Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Sempena Hari Pekerja – Mari kita muhasabah kerja kita

>

Pekerja curi masa ketika di pejabat, buat kerja peribadi akan diperhitung di akhirat

MENJALANKAN kerja yang halal bermakna membawa rezeki diberkati untuk menanggung kehidupan sendiri mahupun keluarga. Jauhilah daripada kerja haram dan subahat kerana kelak pintu keberkatan rezeki akan tertutup.

Daripada Anas bin Malik meriwayatkan, seorang lelaki daripada kaum Ansar datang menemui Rasulullah SAW dan meminta sesuatu kepada Baginda. Tiba-tiba Rasulullah SAW bertanya lelaki itu: “Adakah sesuatu di rumahmu? Jawabnya: Ada, ya Rasulullah. Saya mempunyai sehelai kain tebal, yang sebahagian kami gunakan untuk selimut dan sebahagian kami jadikan alas tidur. Selain itu, saya juga mempunyai sebuah mangkuk besar yang kami guna untuk minum.”

Rasulullah SAW meminta lelaki itu membawa barang berkenaan dan menyerahkannya kepada Baginda. Setelah barang diterima, Rasulullah SAW melelongnya kepada sahabat yang hadir pada saat itu, Baginda menawarkan pada siapa yang mahu membeli.

Salah seorang sahabat menawar kedua barang itu dengan harga satu dirham. Tetapi Rasulullah SAW menawarkan kepada mereka barangkali ada yang sanggup membeli lebih daripada satu dirham. Kemudian ada yang menawarkan dua dirham dan Rasulullah SAW menyerahkan kedua barang itu kepada si pembeli dan menerima wangnya.

Wang itu lalu Baginda SAW serahkan kepada lelaki Ansar berkenaan, seraya berkata: “Belikan satu dirham untuk keperluanmu dan satu dirham lagi belikan sebuah kapak dan engkau kembali lagi ke sini.” Tidak lama kemudian lelaki itu kembali menemui Rasulullah SAW dengan membawa kapak.

Rasulullah SAW melengkapi kapak itu dengan membuatkan gagangnya terlebih dulu, lantas berkata, “Pergilah mencari kayu bakar, lalu hasilnya kamu jual di pasar dan jangan menemui aku sampai dua pekan.” Lelaki itu taat melaksanakan apa yang disaran Rasulullah SAW.
Selepas dua pekan berlalu lelaki itu menemui Rasulullah SAW melaporkan hasil kerjanya. Dia memberitahu Rasulullah SAW bahawa selama masa itu dia berjaya memperoleh wang sebanyak sepuluh dirham. Sebahagian perolehan digunakan untuk membeli makanan dan pakaian.

Selepas mendengar kata-kata lelaki Ansar itu, Rasulullah SAW bersabda: “Pekerjaanmu ini lebih baik bagimu daripada kamu datang sebagai pengemis, yang akan membuat cacat di wajahmu kelak pada hari kiamat.”

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Demi Allah, jika seseorang di antara kamu membawa tali dan pergi ke bukit untuk mencari kayu bakar, kemudian dipikul ke pasar untuk dijual, dengan bekerja itu Allah mencukupi keperluanmu itu lebih baik daripada ia meminta-minta kepada orang lain.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bekerja dalam Islam bukan sekadar memenuhi keperluan untuk belanja mengisi perut bahkan bertujuan memelihara harga diri dan martabat kemanusiaan yang seharusnya dipertahankan. Islam menghargai orang yang bekerja dengan tangannya sendiri.
Rasulullah SAW pernah ditanya: “Pekerjaan apakah yang paling baik? Beliau menjawab: Pekerjaan terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua jual beli yang dianggap baik.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Seorang yang bekerja dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya akan bertambah martabat serta kemuliaannya. Sebaliknya, mereka yang berat tulang dan lebih selasa menganggur, memberi imej buruk dan negatif pada pandangan serta penglihatan orang lain.

Diceritakan pada suatu hari Saidina Umar Al-Khattab melihat Zaid bin Maslamah sedang menanam tanaman di tanahnya, maka berkatalah Saidina Umar kepada Zaid: “Benar sekali perbuatanmu itu. Engkau tidak menggantungkan hidupmu kepada orang lain adalah cara terbaik untuk memelihara agamamu dan amat mulia untuk menjaga martabat dirimu.”

Saidina Umar juga pernah memberitahu: “Sesungguhnya aku memandang seorang pemuda, maka aku kagum kepadanya. Lantas aku bertanya kepadanya apakah pekerjaan yang dilakukannya. Lalu dijawab tidak, maka jatuh nilai pemuda itu pada pandanganku.”

Memang benar kehidupan sebagai buruh sangat berbeza dengan kehidupan eksekutif. Secara umumnya buruh dilihat memerah keringat sementara eksekutif bertungkus-lumus memerah dan mengeluarkan idea.

Jika semuanya itu dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan amanah nescaya ia akan menghasilkan produk yang sangat bermanfaat dari segi masa, kos dan tenaga sementara ruang lingkup kehidupan pula akan lebih sejahtera.

Di samping itu, kita hendaklah mengetahui setiap tugas atau kerja yang diberi Allah SAW kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan mereka seperti firman Allah yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya.” (Surah al-Baqarah , ayat 286)

Ayat itu menegaskan tidak ada sebab bagi seseorang pekerja itu mengeluh dan mengatakan bahawa tugasnya terlalu berat dan sukar. Seseorang pekerja itu boleh menyelesaikan segala tugas jawatannya, melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya.

Bagi pekerja yang punya prestasi kerja tinggi, komited, menjaga akhlak, masa dan bermatlamat jelas untuk kepentingan keluarga, agama dan majikan, wajar dihargai serta disanjung tinggi. Islam memandang tinggi kepada golongan pekerja seperti ini.

Apalagi banyak antara mereka yang melakukan kerja dari subuh hingga larut malam bagi tujuan memenuhi keperluan keluarganya. Atas niat yang betul, mereka akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Pekerja mahu pun majikan wajib mentaati dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh amanah. Seorang buruh wajib bekerja sesuai dengan akad yang disepakati bersama begitu juga majikan memastikan pekerja mendapat haknya.

Jangan sekali-kali kita lupakan bahawa bekerja mengikut kaedah Islam adalah berbeza mengikut pendekatan Barat. Dalam Islam, pekerjaan halal yang dipilih akan meletakkan status pelakunya pada tahap yang tinggi sehingga pahala diperoleh seperti pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.” (Hadis Bukhari)

Kita hendaklah insaf dan sedar bahawa setiap kegiatan dan pekerjaan di dunia ini akan dihitung di akhirat nanti. Firman Allah yang bermaksud: “Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang sudah diperbuatnya.” (Surah al-Muddaththir, ayat 38)

Kita tidak boleh mengambil peluang mencuri masa dengan membuat kerja peribadi dalam waktu pejabat, melengah-lengahkan bayaran kepada pemborong, meluluskan permohonan yang sepatutnya ditolak kerana kita akan dihukum di akhirat kelak walaupun terlepas hukuman di dunia.

Sebaliknya, berbahagialah kita di dunia dan akhirat jika kita melaksanakan tugas menurut tuntutan Islam dan bergembiralah mana-mana pekerja yang mendapat keredaan Allah dengan ganjaran pahala.

Islam benci kepada mereka yang layak bekerja tetapi menjadi pengemis atau penganggur sementara yang mempunyai tanggungjawab perlu melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya dan amanah kerana Allah SWT.

(Di tulis oleh: Amran Zakaria – Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Dewan Amal Islam Hadhari (Damai)

Advertisements

30 April 2009 Posted by | Tazkirah | 2 Comments

Masjid Dan Politik

 

Soalan:

Kami berselisih pendapat dalam satu persoalan penting. Ada yang bersetuju dan ada yang membangkang. Masing-masing tidak dapat menerima pendapat orang lain. Kami bersetuju untuk merujuk kepada pihak tuan (yakni Yusof Qardawi), kerana persoalan ini penting, terutamanya pada masa kini. Persoalannya ialah: Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik? Apakah dalil keharusannya, jika hukumnya harus? Atau dalil pengharamannya, jika ia ditegah? Semoga Allah Taala memnberi taufik dan manafaat ilmu tuan kepada umat Islam.

Jawapan Yusof Qardawi:
Masjid: Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.)

Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah Muslimin. Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang dating dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn dan pentadbiran. Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai satu tempat yang lain bagi politik dan permasalahannya selain daripada masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan politik. Masjid Di Zaman Kegemilangan dan Zaman Kemuduran. Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid dijadikan sebagai tempat pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan sebagainya. Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya. Beliau berkata:

“Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”

Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata:

“Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!” Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!” Umar menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedangnya.”

Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman kegemilangannya. Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah. Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat. Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan. Oleh itu kita dapati, setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…! Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak.

Saya tidak faham, kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia merupakan satu kehinaan atau jenayah?! Sedangkan ilmu politik adalah satu cabang ilmu yang paling mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia. Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang bertanya:”Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik?” Sedangkan mereka bergelumang dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki. Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada di dalam lengkaran hukum dan nilai-nilainya.

Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan dan mengenepikan halal dan haram. Manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan keadilan di kalangan mereka, makia ia adalah selari dengan agama, bahkan ia adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, ibadah, akhlak dan sistem hidup yang lengkap. Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan pengertiannya yang di atas.

Masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Hal ini dikenali sebagai ‘an-nasiihah’, salah satu kewajiban Islam yang diketahui, di mana Nabi (s.a.w.) menjadikankannya sebagai seluruh agama sebagaiaman di dalam sabdanya yang bermaksud;

“Ad-Deen itu adalah nasihat…” Sahabat bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?” Sabdanya: “Bagi Allah, Rasul, Kitab dan Imam Muslimin serta umat Islam seluruhnya.”

Ia juga termasuk dalam konteks berwasiat dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran yang dijadikan oleh al-Quran sebagai syarat untuk mendapat keselamatan daripada kerugian di dunia dan akhirat. Firman Allah bermaksud

*( Al-Asr: 1-3): “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Ia juga tergolong daripada amar-makruf dan nahi mungkar yang dijadikan oleh Allah Taala sebagai sebab utama kepada kebaikan umat ini. Firman Allah (s.w.t.): Maksudnya:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji).” (Ali-Imran: 110).

Allah Taala juga menjadikannya salah satu daripada sifat asasi mukminin dan mukminat. Firman Allah (s.w.t.):Maksudnya:

“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itulah akan diberikan rahmat oleh Allah.”

Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t.) mendahulukan kefardhuan amar makruf dan nahi mungkar daipada kefarduan solat dan zakat, sedangkan kedua-duanya merupakan rukun Islam. Ini menunjukkan kepentingan kefardhuan amar-makruf nahi mungkar. Allah juga memberitakan kepada kita tentang laknat yang menimpa orang yang meninggalkan kewajipan ini di kalangan umat-umat yang terdahulu. FirmanNya: Maksudnya:

“Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitan Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa bin Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri)n dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.”

Melalui nasihat, berpesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar, masjid berperanan di dalam memberi pengarahan terhadap urusan pentadbiran umat, memberi kesedaran kepada mereka tentang permasalahan hidup mati mereka dan mendedahkan kepada mereka tentang tipu daya musuh. Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh. Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiyak ‘Palestin’ bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan. Pada permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangnkitan masjid. Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai peranannya yang tidak dapat dinafikan. Saya masih ingat pada tahun 1956 sewaktu permusuhan tiga serangkai ke atas Mesir, saya dijemput oleh Kementerian Wakaf yang menjadi menterinya pada masa itu ialah Syeikh Ahmad al-Baaquri untuk menyampaikan khutbah Jumaat di salah sebuah masjid terbesar di Bandar kaherah untuk menguatkan semangat orang ramai. Walaupiun ketika itu saya tidak dibenarkan berkhutbah, mengajar dan setiap aktiviti yang memberi pengaruh kepada umum., tetapi keadaan darurat ketika itu memaksa mereka meminta pertolongan saya. Kementerian wakaf dan ha ehwal masjid menyeru para khatibnya dari masa ke semasa supaya menyentuh dalam khutbah mereka tajuk-tajuk yang boleh menolong negara mencapai matlamatnya dan melaksanakan polisinya. Seperti bersederhana dalam melakukan penggunaan, menentang keganasan, memerangi pelampau, seruan ke arah kesatuan bangsa, kempen membasmi dadah…semuanya itu adalah dari lubuk politik.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ‘tujuan-tujuan politik’ sebagaimana yang terdapat di dalam pertanyaan di atas? Difahami daripada soalan seumpama ini ialah politik pembangkang yang menentang kerajaan. Pada pendapat saya, politik yang berbentuk begini tidaklah ditegah secara mutlak dan tidak juga diharuskan secara mutlak. Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara seumpama ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan fanatik kepartian. Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan.

Masjid didirikan untuk meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan. Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di saf syariat, bukan di saf kerajaan. Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik dan bersejarah ini; iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat daripada taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang sedikitpun tidak mempunyai kekuatan ketika berhadapan dxengan kekuatan Allah (s.w.t..)

Di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit menentangnya dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain dikuasai oleh kerejaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang berani ialah hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di Somalia. Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka mengatakan bahwa perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah (s.w.t): Maksudnya:

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka nengkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)

Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat. Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar bagi risalah Islam, bahkjan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan. Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan pendakwah kepada jalan Allah. Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama dan dunia kita

Sumber: http://members.tripod.com/nuun_qalami79/ctindex_files/artikel9.html

28 April 2009 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , | 7 Comments

Adakah mengumpat dan lidah cabul amalan orang politik?

Lidah cabul, suka memaki hamun, mengumpat dan suka berkata benda benda kotor adalah sifat keji yang di larang oleh agama.Ia nya adalah di antara sifat sifat yang tercela.Dalam agama manusia yang ada sifat ini di kategorikan manusia yang jahat dan durjana.

Amat malang sekali Umat Islam zaman ini terutama pemimpin pemimpin politik berdemokrasi dan penyokong penyokong nya, ramai yang terkena penyakit ini.Mereka mengamalkan sifat ini terang terang tanpa segan silu.Seolah olah ia nya satu kemestian bagi orang orang politik untuk memiliki sifat ini dalam berpolitik.Orang politik yang tidak mempunyai sifat ini akan tertekan dan tersingkir.

Bahkan ada ahli ahli agama yang membenarkan perkara ini (terutama bab mengumpat) atas alasan menentang kezaliman.Memang benar tetapi sifat ini tidak boleh di pergunakan sesuka hati .Hanya kadhi, hakim dan ulama sahaja boleh mengumpat.Kerana mereka arif dalam perkara ini.Bagi orang awam adalah terhad.Itu pun ada juga ulama mengatakan mengumpat yang di benarkan itu pun amat bahaya kalau di laksanakan.Ia nya umpama bermain main di pinggir neraka! Tersilap mengumpat masok ke dalam lubang neraka.

Mengumpat itu melanggar kehormatan orang lain saperti yang di jelaskan oleh Sabda Rasulullah s.a.w:

“Wahai golongan orang orang yang telah beriman lidah nya, tetapi belum beriman hati nya! Jangan lah kamu mengumpat kaum Muslimin dan jangan pula mengintip intip keaiban keaiban nya.Sebab barang siapa yang mengintip keaiban saudara nya nescaya Allah akan mengintip keaiban nya, nescaya Dia kan mendedahkan nya, meskipun ia berada di tengah tengah rumah.”

Sabda nya lagi“Wahai orang orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum menghina kaum yang lain, sebab mungkin sekali mereka yang di hina itu lebih baik dari yang menghina.Dan jangan pula kaum perempuan menghina perempuan yang lain, barangkali mereka yang dihina lebih baik dari mereka yang menghina.”

Rasulullah s.a.w telah bersabda bermaksud:
“Waspadalah kamu dari kata kata yang kotor, kerana sesungguh nya Allah Ta’ala tiada suka kepada kata kata yang kotor dan perilaku yang cabul.”

Rasulullah s.a.w pernah melarang para sahabatnya supaya jangan memaki hamun kaum Musyrikin yang terbunuh di dalam peperangan Badar dengan sabdanya:
“Jangan kamu memaki maki mereka ini, yakni orang orang Musyrikin yang terbubuh di dalam perang Badar itu, sebab caci maki mu itu tidak akan memberikan apa apa kesan kepada mereka, malah sebalik nya kamu akan menyakiti hati orang orang yang masih hidup (dari keluarga si mati).
Bahawsanya kata kata kotor itu adalah suatu kejahatan.

Rasulullah bersabda lagi:” Bukan seorang Mukmin jika ia jadi pencaci, pelaknat, yang suka berkata kotor kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata kata hina.”

Datang seorang Arab badawi kepada Rasulullah s.a.w lau bertanya.
“Wahai Rasulullah! Berikanlah aku suatu wasiat ! Maka Rasulullah pun bersabda:
” Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah. Kemudian sekiranya ada orang yang memalukan engkau lantaran sesuatu keaiban yang di ketahuinya ada padamu, maka jangan lah hendaknya engkau membalasnya dengan memalukan nya lantaran sesuatu keaibannya yang engkau mengetahui pula, kelak bencananya akan tertimpa atas orang itu, manakala pahalanya pula akan dicatitkan bagi mu.Juga jangan sekali kali memaki sesuatu.”


Rujukan: Kitab Ihya’ Ulumiddin

 

28 April 2009 Posted by | Politik dan Dakwah | , | 2 Comments

Jenis jenis manusia yang suka bercakap

 

  • Di antara keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada manusia ialah kebolehan bercakap.
  • Oleh itu boleh “bercakap” itu ada lah juga amanah Allah kepada manusia.
  • Orang mukmin hendak lah berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap.
  • Takut takut “cakap” nya itu di benci orang dan di murkai Allah.

Islam menganjurkan manusia apa bila hendak bercakap kena hati hati saperti yang di sabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Akhirat hendaklah ia bercakap yang baik atau diam sahaja.”

Orang yang bercakap mempunyai tujuan yang berbeza beza.Dan boleh di kategorikan saperti berikut:

  1. Golongan cakap merapu
  2. Golongan peramah
  3. Golongan kaki cakap
  4. Golongan cakap pejuang
  5. Golongan cakap politik
  6. Golongan cakap orang pendiam
  7. Golongan cakap sombong
  8. Golongan cakap biasa biasa aje
  9. Golongan cakap cakap nak perdaya
  10. Golongan petah bercakap
  11. Golongan cakap hendak tunjuk pandai
  12. Golongan cakap cakap kotor dan lucah
  13. Golongan cakap maki maki

Selain dari di atas ada peringkat peringkat yang bercakap ialah:

  1. Bercakap perkara yang perlu sahaja
  2. Bercakap yang terpaksa
  3. Bercakap kerana kewajiban
  4. Tidak suka bercakap
  5. Bercakap yang sengaja di sukat kerana menjaga status
  6. Bercakap yang menggoda.

27 April 2009 Posted by | Renungan & Teladan | 1 Comment

>Kabinet jangan mendahului Majlis Fatwa

>Mingguan Malaysia 25 April

Kabinet tidak sepatutnya mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan dan majlis Mufti Mufti Malaysia dalam membuat sebarang keputusan melibatkan agama islam.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, perbincangan mengenainya boleh di buat oleh Kabinet tetapi apabila satu keputusan hendak di putuskan, pandangan mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu di rujuk terlebih dahulu.

“Saya kira kenyataan yang di keluarkan itu terlalu cepat dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang menteri, tambahan pula ia hanya merujuk pada satu contoh kes sahaja.

“Seharusnya perkara ini diperhalusi dengan teliti kerana ia isu yang sensitif.Dalam hal ini, Kabinet tidak boleh membuat keputusan sendiri tanpa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti”, katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas keputusan Jemaah Menteri yang di umumkan oleh menteri di Jabatan Perdan Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung isu pertikaian agama anak-anak apabila ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Kabinet sebelum ini memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Keputusan itu merujuk kepada pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan isu berkenaan penceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukan Mahkamah Syariah.

Mengulas lebih lanjut isu itu, Abu Zahar berkata, Perkara 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan telah jelas memartabatkan Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan sebarang kes yang membabitkan individu Islam.

Sementara itu, Setiusaha Agaung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd. Roslan Mohd. Noor juga mempertikaikan keputusan Kabinet yang di sifatkan sebagai campur tangan dalam undang undang syariah.

26 April 2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa | 1 Comment

>Cara mudah bangun malam

>

Bangun pada malam hari pada saat mata sedang mengantuk, bukan pekerjaan ringan. Apalagi bila untuk beribadah. Pengalaman ini pernah dialami oleh seseorang yang kemudian menanyakan kepada Hasan, “Hai Abu Sa’id, sesungguhnya saya sentiasa bersedia untuk bangun malam, saya juga telah menyediakan air untuk berwudhu. Tapi mengapa saya sulit bangun?” Jawab Hasan, “Dosa-dosamulah yang telah mengekangmu.”

Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin menjelaskan, “Banyak dari makanan yang menghalangi bangun malam dan banyak dari pandangan yang menghalangi untuk membaca Quran,” jelasnya. “Makanan yang haram dan pandangan yang haram menjadi sebab untuk susah bangun malam,” tambah Hujjatul Islam itu.

Beberapa catatan adab di bawah ini barangkali boleh membantu memudahkan kita bangun dan istiqamah.

1. Keinginan yang kuat

Bila ingin shalat malam (shalat lail), tumbuhkan keinginan yang kuat (niat) dari dalam diri untuk bangun, sebelum menuju pembaringan. Peliharalah niat itu dan kuatkan kembali hingga mata terpejam. Rasulullah saw bersabda. “Barangsiapa yang akan tidur berniat untuk bangun shalat tahajjud, kemudian ketiduran hingga pagi hari, maka dicatatnya niat itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya itu dianggap sebagai kurnia dari Allah yang diberikan padanya.” (HR. An-Nasa’i dan Ibnu Majah dengan sanad yang shah)

2. Putuskan mimpi dan melihat langit

Bila sudah terjaga, jangan berikan kesempatan kepada syaitan untuk menghalangi kita dengan mimpi-mimpi yang baru saja dialami. “Putuskanlah mimpi-mimpi seperti itu dan bergegaslah meninggalkan tempat tidur.” pesan Prof. DR. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Buya Hamka). Sebelum menunaikan shalat disunnatkan keluar melihat langit dan bintang-bintang sambil berdoa sebagaimana diucapkan oleh Rasulullah saw, “Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, saya mohon ampun kepadaMu dan saya mohon pula rahmat-Mu. Ya Allah tambahlah pengetahuanku dan janganlah Engkau belokkan hatiku, sesudah Engkau beri hidayah padaku. Berikanlah rahmat dari sisi-Mu karena Engkau Maha Pemberi. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan saya kembali sesudah mematikan saya dan pada-Nya pula tempat kembali.”

3. Dari yang ringan

Sebaiknya shalat tahajjud dimulai dengan mengerjakan dua rakaat yang ringan, selanjutnya kerjakan sesuka hati. Dari Aisyah katanya, “Rasulullah saw itu apabila bangun malam untuk shalat, beliau memulainya dengan dua rakaat yang ringan.” Begitupun dalam hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah, beliau saw bersabda, “Apabila seseorang di antaramu bangun malam, maka hendaklah memulai shalatnya dengan dua rakaat yang ringan.”

4. Bangunkan keluarga

Bila sudah bangun, jangan lupa untuk membangunkan juga keluarga. Rasulullah saw pernah membangunkan Ali bin Abi Thalib, menantunya, untuk shalat lail seperti tercatat dalam sebuah hadits dari Ali ra, “Bahwa Rasulullah saw pada suatu malam mengetok pintunya. Waktu itu ia tidur bersama Fatimah, istrinya. Beliau saw bersabda, “Apakah engkau berdua tidak bangun untuk shalat?”

Dalam haditsnya yang lain dari Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda: “Allah memberikan rahmat kepada lelaki yang bangun malam untuk shalat lalu membangunkan pula isterinya dan apabila isterinya itu menolak lalu memercikkannya air di mukanya. Allah juga memberikan rahmat-Nya kepada seorang perempuan yang bangun malam untuk shalat lalu membangunkan pula suaminya dan apabila suaminya menolak lalu dipercikkannya air di mukanya.”

Empat hal lain yang sebaiknya dilakukan agar kita mudah bangun malam menurut Imam Ghazali antara lain adalah: tidak terlalu banyak makan dan minum, kurangkan kegiatan yang yang boleh menyebabkan rasa letih, tidur sejenak waktu sebelum zohor (qailullah) dan akhir sekali jauhi dari melakukan dosa, karena dosa adalah penyebab kerasnya hati, rasa malas dan pemutus rahmat dari Allah..

24 April 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>PAS: Sekarang Vs Dahulu

>

Pening & menyenakkan perut! Itulah perasaan kebanyakan umat Islam & Melayu sekarang bila melihat percaturan politik Malaysia kini.

Namun, mata org Melayu skrg tertumpu kepada pemilihan kepimpinan PAs yg sedang rancak dicanangkan. Majlis Syura @ berbincang tidak lagi dijadikan pilihan yg selama ini menjadi ikutan. Tetapi perlawanan secara terbuka menyerupai UMNO & parti2 lain di Malaysia. Dimana majlis syura & dimana musyawarah? Kerana kuasa ramai meramalkan Puak2 Erdogan PAS akan menguasai PAS. Satu demi satu tewas di pentas atas nama perubahan Ala Erdogan. Mungkinkah tanda awal kumpulan Ulama diketepikan bermula dr PAS wilayah sendiri ?

Pergelutan dalam PAS tidak boleh lagi disangkal oleh Pimpinan PAS. Maka, jika kumpulan Ulama’ didlm PAS habis dipenggal maka bermulalah era PAS menjadi parti komponen PKR yg didalangi oleh DSAI sendiri.

Jika PAS dulu menjadi parti yg didokongi Ulama ttp skrg Parti ini bakal menghapuskan peranan Ulama’.

Lebih menyenakkan lagi apabila percaturan politk terbaru byk meng’HALAL’kn bbrp benda yg selama ini tidak pernah dibuat selama ini. PAS melalui Ulama’ tersohornya telah memberikan tanda HALAL utk mengizinkan Ulama’ DAP mempergunakan Al-Quran & Hadis bagi mencapai perjuangan politik. Kalam Allah dipetik tanpa susun kata sempurna, takbir Allahuakbar diucap oleh mereka, perkataan Allah di Halalkn utk digunakan oleh sebarang agama, Hadis digunakan dimana ada keperluan ttp yg mereka tak mahu ikut adalah seruan Islam itu sendiri.

Jadi boleh disimpulkan mereka tidak ikhlas & hanya pergunakan Islam.

Adakah HALAL hukumnya walaupun kita sedia maklum jika seseorg Islam berkeadaan JUNUB sekalipun adalah HARAM mengungkapkan kalimah ALLAH, takbir, hadis & kalam Allah. Masakan utk bukan ISlam boleh? Jadi siapakah yg bakal menanggung dosa kelak? Tanyalah diri sendiri.

Bersalahkah mereka? Boleh kah mereka? Byk pendapat yg berbeza2. Mufti telah berkata2 & majlis mufti telah sepakat utk tidak membenarkan ia berlaku. Ttp, kenyataan ini diHALALkn oleh Mufti PAS atas sebab politik. Nauzubillahhiminzalik. Diakui ilmu agama saya adalah cetek dibandingkn dgn mereka ttp kita tahu adakah permintaan, penggunaan & ucapan yg melibatkan Islam merupakan ikhlas @ kepentingan politik semata2.

Matlamat perlembagaan PAS utk menegakkan Islam telah ditolak & ditendang tepi demi desakan rakan2. Malah Ir Nizar sendiri menafikan itu perjuangan PAS menegakkan Negara Islam/ Hukum Hudud. TGNA & sayap Ulama PAs jugak tidak meletakkan Hukum Hudud & Qisas bukan perjuangan utama.

Sekarang telah menjadi kebanggaan PAS bila bukan Islam bertakbir! Allahuakbar!

Jika PAS dahulu melenting bila soal agama Islam dijentik & diusik, PAS sekarang menyokong pula bila keadaan sama berlaku.

Lagi menyenakkan bila PAS tidak lagi berckp soal bangsa Melayu. Mereka berckp soal sejagat & hak sama rata. Mereka tidak lagi mendokong cara doktrin mereka selama ini yg menjadi pembela melayu bilamana org Melayu mundur satu ketika dahulu. Mereka merupakan kaki & telinga org melayu bila kadangkala UMNO leka menolong bangsa pribumi di Malaysia. (ttp tidak pulak bila soal PPSMI diperjuang atas dasar melayu?)

Kini telah menjadi kebanggaan bagi PAS utk menang atas ehsan bukan Islam yg selama ini menjadi topik kecaman bilamana PAS mengutuk UMNO selama ini yg menang atas undi bukan melayu. Sehinggakan UMNO dituduh kafir & bersekongkol utk melemahkan org Melayu.

“I must ask non-Malays to be fair & be considerate & not make unreasonable demands, for it is well to remember that no natives of any country in the world have given away so much as the Malays have been” YTM TUNKU ABDUL RAHMAN, Kuala Lumpur, 22 April 1956.

Jika dahulu PAS lantang membela nasib nelayan, petani Melayu di serata Negara, skrg PAS lebih pentingkan menjaga hati Kaum lain dr menjaga hati bangsa sendiri.

Penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada Sultan & Raja2 berperlembagaan. Ianya bermula dgn pertikaian di Perak. Dimulai oleh Bakal Naib Presiden PAS Ir Nizar dgn kontravesi Sembah DERHAKA. Disambut pula oleh penyokong2 PAS sendiri beramai2 selepas solat jumaat telah melakukan keganasan yg tidak pernah dilakukan oleh mana2 Umat Islam & rakyat Malaysia sebelum ini keatas institusi beraja yg telah bertapak & menjadi toggak umat Islam selama lebih 400-500 di tanah Melayu.

Jadi adalah amat wajar Sultan memberi teguran demi teguran kepada rakyat Malaysia. Dan yg terbaru adalah semalam bilamana Sultan Azlan Shah sendiri bertitah mengenai Tindakan Cemar Institusi Raja seperti ‘menyalakan api dalam sekam’. Kenyataan demi kenyataan menunjukkan Institusi Beraja tidak menyenangi perkembangan agresif yg mempertikai kedudukan Sultan yg disokong oleh PAS sendiri bersama2 rakan2 PKR & DAP. Sultan Selangor telah bertitah, Sultan Johor murka terhadap wakil DAP & bbrp lagi teguran dibuat oleh Sultan2 kepada Parti Pembangkang.

Teguran tidak diendahkan malah berjaya menghasilkan penyokong2 yg terang2 mencabar institusi beraja. PAS tidak lagi menghormati Raja2 Melayu yg merupakan Ulul Amri yg nyata. Pada mereka Ulul Amri hanya pemimpin PKR, PAS sahaja termasuklah DAP.

“Raja & Istana adalah pelindung kepada adat & kebesaran kerajaan yg sejarahnya di bumi ini bertunjangkan kerajaan Melayu” DYTM RAJA NAZRIN. Istana Iskandariah, Kuala Kangsar 17 Mac 2008.

Jika dulu PAS amat menghormati Sultan & Institusi Beraja, PAS skrg hanya menunggu utk menjatuhkan Sultan kerana tidak menurut kemahuan mereka (bersama2 DAP)..

Ulasan Akhir — (kepada Parti PAS)

Jika betul PAS ikhlas dalam menegakkan syiar Islam @ bertujuan utk menyebarkan Islam buatlah program2 yg menepati syiar Islam. Jemput mereka2 dlm PR mahupun bukan Islam & bercakap ttg ciri2 Negara Islam, Hukum Hudud & bbrp lagi ciri dlm menegakkan syiar Islam.

PAS sering berckp soal Hukum Hudud & Negara Islam ttp apa yg selama ini dibuat utk memartabatkan perjuangan mereka?

Biar kita lihat adakah mereka benar2 Ikhlas utk mendekati PAS @ mempergunakan PAS semata2 demi kepentingan politik.

Kembalilah utk bermuzakarah dgn UMNO. Seteruk2 UMNO pada pandangan PAS mereka adalah saudara kamu & wajib merapatkan persaudaraan sesama Islam. Mulalah merapatkan saf sesama Islam. Adakanlah muzakarah kerana ia dituntut oleh Islam.

Jgnlah biarkan mereka2 yg berckp atas pentas politik menggunakan nama Islam sambil mewarwarkan bbrp petikan sahaja dlm Islam yg menguntungkan puak2 pendokong demokrasi ala Yahudi. Fahamilah mereka, tegurlah mereka.. jgn biar mereka mempersenda Kalam Allah..

Dimana PAS yg kita kenali dahulu yg membela Bangsa, Agama & Negara bilamana kadang2 UMNO tersasar?

Jika pejuang2 PAS masih lagi hidup dimuka bumi ini nescaya berlinangan Air Mata mereka melihat bagaimana perjuangan PAS telah terpesong dr perjuangan asal.

Wallahwaqlam..

Anak Langkawi

(di petik dari http://depa-kata.blogspot.com/)

23 April 2009 Posted by | Politik dan Dakwah | 3 Comments

>Umat Islam yang Abai,Cuai dan Lalai

>Al Quran dan Hadis banyak menyebut tentang orang-orang Islam yang zalim, fasik, soleh dan bertaqwa. Kalau kita teliti betul-betul, kita akan dapati bahawa orang-orang yang dimaksudkan itu boleh dibahagi-bahagikan ke dalam beberapa kategori. Kalau kita kaji orang-orang yang dalam berbagai kategori ini, mungkin kita akan dapat faham kedudukan orang bertaqwa berbanding dengan orang-orang di kategori-kategori yang lain. Kita pun dapat mengukur di tahap mana diri kita, sama ada kita sudah selamat atau belum.

Kategori-kategori tersebut ialah:

1. Orang yang abai
2. Orang yang cuai
3. Orang yang lalai
4. Orang yang bertaqwa

ORANG YANG ABAI

Ertinya orang yang mengabaikan Tuhan dan syariat Tuhan. Dia itu Islam mungkin kerana datuk neneknya Islam dan emak ayahnya Islam. Maka secara automatik, dia pun Islam. Namun dia tidak fikir tentang Tuhan dan tidak fikir tentang syariat Tuhan. Dia tidak fikir tentang ibadah dan dia tidak fikir tentang halal dan haram. Tuhan ada atau tidak, tidak penting baginya. Tuhan ada atau tidak ada, sama sahaja baginya.

Begitulah rasa hati orang yang mengabaikan Tuhan.Dia hidup mengikut gaya dan corak yang disukainya. Tidak mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam. Lebih tepat lagi, dia mengikut hawa nafsunya. Kalau kita tanya apa agamanya, dia kata dia Islam. Tetapi Islam itu tidak nampak pada dirinya, peribadi dan tingkah lakunya. Islamnya hanya berdasarkan keturunan dan warisan.

ORANG YANG CUAI

Ini baik sedikit dari orang yang abai. Orang cuai ini, dia rasa bertuhan tetapi di waktu-waktu yang tertentu sahaja terutama di waktu dia susah, di waktu dia sakit dan di waktu dia diuji. Di waktu-waktu itu dia mengeluh, “Wahai Tuhan!!” Waktu senang, dia langsung tidak ingat Tuhan. Ibadahnya mengikut keadaan. Apabila dia tidak sibuk dia beribadah ala kadar. Apabila dia sibuk atau dia tidak ada mood, dia tidak sembahyang dan tidak puasa. Begitu juga dengan perkara halal haram. Ada masa dan dalam sesetengah hal, dia tidak buat yang haram. Pada masa dan dalam sesetengah hal yang lain pula, dia selamba sahaja buat yang haram.

Dengan kata-kata yang lain, orang yang cuai ini, dia buat sedikit tetapi banyak yang dia tidak buat. Sebahagian kecil dia buat, sebahagian besar dia tinggalkan. Atau dia buat suruhan agama bermusim- musim. Dia tidak rasa menyesal dan tidak rasa bersalah atau berdosa di atas semua itu.

ORANG YANG LALAI

Orang ini, soal lahiriahnya termasuk ibadahnya sangat baik dan tidak boleh dipertikaikan. Semuanya selesai, semuanya beres. Kalau dipandang secara lahir, orang akan kata dia orang agama, orang baik, ahli ibadah. Segala rukun Islam dibuatnya, ditambah pula dengan yang sunat-sunat. Dia buat umrah, baca Quran,wirid dan zikir. Tasbih sentiasa di tangan. Orang ramai sekampung memujinya. Mereka kata, “Baik orang itu.” Amalan agamanya yang lahir beres. Syariat lahirnya selesai. Yang tidak selesai dan yang tidak beres ialah hatinya.

Semakin banyak beribadah, dia semakin tamak, semakin bakhil, semakin hilang rasa takut dengan Tuhan, semakin tidak ada rasa hamba dan dia rasa selamat dengan ibadahnya yang banyak itu. Dia tertipu dengan sembahyang dan ibadah-ibadahnya yang lain. Orang melihat dia seperti beragama tetapi hakikatnya dia adalah orang yang lalai. Manusia kata dia baik tetapi Tuhan kata dia tidak baik sebab hatinya tidak takut dan tidak cinta dengan Tuhan. Dia masih megah, angkuh, cinta dunia dan gila puji walaupun sembahyangnya banyak, puasanya banyak, baca Quran, wirid dan zikirnya banyak. Tuhan kata dia orang yang lalai. Walaupun dia tidak lalai dengan ibadah lahiriah tetapi hatinya lalai dengan Tuhan.

Hakikat ini membuatkan kita cemas. Orang yang dianggap beragama pun tidak selamat kerana faktor lalai. Dan lalai itu bukan perkara lahir tetapi perkara hati. Tidak takut Tuhan, tidak takut dengan dosa, itu termasuk lalai walaupun sembahyang banyak, puasa banyak, wirid, zikir dan baca Quran banyak.

ORANG YANG BERTAQWA

Orang yang bertaqwa pula dia sempat buat ibadah yang wajib sahaja. Ibadah-ibadah sunat kurang. Itupun ibadah sunat yang dibuat hanya yang besar-besar sahaja. Yang kecil-kecil tidak dibuat. Kalau dibandingkan ibadahnya dengan ibadah orang yang lalai atau ahli abid, sangat jauh bezanya. Banyak kurangnya. Tetapi dia takut dan cinta dengan Tuhan. Rasa bertuhannya tebal. Hatinya sentiasa rasa tidak selesai dengan Tuhan.

Dia tidak rasa dirinya baik malahan dia rasa dirinya orang yang paling jahat, hina dan tidak berguna. Inilah orang yang bertaqwa.Walaupun dia buat ibadah yang wajib sahaja dan yang sunat kurang, namun dengan Tuhan hatinya sentiasa bergelombang dan bergelora macam air laut yang tidak pernah tenang. Dia kurang buat ibadah-ibadah sunat yang kecil-kecil sebab terlalu sibuk, terlalu letih dan tidak ada masa kerana terlalu banyak membantu dan menolong manusia serta membuat kerja-kerja masyarakat. Masanya banyak dimanfaatkan untuk orang ramai.

Ibadah hablumminallahnya kurang tetapi yang hablumminannasnya banyak. Ibadah ini lebih besar pahalanya dari ibadah-ibadah sunat. Rasulullah SAW ada bersabda: Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain.” Memberi manfaat kepada manusia lain dengan tenaga, ilmu, minda, kuasa, wang ringgit dan lain-lain itu adalah lebih besar. Buktinya orang yang banyak ibadah pun tidak sanggup hendak berbakti, berkhidmat atau berkorban apa yang ada padanya untuk manfaat orang lain.

Orang bertaqwa tidak membuat dosa. Kalau dia sedar dia terbuat dosa, sehari suntuk jiwanya akan terseksa. Dia rasa menyesal, menderita dan dukacita. Dia akan buat ibadah-ibadah tambahan yang lain untuk menutup dan menebus dosanya itu. Begitulah kategori orang-orang Islam berdasarkan apa yang disebut dalam Quran dan Hadis sebagai zalim, fasik, soleh dan bertaqwa. Mengikut kategori-kategori ini, barulah kita tahu dan sedar tentang letak duduk orang bertaqwa berbanding orang yang abai, cuai dan lalai. Umat Islam sekarang ini hina-dina di mana-mana, tidak dibantu, tidak dilindung dan tidak dibela oleh Tuhan kerana orang Islam yang bertaqwa terlalu sedikit jumlahnya. Ia masih kumpulan minoriti.

Yang terbanyak ialah orang Islam yang abai, diikuti orang Islam yang cuai dan lalai. Tuhan tidak membantu dan tidak membela orang Islam yang abai, cuai dan lalai ini. Tuhan hanya akan membantu orang Islam yang bertaqwa sahaja. Di Akhirat nanti, hanya orang yang bertaqwa sahaja yang akan selamat.

Rakaman syarah Ustaz Hj Ashaari Muhammad

22 April 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>Islam hebat tetapi di mana silap nya?

>ISLAM MEMANG AMAT TINGGI DAN TIADA YANG MELEBIHINYA { AL-ISLAMU-YA’LU-WALA-YU’LA-ALAIHI” DEMIKIANLAH HADIS MENYEBUTKAN DAN PASTILAH HADIS ITU BENAR.

Masaalahnya bukan kedudukan Islam tetapi adalah kedudukan orang Islam sendiri kerana orang Islam tidak mengenal agamanya sendiri. Mereka telah diperdaya oleh orientalis yang berpura-pura menjadi ulama Islam tetapi sebenarnya ingin memusihi Islam dari dalam.

Kekuatan Islam bukan pada amalan syariatnya semata-mata tetapi adalah amalan tasaufnya [ Bukan Ilmunya tetapi amalnya ya…] Mereka melihat ini dan telah berjaya memusnahkannya.

Ulama-ulama orientalis [wahabi] berjaya menguasai Makkah maka Ulama-ulama sufi meninggalkan kota suci itu. Pendek cerita amalam-amalan kesufian itu akhirnya dapat didiscreditkan dan akhirnya dianggap sebagai SESAT.

Bagi orang Islam didunia, apa saja fatwa yang keluar dari Makkah adalah BENAR belaka tanpa mereka ketahui siapakah yang berada dibelakang fatwa itu.

Kini Islam telah kosong macam peluru kosong…Itu sebabnya tidak disegani lagi. Orang Islam boleh dibeli dengan wang, boleh dibeli dengan pangkat, boleh dibeli dengan wanita…kerana Fundamental Islamic faith [ Zikirullah yang berterusan / Tharikat:Methodik pengamalan zikirullah yang benar] sudah pun dipunahkan…Banayk bertebaran amalan Tharekat palsu yang dibangunkan dengan tujuan memburukkan amalan Tharekat yang sebenar sebagaimana firman Tuhan yang bermaksud ” Jika mereka berdiri teguh diatas Tharekat yang benar maka Kami turunkan rahmat seperti hujan lebat dari langit ” Wa-an-lawis-taqoomu-‘ala-Tharekati-laa-asqoinaahu-maa’an-ghodaqo “

Barulah mutakhir ini kelihatan amalan ini mula dihidupkan kembali oleh orang-orang yang berani [ mutjahidin akhir zaman ] yang bangkit dari sisa-sisa kehancuran. Mencari kembali Ulama Pewaris Nabi sebagaimana yang diberitaukan oleh Imam al Ghazali dalam Ihyanya.

“AKHIRNYA SAYA SAMPAIKAN: APA YANG SANGAT PENTING ADALAH AL-QURAN DAN AL HADIS DAPAT DIREALISASIKAN / MENJADI FAKTA BUKAN HANYA MENJADI CERITA….DAN CAMKANLAH IANYA BANYAK BERLAKU DIKALANGAN ULAMA TASAUF SAHAJA” DENGAN MAAF YANG SEBESAR-BESARNYA….TUAN-TUAN SEMUA ORANG BERILMU KATA AYNG SEDIKIT INI MEMADAILAH…

Kiriman: Hadi Arief (salmanfaris04@yahoo.com)

22 April 2009 Posted by | Renungan & Teladan | Leave a comment

>Peringatan untuk semua orang Islam khusus nya orang Politik.

>Satu peringatan untuk semua

Solawatun Nabi suatu yang mulia
Zikrullah adalah agung sekali
Berhati-hatilah jangan sampai dilacurkan
Atau dinodai
Takutilah Allah ayat-ayatnya jangan dicemari
Ayat-ayatnya kenalah dijaga dan dihormati
Jangan dicampuradukkan dengan noda dan dosa
Jika dilakukan satu penghinaan
Kepada tuhan
Tuhan yang maha esa
Berhati-hatilah menggunakan kalimah suci
Kalimah-kalimah suci jangan dijadikan
Untuk berlalai-lalai
Atau mencari rezeki
Jangan dijadikan lafaz-lafaz yang mulia
Untuk cari nama untuk dapatkan harta dunia dan glamuor
Mencari makan luas gelanggangnya
Seluas bumi tuhan di dunia ini
Jangan lah mencari makan dengan kalimah yang suci
Takutilah allah malulah dengan diri sendiri
Jangan pula kerana nama dan glamour
Kalimah suci dinodai malulah kepada tuhan
Dan malulah juga dengan orang mukmin
Kerana tuham melihat dam orang mukmin memerhati
Takutilah allah
Agar kita sentiasa berhati-hati…

-Diwani-

21 April 2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | Leave a comment

>HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AL-QURAN

>

Assalamualaikum Warahmatullah

01. Berikut adalah fatwa dari Syeikh Atiyyah Saqr (bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar)seperti yang terdapat di dalam kitabnya Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam:

Soalan:

Saya merupakan seorang guru al-Quran al-Karim dan Bahasa Arab. Terdapat nas-nas al-Quran al-Karim dalam sukatan pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua pelajar dan antara mereka adalah orang Islam dan bukan Islam. Maka adakah boleh orang bukan Islam membaca dan menghafal ayat-ayat al-Quran al-Karim?

Jawapan:
Berkata sebahagian ulama: Golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan (boleh) untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk. Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat: Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci. Jika perkara itu masih lagi terdapat khilaf maka tiadalah halangan (boleh) dari mengambil salah satu pandangan ulama khususnya jika terdapat keadaan yang memerlukan yang demikan.

02. Dalam perbincangan dan pertanyaan saya dengan pensyarah hadis kami iaitu Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid Ahmad al-Bar maka beliau mengatakan:

Adapun orang bukan Islam tidak ditaklifkan (syariat Islam terhadap mereka) dan mereka juga tidak suci sepertimana orang Islam maka adalah tidak boleh orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sengaja. Namun jika orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sebab untuk mempelajari atau mendalami Islam maka tindakan mereka (membaca al-Quran al-Karim) itu tidaklah mengapa.

BAGAIMANA MENGHADAPI KHILAF INI?

Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:
Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.

(Lihat kitab: al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).

Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelasnya ialah kita tidak boleh menafikan, membantah atau menuduh orang lain adalah tidak betul atau salah kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari ini terdapat segelintir golongan yang menyanggah dan menyalahi kaedah ini lantas menyalahkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah di antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam di Malaysia khususnya semenjak sekian lama.

BERSATU DI ATAS NAMA ISLAM

Isu bacaan ayat al-Quran al-Karim oleh Y.B. Nga Kor Ming dalam ceramah politik di Bukit Gantang tempoh hari membawa kepada pertikaman lidah antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Jika permasalahan seperti ini tidak dapat dibendung dan ditangani dengan baik oleh semua pihak, kemungkinan akan berlaku lagi kerenggangan hubungan yang lebih parah antara umat Islam di Malaysia dari semasa ke semasa. Pada pandangan saya, isu ini sebenarnya boleh ditangani dengan baik sekiranya kedua-dua pihak saling berlapang dada dan menghormati antara satu sama lain. Inilah yang diajar oleh Islam kepada umatnya yang berselisih faham supaya jangan berpecah-belah.

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul (Nya) dan pemimpin di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

(Surat An-Nisa: Ayat 59)

Masalah ini akan mula timbul sekiranya ada satu pihak begitu cepat melatah dan cuba memperbesarkan sesuatu isu itu di atas tujuan kepentingan politik masing-masing. Pada saya, kedua-dua tokoh ini (S.S. Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Zakaria dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat) bercakap dan memberikan pandangan mereka secara bebas di dalam kerangka pemerhatian masing-masing. Kedua-duanya mempunyai hujjah dan alasan yang tersendiri untuk kebaikkan umat Islam di Malaysia. Cuma cara dan jalannya sahaja yang berbeza untuk sampai kepada matlamat yang sama iaitu Islam.

Marilah sama-sama kita menasihati diri sendiri dan sahabat-sahabat kita di sekeliling agar jangan terlalu taasub dan cepat melatah terhadap sesuatu perkara itu. Kadang-kala pihak penyokong dan pengikut yang terlebih agresif dan ekstrem sedangkan para pemimpin mereka tidaklah sebegitu rupa. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak agar sentiasa bersatu di atas nama Islam. Berbincanglah dengan baik sekiranya berlaku sebarang permasalahan. Di luar sana musuh-musuh Islam sentiasa memerhatikan gelagat kita ini untuk mencari kelemahan dan kekurangan suapaya mereka dapat menyerang Islam dari segenap sudut.

PENUTUP

Sebenarnya saya tidaklah begitu layak untuk memperkatakan sesuatu mengenai kedua-dua tokoh ini kerana diri ini tidaklah sehebat mereka. Namun di atas dasar Islam dan ilmu, saya tuliskan juga pandangan peribadi saya mengenai isu ini untuk dikongsi oleh semua pembaca. Saya berharap agar medan politik di Malaysia sentiasa di dasari oleh Islam sebagai tunjangnya supaya masyarakat kita dapat berteduh di bawahnya dengan aman dan harmoni. Semoga tulisan saya ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. InsyaAllah.

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahualam

Di kirim oleh:Hasan Nazam – jailur_rashied@yahoo.com

21 April 2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | 4 Comments

>Apabila orang jahat hendak memimpin orang baik.

>

Apabila orang jahat hendak memimpin orang baik.

  1. Malang sekali pada zaman ini berlaku orang jahat hendak memimpin atau mendidik orang baik.
  2. Orang yang jahat hendak memulih orang baik.
  3. Orang yang zalim hendak menumpaskan orang yang adil.
  4. Orang yang rosak akhlak hendak memperbaiki orang yang baik akhlak.
  5. Orang yang lemah akidah hendak memperbaiki orang yang sudah baik akidahnya.

Kalau sudah berlaku perkara macam ini apa akan terjadi?

  1. Maka akan terjadilah orang baik yang banyak teraniaya.
  2. Orang jujur di musuhi.
  3. Orang yang benar di persalahkan.
  4. Orang yang ikhlas di pandang serong.
  5. Orang yang jujur tidak di sukai.
  6. Orang yang berkorban akan terkorban.
  7. Orang yang hendak cari kedamaian di anggap orang yang hendak menggugat keselamatan (ISA?).
  8. Orang yang hendak bersatu di anggap pemecah belah.
  9. Orang yang berakhlak mulia di musuhi.
  10. Orang yang pemurah tidak di gemari.
  11. Orang yang memperjuangkan kebenaran di anggap perosak dan pengkhianat.
  12. Siapa yang bersih hidupnya akan tersisih dan di pinggir.

Di waktu itu lah orang orang jahat mendapat tempat.

  1. Orang orang jahatlah yang akan menjadi kaya.
  2. Orang orang jahat lah yang akan berkuasa.
  3. Orang orang jahatlah yang akan tertonjol.
  4. Orang orang jahat lah yang akan di muliakan.
  5. Orang orang jahatlah yang akan dapat anugerah dan gelaran.
  6. Orang orang jahatlah yang akan senang
  7. Orang orang jahatlah yang akan tadbir negara
  8. Orang orang jahatlah yang akan menguasai dunia

Akhirnya keturunan orang yang baik akan jadi jahat.Kerana terpengaruh dengan orang jahat.Kalau tidak berbuat demikian tidak boleh hidup senang dan ketinggalan.

20 April 2009 Posted by | Tazkirah | 11 Comments

>Raja berada di atas Politik dan Saranan parti politik capai Titik Pertemuan

>


Sultan Perak Raja Azlan Shah

KUALA KANGSAR,
19 April
(Bernama) — Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa
seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun
untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan
untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan
politik tertentu.
Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke
peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut
mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja
merupakan satu perbuatan ‘menyalakan api dalam sekam’ yang amat
berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah
hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini
dibenarkan menghalalkan cara.

“Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap
serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang
merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki
imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang
diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda pada
istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah
kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di
Istana Iskandariah di sini, Ahad.

Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu
berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan
imej negara di kaca mata antarabangsa.

“Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini,
aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini
tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan
menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup
harian,” titah baginda.

Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik
yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di
antara mereka demi kepentingan negara dan warga.

Sultan Azlan bertitah sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan
negara, diakui bahawa berlakunya kepincangan dan salah laku serta
insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara.

“Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan
dan nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan
perkara-perkara yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan.

“Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa indivIdu atau yang
berpunca dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong
warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan
institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta
membawa kepada keadaan huru-hara.

“Barang dijauhkan Allah dari bangsa menghadapi nasib malang ‘menang
sorak kampung tergadai’, akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri,”
titah baginda.

Sultan Azlan bertitah anggapan salah bahawa raja berperlembagaan adalah
sekadar lambang tanpa sebarang kuasa merupakan tafsiran yang perlu
diperbetulkan.

Titah baginda, raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang
buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala
perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan,
pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.

“Perlu ditegaskan bahawa raja berpelembagaan itu memiliki tiga hak
iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi
galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran.”

Sultan Azlan bertitah raja berpelembagaan bertindak tertakluk kepada
kuasa yang termaktub di dalam perlembagaan tetapi adalah satu kesilapan
untuk memikirkan bahawa peranan seorang raja pemerintah itu sama
seperti seorang presiden yang terbatas semata-mata kepada apa yang
tersurat.

“Peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam
peruntukan perlembagaan. Raja pemerintah mempunyai tanggungjawab yang
lebih luas dalam memastikan bahawa semangat perlembagaan , falsafah di
sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan
warga negara perlu sentiasa dilindungi,” titah baginda.

Baginda bertitah berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu, raja-raja mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi
agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah
kaum-kaum lain.

“Perkara-perkara ini adalah asas persefahaman yang telah tercapai dan
merupakan resipi kejayaan terbentuknya sebuah negara bangsa yang
merdeka lagi berdaulat, membolehkan warganya hidup rukun lagi bersatu,”
titah Sultan Perak.

Saranan Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya parti politik mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama antara mereka bagi kepentingan negara dan warganya disambut baik oleh pelbagai pihak.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) Osman Abu Bakar berkata saranan Sultan Azlan Shah itu tepat pada masanya kerana ia salah satu cara untuk mengeratkan perpaduan sesuai dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan konsep “1Malaysia.”

“Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang perlu bekerjasama bagi memudahkan proses perpaduan antara kaum dan rakyat dapat direalisasikan,” katanya bagi mengulas titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda hari ini.

Dalam ucapan baginda, Sultan Perak bertitah negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

Malah baginda turut menyentuh mengenai tindakan kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja yang merupakan tindakan amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali pula berkata kemelut politik yang tidak berkesudahan di dalam negara ini tidak akan timbul jika sesetengah pemimpin politik tidak menyentuh dan mempersoalkan perkara asas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Beliau berkata semua pihak termasuk pembangkang perlu memahami asas kewujudan Malaysia dan berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara.

“Kalau parti politik tidak sentuh perkara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu maka takkan timbul masalah dan tidak perlu sebarang titik pertemuan diadakan,” katanya kepada Bernama.

Ibrahim yang juga anggota Parlimen Pasir Mas berkata jika semua pihak memahami asas Perlembagaan dan tidak menimbulkan sebarang isu yang boleh memecah belahkan perpaduan semua rakyat, maka pertemuan antara mereka tidak perlu diadakan.

“Politik tetap berbeza kerana setiap parti mempunyai dasar masing-masing.

Boleh bekerjasama jika berbicara soal politik dan ekonomi tetapi jangan sentuh isu sensitif contohnya hendak semua kaum sama rata haknya, ia akan jadi bergaduh,” katanya.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris) Feriz Omar menyifatkan titah baginda boleh diterjemahkan sebagai mengajak pemimpin yang menerajui kerajaan untuk bersama-sama mencari persamaan dengan parti pembangkang dan mengelakkan daripada mengenengahkan sebarang perbezaan dengan mereka.

Feriz berkata strategi itu boleh dicapai melalui membentuk sistem pentadbiran syura iaitu dengan melihat permintaan dan kehendak masyarakat minoriti sebagai satu perkara yang boleh diatasi walaupun perkara-perkara yang dituntut itu turut dibawa oleh pembangkang.

“Dengan pendekatan ini, maka saya percaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu meletakkan Barisan Nasional (BN) tidak berdaya ditandingi oleh mana-mana pesaingnya di kalangan parti pembangkang.

“Strategi ini juga adalah bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib sendiri,” katanya.

— BERNAMA

20 April 2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa | 2 Comments

>Islam dan Politik tidak boleh di pisahkan?.

>

Saya ingin bertanya, benar kah Islam dan Politik tidak boleh di pisahkan? Perkataan ini selalu di sebut sebut oleh orang politik.Kalau benar, jenis politik yang bagaimana?

  1. Apa yang saya lihat politik yang di amalkan oleh orang orang politik Islam di Malaysia adalah politik ciptaan dari ideologi barat yang ianya jauh dari nilai nila murni Islam.
  2. Salah satu perkara dalam pengamalan politik ini ialah membenarkan dan menghalalkan taktik maki hamun, carut mencarut,hasut menghasut, cabar mencabar,fitnah memfitnah, kata mengata, dan jatuh menjatuhkan.
  3. Bahkan salah satu idea politik barat ialah “you tell lies ten times to make your lies looks like truth”.Berbohonglah hingga sepuluh kali dan akhirnya orang akan percaya kepada kamu.
  4. Maka “pembohongan” juga adalah salah satu taktik mainan politik.
  5. Mereka kata “politic is a dirty games”.
  6. Orang politik yang ingin “survive” dalam arena politik hendak tidak hendak terpaksa terlibat dengan “the dirty games” atau permainan kotor ini.
  7. Tidak kira siapa, hatta ahli agama sekali kalau terlibat dan tidak berhati hati, pasti akan terperangkap dan bergelumang dengan permainan kotor ini.
  8. Cara amalan politik jenis ini yang di gunakan oleh orang politik Islam di Malaysia adalah sangat bertentangan dengan nila nilai murni Islam itu sendiri.
  9. Maka dari sudut apa yang saya sebut tadi saya percaya bahawa kata kata yang selalu di sebut oleh orang politik Islam dengan mengatakan Islam dan politik tidak boleh di pisahkan adalah tidak benar sama sekali.
  10. Mana mungkin politik jijik jenis ini sebahagian dari Islam?
  11. Tentu sekali politik Islam yang sebenar datang nya dari langit yang di wahyukan oleh Tuhan dan ianya bersih dan suci dari gejala gejala kekejian politik cipataan manusia.
  12. Orang politik Islam yang hendak mempertahankan penglibatan nya dalam arena politik Malaysia mungkin kena jujur dan berkata “Politik Islam dan Islam tidak boleh di pisahkan”.Dan katakan lah juga politik barat yang di amalkan mereka kenalah di pisahkan dari Islam.

16 April 2009 Posted by | Politik dan Dakwah | 9 Comments

>Jangan terus berdosa

>

Nukilan: Bawang Goreng di LAMAN SERI MAYA PERSADA

Salam,
SEDAPNYA kita mengutuk, mengumpat orang sebelah! Memang sudah lumrah, manusia tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa. Orang tua-tua selalu menyebut, “Kerana pulut, santan binasa; merana mulut (berbisa), badan binasa.”

Dalam apa jua urusan tidak kira di pejabat, dalam lingkungan keluarga dan kawan-kawan malah dalam e-group sekalipun, kita selalu terdedah kepada dosa kerana sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu, godaan syaitan dan sebagainya. Seronok ya, kumpul ramai-ramai dan bersembang. Lumrahnya, manusia gemar bersembang, dari hal politik, kewangan, pelajaran, hiburan (rancangan Melodi pun salah satu platform mengumpat, ya!), teman idaman dan macam-macam lagi. Antara sedar dengan tidak sedar atau lebih kepada buat-buat tidak sedar, dalam sembang-sembang, seringkali brek mulut tak makan dan terbabas masuk bab mengata orang. Orang itu beginilah, begitulah, seolah-olah semuanya serba tidak kena dengan orang yang diumpat (dikata) itu. Alangkah seronoknya mengaibkan orang lain, syaitan pun seronok mencucuh api, strateginya menjadi!

Menjadi juruhebah radio tak rasmi atau internet bergerak, saya kira adalah satu pekerjaan yang tidak beretika. Sayugia diingatkan, ‘menceritakan aib orang lain untuk menjatuhkan maruah’ dan ‘menceritakan perihal orang untuk mencari penyelesaian dan pengajaran’ adalah dua perkara yang amat berbeza.

Mendedahkan aib orang lain, sedangkan orang yang diumpat tidak mengetahui dirinya diumpat. Ia dilakukan untuk keseronokkan dan bertujuan untuk merosakkan nama baik mengaibkan atau menjatuhkan air muka (maruah) atau merendahkan martabat orang yang diumpat pada padangan umum.

Berkongsi hal-ehwal demi mencari penyelesaian, tidak ada niat untuk merendahkan martabat orang itu hatta menjatuhkan maruahnya di hadapan orang yang mendengar. Selalunya perkata sebegini tidak akan dihebahkan kepada orang sebarangan, mungkin beberapa orang yang diyakini dapat menberi pandangan/penyelesaian.

Pendek kata, yang pertama adalah “mengumpat”, dan yang ke dua itu pula “sendiri mau ingat”. Kita sedang membicarakan perkata # 1 seperti yang dinyatakan di atas. Perkara # 1 amat besar bahayanya kerana ia boleh menjurus kepada FITNAH, yang membawa dosa yang lebih besar. Firman Allah SWT yang bermaksud, “….fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan…..” (Surah al-Baqarah, sebahagian ayat 191).

Allah SWT mencela orang yang mengumpat sebagai memakan bangkai, “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati (bangkai)? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujuraat, ayat 12).

Mengumpat juga amat tercela, seperti yang telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud, “Takutlah ghibah (mengumpat) kerana mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni orang-orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat itu memaafkannya.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Aduhai… Cuba baca balik hadis di atas… Nampak tak betapa beratnya dosa mengumpat? Dosa mengumpat lebih BURUK daripada dosa zina! Jika kita sedar kita telah mengumpat orang, cepat-cepatlah minta maaf, sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa kita mengumpat orang selagi orang yang diumpat itu tidak memaafkan kita. Agak mudah (walaupun sebenarnya sukar) jika kita mengenali orang yang kita umpat, tetapi bagaimana pula dengan orang yang kita tidak kenali? Agak-agak bolehkah kita jumpa orang yang kita umpat di yaumil mahsyar nanti? Bagaimana pula penerimaannya? Agak-agak mahukah dia memaafkan kita?

Apa-apapun, berbuat dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya adalah apabila seseorang itu KEKAL dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah SWT.

Istighfar amat dituntut dalam Islam kerana amalan itu boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan, tetapi sayangnya kita sukar sekali mengamalkan istighfar walaupun amat mudah untuk kita lakukan. Natijahnya, bertambah-tambahlah dosa yang dilakukan dari sehari ke sehari, kerana kelalaian dan tabiat suka bertangguh.

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash r.a. katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah SAW, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya daripada bencana lidah dan perbuatannya.” (Sahih Muslim)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi Allah, kalau kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu mulai sekarang, beringatlah. Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon ampun daripada Allah SWT, tetapi sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang…

Semoga hidup kita dirahmati Allah SWT. Amiin.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, “Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walau satu ayat)”– Hadis Riwayat Bukhari

14 April 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>Isu Ngor Kee Ming dan Al Quran

>

Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat

Saya terpanggil untuk menyuarakan bantahan saya.Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati.

  1. Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong ayat Al Quran ketika itu?
  2. Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak……..
  3. Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari itu.
  4. Maka di sini kita lihat dia telah mempergunakan ayat Quran sebagai alat mainan politik nya untuk tujuan meraih undi.
  5. Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu bahawa ianya bermotif politik.
  6. Begitu murah kah maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam boleh beli dengan surah Al Quran “senjata” Umat Islam sendiri???
  7. Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam selepas ini.
  8. Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya lintang pukang.
  9. Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di pergunakan oleh orang bukan Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik?
  10. Walhal orang Islam sendiri di larang mempergunakan atau memperalatkan Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk meraih undi dalam berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam.
  11. Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati
  12. Mengapa?
  13. Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di hadapan orang yang mahir Al Quran atau guru.
  14. Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah.
  15. Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran
  16. Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid…. dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya.
  17. Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah nya malam itu?
  18. Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan seorang yang mahir.
  19. Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik kan?)
  20. Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak dan bertepuk tangan.Malang……..dan memalukan…………..!!!
  21. Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik.
  22. Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam sudah tentu hari ini nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik.

Untuk pengetahuan, Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia baru-baru ini telah memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersenda kesucian dan keagungan kitab suci itu.

13 April 2009 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | 25 Comments

>Orang Politik dan Rakyat – apa mereka mahu sebenarnya?.

>

Melihat kepada gelagat dan telatah orang politik dimana sahaja, contoh terbaru apa yang berlaku di Perak, amat memualkan rakyat umum. Rakyat tahu disebalik laporann-laporan yang tersirat itu amat banyak lagi yang terselindung dan tidak tersingkap. Rakyat tidak lagi melihat apa yang berlaku, tetapi sebab apa sesuatu peristiwa itu berlaku. Betapa pun ditutup, tidak akan mengubah perasaan rakyat umum yang menganggap terdapat berbagai muslihat disebaliknya.

Tindakan-tindakan dalam politik sering dikaitkan dengan tektik kotor atau bermain kotor. Orang politik tidak mengira kesan jijik yang dilihat oleh rakyat. Apa yang penting bagi orang politik ialah mencapai matlamat politik. Semua cara adalah halal.

Memang itulah yang diajarkan dalam politik yang sumber ilmu politik itu adalah Yahudi. Apa akan terjadi sekiranya rakyat umum muak, bosan dan benci terhadap politik begini? Samada BN mahupun PR memakai tektik yang sama. Sama-sama jahat politik.

Resah dan keluh kesahnya rakyat umum di terima sambil lewa dan acuh tak acuh oleh orang politik. Kalau adalah bancian dan statistik nescaya semua pehak terkejut bahawa dalam tempuh lima tahun terakhir ini paling banyak berlaku demonstrasi. Sebenarnya bukan tiada saluran atau tidak tahu saluran, tetapi itulah tandanya keluh kesah rakyat. Namun bagitu perasaan rakyat siapa yang mahu peduli. Kekosongan jiwa rakyat itu siapa yang mahu memenuhinya.

Apa sebenarnya yang rakyat mahu? Rakyat mahukan pemimpin yang bersikap umpama ayah dan ibu kepada mereka. Pemimpin yang membawa kasih sayang. Pemimpin yang menjadi penyelamat, pembela dan penghibur melalui kasih sayang. Mahukan pemimpin yang memimpin rohaniah mereka serta memenuhi kehidupan mereka. Mahukan pemimpin yang benar-benar mampu menggandingkan material dan spiritual, seiring membangun tamadun material dan rohaniah. Barulah kepuasan hidup rakyat dapat dipenuhi. Rakyat mahukan pemimpin yang benar-benar baik, bersih dan bertaqwa yang Tuhan bantu dan tolong segala urusannya. Segala urusan rakyat Tuhan mudahkan. Makmur segala hasil bumi. Tenteram semua manusia dari gejala sosial. Inilah tanda berkat dari Tuhan

Sumber:Soid Sulaiman (http://www.eratimur.com/wahai-parti-parti-politik-bagaimanakah-berakhirnya-nanti/)

12 April 2009 Posted by | Politik dan Dakwah | 2 Comments

>Angkara siapa politik Malaysia jadi huru hara macam ini haa?

>

11 April 2009 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | Leave a comment

>10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

>

BAGAIMANA MEMUDAHKANNYA? ?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha’ hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu’min
c. Bayar semula kadha’ (solat & puasa) yang tertinggal

d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta’ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara’
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya


(Di kirim oleh Muhd Al Jeffry Abdul Wahab)

11 April 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

> Wahai Umat Islam bangkit lah dari tidur……..…..

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah.. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?…
Depa send memorandum kepada PM
meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .

Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun

– Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, “Hang nak ikut ugama apa?”…Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama – maknanya, perkataan “Islam” yang ada kat mykad kita itu,depa minta di”tiada” kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah mansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain – mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?……..Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ………lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?…Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?…..Depa kata kat Mufti Perak, “Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded

langsung!”…Datuk Harussani balas dalam majalah “Millenium Muslim”, katanya, “Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!”…

Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

————————————————————————-

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: “Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-‘Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)


Allahua`ala `alam.

27 SEPTEMBER 2007

(Kiriman mohd nasri tukimunnash_jb2004@yahoo.com)

11 April 2009 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

>Yang menang kena Muhasabah Diri?

>Kadang kadang kemenangan sesuatu kaum atau bangsa dalam sesuatu arena di lihat tidak lojik boleh berlaku.Dan memang ada kemenangan yang memang lojik patut berlaku.Tetapi perlu di ingat sesuatu kemenangan itu di sisi Allah ada bersebab.Ada sebab sebab lahir dan ada sebab sebab batin.Ada kemenangan itu tersurat dan ada yang tersirat.

Oleh itu kita Umat Islam seharusnya tidak melihat kemenangan itu atas sebab sebab lahir dan yang tersurat sahaja. Kita perlu lihat sebab sebab batin dan yang tersirat sama.

Mungkin kita boleh lihat di sini tentang beberapa sebab kemenangan yang di anugerah Allah kepada sesuatu kaum atau bangsa.

Ada Allah beri kemenangan di atas sifat Taqwa.Ada di beri atas keberkatan sesuatu perkara.Ada atas dasar istidraj (murka Allah) dan ada atas dasar kekuatan lahir.

  1. Sebab kemenangan atas Sifat Taqwa – Bangsa ini yang berusaha atau berjuang atas dasar pergantungan nya kepada Tuhan.Setiap langkah nya adalah kerana Allah Taala semata mata.Segala perjalanan usaha dan perjuangan nya di ambil kira tentang syariat Tuhan yang 5 iaitu Hukum Halal, Haram, Makruh dan Harus.Dalam berjuang tidak lekang ingatan nya pada Tuhan, tidak lupa memperbaiki diri, tidak menyakiti perasaan orang lain dan sentiasa merasa diri nya hamba Tuhan.Bangsa ini Allah jamin kemenangan dan kejayaan keatas mereka saperti yang Allah nyatakan dalam Al Quran, maksudnya: “Berhak di atas Kami memberi kemenangan kepada orang mukmin”.(Yunus:103)
  2. Sebab kemenangan kerana Keberkatan – Bangsa ini di beri kemenangan atas amalan kebaikan mereka yang di pandang besar oleh Tuhan.Allah kurniakan kepada sesiapa sahaja, termasuk yang fasik dan kafir.Contoh amalan amalan yang mendatangkan berkat ialah saperti taat kepada ibu bapa yang soleh, berkhidmat kepada guru yang soleh,membantu perjuangan yang hak yang di perjuangkan orang soleh, orang yang berkhidmat dengan anak anak yatim, pemerintah yang berkhidmat dengan baik kepada rakyat nya.Inilah yang di maksudkan dalam hadis yang maksudnya:- “Dengan sebab mereka, mereka di beri pertolongan”.
  3. Kemenangan atas dasar IstidrajIni lah kemenangan yang kita tidak mahu.Allah beri kemenangan atas dasar murka nya kepada bangsa itu kerana bangsa itu zalim, derhaka, dan kufur.Mereka tertipu dengan kemenangannya agar mereka makin lupa dan terus melakukan kezaliman atau kederhakaan atau kekufuran.Hingga akhirnya mereka binasa dengan kejahatan sendiri dan menjerumus kedalam neraka!
  4. Kemenangan atas dasar Kekuatan Lahir – Kemenangan yang Allah beri kepada bangsa ini (termasok yang derhaka dan kafir) adalah atas “sebab” ianya bangsa yang mempunyai kekuatan ilmu,tenaga manusia, alat alat canggih,rajin, berdisiplin,berani dan tahan berhadapan dengan cabaran.Kemenangan jenis ini adalah kemenangan yang biasa berlaku atau kita panggil kemenangan yang memang lojik di akal.Dan kita lihat ianya memang biasa berlaku di mana mana pada zaman ini.Allah beri kemenangan sesuai dengan usaha dan kemampuan nya.Ini boleh juga di katakan kemenangan bersifat Istidaraj kerana mereka percaya kemenangan itu adalah atas daya usaha mereka sendiri dan tidak bersandar kepada ketentuan Allah.

    Kemenangan atas Sifat Taqwa lah kemenangan yang selamat dan menyelamatkan tetapi malang nya ia sudah tidak berlaku lagi pada hari ini.Kita harap dia akan berlaku , tetapi tidak tahu bila Allah akan lakukannya.

8 April 2009 Posted by | Politik dan Dakwah | 1 Comment

>Menceritakan Tentang Kemenangan

>

Menceritakan tentang kemenangan, janganlah kita melihat kemenangan itu pada satu-satu sudut sahaja. Kemenangan itu perlu dilihat secara global. Kemenangan itu mula-mula sekali perlu diketahui, ada kemenangan di dunia dan ada kemenangan di akhirat. Maksudnya di sini, ia boleh kita perolehi di dunia, yang mana ini bersifat sementara dan boleh juga kita mendapatnya di akhirat, ini bersifat hakiki. Boleh kita dapat salah satu, dan boleh juga kita dapat kedua-duanya.

Mari kita ceritakan dahulu tentang kemenangan di dunia. Kemenangan di dunia ini terbahagi kepada dua, ada kemenangan berbentuk lahiriah dan ada kemenangan berbentuk batiniah atau rohaniah. Yang lahiriah itu lebih berbentuk material seperti mendapat kuasa kerajaan, menang perang ataupun mendapat harta. Yang rohaniah pula adalah seperti meningkat iman, boleh khusyuk dalam sembahyang, rasa berdosa, rasa bertuhan dan tenang dengan masalah dunia. Kemenangan lahiriah tiada jaminan Tuhan. Kemenangan lahiriah adalah nikmat Tuhan yang belum tentu berserta rahmatNya. Kemenangan lahiriah boleh jadi Tuhan beri atas rahmatNya dan boleh jadi juga berlaku secara istidraj atau kemurkaanNya. Manakala kemenangan rohaniah sudah pasti berlaku atas rahmat dan kasih sayang Tuhan. Ia disebut juga sebagai al jannatul ‘ajilah atau syurga yang disegerakan. Kemenangan rohaniah ada jaminan selamat dari Tuhan. Kalau tidak di dunia, di akhirat selamat. Itu sebabnya dalam hendak mengusahakan kemenangan, eloklah diusahakan kemenangan rohaniah terlebih dahulu. Ataupun setidak-tidaknya, dua-dua itu hendaklah berjalan seiringan.

Kemenangan di akhirat pula, adalah anugerah Allah atas kemenangan rohaniah yang kita dapati di dunia. Lazimnya, orang yang mendapat kemenangan rohaniah di dunia, sudah Allah sediakan kemenangan di Akhirat. Kemenangan di akhirat ini boleh diberi contoh, seperti mendapat keampunan Tuhan, dilepaskan daripada azab neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Kemenangan di akhirat adalah kemenangan hakiki. Kemenangan yang selalunya diperkatakan Tuhan dalam Al-Quran banyak menjurus kepada kemenangan di Akhirat. Kemenangan di Akhirat inilah yang sepatutnya menjadi cita-cita setiap hamba Tuhan di muka bumi ini.

(Di rakam dari syarah :Ustaz Hj Ashaari Muhammad)

8 April 2009 Posted by | Tazkirah | 1 Comment

>ANTARA KEMENANGAN DAN KEJAYAAN

>

Manusia ini; termasuk umat Islam; apa sahaja yang kita hendak buat adalah untuk menang dan berjaya. Keme­nangan dan kejayaan adalah dua perkataan yang berlainan dan berbeza. Ada kalanya kita boleh menang tetapi tidak berjaya. Ada pula kalanya seseorang itu tidak menang tetapi berjaya.

Kejayaan itu lebih utama dari kemenangan. Tetapi gema ke­menangan itu lebih sedap didengar dari kejayaan. Sedangkan hakikatnya kejayaan itu lebih penting dari kemenangan. Kita buat beberapa contoh yang dikaitkan dengan dunia dahulu. Ini kerana membahaskan hal dunia itu lebih mudah difaham kerana dunia itu dekat dan Akhirat itu jauh. Maksud dekat ialah sesuatu yang dapat kita lihat, rasa dan dengar. Kita tinggal di dalamnya. Akhirat belum nampak sebab itu dikatakan jauh.

Jadi kejayaan lebih penting daripada kemenangan. Keme­nangan itu cuma gemanya besar. Tetapi sebenarnya cuma dapat habuk, asap atau angin sahaja.

Kejayaan itu pun bertahap-tahap dan berlapis-lapis. Sudah disebut berjaya pun belum berjaya lagi. Kalau kita hendak bahas antara kejayaan dan kemenangan, sebenarnya kejayaan lebih baik dari kemenangan. Kalau kita ba­has kejayaan demi kejayaan, itu pun bukan mutlak kerana ada yang berjaya tetapi belum berhasil. Setakat nama berjaya sahaja. Belum sampai ke peringkat mendapat hasil, faedah dan kejayaan. Itu baru perbandingan antara dunia dengan dunia. Belum diban­dingkan antara dunia dan Akhirat. Di dunia ini pun, bila menang belum bererti apa-apa. Bahkan bila sebut kejayaan pun, sese­tengahnya belum bererti apa-apa.Betapalah perbandingan dunia dan Akhirat. Erti kemenangan dunia dan Akhirat itu berbeza sangat.

(Di rakam dari syarah: Ustaz Hj Ashaari Muhammad)

8 April 2009 Posted by | Tazkirah | 1 Comment

PAS jangan jadi kan Islam bahan ketawa dan ejekan

Wahai orang yang beriman, mengapa kamu perkatakan perkara yang kamu tidak buat.Besar sekali kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang kamu tidak buat” (As Saf 2-3)

Tidak ada umat Islam yang menolak matlamat perjuangan PAS untuk menubuh negara Islam di negara Malaysia.Tetapi apa yang mereka tolak adalah cara atau manhaj perjuangan nya yang kelihatan sudah tersasar dan terlampau menyimpang dari landasan sebenar.

1.Imej Pas adalah sebuah parti yang konon nya berpendirian keras selama ini dengan imej keIslamannya. Apabila ia bermuafakat dengan PKR dan DAP sejak PRU 12 2008 atas nama Pakatan Rakyat, kita lihat bahawa Pas telah mengorbankan prinsip perjuangannya untuk menegakkan sebuah negara Islam. Bagaimana mungkin Pas mahu menegakkan kerajaan Islam sedangkan DAP bermatian-matian menentangnya.

2.Lucu tetapi mengecewakan kerana DAP yang sebelum ini musuh ketat PAS, dan menganggap DAP kafir harbi macam syaitan tiba tiba boleh tidur sebantal dan PAS pula sanggup menjadi pak turut kepada kerajaan DAP dan mengenepikan perjuangan Islam.Ada kah PAS gila kuasa, tidak apa jadi pak turut asalkan dapat memerintah, pada hal pemerintahan nya tidak mempunyai kuasa kerana kuasa sebenarnya adalah di tangan DAP?

3.Maka dengan itu PAS sudah tidak melaung laungkan tentang perlaksanaan Hudud lagi, PAS sudah tidak berbicara tentang penubuhan Negara Islam lagi.Walaupun di Masjid Masjid Ustaz Ustaz PAS masih bersyarah berapi api.Namun di luar dan di Parlimen PAS kini sepi (tidak cakap pasal Islam lagi.Kalau cakap agaknya kena jeling dengan Karpal The King).

4. Tiba tiba PAS hilang telur? Dengan orang Islam lantang melaung takbir tetapi depan DAP kecut perut.


Foto simbolik PAS di telan (di kuasai) naga DAP.

5.Hingga kan orang kuat PAS sendiri ketika berbahas di dewan negeri Perak menafikan dan “tidak mengaku bahawa PAS hendak melaksanakan Negara Islam hinggakan menimbulkan kegerunan dikalangan umat Islam yang berada di situ pada ketika perbahasan tersebut….Gerun kerana orang kuat PAS ini telah mencabar dasar-dasar yang diperjuangkan oleh partinya sendiri.

6.Apabila Hadi Awang menulis buku mengenai Islam dan demokrasi, terbitan PTS Islamika, tahun 2007, Hadi Awang secara jelas menentang gerakan demokrasi ala barat, beliau dalam buku tersebut menyatakan:

“Demokrasi barat tidak terikat dengan agama dan akhlak menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu.”

7.Namun yang jelas PAS terlibat jauh dalam amalan demokrasi barat yang songsang.Agaknya oleh kerana sudah terlalu taksubnya dengan amalan demokrasi, mereka terlalu kerap melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan Islam (tetapi dalam politik berdemokrasi ianya halal) saperti memaki hamun, memfitnah, membohong,mengumpat, mengeji, demi “survival” politik mereka. Malah dalam pentadbiran parti dan pemilihan pemimpin dalam Multamar parti PAS sendiri tidak menggunakan sistem Islam.Saperti dalam perlantikan pemimpin mereka tidak pun guna sistem syura.

8.PAS membisu apabila di Selangor seorang rakan exconya yang beragama kristian didapati telah bersekedudukan dengan ahli PR yang beragama Islam hingga akhirnya tersebar gambar separuh bogel.Exco ini mendapat sokongan moral pula dari Muslimah PAS.

9. PAS, parti orang Islam, sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk menumbangkan parti orang Islam yang terbesar ia itu UMNO.PAS kata mereka sanggup berkawan dengan syaitan sekali pun untuk mencapai cita cita nya. Begitulah PAS yang sanggup meletakkan maruah sesama manusia lebih hina dan terkutuk dari syaitan. Siapakah PAS yang berhak meletakkan maruah seorang manusia sedemikian rupa sedangkan Nabi tidak pernah menghina manusia ciptaan Allah dengan kejian yang sedemikian buruk.

10.Sebelum pilihanraya ke-12, Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.

10.Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. “Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,”.
Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: “Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara Pas, Keadilan dan DAP sekarang ini? Dan bagaimana pula dengan usaha Pas sama ada di Kelantan atau Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina? Adakah mereka kena “ masuk Islam “ barulah undi-undi meraka menjadi halal.

11.Ketika berbaik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC.

12.PAS menjanjikan seseorang yang masuk Pas itu akan masuk syurga.Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat masuki politik. Adakah mereka dijanjikan neraka kerana tak masuk Pas. Adakah dengan mengundi Pas akan dapat tiket masuk ke syurga? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kecuali Tuhan Yang Maha Esa.

13.Sebenarnya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang dikata dan lakukan.

14 PAS memporak perandakan suasana dakwah Islamiah di Malaysia kerana lebih banyak memeningkan Umat dengan Fatwa Fatwa Politik mereka yang songsang.Mereka tidak menghormati Ulama Ulama di luar PAS, mereka sering merasakan mereka lebih ‘alim dalam segala hal.

15.PAS tak perjuangkan Islam tetapi pergunakan Islam untuk kepentingan politik mereka sahaja.

16. Jelas, Pas serampang dua mata. Di depan bukan Islam, Pas menonjolkan diri mereka sebagai parti yang liberal tetapi di kawasan pengundi Melayu, mereka menggunakan sentimen Islam untuk mengugut pengundi Melayu.

17.Keghairahan Pas untuk menubuhkan negara Islam kini tinggal kenangan.Di manakah jihad dan laungan Allahuakbar yang selama ini menjana kekuatan mereka? Pas kian lesu dan melembutkan perjuangan mereka dengan perkataan ‘negara kebajikan’.
Hilanglah ‘hudud’ dan hilanglah ‘Perjanjian Madinah’ yang diwar-warkan.


Prinsip Islam bagi Pas sudah diubah begitu jauh sehingga menjadikan mereka begitu taksub. Apa yang mereka lakukan semuanya dianggap betul dan baik biarpun terpaksa menjadikuda yang ditunggang oleh orang lain.

4 April 2009 Posted by | Politik dan Dakwah | 1 Comment

>HIKMAH DI SEBALIK 7 AYAT DALAM AL FATEHAH

>Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan ‘mim’ dan ada ayat yang akhirnya dengan ‘nun’. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala – ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan – ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, “Hidupku dan matiku adalah untuk Allah.” Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, ‘Diamlah kamu (untuk mendengarkannya).’ Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.” (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu ‘Surah Yang Dapat Kemenangan’ daripada menamakan ia ‘Surah Pembukaan’.

Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi’il – ‘yang telah mendapat kemenangan’. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.

Nukilan: Alang Aminah Mahyudin (a2aminah@yahoo.com.au)
Di rakam dari syarah : Ustaz Hj Ashaari Muhammad

4 April 2009 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

>Berbuat Dahulu Baru Bercakap

>Berbuat lah lebih dahulu baru bercakap
Kerana buah ilmu itu adalah amalan yang sudah dibuat
Jangan lah bercakap dahulu baru berbuat
Lebih lebih lagi bercakap langsung tidak berbuat

Ilmu yang tidak diamalkan macam senjata tidak di gunakan
Ia akan berkarat
Apa ertinya simpan senjata sebanyak banyaknya tidak di gunakan
Ia akan menjadi bebanan

Begitulah ilmu yang banyak tidak di amalkan
ia akan jadi beban di Akhirat
Orang yang berilmu tidak mengamalkan ilmu
masuk Neraka lebih dahulu daripada orang kafir
Ilmu adalah panduan jalan kehidupan
Atau penyuluh jalan kehidupan untuk menuju matlamat
Alangkah anehnya orang yang ada lampu suluh di tangan
berjalan di waktu malam lampu suluh tidak di gunakan
Ertinya walaupun ada lampu di tangan
tapi dia masih di dalam bahaya

Berjalan di dalam gelap tidak menggunakan lampu
Padahal lampu ada di tangan
Lampu itu semata mata hendak ditunjuk kepada orang

Begitulah ahli ilmu yang tidak beramal
padahal ilmu di perkatakan
Itu tentulah semata mata hendak tunjuk pandai
kepada orang ramai
Bermegah megah dengan ilmu
tidak ghairah beramal.

Di rakam dari syarah: Ustaz Hj Ashaari Muhammad

2 April 2009 Posted by | Madah dan Sajak, Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: