Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Pemimpin politik yang mengenepikan agama demi kuasa di selar

Banner Seminar Dakwah

Klik banner untuk membaca teks penuh kertas kerja Nasharuddin Mat Isa

Ketika menyampaikan kertas kerja  Ustaz Nasharudin Mat Isa menyelar pemimpin pemimpin Islam yang sanggup mengenepikan kepentingan agama demi gila kuasa.Golongan tersebut lebih mementingkan maslahah dan strategi daripada melaksanakan prinsip asas dalam islam semata mata disebabkan percaturan politik.

11 October 2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Siapa pemimpin yang sejati ?

"Pemimpin yang sejati ialah pemimpin yang berupaya mendidik anak jemaahnya menghisab dosa dosa dan kesalahan kesalahan diri sendiri.

Tidak memperkatakan dosa dosa dan kesalahan orang lain.

Lidah mereka bersih dari menipu, mengata ngata orang,memfitnah,membuka aib dan kesalahan orang lain

Atau memperkatakan dosa orang lain".

 

Pemimpin yang sejati sentiasa akan dapat bantuan Allah.

(Intisari dari Ilmu Tasauf).

6 December 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | | 1 Comment

Pilihanraya – Mengenali calon pemimpin boleh menang

Isu calon boleh menang menjadi perbincangan hangat masa kini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13). Semua parti politik mahu memastikan hanya calon ‘bersih’ sahaja yang patut diketengahkan. Perkara ini amat penting dalam menilai jangka hayat sesebuah parti politik yang akan berkuasa atau yang mahu meneruskan kuasa. Dahulu, kita selalu dengar kata-kata, ‘kalau letakkan tunggul kayu pun boleh menang’. Tetapi kini, tidak lagi. Usahkan tunggul kayu, orang alimpun belum tentu menang. Ledakan teknologi dan informasi menjadikan rakyat semakin bijak untuk menilai dan memilih.

Saya menjadi lebih teruja mengulas isu pemimpin hidup mewah sehingga rakyat menjadi jelek seperti kata Tun Dr. Mahathir. Inilah isu besar yang perlu dimuhasabahkan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh jadi kaya atau hidup mewah, tetapi biarlah wang itu datang dari usaha sendiri, bukan dari jerih perit orang lain atau wang hasil rasuah dan sebagainya.
Lihatlah contoh Nabi Muhammad dan para sahabat. Kesemua mereka adalah pemimpin negara. Adakah mereka hidup senang lenang dan kaya raya? Jawapannya tidak, sebahagian besar wang dan harta mereka digunakan untuk rakyat. Bukan untuk membesar perut dan menambah isteri. Golongan ini pergi menemui Allah SWT dalam keadaan sehelai sepinggang. Tidak ada banyak harta untuk diwarisi atau ditinggalkan. Bukan seperti kita, jadi wakil rakyat sepenggal, harta boleh diwarisi dari generasi ke generasi.

Dari mana mereka memperolehi wang sebanyak itu, sedangkan gaji wakil rakyat tidaklah seberapa. Sebab itu, saya setuju jika gaji atau elaun wakil rakyat dinaikkan. Sekurang-kurangnya dapat juga membendung sedikit gejala rasuah. Jika tidak, wakil rakyat ini akan sentiasa mencari funder untuk menambah pendapatan. Timbal baliknya, funder akan dianugerahkan projek dan tender.

Kadangkala hairan juga memikirkan bagaimana wakil rakyat ini boleh hidup mewah, jika tidak ada pendapatan tambahan. Jangankan masuk ke rumah, melihat keretanya sudah mencukupi. Jika wakil rakyat tersebut berjawatan logik juga. Kadangkala yang tidak berjawatanpun boleh hidup mewah, sedangkan sebelum jadi wakil rakyat kehidupannya serba sederhana.

Ramai yang mencadangkan supaya wakil rakyat dicalonkan dipilih dari kalangan orang kaya, yang sudah biasa dengan wang, supaya mereka tidak terkejut apabila melihat wang. Maka tidak berlakulah rasuah. Perkara ini ada kebenarannya, kerana hari ini kita pantang lihat wang selonggok, kelabu mata. Namun, pada hemat saya, sama ada calon boleh menang kaya atau miskin, tidaklah menjadi kriteria utama, yang penting mereka yang mahu menjadi pemimpin mesti ikhlas. Rakyat mesti dahulukan, pencapaian mesti diutamakan, itulah kata-kata yang mesti disematkan di hati seperti tagline gagasan 1Malaysia.

Ingatlah wahai para pemimpin, kepemimpinan itu satu amanah yang akan dihitung oleh Allah SWT. Ada perkiraan dunia akhirat. Rasulullah SAW memberi ingatan kepada Abu Dzar ketika beliau meminta jawatan. Kata Abu Dzar: “Wahai Rasulullah! Tidakkah Tuan memberi jawatan kepada saya”. Baginda seraya berkata: “Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah. Sesungguhnya jawatan pada hari kiamat itu merupakan kerugian dan penyesalan, kecuali orang yang mengambilnya dengan penuh bertanggungjawab” (Riwayat Muslim dan Abu Daud).

Berapa ramai kalangan kita yang mengambil iktibar riwayat hadis tersebut? Berapa ramai yang faham maksud amanah dalam berpolitik? Imam al-Ghazali memberikan beberapa ingatan kepada para pemimpin dalam menjalankan amanah besar ini.

Pertama, pemimpin hendaklah meletakkan dirinya supaya bersesuaian dengan semua aliran dan golongan rakyat walaupun berlaku perbalahan di antara mereka.

Kedua, Pemimpin hendaklah tidak menghampakan orang yang datang kepadanya untuk mendapatkan keadilan.

Ketiga, pemimpin hendaklah mengelakkan diri dari melakukan pembaziran atau hidup mewah yang keterlaluan, kerana akan menyebabkan keadilan sukar ditegakkan.

Keempat, pemimpin hendaklah bersikap terbuka dan lemah lembut, bukan bersifat ganas dan kasar dalam pentadbirannya.

Kelima, pemimpin hendaklah menjadikan agama sebagai landasan pentadbirannya.

Keenam, pemimpin tidak sepatutnya tunduk kepada desakan sesiapapun dalam menegakkan keadilan.

Ketujuh, pemimpin hendaklah menjaga kebaikan rakyatnya sama seperti dia menjaga kebajikan diri sendiri.

Kelapan, pemimpin hendaklah berusaha berdamping dengan rakyat dan menggalakkan mereka menyuarakan hak-haknya.

Kesembilan, pemimpin hendaklah mengawasi kakitangan, hakim dan pegawai-pegawai yang lain supaya mereka menjalankan masing-masing dengan jujur dan amanah.

Kesepuluh, pemimpin hendaklah menggunakan mandat yang diperolehi untuk mencapai tujuan yang baik.

Pendapat al-Ghazali turut dikongsi sama oleh sarjana dan ahli falsafah bukan Islam seperti Plato, Aristotle, Rousseau, Confucius dan Mencius. Apa yang membezakannya hanyalah dari sudut matlamat yang ingin dicapai. Kepimpinan politik dalam Islam bermatlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT ketika menjalankan amanah besar ini.

Manakala, orang bukan Islam jarang membincangkan pentingnya agama dalam kehidupan. Mereka lebih mementingkan hak asasi manusia, berbanding hak Tuhan. Akhirnya, berlaku kepincangan sosial yang amat sukar untuk diubati. Misalnya, pemimpin negara Eropah hari ini sudah mula mengeluarkan kenyataan mengharamkan hubungan seks atau persetubuhan haram antara manusia dengan binatang yang sebelum ini dibenarkan.

Justeru, semua kriteria ini sepatutnya menjadi Key Performance Indicator (PKI) dalam mencari calon yang boleh memberi kemenangan dalam pilihan raya. Ditambah lagi, calon boleh menang mestilah seorang yang tidak mementingkan diri sendiri, sanggup berkorban masa dan tenaga demi agama, bangsa dan negara. Lebih penting lagi, mereka mestilah sentiasa menghubung dirinya secara langsung dengan Allah SWT supaya tingkah lakunya sentiasa terkawal atas batas-batas yang telah ditetapkan.

Calon boleh menang perlu mengambil iktibar, ramai di kalangan pemimpin beberapa buah negara yang menggunakan kuasa yang dimiliki, bertindak sesuka hati, seperti di Mesir dan Libya, telah menerima hukuman setimpal. Pemimpin yang membiarkan rakyat hidup menderita, sementara mereka hidup senang-lenang dan menimbun harta, tidak akan kekal lama.

Mereka yang hanya berlagak dengan jawatan sebagai lambang kekuasaan, keunggulan dan kebesaran sahaja, tanpa mahu melihat ke bawah, akan tewas. Sudah sampai masanya kriteria calon boleh menang dilihat secara serius oleh semua kepemimpinan parti-parti politik demi masa depan negara. Manakala, rakyat pula patut menggunakan hak yang ada untuk memastikan calon boleh menang dipilih kalangan yang benar-benar berwibawa dan berkualiti.

Posted By Prof Dr Ridhuan Tee

18 November 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | , , , | Leave a comment

Sikap Pemimpin Jemaah Islam yang Sepatutnya

Siapa pemimpin sejati?

Hari ini jemaah jemaah, harakah atau parti Islam begitu banyak sekali.Ada yang besar.Ada yang kecil.Ada yang terkenal.Ada yang tidak terkenal.Ada yang aktiviti nya terhad di sesuatu kawasan sahaja, saperti Parti Islam PAS.Ada yang aktivitinya melangkau hampir keseluruh dunia saperti jemaah Tabliq,Hisbut Tahrir dan Ikhwan Global (dulunya Al Arqam).Ada yang perjuangan mereka sudah menjangkau usia dan ada yang usianya setahun jagung.Ada yang di benarkan berjalan oleh pemerintah dan ada yang di larang.Ada yang benar benar mengikut ajaran Ahli Sunnah dan ada pula yang tidak selaras dengan perjalanan Ahli Sunnah.Ada jemaah yang wujudnya tetapi tidak diketahui langsung oleh orang ramai.

Jemaah jemaah Islamiah yang ada pada hari ini ibarat kapal kapal yang sedang belayar ke satu destinasi.Destinasi yang sama walaupun masa tiba nya tidak ditetapkan atau tidak sama.Masing masing bergerak mengikut arahan Nakhoda masing masing.Matlamat atau misi setiap jemaah ini ialah untuk mengembalikan penghayatan Islam ke seberapa ramai umat manusia yang ingin kembali kepada Islam.Dalam melaksanakan cita cita murni ini sepatutnya tidak timbul pertentangan, iri hati,hasad dengki dan marah oleh sesebuah jemaah terhadap jemaah yang lain.Kerana itu setiap pemimpin jemaah jemaah ini perlu membantu memperkenalkan siapa dia pemimpin sejati untuk zaman ini kepada seluruh pengikut dan seluruh umat Islam amnya, sekalipun pemimpin sejati berkenaan bukan datangnya daripada jemaah pimpinan mereka sendiri.

Hebahan saperti ini perlu untuk memastikan orang ramai tidak tersilap pilih pemimpin yang akan memimpin mereka.Peranan pemimpin jemaah Islamiah amatlah besar dan bererti dalam hal ini.Jangan biarkan umat Islam terus menerus tersalah pilih pemimpin dengan memilih pemimpin yang fasiq dan zalim dan bukan dari kalangan orang yang benar.Sesiapa yang memilih pemimpin selain pemimpin yang ciri cirinya sudah ditetapkan oleh Allah maka mereka adalah juga orang yang fasiq dan zalim.Dan sesiapa yang biarkan dirinya dipilih dan dilantik sebagai pemimpin sedangkan dia tahu dirinya tidak mempunyai ciri ciri kepimpinan yang ditetapkan oleh Allah maka dia adalah  orang yang berbuat tiga kali zalim iaitu zalim terhadap seluruh umat Islam, zalim terhadap Allah dan zalim terhadap Rasulnya.

Orang awam adalah golongan yang teramai.Kebanyakkan mereka tidak tahu menahu langsung hendak memilih pemimpin melainkan memangkah di atas kertas undi mengikut rasa.Mereka hanya mudah terpengaruh dengan cakap cakap ahli politik yang berkempen.Sedangkan ramai ahli ahli politik yang apabila berkempen banyak cakap bohong dari bercakap benar. Ingat! pandangan mata dan pendengaran telinga selalunya silap dan menipu kita.Kerana itu ikutlah pandangan dari pihak ketiga yang tidak ada kepentingan politik .Jangan terikut atau terpengaruh dengan retorik orang politik yang berkempen yang terkongkong dalam fahaman dan kepentingan kelompoknya sahaja.

Cara yang paling baik ialah mencari limu yang bersesuaian dalam perkara ini.Dapatkan pandangan dari pelbagai sumber dan tempat.Jangan terlalu mudah menerima satu pandangan dari satu pihak sahaja.Kemudian sembahyang istikharah dan minta petunjuk yang jelas dari Allah.Jangan ikut pandangan masyarakat umum secara melulu dan sempit.Sikap emosional dan fanatik melulu merosakan keadaan.Ini adalah langkah terbaik sebagai seorang Muslim.

(Rujukan: Buku Rahsia Kegemilangan Umat Islam dan Persoalannya oleh Hawari bin Abdul Malik)

 

8 September 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | | 1 Comment

Renungan buat Pemimpin

Pada suatu hari Khalifah Harun ar Rasyid sedang menaiki Bukit Safa.Muncul seorang tokoh umat bernama Abd Allah bin Abd al-Aziz al-“Umari lalu berkata kepadanya:

Umari:  Lihat kearah Kaabah itu.”

Harun: Ya aku sedang melihat .

Umari:   Berapa jumlah orang yang kau lihat?

Harun:   Siapa yang mampu mengiranya.

Umari:   Berapa jumlah manusia yang saperti mereka?

Harun:   Hanya Allah yang mampu mengiranya

Umari:   Ketahuilah engkau wahai Khalifah bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, sedangkan engkau akan di tanya tentang mereka semua.Maka berhati hati lah engkau tentang nasib engkau nanti.

Maka terduduk dan menangis lah Harun ar Rasyid mengenangkan nasib masa depannya di akhirat kelak.

(Sumber: Dr Maza)

9 August 2011 Posted by | Renungan & Teladan | | Leave a comment

Dalam Islam Pemimpin dan Pemerintah adalah wakil Allah bukan wakil rakyat

Bumi Allah yang punya.Manusia manusia itu hamba hamba Allah.Allah mahu bumi itu dan hamba hamba nya itu ditadbir, diurus,dipimipin dan dimajukan dengan sebaik baiknya.Untuk itu Allah telah melantik pemimpin pemimpin di antara manusia menjadi wakilnya untuk menjalankan kerja kerja pemerintahan saperti yang telah Allah tunjukkan dalam al Quran dan Hadis.

Melalui fahaman, ideologi dan isme isme, manusia memandang bahawa pemerintah atau pemimpin itu adalah wakil wakil rakyat yang naik untuk memperjuangkan inspirasi rakyat.Di mana mereka bersuara,berkerja dan bertindak mengikut suara rakyat.Hakikatnya pemerintah adalah rakyat dan rakyat adalah pemerintah.

Dalam sejarah Islam kita lihat pemimpin atau pemerintah sebenarnya dilantik oleh Allah, samada secara langsung atau tidak saperti perlantikan para Nabi Nabi dan Rasul Rasul melalui wahyu.Manakala yang lainnya ditunjuk kepada manusia secara tidak langsung.Samada mereka di isyaratkan secara umum oleh Hadis atau pun di lantik melalui Ulil Amri.

Ertnya dalam Islam pemimpin dan pemerintah itu adalah wakil Allah.Allah yang lantik dan Allah yang naikkan mereka.Mereka di amanahkan Allah menjalankan tanggungjawab untuk menjalankan dasar dan matlamat pemerintahan cara yang Allah mahu.Yang sedia termaktub di dalam al Quran dan Sunnah.

Selaku wakil Allah pemimpin pemimpin itu adalah orang orang yang faham tentang Allah, tahu tentang kerajaan Allah, faham dasar dan matlamat pemerintahan yang di kehendaki Allah,faham segala hukum hakam dari Allah dan tahu melaksanakannya .

Wallahu’alam.

28 July 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | , , , , , | 3 Comments

Jawatan pemimpin negara yang di idamkan idamkan politikus.

Orang yang sedar dan faham tidak akan merebut jawatan pemimpin.

Pemimpin adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat.

Pemimpin pada zaman ini sebenarnya adalah satu jawatan yang menyiksakan.

Ia ibarat kayu api sanggup terbakar di dunia dan terbakar di akhirat.

Kalau bukan terpaksa, yang faham tidak akan mahu jawatan ini.

Menjadi pengikut lebih senang.

Yang sudah jadi hamba hawa nafsu akan bertungkus lumus merebut rebut jawatan pemimpin,

 kerana di sini ada kekuasaan,kekayaan dan kemegahan.

Kerana itu jawatan pemimpin jadi rebutan di akhir zaman.

Di usahakan sekalipun secara rasuah dan penipuan,

sekalipun jadi huru hara didalam kehidupan.

Walaupun jadi huru hara di dalam Negara.

Jawatan pemimpin sudah jadi komersial,

kerana itulah ia sangat jadi rebutan.

Kerana merebut jawatan terjadi jatuh menjatuhkan,fitnah memfitnah,aib mengaibkan,umpat mengumpat hingga timbul krisis dan pergaduhan.

Rakyat jadi mangsa,

Negara jadi pertaruhan,

AGAMA jadi mainan.

Sebab itu di akhir zaman sudah tidak muncul pemimpin yang adil walaupun mereka sering melaung laungkan kebajikan dan keadilan.

KEPIMPINAN di akhir zaman sudah tidak dapat RAHMAT dari ALLAH.

Sebaliknya begitu ramai pemimpin yang hanya menyusahkan Rakyat dan Negara.


15 June 2011 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | | 2 Comments

Pemimpin yang sanggup jadi keldai musuh demi kepentingan politik dan kuasa

 

Ada pemimpin umat Islam sangat tidak peka kepada musuh Islam.Mereka tidak menganggap musuh itu musuh, bahkan sangat taat dengan musuhnya. Mereka leka atau tidak sedar bahawa mereka sedang menjadi ejen musuh untuk menghancurkan Islam. Ini lah realiti nya umat Islam zaman ini.


Mereka berkerja sama dengan musuh kononnya atas nama semangat kerjasama dan tolak ansur.Tetapi di antara Islam sesama Islam sentiasa bergaduh dan bercakaran.Sikap umat Islam yang sangat  berbaik hati dan sentiasa mahu menjaga hati musuh memberi ruang yang selesa bagi musuh untuk memperdayakkan umat Islam.Perangkap mereka sudah mengena.Bahkan perangkap mereka sudah penuh dengan orang orang Islam.Sehingga musuh musuh tidak perlu berkerja keras untuk mengalahkan umat Islam dalam bidang apa sekali pun.Terutama dalam bidang bidang penting saperti politik, ekonomi, pendidikkan, agama dan ketenteraan.

Dalam bidang politik contohnya umat Islam sanggup bekerja sama dengan kumpulan orang kafir yang terang terang menolak Islam.Dalam bidang pendidikkan umat Islam salin sistem barat (sistem kuffar).Dalam bidang Agama umat Islam belajar Islam dengan Profesor2 yang bukan Islam.Dalam bidang ketenteraan, contohnya, Arab Saudi yang mendakwa perlembagaannya berdasarkan Al Quran dan Sunnah, sangat menaruh kepercayaan kepada orang kafir Amerika ( musuh Islam).Satu ketika dulu baru sahaja di tegur oleh Saddam Hussein (Iraq), Arab Saudi sudah menjemput dengan hormatnya tentera tentera kafir dari Amerika menduduki buminya.Mereka tidak peduli lah lagi tentang perlembagaan Quran kerana sebenarnya memasukkan tentera orang kafir ke Negara Islam dengan sukarela adalah bid’ah besar.

Malangnya umat Islam rasa selesa dan selamat pula berada di dalam perangkap musuh.Bahkan berasa bangga dan bahagia pula menyertai pasukan musuh.Umat Islam lupa bahawa sikap orang kafir sentiasa berazam untuk menjahanamkan Islam.Yang sepatutnya tidak boleh di pandang ringan dan kecil.

Umat Islam leka atau lupa bahawa musuh Islam sentiasa mencari jalan dan berusaha menyususp masuk ke dalam JEMAAH ISLAM untuk menjahanamkan dari dalam.Mereka akan berpesta, bersorak, melompat, menari apabila melihat robohnya jemaah Islam.

Memang Islam tidak mengajar umat mencari musuh.Tetapi ALLAH melalui Quran dan Hadis sudah memberi amaran siapakah musuh umat Islam. Hakikat ini sedia termaktub dalam Al Quran saperti Firman Allah swt bermaksud:

” Sekali kali tidak akan redha orang Yahudi dan nasrani sehinggalah kamu mengikuti agama mereka”. (Al Baqarah 120)

Wallahu’alam.

10 December 2010 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | , | 4 Comments

Seorang pemimpin itu di ikuti kerana beberapa sebab.

SESEORANG PEMIMPIN ITU DI IKUTI KERANA BEBERAPA SEBAB:

1.KERANA KEBENARANNYA
2. KERANA KUASANYA
3. KERANA ADA SESUATU YANG ORANG HARAPKAN DARINYA
4. KERANA ORANG FANATIK DENGANNYA
5. KERANA KEJAHILAN ORANG YANG MENGIKUTINYA
6. KERANA ORANG TERHUTANG BUDI KEPADANYA.

7 January 2010 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: