Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Prinsip Islam Dalam Mendepani Penyakit.

Kenapa Kanak – Kanak Perlu Divaksin?

Prinsip Islam Dalam Mendepani Penyakit.

Islam merupakan agama yang menitik beratkan soal kesihatan dengan meletakan beberapa prinsip asas dalam mendepani penyakit, sebelum dan juga semasa penyakit menimpa sesorang. Antara prinsip yang diajarkan ialah:

1. Berdoa
Seorang ayah dan ibu akan mengharapkan sesuatu yang terbaik buat anak-anak. Amalan berdoa untuk tujuan mengelakkan seseorang anak ditimpa penyakit adalah dianjurkan dalam Islam.

2. Mencegah
Islam amat menitik beratkan soal pencegahan penyakit sebelum ia menimpa. sebagai seorang ayah dan ibu sudah tentu ingin memberikan sesuatu yang terbaik bagi anak-anak. sekiranya anak kita memang layak untuk menerimanya,
kenapa kita masih menangguhkannya. Bertanyalah kepada mereka yang pakar.

3. Merawat
Sebaik sahaja seseorang itu ditimpa penyakit, Islam memberi penekanan kepada kepentingan merawat di samping redha dengan ketentuanNYa kita dituntut untuk berusaha. Sebagaimana dalam maksud hadis :
“bagi setiap penyakit ada ubatnya. apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izinnya.”

4. Tawakkal
Segala usaha dan ikhtiar dilakukan seperti memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak. Agama Islam mengajar kita agar menyerahkan segala urusan seterusnya kepada Allah.

sumber : JAKIM

al Bayan siri 4

#pickids2022

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

18/03/2022 - Posted by | Informasi, Tazkirah

No comments yet.

Leave a comment