Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ilmu Falak Islam

Kami menerima meseg memberitahu ada golongan yang mempersenda dan mengkritik ilmu Falak warisan Ulama Turath.

Mereka merasa mereka pandai dan orang lain bodoh.

Hakikatnya mereka jahil, jumud, hasad, sombong, jahat adab, celaru dan beku dalam pembinaan kehidupan beragama berasaskan disiplin ilmu warisan Rasulullah SAW. khususnya dalam konteks Hadis Sahih : ‘Ulama pewaris Nabi SAW’ dan ‘Apabila berlaku perselisihan, kamu mesti bersama hitam yang besar (majoriti Ulama).

Di sini kami kongsikan’ apa itu disiplin ilmu Falak warisan Ulama Turath supaya mereka faham seterusnya bertaubat kerana membuat fitnah terhadap ilmu dan tokoh-tokohnya.

Falak Dalam Kehidupan

Ilmu Falak adalah ilmu Alat bagi membantu urusan kehidupan manusia.

Di antara kepentingan ilmu Falak warisan Ulama Turath ialah untuk mengukur nilai waktu dan nilai tempat berdasarkan al-Hal (hal ehwal) dan al-Maal (dapatan dan perolehan).

Perbincangan ilmu ini juga tertumpu kepada hubugkait makhluk di langit seperti bulan, bintang, matahari, planet dan sebagainya dengan makhluk di bumi khususnya makhluk di alam manusia, alam lautan, alam tumbuh-tumbuhan dan alam haiwan.

Ilmu falak dalam kefahaman masyarakat awam hanya dilihat berkaitan dengan detik melihat anak bulan untuk mengesahkan puasa fardhu bulan Ramadhan, dua hari raya, taqwim bulan hijriyyah, taqwim waktu solat dan penentuan arah kiblat.

Bagaimanapun, peranan disiplin ilmu Falak warisan Ulama Turath sebenarnya begitu luas dan ia merangkumi rumusan Ulama Turath terkait alamat, petanda dan petunjuk yang berasaskan sumber hukum serta kajian, pemerhatian dan pengalaman mereka terkait sistem Sunnatullah sebagai pedoman menghadapi fenomena alam seperti cuaca dan musim yang sentiasa berubah-ubah.

Hasilnya mereka dapat membuat satu sistem penjadualan dengan tujuan supaya manusia lebih bersedia dalam menghadapi serta mendepani segenap hal yang mencakupi pelbagai bidang kehidupan manusia.

Menguasai disiplin ilmu Falak juga merupakan kelebihan untuk seseorang atau pihak itu memanfaatkan sumber bumi yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya.

Amalan dalam disiplin ilmu Falak juga perlu digabungkan dan diselaraskan dengan disiplin ilmu Tauhid, Fekah dan Tasawuf supaya urusan kehidupan manusia sentiasa dalam kerangka Islam, Iman dan Ihsan.

Untuk mengetahui dengan lebih luas dan mendalam terkait ilmu warisan daripada Nabi Idris A.S. ini dan manfaatnya dalam kehidupan manusia, kami menjemput tuan-tuan dan puan-puan khususnya asatizah, ahli akademik, pegawai kerajaan, profesional dan pemain industri untuk mengikuti Pengajian Talaqqi & Online Kitab Turath (Falak – Keajaiban Segala Makhluk dan Keunikan Segala Yang Wujud) bersama Tuan Guru Haji Hanafiah bin Abdul Razak yang kami susun penjadualannya secara langung pada hari Ahad/ Sabtu (atas pilihan Tuan Guru) minggu kedua setiap bulan (sila rujuk update jadual di FB Private Group : Pengajian Online Kitab Turath).

Mudah-mudahan input ilmiah dalam pengajian ini menjadi pelengkap dalam menyempurnakan tuntutan kewajipan Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah kita serta dapat membantu meningkatkan kualiti kerja kita yang bernlai ibadah serta menjadi asbab untuk meraih rahmat, keberkatan dan kejayaan di dunia serta di akhirat insya Allah.

SIAPA TUAN GURU HAJI HANAFIAH BIN ABDUL RAZAK?

Beliau merupakan kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (sekarang Imam di Masjid Kota Iskandar) dan beliau juga merupakan salah seorang Panel Pakar Falak JAKIM.

Di antara guru-guru beliau ialah Syeikh Salleh Penanti, Syeikh Saman Kati, Tuan Guru Hj Abdul Lattif Abdul Rahman(Pak Teh Kroh) dan Syeikh Yassin Padang.

Slogan yang beliau bawa dalam displin ilmu Falak ialah Falak Dalam Kehidupan. Kata Tuan Guru Ahmad Ridoudin Bin Abdul Wahab, “Ustaz Hanafiah ini bukan sahaja alim dalam disiplin ilmu Falak, bahkan beliau alim dalam banyak ilmu khususnya ilmu Fardhu ‘Ain manhaj Turath.”

Pernah suatu masa admin bercerita kepada beliau tentang pengiktirafan Tuan Guru Ahmad Ridoudin tersebut dan minta beliau buka pondok di Johor, respon beliau “aku bukan ahli/pakar Falak, aku hanya pengamal Falak.”

Sekalipun beliau tidak mempunyai pengiktirafan dalam bidang akademik seperti Dr tetapi sumbangan beliau sangat besar kepada negara. Beliau pernah bercerita kepada admin berkenaan beliau dijemput oleh sebuah kerajaan negeri untuk membantu berkaitan krisis air di negeri tersebut. Kata beliau “kerajaan negeri perlu menebus guna semua kawasan tinggi/gunung/bukit untuk dijadikan empangan tadahan air yang baru sebagai tambahan yang sedia ada.” Jawab exco “cadangan ini tidak menguntungkan kerajaan negeri, tebus guna tanah untuk pembangunan lebih menguntungkan.” Beginilah senario orang alim hari ini khususnya manhaj Turath dalam membimbing kehidupan masyarakat khususnya dalam urusan kehidupan beragama serta urusan kehidupan dunia. Orang-orang alim dahulu sedikit tetapi petua mereka dijadikan panduan dan ikutan masyarakat seluruh daerah hatta seluruh negeri.

Urus tadbir kehidupan masyarakat dan negara hari ini banyak menimbulkan masalah mungkin disebabkan kurang berpandukan kepada cahaya ulama khususnya ulama manhaj Turath dan penjadualan mengikut sistem Sunnahtullah dalam kehidupan sains dan teknologi moden hari ini.

Wallahu’alam

Admin
STKT

Ahli Falak Tuan Guru Haji Hanafiah Abdul Razak


21/12/2021 - Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah |

No comments yet.

Leave a comment