Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

BAHAYA GERAKAN WAHABI

1- Pergerakan Wahabi yang berselindung di sebalik perkataan Salafi nampaknya semakin membarah terutamanya kepada golongan profesional dan anak-anak muda. Kini kelompok Wahabi sudah berani dan tidak segan silu menyusup ke saluran tv dan radio, menjawat posisi penting dalam kerajaan, universiti dan institusi agama.

2- Yang kasihannya fahaman ini telah berjaya mempengaruhi para pelajar dan golongan profesional, warga emas yang kurang berpengetahuan di dalam pendidikan agama. Hanya kerana belajar satu dua hadis terutamanya hadis kullu bid’atin dolalah dan tidak mempelajari mengenai asas ulum al-Hadis, ilmu dirayah, maqbul/mardud dan banyak lagi, mereka ini sudah berani mengatakan ambil sahaja hadis sahih. Bagus mengambil hadis sahih, cuma yang menjadi masalahnya mereka menolak hadis daif malah disamakan taraf dengan hadis palsu.

3- Ada antara mereka ini bermudah-mudah dengan mengatakan ulama itu salah, tersilap, sesat, terkeluar dari Ahli Sunnah wal Jamaah. Yang menjadi masalahnya mereka mengatakan ulama bukan maksum, tetapi dalam masa yang sama, mereka mengikut kata-kata ustaz mereka yang bukan maksum juga.

4- Paling dahsyat mereka membuat tuduhan bidaah sesat kepada amalan dan ijtihad para ulama mujtahid yang tentunya lebih mahir dan faham tentang disiplin ilmu dalam mengistinbat hukum. Adakah mereka tidak tahu bahawa sumber hukum yang diambil daripada para ulama ini berpandukan al-Quran dan Hadis juga, bukannya dari kitab Syiah, Veda dan lain-lain.

5- Ada yang mengatakan buat apa bermazhab, ambil sahaja secara langsung dari al-Quran dan hadis. Sedangkan netizen yang mengecam dan mengulas itu baca kitab dalam Bahasa Arab pun tidak lepas, apatah lagi menguasai Ulum al-Quran yang mempunyai ragam bahasa yang amat unik dan memerlukan pengetahuan mendalam untuk memahaminya.

6- Akidah Islam sejati yang dibawa sejak dari zaman salaf juga telah diselewengkan dalam pelbagai isu antaranya dalam memahami nas mutasyabihat, salah faham Tauhid 3 dan sebagainya telah menjadikan kelompok Wahabi dan Salafi palsu ini telah tergelincir dari landasan dan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar.

7- Begitu juga gejala gemar membidaah dan menyessatkan ini akhirnya membawa kepada permusuhan dan dendam yang tidak berkesudahan. Ia adalah satu antara jarum halus yang amat disukai oleh golongan yang memussuhi Islam. Mudahlah nanti mereka mengatakan beginilah Islam, ajarannya amat susah, ada yang suka ses4t menyessatkan, k4fir mengk4firkan. Perbuatan seumpama itulah menyebabkan Islam menjadi agama yang sangat ditakuti dan terus menjauhkan orang bukan Islam mengenali agama suci ini.

8- Sedangkan Islam agama kesejahteraan yang menganjurkan kepada kedamaian, keselamatan dan mengajak manusia hidup dalam keadaan harmoni. Tidak mungkin agama menganjurkan kepada perbalahan dan persengketaan sesama manusia. Allah ﷻ mencipta manusia supaya saling mengenali dan mengasihi antara satu sama lain..

9- Seseorang yang berpegang teguh kepada agama pasti akan mengajak manusia kepada kasih sayang dan kesejahteraan. Sebab itu, Rasulullah ﷺ menganjurkan supaya sentiasa memberikan salam kepada muslim yang lain sama ada dikenali ataupun tidak sebagai tanda kasih antara sesama Islam.

10- Semoga Allah menyelamatkan kita semua serta masyarakat Malaysia daripada akidah dan fahaman yang rosak dan fahaman yang memecah belahkan kesatuan umat ini.

#dakwahsunnah

17/03/2023 - Posted by | wahabi |

No comments yet.

Leave a comment