Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MEWASPADAI KELOMPOK PEMBENCI BANGSA ARAB

Dialam kitab-kitab literatur ada istilah Syu’ubiyyun, yaitu istilah bagi kelompok yang membenci bangsa Arab, Pada abad modern, kebencian dan sentimen terhadap bangsa Arab disebar luaskan oleh kaum orientalis yang diikuti oleh kaum liberal.

Di Nusantara tercinta segala yang berhubungan dengan Rasulullah ﷺ, sangat dimuliakan, sahabatnya, keluarganya, keturunan-nya, kampungnya, kaumnya, bangsanya dan apa-pun yg disandarkan kepada Rasullullah ﷺ.
Bahkan simbul-simbul semisal sandal Rasullullah ﷺ sangat di hormati dan muliakan.

Sangat disayangkan jika tradisi yang penuh cinta kasih ini, dirusak oleh segelintir orang yang berupaya menyebarkan kebencian terhadap bangsa Arab terutama kepada keluarga dan keturunan Nabi Muhammad ﷺ

Dalam hadits Rasullullah ﷺ mengecam keras orang yang membenci bangsa Arab.

وعن ابن عمر رضي الله عنهما ان النبي صلى الله عليه وسلم قال : من أحب العرب فبحبي أحبهم ومن أبغضهم فببغضي أبغضهم . رواه الطبراني والحاكم والبيهقي وأبو نعيم .

“Barang siapa mencintai Arab maka dengan kecintaanku aku mencintai mereka, dan siapa yang membenci Arab maka dengan kebencianku aku benci mereka.
(HR. Al-hakim , Baihaqi dan Abu Nu’aim.)

Rasullullah ﷺ juga memperingatkan bagi yang membenci kerabatnya:

“والله لا يدخل قلب امرئ مسلم إيمان حتى يحبكم لله ولقرابتي” .

“Demi Allah, iman masih belum meresap ke dalam hati seorang muslim sebelum dia mencintai kamu karena Allah dan karena kekerabatanku”. (HR. Imam Ahmad.)

Di dalam hadits riwayat Imam at-Tirmidzi, Rasulullah ﷺ memerintahkankita agar mencintai Ahli Baitnya, beliau bersabda:

“أحبوا الله لما يغذوكم من نعمه، وأحبوني بحب الله، وأحبوا أهل بيتي بحبي”

“Cintailah Allah ﷻ karena Dia telah melimpahkan kepada kalian sebagian dari nikmat-nikmat-Nya, dan cintailah aku karena cinta kepada Allah, dan cintailah ahli baitku karena cinta kepadaku”.

Didalam riwayat yang sahih Rasulullah ﷺ memerintahkan kepada kita untuk berpegang teguh terhadap keturunan beliau.
Dalam khotbah-nya, Rasullullah bersabda:

[ وقد ثبت ] في الصحيح : أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال في خطبته بغدير خم : ” إني تارك فيكم الثقلين : كتاب الله وعترتي ، وإنهما لم يفترقا حتى يردا علي الحوض ” .

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua urusan yang berat, yaitu Kitabullah (Al-Quran) dan keturunanku (ahlil bait-ku), dan sesungguhnya keduanya tidak terpisahkan sehingga keduanya tiba di telaga haudh.

Semoga kita senantiasa istiqomah menebar cinta kasih dan di jauhkan dari fitnah dan adu domba

وربنا الرحمن المستعان ….

Olih : Abu Muhammad al-Maduri Hafidzahullah

♻ SAHABAT ASWAJA
https://t.me/sahabataswaja

30/04/2018 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

SOLAT SELEPAS HAID – KESILAPAN WANITA,WANITA WAJIB TAHU?

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wa nita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini…

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam…kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ …yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orang Perempuan ini’ kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak…(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; “adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?” pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: “alaa…itu soalan mudah jee..bila ‘datang period’ maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula ‘bergelar wanita’ dulu”

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa… Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama’ terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

” Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah…” perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya
waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya’. ” Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

– Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

– Kerana di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor.

– Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya’.

-Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran ke
pada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri…..!!!

(sumber: tazkirahustazkazim)

25/04/2018 Posted by | Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MELURUSKAN KEFAHAMAN TENTANG SUNNAH KENDURI TAHLIL ARWAH (KONONNYA KITAB-KITAB MAZHAB SYAFI’I MENGHARAMKAN KENDURI TAHLIL ARWAH)

Mari kita lihat pembohongan puak MUJASSIMAH yang memetik secara tidak amanah kenyataan-kenyataan dalam Kitab Mazhab Syafi’i kononnya Kitab-Kitab Mazhab Syafi’i ini mengharamkan amalan Kenduri Tahlil Arwah

MUJASSIMAH MENUKILKAN :

(نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر)

“Ya, apa yang dilakukan manusia, iaitu berkumpul di rumah keluarga si mati, dan dihidangkan makanan, merupakan bid’ah munkarah, yang akan diberi pahala bagi orang yang mencegahnya, dengannya akan kukuhlah kaedah-kaedah agama, dan dengannya dapat mendukung Islam dan muslimin” (I’anatuth Thalibin, 2/165)

~Nampak seolah-olah Al-‘Allamah Asy-Syeikh Al-Imam Abi Bakr Ibnu As-Sayyid Muhammad Syatha Ad-Dimyathi Asy-Syafi’i mengatakan bid’ah perbuatan berkumpul dan makan di rumah si mati bukan?

Ini adalah penipuan puak MUJASSIMAH, kenyataan ini dipotong dan tidak dimasukkan sepenuhnya, mari kita lihat teks penuh di bawah ini

على سؤال رفع لمفاتي مكة المشرفة فيما يفعله أهل الميت من الطعام. وجواب منهم لذلك. (وصورتهما). ما قول المفاتي الكرام بالبلد الحرام دام نفعهم للانام مدى الايام، في العرف الخاص في بلدة لمن بها من الاشخاص أن الشخص إذا انتقل إلى دار الجزاء، وحضر معارفه وجيرانه العزاء، جرى العرف بأنهم ينتظرون الطعام، ومن غلبة الحياء على أهل الميت يتكلفون التكلف التام، ويهيئون لهم أطعمة عديدة، ويحضرونها لهم بالمشقة الشديدة. فهل لو أراد رئيس الحكام – بما له من الرفق بالرعية، والشفقة على الاهالي – بمنع هذه القضية بالكلية ليعودوا إلى التمسك بالسنة السنية، المأثورة عن خير البرية وإلى عليه ربه صلاة وسلاما، حيث قال: اصنعوا لآل جعفر طعاما يثاب على هذا المنع المذكور ؟
.
“Dan sesungguhnya telah aku perhatikan mengenai pertanyaan yang ditanyakan (diangkat) kepada para Mufti Mekah tentang apa yang dilakukan oleh Ahlu (keluarga) si mati mengenai makanan (membuat makanan) dan (juga aku perhatikan) jawapan mereka atas perkara tersebut. Gambaran (penjelasan mengenai keduanya ; pertanyaan dan jawapan tersebut) iaitu, (semoga (Allah) mengabadikan manfaat mereka untuk seluruh manusia sepanjang masa), mengenai (bagaimana) pendapat para Mufti yang mulia (المفاتي الكرام) di negeri “al-Haram”tentang kebiasaan (uruf) yang khusus di suatu negeri bahawa jika ada yang meninggal dunia, kemudian para pentakziyah hadir dari yang mereka kenali dan jiran tetangganya, lalu terjadi kebiasaan bahawa mereka (pentakziyah) itu menunggu (disajikan) makanan dan kerana rasa sangat malu telah meliputi ahlu (keluarga si mati) maka mereka membebankan diri dengan beban yang sempurna (التكلف التام), dan (kemudian keluarga si mati) menyediakan makanan yang banyak (untuk pentakziyah) dan menghadirkannya kepada mereka dengan rasa kasihan. Maka apakah bila seorang ketua penegak hukum yang dengan kelembutannya terhadap rakyat dan rasa kasihannya kepada ahlu si mati dengan melarang (mencegah) permasalahan tersebut secara keseluruhan agar (manusia) kembali berpegang kepada As-Sunnah yang lurus, yang berasal dari manusia yang Baik dan (kembali) kepada jalan Beliau (semoga selawat dan salam atas Beliau), saat ia bersabda, “sediakanlah makanan untuk keluarga Ja’far”, apakah pemimpin itu diberi pahala atas yang disebutkan (larangan itu) ?

أفيدوا بالجواب بما هو منقول ومسطور. (الحمد لله وحده) وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه والسالكين نهجهم بعده. اللهم أسألك الهداية للصواب. نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر، ثبت الله به قواعد الدين وأيد به الاسلام والمسلمين.

“Penjelasan sebagai jawapan terhadap apa yang telah di tanyakan, (الحمد لله وحده) وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه والسالكين نهجهم بعده, Ya .. Allah aku memohon kepada-Mu supaya memberikan petunjuk kebenaran”.Iya.., apa yang dilakukan oleh manusia iaitu berkumpul ditempat ahlu (keluarga) si mati dan menghidangkan makanan, itu sebahagian dari bid’ah munkarah, yang diberi pahala bagi yang mencegahnya dan menyuruhnya. Allah akan mengukuhkan dengannya kaedah-kaedah agama dan mendorong Islam serta umat Islam”

KOMEN AHLI SUNNAH WALJAMAAH

Apa yang dikehendaki dari pernyataan diatas telah keluar konteks di saat pertanyaannya dipotong sebagaimana nukilan mereka dan ini yang mereka gunakan untuk melarang Kenduri Tahlil Arwah sedangkan teks penuh tidak bermaksud begitu

Ketidak jujuran ini yang mereka (MUJASSIMAH) sebarkan untuk menipu umat Islam atas nama Kitab I’anatuth Thalibin dan Al-‘Allamah Asy-Syekh Al-Imam Abi Bakr Ibnu As-Sayyid Muhammad Syatha Ad-Dimyathiy Asy-Syafi’i

Dalam pertanyaan dan jawapan diatas, yang sebenarnya termasuk sebahagian dari bid’ah Munkarah adalah kebiasaan pentakziyah menunggu makanan (بأنهم ينتظرون الطعام) di rumah ahlu (keluarga) yang terkena musibah kematian, mana- mana akal yang sihat pun akan menganggap bahwa kebiasaan itu tidak wajar dan memang patut untuk di hentikan. Maka, sangat wajar juga bahawa Mufti diatas menyatakan kebiasaan tersebut sebagai bid’ah Munkarah, dan penguasa yang menghentikan kebiasaan tersebut akan mendapat pahala. Namun, kerana keluasan ilmu dari Mufti tersebut tidak berani untuk menetapkan hukum “Haram” kecuali jika memang ada dalil yang jelas dan sebab-sebabnya pun luas

Mufti tersebut berkemungkinan akan berkata lain jika membahaskannya pada sisi yang lebih umum (bukan tentang ungkapan yang ditanyakan), dimana pentakziyah datang untuk menghiburkan, mensabarkan ahlu (keluarga) si mati bahkan membawa (memberi) bantuan berupa peralatan untuk pengurusan si mati dan untuk menghormati pentakziyah yang datang

Kebiasaanya semasa kenduri tahlil arwah orang tidak akan datang ke rumah orang yang ditimpa musibah dengan kehendaknya sendiri, melainkan atas kehendak tuan rumah. Jika tuan rumah merasa tidak mampu tentu sahaja tidak perlu mengadakan kenduri tahlil arwah dan tidak perlu mengundang sesiapa. Namun, siapa yang lebih mengerti dan faham tentang “memberatkan” atau “beban” terhadap keluarga si mati sehingga menjadi alasan untuk melarang kegiatan tersebut, apakah orang lain atau ahlu (keluarga) si mati itu sendiri ? tentu saja yang lebih tahu adalah ahlu (keluarga) si mati

Keinginan ahlu (keluarga) si mati untuk mengadakan Kenduri Tahlil Arwah dan mengundang jiran tetangga atau orang lain untuk datang ke kediamannya merupakan petanda ahlu (keluarga) si mati memang menginginkannya dan tidak merasa keberatan, sementara jiran tetangga (hadirin) yang diundang sama sekali tidak memaksa ahlu (keluarga) si mati untuk mengadakan kenduri tahlil arwah. Ahlu (keluarga) si mati mengetahui akan dirinya sendiri bahawa mereka mampu dan dengan senang hati beramal untuk kepentingan saudaranya yang meninggal dunia, sedangkan hadirin hanya tahu bahawa mereka di undang dan memenuhi undangan ahlu (keluarga) si mati

Sangat menyakitkan hati ahlu (keluarga) si mati jika undangannya tidak dipenuhi bahkan makanan yang dihidangkan tidak dimakan atau tidak disentuh. Manakah yang lebih utama, melakukan amalan yang “dianggap makruh” dengan menghibur ahlu (keluarga) si mati, membuat hati ahlu (keluarga) si mati senang atau menghindari “yang dianggap makruh” dengan menyakiti hati ahlu (keluarga) si mati? Tentu sahaja akal yang sihat akan menilai bahawa menyenangkan hati orang dengan hal-hal yang tidak diharamkan adalah sebuah kebaikan yang berpahala, dan menyakiti perasaannya adalah sebuah keburukan yang dapat mengakibatkan dosa

Disisi yang lain antara ahlu (keluarga) si mati dan yang diundang, sama-sama mendapat kebaikan. Dimana ahlu (keluarga) si mati telah melakukan amal soleh dengan mengajak orang ramai mendo’akan ahli keluarga yang meninggal dunia, bersedekah atas nama si mati, dan menghormati tetamu dengan cara memberikan makanan dan minuman. Pada sisi yang di undang hadir juga sama-sama melakukan amal soleh dengan memenuhi undangan, mendo’akan si mati, berzikir bersama, menemani dan menghibur ahlu (keluarga) si mati, Manakah dari hal-hal baik tersebut yang diharamkan ?Sesungguhnya ulama benar-benar bijaksana dalam menetapkan hukum “makruh” karena melihat dengan adil dan saksama adanya potensi “menambah kesedihan atau beban ”, meskipun jika seandainya hal itu tidak benar-benar ada

Adanya sebahagian Kenduri Tahlil Arwah yang dilakukan oleh orang awam, yang sangat membebankan dan menyusahkan, kerana tidak mengerti masalah agama, secara umum tidak boleh dijadikan alasan untuk menetapkan hukum haram atau terlarang. Bagi mereka lebih baik diberi tahu atau diajari bukan di hukumi.

ABU SUNNAH

24/04/2018 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

KAJIAN ILMIAH: MEMBONGKAR FATWA IBNU TAIMIYYAH YANG MENYERU KEPADA PEMBUNUHAN SESAMA UMMAT ISLAM.

IBNU meyakini beliau sebagai “Imam Mursyid” pertama yang paling tinggi ilmu-nya. Kitab² tulisan Ibn Taimiyyah dijadikan dasar hukum pengadilan yang digunakan oleh pengikut TAKSUB-nya hinggalah beliau digelari sebagai ”Syeikhul Islam”, iaitu tiada lain melainkan pada masa-nya dan tiada tandingan-nya sepanjang zaman.!

Barangsiapa yang pernah membaca kitab² Fatwa Ibnu Taimiyyah, akan mendapati bahawa sejumlah hukum yang diberikan adalah hasil dari jawapan ke atas pertanyaan² yang ditanyakan kepada-nya, sepertimana yang ada di dalam kitab²-nya seperti “Al-Fatawa Al-Kubra”, ”Majmu’ Al-Fatawa” dan ”Al-Fatawa Al-Misriah”.

BERTAUBAT ATAU DIBUNUH
Jika kita menelaah kitab² beliau seperti yang disebutkan di atas tadi, ternyata di dalamnya terdapat banyak sekali perkara yang mudah beliau hukumi tanpa berpandukan kepada nas yang sahih. Terdapat 428 fatwa Ibn Taimiyyah yang menggalakkan pembunuhan sesama Muslim. Di bawah ini adalah antara sekian banyak kata² fatwa Ibn Taimiyyah yang kerap digunakannya:
فإن تاب وإلا قتل
“Maka dia diminta untuk bertaubat. Jika tidak, DIBUNUH.!”

CONTOH FATWA “BUNUH” OLEH IBN TAIMIYYAH

Rujukan: Majmu’ Al-Fatawa Li Sheikhul Islam Taqiyyuddin Ahmad Ibn Taimiyyah al-Harrani – Fatwa no. 430 Juzu’ 3:
“والرجل البالغ إذا امتنع من صلاة واحدة من الصلوت الخمس، أو ترك بعض فرائضها المتفق عليها، فإنه يستتاب، فإن تاب وإلا قتل.”
Ertinya: “Seseorang yang baligh jika meninggalkan satu solat dari solat lima waktu atau sebahagian dari kewajipan² yang mutlak bagi solat, maka dia harus diminta untuk bertaubat. Jika tidak, DIBUNUH.!”
Rujukan: Al-Fatawa Al-Kubra Lil Imam Allamah Taqiyyuddin Ibn Taimiyyah – ms 279 Juzu’ 2:
مسألة : في رجل جار للمسجد، ولم يحضر مع الجماعة الصلاة ويحتج بدكانه
الجواب : الحمد لله ، يؤمر بالصلاة مع المسلمين ، فإن كان لا يصلي فإنه يستتاب ، فإن تاب وإلا قتل
Masalah: “Seseorang diminta ke masjid, namun dia tidak hadir bersama untuk solat jamaah dan berdalih /membantah.”

Jawapan: “Diperintahkan solat bersama Muslimin. Jika tidak solat bersama, maka dia harus diminta bertaubat jika mahu. Jika tidak, DIBUNUH.!”

Rujukan: Majmu’ Al-Fatawa Li Sheikhul Islam Taqiyyuddin Ahmad Ibn Taimiyyah al-Harrani – Fatwa no. 236 Juzu’ 22:
اجهر بلفظ النية ليس مشروعا عند أحد من علماء المسلمين ، ولا فعله رسول الله ، ولا فعله أحد من خلفائه وأصحابه ، وسلف الأمة وأئمتها ، ومن ادعى أن ذلك دين الله ، و أنه واجب ، فإنه يجب تعريفه الشريعة ، واستتابته من هذا القول ، فإن أصر على ذلك قتل
Ertinya: “Menjaharkan /mengeraskan suara bila melafazkan niat tidak disyariatkan oleh seorang pun dari para ulama, dan tidak dipraktikkan oleh Rasulullah SAW. Dan tidak juga dilakukan oleh seorang pun dari para Sahabat, para Salaf dan para Imam dari ummat ini.

Dan sesiapa yang mengatakan bahawa hal tersebut termasuk dari agama Allah dan ia wajib, maka harus diberitahu kepadanya syari’at yang benar dalam masalah ini dan diminta untuk bertaubat dari pendapat itu. Jika dia berkeras memegangi pendapat-nya, maka dia harus DIBUNUH.!”

Ulasan: Maka dengan fatwa ini, Ibnu Taimiyyah telah menyalahkan mazhab² lain yang meraikan perkara khilafiyyah.

Fahaman menyeleweng ini akan membuka ruang untuk saling berbunuhan antara sesama ummat atas perbezaan pendapat dalam perkara isu² khilafiyyah. Secara langsung, Fatwa ini juga adalah seruan Ibnu Taimiyyah untuk menghalalkan peperangan (perang saudara) sesama Islam terhadap pengikut mazhab lain.

Soalan: Apakah kesudahan dari fatwa Ibnu Taimiyyah ini?

Jawapan: ISIS /DAESH adalah contoh yang nyata di sini.

Rujukan: Majmu’ Al-Fatawa Li Sheikhul Islam Taqiyyuddin Ahmad Ibn Taimiyyah al-Harrani – ms 390-391 Juzu’ 5:
من لم يقر بأن الله على عرشه قد استوى فوق سبع سمواته ؛ فهو كافر به ، حلال الدم يستتاب ، فإن تاب ؛ وإلا ضربت عنقه ، وألقي على بعض المزابل.
Ertinya: “Sesiapa yang mengingkari bahawa Allah BERSEMAYAM DI ATAS LANGIT KE TUJUH, maka dia telah KAFIR kepada Allah, dan HALAL DARAH-NYA. Dia diminta bertaubat, apabila dia mahu bertaubat (maka dia dibebaskan). Dan apabila tidak, maka kepala-nya harus DIPENGGAL dan kemudian DIBUANG DI SAMPAH.!”

Ulasan: Ini, dengan nyata, adalah akidah tajsim /tasybih yang menyamakan Allah dengan makhluk /anggota manusia! Harus diketahui bahawa jumhur Muslimin di dunia ini adalah dari aliran Asya’irah dan Maturidiyyah, (termasuk semua yang membaca artikel ini) yang tidak beriktiqad bahawa Allah itu menyerupai makhluk-Nya. Melalui fatwa Ibnu Taimiyyah ini, maka jatuhlah hukum HALAL DIPENGGAL KEPALA² mereka yang tidak sealiran dengan pegangan akidah Ibnu Taimiyyah.

Cuba bayangkan wahai sahabat² Wahhabi/Salafi-ku sekalian. Syeikh panutan kamu itu menghalalkan darah² seluruh ummat Islam kecuali golongan-nya sendiri. Ibnu Taimiyyah menghalalkan darah jumhur Muslimin bukan dengan dasar nas syar’ie, tetapi atas dasar akal dan nafsu dalam kefahaman agamanya yang sesat itu sendiri.!

Rujukan: Majmu’ Al-Fatawa Li Sheikhul Islam Taqiyyuddin Ahmad Ibn Taimiyyah al-Harrani – Fatwa no. 213 Juzu’ 34
‎أكل هذه الحشيشة الصلبة حرام وهى من أخبث الخبائث المحرمة، وسواء أكل قليلا أو كثيرا، لكن الكثير المسكر منها حرام باتفاق المسلمين، ومن استحل ذلك فهو كافر، يستتاب، فان تاب وإلا قتل كافرامرتدا، لا يغسل ولا يصلى عليه ولا يدفن بين المسلمين، وحكم المرتد شر من حكم اليهودى والنصرانى
Ertinya: “Memakan Hashyashah (sejenis narkotika) haram hukum-nya. Ia seburuk² benda buruk yang diharamkan. Sama ada memakan-nya sedikit atau pun banyak. Tetapi dalam jumlah banyak yang sampai memabukkan, haram hukum-nya sesuai kesepakatan ummat Islam. Dan barangsiapa menghalalkan-nya maka dia KAFIR, dia harus diminta bertaubat. Jika mahu bertaubat, maka dia bebas. Apabila tidak, maka HARUS DIBUNUH SEBAGAI SEORANG YANG KAFIR MURTAD, TIDAK PERLU DIMANDIKAN DAN DISOLATKAN SERTA TIDAK BOLEH DIKEBUMIKAN DI PEKUBURAN KAUM MUSLIMIN. Dan hukuman atas orang yang murtad lebih berat dari hukuman atas Yahudi dan Nasrani.”

Ulasan: Masalahnya di sini bukan hanya sekadar pengharaman sahaja, tetapi PENGHALALAN DARAH. Jika pendapat yang menyeleweng ini diikuti, maka dibolehkan membunuh orang yang menganggap sesuatu itu halal, hanya kerana Ibn Taimiyyah menganggap perkara yang sama itu haram.

Jadi, bagaimana pula dengan perkara² yang masih diperselisihkan lagi? Apa yang difatwakan Ibnu Taimiyyah adalah penetapan syari’at secara PERIBADI, bukan Syari’at Ilahi. Agama hanya milik Allah, bukan milik Ibnu Taimiyyah.

Jika pemikiran Ibnu Taimiyyah ditakdirkan berkembang sepertimana yang beliau mahukan, maka pasti pelaku² perkara khilafiyyah lebih KAFIR dari orang² Yahudi dan Nasrani [ini sesuai dengan pendapat kaum dungu (mukallid Ibnu Taimiyyah) yang mana mereka ini sangat gemar berlebihan dalam isu keagamaan lalu menganggapnya sebahagian dari inti agama!], sehingga puak dungu ini sanggup berkata; “Berzina, berjudi dan melakukan dosa besar lebih baik daripada melakukan perkara bid’ah”.!

LAIN² FATWA IBN TAIMIYYAH YANG MENGHALALKAN PEMBUNUHAN

• Barangsiapa yang mengatakan kepada seseorang: “Aku bertawakkal /bergantung kepada-mu dan engkau-lah sandaran-ku atau aku-lah sandaran-mu, maka dia harus dipaksa bertaubat jika mahu; jika tidak maka wajib DIBUNUH.

• Barangsiapa menyangka bahawa wujud wali Allah yang bersama Muhammad SAW, seperti Nabi Khidir bersama Nabi Musa, maka dia harus dipaksa bertaubat jika dia mahu; jika tidak maka wajib DIBUNUH.

• Barangsiapa berpendapat bahawa Al-Qur’an itu hadis (baru), maka bagi saya dia adalah seorang Jahmi yang harus dipaksa bertaubat jika dia mahu. Jika tidak mahu, harus DIPANCUNG.

• Barangsiapa yang mengatakan bahawa salah seorang dari Sahabat dan Tabi’in ada yang berperang bersama kaum kafir, maka dia telah sesat, menyimpang dan bahkan kafir. Dia harus dipaksa bertaubat jika dia mahu. Jika tidak, maka wajib DIBUNUH.

• Barangsiapa yang mengatakan bahawa seluruh hadith ini sahih, maka dia telah kafir dan harus dipaksa bertaubat jika dia mahu. Jika tidak, maka wajib DIBUNUH.

• Barangsiapa berkeras mengharamkan perkara² yang secara mutawatir dibolehkan seperti roti, daging dan nikah, maka dia telah kafir dan murtad. Dia harus bertaubat dan jika dia tidak mahu, wajib DIBUNUH. Jika dia menyembunyikan pengharaman itu, maka dia telah keluar dari agama dan menjadi seorang munafik. Dia harus dipaksa bertaubat menurut kebanyakan ulama, bahkan DIBUNUH tanpa diminta bertaubat jika kemudian dia mengatakannya secara terbuka.

• Barangsiapa yang tidak berpegang teguh pada syariat, melecehkan-nya atau membolehkan orang keluar dari-nya, maka dia harus dipaksa bertaubat jika mahu. Jika tidak, maka wajib DIBUNUH.

• Barangsiapa yang mengatakan bahawa ada jalan menuju Allah, mencapai keredhaan-Nya, mendapat kemuliaan-Nya dan pahala-Nya selain jalan syariat yang dibawa Rasulullah, maka dia juga kafir yang harus dipaksa bertaubat jika dia mahu. Jika tidak, maka harus DIPENGGAL lehernya.

• Memakan ular dan kala jengking haram menurut ijmak kaum Muslimin. Maka sesiapa saja yang memakan-nya dengan keyakinan bahawa ia halal, maka harus dipaksa bertaubat jika dia mahu. Jika tidak, wajib DIBUNUH.

• Barangsiapa yang mengatakan Al-Qur’an itu makhluk, maka dia harus diminta untuk bertaubat jika dia mahu. Jika tidak, dia wajib DIBUNUH.

• Barangsiapa yang mengatakan bahawa Allah tidak berbicara dengan Nabi Musa dalam suatu pembicaraan (percakapan seperti sesama manusia), maka dia wajib dipaksa untuk bertaubat jika dia mahu. Jika tidak mahu, wajib DIBUNUH.

• Barangsiapa yang menyangka bahawa “takbir” (Allahuakbar) adalah bahagian dari Al-Qur’an maka dia wajib diminta untuk bertaubat jika dia mahu. Jika tidak, maka dia wajib DIBUNUH.

• Barangsiapa yang menunda waktu solat untuk aktiviti² perkerjaan, berburu, melayani guru atau yang lain-nya hingga matahari tenggelam, wajib disekat. Bahkan wajib DIBUNUH menurut jumhur ulama setelah diminta untuk bertaubat.

ISIS DAN HUBUNG KAIT DENGAN FATWA IBN TAIMIYYAH

Inilah sebahagian kecil dari kumpulan fatwa yang telah dimaksudkan. Dengan itu, masihkah ada lagi orang yang bertanya dari mana datangnya ISIS?
Renungilah sedalam²-nya wahai orang yang beriman.

Semoga ada manfaatnya.
#lebaikampung

17/04/2018 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

-ISU PENARIKAN @ PERGANTUNGAN TAULIAH MENGAJAR AGAMÀ DARI USTAZ-USTAZ YG BERTAULIAH.

Ada Jamaah tanya Ustaz isu tauliah mengajar. Maka ini jawapan Ustaz:

Mungkin sebahagian Ustaz kita terlepas pandang berkaitan syarat-syarat yang mesti diketahui oleh pemegang tauliah mengajar & berceramah.

Kita ambil contoh tauliah di Selangor:

GARIS PANDUAN / KEWAJIPAN PEMEGANG TAULIAH
1- Memberi ceramah umum mengenai apa-apa aspek Agama Islam atau mengajar Agama Islam berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias dan tidak membawa fahaman / ajaran salah.

2-Berakhlak mulia dan amanah.

3- Menjalankan daya usaha untuk mengekalkan, memperbaiki dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan masyarakat orang Islam dan menggalakkan orang Islam meninggikan taraf hidup dan ekonomi serta menambahkan amalan dan taqwa mereka kepada Allah.

4-.Tidak memfitnah saudara Islam yang lain.

5- Mematuhi undang-undang Negara atau apa-apa arahan, larangan atau perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jawatan kuasa dari semasa ke semasa.

6-.Mendapat sokongan berceramah dari Ketua Jabatan / majikan masing-masing.

7-.Tidak boleh menyentuh mana-mana parti politik.

Sumber:
http://tauliah.jais.gov.my .

Jadi jelas di sini bahawa mana2 Ustaz bertauliah maka kene ikut prosedur tauliah, tak perlulah sampai melenting kalau tauliah ditarik @ digantung tauliahnya.

Kalau tak nak jadi isu maka tak perlu ambil tauliah, boleh bebas sana sini.

Kalau Ustaz-ustaz nak kempen parti politik maka tak perlulah ambil tauliah, selesai masalah, tak perlu bising2 sampai nak marah sultan-sultan dan jabatan Agama.

Semoga dakwah akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebar.

Olih: Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Pemeganga Tauliah mengajar & berceramah agama di negeri Selangor.

-ADMIN-
Fb: ‘ Ahmad Faidzurrahim ‘

12/04/2018 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi, Politik dan Dakwah | Leave a comment

Harus pilih calon bukan Islam selagi tak musuhi agama | Harian Metro

Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@nstp.com.my

HUKUM mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya di Malaysia dan melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus selagi tidak mengancam Islam dan penganutnya.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, hasil penelitian terhadap ayat al-Quran dan pandangan pelbagai ulama tersohor, tiada dalil muktamad yang melarang mengundi calon bukan Islam.

Katanya, ayat al-Quran yang dijadikan hujah oleh ulama untuk mengharamkan pemilihan bukan Muslim sebagai wakil rakyat, apabila diteliti sebenarnya merujuk kepada orang kafir yang memusuhi Islam dan penganutnya.

“Hukum asal mengundi orang bukan Islam dalam pilihan raya dan melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus, kecuali apabila terdapat sifat mendatang seperti memberi ancaman kepada kemuliaan Islam, tiada sifat amanah dan tiada kepakaran dalam melaksanakan tugas.

“Bagi golongan bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam dan patuh kepada Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, maka larangan itu tidak terpakai,” katanya dalam catatan terbaru di laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau berkata, semua faktor itu haruslah diambil kira dalam membuat keputusan sebelum mengundi dan memilih, selain memastikan jawatan tertinggi negara seperti Perdana Menteri, portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara adalah kekal disandang oleh orang Islam yang berkelayakan sahaja.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, tidak dinafikan majoriti ulama silam mengharamkan pelantikan bukan muslim sebagai pemimpin dan keharusan hanya diberikan apabila terdapatnya darurat.

Beliau berkata, Al-Qadhi Iyadh dalam kitabnya Syarh Shahih Muslim, Ibnu Munzir (Ahkam Ahl al-Dzimmah) dan Ibnu Hazm (Maratib al-Ijma’) misalnya, sepakat bahawa kepemimpinan tidak boleh diserahkan kepada orang kafir berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 28.

“Al-Jassas sewaktu menafsirkan ayat 28 Surah Ali Imran berpendapat ia menjadi dalil pengharaman meminta bantuan bukan muslim dan mempercayai mereka dan mereka tidak berhak memperoleh kekuasaan (wilayah) ke atas orang muslim,” katanya.

Zulkifli berkata, ulama seperti Ibnu Hajar al-Haitami, Imam ar-Ramli dan Imam Khatib as-Syarbini pula berpandangan harus melantik bukan muslim untuk suatu jawatan jika adanya maslahah padanya, jawatan itu tidak mampu dipikul mana-mana orang Islam atau orang Islam mempunyai sifat khianat.

Katanya, beberapa ulama Kontemporari termasuk Dr Yusuf al-Qaradhawi senada mengenai keharusan melantik bukan muslim sebagai pemimpin.

“Dr Yusuf berpandangan bukan Muslim mempunyai hak untuk menjawat jawatan negara kecuali jawatan lebih dominan unsur keagamaan seperti ketua negara, panglima tentera, penghakiman antara orang Islam dan pengurusan zakat.

“Jawatan lain harus bukan Muslim menjawatnya jika syarat cekap, amanah dan kesetiaan kepada negara dipenuhi. Bahkan beliau turut berpandangan tiada masalah untuk melantik bukan Muslim sebagai timbalan Presiden sesebuah negara, khasnya jika bukan Muslim membentuk jumlah komposisi penduduk yang besar, seperti Sudan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berpendapat hukum mengundi bukan Muslim dalam pilihan raya dan melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus berdasarkan faktor wakil rakyat bukan ketua atau imam; wakil rakyat tidak berkuasa menentukan dasar secara sendirian; kontrak sosial muslim dan bukan muslim serta budaya masyarakat Malaysia dalam sebuah negara demokratik.

(Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 April 2018 @ 9:33 PM)

12/04/2018 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

Jawapan Kepada Wahhabi Yang Membidaahkan Tarannum…

Jawapan Kepada Wahhabi Yang Membidaahkan Tarannum…

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.

Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh Rasulullah SAW. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”. ( Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w. menerima al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari dan ramai lagi.

Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah (Tahun 62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya: Misri (Mesir),Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi, Kurdi (sempadan Iraq dan Turki), ‘Ajami (Iran) dan lain-lain.

Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta meng’arab’kannya untuk bacaan al-Quran.

Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri.

Aliran Hijazi
• Padang pasir, Bukit bukau, Suhu tinggi, lalu irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan.

Aliran Misri
• Lembah nil, Subur menghijau, Suhu sederhana,lalu irama dan rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan.
Asal Ilham Tarannum

Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak zaman silam, pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-lain telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun di dalam bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-Ghina, ataupun ilmu Al-Maqamat.

Hukum Umum Bertarannum
Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut:

1. Fardhu (kifayah) : jika hanya dengan berlagu dapat mengajak masyarakat ingin mendekati Al-Quran.
2. Sunat : jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus : untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh : jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
5. Haram : jika mahu menunjuk-nunjuk kepada orang yang mendengar atau riyak atau ujub. Atau jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.
Sabda Rasulullah s.a.w.:yang bermaksudnya:
“Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya”.( Riwayat al-Tabrani dan Baihaqi).
Kata Ibnu Kathir: “Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.”

Falsafah Tarannum
Suatu usaha bernilai tinggi bagi menghubungi rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan Allah Tuhan Pencipta.

PEMBAHAGIAN ILMU TARANNUM
زينوا القرأن بأصواتكم
-ابو داوود
“Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan al-Quran dengan suara-suara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu)”.

Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan al-Quran. Tarannum sangat berkait rapat dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusun lahirnya tarannum.

Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:

a) Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

b) Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.

ASAS ALIRAN TARANNUM
Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”
1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.

Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sun’ani, Yaman Hijaz, Hirab dan lain-lain.

Asas Tarannum Aliran Misri
Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:
1. Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.
7. Jiharkah.

Selain itu, terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam, Farahfaza, Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini dianggap sebagai lagu-lagu cabang (furu).

Terdapat tarannum-tarannum mempunyai nama yang sama di dalam aliran Hijazi dan aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah arab.

Untuk bertarannum, para Qari haruslah mengenali beberapa kompenan penting untuk meng’arab’kan bacaan mereka .
2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dan satu mahattah).
2.3.2 Qit’ah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).
2.3.3 Burdah asli dan sina’i (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang digubah).
2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna).
2.3.5 Salalim su’ud dan nuzul (suara menaik dan menurun – mengikut ilmu peringkat-peringkat suara)
2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).
2.3.7 Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang sesuai di dalam satu harkat).

FALSAFAH TARANNUM BIL-QURAN

Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran yang bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah S.W.T. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah tarannum ialah:
1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung. Sabda Rasulullah S.A.W: yang bermaksud:
“diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan”. (Riwayat Muslim)
2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-quran itu boleh menambahkan kesyukuran dan keinsafan”. (Surah al-Isra’:ayat 109)
3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Ta’ala bermaksud:
“Dan apabila al-Quran di baca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah Ta’ala”. (Surah al-A’raf:ayat 204).
4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah SAW:yang bermaksud:
“ Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan seni al-Quran”.

(Ustaz Yunan A Samad)

11/04/2018 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized, wahabi | Leave a comment

CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BETUL

Sememangnya, kita biasanya akan mencuci kemaluan dengan bersih tetapi bersih berkemungkinan bukan bermakna cara kita itu betul.

Apakah cara yang betul…???

Penting untuk kita pastikan diri kita benar-benar bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan demi amal ibadah kita seharian di terima oleh Allah SWT. ~ Asasnya adalah bersuci.

Ingatlah bahwa ::
“SEMPURNAnya SOLAT/IBADAH adalah dari kesempurnaan WUDHU’ ~ SEMPURNAnya WUDHU’ adalah dari kesempurnaan BERSUCI”.

Maka bersucilah dengan sempurna dan betul demi kesempurnaan Wudhu’ dan Solat kita.
Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab barzakh dan api neraka.

Saidina Abu Bakar RA pernah sewaktu hendak solatkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukanya. Alangkah terkejutnya beliau apabila terlihat seekor ular sedang melilit batang dan kepala zakar (kemaluan) mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar RA mencabut pedangnya lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata, katanya, :: ”Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah SWT untuk menjalankan tugas yang diperintahkan-NYA..!!!”

Apabila diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan seorang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi… Bagaimana kita nak bersihkan kemaluan dengan cara yang betul?

Lelaki dan Wanita berbeza caranya.
Bukan basuh sekadar dengan simbahan air dan asalkan agak bersih saja.

Bukan sekadar memercikkan air ke kemaluan saja.

Atau bukan sekadar mengelap dengan tisu atau kain saja.

Ada caranya… ::

KAUM LELAKI :
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem-dehem (batuk-batuk kecil) dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar tanpa tersisa didalam bahagian batang dan hujung zakar.

Selepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung (kepala zakar) beberapa kali sehingga tiada lagi sisa air kencing yang berada dalam saluran dan disekeliling zakar. Kemudian basuhlah dengan air sebersih-bersihnya. (Termasuk bahagian hujung muncung mulut zakar). Tidak hanya memercikkan atau menyimbahkan air pada kemaluan semata-mata. Bilaslah zakar dengan sempurna.

KAUM WANITA :
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicuci disekeliling bahagian dalam bibir kemaluan dengan menjolok sedikit dengan jari tengah (tangan kiri) dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam bibir kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

PENTING SANGAT (LELAKI dan WANITA) :
Begitu juga semasa membasuh dubur selepas membuang air besar (berak) sangat penting perlu kembangkan dubur lalu masukan satu jari tengah (tangan kiri) sedikit kedalam dubur dan pusing-pusingkan beberapa kali (korek saki-baki najis) supaya keluar dari dinding dubur sambil jirus dengan air (gunakan getah paip) hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.

Betul atau tidak cara kita selama ini…???

Kalau ada yang tak betul tu…Jangan ambil mudah je… Jom sama-sama kita betulkan supaya diri kita benar-benar bersih (bersuci) dengan cara yang betul.

(Petikan dan catatan dari kuliah Ustaz Ahmad Dusuki)

05/04/2018 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Bertabayyun Dalam Muzakarah Dan Memperhalusi Setiap Hujah melihat dan mendengar aksi muzakarah antara Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri dan Dr Zamihan bin Mat Zin al-Ghari yang diadakan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan .

Bertabayyun Dalam Muzakarah Dan Memperhalusi Setiap Hujah

Merujuk kepada rakaman video yang telah diviralkan, terima kasih tidak terhingga kepada pihak yang menguploadkan rakaman muzakarah ini hingga kita berpeluang melihat dan mendengar aksi muzakarah antara Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri dan Dr Zamihan bin Mat Zin al-Ghari yang diadakan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kerana sebelum ini kita tertanya-tanya bagaimanakah bentuk muzakarah yang telah dijalankan dan natijahnya serta solusi yang boleh diambil untuk dapat kata sepakat di antara kedua pihak. Selain melibatkan beberapa pihak kakitangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sendiri, turut sama yang memenuhi majlis itu adalah wakil daripada pihak JAKIM, IKSIM dan lain-lain.

Muzakarah ini sangat menarik selain ia dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Wan Mohammad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz mantan KP JAKIM, ia juga membuktikan apa yang telah kami jelaskan sebelum ini dengan fakta yang ilmiah.

Video sepenuhnya kami dapati ia boleh ditonton di pautan berikut :

Siri 1 :

Siri 2 :

Siri 3 :

Siri 4 :

Siri 5 :

Siri 6 :

Siri 7 :

Sebelum ini telah ada laporan mengenai muzakarah ini namun selagi tidak menonton dan melihat sendiri muzakarah ini, susah untuk kebanyakkan dari kita menerimanya sebegitu mudah. Ini contoh bacaan dan laporan yang boleh dilihat sebagai review awal bagi muzakarah ini:

🔹https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.427172850756033.1073741829.423534687786516/855270161279631/?type=3.

🔹https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=685102028335774&id=100005079496519.

🔹https://www.facebook.com/engkuahmadfadzilTOP/posts/1600829353320033.

🔹https://www.facebook.com/epade/posts/1635679549776310

Setelah menonton dan mendengar sesi muzakarah yang diadakan sebagaimana dalam rakaman tersebut, ada beberapa perkara yang boleh disimpulkan mengenai muzakarah ini, antaranya :

1. Dalam Muzakarah yang diadakan sebelum ini pada 19 Januari 2017, antara perkara yang dibangkitkan dalam perbincangan tersebut ialah isu Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri tidak mematuhi Enakmen Wilayah Persekutuan 1993 yang mensyaratkan sesiapa yang menjadi Mufti Wilayah Persekutuan hendaklah mengikat pandangannya dengan pendapat mazhab Syafie (Qaul Muktamad Mazhab Syafie) serta pendapat mazhab muktabar yang lain (Qaul Muktamad dalam Mazhab yang lain seperti Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali), sebaliknya al-Bakri dilihat lebih gemar dan cenderung untuk mendedahkan umat Islam kepada pandangan-pandangan golongan yang tidak bermazhab seperti ibn al-Uthaimin, ibn Baaz, al-Albaani, Soleh Fauzan dan sebagainya.Kebiasaan cara ini banyak dilakukan oleh sebahagian pihak yang ingin membersihkan nama-nama golongan wahhabi ini dari dilihat sebagai golongan yang menyimpang dan radikal.

Setelah diminta penjelasan, Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri ternyata gagal memberikan jawapan yang tuntas dan tepat mengenainya. Sebelum ini kita telah bahas mengenai pendirian al-Bakri berhubung isu ini. Menurut al-Bakri dilarang seseorang itu berkata “Saya Syafie, Saya Hanafi, Saya Maliki, Saya Hanbali”:

2. Di dalam Muzakarah tersebut ditimbulkan persoalan mengapa al-Bakri mempromosikan ketua pengganas al-Qaeda yang tidak asing di dunia pada hari ini; Aiman al-Zawahiri di dalam penulisannya yang berjudul “ Pelbagai Hukum Muamalat Pembiayaan”. Dari penelitian kepada rakaman ini, Al-Bakri dilihat terkesima dengan pendedahan ini.

Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri langsung tidak memberi respon apa-apa jawapan mengenai isu ini.
Sebelum ini juga kita telah membahaskan isu ini sebagaimana ia boleh didapati pada pautan berikut :

3. Isu penyesatan al-Bakri terhadap amalan bacaan surah al-Qadar yang dibaca pada tanah kubur juga tidak dapat dipertahankan lagi oleh al-Bakri dan team al-Bakri sebagaimana terpapar dalam penulisan mereka. Jelas penulisan Irsyad al-Fatwa siri 121 oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri berkaitan hadis kepal tanah kubur 7x dan hadis membaca al Fatihah selepas solat fardhu adalah penulisan yang batil dan tidak berasas sebagaimana dibuktikan dalam muzakarah tersebut.

4. Dalam rakaman ini juga, kita tertarik dengan gelagat Musyfiq yang merupakan pegawai lantikan Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri daripada MAIWP:
http://muftiwp.gov.my/ms/hubungi-kami/direktori?start=50

Musyfiq dilihat terpaksa mengakui bahawa Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri dan teamnya telah melakukan kesalahan dalam penulisan mengenai isu ini. Musyfiq mengatakan : “Jika saya tersilap, saya menerima segala teguran tersebut”. Juga Musyfiq mengatakan : “Dalam hal ini Ibn Jawzi telah tersalah”. Seterusnya Musyfiq mengatakan : “Betullah apa yang disebutkan oleh ustaz Zamihan bahawa dari sudut perawi dan dari sudut takdilnya terdapat khilaf”.

Cuma agak halus cara dan muslihat Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri mengalihkan segala beban menjawab segala persoalan ini kepada pegawai mudanya Musyfiq semata-mata, sedangkan dialah yang sepatutnya bertanggungjawab 100% ke atas penulisan tersebut sama ada tulisan tersebut ditulis oleh Musyfiq atau dia sendiri yang menulisnya kerana jelas ia menggunakan nama ‘Mufti Wilayah Persekutuan’ dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

5. Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri mengaku dalam bukunya bahawa ibn al-Uthaimin yang merupakan seorang Wahhabi radikal pada masa kini, adalah gurunya. Dalam rakaman ini juga ada bukti yang menunjukkan pengakuan al-Bakri sendiri bahawa dia pernah menjadi anak didik kepada ibn al-Uthaimin.
Al-Bakri mengatakan :
“Saya belajar dalam dua aliran [Wahhabi dan Asya’irah]. Di Madinah saya belajar dan saya mengaku bahawa saya pernah belajar dengan ibn al-Uthaimin (wahhabi), tapi dia bukan mengajar di Universiti Madinah, saya hadir dalam majlis dia. Dia seorang yang warak.”

Kami melihat faktor latarbelakang pengajian Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri ini juga adalah faktor besar yang mencorak pola pemikirannya selama ini.
🔹 https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=405851689871757&id=346763859113874.

🔹 https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/775833185815158.

6. Peliknya, apabila diberi peluang bercakap dan diminta agar memberi penjelasan, Al-Bakri langsung tidak menyentuh isu tauliah yang telah diberikannya kepada kebanyakkan group ‘pak wahab’ sebagaimana yang dibangkitkan dalam muzakarah tersebut. Sama ada pemberian tersebut tidak mengikut procedure pemberian tauliah yang telah ditetapkan atau ada sebab tertentu yang ingin disembunyikannya, hal ini sudah tentu perlu kepada siasatan. Kami sarankan pihak SPRM bertanggungjawab dan bertindak menyemak segala data pemberian tauliah ini sejauh mana kejujurannya atau ketidakakurannya kerana dilihat sejak kebelakangan ini isu tauliah ini banyak diselewengkan. Bahkan ada juga sebahagian asatizah yang hairan kenapa dia mendapat tauliah secara langsung daripada Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri secara tertutup tanpa ada proses temuduga sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kaedah pemberian tauliah oleh pihak berkuasa di setiap negeri . Ini juga boleh dikatakan sebagai bukti penyalahgunaan kuasa.
🔹https://www.facebook.com/346763859113874/photos/pcb.354141625042764/354141345042792/?type=3.

🔹 https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=350148135442113&id=346763859113874.
🔹 https://m.facebook.com/SunniMalaysia/posts/1215367651861707:0.

7. Muzakarah juga membangkitkan isu tauhid 3 yang disisipkan secara dusta dan bohong di dalam buku tulisan al-Bakri dan penyandarannya kepada pengarang kitab Jauhar at-Tauhid. Berkenaan tauhid 3, kenyataan al-Bakri sememangnya bercanggah dengan pendirian al-Azhar yang merupakan antara tempat rujukan umat Islam terulung. al-Azhar secara rasmi menolak doktrin tauhid 3 ini. Ternyata setelah diminta agar diberikan penjelasan, pihak Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri gagal untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai isu ini. Kami juga telah membuat sanggahan mengenai isu ini pada pautan berikut :

8. Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri diberi 10 minit untuk sesi bidasan hujah pada pusingan pertama, namun dia tidak mampu menggunakan waktu tersebut semuanya sebagaimana ditegur dan ditegaskan oleh YBhg. Dato’ Wan Mohammad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz mantan KP JAKIM. Yang jelas, al-Bakri kelihatan mula bimbang untuk menjawab setiap pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. Sepatutnya inilah masanya untuk dia mempertahankan pendapatnya dengan mendatangkan hujjah bagi setiap isu yang telah dibangkitkan jika dia benar-benar berada pada landasan yang betul.

9. Dalam muzakaran berkenaan dilontarkan juga mengenai isu istighathah yang ditulis oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri. Lebih menyayat hati, dalam buku tulisan al-Bakri sendiri menyatakan bahawa istighathah adalah suatu kesyirikan dan kekufuran. Dengan kata lain al-Bakri menghukum kafir orang yang melakukan istighathah. Hal tersebut kerana kecenderungan al-Bakri kepada pendapat al-Jaza-iri seorang Wahhabi yang melampau dalam agama. Bahaya isu ini ialah al-Bakri telah mengkafirkan umat Islam di seluruh dunia yang telah melakukan istighathah dalam pelbagai zaman dan tempat.
Isu ini juga telah kami kemukakan jawapan mengenainya secara tepat dan tuntas. Boleh semak jawapan itu pada pautan berikut :

10. Apa yang nyata, al-Bakri dalam rakaman ini hanya mampu melakukan janji nista. Katanya : “Saya syorkan agar Ustaz Zamihan dan Ustaz Mahfuz dimasukkan dalam MKI”. Sampai ke hari ini, kita tidak pernah melihat ada apa-apa tindakan dari Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri ke arah meralisasikan janji ini??! Atau ia hanya bersifat retorik semata-mata.

11. Menariknya al-Bakri dalam rakaman ini mengatakan : “Orang kata saya Wahhabi, sebenarnya bukan begitu,”

Untuk melihat sejauh mana benar atau sahih perkataan al-Bakri ini, sila semak butiran maklumat berikut :

12. Al-Bakri mengelakkan diri untuk menjawab semua isu yang telah dikemukakan kepadanya sebaliknya membuat janji akan mengadakan sendiri beberapa siri bengkel bagi membahaskan setiap isu yang dibangkitkan dalam masa yang terdekat dengan dipanggil golongan yang betul-betul mempertahankan Wahhabi sendiri berdepan dengan as-Asya’irah yang betul-betul menentang fahaman al-Wahhabiyyah. al-Bakri ada menyebut dalam ucapannya antara nama-nama wahhabi tersebut adalah Dr. Rozaimi. Namun hingga hari ini janji ini seperti belum lagi dikotai oleh al-Bakri sebagaimana diketahui umum.

Persoalannya, segala perkara yang telah dipertikaikan dan dibangkitkan dalam muzakarah sememangnya berkaitan dengan pandangan Dr Zulkifli al-Bakri sendiri, tidak ada kaitan dengan orang lain. Bahkan ia melibatkan penulisan al-Bakri sendiri serta sebarannya kepada masyarakat awam yang bersifat umum melalui pelbagai medium, kenapa pula al-Bakri cuba menghalakan perbincangan kepada orang lain padahal dialah orang bertanggungjawab atas segala permasalahan ini??! Ini yang dikatakan pelik bin ajaib!!

13. Di akhir ucapan al-Bakri mengatakan :
“Dasar kita dasar terbuka, biar Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepentas dengan kita”. Ini isyarat jelas buat yang memiliki akal yang tajam akan makna yang dimaksudkan al-Bakri dengannya. Jika dia bukan wahhabi berbaju sunni sebagaimana disebut oleh ramai asatizah, mengapa pula dia mengatakan : “Dasar kita dasar terbuka, biar Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepentas dengan kita”. Secara tidak sedar, al-Bakri telah mengeluarkan dirinya sendiri dari kelompok Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

14. Akhir kata, walaupun al-Bakri dilihat tersungkur dalam muzakarah pada kali ini, namun apa yang diharap dari Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri ialah dia dapat melaksanakan segala janjinya sebelum ini dan kembali bertaubat ke pangkal jalan dari segala penyimpangan agama. Hal ini demi menjaga kelestarian agama yang tercinta di Wilayah Persekutuan khususnya dan Malaysia amnya . Al-Bakri pernah mengatakan :
“Kami berpegang kepada prinsip dan paksi kebenaran serta sedia menarik sebarang kenyataan kami sekiranya dapat dibuktikan salah. Kami menjunjung prinsip yang ditegaskan oleh Saidina Umar al-Khattab:
الرجوع إلى الحقّ خير من التمادي في الباطل
Kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.”
Namun apa yang nyata berlaku kini, ia hanya retorik semata-mata.
15. Demi cintakan kebenaran dan maslahat umat Islam sejagat, kita menyeru agar Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia agar membuka mata bahawa beliau telah dan sedang dipergunakan oleh Dr Zulkifli bi Mohamad al-Bakri ini dalam merosakkan institusi agama dan umat Islam sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar. Rakaman ini sangat elok jika dapat ditonton dan dikaji oleh pihak Datuk Seri Jamil Khir sendiri untuk memberi penilaian secara insaf dan adil agar tidak membiarkan apa-apa tindakan yang merugikan umat Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Semoga teguran dan nasihat ini mendapat perhatian dan tindakan tepat dari pihak yang berautoriti.
16. Kepada semua ilmuan agama termasuk semua mufti yang ada di Malaysia ingatlah nasihat ini ; laksanakan suruhan Allah taala agar mengerjakan al-Amru bilMaaruf wan Nahy ‘Anil Mungkar, jangan sesekali diam dari menjelaskan kebenaran kerana Abu Ali ad-Daqqaq, seorang tokoh sufi yang terkenal mengatakan :
الساكت عن الحق شيطان أخرس والناطق بالباطل شيطان ناطق
“Orang yang mendiamkan diri dari menjelaskan kebenaran adalah syaitan yang bisu dan orang mengatakan kebatilan adalah syaitan yang berbicara.” Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim menulkilkan perkataan ini dari Abi al-Qasim al-Qusyairy yang meriwayatkan dari Abu ‘Ali ad-Daqqaq an-Naisaburi as-Syafi’e.

…والله المستعان
Asatizah Masjid

03/04/2018 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | 1 Comment

ADAT RENJIS AIR MAWAR

Soalan :
Kebiasaan berlaku pada setengah majlis perkahwinan dimana pengantin meletakkan dua tapak tangannya di atas paha kemudian ibu bapa pengantin atau sanak saudaranya merenjis air mawar ke atasnya. Apakah hukumnya di sisi agama Islam perbuatan merenjis air mawar kepada pengantin seperti ini?

Jawapan:
Hukumnya bergantung kepada niat dan tujuan. Jika ia bertujuan mewangikan suasana maka tidaklah menjadi kesalahan bahkan sunat hukumnya memakai wangian pada tubuh, mewangikan rumah dan masjid, mewangikan majlis samada pada hari-hari perayaan, hari perkahwinan atau hari-hari biasa.
Dan cara mewangikan itu pula ada berbagai-bagai cara. Ada yang direnjis, ada yang dilumur, ada yang disapu, ada yang dibakar hingga mengeluarkan bau wangi dan menggunakan penyembur.
Ada beberapa hadith dan atsar yang menjadi dalil bahawa berwangi-wangi ini dianjurkan olih syarak. Antaranya :
Daripada Aisyah r.a. katanya :
كُنْتُ أُطَيِّبُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ أَنْ يُحْرِمَ، وَيَوْمَ النَّحْرِ
Artinya : “Aku pernah meletak wangian pada Nabi saw sebelum baginda melakukan ihram dan pada hari raya.” (Hadith Muslim)
Berkata Imam Baghowi :
وَأَنْ يَلْبَسَ أَحْسَنَ مَا يَجِدُ وَيَتَطَيَّبَ
Artinya : “Dan sunat bahawa memakai pakaian cantik (pada hari-hari besar) yang dia miliki dan memakai wangian.” (Kitab Syarah Sunnah)
Berkata Imam Malik :
سَمِعْتُ أَهْلَ الْعِلْمِ يَسْتَحِبُّونَ الطِّيبَ وَالزِّينَةَ فِي كُلِّ عِيدٍ
Artinya : “Yang aku telah dengar ulama mengalakkan berwangi-wangian dan berhias cantik pada setiap hari perayaan.” (Kitab Mughni Ibnu Qudamah)
Maka terjawab sudah bahawa merenjis air mawar yang sememangnya berbau wangi kepada pengantin sebagaimana dalam soalan adalah harus dan masuk dalam perintah agama mewangikan diri dan majlis.

Wallahua’lam

https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

03/04/2018 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

Hukum Menambah “Sayidina” kepada nama Rasulullah SAW dalam tasyahud, berdoa dan memuji Rasulullah SAW. mengucapkan Sayidina kepadaku didalam solat”.

Soalan.
Bolehkah menambah “Sayidina” kepada nama Rasulullah SAW dalam tasyahud, berdoa dan memuji baginda?

Jawapan.
Sebutan “Sayidina” yang bermaksud “penghulu kami” atau “ketua kami”, termasuk amalan yang yang sangat mulia dan dianjurkan termasuk didalam tasyahud awal dan tasyahud akhir kerana ia merupakan salah satu bentuk penghormatan dan sanjungan serta adab kepada Nabi Muhammad SAW.

Dalil.
a) Hadis
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda :
Aku adalah sayyid (penghulu) anak Adam pada hari kiamat. yang pertama bangkit dari kubur ,yang pertama memberi syafaat dan yang pertama diberi hak untuk memberikan syafaat.
(162 Riwayat Muslim)

Keterangan.
Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi menjadi sayyid (ketua) di akhirat. Walau bagaimanapun ,ia tidaklah bererti baginda menjadi sayyid hanya di akhirat, malah baginda juga menjadi sayyid didunia dan di akhirat.

b) Pendapat Ulama.
Syeikh Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri menyebutkan di dalam Hasyiahnya, 1/156 :
Yang lebih utama adalah mengucapkan Sayidina (sebelum nama Nabi SAW) kerana hal yang lebih utama adalah bersopan santun (kepada baginda) ,berbeza bagi mereka yang berpendapat bahawa meninggalkan menyebut Sayidina lebih baik berdasarkan atas hadis, sedangkan hadis (janganlah menyebut Sayidina dalam solat) adalah batal.

Perbincangan Hadis yang melarang menambah “Sayidina”.
*Hadis itu ialah:
“Janganlah kamu mengucapkan Sayidina kepadaku didalam solat”.

Komentar.
*Hadis ini adalah hadis maudhu’ yang tidak ada asalnya. Ia dinaskan oleh al-Hafiz as-Sakhawi didalam Al-Maqasid al-Hasanah.
*Dalam kitab Al-Hawi ,apabila ditanya mengenai hadis tersebut ,Imam Jalaluddin as-Suyuthi menjawab tegas : tidak pernah ada (hadis tersebut) itu batil.
*Imam Jalaluddin al-Mahalli ,Imam Syamsuddin ar-Ramli ,Imam Ibnu Hajar al-Haytami ,Imam al-Qari ,para Fuqaha mazhab Syafi’i dan mazhab Maliki dan lain-lainnya semuanya mengatakan : hadis ini tidak benar.
*Lihat al-Maqasid al-Hasanah no 1292. Lihat juga Intibih! Dinuka fi Khathor (Agamamu dalam bahaya) m,s 121.

(Sumber kitab Kekeliruan Ummat Inilah Jawapannya).

-Ustaz Muhadir Haji Joll.

03/04/2018 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

   

%d bloggers like this: