Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Orang Politik tidak takut Tuhan

Gelagat pemimpin politik dan penyokongnya hari ini sungguh menghairankan dan pelik! Walaupun ada yang mengatakan politik itu dalah sebahagian dari amalan Islam dan kita tidak boleh lari daripadanya,tetapi amalan politik yang mereka amalkan adalah sangat bertentangan dari agama itu sendiri.

Medan politik hari ini macam gelanggang sabung ayam.

Siapa yang menjadi ayam? ……..RAKYAT!

Pemimpin pemimpin politik yang berbagai bagai wajah dan latar belakang saperti peguam,ahli agama, doktor, jurutera dan ahli ahli perniagaan dan lain lain.Kerja mereka ialah meng-ayam-kan rakyat.

Mereka bukan sahaja memain mainkan perasaan dan emosi rakyat (ayam?) dengan berbagai bagai isu.Tohmahan dan fitnah dilemparkan sesuka hati terhadap pihak musuh mereka.

Rakyat pun keliru apabila ahli politik yang mereka lantik melalui undi pilihanraya membuat kenyataan demi kenyataan yang tidak benar (fitnah), bermatlamatkan memburukkan pihak lawan.Rakyat, terutama penyokong penyokong menjadi pak turut dan terjebak kedalam perangkap busuk mereka.

Sejak PRU12 Ahli politik kini berani mengeluarkan pendapat dan kenyataan mengikut perasaan dan hawa nafsu.Mereka kini tidak takut dengan tuhan dengan melemparkan berbagai fitnah terhadap lawan dan membuat berbagai janji kepada rakyat yang kadangkala mendahului janji tuhan.Ada yang berani memperalatkan Al Quran semata mata mahu rentak tari mereka di dengari dan ikuti rakyat.Tidak kira yang bersongkok, berkopiah, berserban besar, berjubah serta berjanggut, mereka semua sanggup menabur fitnah semata mata mahu menjadikan keharmonian umat menjadi kucar kacir.

Matlamat mereka melakukan ini hanya kerana gilakan kuasa dan menjadi pemerintah.Untuk itu mereka sanggup mengenepikan seruan Tuhan yang menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mengamankan dunia ciptaan nya serta hidup bermaaf maafan.Agama di gunakan sebagai penyapu kaki semata mata untuk meraih undi dan menarik rakyat (ayam?) menyokong mereka.

(Ilham dari tulisan Norjimi Azmi Latif dari Sinar Harian 29 Mac 10)

Advertisements

29 March 2010 Posted by | Politik dan Dakwah | 5 Comments

>Kegoncangan Perasaan – Penyakit Pemimpin

Umat hari ini mempunyai ramai pakar menyusun sistem ekonomi, sistem politik, sistem ketenteraan, sistem pendidikan, sistem itu dan ini, dan sebagainya.Ramai pemimpin telah berjaya menyatu dan menyusun ramai pengikutnya.Imam solat pun ramai berjaya menyusun saf jemaah melalui seruannya “rapat rapat dan luruskan saf!”.Tetapi belum ada di antara mereka yang telah berjaya menyusun hati atau perasaan diri sendiri apatah pengikut mereka.

Sebaliknya “perasaan” pemimpin hari ini, terutama pemimpin politik, sentiasa goncang, kalau begitu bagaimana mereka boleh menyusun hati dan perasaan pengikut dan rakytanya.Main mainkan perasaan rakyat adalah.

Suasana sebegini menggambarkan betapa perasaan atau jiwa mereka sebenarnya sentiasa tidak tenteram.Lihat telatah mereka di Parlimen yang mengambarkan ketidak tenteramnya mereka.Mereka kurang bahaskan hal rakyat tetapi banyak bermain perasaan dan sentimen dengan menghentam peribadi pihak lawan masing masing.Adakala menghentam kawan sendiri.Masing masing sibuk berhujjah untuk mempertahankan diri masing masing bukan memperjuangkan hak rakyat.

Oleh kerana perasaan tidak teratur , kacau bilau, dendam tidak menentu, marah tidak kena tempatnya, patut takut jadi berani, patut berani jadi takut, takut tidak kena pada tempat dan berani tersalah tempat.Akhirnya haru biru, gila, kacau bilau, dan kecoh lah mereka.

Mereka tidak mempunyai satu kaedah untuk menstabilkan “perasaan” diri sendiri.Kalau begini bagaimana hendak menstabilkan perasaan rakyat?

Justeru itu kaedah di perlukan untuk ‘mengontrol perasaan”.Jadi di manakah kunci untuk meredakan perasaan perasaan yang tidak baik dan menyusun semula perasaan yang baik?

29 March 2010 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

Pemimpin Muslim dari semua Parti wajib terapkan Islam

Apabila kita ingin menilai kedudukan seseorang pemimpin itu sebenarnya tidak cukup dengan hanya berdasarkan kepada samada pemimpin tersebut sentiasa mendampingan rakyat dan berjaya membuat pembangun fisikal sahaja ataupun tidak. Sebagai orang Islam apa yang sepatutnya kita lihat dan dijadikan kayu ukur yang paling besar dan yang paling utama bagi sesebuah pemerintahan itu adalah persoalan sistem dan undang-undang yang dipakai dan diterapkan oleh pemerintah tersebut.

Sebagai seorang muslim yang diberikan amanah dan kuasa untuk memerintah, sewajibnya pemimpin pemimpin Islam dari pihak pemerintah negara (UMNO) dan pemerintah negeri negeri (PKR & PAS) menyedari kewajiban besar menerapkan Islam yang terletak di atas bahu mereka. Namun kini, setelah hampir 52 tahun pemimpin Islam dari UMNO berkuasa, dan lebih 18 tahun pemimpin PAS menguasai Kelantan dan lebih 2 tahun menguasai Kedah dan Selangor, mereka masih terus setia dan begitu taat mengamalkan sistem perlembagaan dan pemerintahan yang di rangka oleh penjajah Lord William Reid. Kesemua sistem-sistem yang dijalankan oleh mereka pada hari ini adalah sistem berasaskan ideologi Kapitalisme yang rosak.

Hakikatnya, tidak ada peringatan mahupun pujian yang lebih wajar diberikan kepada mereka selaku orang yang berkuasa saat ini melainkan firman Allah SWT:

“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”. [TMQ al-Mai’dah (5) : 44].


“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”. [TMQ al-Mai’dah (5) : 45].


Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. [TMQ al-Mai’dah (5) : 47]

Rujukan: HT

18 March 2010 Posted by | Politik dan Dakwah | 3 Comments

>Isu menghina hukum sebatan Syarie.

>
(Nukilan dari: Khutbah Jumaat  seluruh Negeri Selangor pada 12 Mac 2010 oleh JAIS).

Sejak kebelakangan ini, ada manusia yang tidak selesa dengan Pelaksanaan Undang-undang Islam malah menghina dan mempertikaikannya.Penghinaan ini sudah pasti akan membawa kepada keburukan dan akan dihukum dengan seadilnya oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Haj ayat 8, 9 dan 10:-

Bermaksud:-“Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana kitab Allah yang menerangi kebenaran;”Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombongangkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan agama Allah; ia akanberoleh kehinaan di dunia dan Kami akan merasakannya azab yang membakarpada hari kiamat kelak”; (Dengan dikatakan kepadanya): “Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.”

Baru-baru ini, masyarakat Islam didedahkan melalui media massa bahawa tiga orang wanita Islam telah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang. Hukuman ini dijalankan setelah disabitkan di bawah Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) atas kesalahan melakukan hubungan seks haram.Dalam pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah kali pertama ke atas pesalah wanita itu, dua orang daripada mereka dikenakan hukuman enam kali sebatan manakala seorang lagi empat kali sebatan.Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.

Berikutan Hukuman Sebatan Syarie tersebut, maka pada 17 Februari 2010 yang lalu, satu kenyataan media iaitu Akhbar The Star yang ditulis oleh P Gunasegaran mengundang rasa tidak puas hati oleh beberapa pihak kerana mempunyai unsur-unsur menghina agama lain. Antara lain, beliau menyatakan dalam akhbar tersebut yang membawa maksud seperti berikut:-

1. Bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan Undang-undang Persekutuan yang menghalang hukuman sebatan dikenakan ke atas wanita;

2. Bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan hak asasi manusia dan mendiskriminasikan wanita;
3. Bahawa Undang-undang Syariah sudah lapuk dan perlu dipinda;

4. Bahawa kesalahan yang dibuat oleh tiga orang pesalah wanita tersebut bersifat peribadi.

5. Bahawa terdapat kelompangan dalam Undang-undang Syariah dan menyentuh sensitiviti kebanyakan warga Malaysia;

6. Bahawa terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa orang-orang Melayu terutamanya wanita berhijrah meninggalkan Malaysia kerana kebebasan peribadi mereka sebagai seorang Muslim amat terhad;

7. Bahawa agama adalah satu pilihan, bukan paksaan dan inilah cara yang perlu kita kekalkan;

8. Bahawa kami telah menyaksikan apa yang berlaku apabila agama, tak kisahlah agama apa, dibawa oleh orang yang ekstrim dan disalahguna oleh puak pelampau. Kami tidak mahu sebatan awam, tangan kami dipotong, orang direjam sampai mati dan dibakar hidup-hidup; dan

9. Bahawa kita telah melepasi saat itu. Jangan benarkan sebilangan kecil puak pelampau membawa kita kembali ke era kegelapan. Dan untuk itu, kita perlu berdiri dan bersuara apabila hak-hak individu kita dicabar!.

Demikianlah kata-kata penghinaan kepada kesucian Islam yang mana bebas dan aman kita amalkan di negara ini. Sikap merendah-rendahkan hukum Islam ini yang dibuat oleh seseorang warganegara sendiri memang tidak sepatutnya dilakukan.

Tidak cukup dengan itu, malah apa yang malang sekali ialah orang Islam sendiri mempertikaikan Hukum Sebatan Syarie ini. Pada 17 Februari 2010 lalu, satu kenyataan media oleh ‘Sisters in Islam‘ telah diterbitkan di dalam Laman web ‘Sisters in Islam‘ antara lain, ‘Sisters in Islam‘ membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukum sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi atau pilih kasih terhadap kaum wanita.

Pengarah Eksekutif ‘Sisters in Islam‘, Dr Hamidah Marican berkata tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289 Akta Kanun Jenayah. ‘Sisters in Islam‘ turut mempersoalkan motif kerajaan membenarkan tindakan menyebat tiga wanita Islam tersebut.

Sesungguhnya kesan daripada kenyataan-kenyataan yang mempersoalkan hukum Allah ini sudah tentulah membawa kepada keadaan-keadaan yang tidak
harmoni seperti:-

1. Menghina kedaulatan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Negeri serta Perundangan Syariah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diwarisi sejak zaman kesultanan Melayu;

2. Menyentuh dan menjejaskan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri dan bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan;

3. Menghina undang-undang Jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa; dan

4. Mengguris perasaan dan sensitiviti umat Islam serta tidak ada sikap menghormati amalan agama Islam yang diamalkan oleh orang Islam di negara ini.

Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang menghina Islam ini, umat Islam hendaklah mengambil langkah-langkah berikut bagi menjaga kesucian dan
kemuliaan Islam serta maruah umat Islam iaitu:

1. Mengeluarkan kenyataan akhbar menyatakan pendirian kita berhubung isu ini iaitu bagi mempertahankan kedaulatan undang undang Islam daripada dicabar, dihina dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah;

2. Mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menghina Islam dan bersifat menghasut;

3. Menyokong pihak berkuasa membuat siasatan terhadap P Gunasegaran di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan/atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan;

4. Masjid dan agensi-agensi agama perlulah menganjurkan program kefahaman dan penjelasan serta kelas-kelas pengajian kepada orang awam mengenai Hukum Jenayah Syariah.

Marilah kita hidup di negara ini dengan hormat-menghormati antara satu sama lain. Budaya ini akan menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan. Jika ada pihak lain yang tidak mahu hidup hormat-menghormati, sudah pasti akan berlaku kemungkinan permusuhan, pergaduhan dan pembunuhan yang pastinya kesemua sekali akan rugi negara akan musnah. Hentikanlah menghina Islam, kerana Islam adalah ciptaan Allah. Allah adalah Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang Lagi Maha Adil. Oleh itu, Islam menjamin kehidupan yang harmoni, berkasih sayang dan adil kepada semua.


“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara –

(tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka dan sesiapa yang tidak ta’at kepada hukum Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. (Al-Ahzab: 36)

KHUTBAH PENUH DI SINI

.

18 March 2010 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

>UMAT ISLAM HADAPI ANCAMAN

>”KOTA KINABALU 12 Mac – Umat Islam di negara ini kini berdepan dengan ancaman hebat dari dalam dan luar yang cuba menggugat dan memecah belah perpaduan para penganutnya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, percubaan tersebut semakin ketara sejak kebelakangan ini dan untuk itu umat Islam perlu mengukuhkan semula keharmonian.
“Kita berdepan dengan cabaran hebat yang datang dari luar dan dalam, kalau kita tidak pelihara dan prihatin, mereka akan terus berusaha menggugat, merosak dan menjatuhkan kita”.
(UTUSAN 13/3/10)

SIAPA PENGANCAM UMAT ISLAM SEBENAR?

Siapakah sebenarnya ‘mereka’ yang mengancam umat Islam seperti yang dimaksudkan oleh Muhyiddin? Hakikatnya, antara ‘mereka’ yang mengancam Islam hari ini adalah mereka yang bertindak sebagai ejen  Barat di dunia kaum Muslimin. Mereka adalah para ejen yang menerapkan sekularisme dan mengenepikan peranan Islam dalam wilayah kekuasaan mereka. Dengan sekularisme ini, politik umat Islam hanyalah tertumpu kepada kuasa dan manfaat. Dengannya juga, ekonomi umat Islam menduduki tangga tercorot di mana para perompak dari kalangan pemodal (kapitalis) meraih kekayaan luar biasa. Dengannya juga, situasi sosial sentiasa berada di gerbang kehancuran. Dengan sekularisme juga, taraf pendidikan dan intelektual umat menjadi amat rendah supaya mudah diperkotak-katikkan. ‘Mereka’lah sebenarnya pengkhianat kepada umat! Mereka mengkhianati umat dari segenap aspek kehidupan. Mereka merupakan para pemimpin sekular yang bersifat liar, sentiasa mencari peluang untuk meratah darah dan harta umat. Mereka juga sangat taat dan setia kepada mahaguru mereka di Barat sana.

Semua pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang,pemimpin politik,pemimpin NGO,ulama, ahli ekonomi, pendidik dan rakyat perlu cermin diri . Dan lihat siapakah sebenarnya yang mengancam Islam? Siapakah yang tegar dalam menerap dan mempertahankan sekularisme? Siapakah yang memandang Islam sebelah mata? Siapakah yang memandang ringan penerapan Islam dan terus mengenepikannya? Siapakah yang terus tegar, enggan mengambil kira Islam sebagai penyelesaian kepada segenap masalah kehidupan? Siapakah yang terus membiarkan umat buta kepada Islam?

Siapa sebenarnya yang menjadi ancaman kepada Islam???

Rujukan: HT

16 March 2010 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

>NAFSU POLITIK

>



Ada projek ada habuan ada kuasa dapat habuan.

Pada suatu hari, Abu Dzar al-Ghifari meminta kepada Rasulullah SAW agar memberi dia satu jawatan . Tapi, Nabi SAW menolaknya.Sambil menepuk-nepuk pundak sahabatnya itu, kepadanya Nabi SAW berkata:

 ”Tidak, Abu Dzar, engkau orang lemah. Ketahuilah, jawatan itu amanah. Ia kelak di hari kiamat merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mendapatkannya dengan benar dan melaksanakan tugas dan kewajibannya dengan benar pula.” (HR Bukhari).

Imam Nawawi menyebut hadis di atas merupakan pedoman dasar dalam berpolitik. Politik boleh menjadi sumber bala bagi orang yang tidak mampu dan tidak bertanggung jawab.Sebaliknya, kata Imam Nawawi lagi, politik dapat pula menjadi ladang pengabdian dan amal saleh yang subur bagi orang yang mampu dan bertanggung jawab. Politik (kekuasaan) bukan sesuatu yang buruk. Ia ibarat pisau bermata dua.Boleh jadi baik dan boleh jadi buruk.

Ia boleh menjadi baik jika tiga syarat ini ada, saperti disebut dalam hadis di atas, yaitu berada di tangan orang yang baik dan berkebolehan,diperolehi dengan cara yang adil dan benar, dan dipergunakan untuk sebesar-besarnya bagi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Sayangnya, dalam percaturan politik, orang kerap hanya bicara satu hal, yaitu bagaimana merebut kekuasaan dan mendapat kuasa, bukan bagaimana mempergunakan kekuasaan itu serta mempertanggungjawabkannya kepada rakyat, dan terlebih lagi kepada Tuhan, Allah SWT. Diakui, kuasa memang sangat sangat di idamkan oleh semua orang, terutama orang politik dan parti parti politik. Sebab, dengan kuasa, orang membayangkan dapat mencapai semua impian dan keinginannya.

Imam Ghazali berkata, dibandingkan harta, kuasa dan tahta jauh lebih menggoda.


(Di sunting dari:http://www.republika.co.id/berita/60445/Syahwat_Politik)

11 March 2010 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

>Adakah boleh doktor merawat pesakit berlainan jantina?

>

“Siapakah yang bersalah, doktor atau pesakit jika ternampak aurat?” Tanya seseorang.“Bagaimana hukumnya?”

Saya percaya, ramai di kalangan kita masih samar-samar mengenai hukum berkaitan dengannya. Tambahan pula perkara ini seolah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat sehinggakan perkara sebenar tidak diaplikasikan sebaik mungkin. Di sini kita bukan mahu mencari salah siapa samaada pesakit ataupun doktor, akan tetapi mahu mengambil jalan penyelesaian agar dapat diselesaikan semaksimum mungkin.

BOLEHKAH DOKTOR LELAKI MENGUBATI PESAKIT WANITA ATAUPUN SEBALIKNYA?

Memahami masalah ini pada asasnya perbuatan melihat aurat wanita adalah ditegah sama sekali. Islam mengharamkan lelaki melihat aurat wanita, begitu juga wanita melihat aurat lelaki. Namun dalam masalah mengubati pesakit berlainan jantina diharus bersyarat.

Majma’ al-Fiqhi al-Masihi di bawah Rabitah al-A’lami al-Islami di dalam seminarnya yang ke-14 bertempat di Mekah bertarikh 20 Sya’ban 1415 Hijrah bersamaan 21 Januari 1995M telah mengeluarkan resolusinya seperti berikut:

1. Syariat pada asalnya mengharamkan perempuan mendedahkan aurat kepada lelaki dan mengharamkan lelaki mendedahkan aurat kepada perempuan. Begitu juga perempuan diharamkan mendedahkan aurat sesama perempuan atau lelaki sesama lelaki.

2. Pihak Majma’ sekali lagi menegaskan di dalam resolusinya yang bernombor 85/12/85 di dalam persidangan yang bermula pada 1-7 Januari 1414H bahawa: “Asalnya apabila kedapatan doktor perempuan Islam, dialah yang wajib merawat pesakit wanita. Jika doktor Islam tidak ada, maka mestilah doktor wanita bukan Islam. Apabila doktor wanita bukan Islam tidak ada, maka dibolehkan doktor lelaki Islam. Apabila ketiadaan doktor lelaki Islam, barulah dibolehkan doktor lelaki bukan Islam merawat pesakit wanita Islam. Ianya mesti disyaratkan melihat bahagian badan perempuan yang diperlukan sahaja bagi menentukan jenis penyakit serta merawatnya, dan tidak boleh melampaui batas keperluan. Hendaklah menutup anggota badan sekadar yang terdaya. Apabila seseorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, maka pesakit perempuan hendaklah ditemani mahram atau suami atau perempuan lain yang boleh dipercayai, dibimbangi berlakunya khalwat.”

Manakala di dalam kita Fiqh as-Sadah as-Syafie’yah oleh Doktor Khalifah Abdul Basit Shahin menyebut bahawa melihat aurat berlainan jantina tanpa sebab adalah haram. Ini berdasarkan dalil al-Quran bermaksud:

“Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Begitu juga Allah SWT mengharamkan ke atas wanita melihat aurat orang lain:

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat.”

Pengarang juga membahagikan sebab yang diharuskan melihat aurat berlainan jantina kepada tiga bahagian dan ini termasuklah mengenai rawatan oleh para doktor.

Justeru, secara kesimpulannya prioriti bagi merawat pesakit menurut syariat Islam adalah sebagaimana berikut:

1.Doktor wanita Islam
2.Doktor wanita bukan Islam
3.Doktor lelaki Islam
4.Doktor lelaki bukan Islam

DOKTOR YANG MENGAMBIL KESEMPATAN

Dewasa ini kedapatan banyak kes melibatkan doktor ke atas pesakit, ini termasuklah kes cabul, rogol ataupun perzinaan. Inilah natijahnya jika tidak mengguna pakai aturan yang ditetapkan oleh syariat Islam. Doktor-doktor keluaran sistem barat tidak langsung menitikberatkan soal akhlak dan syariat ketika mengubati pesakit berlawanan jantina. Malah doktor berhidung belang seperti ini sanggup mengambil kesempatan dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Pada asalnya tugas sebagai doktor adalah suatu profesyen yang baik dan mulia kerana membantu manusia dari kecelakaan. Namun ianya menjadi haram kerana salahguna tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Sudah tentu ianya mencalarkan kredibiliti sebagai seorang doktor profesional.

Saya yakin, mengambil alasan darurat (sedangkan masih ada jalan penyelesaian) demi memuaskan nafsu syahwat itu bukan etika seorang doktor muslim dan tidak termasuk silibus yang pernah dipelajari bertahun-tahun!

PESAKIT YANG TIDAK PEKA

Masalah ini juga pada asasnya terletak kepada pendirian pesakit itu sendiri. Dalam hal ini, saya melihat ramai di kalangan kita mengambil jalan mudah dan langsung tidak menghiraukan soal penjagaan syariat ketika menerima rawatan. Masakan tidak, terkadang masih wujud klinik yang mempunyai doktor wanita Islam tetapi mereka lebih gemar memilih untuk menerima rawatan dari doktor lelaki malah lebih dahsyat apabila lelaki itu bukan beragama Islam.

Jika sakit itu melibatkan batuk demam mungkin tidak terlalu bermasalah, tetapi jika sakit itu melibatkan aurat mughallazah (aurat berat seperti tubuh badan wanita dan alat sulit) tidakkah ianya sesuatu yang mengundang risiko? Tidak tercalarkah maruah?

Tambahan pula perkara ini melibatkan kesan psikologi pesakit, terutamanya pesakit wanita jika ianya melibatkan aurat sulit. Sudah tentu timbul pelbagai perasaan kelak jika tidak dibendung segera.

Pekalah dengan keadaan semasa, usahlah terlalu mengambil ringan dan memandang enteng tentang perkara ini. Berhati-hatilah!

Mencegah itu bukankah lebih baik dari mengubati?

JADILAH DOKTOR YANG ISLAMIK

Suka saya untuk mengutip kata-kata nasihat beberapa orang doktor buat tatapan pembaca di blog ini.

Kata Dr.Hamdi Mas’ud dalam kitabnya Daur at-Tobib al-Muslim fi nasyri Ta’alim al-Islam bermaksud:

“Adapun bagaimanakah cara untuk seseorang doktor itu membawa pesakitnya ke jalan menuju Allah ketika melaksanakan tugasan dirinya.. hendaklah berusaha dalam kadar waktu yang mengizinkan untuk memasukkan ke dalam benak fikiran dan hati pesakit akan kefahaman Islam yang sebenar.. bertitik-tolak dari kefahaman Islam yang sebenar inilah, seseorang doktor itu mampu mendekatkan pesakitnya akan hakikat Tauhid dengan menyatakan bahawa segala perkara yang terjadi adalah di bawah kekuasaan Allah.”

Renungilah pula kata-kata dari Dr. Nada Abd Azez Mohamed al-Yusfi,  dalam kitabnya Ila at-Tobib wa Tolib at-Tib Kaifa Takhdimu al-Islam:

“Sesengguhnya doktor yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya dan tidak meletakkan di hadapannya tujuan dakwah yang menggunung, juga tidak melapangkan masanya sejam sahaja dalam seminggu untuk mempelajari ilmu agama dan menghafaz apa yang patut dari al-Quran, juga tidak memikirkan apa yang perlu dibuat untuk Islam terhadap ilmu perubatan yang dianugerahkan kepadanya, maka keadaannya kadang-kadang banyak rehat, hidup matinya dalam keadaan jiwanya kerdil. Adapun doktor yang berjiwa besar sanggup memikul tugasan yang penat ini, tidak mementingkan urusan tidurnya, waktu rehatnya, berada di atas tilam empuk dan kehidupan yang senang-lenang disamping harta benda yang memuaskan. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memberitahu keadaan sepatutnya dan bersabda kepada Ummul Mukminin Saidatina Khadijah: Telah berlalu masa untuk tidur wahai khadijah. Maka kami ingin menyatakan di sini: Telah berlalu masa untuk kamu tidur dan pejam lelap wahai penuntut-penuntut bidang perubatan!”

Rujukan: Faridrashidi

10 March 2010 Posted by | Ibadah | Leave a comment

>TIDAK CUKUP KERAJAAN HANYA MENGAWAL INTERNET DAN MEDIA

>“KUALA LUMPUR 1 Mac – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim membayangkan akan berlakunya penapisan Internet, media dan komunikasi bagi membendung hakisan tamadun dan budaya tempatan. Menurut beliau, seperti perniagaan dan penulisan yang mempunyai had dan peraturan tersendiri, Internet juga tidak boleh dibiar sepenuhnya tanpa pemantauan dan kawalan. “Seperti Facebook dan Twitter, kita tidak boleh terima bulat-bulat aplikasinya. Lihat bagaimana kanak-kanak boleh leka dengannya sehingga lupa membantu ibu bapa, mengaji (al-Quran) dan membaca buku. “Tanpa kawalan, tanpa tanggungjawab di atas apa yang dilakukan dalam Internet (menulis blog atau menonton pornografi), bagaimana kita mahu membina sebuah negara, sebuah tamadun yang murni,” soalnya ketika ditemu ramah secara langsung melalui program Soal Jawab di TV3 malam ini. Tegas beliau, dayus bagi rakyat negara ini jika mengatakan Internet itu bebas dan tidak boleh ada sekatan sedangkan pendedahan unsur lucah dan keganasan di kalangan generasi muda kini semakin teruk.
(Sumber: Utusan Malaysia, 02/03/2010)”

ULASAN:
Jika pihak kerajaan serius untuk menjaga masyarakat dari sebarang bentuk ancaman yang dikatakan boleh merosakkan rakyat dalam konteks tamadun dan budaya, maka suatu tindakan yang bersepadu mesti dilakukan. Janganlah ibarat sebuah rumah yang dikawal dan dijaga dari dimasuki pencuri tetapi malangnya hanya pintu depan sahaja ditutup sedangkan pintu belakang dibiarkan ternganga. Apakah tindakan menapis internet dan media ini cukup? Sudah pasti tidak!!

Di samping pihak kerajaan berusaha untuk mengawal internet dan media, di masa yang sama hentikan pengeluaran lesen dan membiarkan tempat-tempat maksiat seperti kelab malam dan seumpamanya bebas beroperasi. Majlis-majlis hiburan yang bercampur dengan maksiat harus di sekat.Rancangan radio dan TV harus di “overhaul”.Majalah majalah yang mendorong kepada kerosakkan tamdun, budaya dan agama di hentikan dari pasaran.Jika tidak, jelas sekali menunjukkan kerajaan tidak menyeluruh dan serius dalam kata kata dan tindakkan  mereka untuk menjaga urusan rakyat, khususnya rakyat Islam.

Dalam menyentuh persoalan internet dan media, kita perlu melihat bagaimana Islam memandang isu ini. Bagi Islam internet dan media adalah persoalan yang terkait dengan ‘benda’. Di dalam Islam, segala hukum yang berkaitan dengan benda didasarkan kepada kaedah fiqih.Ertinya, hukum asal sesuatu (benda/barang) adalah boleh, sehinggalah terdapat dalil yang mengharamkannya.
Maka dari itu sebenarnya internet dan apa-apa yang terbit darinya seperti laman facebook dan yang seumpamanya adalah mubah. Namun yang demikian hukum untuk internet ini dapat berubah menjadi haram, jika ianya digunakan untuk melakukan perbuatan yang diharamkan. Asas keharamannya adalah berdasarkan kaedah fiqih : al-wasilah ila al-haram haram. Ertinya, segala perantaraan yang membawa kepada yang haram, hukumnya adalah haram.Kaedah fiqih ini membawa erti bahawa segala sesuatu, baik ianya perbuatan manusia mahupun benda, yang diduga kuat dapat menjurus kepada yang haram, hukumnya menjadi haram walaupun hukum asalnya adalah mubah.

Maka dari itu, internet hukumnya akan menjadi haram, jika digunakan untuk segala sesuatu yang menjurus kepada keharaman. Sebagai contoh, menggunakan internet untuk memfitnah, mengata, mengumpat, pembohongan dan melakukan transaksi haram, saperti menyebarkan idea-idea kufur, saperti sekularisme, pluralisme, liberalisme, demokrasi, nasionalisme, marxisme, dan sebagainya. Kesimpulannya, hukum asal internet adalah mubah. Namun hukumnya menjadi haram jika ia digunakan untuk sesuatu yang telah diharamkan oleh syariah Islam. Oleh itu bagi memastikan negara dapat membuat kawalan agar rakyat bebas dari pengaruh unsur-unsur haram yang datang menyerang dari luar, maka tidak ada cara kecuali dengan menerapkan nilai nilai Islam secara sepenuhnya dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat mahupun negara. Ini akan dapat di realisasikan jika ulama, ahli politik dan pemimpin Islam dapat berkerja sama

Apakah Datuk Rais serius atau tidak?

Rujukan: HT

8 March 2010 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

>Amalan semasa mengandung dan sesudah melahirkan bayi

>Amalan suami semasa isteri mengandung.

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

*Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

*Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

*Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

*Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

*Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

*Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

*Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

*Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

*Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

*Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

*Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

*Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.

Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

*Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

*Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

*Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

*Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

*Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim.”

*Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

Mengapa bayi lahir menjadi kenan

lahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, rokok,dadah, arak dan sebagainya.

Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.

Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

*Menanam uri – Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi di dalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

*Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

*Mendoakan anak – Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaannya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:

*Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.

*Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.

*Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.

*Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.

*Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu:

*Doa agar anak patuh kepada Allah – Al Baqarah : 128

*Doa agar diberi anak yang baik – Al Imran : 38

*Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati – Furqan : 74

*Doa agar anak tetap mengerjakan solat – Ibrahim : 40

*Doa ketika memberi nama anak

Panduan menamakan anak

Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: “Namakan dengan nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. ” (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi).

Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka’abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.

Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.

Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.

Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak.

Memberi gelaran kepada anak

Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.

Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.

Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.

Siapa yang berhak, ayah atau ibu?

Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya’at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana dalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah bukan ibu.

Penyembelihan aqiqah

Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah “Sunat Muakkad”. Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

Hikmah aqiqah.

*Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.

*Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.

*Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.

*Melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.

*Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.

*Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.

*Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.

*Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.

*Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.

*Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, “Sembelihlah atas namanya”. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.

*Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.

*Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalah sama terpuji pada pemotong korban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.

*Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.

*Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.

*Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.

Mengkhatankan anak

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. Hukum berkhatan menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.

Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW.

Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah berkhatan dan juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.

Hikmah dan kelebihan berkhatan

*Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.

*Menyempurnakan tuntutan syara’ yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.

*Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.

*Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat.

*Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.

*Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandung makna yang mendalam.

Mendidik moral anak

Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa. Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 – 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :

*Pendidikan supaya bersyukur

*Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah

*Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua

*Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.

*Pendidikan tentang solat

*Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar

*Pendidikan supaya bersabar

*Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh

*Pendidikan kesederhanaan

Erti anak bagi orang tua

Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun di sebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:

*Anak sebagai rahmat Allah SWT

*Anak sebagai amanat Allah SWT

*Anak sebagai harta yang tergadai

*Anak sebagai penguji keimanan

*Anak sebagai alat untuk beramal

*Anak sebagai saham di akhirat

*Anak sebagai sumber kebahagiaan

*Anak sebagai tempat bergantung di hari tua

*Anak sebagai penyambung cita-cita

*Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

Kiriman:Noor Nadia Saharan

2 March 2010 Posted by | Tazkirah | 2 Comments

>PENYELESAIAN YANG SALAH TERHADAP PERMASAALAHAN YANG MUNCUL DARI SISTEM YANG SALAH

>Umat Islam yang majoritinya terdiri daripada umat Melayu di negara ini semakin resah disebabkan oleh banyak perkara yang dilihat mengikiskan identiti mereka sebagai umat Islam yang semakin hari semakin diserang oleh beberapa golongan sekular, liberal dan musuh-musuh Islam di negara ini.

Jadi tidak hairanlah jika banyak NGO yang berkumpul untuk berikrar membela kedudukan Islam di negara ini.

Malangnya, penyelesaian yang dipilih adalah penyelesaian yang juga terbit dari sistem yang telah mengakibatkan Islam diserang dan dipermainkan oleh golongan liberal, sekular dan musuh-musuh Islam. Ia adalah umpama mengubati suatu penyakit dengan menggunakan racun yang menyebabkan berlakunya penyakit tersebut.

Setelah penjajah Barat memberikan “kemerdekaan” kepada negara ini, penjajah telah memperhalusi sistem yang akan menjadi penyelesaian kepada permasalahan umat Islam di negara ini, dan penyelesaian yang diberikan oleh kafir penjajah tersebut bukanlah datang daripada Islam. Seperti kata-kata seorang pejuang anti-apartheid Afrika Selatan: “Penjajah bukan sahaja sedang menyerang kita, mereka juga memberikan kita cara bagaimana untuk kita bertindakbalas apabila diserang”.

Inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh Islam dalam memastikan bahawa umat Islam akan terus mengambil penyelesaian daripada sistem buatan mereka dan akibatnya, ia langung tidak akan memberikan apa-apa penyelesaian tetapi akan hanya menambahkan masalah baru untuk umat Islam.

Sesungguhnya, yang boleh menyelamatkan umat Islam adalah kembali kepada sistem pemerintahan Islam dan bukannya mengharap kepada perjuangan assabiyah yang dianjurkan oleh kafir penjajah.

Wa Allahu A’lam

Rujukan: HT

2 March 2010 Posted by | Politik dan Dakwah | 1 Comment

   

%d bloggers like this: