Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Adakah maksud Sunnah itu terhad kepada Hadis Hadis sahih sahaja?

Pada zaman ini, ada sekelompok ahli agama yang menyeru kepada Sunnah tetapi mengehadkan kepada hadis-hadis sahih sahaja. Walhal Rasulullah SAW tidak pernah menyebut untuk mengikuti al-Quran dan Hadis Sahih .

Menyempitkan makna Sunnah hanya kepada hadis-hadis sahih membawa kepada implikasi penyempitan khazanah ilmu dalam Islam. Sehingga muhaddisin yang memang memaknai Sunnah sebagai hadis tidak menyempitkannya pada hadis-hadis sahih sahaja. Pembukuan hadis sahih hanya berlaku setelah zaman tabi’in iaitu sekitar 220H. Maka bagaimana dengan para sahabat dan orang-orang yang hidup sebelum zaman pembukuan hadis-hadis sahih ini.

Pendekatan makna Sunnah sebagai “hadis sahih” ini tidak pernah diambil oleh mana-mana ulama ahli Sunnah wal jamaah. Seorang ahli ilmu yang jujur dan amanah, sebelum memberi makna kepada suatu lafaz dalam hadis, hendaklah terlebih dahulu melihat syahid(saksi) dari nas yang lain. Namun, dalam memaknai Sunnah dalam hadis diatas, telah pun sabit dari nas yang lain memberi syahid(saksi) kepada makna sunnah iaitu “ahlulbait”. Sesuatu yang sabit dari nas hendaklah ditarjihkan dan diutamakan keatas makna “hadis sahih”.

Sabda Rasulullah Saw dalam sebuah hadis sahih “ Para ulama adalah pewaris para Nabi”.

Selain dari ulama ahlulbait yang merupakan pewaris hakiki Rasulullah SAW kerana didalam diri mereka tersimpan genetik dan darah Rasulullah SAW, ada juga pewaris Rasulullah SAW yang bersambung kepada baginda SAW dari segi rantaian keilmuan. Lafaz hadis “pewaris” itu sahaja membawa makna sesuatu yang sambung menyambung tanpa putus dari pewaris kepada yang mewariskan hinggalah kepada sumber asalnya. Mereka semua adalah tempat kita berpaut dalam mencari kebenaran ilmu yang sahih kefahamannya.

Para ulama adalah pemegang otoriti dalam ilmu agama. Jika tiada otoriti ini, maka tidak mustahil orang boleh sampai mendakwa al-Quran dan kitab-kitab hadis seluruhnya yang sampai kepada kita saat ini adalah palsu. Dengan alasan bahawa yang memberitahu kita bahawa dihadapan kita ini adalah al-Quran dan hadis adalah ulama sebelum kita juga, dan ulama tidak sunyi dari kesilapan serta manusia biasa, mungkin saja mereka berdusta kepada kita tanpa kita ketahui.

Oleh itu, tidak tepat seseorang yang berkempen kembali kepada al-Quran dan hadis sahih tanpa memberi otoriti kepada ulama dalam memberi tafsiran dan syarahan dalam memberi erti Sunnah Rasulullah dari al-Quran dan Sunnah. Sesuatu yang berlawanan dengan fitrah ilmu jika kedua-dua yang ditinggalkan Rasulullah kepada kita berbentuk kaku tanpa bicara, tanpa emosi, tanpa tabiat kemanusiaan. Maka salah satu darinya hendaklah berbentuk manusia yang berbicara dan memahami dinamik manusia sehingga penzahiran Sunnah yang diberikan berdasarkan al-Quran dan Hadis mencerminkan agama Islam yang universal tanpa mengenepikan adat, budaya, kebiasaan,corak pemikiran dan tabiat manusia setempat diseluruh dunia.

Allah berfirman “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang memegang otoriti) dari kalangan kamu”. (an-Nisa,4:59)

“Ulil amri” dalam kelilmuan adalah majoriti ulama yang berada disepanjang zaman, mereka adalah ulama ahlus Sunnah wal jamaah yang mempunyai sanad keilmuan sehingga Rasulullah SAW.

Oleh kerana itu Rasulullah SAW tidak menyatakan terangkatnya ilmu ini dengan terhapusnya kitab-kitab hadis sahih tapi dengan meninggal dunianya para ulama. Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah SWT tak mencabut ilmu mendadak secara tiba-tiba daripada hamba-hamba-Nya, tetapi mencabut ilmu dengan mematikan ulama sehinggalah apabila tidak ada orang alim, maka manusia mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpin agama mereka yang amat jahil dlm agama. Bila ditanya, pemimpin ini berfatwa tanpa ilmu. Mereka ini sesat dan menyesatkan”.

Hakikat ilmu ialah yang berada dalam dada-dada ulama, mereka merupakan gedung ilmu, bukan semata-mata kitab, mentelaah ilmu dari Google,FB, Youtube dan lain-lain tanpa guru. Pewarisan ilmu secara bersanad inilah yang membezakan sistem ilmu Islam dan sistem ilmu Barat.

Jika hanya berpandukan hadis sahih semata-mata tanpa ulama, kita tidak akan tahu bagaimana cara rukuk dan sujud yang sebenar. Kerana kitab hadis tidak dapat berbicara, tidak dapat menunjukkan postur sebenar rukuk dan sujud itu.Ini semua ialah melalui perantaraan ulama.

Seseorang tidak akan dapat mengetahui kaifiat bagaimana untuk solat dua rakaat dengan sempurna hanya dengan membaca hadis sahih, tidak akan tahu adakah bacaan tasbih dalam rukuk dan sujud itu dibaca perlahan atau kuat, tidak akan tahu adakah bacaan tahiyyat awal dan akhir dibaca perlahan atau kuat, tidak akan tahu adakah haram untuk mengangkat tangan ketika takbir pada rakaat kedua dan keempat, tidak akan akan tahu bacaan doa antara dua sujud adalah muakkadah atau ghair muakkadah, tidak akan tahu adakah masbuq yang masuk ketika rukuk perlu mengulangi rakaatnya itu atau tidak.

Tidak akan tahu apakah kedudukan hukum membaca taawwuz dan amin dengan perlahan didalam solat, tidak akan tahu adakah mani itu najis atau suci, tidak akan tahu adakah bekas air yang diminum anjing boleh digunakan untuk wudhu atau tidak, tidak akan diketahui adakah haram atau tidak untuk membaca qiraat yang berbeza bercampur aduk dalam bacaan al-Quran dalam solat, tidak akan dapat diketahui pakah hukum menyembelih korban(fardhu @ sunat),tidak akan dijumpai syarat sah sembelih haiwan korban, tidak diketahui adakah boleh menyembelih kerbau sebagai haiwan korban, dan alain-lain lagi.

Senarai ini boleh dipanjangkan lagi tapi cukuplah yang ada sebagai contoh bahawa kita tidak dapat mengetahui banyak perkara dalam agama tanpa penjelasan dari ulama.

Sumber: Ustaz Zareef Al Haqqy

19/07/2020 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Apakah Dalil Syar’i Hanya al-Qur’an dan Sunnah?.

Pertanyaan yang kemudian muncul adalah apakah di dalam ajaran Islam khususnya dalam aspek hukum praktek (fiqih), yang dikatagorikan sebagai dalil hanyalah al-Qur’an dan Sunnah semata?.

Sebenarnya pertanyaan ini muncul disebabkan munculnya pemahaman yang “keliru” terkait dengan istilah “kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah”.

Sebab pembatasan dalil syar’i hanya kepada dalil al-Qur’an dan Sunnah adalah pembatasan yang bertentangan dengan kesepakatan para ulama, sebagaimana termaktub dalam kitab-kitab Ushul Fiqih.

Imam Badruddin az-Zarkasyi (w. 794 H) berkata dalam karyanya, Tasynif al-Masami’:

وكان الئمة أجمعوا عل أن الدلة ل تنحص فيها، وأنه ثم…دليل شر عي غير ها.

“Dan para imam mazhab sepakat bahwa dalil-dalil syariat tidak terbatas pada keempat dalil tersebut (al-Qur’an, Sunnah, Ijma’, dan Qiyas), di mana terdapat dalil syariat lainnya.

Sumber: FB Ustaz Zareef Al HaQQy

19/07/2020 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

NAMA IMAM DAN ULAMAK BERMAZHAB AHLU SUNNAH WAL JAMAAH AL-AYSA’IRAH

IMAM-IMAM AQIDAH BERMAZHAB AL-ASY’ARIImam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari
Imam Al-Baqillani (405H)
Abu Ishaq Al-Isfarayini (418 H)
Imam Ishaq As-Syirazi (476 H)
Imam Al-Juwaini
Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (478 H), pengarang kitab An-Nizomiyah
Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali
Imam Ibn ‘Asakir (576 H), pengarang kitab tabiyiin Kazb Al-Muftari
Imam As-Syahristani (548 H)
Imam Fakhruddin Ar-Razi pengarang kitab Asas At-Taqdis (606 H)
Imam Al-Allamah Al-Amadi (631 H)
Imam Al-Iji (756 H)
Imam Sa’ad At-Taftazani (793 H) pengarang kitab syarh Al-Maqosid
Imam As-Syarif Al-Jurjani (816 H)
Imam Abu Mansur At-Tamimi
Imam Nas Al-Maqdisi
Imam Al-Farawi
Imam Abu Al-Walid Al-Baji
Imam Al-Bahili
Imam Sultonul Ulama’ Izz ibn Abdis Salam
Imam HibbatulLah Al-Makki
Imam Al-BaijuriIMAM-IMAM BESAR ILMU TAFSIR BERMAZHAB AL-ASY’ARIImam Al-Mufassir Al-Allamah Al-Qurtubi r.a.
Imam Al-Mufassir Ibn Kathir
Imam Al-Mufassir Ibn ‘Athiyyah Al-Andalusi r.a., pengarang kitab tafsir Al-Muharrar Al-Wajiz
Imam Al-Mufassir Abu Hayyan Al-Andalusi r.a., pengarang kitab Al-Bahr Al-Muhith.
Imam Al-Mufassir Fakhruddin Ar-Razi r.a., pengarang kitab tafsir mafatih Al-Ghaib
Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Al-Buhgowi, pengarang kitab tafsir Al-Bughowi dan kitab Syarh As-Sunnah.
Imam Al-Mufassir Abu Al-Laith As-Samarqandi r.a., pengarang kitab tafsir Bahr Al-Ulum, kitab bustanul Arifin dan tanbih Al-Ghafilin.
Imam Al-Mufassir Abu Al-Hasan Ali An-Naisaburi pengarang kitab asbab An-Nuzul.
Imam Al-Mufassir Abu At-Thana’ Syihabuddin Al-Alusi Al-Husaini Al-Hasani r.a.
Imam Al-Mufassir At-Thamin Al-Halabi r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Mashun.
Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Manthur.
Al-Imam Al-Khotib As-Syirbini r.a., pengarang kitab tafsir As-Siraj Al-Munir.
Imam Al-Allamah At-Thohir bin Asyur, pengarang kitab At-Tahrir wa At-Tanwir
Imam Az-Zarkasyi
Imam Mutawalli As-Sya’rawi r.a.IMAM-IMAM BESAR HADITH BERMAZHAB ASY’ARIImam Al-Hafiz Abu Al-Hasan Ad-Darqutni r.a.
Imam Al-Hafiz Abu Nu’aim Al-Ashbahani r.a., pengarang kitab hilyatul Auliya’
Imam Al-Hafiz Al-Hakim An-Naisaburi, pengarang kitab Mustadrak
Imam Al-Hafiz Ibn Hibban, pengarang kitab At-Thiqat
Imam Al-Hafiz Abu Sa’id Ibn As-Sam’ani
Imam Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi
Imam Al-Khatib Al-Baghdadi
Imam Al-Hafiz Muhyiddin Yahya bin Syarf An-Nawawi
Sheikhul Islam Imam Al-Hafiz Abu Amr bin As-Solah
Imam Al-Hafiz Ibn Daqiq Al-‘Aid
Imam Al-Hafiz Ibn Abi Jamrah Al-Andalusi, musnid Ahlul Maghrib
Imam Al-Hafiz Al-Karmani, pengarang syarah sahih Al-Bukhari
Imam Al-Hafiz Al-Munziri, pengarang At-Targhib wa At-Taqrib
Imam Al-Hafiz Al-Abi, pensyarah sahih Muslim
Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani
Imam Al-Hafiz As-Sakhowi r.a.
Imam Al-Qostollani r.a. pengarang Irsyad As-Sariy
Imam Al-Hafiz Al-Munawi r.a..
Imam Al-Hafiz Ad-Dimyathi r.a.
Sheikh Al-Hafiz Waliyullah Al-Dahlawi r.a.
Sheikh Abu Al-Mahasin Al-Qouquji
Sheikh Al-Hafiz Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari r.a..
Sheikh Al-Musnid Muhammad Al-Hafiz At-Tijani.
Sheikh Musnid Ad-Dunya, Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani.
Sheikh Al-Musnid Abbas Al-MalikiULAMAK SIRAH BERMAZHAB AL-ASY’ARIImam Qadhi ‘Iyad, pengarang kitab As-Syifa fi syama’il wa ahwal Al-Mustofa
Imam As-Suhaili r.a., pengarang kitab Ar-Raudh Al-Unf
Imam Ibn Khaldun
Imam Ibn Athir r.a.
Imam As-Solihi Ad-Dimasqi, pengarang kitab Subulul Huda wa Ar-Rosyad
Sheikh Yusuf An-Nabhani r.a..ULAMAK FIQH YANG BESAR BERMAZHAB AL-ASY’ARIMenurut Imam Tajuddin As-Subki, majoriti ulama’ mazhab As-Syafi’ie, Malikiyah, Hanafiyah dan Sebahagian ulama’ Hanabilah bermazhab Al-Asy’ari. Demikian diriwayatkan daripada Imam Izzuddin bin Abdil-Salam yang turut diakui oleh Imam Abu Amr ibn Hajib dan Jamaluddin Al-Husairi. (At-Tobaqot 3/365)Fuqahak yang mempertahankan mazhab Al-Asy’ari ini iaitu:Imam Tajuddin As-Subki, pengarang kitab Al-Saif As-Saqil
Imam Sheikhul Islam Zakaria Al-Ansori
Imam Ar-Rafi’ie As-Syafi’e
Imam Ibn ‘Abidin
Imam Ibn Hajib.
Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alawi Al-Haddad
Imam ‘Alauddin Al-Bukhari
Imam Al-Baidhowi r.a.
Imam Az-Zabidi r.a.
Imam Al-Qorofi r.a.
Mufti Makkah Sheikh Ahmad Zaini Dahlan As-Syafi’eIMAM QIRAAT QURAN BERMAZHAB AL-ASY’ARIImam Al-Qari’ Ibn Jazri
Imam As-Syatibi r.a.PEMIMPIN AGUNG BERMAZHAB AL-ASY’ARISultan Salehuddin Al-Ayubi
Sultan Muhammad Al-FatehTINGKATAN ULAMAK BERMAZHAB AL’ASY’ARIPeringkat Pertama Dari Kalangan Murid Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ariAbu Abdullah bin Mujahid Al-Bashri
Abu Al-hasan Al-Bahili Al-Bashri
Abu Al-Hasan Bandar bin Al-Husein Al-Syirazi As-Sufi
Abu Muhammad At-Thobari Al-‘Iraqi
Abu Bakr Al-Qaffal As-Syasyi
Abu Sahl As-So’luki An-Naisaburi
Abu Yazid Al-Maruzi
Abu Abdillah bin Khafif As-Syirazi
Abu Bakr Al-Jurjani Al-Isma’ili
Abu Al-Hasan Abdul ‘Aziz At-Thobari
Abu Al-Hasan Ali At-Thobari
Abu Ja’far As-Sulami Al-Baghdadi
Abu Abdillah Al-Asfahani
Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Zuhri
Abu Bakr Al-Bukhari Al-Audani
Abu Al-Manshur bin Hamsyad An-Naisaburi
Abu Al-Husein bin Sam’un Al-Baghdadi
Abu Abdul Rahman As-Syaruthi Al-Jurjani
Abu Ali Al-Faqih Al-SarkhosyiPeringkat KeduaAbu Sa’ad bin Abi Bakr Al-Isma’ili Al-Jurjani
Abu Thayyib bin Abi Sahl As-So’luki An-Naisaburi
Abu Al-Hasan bin Daud Al-Muqri Al-Darani Ad-Dimasyqi
Al-Qodhi Abu Bakr bin At-Thoyyib bin Al-Baqillani
Abu ‘Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi (guru Imam Al-Qusyairi)
Al-Hakim Abu Abdillah bin Al-Bai’e An-Naisaburi
Abu Manshur bin Abi Bakr Al-Isma’ili
Al-Imam Abu Bakr Furak Al-Isfahani
Abu Sa’ad bin Uthman Al-Kharkusyi
Abu Umar Muhammad bin Al-Husein Al-Basthomi
Abu Al-Qasim bin Abi Amr Al-Bajli Al-Baghdadi
Abu Al-Hasan bin Maysazah Al-Isfahani
Abu Tholib bin Al-Muhtadi Al-Hasyimi
Abu Mu’ammar bin Abi Sa’ad Al-Jurjani
Abu Hazim Al-‘Abdawi An-Naisaburi
Al-Imam Abu Ishaq Al-Isfara’ini
Abu ‘Ali bin Syazan Al-Baghdadi
Abu Nu’aim Al-Hafiz Al-Isfahani
Abu Hamid Ahmad bin Muhammad Al-Istawa’ie Ad-DalwiPeringkat KetigaAbu Al-Hasan As-Sukri Al-Baghdadi
Abu Manshur Al-Ayyubi An-Naisaburi
Abu Muhammad Abdul Wahab Al-Baghdadi
Abu Al-Hasan An-Na’imi Al-Bashri
Abu Thohir bin Khurasah Ad-Dimasyqi
Al-Imam Abu Manshur An-Naisaburi
Abu Dzar Al-Haraqi Al-Hafiz
Abu Bakr Ad-Dimsyaqi (Ibn Al-Jurmi)
Abu Muhammad Al-Juwaini (ayahnda Imam Al-Haramain Al-Juwaini)
Abu Al-Qasim bin Abi Uthman Al-Hamdani
Abu Ja’far As-Samnani
Abu Hatim At-Thobari Al-Qozwini
Abu Al-Hasan Rasya bin Nazhif Al-Muqri
Abu Muhammad Al-Isfahani (Ibn Al-Laban)
Abu Al-Fath Salim bin Ayyub Al-Razi
Abu Abdillah Al-Khobazi Al-Muqri
Abu Al-Fadhl bin ‘Amrus Al-Baghdadi Al-Maliki
Imam Abu Al-Qasim Al-Isfarayini
Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi (empunya Al-Asma’ wa As-Sifat)Peringkat KeempatAbu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi
Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Qusyairi
Abu ‘Ali bin Abi Harishoh Al-Hamdani Ad-Dimasyqi
Abu Al-Muzhoffar Al-Isfara’ini
Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali As-Syirazi
Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini
Abu Al-Fath Nasr bin Ibrahim Ad-Dimasyqi
Abu Abdillah At-ThobariPeringkat KelimaAbu Al-Muzoffar Al-Khowafi
Al-Imam Abu Al-Hasan At-Thobari (Balika Al-Harrasi)
Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali r.a.
Al-Imam Abu Bakr Al-Syasyi
Abu Al-Qashim Al-Anshori An-Naisaburi
Al-Imam Abu Nasr bin Abi Al-Qasim Al-Qusyairi
Al-Imam Abu ‘Ali Al-Hasan bin Sulaiman Al-Isbahani
Abu Sa’id As-ad bin Abi Nashr bin Al-Fadhl Al-‘Umri
Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yahya Al-Uthmani Ad-Dibaji
Al-Qadhi Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Salamah (Ibn Al-Ratbi)
Al-Imam Abu Abdillah Al-Farawi
Imam Abu Sa’ad Isma’il bin Ahmad An-Naisaburi Al-Karmani
Imam Abu Al-Hasan Al-Sulami Ad-Dimasyqi
Imam Abu Manshur Mahmud bin Ahmad Masyazah
Abu Al-Fath Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad Al-Isfara’ini
Abu Al-Fath Nasrullah bin Muhammad Al-MashishiPeringkat KeenamAl-Imam Fakhruddin Al-Razi
Imam Saifullah Al-Amidi
Sulton Al-Ulama’ Izzuddin bin Abdil Salam
Sheikh Abu ‘Amr bin Al-Hajib
Sheikhul Islam Izzuddin Al-Hushairi Al-Hanafi
Al-Khasru SyahiPeringkat KetujuhSheikh Taqiyuddin Ibn Daqiq Al-‘Idd
Sheikh ‘Ala’uddin Al-Baji
Al-Imam Al-Walid Taqiyuddin Al-Subki (murid Sheikh Abdul Ghani An-Nablusi)
Sheikh Shofiyuddin Al-Hindi
Sheikh Shadruddin bin Al-Marhal
Sheikh Zainuddin
Sheikh Shodruddin Sulaiman Abdul Hakam Al-Maliki
Sheikh Syamsuddin Al-Hariri Al-Khatib
Sheikh Jamaluddin Az-Zamlakani
Sheikh Jamaluddin bin Jumlah
Sheikh Jamaluddin bin Jamil
Qodhi Al-Quddho Syamsuddin As-Saruji Al-Hanaf
Al-Qadhi Syamsuffin bin Al-Hariri
Al-Qodhi ‘Addhuddin Al-Iji As-Syirazi
Dan lain-lain lagi.(antara rujukan: Tabyiin Kizb Al-Muftari oleh Imam Ibn ‘Asakir, Marham Al-Ilal oleh Imam Al-Yafi’e, Tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra oleh Imam Tajuddin As-Subki, At-Tobaqot oleh Imam Al-Badr Husein Al-Ahdal dan sebagainya)Disediakan Oleh :Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

16/07/2020 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi | Leave a comment

FAEDAH MENGUTIP MAKANAN YANG TUMPAH

Makanan yang tumpah dari pinggan selagi boleh dibersihkan dan boleh dimakan, maka usahakanlah jangan terus membuangnya.

Seumpama, ketika suap nasi, ada beberapa biji nasi yang jatuh, maka kutiplah

Sabda baginda Rasulullah ﷺ

من أكل ما يسقط من المائدة عاش في سعة وعوفي في ولده

[أخرجه الديلمي في (الفردوس) عن سيدنا انس بن مالك رضي الله عنه ، ونحوه في ( تاريخ مدينة دمشق) عن سيدنا أبي هريرة رضي الله عنه]

➡️”Barangsiapa yang memakan apa yang terjatuh dari hidangan, nescaya lapang kehidupannya dan disihatkan anaknya”

ورواه أبو الشيخ بلفظ : أمن من الفقر والبرص والجذام، وصرف عن ولده الحمق

[عزاه الحافظ العغ في تخريج احاديث (الإيحاء) لأبي الشيخ في (الثواب) وانظر (كشف الخفاء)

Manakala lafaz dari Abu As-Syeikh

➡️”Akan selamat dari kefakiran, penyakit sopak, kusta dan anak dijauhkan dari dungu (bodoh)”.

وروى الديلمي عن ابن عباس مرفوعا (( من أكل ما يسقط من المائدة خرج وله صباح الوجوه، ونفي عنه الفقر))

[أخرجه الديلمي في (الفردوس)، وانتظر (كشف الخفاء)

Riwayat Ad-Dailami daripada Sayyiduna Ibn Abbas secara marfu’:

➡️”Barangsiapa yang memakan sesuatu yang terjatuh dari hidangan, nescaya akan lahir ANAK YANG COMEL WAJAHNYA dan dijauhkan dari kefakiran”.

ويقال: إن التقاط الفتات من حول المائدة مهور الحور العين

]ذكره الغزالي في (الإحياء)

➡️Dikatakan: “Sesungguhnya mengutip makanan yang tumpah di tepi hidangan adalah MAHAR bagi bidadari”.

Sumber: الذخائر القدسية في زيارة خير البرية

Tetapi , janganlah SENGAJA menumpahkan makanan dengan niat nak elak dari kefakiran, nak dapat anak comel atau mahar bidadari ya 😅

Kitab ini menceritakan berkaitan adabnya yang sewajarnya bagi mereka yang ingin menziarahi baginda Rasulullah ﷺ. Disusun adab2 sebelum pergi, adab2 ketika buat kenduri barulah adab2 dan Fawaid ziarah Baginda Rasulullah ﷺ.

Jazakumullahu Khairan Kathira Al-Fadhil Ustaz Nazrul Abdul Nasir حفظه الله ورعاه yang mencadangkan kitab ini kepada alfaqir

Wallahualam
Abu Abbas Sidqi

14/07/2020 Posted by | Fad hail Amal, Tazkirah | Leave a comment

Masjid Aya Sofea yg di tukar jadi Gereja ketika zaman Artartuk sudah kembali jadi Masjid di zaman Edorgan.

Kata Ustaz Badiuzzaman Said Nursi, Penukaran Aya Sofea kepada masjid adalah lambang penyerahan Kristian Byzatin terhadap Islam.

Setelah beratus tahun Byzatin mengancam Islam akhirnya mereka terpaksa menyerah di tangan Sultan Muhamad al Fateh.

Sultan Muhamad al Fateh berkata, semua gereja di konstantinopel kekal sebagai gereja kecuali Aya Sofea ditukar kepada masjid.

Maknanya Sultan Muhamad al Fateh tidak merosakkan tempat ibadat kaum kristian. Mereka bebas mengamalkan di tempat ibadat mereka.Cuma Aya Sofea sebuah sahaja ditukar jadi masjid.

Kenapa Aya Sofea jadi pilihannya?. Kerana Islam telah berkuasa di Konstantinopel. Sebagai lambang penyerahan Byzantin membenarkan Aya Sofea ditukar jadi masjid.

Adat peperangan pada zaman itu, mereka yang kalah akan menjadi hamba atau dibunuh. Semua harta termasuk ladang dan rumah kediaman menjadi milik mereka yang menang.

Namun Sultan Muhamad al Fateh membawa akhlak Islam. Tawanan perang tidak dibunuh. Rumah ibadat tidak dibakar atau tidak dirosakkan.

Setelah Sultan Muhamad al Fateh dan pasukan tenteranya menakluk Konstantinopel, mereka perlukan sebuah masjid untuk sembahyang berjemaah. Jika umat Islam pada masa itu sembahyang di padang atau tanah lapang pasti ditertawakan musuh.

Maka Sultan Muhamad al Fateh pun membeli Aya Sofea dengan harta peribadinya sendiri lalu diwakafkan sebagai tempat ibadat umat Islam.

Jika Aya Sofea dirampas begitu sahaja baru dikatakan bertindak zalim terhadap rumah ibadat kristian. Tetapi Sultan Muhamad al Fateh mendapatkannya secara baik dan ada surat akuan jual beli.

Sumber: FB Abdul Latip

13/07/2020 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi, Uncategorized | | Leave a comment

Menjawab orang yang mendakwa ibu/bapa Nabi Muhammad SAW ahli Neraka

Nak bagi tau ni kepada orang yang mengira kedua orang tua Rasul Allah sebagain dari penghuni neraka.

Ya Allah Ampuni aku/kami dari kejahilan.

Kehidupan Agama bangsa arab sebelum kelahiran Rasulullah Muhammad bin Abdullah sallallah Alaihi wasallam.

Pada awalnya, majoriti Bangsa Arab mengikuti Nabi Ibrahim ‘alaihissalam, yaitu ajaran tauhid untuk beribadah hanya kepada Allah Ta’ala.

Setelah berlalunya waktu yang panjang, mereka melalaikan hal tersebut, walaupun ada sisa-sisa peninggalan ajaran tauhid Nabi Ibrahin ‘alaihissalam.

Hingga suatu saat di Mekah tersebutlah seorang yang bernama Amr bin Luhay dari suku Khuza’ah yang sangat dihormati dan dimuliakan kaumnya karena kedermawanan dan prilakunya yang baik.

Suatu ketika, ia pergi ke Syam dan di sana melihat masyarakatnya menyembah berhala sebagai bentuk ibadah. Ia menyimpulkan bahwa itu adalah perbuatan baik. Sekembalinya dari Syam, Amr pun membawa berhala yang bernama Hubal dan meletakkannya di ka’bah.

Lalu dia mengajak kaumnya untuk melakukan apa yang dilakukan penduduk Syam.

Karena pengaruh kedudukannya, tak lama penduduk Mekah pun menjadi penyembahan berhala dan menjadi agama baru bagi mereka. Ajaran tersebut dengan cepat menyebar ke wilayah Hijaz (Mekah dan sekitarnya) hingga menyebar luas meliputi Jazirah Arabi. Bahkan, di sekitar Ka’bah ada ratusan berhala yang disembah.

Dari sanalah mulai lagi kemunculan berbagai bentuk kesyirikan, bid’ah, dan khurafat di masyarakat Arab.
Walaupun bermacam kekurafatan yang terjadi dimekah dan sekitarnya,…kedua ibu bapa Nabi tidak terlibat dalam keadaan menyembah berhala dan berpindah agama atau menukar kepercayaan nya kepada selain agama tauhid yang ditinggalkan oleh Nabi ibrahim As.

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam dilahirkan dari suku Quraisy, yaitu suku yang paling terhormat dan terpandang di tengah masyarakat Arab pada waktu itu. Dari suku Quraisy tersebut, Beliau dari bani Hasyim, anak suku yang juga paling terhormat di tengah suku Quraisy.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lahir dalam keadaan yatim. Karena bapaknya; Abdullah telah meninggal ketika ibunya; Aminah mengandungnya di usia dua bulan.

Setelah melahirkannya, sang ibu segera membawa bayi tersebut kepada kakeknya Abdul Mutthalib. Betapa gembiranya sang kakek mendengar berita kelahiran cucunya. Lalu dibawanya bayi tersebut ke dalam Ka’bah, dia berdoa kepada Allah dan bersyukur kepada-Nya. Anak tersebut kemudian diberi nama Muhammad; nama yang belum dikenal masyarakat Arab waktu itu. Lalu pada hari ketujuh setelah kelahirannya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dikhitan.

Bermakna,..aQidah kedua ibu bapa Nabi bersih dari kesyirikan dan kesesatan,..karena bangsa atau suku qurais sangat berpegang kepada janji dan amah dalam kepercaan mereka.

Betapapun demikian, bangsa Arab masih memiliki beberapa akhlak yang sangat terpuji, walau kadang ditampilkan dengan cara yang salah. Diantaranya adalah kedermawanan, memenuhi janji, menjaga kemuliaan jiwa dan pantang dihina, pemberani, lemah lembut suka menolong dan sederhana.

Setelah beberapa lama tingal bersama ibunya, pada usia 6 tahun, sang ibu mengajaknya berziarah ke makam suaminya di Yatsrib. Maka berangkatlah mereka keluar dari kota Mekkah,
menempuh berjalan sepanjang 500 km, di temani ole Ummu Aiman dan di biayai oleh Abdul Mutthalib.

Maka beliau sampai Di tempat tujuan, mereka menetap sebulan disana.

Setelah itu mereka kembali ke Mekkah. Namun di tengah perjalanan, ibunya menderita sakit dan akhirnya meninggal di perkampungan Abwa’ yang terletak antara kota Mekkah dan Madinah.

Sang kakek; Abdul Muththalib, sangat iba terhadap cucunya yang sudah menjadi yatim piatu diusianya yang masih kecil. Maka dibawalah sang cucu ke rumahnya, diasuh dan dikasihi melebihi anak-anaknya sendiri.

Pada saat itu Abdul Muththalib memiliki tempat duduk khusus di bawah Ka’bah, tidak ada seorangpun yang berani duduk di atasnya, sekalipun anak-anaknya, mereka hanya berani duduk di sisinya. Namun Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam -yang saat itu masih anak-anak- justru bermain-main dan duduk di atasnya. Karuan saja paman-pamannya mengambil dan menariknya. Namun ketika sang kakek melihat hal tersebut, beliau malah melarang mereka seraya berkata, “Biarkan dia, demi Allah, anak ini punyai kedudukan sendiri.”

Akhirnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam kembali duduk di majlisnya, diusapnya punggung cucunya tersebut dengan suka cita melihat apa yang mereka perbuat.

Tapi lagi-lagi kasih sayang sang kakek tak berlangsung lama di rasakan Muhammad kecil. Saat Rasullullah saw. berusia 8 tahun, kakeknya meninggal dunia di Mekkah. Namun sebelum wafat beliau berpesan agar cucunya tersebut dirawat oleh paman dari pihak bapakna; Abu Thalib.

Kini Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berada dalam asuhan pamannya yan juga sangat mencintainya. Abu Thalib merawatnya bersama anak-anaknya yang lain, bahkan lebih disayangi dan dimuliakan. Begitu seterusnya Abu Thalibb selalu di sisi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, merawatnya, melindungi dan membelanya, bahkan hingga beliau di angkat menjadi Rasul. Hal tersebut berlangsung tidak kurang selama 40 tahun.

Wallahu’alam.

Sumber: FB Ustaz Dr Zareef Al HaQQy

13/07/2020 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MAKANAN AKAN MELAKNAT ORANG YANG TIDAK SOLAT

Abuya Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki Al-Hasani rahimahullah menuturkan di dalam kitabnya Qul Hadzihi Sabili : Bahawa orang yang meninggalkan solat tidak akan mendapatkan pertolongan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Malah ketika sakit, ia tidak akan dijenguk, ketika meninggal jenazahnya ia tidak akan diiringi oleh para malaikat, juga setiap makanan melaknatnya.

قَالَ ﺑَﻌْﺾُ ﺍﻟﺴَّﻠَﻒِ : تَارِكُ الصَّلاَةِ إِذَا رُفِعَتِ اللُّقْمَةُ إِلَى فِيهِ قَالَتْ لَهُ: لَعَنَكَ اللهُ يَا عَدُوَّ الله ُتَأْكُلُ رِزْقَ اللهِ وَلاَ تُؤَدِّي فَرَائِضَهُ.

Sebahagian ‘Ulama Salaf berkata: “Orang yang meninggalkan solat apabila mengangkat sesuap makanan, makanan tersebut berkata, semoga Allah melaknatmu wahai musuh Allah, karena kamu memakan rezeki dari Allah dan kamu tidak melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya.”

-Abuya Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki Al-Hasani,
(kitab Qul Hadzihi Sabili)

09/07/2020 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | 2 Comments

BERKAITAN HIDANGAN ATAU JAMUAN MAKAN DITEMPAT KEMATIAN.

Wahai Rasulullah SAW…..sesungguhnya ibuku telah sedang aku tidak ada di tempat, apakah jika aku bersedekah untuknya bermanfaat baginya?.

Rasulullah saw. menjawab: Ya.

Saad berkata:

saksikanlah bahwa kebunku yang banyak buahnya aku sedekahkan untuknya” (HR Bukhari).

Huraian dari hidangan makanan ditempat ahli mayit.

Ada dua pendapat di kalangan ulama berkaitan dengan hukum menghidangkan makanan dari pihak keluarga si mayit kepada para jamaah tahlilan maupun orang-orang yang datang bertakziyah padanya.

a. Pendapat yang berkata makruh.

Hal ini berdasarkan pada dua hadis,..

Pertama, hadis Jarir bin Abdullah al-Bajali yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah dengan sanad yang shahih. Jarir bin Abdullah berkata,..

👉”Kami menganggap berkumpul pada keluarga mayit dan disediakan makanan dari pihak keluarga mayit bagi mereka (yang berkumpul) termasuk niyahah (ratapan).”

Berdasarkan hadis ini, para ulama mazhab Hanafi berpendapat makruh memberikan makanan pada hari pertama, kedua, ketiga dan setelah tujuh hari kepada pentakziyah sebagaimana ditegaskan oleh al-Imam Ibn Abidin dalam Hasyiyah Radd al-Muhtar juz 2 hlm. 240.

Kedua, Hadis riwayat al-Tirmidzi, al-Hakim dan lain-lainnya, bahwa Rasulullah saw. bersabda:

👉”Buatkan makanan untuk keluarga Ja’far, karena mereka sekarang sibuk dengan kematian Ja’far.”

Para ulama berpendapat, bahwa yang disunnatkan sebenarnya adalah tetangga keluarga mayit atau kerabat-kerabat mereka yang jauh membuatkan makanan bagi keluarga mayit yang sedang berduka, yang cukup untuk keperluan mereka dalam waktu selama sehari semalam.

Pendapat ini diikuti oleh majoriti fuqaha, dan majoriti ulama mazahib al-arba’ah.
Dan ini juga merupakan praktek umat islam dinusantara,..saat ada tetangga meninggal, maka para tetangga takziyah dengan membawa beras, uang serta membantu memasak untuk keluarga musibah dan memasak bagi yang bertakziah yang mana makanan itu berasal dari tetangga2 sekitar dan sama sekali tidak mengambil harta dari keluarga musibah.

b. Ulama yang lain berpendapat bolehnya menghidangkan makanan dari pihak keluarga mayit bagi para jamaah tahlilan maupun para pentakziyah,walaupun pada masa-masa tiga hari hari pertama meninggalnya si mayit.
Hal ini berdasarkan pada beberapa dalil antara lain:

Pertama, Ahmad bin Mani’ meriwayatkan dalam Musnad-nya dari jalur al-Ahnaf bin Qais yang berkata:

👉”Setelah Khalifah Umar bin al-Khaththab ditikam, maka beliau meberitahukan agar Shuhaib yang bertindak sebagai imam shalat selama tiga hari dan memerintahkan menyediakan makanan untuk orang-orang yang datang bertakziyah.”

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, sanad hadis ini bernilai hasan. (Lihat al-Hafiz Ibn Hajar, al-Mathalib al-‘Aliyah fi Zawaid al-Masanid al-Tsamaniyah, juz 1, hlm. 199, hadits no. 709).

Kedua, al-Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam kitab al-Zuhd dari al-Imam Thawus (ulama salaf dari generasi tabi’in), yang berkata:

👉”Sesungguhnya orang-orang yang meninggal dunia itu diuji oleh di dalam kubur mereka selama tujuh hari. Mereka (para generasi salaf) menganjurkan mengeluarkan sedekah makanan untuk mereka selama tujuh hari tersebut.”

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, sanad hadis ini kuat (shahih). (Lihat, al-Hafiz Ibn Hajar, al-Mathalib al-‘Aliyah, juz 1, hlm. 199, hadis no. 710).

Ketiga, “Kami keluar bersama Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam pada sebuah jenazah, maka aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam berada diatas kubur berpesan kepada penggali kubur :

👉“perluaskanlah olehmu dari bagian kakinya, dan juga luaskanlah pada bagian kepalanya”, Maka tatkala telah kembali dari kubur, seorang wanita (istri mayyit, red) mengundang (mengajak) Rasulullah, maka Rasulullah datang seraya didatangkan (hidangan) makanan yang diletakkan dihadapan Rasulullah, kemudian diletakkan juga pada sebuah perkumpulan (qaum/sahabat), kemudian dimakanlah oleh mereka.

Maka ayah-ayah kami melihat Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam makan dengan suapan, dan bersabda:

👉“aku mendapati daging kambing yang diambil tanpa izin pemiliknya”.

Kemudian wanita itu berkata : “wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah mengutus ke Baqi’ untuk membeli kambing untukku, namun tidak menemukannya, maka aku mengutus kepada tetanggaku untuk membeli kambingnya kemudian agar di kirim kepadaku, namun ia tidak ada, maka aku mengutus kepada isterinya (untuk membelinya) dan ia kirim kambing itu kepadaku, maka Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda :

👉“berikanlah makanan ini untuk tawanan”.

(Sunan Abi Daud no. 3332 ; As-Sunanul Kubrra lil-Baihaqi no. 10825 ; hadits ini shahih ; Misykaatul Mafatih (5942) At-Tabrizi dan Mirqatul Mafatih syarh Misykah al-Mashabih (5942) karangan al-Mulla ‘Alial-Qari, hadis tersebut derajat shahih.

Lebih jauh lagi, didalam kitab tersebut disebutkan dengan lafaz berikut,…

(استقبله داعي امرأته) ، أي: زوجة المتوفى.

“Rasulullah menerima ajakan wanitanya, yakni istri dari yang wafat”.).

Semoga bermanfaat,…dan sila share untuk semua.

Disediakan oleh : Ustaz Dr Zaaref Al HaQQy.

07/07/2020 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

ORANG AWAM BERTANYA DALIL?

1- ORANG AWAM bermaksud dia tidak dalam kalangan penuntut ilmu agama yang menekuni dan mendalami.

2- Apabila dia bertanya seorang guru, adakah perlu dia bertanya sumber di MANA DALIL?

3- Jawapannya TIDAK perlu, walaupun bertanya bukanlah suatu kesalahan.

4- Tanggungjawab awam ialah bertanya kepada ahli zikr sekiranya tidak mengetahui seperti firman Allah (فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون) surah an Nahl:43

5- Begitulah yang berlaku sejak generasi sahabat , tabiin, imam-imam mazhab dan seterusnya.

6- FUQAHA’ di kalangan sahabat tidaklah ramai. Kata Imam ibn Qayyim hanya sekitar 130 orang sahabat yang di ketahui fatwa mereka dari kalangan sahabat sedangkan jumlah sahabat adalah melebihi 120 ribu orang.

7- Yang paling unggul dikalangan mereka pula, hanya sekitar 10 orang sahaja.

8- Apabila seorang sahabat bertanya hukum, tiada mereka bertanya apakah DALILNYA?

9- Perkara ini banyak terdapat dalam kitab2 hadis seperti musannaf Ibn Abi Syaibah dan musannaf abd Razzaq.

10- Begitu juga banyak fatwa-fatwa Imam mazhab dalam kitab mereka.

11- Tidak perlu secara mutlaq seorang mufti berfatwa dengan membawa dalil, untuk membezakan fatwa dan tasnif. Mereka berhujjah bahawa ulama setiap zaman dari kalangan sahabat dan selepas mereka berfatwa kepada orang awam . Mereka beramal dengannya tanpa diterangkan dalil. Situasi ini tersebar tanpa diingkari para ulama zaman berzaman dan ia adalah ijmak. (Syaikh San’aani, Ijabah al Sail Syarh Bughyah al Amal 407)

12- Kata alQadi abul Qasim asSaimariy, “pendetailan, sekiranya yang bertanya adalah faqih, maka hendaklah disebutkan dalilnya, sekiranya orang awam, maka tidaklah perlu(Allamah alQasimi,al Fatwa fil islama 98). Begitu juga disebutkan oleh alHafiz Khatib alBaghdadi. (alFaqih wal Mutafaqqih 2/406)

Oleh: Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim

06/07/2020 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

“Tauhid terbagi menjadi tiga, Rububiyah, Uluhiyah dan al Asma’ wa as Shifat”…???

Kopy paster dari page pondok jiran seberang….bagus untuk dipelajari.

Apa Kamu Nak Jawab Wahhabi Setelah Fakta Ini??

Apabila Wahhabi berkata:
“Tauhid terbagi menjadi tiga, Rububiyah, Uluhiyah dan al Asma’ wa as Shifat”

Maka katakanlah:

✔️Ini adalah bid’ah dlolalah (bid’ah sesat) dari Ibnu Taimiyah pada abad ke 7 hijriyah yang diikuti oleh Muhammad bin Abdul Wahhab an Najdi at Tamimi.

👍Tidak ada Nash dari al Qur’an dan hadits yang secara eksplisit menjelaskan adanya pembagian tauhid tersebut.

👍Tidak ada juga para sahabat, tabi’in dan para ulama salaf yang membagi tauhid seperti yang kalian lakukan, bahkan al Imam Ahmad bin Hanbal Radliyallahu ‘anhu yang kalian klaim sebagai panutan kalian (padahal beliau terbebas dari Aqidah rusak kalian) juga tidak pernah ditemukan menjelaskan pembagian tauhid ini.

✔️Pembagian tauhid ini tergolong sebagai bid’ah sesat karena bertentangan dengan syara’. Penjelasannya sebagai berikut:

☑️ Dengan konsep tauhid Rububiyah kalian mengatakan bahwa orang-orang kafir itu bertauhid Rububiyah, karena itu para Nabi diutus oleh Allah untuk menyeru pada tauhid Uluhiyah.

👍Pernyataan ini bertentangan dengan al Qur’an, hadits dan akal.

1⃣Dalam Al Qur’an, Allah ta’ala berfirman:

مَا نَعۡبُدُهُمۡ إِلَّا لِیُقَرِّبُونَاۤ إِلَى ٱللَّهِ زُلۡفَىٰۤ

[Surat Az-Zumar 3].

“Tidaklah kami beribadah kepada mereka (berhala-berhala) kecuali agar mereka mendekatkan diri kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya”.

👆Ayat ini secara jelas menegaskan bahwa orang-orang kafir tidak bertauhid Rububiyah, karena ketika menyembah berhala, mereka meyakini bahwa berhala itu bisa menciptakan hidayah dan pendekatan diri mereka kepada Allah.

Dalam ayat yang menceritakan tentang Fir’aun yang mengaku sebagai Rabb, Fir’aun berkata:

انا ربكم الاعلى

“Aku adalah Tuhan kalian yang maha tinggi”(an Naziat: 24)

👆Ayat ini menunjukkan bahwa Fir’aun tidak bertauhid Rububiyah sebagaimana kalian klaim.

Fir’aun juga mengaku sebagai Ilaah:

وَقَالَ فِرۡعَوۡنُ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡمَلَأُ مَا عَلِمۡتُ لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَیۡرِی

[Surat Al-Qashash 38]
“Dan Fir’aun berkata, Wahai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui bagi kalian ilaah selain aku”.

👆Ayat ini menunjukkan bahwa Fir’aun tidak bertauhid Uluhiyah.

♦️Dua ayat ini menunjukkan bahwa tidak ada beda antara tauhid Rububiyah dan Uluhiyah. Karena di satu ayat Fir’aun mengaku sebagai Rabb dan di satu ayat Fir’aun mengaku sebagai ilaah.

2⃣Dalam hadits tentang pertanyaan kubur oleh dua malaikat, Munkar dan Nakir. Pertanyaan keduanya adalah:
من ربك؟
– Seandainya Tauhid Rububiyah itu beda dengan tauhid Uluhiyah dan bahwa tauhid Rububiyyah tanpa tauhid Uluhiyah tidak cukup untuk menjadikan seseorang beriman maka pertanyaannya pasti berbunyi:

من إلهك؟

atau kedua-duanya,..

من ربك ومن إلهك؟

3⃣Secara akal tidak mungkin orang yang meyakini bahwa Allah adalah satu-satunya pencipta dan pengatur alam semesta itu menyembah selain-Nya, yang dia ketahui bukan pencipta dan bukan pengatur alam semesta ini.

☑️Dengan konsep tauhid Uluhiyah, kalian mengatakan bahwa orang yang melakukan tawassul, tabarruk dan Istighotsah dengan nabi dan para wali itu musyrik (beribadah kepada Nabi dan wali).

👍Ini adalah tuduhan syirik terhadap Nabi yang telah mengajarkan tawassul pada seorang sahabat buta, tuduhan syirik terhadap para sahabat seperti sahabat Umar ibn al Khaththab, Abu Ayyub al Anshori, Bilal Ibnu Harits al Muzani, Bilal bin Robah, Abdullah bin Umar dan para sahabat lainnya yang telah mempraktikkan tawassul dengan nabi dan para wali. Ini juga tuduhan syirik terhadap para ulama salaf dan mayoritas umat Islam yang senantiasa melakukan tawassul dengan nabi dan para wali.

👍Dalam tawassul tidak ada unsur ibadah kepada selain Allah, karena tawassul itu berdo’a kepada Allah dengan keagungan seorang Nabi atau Wali, bukan berdo’a kepada Nabi atau wali.

♦️Tidak ada seorang muslim-pun ketika bertawassul yang meyakini bahwa Nabi atau Wali itu adalah pencipta manfaat atau madlorrot, tetapi penyebutan nama mereka dalam doa kepada Allah adalah sebab syar’i dari dikabulkannya do’a seseorang.

☑️ Konsep tauhid al Asma’ wa as Shifat adalah cara kalian untuk menyembunyikan Aqidah tasybih dan tajsim.

Kalian mengatakan: “kami tidak mensifati Allah kecuali dengan sifat yang Allah sifatkan pada Dzat-Nya”.

Dengan konsep ini kalian juga mengkafirkan majoriti umat Islam yang mentakwil ayat-ayat sifat mutasyabihat yang makna zahirnya mengindikasikan bahwa Allah serupa dengan makhluk.

👍Dengan dalih pernyataan itu kalian mensifati Allah dengan duduk (julus), bersemayam (istiqrar), padahal Allah tidak pernah mensifati Dzat-Nya dengan sifat itu. *”Teori dan prakteknya berbeda”*

(Petikan dari FB Zaref Shah Al HaQQy)

04/07/2020 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment