Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Imam al-Nawawī (Mazhab Shafie): Talqin Selepas Pengembumian Jenazah adalah Disunatkan oleh Para Ulama’ Mazhab Shafie

Imam al-Nawawī (w.676H) menyebut di dalam “Rawḍat al-Ṭālibīn”:

قلت: هذا التلقين استحبه جماعات من أصحابنا، منهم: القاضي حسين، وصاحب (التتمة) والشيخ نصر المقدسي في كتابه (التهذيب) وغيرهم، ونقله القاضي حسين عن أصحابنا مطلقا.

“Aku berkata: “Talqin [selepas pengebumian jenazah] ini disunatkan oleh beberapa kumpulan ulama’ daripada kalangan para aṣḥāb kita (mujtahid mazhab Shafie/ aṣḥāb al-wujūh), di antara mereka ialah: al-Qadi Husayn, Sahib al-Tatimmah, al-Shaykh Nasr al-Maqdisi di dalam kitabnya al-Tahdhib dan selain mereka; dan al-Qadi Husayn telah menukilkan perkara ini daripada para aṣḥāb kita secara mutlak.

والحديث الوارد فيه ضعيف، لكن أحاديث الفضائل يتسامح فيها عند أهل العلم من المحدثين وغيرهم. وقد اعتضد هذا الحديث بشواهد من الأحاديث الصحيحة

Dan hadith yang datang berkenaannya (talqin selepas pengebumian) adalah daʿīf, namun begitu hadith-hadith berkaitan fadilat amalan ditoleransi padanya oleh ahli ilmu daripada kalangan ulama’ hadith dan selain mereka.

Dan sesungguhnya hadith tersebut menjadi kuat dengan shawāhid dari hadith-hadith yang sahih.”

Kemudian beliau menambah:

قال أصحابنا: ويقعد الملقن عند رأس القبر، وأما الطفل ونحوه، فلا يلقن

Para aṣḥāb kita (mujtahid mazhab Shafie/ aṣḥāb al-wujūh) berkata:

“Dan orang yang melakukan talqin tersebut hendaklah duduk di sisi kepala kubur (si mati); manakala jenazah kanak-kanak dan seumpamanya [yang tidak mukallaf], maka tidak [disunatkan] talqin [selepas pengebumiannya].”

Rujukan: (al-Nawawī (676H), – Rawḍat al-Tālibīn wa ʿUmdat al-Muftīn), Jilid 2/12, p. 138.

PENUNTUT ILMU

24/01/2023 - Posted by | Bicara Ulama, Fad hail Amal, Ibadah, Perbahasan Ulama, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a comment