Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

KADANG WAHHABI PERTIKAIKAN KENAPA YG KITA LEBIH IKUTI ADALAH ULAMA ULAMA MAZHAB SYAFIE DAN BUKAN IMAM SYAFIE SENDIRI?

Kredit – Ilham Othmany

JAWAPAN:


KEADAAN KITA YG HIDUP DI PENGHUJUNG ZAMAN INI DI LANDA PENYAKIT BODOH YG BERLAPIS LAPIS BODOH.

Utk fahamkan Al Quran kita perlu kepada hadis.Dan untuk fahamkan hadis kita perlukan ulama.Dan untuk fahamkan maksud dan kehendak sesorang ulama kita perlukan kepada keterangan ulama ulama yg lain.

Imam Al Syafie itu ulama standard kurun ke dua hijrah.Semua huraian beliau tentang Al Quran dan hadis ikut standard orang orang yg hidup pada zaman tersebut.

Bagaimana kita yg hidup dikurun 15 ini nak faham perkataan ulama yg hidup di kurun kedua kalau tidak melalui penerangan ulama yang hidup di zaman kita atau ulama yg hidup hampir pada zaman kita.

Sebab tu nak faham apa apa kehendak dan maksud imam Al Syafie terhadap nas Al Quran dan hadis, tidak boleh tidak kita tidak boleh mengabaikan pendapat ulama ulama seperi syeikh Ibnu Hajar,Syeikh Ramli,Imam Al Nawawi,Imam Al Ghazali dan lain lain.

Dalam Al Quran disebutkan:
لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة
Sesungguhnya di dalam diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan bagi kamu.
Ini sudah tentulah termasuk dalam hal hal ibadat termasuk sembahyang.Nabi bersabda
صلوا كما رأيتموني أصلي
Sembahyanglah kamu seperti yang kamu lihat daku bersembahyang..

Kalau semata mata melihat nabi sembahyang maka yg kita nampak hanyalah perlakuan zahirnya sahaja.Bagaimana kita mempastikan adakah niat diperlukan atau tidak?Sebab kita bukan nampak nabi berniat.Maka para ulama melihat kepada hadis yang lain yaitu
إنما الأعمال بالنيات
Setiap amalan mesti ada niat.

Nabi tak kata jika solat hendaklah berniat.Tapi para ulama lah yg menjelaskan kepada kita bahawa solat mesti ada niat berdasarkan kepada hadis di atas.

Ini membuktikan utk orang orang bodoh macam kita hanya Al Quran dan hadis sahaja tidak memadai.Kita perlukan kepada ulama utk menjelaskan kepada kita bagaimana hendak memahami Al Quran dan hadis tersebut

Kemudian yg dikatakan niat tu macam mana?
Maka ulama yg kemudian pulak menjelaskan bahawa niat itu adalah qasad.Dan qasad sahaja tidak memadai.Mesti disebut kan qasad utk apa fardhu atau sunnat yg namanya taarudh.Kemudian taarudh pun tidak memadai mesti disebutkan fardhu apa?Kalau sunnat maka sunnat apa?Zuhur?Asar?Maghrib?Isyak? Maka diwajibkan dalam niat kena ada ta’yin..

Ini semua lengkap disebutkan oleh para ulama yg terkemudian.Sebab itu bagi orang yg macam kita tak cukup hanya sekadar ikut Al Quran dan hadis semata.Mesti ditekankan ikut Al Quran dan hadis dengan cara yg betul.Tapi nak ikut Al Quran dan hadis dengan cara yg betul macam mana ?Kita bukannya ulama.Sebab tu untk menjamin ikutan kita terhadap Al Quran dan hadis itu betul kita mesti jadikan seseorang ulama sebagai pegangan kita maka kerana itulah adanya mazhab.

Mazhab Syafie bererti kita mengikut Al Quran dan hadis seperti yg diterangkan oleh Imam Al Syafie.Namun kadang kadang apa yg dikatakan oleh Imam Al Syafie juga perlukan penjelasan..Maka kita perlukan ulama ulama yg di dalam lingkungan mazhab Syafie utk menjelaskan.Kita perlukan kepada Imam Al Ghazali,Imam Al Nawawi,Syeikh Ibnu Hajar,Imam Sayuthi dan lain lain.Orang yg katanya mengikut mazhab syafie tapi mengkesampingkan pendapat pendapat ulama yg berkhidmat di atas mazhab syafie ditakuti mereka sebenaranya bukan mengikut Imam Syafie, tapi mengikut Imam Syafie berdasarkan kefahaman sendiri.

26/07/2021 Posted by | Bersama Tokoh, Bicara Ulama, wahabi | | Leave a comment

ANDA NAK BUANG HADIS PALSU? FIKIRKAN INI SEJENAK…

Kredit: Ilham Othmany

Albani kata dalam sunan Ibnu Majah,SunanTirmizi,Abu Dawud dan Nasaie terdapat hampir 60 buah hadis palsu.Persoalan nya ada kah keempat empat imam itu sebegitu bodohnya sehingga sengaja memasukkan hadis hadis palsu dalam kitab mereka?Jawapan yg paling tepat ialah tidak kerana mereka memasukkan hadis hadis tersebut berdasarkan kepada ijtihad mereka bahawa hadis tersebut sahih atau paling tidak pun dhaif.Bermakna utk menentukan sesuatu hadis samada palsu atau tidak pun wujud khilaf.Persoalannya bila kita nak buang hadis hadis palsu ijtihad siapa yg kita nak ikut?

Bukan itu sahaja.Jangan terkejut sehingga dalam hadis bukhari Nabi berkawin dengan Sayyidah Aisyah ketika Aisyah berusia enam tahun pun sekarang telah dianggap palsu.Bayangkan!Hadis bukhari dan muslim pun tidak terkecuali daripada penilaian palsu oleh geng geng yg doyan memburu hadis palsu.Sebab itu aku kata jika ini menjadi budaya tak mustahil satu persatu hadis Rasulullah akan dipalsukan.

Tak mustahil musuh musuh Islam apabila mereka hendak membasmi hadis Rasulullah mereka akan berpura pura memulakannya dengan hadis palsu dahulu!

STOP MENUNGGANG HADIS PALSU UTK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT ISLAM DAN MENDATANGKAN RESAH KEPADA ORANG RAMAI.

26/07/2021 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Q & A (Soal Jawab), wahabi | | Leave a comment

MENILAI STATUS HADITH

Menilai hadith berasaskan kasyaf, ilham, mimpi dan seumpamanya, merupakan salah satu bentuk penilaian terhadap hadith oleh ulama.

Namun, bukan semua orang berkelayakan utk menilai hadith sebegini. Kita orang biasa, cukup sekadar menurut penilaian ulama hadith dari sudut zahir, berdasarkan ilmu mustalah hadith.

Jika seseorang tu pengikut wahhabi dan seumpama mereka, mereka akan menolak terus cara ini, malahan ada yg memperlekehkan cara ini.

Sbb itu, golongan ini tak berapa nak boleh kita jadikan kawan berbincang utk perkembangan ilmu, kerana kerja mereka hanya utk mengkritik (menyalahkan) sahaja.

Wallahu’alam.

Sumber: Dr Mohd Murshidi Mohd Noor.

20/07/2021 Posted by | Bicara Ulama, Hadis | , | Leave a comment

HADITH PALSU TIDAK BERERTI AMALANNYA PALSU


(1) Ini yang kerap dianak tirikan daripada penerangan oleh segelintir ummat Islam yang rajin menyebarkan maklumat tentang status hadith, nampaknya terlepas pandang untuk menerangkan hukum berkaitan isi hadith.

(2) Contoh mudah: Ada hadith palsu tentang kelebihan solat sunat taraawih tidak bererti tidak sunat solat taraawih atau solat taraawih tiada kelebihan.

(3) Contoh lagi: Ada hadith palsu tentang kelebihan berpuasa pada bulan Rajab, bukan bererti tidak sunat berpuasa pada bulan Rajab atau tiada kelebihan berpuasa pada bulan Rajab.

(4) Demikianlah, ada hadith palsu tentang kelebihan puasa sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah), bukan bererti tidak sunat berpuasa pada hari Tarwiyah.

(5) Asas hukum sunat berpuasa pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) bukan berdasarkan hadith palsu berkenaan, tetapi KERANA selain ianya termasuk sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah (selain hari raya yang diharamkan berpuasa) yang digalakkan ditingkatkan ibadah di dalamnya, termasuk ibadah puasa, kerana keutamaan waktunya, ADALAH DISEBABKAN oleh konsep ihtiyath (berhati-hati) kerana mungkin ia hakikatnya adalah 9 Zulhijjah.

(6) Ini seperti mana yang diterangkan di dalam al-Manhaj al-Qawim oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami, dengan Hasyiah Kubro Imam al-Kurdi dan Hasyiah Syeikh at-Tarmasi. Begitu juga terdapat di dalam Hasyiah Imam al-Baijuri.

(7) Kata Imam Ibn Hajar al-Haitami:

ويوم عرفة أفضل الأيام، ويسن أن يصوم معه الثمانية التي قبله، وهو مراد المصنف بقوله: “وعشر ذي الحجة”، لكن الثامن مطلوب من جهة الاحتياط لعرفة، ومن جهة دخوله في العشر غير العيد.

(8) Maka, jelas ulama-ulama Syafiiyyah tidak mengasaskan hukum sunat berpuasa hari Tarwiyah kepada hadith yang dikatakan sangat daif atau palsu itu, yang di dalamnya disebutkan fadilat puasa Tarwiyah, TETAPI diasaskan kepada asas dan dalil yang lain.

(9) Adapun hadith kelebihan puasa Tarwiyah yang dipermasalahkan itu adalah kerana pada sanadnya ada Muhammad bin as-Sa’ib al-Kalbi (محمد بن السائب الكلبي). Ada penilai hadith yang mengkelaskan dia pendusta dan ada yang ringan sedikit jarhnya, tidak sampai pendusta. Justeru, ada kemungkinan status hadith yang diperselisihkan, sama ada hadith tersebut palsu atau daif jiddan atau munkar.

Wallaahu ta’aala a’lam.

Penjelasan :
Dr. Mohd Khafidz Soroni
Ketua Kluster Hadis
Majlis Akademik ISLAMI

dan

Ustaz Engku Ahmad Fadzil
AJK ISLAMI Kebangsaan

18/07/2021 Posted by | Bicara Ulama, Fad hail Amal, Hadis, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Memusuhi Ulama Adalah Musuh Allah Karena Daging Ulama Merupakan Racun

“Barang siapa memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya Aku menyatakan perang terhadapnya.” (HR. Bukhari)

Maka seperti itulah bahwa daging para ulama adalah beracun. Siapa pun yang ingin  menjatuhkan para ulama, menuduh dengan keji penuh dusta, maka hal itu adalah perkara yang sangat berbahaya.

Maka siapa saja mengumbar mulutnya pada ulama mencaci maki dan menuduh dengan keji, berbuat dusta padanya maka kelak Allah akan memberikan musibah sebelum meninggal.

Musibah itu berupa matinya hati, ketika hatinya mati, maka rusaklah segala tentan gorang tersebut.

Imam Ahmad bin Hambal : “Daging para ulama itu beracun, barangsiapa yang menghirupnya maka dia akan tertimpa penyakit,dan barangsiapa yang memakannya maka dia akan mati.“

Al-Imam Ibnul Mubarak : “Barangsiapa yang melecehkan ulama, akan hilang akhiratnya.

Barangsiapa yang melecehkan umara’ (pemerintah), akan hilang dunianya. Barangsiapa yang melecehkan teman-temannya, maka akan hilang kehormatannya.”

Imam al-Nawawi Rahimahullah : “Jika ulama bukan wali-wali Allah, maka tidak ada yang menjadi wali Allah.”

Siapa orangnya yang benci, memusuhi, dan menyakiti ulama baik dengan perkataan atau perbuatan, maka Allah akan memeranginya.

Dan dan siapa pun yang mejadi musuh Allah, pasti Allah pasti memeranginya dan menghancurkannya.

Sumber: By Imam Mahalli

09/07/2021 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Perbincangan ttg Islam itu ada yg zahir dan ada yg batin.

Perkara yg dipentingkan dalam Islam ialah perkara yg berkaitan dgn batin kerana ia melibatkan hati, niat, keikhlasan, pegangan, dsb.

Amalan zahir seseorang tidaklah bernilai jika tidak disertai dgn batin yg bersih. Amalan batin penuh dgn rahsia. Jika ia diungkapkan dalam bentuk perkataan atau ayat, ramai orang tidak akan memahami perkataan, ungkapan atau ayat itu, melainkan seseorang yg telah terbiasa dgn amalan kerohanian, dan diasuh di bawah guru kerohanian.

Jika seseorang itu tidak pernah terlibat dgn amalan kerohanian, tidak pernah diasuh oleh guru kerohanian, jika dia nk baca juga buku yg dikarang oleh ahli sufi, maka sukar utk dia faham kalam mereka yg berseni. Jika tak faham kalam ahli sufi, jgn terus menyesatkan mereka. Belajarlah dan bertanyalah kepada ahlinya. Jangan gelojoh menyesatkan golongan Sufiyyah.

Wallahua’lam.

Sumber: Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

07/07/2021 Posted by | Bicara Ulama, Tasauf, Tazkirah | , | Leave a comment

Niat, ilmu dan amal, ada kaitan yg rapat.

Semua perkara, bermula dgn ilmu, baru akan mai niat yg baik. Apabila mai niat yg baik, maka keikhlasan akan hadir pada amal buat seseorang.

Jika tiada ilmu, tetapi niat ada, maka niat pada ketika itu mungkin bercampur aduk. Apatah lagi, keikhlasan susah nak datang kerana matlamat yg bercampur aduk dlm gerak kerja. Jika matlamat keduniaan mengatasi matlamat akhirat, maka sia2 amalannya kerana dibuat bukan kerana Allah.

Jika matlamat akhirat mengatasi matlamat keduniaan, insya-Allah moga di situ ia beroleh pahala dgn kadar niat ke arah akhirat itu, walaupun tak sama martabatnya dgn seseorang yg berniat solid utk akhirat.

Matlamat yg tinggi dalam niat ialah segala gerak kerja adalah utk mencari redha Allah SWT. Segala perbuatan mubah, diniatkan kerana Allah, maka perbuatan mubah boleh beroleh pahala dgn niat tersebut. Misalnya makan minum utk mendapat tenaga dan kesihatan utk beribadah kepada Allah, maka makan dan minumnya berpahala walaupun perbuatan itu adalah mubah.

Semoga segala gerak kerja kita adalah bermatlamatkan redha Allah SWT.

Wallahu’alam.

(Sumber Rujukan: Ihya’ ‘Ulum al-Din dan Ithaf al-Sadah al-Muttaqin)

Sumber: Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

02/07/2021 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | Leave a comment

AKHIR ZAMAN AMAT MEMBIMBANGKAN

Orang yang tidak dikenali, majhul di sisi para alim ulamak. Tidak pernah diiktiraf untuk mengeluarkan hukum hakam. Latarbelakang pendidikan agamanya pun tidak diketahui. Disiplin ilmunya diragui. Kemudian dijadikan rujukan oleh orang awam dalam urusan agama.

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud : Allah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Na’uzubillahi min zalik.

(Ustaz Zamihan Al Ghari)

02/07/2021 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment