Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Allah Wujud Tanpa Bertempat


 

Allah Di Mana? Di Atas Langit atau Di Semua Tempat? 

Soalan di atas, lazimnya ditanya oleh salah satu dari dua orang berikut, sama ada dia memang tak tahu dan inginkan jawapan, atau soalan perangkap ‘salafi’ yang ingin menguji akidah ‘lawan’nya. Ini kerana mereka sudah meyakini bahawa Allah Taala itu tempatnya di atas langit. Jika orang tersebut menjawab di atas langit, dia akan berpuashati, tetapi jika orang tersebut menjawab di semua tempat atau di mana-mana sahaja (seperti fahaman Muktazilah), maka dia akan memerli dan memperbodohkan begini: “Walaupun di tandas?!”.

Sebenarnya soalan pilihan; ‘di atas langit atau di semua tempat’ seperti di atas adalah soalan bidaah. Saya katakan ianya bidaah sayyi’ah (yang keji). Ini kerana ianya telah menimbulkan terlalu banyak perbalahan dan sengketa sehingga kini. Maka eloklah ditinggalkan sahaja pertanyaan bidaah tersebut. Ini kerana jawapan yang pertama dan yang kedua adalah mustahil bagi Allah, selagi ia berhubung dengan tempat, sepertimana yang akan diterangkan nanti. Allah Taala tidak berada di tempat tertentu, sama ada atas, bawah, kiri, kanan, depan atau belakang. Ini tidak bermakna Allah Taala itu ‘ma’dum’ (معدوم) yakni ‘yang ditiadakan’ (seperti ejekan setengah ‘ salafi’ pembidaah yang jengkel), kerana Dia telah sedia ada wujud dengan zat-Nya. Begitu juga Allah Taala tidak berada di semua tempat.

Jawapan Yang Sahih

Namun, pertanyaan; ‘di mana Allah?’ bukanlah bidaah. Ini kerana Allah Taala telah mengetahui tabiat manusia yang pasti akan bertanya soalan seperti itu. Dan Allah Taala tidak mahu umat Nabi Muhammad SAW ini menjadi sepertimana orang Yahudi dan orang Kristian yang beriktikad bahawa Allah Taala itu di atas langit dengan zat-Nya, lalu diturunkan anak-Nya ‘Uzair menurut Yahudi, dan Jesus (‘Isa) menurut Kristian, ke atas muka bumi, لا حول ولا قوة إلا بالله. Oleh kerana itu Allah Taala telah menurunkan jawapannya seperti berikut, firman-Nya dalam surah al-Baqarah:

Terjemahan: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku mudah-mudahan mereka menjadi baik serta betul”. (186)

Bagaimanapun jika mereka tidak berpuashati dengan jawapan dari kalam Allah ini, katakanlah: Allah wujud tanpa bertempat (الله موجود بلا مكان). Ini kerana Allah Taala tidak memerlukan tempat (dan langit adalah termasuk daripada tempat). Yang memerlukan tempat ialah makhluk. Dia-lah yang menciptakan tempat, maka tempat adalah termasuk daripada makhluk. Allah Taala tidak memerlukan apa-apa daripada makhluk-Nya dan tidak bergantung kepada mereka sedikitpun.

Komentar Hadith Jariyah

Adapun hadith jariyah (hamba perempuan) yang menunjukkan seolah-olah Allah Taala di langit, dijawab oleh para ulama Ahlus Sunnah wal-Jamaah seperti berikut;

1- Ianya bukan hadith mutawatir. Maksudnya hanya segelintir sahabat Nabi SAW sahaja yang meriwayatkannya, tidak ramai. Maka orang yang mati tanpa akidah ‘Allah di atas langit’ tidaklah berdosa. Justeru, usul akidah mesti disabitkan dengan hadith mutawatir.

2- Hadith tersebut tidak dimuatkan oleh ulama-ulama hadith yang meriwayatkannya di dalam bab akidah, kecuali golongan musyabbihah dan sebahagian ahli hadith yang terpengaruh dengan mereka dalam mazhab Hanbali.

3- Ini kerana cara ia difahami berhubung dengan situasi hadith itu diucapkan, di mana jariyah tersebut adalah orang biasa yang kurang berpelajaran, maka wajarlah Nabi SAW melayaninya menurut kemampuan akal fikirannya. Dalam riwayat berkenaan beliau menjawab: “Di langit”, kerana inilah kefahaman semua orang biasa, termasuk kaum Yahudi, Nasrani dan kaum musyrikin yang percaya kewujudan Tuhan dan kekuasaannya. Apa yang membezakan dengan mereka di sini ialah pengakuannya terhadap kerasulan Nabi SAW, lalu baginda menghukumkannya sebagai mukminah. Manakala dalam satu riwayat lain, beliau hanya menunjuk ke arah atas, manakala yang berkata ‘ke langit’ ialah perawi hadith yang menceritakan situasi berkenaan.

4- Maka para ulama menafsirkannya menurut kaedah; ‘merujukkan nas yang mutasyabihat (mengelirukan) kepada nas yang muhkamat (meyakinkan)’. Antara nas yang muhkamat di sini ialah ayat (ليس كمثله شيء), “Tiada suatu apapun yang menyerupai-Nya”. Jika Nabi SAW pernah bersabda; ‘Allah di langit’, pasti tidak timbul masalah, dan ianya tidak menjadi nas yang mengelirukan (mutasyabihat). Justeru, ulama menyatakan bahawa jawapan/isyarat jariyah tersebut adalah menunjukkan ketinggian kedudukan Allah (علو المكانة), dan bukannya ketinggian tempat Allah berada (علو المكان). Ini ditunjukkan dengan kalimah (في السماء), “di langit” dengan lafaz mufrad (tunggal) sahaja, bukan dengan lafaz (فوق السماء السابعة), “di atas langit ketujuh”, atau dengan lafaz plural (فوق السموات), “di atas semua langit”. Maka kalimah al-sama’ dalam adat Arab mengisyaratkan kepada alam ghaib yang tidak dapat diketahui hakikat sebenarnya.

5- Tambah mereka lagi; adat umat Islam menadah tangan ke langit ketika berdoa adalah kerana langit itu adalah kiblat bagi doa (tidak kira sama ada anda di Kutub Utara atau di Kutub Selatan maka kiblat semasa berdoa ialah langit), sepertimana kita bersembahyang menghadap Allah Taala, maka kiblatnya ialah ke Kaabah. Ini bukanlah bermakna Allah Taala berada di hadapan kita dengan zat-Nya, dan tidak ada di sebelah belakang.. Jika kita mengamati kedudukan bumi dari angkasa dan mengamati seluruh alam cakerawala ini, di samping menginsafi kekerdilan diri, pasti kita akan akur dengan ayat al-Quran di atas. سبحان الله..

6- Kefahaman akidah orang awam seperti yang saya sebut di atas juga, berlaku dalam beberapa perkara akidah yang lain, seperti soal perbuatan hamba (أفعال العباد), kefahaman tentang iradah (kehendak) manusia dan qadar Allah SWT. Jika tidak diberi penjelasan atau diajarkan ilmu yang sahih, mereka akan menyangka bahawa Allah SWT menjadikan manusia dan membiarkan mereka berusaha mengurus hidup mereka masing-masing dengan sendiri tanpa campurtangan daripada-Nya. Atau pun mereka percaya hidup mereka ini telah ditentukan semuanya oleh Allah SWT, maka tidak perlu berusaha untuk mengubah apa-apa yang telah ditetapkan dan berserah sahaja bulat-bulat.

7- Sebahagian ulama Ahlus Sunnah seperti Imam Muhammad Zahid al-Kawthari dan al-Hafiz ‘Abdullah al-Ghumari mengatakan bahawa hadith tersebut adalah syaz, iaitu hadith yang sahih sanadnya, tetapi matannya berlawanan dengan hadith-hadith sahih yang lain. Ini kerana kebanyakan dakwah Nabi SAW adalah dengan seruan supaya mengucap syahadah (لا إله إلا الله), bukannya bertanya ; “Di mana Allah?” (أين الله). Malah sebahagian jalan riwayat hadith berkenaan diriwayatkan dengan lafaz yang jelas : (أتشهدين أن لا إله إلا الله). Maka hadith syaz tidak dapat dijadikan hujah.

Wallahu a’lam.

sawanih.blogspot.my/…/allah-di-mana-di-atas-atau-di-semua.h…

Penulis Adalah Ustaz Dr Khafidz Soroni Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor

Rujukan tambahan:

1- Fatwa al-Hai’ah al-‘Ammah – http://www.awqaf.ae/Fatwa.aspx?SectionID=9&RefID=4018

2- Risalah al-Burhan al-Sadiq. cb.rayaheen.net/showthread.php?tid=25531

3- Fatwa Dar al-Ifta’ Mesir – dar-alifta.org.eg/AR/Default.aspx

 


Penulis : Ustaz Dr Khafidz Soroni


Sumber:
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 
 


 

24/02/2016 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama | Leave a comment

Harus Sedekah Pahala Kepada Si Mati

image

(Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan)

Tentu ada yang tertanya, persoalan ini sudah lama dibahas dan dibincangkan oleh para ulama. Justeru, kenapa perlu diungkit semula? Bukankah mereka yang berpuashati dengan dalil bolehnya tetap mengatakan harus, dan mereka yang berpuashati dengan dalil tidak bolehnya tetap mengatakan tidak harus?Memang benar, namun kita masih kekurangan dalam soal berlapang dada dan soal adab ikhtilaf.

Tulisan ini sebenarnya hanya bertujuan untuk menjawab persoalan sesetengah orang yang masih mempertikaikan dan tidak mahu menerima ikhtilaf ulama dalam masalah ini. Di samping untuk memberi pencerahan kepada sesetengah orang yang berasa samar dan keliru disebabkan momokan orang yang mempertikaikan itu.Apakah para ulama dan para ustaz yang mengamalkannya selama ini sebenarnya salah dan sesat?

Isu ini adalah salah satu isu paling utama dalam senarai sebuah fahaman kontemporari, selain soal ziarah, tawassul, tabarruk dan lain-lain yang berkaitan dengan alam barzakh. Ia merupakansalah satu masalah yang selalu ditimbulkan dan dibahaskan, sedangkan para ulama dahulu telah selesai lama membahaskannya.

Keputusannya, mereka yang tidak bersetuju dengan memberi sedekah pahala kepada si-mati tetap mengatakan tidak bersetuju dan mendakwa ia tidak dilakukan oleh Nabi SAW dan para salaf.

Sebaliknya, mereka yang berpendapat boleh memberi sedekah pahala kepada si-mati tetap mengatakannya boleh kerana ia masih di dalam ruang lingkup nas-nas dan dalil-dalil hukum syarak.

Khilaf Ulama Yang Muktabar Perlu diketahui, bahawa para ulama bersepakat yang pahala haji, sedekah, permohonan doa dan istighfar boleh sampai kepada si mati.Namun, mereka berselisih tentang pahala solat, puasa, bacaan al-Quran, zikir dan seumpamanya, adakah ia boleh disampaikan kepada si mati atau tidak?

– Pendapat yang mengatakan sampai pahala tersebut ialah daripada Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad (menurut satu riwayat yang masyhur daripadanya), sebahagian ashab Imam Malik dan ramai ashab Imam al-Syafi‘i.- Manakala pendapat yang mengatakan tidak sampai pahalatersebut ialah daripada Imam Malik, Imam al-Syafi‘i (menurut satu riwayat yang masyhur daripadanya) dan Imam Ahmad (menurut riwayat lain daripadanya).Sebagaimana yang jelas tertera, masalah ini termasuk dalam perkara khilaf di kalangan ulama mujtahidin. Maka, tidak sewajarnya dalam perkara khilaf sebegini kita masih melontarkan tuduhan bidaah, jahil, sesat dan sebagainya kepada pihak yang tidak sependapat. Perkara tersebut sepatutnya tidak perlu berlaku kerana perselisihan yang muktabar seperti ini tidak termasuk dalam perkara mungkar yang wajib dicegah.Antara dalil-dalil yang mengharuskan Secara ringkas, hanya dicatatkan di sini sebahagian dalil-dalil pihak yang mengatakan boleh memberi sedekah pahala kepada si mati,kerana perbincangan lanjut mengenai dalil-dalil kedua-dua belah pihak secara panjang lebar boleh dirujuk kepada kitab-kitab yang telah membahaskannya secara terperinci.

1- Hadis:عن ابن عمر قال: سمعت النبي صلى اللّه عليه وسلم يقول: إذا مات أحدكم فلا تحبسوه وأسرعوا به إلى قبره وليُقرأ عند رأسه بفاتحة الكتاب وعند رجليه بخاتمة البقرة في قبره. (رواه الطبراني في المعجم الكبير والبيهقي فى شعب الإيمان والخلال في القراءة عند القبور، ولفظه: بفاتحة البقرة، قال الهيثمي: فيه يحيى بن عبد الله البابلتي، وهو ضعيف. وقال الحافظ ابن حجر في فتح الباري: أخرجه الطبراني بإسناد حسن. وله شاهد من حديث عبد الرحمن بن العلاء بن اللجلاج عن أبيه، قال الهيثمي: رجاله موثقون. فالحديث عندي حسن لغيره على الأقل)
Terjemahan: Dari Ibnu ‘Umar RA katanya: Aku dengar Nabi SAW bersabda: “Apabila mati salah seorang dari kamu, maka janganlah kamu menahannya dan segeralah membawanya ke kubur dan bacakanlah di sisi kepalanya Fatihah al-Kitab (dalam lafaz lain: pembukaan al-Baqarah) dan di sisi kedua kakinya penutup al-Baqarah di kuburnya”. (Hadis riwayat al-Tabarani, al-Baihaqi dan al-Khallal dengan sanad hasan li ghairih)

2- Hadis:روي عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ رضي الله عنه أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ:اقْرَؤُوا عَلَى مَوْتَاكُمْ يس. (رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيُّوابن ماجه وأحمد والحاكم وابْنُ حِبَّانَ وَصَحَّحَهُ، وأقره الحافظ ابن حجر في بلوغ المرام، وحسنه السيوطي، وضعفه آخرون لجهالة أبي عثمان وأبيه)
Terjemahan: Diriwayatkan dari Ma‘qil bin Yasar RA dari Nabi SAW bersabda: “Bacakanlah ke atas orang yang telah mati di kalangan kamu surah Yasin”. (Hadis riwayat Abu Dawud, an-Nasa’i, Ibn Majah, Ahmad, al-Hakim dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya)

Terjemahan ini berdasarkan kepada zahir lafaz hadis bagi yang berpendapat boleh sedekah pahala kepada si-mati dan menghukumkan darjatnya hasan berdasarkan penilaian AbuDawud, al-Hakim, Ibn Hibban, Ibn Hajar dan al-Suyuti.

Manakala, sebahagian ulama lain mentafsirkannya, “…orang yang hendak mati di kalangan kamu” dan menghukumkan tarafnya daif.

3- Hadis:عَنْ جَابِرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: « مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَنْفَعَ أَخَاهُ فَلْيَنْفَعْهُ ». (رواه مسلم وابن ماجه وأحمد)
Terjemahan: Dari Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mampu dari kalangan kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya, maka berilah manfaat kepadanya”. (Hadis riwayat Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Jika dalam hal urusan dunia kita digalakkan oleh syarak supaya saling bantu membantu antara satu sama lain, apatah lagi dalam hal urusan akhirat yang merupakan suatu kehidupan yang kekal abadi.

4. Hadis Nabi SAW meletakkan pelepah kurma di atas kubur. Dari Ibnu ‘Abbas, katanya: “Bahawa Nabi SAW pernahmelewati dua buah kubur, lalu baginda bersabda: “Kedua-dua mereka sedang diseksa, padahal mereka diseksa bukanlah kerana melakukan perkara besar. Adapun salah seorang daripada mereka, ia selalu tidak betul-betul bersuci (istibra’) dari kencingnya. Manakala yang seorang lagi pula suka mengadu domba.” Kemudian Nabi mengambil satu pelepah kurma hijau, lalu dibelahnya menjadi dua. Lantas, baginda menanamkan setiap satunya pada kedua-dua kubur tersebut. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, mengapa tuan berbuat demikian?” Jawab baginda: “Moga-moga kedua-dua mereka diberi keringanan selama pelepah ini belum kering” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam kisah yang lain, menurut riwayat Muslim, Nabi SAW menyuruh Jabir RA mengambil dua pelepah kurma, lalu baginda meletakkan setiap satunya di atas dua buah kubur dan bersabda: “Aku telah melewati dua buah kubur yang kedua-dua penghuninya diazab, maka aku ingin supaya dengan syafaatku ia diangkat daripada mereka berdua selamamana kedua-dua pelepah ini masih basah”.

Dalam kisah yang lain lagi, menurut riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi SAW melewati sebuah kubur, lalu baginda meminta dua pelepah kurma, maka salah satunya diletakkan di sebelah kepala mayat dan satu lagi diletakkan di sebelah kakinya.

Kata Imam al-Khattabi: “Padanya terdapat dalil istihbab (disukai) membaca al-Quran di atas kubur kerana jika dapat diharapkan terhadap si mati agar diringankan azab dengan sebab tasbih tumbuh-tumbuhan, maka bacaan al-Quran itu tentu lebih besar lagi harapan dan barakahnya”. (‘Umdah al-Qari)

5- Dalil kias dengan amalan haji, puasa, sedekah, doa dan istighfar yang jelas sahih nas-nasnya.http://sawanih.blogspot.com/2015/02/harus-sedekah-pahala-kepada-si-mati.html

Penulis Adalah Ustaz Dr. Khafidz Soroni
Pensyarah Di Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor & Co- Editor DI Institut Kajian Hadis Selangor (INHAD), KUIS

22/02/2016 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Belajar Zaman Dulu VS Zaman Sekarang🤓

🤗
✒Zaman Dulu, sanggup tak tidur sebab menuntut ilmu.
Zaman Sekarang, sanggup tak belajar kerana banyak tidur.

✒Zaman Dulu, sanggup berjalan jauh demi ilmu.
Zaman Sekarang, belajar jauh-jauh sebab nak berjalan-jalan.

✒Zaman Dulu, masalah fiqh ditanya kpd Ulama’.
Zaman Sekarang, masalah fiqh dibincang dan didebat dlm group whatsApp.

✒Zaman Dulu, takut nak keluarkan fatwa.
Zaman Sekarang, semua orang mengaku jadi mufti dan sesuka hati menghukum orang dan mengeluarkan fatwa.

✒Zaman Dulu, belajar 20 tahun masih berasa jahil.
Zaman Sekarang, belajar 2 jam dalam encik google dah mengaku alim.

✒Zaman Dulu, belajar sebab nak mengenal Allah.
Zaman Sekarang, belajar sebab nak dikenali dan dipuji orang.

✒Zaman Dulu, Tok Guru masuk kelas tanpa bawa kitab kerana alimnya,
Zaman Sekarang, anak murid yang tak bawa buku sebab malasnya.

Sekadar Muhasabah utk diri sendiri dan para pembaca……

22/02/2016 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Sekilas 50 – Manhaj Wahabi Yang Di Tentang (Siri 1)

Kala ini, perbincangan mengenai Wahabi begitu hebat, bermula dengan peyenarai hitam beberapa penceramah dari memasuki negeri Johor.

Saya pernah menulis bab ini pada tahun 2009,nampaknya isu ini akan sentiasa berulang. Mungkin saya kena terus menulis untuk tahun-tahun akan datang, sehinggalah untuk puluhan tahun akan datang, mungkin juga jika generasi saya sudah tiada, akan tetap ada orang baru menyambung menulis seperti ini.

Wahabi, golongan yang lantang membidaahkan orang lain, tetapi akan begitu lembut meraih simpati, apabila mereka mula ditentang, sedangkan kerja memperlekehkan orang lain bermula dengan golongan mereka.

Saya harap, tulisan ini dibaca hingga ke akhir..
1. Manhaj Wahabi adalah satu manhaj yang menggunakan al-Quran dan Hadis semata-mata.

2. Doktrin ini nampaknya bagus tetapi ia akan mengetepikan pandangan ulama-ulama muktabar. Sebab itu akhirnya, doktrin ini akan menolak mazhab.

3. Menolak mazhab bagi orang betul-betul berilmu, yang faham ayat hukum dan hadis hukum, tahu menggunakannya akan menyebabkan seseorang itu terselamat dari tafsiran yang salah.

4. Jika seseorang itu orang awam, yang baru berjinak-jinak dengan agama, akan mendedahkannya tersalah di dalam tafsiran sesuatu hukum. Kadang-kala, baca ayat hukum pun dari buku-buku terjemahan.

5. Jika dia menolak tafsiran hukum dari Imam-Imam besar seperti Imam al-Syafie, dandia pula berminat dengan tafsiran hukum ustaz barunya ini, akhirnya, dia tidak berminat dengan pandangan ulama muktabar, dan akan menggunakan pandangan ustaz itu sendiri.

6. Ia akan mewujudkan mazhab baru apabila, ustaz baru itu sebagai pegangan mazhabnya. Doktrin ini akan menolak tafsiran dari ulama muktabar dan akan memakai tafsiran sendiri atau tafsiran ustaz itu sendiri di dalam sesuatu hukum.

7. Biasanya, ustaz baru ini akan mula memperlekehkan ulama besar, untuk menaikkan dirinya sebagai orang yang hanya benar dirujuk.

8. Biasanya ustaz baru ini akan membid’ahkan tok-tok guru dan ulama lain dan menyatakan ia sahaja yang betul.

9. Peminat ustaz baru ini akan mula kurang akhlaknya dan belajar memperlekehkan ustaz-ustaz lain terutama ulama besar, sama sepertigurunya.

10. Apa bahayanya ? Jika kebetulan ustaz yang memperlekehkan ulama besar ini bagus, ia akan dapat membawa anak muridnya terus mengenal Allah

11. Tetapi, jika ustaz ini terus menerus mentafsir agama melalui kefahaman dia sendiri, berdalillkan ayat quran dan hadith melalui tafsirannya sendiri, mengetepikan tafsiran ulama besar, ia akan menjadikan anak muridnya berpegang pada tafsirannya sahaja dengan mengetepikan tafsiran ulama besar.

12. Kalau dia mentafsir sesuatu ayat quran itudengan tafsiran bahawa kita perlu bertindak tegas dan ganas, membawa dalil-dalil yang dia tafsir sendiri, sudah tentu nanti anak muridnya akan ingat bahawa itulah agama, itulah yang Allah kehendaki, itulah yang Nabi kehendaki, maka tafsiran itu diikuti, ia akan menjadikan anak murid itu bertindak ganas seperti yang ditafsirkan oleh guru ini.

13. Sebab itulah manhaj Wahabi ini bahaya, iamenjadikan seseorang cuba mentafsir sendiri agamanya, ataumengikut  ustaz yang mentafsir sendiri ayat-ayat itu. Ia sudah tidak memakai lagi pandangan ulama-ulama yang besar dan muktabar di dalam membahaskan sesuatu itu.Artikel saya akan datang akan saya kongsikan, bahaya dari sudut akidah pula dan kenapa tuan-tuan guru terdahulu menolak pandangan Wahabi .

Ustaz Muhamad bin Abdullah
Sek 26 Shah Alam
18 Febuari 2016 jam 11.45 pagi

22/02/2016 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Banyak nya pahala bila solat di masjid/surau

Wow!!!….banyaknya pahala boleh dibuat..BILA SOLAT DI MASJID/SURAU.

INSYAALLAH KITA AKAN PEROLEHI :

1. Pahala sahut seruan azan
2. Pahala melangkah ke masjid
3. Pahala masuk masjid.
4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid
5. Pahala doa masuk masjid
6. Pahala solat tahiyyatul masjid
7. Pahala i’tikaf
8. Pahala solat berjamaah
9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
10. Pahala amin bersama imam
11. Pahala rapatkan sof,
12. Pahala luruskan sof
13. Pahala dengar tilawah quran
14. Pahala hubung silaturrahim
15. Pahala duduk dalam majlis zikir
16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
17. Pahala jadi makmum
19. Pahala membersihkan masjid
20. Pahala menuntut ilmu
21. Pahala nasihat menasihati
22. Pahala sedekah ditabung masjid
23. Pahala mempelajari bacaan Quran yang betul melalui bacaan imam.
24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
25. Pahala menghidupkan sunnah Rasulullah saw
26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
27. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri..

Daripada darjat-darjat ini, berapa yang tidak boleh dicapai jika solat berjemaah dirumah?

Oleh itu marilah kita berjemaah di masjid/surau sedapat yang mungkin.‪

#‎BahagianDakwahJakim

21/02/2016 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG, JANGAN KENA MATAHARI

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nk kamu lakukan.
1.BILA KAMU BERNIAGA ,JANGAN KUTIP HUTANG2. BILA KAMU BERNIAGA, JANGAN KENA MATAHARI

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik.

Lalu bertanya,Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.Kedua , ayah pesan. KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.*

Moral of the story“““““““““““““““““““““

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza.

Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga,kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah.

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat.

Nabi Muhamamad saw, pernah bersabda;”Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman”.

Kredit : Hidayatul Karimah

‪#‎bahagiandakwahjakim

18/02/2016 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

KEBATILAN AJARAN WAHHABI MELALUI KITAB-KITAB PENGASAS DAN PENGIKUT AJARAN INI

1) Al-Wahhabiyyah ialah satu kumpulan yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab yang terbit dari Najd, Hijaz ini telah membuktikan isyarat Nabi SAW dengan keluarnya tanduk syaithon di dalam riwayat Imam Al-Bukhari.

2) Muhammad bin Abdul Wahhab tidak mengakui seorang pun sebagai Islam di atas muka bumi selain jemaahnya dan semua yang menyalahinya dikirim orang untuk membunuh ketika tidur kerana dia mengkafirkan orang Islam dan halal darah mereka. Lihat kitab السحب الوابله ص 276 و حاشية رد المحتار ( ج4/262) dan selain keduanya.

3) Ulama’ sezamannya telah memberi peringatan untuk menjauhinya bahkan bapanya sendiri As-Syeikh Abdul Wahhab dan Abangnya As-Syeikh Sulaiman. Abangnya mengarang dua kitab untuk menolak Muhammad B Abdul Wahhab. Pertama فصل الخطاب فبي الرد على محمد بن عبد الوهاب kedua الصواعق الإلهية في الرد على الوهابية begitu juga gurunya memberi amaran seperti Muhammad b Sulaiman Al-Kurdi di dalam kitabnya Al-Fatawa.

4) Golongan wahhabi berkata sesungguhnya Allah duduk di atas ‘arash dan Allah duduk bersama Muhammad pada hari kiamat. Semoga Allah jauhkan kita daripada akidah yang kufur ini. Sila rujuk (كتاب مجموع الفتاوى (ج4/374) و بدائع الفوائد (ج4/40)

5) Golongan Wahhabi mempertahankan mereka yang mengatakan alam ini ada bersama dengan Allah Ta’ala sejak azali. Moga Allah jauhkan kita daripada akidah yang membawa kekufuran ini. Rujuk kitab-kitab berikut ;

موافقة صريح المعقول (ج1/75) و منهاج السنة (ج1/24) و نقد مراتب الإجماع 168-شرح حديث عمران بن الحصين ص 193-شرح حديث النزول 161- مجلة التمدن محرم 1381ه ص 387
6) Golongan wahhabi mengatakan Allah Ta’ala ada mulut seperti yang tertulis alam kitab mereka yang bernama As-Sunnah mukasurat 77.

7) Golongan wahhabi mengatakan : Umat Nabi Muhammad syirik dan syirik mereka lebih teruk daripada syirik menyembah berhala. Rujuk kitab مجموعة التوحيد ص 266 و 281.

8 Wahhabi mengkafirkan ahli Syam, Maghrib, Yaman, Irak dan Mesir. Rujuk kitab فتح المجيد ص 217

9) Wahhabi mempertahankan mereka yang berkata neraka itu hancur tidak kekal seorangpun dan menganggap mempertahankan akidah ini mendapat pahala. rujuk kitab mereka حادي الأرواح ص 260 و التعليق على رفع الستار ص 32

10) Wahhabi mengatakan Siti Hawa رضي الله عنها adalah seorang musyrik seperti yang tersebut di dalam kitab Ad-Din Al-Khalish Juzuk 1 mukasurat 160.

11) Wahhabi mencela Sahabat Nabi yang Mulia iaitu Bilal b Al-Haarith Al-Mazani Radhiallahu ‘Anhu dengan kufur dan melakukan syirik. Ini terdapat di dalam ta’liq mereka kepada kitab Fathul Baari cetakan Dar Ar-Rayyan lilturath juzuk 2 mukasurat 575.

12) Wahhabi mengatakan : Abu Jahal dan Abu Lahab lebih kuat tauhid dan tulus imannya daripada sekalian muslim yang menyebut kalimah لا اله إلا الله محمد رسول الله. Rujuk kitab yang bernama كيف نفهم التوحيد ص 16

13) Wahhabi mengkafirkan mereka yang berpegang dan bertaqlid kepada satu mazhab daripada mazhab yang empat seperti yang tercatit dalam kitab yang bernama هل المسلم ملزم باتباع مذهب معين من المذاهب الأربعة dan mengatakan sesungguhnya taqlid itu raja kepada syirik seperti yang terdapat di dalam kaset salah seorang ulama mereka.

14) Firman Allah Ta’ala : “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan sesiapa yang melakukan syirik denganNya” Wahhabi berkata “Sesungguhnya Allah mengampunkan setengah daripada syirik seperti terdapat di dalam kitab فتاوى الألباني ص 351

15) Imam Bukhari mengtakwilkan di dalam kitab sahihnya firman Allah “Setiap sesuatu akan binasa kecuali wajah Allah” (Surah Al-Qasas ayat : 88) dengan berkata kecuali kekuasaanya namun wahhabi mengatakan sesiapa yang mengtakwil dengan takwilan ini maka dia bukan muslim seperti tercatat di dalam kitab فتاوى الألباني ص 523

16) Wahhabi mengatakan sesungguhnya sesiapa yang solat dan berpuasa dan berkata dengan lidahnya “sahaja aku solat atau sahaja aku berpuasa” diazab di dalam neraka. Ini tercatat di dalam akhbar yang benama Australia Islamic review 26 march 9 April 1996 page 10.

17) Wahhabi menghalalkan darah sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW secara kuat selepas azan dan menganggap ia lebih teruk daripada zina. Lihat akhir kitab Tarikh Al-Sultonah Al-Uthmaniyyah dan kitab Ad-Dalil Al-Kaafi.

18) Wahhabi mengharamkan sambutan maulidurrasul seperti yang terdapat di dalam kitab mereka فتاوى مهمة ص 45 dan hampir-hampir mengkafirkan mereka yang menyambut maulidurrasul seperti yang terdapat di dalam kitab صيانة الإنسان ص 233 tetapi mereka mengharuskan bagi mereka untuk berkumpul untuk ceramah sirah Muhammad b Abdul Wahhab sempena tahun kelahiran dan wafatnya. Lihat kitab هذا والدي ص 123

19) Wahhabi mengatakan bacaan Al-Quran kepada orang muslim yang mati termasuk di dalam kesesatan seperti di dalam kitab فتاوى مهمة ص 32

20) Wahhabi mengharamkan ziarah orang hidup kepada orang hidup pada dua hari raya. Lihat kitab فتاوى الألباني ص 63

21) Imam Ali Radhiallahu ‘Anhu mengatakan “Keluar pada dua hari raya kepada kubur termasuk daripada sunnah”. Riwayat Al-Baihaqi. Tetapi wahhabi mengatakan haram ziarah kubur pada dua hari raya seperti tercatat di dalam kitab Fatawa Al-Albani.

22) Wahhabi bercita-cita untuk menghancurkan kubah hijau Rasulullah SAW dan menggalakkan kepada yang demikian. Lihat kitab تحذير الساجد ص 68

23) Sabda Nabi SAW : من زار قبري و جبت له شفاعت “Sesiapa yang mengziarahi kubur aku dan diwajibkan baginya syafaat aku” Hadith disahihkan oleh Al-Hafiz As-Subki dan selainnya tetapi wahhabi mengharamkan ziarah kepada kubur Nabi SAW seperti di dalam kitab mereka الفتاوى الكبرى ص 142

24) Sabda Nabi SAW إذا كانت ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها و صوموا نهارها “Apabila malam nisfu Sya’ban maka dirikan malam dan berpuasalah pada sianghari” Riwayat Ibnu Majah tetapi wahhabi mengharamkan mendirikan malam nisfu sya’ban di dalam kitab mereka فتاوى مهمة ص 57

25) Firman Allah SWT : فالذين ءامنوا به و عزروه و نصروه و اتبعوا النور الذي انزل معه أولئك هم المفلحون “Maka orang-orang yang beriman kepadanya dan memuliakannya juga menolongnya serta mengikut cahaya yang diturunkan kepadaya (Al-Quran) mereka itulah orang-orang yang berjaya” Surah Al-‘A’raaf :157 tetapi wahhabi menghalalkan darah mereka yang membesarkan dan memuliakan Rasulullah SAW seperti tercatat di dalam kitab mereka مجموعة التوحيد ص 139

26) Nabi SAW bersabda : “Demi diri aku di dalam kekuasaanya, membunuh orang mukmin itu lebih besar di sisi Allah daripada seluruh isi dunia” Riwayat An-Nasaie tetapi wahhabi menghalalkan darah orang islam sehingga ke Timur Jordan di mana disembelih orang wanita dan kanak-kanak sehingga bilangannya mencecah 2750 lihat akhbar As-Sofa April 1924

27) Wahhabi menghalalkan darah jemaah tabligh dan mengkafirkan ketua-ketua mereka As-Sheikh Khalid An-Naqsyabandi dan As-Sheikh Muhammad Ilyas dan As-Syeikh Muhammad Zakariyya, As-Sheikh Muhammad In’aam Al-Hasan Rahimahumullahu. Lihat kitab mereka القول البليغ في التحذير من جماعة التبليغ

28) Telah ittifaq ulama’ dan orang awam daripada orang Islam bahawa ayat ليس كمثله شئ و هو السميع البصير “Adalah Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dan Dia maha mendengar lagi maha melihat” Surah As-Syura : 11 di mana ayat ini menunjukkan mahasuci Allah daripada menyerupai makhluk adapun wahhabi berkata : ayat ini tidak sunyi daripada tasybih bagi Allah dengan makhluk seperti yang tertulis dalam kitab mereka بغية المرتاد ص 178

29) Sahabat Nabi Abdullah bin ‘Amr adalah beliau menggantungkan di atas tengkuk anaknya azimat yang daripada ayat-ayat Al-Quran dan daripada zikir. Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Al-Bukhari di dalam kitab mereka خلق أفعال العباد dan selain keduanya. Adapun wahhabi mengharamkan dan menjadikannya jalan-jalan kepada syirik di dalam kitab mereka iaitu فتاوى مهمة ص 111

30) Rasulullah SAW membenarkan wanita memakai emas sepertimana riwayat Ibnu Majah dan selainnya tetapi Al-Albani mengharamkan memakai gelang, rantai dan cincin dan seumpamanya daripada emas kepada wanita. Rujuk kitab آداب الزفاف ص 132

31) Wahhabi mengatakan orang yang berpuas jika bercium atau menyentuh atau bermesra-mesra atau berpelukan tanpa setubuh dan keluar mani atau mazi tidak membatalkan puasa. Ini dinaqalkan oleh penulis kitab الإنصاف عن زعيمهم ج 3 ص 301 و 315

32) Wahhabi mengatakan onani iaitu mengeluarkan mani samada sebab mencium isteri atau dengan tangan tidak membatalkan puas seperti yang tersebut di dalam kitab تمام المنه ص 418

33) Wahhabi mengharamkan ke atas umat Islam berkumpul untuk membaca Al-Quran atau mengajar agama sebelum solat Jumaat seperti yang terdapat di dalam majalah mereka ذكرى العدد السادس آب 1991 ص 25 و 26

34) Wahhabi mengharamkan menyebut “Sodaqallahul ‘Adzim” selepas membaca Al-Quran seperti yang tersebut di dalam majalah mereka البحوث العلمية

35) Wahhabi mengharamkan ke atas orang Islam kekal di Bumi Palestin dan menyuruh mereka keluar dan meninggalkan kepada Yahudi seperti terdapat di dalam kitab mereka فتاوى الألباني ص 18 و جريدة اللواء الأردنية في 7/8/1992

35) Wahhabi mengatakan As-Syeikh Hassan Al-Banna Rahimahullah sebagai musyrik kerana mengajak kepada syirik dan kesesatan seperti tertulis dalam majalah mereka المجلة العدد ى830 كانون الثاني 1996

36) Rasulullah SAW mengajar seorang lelaki buta agar berdoa 
اللهم إني أسألك و أتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي لتقضى لي صححه 
Hadith disahihkan oleh At-Thobrani dan selainnya tetapi wahahbi mengkafirkan mereka yang bertawassul dan beristighasas dengan Rasulullah SAW seperti yang terdapat di dalam kitab mereka مجموعة التوحيد ص 139

Semoga Allah memelihara kita dan anak cucu kita daripada fahaman takfir, tasyrik dan tabdi’ yang menghalalkan darah umat Islam. Semoga apa yang saya catitkan ini kerana Allah tidak kerana yang lain selainNya.

Ayuh kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith sepertimana yang difahami oleh salafunassoleh daripada Imam-Imam mazahib dan para ulama yang tulus berantaian daripada Nabi Muhammad SAW sehingga kepada kita pada hari ini.
Allahul Musta’aan..

Sumber :

Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
BA (Hons) Usuluddin Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir

17/02/2016 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | 1 Comment

MEMBAKAR SESUATU YANG BERBAU “WANGI” ADALAH SUNNAH BUKAN DUKUN

Hukum membakar wangi2an
Membakar dupa wangi ketika berdzikir, membaca al-Qur’an, berada di majlis ilmu maka wangi-wangian (tathayyub) hukumya sunnah berdasarkan senangya Nabi Muhammad Saw.Pada sesuatu yang harum dan nabi senang dengan wewangian.Beliau Saw. sering memakainya dan mendorong para sahabat untuk menggunnakanya.
(Lihat dalam kitab Bulghat ath-Thullab halaman53-54).ﻣﺴﺌﻠﺔ ﺝ: ﺍﺧﺮﺍﻕ ﺍﻟﺒﺨﻮﺭ ﻋﻨﺪ ﺫﻛﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﻧﺤﻮﻩ ﻛﻘﺮﺍﺀﺓ ﺍﻟﻘﺮﺃﻥ ﻭﻣﺠﻠﺲ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻟﻪ ﺍﺻﻞ ﻓﻰ ﺍﻟﺴﻨﺔ ﻣﻦ ﺣﻴﺚ ﺍﻥ ﺍﻟﻨﺒﻰ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﺤﺐ ﺍﻟﺮﻳﺢ ﺍﻟﻄﻴﺐ ﺍﻟﺤﺴﻦ ﻭﻳﺤﺐ ﺍﻟﻄﻴﺐ ﻭﻳﺴﺘﻌﻤﻠﻬﺎ ﻛﺜﻴﺮﺍﺑﻠﻐﺔ ﺍﻟﻄﻼﺏ ﺹ ٥٣ – ٥٤.
“Membakar dupa atau kemenyan ketika berdzikir pada Allah dan sebagainya seperti membaca al-Qur’an atau di majlis-majlis ilmu, mempunyai dasar dalil dari al-Hadits yaitu dilihatdari sudut pandang bahwa sesungguhnya Nabi Muhammad Saw.menyukai bau wangi dan menyukai minyak wangi dan beliau pun sering memakainya.”
(Bulghat ath-Thullab halaman 53-54).ﻗﺎﻝ ﺑﻌﺾ ﺃﺻﺤﺎﺑﻨﺎ ﻭﻳﺴﺘﺤﺐ ﺃﻥ ﻳﺒﺨﺮ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻤﻴﺖ ﻣﻦ ﺣﻴﻦ ﻳﻤﻮﺕ ﻻﻧﻪ ﺭﺑﻤﺎ ﻇﻬﺮ ﻣﻨﻪ ﺷﺊ ﻓﻴﻐﻠﺒﻪ ﺭﺍﺋﺤﺔ ﺍﻟﺒﺨﻮﺭ

“Sahabat-sahabat kita (dari Imam Syafi’i) berkata:“Sesungguhnya disunnahkan membakar dupa di dekat mayyit karena terkadang ada sesuatu yang muncul maka bau kemenyan tersebut bisa mengalahkan/menghalanginya.”

(Al-Majmu’ Syarh Muhadzdzab juz 5 halaman 160)

09/02/2016 Posted by | Informasi, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

Jawapan terhadap tuduhan tanpa hak Selawat Syifa bercanggah dengan Aqidah Islam…..:


Terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.

Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar. Anda patut mendengar penjelasan ini dan untuk mendengarnya anda boleh muat turun di bawah ini

Sumber 1 :http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm
Sumber 2: 
http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.zip
Sumber 3:
http://www.darussyifa.net/Audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm

03/02/2016 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Sah atau tidak solat di belakang Imam Mekah dan Madinah yang di kata Wahhabi?



 

 

 


Masih lagi cerita sah atau tidak solat di belakang Imam Mekah dan Madinah ?

Kemudian yang lagi tidak cerdik ada yang kata jangan kerjakan Haji di Mekah sebab penguasanya wahhabi. Rukun Islam tu dah ditokok tambah oleh pentaksub wahhabi iaitu Rukun Haji mesti di Mekah yang dikuasai oleh wahhabi. Mana dalil dari al Quran dan Hadith ?


Solat dibelakang mana-mana imam yg mengetuai sesuatu solat yang sahih adalah dibenarkan oleh syarak islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu:

” Dan kami (ahli sunnah wal jamaah ) berpegang sahnya solat dibelakang muslim walaupun dia pelaku maksiat dan penderhaka selagi tidak melakukan, berkata dan berpegang dengan perkara kufur yang jelas”.

Imam At-Tohawi menyatakan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah : Tidak mengkafirkan umat islam dengan dosa yang ia lakukan selagi dia tidak menghalalkannya iaitu tidak melakukan kekufuran.(Lihata Akidah At-Tohawiyah)

Perkara kufur bukan perkara yang hanya boleh kita bersangka-sangka.

Inikan pula sekiranya disangka terhadap orang yang mengucap dua kalimah syahadah.

Selagi tidak ada kepastian kekufuran seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah itu maka kita tidak seharusnya menghukum kafir ataupun menghukum sebagai mujassimah.

Tapi memang ada Ulamak Wahhabi kata solat di belakang Imam Mekah tak sah iaitu Soleh Fauzan Al-Fauzan ditanya mengenai Imam Mekah bernama Syeikh Adil Al-Kalbaniy yang dilantik secara rasmi sebagai imam di Masjid Al-Haram Mekah maka tokoh Wahhabi tersebut menyatakan HARAM//TIDAK SAH solat di belakang Imam Mekah.

Rujuk surat khabar Ar Roi Al Kuwaitiah tanggal 16 Julai 2010 Jumaat Bil 11337.

Dengar sendiri fatwa tersebut disini :

http://www.youtube.com/watch?v=ljvj78Zo57Y

Sumber: Ustaz Zamihan Al-Ghari


 

02/02/2016 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Sifat kasih mengasihi

Sifat Kasih Mengasihi; “Barangsiapa yang kasih kepada yang ada dibumi, maka dia akan dikasihi mereka yang dilangit. “Rasulullah ﷺ bersabda; “Kamu tidak mungkin masuk syurga jika tidak beriman. Kamu tidak mungkin beriman jika tidak kasih-mengasihi.” Rasulullah ﷺ menggandingkan iman dan kasih-sayang.”

“Jadi, tidak mungkin seseorang mendakwa dirinya beriman kalau jiwanya tidak punya kasih-sayang kepada orang lain. Orang yang tiada kasih sayang kepada orang lain itu dusta dalam imannya. Lalu Rasulullah ﷺ mengakhiri hadisnya dengan mengatakan, “Mahukah kamu aku tunjukkan satu amalan yang kalau kamu buat, kamu saling kasih-mengasihi?”

“Nabi Muhammad ﷺ tidak sebut kamu akan jadi beriman atau masuk syurga, tapi disebut kamu akan saling mengasihi. Ini kerana syurga dan iman tanpa kasih-sayang takkan mungkin diperoleh oleh seseorang yang mendakwa dirinya beriman. Sambung baginda, “Sebarkan salam.”

“Apakah maksudnya? Adakah cukup dengan mengucapkan “Assalamu’alaikum?” Tidak. Kita kena memahami dengan lebih dalam lagi apa maknyanya. Orang muslim itu orang lain selamat dari mulut dan tangannya. Kalau orang maki kepada kita, jangan kita maki balik kepadanya kerana itu bukan sifat orang yang benar beriman.”

“Salah seorang as-solehin yang merupakan auliya, di maki ketika berada di mimbar, tetapi ketika ditanya anaknya kenapa dia tidak membalas makian orang itu terhadapnya. Jawabnya; “Sejak bila kamu lihat ayah kamu ini memaki orang lain? Biarkan orang lain memaki, sesungguhnya makian orang lain takkan merendahkan atau mengangkat darjat kita di sisi Allah سبحانه و تعالى.”

“Kecuali kalau kita menyikapi sikap orang yang memaki kepada kita dengan tidak memaki kepada sesiapa pun juga. Kata baginda Rasulullah ﷺ, “Memaki orang ialah perbuatan orang fasiq, membunuh orang ialah perbuatan orang kafir.” Inilah ajaran Nabi Muhammad ﷺ.”

“Sebarkan salam dan jaga diri, lidah, tangan untuk orang lain selamat daripada kita, walaupun orang itu maki, caci atau mengabaikan kepada kita. Kalau kita tidak boleh mendatangkan manfaat kepada orang, jangan mendatangkan mudarat kepada orang lain.”

“Dan Sifat lemah lembut itu lahir dari sifat kasih sayang hatta terhadap yang disayangi atau dibenci. Berakhlaklah dengan mengambil bahagian melalui Asma’ul Husna-Nya yang tercermin melalui kesan atsar pada ciptaan-Nya. Rasulullah ﷺ bersabda; “Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara. Sifat lemah-lembut yang ditunjukkan kepada orang yang disayangi atau kepada orang yang bikin marah kepada dirinya tidak menunjukkan sikap kasar. Maka orang ini adalah Rahimun Rafiq. Orang yang punya kasih sayang dan lemah-lembut. ”

“Tidak digunakan kelembutan pada kekasaran kecuali kelembutan pasti akan menang. Dan tidak mendatangkan kelembutan ke atas sesuatu, pasti mendatangkan keburukan. Lembut bilamana digunakan, pasti akan berkesan. Paling kurang pun tidak mendatangkan kemudaratan. Tapi kekasaran, digunakan walaupun tujuannya baik, pasti mendatangkan kemudaratan.
Kerana Rasulullah ﷺ dalam mendidiknya adalah lemah lembut.”

“Saidina Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه وأرضاه mengatakan; “Allah سبحانه وتعالى mempunyai bekas di atas muka bumi ini. Yang dimaksudkan bekas itu bukannya bekas fizikal. Bekas yang boleh menempati Allah سبحانه وتعالى ialah hatinya. Hati yang paling disukai oleh Allah سبحانه وتعالى daripada sifat hati itu ialah yg paling kuat imannya dan paling lembut kemudian yang paling halus hatinya.”

“Yang kuat imannya didalam keyakinannya. Berlemah-lembut kepada kaum mukminin. Dan berpegang teguh kepada agama Allah. Hati yang boleh menempatkan Allah سبحانه وتعالى ialah hati yang lembut amat disukai oleh Allah سبحانه وتعال. Maka hati yang keras adalah hati yang dibenci oleh Allah سبحانه وتعالى.”

“Orang mukmin, orang lain selamat daripada dirinya, yakni orang tidak takut kerana garangnya atau buruknya perangai kita. Tidak diberi nama seorang Muslim itu Muslim kecuali orang lain selamat daripada lisan dan tangannya. Tidak diberikan nama seorang Mukmin itu Mukmin, melainkan orang lain merasa aman dengannya. Sifat kasih mengasihi. Inilah agama yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ.”

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Sumber: Raudhatul Muhibbin

01/02/2016 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | Leave a comment