Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Demonstrasi Yang Diharuskan Oleh Syara’–Satu Pandangan Ilmiah

Jemaah dakwah pun hebat

Tidak di namakan ikut syara’ jika terdapat pada demonstrasi itu pergaulan bebas lelaki,wanita dan pendedahan aurat.


Demonstrasi yang berbentuk menuntut hak, menunjukkan kekuatan Islam dan kesatuan rakyat dalam berhadapan dengan pemerintahan yang zalim yang melakukan kemungkaran adalah diharuskan.

Hal ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :

1- Hukum asal bagi sesuatu perkara (selain dalam konteks ibadah) adalah harus. Kaedah “أن الأصل في الأشياء الإباحة

Demonstrasi adalah dalam konteks urusan dunia, tidak termasuk dalam konteks ibadah, maka hukum asal bagi konteks urusan dunia adalah harus dan terpulang kepada kebijaksanaan manusia dalam menguruskan wasilah yang pelbagai dan sesuai dengan zaman mereka selagimana tidak bertentangan dengan nas-nas yang mengharamkan sesuatu perkara.

Hal ini demikian kerana demonstrasi adalah wasilah kepada sesuatu tujuan yang ingin disampaikan. Maka sekiranya tujuan untuk menuntut hak yang dirampas dan keadilan yang sebanar dengan wasilah demonstrasi secara aman tanpa merancang menimbulkan huru-hara maka ia adalah diharuskan.

Islam memerintahkan umatnya mencegah kemungkaran dan menetang kezaliman. Adapun cara atau wasilahnya berdasarkan kesesuaian tempat, masa dan pihak yang membawa kebenaran. Maka konteks hikmah dan peringatan yang baik adalah berdasarkan kepada kesesuaian realiti dan peringkat serta kemampuan. Maka kita dapat lihat bagaimana setiap zaman para rasul adalah berbeza pendekatan yang dilakukan. Contohnya, Nabi Ibrahim berhujah dengan Namrud, Nabi Musa menggunakan mukjizat dalam berhadapan dengan ahli sihir, Ratu Balqis tertawan dengan pemerintahan yang adil yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman bahkan di zaman Nabi Muhamad SAW terdapat banyak peperangan.

2- Dr Yusuf Al-Qardhawi menerangkan 3 cara apabila berhadapan dengan pemerintah yang zalim dan jelas melakukan kemungkaran, bahkan apabila mencegah sekiranya diam atau rahsia masih tidak berjaya, maka wajib ke atas umat Islam apabila mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk mencegahnya melalui :

-undian pilihanraya

– kuasa tentera

-kuasa rajyat

Dalam konteks kuasa rakyat adalah termasuk sekali dengan mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan bahawa rakyat tidak bersetuju dengan kemungkaran yang dilakukan oleh pihak pemerintah. – rujuk kitab Fiqh Ad-Daulah, karangan Dr Yusuf Al-Qardhawi dan artikel MANHAL PMRAM dihttp://www.manhal.pmram.org/2012/04/kewajipan-membebaskan-penjajahan-ke.html

Perbahasan ini adalah merujuk kepada perbahasan mencegah kemungkaran melalui 3 peringkat yang disuruh oleh Nabi SAW dalam sabdanya :

مَنْ رَأَى مِنْكُم مُنْكرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِه، فَإِنْ لَم يَسْتَطِعْ فَبِلِسانِه، فَإن لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِه، وذلك أَضْعَفُ الإِيْمان

“Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran,maka wajib mengubahnya dengan menggunakan tangan (kuasa), maka sesiapa yang tidak mampu, maka dengan lisan, sekiranya tidak mampu juga maka dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman.”– Muslim

Dan juga Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Anas RA :

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

Bantulah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi. Maka bertanya sahabat : Wahai Rasulullah SAW, aku mengetahui bahawa untuk membantu orang yang dizalimi maka bagaimana cara untuk membantu orang yang zalim? Maka jawab Nabi SAW : menghalangnya atau mencegahnya daripada berterusan melakukan kezaliman maka demikian kamu telah membantunya.” – Bukhari (6438)

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- يَشْكُو جَارَهُ فَقَالَ « اذْهَبْ فَاصْبِرْ ». فَأَتَاهُ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا فَقَالَ « اذْهَبْ فَاطْرَحْ مَتَاعَكَ فِى الطَّرِيقِ ». فَطَرَحَ مَتَاعَهُ فِى الطَّرِيقِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَسْأَلُونَهُ فَيُخْبِرُهُمْ خَبَرَهُ فَجَعَلَ النَّاسُ يَلْعَنُونَهُ فَعَلَ اللَّهُ بِهِ وَفَعَلَ وَفَعَلَ فَجَاءَ إِلَيْهِ جَارُهُ فَقَالَ لَهُ ارْجِعْ لاَ تَرَى مِنِّى شَيْئًا تَكْرَهُهُ

Abu Hurairah meriwayatkan ada seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW mengenai jirannya, lalu Baginda SAW berkata “Pulanglah dan bersabarlah”. Situasi itu berlaku 2 ataupun 3 kali lalu kata Baginda SAW “Pulanglah dan buang barangmu di atas jalan”. Lalu setelah lelaki tersebut melakukan sebagaimana yang disarankan, ramai orang bertanya puncanya, lalu lelaki ini menceritakan situasinya. Ini membuatkan semua orang yang lalu di situ mencerca jiran lelaki tersebut. Tidak lama selepas itu, jirannya itu datang dan memohon maaf padanya dan berjanji peristiwa lama tidak berulang lagi.

Berdasarkan kepada hadis di atas, Imam Ibnu Qayyim menyebutkan di dalam kitab beliau I’lam Al-Muwaqqi’in bahawa tidak mengapa bagi seseorang yang dizalimi untuk menceritakan kezaliman yang diterimanya bagi mendapatkan sokongan dan kekuatan dalam mendapatkan kembali hak yang telah dizalimi. Sekiranya dengan perbuatan yang dilakukan tersebut mampu untuk mencegah kezaliman dan cara nasihat yang baik tidak memberikan kesan.

3- Menunjukkan keizzahan dan kekuatan Islam adalah diharuskan. Hal ini dapat dilihat kepada beberapa situasi di zaman Nabi SAW iaitu :

– Ketika penghijrahan sahabat, antara sebab keberjayaan para sahabat keluar berhijrah adalah apabila terdapat sahabat yang gagah dan berani dengan memberikan amaran kepada pihak musyrikin Mekah agar tidak mengganggu penghijrahan para sahabat.Antaranya Saidina Umar Al-Khattab. Hasilnya para sahabat dapat keluar berhijrah beramai-ramai mengikut peringkat-peringkat yang telah disusun.

– Ketika Nabi SAW tiba di Madinah maka penduduk-penduduk Madinah termasuk wanita dan kanak-kanak keluar dengan bergembira berhimpun sambil mengalunkan nasyid menandakan kegembiraan mereka kedatangan Nabi SAW

–    Ketika solat sunat Hari Raya, Nabi SAW menggalakkan juga wanita yang haid untuk keluar (tetapi tidak solat dan berada dalam masjid, cuma keluar bersama-sama bagi menyambut Hari Raya) agar menampakkan ramainya umat Islam dalam menyambut perayaan hari kebesaran dalam Islam.

–      Kisah Bai’ah Ridhwan. Ia apabila Nabi SAW mneghantar utusan untuk berjumpa dengan pembesar Mekah, namun dikhabarkan bahawasanya mereka telah membunuh Saidina ‘Uthman, maka Nabi SAW dan para sahabat telah membuat persepakatan untuk berjuang menuntut bela terhadap ketidakadilan yang berlaku kepada Saidina ‘Uthman.

*antara peristiwa-peristiwa yang menunjukkan para sahabat berhimpun dalam menunjukkan kekuatan Islam dan kesatuan umat Islam. Boleh rujuk kitab sirah-sirah.

Kesimpulan

Hasil pengkajian ringkas di atas mengenai demonstrasi,maka dapat difahami dengan jelas beberapa perkara :

1- Demonstrasi merupakan satu bentuk wasilah bagi sesuatu tujuan. Ia termasuk dalam urusan dunia yang asal pada hukumnya adalah harus.

2- Bentuk-bentuk demonstrasi yang diharamkan ialah menggulingkan pemerintah yang adil, menyerang pemerintahan Islam dan mengangkat senjata bagi melakukan huru hara dan mendatangkan mudharat.

3- Manakala demonstrasi yang berbentuk menyatakan pendirian bagi menuntut hak-hak yang telah dicabuli, mencegah kemungkaran dan menunjukkan keizzahan Islam adalah tidak bertentangan dengan syara’ dan ia diharuskan.

4- Sehubungan itu, penganjur demostrasi mestilah mengingatkan kepada peserta demonstrasi untuk menjaga adab dan tidak melakukan perkara-perkara yang memudharatkan orang awam dan batasan syara’.

5- Sekiranya tujuan dan wasilah yang dirancang adalah baik,namun terdapat beberapa kekacauan selepas demontrasi di luar dugaan, maka ia tidak menjejaskan hukum asal bagi demontrasi tersebut. Hal ini demikian samajuga seperti musafir yang mubah namun di tengah perjalanan berlaku perkara maksiat, maka masih dibolehkan untuk solat jama’ dan qasar. Namun sekiranya niat musafir adalah untuk maksiat, maka ia berbeza dan ulama menyatakan adalah haram untuk solat jama’ dan qasar.


Wallahu a’lam

Disediakan oleh : Muhamad Zuhaili Saiman,Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012

Rujukan :

1- Sirah An-Nabawiyyah, oleh Dr Ali As-Solabi, cetakan Dar At-Tauzik Wa An-Nasyr

2- Al-Halal Wa Al-Haram Fi Al-Islam, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Maktabah Wahbah

3- Fiqh Ad-Daulah, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Maktabah Wahbah

4- Dirasah Fi Fiqh Maqasid Al-Syariah, Dr Yusuf Al-Qardhawi,cetakan Maktabah Wahbah

5- Dhawabit Al-Maslahah Fi As-Syariah Al-Islamiyyah, Dr Said Ramadhan Al-Buti, cetakan Dar Al-Fikr

6- Nail Ar-Raja’ bisyarh Safinah An-Naja’, oleh Al-‘Allamah Al-Faqih As-Sayyid Ahmad bin Umar Asy-Syatiri

7-  Al-Qaawaid Al-Fiqhiyyah, oleh Dr Abdul Aziz Muhd Azzam, cetakan Dar Al-Hadis

25 June 2013 Posted by | Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Apakah Hukum Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya’ban ?

Jawapan dari Ustaz Abdul Kadir Al Jofree :

Sebagai menjawab persoalan yang diajukan, Nisfu Sya’ban biasanya dimaksudkan 15 Sya’ban. Malam nisfu Sya’ban pula adalah malam 15 Sya’ban (14hb siangnya, malamnya, dipanggil malam 15 ya).

Di negara Arab dan Nusantara, biasanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Sya’ban setiap satu dengan niat tersendiri, yang akan diajarkan oleh para guru. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya, memandangkan dilakukan oleh para Fuqaha’ zaman berzaman dari dahulu lagi.

Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara’ (samaada dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar satu teknik dakwah). Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membuat kelas ilmu dan sebagainya.

Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut (Fatwa Dr Yusof Al Qardhawi yang menolak amalan Yasin 3 kali dan mengatakan ia adalah bid’ah yang diada-adakan). Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya’ban ini dilakukan oleh para ULAMA’ zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.

Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya’ban dengan jelas dan adil ya…

Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya’baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahihdaripada Mu’az bin Jabal radhiallahu ‘anhu,

bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang maksudnya :

“Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya’baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”

[ Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban]

Di Malam Nishfu Sya’baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Berkata Imam asy-Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm:

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya’baan.”

Malam Nishfu Sya’baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu’az bin Jabal radhiallahu ‘anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya’baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi’in dari penduduk Syam.

Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,

Bahawa para tabi’in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma’dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya’baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi’in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya’baan dengan dua cara:

* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya’baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi’in itu.

Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya’baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid’ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya’), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya’baan atau pada malam-malam yang lain.

Sedikit tambahan lagi:

Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara’. Sama ada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.

Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedayanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara’. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.

Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya’ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak diendahkan. Na’udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.

Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya’ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.

Wallahu A’lam.

Ustaz Abdul Kader Al Jofree

Pandangan JAKIM:

Kod Rujukan Soalan

wl21v

Amalam Di Malam Nisfu Syaaban
Soalan

Assalamualaikum,
Saya nak tanya tentang amalan bacaan yaasin 3x di malam nisfu syaaban berserta niatnya untuk panjang umur, murah rezeki dan hindari dari penyakit. Adakah amalan ini dari Rasulullah S.A.W atau bagaimana?
Terima kasih.

Jawapan

Ianya adalah amalan yang diharuskan. Ada hadis daif dan ianya boleh diamalkan untuk fadilat. ada yang menganggap ianya bidaah (Nabi tak buat) tetapi bidaah yang harus.

[Rujukan:http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/47033]

23 June 2013 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

Perbahasan: Taqlid Tidak Dapat Dihindarkan Dengan Ijma’ Kaum Muslimin

pp0051

Dalam bab sebelumnya telah kami paparkan alasan-alasan yang dipergunakan oleh penulis buku Halil Muslimu Mulzamun Bittibaai’ mazhabin Mu’ayyani minal Madzaahibil Arbaa’h. , Iaitu syekh Khajandi.sebagai pengasas pegangan atas pendiriannya.

Hal itu telah kami jelaskan secukupnya sehingga tidak akan meninggalkan sedikitpun keraguan bagi orang yang menyedari bahawa alasan-alasan tersebut sebenarnya bukan merupakan dalil seperti anggapan penulis kitab itu sendiri. Alasan tersebut hanyalah ucapan yang tidak dapat dianggap sebagai dalil menurut norma-norma ilmiah .Kalau penulis kitab menamakan dalil, sedikit pun tidak dapat mengubah hakikat persoalan.

Dalam tulisan kalau kami tidak menyinggung pendapat penulis kitab itu dengan memberikan kritik atau pembetulan, bererti permasalahanya sama dengan tiga masalah yang sudah disepakati oleh semua ulama dan juga sudah kami sisihkan dari arena pembahasan. Oleh kerana itu, kami tidak perlu mengungkapkan nya sedikitpun agar tidak menyia-nyiakan waktu dan tempat. Akan tetapi , kurang tepat kalau kami menetapkan pendirian yang berbeza dengan penulis kitab tersebut dengan cara mengorek dalil-dalil yang ia kemukakan. Tegasnya kami akan menyampaikan beberapa bukti yang mantap dan baru , yang menunjukkan kekeliruan faham yang sangat merbahayakan dari penulis kitab tersebut, kemudian kami akan menetapkan pendirian sebaliknya.

Adapun dua masalah pokok yang menjadi pendirian penulis kitab (Syekh Khajandi ) yang tidak dapat diketahui, dan kami sendiri tidak mengerti bagaimana keduanya dapat bertemu menjadi satu, dalam benak kami.

Masalah pertama:

Yang menjadi pendirian dan selalu ia diulang-ulang di banyak tempat dalam bukunya ialah masalah HARAMNYA TAQLID SECARA MUTLAK.

Dalam hal ini, ia beralasan bahawa mujtahi itu tidak ma’sum . Mengikut yang ma’sum lebih utama daripada mengikut yang bukan ma’sum . dengan alasan bahawa ijtihad adalah urusan yang mudah, tidak memerlukan lebih banyak kitab, seperti kitab Al Muwaththa Imam Malik, sahih Al Bukhari dan Muslim, sunan Abi daud dab Jami’ At Tirmidzi serta An Nasai.

Masalah kedua:

Yang di ulang-ulang ialah ORANG YANG TAQLID TIDAK BOLEH MENETAPI MAZHAB TERTENTU. Kalau berbuat demikian , ia tersesat bagaikan seekor himar yang lepas tak terkendalikan?.

Dari ungkapan diatas , kami tidak mengetahui bagaimana ia dapat mengompromikan dua masalah tersebut?.

Kalau hakikat taqlid secara prinsip sudah dianggap batil kerana ikut kepada yang bukan ma’sum, apa perlunya membatalkan taqlid secara keseluruhan (secara mutlak) dengan alasan ikut kepada yang bukan ma’sum?.

Sungguh kami tidak mengerti bagaimana bentuk hukumnya bila dua pendapat tersebut dikompromikan, sebagaimana yang ada pada benak fikiran penulis kitab Halil muslimu Mulzamun Bittibaai Mazhabin mua’yyanin Minal madzaahibil Arba’ah?.

Akan tetapi, dihadapan sidang pembaca kitab ini

Al Lla mazhabiyyah Akhtarul Bid’atin Tuhaddidu Syari’atil Islam , kami akan menyampaikan hujjah bahawa sesungguhnya taqlid adalah masalah yang tidak dapat dihindarkan dari kaum Muslimin dan dia tetap berjalan dan dipakai. Bagi orang yang taqlid (muqallid), bila mau ia boleh menetapi salah satu mazhab tertentu dan tidak pindah ke mazhab lain. Dengan perbuatan nya itu, ia pun tidak dianggap melakukan perbuatan terlarang atau mengerjakan sesuatu yang haram.

Taqlid; ialah mengikuti pendapat seseorang tanpa mengetahui hujjah yang menunjukkan kebenaran pendapat tersebut. Dalam hal ini, tak ada bezanya antara taqlid dan ittiba’, kerana keduanya mempunyai erti yang sama.

Dalam Al quran Al Karim , Allah Azza Wajalla menggunakan kata-kata ittiba’ sebagai pengganti kata-kata taqlid, sebagaimana firmannya:

Ertinya (Iaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya , dan mereka melihat siksa, serta ketika segala hubungan antara mereka terputus sama sekali . dan berkatalah ORANG-ORANG YANG MENGIKUT ( Asal dari kalimat ittiba’) “ Seandainya kami dapat kembali (kedunia) , pasti kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana mereka berlepas diri dari kami…” (Al baqarah 166-167).

Tidak ada keraguan lagi bahawa yang dimaksud “ittiba’” dalam ayat ini ialah “taqlid” yang terlarang.

Adapun istilah yang anda pergunakan untuk membezakan erti taqlid dan ittiba’ dalam masalah ini hanya ada dua alternatif , Iaitu apabila anda mengerti dalil-dalil dan mempunyai kemampuan untuk melakukan istinbath , bererti anda adalah mujtahid.

Akan tetapi , bila anda tidak mengerti dalil dan tidak menguasai cara-cara melakukan istinbath , anda adalah orang taqlid kepada mujtahid.

Adapun banyaknya lafaz, dan istilah tidaklah akan mengubah kenyataan ini.

Kemudian, apakah dalil-dalil yang menunjukkan bahawa taqlid itu wajib dilaksanakan bila tidak mampu berijtihad?.

Berikut ini kami tunjukkan beberapa dalil dari segi beberapa segi.

Pertama:

Firman Allah S.W.T; “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui”.An Nahl 43.

Para ulama telah sepakat bahawa ayat diatas merupakan perintah kepada orang yang tidak mengerti hukum dan dalil agar mengikuti orang yang memahaminya. Seluruh ulama usul telah menetapkan ayat ini sebagai dasar pertama untuk mewajibkan orang awam agar taqlid pada mujtahid.

Semakna dengan ayat diatas ialah firman Allah s.w.t :

Ertinya : “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman itu pergi semuanya kemedan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka , beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”.

Dalam ayat ini Allah AZZA Wajalla melarang semua orang pergi berperang dan melakukan jihad, tepati memerintahkan agar segolongan dari mereka tetap tinggal ditempatnya untuk mempelajari ilmu agama sehingga bila orang-orang yamg dapat memeberikan fatwa tenteng urusan halal-haram serta menjelaskan hukum-hukum Allah S.W.T lainya.

Kedua:

Ijma’.

Adanya Ijma’ yang menunjukkan bahawa para Sahabat Nabi s.a.w. tidak sama tingkatan ilmu dan tidak kesemuanya ahli fatwa sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun. Dan masalah agama pun tidak diambil dari mereka semua.

Diantara mereka ada yang jadi mufti atau mujtahid, tetapi jumlahnya sangat sedikit dan ada pula yang meminta fatwa dan menjadi muqallid yang jumlahnya sangat banyak.

Para sahabat yang menjadi mufti (mujtahid) dalam menerangkan hukum agama, tidak selalu menerangkan dalil-dalil nya kepada yang meminta fatwa.

Rasulullah s.a.w. telah mengutus para sahabatnya yang ahli hukum kedaerah-daerah yang penduduknya tidak mengenal Islam, selain hanya mengetahui akidah dan rukun-rukunnya saja. Kemudian para penduduk daerah tersebut mengikuti fatwa utusan rasulullah s.a.w dengan mengamalkan ibadah dan muamalah, serta segala macam urusan yang ada sangkut –pautnya dengan halal dan haram.

Apabila para utusan Rasul menjumpai masalah yang tidak ditemukandalil nya dari Al Kitab dan as Sunnah, ia melakukan ijtihad dan memberi fatwa menurut petunjuk dari hasil ijtihadnya.selanjutnya, penduduk setempat mengikuti fatwa tersebut.

Imam al Ghazali rahimahumullah dalam kitabnya Al Mustaasyfa pada bab taqlid dan istifta ( meminta fatwa),:

“ Dalil orang awam harus taqlid ialah ijma’ sahabat. Mereka memberikan fatwa kepada orang awam, tanpa memerintahkan nya mencapai darjat ijtihad. Hal ini dapat diketahui dengan pasti dan dengan cara mutawatir, baik dari kalangan ulama’ maupun para awam”.

Imam Al Aamidi berkata dalam kitabnya Al Ahkaam fii ushulil Ahkaam:

“ Ada pun dalil taqlid dari segi ijma’ ialah orang awam zaman sahabat dan tabi,in sebelum timbul golongan menentang , selalu meminta fatwa kepada para mujtahidin dan mengikuti mereka dalam urusan hukum syariat. Para ulama dari kalangan mereka dengan cepat menjawab pertanyaan –pertanyaan tanpa menyebut kan dalil-dalinya dan tidak ada seorang pun yang ingkar. Hal ini bererti mereka telah ijma’ bahawa seorang awam boleh mengikuti mujtahid secara muthlak “.

Dari kalangan sahabat nabi S.a.w., mereka yang tampil memberikan fatwa dapat dihitung jumlahnya. Mereka dikenal mempunyai kemampuan dalam hukum feqah, riwayat dan kemampuan istinbath.yang paling masyhur dikalangan mereka ialah para Khulafaur Rasyidin. Abdullah bun Mas’ud , Abu Musa Al As’aary r.a Mu’az bin Jabal , Ubay bin ka’ab dan Zaid bin Tsabit r.a Adapun yang taqlid kepada mereka dalam mazhab dan fatwa, tidak terhitung jumlahnya.

Selanjutnya, pada zaman tabi’in,daerah ijtihad semakin meluas. Pada masa ini kaum muslimin tetap menempuh jalan yang sudah ditempuh oleh para sahabat. Hanya saja, ijtihad pada waktu itu bercermin (terpaku ) pada dua mazhab pokok, iatu mazhab “ahli hadis” dan mazhab “ahli ra’yi” . kerana adanya beberapa faktor yang telah kami sebutkan ketika menukil keterangan Ibnu Khaldun rahimullah ta’al.

Tokoh-tokoh mazhab ahli hadis di Hijaz ialah sa’id ibnu Musayyab Al Makhhzumi , urwah ibnu Zubair, Salim bin Abdullah bin Umar, Sulaiman bin Yasar dan Nafi’ budak Abdullah bin Umar radiAllah u an’hum. Pada umumnya penduduk Hijaz dan sekitarnya taqlid pada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.

Adapun tokoh-tokoh mazhab ahli ra’yu di Iraq ialah al Qamah bin qais An nakhai’, Masruq bin Ajda’ Al Hamdani , I brahim bin Zaid An Nakha’I dan sa’id bin Jubair radiAllah anhum. Sebagaian besar penduduk Iraq TAQLID pada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.

Diantara tokoh kedua mazhab ini terjadi diskusi dan perdebatan dengan tajam pada suatu saat. Tetapi kalangan orang awam dan para penuntut ilmu yang tingkatan nya di bawah mereka dalam urusan fiqih dan ilmu tidak memperdulikan perdebatan tersebut sebab mereka bebas taqlid kepada siapa saja yang mereka kehendaki. Diskusi antara para mujtahid tidak akan menjadi beban dan tanggung jawab bagi orang-orang yang bodoh (awam)..

Ketiga:

Adanya DALIL AKAL.

Yang nyata . Untuk ini kami mengambil berat dari perkataan Syekh Abdullah Darraz sebagai berikut.

“ Dalil taqlid dari segi akali fikiran ialah bagi orang yang tidak mempunyai kemampuan untuk ijtihad, bila terjadi suatu masalah hukum, ada dua kemungkinan.

Pertama: Dia tidak terkena kewajipan melakukannya samasekali ( tidak wajib beribadah) maka hal ini menyalahi ijma’ .

Kedua: Dia terkena kewajipan melakukan ibadah. Ini bererti dia harus meneliti dalil yang menetapkan suatu hukum atau ia harus taqlid.

Untuk yang kedua jelas tidak mungkin, sebab dengan melakukan penelitian itu, ia harus meniliti dalil-dalil semua masalah sehingga harus meninggalkan kegiatan sehari-hari, iaitu meninggalkan semua perkerjaan yang ada, yang akhirnya akan menimbulkan kekacauan. Oleh kerana itu, tidak ada kemungkinan lain, kecuali taqlid.

Itulah kewajipan dia bila menemui masalah yang memerlukan pemecahan hukum.

Oleh kerana itu, setelah para ulama melihat dalil-dalil yang cukup sempurna dari Al Kitab dan as Sunnah, serta dalil akal yang menegaskan bahawa bagi orang awam dan orang alim yang belum sampai pada tingkatan mampu melakukan istinbath dan ijtihad harus taqlid pada mujtahid , para ulama pun menyatakan bahawa kedudukan fatwa mujtahid. Hal ini kerana Al quran Al karim selain mewajibkan orang yang alim agar berpegang pada dalil-dalil dan keterangan didalamnya, juga mewajibkan kepada orang bodoh (awam) berpegang pada fatwa nya orang alim dan hasil ijtihadnya.

Untuk menjelaskan masalah ini lebih lanjut, syekh as Syathibi berkata sebagai berikut;

Ertinya: “Fatwa-fatwa para mujtahid itu bagi para orang awam bagaikan dalil syariat bagi para mujtahidin. Adapun alasannya ialah ada atau tidak adanya dalil bagi orang yang taqlid (muqallid ) adalah sama saja kerana mereka sedikit pun tak mampu mengambil faedah darinya. Jadi, masalah meneliti dalil dan istinbath bukanlah urusan mereka dan mereka tidak diperkenankan melakukan hal tersebut. Dan Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman : ( Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak menghetahui).

Orang yang taqlid bukanlah orang yang alim. Oleh kerana itu, tidak sah baginya selain bertanya kepada ahlinya. Para ahli ilmu itulah tempat kembali baginya dalam urusan hukum agama secara muthlak .jadi, kedudukan mereka bagi orang yang taqlid serta ucapannya seperti Syara’ ” . Al Muwafaqah, karya Imam As syathibi jilid iv hlmn. 290.

Demikianlah penjelasan Syekh as Syathibi R.ha. dan kami masih ingin mengingatkan para pembaca mengenai dalil-dalil yang sudah dikemukakan pada bahagian terdahulu, Iaitu dari Imam ‘Izzuddin Ibnu Salam, Iimam ibnu Qayyim, Imam Kamal Ibnu Humam dan imam Ad Dahlawi r.h a. dalam rangka menolak alasan-alasan syekh Khajandi , penulis buku Halil Muslimu Mulzamun Bittiba’I mazhabin Mu’ayyanin minal madzaahibil arba’ah.

Semua dalil yang sudah kami sajikan menekankan kewajipan taqlid bagi orang yang kedudukan ilmiahnya terbatas dan tidak mampu melakukan istinbath hukum dan berijtihad. Sudah jelaslah dalil-dalil berdasarkan penukilan yag sah dan ijma’ serta dalil akal yang menunjukkan berlakunya taqlid dan bahkan wajib hukumnya bila tidak mampu mencapai derajat istinbath dan ijtihad.

Dengan demikian, tidak ada bezanya, apakah mujtahid yang ditaqlidi adalah seorang sahabat atau salah seorang dari imam-imam mujtahid mazhab empat selama mereka adalah mujtahid dan yang taqlid adalah orang awam , yang tidak mengetahui cara mencari dalil dan melakukan istinbath. OLEH ITU APA SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAPAT BAHAWA PERTUMBUHAN MAZHAB EMPAT ADALAH BID’AH?, DAN MENGIKUTI SERTA TAQLID KEPADA MEREKA TERMASUK BID’AH JUGA?.

Mengapa pertumbuhan mazhab empat dianggap bid’ah, tetapi mazhab ahli Rayu tidak dianggap bid’ah?.

Mengapa orang yang taqlid kepada Imam Hanafi dan Imam Syafi’e dianggap tukang bid’ah, tetapi taqlid kepada Imam Nakh’ie di Iraq dan Imam Sa’id ibnul Musayyab di Hijaz tidak dianggap demikian?.

Mengapa mengikuti mazhab empat dianggap bid’ah, tetapi bila mengikuti mazhab Abdullah bin abbas , Abdullah bin Mas’ud r.a atau Sayyidah ‘Ai’syah Ummul Mu’mini di Hijaz tidak dianggap demikian?.

Bid’ah apa yang dilakukan oleh keempat Imam Mazhab ( Hanafi, Maliki, Syaf’e dan Ahmad bin Hanbal ) sehingga kita harus menghalangi orang-orang awam taqlid kepada mereka?. Masalah apa yang ditambah-tambahkan oleh keempat imam mazhab yang tidak ada pada mujtahidin terdahulu. Iaitu zaman Sahabat dan Tabi’in?.

Apa yang dianggap sebagai perbuatan baru yang dilakukan oleh para imam mazhab empat ialah usha mereka menggodifikasikan Sunnah dan Feqah. Disamping itu, juga meletakkan dasar-dasar dan cara istinbath serta cara membahas sesuatu masalah.

Hasil usaha diatas, sedikit-banyak telah mengurangkan perbezaan pendapat para ahli ra’yi dan ahli hadis sebelumnya sehingga tiang-tiang mazhab empat menjadi kokoh dan kuat. Pokok-pokok dasar mazhab Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad bin Hanbal telah dibukukan. Demikian juga segala materi permasalahan yang bersumber dari dasar tersebut. Para ulama mazhab telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meneliti dan menyaring semua masalah. Usaha-usaha inilah yang menjamin kelestarian mazhab empat sampai sekarang . Kitab-kitab merekapun tersebar kemana-mana dan mendapat dukungan para ulama dari masa kesemasa meskipun sepakat bahawa orang alim yang mempunyai kemampuan istinbath dan berijtihad dilarang taqlid kepada mereka.

Inilah masalah baru yang hanya ada pada mazhab empat dan tidak ada pada mazhab-mazhab lain. Kami tidak mengetahui bida’h dan kesesatan yang dilakukan oleh berjuta-juta pengikut mazhab empat. Dengan alasan bahawa Syekh Khajandi menganggap bahawa mazhab-,azhab tersebut bid’ah yang terjadi setelah abad 111 hijriyah, sehingga ia menyerukan orang-orang yang taqlid kepada mazhab empat bagaikan himar lepas tak terkendalikan?.

Dengan penjelasan cukup tentang masalah taqlid berikut dalil-dalil nya, juga tentang kedudukan mazhab empat bila dibandingkan dengan mazhab-mazhab sebelumnya , pertanyaan yang ANEH yang dikemukan oleh penulis kitab ( Syekh Khajandi) , tidak perlu kami jawab lagi . bagi para pembaca yang insaf tentunya dapat menilai syekh Khajandi sebagai penulis kitab Halil Muslimu mulzamun Bittiba’I Mazhabin Nu’ayyanin Minal Madzaahibil arba’ah tersebut ADALAH MENYIMPANG DARI KEBENARAN.

Erti Mengikuti (taqlid) kpd Imam-imam Mazhab dan Berpegang kpd mazhabnya.

Setelah menjelaskan apa saja yang harus diketahui oleh setiap muslim yang menyedari bahawa orang yang belum mencapai derajat ijtihad harus mengikuti seorang mujtahid baik untuk selamanya atau tidak. Perlu juga kami jelaskan erti keharusan mengikuti seorang imam dan berpegang pada mazhabnya.

Apakah berpegang pada mazhab seseorang imam itu dikeranakan faktor yang khusus yang lain?.

Sebagaimana telah dimaklumi oleh segenap kaum muslimin sejak zaman Rasulullah s.a.w sampai sekarang bahawa hanya syariat Allah satu-satunya hakim yang memutuskan urusan manusia dan satu-satunya pelita hidup bagi mereka, serta dasar yang harus ditempuh.

Akan tetapi telah dimaklumi, hikmah Allah s.w.t menentukan bahawa manusia tidak sama dalam kemampuan ilmu pengetahuan, khususnya ilmu pengetahuan pengetahuan syariat Islam. Oleh kerana itu, agar semua manusia tunduk melaksanakan syariat dan undang-undang Allah , setiap orang awam harus mengikuti orang alim. Dan orang alim mengikuti yang lebih alim lagi sehingga kesemuanya berjalan diatas garis yg lurus, Iaitu garis Allah s.w.t. hakikat ini sama halnya kalau kita mengikuti Rasulullah s.a.w.

Kita mengikuti Rasulullah s.a.w bukan kerana pribadi beliau sebagai manusia semata-mata, tetapi kerana beliau adalah muballigh dari Allah azza wajalla. Yang menyampaikan wahyu Nya kepada umat manusia. Tidak dapat dikatakan bahawa mengikuti Al Kitab lebih utama dari mengikuti As Sunnah. lantaran kerana firman Allah lebih patut diikuti dariipada ucapan manusia , bagaimanapun juga kedudukannya.

Sesungguhnya factor yang mewajibkan kita untuk mengikuti Rasulullah s.a.w adalah kedudukan beliau sebagai juru tablig yang menyampaikan perintah Allah s.w.t.

Kedudukan dan fungsi para imam mujtahid dalam hal kewajipan menyampaikan amanat Sunnah Rasulullah s.a.w dan kemampuan memahami Sunnah tersebut adalah sebagaimana kedudukan Rasulullah s.a.w. terhadap Allah Azza wajalla dari segi kewajipan menyampaikan amanat tablig dari Allah dan menjelaskan apa yang diturunkan oleh Allah kepadanya , berupa Al quran Al karim.

Imam As Syathibi r.ah . berkata “ Orang yang alim tentang masalah syariat bila diikuti orang lain dikeranakan ilmunya tentang syariat bukan kerana lainnya. Jadi , pada hakikatnya dia menyimpaikan apa yang diterima dari Rasulullah s.a.w ,sedang Beliau s.a.w menyampaikan apa yang diterima dari Allah s.w.t.

Selanjutnya As Syathibi berkata “ Dengan demikian , keadaan mukallaf yang dibebani hukum syariat terbahagi tiga macam, Iaitu:

  1. Seorang mujtahid. Kewajipannya ialah melaksanakan hasil ijtihadnya.
  2. Seorang muqallid. Yang murni, yirtu tidak menghetahui apa-apa tentang hukum. Kewajipannya ailah harus ada orang yg membimbingnya dan menuntunnya kemudian ia mengikutinya . sudah tentu ia ikut kepadanya dikeranakan factor ilmunya. KALAU KEMUDIAN IA MENGETAHUI ATAU MEMPUNYAI DUGAAN KUAT BAHAWA ORANG YG DIIKUTINYA BUKAN AHLI ILMU ,DIA TIDAK BOLEH MENGIKUTINYA DAN TUNDUK KEPADANYA. Bahkan sedikitpun tidak boleh ada bisikan hati untuk taqlid kepadanya. Sebagaimana tidak mungkin orang sakit menyerahkan dirinya kepada seorang yang bukan dokter. Kecuali kalau sisakit sudah kehilangan akal . dengan demikian , kesimpulannya bahawa seorang mufti diikuti fatwanya kerana factor ilmunya, bukan factor pribadi sebagai seorang manusia
  3. Ia belum mencapai tingkat ijtihad, tetapi cukup mampu memahami dalil dan mampu melakukan tarjih. Untuk golongan yang ketiga ini, kita perlu melihat keadaannya. Bila kemampuan tarjihnya dapat dianggap memenuhi syarat , beerti ia adalah mujtahid sebab hakikat mujtahid hanyalahl mengikuti ilmu dan menganalisisnya . Jadi , orang yang mampu melakukan tarjih dan dapat diterima hasil tarjihnya adalah seorang mujtahid.

Akan tetapi , bila tarjihnya masih belum dapat diterima, keadaannya sama dengan orang awam. Hal ini kerana ikutnya orang awam pada mujtahid untuk mendapatkan kebenaran ilmu yang tidak mampu ia lakukan sendiri. Demikian halnya orang yag tarjihnya masih belum dapat diterima.”. Al I’tisham , susunan As Syathibi jilid 111 hlm. 250.

Dari penjelasan diatas dapat diketahui betapa kelirunya pendapat syekh Khajandi yang menyatakan bahawa “MAZHAB YG BENAR DAN WAJIB DIIKUTI HANYALAH MAZHAB NABI MUHAMMAD S.A.W SAJA”. ( ulasan: ini samalah dengan dakwaan Hafiz firdaus dalam buku beliau {Pedoman Bermazhab}. ).

Setelah berpendapat demikian , ia bertanya-tanya “ Darimana sebenarnya datangnya mazhab-mazhab ini ?. Dan mengapa tersebar serta membebani kaum muslimin?. Selanjutnya ia mengumpat-umpat dan melemparkan kata-kata keji kepada para pengikut mazhab.

Syekh Khajandi rupa-rupanya pura-pura tidak mengetahu sejarah perkembangan syatiat Islam yang menyangkut pertumbuhan mazhab dan sember pengambilan mazhab. Ia memberikan kesan kepada kaum muslimin bahawa mereka lebih mengutamakan mazhab empat daripada mazhab Rasulullah s.a.w.

Kesan tersebut kita temukan pada sebagian besar orang awam yang tidak mengetahui persoalan ijtihad dan taqlid serta perkembangan mazhab.

Begitu mendalamnya kesan ini sehingga ada mereka yang sampai menyatakan “ Kita ini pengikut Rasulullah s.a.w atau pengikut Asy Syafie?. Apa ertinya mazhab-mazhab ini bila dibandingkan dengan mazhab Rasulullah s.a.w?. (Ulasan: Pada hal Tak ade pula orang menamakan hadis-hadis Rasulullah s.a.w sebagai Mazhab?)

Apakah benar Shiekh Khajandi ( Ulasan: Dan yang sefahaman dengan beliau , walau tok syekh ini telah lama dah kembali , tetapi hal dan kelaku ilmunya masih hidup dan diwarisi lagi ) tidak mengetahui hakikat dari mengikuti mazhab padahal semua ulama telah menjelaskan masalah ini dalam ratusan tahun kitab mereka dan sejarah pun telah mencatatnya.

Pantaskah ia dianggap bodoh sehingga ia berkata seperti diatas?.

Apabila ia memang tidak mengetahui persoalan yang cukup jelas ini, padahal ia selalu mengumandangkan pendapat yg sangat membahayakan ini, hal itu sngat menyedihkan. Akan tetapi , bila ia cukup memahami sebagaimana para ahli ilmu lain, hanya saja ia pura-pura bodoh, dan pura-pura tidak mengetahui agar ia bebas membuka jalan untuk memasukkan bid’ah kedalam benak manusia , masalahnya jauh lebih menyedihkan lagi.

TIDAK HARAM TETAP PADA SATU MAZHAB .

Setelah menjelaskan dalam pasal yg lalu bhawa org awam yg tidak mampu mencapai derajat ijtihad dan istinbath harus (mesti) taqlid. Maka kami ingin mengajukan sebuah pertanyaan , Iaitu “ wajibkah bagi orang taqlid untuk berganti imam (mazhab) setiap hari , setiap minggu , setiap bulan atau setiap tahun?”.

Bila hukumnya wajib, apakah dalil yang menunjukkan kewajipannya tersebut?.

Jawabannya ialah , Orang awam wajib taqlid dan ini adalah muthlak kerana Allah s.w.t berfirman : Ertinya : “Maka tanyakanlah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui”.

Apabila ia sudah bertanya kepada ahli ilmu dan sudah mengikuti fatwanya , bererti ia telah melaksanakan perintah Allah Azza wajalla , baik ia mengikuti terus ahli ilmu tadi kerana dekat dengan yang bersangkutan , mudah menelaah mazhab tersebut, adanya factor kewajipan , Iaitu perasaan tenteram dalam hati untuk mengikuti mazhab tersebut atau pun ia tidak mengikuti masalah tersebut secara terus menerus.

Kalau orang awam tersebut mempunyai keyakinan atau I’tikad bahawa ia wajib mengikuti seorang imam tertentu dan tidak boleh pindah kepada imam yg lain, bererti ia telah salah dengan I’tikad tersebut. Demikian pula sebaliknya , salah pula bila ia mempunyai I’tikad atau keyakinan bahawa wajib berganti imam setiap hari atau setiap waktu.

Sesungguhnya yang wajib bagi orang yang tidak mengerti hanyalah mengikuti orang mujtahid dalam masalah-masalah yg tidak mampu ia pahami dari dalil-dalil yg pokok dan Allah Azza Wajalla tidak mewajibkan lebih dari itu .

[Sumber: Jalan Sufi.com]

22 June 2013 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah | | Leave a comment

Wanita berkerjaya petanda akhir zaman?

Petanda kiamat

Pada akhir zaman, orang akan memberi salam kepada sahabat yang dikenali sahaja.Bukan seperti yang dikehendaki dalam agama iaitu kita dituntut mengucapkan salam kepada semua orang Islam samada yang dikenali mahupun tidak.Keadaan ini menunjukkan hubungan kemesraan dikalangan kaum muslimin semakin berkurangan.

Begitu pula cara hidup di akhir zaman mendorong wanita bekerja di luar rumah.Terutama dalam bidang perniagaan kerana wanita dapat di jadikan ‘daya tarik’ pelanggan.Wanita juga bekerja di luar rumah untuk menambahkan pendapatan bagi memenuhi tuntutan kos sara hidup yang semakin tinggi.Gaji suami sudah tidak mencukupi untuk menampung keperluan seluruh keluarga.

Selain isteri bebas keluar rumah dengan alasan bekerja, mereka juga banyak memiliki wang.Ini menjadikan mereka bebas untuk membeli apa yang di kehendaki tanpa pengetahuan suami.Maka, ketika inilah akan berlaku kerenggangan hubungan kekeluargaan kerana isteri tidak lagi sepenuhnya taat kepada suami disebabkan dia juga mesti menghadiri acara acara rasmi yang kadang kadang diadakan pada waktu malam.

Sementara anak anak pula diserahkan kepada pembantu rumah untuk menjaga mereka.Dalam keadaan ini, anak anak akan menjadi mangsa kehilangan kasih sayang ibu bapa sekali gus boleh merencatkan perkembangan keluarga yang sihat jasmani dan rohani.

Begitu juga pada akhir zaman, akan ada alat alat tulis, media dan bahan percetakan yang canggih seperti komputer, internet dan lain lain.Alat alat ini sudah tentu digunakan untuk mengangkat martabat manusia.Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya.Segala alat yang canggih itu digunakan untuk penipuan dan memanipulasi kenyataan yang benar dan mencemarkan martabat insan itu sendiri.

 

[Syarah: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al Banjari an Nadwi al Maliki – di Majalah Q & A Bil 17 10/2012]

20 June 2013 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

Kenapa kita menyambut Maulid Nabi S.A.W…………..???

INILAH HUJJAH-HUJJAHNYA…oleh Al-Asyairah Al-Syafii pada pada 07hb Februari 2011 pukul 4.22 ptg

SEJARAH PERINGATAN MAULID NABI

Siapakah orang yang pertama menyambut maulid Nabi???

Peringatan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh raja Irbil (wilayah Iraq sekarang), bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri, pada awal abad ke 7 hijriyah. Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata:

“Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya-”.

Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa dalam peringatan tersebut Sultan al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf dan lainnya. Sejak tiga hari, sebelum hari pelaksanaan mawlid Nabi beliau telah melakukan berbagai persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan para hadirin yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut. Segenap para ulama’ saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan al-Muzhaffar tersebut. Mereka semua berpandang dan menganggap baik perayaan maulid Nabi yang dibuat untuk pertama kalinya itu.

Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah datang dari Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan al-Muzhaffar, raja Irbil tersebut sangat besar perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-Nadzir”. Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.

Para ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai sekarang ini menganggap bahawa perayaan maulid Nabi adalah sesuatu yang baik. Para ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah menyatakan demikian. Di antara mereka seperti al-Hafizh Ibn Dihyah (abad 7 H), al-Hafizh al-’Iraqi (W. 806 H), Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani (W. 852 H), al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H), al-Hafizh aL-Sakhawi (W. 902 H), SyeIkh Ibn Hajar al-Haitami (W. 974 H), al-Imam al-Nawawi (W. 676 H), al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W. 660 H), mantan mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’i (W. 1354 H), Mantan Mufti Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H) dan terdapat banyak lagi para ulama’ besar yang lainnya. Bahkan al-Imam al-Suyuthi menulis karya khusus tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”. Karena itu perayaan maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi tradisi ummat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke generasi.

Hukum Peringatan Maulid Nabi

Peringatan Maulid Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang dirayakan dengan membaca sebagian ayat-ayat al-Qur’an dan menyebutkan sebagian sifat-sifat nabi yang mulia, ini adalah perkara yang penuh dengan berkah dan kebaikan kebaikan yang agung. Tentu jika perayaan tersebut terhindar dari bid`ah-bid`ah sayyi-ah yang dicela oleh syara’. Sebagaimana dijelaskan di atas bahwa perayaan Maulid Nabi mulai dilakukan pada permulaan abad ke 7 Hijrah. Ini bererti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, para sahabat dan generasi Salaf. Namun demikian tidak bererti hukum perayaan Maulid Nabi dilarang atau sesuatu yang haram. Kerana segala sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya belum tentu bertentangan dengan ajaran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri. Para ulama’ menyatakan bahawa perayaan Maulid Nabi adalah sebahagian daripada bid`ah hasanah (yang baik). Ertinya bahawa perayaan Maulid Nabi ini merupakan perkara baru tetapi ia selari dengan al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi dan sama sekali tidak bertentangan dengan keduanya.

Dalil-Dalil mengenai Peringatan Maulid Nabi

Peringatan Maulid Nabi masuk dalam anjuran hadith nabi untuk membuat sesuatu yang baru yang baik dan tidak menyalahi syari`at Islam. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

maksudnya: “Barang siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun”.(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya).

Faedah daripada Hadith tersebut:

Hadith ini memberikan kelonggaran kepada ulama’ ummat Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam untuk melakukan perkara-perkara baru yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Qur’an, al-Sunnah, Athar (peninggalan) mahupun Ijma` ulama’. Peringatan maulid Nabi adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil tersebut. Dengan demikian bererti hukumnya boleh, bahkan salah satu jalan untuk mendapatkan pahala. Jika ada orang yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi, bererti ia telah mempersempit kelonggaran yang telah Allah berikan kepada hamba-Nya untuk melakukan perbuatan-perbuatan baik yang belum pernah ada pada zaman Nabi.

2. Dalil-dalil tentang adanya Bid`ah Hasanah yang telah disebutkan dalam pembahasan mengenai Bid`ah.

3. Hadits yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim di dalam kitab Shahih mereka. Diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram). Rasulullah bertanya kepada mereka: “Untuk apa mereka berpuasa?” Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari ditenggelamkan Fir’aun dan diselamatkan Nabi Musa, dan kami berpuasa di hari ini adalah karena bersyukur kepada Allah”. Kemudian Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

maksudnya: “Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian (orang-orang Yahudi)”.

Lalu Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam berpuasa dan memerintahkan para sahabat baginda untuk berpuasa.

Faedah daripada Hadith tersebut:

Pengajaran penting yang dapat diambil daripada hadith ini ialah bahawa sangat dianjurkan untuk melakukan perbuatan bersyukur kepada Allah pada hari-hari tertentu atas nikmat yang Allah berikan pada hari-hari tersebut. Sama ada melakukan perbuatan bersyukur kerana memperoleh nikmat atau kerana diselamatkan dari bahaya. Kemudian perbuatan syukur tersebut diulang pada hari yang sama di setiap tahunnya. Bersyukur kepada Allah dapat dilakukan dengan melaksanakan berbagai bentuk ibadah, seperti sujud syukur, berpuasa, sedekah, membaca al-Qur’an dan sebagainya. Bukankah kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam adalah nikmat yang paling besar bagi umat ini?!

Adakah nikmat yang lebih agung daripada dilahirkannya Rasulullah pada bulan Rabi’ul Awwal ini?! Adakah nikmat dan kurniaan yang lebih agung daripada pada kelahiran Rasulullah yang menyelamatkan kita dari jalan kesesatan?! Demikian inilah yang telah dijelaskan oleh al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani.

4. Hadits riwayat al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya. Bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika ditanya mengapa beliau puasa pada hari Isnin, beliau menjawab:

maksudnya: “Hari itu adalah hari dimana aku dilahirkan”.(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)

Faedah daripada Hadith tersebut:

Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam melakukan puasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah, bahawa pada hari itu baginda dilahirkan. Ini adalah isyarat daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, ertinya jika baginda berpuasa pada hari isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahiran baginda sendiri pada hari itu, maka demikian pula bagi kita sudah selayaknya pada tanggal kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tersebut untuk kita melakukan perbuatan syukur, misalkan dengan membaca al-Qur’an, membaca kisah kelahiran baginda, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik dan lainnya. Kemudian, oleh kerana puasa pada hari isnin diulangi setiap minggunya, maka bererti peringatan maulid juga diulangi setiap tahunnya. Dan kerana hari kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam masih diperselisihkan oleh para ulama’ mengenai tanggalnya, -bukan pada harinya-, maka boleh sahaja jika dilakukan pada tanggal 12, 2, 8, atau 10 Rabi’ul Awwal atau pada tanggal lainnya. Bahkan tidak menjadi masalah bila perayaan ini dilaksanakan dalam sebulan penuh sekalipun, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh al-Hafizh al-Sakhawi seperti yang akan dinyatakan di bawah ini.

Fatwa Beberapa Ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah:

1. Fatwa al-Syaikh al-Islam Khatimah al-Huffazh Amir al-Mu’minin Fi al-Hadith al-Imam Ahmad Ibn Hajar al-`Asqalani. Beliau menyatakan seperti berikut:

maksudnya: “Asal peringatan maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukikanl daripada (ulama’) al-Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama, tetapi demikian peringatan maulid mengandungi kebaikan dan lawannya (keburukan), jadi barangsiapa dalam peringatan maulid berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal yang buruk), maka itu adalah bid`ah hasanah”. Al-Hafizh Ibn Hajar juga mengatakan: “Dan telah nyata bagiku dasar pengambilan peringatan Maulid di atas dalil yang thabit (Sahih)”.

2. Fatwa al-Imam al-Hafizh al-Suyuthi. Beliau mengatakan di dalam risalahnya “Husn al-Maqshid Fi ‘Amal al-Maulid”. Beliau menyatakan seperti berikut:

maksudnya: “Menurutku: pada dasarnya peringatan maulid, merupakan kumpulan orang-orang beserta bacaan beberapa ayat al-Qur’an, meriwayatkan hadith-hadith tentang permulaan sejarah Rasulullah dan tanda-tanda yang mengiringi kelahirannya, kemudian disajikan hidangan lalu dimakan oleh orang-orang tersebut dan kemudian mereka bubar setelahnya tanpa ada tambahan-tambahan lain, adalah termasuk bid`ah hasanah (bid`ah yang baik) yang melakukannya akan memperolehi pahala. Kerana perkara seperti itu merupakan perbuatan mengagungkan tentang kedudukan Rasulullah dan merupakan penampakkan (menzahirkan) akan rasa gembira dan suka cita dengan kelahirannya (rasulullah) yang mulia. Orang yang pertama kali melakukan peringatan maulid ini adalah pemerintah Irbil, Sultan al-Muzhaffar Abu Sa`id Kaukabri Ibn Zainuddin Ibn Buktukin, salah seorang raja yang mulia, agung dan dermawan. Beliau memiliki peninggalan dan jasa-jasa yang baik, dan dialah yang membangun al-Jami` al-Muzhaffari di lereng gunung Qasiyun”.

3. Fatwa al-Imam al-Hafizh al-Sakhawi seperti disebutkan di dalam “al-Ajwibah al-Mardliyyah”, seperti berikut:

maksudnya: “Peringatan Maulid Nabi belum pernah dilakukan oleh seorangpun daripada kaum al-Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama yang mulia, melainkan baru ada setelah itu di kemudian. Dan ummat Islam di semua daerah dan kota-kota besar sentiasa mengadakan peringatan Maulid Nabi pada bulan kelahiran Rasulullah. Mereka mengadakan jamuan-jamuan makan yang luar biasa dan diisi dengan hal-hal yang menggembirakan dan baik. Pada malam harinya, mereka mengeluarkan berbagai-bagai sedekah, mereka menampakkan kegembiraan dan suka cita. Mereka melakukan kebaikan-kebaikan lebih daripada kebiasaannya. Bahkan mereka berkumpul dengan membaca buku-buku maulid. Dan nampaklah keberkahan Nabi dan Maulid secara menyeluruh. Dan ini semua telah teruji”. Kemudian al-Sakhawi berkata: “Aku Katakan: “Tanggal kelahiran Nabi menurut pendapat yang paling sahih adalah malam Isnin, tanggal 12 bulan Rabi’ul Awwal. Menurut pendapat lain malam tanggal 2, 8, 10 dan masih ada pendapat-pendapat lain. Oleh kerananya tidak mengapa melakukan kebaikan bila pun pada siang hari dan waktu malam ini sesuai dengan kesiapan yang ada, bahkan baik jika dilakukan pada siang hari dan waktu malam bulan Rabi’ul Awwal seluruhnya” .

Jika kita membaca fatwa-fatwa para ulama’ terkemuka ini dan merenungkannya dengan hati yang suci bersih, maka kita akan mengetahui bahawa sebenarnya sikap “BENCI” yang timbul daripada sebahagian golongan yang mengharamkan Maulid Nabi tidak lain hanya didasari kepada hawa nafsu semata-mata. Orang-orang seperti itu sama sekali tidak mempedulikan fatwa-fatwa para ulama’ yang saleh terdahulu. Di antara pernyataan mereka yang sangat menghinakan ialah bahawa mereka seringkali menyamakan peringatan maulid Nabi ini dengan perayaan hari Natal yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Bahkan salah seorang dari mereka, kerana sangat benci terhadap perayaan Maulid Nabi ini, dengan tanpa malu dan tanpa segan sama sekali berkata:

maksudnya: “Sesungguhnya binatang sembelihan yang disembelih untuk menjamu orang dalam peringatan maulid lebih haram dari daging babi”.

Golongan yang anti maulid menganggap bahawa perbuatan bid`ah seperti menyambut Maulid Nabi ini adalah perbuatan yang mendekati syirik (kekufuran). Dengan demikian, menurut mereka, lebih besar dosanya daripada memakan daging babi yang hanya haram sahaja dan tidak mengandungi unsur syirik (kekufuran).

Jawab:

Na`uzu Billah… Sesungguhnya sangat kotor dan jahat perkataan orang seperti ini. Bagaimana ia berani dan tidak mempunyai rasa malu sama sekali mengatakan peringatan Maulid Nabi, yang telah dipersetujui oleh para ulama’ dan orang-orang saleh dan telah dianggap sebagai perkara baik oleh para ulama’-ulama’ ahli hadith dan lainnya, dengan perkataan buruk seperti itu?!

Orang seperti ini benar-benar tidak mengetahui kejahilan dirinya sendiri. Apakah dia merasakan dia telah mencapai darjat seperti al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani, al-Hafizh al-Suyuthi atau al-Hafizh al-Sakhawi atau mereka merasa lebih `alim dari ulama’-ulama’ tersebut?! Bagaimana ia membandingkan makan daging babi yang telah nyata dan tegas hukumnya haram di dalam al-Qur’an, lalu ia samakan dengan peringatan Maulid Nabi yang sama sekali tidak ada unsur pengharamannya dari nas-nas syari’at agama?! Ini bererti, bahawa golongan seperti mereka yang mengharamkan maulid ini tidak mengetahui Maratib al-Ahkam (tingkatan-tingkatan hukum). Mereka tidak mengetahui mana yang haram dan mana yang mubah (harus), mana yang haram dengan nas (dalil al-Qur’an) dan mana yang haram dengan istinbath (mengeluarkan hukum). Tentunya orang-orang ”BODOH” seperti ini sama sekali tidak layak untuk diikuti dan dijadikan ikutan dalam mengamalkan agama ISLAM ini.

Pembacaan Kitab-kitab Maulid

Di antara rangkaian acara peringatan Maulid Nabi adalah membaca kisah-kisah tentang kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Al-Hafizh al-Sakhawi menyatakan seperti berikut:

maksudnya: “Adapun pembacaan kisah kelahiran Nabi maka sepatutnya yang dibaca itu hanya yang disebutkan oleh para ulama’ ahli hadith di dalam kitab-kitab mereka yang khusus menceritakan tentang kisah kelahiran Nabi, seperti al-Maurid al-Haniyy karangan al-‘Iraqi (Aku juga telah mengajarkan dan membacakannya di Makkah), atau tidak khusus -dengan karya-karya tentang maulid saja- tetapi juga dengan menyebutkan riwayat-riwayat yang mengandungi tentang kelahiran Nabi, seperti kitab Dala-il al-Nubuwwah karangan al-Baihaqi. Kitab ini juga telah dibacakan kepadaku hingga selesai di Raudhah Nabi. Kerana kebanyakan kisah maulid yang ada di tangan para penceramah adalah riwayat-riwayat bohong dan palsu, bahkan hingga kini mereka masih terus mengeluarkan riwayat-riwayat dan kisah-kisah yang lebih buruk dan tidak layak didengar, yang tidak boleh diriwayatkan dan didengarkan, justeru sebaliknya orang yang mengetahui kebatilannya wajib mengingkari dan melarangnya untuk dibaca. Padahal sebenarnya tidak boleh ada pembacaan kisah-kisah maulid dalam peringatan maulid Nabi, melainkan cukup membaca beberapa ayat al-Qur’an, memberi makan dan sedekah, didendangkan bait-bait Mada-ih Nabawiyyah (pujian-pujian terhadap Nabi) dan syair-syair yang mengajak kepada hidup zuhud (tidak loba kepada dunia), mendorong hati untuk berbuat baik dan beramal untuk akhirat. Dan Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki”.

Kesesatan fahaman Anti Maulid:

Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi berkata:

“Peringatan Maulid Nabi tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, juga tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya. Seandainya hal itu merupakan perkara baik nescaya mereka telah mendahului kita dalam melakukannya”.

Jawab:

Baik, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tidak melakukannya, adakah baginda melarangnya? Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak semestinya menjadi sesuatu yang haram. Tetapi sesuatu yang haram itu adalah sesuatu yang telah nyata dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Disebabkan itu Allah ta`ala berfirman:

maksudnya : “Apa yang diberikan oleh Rasulullah kepadamu maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah”. (Surah al-Hasyr: 7)

Dalam firman Allah ta`ala di atas disebutkan “Apa yang dilarang ole Rasulullah atas kalian, maka tinggalkanlah”, tidak mengatakan “Apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah maka tinggalkanlah”. Ini Berertinya bahawa perkara haram adalah sesuatu yang dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tetapi bukan sesuatu yang ditinggalkannya. Sesuatu perkara itu tidak haram hukumnya hanya dengan alasan tidak dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Melainkan ia menjadi haram ketika ada dalil yang melarang dan mengharamkannya.

Lalu kita katakan kepada mereka:

“Apakah untuk mengetahui bahawa sesuatu itu boleh (harus) atau sunnah, harus ada nas daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam secara langsung yang khusus menjelaskannya?”

Apakah untuk mengetahui boleh (harus) atau sunnahnya perkara maulid harus ada nas khusus daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam yang menyatakan tentang maulid itu sendiri?! Bagaimana mungkin Rasulullah menyatakan atau melakukan segala sesuatu secara khusus dalam umurnya yang sangat singkat?! Bukankah jumlah nas-nas syari`at, baik ayat-ayat al-Qur’an mahupun hadith-hadith nabi, itu semua terbatas, ertinya tidak membicarakan setiap peristiwa, padahal peristiwa-peristiwa baru akan terus muncul dan selalu bertambah?! Jika setiap perkara harus dibicarakan oleh Rasulullah secara langsung, lalu dimanakah kedudukan ijtihad (hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid berpandukan al-Quran dan al-Hadith) dan apakah fungsi ayat-ayat al-Quran atau hadith-hadith yang memberikan pemahaman umum?! Misalnya firman Allah ta`ala:

maksudnya: “Dan lakukan kebaikan oleh kalian supaya kalian beruntung”. (Surah al-Hajj: 77)

Adakah setiap bentuk kebaikan harus dikerjakan terlebih dahulu oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam supaya ia dihukumkan bahawa kebaikan tersebut boleh dilakukan?! Tentunya tidak sedemikian. Dalam masalah ini Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam hanya memberikan kaedah-kaedah atau garis panduan sahaja. Kerana itulah dalam setiap pernyataan Rasulullah terdapat apa yang disebutkan dengan Jawami` al-Kalim ertinya bahawa dalam setiap ungkapan Rasulullah terdapat kandungan makna yang sangat luas. Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

maksudnya: “Barangsiapa yang melakukan (merintis perkara baru) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala dari perbuatannya tersebut dan pahala dari orang-orang yang mengikutinya sesudah dia, tanpa berkurang pahala mereka sedikitpun”. (Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam Sahih-nya).

Dan di dalam hadith sahih yang lainnya, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

maksudnya: “Barang siapa merintis sesuatu yang baru dalam agama kita ini yang bukan berasal darinya maka ia tertolak”.(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)

Dalam hadith ini Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menegaskan bahawa sesuatu yang baru dan tertolak adalah sesuatu yang “bukan daripada sebahagian syari`atnya”. Ertinya, sesuatu yang baru yang tertolak adalah yang menyalahi syari`at Islam itu sendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam di dalam hadith di atas: “Ma Laisa Minhu”. Kerana, seandainya semua perkara yang belum pernah dilakukan oleh Rasulullah atau oleh para sahabatnya, maka perkara tersebut pasti haram dan sesat dengan tanpa terkecuali, maka Rasulullah tidak akan mengatakan “Ma Laisa Minhu”, tapi mungkin akan berkata: “Man Ahdatsa Fi Amrina Hadza Syai`an Fa Huwa Mardud” (Siapapun yang merintis perkara baru dalam agama kita ini, maka ia pasti tertolak). Dan bila maknanya seperti ini maka bererti hal ini bertentangan dengan hadith yang driwayatkan oleh al-Imam Muslim di atas sebelumnya. Iaitu hadith: “Man Sanna Fi al-Islam Sunnatan Hasanatan….”.

Padahal hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim ini mengandungi isyarat anjuran bagi kita untuk membuat sesuatu perkara yang baru, yang baik, dan yang selari dengan syari`at Islam. Dengan demikian tidak semua perkara yang baru itu adalah sesat dan ia tertolak. Namun setiap perkara baru harus dicari hukumnya dengan melihat persesuaiannya dengan dalil-dalil dan kaedah-kaedah syara`. Bila sesuai maka boleh dilakukan, dan jika ia menyalahi, maka tentu ia tidak boleh dilakukan. Karena itulah al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan seperti berikut:

maksudnya: “Cara mengetahui bid’ah yang hasanah dan sayyi-ah (yang dicela) menurut tahqiq (penelitian) para ulama’ adalah bahawa jika perkara baru tersebut masuk dan tergolong kepada hal yang baik dalam syara` bererti ia termasuk bid`ah hasanah, dan jika tergolong kepada hal yang buruk dalam syara` maka berarti termasuk bid’ah yang buruk (yang dicela)”.

Bolehkah dengan keagungan Islam dan kelonggaran kaedah-kaedahnya, jika dikatakan bahawa setiap perkara baharu itu adalah sesat?

2. Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi biasanya berkata: “Peringatan maulid itu sering dimasuki oleh perkara-perkara haram dan maksiat”.

Jawab:

Apakah kerana alasan tersebut lantas peringatan maulid menjadi haram secara mutlak?! Pendekatannya, Apakah seseorang itu haram baginya untuk masuk ke pasar, dengan alasan di pasar banyak yang sering melakukan perbuatan haram, seperti membuka aurat, menggunjingkan orang, menipu dan lain sebagainya?! Tentu tidak demikian. Maka demikian pula dengan peringatan maulid, jika ada kesalahan-kesalahan atau perkara-perkara haram dalam pelaksanaannya, maka kesalahan-kesalahan itulah yang harus diperbaiki. Dan memperbaikinya tentu bukan dengan mengharamkan hukum maulid itu sendiri. Kerana itulah al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani telah menyatakan bahawa:

maksudnya: “Asal peringatan maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukil dari kaum al-Salaf al-Saleh pada tiga abad pertama, tetapi meskipun demikian peringatan maulid mengandungi kebaikan dan lawannya. Barangsiapa dalam memperingati maulid serta berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal buruk yang diharamkan), maka itu adalah bid`ah hasanah”.

Kalangan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi berkata:

“Peringatan Maulid itu seringkali menghabiskan dana yang sangat besar. Hal itu adalah perbuatan membazirkan. Mengapa tidak digunakan sahaja untuk keperluan ummat yang lebih penting?”.

Jawab:

Laa Hawla Walaa Quwwata Illa Billah… Perkara yang telah dianggap baik oleh para ulama’ disebutnya sebagai

membazir?! Orang yang berbuat baik, bersedekah, ia anggap telah melakukan perbuatan haram, yaitu perbuatan membazir?! Mengapa orang-orang seperti ini selalu saja berprasangka buruk (suuzhzhann) terhadap umat Islam?! Mengapa harus mencari-cari dalih untuk mengharamkan perkara yang tidak diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya?! Mengapa mereka selalu sahaja beranggapan bahawa peringatan maulid tidak ada unsur kebaikannya sama sekali untuk ummat ini?! Bukankah peringatan Maulid Nabi mengingatkan kita kepada perjuangan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dalam berdakwah sehingga membangkitkan semangat kita untuk berdakwah seperti yang telah dicontohkan baginda?! Bukankah peringatan Maulid Nabi memupuk kecintaan kita kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan menjadikan kita banyak berselawat kepada baginda?! Sesungguhnya maslahat-maslahat besar seperti ini bagi orang yang beriman tidak boleh diukur dengan harta.

4. Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi sering berkata:

“Peringatan Maulid itu pertama kali diadakan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Tujuan beliau saat itu adalah membangkitkan semangat ummat untuk berjihad. Bererti orang yang melakukan peringatan maulid bukan dengan tujuan itu, telah menyimpang dari tujuan awal maulid. Oleh kerananya peringatan maulid tidak perlu”.

Jawab:

Kenyataan seperti ini sangat pelik. Ahli sejarah mana yang mengatakan bahawa orang yang pertama kali mengadakan peringatan maulid adalah sultan Salahuddin al-Ayyubi. Para ahli sejarah, seperti Ibn Khallikan, Sibth Ibn al-Jauzi, Ibn Kathir, al-Hafizh al-Sakhawi, al-Hafizh al-Suyuthi dan lainnya telah bersepakat menyatakan bahawa orang yang pertama kali mengadakan peringatan maulid adalah Sultan al-Muzhaffar, bukan sultan Shalahuddin al-Ayyubi. Orang yang mengatakan bahawa sultan Salahuddin al-Ayyubi yang pertama kali mengadakan Maulid Nabi telah membuat “fitnah yang jahat” terhadap sejarah. Perkataan mereka bahawa sultan Salahuddin membuat maulid untuk tujuan membangkitkan semangat umat untuk berjihad dalam perang salib, maka jika diadakan bukan untuk tujuan seperti ini bererti telah menyimpang, adalah perkataan yang sesat lagi menyesatkan.

Tujuan mereka yang berkata demikian adalah hendak mengharamkan maulid, atau paling tidak hendak mengatakan tidak perlu menyambutnya. Kita katakan kepada mereka: Apakah jika orang yang hendak berjuang harus bergabung dengan bala tentara sultan Salahuddin? Apakah menurut mereka yang berjuang untuk Islam hanya bala tentara sultan Salahuddin sahaja? Dan apakah di dalam berjuang harus mengikuti cara dan strategi Sultan Salahuddin sahaja, dan jika tidak, ia bererti tidak dipanggil berjuang namanya?! Hal yang sangat menghairankan ialah kenapa bagi sebahagian mereka yang mengharamkan maulid ini, dalam keadaan tertentu, atau untuk kepentingan tertentu, kemudian mereka mengatakan maulid boleh, istighatsah (meminta pertolongan) boleh, bahkan ikut-ikutan tawassul (memohon doa agar didatangkan kebaikan), tetapi kemudiannya terhadap orang lain, mereka mengharamkannya?! Hasbunallah.

Para ahli sejarah yang telah kita sebutkan di atas, tidak ada seorangpun daripada mereka yang mengisyaratkan bahawa tujuan maulid adalah untuk membangkitkan semangat ummat untuk berjihad di dalam perang di jalan Allah. Lalu dari manakah muncul pemikiran seperti ini?!

Tidak lain dan tidak bukan, pemikiran tersebut hanya muncul daripada hawa nafsu semata-mata. Benar, mereka selalu mencari-cari kesalahan sekecil apapun untuk mengungkapkan “kebencian” dan “sinis” mereka terhadap peringatan Maulid Nabi ini. Apa dasar mereka mengatakan bahawa peringatan maulid baru boleh diadakan jika tujuannya membangkitkan semangat untuk berjihad?! Apa dasar perkataan seperti ini?! Sama sekali tidak ada. Al-Hafizh Ibn Hajar, al-Hafizh al-Suyuthi, al-Hafizh al-Sakhawi dan para ulama’ lainnya yang telah menjelaskan tentang kebolehan peringatan Maulid Nabi, sama sekali tidak mengaitkannya dengan tujuan membangkitkan semangat untuk berjihad. Kemudian dalil-dalil yang mereka kemukakan dalam masalah maulid tidak menyebut perihal jihad sama sekali, bahkan mengisyaratkan saja tidak. Dari sini kita tahu betapa rapuhnya dan tidak didasari perkataan mereka itu apabila berkaitan dengan hukum, istinbath dan istidhal. Semoga Allah merahmati para ulama’ kita. Sesungguhnya mereka adalah cahaya penerang bagi umat ini dan sebagai ikutan bagi kita semua menuju jalan yang diredhai Allah. Amin Ya Rabb.

Sumber:

Facebook Pondok Habib : http://www.facebook.com/pondokhabib

KOLEKSI CERAMAH AGAMA : http://ceramahagamabaru.blogspot.com/

18 June 2013 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Mengapa bermazhab?

Terdapat pertanyaan yang tersebar di kalangan para penuntut ilmu, “Kenapa kita harus bermazhab?”, “Bukannya kita diperintahkan oleh Allah untuk mengikuti Allah dan Rasul-Nya, dan bukan para imam mazhab?”, atau “Bahkan para imam mazhab pun melarang kita untuk bertaklid kepada mereka!”

Pertanyaan itu pun sempat berputar di kepala saya selama beberapa tahun hingga saya mencari jawabannya dan akhirnya saya mendapatkannya. Setidaknya terdapat tujuh poin penting yang kita dapatkan dalam bermazhab. Saya akan jelaskan satu persatu, semoga bermanfaat.

Pertama.

Mazhab-mazhab fikih itu Musannadah, atau memiliki sanad dalam setiap perkataan dan pemahamannya. Sanad merupakan hal yang sangat penting dalam kehidupan beragama seorang muslim. Ibnu Sirin, salah seorang ulama generasi tabiin berkata, “Awalnya mereka (kaum muslim saat itu) tidak pernah bertanya tentang sanad, namun ketika terjadi fitnah mereka berkata beritahu kami siapa orang (yang kau ambil ilmunya)! Lalu dilihatlah para kaum ahlusunah dan hadis mereka diambil, dan dilihatlah kaum ahli bidah dan hadis mereka tidak diambil.”

Dalam riwayat lain dari Ibnu Sirin, ia berkata, “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka lihatlah dari siapa kalian mengambil agama kalian!”

Awalnya Rasulullah mengajarkan agama ini kepada para sahabat. Para sahabat pun memiliki derajat pemahaman terhadap agama yang berbeda-beda karena beberapa sebab. Maka dikenallah beberapa orang sahabat yang tidak hanya meriwayatkan hadis dariRasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam, namun juga mereka dikenal sebagai para mujtahid dari para sahabat. Di antaranya adalah Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ibnu Mas`ud dan Aisyah binti Abu Bakar.

Saat Rasulullah tiada, para sahabat ini beserta para sahabat lain berpencar ke berbagai penjuru daerah untuk menyebarkan apa yang telah mereka dapatkan dari Rasulullah. Ibnu Mas`ud menetap di Kufah, Ibnu Umar menetap di Madinah, Abu Musa al-Asy`ari di Yaman, Anas bin Malik di Bashrah, dan Amru bin al-`Ash di Mesir. Dan di generasi selanjutnya, terdapat dua aliran besar dalam Islam yaitu madrasah ahlu ra`yi, para murid dari Ibnu Mas`ud di Kufah dan madrasah ahlu hadis, para murid dari Ibnu Umar di Madinah.

Dari dua madrasah inilah kemudian muncul imam Abu Hanifah di Kufah dan imam Malik bin Anas di Madinah. Kemudian muncul Imam Syafi`i yang belajar kepada imam Malik dan imam Muhammad bin al-Hasan As-Syaibani murid dari imam Abu Hanifah. Kemudian muncul imam Ahmad bin Hanbal yang belajar kepada imam Syafi`i. Para imam itu kemudian mengajarkan ilmunya kepada generasi-generasi selanjutnya dengan cara yang sama. Penjelasan tentang sanad dalam mazhab Syafi`i saja akan menghabiskan banyak sekali lembaran catatan yang berisi nama, tahun wafat, nama guru dan muridnya.

Sanad merupakan salah satu sebab kenapa ajaran agama Islam bisa bertahan dan tidak berubah laiknya agama Yahudi dan Nasrani. Maka, menjaga tradisi beragama melalui sanad dalam mazhab juga merupakan jalan untuk menjaga agama ini dari serangan tangan-tangan orang luar Islam.

Kedua.

Mazhab-mazhab fikih itu� Makhdumah, menjadi bahan penelitian yang sangat serius. Awalnya bermula dari kitab yang dituliskan oleh imam mazhab ataupun oleh muridnya, kitab itu kemudian diringkas, diteliti dan dikembangkan oleh generasi selanjutnya. Ringkasan itu kemudian kita kenal sebagai matan yang kemudian disyarah oleh generasi selanjutnya. Syarah dari matan itu pun kemudian dijelaskan lagi dalam bentuk hasyiah, kemudian diberi komentar-komentar oleh generasi selanjutnya. Tidak berhenti di situ, terkadang sebuah matan kembali diringkas, ditambahi, kemudian dijelaskan, dan begitu seterusnya. Maka, akan terdapat silsilah kitab yang jelas di setiap mazhab.

Contohnya dalam mazhab Syafi`i. Terdapat empat kitab yang diwariskan oleh Imam Syafi`i dan muridnya, yaitu kitab al-Umm, al-Imla’, mukhtasar al-Buwaythi, dan mukhtasar al-Muzani. Mukhtasar al-Muzani kemudian disyarah oleh tujuh orang ulama generasi setelahnya dan diringkas oleh satu orang hingga terdapat delapan buah kitab muktamad yang berasal darinya. Salah satunya adalah kitab Nihayah al-Mathlab fi Dirayah al-Mazhab karya imam Haramayn al-Juwayni yang kemudian diringkas oleh imam al-Ghazali menjadi tiga kitab, yaitu al-Basith, al-Wasith, dan al-Wajiz.

Al-Wajiz kemudian disyarah oleh imam Rafi`i menjadi Fath al-`Aziz yang kemudian diringkas lagi oleh imam Nawawi menjadi Rawdhah al-Thalibin dan imam Qazwini menjadial-Hawi al-Shaghir. Kedua kitab itu pun masih diringkas, lalu disyarah, dan syarah itu kemudian disyarah, dikomentari, dan ditambahi hinga menjadi belasan kitab lainnya.

Selain itu terdapat tiga kitab utama dari kalangan ulama Syafi`i muta’akhir, yaitu al-Lubab, al-Muharrar, dan Ghayah al-Ikhtishar. Ketiga kitab itu pun disyarah, diberi hasyiah, terus dan terus dikaji hingga silsilah kitab dalam mazhab Syafi`i bisa tergambar jelas dalam sebuah diagram pohon silsilah yang panjang.

Ketiga.

Mazhab-mazhab itu� Mudallalah, yaitu setiap hukum yang terdapat di dalamnya memiliki landasan baik dari al-Quran, sunah, maupun sumber hukum lainnya sesuai dengan metode ijtihad dari masing-masing mazhab. Perbedaan pendapat di antara mazhab satu dengan lainnya bukanlah didasarkan atas akal-akalan para ulama mazhab, namun karena perbedaan metode, pemahaman, penilaian terhadap riwayat, situasi tempat tinggal, dan beberapa sebab lain.

Contohnya saja dalam masalah Basmalah dalam surat al-Fatihah. Ada pendapat yang menyatakan bahwa Basmalah bukan termasuk surat al-Fatihah, ada juga pendapat yang menyatakan bahwa Basmalah termasuk surat al-Fatihah. Dalam membacanya pun terdapat perbedaan dari masing-masing mazhab. Semuanya memiliki dalil dan metode sendiri-sendiri yang menyebabkan perbedaan pendapat ini.

Keempat.

Mazhab-mazhab itu memiliki akar yang menyambung kepada imam masing-masing. Dan perbedaan imam tersebut menjadikan perbedaan kaidah-kaidah dan metode ijtihad yang berbeda satu sama lain. Di dalam fikih mazhab Syafi`i terdapat lima kaidah utama yang dijelaskan oleh imam al-Suyuthi dalam kitab� al-Asybah wa al-Nadza’ir, yang lima kaidah itu belum tentu ada di mazhab lainnya.

Kelima.

Mazhab-mazhab itu memiliki metode sendiri dalam pengajarannya. Setiap mazhab memiliki metode yang berbeda dalam setiap tingkatan untuk memudahkan para penuntut ilmu dalam menyerap dan memahami fikih sesuai dengan kemampuannya. Misalkan dalam mazhab Syafi`i terdapat kitab Safinah al-Najah untuk pemula dengan berbagai syarahnya, kemudian diteruskan dengan kitab al-Ghayah wa al-Taqrib untuk tingkat selanjutnya juga dengan berbagai syarahnya, kemudian ada kitab Fath al-Mu`in, al-Muhadzab, Minhaj al-Thalibin, dan kitab-kitab lain hingga jika seorang murid telah mampu untuk membaca dan memahami ia bisa menelaah sendiri kitab-kitab yang menjadi rujukan utama dalam mazhab Syafi`i.

Seorang pelajar pemula akan lebih cepat memahami dan mempraktekkan apa yang ia pahami jika telah dibuat ringkas sebagaimana matan Safinah al-Najah. Jika anda membuka matan kitab itu, maka anda akan melihat bahwa di dalamnya hanya terdapat hal-hal yang utama untuk diketahui lebih awal oleh para pemula. Kitab itu hanya memuat bab rukun Iman dan Islam, bab bersuci, bab salat, bab jenazah, bab zakat, puasa dan haji dengan penjelasan yang sangat singkat. Karena hal itulah yang paling utama untuk diketahui dan diamalkan oleh pemula sesaat setelah mereka balig. Berbeda dengan matan al-Ghayah wa al-Taqrib yang isinya lebih lengkap, dan berbeda juga dengan matan Minhaj al-Thalibinyang di dalamnya disertai dengan perbedaan pendapat antara ulama-ulama di dalam mazhab Syafi`i.

Hal itu berbeda jika pembelajaran dimulai menggunakan kitab yang berisi hadis-hadis dengan sedikit komentar di dalamnya. Sebuah hadis bisa saja memiliki dua hingga lima maksud yang berbeda yang hal itu akan sangat menyulitkan bagi para pemula. Belum lagi bahwa diperlukan waktu yang lama untuk mempelajari seluruh hadis sahih yang ada dalam bab bersuci, lalu kapan bab salat, puasa dan haji akan dipelajari? Bagaimana jika ketika seorang pelajar telah memasuki usia balig namun ia baru sampai di bab bersuci?

Matan kitab-kitab tersebut adalah hasil ijtihad dari penulis kitab itu sesuai dengan metode yang telah ia pelajari. Memang, di dalam matan-matan itu jarang sekali terdapat dalil baik dari al-Quran ataupun sunah. Namun pendalaman akan dalil-dalil itu bisa diperdalami di kemudian hari saat seorang pelajar telah siap untuk hal itu.

Seorang muslim akan bertanggungjawab atas dirinya sendiri dalam beribadah kepada Allah sejak ia masuk usia balig. Maka, hal-hal yang harus dipenuhi pertama kali adalah hal yang menunjang ia dalam beribadah di saat itu.

Keenam.

Mazhab-mazhab itu telah terkodifikasi, dan telah terkomparasikan antara satu dan lainnya. Pada tinggat selanjutnya, seorang pelajar akan bertemu dengan pelajaran fikih perbandingan mazhab yang mana di sana ia akan bertemu dengan perbedaan pendapat antara mazhab satu dan lainnya. Di sana juga ia akan mengenali perbedaan pendapat, dalil dan metode ijtihad yang telah menjadi ciri dari mazhab-mazhab itu sendiri.

Seluruh pendapat dan metode ijtihad itu merupakan bangunan tradisi keilmuan fikih yang sangat megah yang jika mazhab-mazhab itu dihapuskan maka usaha dan pengabdian para pendahulu kita terhadap agama ini tak lagi ada harganya. Ini juga merupakan salah satu upaya penghargaan atas jerih payah dan pengabdian para pendahulu kita terhadap agama ini. Semoga Allah membalas mereka dan menempatkan mereka di tempat yang layak.

Ketujuh.

Terakhir, dengan kodifikasi mazhab-mazhab tadi maka setiap mazhab telah memiliki metode ijtihad sendiri yang dapat dijadikan landasan dalam menghadapi hal-hal baru yang tidak ada sebelumnya dan perlu dicarikan hukumnya. Jika bermazhab dilarang, maka para mujtahid di masa yang akan datang akan terputus dari metode ijtihad yang telah ada pada generasi sebelumnya.

Maka, bermazhab itu bukanlah soal mengikuti pendapat imam A dan meninggalkan hadis yang ada, namun lebih dari itu. Bermazhab itu mempelajari metode ijtihad dalam menggali hukum dari al-Quran dan hadis. Bermazhab itu melestarikan tradisi keilmuan fikih Islam yang telah dibangun sejak zaman Rasulullah dan para sahabat. Bermazhab itu memberikan penghargaan kepada para pendahulu kita yang telah memberikan sumbangsih yang tiada tara kepada peradaban keilmuan Islam secara keseluruhan. Bermazhab itu adalah salah satu cara untuk menjaga agama ini agar bertahan dari serangan pihak lain hingga hari akhir nanti. Semoga bermanfaat.

 

[Oleh: Fahmi Hasan Nugroho,Mahasiswa Tingkat III, Fakultas Syariah Islamiyah, Universitas Al-Azhar-Kairo].

Referensi

– Al-Fawa’id al-Makiyah, fi ma Yahtajuh Thalabah al-Syafi`iyah min al-Masa’il wa al-Dhawabith wa al-Qawaid al-Kulliyah, Syaikh `Alawi bin Ahmad bin Abdurrahman al-Saqqaf, Dar al-Faruq, Kairo, 2012

– Al-Ghayah wa al-Taqrib, al-Qadhi Abu Syuja` Ahmad bin al-Husain bin Ahmad al-Ashfahani, al-Maktabah al-Islamiyah, Kairo, 2011.

– Safinah al-Najah, Syaikh Salim bin Samir al-Hadhrami, al-Maktabah al-Islamiyah, Kairo, 2011.

– Shahih Muslim, Imam Muslim, Maktabah Syamilah.

– Tarikh al-Tasyri` al-Islami, Rasyad Hasan Khalil, Kairo, 2011.

-� `Ulum al-Hadis, Dr. al-Khusyu`i Muhammad al-Khusyu`i, Kairo, 2011.

18 June 2013 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Jangan Lupakan Bulan Sya’ban

 

“Bulan Sya’ban itu bulan yang biasa dilupakan orang, karena letaknya antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkat oleh Tuhan amal-amal. Aku ingin diangkat amalku ketika aku sedang berpuasa.” (HR An-Nasa’i dari Usamah).

Nishfu Sya’ban adalah hari atau malam pertengahan bulan Sya’ban (15 Sya’ban). Nishfu artinya setengah atau seperdua, dan Sya’ban adalah bulan kedelapan dalam perhitungan tahun Hijriyyah. Kata Sya’ban berasal dari kata syi’ab (jalan di atas gunung). Dikatakan Sya’ban karena pada bulan itu ditemui berbagai jalan untuk mencapai kebaikan.

Malam Nishfu Sya’ban dimuliakan karena pada malam itu dua malaikat, yakni Raqib dan Atid, yang mencatat amal perbuatan manusia sehari-hari, menyerahkan catatan-catatan amal tersebut kepada Allah SWT. Pada malam itu pula catatan-catatan itu ditukar dengan yang baru. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, “Bulan Sya’ban itu bulan yang biasa dilupakan orang, karena letaknya antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkat oleh Tuhan amal-amal. Aku ingin diangkat amalku ketika aku sedang berpuasa.” (HR An-Nasa’i dari Usamah.)

Di samping itu, pada malam Nishfu Sya’ban turun beberapa kebaikan dari Allah SWT untuk hamba-hamba-Nya yang berbuat baik pada malam tersebut. Kebaikan-kebaikan itu berupa syafa’at (pertolongan), maghfirah (ampunan), pembebasan dari adzab, dan sebagainya. Dengan demikian, malam Nishfu Sya’ban antara lain dinamakan juga malam syafa’at, malam maghfirah, dan malam pembebasan.

Sehubungan dengan malam Nishfu Sya’ban yang dinamakan juga malam syafa’at, Al-Ghazali mengatakan, “Pada malam ke-13 Sya’ban, Allah SWT memberikan kepada hamba-hamba-Nya sepertiga syafa’at, pada malam ke-14 diberikan-Nya pula dua pertiga syafa’at, dan pada malam ke-15 diberikan-Nya syafa’at itu penuh. Hanya yang tidak memperoleh syafa’at itu ialah orang-orang yang sengaja hendak lari daripada-Nya sambil berbuat keburukan seperti unta yang lari.”

Malam itu juga disebut malam maghfirah, karena pada malam itu Allah SWT menurunkan ampunan-Nya kepada segenap penduduk bumi. Di dalam hadits Rasulullah SAW dijelaskan, “Tatkala datang malam Nishfu Sya’ban, Allah memberikan ampunan-Nya kepada penghuni bumi, kecuali orang yang syirik dan berpaling dari-Nya.” (HR Ahmad).

Selain itu malam Nishfu Sya’ban juga disebut malam pembebasan, karena pada malam itu Allah SWT membebaskan manusia dari siksa neraka. Sabda Nabi SAW di dalam hadits yang diriwayatkan Ibn Ishak dari Anas bin Malik, “Wahai Humaira (panggilan sayang untuk Asiyah RA), apa yang engkau perbuat pada malam ini? Malam ini adalah malam Nishfu Sya’ban, Allah memberikan kebebasan dari neraka laksana banyaknya bulu kambing Bani Kalb, kecuali (yang tidak dibebaskan) enam, yaitu orang yang tidak berhenti minum khamr, orang yang mencerca kedua orangtuanya, orang yang membangun tempat zina, orang yang suka menaikkan harga (secara aniaya), petugas cukai yang tidak jujur, dan tukang fitnah.” Dalam riwayat lain disebutkan tukang pembuat patung atau gambar sebagai ganti petugas cukai.

Salah satu amal yang biasa dilakukan sebagian orang pada malam Nishfu Sya’ban adalah shalat sunnah Nishfu Sya’ban sebanyak 100 rakaat. Namun itu ditentang keras oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab (Kumpulan Penjelasan tentang Buku Al-Muhazzab). An-Nawawi memandang, hadits-hadits yang menerangkan shalat tersebut adalah hadits maudu’ (hadits palsu). Oleh karenanya, melaksanakan shalat tersebut adalah bid’ah. Apa yang diungkapkan Imam Nawawi diikuti pula oleh Sayyid Abu Bakar Syata Ad-Dimyati (ahli tasawuf) dalam kitabnya I’anat At-Talibin.

Empat Bulan

Habib Abdurrahman Basurrah, salah satu tokoh Arrabithah Alawiyyah, menuturkan, dalam dua belas bulan yang kita kenal dalam penanggalan Hijriyyah ada empat bulan yang dikenal dengan nama Asharul Hurum. Empat bulan yang diharamkan oleh Allah SWT untuk berbuat hal yang tidak baik dan fadhilahnya bagi yang berbuat baik dalam empat bulan ini sangat luar biasa. Bulan-bulan tersebut adalah bulan ketujuh yaitu Rajab, bulan ke sebelas yaitu Dzulqa’dah, bulan kedua belas yaitu Dzulhijjah, dan bulan pertama yaitu Muharram.

Empat bulan ini sangat dihormati dalam Islam, sampai orang yang berperang pada waktu itu harus menghentikan peperangan untuk menghormati keempat bulan ini.

Saat ini kita berada di akhir bulan Rajab, semakin banyak kegiatan keagamaan, seperti khataman Bukhari dan berbagai kegiatan lainnya. Kita akan menghadapi bulan Sya’ban, dan Rasulullah SAW menyuruh kita lebih mempersiapkan diri pada bulan Sy’aban. Mengapa? Karena bulan Sya’ban ini adalah bulan persiapan untuk memasuki Ramadhan.

Sebenarnya 12 bulan itu bulan Allah semua, tetapi mengapa dikhususkan untuk berbuat lebih banyak kebaikan pada bulan tertentu? Karena pada bulan-bulan itu terjadi hal-hal yang bisa dijadikan dasar untuk memuliakan, walaupun semuanya itu sudah perintah Allah SWT.

Misalnya, apa yang terjadi pada bulan Sya’ban. Mungkin banyak di antara kita yang tidak mengingatnya, yaitu dijadikannya Ka’bah sebagai kiblat shalat, sebelumnya kiblatnya adalah Baitul Maqdis. Sampai suatu saat Rasulullah SAW merasa alangkah baiknya kiblat itu menghadap ke arah Ka’bah. Jadi bertolak belakang dengan Baitul Maqdis. Dan perpindahan kiblat itu terjadi pada bulan Sya’ban.

Terjadinya tahwilul Ka’bah, dijadikannya Ka’bah sebagai kiblat shalat, pada bulan Sya’ban. Masa-masa sebelum perpindahan kiblat itu Rasulullah SAW menunggu kapan turunnya wahyu berkenaan dengan keinginan beliau agar kiblat pindah ke Ka’bah. Akhirnya pada bulan Sya’ban turun Malaikat Jibril AS membawa wahyu perintah dari Allah SWT agar berpaling dari Baitul Maqdis dan menjadikan Ka’bah sebagai kiblat. Turunnya perintah ini pada bulan Sya’ban. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 144, “Sungguh Kami melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani yang diberi Kitab Taurat dan Injil memang mengetahui bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya, dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”

Allah SWT selalu mengabulkan apa-apa yang diinginkan oleh Rasulullah SAW, termasuk keinginan untuk memindahkan kiblat. Bahkan dalam salah satu hadits yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dikatakan, Allah SWT belum ridha sebelum Rasulullah ridha.

Kapan tepatnya pemindahan kiblat itu ke Ka’bah? Perintah pindahnya kiblat itu terjadi pada pertengahan Sya’ban. Oleh sebab itu Nishfu Sya’ban diagungkan oleh umat Islam.

Amal-amal kita pada bulan-bulan sebelum Sya’ban terekam, dan diangkat ke langit pada bulan Sya’ban.

Usamah bin Zeid bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu puasa lebih banyak daripada pada bulan Sya’ban, kenapa?”

Rasulullah SAW menjawab, “Bulan Sya’ban adalah bulan yang memalingkan, sehingga orang sering lupa. Karena Rajab pahalanya sudah luar biasa, begitu juga nanti Ramadhan. Sebenarnya pada bulan Sya’ban segala amal diangkat ke hadirat Allah SWT dan aku ingin ketika amalku diangkat aku dalam keadaan berpuasa.” (Hadits riwayat Nasa’i).

Rasulullah SAW rutin berpuasa dalam bulan Sya’ban. Bahkan, karena fadhilahnya yang begitu besar, beliau memperbanyak puasanya pada bulan Sya’ban. Malah dalam hadits riwayat Anas bin Malik dikatakan, dalam bulan-bulan lain memang Rasulullah juga berpuasa, tapi tidak penuh, terkecuali dalam bulan Sya’ban. Jadi Rasulullah SAW berpuasa dua bulan, yaitu Sya’ban dan Ramadhan.

Namun Aisyah RA berkata bahwa ia tidak pernah melihat Rasulullah penuh berpuasa selain Ramadhan dan paling banyak berpuasa selain Sya’ban. Jadi kedudukan puasa Sya’ban ini di bawah Ramadhan, hukumnya sunnah, sedangkan puasa Ramadhan hukumnya wajib. Puasa bulan Sya’ban bertujuan untuk mengagungkan Ramadhan, li ta’dhim Ramadhan.

Hadits riwayat Abu Daud: Siti Aisyah mengatakan, bulan yang paling dicintai Rasulullah itu bulan Sya’ban, selain Ramadhan. Mungkin memang pernah Rasulullah tidak penuh berpuasa selama bulan Sya’ban, tapi terus dilanjutkan ke bulan Ramadhan. Ini menunjukkan betapa sangat besar fadhilah bulan Sya’ban.

Dalam satu riwayat juga dikatakan, Sayyidina Ali RA keluar pada malam Nishfu Sya’ban. Pandangannya terus tertuju ke langit. Nabi Daud AS juga keluar pada malam itu. Mereka yang berdoa dikabulkan. Tidak ada orang yang beristighfar terkecuali dia diampuni oleh Allah SWT.

Hadits lain yang diriwayatkan oleh Said bin Manshur dalam sunnahnya, tidak ada suatu malam yang lebih utama selain Lailatul Qadar kecuali malam Nishfu Sya’ban, karena Allah SWT pada malam itu memberikan perhatian-Nya yang lebih ke langit dunia, mengampuni hamba-Nya yang meminta ampun, kecuali mereka yang musyrik, orang yang mencari pertentangan, dan orang yang memutuskan silaturahim.

Oleh karena itu, pada malam Nishfu Sya’ban kita dianjurkan lebih banyak beribadah, seperti membaca Al-Qur’an, berdzikir, agar memperoleh rahmat Allah SWT.

Hadits yang diriwayatkan oleh Ali dari Rasulullah SAW, kalau berjumpa dengan malam Nishfu Sya’ban, kita diperintahkan untuk menghidupkan malam itu. Berpuasalah pada hari itu. Karena sebenarnya Allah SWT turun dengan rahmat-Nya. Orang-orang yang beristighfar akan diampuni, yang meminta rizqi akan diberi. Allah SWT membuka pintu-Nya. Mereka yang sakit akan disembuhkan. Malam itu sampai fajar subuh penuh rahmat.

Namun amalan yang dilakukan untuk mendapatkan rahmat itu bisa tertolak karena melakukan dosa besar. Di antaranya, pertama, syirik. Kedua, membunuh sesama muslim tanpa hak. Ketiga, berzina.

Tentang keutamaan malam Nishfu Sya’ban ini, terdapat beberapa hadits yang menurut sebagian ulama shahih. Di antaranya hadits Aisyah RA, “Suatu malam Rasulullah SAW shalat, kemudian beliau bersujud panjang, sehingga aku menyangka bahwa Rasulullah telah diambil Allah. Karena curiga, aku gerakkan telunjuk beliau, dan ternyata masih bergerak.

Setelah usai shalat, beliau berkata, ‘Hai Aisyah, engkau tidak dapat bagian!’

Lalu aku menjawab, ‘Tidak, ya Rasulullah, aku hanya berpikiran yang tidak-tidak (menyangka Rasulullah telah tiada), karena engkau bersujud begitu lama.’

Lalu beliau bertanya, ‘Tahukah engkau, malam apa sekarang ini?’

‘Rasulullah yang lebih tahu,’ jawabku.

‘Malam ini adalah malam Nishfu Sya’ban, Allah lebih mengawasi hamba-hamba-Nya pada malam ini, Dia mengampuni mereka yang meminta ampunan, memberi kasih sayang mereka yang meminta kasih sayang, dan menyingkirkan orang-orang yang dengki’.” (HR Baihaqi).

Demikianlah malam Nishfu Sya’ban, yang sering terlupakan, karena diapit oleh dua bulan yang paling mulia, yaitu Rajab dan Ramadhan. Semoga kita bisa memaksimalkan ibadah sehingga meraih keutamaannya, seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Menepati janji.

[Sumber: Pondok Habib]

17 June 2013 Posted by | Ibadah, Tazkirah | | Leave a comment

Doa Penerang Hati dan Murah rezeki

Doa waktu pagi

17 June 2013 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Doa makbul diketika mendengar ayam berkokok

Doa makbul ketika ayam berkokok

17 June 2013 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Bersikap sewajarnya

b0218

Keadilan adalah merupakan tuntutan akal dan juga syariat.Keadilan adalah tidak terlalu berlebih lebihan terhadap sesuatu,tidak pula meremehkannya,tidak terlalu boros, dan tidak menghambur hamburkannya.Barangsiapa menginginkan, ia hendaklah mengendalikan setiap perasaan dan keinginan agar mampu bersikap adil di dalam setiap keadaan, samada ketika senang ataupun ketika marah, dan ketika gembira mahupun ketika sedih.Betapapun, tindakan berlebihan dan melampaui batas dalam menyingkap segala peristiwa merupakan wujud kezaliman kita terhadap diri kita sendiri.

Syariat sentiasa ditetapkan dengan prinsip keadilan.Demikian pula dengan kehidupan ini.Ia pun berjalan sesuai dengan konsep keadilan pula.Manusia yang paling sengsara adalah mereka yang menjalankan kehidupan ini dengan hanya mengikuti hawa nafsu dan menuruti setiap dorongan emosi serta keinginan hatinya.Pada keadaan yang demikian itu, manusia akan merasa setiap peristiwa  menjadi sedemikian berat dan sangat membebani,seluruh sudut kehidupan ini menjadi semakin gelap gelita, dan kebencian,kedengkian serta dendam kesumat pun mudah bergolak didalam hatinya.

Dan akibatnya,semua itu membuat seseorang itu hidup dalam dunia khayalan dan ilusi.Ia akan memandang setiap hal didunia ini musuhnya.Ia menjadi mudah curiga dan merasa setiap orang disekelilingnya sedang berusaha menyingkirkan dirinya.Dan ia akan sentiasa di bayangi rasa was was dan kekhuatiran bahawa dunia ini setiap saat akan merenggut kebahagiannya.Demikianlah maka orang seperti itu sentiasa hidup dibawah naungan awan hitam kecemasan,kegelisahan dan kegundahan.

Menyebarkan desas desus yang boleh membuat orang lain gelisah sangat dilarang oleh syariat dan termasuk tindakan murahan.Dan itu, hanya akan dilakukan oleh orang orang yang tidak ada nilai nilai moral dan jauh dari ajaran ajaran ketuhanan.Begitulah maka………seperti maksud Al Quran yang berbunyi “………mereka mengira bahawa tiap tiap teriakan yang keras itu ditujukan kepada mereka.Mereka itulah musuh (yang sebenarnya)…………(Al Munafiqun:4)

Dudukanlah hati anda pada kerusinya, nescaya kebanyakan hal yang dikhuatirikannya tidak akan pernah terjadi.Dan sebelum sesuatu yang anda cemaskan itu benar benar terjadi,perkirakan saja apa yang paling buruk darinya.Dan kemudian persiapkan diri anda untuk menghadapinya dengan tenang hati.Dengan begitu,anda akan dapat menghindari semua bayangan bayangan  yang menakutkan yang telah merobek robek hati sebelum benar benar terjadi.

Hendaklah ditempatkan segala sesuatu itu sesuai dengan ukurannya.Jangan membesar besarkan persitiwa  dan masaalah yang ada.Bersikaplah secara adil,seimbang dan jangan berlebih lebihan! Jangan pula hanyut dalam bayang bayangan dan fatamorgana yang menipu.

Renungkanlah makna keseimbangan antara kecintaan dan kebencian yang di ajarkan dalam hadis Rasulullah SAW seperti berikut yang bermaksud: Cintailah kekasihmu sekadarnya saja, kerana boleh jadi dia akan menjadi orang yang kau benci satu ketika nanti.Dan bencilah orang yang kau benci sekadarnya saja, kerana boleh jadi dia akan menjadi kekasihmu suatu ketika nanti”.(Sumber: Laa Tahzan – karangan Dr ‘Ayidh bin ‘Abdullah Al Qarni).

Allah berfirman maksudnya: Mudah mudah Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang orang yang kamu musuhi diantara mereka.Dan Allah Maha Kuasa lagi Maha Penyayang (Al Mumtahanah:7).

Sesunggunya kebanyakan kekuatiran dan desas desus itu sedikit kebenarnya dan jarang pula benar benar terjadi.

 

[Rujukan: Buku Laa Tahzan oleh Dr ‘Ayidh bin ‘Abdullah Al Qarni terjemahan Noraine Abu]

12 June 2013 Posted by | Tasauf, Tazkirah | | Leave a comment

Apa yang tidak di lakukan Nabi tidak semestinya kita tidak boleh melakukannya

Sambutan Maulid Darul Murtadza

Ada pendapat yang mengatakan apa apa yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW atau yang ditinggalkan Baginda, maka kita pun tidak boleh melakukannya kerana ia BIDAAH DHALALAH.Pendapat sebegini secara tidak langsung menyempitkan roh syariat Islam yang bersifat menyeluruh (syumul) dan tetap dan fleksibel (tsabat wa murunah)

Apakah yang di maksudkan dengan at Tark?

Para fuqaha Usul Fiqh Meneyebutkan at Tark adalah apa apa yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW atau yang ditinggalkan Baginda.

Bagaimana fuqaha Usul Fiqh memahaminya?

At Tark tidak menatijahkan hukum dan tidak semestinya menunjukkan keharamannya.

Sesuatu amalan uang tidak dilakukan oleh Nabi, tidak semestinya haram/tidak boleh dilakukan.Jika tidak terdapat nas yang menunjukkan haram atau halalnya sesuatu perkara, hukumnya adalah harius/bukan haram atau Bidaah Dhalalah.

Ia hanya haram/tidak boleh dilakukan jika:

  • Ada ancaman berupa seksaan jika melakukan amalan itu
  • Amalan itu dikecam oleh syarak
  • Hukuman disediakan jika amalan itu dilakukan
  • Ada lafaz yang mengharamkan perkara atau amalan itu

(Rujuk Husn at Tafahhum wa ad-Dark li Mas’alah at-Tark, as-sayyid Abdullah bin Shiddiq al-Ghummari dalam al-Bayan lima Yashghal al-Azhan, ms 210)

Apakah petunjuk al Quran dan hadis dalam perkara ini?

Firman Allah maksudnya:

Dan apa sahaja perintah yang di bawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu,maka terimalah serta amalkan,dan apa jua yang dilarang keatas kamu melakukannya, maka patuhi larangannya”. (Al Hasyr 57:7). Ayat ini tidak menyebutkan umpamanya “Dan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW maka hendaklah kamu tinggalkannya”.

Begitu juga sabda Rasulullah SAW “Apabila aku menyuruh kami melakukan sesuatu, maka lakukanlah apa yangkamu mampu, dan apabila aku melarang kamu dari melakukan sesuatu, maka jauhilah ia”.(HR al Bukhari).Rasulullah tidak mengatkan ,”Dan apabila aku tidak melakukan sesuatu, maka jauhilah ia”.

Kenapa Rasulullah tidak membuat sesuatu perkara atau meninggalkan berbuat sesuatu perkara?

Kerana beberapa sebab:

  1. Bukan kebiasaan atau adat yang diamalakan – Nabi tidak makan daging dhab kerana tidak biasa memakannya (HR al Bukhari dan Muslim)
  2. Lupa – Nabi solat Asar dengan dua rakaat lalu ditegur Sahabat (HR al Bukhari dan Muslim)
  3. Khuatir/takut sesuatu akan di wajibkan keatas umat – Nabi tidak keluar solat Tarawih setelah melakukannya pada malam malam sebelumnya supaya solat Tarawih tidak menjadi suatu kefardhuan keatas umat (HR al Bukhari).
  4. Tidak terfikir melakukannya Nabi tidak terfikir membuat mimbar untuk berkhutbah yang menatijahkan peristiwa batang kurma menangis (HR Imam Malik,Ahmad,at Tirmidzi,adDarimi,al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah dan Ath-Thabrani).
  5. Sudah termasuk dalam nas yang umum – Walaupun Nabi meninggalkan solat Dhuha dan banyak lagi perkara sunat, bukan bermakna ia haram dilakukan, tetapi umat tetap boleh melakukannya kerana ia termasuk di dalm keumuman nas seperti firman Allah yang bermaksud “…..serta kerjakan amal amal kebajikan, supaya kamu berjaya.” )Al Haj 22:77)

Kesimpulan:

Apa yang di tinggalkan atau yang tidak dibuat oleh Rasulullah SAW bukanlah semestinya bererti perkara itu haram, tetapi ia hanyalah ,enunujukkan perkara itu bukan wajib, atau boleh ditinggalkan.Sebab itulah dikatakan:

“Sesungguhnya at-Tark bukanlah bermaksud haram, akan tetapi ia bermaksud harus/boleh di tinggalkan.”

 

[Syarah Ustaz Muhadir Haji Joll (Pensyarah UIAM)]

Majalah Quran & Sunnah (Q & A) Oktober 2012 Bil.06

12 June 2013 Posted by | Tazkirah | | 2 Comments

Pendakwah hebat Sheikh Dr. Abdul Rahman Al Sumait

Sheikh Dr. Abdul Rahman Al Sumait tlh Islamkan berjuta orang

Sheikh Dr. Abdul Rahman Al Sumait, 29 tahun menyebarkan Islam di Afrika, mengislamkan 11 juta orang, membina lebih 5000 buah masjid, 860 buah sekolah, 124 buah Hospital, mencetak 6 juta mushaf dan lain-lain.
Semoga Allah qabulkan semua amalan baiknya, dan diganjari dengan pahala yang besar…

[Kredit: Dr Abu Anas Madani]

11 June 2013 Posted by | Bersama Tokoh, Informasi | | Leave a comment

Hukum Syariah dan bahan kimia dalam makanan

 ISLAM adalah agama yang sangat menitikberatkan soal makanan dan penggunaan barangan lain yang boleh memudaratkan kesejahteraan hidup umatnya.

  

Justeru itu, umat Islam perlu peka terhadap perkembangan maklumat mengenai makanan dan barangan yang mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Pelbagai penyelewangan berlaku di pasaran.Penyelewangan itu bukan sahaja merangkumi amalan perniagaan yang tidak beretika malah membabitkan penggunaan bahan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, samada di dalam makanan mahupun barangan keperluan harian.Bahan bahan kimia dalam makanan dan yang tersebar di alam sekitar bertanggungjawab terhadap peningkatan kes kes kanser dan penyakit kronik yang lain.


                

Tabiat pemakanan kita telah berubah secara mendadak di sebabkan diet tradisional kita semakin terpinggir berikutan saingan daripada makanan segera, makanan yang di proses, makanan siap yang boleh dibawa pulang atau kekerapan makan luar. Akibatnya, pengguna memakan semakin banyak lemak, gula dan penambah bahan kimia.

 

 

Akibat memakan diet yang tidak seimbang dan kurang bersenam, timbul lah pelbagai penyakit yang di kaitkan dengan makanan saperti kencing manis dan hipertensi.Obes atau Kegemukan juga bertambah dengan mendadak di kalangan rakyat Malaysia

.

 

Dari segi keselamatan makanan, undang undang yang terdapat di Malaysia iaitu Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 tidak mampu melindungi pengguna dengan sepenuhnya.


CAP atau Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah menjalankan uji dan kaji selama bertahun tahun dan keputusan kajian telah mendedahkan pelbagai perkara  yang memeranjatkan. Misalnya penemuan sejumlah besar bakteria kebal dan kuman penyebab penyakit dalam makanan yang di uji.Selain itu, plumbum dan bahan logamtoksik, asid borik, formaldehid, asid benzoik, perwarna industri yang di haramkan, racun makhluk perosak, pemplastik dan bahan berbahaya lain dalam makanan.Keadaan ini menunjukkan betapa seriusnya pencemaran makanan berlaku di negara kita.

 

Dalam usaha menghasilkan paling banyak daging bagi meraih keuntungan lumayan, binatang ternakan saperti lembu dan ayam di paksa makan, disuntik dengan hormon untuk mempercepatkan pembesarannya, diberi perangsang selera, antibiotik,sedatif dan makanan yang bercampur bahan kimia. Kebanyakan bahan itu didapati boleh menyebabkan kanser malah banyak ternakan mati selepas diberikan ubat ubatan itu sebelum sempat di bawa ke pusat sembelihan.

 

Berjuta juta pengguna kini menanggung risiko dalam menjalani kehidupan moden melalui makanan yang di makan. Mereka terdedah kepada risiko menghidap pelbagai jangkitan dan penyakit kronik.

 

Malangnya Akta dan Undang Undang yang ada tidak mampu melindungi pengguna dengan sepenuhnya disebabkan kekurangan penguatkuasaan.Kebenaran memang pahit untuk di telan.

 

Jika kita adalah apa yang kita makan dan jika tabiat pemakanan yang buruk dibentuk sejak peringkat awal kehidupan, maka ramai di antara kita akan menghadapi kesulitan.


Nota:

Mesyuarat Jawatan Kuasa Syariah negeri Perak dalam satu mesyuarat pada tahun 2002 memberi pendapat berikut:-

“Mesyuarat telah membuat keputusan bahawa tiada Fatwa yang telah di buat khusus mengenai bahan bahan kimia yang terdapat dalam makanan, namun apabila diyakini bahwa bahan itu memudaratkan maka hukumnya  adalah haram berdsarkan ayat 195, Sural Al baqarah yang bermaksud”Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu dalam kebinasaan.”

 

Sumber: CAP

11 June 2013 Posted by | Informasi | , | Leave a comment

Bersugi mengguna kayu siwak adakah lebih sunnah dari guna berus dan ubat gigi?

BersugiBersugilidah

Bersugi adalah sunnah, namun objektif sunnah itu adalah pada menggunakan kayu sugi atau pada kebersihan gigi dan mulut?. Beberapa jenis dalil hadis perlu difahami dari jenis penyataan wasilah yang boleh berubah dengan objektif yang kekal. Bersugi menggunakan kayu tertentu adakah suatu kemestian menggunakan kayu tersebut bagi mencapai sunnah atau objektifnya iaitu kebersihan mulut dan gigi?. Jawabnya tidak semestinya, Imam Ibn Qudamah menyatakan: “ yang paling benar, sessunguhnya mendapati atau menepati sunnah itu adalah dengan kadar kebersihan yang diperolehi”.

Pun begitu, setelah saya cuba banyak kali, antara kayu sugi dan berus gigi..TERNYATA kayu sugi LEBIH sempurna membersihkan gigi dari sisa makanan. Namun jika selepas bersugi, diberus pula dengan berus gigi dengan ‘ubat gigi’ dan dikumur lagi dengan cecair pembersih mulut seperti ‘listerin’ pasti lebih mencapai objektif sunnah itu.

Pakai kayu sugi sunnah ghyaru tasri’iyyah, manakala kebersihan gigi dan mulut adalah sunnah tasri’iyyah. Jika dapat buat kedua2 dapat dua sunnah sekaligus.

Oleh: Ustaz Zaharuddin.net

6 June 2013 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

Gelaran Ulama hanya untuk Ulama

Siap ulama5

Penggunaan kalimat ulama di sisi kita bukanlah suatu yang asing. Gelaran ulama dalam kalangan masyarakat kita hari ini banyak diguna untuk penjenamaan tertentu seperti kepimpinan ulama, ulama tradisional, persatuan ulama, dewan ulama, ulama muda, dan yang seumpamanya. Sejauh manakah kefahaman kita terhadap kalimat “ulama” dan siapakah sebenarnya yang tepat untuk dimaksudkan sebagai ulama? Lebih tidak enak, sejak akhir-akhir ini, nampak seakan-akan begitu mudah meletakkan gelaran ulama kepada sesiapa sahaja dalam rangka meraih populariti, publisiti dan tujuan-tujuan yang amat meragukan.

Dalam sejarah era para sahabat, Khalifah ‘Ali radhiyallahu ‘anhu pernah mengerahkan tentera memerangi sekumpulan manusia (Khawarij) yang mana mereka yang diperangi ini memiliki sifat tekun beribadah seperti rajin solat malam, selalu berpuasa, dan begitu hebat bacaan al-Qur’annya. Disebutkan juga riwayat tentang ibadah-ibadah yang mereka lakukan adalah jauh lebih hebat mengatasi ibadah para sahabat. Namun, kumpulan manusia tersebut tetap diperangi dan dihapuskan atas beberapa sebab yang kritikal iaitu menyelisihi manhaj para sahabat dalam memahami agama dan berpisah dari ketaatan terhadap pemerintah (menjadi pemberontak).

Ini sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa tekun beribadah semata-mata bukanlah sebuah jaminan bahawa seseorang itu berada di atas landasan yang benar, apatah lagi untuk meletakkan mereka di dalam barisan alim ulama. Sabdanya:

يَخْرُجُ فِيكُمْ قَوْمٌ تَحْقِرُونَ صَلَاتَكُمْ مَعَ صَلَاتِهِمْ وَصِيَامَكُمْ مَعَ صِيَامِهِمْ وَعَمَلَكُمْ مَعَ عَمَلِهِمْ وَيَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ

“Akan datang kepada kamu suatu kaum yang kamu akan merasa rendah apabila solat kamu dibandingkan dengan solat mereka, puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka, dan amal-amal kamu dibandingkan dengan amal-amal mereka. Mereka membaca al-Qur’an (tetapi) tidak melepasi kerongkong. Mereka keluar dari batas-batas (disiplin) agama seperti anak panah menembus keluar dari tubuh sasarannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 15/485, no. 4670)

Pernahkah pula kita menekuni kisah imam Malik bin Anas, imam Ahmad bin Hanbal, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, dan beberapa ulama lainnya yang berfatwa dari dalam penjara? Jika kita perhatikan dari kisah mereka, bukankah ia juga dapat menterjemahkan kepada kita bahawa kriteria seseorang ulama itu bukanlah semestinya mereka berada di dalam barisan Majlis Fatwa Negara, Dewan Ulama, atau pun yang menyandang jawatan-jawatan khas hal ehwal agama tertentu di dalam negaranya. Bahkan pernah terjadi di zaman mereka ini orang-orang yang menyandang jawatan keagamaan adalah dari kalangan sesat berfahaman Jahmiyah dan Muktazilah yang menyelewengkan begitu banyak perkara-perkara agama.

Dari itu, apakah kriteria-kriteria yang tepat untuk menunjukkan seseorang itu sebagai manusia yang layak dipanggil atau digelar ulama? Sekaligus tidaklah setiap pihak atau individu bermudah-mudah dalam mengkategorikan sesiapa sahaja yang disukainya sebagai ulama yang wajar dijadikan sebagai contoh atau ikutan (diambil pendapatnya) dan berhak mengeluarkan fatwa (menyelesaikan masalah masyarakat dan umat Islam).

Seorang tabi’in besar, Muhammad B. Sirin rahimahullah (Wafat: 110H) berkata:

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ

“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shahih Muslim, 1/33)

Kriteria seseorang ulama yang paling utama adalah paling takut dan paling taat kepada Allah, disebabkan mereka sangat mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala, nama-nama-Nya, dan sifat-sifat-Nya berdasarkan ilmu yang benar. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya dari kalangan hamba Allah yang paling takut (tunduk) kepada-Nya adalah para ulama (orang-orang yang berilmu).” (Surah Fathir, 35: 28) juga firman-Nya (yang bermaksud), “Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”.” (Surah az-Zumar, 39: 9)

Dari ayat di atas, Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu menyatakan:

العالم بالرحمن مَنْ لم يشرك به شيئا، وأحل حلاله، وحرم حرامه، وحفظ وصيته، وأيقن أنه ملاقيه ومحاسب بعمله

“Syarat bagi seseorang untuk dikatakan sebagai alim (berilmu) tentang Allah yang Maha Pengasih di antara hamba-hamba-Nya adalah tidak mensyirikkan Allah, menghalalkan dan mengharamkan sebagaimana yang ditetapkan Allah, menjaga dan memelihara tuntutan dan kehendak Allah, meyakini bahawa Allah akan menemuinya dan menghisap amal perbuatannya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/544)

Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H) berkata, “Di antara sifat para ulama adalah banyak meneliti tentang ilmu berkaitan amal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang mampu menjadikan amal-amal itu rosak, mengotorkan hati, dan menimbulkan keragu-raguan. Kerana asal amalan itu adalah dekat dan mudah, tetapi yang sukar adalah bagi menjadikannya bersih. Sementara ushul agama adalah menjauhi dari segala bentuk keburukan. Dan tidak dapat menjauhi keburukan melainkan dengan apabila dia mengetahuinya. Dan sebahagian lagi sifat para ulama adalah sentiasa meneliti rahsia amal-amal berkaitan syari’ah dan mengamati hukum-hakamnya. Sehingga mereka mengetahui dengan mendalam sebab-musabab sesuatu hukum itu berada di dalam agama. Kemudian, termasuk sikap mereka juga adalah mereka sentiasa megikuti jejak langkah para Sahabat dan generasi terbaik dari kalangan Tabi’in serta mereka menjauhi segala bentuk perkara baru dalam agama (bid’ah).” (Ibnu Qudamah, Mukhtashar Minhajul Qashidin, m/s. 26 – Maktabah Daar al-Bayaan)

Keduanya, ulama itu adalah mereka yang mewarisi dan menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berupa al-Qur’an, hadis-hadis dan sunnahnya bersertakan kefahaman yang benar (faqih). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, benar-benar dia telah mendapat bahagian yang sangat besar.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 49/10, no. 3157. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Berkata Ibnu Hibban rahimahullah (Wafat: 354H):

في هذا الحديث بيان واضح أن العلماء الذين لهم الفضل الذي ذكرنا هم الذين يعلمون علم النبي صلى الله عليه وسلم دون غيره من سائر العلوم ألا تراه يقول: “العلماء ورثة الأنبياء” والأنبياء لم يورثوا إلا العلم وعلم نبينا صلى الله عليه وسلم سنته فمن تعرى عن معرفتها لم يكن من ورثة الأنبياء

“Dalam hadis ini terdapat penjelasan yang sangat jelas bahawa ulama yang memiliki keutamaan yang kami ulas adalah mereka yang mengajarkan ilmu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sahaja, bukan yang mengajarkan ilmu-ilmu lain. Bukankah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Ulama adalah pewaris para nabi” dan para nabi tidak mewariskan apa pun melainkan ilmu dan ilmu Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah sunnahnya. Sesiapa pun yang tidak mengetahui sunnah, maka bukanlah pewaris para nabi.” (Shahih Ibnu Hibban, 1/291, tahqiq Syua’ib al-Arna’uth)

Ilmu di sini adalah meliputi sehingga kepada seluruh cabang-cabang ilmu dalam agama, sama ada aqidah, hadis, tafsir, fiqh, atsar para sahabat dan termasuklah penguasaan bahasa (bahasa arab). Dan ilmu tersebut dibawa pula oleh orang-orang yang terpercaya sebagaimana hadis berikut:

يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين وتأويل الجاهلين

“Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang yang adil (terpercaya dan bukan fasiq) dari generasi ke generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama dari penyelewengan maksud-maksud agama, pendustaan orang-orang sesat yang mempergunakan nama agama, dan pentakwilan agama yang salah yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, ath-Thabrani, dan ath-Thahawi. Al-Albani menyatakan, “Hadis ini masyhur tetapi diperselisihkan keabsahannya.” (Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 69) Lihat juga: al-Albani, Misykah al-Mashabih, 1/53, no. 248)

Dari itu, mereka yang menyampaikan segala sesuatu yang tidak terdapat dalam sunnah-sunnah Rasulullah dengan menyandarkannya atas nama agama atau sunnah, maka tindakan tersebut memerlukan kepada penelitian dan perincian kerana takut-takut ianya termasuk ke dalam ciri-ciri penyebar dan pembuat bid’ah (mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama).

Sebab itulah Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) mengatakan:

واعلم أن العلم ليس بكثرة الرواية والكتب ولكن العالم من اتبع الكتاب والسنة وإن كان قليل العلم والكتب ومن خالف الكتاب والسنة فهو صاحب بدعة وإن كان كثير الرواية والكتب

“Dan fahamilah bahawa ilmu itu bukanlah dengan banyaknya riwayat dan kitab, tetapi yang dikatakan sebagai ‘aalim (orang yang berilmu) itu adalah orang yang mengikuti ilmu dan sunnah walaupun hanya sedikit ilmu dan kitabnya. Sesiapa yang menyalahi al-Kitab dan as-Sunnah maka (secara umumnya) dia adalah ahli bid’ah walaupun ilmu dan kitabnya banyak.” (Syarhus Sunnah, m/s. 45, no. 81)

Seterusnya, ulama memiliki ilmu yang mendalam terhadap agama dan mampu menganalisa serta merungkaikan kepelbagaian persoalan agama dan ilmu-ilmunya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلا الْعَالِمُونَ

“Dan itulah contoh-contoh yang kami buat untuk manusia, dan tiada yang memahaminya melainkan orang-orang yang berilmu.” (Surah al-Ankabut, 29: 43)

Abu Qasim al-Ashbahani rahimahullah (Wafat: 425H) memberitahu kepada kita, “Bahawasanya ahli kalam (golongan pemikir atau ahli falsafah) tidaklah termasuk ulama. Para ulama Salaf (terdahulu) berkata, “Seseorang tidak boleh menjadi imam di dalam agama sehingga dia memiliki kriteria berikut, 1 – Memahami bahasa arab berserta pelbagai perkara yang berhubung dengannya termasuk menguasai makna-makna syair arab, 2 – memahami perbezaan pendapat di antara para ulama atau ahli fiqh, 3 – seorang yang berilmu, 4 – mengerti tentang i’rab (tatabahasa arab dari kata per kata), 5 – memahami al-Qur’an berserta bacaan-bacaannya dan perbezaan di antara para qurra’ (para periwayat bacaan al-Qur’an), 6 – menguasai tafsir sama ada berkaitan ayat-ayat muhkam (yang jelas) atau pun mutasyabihat (yang samar-samar), yang nasikh (yang memansuhkan) mahu pun yang mansukh (yang dimansuhkan) serta pelbagai kisah di dalamnya, 7 – memahami hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dapat membezakan di antara yang sahih dan sebaliknya, yang bersambung atau pun terputus, hadis-hadis mursal dan sanad-sanadnya, yang masyhur, dan yang gharib, 8 – serta mengetahui perkataan-perkataan (atsar) para Sahabat radhiyallahu ‘anhum, 9 – kemudian dia wajib wara’, menjaga diri, jujur, terpercaya, membina (mengeluarkan) pendapat dan agamanya berpandukan kitabullah dan sunnah Rasul-Nya”.” (Tsaqil Shalfiq al-Qasimi, Sallus Suyuf wal Asinnah ‘ala Ahlil Hawa wa Ad’iya’ as-Sunnah, m/s. 85-86. Terjemahan/Terbitan Pustaka as-Sunnah)

Dengan ilmu tersebutlah kemudiannya orang-orang yang berilmu dari kalangan ulama ini menegakkan tauhid dan menegakkan keadilan (al-haq). Iaitu dengan tidak menyembunyikan ilmu serta sentiasa menyebarkan kebenaran dengan cara mengajar, menerapkan nilai-nilai agama, mengajak kepada kebaikan, dan melarang manusia dari segala bentuk kemungkaran di atas prinsip-prinsipnya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ وَالْمَلائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ

“Allah menyatakan bahwasanya tiada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian).” (Surah Ali ‘Imran, 3: 18)

Yang terakhir, dengan kriteria dan keilmuan tersebutlah masyarakat menjadikan mereka sebagai tempat rujukan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala agar kita sentiasa merujuk kepada orang yang mengetahui (berilmu). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

“Bertanyalah kamu kepada ahluz zikri (orang yang berilmu iaitu dari kalangan ulama) apabila kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nahl, 16: 43)

Ibnu Qutaibah rahimahullah (Wafat: 276H) berkata, “Sekiranya masalah yang rumit di antara kedua perkara tersebut dikembalikan kepada orang yang berilmu yang memahami al-Qur’an dan as-Sunnah, maka jelaslah bagi mereka manhaj tersebut dan jalan keluarnya pun menjadi luas, tetapi ada sesuatu yang menghalang mereka, iaitu sibuk mencari kekuasaan, suka mengikut keyakinan dan perkataan-perkataan saudara-saudaranya.” (Tsaqil Shalfiq al-Qasimi, Sallus Suyuf wal Asinnah ‘ala Ahlil Hawa wa Ad’iya’ as-Sunnah, m/s. 83. Terjemahan/Terbitan Pustaka as-Sunnah)
Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) mengatakan:

إذا كان عند الرجل الكتب المصنفة فيها قول رسول الله – واختلاف الصحابة و التابعين فلا يجوز أن يعمل بما شاء ويتخير فيقضي به ويعمل به حتى يسأل أهل العلم ما يؤخذ به فيكون يعمل على أمر صحيح

“Jika di hadapan seseorang itu ada beberapa kitab yang disusun di mana di dalamnya mengandungi perkataan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, pendapat-pendapat yang berbeza dari kalangan para sahabat dan tabi’in, maka dia tidak boleh mengamalkan, memilih, dan memutuskan sesuatu pendapat berdasarkan kehendaknya (semata-mata), tetapi dia perlu bertanya terlebih dahulu kepada ahlul ilmi (para ulama) tentang apa yang harus dia ambil sehingga dia dapat bertindak berdasarkan suatu pendapat yang sahih.” (I’lam al-Muwaqqi’in, 1/44)

Demikianlah beberapa kriteria yang dapat diungkapkan dari beberapa sumber rujukan berkenaan ciri-ciri ulama yang dengannya supaya kita tidak bermudah-mudah menobatkan seseorang sebagai ulama atau mengangkat perkataan sesiapa sahaja atas tiket gelaran ulama tanpa asas yang tepat. Bahkan kitalah yang perlu bersama-sama duduk bersimpuh menuntut ilmu kepada para ulama yang memiliki ciri-ciri pewaris Nabi serta berhati-hati kepada sesiapa sahaja yang sering mendabik dada bahawa dirinya adalah ulama, terutamanya dalam rangka meraih populariti politik demokrasi akhir-akhir ini. Tidaklah dinamakan sebagai ulama orang-orang yang mempergunakan agama untuk mengkritik, mencela, mengumpat, dan mengaibkan pemerintah walaupun kebanyakan orang menggelarkannya sebgai ulama. Sebaliknya sikap suka mengkritik, mencela, mengumpat, dan mengaibkan pemerintah adalah sebahagian ciri-ciri ahli bid’ah dari kalangan khawarij.

Tidak juga dikatakan sebagai ulama kepada mereka yang pantang ditanya terus berfatwa itu dan ini tanpa landasan fakta yang boleh dipertanggungjawabkan (dari al-Qur’an dan as-Sunnah di atas kefahaman ahlus sunnah wal-jama’ah).

Sehingga Imam Malik rahimahullah (Wafat: 179H) yang merupakan seorang tokoh dan bintang kepada para ulama menegaskan pendiriannya:

ما أفتيت حتى شهد لي سبعون أني أهل لذلك

“Aku tidak berfatwa sehinggalah tujuh puluh orang (ulama) mengakui bahawa aku layak berfatwa.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 8/96)

Imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) pula menyatakan:

لا يحل لأحد أن يفتي في دين الله إلا رجلا عارفا بكتاب الله بناسخه ومنسوخه ومحكمه ومتشابهه وتأويله وتنزيله ومكيه ومدنيه وما أريد به ويكون بعد ذلك بصيرا بحديث رسول الله ص – وبالناسخ والمنسوخ ويعرف من الحديث مثل ما عرف من القرآن ويكون بصيرا باللغة بصيرا بالشعر وما يحتاج إليه للسنة والقرآن ويستعمل هذا مع الإنصاف ويكون بعد هذا مشرفا على اختلاف أهل الأمصار وتكون له قريحة بعد هذا فإذا كان هكذا فله أن يتكلم ويفتي في الحلال والحرام وإذا لم يكن هكذا فليس له أن يفتي

“Seseorang tidak boleh memberikan fatwa dalam permasalahan agama melainkan bagi seseorang yang memiliki pengetahuan tentang al-Qur’an, sama ada berkaitan ayat nasikh dan mansukhnya, ayat muhkamat dan mutasyabihatnya, tafsir dan sebab turunnya, ayat makiyah dan madaniyahnya, dan setiap isi kandungannya. Setelah itu dia wajib mengetahui hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sama ada hadis nasikh atau mansukhnya, dan dia wajib mengetahui hadis tersebut sebagaimana dia mengetahui al-Qur’an serta perlu menggunakan perkara tersebut dengan adil. Kemudian dia wajib mengetahui perbezaan pendapat orang-orang yang berilmu (para ulama) dari pelbagai penjuru lalu mendalaminya. Apabila telah seperti itu, maka dibolehkan baginya untuk mengemukakan pendapat dan memberikan fatwa dalam persoalan halal dan haram. Seandainya tidak seperti itu, maka tidak boleh baginya untuk berfatwa.” (I’lam al-Muwaqqi’in, 1/46)

Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) pula menyatakan:

ينبغي للرجل إذا حمل نفسه على الفتيا أن يكون عالما بالسنن عالما بوجوه القرآن عالما بالأسانيد الصحيحة وذكر الكلام المتقدم

“Wajib bagi seseorang yang meletakkan dirinya sebagai pemberi fatwa untuk mengetahui (dengan mendalam) tentang as-Sunnah, mengetahui (dengan mendalam) kepelbagaian ilmu al-Qur’an, sanad-sanad yang sahih, dan pendapat (perkataan-perkataan) orang-orang terdahulu.” (I’lam al-Muwaqqi’in, 1/46)

Oleh:  ABU NUMAIR NAWAWI B. SUBANDI

6 June 2013 Posted by | Tazkirah | | 1 Comment

Kaya di dunia Muflis Di Akhirat.

MoneyRamai-individu-muflis-di-Selangor-dan-KL3-642x385

Sebagai seorang Islam kita seharusnya bijak melayarkan bahtera kehidupan ke arah yang benar mengikut petunjuk yang telah digariskan oleh al-Quran dan Hadith. Untuk kita sampai ke destinasi akhirat maka hendaklah kita beramal dengan seberapa banyak amalan kebajikan dan sentiasa berada dalam keampunan Allah SWT semasa hidup di dunia. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hadid ayat 21:

Maksudnya: Berlumbalah kamu untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya;.

Banyak ayat al-Quran mengambarkan kepada kita perihal mereka yang melakukan dosa akan menjadi cemas, takut dan merana bila dibentangkan buku catatan amalan mereka di Padang Masyar. Insaflah bahawa segala amalan kita di dunia ini akan di adili di akhirat nanti walaupun ianya sekecil zarah. Ketahuilah bahawa setiap amalan dan tingkah laku kita semuanya di catat oleh malaikat yang di tugaskan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Infitaar ayat 10 dan 11:

Maksudnya: Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu).

Namun persoalannya pada hari ini ada dikalangan kita yang kaya di dunia tetapi tidak bersedia untuk menghindari muflis di akhirat. Mereka menikmati pelbagai kemewahan kurnian Allah SWT di dunia tetapi tidak bersyukur dan mengabaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan mengkianati amanah sesama manusia. Dalam mengejar kemewahan mereka lupa solat, zakat, menunaikan haji dan sebagainya kerana sibuk dengan pelbagai urusan duniawi. Selain itu, mereka juga tidak prihatin kepada hak-hak sesama manusia, hak-hak golongan fakir, miskin dan anak-anak yatim.Malah ada dikalangan kita menzalimi sesama manusia. Ketahuilah bahawa gaya hidup sedemikian akan menjadikan mereka muflis di akhirat. Nabi SAW dalam hadithnya yang di riwayatkan oleh iman Muslim RA memberi amaran kepada kita tentang berlakunya gejala muflis dikalangan umatnya. Sabda Rasulullah SAW:

Bermaksud: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis di akhirat adalah berasal daripada mereka yang memiliki pahala, seperti pahala solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Bagaimanapun, semua pahala ibadah mereka itu habis kerana digunakan sebagai membayar ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikianati atau dizalimi. Di samping mereka dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi.

Alangkah ruginya golongan muflis ini, kerana walaupun mempunyai pahala kerana mengerjakan ibadah dan bermacam kebaikan, akhirnya menjadi kosong kerana di ambil oleh orang lain sebagai ganti rugi dengan sebab kesalahan terhadap orang lain atau kezaliman yang telah dilakukan.

Dalam kehidupan sehari-hari kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan dosa, terutama dosa sesama manusia. Namun kenyataannya pada hari ini segelintir daripada kita secara terangan melakukan pelbagai kesalahan kepada orang lain, iaitu;

Pertama: Mencabuli kehormatan dan harga diri melalui fitnah, mengumpat dan mencaci.

Kedua: Merosakkan harta benda dengan merompak, menyamun, mencuri, menipu dan sebagainya,

Ketiga: Mencabuli keselamatan dan kebahagiaan dengan cara keganasan,penderaan mental dan fizikal, pukul, bunuh, perbuatan sihir, ilmu hitam dan sebagainya.

Keempat: Merosak rumahtangga melalui perbuatan curang dengan suami atau isteri yang menyebabkan runtuhnya institusi keluarga.

Jika kita miskin di dunia masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat ?. Siapakah yang akan bersimpati, siapakah yang akan menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita dari azab seksaan neraka Allah SWT?

Perlu di fahami bahawa kehidupan di akhirat lebih perlu di utamakan kerana ia merupakan kehidupan yang kekal abadi. Kesejahteraan di akhirat tentulah memerlukan persiapan dan usaha yang lebih terancang dan konsisten. Kita perlu banyak mengorbankan masa, fikiran dan tenaga dalam mempersiapkan bekalan ke alam akhirat. Dengan persiapan dan bekalan yang mencukupi, kita akan dapat menghadapi pelbagai rintangan dalam perjalanan menuju ke alam akhirat, bermula di alam kubur seterusnya di padang Mahsyar dan di negeri akhirat. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 73:

Maksudnya: “Dan orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka dibawa masuk ke Syurga dengan berpasuk-pasuk, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga itu dibuka pintu-pintunya dan berkatalah penjaganya: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan kekal.”

Marilah sama-sama kita menghitung diri kita, adakah kita sudah berada dalam gaya hidup yang diredhai Allah ataupun gaya hidup yang di murkai oleh Allah. Andainya kita telah berada dalam keredhaan Allah, maka kita pertingkatkan dan gandakan lagi agar ianya lebih mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. Andainya kita menderhakai kepada Allah maka bersegeralah kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah, mudah mudahan kita diampuni Allah dan dilimpahi dengan kehidupan akhirat yang penuh dengan nikmat. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 133:

Maksudnya: “ Dan segeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan Syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.”

[Sumber: Kutbah JAKIM 19 Nov 2010/12 Zulhijjah 1431H]

5 June 2013 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: