Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Antara Dalil Yang Menunjukkan Meminta Kepada Yang Telah Meninggal Dunia Dibenarkan

Al-Imam al-Tirmidziyy di dalam Sunan al-Tirmidziyy telah meriwayatkan satu hadith yang berstatus Hasan Sohih: daripada [Sayyidina] Uthman bin Hunayf bahawa sesungguhnya seorang lelaki yang buta penglihatan telah mendatangi Nabi SAW lalu beliau telah berkata: “Mohonlah kepada Allah agar Dia memberikan kesembuhan untukku”. Baginda telah bersabda: “Sekiranya anda mahu, saya akan berdoa. [Namun] sekiranya anda mahu, [saya tidak akan berdoa dan] anda [pula] akan bersabar [atas kehilangan deria penglihatan]. Maka ia adalah yang [paling] baik untuk anda [berbanding dengan yang pertama]”. Lelaki tersebut telah berkata: “Maka [kalau begitu] anda berdoalah kepada-Nya [agar saya disembuhkan]”. Maka baginda telah menyuruh beliau berwuduk lalu beliau [turut diminta untuk] mengelokkan wuduknya lantas beliau [setelah itu disuruh oleh baginda untuk] berdoa dengan doa ini: Ya Allah. Sesungguhnya daku memohon kepada-Mu dan daku menghadap kepada-Mu dengan [keberkatan] Nabi-Mu Muhammad [yang merupakan] nabi kerahmatan. Sesungguhnya daku menghadap kepada tuhanku dengan [keberkatan] anda [wahai Rasulullah] pada hajatku ini agar ia ditunaikan untukku. Ya Allah. Terimalah baginda sebagai pemberi syafaat kepada saya”.

Menerusi hadith ini, Rasulullah SAW telah meminta sahabat tersebut agar berdoa kepada Allah sambil menyeru Baginda semasa beliau sedang berdoa kepada Allah agar Allah mengabulkan permintaannya.

Menurut Al-Imam al-Sayyid Ahmad bin Zayni Dahlan di dalam kitab beliau yang berjudul: al-Duror al-Saniyyah Fi al-Rodd ‘Ala al-Wahhabiyyah: “Orang yang mengingkari [keharusan] bertawassul tidak boleh berkata: [Doa] ini hanyalah [dibenarkan] semasa hayat Nabi SAW kerana ucapannya itu tidak diterima kerana doa ini telah digunakan oleh para sahabat dan juga tabiin selepas kewafatan Baginda SAW untuk dikabulkan hajat-hajat mereka”. Kata beliau lagi: “Adapun membezakan antara [memohon bantuan] orang yang hidup dengan orang yang telah mati sebagaimana yang difahami daripada ucapan mereka yang menghalang tawassul, maka sesungguhnya kalam mereka menunjukkan bahawa mereka beriktikad bahawa orang yang masih hidup berkuasa ke atas sebahagian perkara berbeza dengan orang yang telah meninggal dunia. Maka seakan-akan mereka beriktikad bahawa seseorang hamba mencipta perbuatan-perbuatannya sendiri lalu ia adalah mazhab yang batil”.

Al-Imam al-Bayhaqiyy dan al-Imam Ibnu Abi Shaybah turut meriwayatkan kisah seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Sayyidina Bilal bin al-Harith yang telah menziarahi pusara Rasulullah SAW pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar yang ketika itu diuji dengan kemarau panjang lalu Sayyidina Bilal bin al-Harith telah berkata di sisi maqam Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah. Mintalah [kepada Allah] akan minuman buat umatmu kerana sesungguhnya mereka telah binasa [disebabkan kemarau panjang ini]”. Menurut al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolaniyy di dalam fath al-Bari; kisah Sayyidina Bilal bin al-Harith ini telah diriwayatkan berdasarkan sanad yang sahih.

Jauhi Sikap Bermudah-Mudah Mengkafirkan

Kita di Malaysia secara umumnya tidak meminta kepada orang yang telah meninggal dunia sebaliknya mereka hanya menziarahi kubur lalu berdoa agar Allah mengampunkan kaum keluarga yang telah meninggal dunia. Ini tidak ada salahnya dari sudut Syarak. Namun masyarakat di negara lain kadang-kadang mempunyai amalan tertentu yang janggal di negara kita seperti meminta hajat kepada orang yang telah meninggal dunia. Maka umat Islam di Malaysia tidak boleh cepat menyalahkan sesuatu amalan apatah lagi mengkafirkan hanya disebabkan amalan tersebut bukan amalan yang tersebar di Malaysia. Maka rujuklah para ulama yang muktabar kerana berkemungkinan amalan yang pelik pada kita sebenarnya tidak ada salahnya dari sudut Syarak Yang Maha Mulia.

Ustaz Hairul Nizam

https://www.facebook.com/100006057341306/posts/pfbid0uKHFUGEzkyzb5itMjnNvENre2S3NtEZpLbep79cS4YxYkmaNXCyTDEU8XRmtwyZPl/

30/07/2022 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | 1 Comment

Adakah Mati Kemalangan Jalan Raya Syahid?

Mematuhi peraturan lalu lintas suatu ibadat

ULAMA memberikan pelbagai pandangan mengenai orang yang terbunuh di jalan raya. Pada dasarnya ia bergantung kepada sebab berlakunya kejadian itu. Adakah ia disebabkan oleh kecuaian pemandu atau menjadi mangsa kecuaian orang lain. Di sini boleh dibahagikan masalah ini mengikut perspektif Islam.

Pertama, terbunuh dalam kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian sendiri seperti memandu laju melebihi had yang dibenarkan dan dalam keadaan yang membahayakan atau memandu dalam keadaan mabuk.

Kebanyakan ulama berpendapat perbuatan demikian mengundang bahaya yang boleh dikategorikan sebagai mencampakkan diri ke arah kebinasaan sebagaimana firman Allah bermaksud: “Janganlah kamu korbankan dirimu dengan tanganmu ke arah kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Rasulullah bersabda seperti diriwayatkan Thabir Dhuhak, maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri sendiri dengan sesuatu benda, nescaya Allah azabkannya dalam neraka jahanam nanti dengan benda itu.”

Mengikut Sahih Muslim, Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka dengan besi itulah dia menikam dirinya dalam neraka jahanam selama-lamanya, sesiapa yang meminum racun sehingga mati nescaya dia akan meminum racun dalam neraka jahanam, sesia-pa yang terjun bukit dan mati, nescaya dia akan terjun di dalam neraka kekal selama-lamanya.”

Berdasarkan keterangan ini menunjukkan bahawa orang yang terkorban di jalan raya disebabkan kecuaian dirinya ketika memandu adalah berdosa dan ada ulama yang menganggap orang yang mati sedemikian adalah boleh dihukum membunuh diri dan berdosa besar kepada Allah.

Berpandukan hadis di atas, Rasulullah yang menyebut sesiapa membunuh diri dengan besi, Allah akan azabkannya di akhirat kelak dengan besi itu.

Malah di Arab Saudi pernah dikeluarkan fatwa mengatakan bahawa orang yang terkorban dalam kemalangan jalan raya disebabkan kecuaiannya adalah dianggap membunuh diri dan berdosa besar.

Oleh itu, pemerintah dan pihak berkuasa Arab Saudi mengingatkan remaja bahawa mereka akan masuk neraka sekiranya terkorban di jalan raya disebabkan kecuaian mereka sendiri ketika memandu kenderaan.

Kedua, sekiranya seseorang pemandu yang cuai itu hanya cedera parah atau cedera ringan, sedangkan orang yang menjadi mangsa langgar, mati di dalam kemalangan itu adalah termasuk dalam hukum membunuh dan berdosa besar.

Perkara ini dijelaskan Rasulullah dalam hadisnya: “Jauhilah kamu tujuh perkara yang membinasakan. Sahabat bertanya: Apa dia ya Rasulullah? Sabda Rasulullah: ialah syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan benar, memakan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan dan menuduh perempuan yang baik dengan zina.”

Kerana itu terbunuh di jalan raya akibat kecuaian orang lain seperti menjadi mangsa pemandu mabuk atau mangsa langgar lari, kebanyakan ulama mengklasifikasikan mati sedemikian adalah mati syahid dunia selain mati kerana wabak penyakit, mati terbakar, mati sakit dalam perut, mati lemas dan mati tertimbus.

Ulama juga mengkiaskan bahawa mati terbunuh dalam kemalangan jalan raya, di kilang industri dan jatuh kapal terbang dan seumpamanya adalah termasuk dalam mati syahid.

Perlu dijelaskan di sini bahawa mati syahid dunia akibat kemalangan jalan raya ini bukanlah merangsangkan lagi individu atau masyarakat untuk berkorban di jalan raya dengan harapan boleh masuk syurga dan terlepas daripada azab kubur dan azab neraka.

Anggapan sebegini adalah salah kerana dimaksudkan mati syahid di sini ialah keadaan mati itu ngeri dan menderita sebelum menghembuskan nafas dan kerana itulah dinamakan syahid dunia, tetapi bukan syahid dunia dan akhirat seperti gugurnya pejuang Islam di medan perang untuk menegakkan kalimah Allah.

Tetapi orang yang mati syahid dunia ini bergantung kepada amalan masing-masing ketika hidupnya iaitu adakah mereka beriman dan melakukan amalan soleh sepanjang hayatnya. Janji dan pembalasan Allah adalah bergantung kepada keimanan dan amalan seseorang.

Jadi jelaslah bahawa keadaan mati seseorang itu bergantung ketika apa yang dilakukan ketika hidup sama ada baik atau sebaliknya. Oleh itu, sebagai seorang Islam hendaklah melaksanakan segala suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Di antara suruhan Allah ialah berdisiplin di jalan raya, mematuhi segala peraturan lalu lintas yang digubal khas untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya, menghormati dan bertolak ansur serta sentiasa ingat kepada Allah kerana memandu itu adalah ibadat.

Setiap gerakan tangan, mata dan pemikiran kita mendapat pahala daripada Allah selama mana hati kita sentiasa ingat kepada Allah.
Sumber

Sumber

14/11/2019 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | , | Leave a comment

Amanah Dalam Pengurusan Jenazah

Perkara yang terlalu berat yang perlu dijaga adalah amanah, tetapi ianya akan menjadi terlalu ringan apabila mulut merasa ghairah menceritakan tentang aib jenazah yg diuruskannya.. AllahuRabbi..

Apakah syarat ke atas orang yg memandikan mayat/jenazah?:
1) Beragama Islam.
2) Bukan musuh.
3) Merdeka.
4) Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
5) Sabar.
6) Tabah dan berani.
7) BERAMANAH.

– Ramai orang mampu dengan syarat di atas, malah ramai juga yang kecundang dengan sifat ‘Amanah’..

– Kita perlu mengetahui apa kelebihan dan pahala bagi orang yang menguruskan dalam pemandian jenazah, merahsiakan aib jenazah dan mengikhlaskan niat melakukannya kerana Allah swt..

‘LURUSKAN NIAT’
– Bagi yang mengurus jenazah itu akan mendapatkan pahala yang besar dengan dua syarat :

1) Hendaklah dalam mengurus jenazah itu seseorang benar-benar ikhlas dan tidak bertujuan untuk memperoleh upah atau ucapan terima kasih.

2) Benar-benar menutupi jenazah dengan rapat dan tidak menyebarluaskan keburukan yang telah dilihatnya dari jenazah tersebut, sebagaimana hadits Nabi:

( من غسل مسلما فكتم عليه غفر له الله أربعين مرة ومن حفر له فأجنه أجري عليه كأجر مسكن أسكنه إياه إلى يوم القيامة ومن كفنه كساه الله يوم القيامة من سندس واستبرق الجنة ) رواه الحاكم 3: 395, باب من رأى شيئا من الميت فكتمه ولم يتحدث به
"Barang siapa yang memandikan seorang muslim, seraya dia menyembunyikan dengan baik, maka Allah akan memberikan ampunan 40 kali kepadanya. Dan barangsiapa membuatkan lubang untuknya lalu menutupinya maka akan diberlakukan baginya pahala seperti pahala orang yang memberinya tempat tinggal kepadanya sampai hari kiamat kelak. Dan barang siapa mengkafaninya, niscaya Allah akan memakaikan kepadanya dihari kiamat kelak, pakaian dari kain sutra tipis dan pakaian sutera tebal syurga."
(HR. Hakim dan Baihaqi)

– Hadith ini menunjukkan kelebihan yang amat besar bagi mereka yang ikhlas menguruskan dalam pengurusan jenazah saudara semuslim. Mereka juga antara orang yang akan diberikan pakaian di akhirat pada saat semua orang bertelanjang menantikan saat pembalasan daripada Allah swt.

– Al-Imam Ibn Qudamah ketika mengulas tentang merahsiakan keaiban mayat berkata:
“Jika ia melihat sesuatu yang baik (pada jenazah) seperti tanda-tanda baik, muka yang bercahaya, wajah yang dalam keadaan senyum dan seumpamanya, disunatkan dia menceritakannya agar memperbanyakkan orang memohon rahmat untuknya, dan agar adanya galakan untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh jenazah (ketika hidupnya)…”
(Al-Mughniy, 3/371)

– Apabila ada yang tidak amanah, maka sia-sia lah amalan mereka seperti debu-debu yang bertebangan..
Wallahualam…

~Aku berani dlm menguruskan apa jenis situasi jenazah, tetapi aku amat takut apabila memegang suatu amanah~

(Merahsiakan aib jenazah itu adalah suatu amanah yg perlu dipegang hingga ke akhir hayat.)

Sumber: #‎Amanah‬ ‪#‎PengurusanJenazah‬ ‪#‎FardhuKifayah‬

22/09/2014 Posted by | Fiqh, Ibadah | , | Leave a comment

Kemanakah Kita Esok?

Mati itu benar

 

Perit untuk kita dengar tentang kisah kematian,tapi itu adalah lumrah kehidupan sekarang,tiap2 hari pasti ada khabar kematian,di akhbar,di mulut2,di mana2 sahaja..kerana kematian itu adalah lumrah kehidupan..

Ali Imran surah 3 yang bermaksud :

"145. dan (tiap-tiap) makhluk Yang bernyawa tidak akan mati melainkan Dengan izin Allah, Iaitu ketetapan (ajal) Yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). dan (dengan Yang demikian) sesiapa Yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa Yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur."

Gusar hati mengenangkan mati,kerana mati itu adalah pasti..tidak kira apa2 sekali,yakni malaikat,manusia,haiwan..dan apa2 benda yang hidup pastikan merasa mati..semuanya dengan kehendak ALLAH. Dalam Surah An-Biyaa’ ayat ke 35 yang bermaksud :

"tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."

kita sekian lama hidup tidak mengenang sekalipun asal usul kematian…kematian itu adalah pasti,kerana itulah ALLAH mengirimkan kita khabar2 kematian hari2 bagi supaya kita bersiap siaga untuk berhadapan dengan NYa.

kerana ALLAH telah berfirman dalam surah Yassin ayat ke 83 yang bermaksud :

"oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan Yang memiliki dan Menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."

dan Jika kita tidak percaya sekalipun terhadap kematian yang bakal menjemput kita,cukuplah kita duduk di hospital sepanjang hari,boleh dikira hari2 kita berjumpa insiden atau mana2 manusia yang dijemput untuk mengadap Ilahi…

dan ingatlah ketika itu kita akan dihitung,dihadapkan ke arah neraka bagi yang menderhaka,dan bagi yang taat insyaALLAH syurgalah tempatnya..

firman ALLAH dalam surah Yassin ayat ke 63 yang bermaksud :

""Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, Yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah)."

Jsdi sebagai insan,kita wajib diingatkan terhadap mati,kerana itu kita kena bersiap siaga menghadap mati,biarpun bukan kita,mungkin esok harinya adalah kita?kita tidak tahu ajal kita…kerana mengenai ajal maut hanyalah ALLAH.

Mari kita renungi diri kita, adakah cukup amal kita untuk berhadapan dengan ALLAH.

kerana janji janji kita sebelum kita dijadikan manusiapada ketika alam ruh lagi kepada ALLAH telahpun dirakam di dalam Al Quran dalam surah al A’raaf ayat 172 yang bermaksud :

"dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". Itulah selalunya diperingatkan kita pada notis2 di masjid-masjid,di surau-surau.

"Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan"

sebelum kaki berhenti melangkah,tangan terputus nikmat,lidah menjadi kelu,mata menjadi buta,jantung berhenti berdegup,badan menjadi kaku…ada baiknya kita bermusahabah diri….merenung siapa sebenarnya diri kita…apa tujuan hidup kita…kenapa kita diciptakan di dunia ini..kenapa harus kita bersembahyang…cukupkah masa untuk kita bertaubat dan beramal..sebelum kita terlambat. Marilah..pintu rahmat ALLAH itu sentiasa terbuka..

ALLAH itu maha pengampun lagi maha pemurah…

Wassalam

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

12/05/2014 Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah | | Leave a comment

Apa faedah ingat mati sedangkan kita mahu kemajuan?

OLYMPUS DIGITAL CAMERAKita masih dan sedang merancang hendak besarkan lagi rumah yang sudah besar. Sedang berkira-kira hendak ambil loan untuk dapat kereta baru. Bersuka-suka dengan perempuan yang tidak halal. Ingin bahkan rebut jawatan, pangkat, gaji besar supaya dapat berbangga, menunjuk-nunjuk, bermewah-mewah. Gila puji, gila dunia, sombong, takabur, dengki, dendam, bakhil dan macam-macam lagi sifat jahat lahir mahupun batin yang kita jadikan mainan hidup kita.

 Walhal kalau kita sedar dan rasa yang kita akan mati, tentulah semua kejahatan itu dapat kita elakkan. Tentu rumah yang ada sudah cukup, bahkan mungkin hendak dikecilkan lagi, sebab takut dihisab nanti. Tentu tidak ambil riba lagi dan tidak bantu bank-bank riba. Bahkan duit-duit simpanan pun dikeluarkan dari bank dunia dimasukkan ke bank akhirat. Tentu sudah takut hendak bergaul bebas dengan perempuan yang haram bagi kita. Bahkan hendak pandang pun takut. Takut zina mata. Takut mata itu nanti dibakar oleh api neraka. Sudah takut hendak pegang jawatan besar dan gaji besar sebab itu semua akan memberatkan dan menyusahkan hisab di Padang Mahsyar. Takut hendak bermewah apalagi membazir, kerana takut tidak dapat jawab dan tidak lepas dari hukuman Allah. Sebab itu semua itu di serahkan kepada tabung jihad, tabung akhirat. Dengan harapan untuk bermewah di akhirat.

Pendek kata apa juga perkara yang boleh menyusahkan kita di alam Barzakh dan di alam kubur nanti tentu kita elakkan sedaya mungkin. Hatta soal-soal hati pun dijaga, jangan biarkan busuk dan kotor kerana hati begitu nanti tidak selamat juga daripada dibakar oleh api neraka.

Firman Allah yang bermaksud: Pada hari itu (hari kita pergi mengadap Allah) tidak berguna lagi harta dan anak kecuali mereka yang pergi membawa hati yang selamat. (Surah As Syuara` : 89)

Kerana itu orang yang sedar dan rasa dia akan mati bukan saja membersihkan amalan lahir tetapi hati pun dijaga betul. Supaya kekotoran sifat mazmumah diganti oleh mahmudah. Selagi hati masih kotor dan selagi dosa-dosa lahir masih dibuat, selama itu kita tidak rasa tenang dan bahagia. Sebab takut dan rasa tidak selamat dari hukuman Allah di alam barzakh dan di akhirat. Tapi kalau ada orang yang masih rasa tidak apa dan rasa seronok dengan maksiat lahir mahu pun batin, orang itu sebenarnya tidak sedar yang dia akan mati. Orang begini adalah orang yang bodoh.

Kata Rasulullah, orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak ingat mati. Maknanya orang yang paling bodoh ialah yang langsung tidak fikir tentang mati. Lebih kurang macam kambing yang walaupun nampak pisau di tangan tuannya, sedang dihala ke lehemya, bakal mengambil nyawanya, tapi dia masih ketawa dan manis muka. Bodoh betullah dia.Tetapi tidak apalah, sebab dia kambing. Kambing tidak akan disoal oleh mungkar nakir. Tidak akan dihisab di Padang Mahsyar. Apa hal dengan manusia yang macam kambing? Ataukah mereka rasa lepas mati kita tidak hidup lagi? Itu satu perkiraan yang tidak wajar. Sebab kehidupan di dunia perlu diadili. Kerana itu Allah akan bangunkan sekali lagi untuk satu pengadilan dan kira bicara yang mutlak.Agar hidup benar-benar bermakna pada semua orang.

 Ayat Al Quran: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan. (Al Anbiya` : 35)

Ya, mati pasti datang! Dan kita akan dihidupkan kembali untuk dipersoalkan tentang apa-apa yang Allah pertanggungjawabkan pada kita di dunia. Soalnya bilakah masanya kita akan mati? Jawabnya kematian itu mungkin akan berlaku sejam lagi! Mati boleh datang sedetik lagi! Jawabnya kematian itu mungkin akan berlaku seminit lagi. Mati boleh datang sedetik lagi! Jangan kita nafikan hal ini. Jangan kita remehkan hal ini, bahawa Allah cukup kuasa untuk mematikan kita sebentar lagi.Kalau kita tidak gentar dengan keperkasaan Allah ini, cuba doakan agar Allah tarik nyawa kita sekarang juga. Jangan fikir Allah tidak buat.Allah boleh matikan seluruh manusia di dunia sekaligus sekelip mata. Begitu kuasa Allah. “Jadi!” Maka jadilah.Cuma Allah tidak berbuat begitu.Dia benarkan lagi kita hidup untuk beberapa waktu lagi agar sempat lagi kita hidup untuk beberapa waktu lagi agar sempat lagi kita taubat dan menambah bakti dan mengabdikan diri padaNya.

Ingat Firman Allah: Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku ( Ad Dzariat : 56)

Maknanya Allah panjangkan lagi umur kita ini dengan tujuan memberi peluang lagi kita mencari jalan untuk menyembah-Nya. Sebab itulah setiap kali Allah bangunkan kita untuk hidup sehari lagi, dan sehari lagi, syukurlah banyak-banyak sebab Allah beri peluang lagi untuk kita mencari dan menambahkan lagi bekal untuk perjalanan dan hidup di akhirat. Serta mintalah pada Allah hidayah dan taufik untuk hari itu dan hari-hari berikutnya, agar dapat kita gunakan sepenuhnya untuk dan kerana Allah.

Dalam pada itu kita mesti selalu ingat bahawa bila-bila masa saja Izrail boleh datang menjemputl kita untuk kembali ke hadrat Allah. Memang Izrail tiap-tiap hari menjenguk atau memandang kita. Dua kali sehari. Dia lihat kalau kalau sudah tiba masanya untuk kita dibawa ke alam barzakh. Izrail tidak pernah cuti. Kalau begitu nyawa kita boleh diambil bila-bila saja. Mungkin seminit dari sekarang!

Masya-Allah! Cuba kita rasakan benar-benar yang kita boleh jadi mati seminit lagi. Aduh! Akan jadilah sepertimana orang yang dihukum gantung, yang dibincangkan di awal tadi. Nescaya kita tidak berani lagi hendak buat maksiat kecil atau besar. Bukan saja maksiat, bahkan perkara harus pun sudah tidak lalu. Panggang hati atau ayam pun kalau dihidang tidak ada makna. Isteri muda yang cantik molek pun dibawa, kita tidak ada mood lagi. Yang kita fikir ialah dosa-dosa yang bertimbun. Tentu akan kejar sana, kejar sini, cari orang yang kita ada buat dosa, untuk minta maaf. Panggil siapa sempat untuk wasiat agar bayar hutang, wakafkan harta benda, keluarkan duit di bank. Sambil itu menangis dengan Allah minta ampunkan dosa-dosa. Minta tangguh kalau boleh agar beri masa untuk buat segala-gala amal soleh. Hati tidak fikir lain lagi melainkan Allah, Allah, Allah.

Itulah faedahnya ingat mati. Kita akan takut dengan dosa, bahkan amal yang sia-sia pun tidak terbuat lagi. Ingat mati benar-benar kontrol kita untuk minta ampun dengan Allah dan dengan manusia. Tidak terfikir lagi hendak derhaka pada Allah dan hendak bersengit-sengit hati dengan kawan-kawan. Di samping itu ingat mati akan tambah kekuatan untuk membangunkan amal kebaikan dan berkorban serta berjuang menegakkan agama Allah. Kita tidak fikir panjang lagi untuk korban segala-galanya di jalan Allah. Tidak letih lagi berjuang untuk menegakkan hukurn Allah. Inilah yang dimaksudkin oleh Rasulullah bahawa orang cerdik ialah orang yang banyak ingat mati Yang mana, hasil ingat akan mad akan tercetuslah segala kebaikan dan hapuslah sikap jahat kita. Bukannya bila ingat mati langsung tidak mahu keluar rumah. Hendak sembahyang saja.

Itulah perangai orang jahil. Orang yang faham Islam, bila sebut mati maka berlompatanlah mereka berjuang, membangunkan Islam agar mati syahid. Sebab kematian yang paling mulia ialah mati syahid. Rasulullah dan para sahabat ialah generasi umat Islam yang sangat banyak ingat mati. Apakah mereka bangsa yang pasif dan jumud? Tidak. Di tangan merekalah 3/4 dunia menyerah pada Islam. Mereka berhabis-habisan menyerah tenaga, fikiran dan segala-galanya untuk Allah, sebagai simpanandi akhirat nanti.

Itulah hasil ingat mati. Dan kalau kita boleh ulangi sikap ini (sentiasa ingat mati) nescaya kita juga jadi bangsa yang sentiasa bertenaga untuk berkorban dan berjuang di jalan Allah demi menegakkan Islam ke seluruh dunia. InsyaAllah

(Sumber:  Usaha Taqwa)

05/09/2013 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Siapa orang yang cerdik?

15/06/2012 Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah | | Leave a comment