Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Alhamdulillah, Sila muat turun pdf Ahlus Sunnah Wal Jama’ah secara PERCUMA menjawab Wahhabi, Syiah dan Liberal di sini

https://mufti.johor.gov.my/al-bayan/

AL BAYAN – terbitan Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor. Menjawab persoalan Aqidah, syariat dan akhlaq.

Antaranya :

  1. Sambutan Maulidur Rasul Bid’ah Dhalalah?
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-1-maulidurrasul-.pdf
  2. Talqin Dan 100 Buah Kitab Menolak Fahaman Wahabi
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-2-talqin-2016-.pdf
  3. Doa Qunut Zikir Dan Wirid Bid’ah ?
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/al-bayan-3-qunut-bidah-baru-.pdf
  4. Amalan Sunnah Mengiringi Solat Fardhu
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-4-sunnah.pdf
  5. Kenduri Arwah, Menggerakan Jari Ketika Tahiyyat Dan Ziarah Makam Nabi
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-5-kenduri.pdf
  6. Bertawassul Bid’ah Dhalalah?
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-6-tawassul.pdf
  7. Kepentingan Tariqah Dan Tasawwuf
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-7-tariqah-dan-tasawwuf.pdf
  8. Amalan Berzanji Menurut Perspektif Islam
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-8-berzanji-2009.pdf
  9. Persoalan Bid’ah Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-9-bidah.pdf
  10. Sejarah Kemunculan Fahaman Al-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-12-sejarah-salafiah-zamihan.pdf
  11. Ahli Sunnah Wal Jamaah
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-13-Ahli-Sunnah-2015.pdf
  12. Persoalan Mazhab
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-14-mazhab-2015-doc.pdf
  13. Imam Al-Bukhari Tokoh Ulama Hadis
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-15-imam-bukhari.pdf
  14. Sohih Al-Bukhari Penyusunan, Kedudukan, Kelebihan Dan Keistimewaannya
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-16-sohih-bukhari.pdf
  15. Hukum Menggerakkan Jari Telunjuk Dalam Solat
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-17-hukum-gerak-jari.pdf
  16. Ahli Sunnah Wal Jamaah- Penyerapan Unsur-unsur Akidah Yang Mengelirukan Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-18-akidah-ahli-sunnah-ok.pdf
  17. Ahli Sunnah Wal Jamaah- Epistemologi Sunni Dan Pembinaan Tamadun
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-19-epistemologi-sunni-.pdf
  18. Pemikiran Mohammed Arkoun Dalam Konteks Ahli Sunnah Wal Jamaah : Satu Pengamatan Awal
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-20-arkoun-islam-libral.pdf
  19. Bahaya Liberalisme Dan Pluralisme Agama Terhadap Akidah Belia Muslim
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-21-bahaya-Islam-libral-adli-712.pdf
  20. Kebatilan Akidah Syi’ah Siri 1
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-22-kebatilan-syiah-1-.pdf
  21. Kebatilan Akidah Syi’ah Siri 2
    https://mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/11/albayan-23-kebatilan-syiah-2-.pdf

SILA MUAT TURUN DAN SEBAR-SEBARKAN !.

08/05/2021 Posted by | Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | , , | Leave a comment

Kekeliruan Liberal Tentang Hukum Murtad

  1. Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 mengkritik undang-undang murtad, dengan mengatakan bahawa keputusan seorang Muslim untuk keluar agamanya adalah perkara antara individu itu dengan Tuhan. Menurut laporan FreeMalaysiaToday, mereka menyatakan bahawa tiada hukuman yang diperuntukkan di dalam al-Quran.
  2. Ini adalah kekeliruan yang jelas oleh golongan yang berfikiran liberal yang memperjuangkan hak kebebasan individu. Hukuman murtad ini telah termaktub di dalam al-Quran dan hadith. Sarjana Muslim berhujah dengan ayat 74 dari Surah al-Taubah yang menjelaskan bahawa mereka yang kafir akan dikenakan azab di dunia. Menurut al-Imam Ibn Kathir, “azab di dunia” yang dimaksudkan ini adalah (mereka yang murtad) akan dihukum bunuh di dunia. Al-Imam al-Tabari dan al-Qurtubi turut memberikan makna yang sama seperti ini.
  3. Di dalam hadith pula, hukuman terhadap murtad sangat jelas. Rasulullah bersabda:

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

“Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.” (HR al-Bukhari)

  1. Hukuman ini pernah dilaksanakan secara praktikal di zaman Rasulullah. Rasulullah mengutuskan Abu Musa al-Asy’ari dan Muaz bin Jabal sebagai pemerintah di Yaman. Apabila Muaz tiba di Yaman, dia diadukan tentang seorang Yahudi yang murtad. Mendengar perkara ini, Muaz lantas berkata:

لا أجلس حتى يقتل، قضاء الله ورسوله ـ ثلاث مرات ـ فأمر به فقتل

“Aku tidak akan duduk sehinggalah dia dibunuh atas hukuman yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul. Maka lelaki tersebut diperintahkan agar dibunuh. (HR al-Bukhari).

  1. al-Imam al-Darqutni pula meriwayatkan kisah di mana seorang perempuan telah murtad di zaman Rasulullah. Perkara ini diceritakan oleh Jabir ibn Abdullah. Kata beliau:

أنَّ امرأة يُقال لها أُم مروان ارتدت فأمر النبي صلى الله عليه وسلَّم بأنْ يُعرَض عليها الإسلام فإنْ تابت وإلا قتلت، فأبت أنْ تُسلِم فقتلت

“Seorang wanita dikatakan Namanya Ummu Marwan telah murtad di zaman Rasulullah. Maka Rasulullah mengarahkan agar diajak (dan diterangkan kepadanya) tentang Islam. Sekiranya dia bertaubat (maka akan dilepaskan) dan sekiranya tidak maka dia akan dibunuh. (Apabila diajak kembali kepada Islam), perempuan tersebut engkar lalu dia dibunuh. (HR al-Darqutni dan al-Bayhaqi).

  1. Hukuman bunuh ke atas murtad ini adalah hukum yang ditentukan di dalam al-Quran dan hadith. Rasulullah, para sahabat serta pemerintah Islam di zamannya turut mengamalkan perundangan yang sama.
  2. Mempertikaikan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul adalah refleksi kepada keimanan kita terhadap Allah dan Rasul ini.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

16/01/2020 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Surat Terbuka Buat Penganut Ajaran Salafi Palsu.

Assalamualaikum wrt

Saudaraku, yang dimuliakan Allah.
Pertama sekali, syukur kepada Allah Allah kerana kita dimuliakan kerana mengtauhidkan Allah sebagai ilah dan Muhammad S.A.W sebagai Rasul.

Dikalangan saudara. Ramai yang berpangkat mulia dan berpendidikkan tinggi seperti Mufti, Dr, Maulana dan sebagainya. Saya menzahirkan perasaan Hormat dan Kagum diatas kesanggupan saudara saudari menempuh jalan bagi menuntut ilmu Agama Allah bagi memahami Deen-Nya sehingga ke taraf tersebut dan sanggup berkorban apa saja sehingga sanggup berhutang bagi mencapai maksud tersebut.

Saudara yang dirahmati Allah, ketahuilah. Selagi mana seseorang itu berada atas landasan Aqidah yang betul yaitu Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Wajib keatas diri saya bagi mempertahankan nyawanya dari dibunuh. Ini adalah kewajipan.

Mungkin ada dari kalam kalam saya yang mengundang perit hati. Saya memohon maaf diatas ucapan tersebut. Percayalah, kata kata saya itu tidak lain melainkan hanya untuk mengajak kalian kembali kepangkal jalan yang sebenar yaitu Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Bukan kepada aqidah yang mengjisimkan dan mengtashbihkan Allah sama seperti makhluk. Yaqinlah saudara. Allah tidak berhajat kepada sesuatu.

Saudara, Salaf yang sebenar bukanlah suatu kefahaman yang mengjisimkan Allah atau mengtasybihkan Allah. Mereka tetap mengtanzihkan Allah dari Jisim atau Syibih yang sama seperti Makhluk. Jika Allah duduk di atas Arasy, sebelum duduk adakah Allah berdiri? Sebelum terciptanya Arasy, dimanakah tempat duduk Allah? Jika Allah bertempat adakah Allah mempunyai Tinggi, Luas, atau Besar? Bukankah Allah tidak berhajat kepada sesuatu sekalipun pada Arasy?

Saudaraku yang dimuliakan. Ulama adalah “tiang tiang seri” Agama. Tanpa mereka. Hancur luluhlah agama, merekalah yang menggunakan kepakaran mereka bagi mengeluarkan hukum dari Al Quran dan Hadis yang mana kita sendiri tidak layak untuk mengeluarkan hukum secara langsung dari Quran dan Hadis kerana tiada kepakaran. Siapalah kita untuk membanding bezakan Fatwa Imam Mazhab dengan mengikut mazhab yang hadisnya yang paling shoheh seolah olah kita lebih Alim Hadis berbanding dengan Imam Imam Mujtahid.

Tahukah saudara apa akibatnya jika Al Quran dan Hadis diambil secara mentah mentah. Wahabii. Syiah. ISIS. LIBERAL dan Ajaran ajaran sesat yang lain. Dalilnya adalah Al Quran dan Hadis juga tetapi tanpa mengikut format dan displin yang sepatitnya dilalui maka semuanya sesat. نعوذ بالله من ذلك

Saudara, pandangan saya, Konsep keterbukaan islam yang diperkatakan mungkin hanyalah membuka pintu kelonggaran hukum islam kepada orang islam dan membuka pintu hak hak khas untuk ummat islam kepada orang kafir seperti zakat. Banyak lagi sumber sumber lain boleh disumbangkan kepada orang kafir mengapa perlu menggunakan hak “Eksklusif” orang islam?

Sebenarnya saudara. Perkara ini hanyalah menyempitkan pemikiran ummat islam tentang beragama apabila dengan perkara khas orang islam diterbukakan manakala perkara asas yang perlu ummat islam faham di Bidaahkan seperti misalan Ilmu Tauhid Sifat 20 yang dikatakan Bidaah Falsafah dan sebagainya.

Tidak perlu saya ungkap peristiwa Pemecatan Imam Imam Masjid oleh Sohibus Samahah Tuan Mufti kerana hal hal yang langsung tidak salah dalam agama malah dituntut.

Saudara, tidakkah saudara rasa perkara ini hanyalah meleraikan ikatan ikatan perhubungan ummat dari berpegang dengan agama kepada konsep keterbukaan beragama? Saudara, kasihanilah orang orang awam. Mereka tidak punya kayu ukur atau asas kefahaman agama melainkan hanya mengikut insan insan yang disangkakan pada mereka adalah benar tetapi hanya memeningkan bahkan ada yang menyesatkan mereka. Walhasil orang awam hanya memilih untuk bermudah mudah dalam urusan beragama. Bukankah itu satu bala dalam agama apabila semua mengambil tidak berat hal ehwal agama?

Saudara yang dirahmati Allah. Muslim. Pakainya adalah pakaian Rasulullah kerana setiap perkara yang disandarkan kepada Rasulullah semuanya adalah Sunnah. Terkadang saya hairan. Saudara saudara yang dimulutnya sentiasa beratib “Sunnah.. Sunnah.. Ini Ada Hadis.. Ini Hadis Shoheh.. Ini Rasulullah buat.. Ini Rasulullah Tak Buat..” tetapi saudara lebih mementingkan pakaian barat dengan mengatakan ini adalah pakaian “Kontemporari” atau terkini walhal pakaian atau cara yang terbaik adalah dengan mengikut cara dan sunnah Rasulullah SAW.

Berhentilah menyalahkan ulama terdahulu kononnya menjadi “Hero” ummat dengan menggunakan istilah “Fikh Wakeq” atau “Fikh Kontemporari” atau bahasa lainnya “Menepati Maqosid Syariah” yang mana membuka pintu pintu kebebasan dan Liberal sehinggakan ajaran ajaran sesat yang lainnya menggunakan Kalam kalam dari pihak saudara bagi menjadikan hujjah keatas kesesatan mereka dan mengembangkan ajaran sesat mereka itu. Ini masaalahnya.

Malah dari perkhabarkan yang diberitakan seorang Tokoh Liberal memuji Tuan Sohibus Samahah diatas konsep “keterbukaan yang keterlaluan”

Akhir kalam, Mungkin cara dakwah yang saya sampaikan mengoris hati dan perasaan saudara, ketahuilah saudara. Semua yang saya lakukan atas dasar Kasih dan Mahabbah. Semua muslim adalah bersaudara. Tidak sanggup saya melihat saudara islam saya mengjisimkan atau mengtasyhbihkan Allah sama macam makhluk. Perkara sebegini boleh menjerumuskan kita ke lembah kekufuran.
Saudara, jika mungkin uslub saya adalah uslub kasar dalam berdakwah, saya sarankan saudara menerima uslub Para Habaib. Habib habib ini dakwahnya begitu lemah lembut dan mengajak manusia ke jalan Allah dengan penuh Hikmah. Ditambah pula dengan leluhur mereka adalah titihan dari Rasulullah SAW.

Jika saudara tidak dapat menerima dakwah saya, maka terimalah dakwah para Habaib.

Semoga Allah SWT memberikan kepada hati hati kita hidayah dan taufiq-Nya untuk berada diatas Aqidah yang sebenar Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Dikurniakan Allah didalam hati kita supaya mengasihi dan membesarkan Para Habaib. Dianugerahkan kepada kita keampunan. Diberikan kepada kita Guru yang sebenar. Diberikan kepada kita kehidupan beragama yang sebenar
Diberikan kepada kita cara amalkan sunnah yang sebenar
Moga dengan itu kita semua mendapat rahmat dan diberi keizinan oleh Allah untuk berkumpul bersama sama Rasulullah SAW.

Islam itu Bersaudara

-Tuan Guru Ustaz Ahmad Rozaini Abdul Rahman An Nuuri-

06/09/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah, wahabi | , | Leave a comment

Mengapa Liberal Memburukkan Mufti?

Olih: Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi

1. Apabila *Faisal Tehrani* menyifatkan Mufti sebagai seorang yang tidak mempunyai akal, bersifat angkuh malah seorang penyembah berhala diri, ini adalah satu kenyataan yang berat. Ia seakan satu hasutan untuk memburukkan institusi keagamaan sedangkan Mufti mempunyai peranan yang besar dalam memberikan nasihat berhubung hal ehwal agama.

2. Seseorang yang benar-benar menyayangi ahli keluarga Nabi itu akan sentiasa memandang tinggi para ilmuan seperti Mufti. Perhatikan apa yang dikatakan oleh Saidina Ali, menantu Rasulullah ini:

“إن من حق العالم أن لا تكثر عليه بالسؤال وعليك أن توقره وتعظمه لله تعالى ما دام يحفظ أمر -الله تعالى-، ولا تجلس أمامه، وإن كانت له حاجة…”

“Sesungguhnya salah satu hak yang perlu dipelihara terhadap orang alim itu adalah kamu tidak memenatkannya dengan soalan, dan hendaklah kamu memuliakannya dan mengagungkannya selagi mana dia menjaga hak Allah. Janganlah kamu duduk dihadapanya (kerana menghormatinya) sekalipun kamu mempunyai keperluan…”

3. Malah sekiranya seseorang itu menyayangi ahli keluarga Nabi, mereka akan sentiasa menghormati para ulama seperti yang dilakukan oleh sepupu Rasulullah Saidina Abdullah ibn Abbas. Abdullah ibn Abbas dikatakan seorang yang sangat menghormati para ilmuan agama. Beliau pernah memimpin kuda Zaid ibn Thabit kerana menghormati ilmuan agama tersebut.

4. Bahkan Abdullah ibn Abbas pernah menempelak mereka yang mencerca para ilmuan. Kata Abdullah ibn Abbas:

من آذى فقيها فقد آذى رسول الله صلى الله عليه وسلم ومن آذى رسول الله (صلى الله عليه وسلم) فقد آذى الله -عز وجل

“Barangsiapa yang menyakiti seorang faqih, maka dia telah menyakiti Rasulullah dan barangsiapa yang menyakiti Rasulullah, sesungguhnya dia telah menyakiti Allah.

5. Jelas sekali disini, para ahli keluarga Nabi itu adalah orang yang sangat mencintai ulama. Kenyataan Faisal Tehrani tersebut seakan bukan daripada apa yang diajarkan oleh Rasulullah, bahkan ahli keluarga Rasulullah. Perlakuan tersebut mirip kepada Syiah Sesat yang membenci sahabat Nabi. Mereka mengutuk para sahabat dengan cercaan yang keji.

6. Bahkan tindakan memburukkan Mufti dan agamawan ini tidak ubah seperti doktrin Liberal yang cuba menghasut masyarakat membenci Ulama. Mereka cuba memisahkan agama dari kehidupan manusia.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

31/08/2019 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Kesesatan Islam Liberal

Dr Riduan Mohamad Nor – Aliran Liberalisme lahir di Barat adalah lanjutan daripada zaman Renaisans (kebangkitan) yang berlaku di Eropah. Ia adalah hasil daripada tindak balas kaum intelek Eropah terhadap penindasan gereja terhadap ilmu sains dan juga teori-teori palsu ciptaan cendekiawan Yahudi untuk memusnahkan agama Kristian. Aliran pemikiran ini bertujuan untuk meningkatkan kebebasan yang diberi kepada individu.

Sebagaimana Ideologi Liberal atau Liberalisme di Barat yang terbina di atas kebebasan individu (dari cengkaman agama) dan perasaan syak atau ragu terhadap agama, maka begitu juga dengan fahaman Islam Liberal. Fahaman Islam Liberal berakar pada kebebasan akal tanpa batasan ditambah pula dengan perasaan syak dan ragu terhadap Islam. Bagi pendukung fahaman Islam Liberal, tidak ada di dalam agama suatu yang dianggap kudus dan suci yang tidak boleh dikritik atau dipertikai. Sepertimana Muktazilah, golongan Islam meletakkan akal lebih tinggi dari wahyu. Kerana itu mereka layak digelar Muktazilah moden atau Neo-Muktazilah.

Bagi mereka, penerimaan terhadap wahyu hendaklah berasaskan kepada penilaian akal dan rasional. Tidak ada yang dapat dikategorikan sebagai Qat’iyyat atau Musallamat iaitu ajaran-ajaran agama mesti diterima kebenarannya tanpa merujuk kepada akal terlebih dahulu (yakni diterima atas dasar iman dan keyakinan kepada Allah dan Rasul) sebagaimana yang menjadi pegangan umat Islam selama ini. Semua ajaran dalam agama bagi mereka adalah Dzanniyat (tidak pasti) dan Muhtamalat (mengandungi pelbagai kemungkinan). Oleh demikian, ia tertakluk kepada penerimaan akal dan rasional.

Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula as-Sunnah dan menapis semula hukum-hakam Syari’at dan Fiqh. Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuklah dalam hal-hal yang telah menjadi Ijmak ulama termasuklah tafsiran dari Rasulullah SAW, para sahabat dan ulama-ulama mujtahid. Bagi mereka, agama hendaklah ditundukkan kepada waqi’ (realiti) semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas Syarak secara qat’ie (putus). Jika terdapat hukum yang difikirkan tidak menepati zaman dan kemodenan maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Menurut Syeikh Abdullah Khatib dalam bukunya (Islam adalah penyelesaian; jawapan kepada pendakyah-pendakyah free thinker);

Golongan pemikiran bebas mempunyai agenda-agenda tersendiri yang menjadi matlamat mereka, iaitu;

1. Untuk menggugurkan agama secara sepenuhnya dari masyarakat iaitu memisahkan agama dari pendidikan, menjauhkan Syariat Islam dari kedudukannya sebagai sumber perundangan dan mengasaskan di atas dasar riba.

2. Untuk menjauhkan fikrah atau pemikiran manusia dari setiap yang mempunyai kaitan dengan roh, wahyu dan alam ghaib dan dari segala ikatan dengan akhlak, aqidah dan keimanan kepada Allah.

3. Untuk memartabatkan ketuanan akal, kebendaan (materialis) dan ilhad (ketidakpercayaan kepada agama dan wahyu) dalam setiap urusan kehidupan dan menjadikan Islam hanya sebagai agama rohani semata-mata dan menolak agama sebagai penentu dan pencorak perjalanan politik.

Golongan Islam Liberal mempunyai kecenderungan yang kuat untuk menghidupkan kembali pemikiran Muktazilah yang menurut mereka mewakili kumpulan Islam Rasional dalam sejarah peradaban Islam. Kerana itu, tokoh-tokoh Islam Liberal di Timur Tengah seperti Ahmad Amin, Thaha Husain dan sebagainya amat menyanjung Muktazilah dan memusuhi golongan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah khususnya Asya’irah yang dituduh jumud, beku dan anti-rasional. Ahmad Amin pernah menulis; “Kaum Muslimin lemah dan mundur kerana mereka tidak menggunakan cara berfikir Muktazilah…..”. (Lihat; al-Muamarat ‘Ala al-Islam, oleh Anuar al-Jundi, hlm 19).

Tidak terkecuali dari kecenderungan sedemikian tokoh-tokoh Islam Liberal Indonesia dan Malaysia. Sebagai contohnya, Kassim Ahmad dalam bukunya ” Hadis; Jawapan kepada Pengkritik”, telah menegaskan; “Untuk mengetahui di mana umat Islam telah tersilap bila mereka mendapati diri mereka terjebak dalam kemerosotan berpanjangan, kita harus mengesan langkah-langkah kita kembali ke dalam sejarah. Sebelum kaum teologi Assy’ariyyah menang mengatasi kaum rasional Muktazilah dalam abad-abad kesepuluh, kesebelas dan kedua belas, aliran saintifik dan rasional kuat dalam sains Islam, yang sememangnya telah menyebabkan terbina sains dan tamadun saintifik Islam yang agung. Di antara masalah-masalah yang hangat diperdebatkan di kalangan mereka ialah kebebasan dan tanggungjawab manusia di atas perbuatannya dan keadilan dan keesaan Ilahi. Dalam perbahasan ini, kaum Muktazilah mewakili aliran saintifik dan rasional. Malangnya, keadaan di Timur pada masa itu tidak memihak kepada mereka, berbeza dengan keadaan di Barat. Kaum Muktazilah tewas. Peristiwa bersejarah ini memberi laluan kepada kaum Assy’ariyyah berkuasa di seluruh Timur”.(Halaman 80)

Aliran Islam Liberal wujud hampir di setiap negara umat Islam hari ini. Nama mereka mungkin berbeza-beza dan mungkin tidak dikenali dengan nama tertentu, akan tetapi manhaj dan gaya mereka tetap sama iaitu meragui Syariat dan hukum-hakam agama, berprasangka buruk terhadap ulama dan mentafsir agama dan al-Quran melalui akal secara bebas. Apabila menyebut tentang tokoh-tokoh Islam Liberal, terdapat satu kesamaan antara mereka semua iaitu mereka pernah mendapat didikan di negara Barat atau pernah berkhidmat di mana-mana institusi Barat. Pengalaman ini menyebabkan mereka cenderung kepada apa sahaja yang berasal dari Barat tanpa memisahkan antara yang baik dan yang salah.

Manakala di rantau Asia Pasifik pula, negara Indonesia yang merupakan negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai dalam dunia telah menerima serangan yang sangat hebat daripada jalur pemikiran liberal dan pluralisme teologi. Negara ini semenjak zaman penjajahan kuasa Belanda telah diterjah dengan pelbagai serangan pemikiran malah kini menjadi markas rantau Asia Pasifik bagi gerakan Kristianisasi.

Menurut Adian Husaini (2002), di Indonesia untuk menyebar dan menyemarakkan fahaman ini tokoh Islam Liberal yang terdiri daripada kalangan tempatan atau luar negara sentiasa dimunculkan di dalam wacana berkaitan dengan fahaman ini.

Kelompok ini menerima dana yang besar daripada pendana luar negara seperti Asia Foundation, dan sebagainya. Mereka aktif dalam pelbagai wacana awam dan kelihatan berprestij dengan program yang diadakan di hotel, saluran radio tv dan pelbagai medium yang lain. Di Malaysia kelompok Islam liberal mewujudkan jaringan tersendiri , antaranya forum Islam liberal (FIL) yang secara konsisten menebarkan fahaman sesat ini. Penulis teringat pertemuan dengan almarhum Ustaz Hussein Umar, ketua Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia pada awal 2005 di Jakarta yang mengingatkan penulis dan anak muda Islam untuk mengawasi penularan Islam Liberal di Malaysia. Almarhum mengingatkan tentang NGO yang bernama SIS yang gencar menyebarkan fahaman sesat ini, malah dengan kunjungan -kunjungan tokoh Islam liberal Malaysia yang kerap ke Utan Kayu Jakarta iaitu markas besar JIL. Hari ini ingatan Ustaz Husein Umar menjadi realiti apabila arus Islam Liberal dan pluralisme agama makin mendapat tempat dihati umat Islam yang jahil dan lingkungan sosial yang semakin jauh daripada Islam.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, juga Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah PAS)

Sumber: Nov 05,2014 – by AIDC0

05/11/2014 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Jangan cepat melabel buruk dan tuduhan berat kepada seseorang

Cari salah orang aje
Masyarakat kita perlu dididik agar TIDAK CEPAT menuduh seseorang yang berbeza dengannya dengan tuduhan yang berat seperti Kafir, Liberal, Syirik, Bid’ah, Wahhabi, Ahbash, Khawarij, Sesat, Mujassim, Munafiq, Hina Islam, Persenda hukum, cabar Allah swt, Hina Nabi s.a.w dan yang sepertinya TANPA punyai bukti jelas.

Malah jika ada bukti pun, masih sangat perlu meneliti konteks percakapan, perbuatan dan tulisan itu.

Bukan itu sahaja, malah perlu juga meneliti faktor kesilapan tidak sengaja seperti salah cetak, tersalah tulis, tersalah catat, media tersalah quote dan mungkin hasil kurang ilmu & kefahaman dan bukan sengaja ingin berniat jahat.

Kebodohan itu tidak aib jika mereka sanggup belajar TETAPI si bijak yang mencerca si bodoh itulah sangat aib.

Masyarakat yang mudah melabel dan menuduh dengan tuduhan berat pasti akan sentiasa hidup dalam stress. Hari ini kita boleh menuduh seseorang dan bergembira dengan ‘label buruk’ itu, kelak nanti pasti ‘label buruk’ yang lain pula menimpa kita..tatkala itu akan dirasakan pedihnya.

Sukar dibayangkan bagaimana seorang yang mengaku ilmuwan atau pendakwah ke arah Islam, kebenaran dna kebaikan tetapi sangat mudah membuat gelaran membenci, mengutuk, menghina. bagiaman mereka nak menarik mad’u kepada mereka dengan sifat itu???

Banyak sungguh dalil dalam hal ini, cuma tidak mahu memanjangkan status ini. Lihatlah ayat Al-Hujurat ayat 11. dan juga hadis nabi

Sahabat-sahabat yang dikasihi, Rasulullah bersabda :

ادرؤوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم فإن كان له مخرج فخلوا سبيله , فإن الإمام أن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة

Ertinya : Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin selagi kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), LEBIH BAIK dari yang tersilap (dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah)” (Riwayat Ibn Majah, kitab al-Hudud, no 5004, At-Tirmizi, kitab al-Hudud, no 1424)

Bayangkan tindakan Umar al-Khattab :

أتي عمر رضي الله عنه بامرأة قد حملت فادّعت أنها أكرهت فخلى سبيلها

Ertinya : Pernah dibawakan kepada Umar Al-Khattab seorang wanita yang mengandung tanpa nikah, wanita tersebut mendakwa ia dipaksa (dirogol) maka Umar terus membebaskan wanita terbabit (dari hukuman hudud) ( Riwayat Al-Baihaqi, 8/235)

Imam Ibn Qudamah pula menjelaskan terdapat yang mentakwilkan wanita tersebut hamil bukan disebabkan zina dan persetubuhan tetapi adalah disebabkan dimasukkan mani lelaki tersebut ke dalam kemaluannya. (Al-Mughni, 1/193)

Semuanya ini sepatutnya memberikan kefahaman kepada para ustaz/ah, ilmuan dan ramai agar jangan tergesa-gesa melabel, men‘cop’ dan menganggap seseorang yang berbeza pendapat dengannya.

Dr Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

23/10/2014 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | , , , , , , , | Leave a comment