengaruhi oleh Barat. Beliau menjelaskan perubahan yang sebenar apabila umat mampu membezakan antara Islam dengan bukan Islam.

Pembentang ketiga,Saudara Subki Yusof, dari PAS menegaskan bahawa PAS masih yakin dengan jalan demokrasi berbanding pendekatan revolusi memandangkan kesesuaian di Malaysia.

Pembentang keempat, Dr Hafidzi, dari IKRAM menganggap pendirian Ikhwanul Muslimin untuk tidak turut secara langsung tetapi memberi sokongan kepada calon lain menggambarkan kematangan politik. Ia selari dengan khutbah Dr Yusof Qaradhawy di Dataran Tahrir yang menyatakan memberikan kebebasan kepada rakyat adalah lebih utama dari penerapan hukum syara’.

Suasana menjadi hangat pada sesi soal jawab. Penanya pertama, mempersoalkan kenapa hanya PAS sahaja yang menonjol di Malaysia sedangkan 3 jamaah lain kurang dikenali terutama di luar banda. Selain ity, antara persoalan yang dibangkitkan adalah berkenaan bentuk perubahan dan demokrasi. Ada seorang anak muda yang bertanya bahawa dia kebingungan tentang hukum demokrasi. Saya agak terkejut, apabila seorang pakcik bangun dan mengkritik betapa sedihnya jika PAS dan IKRAM tidak dapat melihat tipudaya demokrasi. Dia adalah seorang yang mengajukan soalan bertalu-talu kepada saya berkenaan demokrasi semasa sebuah seminar di Shah Alam 2,3 bulan lepas. Hari ini persepsinya sama sekali berbeza.

Kemudian ada seorang yang bangun dan mengajukan kepada wakil PAS dan HT, apakah bentuk negara Islam yang akan dijalankan jika berkuasa penuh. Saya agak terkejut dengan soalan ini tetapi agak teruja untuk mendengar jawapan PAS sambil memandang riak wajah Sdr Subki. Beliau agak teragak-agak untuk menjawab soalan tersebut. Penanya dan beberapa audien mengulangi dan menjelaskan soalan berikut sehingga saya pun turut tolong menjelaskannya. Beliau tidak menjawab soalan itu, cuma katanya masih seperti sekarang ada PM dan TPM sehingga dapat kuasa penuh. Dr Sharifudin dari HT pula menjelaskan struktur kenegaraan yang akan diterapkan HT adalah khilafah sebagai yang dijelaskan oleh Dustur Muqaddimah dan Struktur Negara Islam yang dikeluarkan oleh HT.

Saya sendiri berkesempatan memberikan pandangan dan persoalan menyentuh isu di Tunisia, Algeria dan Mesir. Saya sorotkan kebangkitan seumpama ini telah berlaku sekian kali di negara-negara tersebut tetapi akhirnya keadaan yang serupa berlaku. Saya meminta dijelaskan apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh gerakan Islam agar umat Islam tidak terus ditipu.

Saya dapati keterbukaan panelis dalam menangani wacana sebegini terutama soalan-soalan sensasi dari para audien adalah sangat penting. Segala perbezaan pandangan sewajarnya disalur dan dijawab secara ilmiah bagi mengelakkan suasana tegang. Tahniah kepada Syubban PUM dan Youth Centre for Political Education(YCPE) dan semua yang terlibat.


Penulis : WUZARA

21/05/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi, Renungan & Teladan | 1 Comment

Riya’ merosakkan ibadat

Menunjuk itu riya'

Pada suatu waktu sahur, seorang abid membaca Al-Quran, surah “Thoha”, di biliknya yang berhampiran dengan jalanraya. Selesai membaca, dia berasa amat mengantuk, lalu tertidur. Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa senaskhah Al-Quran.

Lelaki itu datang menemuinya dan segera membuka kitab suci itu di depannya. Didedahkannya surah “Thoha” dan dibeleknya halaman demi halaman untuk tatapan si abid. Si abid melihat setiap kalimah surah itu dicatatkan sepuluh kebajikan sebagai pahala bacaannya kecuali satu kalimah sahaja yang catatannya dipadamkan.

Lalu katanya, “Demi Allah, sesungguhnya telahku baca seluruh surah ini tanpa meninggalkan satu kalimah pun”. “Tetapi kenapakah catatan pahala untuk kalimah ini dipadamkan?” Lelaki itu berkata.

“Benarlah seperti katamu itu. Engkau memang tidak meninggalkan kalimah itu dalam bacaanmu tadi. Malah, untuk kalimah itu telah kami catatkan pahalanya, tetapi tiba-tiba kami terdengar suara yang menyeru dari arah ‘Arasy : ‘Padamkan catatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimah itu’. Maka sebab itulah kami segera memadamkannya”.

Si abid menangis dalam mimpinya itu dan berkata, “Kenapakah tindakan itu dilakukan?”.

“Puncanya engkau sendiri. Ketika membaca surah itu tadi, seorang hamba Allah melewati jalan di depan rumah mu. Engkau sedar hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu supaya didengar oleh hamba Allah itu.

Kalimah yang tiada catatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi itu”.

Si abid terjaga dari tidurnya. “Astaghfirullaahal-‘Azhim! Sungguh licin virus riya’ menyusup masuk ke dalam kalbu ku dan sungguh besar kecelakaannya. Dalam sekelip mata sahaja ibadahku dimusnahkannya.

Benarlah kata alim ulama’, serangan penyakit riya’ atau ujub, boleh membinasakan amal ibadat seseorang hamba Allah selama tujuh puluh tahun”.

21/05/2011 Posted by | Ibadah, Tazkirah | 1 Comment

Buat pemuja demokrasi

Apabila suara Tuhan dijadikan alasan penetapan undang undang, ia di panggil Teokrasi

Apabila suara seorang saja menetapkan undang undang, ini di panggil Autokrasi

Mereka kata, jika banding dengan “krasi” yang lain, demokrasi yang terbaik,
ia tidak haram kerana tidak di sebut dalam Al Quran atau Hadith.
Maka demokrasi boleh.

Jika begitu kaedah yang digunakan, maka komunisme pun boleh dan halal 
kerana tidak disebut dalam Al Quran dan Hadith.SETUJU?


20/05/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 5 Comments

Kelantan terus membangun bersama Islam

Tajuk yang saya bawa hari ini adalah mengenai sebuah risalah bertajuk “Kelantan membangun bersama Islam” yang di terbitkan oleh urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.Risalah yang membentangkan langkah langkah kerajaan negeri untuk melaksanakan Islam Kelantan.Saya tidak pasti sejauh mana sahabat group yang tahu/sedar tentang kewujudan risalah ini.(Saya sendiri belum melihat tetapi dapat maklumat mengenainya dari seorang ustaz yang diperolehinya dari satu seminar anjuran kerajaan negeri Kelantan satu masa dulu).

Apa yang saya faham maksud mengIslamkan negeri bererti mahu mencorak seluruh pentadbiran, para para pentadbir,rakyat dan seluruh aspek kehidupan dengan cara Islam.Iaitu merangkumi hidup dalam akidah,ibadah,muamalah,ekonomi,politik,jenayah, munakahat,kemasyarakatan,kebudayaan dan sukan,tarbiah,kesihatan,pertanian, rumah tangga dan segala serba serbi kehidupan rakyat (insan).Erti kata  hendak di laksanakan menurut Islam saperti yang di laung laungkan oleh kerajaan PAS – mengamalkan Islam Syumul.Itulah yang saya faham kerana itu lah sifat sifat negeri Islam.Tanpa kehidupan dan pengamalan cara Islam, negeri itu tidak boleh dikatakan negeri Islam.Walaupun sesebuah negeri itu dipimpin oleh seorang Tuan Guru.

Melihat pada  majoriti rakyat memilih PAS pada setiap pilhanraya  yang lepas menunjukkan rakyat negeri Kelantan sememangnya minat pada Islam walaupun ramai yang belum mengamalkan Islam secara syumul.Realitinya cara hidup mereka belum memperlihatkan keghairahan kearah cara hidup Islam.Rakyat masih perlu di didik dan di beri kesedaran (saya yakin kerajaan negeri sedang berkerja keras kearah itu).Kesedaran Islam yang  mereka  perolehi kebanyakkan bukan melalui dakwah, motivasi dan pendidikan,  tetapi melalui kempen kempen politik pilihanraya yang sudah tercemar dengan pengamalan politik kotor saperti umpat mengumpat, fitnah memfitnah, kata mengata,tuduh menuduh,mengaibkan lawan dan sebagainya.Penyokong penyokong PAS mungkin marah di atas kenyataan saya ini.Tetapi ini lah realiti dan hakikat sebenarnya.

Kita doakan pencapaian kerajaan PAS Kelantan di atas agenda atau projek ini dan lihat natijah nya nanti.Walaupun kini sudah lebih 20 tahun memerintah, belum menampakkan hasil  yang di harapkan.Contohnya, pemain bola sepak “Red Warrior” belum bermain cara Islam lagi kerana masih bermain di hadapan beratus ribu penonton dengan aurat terdedah (pakai seluar pendek).Penonton yang melihat dgn sengaja pemain dedah aurat pun hukum nya sama dengan pihak yang mendedah aurat – haram dan dosa besar, sama tarafnya dengan dosa dosa besar yang lain.Tak tahu saya samada kerajaan PAS terlepas pandang dalam soal yang besar ini.Bukan kah untuk mengarah mereka menutup aurat, tidak saperti nak laksanakan hudud,perlu melihat samada ia di benarkan Perlembagaan Negara atau tidak?

Begitu juga dalam kerajaan PAS masih belum wujudkan sistem pentadbiran parti dan negeri secara Islam.Kalau ada pun secara separuh separuh.Sekular suku, Islam suku.Mungkin hanya pemilihan ahli dewan ulama sahaja mengikut  syura’, tetapi dalam pemilihan pemimpin dalam parti dan negeri masih mengikut sistem sekular. Tak mungkin ada pihak luar menghalang perlaksanaan sistem syura’ dalam parti dan negeri pentadbiran sendiri melainkan halangannya datang dari dalam pimpinan parti sendiri.Namun saya yakin dalam projek “Kelantan membangun bersama Islam” perkara perkara ini sudah ada dalam agenda nya.

Rupa rupanya tidak mudah untuk melaksanakan sistem Islam secara syumul dalam sesebuah negeri dan negara hatta dalam parti Islam sendiri pun walau pun sudah dapat kuasa memerintah.Pemikiran umat Islam seluruh alam sudah jauh sebati dengan sistem kehidupan ideologi barat yang sudah lama melanda manusia ibarat tsunami yang yang tidak dapat di sekat sekat lagi.Hinggakan ulama ulama, bijak pandai Islam dan pejuang Islam sekali pun tidak dapat lari daripadanya.Kerja kerja pengIslaman  memerlukan jentera jentera pendidikan insan yang lengkap.Contohnya kita terlebih dahulu perlukan jentera jentera merupakan cendikiawan Islam dalam semua bidang saperti teknologi,siber,kehakiman, ekonomi, pendidikan, kewangan dan perbankan,ketenteraan, kesihatan,kebudayaan,da’e da’e dan banyak lagi.

Islam itu syumul kerana ia adalah “way of life”.Pejuang Islam sedar tentang kehebatan nya dan rasa bersemangat untuk mendaulatkan nya.Umpama rasa betapa hebatnya hendak memiliki sebuah ladang yang besar dan luas yang boleh mengeluarkan hasil yang lumayan.Ghairah untuk mendapatkan lesen untuk beroperasi.Tapi bila lesen sudah berada ditangan bingung pula apa nak buat.Rupanya berladang tidak mudah.Persiapan, kepakaran dan peralatan canggih yang di perlukan rupa rupa mahal harganya dan payah di perolehi.Tamsilannya bukan mudah untuk mendaulatkan Islam.Tidak semudah saperti yang di laung laungkan.Allahu Akhbar!!

Wallah’alam.

19/05/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 16 Comments

Fitnah memfitnah-budaya politik jijik

Di antara fitnah besar pada zaman ini ialah budaya fitnah memfitnah dalam berpolitik. Ia adalah mainan kotor orang politik  yang di warisi dari idelogi barat.Ianya adalah “political game” yang termaktub  dalam rukun politik  ideologi barat (walaupun tak tersurat).Malangnya orang orang politik beragama Islam pun turut serta dalam ‘political games” ini kerana tidak mahu tersingkir dari arena atau gelanggang politik.Mereka menghalalkan permainan kotor ini atas alasan terpaksa (dharurat).Sebab itu kita sering berhadapan dengan tentangan dari golongan ini apabila kita kata fitnah, mengumpat,mengata, memaki hamun,mengaibkan orang walaupun dalam berpolitik , adalah haram, iaitu berdosa besar.Mereka kata dalam berpolitik perbuatan ini di benarkan dalam Islam berdasarkan hukum fiqh (maslahat politik). Tapi itulah, akibatnya, kata Imam Ghazali, apabila seseorang hanya mengambil fiqh dalam membuat keputusan keatas sesuatu masaalah (tanpa pertimbangan ilmu tasauf) maka dia akan jadi sombong dan akan merasa diri dia sentiasa betul dan benar dan tidak akan mahu menerima pendapat orang lain.

Golongan ini pada zahirnya berpegang kuat pada  agama , tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri . Mereka membuat keputusan  mengikut kehendak hawa nafsu atas kecenderungan dan keperluan politik mereka. Mereka  kemudian cuba menyesuaikan agama mengikut selera politik mereka.Maka mereka pada hakikatnya adalah golongan yang memperalatkan agama untuk kepentingan dan “survival”  politik.

Umat Islam kini sudah tidak dapat berpolitik secara bersih saperti yang di kehendaki oleh Islam kerana terlalu terbawa bawa oleh ideologi politik barat yang kotor.Sebab itu lah sampai bila pun orang Islam tidak akan dapat mempunyai pemimpin yang bersih dan baik kerana proses berpolitik yang di lalui adalah kotor dan jijik.


Apa yang Rasulullah pernah sebut dahulu tentang akan datangnya zaman fitnah benar benar sudah berlaku sekarang, dan pada masa itu baginda telah menyeru kepada generasi umat Islam yang menghadapinya supaya menyelamatkan diri dengan menjauhinya saperti di sebut di dalam beberapa Hadis.Di antaranya saperti berikut:

Dari Abu Said Al-Khudri r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:.
“Akan datang kepada manusia di satu zaman dimana harta terbaik yang dimiliki oleh seorang muslim adalah kambing. Dia membawa kambingnya menyusur puncak-puncak bukit dan tempat-tempat turunnya hujan, untuk menjauhkan agamanya dari fitnah.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari )


Dari Abu Hurairah r.a dia berkata: Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Kelak akan ada banyak kekacauan dimana di dalamnya orang yang duduk lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, dan yang berjalan lebih baik daripada yang mengerjakan (dalam fitnah). Siapa yang menghadapi kekacauan tersebut maka hendaknya dia menghindarinya dan siapa yang dapat tempat kembali atau tempat berlindung darinya maka hendaknya dia berlindung.” (Hadis Riwayat  Al-Bukhari  dan Muslim )


Dari maksud Hadis Hadis tersebut kita boleh ambil tamsilan iaitu agar kita  tidak terlibat dalam arena politik fitnah memfitnah .Bahkan Rasulullah SAW berpesan agar kita menyelamatkan diri, jangan terikut ikut dan menjauhinya. Bagi orang awam macam kita diantara langkah yang terbaik yang boleh di ambil ialah dengan banyak berdamping dengan alim alim ulama, dan ustaz ustazah yang bebas dan tidak terlibat dalam mana mana fahaman parti politik sambil menuntut ilmu dari mereka. Sedapat mungkin jauhkan diri dari berhubung atau berinteraksi dengan pemimpin atau penyokong penyokong parti politik  yang gemar buat fitnah,mengata,mengumpat,dan mengaibkan orang  jika tidak perlu.

Bila berhadapan dengan isu isu yang merupakan fitnah yang di bawa oleh orang orang politik,  jangan libatkan diri, sebaliknya minta nasihat dan pandangan alim ulama yang bebas (yang tidak berpihak).Karena para ulama ini adalah sebagaimana apa yang dikatakan  Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah: “Sesungguhnya fitnah ini, jika dia datang maka sudah diketahui oleh setiap alim dan jika dia sudah pergi maka baru diketahui oleh setiap yang jahil.” Maksudnya: Kita orang awam ini kadang kadang tidak tahu sesuatu isu itu adalah isu fitnah dan terikut ikut dalam menyebarkan nya.Adalah lebih baik bertanya kepada alim ulama untuk mendapat nasihat sebelum bertindak.

Apabila kita berhadapan dengan sesebuah harakah,jemaah atau parti yang pemimpin dan pengikutnya suka mengaibkan lawannya (fitnah) maka kita di nasihatkan supaya menjauhi parti atau jemaah itu untuk menyelamatkan diri dari murka Allah.

Hudzaifah bin Al-Yaman r.a berkata
“Orang-orang biasa bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan sementara aku biasa bertanya kepada beliau tentang keburukan karena bimbang jangan-jangan aku terkena keburukan itu. Maka aku bertanya, “Wahai Rasulullah, dahulu kami dalam masa jahiliah dan keburukan, lantas Allah datang dengan membawa kebaikan ini, maka apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan lagi?” Nabi menjawab, “Ya.” Saya bertanya, “Apakah sesudah keburukan itu akan ada kebaikan lagi?” Beliau menjawab, “Ya, tapi ketika itu sudah ada kabut.” Saya bertanya, “Apa yang anda maksud dengan kabut itu?” Beliau menjawab, “Adanya sebuah kaum yang memberikan petunjuk dengan selain petunjuk yang aku bawa. Engkau kenal mereka namun pada saat yang sama engkau juga mengingkarinya.” Saya bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu akan ada keburukan lagi?” Nabi menjawab, “Ya, yaitu adanya dai dai yang menyeru menuju pintu jahannam. Siapa yang memenuhi seruan mereka, niscaya mereka akan menghempaskan orang itu ke dalam jahannam.” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, tolong beritahukanlah kami tentang ciri-ciri mereka!” Nabi menjawab, “Mereka memiliki kulit seperti kulit kita, juga berbicara dengan bahasa kita.” Saya bertanya, “Lantas apa yang anda perintahkan kepada kami ketika kami menemui hari-hari seperti itu?” Nabi menjawab, “Hendaklah kamu selalu bersama jamaah kaum muslimin dan imam (pemimpin) mereka!” Aku bertanya, “Kalau pada waktu itu tidak ada jamaah kaum muslimin dan imam bagaimana?” Nabi menjawab, “Hendaklah kamu jauhi seluruh firqah (kelompok-kelompok) itu, sekalipun kamu menggigit akar-akar pohon hingga kematian merenggutmu dalam keadaan kamu tetap seperti itu.” (Hadis Riwayat  Al-Bukhari  dan Muslim )

Beberapa Hadis lagi tentang bahaya fitnah.

1. Umatku ini dirahmati Allah dan tidak akan disiksa di akhirat, tetapi siksaan terhadap mereka di dunia berupa fitnah-fitnah, gempa bumi, peperangan dan musibah-musibah. (Hadis Riwayat Abu Dawud)

2. Fitnah itu sedang tidur (reda) dan laknat Allah terhadap orang yang membangkitkannya. (Hadis Riwayat Ar-Rafii).

3. Rasulullah Saw melarang penjualan senjata di kala berjangkitnya fitnah. (Hadis Riwayat  Ath-Thabrani)

4. Jangan mendekati fitnah jika sedang membara dan jangan menghadapinya bila sedang timbul, bersabarlah bila fitnah datang menimpa. (Hadis Riwayat  Ath-Thabrani)

5. Jika kamu berbicara (menyampaikan ucapan) tentang sesuatu perkara kepada suatu kaum padahal perkara itu tidak terjangkau (tidak dipahami) oleh akal pikiran mereka, niscaya akan membawa fitnah di kalangan mereka. (Hadis Riwayat Muslim)


Wallahu’alam

13/05/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 5 Comments

Rasulullah SAW larang kutuk mengutuk sesama Muslim

Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)

Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”

(Hadis Riwayat  Abu Daud)

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya  ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)”

(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”

Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak  ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW  melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.

(Sumber: Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya)

11/05/2011 Posted by | Ibadah, Tazkirah | 5 Comments

Hukum Merayakan Hari Ibu

Kasih Ibu membawa ke syurga


1. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun. Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.

2. Ulama’ berselisih pendapat dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:

(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).

(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .

3. Pandangan kelompok pertama adalah cukup mudah untuk difahami dan saya tidak berhasrat memanjangkan di sini.

4. Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari. Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi dengan dua syarat:

1. Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan  yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.
2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.

5. Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:

“Hari ini dimana ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.”

6. Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:

Bahawa merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu. Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.

7. Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberikan pendapat seperti berikut:

Perayaan Hari Ibu pada suatu pada suatu hari yang dikhususkan (iaitu 21 Mac) pada pendapatku adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid’ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka. Telah datang beberapa hadith Rasulullah SAW yang melarang umatnya daripada menyerupai Ahli Kitab antara lainnya ialah yang didatangkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.”

8. Dr Muhammad al-Banna berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dengan syarat:

1. Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.
3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.(Sumber: UBM)

–  KENYATAAN JABATAN MUFTI SELANGOR –

SAMBUTAN YANG DI ANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.

2. Sambutan yang baik  adalah dengancaramengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah  atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.

123. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.

4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.

5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.

6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat,  dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.

7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.

8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.

9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.

10. Didikan agama yang sempurna  adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.

PENUTUP.

Harus diingat, mengamal  dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran

kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri. Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan  semoga dengan adanya garis panduan

seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutanHariBapa, Ibu, Kekasih dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.

Disediakan oleh:

Jabatan Mufti Negeri Selangor.

(www.muftiselangor.gov.my)

Wallahu ‘alam.

09/05/2011 Posted by | Ibadah | 10 Comments

Dah lah bodoh……sedap aje cakap orang lain bodoh

Orang yang baru tahu dan baru belajar satu dua benda akan gemar kondem orang sana dan sini. Bahkan pada anggapannya, semua orang  tak betul dan semua orang jahil. Yang pandai hanya dirinya seorang sahaja.

08/05/2011 Posted by | Tazkirah, Video | 1 Comment

Islam dan hubungan antara manusia

Foto baganintheworld.com

Islam  telah mengatur prinsip-prinsip dasar semua bidang kehidupan umat manusia. Termasuk di dalam nya adalahkonsep toleransi dan hubungannya dengan penganut agama lain. Allah SWT menciptakan manusia di muka bumi ini dengan berbagai macam suku bangsa, ras, agama dan etnik. Untuk itu Allah SWT mengajarkan konsep toleransi dengan tujuan untuk mewujudkan perdamaian umat manusia di muka bumi ini

:Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An’aam ayat 108

Maksudnya :Dan janganlah kamu menghina apa yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan

 Berdasarkan ayat ini, jelas bahawa perbezaan agama sebenarnya bukan penghalang terjalinnya kerukunan dan kedamaian di antara sesama manusia. Meskipun kita bergaul dengan orang yang berbeza iktikad keyakinan, tetapi kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan. Allah SWT mengizinkan umat-Nya untuk menjalin kerjasama dan berbuat baik kepada mereka yang menganut agama bukan Islam.

Allah SWT mengajar kita bagaimana untuk menghormati dan melindungi hak orang lain. Pengajaran paling penting adalah kita hendaklah berlaku adil terhadap sesama manusia. Atas dasar inilah agama Islam menolak sikap membeza-bezakan darjat ketinggian sesuatu kumpulan manusia di atas dasar bangsa, warna kulit, bahasa, kewarganegaraan dan seumpamanya. Islam menetapkan bahawa menentukan darjat manusia semata-mata di atas alasan tersebut sebagai satu manifestasi jahiliyyah yang menyesatkan. Ingatlah bahawa bumi yang kita diami ini sejak dahulu hingga ke akhir tamadun kemanusiaan adalah berasal daripada keturunan yang satu. Oleh kerana itu kita sebagai manusia adalah bersaudara dalam status sebagai manusia.Kita di tuntut untuk saling kenal-mengenali dan melenyapkan perbezaan yang ada sesama kita. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13:

Maksudnya:Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya”.

Penghormatan terhadap orang lain boleh dihayati menerusi sirah Nabawiyah. Perhatikanlah ketika  peristiwa Piagam Madinah yang terkenal di dalam sejarah Islam. Baginda telah menyeru umat Islam agar sentiasa menjaga hak keharmoniaan sesama manusia. Ia merupakan lambang keadilan Islam terhadap umat manusia keseluruhannya. Di antara butir-butir kesepakatan yang terkandung dalam Piagam Madinah ialah sesiapa yang hidup dan tinggal di wilayah Madinah, baik Islam atau pun bukan Islam, dengan syarat tidak berbuat zalim, maka hendaklah mereka dilindungi dan diberi keamanan di bawah kekuasaan Islam yang suci. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan maksudnya:

Sesiapa yang menzalimi seorang kafir yang diberi janji perlindungan oleh negara Islam (mu’ahad) atau mengurangi haknya atau memaksanya melakukan sesuatu di luar kekeuasannya atau mengambil sesuatu yang menjadi miliknya tanpa kerelaan hatinya, maka saya adalah penentangnya di hari Kiamat nanti”. (Riwayat Abu Daud)

Seharusnya umat Islam memahami tuntutan keadilan dan sikap bertoleransi ini. Namun, toleransi yang dimaksudkan bukanlah bererti kita mengakui doktrin keyakinan mereka kerana di dalam persoalan akidah Islam tidak sama sekali berkompromi dengan kesyirikan. Toleransi yang dimaksudkan oleh Islam ialah di dalam muamalah harian di samping akhlak baik yang dihayati ketika berkomunikasi dengan penganut agama lain. Ini merupakan dakwah bil hal yang memberi impak positif kepada perkembangan Islam.

 

Umat Islam perlu merenung apakah kita telah melaksanakan seruan Baginda SAW agar sentiasa bermuamalah dengan baik terhadap sesama manusia walaupun berbeza antara agama. Apakah kita telah mencontohi akhlak Baginda SAW ketika berurusan dengan bukan Islam yang berlindung di bawah pemerintahan Islam?.

Menerusi akhlak dan sikap toleransi kita ini, insyaAllah dengan izin-Nya masyarakat bukan Islam akan tertarik untuk mengenali ajaran Islam secara lebih dekat lagi. Mudah-mudahan dengan kita kembali merenung dan menilai perjalanan hidup Baginda, kita mampu berdakwah dengan akhlak dan toleransi yang telah digariskan oleh agama kita kepada mereka yang bukan beragama Islam. Semoga dengan itu juga, kita mampu menterjemahkan Islam sebagai agama “Rahmatan lil ‘Alamin”.

Marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk mengeratkan silaturrahim sesama Islam dan meningkatkan dakwah kepada bukan Islam melalui kerjasama dalam bidang keilmuan dan kepakaran tertentu yang dimiliki mereka. Menerusi sifat-sifat yang dinyatakan tadi akan mampu melenyapkan salah faham mereka terhadap Islam selama ini hasil dari propaganda media barat yang memusuhi Islam. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah dalam surah al-Imran ayat 64:

Maksudnya: Katakanlah: Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatupun; dan jangan sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain sebagai tuhan selain dari Allah. Kemudian jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah bahawa kami adalah orang Islam

 

Sumber: JAKIM

 


08/05/2011 Posted by | Tazkirah | 1 Comment

Hukum Dan Adab Bersumpah Dalam Islam

Saya nasihatkan agar para pembaca artikel ini supaya membaca dengan tenang  sehingga habis dan ketepikan sentimen politik supaya tidak tersalah tanggapan.Itu perlu bagi mendapatkan manfaat dari artikel ini dari sudut ilmu.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

(Nabi) ‘Isa ibni Maryam (‘alaihi al-salam) melihat seorang lelaki mencuri, lalu dia berkata kepadanya: “Apakah kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Tidak! Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia!” Maka ‘Isa berkata: “Aku beriman kepada Allah dan aku mendustakan mataku.” (1)

Demikianlah besarnya kedudukan sumpah di dalam Islam sehingga ia diunggulkan atas mata yang melihat. Berdasarkan hadis ini juga, jika bertembung antara sumpah dengan sesuatu yang lain, maka yang diunggulkan ialah sumpah.

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3444 (Kitab Ahadits al-Anbiya’, Bab firman Allah berkenaan Maryam…)

Namun, tentu sahaja sebelum sesuatu sumpah itu dapat memiliki authority seumpama di atas, orang yang bersumpah dan orang yang mendengar sumpah perlu mengetahui hukum dan adab-adab bersumpah di dalam Islam. Jika tidak, dibimbangi sumpah akan menjadi alat mainan sehingga ia hilang authority yang sepatutnya ia miliki. Oleh itu marilah kita mengkaji dan mendalami “sumpah” di dalam Islam.

Erti Sumpah.

Sumpah dalam bahasa Arab ialah al-Aiman (الأيمان) yang merupakan jamak dari perkataan al-Yamin (اليمين). Pada dasarnya ia bererti tangan kerana untuk bersumpah, masyarakat Arab lazimnya mengangkat tangan kanan mereka.[2] Juga, apabila mereka saling bersumpah, masing-masing memukul tangan kanannya dengan tangan kanan orang yang bersumpah.[3]Adapun dari sudut istilah, ia bererti menguatkan perkara yang disumpah dengan mengemukakan sesuatu yang agung secara khusus. [4]

Syarat Sumpah.

Agar sumpah menjadi sah (valid) dan berauthority sebagaimana hadis di atas, ia perlu terlebih dahulu menepati satu syarat, iaitu ia disumpah atas nama Allah, salah satu dari nama-nama Allah atau salah satu dari sifat-sifat Allah. Berikut diperincikan syarat ini:

  • Sumpah dengan nama Allah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesiapa yang ingin bersumpah, maka bersumpahlah atas nama Allah atau (jika tidak) maka diamlah.[5]

Maka orang yang ingin bersumpah hendaklah menyebut “Wallahi”, “Billahi” atau “Tallahi” yang semuanya bermaksud “Demi Allah”.

  • Sumpah dengan salah satu dari nama-nama Allah.

Berdasarkan hadis di atas juga, boleh bersumpah dengan salah satu nama Allah seperti al-Rahman, al-Rahim, al-Khalik dan sebagainya. Seumpama: “Demi al-Rahman, aku tidak pernah melakukan hal itu”. [6]

  • Sumpah dengan salah satu sifat Allah.

Sumpah sebegini pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, umpama

Aku berlindung dengan Kemuliaan Kamu, yang tidak ada Tuhan melainkan Kamu yang tidak mati manakala jin dan manusia akan mati. [

Daripada Ibn ‘Umar (radhiallahu ‘anhuma), dia berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersumpah dengan berkata: “Tidak! Demi yang membolak-balikkan hati.”[8]

Demi yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, tidaklah seorang jua dari umat ini yang mendengar tentang aku, baik Yahudi mahupun Nasrani, kemudian dia mati tanpa beriman kepada apa yang aku diutus dengannya (Islam) melainkan dia menjadi dari kalangan ahli neraka.[9]

Jika seseorang bersumpah dengan sesuatu selain Allah, nama-nama Allah atau sifat-sifat Allah, sumpahnya bukan sahaja tidak sah tetapi dia telah menyekutukan Allah. Ini adalah dosa syirik yang tidak akan diampuni oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala jika orang itu tidak bertaubat. Hadis berikut menjadi rujukan:

Ibn ‘Umar (radhiallahu ‘anhuma) mendengar seorang lelaki bersumpah: “Tidak, demi Ka’bah!” Lalu Ibn ‘Umar berkata kepadanya: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah berbuat syirik.” [10]

Sumpah dengan selain Allah bukan sahaja tidak sah dan syirik, orang yang melakukannya perlu segera mengucapkan syahadah, mempersaksikan bahawa “Tiada Tuhan Melainkan Alla

Sesiapa di antara kalian bersumpah lalu berkata dalam sumpahnya itu: “Demi Latta!”, maka hendaklah dia mengucapkan La ilaha illallah. Dan sesiapa yang berkata kepada temannya: “Ayuh, aku ingin bertaruh dengan kamu”, maka hendaklah dia bersedekah.[11]

Mengapakah sumpah dengan selain Allah boleh melibatkan syirik? ‘Abd Allah al-Bassam hafizhahullah menjawab persoalan ini:

al-Yamin ialah sumpah dengan kata-kata khusus bagi menguatkan sesuatu yang disumpah, iaitu dengan mengemukakan sesuatu yang agung secara khusus. Orang yang bersumpah apabila ingin menguatkan sesuatu, baik dalam rangka menafikan atau menetapkan, maka dia perlu menguatkannya dengan sumpah yang disandarkan kepada yang mulia, yakni dengan mengucapkan sesuatu mulia yang dia miliki.

Sejak dahulu lagi, manusia menyakini bahawa sesuatu yang dijadikan sandaran sumpah akan menguasai orang yang bersumpah, di mana ia dapat memberikan manfaat atau mudarat berdasarkan sebab-sebab rasional dan tidak rasional. Apabila orang yang bersumpah menepati apa yang dia sumpahkan, maka (diyakini) yang dijadikan sandaran sumpah tersebut telah rela dan mengabulkan sumpahnya. Apabila (yang dijadikan sandaran sumpah) tidak rela, maka ia akan menimpakan bahaya kepadanya.

Atas dasar inilah, sumpah atas nama selain Allah Subhanahu wa Ta’ala atau atas nama selain sifat Allah dikatakan sebagai perbuatan syirik (kerana menyakini manfaat dan mudarat datang dari apa yang dijadikan sandaran sumpah dan bukan datang dari Allah).[12]

Selain larangan bersumpah dengan selain Allah, seseorang itu juga diperingatkan agar jangan berdusta dalam sumpah, sekalipun terhadap perkara yang amat kecil. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bers

“Sesiapa yang mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya (yang dusta), maka sesungguhnya Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan ke atasnya syurga.”

Lalu seorang (yang hadir bersama) bertanya kepada baginda: “Sekalipun terhadap sesuatu yang remeh ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “(Ya), sekalipun sebatang kayu arak (yang digunakan untuk bersiwak).”[13]

Mengingatkan besarnya ancaman bagi orang yang berdusta dalam sumpahnya, maka Islam menganjurkan sikap “cegah sebelum parah”, yakni jangan biasakan diri bersumpah. Jangan bersumpah tentang itu dan ini tanpa sebarang keperluan untuk bersumpah. Kebiasan bersumpah akan menyebabkan orang itu merasa tidak mengapa untuk berdusta dalam sumpahnya sehingga akhirnya terjebak dalam ancaman hadis di atas. Justeru Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan janganlah kamu menurut orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina.[al-Qalam 68:10]

Beberapa Persoalan Berkaitan Sumpah.

  • Sah atau tidak sumpah dengan lafaz yang tidak jelas?

Para ilmuan berbeza pendapat tentang orang yang bersumpah dengan lafaz yang tidak jelas, umpama “Demi janji Allah…” atau orang yang hanya menyebut “Aku bersumpah…” tanpa menyandarkannya kepada Allah. Perbezaan ini membuahkan tiga pendapat:

1.      Sumpah tersebut adalah sah (valid).

2.      Sumpah tersebut tidak sah (invalid).

3.      Sumpah tersebut sah jika penyumpah meniatkannya sebagai satu sumpah, tidak sah jika penyumpah tidak meniatkannya sebagai satu sumpah.

Di antara tiga pendapat ini, yang terbaik ialah meminta penyumpah melafazkan semula sumpahnya dengan lafaz yang pasti, umpama “Demi Allah aku bersumpah tidak melakukan hal ini”. Jika dia enggan, maka sumpahnya dianggap tidak sah kerana memiliki unsur keraguan di dalamnya.

  • Sah atau tidak sumpah dengan ucapan insya-Allah?

Sumpah ini tidak sah berdasarkan hadis beriku

Sesiapa yang bersumpah lalu dia membuat pengecualian (dengan menyebut insya-Allah), maka jika dia menghendaki dia boleh menarik balik (sumpahnya itu) dan jika dia menghendaki dia boleh mengabaikan (sumpahnya itu) kerana ia bukanlah satu pelanggaran sumpah.[14]

 

  • Bolehkah bersumpah dengan al-Qur’an?

Kamal bin al-Sayyid Salim hafizhahullah menjawab persoalan ini:

al-Qur’an ialah perkataan Allah (kalamullah) dan ia bukan ciptaan (Allah). Perkataan Allah yang suci itu merupakan satu sifat dari sifat-sifat-Nya. Oleh kerana itu jumhur ilmuan, kecuali Abu Hanifah, berpendapat boleh bersumpah dengan al-Qur’an dan sumpah itu menjadi sah… Sementara itu tokoh Mazhab Hanafi yang mutakhir seperti Ibn al-Hamam dan al-Aini menguatkan pendapat jumhur membolehkan sumpah dengan al-Qur’an. (Demikian kenyataan Wahbah al-Zuhaili dalam) al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh, jld. 3, ms. 379.

Sesiapa yang bersumpah dengan mushaf al-Qur’an sementara yang dia maksudkan ialah perkataan Allah yang tertulis dalam mushaf itu, maka ia dibolehkan. Namun jika yang dia maksudkan ialah lembaran kertas yang tertulis (atasnya ayat al-Qur’an), maka ia tidak dibolehkan. Dan Allah sahaja yang lebih mengetahui.[15]

Dalam suasana kebanyakan umat Islam masa kini yang tidak faham tentang sifat Kalamullah dan kaitannya dengan al-Qur’an, serta tidak tahu membezakan antara Kalamullah dan tulisan di atas al-Qur’an, maka adalah lebih selamat mereka tidak bersumpah dengan menggunakan al-Qur’an.

  • Apakah hukum orang yang melanggar sumpahnya?

Orang yang bersumpah dengan menepati syarat sahnya lalu dia melanggar sumpah itu, maka diwajibkan kafarat sumpah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’al

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dalam keadaan bersungguh-sungguh. Maka kafaratnya ialah:

  1. Memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu,
  2. Atau memberi pakaian untuk mereka,
  3. Atau memerdekakan seorang hamba.
  4. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan tiga pilihan kafarat di atas), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari.

Yang demikian itu ialah kafarat penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur. [al-Maidah 5:89]

Bagi sumpah yang berganda, maka ia diperincikan sebagai berikut:

  1. Orang yang melafazkan sumpah beberapa kali untuk satu perkara yang sama lalu dia melanggarnya, maka kafaratnya hanya sekali.
  2. Orang yang melafazkan satu sumpah untuk beberapa perkara dengan satu lafaz, maka satu kafarat bagi setiap perkara yang dilanggarnya.[16]

Walaubagaimanapun terdapat beberapa jenis pelanggaran sumpah yang tidak diwajibkan kafarat, iaitu:

  1. Sumpah dusta (al-Yamin al-Ghamus). Sumpah ini hukum asalnya memang tidak sah kerana ia adalah dusta. Disebabkan ia sejak awal adalah tidak sah, maka pelanggarannya tidak mewajibkan kafarat. Akan tetapi orang yang melakukan sumpah dusta tersebut diwajibkan bertaubat dan menyatakan apa yang benar di sebalik pendustaannya itu.
  2. Percakapan biasa yang tidak dimaksudkan sebagai sumpah (al-Yamin al-Laghw). Terhadap ayat 89 surah al-Maidah di atas, ‘Abd Allah al-Bassam hafizhahullah menulis: “Aisyah radhiallahu ‘anha menafsirkan sumpah yang tidak dimaksudkan adalah perkataan yang sering diucapkan oleh lisan manusia saat mereka berbicara, iaitu ucapan mereka sendiri seperti La wallahi dan Bala billah. Ia adalah ungkapan yang sering diucapkan oleh lisan tetapi tidak diniatkan oleh hati sebagai sumpah. Penafsiran sebegini dikemukakan oleh tiga imam mazhab.”[17]
  3. Orang yang melanggar sumpahnya kerana terlupa, keliru atau dipaksa. Ini berdasarkan keumuman hadis Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam:

Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku kesilapan, kekeliruan dan apa yang dipaksa ke atasnya.[18]

Orang yang telah bersumpah untuk sesuatu yang akan datang, lalu kemudian dia mendapati sesuatu yang lebih baik dari apa yang dia sumpahkan, maka tidaklah bersalah untuk dia melanggar sumpahnya yang awal, asalkan dia membayar kafarat. Dalilnya ialah hadis berikut:

Apabila kamu bersumpah dengan sesuatu sumpah, lalu kamu melihat sesuatu lain yang lebih baik dari apa yang telah kamu sumpah, maka bayarlah kafarat dari sumpah kamu (yang awal itu) dan ambillah yang lebih baik itu.[19]

 

  • Bagaimana menangani pendapat yang membolehkan sumpah dengan selain Allah?

Diketahui terdapat sebahagian pihak yang membolehkan sumpah dengan selain Allah. Mereka berhujah dengan beberapa sumpah Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam al-Qur’an, di mana Allah bersumpah dengan menyandar kepada ciptaan-ciptaan-Nya. Antara ayat al-Qur’an yang dimaksud

Demi langit dan (bintang) al-Thariq! [al-Thariq 8

Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh! [al-Fajr 89:01-

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari! [al-Syams 91:01]

Penghujahan di atas dapat ditolak dengan penjelasan:

  1. Sumpah-sumpah seperti di atas mengandungi sandaran sumpah yang tersembunyi, iaitu Pencipta bagi ciptaan-ciptaan tersebut, yakni Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sehingga yang dimaksudkan dalam sumpah-sumpah tersebut ialah “Demi Pencipta langit dan bintang al-Thariq”, “Demi Pencipta waktu fajar dan malam yang sepuluh” dan “Demi Pencipta matahari dan cahayanya di pagi hari”.
  2. Sumpahan Allah dengan menyandar kepada ciptaan-ciptaan-Nya memiliki tujuan menunjukkan kekuasaan dan keagungan-Nya dalam mencipta perkara-perkara tersebut. Justeru apabila Allah bersumpah “Demi matahari…”, ia bagi menunjukkan kepada manusia kekuasaan dan keagungan-Nya dalam mencipta matahari.

Berdasarkan dua penjelasan di atas, dapat diketahui bahawa sumpah seumpama ayat-ayat al-Qur’an di atas hanya layak bagi Allah, justeru menjadi hak-Nya sahaja. Kita sebagai manusia tidak layak meniru tatacara sumpah sedemikian.

Selain itu pihak yang membolehkan sumpah dengan selain Allah menggunakan hadis berikut sebagai da

Daripada Abu Hurairah (radhiallahu ‘anh) dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang paling tinggi anjarannya?”

Rasulullah menjawab: “Demi ayah kamu! Tentu aku akan menjelaskannya. Iaitu sedekah ketika kamu sihat tetapi kedekut kerana bimbang kefakiran dan berharap agar harta itu kekal bersamamu. Janganlah menunda sedekah sehingga ke saat nyawa kamu hampir ditarik, lalu pada saat itu kamu berkata: “Untuk si-fulan harta ini, untuk si-fulan harta itu” padahal pada saat itu harta tersebut memang sudah menjadi hak orang-orang itu.”[20]

Pendalilan dengan hadis di atas dijawab, bahawa perkataan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam “Demi ayah kamu!” bukanlah satu sumpah tetapi sekadar ungkapan yang lazim di sisi masyarakat Arab (al-Yamin al-Laghw). al-Nawawi rahimahullah menjelaskan:

(Rasulullah) bersumpah dengan ayah (sahabat itu) padahal (baginda) melarang bersumpah dengan selain Allah. Maka berkenaan sumpah dengan sandaran ayah ini, dijelaskan bahawa sumpah yang dilarang dengan selain Allah adalah apabila ia memang dimaksudkan (sebagai sumpah). Adapun lafaz sumpah dalam hadis ini, ia merupakan kebiasaan di atas lisan orang-orang Arab tanpa (mereka) memaksudkannya (sebagai sumpah). Maka ia tidak termasuk dalam kategori sumpah yang dilarang oleh baginda.[21]

  • Dalam kes jenayah, bolehkah yang tertuduh bersumpah sebelum diminta oleh hakim?

Terdapat dua hadis yang menjadi rujukan bagi persoalan ini:

Sumpah kamu wajib berada di atas apa yang diminta oleh lawan kamu (yang membuat tuduhan).[22]

Sumpah bergantung kepada niat orang yang meminta sumpah.[23]

Berdasarkan dua hadis di atas, para ilmuan terbahagi kepada dua pendapat:

  1. Orang yang tertuduh hendaklah menunggu hingga hakim meminta dia bersumpah bagi membersihkan tuduhan ke atas dirinya.
  2. Asalkan ada tuduhan, orang yang tertuduh boleh bersumpah bagi membersihkan dirinya. Dengan syarat ia diminta atau dicadangkan oleh orang yang memiliki kedudukan di sisi masyarakat atau negara, baik orang itu ialah seorang hakim atau selainnya.

Pada analisa saya, yang lebih kuat ialah pendapat yang kedua. Penjelasannya adalah seperti apa yang dikatakan oleh Muhammad bin Ismail al-Shan‘ani rahimahullah:

Kesimpulannya, sumpah itu sesuai dengan niat orang yang bersumpah dalam semua perkara kecuali apabila diminta bersumpah oleh hakim atau wakilnya terhadap sesuatu tuduhan yang dihadapkan ke atasnya. Maka dalam kes ini sumpah hendaklah sesuai dengan maksud orang yang meminta dia bersumpah (yakni hakim atau wakilnya). Inilah maksud hadis di atas.

Adapun apabila dia bersumpah tanpa diminta untuk bersumpah oleh hakim atau wakilnya terhadap sesuatu tuduhan yang dihadapnya, maka sumpah itu sesuai dengan niat orang yang bersumpah.

… Saya (al-Shan‘ani) berkata, tidak diketahui dari mana datangnya pembatasan (terhadap keumuman) hadis di atas kepada hakim atau wakilnya sahaja (dalam persoalan permintaan sumpah). Padahal zahir hadis menunjukkan apabila sumpah itu diminta oleh orang yang memiliki hak (yakni kedudukan dalam masyarakat atau negara), maka niat sumpah itu sesuai dengan niat orang yang memintanya (dan ini berlaku secara) mutlak.[24]

  • Apakah maksud sumpah Mubahalah?

Sumpah mubahalah merujuk kepada ayat berikut

Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya sesudah kamu beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.” [‘Ali Imran 3:61]

Perkataan Mubahalah (مباهلة) berasal daripada kata bahlah atau buhlah (بهلة) yang bererti doa yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kutukan kepada lawan yang membangkang. Imbuhan Mubahalah menunjukkan wujudnya dua pihak yang saling melakukan perkara yang sama, dalam kes ini saling berdoa kepada Tuhan untuk menjatuhkan laknat kepada pihak yang mengingkari kebenaran.[25]

Merujuk kepada ayat di atas, diriwayatkan bahawa pada satu ketika datang delegasi Nasrani dari Najran[26] untuk berdialog dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di Kota Madinah dalam subjek perbandingan agama antara Kristian dan Islam. Setelah disampaikan segala hujah yang benar yang tidak mampu dijawab oleh delegasi Nasrani, mereka tetap enggan mengakui kebenaran Islam, apatah lagi memeluknya. Keengganan delegasi Nasrani ini menyebabkan AllahSubhanahu wa Ta‘ala menurunkan ayat 61 surah ‘Ali Imran di atas.

Berdasarkan ayat ini, apabila terdapat dua pihak yang bertikai dengan saling menuduh sementara masing-masing pihak telah mengemukakan hujah masing-masing, maka alternatif terakhir bagi menyelesaikan pertikaian ialah melakukan sumpah mubahalah. Melalui sumpah mubahalah masing-masing pihak membawa ahli keluarga terdekat masing-masing dan bersumpah seandainya pihak yang menuduh berdusta, laknat Allah akan tertimpa ke atas ahli keluarganya.

Kehadiran ahli keluarga terdekat memiliki pengaruh yang amat mendalam sehingga orang yang berdusta dalam membuat tuduhan akan menarik balik tuduhannya itu. Ini kerana dia tidak mahu kesalahan dirinya sendiri memberi kesan buruk kepada ahli keluarga tersayangnya, yang pada asalnya memang tidak bersalah langsung.

Dengan merujuk kepada hadis-hadis yang mengkhabarkan peristiwa mubahalah yang dilakukan oleh Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam, dapat dirumuskan beberapa syarat sumpah mubahalah:

  1. Ia sebagai alternatif terakhir setelah semua alternatif lain dilaksanakan bagi meleraikan pertikaian.
  2. Masing-masing pihak membawa bersama ahli keluarganya yang terdekat.
  3. Masing-masing pihak bersama ahli keluarga terdekat hadir secara berhadapan.
  4. Masing-masing pihak bersumpah, umpama: “Demi Allah! Aku bersumpah aku tidak bersalah dalam tuduhan ini. Ya Allah! Yang menuduh telah berdusta dalam membuat tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas penuduh dan ahli keluarganya.” Pihak kedua pula bersumpah, umpama: “Demi Allah! Aku tidak berdusta dalam membuat tuduhan ini. Ya Allah! Yang tertuduh telah berdusta dalam menafikan tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas tertuduh dan ahli keluarganya.”

Lazimnya apabila masing-masing pihak hadir bersama ahli keluarga terdekat secara berhadapan, sumpah mubahalahtidak akan berlaku. Pihak yang membuat tuduhan palsu akan menarik diri. Bahkan dia mungkin tidak akan hadir atau tidak akan membawa ahli keluarganya. Ini sebagaimana yang berlaku kepada delegasi Najran itu sendiri. Hadis berikut menjadi ru

Daripada Huzaifah (radhiallahu ‘anh), dia berkata: al-Aqib dan al-Sayyid, ketua delagasi Najran datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk saling melaknat (Mubahalah).

(Huzaifah menyambung): Lalu berkata salah seorang daripada mereka kepada sahabatnya: “Janganlah berbuat demikian kerana Demi Allah, jika benar dia (Muhammad) seorang Nabi lalu kita melaknat dia pasti kita dan generasi sesudah kita tidak akan mencapai kejayaan.”

Lalu akhirnya mereka berdua berkata: “Kami akan memberikan apa yang kamu minta (sebagai perjanjian damai) dan utuskanlah kepada kalangan kami seorang yang amanah, tidak sebarangan orang kecuali yang amanah.” Rasulullah menjawab: “Aku akan mengutus bersama kalian seorang yang amanah, benar-benar amanah.”

Setelah itu maka setiap seorang daripada para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sangat-sangat berharap agar merekalah yang terpilih sebagai utusan yang amanah tersebut. Lalu Rasulullah bersabda: “Bangunlah wahai Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah.” Tatkala (Abu ‘Ubaidah) berdiri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Inilah orang amanah umat ini.” [27]

 

 


[1]               Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3444 (Kitab Ahadits al-Anbiya’, Bab firman Allah berkenaan Maryam…).

[2]               ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman al-Bassam – Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 7, ms. 105.

[3]               Abu Malik Kamal bin al-Sayyid Salim – Shahih Fiqh al-Sunnah wa Adillatuh wa Taudhih Mazahib al-Aimmah (Maktabah al-Taufiqiyyah, Kaherah), jld. 2, ms. 285.

[4]               Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, jild. 7, ms. 105.

[5]               Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2679 (Kitab al-Syahadat, Bab bagaimana cara bersumpah).

[6]               Shahih Fiqh al-Sunnah, jld. 2, ms. 288.

[7]               Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 7383.

[8]               Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6628.

[9]               Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 153.

[10]             Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albbani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 3251.

[11]             Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1647.

[12]             Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, jild. 7, ms. 108.

[13]             Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 137.

[14]             Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 3262.

[15]             Shahih Fiqh al-Sunnah, jld. 2, ms. 289-290.

[16]             Shahih Fiqh al-Sunnah, jld. 2, ms. 314-315.

[17]             Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, jild. 7, ms. 117.

[18]             Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no: 1675.

[19]             Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6622.

[20]             Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1032-2.

[21]             al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj (Dar al-Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut), jld. 4, ms. 359.

[22]             Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1653.

[23]             Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1653-2.

[24]             Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram (Dar al-Arqam, Beirut), jld. 2, ms. 423.

[25]             Quraish Shihab – Tafsir al-Mishbah (Lentera Hati, Djuanda), jld. 2, ms. 105.

[26]             Najran terletak di Yaman, kira-kira 240km di utara bandar San’a. [Syed Anwar Ali – Qur’an: The Fundamental Law of Human Life(Hamdard Foundation, Karachi 1987), jld. 4, ms. 172].

[27]             Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 4380.

Ditulis oleh Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah

02/05/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Ibadah | 10 Comments

Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan/Swasta

Keputusan: 

01/05/2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

Mengguna perkataan Islam untuk mengelirukan masyarakat

Keputusan: 

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 15 Februari 2001 telah membincangkan Masalah Perpecahan Orang Melayu/ Islam. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:

  1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplin ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
  2. Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain, selain daripada menepati rukun Iman dan rukun Islam seperti pengakuan atau sokongan kepada pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keislamannya adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng.
  3. Ketentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam layak ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu, sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah dan menyeleweng.

01/05/2011 Posted by | Fatwa | Leave a comment

Status (Identiti) Bayi (Kanak-Kanak) Terdampar (Pungut) dan Penjagaannya Menurut Pandangan Islam

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-46 yang bersidang pada 22 April 1999 telah membincangkan Status (Identiti) Bayi (Kanak-Kanak) Terdampar (Pungut) dan Penjagaannya Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Bayi/kanak-kanak yang dijumpai, dipungut atau terdampar di mana-mana tempat di Malaysia di kategorikan sebagai muslim.
  2. Bayi/ kanak-kanak berkenaan di kategorikan sebagai anak jagaan negara dan secara automatik memeluk agama Islam.

01/05/2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

Al-Quran Diletakkan Di Hotel-Hotel Malaysia

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-42 yang bersidang pada 30 May 1997 telah membincangkan Al-Quran Diletakkan Di Hotel-Hotel Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

a) Bersetuju meletakkan al-Quran di hotel-hotel di Malaysia dengan mematuhi kaedah berikut :

i) Diletakkan di tempat khas supaya tidak dicapai oleh kanak-kanak sekiranya mereka berada di situ.

ii) Sentiasa diawasi oleh penyelia hotel yang beragama Islam supaya tidak disalah guna.

iii) Meletakkan nota/catatan bagi orang-orang yang ingin menyentuh al-Quran di cermin khas di mana al-Quran itu di tempatkan.

b) Adalah lebih baik kalau disediakan al-Quran terjemahan supaya mereka boleh memahami dengan lebih dekat lagi isi kandungan al-Quran.

01/05/2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | | 1 Comment

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki ( Pengkid ) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan ( Pondan Dan Mak Nyah )

  • Isu golongan wanita membawa imej lelaki dan lelaki membawa imej wanita telah lama diperkatakan. Jika suatu waktu dahulu, wanita yang berperwatakan lelaki ini digelar sebagai tomboy kerana membawa imej lelaki, kini muncul pula golongan yang dinamakan sebagai pengkid dengan imej, penampilan dan perwatakan lelaki begitu juga penampilan golongan mak nyah dan pondan . Fenomena ini semakin menular dan berleluasa malah telah menjadi satu fenomena global di seluruh dunia.

  1. Isu golongan wanita membawa imej lelaki dan lelaki membawa imej wanita telah lama diperkatakan. Jika suatu waktu dahulu, wanita yang berperwatakan lelaki ini digelar sebagai tomboy kerana membawa imej lelaki, kini muncul pula golongan yang dinamakan sebagai pengkid dengan imej, penampilan dan perwatakan lelaki begitu juga penampilan golongan mak nyah dan pondan . Fenomena ini semakin menular dan berleluasa malah telah menjadi satu fenomena global di seluruh dunia.
  2. Pengkid merujuk kepada gadis yang mempunyai penampilan fizikal mirip lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan jeans dan t-shirt. Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat kelakian (kejantanan) pada golongan ini dengan imej macho sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang lelaki sejati. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.
  3. Pengkid agak berbeza dengan tomboy, kerana tomboy hanya menampilkan imej kelelakian daripada sudut fizikal atau luaran sahaja seperti memakai jeans, t-shirt, bertopi dan berambut pendek sedangkan daripada sudut naluri dan perasaan, mereka tetap sama seperti perempuan normal.
  4. Pondan atau Mak Nyah pula merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan fizikal mirip perempuan seperti berambut panjang dengan mengenakan pakaian seperti seorang wanita . Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat keperempuanan pada golongan ini dengan imej lembut sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang wanita sejati. Pondan dan Mak Nyah cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan sesama lelaki yang berperawakan wanita kerana daripada segi perasaan. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.
Keputusan:
    Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,i aitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.
Keterangan/Hujah:
1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama” bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1)
2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-“Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai”il Lil Nisa” menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)
Status Penwartaan:

Tidak Diwartakan

Negeri:

01/05/2011 Posted by | Fatwa, Ibadah | Leave a comment

>TAK NAK BUTA QURAN

>

“TAK NAK BUTA QURAN”
DAPATKAN QURAN TERJEMAHAN PER KATA
RASM UTHMANI + ASBABUN NUZUL + TAFSIR BAHASA MALAYSIA
“Betapa nikmat membaca al-Qur’an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab …”
Tashih KDN
HARGA RM 110
[Termasuk penghantaran]
maksud di bawah setiap ayat al-Qur’an mempermudah kita memahami erti dan isi al-Qur’an

Boleh di dapati secara online di:
atau hubungi saya di:
MALAYSIA
TEL: 012-2441105
E mail : amri.shoppe@gmail.com

01/05/2011 Posted by | Iklan | | 4 Comments

Mushaf Al-Quran Pertama di Dunia

Di sebuah sudut gelap di ibukota negara Uzbekistan, Tashkent, terdapat satu peninggalan paling bersejarah bagi umat Islam, iaitu Al-Quran tertua di dunia. Al-Quran ini berasal dari masa pemerintahan khalifah ketiga iaitu Othman Bin Affan.

Othman Bin Affan merupakan perintis yang membukukan Alquran, sebelum itu Al-Quran hanya dihafal atau ditulis di atas kulit kayu dan tulang unta. Pembukuan Al-Quran pertama ini dilakukan Othman Bin Affan ketika berada di Madinah. Pembukuan Al-Quran ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun setelah meninggalnya Rasulullah SAW.
Pembukuan ini dilakukan Othman untuk mencegah perselisihan dan perbezaan versi dari ayat Al-Quran, sehingga beliau memutuskan untuk membukukannya.

Di Tashkent, Al-Quran ini disimpan di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Hast-Imam sebuah lokasi yang jauh dari orang ramai.

Lokasi penyimpanan Al-Quran ini berdekatan dengan makam ilmuwan dari abad ke-10, Kaffel Sashi. Penyimpanan Alquran ini berada di kawasan bangunan yang menjadi pusat aktiviti Mufti Uzbekistan atau pimpinan agama tertinggi di negara ini.

Al-Quran tertulis pertama yang dibukukan ini sangatlah berharga, sebab itu ia disimpan dalam sebuah almari kaca yang dilekatkan di dinding. Sayangnya, kerana sudah berusia ratusan tahun, Al-Quran ini tidak utuh lagi.

Pada masa ini yang tinggal hanyalah sepertiganya saja atau sekitar 250 halaman lagi. Ayat-ayatnya ditulis dalam bahasa Hijaz dan ditulis di atas kulit rusa.

Dikatakan bahawa Khalifah Othman membuat lima salinan dari Al-Quran ini dan menyebarkannya ke berbagai wilayah Islam. Selain yang ada di Tashkent, salinan lainnya juga masih tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.

Tidak jauh dari lokasi penyimpanan Al-Quran tersebut, ada juga sebuah rumah yang menyimpan benda bersejarah lainnya, iaitu sehelai rambut Rasulullah SAW. Selain Al-Quran tertua, rambut baginda ini juga menjadi salah satu koleksi bersejarah yang dimiliki Asia Tengah dalam kaitan mereka dengan sejarah Islam.

Di lokasi yang sama juga terletak perpustakaan yang menyimpan kekayaan dengan koleksi bersejarahnya. ”Dikatakan di perpustakaan itu ada sekitar 20 ribu buku hingga tiga ribu naskah,”ujar Ikram Akhmedov, pembantu mufti.

Buku-buku itu rata-rata adalah buku tentang sejarah abad pertengahan, astronomi, dan kedoktoran. Namun ada juga Al-Quran dan buku-buku tentang ilmu hukum. ”Namun benda tertua di perpustakaan ini adalah Alquran yang berasal dari abad ketujuh atau dari masa pemerintahan khalifah Othman Bin Affan,”jelasnya.

Adanya Al-Quran tertua di dunia ini mengingatkan kita betapa kawasan Asia Tengah memberikan peranan sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. Ini juga merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa harta karun umat Islam berada di negara yang dulunya merupakan pecahan negara komunis terbesar di dunia, Soviet Union.

Sejarah tibanya Al-Quran dari dinasti pemerintahan Othman Bin Affan ke Tashkent ini sangatlah luar biasa. Setelah kematian Othman Bin Affan, sebahagian orang menyatakan bahawa Al-Quran ini dibawa oleh Ali bin Abi Talib ke Kuffah atau yang sekarang dikenal sebagai Irak.

Tujuh ratus tahun kemudian, ketika Tamerlane (penakluk kawasan Asia Tengah) datang ke daerah ini, ia menemui Al-Quran ini dan membawanya ke ibukotanya di Samarkand, Al-Quran ini berada di Samarkand lebih dari empat abad, hingga orang Rusia menakluk kota ini pada tahun 1868.

Pada masa itu, Gabenor Russia mengirimkan Alquran ini ke St Petersburg dimana Al-Quran ini kemudian disimpan di perpustakaan kerajaan. Namun setelah pecahnya revolusi Bolshevik, Lenin yang sangat bernafsu menguasai daerah umat Islam mengirimkan Al-Quran ini ke Ufa atau yang kemudian dikenal sebagai Bashkortostan.

Namun akhirnya, setelah berulang kali diminta oleh Muslim Tashkent, Al-Quran ini akhirnya kembali lagi ke Asia Tengah pada tahun 1924. Sejak saat itu, Al-Quran ini ditempatkan di Tashkent sehingga hari ini.

Sejak awal lagi, Al-Quran ini telah menarik banyak orang termasuk petinggi umat Islam untuk mengunjunginya. Sehingga terasa aneh kerana Alquran ini masih ditempatkan di lokasi tersebut.

Mufti yang juga menjaga serta menjaga ini mengatakan bahawa Al-Quran ini tidak dipertontonkan dan dijaga agar tidak terlalu menarik banyak perhatian. Ini dilakukan untuk menjaganya dari perkara-perkara negatif yang mungkin terjadi.

Posted @ www.isuhangat.net

01/05/2011 Posted by | Informasi | , | Leave a comment