Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 555 : ANAK YANG MELIHAT KEDUA IBU BAPA DENGAN PANDANGAN KASIH SAYANG AKAN MENDAPAT PAHALA HAJI MABRUR

Soalan:

Assalamualaikum.Saya ada satu persoalan. Saya pernah dengar satu hadis yang menyebut bahawa anak yang baik yang melihat kepada kedua ibu bapanya dengan penuh rahmat dan kasih sayang, dia akan mendapat pahala haji mabrur setiap kali memandang ibu bapanya. Adakah ada hadis ini ?Mohon pencerahan. Terima kasih.

Ringkasan jawapan:

Hadis tersebut diriwayatkan di dalam al-Mu’jam fī Asāmī Shuyūkh Abī Bakr al-Isma’ilī oleh Ahmad bin Ibrahīm al-Isma’ilī (m. 371 H) dan Imam al-Baihaqī (m. 458 H) di dalam Syu’ab al-Imān melalui dua jalur riwayat iaitu riwayat ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas dan riwayat al-Ḍaḥḥāk daripada Ibn ‘Abbas.

Jalur riwayat ’Ikrimah daripada Ibnu ‘Abbas ialah jalur yang lemah kerana terdapat dua orang perawi yang sering dikritik oleh ulama hadis. Pertama ialah Muhammad bin Humaid al-Rāzī yang dikritik oleh Imam al-Bukhari. Beliau sering melakukan kesilapan dalam periwayatan khususnya jika beliau meriwayatkan hadis daripada ulama negerinya, Ray. Kedua ialah Zāfir bin Sulaiman al-Quhustānī yang dikritik halafannya khususnya ketika berada di Ray. Jalur riwayat al-Ḍaḥḥāk daripada Ibn ‘Abbās pula ialah jalur yang terlalu lemah kerana terdapat perawi yang dikritik iaitu Nahshal bin Sa’īd. Beliau perawi yang (ditinggalkan periwayatannya) bahkan Ishak bin Rahawayh menilai beliau sebagai pendusta. Selain itu, terdapat perawi majhul yang tidak dapat dikenal pasti peribadinya melalui kitab-kitab al-Rijāl. Walaupun riwayat ini dianggap sebagai mutaba’āt (riwayat sokongan) kepada jalur riwayat ‘Ikrimah daripada Ibnu ‘Abbas namun riwayat ini tidak dapat menaik taraf jalur tersebut begitu juga sebaliknya.

Walaupun hadis ini disifatkan terlalu lemah, bukan bermakna menafikan kelebihan berbuat baik kepada kedua ibu bapa seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran dan kebanyakan hadis-hadis yang sahih.

Baca huraian jawapan di laman rasmi PMWP : https://bit.ly/3vyYA65

04/03/2022 - Posted by | Fad hail Amal, Fatwa, Ibadah, Muamalat (Keluarga), Tazkirah |

No comments yet.

Leave a comment