Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Khitan – adakah ia ajaran agama?

Fatwa Malaysia

ISU:

Amalan khitan di kalangan kanak-kanak Muslim adalah merupakan tradisi yang sebenarnya tidak diperintah oleh agama, kerana tidak ada sebarang perintah dalam Al-Quran berkenaan dengan khitan.

Amalan khitan adalah satu bentuk pengubahan terhadap ciptaan Allah, sedangkan Al-Quran sendiri di dalam surah Al-A’raaf melarang daripada melakukan pengubahan terhadap ciptaan Allah.

PENJELASAN:

Sumber primer dalam syariat Islam ialah Al-Quran dan Sunah. Sesiapa yang mendakwa bahawa ajaran Islam hanya bersumberkan kepada Al-Quran semata-mata dan menolak ajaran yang terkandung dalam Sunah, maka dia terseleweng daripada agama Islam. Al-Quran sendiri memerintahkan supaya menerima dan mengamalkan apa yang dibawa oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dan meninggalkan apa yang dilarang baginda. Firman Allah Taala:

Maksudnya: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang baginda larang kamu melakukannya, maka patuhilah larangannya”. (Surah Al-Hasyr: ayat 7).

Al-Quran sendiri memberi ancaman azab terhadap golongan yang mengingkari perintah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sebagaimana firman Allah Taala:

 Maksudnya: “Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (Surah Al-Nur: ayat 63).

Di atas dasar ini, maka syariat Islam adalah bersumberkan kepada Al-Quran dan Sunah, di mana dalam kebanyakan ajaran syariat Islam, sunah merupakan penjelasan dan perincian terhadap perkara-perkara yang disebutkan atau diisyaratkan dalam Al-Quran secara umum. Kedudukan sunah sebagai penjelasan terhadap Al-Quran diakui sendiri dalam firman Allah Taala:

Maksudnya: “Dan kami pula turunkan kepada kamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya”. (Surah al-Nahl: ayat 44).

 Pensyariatan Khitan

 Berdasarkan prinsip Islam yang mengiktiraf sunah sebagai sumber ajaran, maka sepatutnya tidak ada sebarang keraguan bagi seorang Muslim untuk menerima bahawa amalan khitan merupakan salah satu tuntutan Islam. Berikut adalah sandaran syarak berkenaan amalan khitan:

Hadis Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya: “Fitrah adalah lima perkara: khitan, mencukur ari-ari, mencabut bulu ketiak, menggunting misai, dan memotong kuku”. (Riwayat Bukhari, 8/66, no: 6297; Muslim, 1/221, no: 257).

 Amalan khitan juga adalah sunah Nabi Ibrahim a.s., sebagaimana disebut dalam hadis Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya: “Ibrahim Alaihissalam berkhitan ketika umurnya 80 tahun”. (Riwayat Bukhari, 4/140, no: 3356; Muslim, 4/1839, no: 2370).

Hadis-hadis di atas adalah sahih malah disepakati akan kesahihannya. Justeru tidak ada sebarang pertikaian dari kalangan ulama Islam bahawa amalan khitan adalah ajaran Islam, cuma terdapat perbezaan pandangan dari sudut perincian sama ada ia wajib ataupun sunat. Adapun secara umum, kesemua ulama Islam mengakui bahawa khitan disyariatkan dalam Islam dan ia menepati fitrah.

Maka adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa khitan hanya amalan tradisi yang tidak ada sandaran dalam Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21-23 April 2009 ketika membincangkan mengenai Hukum Pemotongan Genitalia Wanita berpandangan bahawa berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Manakala amalan Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation) adalah bertentangan dengan amalan berkhatan yang ditetapkan oleh Syarak. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

Adakah Khitan Mengubah Ciptaan Allah?

Khitan tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah yang dilarang di dalam al-Quran. Ini kerana amalan khitan adalah perintah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang merupakan perintah Allah Taala juga. Sekalipun khitan (bagi lelaki) menyebabkan sedikit pengubahan anggota sulit dengan membuang sebahagian kulit pada kemaluan, tetapi ia merupakan arahan daripada syarak. Justeru, ayat Al-Quran yang melarang melakukan pengubahan ciptaan Allah tidak merangkumi amalan khitan. Imam Nawawi menjelaskan perkara ini:

Maksudnya: “Dikhaskan (dikecualikan) daripada larangan pengubahan ciptaan Allah adalah khitan dan wasm (terhadap haiwan). Maka yang selebihnya adalah termasuk dalam umum celaan dan larangan”. (Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzah, 6/177).

Perlu difahami bahawa pengubahan ciptaan Allah kadangkala ia dituntut oleh syarak sendiri jika terdapat nas tentangnya.

Sebagai contoh, memotong tangan adalah satu bentuk pengubahan ciptaan Allah, tetapi ia dituntut untuk dilaksanakan oleh pemerintah terhadap pesalah jenayah mencuri yang mencukupi syarat pelaksanaan hukum hudud. Pengubahan demikian adalah tuntutan syarak.

Begitu juga membuat tindik pada telinga bagi perempuan yang mahu memakai anting-anting, ia adalah satu bentuk pengubahan ciptaan Allah, tetapi syarak mengiktiraf perbuatan tersebut kerana ia diamalkan oleh wanita-wanita sahabat Nabi Sallallahu Alaihi tanpa diingkari, termasuklah amalan khitan, yang walaupun dilihat ada pengubahan ciptaan Allah, tetapi ia dituntut oleh syarak berdasarkan dalil-dalil sahih yang dikemukakan di atas.

 

Wallahu A’lam.

25/11/2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Al Quran Qalam Allah yang Qadim

Surah

Fatwa Malaysia

ISU: Ahlus-Sunnah bersepakat bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah yang Qadim iaitu Ghair Makhluq dan bukan Muhdath (baharu). Bagaimanakah jawapan yang sepatutnya saya berikan buat dakwaan Kristian bahawa analogi (Qiyas) yang sama dapat digunakan buat Nabi Isa a.s. yang bergelar Kalimatullah? Mereka mendakwa dengan hujah yang sama bahawa Nabi Isa itu Qadim bukan makhluk dan bukan baharu kerana Baginda ialah Kalimatullah yang menjadi jasad. Saya mohon pencerahan dan kepakaran tuan. Terima kasih.

PENJELASAN: Apabila al-Qur’an merujuk Nabi Isa sebagai kalimatun min Allah (Surah Ali-‘Imran 3:39) iaitu ‘perkataan dari Allah’, ia merujuk kepada perintah atau wahyu dari Allah yang diberikan kepada Maryam sehingga menjadi asbab Maryam mengandungkan Nabi Isa tanpa melalui perantaraan seorang bapa. Dengan kata lain kalimah di sini menunjukkan salah satu tanda dan ayat dari kebesaran Allah. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan hakikat al-Qur’an kerana al-Qur’an merupakan salah satu dari penzahiran sifat Kalam Allah yang qadim. Sedangkan Nabi Isa adalah seorang manusia termasuk dalam kategori makhluk sebagaimana Nabi-Nabi yang lain.

Istilah yang menggambarkan Nabi Isa sebagai kalimah dalam ilmu tafsir temasuk dalam kategori istilah atau ayat mutashabihat (ayat yang mempunyai lapisan makna) . Maka ia harus di fahami selari dengan ayat-ayat muhkamat (yang jelas maknanya) yang ada dalam al-Qur’an khususnya yang berkaitan dengan Nabi Isa. Misalnya ayat dalam Surah al-Maaidah ayat 17 “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata “sesungguhnya Allah itu ialah al-Masih putera Maryam” dan Surah al-Maaidah, ayat 73 “Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan “Bahawasanya Allah salah satu dari yang tiga” jelas menafikan pandangan agama Kristian yang mengatakan Isa adalah sebahagian dari hakikat ketuhanan.

Wallahu a’lam

25/11/2013 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Isu Kalimah ALLAH – Nama ALLAH hendaklah di letak ditempat yang layak bagi Nya

logo-Allah.jpg

Islam adalah agama untuk semua manusia. Firman ALLAH SWT, “Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di Akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali Imran: 85)

Al-Quran merupakan kitab panduan untuk seluruh manusia, yang membenarkan kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-Nabi sebelumnya. Ini berdasarkan firman ALLAH, “Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab yang diturunkan (kepada Rasul) sebelumnya dan menjaganya.” (Al-Maidah: 48)

Namun benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ‘kalimah ALLAH untuk semua’ ? Mereka berdalilkan firman Allah, “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (kaum musyrikin Jahiliyah) siapakah yang telah mencipta langit dan bumi mereka akan berkata Allah.” (Luqman: 25)

Di sini perlu difahami bahawa masyarakat Arab Jahiliyah dulu masih mengenali Allah sesuai dengan RububiyahNYA; mereka percaya Allah adalah Pencipta seluruh alam, Pengatur dan Pentadbir serta Pemberi rezeki dan yang menurunkan hujan.

Yang menjadikan mereka tidak beriman adalah kerana menolak tauhid Uluhiyah; yakni menyekutukan Allah dalam ibadah, disamping mereka meminta pada Allah mereka turut menyeru dan bergantung pada selain Allah. Mereka juga enggan bersaksi kerasulan Muhammad SAW.

Pemahaman masyarakat Kristian hari ini tidak meletakkan maksud kalimah Allah pada tempat yang benar, malah meletakkannya pada kedudukan makhluk. Mereka tidak beriman pada Tauhid Rububiyah, jauh sekali pada Uluhiyah dan Asma wa SifatNYA.

Tujuan mereka menginginkan kalimah itu bukan untuk mengagungkan ALLAH dan meletakkan ALLAH pada tempat yang layak bagiNYA. Kita tidak boleh setuju kerana wujud kebarangkalian Nama yang suci disalah guna dan diletakkan pada tempat yang tidak layak bagi ALLAH; seperti pada patung, diletak atau dibawa pada tempat-tempat tidak sepatutnya, dan sebagainya.

Pemimpin harus bijaksana untuk menyekat keburukan dari terus berkembang. Dalam Islam ada kaedah yang dinamakan ‘Saddu Li Al-Zari’ah’ iaitu menutup jalan-jalan yang membawa kepada kemungkaran. Kaedah ini harus diaplikasikan ketika membincangkan isu ini.

Usah lihat negara luar tetapi lihat realiti masyarakat kita. Berapa peratus umat Islam yang menghafal Al-Quran atau sekurang-kurangnya boleh membezakan satu ayat itu dari Al-Quran atau bukan? Kita perlu muhasabah dan insaf akan keadaan masyarakat Islam di negara ini;kejahilan masih berleluasa, masyarakat masih mudah terpengaruh dengan suatu yang tidak ada dalam AlQuran mahupun Hadis, percaya pada khurafat, syirik dan sebagainya. Kita juga harus akui bahawa Al-Quran masih asing di kalangan ramai masyarakat Islam, jauh sekali ia dihafal dan difahami isinya.

Ada pula yang membandingkan dengan Sabah Sarawak yang telah menggunakan kalimah Allah dalam Bible mereka. Kaedah dalam Syariat menyebut ‘Apa yang tidak dapat dilakukan secara keseluruhan, jangan ditinggalkan semuanya’.

Kita mungkin tidak boleh mengubah keadaan di sana kerana mengira faktor sensitiviti mengenangkan majoriti di Sabah Sarawak beragama Kristian dan mereka telah lama menggunakannya. Berbeza di Semenanjung, penganut Kristian bukan majoriti. Bahkan hampir semua Kristian berbangsa Cina, India atau lain-lain.

Mereka tidak memerlukan Bible Melayu. Membenarkan ia digunakan tanpa sekatan akan membawa sekurang-kurangnya dua kerosakan, iaitu Kristianisasi dan Pluralisme.

Kalau pun masyarakat Islam Malaysia sudah cerdik dan tidak akan menerima Kristian disebabkan isu ini, masih ada kebarangkalian besar ramai umat Islam akhirnya menganggap semua agama sama dan baik kerana sama-sama percaya kepada ALLAH. Ini adalah pluralisme agama, menyetarakan Islam dengan agama lain, dan ini adalah kekufuran.

 Doktrin pluralisme disebarkan ke serata dunia bahkan telah masuk dan berkembang di Malaysia melalui pelbagai medium tanpa kita sedar. Kalau kita dengar ucapan seperti “Semua agama sama, semua agama mengajar kebaikan”, “kita tak boleh kata agama kita saja betul”, berhati-hatilah. Jangan sampai kita mengiyakan juga.

Jika dibandingkan kerosakan fizikal dan kerosakan akidah, semestinya kerosakan akidah dan pemikiran lebih serius dan perlu ditutup segala jalan yang mengarah kepadanya. Langkah menyekat adalah keputusan tepat untuk mengelak kerosakan akidah kaum Muslimin di negara ini secara khususnya.

[Artikel oleh  Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya ini disiarkan di akhbar pada Ahad, 17/11/2013]

23/11/2013 Posted by | Aqidah, Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Menjual kepingan dinar yang ditulis ayat Quran

Dinar tertulis ayat Quran

Fatwa Malaysia

ISU: Apakah Hukum Menjual Kepingan Dinar Yang Ditulis Ayat Suci Al-Quran Kepada Bukan Muslim

PENJELASAN: Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada umat manusia sebagai hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar. Dengan statusnya sebagai kalam Allah, sebarang ayat daripada al-Quran wajib dimuliakan dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang mencemari kemuliaannya. Justeru, adalah tidak digalakkan membuat cap pada mata wang sama ada dinar/dirham atau mata wang kertas dengan tulisan ayat-ayat al-Quran. Ini kerana ia boleh mendedahkan tulisan ayat-ayat al-Quran kepada perkara-perkara yang merendahkannya.

Berkenaan hukum menjual kepingan dinar atau dirham yang bercap ayat-ayat suci al-Quran kepada orang bukan Muslim, sebahagian ulama berpendapat bahawa ia diharuskan sekiranya ia termasuk dalam kategori hajat dan keperluan umum yang tidak dapat dielakkan (umum balwa). Pendapat ini dinyatakan oleh sebilangan fuqaha mazhab Syafie. Antaranya:

 

Al-Syarbini menyatakan, “Adalah satu keperluan umum yang tidak dapat dielakkan bahawa ahli zimmah (bukan Muslim) boleh mendapat pemilikan dinar-dinar dan dirham-dirham yang bercap padanya ayat-ayat al-Quran, tanpa ia diingkari oleh seorang pun dari kalangan salaf dan khalaf. Sebahagian ulama terkemudian pula berpendapat bahawa ia dimaafkan kerana keperluan”. (Mughni al-Muhtaj, 2/335).

Yang dimaksudkan dengan keperluan dalam konteks di atas ialah keperluan orang bukan Muslim untuk turut menjalankan urus niaga dinar atau dirham tersebut, sebagai contoh dalam kondisi ia merupakan mata wang yang mudah diurus niaga, di mana jika mereka dihalang untuk menjalankan urus niaga tersebut, ia akan membawa kepayahan kepada mereka.

Justeru, penjualan kepingan dinar dan dirham yang bercap ayat al-Quran kepada bukan Muslim adalah dibenarkan kerana ia boleh dimasukkan dalam umum balwa.

Wallahu A’lam.

15/11/2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Rezeki di tangan Tuhan

Rezeki jaminan AllahPada tahun 218H, puak Muktazilah berjaya menghasut khalifah al Makmun untuk memaksa semua ulama mengakui al Quran adalah makhluk dan bukan firman Allah seperti pegangan semua ulama semenjak zaman salaf.

Imam Tajuddin al Subki bercerita: “Ulama pertama yang diuji dalam fitnah ini ialah “Affan bin Muslim, seorang ahli hadis di Basrah.Beliau menolak paksaan itu dengan tegas.Akibatnya khalifah menghentikan elaun sara hidup bulanan berupa wang seribu dinar yang biasa  diberi kepadanya.

“Affan bin Muslim tetap teguh dengan pendiriannya meskipun beliau mempunyai tanggungan ahli keluarga yang ramai.Beliau berkata dengan yakin:”Rezeki kita datang dari Allah!”

Pada malamnya seorang mengetuk pintu rumah “Affan.Orang itu memberi seribu dinar dan berkata:”Aku akan memberimu seribu dinar setiap bulan.Semoga Allah meneguhkan dirimu sebagaimana engkau meneguhkan agama ini.”

[Sumber: Majallah al Ustaz Bil 14 petikan Kitab Tabaqat al-Syafiiyyah al Kubra].

13/11/2013 Posted by | Renungan & Teladan, Tazkirah | | Leave a comment

Celakalah Umar Al Khatab

Umar al Khatab

Suatu hari Saiyidina Umar bin Al Khatab dalam perjalanannya pulang dari Syam ke Madinah.Khalifah yang sangat terkenal ini baru sahaja memeterai perjanjian dengan pihak kristian di Baitulmaqadis.

Ketika melintasi padang pasir,Umar melihat sebuah khemah kediaman seorang wanita tua dan miskin.Umar memberi salam kepadanya.

Setelah menjawab salamnya wanita tua yang tidak mengenali Saiyidina Umar ini bertanya:

“Wahai pemuda, apa khabar Umar bin al Khatab?”

Umar menjawab: “Dia sedang dalam perjalanan pulang dari Syam ke Madinah.”

“Semoga Allah tidak memberikan kebaikan kepadanya.” Doa wanita itu.

Umar sangat terkejut.Beliau bertanya: “Mengapa kamu berdoa seperti itu?”

Ia menjawab:”Sejak Umar memimpin, aku belum pernah menerima bantuan daripadanya .”

Umar berkata lagi:” Mungkin kerana Umar tidak tahu tempat tinggalmu yang terpencil di tengah padang pasir ini.”

Wanita itu berkata:”Subhanallah.Aku tidak pernah menyangka sesorang menjadi pemimpin suatu negara, namun tidak mengetahui tentang semua rakyatnya.”

Umar menangis dan meratap, “Aduhai celaka Umar.Apa yang akan engkau katakan untuk menjawab ucapan wanita ini di akhirat nanti?”.

[Sumber: Majalah al Ustaz Bil 14 dari Kitab Al Muntazam]

PENGAJARAN:

KEPIMIPINAN BUKAN KELEBIHAN TETAPI AMANAH.PEMIMPIN WAJIB MENJAGA KESEJAHTERAAN SETIAP ORANG DARIPADA RAKYATNYA TANPA TERKECUALI.SETIAP HAK YANG DIZALIMI AKAN DIPERSOALKAN DIAKHIRAT NANTI.

13/11/2013 Posted by | Bersama Tokoh, Renungan & Teladan, Tazkirah | , | Leave a comment

Demonstrasi Pertama Dalam Sejarah Islam

Demontrasi atau Polusi

Dalam sejarah Islam, awal tercetusnya demonstrasi adalah dari golongan pemberontak ketika pemerintahan ‘Utsman B. Affan radhiyallahu ‘anhu. Mazhab demonstrasi dan pemberontakan ketika itu dicetuskan oleh seorang tokoh Yahudi bernama ‘Abdullah B. Saba’ yang berpura-pura masuk Islam. Beliau menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam bertujuan menyebarkan pelbagai fitnah dan syubhat menghasut rakyat membenci Khalifah ‘Utsman.

 Tindakan ‘Abdullah B. Saba’ ini bertepatan dengan sikap permusuhan Yahudi terhadap umat Islam sebagaimana termaktub dalam al-Qur’an sendiri. Tidak akan senang mereka selagi mana Islam tidak dihancurkan.

Di antara tuduhan-tuduhan yang beliau lemparkan ke atas ‘Utsman ketika itu antaranya ‘Utsman ini bersifat kronisme, nepotisme, zalim, tidak memberi hak dengan adil, dan mendahului ‘Ali dalam hak kekhalifahan. Syubhat-syubhat dan fitnah yang beliau sebarkan tampak berjaya lantaran ramainya orang awam dan muallaf yang baru memeluk Islam yang masih belum mendalam keimanannya. Beliau turut menyemarakkan ideologi membela golongan tertindas dengan mengajak rakyat memprotes ‘Utsman B. ‘Affan.

Ramai rakyat termakan fitnah lalu bangkit membuat provokasi mengkritik ‘Utsman secara terbuka di sana sini. Sehingga muncullah revolusi rakyat mengakibatkan pemberontakan. Beberapa hari rumah ‘Utsman mereka kepung, akhirnya ‘Utsman pun mereka bunuh dalam peristiwa yang penuh tragis. Golongan pemberontak dan aktivis demonstrasi ketika itu menamakan tindakan mereka sebagai amar makruf nahi mungkar! Walhal ia adalah kebathilan berkedok agama.

Setelah peristiwa terbunuhnya ‘Utsman, fitnah tidak kunjung reda. Sebaliknya terus berkobar ketika zaman pemerintahan ‘Ali radhiyallahu ‘anhu dan seterusnya. Pemikiran ‘Abdullah B. Saba’ terus meracuni masyarakat sehingga muncul pula golongan Syi’ah dan Khawarij sekaligus. Awal kemunculan Syi’ah ketika itu berperanan mengajak masyarakat mendewakan ‘Ali, manakala golongan khawarij menjadi faktor melaga-lagakan masyarakat dengan pemerintah (khalifah ‘Ali B. Abu Thalib). Kaum khawarij juga bertindak melaga-lagakan para sahabat terutamanya di antara ‘Ali dengan Mu’awiyah, ‘Aisyah, Thalhah, dan az-Zubair.

Dua faktor inilah (faktor Khawarij dan Syi’ah) antara yang bertanggungjawab mencetuskan peperangan Jamal dan Siffin mengakibatkan para sahabat bertembung sesama sendiri. Pertembungan tersebut adalah antara kejayaan besar faktor Syi’ah dan Khawarij dalam menimbulkan salah faham dan fitnah sesama para sahabat ketika itu. Dan kesannya terus dirasai sehingga hari ini.

Dari kelompok mereka inilah lahirnya gerakkan yang zahirnya menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, serta mencari keadilan untuk muslim yang dizalimi. Kesan dari perkara ini, wujudlah pemikiran-pemikiran yang sesat seperti pemikiran memuja manusia, mentaqdiskan tokoh, percaya tentang ghaibnya manusia, pemikiran yang menghina para sahabat, pemikiran bahawa al-Qur’an itu diselewengkan dan tidak sempurna serta sebagainya. Inilah doktrin yang terhasil dari ideologi ‘Abdullah B. Saba’ yang kini diwarisi oleh kaum Syi’ah Rafidhah dan Khawarij sepanjang zaman.

Di antara orang yang bertindak tegas memerangi mereka ketika awal kemunculannya adalah Khalifah ‘Ali radhiyallahu ‘anhu. Beliau memerangi Khawarij di Nahrawan. Sebahagian besar kaum Khawarij dihapuskan, sebahagian bertaubat, manakala sebahagian lagi ada yang melarikan diri meneruskan kelangsungan ideologi mereka.

Demikian juga dengan kaum Syi’ah. ‘Ali turut memerangi dan membakar mereka hidup-hidup kerana mereka beri’tiqad ‘Ali itu tuhan.

Sumber: http://abunamira.wordpress.com/2012/04/26/sejarah-demonstrasi-jalanan-dan-hukumnya/

13/11/2013 Posted by | Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Hukum memakan cuka arak putih

white-wine-sauce-step-three

Fatwa Malaysia

ISU: Apakah hukum memakan cuka arak putih?

Ini kerana, cuka daripada sumber apa pun apabila melalui proses penapaian (fermentation), ia tidak memabukkan. Cuma cuka arak putih mempunyai kandungan alkohol tetapi tidak memabukkan.

PENJELASAN: Semua jenis cuka termasuk sejenis cuka yang dipanggil cuka arak putih (white wine vinegar) adalah halal, sekalipun ketika proses pembuatannya ia melalui satu fasa di mana ia menjadi arak sebelum proses penapaian sempurna berlaku sehingga bertukar menjadi cuka.

Walau bagaimanapun jika sekiranya proses perubahan daripada arak kepada cuka adalah melalui proses campuran bahan-bahan luaran, maka mazhab Syafie serta kebanyakan ulama berpendapat bahawa ia haram dimakan.

Hukum ini juga diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4-6 April 2006 yang memutuskan:

“… bahawa haram menggunakan Cuka Wain (Wine Vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar.

Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal”.

Kesimpulannya, cuka arak putih yang terhasil melalui proses pembuatan yang tidak melibatkan campuran bahan luar, adalah halal.

Wallahu A’lam.

12/11/2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Soal jawab tentang Yaqazah (bertemu Nabi SAW secara jaga)

pr0027

Perkara khilaf seumpama ini, jika tidak disertai dengan nada ‘keras’, tidak perlu untuk diperpanjang-panjangkan lagi. Namun, jika sudah menggunakan nada ‘keras’ seperti; “membuka pintu kefasadan yang besar”, “membawa kecelaruan dalam amalan agama”, “memusnahkan rujukan penting umat Islam”, “perlu dibendung kerana membawa kemusnahan kepada masyarakat Islam” dan “menjauhkan mereka dari ajaran Nabi s.a.w.”, maka menurut hemat saya kekeliruan-kekeliruan seumpama ini wajar diperjelaskan. [*Saya tidak mahu menyebut siapa dan dari mana sumber kekeliruan ini kerana pada saya ia tidak perlu]

 1. Kekeliruan:

Seseorang tidak boleh bertemu secara sedar (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. kerana seseorang yang mati tidak lagi boleh bertemu dengan orang yang hidup secara sedar.

Jawapan:

Benar, dalam hal keadaan biasa seseorang tidak boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. Tetapi, sebagai suatu karamah seseorang yang soleh boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. Hukumnya adalah harus dan mungkin, tidak mustahil. Malah secara praktis ia memang berlaku kepada sebahagian wali-wali Allah Taala dan orang-orang yang soleh. Maka tidak harus bagi kita menuduh mereka berbohong atau berdusta dalam dakwaan berkenaan. Melainkan jika kita mempunyai bukti kukuh tentang pembohongan atau pendustaan tersebut.

Antara mereka ialah; Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani, Syeikh Abu al-Hasan al-Syazili, Imam Abu al-‘Abbas al-Qurtubi, Syeikhul-Akbar Muhyiddin Ibn al-‘Arabi, Syeikh Khalifah bin Musa, Syeikh Abu al-‘Abbas al Mursi (w. 686H), Syeikh Abu ‘Abdillah al-Qurasyi, Syeikh Kamaluddin al-Adfawi, Syeikh ‘Ali al-Wafa’i, Syeikh ‘Abd al-Rahim al-Qinawi, Syeikh Abu Madyan al-Maghribi, al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Syeikh ‘Ali al-Khawwas, Syeikh Ibrahim al-Matbuli, Imam Abu al-‘Abbas al-Qastallani, Syeikh Abu al-Su‘ud ibn Abi al-‘Asya’ir, Syeikh Ibrahim al-Dusuqi, Sayyid Nuruddin al-Iji, Syeikh Ahmad al-Zawawi, Syeikh Mahmud al-Kurdi, Syeikh Ahmad bin Thabit al-Maghribi, Imam al-Sya‘rani, Syeikh Abu al-Mawahib al-Syazili, Syeikh Nuruddin al-Syuni, al-Habib ‘Umar bin ‘Abdul Rahman al-‘Attas (penyusun Ratibul ‘Attas), Sayyidi ‘Abd al-‘Aziz al-Dabbagh, Syeikh Muhammad bin Abi al-Hasan al-Bakri, Sayyidi Ahmad bin Idris, Syeikh Ahmad al-Tijani dan lain-lain.

Antara dalilnya adalah zahir hadis berikut yang menunjukkan seseorang yang soleh boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w., tetapi dengan syarat mestilah pernah bertemu dahulu secara mimpi (ru’ya) dengan baginda s.a.w. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku secara yaqazah (di dalam keadaan jaga), kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku”. [Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad. Lafaznya dari al-Bukhari]

Antara ulama yang mengatakan atau mengiktiraf kemungkinan boleh bertemu secara sedar atau jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ialah:

1. Imam Ibn Abi Jamrah al-Maliki dalam Bahjah al-Nufus.

2. Al-‘Allamah Ahmad al-Nafrawi al-Maliki dalam Syarh Risalah Ibn Abi Zayd.

3. al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari.

4. al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti dalam Tanwir al-Halak fi Imkan Ru’yah an-Nabi wa al-Malak.

5. Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim.

6. Imam al-Ghazali dalam al-Munqiz min al-Dhalal.

7. Imam Syihabuddin al-Qarafi,

8. Imam ‘Afif al-Din al-Yafi‘i al-Syafi‘i dalam (روض الرياحين).

9. Al-‘Allamah Ibn al-Haj al-Maliki dalam al-Madkhal.

10. Al-Qadhi Ibnu al-‘Arabi al-Maliki dalam kitabnya (قانون التأويل).

11. Imam Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari (w. 709H) dalam kitab Lata’if al-Minan.

12. Al-Qadhi Syaraf al-Din al-Barizi dalam (توثيق عرى الإيمان).

13. Imam Tajuddin al-Subki.

14. Imam al-Qurtubi dalam (التذكرة في أحوال الموتى وأمور الآخرة).

15. Al-‘Allamah Ibn Battal al-Maliki

16. Al-‘Allamah Ibn al-Tin

17. Imam ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam dalam al-Qawa’id al-Kubra.

18. Al-‘Allamah Mulla ‘Ali al-Qari dalam Syarh al-Syama’il.

19. Al-Qadhi Ibn al-Munayyir.

20. Imam Ibn Daqiq al-‘Id.

21. Imam ‘Abd al-Wahhab al-Sya‘rani dalam beberapa kitabnya.

22. Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Makki dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah.

23. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ra’uf al-Munawi dalam Faydh al-Qadir.

24. Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdullah al-‘Idrus (w. 1038H) dalam kitabnya al-Nurus Safir ‘an Akhbaril Qarnil ‘Asyir.

25. Imam Abu al-‘Abbas al-Qurtubi dalam al-Mufhim.

26. Imam al-Qastallani dalam al-Mawahib al-Laduniyyah.

27. Imam al-Baqillani.

28. Al-‘Allamah Sadruddin al-Qunawi dalam Syarh al-Arba‘in.

29. Al-‘Allamah Burhanuddin al-Biqa’i dalam al-Hawi.

30. Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki.

31. Al-‘Allamah al-Maziri.

32. Al-‘Allamah Nuruddin al-Iji.

33. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ghani al-Nabulsi dalam Syarh Salawat al-Jaylani.

34. Syeikh Ahmad ibn ‘Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam al-Futuhat al-Ilahiyyah.

35. Al-‘Allamah Syeikh Ibn ‘Allan al-Siddiqi.

36. Al-‘Allamah Najmuddin al-Ghazi dalam kitabnya al-Kawakib al-Sa’irah.

37. Imam Syah Waliy Allah al-Dihlawi dalam al-Durr al-Thamin.

38. Al-‘Allamah al-Alusi dalam tafsir Ruh al-Ma’ani.

39. Sayyid ‘Abdul Rahman al-‘Idrus dalam kitab Syarh Salawat al-Badawi.

40. Syeikh ‘Ali al-Ajhuri al-Maliki dalam al-Nur al-Wahhaj.

41. Syeikh Muhammad al-Khalili dalam al-Fatawa.

42. Syeikh ‘Abdullah Sirajuddin al-Halabi dalam al-Solat ‘ala al-Nabiy.

43. Al-‘Allamah Syeikh Yusuf al-Nabhani dalam Sa‘adah al-Darayn, Syawahidul Haq dan Jami‘ Karamatil Auliya’.

44. Syeikh Badi‘ al-Zaman Sa‘id al-Nursi.

45. Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam Syarh al-Syama’il.

46. Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf.

47. Syeikh Abu al-Qasim Muhammad al-Hafnawi dalam Ta’rif al-Khalaf.

48. Al-‘Allamah Dr. ‘Abdul Halim Mahmud, Syeikhul Azhar.

49. Al-‘Allamah Sayyid ‘Abdullah al-Siddiq al-Ghumari dalam kitabnya Fadha’ilun Nabi SAW.

50. Al-‘Allamah Dr. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki dalam al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah.

51. Al-‘Allamah Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti.

52. Al-Allamah Dr. ‘Ali Jum‘ah, Mufti Mesir dalam al-Bayan.

53. Dr. ‘Umar ‘Abdullah Kamil,

54. Dr. Mahmud al-Zayn.

55. Datuk Seri Maharaja Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Brunei.

Dan ramai lagi jika diperincikan secara detil.

2. Kekeliruan:

Iktikad seperti ini membuka pintu kefasadan yang besar dan seterusnya membawa kecelaruan dalam amalan agama. Ini kerana, seseorang yang telah berjumpa Nabi s.a.w. seterusnya akan mendakwa ajaran-ajaran tambahan yang diberikan oleh baginda s.a.w. kepadanya.

Jawapan:

Belum ada orang mukmin soleh yang telah berjumpa Nabi s.a.w. mendakwa membawa ajaran-ajaran tambahan yang diberikan oleh baginda s.a.w. kepadanya, dalam erti kata, ajaran-ajaran tambahan yang tidak ada asalnya dalam al-Quran mahupun hadis. Kesemua yang dinyatakan sekiranya betul, hanyalah berbentuk petunjuk dan nasihat yang tidak lari dari ruang lingkup syarak, atau mempunyai asalnya daripada al-Quran dan hadis.

 Kata al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Muhammad al-Hafiz al-Tijani (w. 1398H):

“Kami tidak beriktikad bahawa di sana – selepas Rasulullah SAW – terdapat suatu syariat baru dalam apa jua bentuk sekalipun. Dan apa yang dibawa oleh baginda SAW mustahil untuk dimansuh sebahagian daripadanya, atau ditambah sesuatu terhadapnya. Sesiapa yang mendakwa sedemikian, maka dia adalah kafir terkeluar daripada agama Islam.

Sesungguhnya kami, meskipun kami berpendapat harus seorang wali itu melihat Rasulullah SAW dalam keadaan jaga, tetapi kami menganggap hukumnya adalah sama seperti hukum mimpi tidur yang benar. Tidak dapat dipegang kecuali atas apa yang menepati syariatnya SAW. Penyaksian-penyaksian para wali itu bukanlah suatu hujah, tetapi yang menjadi hujah adalah syariat Muhammad SAW. Adapun penyaksian-penyaksian tersebut, hanyalah berita-berita gembira (busyra) yang terikat dengan syariat baginda yang mulia; apa yang diterima olehnya kami juga menerimanya dan apa yang tidak diterima olehnya, maka mazhab kami adalah bersangka baik padanya. Maka kami hukumkannya seperti hukum mimpi yang tertakwil.

Kita tidak ragu lagi bahawa kebanyakan mimpi itu perlu kepada takwil/tafsir. Namun, kami memilih bersangka baik kerana seorang mukmin yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah SWT, dan ia sayang terhadap agamanya, serta patuh mengikutinya, kami menolak bahawa ia sengaja berdusta ke atas Rasulullah SAW. Keadaan berjaga dalam perkara ini adalah sama seperti keadaan tidur, sedang dia membaca sabdaan baginda SAW: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya daripada api neraka”. – tamat kata-kata Syeikh Muhammad al-Hafiz al-Tijani

3. Kekeliruan:

Dengan itu, segala hadis yang telah dikumpul oleh para ulamak yang menjadi tonggak sandaran hukum dan panduan bagi umat Islam sepanjang zaman sudah tidak lagi diperlukan. Ini kerana sudah ada sumber hadis lain yang lebih dekat kepada baginda.

Jawapan:

Kekeliruan ini hanya pendapat akal dan khayalan semata-mata yang tidak berpijak kepada realiti yang berlaku dalam dunia kerohanian ahli-ahli sufi yang hak. Tiada siapa dari kalangan wali-wali Allah Taala dan orang-orang soleh ini mengatakan segala hadis yang telah dikumpul oleh para ulama yang menjadi tonggak sandaran hukum dan panduan bagi umat Islam sepanjang zaman sudah tidak lagi diperlukan kerana sudah ada sumber hadis lain yang lebih dekat kepada baginda. Pada saya, kekeliruan kerana berkhayal ini disebabkan kerana tidak cukup menelaah, membaca dan memahami.

4. Kekeliruan:

Setelah situasi ini wujud maka banyaklah amalan-amalan yang boleh ditambah dan diwujudkan berdasarkan arahan langsung daripada Rasulullah kepada guru atau orang yang mencapai darjat menemui Rasul s.a.w.

Jawapan:

Sudah ratusan tahun isu bertemu secara sedar (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ini dibincangkan oleh para ulama. Namun, hakikatnya tiada langsung akidah baru atau hukum-hakam baru yang didakwa oleh orang-orang soleh dan wali-wali Allah Taala yang pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Kebanyakannya jika betul adalah berkaitan zikir, doa dan selawat. Dan kesemua itu pula tidak terkeluar dari dalil-dalil dan perintah-perintah syarak yang umum mengenainya. Bahkan menurut ramai ulama, masalah-masalah yang khusus berkaitan zikir dan doa ini pintu perbahasannya adalah lebih luas, tidak sepertimana amalan-amalan ibadah lain, selamamana ia tidak melanggar batas-batas syarak. Jika benar ada penerimaan sesuatu secara yaqazah, maka hukumnya adalah seumpama hukum apa yang diperolehi daripada kasyaf, ilham dan mimpi yang benar. Mesti ditimbang dengan neraca syarak.

 Cuba perhatikan kata-kata Syeikh Muhammad al-Hafiz al-Tijani tadi:

“Meskipun kami berpendapat harus seorang wali itu melihat Rasulullah SAW dalam keadaan jaga, tetapi kami menganggap hukumnya adalah sama seperti hukum mimpi tidur yang benar. Tidak dapat dipegang kecuali atas apa yang menepati syariatnya SAW”.

5. Kekeliruan:

Hadis adalah tonggak kedua agama Islam, apabila tonggak ini telah berjaya dicerobohi, maka panduan umat Islam akan menjadi goyah dan berkecamuk. Percaya bahawa seseorang boleh menerima taklimat terus dari Nabi s.a.w akan memusnahkan salah satu rujukan penting umat Islam yang diberitahu sendiri oleh Rasulullah s.a.w iaitu, kitabullah dan sunahnya.

Jawapan:

Percaya bahawa seorang wali atau orang soleh boleh menerima taklimat terus dari Nabi s.a.w tidak akan memusnahkan institusi hadis yang sudah sedia ada. Jika benar mereka bertemu secara sedar (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w., maka adalah amat MUSTAHIL baginda s.a.w. akan menyuruh kepada perkara-perkara yang akan memansuhkan atau merosakkan syariatnya sendiri. Tidak dapat diterima dek akal bahawa Nabi s.a.w. akan mengkucar-kacirkan syariat yang telah dibangunkan dengan titik peluh dan darah dagingnya sendiri.

Apa yang dikhayalkan itu tidak akan berlaku selama-lamanya kerana para wali atau orang-orang soleh tersebut adalah golongan yang amat takut kepada Allah SWT, sangat cinta kepada baginda Nabi s.a.w., terlalu sayang dengan syariat baginda s.a.w., dan begitu kasih kepada umat baginda s.a.w. Apakah dapat diterima akal, mereka ini berusaha untuk merosakkan syariat baginda s.a.w.dan menyesatkan umatnya?? Seolah-olah mereka tidak pernah dengar hadis baginda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka hendaklah dia menempah tempat duduknya daripada api neraka”.

Jangan terlalu berprasangka buruk kepada ahli-ahli sufi seolah-olah mereka semua orang yang bodoh, tidak mengerti syariat dan akan menerima secara membuta tuli siapa saja yang mendakwa bertemu dengan Nabi s.a.w., walaupun dari orang yang jahil. Jika ada ahli sufi yang menyeleweng, maka sandarkan kesalahan itu kepadanya sahaja, bukan kepada semua golongan ahli sufi.

6. Kekeliruan:

Para ulamak silam antaranya Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud Ahmad dan ramai lagi, berjuang hingga berjaya menjadikan sumber rujukan Islam kedua ini terpelihara dari dicampur adukkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Jika ada orang yang mengaku menerima taklimat dari baginda tetapi tidak disandarkan kepada sumber yang telah dikumpulkan oleh ulamak silam maka dakwaan itu dianggap salah dan pembohongan.

Jawapan:

Rangkap akhir di atas dapat difahami sebaliknya begini; Jika ada orang yang mengaku menerima taklimat dari baginda dan disandarkan kepada sumber yang telah dikumpulkan oleh ulamak silam maka dakwaan itu dianggap benar. Alhamdulillah, ada sedikit kemuafakatan.

Cubalah belek contohnya, kitab al-Durr al-Thamin fi Mubasysyarat al-Nabi al-Amin SAW susunan Imam al-Mujaddid Syah Wali Allah al-Dihlawi yang menghimpunkan 40 peristiwa bertemu Rasulullah s.a.w. secara mimpi dan jaga. Perhati dan fahamkan, apakah ada yang tidak bersandarkan kepada syariat baginda s.a.w.?

7. Kekeliruan:

Sebarang ajaran sufi yang percaya dengan asas ini perlu dibendung kerana akan membawa kemusnahan kepada masyarakat Islam dan menjauhkan mereka dari ajaran Nabi s.a.w yang walaupun dari sudut penampilan mereka mengajak kepada ibadat dan berbuat baik.

Jawapan:

Menurut pengetahuan saya setakat ini, tidak ada satu pun tariqat sufi muktabar di dunia pada hari ini yang menolak keharusan bertemu secara sedar/jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. Apakah seluruh tariqat-tariqat sufi ini dengan puluhan juta pemgamalnya perlu dibendung dan dibanteras…? Apakah kemusnahan benar-benar berlaku kepada masyarakat Islam dan mereka telah jauh dari ajaran Nabi s.a.w. disebabkan seluruh tariqat sufi di dunia pada hari ini menyatakan – sesudah sekian lama – seorang soleh harus bertemu secara sedar/jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w. ??

Tidak ada orang waras yang mengatakan demikian. Bahkan ramai dari kalangan alim ulama tariqat-tariqat sufi ini adalah pemelihara-pemilhara sunnah baginda s.a.w. baik sunnah yang zahir mahupun sunnah yang batin. Berapa banyak rahmat dan manfaat rohani yang tersebar di seluruh dunia sama ada kita sedari ataupun tidak, disebabkan usaha-usaha mereka.

Memang seluruh tariqat sufi di dunia pada hari ini menyatakan harus bertemu secara sedar/jaga (yaqazah) dengan Rasulullah s.a.w., namun realitinya perkara tersebut tidak selalu berlaku pun kerana ia adalah suatu karamah yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki sahaja. Bahkan dalam tempoh 100 tahun, barangkali hanya beberapa orang sahaja yang boleh dibilang dengan jari mendakwa demikian, atau dikatakan mengalaminya. Jika peribadi dan latar belakangnya bertunjangkan syariat, maka baru boleh diterima dakwaan itu. Jika sebaliknya, maka dakwaan tersebut adalah wajib ditolak.

Perlu juga dilihat bagaimana cara mereka dapat mencapai peringkat kerohanian yang tinggi itu; Apakah zikirnya 100,000 setiap hari, atau selawatnya 50,000 setiap hari, atau tahajjudnya 500 rakaat setiap hari? Atau apakah hanya sekadar berjanggut, berjubah dan berserban besar saja, tetapi amalannya ‘kosong’?? Kata al-‘Allamah Ibn Al-Haj dalam kitab al-Madkhal (3/194):

“Sebahagian orang mendakwa melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah, sedangkan ia merupakan satu perbahasan yang sempit (sukar) untuk diperbahaskan. Amat sedikitlah dari kalangan mereka yang mengalaminya, kecuali terhadap mereka yang amat mulia di zaman ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengingkari sesiapa yang mengaku pernah mengalaminya, dari kalangan orang-orang yang mulia yang dipelihara oleh Allah s.w.t. zahir dan batin mereka.”

Wallahu a’lam.

Oleh:  AL USTAZ MOHD. KHAFIDZ BIN SORONI

 

Rujukan Tambahan:

– Melihat Nabi s.a.w. Secara Yaqazah: Satu Jawapan oleh Raja Ahmad Mukhlis:

Siri 1: http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/112

Siri 2: http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/111

Siri 3: http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/110

– Rawd al-Rayyahin, http://cb.rayaheen.net

– Multaqa al-Nukhbah, http://www.nokhbah.net

– Masalah Berjumpa Rasulullah Ketika Jaga Selepas Wafatnya (terjemahan) oleh Husain Hasan Toma‘i.

– Sa‘adah al-Darayn oleh al-‘Allamah Syeikh Yusuf al-Nabhani.

– Fatwa Mufti Brunei, download : yaqazah-fatwa-mufti-brunei.

– al-Muqizah fi Ru’yah al-Rasul SAW fil Yaqazah oleh Syeikh Hisyam bin ‘Abd al-Karim al-Alusi, download: http://www.almijhar.org/book/almokza.pdf

– Tariqah al-Ahmadiah al-Idrisiah, http://www.ahmadiah-idrisiah.com/article-Yaqazah-pandangan-ulama.php

10/11/2013 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Terdapat satu ayat Al-Quran yang menyatakan sihir itu daripada “Malakaini”.

Fatwa Malaysia

Terdapat satu ayat Al-Quran yang menyatakan sihir itu daripada “Malakaini”. Ada yang menyatakan “malakaini” ini bermaksud 2 malaikat dan ada yang kata ianya bermaksud “Malikainee” bermaksud 2 raja (samada raja babylon atau raja jin).

PENJELASAN: Istilah malakaini yang disebut oleh al-Qur’an dalam surah al-Baqarah, ayat 102 merujuk kepada Harut dan Marut yang mengajar sihir pada zaman Nabi Sulaiman. Cerita berkaitan dengan Harut dan Marut sememangnya banyak dari sumber Israiliyat namun tidak dapat disahkan kebenarannya.

Menurut pendangan ahli-ahli tasir al-Qur’an, ada dua perbezaan pandangan berkaitan dengan istilah malakaini ini.

Pandangan pertama mengatakan bahawa istilah ini bermaksud dua malaikat yang bernama Harut dan Marut yang diturunkan Allah. Walaupun keduanya mengajarkan sihir namun tujuan mereka mengajarkan sihir tersebut adalah sebagai cubaan kepada manusia sebagaimana yang disebut dalam ayat 102: “Sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu, sebab itu jangan kamu kufur.” Ini merupakan pandangan kebanyakan ahli tafsir.

Namun ada ahli tafsir yang mentafsirkan malakaini dalam bentuk metafora iaitu dua orang manusia yang terkenal kesalihannya sehingga mereka digelar malaikat. Mereka mengajar pelbagai ilmu sehingga ada yang meminta mereka mengajar ilmu sihir. Walaupun mereka mengajarnya namun mereka mengingatkan mereka supaya jangan dipergunakan kepada perkara yang buruk.

Sementara ada juga bacaan berbeza mengenai istilah ini iaitu qiraat Ibn Abbas dan Abu Aswad yang membaca dengan malikaini yang bermaksud dua orang raja yang terdapat pada zaman Nabi Sulaiman.

 

Wallahu A’lam.

09/11/2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Yaqazah-Hukum Bertemu Nabi Secara Jaga (Yaqazah)

Malam Cinta Rasul 5

Dalam Marhaban di sebut “Selamat datang Datuk Hasan dan Husin”

 

Soalan:

Adakah harus dan boleh menerima zikir dan doa daripada Rasulullah SAW pada masa sekarang, waktu yang menerimanya itu jaga atau waktu tidur dalam mimpi?

Jawapan:

Hukumnya harus dan boleh.

Huraian Jawapan:

Berkata Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdullah bin Syeikh Al Idrus Baalawi yang hidup tahun 978 Hijrah dan mati tahun 1038 Hijrah dalam kitabnya An Nurus Safir ‘An Akhbaril Quranil ‘Asyir:

Adalah Imam Al Hafiz As Sayuti itu ada banyak karamah terbit daripadanya itu, kebanyakannya itu berlaku sesudah ia mati (dan matinya pada tahun 911 Hijrah).

Berkata Al ‘Alamah Syeikh Zakaria bin Syeikh Muhammad Al Mahalli As Syafie bahawa Imam As Sayuti itu telah ditimpa oleh sesuatu perkara yang besar pada suatu masa, maka saya minta daripadanya, menulis surat wasiat atau pesanan kepada sesetengah anak muridnya, melalui saya, maka Imam As sayuti enggan berbuat begitu dan Imam itu telah melihatkan kepada saya akan sehelai kertas yang ditulis dengan tangan Imam itu, bahawa: “Saya telah berhimpun dengan Nabi SAW waktu jaga banyak kali lebih dari 70 kali dan sabda Nabi SAW kepada saya, yang maksudnya:

“Bahawa siapa yang ada keadaannya begini, maka tiadalah ia berhajat pada pertolongan dan bantuan daripada sesiapa.”

Telah dihikayatkan daripada Imam As Sayuti telah berkata:

“Saya telah melihat dalam tidur saya, seolah-olah saya ada di hadapan majlis Nabi SAW, maka saya sebutkan sebuah kitab yang saya telah mula mengarangnya dalam perkara hadis dan sunat iaitu Jam’ul Jawaami’ , maka saya berkata kepada Nabi SAW: Hamba akan bacakan sedikit daripada isi kitab itu, maka sabda nabi SAW: Bawalah kepada saya, hai guru hadis (Ya Syeikhul Hadis).” Berkata Imam As Sayuti: ” Mimpi itu suatu khabar gembira kepada saya lebih besar dari dunia dan seluruhnya.”

Dari kitab Khususiyyatu Yaumil Jum’ah karangan Imam As Sayuti dicetak di Damsyik tahun 1386-1966 Hijrah.

Al Habib Syeikh Abdul Qadir Al Idrus itu juga ada mengarang kitab bernama Ta’riful Ahyai Bifadhailil Ahya’I Kitab “Ahya” karangan Imam Al Ghazali yang mati tahun 505 Hijrah yang terkenal itu dan kisah Imam As Sayuti itu ada disebutkan oleh Syeikh Najmuddin Al Ghazzi dalam kitabnya Al Kawakibus Saairah.

Adalah Al Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas yang empunya ratib bernama ” Ratibul ‘Athas” yang terkenal di Malaysia dan rantau sebelah ini, yang mati pada atahun 1072 Hijrah dan ditanam di Huraidah Hadramaut (Selatan Tanah Arab) , ada berlaku di tangannya beberapa perkara yang ganjil dan pelik atau karamah setengah dari perkara-perkara itu:

1. Apabila Al Habib Umar itu pergi ziarah kubur bapanya Sayyid Abdul Rahman , ia berkata pada kubur bapanya dan ia mengkhabarkan segala perkara dengan penglihatan dan nampak dengan matanya.

2. Kerabatnya berkata sedang kami duduk di rumah kami dan di sisi kami Al Habib Umar Al ‘Athas, maka tiba-tiba ia memerah akan lengan bajunya dengan air bertitik, maka kami bertanya, “Ya Sayyidi, apa air ini?” Ia menjawab, ” Bahawa suatu kumpulan orang kekasih kami, telah rosak perahu mereka di dalam laut Syam (Tanah Hajaz), dan mereka minta tolong daripada kami maka kami datang membantu mereka, mereka dilepaskan oleh Tuhan mereka dari bencana alam, dan basah ini dari air laut itu.”

3. Apabila Habib itu beribadah kepada Tuhannya dengan seorang diri jauh daripada manusia maka Nabi SAW datang kepadanya hal keadaannya nyata dan Nabi SAW menyuruh akan dia mengajak manusia kepada jalan Allah Taala, dan menunjuk dan mengajar mereka. Mengapa saya tiada melihat akan keadaan Rasulullah SAW itu dengan nyata, kerana jikalau terdinding daripada saya oleh Nabi SAW sekejap sahaja, nescaya tiada saya bilangkan diri saya daripada kalangan orang Mukmin, dan mengapa terdinding Nabi SAW daripada saya padahal baginda SAW itu ain wujud saya.

4. Seorang lelaki meminang akan seorang perempuan berkahwin dengannya, maka bapa perempuan dan saudaranya enggan menerimanya, maka ia marah dengan hal yang beraku itu dan ia kembali ke rumahnya dan ia berazam akan membunuh mereka, apabila malam gelap ia menyandang senjatanya dan keluar menuju kepada bapa dan saudara perempuan itu, di antara ia berjalan-jalan tiba-tiba ia merasa seorang yang memegang tangannya seperti harimau yang ganas dan ia berpaling, tiba-tiba ia melihat Habib Umar Al ‘Athas, maka ia tercengang gementar dan Al habib itu berkata, ” Ke mana engkau hendak pergi?” Ia berkata, “Saya ada mempunyai suatu hajat.” Katanya, ” Engkau tiada mempunyai suatu hajat, tetapi engkau keluar ini kerana berbuat begini, begini. Hendaklah engakau kembali ke rumah engkau.” Dan Al Habib itu melepaskan tangannya dan laki-laki itu pun kembali ke rumahnya. Tiada beberapa hari datang bapa perempuan dan saudaranya mengambil hatinya dan menerangkan sebab-sebab penolakan pinangan itu dan meminta maaf. Dan keduanya berkata, “Perempuan itu bagi engkau. Demi Allah kami tiada mengahwinkannya selain daripada engkau.” Kemudian laki-laki itu berkahwin dengan perempuan itu, dan mendapat anak-anak sepertimana khabar gembira yang terbit daripada Al Habib Umar Al ‘Athas itu.

Ini kita petik dari Fathu Rabbin Nas huraian Ratib Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas, telah dihimpunkan oleh Maulana Al ‘Arif Sayyid Hussin bin Almarhum Al ‘Alamah Sayyid Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin Hussin Al ‘Athas dalam bahasa Melayu pada tahun 1342 Hijrah.

Dihikayatkan oleh Abu Abdullah Al Qastalani bahawa ia melihat Nabi SAW dalam tidur dan ia mengadukan kepada Nabi akan sengsara hidup dan fakirnya dan papanya. Maka Nabi SAW mengajarkan dia akan suatu doa.

Dari kitab Al Wasaailu Syafi’ah oleh Imam Muhaddis Sayyid Muhammad Bin Ali Khidr yang mati tahun 960 Hijrah, dan Sayyid itu mengulas doa yang di atas ini.

Ketahui olehmu barangsiapa yang menyebut akan ” Asmaul Husna” yang di atas ini, dan dia berperangai dengan perangai kalangan orang-orang yang terpilih daripada hamba Allah, dan beradab dengan adab wali-wali Allah, maka Allah Taala akan hidupkan roh “Asmaul Husna” akan hati orang itu. Dan Allah akan terangkan akan hatinya dengan cahaya hakikat “Asmaul Husna” itu. Dan ia tiada memohon sesuatu daripada Allah melainkan Allah berikan apa yang ia mohon.

Adalah Habib Al Arifbillah Ahmad bin Hussin bin Abdullah Al ‘Athas, datuk kepada Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim bin Ahmad Hussin Al ‘Athas dan Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim rh. Itu pengelola masjid Ba’alawi di Bukit Timah di Singapura. Dan Al ‘Alamah datuk Habib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Haddad Al Haddar, muftikerajaan Johor yang trdahulu itu adalah anak murid kepada Habib Al Arif Ahmad bin Hussin Al ‘Athas.

Berkata habbib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Al Haddad dalam kitabnya ‘Uqudul Almaasi Bimanaaqibi Syaikhil Thoriqah Wa Imaamil Haqiiqah, Al Arifbillah Habib Ammad bin Hussin Al ‘Athas: Kata Syeikh Muhamad bin ‘Audh bin Muhammad Bafadhlu dalam kitab Manaaqibil ‘Arifbillah Al Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas bagaimana disebutkan oleh Imam Habib Al ‘Idrus bin Umar Al habsyi bahawa Al Habib Al Arif Ahmad Al ‘Athas itu seorang wali Allah yang mutlak dan dia dibenarkan mengkhabarkan apa perkara yang disembunyikan oleh orang lain.

Adalah Al Habib Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘ Athas itu apabila banyak melihat Rasulullah SAW sehingga berulang-ulang kali semalam hingga tujuh kali.

Adalah Al Habib Al Arifbillah itu apabila ia berasa syak pada suatu hadis maka ia bertanya kepada Nabi SAW.

Adalah Al Habib Al Arifbillah itu dapat mengetahui perkara bohong, katanya saya melihat keluar daripada mulut pembohong itu seperti sesuatu asap.

Al Arifbillah itu dapat mengenal karangan-karangan kitab-kitab ilmu, mana kitab itu ditulis mengikut hawa nafsu atau kerana ta’asub atau lain-lain dari hawa nafsu dan ta’asub.

Al Arifbillah itu dapat memilih mana-mana kitab yang sayugia dibaca dan diamalkan oleh ahli ilmu.

Adalah guru Al Arifbillah Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas itu bernama Ghausu Zamaanih Al Habib Abu Bakar bin Abdullah Al ‘Athas telah memohon pandangan dan pilihan dalam sesuatu perkara kepada Nabi SAW maka Nabi SAW bersabda kepadanya: ” Akan datang kebenaran atau datang isyarat di atas tangan seorang anak-anak kamu.”:

Al Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘Athas berkata adalah roh-roh datang kepada saya pada permulaan hidup saya sebagai suatu utusan sepuak lepas sepuak dan dia bercerita bahawa setengah orang mati lalu kepadanya lepas roh-roh berpisah dari jasad orang-orang mati itu atau lalu malaikat kepadanya dengan mmbawa roh-roh itu. Saya Tanya (Habib Mufti), ke mana roh-roh yang tuan guru lihat tadi? Jawabnya , dia bersiyarat dengan tangannya bahawa roh-roh itu pergi ke pihak kiblat.

Al Arifbillah itu menceritakan kepada (Al Habib Mufti) bahawa Al Arifbillah berhimpun dengan roh-roh “barzzakhiyyah” yang belum masuk ke dalam jasad manusia di dalam suatu perkara berlaku.

Adalah Al Arifbillah itu bangun tidur pada 1/3 yang terakhir dari waktu malam, ia mengambil air sembahyang, dan ia sembahyang dan panjang sembahyangnya itu. Kemudian ia membaca zikir-zikir yang panjang dan mengulang-ulang “Asmaul Husna”, ia bertasbih, ia bertahmid, ia bertakbir pada tiap-tiap “isim” itu. Kemudian ia baca zikir-zikir yang lain kemudian ia baca Quran dengan bacaan sederhana tiada cepat dan tiada lambat dan dia dapat membaca lima juzuk Al Quran sebelum terbit fajar.

Disebutkan bahawa Al Arifbillah dan Al Afiful Munawwar Ahmad bin Abdullah Balkhair sembahyang witir berjemaah dengan membaca 10 juzuk Al Quran.

Adalah wirid Al Arifbillah dalam sehari 25,000 “Lailahaillallah” dan membaca separuh Quran. Adapun usaha Al Arifbillah pada membaca kitab-kitab ilmu dari kitab-kita tafsir, hadis, tasawuf dan lain-lain, maka tiadalah kita ketahui (kata Al habib ‘Alawi) seseorang pun seperti Al Arifbillah itu.

Berkata Al ‘Alamah Muhammad Bifadhlu, saya berhubung dengan Al Arifbillah pada tahun 1316 Hijrah, maka banyak bilangan kitab yang ia baca di hadapan Al Arifbillah dan lain-lain penuntut membaca kitab di hadapannya menunjukkan kitab-kitab yang dibaca dihadapannya itu dari semenjak Al arifbillah balik dari Mekah sehingga tahun itu tiada kurang dari 26 tahun, adalah sangat banyak tiada dapat dikira, kerana tuan guru Al Arifbillah itu tiada sabar dari ilmu dan dari ibadah dan dari zikir, semuanya itu makanan bagi dirinya dan rohnya, dan saya tiada lihat akan seseorang pun tahan mendengar kitab-kitab ilmu seperti tuan guru itu.

Adalah Al Arifbillah itu apabila ia melayan “dhif-dhif” dan tetamu atau utusan-utusan maka ia tiada tahan dari meninggalkan membaca kitab, maka ia letakkan sebuah kitab di atas ribanya dan ia balik-balikan halaman kitab itu, sambil ia melayani “dhif-dhif” itu kerana ia gemarkan ilmu dan kitab-kitab ilmu.

[Dipetik dari Uqudul Almaasi].

Diriwayatkan oleh Imam Abu Na’im dan Ibnu Basykuwal daripada Imam Sufyan As Tsauri telah berkata, di antara ketika saya mengerjakan haji, tiba-tiba masuk seorang pemuda, dia tiada mengangkat sebelah kaki dan tiada meletakkan sebelah kaki, melainkan ia berselawat atas Nabi SAW dan keluarga baginda.

Maka saya katakan kepadanya: “Adakah dengan ilmu kamu kata begitu?” Pemuda itu menjawab: “Ya”. Kemudian pemuda itu berkata: “Siapa tuan?” Saya menjawab: ” Saya Sufyan As Tsauri.” Ia bertanya: “Dari Iraq ?” Saya jawab: “Ya.” Pemuda itu bertanya: ” bagaimanakah tuan kenalkan akan Allah?” Saya jawab: “Allah memasukkan malam ke dalam siang dan Allah memasukan siang ke dalam malam dan Allah menggambarkan anak-anak dalam rahim.” Kata pemuda itu: ” Wahau Sufyan, tuan belum kenalkan Allah dengan sebenar-benar kenal.”

Saya berkata: ” Bagaimana kamu kenalkan Allah?” Jawab pemuda itu: ” Bifaskhil hammi, wa naqdhil ‘azmi. (ertinya: dengan membuang bimbang dan membatalkan azam.). Dan saya bimbang maka saya buang bimbang itu, dan saya berazam maka dibatalkan azam saya itu, dengan itu saya kenal bahawa bagi saya ada Tuhan yang Esa yang mentadbirkan hal ehwal saya.”

Saya berkata: “Apa itu selawat yang kamu selawat kepada Nabi SAW?” jawab pemuda itu: “Ceritanya begini: Adalah saya pergi kerja dan bersama-sama saya ibu saya, dan ibu saya minta saya bawa dia masuk ke dalam Kaabah. Maka saya bawa ibu saya ke dalam Kaabah, maka ibu saya terjatuh dan bengkak perutnya dan hitam legam mukanya. Maka saya duduk disisinya dengan sedih hati saya, dan saya angkat 2 tangan ke langit dan saya berkata: Ya Rabbi Ya Tuhanku, beginikah Tuhan hamba buat kepada sesiapa yang masuk ke dalam rumah Tuhan hamba (Kaabah), maka tiba-tiba awan naik dari sebelah Tihamah, dan tiba-tiba ada di dalamnya seorang lelaki memakai pakaian putih, dan ia masuk ke dalam Kaabah. Dan ia lalukan tangannya di atas perut ibu saya, maka muka ibu saya menjadi putih dan kesakitannya reda. Kemudian ia berjalan hendak keluar dari Kaabah itu maka saya tarik bajunya dan saya berkata kepadanya: “Siapa tuan yang menolong menyelamatkan saya dari kesedihan saya?” Jawabnya, ” Saya Nabi kamu, Nabi Muhammad yang kamu memberi selawat ke atasnya.”

Maka kata saya: Ya Rasulullah “Fa Ausini” (ertinya mohon beri pesan pada saya). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Janganlah angkat sebelah kaki dan jangan letakkan sebelah kaki melainkan kamu berselawat di atas Sayidina Muhammad dan di atas keluarga Sayidina Muhammad.”

Kata saya: ” Adalah orang muda ini dari kalangan wali-wali yang sampai kepada Allah.”

Saya kata ini kisah yang diceritakan Imam Sufyan As Tsauri yang terkenal dan dinukilkan oleh Imam Abu Na’im, pengarang kitab Hilyatul Auliya’ dan Ibnu basykul dan telah dinukilkan oleh “Muhadissud Dunya” Sayyid As Syeikh Abdullah As Siddiq Al Ghamaari daripada ulama Al Azhar dan ulama Al Maghrib dalam kitabnya Fadhailun Nabiyyi fil Quranil Illahiyatu Fissolah ‘Ala Khairil Bariyyah dicetak oleh maktabah Al Kahirah Syari’ As Sonadiqqiyah, Medan, Al Azhar, Mesir.

Sedikit masa yang lalu saya telah mendengar seorang penceramah di suatu radio dengan jahil dan lalai dia mengatakan tiada mungkin dan tiada boleh seseorang menerima wirid dan amalan daripada Rasulullah SAW di dalam kaabah zaman sekarang atau sebelum sekarang, adalah Al ‘Alamah Ibnu Taimiyah menegur ahli taswuf bagaimana tersebut dalam kitab Al Fatawal Hadissiyah atau pengikut-pengikut Al hafiz bin Rejab dan Az Zahbi atau sefaham mereka seperti Syeikh Abu Bakar Al Jazairi dan Syeikh Halali yang ada di Madinah Almunawarrah itu kedua-duanya tiada senang hati dengan ahli bait Rasulullah SAW dan dengan ahli tasawuf.

Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini, bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga, dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah HARUS DAN BOLEH, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti ini termasuk di bawah erti kata ” fadhoilul ‘amal”.

Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan terhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.

Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoifulminan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin ‘Athaillah As Sakandari yang mati tahun 709 Hijrah dan Jami’u karamatil Auliya’ karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya’ oleh Al Hafiz Abu Na’im dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan lain-lain.

 
Pihin Datuk Ser Maharaja Datuk Seri Utama

Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz

Mufti Kerajaan Brunei Darussalam

Pejabat Mufti,

Kementerian hal Ehwal Agama,

Negara Brunei Darussalam.

14 Jamadil Awal 1408H

4 Januari 1988.

09/11/2013 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Fatwa, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Ummu Jah, pengikut al-Arqam isytihar taubat

Umu Jah istihar bertaubat di hadapan pemgikut N0v 2013

SHAH ALAM – Akhirnya balu pengasas al-Arqam, Hatijah Aam mengisytiharkan taubat di hadapan 300 pengikutnya di Majlis Istitabah Pengikut Kumpulan Al-Arqam yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Hotel Concorde di sini hari ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai Ummu Jah turut mengakui akidah terpesong selama ini selain tidak mengamalkan syariat ditetapkan Islam.

Dalam upacara dijalankan bermula kira-kira jam 3.30 petang itu, Ummu Jah turut mengakui melanggar prinsip Islam ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Dalam lafaz taubat dijalankan itu, Ummu Jah menyebut “Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kami hari ini bertaubat dengan sebenar taubat dan menyesal dengan perbuatan lalu kami”.

“Kami berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan kami dan wajib bagi kami untuk tidak memberi ruang kepada tempias sisa fahaman serta pegangan terdetik di hati kami.

“Kami juga akan berusaha menjadi orang Islam yang patuh kepada disiplin ilmu dan melaksanakan keperluan tuntutan dan falsafah Rukun Islam serta Rukun Iman, “ katanya semasa melafazkan taubat disaksikan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin; Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar; Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan serta Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, Sallehen Mukhyi.

Ummu Jah turut menandatangani dokumen pengisytiharan taubat disaksikan oleh pengikutnya.

09/11/2013 Posted by | Berita dan Isu Semasa | , | Leave a comment

Kisah Serban Besar

SERBAN BESAR

Ada satu cerita;

Cerita tentang Nasiruddin seorang Sufi yang ketika dia masuk ke sebuah kampung, seluruh kampung mengalu-alukan kedatangannya.

“Selamat datang ulama, selamat datang orang alim… Ajarkan kami, ajarkan kami,” sorak penduduk kampung.

“Mengapa kamu semua merasakan aku orang alim?”

“Kerana serban besar yang tuan pakai.”

Nasiruddin pun membuka serbannya dan dipakaikan ke kepala keldai yang ditunggangnya.

“Nah, sekarang kau semua belajar daripada keldai ku. Dia alim sekarang, kerana telah memakai serban besar!”

Tahukah anda, Nasirudin tetap Nasiruddin walaupun tanpa serbannya. Yang lebih penting ialah diri kita bukan pakaian, gelaran dan harta yang kita miliki. Dan kita sebenarnya tidak perlu penghargaan orang asalkan kita pandai menghargai diri kita sendiri.

Ustaz Raziq Al Ansorullah

08/11/2013 Posted by | Renungan & Teladan | | Leave a comment

Adakah siput escargot halal atau haram dimakan oleh orang Islam?

siput escargot halal ke haram

Fatwa Malaysia

ISU: Adakah siput escargot halal atau haram dimakan oleh orang Islam? Siput ini berasal dari Perancis dan diternak secara meluas di banyak negara Eropah termasuk US, England, Australia dan Bulgaria. Ia memiliki rupa yang sama seakan-akan siput babi tetapi daripada genus yang berbeza. Siput babi adalah helix aspersia manakala siput escargot adalah helix pomatia. Siput ini kini boleh didapati dalam menu di sebahagian kecil restoran dan hotel di negara ini.

 

PENJELASAN:

Escargot adalah perkataan dalam Bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi. Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun (حلزون).

 

Dalam fiqah, halazun/escargot adalah tergolong dalam kumpulan ‘hasyaraat’ iaitu haiwan kecil yang melata/menjalar. Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah). Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala:

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمْ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: “Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”. (Surah Al-A’raf: 157).

 

Berdasarkan kaedah pengharaman haiwan-haiwan yang dianggap keji, maka mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa halazun/escargot adalah haram dimakan.

Pandangan ini disebut dalam keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 2 April 1998 dalam membincangkan tentang pembiakan siput babi. Antara lain, Muzakarah menyatakan:

“Menurut Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia tergolong sebagai bangkai.

 

Dari segi kaedah ‘ilah dan ma’lul khabisah ialah ‘ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan. Dalam Mazhab Syafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan belalang”.

 

Memandangkan isu halal atau haram memakan halazun/escargot adalah bersifat ijtihadiah kerana tidak ada nas qat’ie daripada al-Quran dan Sunah berkaitan dengannya, maka ada ulama yang mengharuskannya dan mereka berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala majoriti ulama’ yang mengharamkannya berpendapat ia adalah hasyarat, dan ia bukan haiwan yang disembelih, maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Wallahu A’lam.

07/11/2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | , , | Leave a comment

Sambutan Tahun Baru Hijrah Dan Keistimewaan Bulan Muharram


Maal Hijrah 1435
Fatwa Malaysia

PENJELASAN:

Amalan yang biasa dilakukan sempena menyambut bulan Muharram ialah bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Walaupun terdapat beberapa pandangan tentang bacaan doa ini, namun selagi ia merupakan doa yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah, maka ianya baik untuk umat Islam dan boleh diamalkan tanpa halangan. Begitu juga dengan sambutan Mawlid Rasul, Nuzul-Quran serta sambutan lain yang tidak disebutkan secara khusus dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Namun, apakah hanya sekadar berdoa sahaja yang perlu dilakukan untuk mengiringi kedatangan Muharram? Apakah kelebihan yang terdapat dalam bulan Muharram? Bulan Muharram merupakan salah satu dari bulan-bulan ‘Haram’ di dalam Islam. Firman Allah swt dalam Surah Al-Taubah ayat 9 bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa.” Menurut Tafsir Al-Jalalayn, yang dimaksudkan dengan “di antaranya empat bulan yang dihormati” ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Allah swt telah mengurniakan kepada manusia empat bulan haram. Umat Islam diharamkan pergi berperang dalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diperangi.

Manakala Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abu Bakrah pula bermaksud:”Satu tahun itu ada dua belas bulan, di antaranya ada empat bulan yang dihormati , tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharram, satu lagi Rejab berada antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.” Antara kemulian bulan-bulan haram ini ialah disunatkan berpuasa. Daripada Abu Hurairah dalam Hadith marfu’ telah berkata: Nabi ditanya: Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan? Maka jawab Nabi: Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan-bulan Allah (bulan-bulan haram). Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasai’e dan Ibn Majah. Di samping itu, disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘Asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas katanya: Sewaktu Rasulullah tiba di Madinah, Baginda mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padanya. Lalu Rasulullah bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu terhadap Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian Baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan Al-Tirmizi.

Dalam Hadith yang lain, Ibn Abbas berkata: Apabila Rasulullah berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata: Wahai Rasulullah, ini ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah– Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Mungkin timbul persoalan, mengapakah Nabi mencontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal Baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya yang bermaksud: “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan Musyrikin”? Sebenarnya amalan berpuasa pada hari Asyura’ (10 Muharram) telah dilaksanakan oleh Rasulullah sebelum Baginda berhijrah ke Madinah lagi. Ini berdasarkan Hadith yang dinyatakan oleh Saidatina Aisyah yang bermaksud: ‘Sesungguhnya hari ‘Asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Rasulullah juga berpuasa padanya. Apabila Baginda memasuki Madinah, Baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, Baginda bersabda, “Sesiapa yang ingin berpuasa, teruskan, Sesiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan)’. – Muttafaq ‘Alaih. Di samping melaksanakan ibadah puasa sunat ini, sesuatu yang sewajarnya dijadikan pengiktibaran pada peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keengkaran dan keangkuhannya. Firman Allah dalam Surah Yunus, ayat 90 bermaksud: Dan Kami bawakan Bani Israel ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku adalah dari orang yang berserah diri (menurut perintah)”.

Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh di atas bukit Judiy sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Selain itu, bagaimana pula dengan program membuat bubur ‘Asyura yang sering diadakan oleh masyarakat Melayu? Perlulah dijelaskan bahawa program membuat bubur tersebut tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Di samping melaksanakan ibadah puasa sunat pada bulan Muharram, sesuatu yang amat penting untuk diingati dan dihayati ialah peristiwa hijrah Nabi Muhammad. Justeru, tidak hairanlah apabila Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad dengan sahabat-sahabatnya dari kota Mekah ke Madinah sejauh kira-kira 450 km itu sebagai tahun pertama dalam Islam yang dinamakan dengan tahun Hijrah.

Penggunaan Takwim Hijrah yang digunakan pada masa sekarang telah bermula pada tahun ke 17 Hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Penetapan permulaan tarikh bagi Takwim Hijriyah ini, diambil sempena peristiwa penghijrahan Rasulullah yang bermula pada tanggal 2 Rabiulawal bersamaan 14 September 622 Masihi. Baginda sampai di Quba’ pada tanggal 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622 Masihi pada hari Isnin. Peristiwa hijrah perlu dikenang oleh umat Islam setiap tahun apatah lagi ketika menyambut sambutan awal Muharram, untuk menjadi pengajaran dan peringatan tentang pengorbanan Rasulullah saw dan sahabat-sahabat Baginda menegakkan Islam.

Mudah-mudahan dengan sambutan ini dapat menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam bahawa kemuliaan Islam dan kewujudan negara Islam yang berdaulat bukanlah diperoleh dengan mudah. Sebaliknya ia telah melalui perjuangan yang gigih dan pengorbanan yang tinggi. Sesungguhnya sifat pengorbanan yang dimiliki dan diperlihatkan oleh Rasulullah saw dan umat Islam pada zaman Baginda merupakan bukti kesungguhan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap akidah Islam dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap perintah Allah swt. Sifat seperti inilah yang sepatutnya ada dan diikuti oleh generasi umat Islam hari ini. Oleh yang demikian, apakah yang harus dilakukan oleh umat Islam ketika menyambut tahun baru hijrah ini? Adakah sudah memadai ia disambut dengan hanya mengirimkan ucapan selamat tahun baru, melalui sms atau email?

Sambutan awal Muharram dan tahun baru hijrah ini hendaklah diikuti dengan usaha melakukan perubahan pada diri dan masyarakat dengan memperkukuhkan pegangan akidah dan syariah, akhlak dan jati diri serta pembangunan sosioekonomi negara dan ummah agar isu-isu kecelaruan akidah dan keruntuhan akhlak serta kemiskinan hidup umat Islam dapat dihapuskan dan Islam sebagai agama yang mulia dan tinggi dapat didaulatkan dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Sehubungan itu, tiada larangan kepada umat Islam untuk menyambut Tahun Baru Hijrah yang dilihat amat penting dan signifikan kepada umat Islam agar kecemerlangan dan kegemilangan Islam dapat dihayati dan dikembalikan kepada umat di zaman ini.

05/11/2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | , | Leave a comment

Bagaimana status alat bantuan perubatan yang tertanam dalam badan si mati

Permasaalahan ada gajet dalam mayat

Permasaalahan ada gajet dalam tubuh mayat

Fatwa Malaysia

ISU: Bagaimana status alat bantuan perubatan yang tertanam dalam badan si mati seperti injap jantung atau “chemo port” untuk pesakit kanser atau pun besi titanium bagi menggantikan tulang, adakah perlu dikeluarkan?

PENJELASAN:

Hukum asal pembedahan mayat adalah tidak diharuskan, kerana syarak mengiktiraf kehormatan seseorang Muslim sama ada ketika hidup ataupun selepas mati. Ini dinaskan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam hadis:

Maksudnya: “Mematahkan tulang seseorang yang telah mati (dosanya) adalah seumpama mematahkan tulangnya semasa hidup”. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, 2/1035, no: 3694; Ibn Majah, 1/516, no: 1616).

Berdasarkan hadis tersebut, pembedahan mayat tidak dibenarkan dalam Islam kecuali terdapat keperluan yang sangat kuat, atau maslahat yang lebih besar. Ini juga telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 Sep 1984, yang antara lain memutuskan:

“… bahawa pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau simati tertelan benda yang berharga atau simati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup”.

Justeru, adalah tidak diharuskan untuk melakukan pembedahan mayat bagi mengeluarkan apa-apa peralatan daripada badannya, kecuali jika terdapat keperluan yang sangat mendesak atau maslahat yang lebih kuat.

Wallahu A’lam.

05/11/2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Bulan Muharram bukan Bulan Nabi berhijrah

 

Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?

 Nasir, Kuantan.

 

Jawapan Dr MAZA: Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;

 

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

 

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.

 

Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

 

Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

 

3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

 

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

 

Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.

 

4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

 

5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

 

6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

 

7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

 

8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.

 

9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

Sumber: Dr Maza

03/11/2013 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | , , | Leave a comment

Hukum Seseorang Muslim Menjadikan Kerjaya Sebagai Penyanyi Atau Pemuzik Sebagai Sumber Pendapatannya.

 

Penyayi dan pemuzik

Fatwa Malaysia
PENJELASAN: Secara prinsip umum, status halal atau haramnya sumber pendapatan daripada suatu aktiviti adalah ditentukan dengan melihat kepada halal atau haramnya aktiviti tersebut.

Berkenaan hukum bekerja sebagai penyanyi atau pemuzik, beberapa keputusan fatwa boleh dirujuk, antaranya:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-2 yang bersidang pada 12-13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;

2. Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

3. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;

4. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

5. Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

Justeru, nyanyian yang menepati garis panduan di atas adalah diharuskan.

Wallahu A’lam.

01/11/2013 Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment