Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Manhaj Wahhabi yg menyalalahi perjalanan ASWJ

‪#‎Wahhabi‬ selalu menuduh umat Islam yang mengadakan tahlil, baca yasin malam jumaat, talqin, qunut subuh, sapu muka lepas salam, sambut maulid Nabi dan lain-lain sebagai Ahl al-Bid’ah. Sedangkan semua amalan yang mereka bid’ahsesatkan mempunyai sandaran di dalam agama bahkan tidak menyalahi prinsip-prinsip agama yang disepakati.

‪#‎Hakikatnya‬, para ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah menyatakan Wahhabi sebagai Ahl al-Bid’ah (أهل البدعة) atau al-Mubtadi’ (المبتدع) di dalam Islam di mana Wahhabi menyalahi prinsip-prinsip Islam di dalam banyak perkara. Mereka membawa kefahaman yang baru yang menyalahi ulama salaf dan khalaf Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah.

Kenapa Wahhabi dikira sebagai golongan al-Mubtadi’ di dalam agama?

1. Kerana mereka membawa akidah mujassimah atau tajsim di mana mereka berkeyakinan Allah mempunyai tangan, jari-jemari, kaki, mata, muka, betis, bertempat di langit, duduk di arash. Mereka mengikuti ayat-ayat dah hadith-hadith mutasyabihah. Ini menyalahi perjalanan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah.

2. Menolak madrasah akidah ‘Asya’irah yang menjadi pegangan majoriti ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah yang bersambung daripada satu generasi kepada satu generasi sampai kepada kita pada hari ini melalui tokoh-tokoh ulama’ ‘Asya’irah yang diakui.

3. Membahagikan tauhid kepada tiga iaitu tauhid uluhiyyah, rububiyyah, asma wa sifat yang tidak dikenal di zaman salaf.

4. Mengharamkan orang awam bertaqlid kepada mazhab fiqh sedangkan para ulama’ besar-besar termasuk ulama hadith tidak sunyi daripada bermazhab dengan mazhab fiqh yang empat.

5. Membid’ahkan perkara-perkara yang sunnah di dalam agama seperti zikir, baca Al-Quran dan lain-lain.

6. Membahagikan bid’ah kepada ibadah dan dunia yang tidak dikenal pada zaman sahabat mahupun ulama salaf.

7. Meninggalkan berhukum dengan hukum agama yang lima iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus.

8. Menolak ijmak dan qias sebagai sumber hukum di dalam agama. Bahkan mereka menyalahi ijmak di dalam banyak perkara sepertimana al-‘Iraqi menyatakan Imam Ibn Taimiyyah menyalahi ijmak di dalam perkara pokok dan furuk sehingga 60 perkara. (al-Ajwiyyah al-Mardiyyah)

9. Menolak ilmu fiqh dan kaedah-kaedah fiqh dan mazhab-mazhab muktabarah.

10. Menafikan pengajian ilmu turath bersanad daripada para guru yang muhaqqiqin pada ilmu.

11. Menolak pengajian tasawwuf terbukti sudah wujud pada zaman salaf lagi bahkan para ulama’ besar-besar tidak sunyi daripada pengajian tasawwuf dan tarekat muktabarah.

12. Menolak pandangan para ulama mujtahid salaf dan khalaf yang tidak bertepatan dengan ideologi mereka.

13. Bermudah-mudah memalsukan hadith yang masih ada sandaran di dalam agama dan riwayat riwayat Imam-Imam hadith di dalam kitab-kitab mereka.

14. Menolak konsep tawassul dan tabarruk dengan para Ulama’ Solihin yang hidup mahupun yang telah meninggal.

15. Menolak konsep tawassul dengan Nabi selepas wafat tetapi membenarkan semasa hidup Baginda sedangkan hidup dan wafat Nabi tidak membezakan apa-apa kerana hakikatnya Allah yang memberi manfaat dan mudharat.

16. Membataskan ziarah kubur hanya kepada mengingati mati. Tiada konsep hadiah pahala kepada si mati sedangkan pandangan jumhur ulama menyatakan ia sampai kepada si mati.

‪#‎Ini‬ sebahagian daripada manhaj mereka yang menyalahi perjalanan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah yang saya kutip melalui kitab-kitab mereka, syarahan guru-guru kami dan kitab-kitab para ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah.

‪#‎Menyalahi‬ Ijma’ pintu kepada kesesatan,

Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Universiti Al-Azhar Mesir

Advertisements

30 March 2016 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | 2 Comments

Mahar VS Hantaran

Perkahwinan sepatutnya memberikan sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan juga rahmat. Itulah antara matlamat dan rahsia di sebalik sebuah perkahwinan seperti yang telah Allah SWT firmankan di dalam Surah al-Ruum, ayat ke-21. Perkahwinan juga perlulah dipermudahkan agar ianya memperoleh keberkatan.

Rentetan dari peristiwa yang viral baru-baru ini berkaitan isu wang hantaran yang mencetuskan pergaduhan di antara dua keluarga, siri Bayan Linnas pada kali ini akan cuba untuk mengupas mengenai konsep perkahwinan yang diterapkan oleh Islam.

_________________________________________________________________

Mukadimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Baru-baru ini viral di media sosial mengenai sebuah majlis perkahwinan yang bertukar menjadi medan permusuhan dan kebencian yang dikatakan berkenaan nilai wang hantaran yang dijanjikan kepada pihak pengantin perempuan oleh pihak pengantin lelaki tidak ditunaikan.
Walaupun begitu, kami mengambil pendekatan untuk tidak menghukum mana-mana pihak kerana beberapa alasan:

• Maklumat yang kurang jelas mengenai peristiwa tersebut.
• Boleh jadi ianya tidak berlaku adil pada salah satu pihak.
• Perlu kepada penjelasan yang benar dari semua pihak yang terlibat.

Rentetan dari peristiwa tersebut, Bayan Linnas pada kali ini tampil untuk memberikan keterangan umum mengenai konsep perkahwinan yang diterapkan oleh Islam semoga dengannya, dapat kita sama-sama mengambil manfaat.

Matlamat Perkahwinan

Kami mulakan dengan rahsia dan matlamat perkahwinan yang mana telah Allah SWT firmankan:

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ ٢١

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Al-Ruum: 21)

Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi Rahimahullah di dalam tafsirnya menyebutkan: “Antara tanda yang menunjukkan adanya hari kebangkitan dan dikumpulkan seluruh manusia di hadapan Allah SWT ialah dengan menjadikan bidadari daripada isteri kamu sendiri untuk menikmati kebahagiaan-Nya. Secara tidak langsung Dia menanamkan rasa cinta dan kasih saying bagi membentuk kehidupan keluarganya dengan sistem yang baik”.

Daripada ayat ini, matlamat sebenar perkahwinan ialah untuk mendapatkan sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan rahmat. Inilah tujuan utama sesebuah perkahwinan disamping untuk mendapatkan zuriat yang baik.

Pilihan Yang Ada

Islam memandang bahawa perkahwinan itu adalah suatu ibadah yang sangat serius. Oleh yang demikian, Islam amat menitikberatkan aspek pemilihan calon isteri dan suami dalam pembentukan sesebuah keluarga itu. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda:

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Maksudnya: Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya (status), kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya beruntunglah kamu.
Riwayat Al-Bukhari (5090) & Muslim (1466)

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah mengatakan bahawa hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa kebiasaan adat seseorang apabila ingin menikahi wanita, terdapat empat perkara yang menjadi kayu pengukur dan Rasulullah SAW menyuruh agar dilihat pada agamanya kerana ianya menguntungkan kamu di dunia dan di akhirat. (Lihat Al Minhaj Syarh Sahih Muslim, 10/51-52)

Mahar VS Hantaran

Kekeliruan sering berlaku di antara mahar dan juga hantaran yang akhirnya menimbulkan tanda tanya, mana satukah yang sebenarnya disyariatkan oleh Islam? Mahar ialah pemberian yang diwajibkan daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan ianya juga dinamakan dengan mas kahwin.
Manakala mahar di sisi istilah fiqh pula membawa maksud sesuatu harta yang wajib diserahkan oleh pihak lelaki kepada perempuan kerana berlakunya akad nikah yang menghalalkan perhubungan di antara keduanya. Istilah mahar juga disebut juga dengan al-Sodaaq di dalam kitab-kitab fiqh bahkan terdapat juga nama-nama yang lain diberikan untuk mahar yang mana kesemua istilah tersebut terdapat di dalam Al-Quran dan juga hadith Nabi SAW.

Masyhur di sisi masayarakat Melayu kita pula dengan istilah hantaran perkahwinan yang mana membawa maksud wang yang dihantar oleh pihak lelaki kepada bakal mentua untuk perbelanjaan perkahwinan ataupun disebutkan juga sebagai belanja hangus. Ianya juga berupa hadiah seperti makanan, pakaian dan sebagainya.

Islam hanya menetapkan mahar di dalam perkahwinan, adapun hantaran berupa wang ataupun barang, ianya tertakluk kepada budi bicara, perbincangan di antara kedua belah pihak dan sepatutnya mahar dan hantaran ini tidak menjadi penghalang bagi perkahwinan yang bakal dilangsungkan.

Sebaik-baik Mahar

Tiada had yang tertentu bagi sesebuah mahar. Oleh itu, ianya tiada had terendah dan juga had maksimum dalam nilaian mahar tersebut bahkan yang pastinya, semua benda yang bernilai dan mempunyai nilai untuk dijual ataupun dijadikan sewaan maka ianya boleh dijadikan mahar sama ada ianya berbentuk ‘ain (barang tersebut), hutang ataupun manfaat, sedikit atau banyaknya ia seperti kereta, ataupun RM 5,000.00, ataupun sebuah rumah, ataupun mahar dari segi mengajarkan sesuatu dari ilmu-ilmu seperti mengajarkan Al-Quran kepada isteri.

Meskipun syarak tidak menetapkan kadar mahar namun di sana terdapat petunjuk dari Nabi SAW agar mahar ini dipermudahkan. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

Maksudnya: Sebaik-baik pernikahan adalah yang dipermudahkan maharnya.

Riwayat Ibn Hibban (4072)

Dalam sebuah hadith yang lain pula, dari ‘Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَعْظَمَ النِّكَاحِ بَرَكَةً أَيْسَرُهُ مَؤُونَةً

Maksudnya: Sesungguhnya, perkahwinan yang paling agung dan berkat adalah yang dipermudahkan perbelanjaannya.

Riwayat Al-Imam Ahmad (24529)

Berdasarkan hadith di atas, jelas menunjukkan betapa pernikahan yang tidak diasaskan dengan nilai yang mahal mas kahwinnya akan dikurniakan keberkatan. Penghargaan yang diberikan dari pihak perempuan terhadap keluarga lelaki menunjukkan keikhlasan dalam menjalinkan hubungan di antara dua keluarga. Keikhlasan yang dizahirkan akan menghilangkan sangkaan seperti mata duitan dapat dilenyapkan dari kamus kehidupan mereka.

Telah berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah: “Barang siapa yang nafsunya mengajak kepada meninggikan mahar anak perempuan mereka melebihi mahar anak-anak perempuan Nabi SAW yang mana mereka itu adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT dari segenap kebaikan dan mereka itu adalah sebaik-baik wanita sekalian alam pada setiap sifat adalah jahil. Begitu juga dengan mahar isteri-isteri Rasulullah SAW dan ianya atas kemampuan dan kemudahan. Adapun golongan fakir tidaklah perlu untuk mereka memberikan mahar kecuali dengan apa yang termampu tanpa adanya sebarang masalah”.

Diriwayatkan bahawa mahar untuk isteri-isteri dan anak perempuan Baginda SAW, seperti yang terdapat di dalam Sunan Ibn Majah adalah tidak melebihi 12 uqiyyah. Ianya bersamaan dengan 480 dirham iaitu sekitar 135 riyal perak.

Justeru, disyorkan agar mas kahwin mengikut kadar kemampuan, serta adat yang munasabah. Ianya semata-mata demi mencari keredhaan Allah SWT dan hadith Nabi SAW ada menyebutkan:

فَالْتَمِسْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ

Maksudnya: Carilah sesuatu meskipun sebentuk cincin besi.

Riwayat Al-Bukhari (5121)

Inilah Pesananku…

Kami titipkan di sini beberapa perkara agar dapat di ambil perhatian bagi pasangan pengantin dan juga buat kedua-dua keluarga agar perjalanan majlis diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Antaranya:

1. Betulkan niat bahawa perkahwinan sejuzuk dari kehidupan yang semestinya dinawaitukan semata-mata Allah SWT. Benarlah firman Allah SWT:

قُلۡ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٦٢

Maksudnya: Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

(Al-An’aam: 162)

2. Perkahwinan asas dan matlamatnya seperti yang telah kami nyatakan pada awal perbincangan iaitu sakinah, mawaddah dan rahmah. Dengan memahami matlamat ini, sebarang tindakan kita semata-mata mencapai matlamat tersebut.

3. Hendaklah kita menzahirkan rasa suka dan gembira serta menyebarkannya dalam urusan perkahwinan kerana matlamatnya untuk sama-sama gembira atas himpunan dari dua keluarga melalui pasangan masing-masing. Amat malang jika api kemarahan, kata nista dan ucapan yang kurang baik telah menguasai majlis yang diharapkan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

4. Prinsip memudahkan dan bukannya memayahkan amat penting untuk diaplikasikan termasuklah di dalam perkahwinan. Firman Allah SWT:

يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ

Maksudnya: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

(Al-Baqarah: 185)

5. Hendaklah kita merapatkan saf ukhwah Islamiyyah sementelahan lagi dilaksanakan ikatan perkahwinan. Ingatlah api dendam kemarahan dan menunjukkan sikap yang kasar banyak berakhir dan menatijahkan kekesalan. Alangkah baiknya jika sikap berlapang dada, hormat menghormati antara pasangan , kaum keluarga dan sahabat handai dapat diterapkan sudah tentu ianya menatIjahkan keadaan yang harmoni.

Akhir kalam, saya mengambil kesempatan untuk menasihati agar kita sama-sama membuang yang keruh dan mengambil yang jernih dalam memperbaiki kembali hubungan serta bersamanya kemaafan agar kehidupan kita sentiasa tenang. Ikatlah perkahwinan sebaik mungkin dan jangan biarkan syaitan, nafsu menguasai kita. Ingatlah, Allah SWT amat suka orang yang pemaaf. Binalah kembali hubungan kerana Allah SWT. InsyaAllah sinar bahagia akan muncul dari ufuk kehidupan kita. Saya berdoa agar Allah SWT sirami hati kita dalam kehidupan ini dan menjadikan kita hamba-hambaNya yang taat perintah dan mencapai mardhatillah.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

30 Mac 2016 bersamaan 21 Jamadilakhir 1437H

Pautan ke laman rasmi… http://goo.gl/V1mmi0

30 March 2016 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Memberi Salam dan Menjawab Salam

image

SITUASI YANG MAKRUH MEMBERI SALAM

Walaupun memberi  salam itu sangat dituntut, tetapi ada tempat dan ketikanya kita di larang ( makruh) berbuat demikian :

Di antara tempat dan ketika ianya dimakruhkan adalah seperti berikut :

1. Memberi salam kepada orang yang sedang buang air. Dalam hal ini, dimakruhkan memberi salam. Sekiranya orang seperti ini diberi salam, tidak wajib ke atasnya menjawab salam tersebut.

2. Orang yang sedang tidur atau mengantuk.

3. Mengucapkan salam kepada orang yang sedang azan, iqamat dan sembahyang.

4. Orang yang makan sedang makanan berada di mulutnya. Sekiranya dia diberi salam ketika itu, maka tidak wajib ke atasnya menjawab salam itu. Akan tetapi jika dia makan tetapi tidak ada makanan dalam mulutnya, maka tidak mengapa diberi salam dan salam itu wajib dijawab.

5. Ketika sedang khutbah Jumaat. Imam an-Nawawi berpendapat, makruh memberi salam kepada jamaah yang hadir,  kerana mereka disuruh untuk berdiam diri mendengarkan khutbah.

6. Orang yang sedang membaca al-Qur’an, menurut pendapat Imam Abu al-Hasan al-Wahidi, adalah lebih afdal tidak memberi salam kepadanya. Jika dia diberi salam, cukup baginya menjawab dengan isyarat. Akan tetapi jika dijawabnya dengan lisan, sambungan  bacaan al-Qur’annya dimulai lagi dengan Isti‘adzah

7. Makruh memberi salam kepada orang yang membaca talbiah  ketika berihram, kerana memutuskan talbiah itu adalah makruh. Tetapi jika dia diberi salam, maka dijawabnya salam itu dengan lisan (bukan dengan isyarat).

8. Makruh juga hukumnya jika seseorang itu memberi salam dengan mengatakan ‘alaikassalam’  sungguhpun begitu, wajib dijawab salam tersebut, kerana ianya termasuk dalam kategori salam, sepertimana yang diriwayatkan daripada Abu Jurai al-Hujaimi Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya: “Aku telah datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu aku berkata :  Ya Rasulullah! Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Jangan awak katakan “alaikassalam” kerana  sesungguhnya ucapan “alaikassalam” itu adalah salam untuk orang-orang yang telah mati.”                                                                                                                                                            (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Termizi)

9. Makruh memberi salam dengan isyarat, ini berdasarkan keterangan dari Jabir Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Janganlah kamu memberi salam seperti orang-orang Yahudi, kerana sesungguhnya mereka memberi salam menggunakan  dengan kepala,  tangan  dan isyarat.”                                                                                        (Hadis riwayat an-Nasa’i)

Adapun larangan ini ditujukan khas bagi sesiapa yang mampu memberi salam tetapi tidak mengucapkannya, kecuali jika ada keuzuran, seperti orang bersembahyang, bisu dan orang yang diberi salam itu jauh jaraknya sepertimana yang diriwayatkan daripada ِAsma’ Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melalui dalam masjid dan dalamnya terdapat sekumpulan wanita yang duduk, maka Baginda memberi isyarat salam dengan tangan Baginda.”                                                          (Hadis riwayat at-Termizi)                            

10. Menentukan salam kepada seseorang atau kumpulan tertentu. Kita ditegah menentukan salam kepada seseorang yang tertentu, kerana salam bertujuan kemesraan, damai dan persaudaraan. Jika menentukan salam, ianya akan menimbulkan buruk sangka serta perasaan iri hati yang membawa kepada permusuhan.                            
Dalam hubungan ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menjadikan salam itu sebagai cara penghormatan bagi ummat kita juga sebagai tanda kesejahteraan bagi orang-orang Zimmi yang ada dalam lindungan kita.”  (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Sumber:
state mufti’s office brunei darussalam http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2005/ic43_2005.htm

30 March 2016 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

BELAJAR HADIS DENGAN CARA YANG BETUL

Saya muatkan di sini beberapa catatan saya sepanjang berkuliah dengan Maulana Husain Abd Kadir di Masjid UKM tadi mengenai ‘Hadis Mauduk’

1. Ulama berbeza pendapat mengenai kesahihah sesuatu hadis berdasarkan kaedah dan syarat yang mereka letakkan dalam menilai hadis. Ada muhadisin yang meletakkan syarat yang ketat seperti Imam Bukhari. Namun, tidak semua hadis sahih dimuatkan dalam Sahih Bukhari. Bahkan, Imam Bukhari memuatkan hadis dhaif dalam kitab lain seperti Adabul Mufrad.

2. Untuk memahami mengapa Imam Bukhari berbuat demikian, atau mengapa Imam Bukhari menyusun bab dalam Sahih-nya sedemikian, atau bagaimana Imam Bukhari mengeluarkan hukum daripada hadis, maka ia perlu kepada pemahaman yang sangat tajam.

Untuk memahami tarjamatul bab Imam Bukhari dalam menyusun Sahih-nya, Maulana Zakariya telah menggariskan 70 kaedah dalam kitab Kanzul Mutawari yang merupakan syarah kepada Sahih Bukhari.

3. Selagi mana sesuatu hadis itu tidak disepakati oleh ulama hadis sebagai mauduk, maka kita tidak boleh meletakkan hadis itu sebagai mauduk. Ini kerana, ada pentahqiq yang syadid seperti Ibnu al Jauzi, Ibnu Taimiah dan al-Albani. Sedangkan, ada muhadisin yang lebih muktabar dan muktadil seperti Ibnu Hajar al Asqalani yang lebih sederhana dalam menghukum hadis. Justeru, apabila berlaku perselisihan antara muhadisin, kita perlu tinggalkan pendapat yang syadid (keras) dan mengambil pendapat yang muktadil (sederhana).

4. Belajar ilmu hadis tidak terbatas setakat mengetahui sahih, dhaif atau mauduknya sesebuah hadis. Ia juga perlu kepada ilmu dirayah (pemahaman hadis) dan asrarul hadis (rahsia hadis). Setakat belajar status hadis, itu masih di peringkat kulit.

5. Ada sesetengah orang mengatakan bahawa haram bertaklid pada mazhab. Namun, dalam bab penilaian hadis, mereka sangat bertaklid pada sesetengah ulama yang syadid.

Jika dalam bab ijtihad mereka kata tidak perlu ikut imam mazhab, kenapa dalam bab penilaian hadis yang lebih mudah berbanding berijtihad, mereka bertaklid?

[Ini cuma soalan untuk mereka yang melarang taklid pada mazhab. Sedangkan di sisi ulama ASWJ, kita perlu betaklid pada mazhab dalam bab ijtihad dan mengikut pendapat ulama yang muktadil dalam penilaian hadis]

Sebagai orang biasa, tidak perlu susah-susah nak tahqiq atau ijtihad sendiri sedangkan sunan sittah pun kita tidak khatam secara musyafahah bersama guru hadis. Jika diberi kitab Bukhari tanpa baris dan tanpa terjemahan, boleh kita baca?

6. Mengapa berlaku perbalahan tentang status hadis? Ia berlaku apabila kita hanya mengambil penilaian hadis daripada muhadisin yang syadid tanpa mengambil kira pendapat muhadisin yang muktadil. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah menyemak semua pendapat ulama hadis berkaitan hadis itu dan ambil pendapat yang sederhana, bukannya yang keras.

7. Mungkin kebanyakan hadis dhaif sebenarnya sahih. Mungkin juga kebanyakan hadis sahih sebenarnya dhaif. Ini kerana, ulama hadis berbeza-beza manhaj dalam menilai hadis, sanad dan perawi. Maka, amat perlu memahami manhaj imam hadis sebelum mengkritik kitabnya.

[Teringat pesanan Dr. Asmadi, orang yang tidak memahami manhaj atau method Maulana Zakariya dalam menyusun kitab Fadhail Amal akan mudah menuduh beliau meriwayatkan hadis palsu, padahal bukan hadis palsu sebaliknnya dhaif. Hakikatnya, Maulana Zakariyya menggunakan method Imam Tirmizi dalam menyusun kitabnya. Maka, orang yang mahu mengkritik kitab Fadhail Amal terlebih dahulu perlu memahami manhaj Imam Tirmizi]

8. Jika anda sudah selesa merujuk kitab Al Mauduk al Kubro Ibnu Jauzi atau kitab-kitab Syaikh al-Albani, maka anda juga dijemput mentelaah kitab Hadis Mauduk karya Allamah Ibnu Iraq. Ini kerana, kitab Ibnu Iraq itu telah diiktiraf oleh ulama sebagai kitab rujukan terbaik berkaitan hadis mauduk.

Wallahu’alam.

Sumber: Khairat Tajikistan Novelis

27 March 2016 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Allah pernah menegur Nabi SAW kerana tidak melayan orang buta yang tanya pasal Islam

Rasulullahﷺ pernah ditegur oleh Allah SWT melalui Surah ‘Abasa  kerana tidak melayan seorang buta yang ingin bertanyakan tentang Islam tetapi sebaliknya melayan pembesar-pembesar Quraisy yang berpengaruh.  Hidayah milik Allah.

Hari ini ada segelintir dari kalangan asatizah kita tidak mahu melayan undangan hadir ke program-program berskala kecil yang tidak sampai 100 orang, atau program dengan anak-anak kecil atau remaja. Ada juga yang melihat kepada berapa bayaran honorarium yang diberikan oleh penganjur, jika sedikit tidak berbaloi untuk pergi. Ada yang bersetuju hadir di peringkat awal kemudian membatalkan di peringkat akhir apabila mendapat undangan atau “job” yang lebih mahal bayarannya sehingga menyusahkan penganjur mencari pengganti kerana hebahan iklan sudah pun dibuat terlebih awal.

Hidayah milik Allah. Kita boleh berceramah di hadapan ribuan orang yang akhirnya seorang pun tidak faham dan mendapat manfaat dari apa yang kita bicarakan. Sebaliknya, kita boleh hadir dalam majlis yang hadirin tidak ramai tetapi asbab kita dan keikhlasan dakwah kita, mereka mendapat hidayah dan istiqamah walaupun mungkin seorang dua saja.

Ikhlaskan niat kita berdakwah, pesanan untuk diri ambo sendiri!

Sumber: Nik Roskiman

26 March 2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

ADAB DAN PERATURAN ZIARAH KUBUR

Menurut huraian ulama’ rahimahumullah, orang yang berziarah kubur dituntut melakukan seperti berikut:

 
 

1.            Hendaklah ia bersih dari hadas (sunat berwudhuk)

 
 

2.            Ketika sampai ditanah perkuburan, disunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur dan berdoa semoga mereka beroleh rahmat dan selamat sejahtera. Ini diterangkan dalam hadith berikut:

      Dari Buraidah al-Aslami r.a, katanya;

” Rasulullah s.a.w pernah mengajar sahabat-sahabatnya apabila mereka menziarahi tanah perkuburan supaya tiap tiap seorang di antara mereka (memberi salam dan berdoa dengan berkata:  Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini, dari kalangan kaum mukminin dan muslimin; dan bahawa kami juga- Insya Allah akan menurut kamu apabila sampai gilirannya; semoga Allah memberi rahmat dan selamat sejahtera kepada kami dan kamu sekelian “

                                                               (Hadith riwayat Ahmad , Muslim dan Ibnu Majah)

 
 

3.            Setelah sampai berhampiran kubur kaum kerabat atau sahabat kenalan, hendaklah berdiri rapat ditepi kubur dengan mengadap muka simati  (untuk mengetahui arahnya, semua orang mati dikebumikan dengan keadaan mengiring atas sebelah kanannya dan mukanya mengadap khiblat) sambil memberi salam secara khusus kepadanya : Contohnya kalau simati ayah kita, maka lafaz salamnya ialah :“Assalamualaikum wahai ayahku” dan kalau ibu, ” Assalamualaikum wahai ibuku.”

Demikian seterusnya kepada kaum kerabat dan sahabat kenalan, beri salam dahulu disertakan dengan panggilan yang biasa kita berbahasa dengan mereka semasa mereka hidup.

 
 

4.            Selepas memberi salam, sunat membaca aya-ayat suci al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada simati.

 
 

5.            Selepas membaca ayat-ayat suci al-Quran hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk simati semoga Allah mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya, kerana  doa yang didahului bacaan al-Quran lebih diharap makbulnya.

 
 

ZIARAH KUBUR RASULULLAH SAW

 
 

Umat Islam umumnya (lelaki dan perempuan), sunat menziarahi kubur Rasulullah s.a.w di Madinah al Munawwarah kerana pahala dan kebaikannya amatlah besar.

 
 

ZIARAH KUBUR IBU BAPA

 
 

Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar pahalanya. Makin bertambah pahalanya – seperti diterangkan dalam hadith-hadith nabi s.a.w. Makin bertambah pahalanya, jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari jumaat dan dibacakan surah Yaasin disisinya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan doa dan dengan menziarahi kuburnya membawa kebaikan bukan sahaja kepada anak-anaknya yang soleh tetapi juga kepada anak derhaka. Seperti dalam sebuah hadith diterangkan: Anak derhaka yang kematian kedua ibu bapanya kemudian dia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk mereka, nescaya ia diampuni Allah dan dikira sebagai anak yang taat.

 
 

 
 

ORANG YANG MATI SENTIASA BERHAJAT KEPADA DOA UNTUKNYA

 
 

Kenangkanlah daku dalam doamu“- rayuan ini bukan sahaja terpancar dari orang yang hidup terhadap orang yang hidup, tetapi sentiasa dirayukan oleh orang yang mati.Ini diterangkan dalam hadith maksudnya:

 
 

Orang mati dalam kuburnya adalah seperti orang yang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa dari anaknya,atau saudaranya, atau sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya maka tidak terkira sukacitanya dan dirasainya (rahmat doa itu) lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang-orang yang hidup kepada orang mati ialah: “Doa dan Istighfar”. (Riwayat oleh Ad-Dailami rahimahullah)

 
 

Rayuan rohnya dengan suara yang hiba dan menyayukan hati:

 
 

Di dalam hadith juga diterangkan, maksudnya:

 
 

” Bahawa roh orang-orang mati datang beramai-ramai ke langit dunia pada tiap-tiap malam dan berhenti bertentangan dengan rumah masing-masing. Tiap-tiap satu roh di antaranya menyeru berkali-kali dengan suara yang hiba dan sayu, katanya:

 
 

” Wahai ahli rumahku! Wahai kaum kerabat dan anak-anakku! Wahai orang-orang yang telah mendiami rumah kami, dan yang telah membahagi-bahagi dan menerima harta pusaka peninggalan kami, adakah sesiapa di antara kamu yang masih ingat kepada kami atau yang pernah memikirkan keadaan kami yang sedang berada di alam Barzakh?…kenanglah kami dan bantulah kami dengan doa dan amal-amal yang salih, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu…”

 
 

” Setelah puas menyeru dan merayu, kembalilah kumpulan roh itu ke tempat masing-masing untuk datang lagi pada malam berikutnya.

 
 

” Jika ada yang mendoakannya, kembalilah ia dengan gembira.   Jika tidak, kembalilah ia dengan hiba dan hampa.” [Hadith yang menyayukan hati ini disebutkan dalam I’anah at-Talibin (2:144) ] 

 
 

Kedua dua hadith ini menerangkan setakat mana berhajatnya orang yang mati kepada doa orang-orang yang hidup.

 
 

Sebab itulah kita diberi panduan di dalam al-Qur’an [ Diantaranya: ayat 41, surah Ibrahim, dan ayat 10, surah Al-Hasyr ].  supaya tiap-tiap seorang sentiasa berdoa memohon rahmat bukan sahaja bagi dirinya, ibu bapanya dan kaum kerabatnya- tetapi juga bagi umat Islam umumnya, yang hidup dan yang mati. [ Jika si mati orang salih maka doa itu dapat meninggikan darjatnya, dan jika ia berdosa maka doa itu dapat menyelamatkannya dari azab (atau meringankan tanggungannya). Tanwir al-Qulub (217).

 
 

 
 

 
 

LARANGAN BERKAITAN DENGAN KUBUR

 
 

Banyak perkara terlarang yang dilakukan oleh masyarakat kita berkaitan dengan kubur antaranya:

 
 

1.   Membuat Bangunan Di Atas Kubur

 
 

Imam Syaukani mengatakan: ” Antara larangan meninggikan kubur adalah termasuk membangun kubah-kubah dan makam-makam (cungkup-cungkup) yang dibangunkan diatas kubur. Juga termasuk menjadikan kubur sebagai masjid, padahal Rasulullah s.a.w telah melaknat orang-orang yang berbuat demikian. Antara lain kepercayaan mereka yang menyangka bahawa kubur-kubur itu mampu mendatangkan manfaat dan menolak bahaya lalu mereka menjadikannya sasaran untuk meminta terkabulnya hajat dan tempat bersandar untuk berhasilnya suatu cita-cita. Dan mereka meminta dari kubur apa yang semestinya diminta oleh seorang hamba dari Tuhannya, dengan mengusap-ngusap kubur dan memohon perlindungan daripadanya seperti perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang zaman jahiliah.

 
 

2.   Menembok Kubur Dan Membuat Tulisan-Tulisan

 
 

Berdasarkan hadis Jabir yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dilarang menembok kubur dan membuat tulisan-tulisan di atasnya. Hendaknya kuburan seorang muslim itu dibuat sederhana dan janganlah berbangga-bangga dan bermegah-megah dengan kubur dan jangan membuat tembok, memagarinya dengan pagar besi yang mahal, menulisnya dengan dakwat emas, mengukir dan sebagainya.

 
 

3.   Menjadikan Kubur Sebagai Tempat Solat

 
 

Perhatikan hadis dari Jundub, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

 ” Ingat! Sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu dahulu menjadikan kubur nabi-nabi dan orang-orang soleh mereka seperti masjid. Ingat! Sebab itu janganlah kamu menjadikan kuburan seperti masjid. Sesungguhnya aku melarang kamu berbuat demikian.”  (Riwayat Muslim)

 
 

Pada hadis lainya dari Abu Martsad Al-Ghanawi:

  “Jangan kamu duduk di atas kubur dan jangan kamu solat  mengadap kepadanya.”

 
 

4.   Berjalan di Sela-sela Kubur Memakai Alas Kaki

 
 

Mengenai larangan berjalan disela-sela kubur dengan memakai alas kaki dijelaskan dalam hadis dari Basyir Al-Khashashiah, mengatakan:

 Bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki berjalan dengan memakai terompah disela-sela kubur, maka baginda bersabda: “Wahai pemakai terompah, tanggalkanlah terompah itu”.

                                                              (Riwayat Al-Khamsah kecuali Tirmizi)

    Menurut riwayat, orang itu melihat Rasulullah s.a.w dan ketika diketahuinya.dia melepaskan terompah dan mencampakkannya.

         Berdasarkan hadis tersebut di atas,dilarang duduk di atas kubur. Dan juga dilarang   berjalan di sela-sela kubur dengan memakai alas kaki. Ini dianggap sebagai adab untuk menghormati penghuni kubur. Kecuali jika ditakuti banyak duri atau sesuatu yang mungkin membahayakan kaki, maka dalam keadaan demikian dibenarkan memakai alas kaki.

 
 

5.   Meletakkan Karangan Bunga Atau Seumpamanya

 
 

 Meletakkan karangan bunga , bunga rampai dan sebagainya di atas kuburan tidak disyariatkan di dalam Islam. Tidak ada nasnya dari Rasulullah s.a.w dan tidak pernah diperbuat oleh sahabat. Perbuatan yang demikian bertentangan dengan ajaran islam, sebab dapat digolongkan kepda pembaziran. Firman Allah bermaksud:

” Dan janganlah kamu menghamburkan-hamburkan harta mu secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”

                                                                                                     (Al-Isra’ :26-27)

 
 

6.   Menyembelih Binatang Di atas Kubur

 
 

 Menyembelih binatang di atas kubur adalah merupakan adat jahiliah yang telah dibasmi oleh islam.

Janganlah dikalangan umat islam melakukan sembelihan di atas kubur.

  Sebuah hadis dari Anas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

” Tidak ada penyembelihan (binatang di perkuburan) dalam Islam.

  (Riwayat Abu Daud)Al-Khattabi berkata: ” Biasanya orang-orang jahiliah menyembelih unta di makam lelaki dermawan. Kata mereka: ” Kita membalas kebaikannya, kerana semasa hidupnya dia biasa menyembelihnya dan menyajikan kepada tetamu. Maka sekarang kita sembelih haiwan ini dimakamnya untuk menjadi makanan bagi burung-burung dan binatang buas. Dengan demikian dia tetap menyediakan makanan setelah meninggal dunia sebagaimana dia telah menyediakan makanan selama hidupnya.”

 
 

Demikianlah adat jahiliah. Dan adat ini telah dibasmikan dan dilenyapkan oleh ajaran Islam, sesuai dengan hadis tersebut di atas.

 
 

 
 

PENUTUP

 
 

Demikianlah antara adab-adab yang perlu dilakukan apabila menziarahi kubur. Namun ziarah kubur bukanlah hanya dilakukan semasa hari pengkebumian atau setiap kali menjelangnya hari raya sahaja. Yang menjadi sunnah ialah dengan menjadikan amalan menziarahi kubur itu sebagai suatu usaha oarng yang hidup untuk mengingati oarng yang telah mati. Ia juga mengingati kita tentang kematian dan membuat persediaan dengan memperbanyakkan amal ibadat sebanyak mungkian kerana setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya amal soleh mengukur darjat kita disisi Allah SWT.

18 March 2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

APAKAH STATUS HADITH BELAJARLAH ILMU WALAU HINGGA KE NEGARA CINA ?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Mengenalpasti akan kesahihan status sebuah adalah penting kerana Nabi SAW telah menceritakan akan ancaman bagi sesiapa yang berdusta dengan hadithnya.

Hadith ini adalah hadith yang masyhur dan diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

اطلُبُوا العِلْمَ ولو بالصينِ

Maksudnya : “Carilah (tuntutlah) ilmu walaupun ke negara Cina”.

Hukum dan pendapat ulama’ terhadap hadith ini

Para ulama’ berbeza pendapat dalam menghukum hadith ini, antaranya ialah :

1) Imam al-Sakhawi : Hadith ini adalah dhaif.[al-Maqasid al-Hasanah, 93]

2) Imam al-Baihaqi : Matannya masyhur dan sanadnya adalah dhaif.[Syu’ab al-Iman, 2:724]

3) Imam al-Zurqani : Hadith ini adalah dhaif.[Mukhtasar al-Maqasid, 109]

4) Imam Ibn Hibban : Hadith ini adalah bathil dan tiada asal baginya.[al-Majruhin, 1:489]

5) Imam al-Syaukani : Hadith ini adalah palsu.[al-Fawaid al-Majumu’ah, kitab al-Fadhail,272]

6) Imam Ibn al-Jauzi : Hukum hadith ini adalah palsu.[al-Mawdhu’at, 1:347]

Tarjih

Setelah melihat kepada hukum dan pendapat para ulama’ terhadap hadith ini, kami memilih untuk menyatakan bahawa hadith ini adalah terlalu dhaif sebagaimana dinyatakan oleh ramai ulama’ walaupun Imam al-Suyuthi berpendapat padanya banyak jalur daripada Anas RA yang memungkinkan hukumya menjadi hasan.[al-Nukat, 43]

Aplikasi Hadith

Antara yang dapat difahami daripada makna hadith ini adalah umat Islam wajib menuntut ilmu, bahkan sifat merantau atau rehlah ‘ilmiyyah merupakan sunnah al-Ulama’ dalam menghasilkan ilmu. Juga dapat difahami betapa jarak antara penuntut ilmu dengan tempat musafir menunjukkan kepayahan penuntut ilmu dalam meraih sebanyak mungkin mutiara-mutiara ilmu daripada para ulama’.

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/sokXcT

Top of Form

1 Comment


11 March 2016 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

AYAT AL-QURAN HILANG DARI MUSHAF?

(DITULIS OLEH UMAR MUKHTAR BIN MOHD NOOR PADA 10 MAC 2016. DITERBITKAN DI DALAM BAYAN LINNAS)

Mukadimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Al-Quran merupakan panduan bagi umat Islam dan ianya juga adalah sumber utama dalam pensyariatan Islam. Di dalam sebuah hadith menyebutkan Al-Quran dan juga Al-Sunnah merupakan dua khazanah yang mana jika dijaga dan diamalkan maka seseorang itu tidak akan sesat selama-lamanya. Sabda Nabi SAW:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya: Aku telah tinggalkan buat kalian dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kalian berpegang pada keduanya iaitu kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.

Riwayat Al-Imam Malik di lam al-Muwatto’ (3)

 
 

Demikianlah juga kehidupan seharian kita yang sewajibnya berpandukan kepada Al-Quran  dan sunnah Nabi SAW. Menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup bermakna memberikan hak yang selayaknya buat Al-Quran itu sendiri. Antara hak-hak Al-Quran yang perlu kita berikan adalah dengan membaca serta mentadabbur segala isi yang terkandung di dalam Al-Quran.


Baru-baru ini, telah berlaku satu perkara yang boleh kita katakan sebagai perkara yang pelik di mana seorang lelaki di utara tanah air, ketika beliau ingin membaca Al-Quran, lantas terkejut melihat beberapa helaian mashaf yang dipegangnya itu, ayat Al-Quran-nya hilang dan ghaib. Tidak habis di situ, semalam dilaporkan  sekali lagi bahawa ayat Al-Quran yang hilang bertambah lagi enam muka surat.

 
 

Peristiwa ini jelas membingungkan segelintir masyarakat Islam dan atas dasar itu, siri Bayan Linnas pada kali ini tampil untuk memberikan kenyataan umum, penjelasan mengenai peristiwa tersebut.

 
 

Makna Al-Quran

Al-Quran pada bahasa mempunyai beberapa makna iaitu mengumpulkan dan menghimpun, danqiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infiniti) dari kata qara’a,qiraatanquranan. Allah SWT berfirman:

إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُۥ وَقُرۡءَانَهُۥ ١٧ فَإِذَا قَرَأۡنَٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُۥ ١٨

Maksudnya: Sesunggguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka itulah bacaannya itu.

(Surah al-Qiyamah: 17-18)

 
 

Kata Quran ah (bacaannya) pada ayat di atas bererti qiraatuhu (bacaannya atau cara membacanya). Jadi, kata itu adalah masdar menurut wazan (konjunsi) fu’lan dengan vokal useperti ghufran dan syukran. Kita dapat mengatakan qara’tuhuquranqiraatan wa quranan, ertinya sama saja. Di sini maqru’ (apa yang dibaca) diberi nama quran (bacaan), yakni penamaanmaf’ul dengan masdar.

Sedangkan ada istilahnya pula ialah kitab yang diturunkan Allah secara mutawatir kepada Nabi SAW yang bersifat mukjizat di mana mendapat pahala jika dibacanya yang terangkum dari awal surah al-Fatihah hingga akhir surah al-Nas.

 
 

Selain disebut sebagai Al-Quran, mushaf juga antara perkataan yang dirujuk sebagai Al-Quran. Diriwayatkan oleh al-Imam al-Zarkasyi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Burhan fi Ulum al-Quran (1/377) bahawa setelah siap Abu Bakar al-Siddiq RA mengumpulkan al-Quran pada zamannya, maka Abu Bakar RA memohon pendapat para sahabat yang lain untuk menamakan lembaran-lembaran Al-Quran yang telah dikumpulkan itu. Ada yang mencadangkan Injil dan al-Sifr namun ditolak oleh Abu Bakar RA kerana menyerupai nama kitab Nasrani dan Yahudi. Lalu Ibn Mas’ud RA mencadangkan agar dinamakan sebagai al-Mushaf. Kata Ibn Mas’ud RA:

رأيتُ للحَبَشَةِ كِتَاباً يدعونهُ المُصْحَفَ، فسمُّوهُ بهِ

Maksudnya: “Aku telah melihat di Habsyah sebuah kitab yang dipanggil al-Mushaf. Maka dinamakan ia dengannya (iaitu al-Mushaf).”

Jika benar riwayat ini, maka boleh kita katakan bahawa Ibn Mas’ud RA adalah orang pertama yang menamakan al-Mushaf buat al-Quran dan kini ianya telahpun masyhur penggunaannya dan umat Islam kini memahami bahawa jika dikatan al-Mushaf maka ianya juga bermaksud al-Quran. Begitu juga pada zaman Uthman bin ‘Affan RA yang mana sebuah mushaf yang dikenali dengan Mushaf Uthmani telah dihasilkan dan ianya telah disebarkan ke seluruh jajahan Islam pada ketika itu. Dapat difahami di sini bahawa mushaf itu adalah lembaran-lembaran yang tertulis padanya pada setiap bahagian kemudian dikumpulkan menjadi satu.

 
 

Matlamat al-Quran

Secara umumnya al-Quran menyeru kepada banyak prinsip dan maqasid yang sesuai bagi sifat kemanusiaan. Antaranya:

Mentashihkan akidah, sudut pemikiran berkaitan ketuhanan, kerasulan dan pembalasan.

Mentaqrirkan kemuliaan insan, hak-haknya terutama di kalangan yang daif dan tertindas.

Menyeru kepada pembersihan jiwa manusia.

Membentuk keluarga solehah dan pemberian hak wanita.

Membina ummah yang menjadi saksi kepada kemanusiaan.

Dakwah dan menyeru kepada alam insani yang bersifat tolong menolong dan bekerjasama.

 
 

 
 

Pendapat Tokoh berkenaan Quran

Dinyatakan di sini beberapa kenyataan ulama dan tokoh berkaitan Quran.

Imam Syafie berkata: “Setiap yang bercakap berdasarkan Kitab dan Sunnah, maka itulah yang sebenarnya. Adapun selain keduanya, dilihat sia-sia.”

 
 

Al-Harith al-Muhasibi berkata: “Saudara-saudaraku apabila orang membaca al-Quran untuk mendapat pahalanya, maka ketahuilah tunjukkan kehendak dengan bacaan kamu untuktadabbur dan iktibar darinya.”

 
 

Fudhail bin Iyadh berkata: “Penjaga al-Quran sentiasa mengelak dari menderhakai Tuhannya. Bagaimana mungkin mereka melakukan maksiat sedangkan setiap huruf dari al-Quran menyerunya “Demi Allah, jangan engkau ingkari perkara yang engkau bawa dariku.”

 
 

Abdul Qadir al-Jilani berkata: “Wahai kaumku, berlaku baiklah kepada al-Quran dengan beramal dengannya bukan dengan berdebat.”

 
 

Imam Ibn Taimiyyah berkata: “Al-Quran mampu menghilangkan segala penyakit yang menyebabkan keinginan-keinginan jahat, sehingga sihatlah jiwa dan bersihlah keinginannya dan kembalilah seseorang itu kepada fitrah yang telah ditanam oleh Allah SWT sepertimana badan kembali sihat.”

 
 

Ibn Qayyim berkata: “Al-Quran adalah kalam Allah yang Allah tajalli tajalli  kepadanya untuk hamba-hambanya dengan sifat-sifat-Nya.”

 
 

Imam Muslim berkata: “Al-Quran adalah ubat segala penyakit kecuali maut. Semoga hendaknya Allah mematikan kita di dalam iman dan menghembuskan nafas terakhir dengan bibir yang masih basah berkumat-kamit melafazkan ayat-ayat suci al-Quran.”

 
 

Dr. Mustafa al-Sibaei menyebut beberapa ungkapan antaranya:

 
 

Kesan al-Quran pada jiwa orang yang beriman pada maknanya dan bukan pada lagunya. Bukan yang membaca dengan beramal dan bukan yang mengelokkan bacaan tetapi tidak beramal.

 
 

Bacaan al-Quran dalam radio dengan hati yang khusyuk yang dapat didengar oleh orang Islam sehingga dibuka hati dan akal mereka satu ketika jauh lebih baik dari seribu rancangan yang lain.

 
 

Orang zaman dahulu belajar al-Quran untuk beramal. Kemudian jadilah mereka belajar beramal dengannya. Justeru, bagaimana tiada perbezaan antara generasi kita dan generasi mereka yang agung.

Al-Quran ditangan-tangan orang Islam ibarat senjata ditangan orang-orang jahil.

 
 

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengungkapkan banyak kata-kata antaranya:

– Al-Quran merupakan minhaj atau jalan serta cara bagi kehidupan manusia.

– Al-Quran sebagai dustur kepada sebarang hukum.

– Al-Quran sebagai dustur kepada dakwah.

 
 

Janji Allah Terhadap Al-Quran

Allah SWT telah menurunkan Al-Quran kepada nabi-Nya Muhammad SAW dan bersama penurunan itu, Allah SWT telah berjanji bahawa Dia yang akan menjaganya. Firman Allah SWT:

إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ ٩

Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. 

                                    (Al-Hijr: 9)

 
 

Kata al-Imam al-Thabari rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Al-Zikr adalah al-Quran. Kata beliau lagi: Dan Kami (Allah) sangat memeliharanya daripada sebarang tokok tambah sebarang kebatilan yang bukan daripadanya. Ataupun dari sebarang kekurangan daripadanya dari sudut hukum-hakam, hudud, serta kefardhuan-kefardhuannya. Lihat Tafsir al-Thabari (17/68).

 
 

Kata al-Hafiz Ibn Kathir rahimahullah pula: Allah menegaskan bahawa Dialah yang menurunkan al-Zikr iaitu al-Quran dan Dialah yang memeliharanya dari sebarang pengubahan dan penyelewengan. Lihat Tafsir al-Quran al-Azhim.

 
 

Manakala di dalam surah yang lain pula, Allah S.W.T berfirman:

وَلَئِن شِئۡنَا لَنَذۡهَبَنَّ بِٱلَّذِيٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ بِهِۦ عَلَيۡنَا وَكِيلًا

Maksudnya: Dan sekiranya Kami kehendaki nescaya Kami akan hilangkan apa-apa yang telah Kami wahyukan kepada kamu kemudian kamu tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya. 

(Surah Al-Isra’: 86)

 
 

Mengulas ayat ini, al-Imam al-Thabari menukilkan kata-kata daripada Abdullah Ibn Mas’ud R.Abahawa beliau mentakwilkan ayat ini dengan katanya: Allah menghilangkan apa-apa yang diwahyukan kepadanya itu adalah dengan cara mengangkatnya dari dada-dada para qurra‘. LihatTafsir al-Thabari (hlm. 290).

Manakala al-Imam al-Qurthubi ketika menafsirkan ayat ini beliau berkata: Sebagaimana Kami mampu untuk menurunkan al-Quran ini begitu juga Kami mampu untuk menghilangkannya iaituia dilupakan di sisi manusia.

 
 

Nas Hadis

Terdapat banyak nas hadis yang menunjukkan pemeliharaan al-Quran dan akhirnya diangkat sehingga tiada sebarang ayatpun yang tinggal, antaranya:

 
 

Pertama: Daripada Abdullah bin Mas’ud RA:

لَيُسْرَيَنَّ عَلَى الْقُرْآنِ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَلا يُتْرَكُ آيَةٌ فِي مُصْحَفٍ وَلا فِي قَلْبِ أَحَدٍ إِلا رُفِعَتْ

Maksudnya“Akan ditinggalkan al-Quran  pada malam tersebut dan tidak akan keka satu ayat di dalam mushaf (al-Quran ) dan uga di dalam hati seseorang melainkan ia(al-Quran ) telah diangkat.”

Riwayat al-Darimi (3209) dengan sanad yang sahih

 
 

Berdasarkan apa yang diriwayatkan berkaitan bab ini apa yang disebut oleh Muhammad bin Nasr pada bangun di waktu malam, daripada hadis Abdullah bin Amr, beliau berkata: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga al-Quran itu kembali sebagaimana ia diturunkan. Padanya bunyi di sekitar arash seperti bunyi lebah.” Lalu berkata: “Kamu baca tetapi tidak beramal denganku”.Daripada Hassan: Allah SWT tidak mengutus seorang rasul melainkan diturunkan bersamanya kitab, samada ia diterima oleh kaumnya atau Kami angkatnya kembali, berdasarkan firman Allah SWT:

أَفَنَضۡرِبُ عَنكُمُ ٱلذِّكۡرَ صَفۡحًا أَن كُنتُمۡ قَوۡمٗا مُّسۡرِفِينَ ٥

Maksudnya: Patutkah Kami membiarkan kamu dengan mengenepikan dan menjauhkan peringatan Al-Quran daripada kamu, kerana kamu telah menjadi kaum yang melampau buruk keadaannya? (Tidak! Kami tidak akan biarkan, bahkan Kami tetap mengingatkan kamu, sama ada kamu mahu menerimanya atau sebaliknya).

(Surah al-Zukhruf: 5)

 
 

Jika mereka tidak mahu menerimanya maka Kami akan meletakkannya ke dalam hati-hati orang lain. Tetapi mereka menjawab: “Kami terimanya wahai Tuhan kami, jika kamu tidak mahu beramal dengannya akan kami angkat dan tidak akan turun daripadanya lagi di atas muka bumi ini.” Telah berkata al-Laith bin Sa’ad: “Dikatakan al-Quran itu terangkat apabila manusia mula meninggalkan al-Quran.” (Fath al-Mannan10/488)

 
 

Kedua: Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA:

يدرُسُ الإسلامُ كما يدرُسُ وَشيُ الثَّوبِ حتَّى لا يُدرَى ما صيامٌ، ولا صلاةٌ، ولا نسُكٌ، ولا صدَقةٌ، ولَيُسرى على كتابِ اللَّهِ عزَّ وجلَّ في ليلَةٍ، فلا يبقى في الأرضِ منهُ آيةٌ، وتبقَى طوائفُ منَ النَّاسِ الشَّيخُ الكبيرُ والعجوزُ، يقولونَ: أدرَكْنا آباءَنا على هذِهِ الكلمةِ، لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ، فنحنُ نقولُها فقالَ لَهُ صِلةُ: ما تُغني عنهم: لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ، وَهُم لا يَدرونَ ما صلاةٌ، ولا صيامٌ، ولا نسُكٌ، ولا صدقةٌ؟ فأعرضَ عنهُ حُذَيْفةُ، ثمَّ ردَّها علَيهِ ثلاثًا، كلَّ ذلِكَ يعرضُ عنهُ حُذَيْفةُ، ثمَّ أقبلَ علَيهِ في الثَّالثةِ، فقالَ: يا صِلةُ، تُنجيهِم منَ النَّار ثلاثًا.

Maksudnya: “Ajaran Islam akan terhakis sebagaimana terhakisnya baju sehingga tidak dketahui apa itu puasa, apa itu solat, apa itu ibadat, apa itu sedeqah dan akan ditinggalkan kitab Allah di malam hari sehingga tidak tersisa di muka bumi ini satu ayat pun. Golongan yang tersisa itu ialah kelompok manusia yang lanjut usia dan lemah, lalu mereka berkata: Kami menemui bapa-bapa kami di atas kalimat “Tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah”, maka kami pun mengucapkannya. Shilah berkata kepadanya: kalimat “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah” tidak cukup mereka. Ini kerana, mereka tidak tahu apa itu solat, apa itu puasa, apa itu ibadah dan apa itu sedekah. Maka Huzaifah berpaling daripadanya, namun dia menolaknya dan hal itu dilakukan sebanyak tiga kali dan pada kali ketiga, Huzaifah berkata: “Wahai Shilah, kamu telah menyelamatkan mereka dari neraka”. Huzaifah mengucapkannya sebanyak tiga kali.”

Riwayat Ibn Majah, Kitab Fitnah, Bab hilangnya al-quran dan ilmu, (4039] [al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan sanad bagi hadis ini kuat]

 
 

Hadis ini menunjukkan akan keadaan umat Islam di akhir zaman disebabkan kejahilan tetapi dalam masa yang sama masih berpegang dengan kalimah tauhid. Manakala makna matan ini ialah “akan ditinggalkan kitab Allah di malam hari sehingga tidak tersisa di muka bumi ini satu ayat pun” akan datang satu hari di mana kitab Allah akan dipadamkan dan dihilangkan daripada dada-dada manusia dan juga kertas sehingga tidak tinggal satu ayat pun, bahkan ia diangkat ke langit. Kesimpulannya al-Quran ini akan diangkat kembali kepada-Nya. (Lum’ah al-I’tikad, 7/9)

 
 

Pendapat Ulama

Kami kemukakan di sini beberapa pandangan ulama, antaranya:

 
 

Pertama: Amru Bin Dinar berkata: “Aku mendapati ramai guru-guru kami sejak 70 tahun berkata: “Al-Quran adalah Qalam Allah datang daripada-Nya dan kepada-Nya akan kembali.”

Kedua: Ibn Rajab berkata: “Perkara pertama yang diangkat daripada ilmu adalah ilmu bermanfaat…..sehingga tiada kekal kecuali al-Quran dalam mushaf, dan kemudian diangkatnya pada akhir zaman.”

Ketiga: Syeikh al-Islam berkata: “Al-Quran akan diangkat pada akhir zaman daripada mushaf dan dada sehingga tiada kekal pada dada manusia walau satu kalimah dan pada mushaf walau satu huruf.” Lihat Majmu’ al-Fatawa (3/198)

 
 

 
 

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah meneliti nas-nas Al-Quran dan juga hadith-hadith yang berkaitan, jelas di sini menunjukkan bahawa Al-Quran tetap terpelihara sehingga hari kiamat dan sehingga apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Justeru, apa yang berlaku di utara tanah air dan juga di tempat-tempat yang lain sebelum ini bukanlah bermaksud Al-Quran itu diangkat ke langit, kerana maksud yang sebenarnya ialah diangkat semua iaitu hilang huruf dan ayat dari mushaf begitu jua dengan ketiadaan huffaz.

Kami berpendapat kejadian yang berlaku adalah disebabkan beberapa perkara yang perlu diambil kira. Antaranya:

Berlakunya salah cetak terhadap mushaf itu.

Mutu kualiti kertas yang digunakan adalah dari jenis yang rendah.

Semakan yang tidak rapi terhadap mushaf tersebut.

Terlangkah atau terlangkau ayat ketika proses percetakan berlaku.

Mutu dakwat yang digunakan kurang berkualiti yang mana boleh membawa kepada hakisan.

 
 

Kami berpendapat sedemikian kerana, terdapat banyak lagi syarikat percetakan yang berwibawa seperti Majma’ Malik al-Fahd yang terletak di Madinah, Arab Saudi tidak berlaku masalah seperti ini.

Justeru kami menasihati orang ramai jika terdapatnya ayat-ayat yang terhapus dari mushaf maka hendaklah dibawakan kepada badan agama yang berautoriti untuk diajukan aduan dan semakan.

Seterusnya, kita boleh mengambil manfaat dari apa yang berlaku untuk kita memupuk rasa kasih, cinta dan menjunjung Al-Quran seterusnya belajar, membaca serta mentadabbur maknanya dan dijadikan pedoman.

 
 

Penutup

Sengaja penulis menukilkan pendapat tokoh ulama seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi berkenaan dengan keistimewaan al-Quran berbanding dengan kitab-kitab yang lain.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Ayat al-Quran dihafaz oleh ribuan sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Inilah istimewanya yang tiada pada mana-mana kitab atau buku yang lain.”

Al-Quran kitab zaman semuanya. Ia bermaksud kitab yang kekal yang bukan hanya sesuai pada suatu masa sahaja dan bukan untuk satu generasi. Tetapi ia sesuai sepanjang zaman dan semua tempat. Justeru tidak pelik sehingga sekarang al-Quran tetap menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan.

Al-Quran kitab agama keseluruhannya. Maksudnya ialah ia menjadi asas kepada agama dan roh Islamnya dan daripadanya diambil roh akidah, ibadat, akhlak dan juga usul tasyriq dan hukum hakam.

Al-Quran merupakan kitab kemanusiaan sejagat. Hal ini dapat difahami berdasarkan kepada sifat al-Quran itu sendiri yang banyak menekankan kehidupan manusia dengan kalimahnya dan untuk alam sejagat. Benarlah firman Allah SWT:

إِنۡ هُوَ إِلَّا ذِكۡرٞ لِّلۡعَٰلَمِينَ ٢٧

Maksudnya: Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam.

(Surah al-Takwir : 27)

 
 

Akhir kalam, marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua diberikan kefahaman untuk memahami al-Quran, seterusnya mengamalikannya di dalam kehidupan seharian. Amin.

 
 

 
 

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

9 Mac 2016 bersamaan 29 Jamadilawwal 1437H

[Sumber: http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=687%5D

10 March 2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Ulasan Dr.Khafidz Soroni Mengenai Buku 40 Kisah Palsu Tapi Masyhur


Kisah 1: Abdul Rahman bin ‘Auf Merangkak Masuk Syurga Disebabkan Terlalu Kaya

Ulasan Dr.Khafidz Soroni:
“al-Hafiz Ibn Hajar menafikan kepalsuannya dlm al-Qawl al-Musaddad”

Kisah 10: Bahasa Penduduk Syurga adalah Bahasa Arab

Ulasan Dr.Khafidz Soroni:
“Ada tiga hukum ulama terhadap hadis di atas iaitu;

i- Ulama yang menyatakan ia hadis sahih atau hasan. Antara mereka; al-Hakim dalam al-Mustadrak, diikuti oleh al-‘Iraqi dalam Takhrij Ihya’ ‘Ulumiddin, as-Suyuti dalam al-Jami’ as-Saghir dan Mulla ‘Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfu’ah. As-Silafi dan az-Zurqani dalam Mukhtasar al-Maqasid mengatakan ia hasan (iaitu hasan li-ghairih).

ii- Ulama yang menyatakan ia hadis daif atau seumpamanya. Antara mereka; al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Haithami dalam Majma’ az-Zawa’id, Ibn Hajar al-‘Asqalani, as-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah, as-Suyuti dalam an-Nukat ‘ala al-Mawdu’at, Ibn ‘Arraq al-Kinani dalam Tanzih as-Syari’ah, al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’ dan lain-lain.

iii- Ulama yang menyatakan ia hadis yang sangat daif atau palsu. Antara mereka; Abu Hatim ar-Razi, al-‘Uqaili dalam ad-Dhu’afa’, Ibn Hibban, Ibn al-Jawzi, az-Zahabi, as-Syawkani dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah dan lain-lain.

Setelah meneliti jalan-jalan riwayat hadis berkenaan, saya melihat pendapat kedua adalah lebih sederhana yang menyatakan ia hadis daif, bukan sahih dan bukan juga palsu.”

Kisah 13: Sa’labah, Sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang Tidak Membayar Zakat

Ulasan Dr.Khafidz Soroni:
Ia merupakan sebuah kisah yang masyhur yang telah diriwayatkan oleh at-Tabari dlm Tafsirnya, at-Tabarani dlm al-Kabir, al-Wahidi dlm Asbab an-Nuzul, Ibn al-Athir dlm Usdu al-Ghabah, al-Baghawi dlm Tafsirnya, Abu Nu’aim dlm Ma’rifah as-Sahabah, Ibn ‘Abdil Barr dlm al-Isti’ab, Ibn Mandah, al-Hasan bin Sufyan, Ibn al-Munzir, Ibn Abi Hatim, Abu as-Syeikh, al-‘Askari dlm al-Amthal, Ibn Marduyah, al-Barudi, Ibn Qani’, Ibn as-Sakan, Ibn Syahin, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dan Ibn ‘Asakir. Kesemuanya meriwayatkan daripada riwayat Abu Umamah RA. Terdapat satu jalur riwayat lain yang menyokong riwayat ini daripada Ibn ‘Abbas RA, sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Marduyah dlm Tafsirnya. (lihat: al-Isabah oleh al-Hafiz Ibn Hajar)

“Ada tiga pendapat ulama mengenai status kisah ini, iaitu:

1. Ulama yang menyatakannya tidak palsu atau daif: al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Hafiz al-‘Iraqi dlm Takhrij al-Ihya’, Al-Hafiz as-Suyuti dlm ad-Durr al-Manthur dll, al-‘Allamah al-Futtani dlm Tazkirah al-Maudhu’at, Imam az-Zabidi dlm Ithaf as-Sadah serta kebanyakan para mufassirin (ulama tafsir), termasuk Imam al-Wahidi dlm al-Wajiz, Imam Ibn al-‘Arabi dlm Ahkam al-Quran, al-Hafiz Ibn Kathir, Imam al-Alusi dan lain-lain yang menyatakannya sebagai sebab turunnya ayat 75 surah at-Taubah. Bahkan, Ibn Kathir menyebutkan ia termasuk pendapat Ibn ‘Abbas RA, sahabat mufassir yang terkenal dan al-Hasan al-Basri RA, tabii masyhur.

2. Antara ulama yang menyatakannya sangat daif: al-Hafiz al-Haithami dlm Majma’ az-Zawa’id, al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isabah dll, Imam Ibn Hajar al-Makki al-Haitami dlm al-Fatawa al-Hadithiyyah dan al-‘Allamah al-Munawi dlm al-Fath as-Samawi.

3. Antara ulama yang menyatakannya palsu: Imam Ibn Hazm dlm kitab al-Muhalla.

Ulama yang menyatakan kisah ini tidak palsu menyebutkan terdapat dua orang Tha’labah, iaitu Tha’labah bin Hatib, seorang sahabat Badar yang meninggal dunia di Uhud dan seorang lagi Tha’labah bin Hatib/Abi Hatib, seorang munafik yang meninggal dunia di zaman Khalifah ‘Uthman RA. Ibn Ishaq menyebut, dia termasuk orang yang membina Masjid ad-Dhirar (masjid orang munafik). Kata al-Hafiz Ibn Hajar dlm al-Isabah: “Saya telah pasti kedua-duanya berbeza berdasarkan pendapat Ibn al-Kalbi bahawa sahabat Badar tersebut telah syahid di Uhud”. (lihat: Ithaf as-Sadah oleh az-Zabidi)”

Kisah 19: Al-Qamah yang Derhaka kepada Ibunya

Ulasan Dr.Khafidz Soroni:
“Hadis yg berkaitan tanpa menyebut nama ‘Alqamah adalah hadis yg tidak palsu”

Sumber: https://www.facebook.com/kerongsangfans/photos/a.1660441474241951.1073741826.1660438464242252/1696012144018217/?type=3&theater

10 March 2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

SOLAT DI ATAS PEAWAT: HUKUM DAN CARANYA


 

 

MUKADIMAH

Kapal terbang merupakan alat pengangkutan udara moden yang tidak dibincangkan berkenaan hukum-hakam berkaitannya oleh para fuqaha terdahulu. Akan tetapi, ia tetap tidak terkeluar dari sifatnya yang merupakan sebuah alat pengangkutan yang mana telah terdapatnya perbincangan mengenai hukum-hakam berkaitannya yang telah disebut oleh para fuqaha seperti hukum solat di atas unta, sampan atau kapal, dan sebagainya. Dalam edisi kali ini, kami di Bayan Linnas akan cuba memberikan penjelasan berkenaan suatu isu iaitu solat di atas kapal terbang serta hukum-hakam yang berkaitan.

 
 

Dalam menghuraikan isu ini dengan lebih lanjut, kami akan membahagikannya kepada beberapa isi penting.

 
 

PERTAMA: MASA PERLEPASAN

Di antara perkara yang diambil kira dalam isu ini ialah masa pergerakan seseorang dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan menggunakan kapal terbang.

Sebagai contoh: Seseorang yang ingin menunaikan umrah ke Arab Saudi dari Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Masa perlepasannya dari KLIA ke Jeddah adalah pada pukul 3 petang waktu Malaysia. Justeru, cara yang lebih mudah untuk dirinya dalam hal ini adalah dengan menunaikan solat jamak qasar secara taqdim zohor dan juga asar di airport KLIA.

Contoh lain: Jika seseorang berada di atas kapal terbang dalam keadaan waktu solat masih belum masuk dan waktu perlepasannya adalah dari Jeddah menuju ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu Arab Saudi. Maka dalam hal ini, solat Maghrib dan Isyak boleh dilakukan secara jamak di airport Jeddah. Solat Subuh pula dilakukan di dalam perjalanan iaitu ketika berada di atas kapal terbang. Manakala solat zohor dan asar pula boleh dilakukan secara jamak di airport KLIA.

 
 

KEDUA: MASUK WAKTU SOLAT

Cara untuk kita mengetahui masuknya waktu solat adalah melalui pengumuman yang dibuat oleh pramugara atau krew kapal terbang. Jika tiada pengumuman, kita boleh bertanyakan kepada mereka tentang waktu tempatan di kawasan yang sedang dilalui oleh kapal terbang. Saya juga mengesyorkan agar kita mencari alternatif lain seperti menggunakan jam yang mempunyai masa tempatan khususnya waktu solat seperti al-fajr dan lain-lain.

 
 

KETIGA: PENENTUAN ARAH KIBLAT

Dalam hal ini, amatlah perlu bagi seseorang untuk menghadap ke arah kiblat ketika hendak menunaikan solat. Ini kerana, menghadap ke arah kiblat merupakan syarat sah bagi solat. Ia berdasarkan firman Allah S.W.T:

فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ المَسْجِدِ الحَرَام

Maksudnya: Maka palingkanlah wajah kamu menghadap ke arah Masjid al-Haram.

Surah al-Baqarah (144)

Kata al-Imam al-Qurthubi ketika menafsirkan ayat ini: Palingkanlah urusan wajah kamu menghadap ke arah sudut Masjid al-Haram iaitu ka’abah. Lihat al-Jaamik Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (2/148).

Namun ianya dikecualikan jika terdapat keuzuran untuk menghadap ke arah kiblat maka dibolehkan untuk menghadap arah yang paling hampir dengan kiblat. Namun jika ini juga tidak dapat dilakukan, maka saya syorkan agar solat tersebut diulang semula (i’adah) ataupun qadhasebaik sahaja sampai ke destinasi.

 
 

KEEMPAT: CARA MENGAMBIL WUDHUK

Di antara perkara yang perlu kita raikan ketika menaiki kapal terbang adalah sifat kapal terbang itu sendiri serta mematuhi peraturan penggunaan air dalam kapal terbang terutamanya dalam perjalanan jarak jauh. Saya mengesyorkan agar penggunaan air dilakukan dengan seminima mungkin sama ada dengan cara yang diajarkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji iaitu dengan menggunakan spray dan menyapu keseluruhan muka ataupun dengan menggunakan air dengan sedikit. Seperti membasuh anggota wuduk dengan sekali basuhan sahaja.

 
 

 
 

KELIMA: TAYAMMUM

Pada pendapat kami, adalah tidak sesuai untuk menggunakan tayammum di atas kapal terbang sementelahan lagi dengan pasir yang dibawa ke dalam kapal terbang. Manakala, berkenaan isu melekapkan tangan ke dinding atau tingkap kapal terbang untuk bertayammum, saya lebih cenderung mengatakan bahawa ia tidak menepati syarat sebenar wujudnya debu dan tanah pada dinding tersebut. Firman Allah S.W.T:

فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدٗا طَيِّبٗا

Maksudnya: Maka bertayammumlah kalian dengan debu yang bersih

Surah al-Maidah (6)

Kata al-Imam al-Syanqithi rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Menjadi ketetapan ketika tayammum adalah pada pasir yang mempunyai debu yang boleh melekat di tangan. Inilah pendapat Imam al-Syafie dan juga Imam Ahmad. Rujuk Tafsir Adhwa’ al-Bayan (1/354)

 
 

KEENAM: CARA SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG

Dalam hal ini, kita hendaklah melihat kepada dua keadaan:

1- Kapal terbang yang mempunyai keluasan besar seperti Boeing 747, 757, 777, Airbus, dan seumpamanya. Justeru, jika terdapat ruangan untuk bersolat seperti kawasan yang berhampiran dengan tempat duduk pramugara, atau tempat hidangan makanan, maka pilihlah untuk bersolat di kawasan tersebut. Ini kerana, lebih banyak rukun fi’liyyah yang dapat kita lakukan dengan cara ini.

2- Sebaliknya, jika kapal terbang yang dinaiki itu bersaiz kecil seperti Boeing 737 dan seumpamanya dengan kapasiti penumpang yang padat serta tidak memungkinkan seseorang itu untuk berdiri bagi menunaikan solat maka dibolehkan untuk dia solat di tempat duduknya. Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang perlu untuk diraikan. Antaranya:

Halakan tubuh badan ke arah kiblat dari mula solat.

Laksanakan rukun solat sekadar yang termampu. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud: Bertakwalah kalian kepada Allah sekadar kemampuan kalian.

(Surah al-Taghabun: 16)

Segala rukun qauli (perkataan) hendaklah dilaksanakan.

Syarat-syarat sah solat hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin.

 
 

KETUJUH: SOLAT HORMAT WAKTU

Solat hormat waktu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayamum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.

Solat ini wajib di qadha semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat. Kita juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak ataupun qasar dengan syarat kita masih berada dalam keadaan musafir.

Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayamum bagi mengqada solat, maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah SWT.

Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah, tetapi kita masih melengah-lengahkannya maka kita dikira berdosa.

Aisyah menceritakan bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah SAW menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya.

Lalu tiba waktu solat, dan mereka pun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi Nabi SAW, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat pensyariatan tayammum.

 
 

Pendapat ulama:

Al-Hafiz Al-Iraqi (725-806 H.) menyatakan bahawa terdapat empat pendapat daripada fuqahamazhab Al-Syafie berhubung solat tanpa taharah.

Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafie) ialah: Wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu melakukan salah satu daripadanya (wuduk atau tayamum).

Ada juga pendapat wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani. Kata Abu Thaur: Inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibnu Abd Al-Barr daripada sebilanganfuqaha.

Imam Al-Nawawi berkata: “Sesungguhnya ia adalah pendapat yang paling kuat dalilnya dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadis ini iaitu mereka (para sahabat) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayamum dan tidak dinukilkan bahawa Nabi SAW mengarahkan mereka untuk mengulanginya.”

 
 

KELAPAN: PERI PENTING DAN KEDUDUKAN SOLAT

Secara mutlak, solat merupakan ibadah badaniyah yang paling utama. Ini berdasarkan peristiwa seorang lelaki telah bertanya Nabi SAW tentang amalan yang afdhal.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat. Dia terus bertanya: Kemudian apa pula ? Nabi bersabda: Kemudian solat. Dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda telah mengulangi jawapan solat sebanyak tiga kali.

(Riwayat Ibnu Hibban)

Menebus dosa

Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada menyatakan dua solat yang dilakukan seseorang Islam dengan betul akan menebus dosa-dosa yang berlaku di antara kedua-dua solat tersebut. Ini berdasarkan hadis, Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan melakukan solat lima waktu Allah akan menghapuskan dosa-dosa.

(Riwayat al-Bukhari)

 
 

Hadis seterusnya, Uthman R.anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka semua solat fardu yang dilakukannya akan menebus dosa yang ada di antara solat tersebut.

(Riwayat Muslim)

Begitu juga orang yang cuai mengerjakan solat, sama ada sengaja melengah-lengahkan atau meninggalkannya akan membawa kepada kekufuran sekiranya dia berterusan begitu. Oleh itu, solat merupakan santapan utama bagi iman sebagaimana yang telah disebutkan.

Seterusnya hadis daripada Ummu Aiman, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jangan engkau sengaja meninggalkan solat, sesungguhnya sesiapa yang sengaja meninggalkan solat dia akan terlepas daripada mendapat perlindungan Allah dan Rasul-Nya.”

(Riwayat Imam Ahmad)

 
 

 
 

KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

 
 

Kami sarankan kepada ketua rombongan atau amir jemaah musafir untuk sentiasa mengingatkan kepada jemaah dan ahli rombongan supaya melaksanakan solat. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T:

وَأمُر أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا

Maksudnya: Dan perintahkanlah ahli kamu untuk menunaikan solat dan bersabarlah ke atasnya.

Surah Taha (132)

Kata al-Imam al-Baghawi ketika menafsirkan ayat ini: Iaitu perintahkanlah kaum kamu. RujukTafsir al-Baghawi (5/304).

Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat memberikan keterangan yang berguna untuk kita sama-sama menjadikan solat sebagai agenda pertama kita dalam kehidupan. Lihatlah selepas laungan ‘marilah menuju ke arah solat’ ketika azan. Sesudahnya ialah laungan ‘marilah menuju ke arah kejayaan’. Bagi orang yang menjaga solatnya, sudah tentulah kebahagian dan kejayaan menjadi miliknya di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka. Ameen.

 
 

(DITULIS OLEH UMAR MUKHTAR BIN MOHD NOOR PADA 09 MAC 2016. DITERBITKAN DI DALAM BAYAN LINNAS)

 

 Akhukum Fillah,

S.S DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

9 MAC 2016 BERSAMAAN 29 JAMADIL AWAL 1437 H.

10 March 2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Kajian hadith di dalam kitab ihya’ ulumuddin

image

(Kajian hadith di dalam kitab ihya’ ulumuddin oleh Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni)

1) Ada seorang ustaz al-fadhil menghubungi saya bertanyakan tentang kedudukan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis. Ini barangkali kerana ingin menjawab persoalan mereka yang memandang rendah tentang keupayaan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis.Maka saya katakan, ada sebuahkitab yang bagus dalam membincangkan masalah ini, iaitu kitab al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith oleh Dr. Muhammad ‘Aqil bin ‘Ali al-Mahdali.

2) Pertamanya, amat perlu difahami apakah maksud ilmu hadis itu. Ilmu hadis yang bagaimana? Kerana ilmu hadis itumempunyai banyak pecahan di bawahnya. Walhal, maksud kurang keupayaan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis itu sebenarnya merujuk kepada ilmu hadis tertentu, terutama berkaitan kajian sanad seperti al-jarh wa al-ta’dil dan rijal al-hadith, bukannya keseluruhan cabang dalam ilmu hadis. Ini kerana beliau berkeupayaan dalam ilmu mustalah al-hadith, atau riwayah al-hadith yang objektif utamanya adalah untuk membezakan mana hadith yang sahih dan mana hadith yang dhaif, sepertimana yang dapat dilihat dalam kitab-kitab usul al-fiqhnya, iaitu al-Mankhul dan al-Mustasfa.

3) Beliau juga berkeupayaan dalam mengetahui pelbagai hadis di mana telah memuatkan sebanyak lebih 4,800 buah hadis di dalam kitabnya Ihya’ `Ulum al-Din. Iaitu suatu bilangan yang jarang ada di dalam sesebuah kitab seperti itu. Justeru, bukan kesemuanya atau sebahagian besarnya hadis daif dan munkar seperti yang didakwa oleh sesetengah orang.

4) Bahkan, sebahagian besar hadis-hadis kitab Ihya’ `Ulum al-Din adalah masih hadis-hadis sahih dan hasan, serta daif yang dapat diterima dalam bab fada’il acmal (kelebihan-kelebihan amalan). Imam al-Ghazali sewajarnya lebih diberi keuzuran kerana konsep kitab Ihya’ `Ulum al-Din yang disusunnya itu ialah fada’il acmal, bukannya ahkam atau akidah. Berbanding setengah ulama yang menyusun kitab dalam bab ahkam atau akidah, tetapi memuatkannya dengan hadis-hadis daif dan munkar.Demikian antara jawapan saya menurut apa yang terlintas didalam kepala pada masa itu.

5) Hadis-Hadis Ihya’ `Ulum Al-DinPandangan yang mendakwa kelemahan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis bukanlah suatu yang baru. Zahirnya, mereka hanya mengikut pendapat yang mengatakannya demikian, terutama disebabkan hadis-hadis kitabnya Ihya’ `Ulum al-Din.

Antaranya:Kata al-Hafiz Ibn al-Jawzi (w. 597H): “Beliau memenuhi kitabnya dengan hadis-hadis yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya” (Talbis Iblis, hlm. 190).

Imam Taj al-Din al-Subki (w. 771H) menyatakan: “Adapun apa yang dianggap aib pada al-Ihya’ disebabkan kelemahan sebahagian hadis-hadisnya,ini kerana al-Ghazali diketahui bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang hadis” (Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 6/249).

Imam Ibn Kathir (w. 774H) berkata: “Di dalamnya banyak hadis yang gharib, munkar dan palsu” (Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/214).

6) Sebanyak mana bilangannya? Menurut Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali dalam al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith, bilangan hadis-hadis dalam Ihya’ `Ulum al-Din ialah 4,848 buah hadis. Ini berpandukan kepada kitab Is‘af al-Mulihhin bi-Tartib Ahadith Ihya’ ‘Ulum al-Din susunan Syeikhuna al-Muhaddith Syeikh Mahmud Sa‘id Mamduh. Bagaimanapun, kitab tersebut hanya menyusun semula hadis-hadis yang ditakhrij oleh al-Hafiz al-‘Iraqi (w. 806H) dalam al-Mughni `an Haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya’ min al-Akhbar, sedangkan masih ada sebilangan kecil hadis yang tidak ditakhrijkan olehnya.

7) Jika Imam Taj al-Din al-Subki (w. 771H) mengira sebanyak 943 hadis yang tidak ditemukan sanadnya (Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 6/287- 389). Maka bakinya jika begitu, ialah sebanyak 3,905 hadis yang masih mempunyai sanad antara sahih, hasan dan daif. Jumlah ini masih dianggap jumlah yang besar. Malah sebahagian daripada bilangan 943 hadis yang tidak ditemukan sanadnya oleh Taj al-Din al-Subki itu sebenarnya masih mempunyai sanad, dan sebahagiannya pula ada yang diperselisihkan darjatnya antara sahih, hasan, daif atau mawdu‘. Ini dapat dilihat dalam takhrij al-Hafiz al-‘Iraqi dan takhrij al-Hafiz Murtadha al-Zabidi yang lebih luas dalam Ithaf al-Sadah al-Muttaqin. (Lihat: al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith oleh Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali)

8) Boleh dikatakan, tidak ada kitab tasawuf yang mengandungi jumlah hadis sebanyak itu. Maka dakwaan bahawa Imam al-Ghazali hanya menceduk hadis-hadis kitabnya daripada kitab-kitab fiqh dan tasawuf barangkali dapat dipertikaikan.

Ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa beliau juga telah memetik hadis-hadis kitab Ihya’ `Ulum al-Din daripada kitab-kitab hadis itu sendiri (al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith hlm. 74 & 118).

9) Bagaimanapun, sewajarnya setiap pembaca kitab Ihya’ `Ulum al-Din berhati-hati dalam memetik hadis-hadisnya dan menelitinya menerusi takhrij al-Hafiz al-`Iraqi yang biasanya dicetak bersama-sama dengan kitab Ihya’. Meskipun adakalanya, hukum beliau berbeza dengan hukum al-Hafiz Murtadha al-Zabidi. Sekurang-kurangnya hadis daif masih dapat diamalkan dalam bab fada’il a’mal.

Sumber: Bicara Hadith Bersama Ustaz Mohd Khafidz Soroni

9 March 2016 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tasauf | Leave a comment

Tidak ada Larangan (Bukan Bid’ah) Dzikir dengan Tasbih


Penggunaan Tasbih bukanlah bid’ah sesat.

Sering yang kita dengar dari golongan muslimin diantaranya dari madzhab Wahabi/Salafi dan pengikutnya yang melarang orang menggunakan Tasbih waktu berdzikir. Sudah tentu sebagaimana kebiasaan golongan ini alasan mereka melarang dan sampai-sampai berani membid’ahkan sesat karena menurut paham mereka bahwa Rasulallah saw. para sahabat tidak ada yang menggunakan tasbih waktu berdzikir !

‘Tasbih’ atau yang dalam bahasa Arab disebut dengan nama ‘Subhah’ adalah butiran-butiran yang dirangkai untuk menghitung jumlah banyaknya dzikir yang diucapkan oleh seseorang, dengan lidah atau dengan hati. Dalam bahasa Sanskerta kuno, tasbih disebut dengan nama Jibmala yang berarti hitungan dzikir.

Orang berbeda pendapat mengenai asal-usul penggunaan tasbih. Ada yang mengatakan bahwa tasbih berasal dari orang Arab, tetapi ada pula yang mengatakan bahwa tasbih berasal dari India yaitu dari kebiasaan orang-orang Hindu. Ada pula orang yang mengatakan bahwa pada mulanya kebiasaan memakai tasbih dilakukan oleh kaum Brahmana di India. Setelah Budhisme lahir, para biksu Budha menggunakan tasbih menurut hitungan Wisnuisme, yaitu 108 butir. Ketika Budhisme menyebar keberbagai negeri, para rahib Nasrani juga menggunakan tasbih, meniru biksu-biksu Budha. Semuanya ini terjadi pada zaman sebelum islam.

Kemudian datanglah Islam, suatu agama yang memerintahkan para pemeluk nya  untuk berdzikir (ingat) juga kepada Allah swt. sebagai salah satu bentuk peribadatan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.. Perintah dzikir bersifat umum, tanpa pembatasan jumlah tertentu dan tidak terikat juga oleh keadaan-keadaan tertentu. Banyak sekali firman Allah swt. dalam Al-Qur’an agar orang banyak berdzikir dalam setiap keadaan atau situasi, umpama berdzikir sambil berdiri, duduk, berbaring dan lain sebagainya.

Sehubungan dengan itu terdapat banyak hadits yang menganjurkan jumlah dan waktu berdzikir, misalnya seusai sholat fardhu yaitu tiga puluh tiga kali dengan ucapan Subhanallah, tiga puluh tiga kali Alhamdulillah dan tiga puluh tiga kali Allahu Akbar, kemudian dilengkapi menjadi seratus dengan ucapan kalimat tauhid ‘Laa ilaaha illallahu wahdahu….’. Kecuali itu terdapat pula hadits-hadits lain yang menerangkan keutamaan berbagai ucapan dzikir bila disebut sepuluh atau seratus kali. Dengan adanya hadits-hadits yang menetapkan jumlah dzikir seperti itu maka dengan sendirinya orang yang berdzikir perlu mengetahui jumlahnya yang pasti.

A.  Hadits-hadits yang berkaitan dengan cara menghitung dzikir

1. Hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai dan Al-Hakim berasal dari Ibnu Umar ra. yang mengatakan:

“Rasulallah saw. menghitung dzikirnya dengan jari-jari dan menyarankan para sahabatnya supaya mengikuti cara beliau saw.”.

Para Imam ahli hadits tersebut juga meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Bisrah, seorang wanita dari kaum Muhajirin, yang mengatakan bahwa Rasulallah saw. pernah berkata:

“Hendaklah kalian senantiasa bertasbih (berdzikir), bertahlil dan bertaqdis (yakni berdzikir dengan menyebut ke–Esa-an dan ke-Suci-an Allah swt.). Janganlah kalian sampai lupa hingga kalian akan melupakan tauhid. Hitunglah dzikir kalian dengan jari, karena jari-jari kelak akan ditanya oleh Allah dan akan diminta berbicara” .

PerhatikanlahAnjuran menghitung dengan jari dalam hadits itu tidak berartimelarang orang menghitung dzikir dengan cara lain !!!. Untuk mengharamkan atau memunkarkan suatu amalan haruslah mendatangkan nash yang khusus tentang itu, tidak seenaknya sendiri saja!!

2. Imam Tirmidzi, Al-Hakim dan Thabarani meriwayatkan sebuah hadits berasal dariShofiyyah yang mengatakan: “Bahwa pada suatu saat Rasulallah saw. datang kerumahnya. Beliau melihat empat ribu butir biji kurma yang biasa digunakan oleh Shofiyyah untuk menghitung dzikir. Beliau saw. bertanya; ‘Hai binti Huyay, apakah itu ?’ Shofiyyah menjawab ; ‘Itulah yang kupergunakan untuk menghitung dzikir’. Beliau saw. berkata lagi; ‘Sesungguhnya engkau dapat berdzikir lebih banyak dari itu’. Shofiyyah menyahut; ‘Ya Rasulallah, ajarilah aku’. Rasulallah saw. kemudian berkata; ‘Sebutlah, Maha Suci Allah sebanyak ciptaan-Nya’ “. (Hadits shohih).

3.   Abu Dawud dan Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadits yang dinilai sebagai haditshasan/baik oleh An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim yaitu hadits yang berasal dari Sa’ad bin Abi Waqqash ra. yang mengatakan:

“Bahwa pada suatu hari Rasulallah saw. singgah dirumah seorang wanita. Beliau melihat banyak batu kerikil yang biasa dipergunakan oleh wanita itu untuk menghitung dzikir. Beliau bertanya; ‘Maukah engkau kuberitahu cara yang lebih mudah dari itu dan lebih afdhal/utama ?‘ Sebut sajalah kalimat-kalimat sebagai berikut :

‘Subhanallahi ‘adada maa kholaga fis samaai, subhanallahi ‘adada maa kholaga fil ardhi, subhanallahi  ‘adada maa baina dzaalika, Allahu akbaru mitslu dzaalika, wal hamdu lillahi mitslu dzaalika, wa laa ilaaha illallahu mitslu dzaalika wa laa guwwata illaa billahi mitslu dzaalika’ “.

Yang artinya : ‘Maha suci Allah sebanyak makhluk-Nya yang dilangit, Maha suci Allah sebanyak makhluk-Nya yang dibumi, Maha suci Allah sebanyak makhluk ciptaan-Nya. (sebutkan juga) Allah Maha Besar, seperti tadi, Puji syukur kepada Allah seperti tadi, Tidak ada Tuhan selain Allah, seperti tadi dan tidak ada kekuatan kecuali dari Allah, seperti tadi !’ “.

Lihat dua hadits diatas ini, Rasulallah saw. melihat Shofiyyah menggunakan biji kurma untuk menghitung dzikirnya, beliau saw. tidak melarangnya atau tidak mengatakan bahwa dia harus berdzikir dengan jari-jarinya, malah beliau saw. berkata kepadanya engkau dapat berdzikir lebih banyak dari itu !! Begitu juga beliau saw. tidak melarang seorang wanita lainnya yang menggunakan batu kerikil untuk menghitung dzikirnya dengan kata lain beliau saw. tidak mengatakan kepada wanita itu, buanglah batu kerikil itu dan hitunglah dzikirmu dengan jari-jarimu !

Beliau saw. malah mengajarkan kepada mereka berdua bacaan-bacaan yang lebih utama dan lebih mudah dibaca. Sedangkan berapa jumlah dzikir yang harus dibaca, tidak ditentukan oleh Rasulallah saw. jadi terserah kemampuan mereka.

Banyak riwayat bahwa para sahabat Nabi saw. dan kaum salaf yang sholeh pun menggunakan biji kurma, batu-batu kerikil, bundelan-bundelan benang dan lain sebagainya untuk menghitung dzikir yang dibaca. Ternyata tidak ada orang yang menyalahkan atau membid’ahkan sesat mereka !!

4. Imam Ahmad bin Hanbal didalam Musnadnya meriwayatkan bahwa seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Shofiyyah menghitung dzikirnya dengan batu-batu kerikil. Riwayat ini dikemukakan juga oleh Imam Al-Baihaqi dalam Mu’jamus Shahabah;  “‘bahwa Abu Shofiyyah, maula Rasulallah saw. menghamparkan selembar kulit kemudian mengambil sebuah kantong berisi batu-batu kerikil, lalu duduk berdzikir hingga tengah hari. Setelah itu ia menyingkirkannya. Seusai sholat dhuhur ia mengambilnya lagi lalu berdzikir hingga sore hari “.

5. Abu Dawud meriwayatkan;

‘bahwa Abu Hurairah ra. mempunyai sebuah kantong berisi batu kerikil. Ia duduk bersimpuh diatas tempat tidurnya ditunggui oleh seorang hamba sahaya wanita berkulit hitam. Abu Hurairah berdzikir dan menghitungnya dengan batu-batu kerikil yang berada dalam kantong itu. Bila batu-batu itu habis dipergunakan, hamba sahayanya menyerahkan kembali batu-batu kerikil itu kepadanya’.

6. Abu Syaibah juga mengutip hadits ‘Ikrimah yang mengatakan;

‘bahwa Abu Hurairah mempunyai seutas benang dengan bundelan seribu buah. Ia baru tidur setelah berdzikir dua belas ribu kali’.

7. Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya bab Zuhud mengemukakan; ‘bahwa Abu Darda ra. mempunyai sejumlah biji kurma yang disimpan dalam kantong. Usai sholat shubuh biji kurma itu dikeluarkan satu persatu untuk menghitung dzikir hingga habis’.

8. Abu Syaibah juga mengatakan; ‘bahwa Sa’ad bin Abi Waqqash ra menghitung dzikirnya dengan batu kerikil atau biji kurma. Demikian pula Abu Sa’id Al-Khudri ‘.

9. Dalam kitab Al-Manahil Al-Musalsalah Abdulbaqi mengetengahkan sebuah riwayat yang mengatakan; ‘bahwa Fathimah binti Al-Husain ra mempunyai benang yang banyak bundelannya untuk menghitung dzikir ‘.

10. Dalam kitab Al-Kamil , Al-Mubarrad mengatakan;  “bahwa ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas ra (wafat th 110 H) mempunyai lima ratus butir biji zaitun. Tiap hari ia menghitung raka’at-raka’at sholat sunnahnya dengan biji itu, sehingga banyak orang yang menyebut namanya dengan ‘Dzu Nafatsat’ “.

11. Abul Qasim At-Thabari dalam kitab Karamatul-Auliya mengatakan: ‘Banyak sekali orang-orang keramat yang menggunakan tasbih untuk menghitung dzikir, antara lain Syeikh Abu Muslim Al-Khaulani dan lain-lain’.

B.  Tidak ada Larangan terhadap penggunaan Tasbih dalam Dzikir

Menurut riwayat bentuk tasbih yang kita kenal pada zaman sekarang ini baru dipergunakan orang mulai abad ke 2 Hijriah. Ketika itu nama ‘tasbih’ belum digunanakan untuk menyebut alat penghitung dzikir. Hal itu diperkuat oleh Az-Zabidiyang mengutip keterangan dari gurunya didalam kitab Tajul-‘Arus . Sejak masa itu tasbih mulai banyak dipergunakan orang dimana-mana. Pada masa itu masih ada beberapa ulama yang memandang penggunaan tasbih untuk menghitung dzikir sebagai hal yang kurang baik. Oleh karena itu tidak aneh kalau ada orang yang pernah bertanya pada seorang Waliyullah yang bernama Al-Junaid: ‘Apakah orang semulia anda mau memegang tasbih ?. Al-Junaid menjawab: ‘Jalan yang mendekatkan diriku kepada Allah swt. tidak akan kutinggalkan’.(Ar-Risalah Al-Qusyariyyah).

Sejak abad ke 5 Hijriah penggunaan tasbih makin meluas dikalangan kaum muslimin, termasuk kaum wanitanya yang tekun beribadah. Tidak ada berita riwayat, baik yang berasal dari kaum Salaf maupun dari kaum Khalaf (generasi muslimin berikutnya)yang menyebutkan adanya larangan penggunaan tasbih, dan tidak ada pula yang memandang penggunaan tasbih sebagai perbuatan munkar!!

Pada zaman kita sekarang ini bentuk tasbih terdiri dari seratus buah butiran atau tiga puluh tiga butir, sesuai dengan jumlah banyaknya dzikir yang disebut-sebut dalam hadits-hadits shohih. Bentuk tasbih ini malah lebih praktis dan mudah dibandingkan pada masa zaman nya Rasulallah saw. dan masa sebelum abad kedua Hijriah. Begitu juga untuk menghitung jumlah dzikir agama Islam tidak menetapkan cara tertentu. Hal itu diserahkan kepada masing-masing orang yang berdzikir.

Cara apa saja untuk menghitung bacaan dzikir itu asalkan bacaan dan alat menghitung yang tidak yang dilarang menurut Kitabullah dan Sunnah Rasulallah saw.. itu mustahab/baik untuk diamalkan. Berdasarkan riwayat-riwayat hadits yang telah dikemukakan diatas jelaslah, bahwa menghitung dzikir bukan dengan jari adalah sah/boleh. Begitu juga benda apa pun yang digunakan sebagai tasbih untuk menghitung dzikir, tidak bisa lain, orang tetap menggunakan tangan atau jarinya juga, bukan menggunakan kakinya!! Dengan demikian jari-jari ini juga digunakan untuk kebaikan !! Malah sekarang banyak kita para ulama pakar maupun kaum muslimin lainnya sering menggunakan tasbih bila berdzikir.

Jadi masalah menghitung dengan butiran-butiran tasbih sesungguhnya tidak perlu dipersoalkan, apalagi kalau ada orang yang menganggapnya sebagai ‘bid’ah dholalah’. Yang perlu kita ketahui ialah : Manakah yang lebih baik, menghitung dzikir dengan jari tanpa menggunakan tasbih ataukah dengan menggunakan tasbih ?

Menurut Ibnu ‘Umar ra. menghitung dzikir dengan jari (daripada dengan batu kerikil, biji kurma dll) lebih afdhal/utama. Akan tetapi Ibnu ‘Umar juga mengatakan jika orang yang berdzikir tidak akan salah hitung dengan menggunakan jari, itulah yang afdhal. Jika tidak demikian maka mengguna- kan tasbih lebih afdhal.

Perlu juga diketahui, bahwa menghitung dzikir dengan tasbih disunnahkan menggunakan tangan kanan, yaitu sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Salaf. Hal itu disebut dalam hadits-hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan lain-lain. Dalam soal dzikir yang paling penting dan wajib diperhatikan baik-baik ialah kekhusyu’an, apa yang diucapkan dengan lisan juga dalam hati mengikutinya. Maksudnya bila lisan mengucapkan Subhanallah maka dalam hati juga memantapkan kata-kata yang sama yaitu Subhanallah. Allah swt. melihat apa yang ada didalam hati orang yang berdzikir, bukan melihat kepada benda (tasbih) yang digunakan untuk menghitung dzikir!! Wallahu a’lam.

Insya Allah dengan keterangan singkat ini, para pembaca bisa menilai sendiri apakah benar yang dikatakan golongan pengingkar bahwa penggunaan Tasbih adalah munkar, bid’ah dholalah/sesat dn lain sebagainya ??? Semoga Allah swt. memberi hidayah kepada semua kaum muslimin. Amin.

Semoga dengan keterangan sebelumnya mengenai akidah golongan Wahabi/Salafi serta pengikutnya dan keterangan bid’ah yang singkat ini insya-Allah bisa membuka hati kita masing-masing agar tidak mudah mensesatkan, mengkafirkan dan sebagainya pada saudara muslim kita sendiri yang sedang melakukan ritual-ritual Islam begitu juga yang berlainan madzhab dengan madzhab kita.

Buku baru yang berjudul Telaah kritis atas doktrin faham Salafi/ Wahabi belum beredar merata pada toko-toko buku di Indonesia. Bagi peminat bisa langsung hubungi toko-toko di jalan Sasak. Surabaya-Indonesia.

https://salafytobat.wordpress.com

7 March 2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Definisi SALAFI/WAHABI/SYAFIEE/HANBALI/MALIKI/HANAFI…

Oleh: Syeikh Nuruddin Al Banjari pada 23/2/2016…

-Apakah kira seseorg yg mengusul pandangan bukan dari mazhab dia maka akan terkeluar dari mazhab tersebut..

-Mazhab ini adalah suatu aliran..

-Jika kita berlatar belakang kan Mazhab Syafiee & ada sesetengah masalah² trtentu & sesuai dgn tuntutan keperluan kita brpindah / bertaqlid pd mazhab lain apakah kita langsung brtukar mazhab yg lain??…

-Kita tidak brtukar mazhab lain..Tetap bermazhab Syafiee..

-Masyarakat memberi 1 pandangan/tanggapan pd org² yg ekstrim, suka kufur mengkufurkan, sesat menyesatkan org lain & kita labelkan org itu dgn panggilan WAHABI..ADAKAH ITU TEPAT & BETUL????..

-Tidak mnjadi Hanbali kita jika kita ikut beberapa pandangan dlm mazhab² Hanbali..begitu juga pd mazhab² yg lain..

-Apakah seperti itu halnya di nusantara sesetengah nya mengagumi pandangan dari Muhammad bin Abdul Wahab..

-Apakah dia mnjadi WAHABI atau tetap saja dia sorg yg bermazhab Syafiee..

-Untuk diketahui :-

1)SALAFI/WAHABI itu bukan mazhab..

2)Ia berbeza dgn mazhab² empat yg ada dari A→Z…

3)Kita tak boleh mengatakan kita keluar dari mazhab disebabkan hanya ada beberapa masalah hukum yg kita tak boleh komitmen dlm mazhab Imam Syafiee r.a..

-Mengapa masyarakat skrg melemparkan & memberi jolokan kpd org yg ekstrim itu digelar WAHABI/SALAFI..

-WAHABI/SALAFI itu bkn mazhab tp hanya 1 pandangan..

-Ulama2 WAHABI di sana kebanyakannya bermazhab Hanbali..jadi mengapa mereka diberi gelaran tambahan iaitu WAHABI..

-Kerana mereka yg mengasuh pandangan WAHABI..

-Diberi contoh org yg keluar dakwah digelar jemaah TABLIGH walhal mereka tetap berpegang pd mazhab Syafiee..

-Mereka digelar jemaah TABLIGH kerana mereka mengasuh cara org TABLIGH dakwah iaitu dgn cara dari rumah ke rumah dan masjid ke masjid..

-JADI MENGAPA KALIAN MARAH BILA KALIAN DIPANGGIL DENGAN GELARAN WAHABI KERNA KALIAN YG MENGASUH PANDANGAN WAHABI..

-Yg mengharamkan TAWASSUL siapa??..yg mengharamkan ziarah kubur & makam nabi siapa???..
(4mazhab tidak mengharamkannya)..

-Yg mengatakan berziarah ke Madinah utk tujuan ziarah kepada RASULULLAH SAW itu adalah haram & bertawassul pd BAGINDA SAW adalah syirik itu adalah WAHABI punya pandangan..

-Jadi kalian jgn berkecil hati atau kecewa bila kami gelarkan anda WAHABI kerna kalian yg mengasuh pandangan ekstrim seperti itu..

-Jumhur ulama tidak mengkafirkan org yg bertawasul & tidak mengharamkan berziarah makam RASULULLAH SAW..

-Kalau kalian tak mahu tidak kisah tapi jgn smpai menyesat kan & mengharamkan ziarah semacam itu..

-Semua jumhur ulama 4mazhab membenarkan kita menyanjung BAGINDA SAW..

-Jadi supaya sahabat2 kita yg mengasuh fahaman yg ekstrim itu yg dgn org ramai dikafirkan kerna tawasul, yg diharamkan kerna ziarah kubur, yg ramai diharamkan kerna tahlil & talqin..

-Jadi restulah kalian dgn gelaran & jolokan yg diberi iaitu kumpulan WAHABI..

-Jadi jgn tersinggung jika kalian digelar WAHABI jika kalian menyokong pandangan² mereka …

Wallahualam..

1 March 2016 Posted by | Bicara Ulama | Leave a comment

   

%d bloggers like this: