Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kawan kawan Pas ni tak faham faham ana cakap


Ana tak kata politik bukan daripada Islam, ana kata politik bukan daripada akidah. Faham baik baik

Ada orang komen: Ust, isu politik lani bukan lagi isu mengangkat pemimpin shj, tp isu lani adalah isu sekular dan liberal! Maka dia dah jadi isu akidah dah…

Gini sedara:
Apa maksud suatu itu dikira isu akidah, jika dia berkait dengan kepercayaan dan keimanan yang wajib kita imani. Sekira kira jika dipegang sebaliknya maka cacat keimanannya atau terbatal.
Contoh: Allah maka berkuasa atas segala suatu

Maka jika dipegang sebaliknya iaitu Allah tak berkuasa maka jatuh kafir dia atau cacat akidahnya.

Inilah isu akidah..

Isu seperti:
Ahmad jadi perdana menteri

Adakah dia isu akidah? Tidak
Kenapa?
Jika kita pegang sebaliknya tidak rosak atau cacat akidah.

Kita pegang:
Ah Cong jadi perdana menteri sekalipun

Cacatkah akidah kita? Tak cacat walaupun ah cong bukan islam atau kafir. Sebab dia bukan perkara yang wajib kita imani

Kalau kita kata cacat akidah, maksudnya orang yang duduk di negara bukan islam habis cacat akidah.. sebab mereka mengundi presiden bukan islam.

Sedara, biar bincang suatu, letak dalam folder yang betul jangan campur aduk

Jadi, apabila isu pemimpin kafir pun tak dikira cacat akidah, apatah lagi pemimpin yg terpengaruh dengan liberal atau sekular lagi la tak cacat akidah…itu pun jika kita kata memang betul dia memang terpengaruh…

Nanti akan ada orang komen lagi:
Oh, ust reda la nanti kalau kalau orang kafir dan liberal ni perkotak katik akidah kita

Jawab ana:
Bila masa ana reda, isu akidah bukan cara dia untuk kita tangani dengan politik, dan parti.
Isu akidah adalah ditangani dengan dialog, penghujahan yang sihat. Ditambah dengan disemai rasa cinta antara makhluk dan penciptanya.

Inilah yang dilakukan hampir semua ulama dunia, ulama Azhar, Habaib, Ulama Turki seperti bediuzaman, Ulama Kurdi, Maghribi dan lain lain..

– ustaz Ahmad Faiz Alfateh

01/01/2023 - Posted by | Politik dan Dakwah

No comments yet.

Leave a comment