Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Sedekah Waktu Subuh Mendapat Doa Malaikat

SEDEKAH merupakan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya kepada seluruh umat muslim. Kerana di dalam rezeki kita terdapat hak orang lain yang harus diinfakkan atau disedekahkan. Apalagi kalau kita sedekah subuh, banyak keistimewaan yang akan kita terima.

Jika kalian tahu keistimewaan sedekah subuh, dijamin kalian tidak akan menyia-nyiakan waktu berharga tersebut selain untuk ibadah.

Harta yang disedekahkan sebenarnya tidak akan berkurang, kerana Allah SWT yang akan menganugerahkan kepada orang tersebut kemuliaan, keberkatan dan rezeki yang tiada disangka-sangka.

Allah SWT menjanjikan fadhilah di balik kedermawanan seseorang yang rajin berinfaq.

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Maksudnya, “Katakanlah, “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).” Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”

(Surah Saba’ ayat 39)

Bahkan dalam sebuah hadits Nabi SAW menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di subuh hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا
وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”

(Hadis Riwayat Bukhary 5/270)

Sesiapa yang bersedekah di subuh hari malaikat akan mendoakan kelapangan rezeki yang memang sangat kita perlukan untuk memperlancar ibadah, amal soleh, dakwah dan jihad kita di dunia.

Dan jangan biarkan ada satu pagipun yang berlalu tanpa bersedekah sebab itu sama saja kita mengundang kerosakan dalam hidup sebagaimana doa malaikat yang satunya di setiap pagi hari.

Biasakan sedekah subuh walaupun itu cuman seringgit atau dua ringgit, tetapi jika dlakukan dengan istiqamah kerana disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah SWT

Oleh itu amalankan sedekah diwaktu subuh. Untuk kaum muslimin yang pergi kemasjid atau surau untuk solat subuh masukkan sedekah kalian ditabung- tabung masjid. Untuk para muslimat yang tidak solat subuh dimasjid atau surau sediakan satu tabung dipanggil ” tabung sedekah subuh” sebelum solat masukkan sedekah ketabung tersebut seringgit atau dua ringgit.

Bila sudah penuh masukkan pula wang ditabung tersebut ke tabung masjid, rumah anak yatim atau maahad tahfiz.

Amalan mulia ini akan membantu kita menyelesaikan masalah-masalah yang kita hadapi, jadi usahakan sedekah subuh walaupun sedikit-sedikit tapi istiqamah kerana Allah mencintai amalan yang diredhaiNya

🥦Wassalam 🥦

Dari FB: Makmum Sundari
27.10.2019

31/10/2019 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

7 Sunnah Hebat

7 Amalan Sunnah

 

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Oleh: Ustaz Don Daniyal

16/10/2014 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah | , , , , , | Leave a comment

Kisah Lelaki Yang Bersedekah Kepada Pencuri, Penzina dan Orang Kaya.

 

rahasia sedekah

 

Ini kisah di mana seorang lelaki yang tersalah bersedekah kepada pencuri, penzina dan orang kaya yang disangkannya mereka itu ialah orang miskin. Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda maksudnya:

“Seorang lelaki berkata: Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata: Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi.

Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata: Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian.

Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata: Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya.

Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya: Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.” (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Ringkasan kisah
Dalam hadith ini Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam telah menceritakan kepada kita bagaimana ada seorang lelaki yang soleh di mana dia ingin memberi sedekah kepada mereka yang memerlukannya. Memanglah bagi mereka yang telah subur dalam diri mereka kemanisan iman dan juga sentiasa beramal soleh sentiasa memikirkan bagaimana mahu menambahkan amal kebajikan bagi mengejar keredhaan Allah. Lelaki ini merupakan salah seorang daripadanya di mana telah timbul dalam hatinya untuk bersedekah.Lelaki ini mahu bersedekah dalam keadaan sembunyi di mana tidak siapa pun akan mengetahuinya melainkan Allah. Ini adalah kerana hanya sedekah secara sembunyi sahaja mampu memadamkan api kemurkaan Allah dan sedekah secara sembunyi juga merupakan selebih-lebih sedekah berbanding sedekah secara terang-terangan.

Pada suatu malam lelaki ini telah keluar bertujuan untuk memberi sedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seseorang yang mana pada anggapannya dia merupakan seorang yang miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang pencuri. Pada keesokan harinya pencuri itu menceritakan kepada orang ramai bahawa ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya telah memberi sedekah kepadanya. Mendengar cerita itu menyebabkan keadaan menjadi gempar di mana masing-masing menceritakan bagaimana ada seorang lelaki telah memberi sedekah kepada seorang pencuri.

Akhirnya berita mengenai sedekahnya kepada seorang pencuri telah sampai ke telinganya sedangkan ketika dia memberikan sedekahnya itu dia menganggap bahawa orang itu miskin. Mendengar berita itu menyebabkan lelaki itu merasa kecewa dan sedih lalu mengucap: Wahai Tuhanku! Segala pujian untukMu. Aku telah terbahagi sedekahku kepada pencuri.

Dia berazam untuk melakukan sedekah seterusnya kerana dia merasakan bahawa sedekahnya kepada pencuri itu menjadi suatu perkara sia-sia dan tidak akan dinilai oleh Allah. Pada malam yang kedua dia keluar dari rumahnya bertujuan untuk bersedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seorang perempuan yang dianggap miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang pelacur. Pada keesokan harinya pelacur itu menceritakan kepada oarng ramai bahawa ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya telah memberi sedekah kepadanya. Mendengar cerita itu menyebabkan keadaan menjadi gempar di mana masing-masing menceritakan bagaimana ada seorang lelaki telah memberi sedekah kepada seorang pelacur. Akhirnya berita mengenai sedekahnya kepada seorang pelacur telah sampai ke telinga lelaki tadi sedangkan ketika dia memberikan sedekahnya itu dia menganggap bahawa orang itu miskin.

Mendengar berita itu menyebabkan lelaki itu merasa bertambah kecewa dan sedih lalu mengucap: Wahai Tuhanku! Segala pujian untukMu. Aku telah terbahagi sedekahku kepada pelacuri.Dia berazam untuk melakukan sedekah seterusnya kerana dia merasakan bahawa sedekahnya kepada pencuri itu menjadi suatu perkara sia-sia dan tidak akan dinilai oleh Allah.

Pada malam yang ketiga dia keluar dari rumahnya bertujuan untuk bersedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seorang lelaki yang dianggap miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang kaya. Apabila dia mengetahui perkara sebenar buat kali ketiga, maka bertambah sedihlah lelaki ini sehingga dia mengucapkan: “Wahai Tuhanku! bagi Engkau segala pujian itu. Aku telah tersilap bahagi sedekah kepada pencuri, pelacur dan juga si kaya”.

Lelaki ini tidak tahu bagaimana Allah tetap menerima segala amalan sedekahnya walaupun dia merasakan bahawa sedekahnya itu ditolak oleh Allah.Akhirnya melalui pemberitahuan dalam mimpinya maka dia dapat tahu bahawa sedekahnya telah dibalas oleh Allah dengan pahala yang setimpal dengan amalannya itu. Allah juga memberitahunya bagaimana setiap sedekahnya telah membawa hikmah iaitu pencuri akan berhenti daripada mencuri, pelacur akan bertaubat daripada berzina dan si kaya akan turut bersedekah dengan harta yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah.

Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh kepada orang yang selayaknya. Bukan hasil yang dilihat (material atau keputusan zahir) tetapi usaha dan amalan untuk melakukannya itu yang dilihat.

“dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).” (An-Najm : 40)

Sumber: Radio IKIM dan teks dari Hafism.com

18/02/2014 Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah | | Leave a comment

Menghadiahkan pahala bacaan Al Quran kepada Arwah

PhotoGrid_1341589991360
Soalan

Dalam ceramah ustaz rasul dhari dalam laman web youtube, mengenai haramnya kenduri arwah, tahlil, doa selamat dan sedekah bacaan al-quran, kepada arwah. Mengikut Mazhab imam SYafie…Apakah ini benar…

Jawapan

Jika saudara seorang yang faham arab dan membaca sendiri kitab-kitab tersebut saudara akan tahu dengan pasti bahawa yang di terjemah itu tidak betul dengan sengaja.Sebagai contoh, beliau tidak dapat istilah “makruhah tahrimiyyah” dalam mazhab Syafie dan Istilah yang sama dalam mazhab Hanafi. Imam Syafie tidak pernah mengharamkan kenduri arwah, tahlil, doa selamat dan sedekah bacaan al-quran, kepada arwah sebagai mana dakwaan nya itu. Cuba renung perkara di bawah tentang bidaah.

Nabi S.A.W bersabda ertinya “setiap perkara bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT akan masuk neraka” hadis ini adalah sebuah hadis yang umum ertinya. Hadis ini dikhususkan dengan beberapa hadis lain antaranya “kamu lebih mengentahui tentang urusan dunia kamu” Ini mengecualikan urusan dunia dari bidaah. Begitu juga hadis ini dikhususkan dengan hadis sahih yang lain iaitu nabi s.a.w bersabda maksudnya “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku” apabila dihimpunkan hadis-hadis ini jelas menunjukkan bahawa hanya Bidaah yang bercanggah denagn Al-Quran dan Hadis sahaja yang dilarang, manakala bidaah yang tidak bercanggah bercangah dengan Al-Quran dan hadis adalah dibolehkan berdasarkan nas dari hadis sahih. Dengan erti kata yang lain hadis bidaah akan memberi makna seperti berikut :

“Setiap perkara bidaah adalah SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis), dan setiap yang SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis) akan masuk neraka”  Dalam keadaan seperti inilah baharulah kita akan mendapat erti hadis bidaah dengan sempurna.

Jestru itulah bidaah seperti membaca yasin malam jumaat, menyambut maulid rasul dan lain-lain adalah dibolehkan dan di izinkan oleh syarak kerana ianya tidak dilarang oleh nabi S.A.W atau ditegah di dalam Al-Quran. Sila rerungkan perkataan SESAT dalam dua hadis sahih di atas tersebut dan himpunkan ertinya untuk mendapatkan makna hadis yang betul.

manakala hujah saudara tentang Ibnu Umar berkata:Setiap bidaah adalah sesat meskipun manusia memandangnya baik. – riwayat al-lalika-i dlm syarah ushuul i’tiqaad ASWJ(no126),Ibnu baththah al-ukbari dalam al-ibanah(no 205),lihat ilmu ushuulil bidaah(hal 92) adalah terlalu mudah untuk di jawab kerana Saidina Umar dalam Riwayat Bukhari dan Muslim dua riwayat tertinggi dalam Ilmu hadis dimana Saidina Umar berkata “INILAH SEBAIK-BAIK BIDAAH”. Oleh itu kata-kata ibn umar dan seumpamanya hendaklah ditakwil seperti berikut “Setiap bidaah adalah sesat (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis),   meskipun manusia memandangnya baik” .Pada ketika ini baharulah kata-kata tersebut tidak bercanggah dengan nas-nas hukum hadis dan athar lain yang sahih.

Hadis “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku”  adalah berkaitan dengan urusan ibadat bukannya dengan urusan dunua semata-mata. Kerana “karinah” yang ada di dalam hadis tersebut iaitu Al-Quran dan Hadis adaalh berkaitan dengan urusan ibadat. Jesteru itu ini jelas menunjukkan pendapat saudara adalah amat silap dan bertentangan dengan hadis sahih. Marilah kita semua kembali kepada nas Al-Quran dan hadis sahih.

Kaedah Fiqh menyatakan “Apa yang ditinggalkan oleh nabi tidak menandakan ianya haram”.

Cuba saudara renungkan Firman Allah AL-MAIDAH 101

{101} Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Qur’an, tentulah akan diterangkan kepadamu. Allah maafkan kamu dari perkara-perkara itu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Ringkasnya ayat ini menyatakan bahawa ada perkara yang ditinggalkan oleh Allah dan nabi untuk kita semua. Dan di dalam perkara inilah terletaknya ijtihad untuk umat ini. secara umumnya ianya adalah dibenarkan dan di maafkan oleh Allah. Asbabbunnuzul ayat ini juga berkaitan pertanyaan tentang haji, dan haji adalah satu ibadat dari Allah.

Di dalam perkara yang tidak mempunyai nas yang jelas ulamak menggunakan pelbagai perkara untuk mengeluarkan sesuatu hukum samaada diambil dari pengertian umum al-quran dan hadis, ijmak, kias, istihsan dan sebagainya lagi.

Kita perlu memperbetulkan fahaman kita agar selari dengan al-Quran dan hadis, ini akan menjamin kita dan keselamatan kita di dunia dan akhirat sebagaimana janji nabi S.A.W.

Kita perlu faham dalam syariaat ada tiga bahagian yang paling utama 1)- Apa yang nabi suruh wajib kita buat 2)- Apa yang nabi larang, haram dibuat. 3)- Apa yang nabi tinggalkan (Nabi tak suruh dan nabi tak larang). Di dalam perkara yang ketiga inilah ada bidaah Hasanah Dan Bidaah Dhalalah. Pembahagian ini di sebut dalam hadis-hadis dan nas yang banyak antaranya Nabi bersabda “Tinggalkan apa yang aku tinggalkan untuk kamu,………….Apabila aku perintahkan maka lakukan, apabila aku larang maka tinggalkan”. Bahagian yang ketiga ini juga disebut sebagai “Almaskut Anha” iaitu apa yang ditinggalkan oleh nabi.

Imam syafie sendiri menyatakan Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu 1)-Bidaah yang sesat 2)- Bidaah yang di bolehkan (iaitu yg tidak bercanggah quraan dan hadis berdasarkan hadis Nabi Bersabda “Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah” . Imam Syafie memahami bahawa hadis bidaah “Setiap bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT masuk neraka”  dikhususkan dengan hadis Nabi Bersabda “Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah”. Sila renung perkataan SESAT  dalam kedua-dua hadis di atas.  Dari dua hadis di atas adalah jelas bahawa bidaah yang SESAT adalah yang bercanggah dgn Al-Quran dan Hadis, manakala bidaah yang tidak bercanggah denngan Al-Quran adalah TIDAK SESAT. Ini juga di fahami oleh Imam Izzuddin dan Imam Nawawi dan sebagainya yang membahagikan bidaah kepada 5 bahagian.

Sedekah bacaan al-quran, kepada arwah adalah sampai berdasarkan nas-nas yang banyak. Apa yang di perbincangkan dengan hadis “Ahli Jaafar” adalah berkenaan menyediakan makanan bukannya membaca Al-Quran atau Berzikir. Dalam kitab yang sama itu juga menyatakan banyak lagi syarat tentang boleh atau tidak, dinyatakan juga bahawa jika makanan itu diberi oleh orang lain maka ianya adalah di bolehkan. Yang dilarang adalah sekiranya majlis tersebut menjadi majlis AZZA’ (Menerima Takziah).

(Sumber: JAKIM)

23/07/2012 Posted by | Aqidah, Q & A (Soal Jawab) | , , | 2 Comments

   

%d bloggers like this: