Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MALAYSIA: FATWA MENGENAI FAHAMAN ‘WAHHABI’



# 200 ULAMA ASWAJA DUNIA DI MUKTAMAR DI CHECHNYA pada 30.08.2016 juga menolak ajaran sesat wahabi.

Berikut adalah beberapa kumpulan fatwa, pandangan atau pendirian ulama-ulama yang berautoritas di Malaysia secara tersurat dan tersirat berkenaan kesesatan fahaman wahabi yang sedang menggelisahkan rakyat Malaysia dewasa ini. Antaranya adalah:

1. Pandangan Mufti Kedah
2. Pandangan Mufti Pahang
3. Pandangan Mufti Negeri Sembilan
4. Pandangan Jabatan Mufti Perak
5. Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan
6. Warta Kerajaan Negeri Johor
7. Majlis Fatwa Kebangsaan
8. Pandangan JAKIM
9. Pandangan Mufti Brunei
10. Pandangan Ahli Akademik
Menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan maklumat/ Fatwa ini kepada teman² Ahlussunah agar lebih berhati² terhadap faham “WAHHABI-SALAFY” ini dan dengan harapan supaya kita smua terselamatkan dr fitnah akhir zaman.

● Mufti Kedah
Mufti Kedah turut menyatakan bahaya faham wahabi dan menolak faham wahabi ini kerana banyak khilaf dari sudut aqidah fiqh.

● Mufti Pahang
Mufti mengatakan fahaman selain asyairah boleh diambil tindakan karena menyesatkan, juga baru-baru khutbah negeri pahang menekankan berkenaan masalah wahabi.

● Mufti Negeri Sembilan
Mufti negeri Sembilan juga menolak & menyimpang faham wahabi

● Mufti Perak
Jabatan Mufti Perak telah mengeluarkan arahan larangan penyebaran faham wahabi karena menyimpang & menyesatkan

● Mufti Wilayah Persekutuan
Mufti Wilayah Persekutuan telah menulis buku, dan didalam buku tersebut mengkritik aliran salafi kerana sikap mereka yang ghuluw

● Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Johor jelas memfawakankan bahwa manhaj akidah yang mesti diikuti adalah asyairah dan maturidiah serta 4 mazhab fiqh muktabar selain itu sesat & menyesatkan.

● Majlis Fatwa Kebangsaan
Berikut sedikit petikan dari fatwa tersebut:

Ramai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah. Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.

● Pandangan JAKIM
Pandangan JAKIM dalam hal ini adalah jelas yaitu: “Wahabi- Salafy sesat menyesatkan

● Mufti Brunei
Mufti brunei ada menulis buku dan didalamnya jelas mengkritik penyimpangan faham wahabi

● Pandangan Giptis
Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz & Ilmuan Sunni menolak fahaman Wahabi.

● Prof Syed Naquib Al-Attas
Prof Syed Naquib telah menolak fahaman wahabi dan menjelaskan keburukannya dalam karyanya.

● Lain- Lain
Terlalu banyak untuk diuraikan semuanya tetapi jelas dalam setiap seminar yang dianjurkan oleh muafakat Alim Ulama Malaysia dan Ahli Akdemik seperti Dr. Uthman Muhammady, Dr. Asmadi dan Dr. Fakhruddin Mukti dan banyak lagi ahli akademik telah berkumpul dan menolak fahaman wahabi.

● Akhir Kata Kepada masyarakat awam diingatkan supaya berpegang teguh dengan jumhur ulama dan jangan sesekali terlibat dengan pemikiran yang ganjil seperti faham wahabi- salafy yang bisa merusakkan akidah dan persatuan ummat

●Negara ini beraqidah Ahli Sunnah Waljamaah Asya’irah Wal Maturidiyyah. Bermazhab Fiqh Mazhab Syafie dan bertasawufkan Al-Imam Ghazali dan Syeikh Junaid Al-Baghdadi.

Sumber: ASWAJA SELANGOR

24/02/2022 - Posted by | wahabi

2 Comments »

  1. Orang melayu msia nie tau apa itu & siapa wahabi tu…..

    Asal usul Wahabi yg saya faham bermula dari orang yg bernama ABDUL WAHAB RUSTUM atau MAKTOM dari Morocco seawal kurun ke2 (kalau tak silap). Beliau telah d hukum bunuh oleh Khalifah waktu itu. rujukan dari Wikipedia juga sudah tak dapat d kesan.

    Baca & faham mengapa MUHAMMAD ABDUL WAHAB bersengkita dg abangnya SULEIMAN & ayahnya! Jgn sampai kita memfitnah tanpa memahami perkara sebenar. Menjawab kita d hadapan ALLAH nanti!

    Negara Saudi berfahaman Mazhab Ahmad. Alhamdulillah pernah menetap d Makkah.

    Org melayu WAJB faham dg Mazhab Ahmad yg tidak mengamal Qunut, zikir beramai2 selesai solat, tidak membaca Yassin mlm Jumaat, talkin & seumpamanya utk org yg meninggal dunia, tudak menyambut Maulud & lain2….

    Melayu juga kena faham, walaupun Msia berMazhab Shafie tapi tidak SEMUA amalan Syafie yg d ikuti.

    Perlu org Melayu TAHU, banyak amalan yg d lakukan dari zaman dahulu adalah warisan SYIAH yg SESAT.

    Melayu perlu belajar & mencari ilmu bukan dg jalan ikutan. Dg menuduh mereka WAHABI, ia adalah satu FITNAH. Jgn bersebab para Mufti d negeri2 d Msia kata WAHABI sesat kita percaya. Allah beri kita AKAL utk berfikir & belajar Lihat hari ini 2023, Ulamak pula kata RASUAH itu HALAL. Tanya mereka asal wang 90juta & saman fitnah terhadap Swak Report/minah salleh d LONDON d tarik balik & sanggup pula MEMBAYAR gantirugi kpd SR/minah sallah BERJUTA2!

    MARHABAN & MAULUD adalah ajaran SYIAH yg SESAT!

    Jgn lupa pesan Nabi, akhir zaman, Islam menjadi 73gulungan. D mana kita? SYIAH juga mengaku mereka ISLAM

    Jgnlah memfitnah WAHABI. Kenalilah apa & siapa itu WAHABI….. jgn gadaikan AKIDAH hanya sbb WAHABI, sedangkan melayu masih mengamalkan BUDAYA & FAHAMAN SYIAH!!! Jgn sampai menjadi penganut ISLAM dari gulungan yg 72. Moga d jauhkan Allah…… Aamiin Ya Rabb…

    Like

    Comment by @cheecheng | 16/11/2023 | Reply

  2. Salam. Saya Nor. Saya ingin bertanya pendapat mengapa rujuk perbuatan yang telah dibuat oleh suami 10 tahun yang lalu selepas talaq jatuh adalah tak sah dari segi undang-undang Syariah Malaysia..Sedangkan rujuk perbuatan adalah sah di Saudi Arabia, Birmingham (United KIngdom) dan banyak lagi negara lain terima rujuk perbuatan. Saya mendapat pengetahuan rujuk perbuatan adalah sah semasa saya ikut suami luar negeri sambung belajar di Hull United Kingdom pada tahun 2001-2006 . Bila rujuk perbuatan dilakukan pada tahun 2012 , didapati semasa pendaftaran ,saya terkejut mahkamah syariah Malaysia tidak menerimanya dan kerana itu kami tak sah lagi suami isteri dengan alasan ruju perbuatan tidak diterima dalam mahzab shafie…… dan saya ditinggalkan oleh suami begitu saja setelah 36 tahun berkawin. Sepatutnya hakim mengelakkan penceraian berlaku perkara yg dibenci Islam tp hakim sendiri yg memutuskan hubungan suami isteri atas alasan ruju perbuatan tak sah ikut mazhab shafie.Saya difahamkan jika amalan dalam mazhab membawa mudarat kepada kepentingan awam seharusnya hakim akan gunapakai mahzab yang lain. Tetapi ini tidak berlakualasan mufti telah membuat ketetapan ruju perbuatan adalah tak sah… Demi tidak mudarat kepada masyarakat saya berharap mufti2 bermesyuarat melihat balik dan terima rujuk perbuatan adalah sah kerana tiga perempat dunia menerima rujuk perbuatan atau rujuk lafaz sebagai sah rujuk demi mengelakkan penganiayaan berlaku terhadap perempuan.Tiada nas al quran dan sunnah menunjukkan tatacara ruju .. Yang ada hanyalah pendapat tatacara rujuk dari empat mazhab . Sepatutnya kita negeri Malaysia terima semua empat pendapat mazhab seperti negeri islam besar lain Arab Saudi , England terima ruju perbuatan atau rujuk lafaz sebagai sah ruju.. Harap mendapat pertimbangan dari pihak tuan. Sekian. Terima Kasih

    Like

    Comment by NOR SALAMIAH BT MOHD SHAZILLI | 15/05/2022 | Reply


Leave a comment